Khamis, 22 Januari 2015

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 22 Jan 2015 11:30 AM PST

PEJUANG BANGSA


APA BEZA ROSMAH IKUT PM KE DAVOS DENGAN BETTY CHEW PI HONG KONG ?

Posted: 21 Jan 2015 11:05 PM PST



Ramai macai2 DAP menghina Isteri PM mengikuti beliau ke Davos menghadiri WIEF  di komentar di ruang FB portal Meloyakini .

Tetapi bila Isteri Ketua Menteri Betty Chew ke Hong Kong dan Taiwan sebagai delegasi P.Pinang mengikuti Lim Guan Eng itu buat apa pulak ??

Apa jawatannya untuk melayakkan dia ke sana ?

Bila isteri Lim Guan Eng guna duit rakyat ke luar negara tak pulak macai2 DAP ini pertikaikan tapi kalau Rosmah Mansor dimaki hamun .

HIPOKRIT dan double standard betul macai2 DAP ........




Laporan Bernama yang melaporkan time table padat DS Najib Razak di Zurich tidak diusik oleh pencacai-pencacai pembangkang. Sebaliknya, DS Rosmah Mansor dijadikan bahan penghinaan melampau mereka. 

Yang paling melampau dan kurang ajar ialah komentar di bawah yang menghina Najib Razak dan Rosmah Mansor. Komentar tersebut sangat biadap dan menyerlahkan betapa rendah IQ dan ekstremisnya pemikiran pencacai pembangkang.

Anda baca printscreen di bawah :


Biadap sungguh individu yang menggunakan nama samaran Orgayap Ogra Yap ini. Dan apabila MiM selidiki Facebooknya, tiada nama asal yang disertakan.

Dan seperti biasa, DS Rosmah Mansor juga telah dihina dan diejek oleh pencacai-pencacai Pakatan pembangkang. Di antaranya, anda baca 2 printscreen di bawah :



MiM percaya ramai pihak yang sudah muak dengan kebiadapan dan sikap kurang ajar penyokong-penyokong Pakatan pembangkang yang sering menyerang keluarga Perdana Menteri. Tetapi dalam masa yang sama, Najib Razak masih dapat menahan sabar tidak seperti seorang pemimpin tertinggi DAP itu. KLIK DI SINI




KALIMAH ALLAH : MENGAPA KES GUAN ENG LAMBAT SIASATAN ??

Posted: 21 Jan 2015 04:00 PM PST





PULAU PINANG 20 Jan. - Gabungan 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim di negeri ini mendesak pihak polis memperjelas status terkini hasil siasatan terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kontroversi penggunaan kalimah Allah yang dibuat Disember lalu.

Wakilnya yang juga ahli Badan Bertindak Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Nordin berkata, sehingga kini tiada perkembangan lanjut berhubung hasil siasatan kes itu meskipun lebih 30 laporan polis dibuat pelbagai pihak terhadap Guan Eng.

Malah tambah beliau, pihaknya turut tertanya-tanya sama ada Guan Eng sudah ditahan atau dipanggil untuk membantu siasatan memandangkan kes itu boleh diklasifikan sebagai serius kerana membabitkan kegusaran dalam kalangan orang awam.

 "Kenyataan Guan Eng itu sangat serius dan jelas menyalahi Seksyen 297A dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948. "Jadi kita tertanya-tanya mengapa tiada perkembangan lanjut daripada pihak polis berhubung hasil siasatan kes ini dan kita berharap beroleh jawapannya dalam tempoh seminggu ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

 Guan Eng seperti dilaporkan beberapa portal berita pada 12 Disember lalu didakwa memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di negeri ini menggunakan kalimah Allah. Beliau dilaporkan berkata, larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.

Menurut Mohamed Hafiz, pihak polis bertindak pantas menahan Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen yang mempertikai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini namun lambat bertindak dalam kes membabitkan Guan Eng tersebu - See more at:

IPOHMALAY

Posted: 22 Jan 2015 09:23 AM PST

IPOHMALAY


Malaysia negara pertama dilawati Jokowi

Posted: 21 Jan 2015 07:00 PM PST

JAKARTA 13 Jan. – Malaysia mendapat penghormatan sebagai negara pertama akan dilawati secara rasmi oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam siri lawatannya ke luar negara setelah dilantik sebagai presiden republik paling ramai penduduk Islam di dunia itu, 20 Oktober tahun lalu.

Lawatan rasmi Joko atau lebih dikenali sebagai Jokowi itu pada 5 hingga 6 Februari depan adalah bagi merapatkan hubungan dua hala yang sedia terjalin antara negara berjiran ini, selain membincangkan isu-isu semasa menyentuh kepentingan bersama.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Jokowi akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menteri-menteri Kabinet sebelum mengadakan lawatan ke beberapa tempat termasuk kilang pengeluar kereta nasional, Proton.

"Ini adalah lawatan rasmi pertama Jokowi ke Malaysia. Ia satu penghormatan bagi kita kerana Malaysia dipilih sebagai negara pertama untuk dilawati. Selepas Malaysia, Jokowi akan meneruskan lawatan ke Singapura dan Brunei,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Zahrain, antara topik utama yang dijangka dibincangkan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri ialah mengenai projek kereta ASEAN yang ideanya dikemukakan oleh Malaysia.

ASEAN adalah pasaran kereta kelima terbesar di dunia dengan 3.5 juta unit terjual pada 2013.

Sementara itu, Zahrain meminta semua pihak tidak memperbesar-besarkan isu pihak berkuasa Indonesia menenggelamkan kapal nelayan milik Malaysia kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di kawasan perairan negara itu pada 8 Januari lalu.

Katanya, tindakan tersebut dilakukan berdasarkan prosedur biasa dan menurut lunas undang-undang negara berkenaan. – UTUSAN

Lelaki Cina cuba bakar surau di Rawang, mana suara MCA dan DAP?

Posted: 21 Jan 2015 06:11 PM PST

Mana pemimpin Cina sepersemendaan dengan PAS mahupun UMNO dalam isu seperti ini?

Mana kecaman mereka atas sikap luar akal yang sihat dari kalangan bangsa mereka.

Bila kini mereka diam, fikirkanlah siapa yang rasis? Melayu atau Cina?

Kita boleh kecam Perkasa atau Isma demi tunduk kepada tolenransi ala mereka. Mereka pula bagaimana?

Fikirkan.




bumiyang

Posted: 22 Jan 2015 03:45 AM PST

bumiyang


Belasah Singapura 16:1 Buktikan Hoki Malaysia Masih Bertaraf Dunia!!!

Posted: 20 Jan 2015 05:55 PM PST

Solardiriti Membantah Penghinaan Terhadap Penghinaan Kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Posted: 20 Jan 2015 08:05 AM PST

tunku

Posted: 22 Jan 2015 03:01 AM PST

tunku


Don’t fear the police, says Robert Phang

Posted: 21 Jan 2015 10:05 PM PST

The public should not hesitate to approach the police when assistance is needed, said Malaysian Anti Corruption Commission representative Tan Sri Robert Phang.

"They often have a perception that their reports will be ignored or that they will need to wait for a long time before any action is taken.

"In addition to that, it is a common stereotype that police officers often speak in a rough manner by addressing the public with ' apa kamu mahu? '( what do you want?)" he said.

He added that the training for police officers should henceforth include public relations and human relations.

"The public should be able to feel that the Police department and its officers are there for them, to help them when needed," he said during the Safer Malaysia Conference at the National University of Defence  (UNPM).

Robert added that the Police department is under a lot of strain and stress as the expectations on them varies, but it is important for all issues to be addressed by them.

Deputy Public Prosecutor Wan Shaharuddin Wan Ladin said the legal department  also often has trouble in receiving cooperation from the public, especially as witnesses.

"First things first, we need to change their mindset and let them know that they are under no risk and will be protected.

Giving the Prevention of Crime Act ( PCA) as an example, he said that the people fear it as they feel it is a varation of the Internal Security Act  ( ISA).

"Unlike ISA, rhe public prosecutor has a say in the PCA and whether or not a person should be arrested under the act. We look into all the related evidence and evaluate it under section 9.3 of the Act to see what can be done next," he added.

Wan said that identified witnesses are often hesitant to come forward in fear of their life and explained that things are handled differently now.

"When the witnesses do not turn up, we put the case on hold and call in the witness on a private basis.
"They will then be placed under the witness protection program and given the opportunity to testify without a counsel present, after explaining why they did not turn up in court to testify," he said adding that lack of cooperation would interrupt the investigation and delay the conclusion.

Home Ministry obtains stay against ruling to return ‘Allah’ CDs

Posted: 21 Jan 2015 07:39 PM PST

The Home Ministry has succeeded in obtaining a stay of execution against a court ruling for eight compact discs containing the word "Allah" to be returned to their owner.

High Court judge Justice Asmabi Mohamad allowed the stay application pending an appeal.

Clerk Jill Ireland's CDs were seized on May 11, 2008, at the then low cost carrier terminal (LCCT) in Sepang, when she returned from Indonesia.

The Home Ministry had held then, under the Printing Presses and Publications Act 1984 (PPPA), that the CDs were in breach of the guidelines of the Islamic Development Department of Malaysia (Jakim).
In July last year, High Court (Appellate and Special Powers) judge Zaleha Yusof had ordered for the items to be returned to the owner.

Taipingmali (tm)

Posted: 22 Jan 2015 01:10 AM PST

Taipingmali (tm)


Taiping dijadikan bandar bersejarah?

Posted: 22 Jan 2015 12:35 AM PST

Dahulu tercatat dalam sejarah tanah air bahawa Taiping mempunyai 33 yang pertama dalam Malaysia.

Dahulu juga ada program Heritage Trail, pernah dilihat beberapa pemandu pelancong membawa pelancong domestic dan dari luar negara untuk melihat sendiri 33 tempat yang menarik di bandar ini.

Kini 2015, masih wujud lagi kah kesan sejarah tersebut? Apa yang dilihat sudah banyak yang hancur dan tidak  dipedulikan lagi.

Rumah Rehat pertama berhadapan SK King Edward VII di Jalan Stesen sudah hancur, bangunan kerajaan lama juga hancur, rumah-rumah lama tinggalan sejarah sudah hancur.

Sejak Dap menguasai Taiping, dilihat banyak yang sudah musnah hancur lebur. Kini yang kekal ialah market yang usang di tengah bandar.

Apabila rakan rakan bertanya mengenai tempat bersejarah untuk mereka lihat hanyalah muzium, zoo, bukit larut yang sudah sepi, muzium bijih timah di Matang,  menara jam yang hampir runtuh. Tak ada apa lagi yang hendak dimegahkan.

