Jumaat, 16 Januari 2015

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Cucu Tok Selampit

Posted: 16 Jan 2015 01:23 PM PST

Cucu Tok Selampit


Bila DS @NajibRazak Naik Pengangkutan Awam, Mesti Macai Kata PM Berlakon

Posted: 16 Jan 2015 01:26 AM PST

Tahniah kepada Perdana Menteri, DS Najib Razak yang membuat lawatan mengejut dengan menaiki LRT dari PWTC ke KL Sentral petang ini. Kehadiran beliau mendapat sambutan orang ramai walaupun masih terkejut dengan kehadiran Perdana Menteri. Kalau selalu DS Najib Razak buat sebegini, mahunya rating beliau di kalangan Rakyat naik mencanak. Berikut adalah kenyataan beliau.
Selepas menunaikan Solat Jumaat tadi, saya telah menaiki LRT dari PWTC ke KL Sentral bersama-sama warga ibu kota yang lain. Ramai juga terkejut melihat saya di sana. Tapi Alhamdulillah, mereka tidak segan untuk memberi maklum balas mengenai sistem pengangkutan awam kita.
Berdasarkan pengalaman saya pada hari ini, saya lihat masih ada ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan. Insya-Allah, kita akan kenal pasti cara terbaik untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara demi keselesaan rakyat.





Apa Yang Tersirat

Posted: 16 Jan 2015 01:22 PM PST

Apa Yang Tersirat


Pertukaran Ketua Menteri Sabah; Belum Masanya

Posted: 16 Jan 2015 07:13 AM PST

Datuk Musa bersama para pemimpin Umno Sabah  bergambar bersama PM pada Khamis 15/1/2015
SATU tarikh yang menjadi punca, mengapa Datuk Jumat Idris bagaikan kerbau patah tanduk, mengamok, sehingga tuanpun menjadi mangsa.

10 julai 2014, bagaikan sebuah mimpi kepada sebahagian besar pemimpin UMNO Sabah khususnya di kalangan Ketua-ketua UMNO bahagian.

Tanpa angin, tanpa sebab jawatan Ketua Menteri Sabah, tiba-tiba mahu diambilalih dan dipindahkan kepada pemimpin lain melalui apa yang diistilahkan oleh golongan berkenaan sebagai proses ' Peralihan Kuasa '.

Rombongan tanpa restu sebahagian besar 25 orang ketua UMNO bahagian Sabah ini, telah membuat kunjungan dan perjumpaan dengan YAB.Dato' Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, atas alasan mahu berbincang berhubung dengan penjanaan projek sosio-ekonomi dan pembangunan bagi kawasan-kawasan majoriti KDM.

Rombongan yang dianggotai oleh seramai 8 orang ketua UMNO bahagian dari Sabah itu, bukan berfokus sebenarnya kepada tujuan asal perjumpaan tersebut, sebaliknya perjumpaan itu telah dimanupulasi oleh beberapa orang anggota rombongan dengan mengemukkan pelan cadangan ' peralihan kuasa ' Ketua Menteri Sabah kepada Perdana Menteri.

Perbuatan ini mengejutkan beberapa orang Ketua UMNO bahagian yang turut serta dalam rombongan berkenaan yang sekali gus mengundang tanda tanya mereka di sebalik yang berlaku.

Kejutan berkenaan mengundang Ketua UMNO bahagian Beluran Datuk James Ratib, dan Pemimpin UMNO Pitas yang juga seorang pembantu menteri dalam kabinet Musa, Datuk Bolkiah Ismail tampil membuat kenyataan dalam akhbar harian daily express keluaran 20 september 2014,bahawa mereka tidak tahu tujuan sebenarnya perjumpaan dengan Perdana Menteri itu. Sebaliknya yg ada dalam pengetahuan mereka adalah perbincangan mengenai hal ehwal ekonomi dan projek-projek pembanguanan bagi kawasan-kawasan masing-masing.