Menteri Pelancongan telah melawat Taiping tahun lepas dan bercadang hendak menjadikan Taiping bandar bersejarah tetapi apa yang dibuat sehingga kini, Nga Kor Ming pun tidak mempunyai idea tetapi hanya tahu mengkritik dan mencela, tiada usaha untuk menjadikan Taiping terkenal seperti dahulu.

Berikut adalah petikan berita kunjungan menteri pelancongan ntahun lalu.

TAIPING 6 Julai - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bercadang menjadikan Taiping yang kaya dengan pelbagai produk pelancongan sebagai bandar bersejarah.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pihaknya akan berunding dengan kerajaan negeri berhubung perkara itu bagi memastikan khazanah pelancongan di Taiping, yang kini dikenali sebagai bandar warisan, terpelihara.

"Banyak bangunan dan tempat bersejarah di Taiping seperti stesen kereta api, Bukit Maxwell dan Kuala Sepetang. Saya bimbang sekiranya (bangunan bersejarah) diruntuh dan dibangunkan dengan pembangunan lain, maka akan hilang khazanah pelancongan di Taiping," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Muzium Taiping di sini hari ini sempena program Muzium Bersama Komuniti.

Mohamed Nazri mengadakan lawatan di Perak selama dua hari dan ia merupakan lawatan pertamanya ke negeri ini selepas dilantik sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Beliau berkata, produk pelancongan di daerah ini termasuk Muzium Taiping akan dinaik taraf sebagai ikon pelancongan bandar Taiping.

"Saya kagum dengan artifak-artifak yang terdapat di dalam muzium ini.

Sememangnya anak-anak sekolah mesti dibawa ke sini untuk melihat perkara yang sebenarnya wujud di negeri ini seperti permainan tradisional, makanan tradisi di Perak dan sebagainya," katanya.

Sehubungan itu, bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara berkunjung ke muzium, beliau berkata penambahbaikan perlu dilakukan di tempat penyimpanan barang-barang bersejarah itu.

"Kementerian akan mengkaji semula bentuk penambahbaikan yang perlu dilakukan serta kos yang perlu diperuntukkan," jelasnya.

Program yang diserikan dengan persembahan kebudayaan seperti wayang kulit, dikir barat dan pancaragam sekolah turut menempatkan 47 gerai pameran melibatkan produk pelancongan, kesihatan dan kraftangan.

The Unspinners

Posted: 21 Jan 2015 11:51 PM PST

The Unspinners


Samad Alias, Akauntan amat dihormati sertai 1MDB

Posted: 21 Jan 2015 10:15 PM PST


Baca sepenuhnya di SINI

Mainan jahat orang dalam punca 1MDB dipolitikkan

Posted: 21 Jan 2015 05:04 PM PST


Baiklah!

Kita bukan nak pukul "below the belt". Biaq bincang guna fakta dan jawab persoalan. Cuma cara saja soal tapi sebenarnya menuduh. Bila nak tuduh, kenalah dengan jelas dan berfakta.

Demikian yang dihadapi oleh 1MDB yang diserang "soalan-soalan" hingga kasi jawapan pun tak guna.

Depa cari "soalan-soalan" lain untuk ditanya duoaya serangan terhadap 1MDB berkekalan dan buzz psywar mereka berkekalan supaya lambat laun persepsi keatas 1MDB tidak boleh di "repair.

Sebaik saja Arul Kanda sedia nak debat dan dialog dengan Tony Pua lalu dia lari kata tak mahu.

Tapi Tony Pua juga yang timbulkan pula spekulasi pasal SR International dan reka hubungan Arul dengan Jho Loh.

Sebenarnya kerisauan tentang 1MDB lebih banyak ditimbulkan oleh Tun Mahathir berbanding Tun Daim. Isu yang ditimbulkan Tun Mahathir lebih kritis dari Tun Daim.

Namun sebagai bekas pemimpin, mereka memang sayang dan concern terhadap UMNO, dan alif baa taa. Dan isu yang ditimbilkan valid dan hanya perlu dijelaskan.

1MDB ada jawab tapi tak direct dan terus terang. Tak boleh bogel habis. Maklumat syarikat tak boleh kasi pesaing tahu. Yg patut2 saja.

Malah mereka ada jumpa Tun M. Dato Najib pun kerap bertemu Tun M untuk jelaskan hingga dah tak lagi dengar dah dari dia. Mungkin sementara.

Keadaan hanya menjadi lebih riuh dari sebenar bila sentiasa digembar gembur pihak tertentu dari belah kita dengan ditambah dengan ulam-ulam dan rencah dari pembangkang.

Maka kelihatan seolah-olah apa sekali penjelasan tak akan diterima tapi diperinci ke isu2 lain. Ini yang buat pihak 1MDB malas melayan sangat.

Sebenarnya, isu 1MDB bakal reda dan akan berjaya disenarai pada bulan Mac. Sampai masa senarai, semua akan terjawab.

Buat masa ini 1MDB Energy tak ada masaalah untuk senarai. Masaalah valuation beli IPP terlalu mahal mudah dijawab jika mereka sedar akan elemen "option".

Eloklah IPP dinasonalisasikan dari hanya kayakan pihak tertentu. Rakyat pun dapat rasa keuntungan IPP. Hal subsidi bahan bakar yamg sering ditumbulkan pembangkang dan rakyat pada IPP dapat selesai.

IPP tidak lagi jadi perniagaan privatisation yang lumayan tapi keuntungan yang berpatutan.

Buat masa ini, tinggal kerja kemaskini untuk membolehkan 1MDB proper memenuhi syarat listing bagI 1MDB energy.

Pihak pembangkang hanya mahu lihat 1MDB gagal. Mereka mahu jadikan 1MDB satu skandal kewangan supaya hilang keyakinan rakyat terhadap kerajaan.


Punca ini semua adalah dari beberapa pihak orang dalam yang atas sebab tertentu mahu sabotaj 1MDB.

Kononnya ada banker tak dapat sesuatu yang dipinta dan juga tak dapat jadi leading bank untuk urus segala-gala hal 1MDB untuk fee yang besar. Ia, bukan setakat penglibat bersama bank-bank lain.

Ia terlalu cemburu bila Goldman Sach yang urus. Fee Goldman tu biasa untuk peranan mereka dan profil risiko 1MDB. Lalu dia berdengki dengan mengata macam2 mengensi 1MDB ke rakan2 korporat lain.

Nak tahu senang. Cari sapa yang tak terlibat langsung dengan 1MDB.


Satu lagi adalah orang dalam yang telah dikantoi nak makan atas angin dalam satu pembelian 1MDB.

Sibengap ni sudah letak nama dia dalam company atas angin itu.

Konon ceritanya dia yang leak info beri mesej supaya jgn ada pihak cuba nak sentuh dia dan cuba siasat. Cara blackmail untuk robohkan jika dia kena.

Nak buat kes bukan senang. Walaupun betul dia cuba buat tapi sebab keputusan membeli juga libatkan orang lain, senang lepas.

Tak kira jika dia cuba pengaruh. Asal bukan dia seorang buat keputusan dan ada proses yg dilalui, tak boleh charge.

Siapa sedar isu2 yang disoalkan kebanyakkan hanya berasaskan andaian dan agak-agak yang tidak berfakta.

1MDB simpan betul 'trade secret' supaya bila sampai masanya, semua terjawab dan kebenaran bakal mengalahkan kebatilan. Boleh malu mereka yang melampau serang mereka.

Lagi2 mereka yang hanya tahu angle politics, tak tahu satu habuk pasal finance tapi nak jadi pencatur dunia.

Patut ketepi politik, doa dimudahkan tapi ada tak sabar-sabar

Posted: 21 Jan 2015 03:26 AM PST


Kita ketepikan politik ...




"Allahumma laa sahla illa maa ja'altahu sahlaa, wa anta taj'alul hazna idza syi'ta sahlaa.

"(Ya Allah! Tiada kesenangan kecuali yang Dikau permudahkan; Dan Dikaulah menjadikan kesedihan (kesukaran), jika Dikau mengkehendakinya pasti akan menjadi mudah.)"

Hendaklah kita ...




Harap rakan2 pembaca, blogger dan sosial media hentikan politik dan bantu sesama ummah hadapi saat penentu buatnya.

Jaga adab, tingkah laku dan kata-kata. Jangan macam Ketua PASma yg dah sedia kasi kenyataan sebelum Allah tentukan.

Dah tersebar ....

-----------

Salam takziah diucapkan kepada kaum keluarga YB. Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat atas kembalinya beliau
kerahmatullah sebentar tadi. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar terhadap gerakan Islam Malaysia (khususnya) dan dunia Islam amnya. Moga beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Al-Fatehah.

YB Phahrolrazi Mohd Zawawi
Presiden
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa)

-----------------

Masya allah. Dah tak sabar2 ...


Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 21 Jan 2015 11:36 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


AZMIN MAHU KENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEPADA 8 PEGAWAI KHALID

Posted: 21 Jan 2015 11:29 PM PST


Lapan bekas pegawai kontrak bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal dikenakan tindakan undang-undang kerana gagal memulangkan pampasan berjumlah RM2.3 juta kepada kerajaan negeri, kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, keputusan itu diambil berikutan tempoh dua minggu yang diberi untuk mereka menjawab tuntutan Menteri Besar Diperbadankan (MBI) supaya memulangkan wang pampasan itu tamat pada Isnin.

Azmin berkata, pihak guaman pengurusan MBI telah diarah untuk melakukan tindakan selanjutnya berhubung proses undang-undang berkenaan.

"Tempoh dua minggu yang diberikan kepada kesemua bekas pembantu Abdul Khalid berakhir semalam dan mereka menolak untuk pulangkan semula wang pampasan berkenaan.

"Oleh itu, kita berpendirian untuk teruskan dengan tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ramah Mesra Pegawai Komunikasi Korporat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini Selasa.

Lapan bekas pegawai kontrak itu yang menerima pampasan antara RM114,870 hingga RM699,000 seorang sebelum ini diberi tempoh dua minggu untuk memulangkan semula wang berkenaan.

Dalam pada itu, Azmin berkata lapan bekas pegawai kontrak berkenaan bagaimanapun tetap akan diberi pampasan namun jumlahnya mengikut peruntukan sedia ada.

Dakwanya, jumlah pampasan yang dibayar kepada mereka sebelum ini telah melanggar peraturan kewangan kerajaan negeri termasuk syarat-syarat kontrak yang telah dipersetujui.

Katanya, pengurusan MBI akan membuat penelitian semula jumlah bayaran pampasan yang sepatutnya diterima bekas pegawai kontrak tersebut mengikut syarat yang terkandung dalam kontrak kakitangan berkenaan sebelum sebarang pembayaran semula dilakukan.

Sementara itu, seorang daripada mereka, bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Hussin ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan dan menyatakan pihaknya telah melantik peguam malah dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung perkara itu.

Katanya sebarang surat, dokumen mahupun notifikasi hanya akan dijawab peguam berkenaan mengikut undang-undang sewajarnya bagi mengelakkan berlaku sebarang prejudis terhadap isu terbabit

KEKAYAAN DINASTI LIM LUAR BIASA...DARI MANA DUIT MEREKA DAPAT?

Posted: 21 Jan 2015 08:57 PM PST


Dari mana datangnya kekayaan dinasti Joseph Lim Guan Eng?

Adakah kerana duit yang dia kumpul sejak kecil-kecil lagi atau semenjak dia menjadi Ketua Menteri?

Dulu dia sanggup gondolkan kepala bininya yang beragama kristian itu di tokong Buddha untuk tarik simpati rakyat kononnya menentang rasuah.

Namun kini kepala bininya tidak botakkan sebaliknya membiarkan tanah-tanah bukit di Pulau Pinang dan Seberang Prai digondolkan sikit demi sikit untuk membina kondominium mewah yang harganya berjuta-juta.

Siapa yang akan jadi pembelinya?


Bertambah terkejut bila bini Joseph Lim Guan Eng muncul dengan gaya begitu mewah setelah dilantik sebagai  Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC).

Sedangkan Joseph Lim Guan Eng merupakan Pengerusi Hal Ehwal Tanah dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Negeri Pulau Pinang.

Pertikaian juga timbul akibat perlantikan itu kerana kerajaan negeri difahamkan mempunyai hubungan rapat dengan PCCC yang dipengerusikan Tan Sri Tan Kok Ping.

Sebelum ini Tan Sri Kok Ping telah didenda oleh mahkamah sebanyak RM30,000 kerana syarikatnya General Accomplishment Sdn. Bhd. didapati bersalah melakukan kerja tanah di puncak Bukit Relau atau lebih dikenali sebagai Bukit Botak tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Kesan dari penarahan bukit itu telah membahayakan penduduk persekitaran dan merosakkan alam sekitar.

Namun persoalannya adakah jawatan itu sebagai upah atau rasuah membodek Joseph Lim untuk dapat lebih banyak projek di Pulau Pinang?

Adakah dengan menggunakan Betty maka ia boleh dianggap dapat mencuci kesalahan Joseph Lim?

Jika Betty dituduh nanti maka boleh beliau gunakan air mata bininya dijaja ke hulu ke hilir macam perangai Nuar Berahim usung Jijah ke sana sini minta simpati rakyat kononnya dianiaya kerajaan UMNO.

Ini Tan Sri (tengah) jadi babi ternak Joseph...boleh bikin manyak wang kasi sama PPS dan Red Bean Army (RBA) kasi hantam kerajaan BN. PPS dan RBA sememangnya berkait rapat




Betty juga dikhabarkan sudah pun menolak jawatan yang ditawarkan PCCC tersebut ekoran kontroversi yang tercetus.

Namun bolehkah ia dipercayai, macamana kalau dia cuma menjadi Lembaga Pengarah tidak rasmi PCCC dan wang tetap mengalir dalam beg Gucci Bamboo nya... siapa tahu?

Kaki rasuah jadi bankers tetap Joseph Lim

Malah Tan Sri Kok Ping ini juga pernah disiasat SPRM berhubung penjualan Mercedes Benz kepada Joseph dengan harga murah dari harga pasaran disebabkan kepentingan banyak projek di Pulau Pinang.

Beliau juga disiasat berhubung peranannya menjadi orang tengah bagi cadangan pembinaan sebuah kasino di atas puncak Bukit Bendera.

Dan paling menarik hartawan ini juga penyumbang dana RM1 juta penubuhan pertubuhan haram Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang kemudiannya diharamkan oleh KDN tak lama dulu.

Nampaknya di sebalik slogan CAT DAP tersembunyi duit-duit rasuah dan sogokan yang terselindung sebagai dana tanggungjawab sosial korporat (CSR), diskaun, saguhati dan hadiah. lihat http://www.malaysia-today.net/macc-begins-probe-on-merc-purchase/

Dan segala duit kotor itu boleh dilihat melalui perbelanjaan dan gaya mewah bini Joseph si Betty itu.

Di kala rakyat di Pulau Pinang tertekan dengan kos sara hidup dia bermewah-mewah dengan suaminya bercuti di Paris dan mengelilingi Eropah.

First Lady bergaya dengan kereta mewah semasa perasmian gedung mewah Gurney Paragon Mall tak beberapa lama dahulu 
Kini gaya serba mewah berkilauan mula menyinari kehidupan First Lady of Penang (FLOP); Betty Chew.

Mungkin orang Penang sudah ada peribahasa sendiri kalau nak tahu bagaimana kekayaan Penang lihat saja Lady FLOP Betty Chew.

Tapi kalau nak tahu lidah bercabang lihat saja suaminya Joseph Lim Guan Eng...

Kalau jadi projek terowong mungkin bertambah kaya lagi Joseph dan Betty cekau duit rakyat.
















WALAUPUN NIK AZIZ SAKIT NAJIB TETAP MENDOAKANNYA - BUKTI SIFAT PEMIMPIN DAN NEGARAWAN ULUNG

Posted: 21 Jan 2015 04:27 AM PST


Walaupun ini gambar lama namun ia bukti menunjukkan DS Najib dan isteri amat prihatin terhadap tahap kesihatan Nik Aziz. Ada masa ke Kelantan beliau tetap menziarahi bekas Menteri Besar Kelantan itu.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendoakan supaya bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat segera sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik.

"Semoga Datuk Nik Abdul Aziz dikurniakan kesihatan oleh Allah SWT dan cepat sembuh dan diberi sebaik kesihatan oleh Allah SWT," katanya menerusi laman twitter beliau, sebentar tadi.



Pagi tadi, tahap kesihatan Mursyidul Am PAS itu dilaporkan telah menunjukkan perkembangan positif apabila sedar sepenuhnya.

Anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, berkata ayahnya berbual dengan doktor mengenai perkembangan kesihatannya sepanjang di Unit Rawatan Rapi (ICU) Neuro.

Beliau berkata, ayahnya juga sempat menunaikan solat subuh dan bersarapan sebelum berehat semula.


Inilah bukti keperibadian DS Najib sebagai seorang negarawan dan pemimpin yang berjiwa besar. 

Beliau masih mendoakan dan berharap agar Nik Aziz segera sembuh walaupun mengetahui musuhnya itu sedang nazak akibat kanser prostate dan uzur kerana penyakit tua. 


Kesihatan Nik Aziz merosot selepas PRK Pengkalan Kubor lalu dan semakin merosot apabila mengetahui tsunami banjir melanda Kelantan.

Walaupun berbeza fahaman dan ideologi politik, Najib sebagai pemimpin Barisan Nasional (BN) tetap menunjukkan hormatnya pada lawan politiknya. 

Sudah pasti Kementerian Kesihatan Malaysia diberikan arahan oleh Najib sebagai Perdana Menteri supaya memberikan perhatian 1000% dengan memberi rawatan kesihatan percuma dan terbaik buat Nik Aziz.

Malah Najib menunjukkan sikap sebagai negarawan berjiwa besar, ulung dan bertanggungjawab sanggup merombak Bajet 2015 semata-mata mahu memberikan bajet yang lebih dalam menangani bencana dan musibah banjir terutamanya di Kelantan dan juga lain-lain negeri.   

Kita juga mendoakan agar Nik Aziz cepat sembuh dan umurnya terus dilanjutkan Allah s.w.t.

Amin

APANAMA

Posted: 21 Jan 2015 11:19 PM PST

APANAMA


Apa yang akan bertukar ?

Posted: 21 Jan 2015 04:02 PM PST

Panglima Perang Cyber

Posted: 21 Jan 2015 11:12 PM PST

Panglima Perang Cyber


Blogger Ameno World Cuba Laga @Zahid_Hamidi dengan @HishammuddinH20 - Checkmate dengan gambar mereka berpeluk semalam

Posted: 21 Jan 2015 08:56 PM PST


BlOgger pakatan cuba melagakan antara Zahid dengan Hishamuddin. Baca tulisan beliau :



http://www.amenoworld.net/2015/01/isu-surat-sokongan-kepada-penjenayah.html?m=1

Ia diikuti penafian Hishamuddin beliau secara peribadi membuat surat sokongan kepada sesiapa. Hasil soalan dari wartawan The Malaysian Insider yang juga sering melagakan antara pemimpin UMNO dan menyerang kerajaan dalam tulisan dan laporan mereka.



Sama seperti yang dilakukan Zahid iaitu tidak menyokong sesiapa namun hanya menjelaskan status rakyat Malaysia yang dibicarakan di Amerika.

Beliau tidak sedar dengan mudah hujah beliau dipatahkan oleh BlOgger Minaq Jinggo yang membuat rakaman sidang media Zahid Hamidi Jumaat lalu di Putrajaya.


Jauh beza antara 'Menteri' dengan 'Menteri-menteri.'

Barangkali dia tak sedar jauh beza jika perkataan 'Menteri' dengan dua kali sebutan yang menunjukkan lebih dari seorang.

Kalah istilah arabnya disebut 'jamak'...

Akhirnya lihat gambar Zahid dengan Hisham semalam yang menunjukkan mereka tidak ada apa masalah sebenarnya.










Surat Zahid bukan menyokong Paul Phua dan ia dikeluarkan atas kapasiti sebagai Menteri dalam Negeri atas permintaan pihak peguam.

Maka tidak ada sebab nak kaitkan kenyataan Zahid menuju kepada sesiapa pun kerana ia memang prosedur biasa untuk memberi penjelasan atas permintaan bukan sokongan atau jaminan.

Harap Ameno World pikir biar dalam sikit bab ini.

Kalau tidak jangan marah kalau orang kata kau Bodohhhh...


P/s : Ingat judi ingat Pakatan ingat Dajjal.
> BlOgger pakatan cuba melagakan antara Zahid dengan Hishamuddin. Baca tulisan beliau :
>

Blogger Ameno World Cuba Laga @Zahid_Hamidi dengan @HishammuddinH20 - Checkmate dengan gambar mereka berpeluk semalam

Posted: 20 Jan 2015 11:43 PM PST

BlOgger pakatan cuba melagakan antara Zahid dengan Hishamuddin. Baca tulisan beliau :

Belantan

Posted: 21 Jan 2015 11:03 PM PST

Belantan


Krisis pembangkang semakin panas - Pas teruskan kecaman terhadap DAP?

Posted: 21 Jan 2015 04:27 AM PST


Episod perbalahan antara Pas dan DAP berhubung pelaksa­naan hudud di Kelantan berterusan sehingga mengheret pimpinan kedua-dua parti tersebut dalam kancah pertikaman lidah secara terbuka.