Dilihat dari dimensi lain, apa kewajarannya peralihan kuasa pada ketika ini dilakukan. Apakah YAB Datuk Seri Musa Aman, selaku Ketua Menteri Sabah, tidak punya trek rekod baik dalam menjana ekonomi, memacu pembangunan dan menstabilkan politik negeri Sabah hari ini?

Musa sebaik dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada 27 mac 2003 menggantikan Datuk Chong Kah Kiat melalui sistem penggiliran Ketua Menteri, telah bersiapsiaga dengan menyediakan satu agenda dan kerangka ' Hala Tuju ' bagi membangunkan negeri Sabah.

Teras kepada kerangka dan agenda hala tuju yg telah Musa gariskan, mencakupi industri pertanian, pelancongan dan pembuatan yang akhirnya hala tuju berkenaan telahpun dapat dimanfaatkan oleh sebilangan besar rakyat Sabah hari ini.

Langkah pro-aktif awal Musa sebaik dilantik Ketua Menteri ke-14 Sabah,beliau telah berjaya mendapatkan dana dari kerajaan pusat sebanyak rm1.4 billion bagi menaiktaraf lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu yang sebilangan besar rakyat Sabah boleh manfaatkan hari ini.

Dan kerana sikap efisensi yg ada pada kerajaan BN Sabah di bawah pimpinan Musa, penyiapan kerja-kerja menaiktaraf lapangan terbang berkenaan telah dapat dipercepatkan daripada tarikh siap sebenar.Dan seharusnya Musa diberikan kredit atas usaha beliau ini.

Begitu juga trek rekod Musa dalam industri pembuatan. Pada tahun 2006 beliau berjaya meyakinkan para pelabur asing melalui Kerajaan negeri untuk melabur di Sabah yg akhirnya berjaya meraih nilai pelaburan sebanyak RM4.9 billion, manakala pada tahun 2014 menghampiri RM14bilion. Dan dengan pelaburan ini, penjanaan ekonomi bertambah rancak di negeri ini justeru di mana rasionalnya Musa perlu diganti?

Begitu juga dalam industri pertanian seperti mana yg telah beliau gariskan melalui agenda hala tuju negeri Sabah. Pengwujudan POIC ( Palm Oil Industrial Clusters ) yg telah Musa ilhamkan, mampu mengangkat industri pertanian dalam rantaian pasaran komoditi yang berdayasaing.Jadi apa keperluaan beliau diganti pada saat-saat UMNO dan BN yang menagihkan solidiriti setiap ahli UMNO dalam menghadapi situasi yg semakin hari semakin mencabar ini.

Bahkan trek rekod Musa dalam mengetuai bala tentera UMNO/BN ketika menghadapi pilihanraya umum ke12 lalu, hampir dapat melakukan ' clean sweep ' di negeri ini, sehinggakan dlm era kepimpinan Datuk Musalah timbul istilah ' fixed deposit ' oleh UMNO dan BN pusat, jadi di mana logiknya beliau mahu di kesampingkan dlm isu ' transaction power ' ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa pemimpin datang dan pergi, patah tumbuh hilang berganti.Kalaupun ada cadangan ataupun niat yg diperolehi secara ' Konsensus ' daripada para ketua UMNO bahagian,pengerusi-pengerusi parti komponen BN Sabah, mahu menggantikan Musa masanya bukan hari ini, esok atau lusa.Sabar-sabarlah dulu kerana kerusi empuk KM itu tiada sesiapa yg akan membawanya lari mahupun cuba menyembunyi atau mencurinya.Masanya belum tiba.Tunggulah sehingga pru14 akan datang.

Berilah dulu Musa peluang untuk melangsaikan kerja-kerja yangg belum beliau berkesempatan untuk menyelesaikannya.

PEJUANG BANGSA

Posted: 16 Jan 2015 11:44 AM PST

PEJUANG BANGSA


IGP SEKOLAHKAN GUAN ENG , JANGAN MENIPU MASYARAKAT SIASATAN KES DR MASHITAH @PDRMsia @dzainalabidin @Rrafizal

Posted: 15 Jan 2015 06:56 PM PST









Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegur Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya jangan mengeluarkan dakwaan yang boleh mengelirukan masyarakat.