Krisis semakin hangat apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengecam DAP kerana membuat keputusan untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempat­an (PBT) di Pulau Pinang walaupun tidak dipersetujui sekutu-sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Beliau mendakwa, DAP tidak pernah membentangkan cadangan pelaksanaan pilihan raya PBT dalam majlis pimpinan pakatan pembangkang justeru, bantahan parti itu terhadap pelaksanaan hudud boleh dianggap sebagai cakap tak serupa bikin.

"Isu hudud pula berbeza kerana pakatan pembangkang pernah membincangkannya dalam me­s­yuarat dan kita bersetuju untuk tidak bersetuju.

"Kita juga memperakui soal hudud mengatasi pakatan pembangkang kerana undang-undang itu telah diluluskan di Kelantan sebelum pakatan pembangkang wujud," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Mustafa menambah, DAP sepatutnya sedar Pas perlu menunaikan janjinya untuk melaksanakan hudud di Kelantan setelah mengambil alih pentadbiran negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) pada 1990.

Rabu lalu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke menegaskan hasrat Pas untuk melaksanakan hudud perlu dikritik pihaknya secara terbuka kerana perkara itu tidak pernah dibangkitkan atau dipersetujui majlis pimpin­an pakatan pembangkang.

Malah, Anthony mene­gaskan, cadangan pelaksanaan hudud di mana-mana negeri di Malaysia bukan dasar bersama yang dipersetujui dalam pakatan itu.

Sebelum itu, Mustafa dalam wawancara bersama akhbar Sin Chew Daily Isnin lalu menyatakan, pimpinan DAP sering memburuk-burukkan Pas.

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 21 Jan 2015 09:49 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Kenapa Anwar Tak Sewa Jet Balik Dari New Zealand Ke Kelantan?

Posted: 21 Jan 2015 07:25 PM PST



GERAKAN ANTI PKR

Posted: 21 Jan 2015 09:15 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


BERSIH 2.0.. NGO PALING BANGANG DALAM SEJARAH TAMADUN MALAYSIA !

Posted: 21 Jan 2015 12:05 PM PST

ALLAHUAKBAR... MASIH ADA YANG FAHAM ! SEGALANYA DAH TAMAT UNTUK MEREKA..

Posted: 21 Jan 2015 12:06 AM PST

DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK NIK AZIZ.

Posted: 20 Jan 2015 11:58 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 21 Jan 2015 03:37 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Utusan Online nafi keluarkan berita kematian Nik Aziz

Posted: 21 Jan 2015 05:16 AM PST

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Utusan Online menafikan ada mengeluarkan berita mengenai Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia seperti didakwa oleh sebuah blog yang kemudian tersebar di media sosial sejak semalam.

Sebaliknya, bekas Menteri Besar Kelantan yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dilaporkan sudah sedarkan diri hari ini dan keadaannya semakin stabil.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh berkata, ayahnya sudah mampu untuk menunaikan solat subuh pada pagi ini dan tahap kesihatannya semakin baik.

Semalam, sebuah blog telah mengeluarkan kenyataan berhubung kematian Nik Aziz dengan memetik sumber daripada Utusan Online. - UTUSAN ONLINE


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/utusan-online-nafi-keluarkan-berita-kematian-nik-aziz-1.50563#sthash.m82S5dS2.dpuf

Lelaki Cerita Setiap Detik Kecurangan Isteri Secara ‘Live’

Posted: 21 Jan 2015 12:01 AM PST

LOS ANGELES – Seorang lelaki yang kecewa selepas mengetahui isterinya berlaku curang kepadanya, telah memutuskan untuk berkongsi kekecewaan itu kepada umum dengan membuka blog dan menceritakan setiap detik secara `live' kepada orang ramai.

Lelaki malang itu menggunakan komuniti dalam talian Reddit untuk menceritakan mengenai apa yang berlaku dengan menggunakan nama samaran MyLifeSuxNow.

"Saya mengesan kecurangannya melalui mesej dalam telefon bimbitnya. Saya tahu dia belum mengetahui bahawa saya telah mengesan kecurangannya.

"Dia dan kekasihnya selalu berhubung pada pukul 1 pagi hingga 4 pagi, di mana ketika itu dia menyangka saya sedang nyenyak tidur," katanya yang kemudian mula menceritakan apa yang berlaku.

Lelaki itu dan isterinya berkahwin sejak lapan tahun lalu selepas menamatkan pengajian di universiti.

MyLifeSuxNow turut bertanyakan kepada komuniti Reddit sama ada dia patut menceraikan isterinya itu, meskipun dia mendakwa masih menyayangi wanita berkenaan.

Dia kemudiannya memberita bahawa seorang penyiasat telah diupah bagi menyiasat dan mendapatkan bukti kecurangan isterinya itu.

"Jenny bertemu lelaki itu di sebuah pangsapuri dan mereka bercium, kemudian masuk ke dalam rumah. Sah mereka curang,'' katanya yang memberitahu setiap detik pergerakan Jenny dalam blog tersebut.

Seramai 15,000 orang memberikan nasihat kepada MyLifeSuxNow untuk berdepan dengan situasi di mana isterinya curang dan apa yang perlu dilakukannya.

Ada yang meminta supaya dia menceraikan Jenny.

Dicekup Melancap, Raba Wanita Dalam Tren Bawah Tanah

Posted: 20 Jan 2015 10:01 PM PST

BEIJING — Akibat tidak tahan nafsu melihat punggung dua orang penumpang wanita cantik, seorang lelaki ditahan polis China kerana melancap sebelum sempat memancutkan air mani terhadap mangsa, lapor akhbar tempatan pada Selasa.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Khamis lalu kira-kira pukul 8.30 pagi di dalam gerabak kereta api bawah tanah yang penuh sesak di Shanghai dan ini merupakan kes kali kedua melibatkan lelaki pelancap kemaluan sendiri di bandar raya itu.

Menurut akhbar, suspek sebelum ditahan pihak polis dilihat oleh beberapa penumpang lain sedang leka meraba-raba punggung dua orang wanita yang agak seksi ketika tren bawah tanah Laluan II baharu tiba di stesen Chaoyang Road.

Geram melihat aksi bersahaja suspek, mereka kemudian segera menahan lelaki itu ketika dia cuba menggosokkan zakar untuk melancap dan nyaris memancutkan air mani dari kemaluannya ke atas tubuh wanita berkenaan.

Pertandingan melancap tahunan yang diadakan di Shenzen, wilayah Guangdong turut menarik penyertaan peserta wanita dengan semua peserta diizin tutup muka bagi menjaga aib maruah diri.

Suspek yang tidak didedahkan identitinya itu diserahkan kepada anggota polis tempatan sebaik sahaja kereta api tersebut sampai di stesen Jiangsu dan dia dilaporkan telah ditahan reman selama lima hari sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Pada November tahun lalu, seorang lelaki dituduh di mahkamah atas dakwaan melakukan pelancapan dan ketika saat ejakulasi, sperma suspek berjaya dipancut mengenai tubuh seorang perempuan di eskalator stesen Shanghai Circus World.

Sebenarnya di China memang ada pun pertandingan melancap peringkat kebangsaan (lihat gambar atas) dengan peserta terbaik yang mampu melakukan aksi pelancapan paling lama dianggap sebagai pemenang utama. – Agensi

Nik Aziz Hidap Kanser Prostat, Perlu Rawatan Rapi

Posted: 20 Jan 2015 09:32 PM PST

BEKAS Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disahkan menghidap kanser prostat sejak sekian lama, namun penyakit tersebut mampu dikawal oleh pakar.

Perkara itu didedahkan anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan.

Tambahnya setakat ini, bapanya menunjukkan reaksi positif dan stabil sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Memetik kenyataannya dalam portal The Rakyat Post, "Bagaimanapun, doktor menyatakan ayahanda perlukan rawatan rapi untuk pemulihan lebih baik.

"Ayahanda menghidap kanser prostat yang dikesan sejak sekian lama tetapi rawatan berterusan oleh doktor telah berjaya mengawalnya.

"Terima kasih kepada pihak hospital yang telah dan sedang memberikan yang terbaik."

Dalam kenyataan sama Nik Abduh berkata, individu yang ingin melawat bapanya perlu mengikut prosedur yang telah ditentukan pihak hospital dan dipersetujui oleh ahli keluarga.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan Nik Aziz. -MYNEWSHUB.CC

Zamani Slam dicekup sedang lalok syabu, heroin dengan seorang wanita

Posted: 20 Jan 2015 08:10 PM PST

Harian Metro hari ini melaporan yang seorang penyanyi lelaki berusia 43 tahun ditahan bersama seorang wanita di kediamannya di Taman Keramat Ampang kerana memiliki satu paket dadah jenis heroin, 12.30 tengah malam tadi.

Menurut sumber, dadah seberat 1.2 gram itu ditemui di atas tilam di dalam bilik kediamaannya.

UPDATE-1: Astro Gempak melaporkan hari ini yang penyanyi tersebut merupakan bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim.

"Hasil soal siasat penyanyi itu mengaku terbabit dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu & juga heroin sejak 10 tahun lalu dan membelinya daripada seorang lelaki yang turut berjaya ditangkap pihak polis di Hulu Kelang"

"Ketika serbuan kenalan wanitanya turut berada di kediaman itu dan hasil ujian air kencing positif dadah," menurut sumber akhbar harian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan penahanan suspek dan akan memohon reman hari ini. Penyanyi terbabit terkenal ketika zaman 90-an ketika menganggotai kumpulan pop. (rtky/m)

tun faisal dot com

Posted: 21 Jan 2015 01:40 PM PST

tun faisal dot com


#PascaBanjir @IsmailSabri60 - Petani, nelayan tak perlu lapor polis untuk dapatkan bantuan

Posted: 21 Jan 2015 01:32 PM PST

TEMURAMAH YB ISMAIL SABRI di RTM RANCANGAN LANSKAP - PASCA BANJIR

1. Sebanyak 3 juta telah dibelanjakan pada awal  oleh MOA. Kementerian Pertanian sangat komited bantu walaupun kita patut berada di belakang

2. Penyusunan semula bajet oleh PM. Setakat ni projek rakyat tetap diteruskan, cuma mungkin operasi pengurusan daripada Kementerian dikurangkan.

3. Tambahan 100 juta untuk Tekun & 10k untuk mangsa banjir pulihkan semula perniagaan mereka. Tangguh pinjaman oleh Agrobank dan Tekun. Untuk Tekun kita beri dengan segera, tidak ada lagi borang n karenah birokrasi. Tekun juga akan menjadualkan semula pinjaman utk meringankan beban mangsa. Agrobank pula peruntukkan 50 juta untuk pinjaman kpd mangsa banjir tanpa cagaran dan penjamin.

3. Kita ada formula untuk bayar kepada mangsa banjir. Contohnya lembu rm700 seekor untuk maksimum 10 ekor.

4. Berapa kali saya dah jelaskan, mangsa tak perlu lapor polis untuk dapatkan bantuan. Cukup dengan lapor kepada Jabatan Pertanian terdekat

5. Ketegasan MOA. KADA tak perlu tunggu duit dari Kementerian Kewangan. Guna duit sendiri dulu. Sebab itu saya turun sendiri ke Kelantan. Tengok keadaan sangat teruk kpd penduduk. Kalau kita tak buat, akan memudaratkan penduduk Kelantan.

6. Ada pertindihan kerja. Contoh pengurusan Sungai. Sungai bukan di bawah MOA tapi klu kita asyik tolak-tolak kerja, rakyat yang rugi. MOA ambil tanggungjawab ini untuk baiki sungai di Morak, Kota Baru, Kelantan.

7. Bagi kenaikan harga barang pertanian, pemborong ambil kesempatan. Kelantan, Terengganu bukan pengeluar sayur.

8. Sebab tu kita buka pasar TANI khas yang harganya sehingga 60% lebih murah. Di Kelantan sahaja kita buka 11 pasar TANI khas. Kita buka di kawasan yang mengalami banjir.

9. Larangan eksport sayuran, buah-buahan dan ikan untuk menjamin bekalan mencukupi

10. Kita perlu sama-sama berkerja antara Kerajaan, GLC dan swasta dlm bidang agromakanan. Sy tidak nampak lagi keagresifan GLC yang terlibat dalam agromakanan utk sama-sama bantu gerak kerja membantu mngsa banjir.

11. Untuk bantu mangsa banjir, kita kerah sukarelawan bersih rumah. Kita beri peralatan. Kita juga turun dptkan maklumbalas. Ada kawasan perlu makanan. Ada kawasan perlu barang selimut, dapur. Semua tu kita semak dan selaraskan.

12. Sebanyak 500,000 untuk banjir di Sarawak. Tidak ada diskriminasi, kita juga bantu rakyat Sarawak.

13. Bekalan makanan tidak ada masalah buat masa sekarang.

Kenapa langkah intervensi Najib kecewakan pengkritik?

Posted: 21 Jan 2015 02:28 AM PST


We are not in crisis. Indeed, we are taking preemptive measures following the changes of the external global economic landscape, which are beyond our control - Najib Razak


Perkataan "kita bukan dalam keadaan krisis" tidak dapat diterima oleh pengkritik Perdana Menteri Najib Razak. Diakui kedudukan kewangan negara tidak sebaik tahun-tahun sebelumnya, tetapi hakikatnya, ia bukan kegawatan akibat krisis matawang seperti pada tahun 1998 atau kelembapan ekonomi tahun 2009.

Terdapat tiga perkara utama yang menjejaskan pelaksanaan total Bajet 2015, iaitu penurunan harga petroleum, penyusutan nilai ringgit dan bencana banjir besar baru-baru ini.

Penurunan harga minyak global mengakibatkan pendapatan negara berkurang. Bagaimanapun bertentangan dengan andaian popular, pendapatan Malaysia tidak bergantung sepenuhnya kepada petroleum kerana ia hanya 4.5% daripada keseluruhan eksport Malaysia yang pelbagai.

Pada tahun 2014, anggaran cukai petroleum adalah RM 28 bilion berbanding keseluruhan pendapatan negara iaitu sebanyak RM 224 bilion. Justeru walaupun terdapat penurunan harga semasa petroleum, dibantu dengan penjimatan sebanyak RM 10.7 bilion hasil rasionalisasi subsidi bahan api, pendapatan negara cuma berkurang sebanyak RM 8.3 bilion bagi melaksanakan keseluruhan cadangan Bajet 2015 yang diluluskan tahun lepas.

Mungkin pengkritik berharap agar lebih banyak pengurangan perbelanjaan dibuat. Walaupun kelihatan mulia tetapi tidak dikisahkan bahawa pemotongan perbelanjaan yang besar mempunyai kesan langsung yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara, perolehan perniagaan, peluang pekerjaan dan kebajikan rakyat.

Pendekatan `anti-establishment' ini memang dijangka kerana tanpa pertumbuhan ekonomi, perolehan perniagaan berkurangan, peluang pekerjaan tidak mampu disediakan dan akhirnya dengan kehilangan pendapatan, kebajikan rakyat tidak dapat dibela. Dalam situasi sebegini, sudah tentu usaha mengapi-apikan kemarahan rakyat menjadi lebih mudah.

Kehilangan hasil pendapatan menuntut perbelanjaan dikurangkan, cuma tidak wajar sehingga menguncupkan pertumbuhan ekonomi. Pengalaman Malaysia sejak tahun 1998 membuktikan bahawa pemulihan ekonomi akan lebih cepat sekiranya kerajaan terus berbelanja secara bijak untuk terus menjana ekonomi.

Apa yang penting, kerajaan komited untuk memastikan sasaran defisit fiskal adalah pada 3.2%, iaitu hanya bertambah 0.2% berbanding sasaran Bajet 2015 dan lebih rendah berbanding defisit tahun 2014, iaitu 3.5%. Akaun semasa negara juga terus mempunyai lebihan. Berdasarkan rekod, akaun semasa mencatatkan lebihan RM 37 bilion pada tahun 2013 dan dijangka meningkat kepada RM 50 bilion pada tahun 2014.

Strategi pertama langkah intervensi ini jelas menunjukkan kerajaan tidak berhasrat menjumudkan pertumbuhan ekonomi. Sebaliknya perancangan pembangunan diteruskan dan tumpuan lebih diberikan kepada kegiatan eksport, pelancongan dan perniagaan domestik serta peluang kepada usahawan tempatan.

Apakah yang dijimatkan? Pertama, sebanyak RM 1.6 bilion melibatkan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis, mesyuarat dan perkhidmatan profesional. Kedua, RM 400 juta melalui penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun 2015. Ketiga, RM 3.2 bilion melalui kajian semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan. Keempat, RM 300 juta dengan menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan.

Apakah yang dikekalkan? Banyak, termasuk Strategi Ketujuh Bajet 2015, iaitu peruntukan bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Antaranya, RM540 juta melalui Bantuan Persekolahan kepada 5.4 juta pelajar, RM 325 juta melalui Program Baucar Buku 1Malaysia untuk 1.3 juta pelajar, RM 6 bilion untuk memperkukuh rantaian bekalan makanan, melalui usaha pembangunan pertanian, pembangunan dan kebajikan nelayan, termasuk RM 250 juta untuk projek khas perumahan nelayan, bantuan khas kepada pekebun kecil getah dan kelapa sawit, RM 23.3 bilion untuk perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat, RM 1.2 bilion bantuan kewangan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan banyak lagi, termasuk membantu pemilikan rumah untuk golongan muda, rakyat dan penjawat awam.

Apakah yang ditambah? Strategi ketiga, iaitu Penyediaaan Bantuan Kepada Rakyat Dan Komuniti Perniagaan Serta Membina Semula Infrastruktur Yang Terjejas Akibat Banjir. Persoalannya, adakah pengkritik mahu kerajaan membatalkan bantuan kepada mangsa banjir ini atas nama penjimatan?

Tegasnya, tiga langkah intervensi ini bukan mengenai pengurangan perbelanjaan semata-semata, sebaliknya komitmen kerajaan untuk berbelanja lebih berhemah tanpa mengabaikan pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat.

Apa Yang Tersirat

Posted: 21 Jan 2015 01:34 PM PST

Apa Yang Tersirat


Najib + Anwar: Tidak Mustahil

Posted: 21 Jan 2015 06:29 AM PST

KATA sumber (boleh percaya boleh tidak) enam mata terlibat, yang jelas empat mata itu adalah antara Najib dan Anwar. Dalam remang lampu ibu kota, enam mata berbincang, sambil seorang memandang ke depan, takut-takut tersalah jalan. Kelajuan kereta tidak dikenal, biasa sahaja, seperti kelajuan pemandu lain, tetapi yang pasti enam mata sedang mencatur negara.

Dipendekkan cerita- Anwar pencen politik akan tetapi bertugas seperti tugas Tun Musa Hitam dahulu. Dalam deal itu, dipastikan Nurul Izzah ada jawatan kabinet.Najib tetap di Putrajaya.

Sudah tentu pembaca boleh membayangkan 1001 cerita kesudahannya. Sama-sama kita tunggu.

Nampaknya Najib Korbankan Ego Demi Kuasa

Posted: 20 Jan 2015 07:52 PM PST

BENARLAH dalam politik tiada musuh selamanya. Seseorang yang bermusuh, boleh bergabung demi kepentingan masing-masing.

Najib berdepan mempertahankan kedudukan. Anwar menunggu keputusan sodomi II yang tiba-tiba lambat diumumkan.Kelambatan itu, ramai mengyakni ada sesuatu yang berlaku. Satu deal dibelakang tabir.

Najib keseorangan berdepan Tun Dr Mahathir, Tun Daim,Tan Sri Zainuddin Maidin dan A Kadir Jasin. Najib hanya dibantu media yang dikawal Umno seperti TV3 dan kumpulan Media Prima, selain para blogger upahan.

Masalah yang didepani Najib, beliau dan penasihatnya gagal menjawab teguran/atau mesej yang dibawah kumpulan pengeritik. Najib bertindak semborono tanpa analisa dan jawapan yang mengena. Kumpulan Najib hanya berminat mematikan pembawa berita, bukannya mematikan berita.

Najib nampak hanya melalui Anwar Ibrahim, mampu mendepani kumpulan Tun Dr Mahathir, atas sebab itu, nampak kolobrasi antara Ketua Pembangkang itu dengan Perdana Menteri.

Najib dan Anwar Ada Pakatan?

Posted: 20 Jan 2015 03:32 PM PST


POKOK tidak akan bergoyang jika tiada angin. Air tidak akan berkocak tanpa ikan.Demikianlah bayangan bahawa Najib dan Anwar ada pakatan.

Menjelang PRU-13, Najib dan Anwar berpakat, dan membuat keputusan akan menerima pemenang PRU itu, selepas keputusan dimana Najib menang, tetapi Anwar protes dan menghasut rakyat turun ke jalan mahu mencipta arab spring, tetapi tidak menjadi.

Kini, Najib no match dengan teguran Tun Daim. Kerana message tak dapat dibunuh, maka messanger perlu dibunuh. Najib tersepit, Anwar datang jadi penyelamat. Anwar dengan tegas mempunyai maklumat salah laku rasuah/salah guna kuasa Tun Daim semasa menjadi Menteri Kewangan.

Najib memanfaatkan dakwaan pembangkang terhadap Daim. 15 tahun lalu, mantan TPM itu melaporkan Daim pada BPR (kini SPRM), namun mantan Menteri Kewangan itu diberikan clean bill.

SPRM sudah selesai rakam percakapan Daim, kini menunggu rakaman percakapan Anwar pula, selain mendapat dokumen-dokumen yang didakwa ada.

Najib tersepit. Anwar berdepan penjara kerana sodomi II, ada deal kah? Siapa bakal tertipu? Siapa bakal kecundang? nampaknya, jika benar ada deal, maka Najib menghalalkan cara, Anwar pula melupakan hasrat merampas Putrajaya. 

Cucu Tok Selampit

Posted: 21 Jan 2015 01:31 PM PST

Cucu Tok Selampit


Bersih 2.0 Khianat Negara Dengan Dedah Kepincangan Persepadanan Semula Sarawak Kepada 20 Diplomat Asing

Posted: 21 Jan 2015 01:24 AM PST

Tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) memberi taklimat kepada 20 diplomat asing dua hari lepas berhubung cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula di Sarawak, kononnya untuk mendedahkan kepincangan dan kurang ketelusan pelaksanaannya, merupakan satu pengkhianatan besar kepada negara.

Kenapa Bersih 2.0 harus membuat sessi penerangan dengan diplomat dari negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Rusia, Britain, Australia dan Singapura selama dua jam hanya untuk mendedahkan kepincangan proses persempadanan yang masih di peringkat cadangan? Di manakah maruah mereka sebagai Rakyat Malaysia apabila menjemput diplomat asing untuk memburukkan negara? Apakah mereka masih dibelengu mentaliti penjajahan?

SPR menjalankan persempadanan semula berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Perlembagaan Persukutuan. Ia juga dilaksanakan selaras dengan keputusan DUN Sarawak yang meluluskan pindaan undang-undang ke atas Fasal 2 Perkara 14 Perlembagaan Negeri. Kesemuanya tertakluk kepada undang-undang negeri dan Perlembagaan Negara. Kenapa mesti Bersih 2.0 mengadai kedaulatan negara dengan menjaja kepada negara luar waima sekiranya terdapat kekurangan sekalipun?

SPR juga telah mempamerkan syor atau cadangan kajian semula persempadanan semula berkenaan selama sebulan bermula 05 Januari 2015 sehinggalah 04 Februari 2015. Kalau ada sesuatu bantahan, buat sahajalah bantahan secara bertulis kepada Pengarah Pilihanraya Negeri Sarawak? Kenapa mesti memburukkan negara di hadapan diplomat negara asing? Apa tujuan pengkhianatan ini dilakukan oleh Pengerusinya, Marina Chin Abdullah? Apakah disebabkan mereka mendapat dana dari negara asing atau mereka tiada semangat patriotik kepada negara?

Awal bulan ini, SPR mempamerkan syor atau cadangan jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak yang ditambah 11 bahagian menjadikan kepada 82 bahagian keseluruhan. 11 bahagian pilihan raya negeri yang baru disyorkan itu ialah N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Triboh, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Telian, N63 Selirik, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Long Lama. Selain kerusi baru, SPR turut mencadangkan perubahan nama 1 kerusi Parlimen dan 4 kerusi DUN.

Wong Chin Huat Sedang Memberi Taklimat Kepada Diplomat Asing - Pengkhianat Negara?

waadat

Posted: 21 Jan 2015 01:07 PM PST

waadat


Harga petroleum jatuh malaysia akan mufliskah

Posted: 20 Jan 2015 05:14 PM PST

Sila baca dengan hati terbuka sebagai seorang hamba Allah yang tertakluk pada qada dan qadar. Demang rasa ucapan ini sangat lengkap dan mudah difahami.

Perhatikan pada perkara Malaysia sebagai penjual minyak mentah (sekitar 7b) dan pengguna produk berasaskan petrol (kira-kira 8b).

2014 adalah tahun ujian, awal 2015 adalah waktu untuk kita muhassabah diri, dan selepas ini kita akan perbetulkan kesilapan suoaya kita dapat hadapi akhir zaman yang lebih mencabar.

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri

YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Kewangan Kedua

YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa
Ketua Setiausaha Negara

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

(Mukadimah)

1. Pertama-tamanya, marilah kita mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini. Begitulah ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

2. Dalam Majlis ini, kita berhimpun bersama-sama, sebahagian pimpinan dan para pentadbir, penjawat awam, ketua-ketua industri dan orang-orang korporat, wakil-wakil kedutaan, golongan NGO dan para sukarelawan. Seterusnya, yang dikasihi seluruh rakyat Malaysia, sama ada yang di dalam dewan, atau yang sedang menonton juga mendengar perutusan khas ini.

3. Tujuan saya berucap, adalah untuk memberi penjelasan terkini tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara. Mutakhir ini, terdapat laporan-laporan, kebimbangan dan pertanyaan terutamanya berkait harga minyak dan kedudukan nilai matawang ringgit.

4. Ketahuilah bahawa, Kerajaan memang sentiasa memantau keadaan ini sejak awal. Sehubungan itu, hari ini, Kerajaan akan mengumumkan beberapa langkah proaktif, untuk membuat pengubahsuaian yang spesifik, bagi menjajar semula dasar-dasar kita, beriring dengan perubahan senario ekonomi global, yang faktor-faktornya, berada di luar kawalan kita. Ini dilakukan, untuk kita terus mencapai pertumbuhan ekonomi yang menyakinkan lagi boleh dibanggakan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

5. Dalam erti kata lain, I am here today to announce specific and proactive measures to align ourselves with the recent global economic developments.

6. We are not in crisis. Indeed, we are taking preemptive measures following the changes of the external global economic landscape, which are beyond our control.

7. This is to ensure that our economy continues to attain a respectable and reasonable growth. And at the same time, we want to ensure and must ensure development of the nation and socio economic welfare of the people to be continue to be the main focus of the government.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

8. Sesungguhnya takwim 2014 yang lalu, merupakan tahun yang amat mencabar dan begitu menduga bagi kita dengan pelbagai tragedi.

9. Pada penghujung tahun lepas, Malaysia diuji dengan musibah banjir yang luar biasa. Ia telah melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung, antaranya Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak.

10. Di beberapa negeri lain, sungguhpun tidak begitu kritikal, banjir turut memberi kesan kepada penduduk di sesetengah tempat di Johor, Sabah dan Sarawak.

11. Demikianlah, seperti yang difirmankan bahawa, manusia merancang, Allah merancang, sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik Perancang.

12. Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, dalam segala kudrat Kerajaan dan pentadbiran, kita telah cuba merencana, merangka, menyusun dan berikhtiar untuk melaksanakan setiap sesuatu dengan sehabis baik demi kepentingan dan keperluan rakyat.

13. Justeru, jika diimbau, secara keseluruhannya, kira-kira hanya sekitar tiga bulan lebih yang lalu, sewaktu Bajet 2015 dibentangkan, perancangan Kerajaan adalah berpremiskan, antaranya, pertama, unjuran harga minyak Dated Brent pada kadar 100 dolar Amerika setong.

14. Kedua, pertumbuhan ekonomi atau Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dijangka mencatat antara 5 hingga 6 peratus. Ketiga, kadar pertukaran matawang yang kekal stabil pada 3.2 ringgit berbanding dolar Amerika; dan

15. Keempat, semasa bajet itu digubal, pertumbuhan ekonomi dunia pada 2015 diunjurkan oleh World Bank dan IMF adalah pada kadar 3.4 dan 3.9 peratus. Kini, mereka telah mengkaji semula kadar dan meletakkan paras yang lebih rendah di antara 3 hingga 3.8 peratus.

16. Perlu difahami juga, sewaktu Bajet 2015 digubal, it was based on strong fundamentals, yakni asas 2014 yang teguh. Oleh sebab itulah, defisit fiskal tahun 2015 telah diunjurkan pada kadar 3 peratus, berbanding pada kadar 3.5 peratus pada 2014.

17. Walau bagaimanapun, kontemporari ini, mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat bahawa, persekitaran dan percaturan ekonomi dunia telah berubah, yang secara langsungnya memberi impak kepada Malaysia sebagai, antara negara yang mempunyai dagangan terbesar di dunia.

18. Maksudnya, berbanding situasi beberapa bulan yang lepas, kini, the global economic landscape has changed in very significant ways. Beberapa perkara pokok yang telah Kerajaan unjurkan, bagi merancang ekonomi dan kewangan negara, kini perlu disemak dan diperjelaskan kedudukan semasanya.

19. Turut dibangkitkan adalah keupayaan Kerajaan untuk mencapai sasaran fiskal pada tahun 2015. Ramai ingin tahu, persoalannya, berdasarkan situasi semasa ini, adakah ekonomi dan kewangan negara akan terjejas?

20. Oleh yang demikian, perutusan khas hari ini disampaikan supaya rakyat Malaysia mendapat penjelasan langsung daripada Kerajaan tentang perkara ini. Saya juga turut akan mengumumkan beberapa strategi, berikutan kedudukan ekonomi semasa.

21. Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, kita akan terus merintis serta mencari jalan bagi mempastikan negara terus membangun dan kesejahteraan rakyat terjamin.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

22. Kita sedar mutakhir ini, wujud pertanyaan di kalangan rakyat, komuniti perniagaan dan para penganalisis bersabit kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia ke atas ekonomi Malaysia.

23. Merujuk kepada trend harga minyak mentah global, dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini, ia telah menjunam lebih 50 peratus. Ini adalah disebabkan, salah satunya, oleh kerana lebihan bekalan dan permintaan global yang berkurangan.

24. Selain daripada itu, ini juga adalah disebabkan oleh pengeluaran gas dan minyak shale yang meningkat ketara di Amerika Syarikat berikutan kemajuan teknologi industri pengeluaran minyak.

25. Dalam masa yang sama, keadaan ini menjadi lebih buruk, dengan pertambahan bekalan daripada kalangan negara-negara bukan OPEC. Manakala, negara-negara OPEC pula enggan mengurangkan pengeluaran mereka bagi mengekalkan penguasaan pasaran.

26. Di sinilah pihak Kerajaan sering ulang-ulangkan dan berharap, agar rakyat dapat sama-sama memahami bahawa, isu harga minyak mentah bukanlah sesuatu yang berada dalam kawalan langsung Kerajaan Persekutuan kita.

27. Kerana itulah, penanda aras harga minyak mentah Dated Brent terkini telah turun kepada sekitar 48 dolar Amerika setong pada hari semalam, yakni 19 Januari 2015. Walaupun begitu, para penganalisis menjangkakan harga minyak akan mengambil tempoh tertentu untuk kembali stabil.

28. Tuan-Tuan dan Puan-Puan, apabila berlakunya penurunan harga minyak seperti sekarang ini, hikmahnya, ia membawa manfaat kepada negara pengimport bersih minyak seperti Malaysia.

29. Sebagai contoh, apabila pengurangan harga runcit petrol dan diesel pada 35 dan 30 sen seliter baru-baru ini, tambahan pendapatan boleh guna atau disposable income pengguna rakyat Malaysia secara kasarnya adalah di sekitar 7.5 bilion ringgit. Dengan andaian pengguna membelanjakan 40 peratus daripada jumlah tersebut, ini akan meningkatkan penggunaan swasta sebanyak 3 bilion ringgit.

30. Selain itu, Bank Dunia mengunjurkan bahawa, harga minyak mentah yang lebih rendah akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi global. Malah, penurunan harga minyak sebanyak 30 peratus, mampu meningkatkan pertumbuhan KDNK dunia sehingga 0.5 peratus.

31. Ini secara tidak langsung, akan juga memberi kelebihan kepada permintaan produk buatan Malaysia. Dengan kedudukan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin kukuh pula, permintaan terhadap eksport Malaysia terus mampan terutamanya bagi produk elektrik dan elektronik.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

32. Ironisnya, kejatuhan harga minyak mentah dunia, memberi impak secara langsung dalam mengurangkan pendapatan negara. Pendapatan inilah, yang Kerajaan gunakan bagi tujuan pembangunan seperti membina sekolah-sekolah, jalan raya dan rumah-rumah ibadat. Ia juga digunakan antaranya, untuk perbelanjaan termasuklah seperti gaji penjawat awam, kos ubat-ubatan di hospital Kerajaan, subsidi pertanian dan kos perbelanjaan keselamatan untuk anggota RELA, tentera. polis dan sebagainya.

33. Seperti yang telah saya nyatakan tadi, harga minyak mentah dunia telah menjunam. Berdasarkan paras tertinggi minyak mentah Dated Brent, iaitu sebanyak 115 dolar Amerika setong, yang direkodkan pada 19 Jun 2014, harga semasa telah menunjukkan kemerosotan melebihi 50 peratus.

34. Selaras itu, ahli-ahli ekonomi berpendapat bahawa unjuran paras harga asas 100 dolar Amerika setong semasa Bajet 2015 dibentangkan, adalah tidak lagi realistik. Mereka kini, mengganggarkan purata harga minyak bagi tahun 2015 adalah antara 40 hingga 70 dolar Amerika setong.

35. Lantaran itulah, Kerajaan perlu menyemak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak, kepada 55 dolar Amerika setong bagi tahun 2015 ini, berasaskan kepada unjuran bajet yang disemak kembali.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

36. Jika berasaskan kepada harga minyak mentah pada 100 dolar Amerika setong, serta mengambil kira penjimatan dari pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak mulai Disember 2014, Kerajaan dijangka memperoleh tambahan lebihan semasa akaun fiskal, sebanyak 3.7 bilion ringgit.

37. Dalam kata lain, seandainya harga minyak mentah kekal pada 100 dolar Amerika setong, Kerajaan mampu menampung pelaksanaan semua langkah yang telah diumumkan dalam Bajet 2015, dengan sasaran defisit fiskal tidak melebihi 3 peratus.

38. Namun begitu sebaliknya, pada harga 55 dolar Amerika setong yang diunjurkan sekarang, Kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak 13.8 bilion ringgit.

39. Maknanya di sini, jika dibuat perbandingan, di antara angka-angka semakan terkini dengan Bajet 2015, yang telah dibentangkan pada Oktober lalu, sekalipun peruntukan subsidi bahan api dapat dijimatkan sebanyak 10.7 bilion ringgit, melalui pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak, namun, Kerajaan masih mengalami kekurangan hasil sebanyak 8.3 bilion ringgit, bagi menampung langkah-langkah Bajet 2015.

40. Jelasnya, jika dibiarkan, paras deficit tanpa intervensi kerajaan, defisit akan meningkat kepada 3.9 peratus daripada KDNK, berbanding sasaran 3 peratus bagi tahun 2015.

41. Keadaan ini, memaksa Kerajaan mengambil langkah untuk mengurangkan defisit, selaras dengan komitmen kerajaan ke arah konsolidasi fiskal.

42. Oleh itu, dengan mengambilkira unjuran yang disemak tersebut, kita dengan ini, menetapkan sasaran defisit yang dikaji semula kepada 3.2 peratus, daripada KDNK pada tahun 2015.

43. Kadar ini masih rendah berbanding defisit fiskal 3.5 peratus daripada KDNK pada tahun 2014. Dan realitinya, dengan faktor luaran ini, kita harus menerima hakikat, bahawa kita tidak mungkin mencapai sasaran asal Bajet, dengan defisit fiskal pada kadar 3 peratus daripada KDNK seperti yang telah diumumkan. Namun yang penting, adalah komitmen kita, untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada paras 3.5 peratus pada penghujung tahun sudah.

44. Yang paling utama juga, kita tidak akan berkompromi ke atas perancangan pembangunan negara, kerana ia akan meningkatkan kapasiti produktif kepada ekonomi negara. Sekaligus, kita tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan semua rakyat, khususnya golongan pendapatan isi rumah 40 peratus terbawah atau the bottom 40

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

45. Seperkara lagi yang perlu diketahui oleh kita semua, perihal turun-naik nilai matawang, asasnya, adalah berdasarkan pengaruh ekonomi global. Oleh kerana itu, Ringgit bukanlah satu-satunya mata wang yang nilainya menyusut berbanding dolar Amerika. Malah, hampir semua mata wang serantau turut menyusut berbanding dolar Amerika sejak September 2014.

46. Ketidaktentuan dalam aliran modal dan penyusutan nilai ringgit yang signifikan baru-baru ini juga, disebabkan kebimbangan terhadap impak kejatuhan harga minyak yang mendadak ke atas ekonomi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

47. Sehubungan itulah, Kerajaan perlu mempastikan perkara-perkara berikut dipantau dengan sebaik mungkin. Pertama, akaun semasa dalam imbangan pembayaran, perlu sentiasa kekal dalam lebihan. Kedua, meneruskan langkah-langkah fiscal reform dan consolidation dan ketiga, aktiviti ekonomi negara perlu terus dipelbagai dengan sewajarnya, supaya negara mampu menghadapi kejatuhan harga minyak dan komoditi.

48. Namun begitu, Kerajaan yakin kadar tukaran Ringgit, akan mengalami penyesuaian dalam tempoh tertentu dan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Apa yang penting, our financial system continues to function in an orderly manner.

49. Paling mustahak, tiada gangguan kepada pengantaraan kewangan atau financial intermediation dengan aktiviti pinjaman kekal lancar. Selanjutnya, aktiviti perniagaan terus mendapat akses kepada pembiayaan kewangan daripada institusi perbankan dan pasaran modal.

50. Pucuk pangkalnya, Kerajaan yakin, kesemuanya ini, diiringi dengan polisi atau dasar yang lebih dinamik, rizab antarabangsa yang mencukupi dan kukuh, pasaran kewangan yang pelbagai dan mendalam, sistem perbankan yang teguh serta pelabur institusi tempatan yang kukuh, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, akan terus meningkatkan daya tahan Malaysia untuk menampan sebarang turun naik aliran modal.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

51. Menyentuh tentang Imbangan Akaun Semasa negara pula, perlu diketahui bahawa ia berkait langsung dengan imbangan perdagangan import dan eksport.

52. Seperti yang ramai tahu, kita merupakan negara pengeksport minyak. Maka, wujudlah tanggapan bahawa, apabila harga minyak merudum baru-baru ini, pendapatan daripada eksport keseluruhan kita, akan turut merosot secara mendadak, yang seterusnya mengakibatkan berlakunya defisit akaun semasa.

53. Sesungguhnya, tanggapan ini tidak benar. Sebetulnya, bagi minyak mentah, kita merupakan pengeksport bersih dengan nilai lebihan eksport sebanyak 7.7 bilion ringgit, untuk tempoh bulan Januari hingga bulan November 2014.

54. Manakala, bagi produk petroleum, kita adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 8.9 bilion ringgit untuk tempoh yang sama.

55. Justeru itu, dengan gabungan kedua-dua minyak mentah dan produk petroleum ini, kita sebenarnya adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 1.2 bilion ringgit.

56. Satu hakitat yang ramai tidak sedar. Oleh itu, tanggapan atau persepsi umum selama ini, bahawa Malaysia merupakan pengeluar minyak yang surplus atau berlebihan, adalah juga tidak tepat.

57. Sebaliknya, jika dicampur eksport serta import minyak mentah, dan ditolak produk petroleum, maka, Malaysia sebenarnya, merupakan negara pengimport bersih petroleum. Perkara ini namun tidak termasuk Gas Cecair Asli atau LNG, di mana Malaysia masih merupakan negara pengeksport bersih.

58. Tambahan lagi, situasi kita masih utuh, berikutan kejayaan kita selama ini dalam mempelbagaikan ekonomi negara, sehingga dapat menampung kejatuhan harga minyak.

59. Sememangnya lagi, kesan kejatuhan harga minyak, dijangka dapat ditampung oleh peningkatan permintaan bagi barangan pembuatan seperti barangan elektrik dan elektronik, produk berasaskan kayu-kayan, produk tekstil serta lain-lain, yang terdiri daripada 76 peratus jumlah eksport. Manakala, eksport minyak mentah hanyalah mewakili 4.5 peratus daripada jumlah eksport.

60. Bersandarkan yang demikian, Kerajaan yakin imbangan akaun semasa akan kekal mencatat lebihan pada tahun ini, walaupun nilainya mengecil kepada 2 hingga 3 peratus, daripada Pendapatan Negara Kasar atau PNK, berbanding pada 2014, imbangan lebihan semasa dianggar mencatat 5.1 peratus daripada PNK.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

61. Jelasnya, sebentar tadi, saya telah menghuraikan beberapa isu atau perkara yang akan memberi impak yang besar kepada ekonomi negara. Berdasarkan situasi ini, Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah bagi mempastikan pertumbuhan ekonomi berada pada landasan yang kukuh. Insya-Allah, kita mampu mencapai pertumbuhan KDNK antara 4.5 hingga 5.5 peratus pada tahun ini, dengan melaksanakan strategi-strategi berikut.

Pertama: Mempastikan pertumbuhan ekonomi yang balanced, inclusive and sustainable yakni seimbang, inklusif dan mampan;

Kedua: Meneruskan fiscal reform and consolidation; serta

Ketiga: Menyediakan bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan bagi membina semula infrastruktur yang terjejas akibat banjir.

62. Strategi Pertama: Mempastikan Pertumbuhan Ekonomi Yang Seimbang, Inklusif Dan Mampan. Bagi merancakkan eksport barangan dan perkhidmatan, beberapa tindakan berikut akan diambil:

Pertama, mempromosi secara aktif perkhidmatan gantian-import atau import-substitution seperti perkhidmatan perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan profesional. Ini, bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar bagi perolehan barangan dan perkhidmatan;

Kedua, menyegerakan pelaksanaan cadangan daripada National Export Council iaitu, membantu pengeksport terutamanya Perusahaaan Kecil dan Sederhana atau PKS untuk mendapat prospek pelanggan baharu di pasaran yang baharu, di bawah program jaringan antarabangsa menggunakan penghubung pasaran dan pakar industri.

Seterusnya, mempergiat program promosi eksport di 46 negara meliputi Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat; memperkenalkan SME-Go melalui SME Bank, sebuah program eksport untuk PKS, dan memanfaatkan Dana Perkhidmatan Eksport serta program promosi PKS untuk meningkatkan kemampanan eksport ke luar negara;

Ketiga, menambah baik last mile connectivity ke Pelabuhan Klang seperti jalan masuk, jaringan landasan dan sistem pengurusan trafik, bagi mempercepatkan pelaksanaan Logistik dan Fasilitasi Dagangan.

Selain itu, menaik taraf terminal keretapi Padang Besar; menambah baik kecekapan operasi proses import dan eksport, serta menubuhkan sistem hab dan jaringan perhubungan udara;

Keempat, mempergiatkan keseluruhan industri pelancongan negara;

Kelima, mengambil langkah-langkah untuk mengkaji semula kadar levi yang dikenakan ke atas pekerja-pekerja asing; dan

Keenam, visa diberi secara percuma kepada para pelancong antaranya dari negara China

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Selanjutnya, bagi meningkatkan penggunaan swasta pula, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

Pertama, memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan kelas G1 yakni kelas F, G2 yakni kelas E dan G3 yakni kelas D, yang berdaftar dengan CIDB, untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih di kawasan masing-masing yang terjejas akibat banjir;

Kedua, mempergiatkan promosi pembelian barangan buatan Malaysia;

Ketiga, meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh operasi jualan mega di seluruh negara;

Keempat, mempergiatkan promosi pelancongan domestik dengan menawarkan tambang penerbangan yang kompetitif; dan

Kelima, menggalakkan sektor swasta meraih peluang daripada pewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Seterusnya, dalam usaha merancakkan pelaburan swasta di Malaysia, Kerajaan akan:

Pertama, menubuhkan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah 5 bilion ringgit kepada PKS dalam Sektor Perkhidmatan, dengan pembiayaan maksimum 5 juta ringgit dan jaminan Kerajaan sebanyak 70 peratus;

Kedua, menggalakkan GLC dan GLIC melabur dalam negara;

Ketiga, mengurangkan kos kendalian perniagaan melalui penangguhan cadangan kenaikan tarif elektrik pada tahun 2015; dan penangguhan cadangan kenaikan harga gas untuk sektor industri pada tahun 2015;

Keempat, memperuntukkan 30 peratus daripada perbelanjaan tahunan agensi Kerajaan dan GLC untuk perolehan bekalan serta perkhidmatan kepada PKS tempatan bertaraf pembuat; dan

Kelima, mempergiatkan penggunaan bahan, barangan dan perkhidmatan tempatan dalam perolehan Kerajaan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

63. Seterusnya, Strategi Kedua: Meneruskan Fiscal Reform and Consolidation

Antara langkah yang akan diambil bagi meningkatkan hasil Kerajaan adalah:

Pertama, meluaskan asas percukaian dengan menggalakkan syarikat mendaftar dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, bagi meningkatkan hasil daripada kutipan GST. Ini akan menyumbang kepada tambahan kutipan GST sebanyak satu bilion ringgit. Sehingga pertengahan Januari 2015, lebih 304 ribu syarikat telah berdaftar; dan

Kedua, meningkatkan kutipan dividen daripada GLC dan GLIC serta badan-badan Kerajaan yang lain yang dapat menyumbang tambahan hasil sebanyak 400 juta ringgit

Bagi langkah merasionalisasi perbelanjaan pula, Kerajaan akan:

Pertama, mengoptimumkan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat serta perkhidmatan profesional yang memberi penjimatan sebanyak 1.6 bilion ringgit;

Kedua, menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara tahun 2015, dengan penjimatan sebanyak 400 juta ringgit bagi membolehkan program dikaji semula dan ditambah baik;

Ketiga, mengkaji semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan, terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan yang konsisten dan rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka memberi penjimatan sebanyak 3.2 bilion ringgit; dan

Keempat, menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak 300 juta ringgit

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

64. Strategi Ketiga adalah Penyediaaan Bantuan Kepada Rakyat Dan Komuniti Perniagaan Serta Membina Semula Infrastruktur Yang Terjejas Akibat Banjir

Banjir baru-baru ini, telah melibatkan sekitar 400 ribu mangsa di seluruh negara. Anggaran terkini kemusnahan infrastruktur mencecah hampir 2.9 bilion ringgit.

Antara tindakan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir, adalah seperti berikut:

Kerajaan telah menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak 500 juta ringgit sebagai bantuan permulaan, atau initial allocation untuk kerja-kerja baik pulih, dan program kebajikan mangsa banjir, tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 787 juta ringgit;

Sebagai peruntukan awalan, Kerajaan menyediakan 800 juta ringgit untuk membaiki dan membina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan;

Menyediakan 893 juta ringgit bagi Bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir;

Membina rumah-rumah kampung bertiang atau stilt houses setinggi 8 kaki yang telah musnah akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri;

Menyerahkan 1,000 unit rumah kos rendah yang sudah siap di Gua Musang;

Memberi bantuan 500 ringgit bagi setiap keluarga yang terlibat bermula hari ini; dan

Menghulur sumbangan 5 ribu ringgit kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga.

65. Bagi perniagaan yang terjejas pula, tambahan 100 juta ringgit disediakan kepada TEKUN dan 100 juta ringgit kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), bagi menyediakan pinjaman mudah untuk menyokong PKS dan perusahaan mikro.

66. BSN, Agrobank, SME Bank, TEKUN dan AIM akan menangguhkan tempoh bayaran balik pinjaman yang telah diambil, sehingga enam bulan.

67. Berkait itu, Bank Negara Malaysia akan menubuhkan Special Relief Facility, berjumlah 500 juta ringgit untuk menyediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar yang lebih rendah (concessionary rate) iaitu 2.25 peratus, dengan penangguhan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga enam bulan melalui institusi pembangunan kewangan dan perbankan.

68. Bank Rakyat pula, akan menawarkan Skim Pinjaman Peribadi sehingga 50 ribu ringgit pada kadar keuntungan serendah 3.9 peratus, dan bayaran balik pinjaman bermula selepas enam bulan dari tarikh pengeluaran.

69. Selain itu, sejumlah 500 juta ringgit akan disediakan oleh institusi kewangan dengan jaminan pembiayaan sebanyak 70 peratus di bawah Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir. Skim ini akan diuruskan oleh ProKhas; dan

70. Pengecualian pembayaran levi oleh majikan kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia, untuk tempoh enam bulan bagi PKS di kawasan yang terjejas berkuat kuasa 1 Februari 2015.

(Penutup)

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Secara keseluruhannya, dalam perutusan saya pada pagi ini, dapat saya rumuskan 6 perkara as the key take-away points:

Pertama, kita bukan di dalam keadaan gawat atau krisis, seperti mana pada tahun-tahun 1997 dan 1998, bahkan tidak juga seperti tahun 2009 yang lalu, sehingga pakej-pakej stimulus perlu dilaksanakan.

Kedua, Strategi-strategi Kerajaan yang diumumkan tadi, adalah langkah proaktif untuk melakukan penyesuaian atau adjustment, berikutan faktor-faktor luaran yang di luar kawalan kita. Ini merupakan satu reality check, berikutan antaranya perubahan harga minyak dunia.

Ketiga, Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran kita, Insya-Allah, dijangka kekal positif dan tidak berada dalam defisit.

Keempat, Pasaran kewangan tetap teratur dan kukuh. Malah, matawang ringgit, walaupun mengalami penyesuaian ketika ini, akan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Insya-Allah.

Kelima, Perbelanjaan Pembangunan atau Development Expenditure yang diperuntukkan dalam Bajet 2015 sebanyak 48.5 bilion ringgit tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan.

Ini termasuklah, projek-projek bersifat people economy, yakni perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan pengangkutan awam seperti Lebuhraya Pan Borneo.

Di samping itu, projek-projek MRT jajaran kedua, LRT dan High Speed Rail Kuala Lumpur-Singapura, Rapid di Pengerang akan tetap diteruskan.

Malah, pada bulan Mei nanti, saya akan membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas, bagi merencanakan pula perbelanjaan pembangunan negara sehingga tahun 2020, dan akhirnya;

Yang ke-enam, Perbelanjaan Mengurus atau Operating Expenditure dijangka akan dikurangkan sebanyak 5.5 bilion ringgit, dengan mengutamakan perbelanjaan yang benar-benar diperlukan sahaja.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

71. Akhir kalam, marilah kita banyakkan berdoa, dan bertawakkal supaya Allah SWT sentiasa memberi bantuan-Nya, kepada ikhtiar-ikhtiar kita dalam terus membangun dan memakmurkan negara.

72. Sesungguhnya jua, dalam segala kudrat manusiawi, kepada Allah kita bergantung dan mengembalikan segala urusan. Apa yang paling mustahak, kepada seluruh rakyat Malaysia, sederap dalam satu solidariti, kita mampu menongkah dan melangkah apa jua cabaran serta rintangan yang mendatang.

73. Pastinya, pada setiap kesukaran itu, ada janji-janji kesenangan dan bahagia yang menanti.

74. Mudah-mudahan, Tuhan yang Maha Berkuasa terus melindung-lindung tanahair tercinta ini, dari segala keburukan dan mara bahaya. Bak kata orang tua-tua, kita berserah rugi dan untung, kepada Allah meminta tolong.

Sekian, Terima Kasih. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

1 ulasan:

  1. * Adakah anda memerlukan pinjaman segera?
    * Bayaran balik Mothly bermula dalam tempoh lapan bulan selepas anda telah mengumpul pinjaman dalam akaun bank anda.
    * Kadar faedah yang rendah 2%
    * Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) tempoh.
    * Terma pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan.
    * Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan yang awal kurang daripada 24 jam, dan ***.
    *** Pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang kami perlukan.
    dari Anda
     
    Hubungi kami sekarang
    E-mel: trustloan87@gmail.com

     
    Anggaplah terbaik,
    Mr.Anthony Dave.
    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
    Amanah Pinjaman Syarikat
    E-mel trustloan87@gmail.com

    BalasPadam