Khalid menjawab kenyataan Guan Eng berkaitan kes membabitkan Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang tidak ditahan di bawah Akta Hasutan.

"BN tiada kena mengena dengan siasatan polis terhadap sesiapa. Jangan kelirukan masyarakat," katanya seperti yang dipetik menerusi muatnaik paparan status di laman mikro Twitternya.

Malah menerusi tweetnya sebelum itu, Khalid berkata, siasatan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan bersesuaian dengan fakta kes membabitkan Mashitah.

"Tidak ada berat sebelah," tulisnya lagi.

Guan Eng sebelum ni mendakwa BN dan KPN mengamalkan siasatan terpilih dalam menjalankan siasatan terhadap pemimpin Umno dan pihak yang menentang Umno.

Pemimpin DAP itu menerusi laman sosial Facebooknya meminta penjelasan mengapa Mashitah tidak disiasat di bawah Akta Hasutan.

"Jika Ketua Polis Negara ikhlas dan serius dalam komitmennya ke arah mengekalkan keharmonian pelbagai kaum, maka beliau harus menangani semua kes hasutan dengan saksama," ujarnya.

Mashitah sebelum ini didakwa pernah mengeluarkan kenyataan bahawa komuniti Cina di Kedah membakar al-Quran dalam satu ritual agama.

Beliau didakwa berkata demikian ketika ucapannya dalam Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, tahun lalu.

RUPA-RUPANYA MEJAR ZAIDI KAWAN PEMIMPIN KERAJAAN DAP P.PINANG

Posted: 15 Jan 2015 06:00 PM PST



Bila TKM 1 P.Pinang nak bantu cari kerja untuk Mejar Zaidi kerana dia kawan baiknya , jangan terkejut kalau dia  sanggup langgar peraturan tentera demi sokongannya terhadap Pakatan Rakyat untuk menang PRU13 . 


Walau bagaimanapun  , jawatan NGO ditawarkan nanti sudah tentunya berkait rapat dengan politik kerana ia mendapat recomendation kuat TKM .









Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang baru dipecat daripada berkhidmat dengan Yang di-Pertuan Agong, ditawarkan kerja oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Rashid Hasnon.

Mohd Rashid berkata, beliau sedang mencari pekerjaan untuk Zaidi, selepas mahkamah tentera mendapati bekas pegawai tentera itu bersalah, kerana melanggar protokol mengenai isu dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Katanya, buat masa ini beliau memberi tumpuan mencari kerja yang sesuai sama ada di Tikam Batu di Kedah atau Bertam.
"Saya perlu memberi sokongan moral kepada Zaidi dan keluarganya, kerana dia merupakan sahabat baik saya.
"Dia adalah kawan rapat saya dan kini adalah masa bagi saya untuk membantu rakan yang memerlukan. Kami sedang mempertimbangkan untuk menawarkan Zaini bekerja dalam organisasi bukan kerajaan (NGO)," jelas Mohd Rashid, lapor The Rakyat Post.
Katanya, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor perlu campur tangan untuk memberi peluang pekerjaan kepada Mejar Zaidi yang kini menganggur.
"Zaidi berpeluang menyumbang secara aktif kepada masyarakat," katanya sambil menambah, buat masa ini, tiada kekosongan jawatan di pejabatnya.
Mahkamah memecat Zaidi selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan membabitkan isu dakwat kekal pada PRU13 dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.
Keputusan sebulat suara itu dibuat lima panel hakim yang diketuai Yang Dipertua, Kolonel Saadoon Hassan, selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak dan membuat penilaian maksimum terhadap pertuduhan dihadapinya.
Korum itu turut dianggotai Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S. Nadzeer Salehuddin.
Ketika membuat keputusan itu, Saadoon berkata, tindakan Zaidi mendiamkan diri, ketika dipanggil membela diri, sudah cukup untuk menyabitkannya bersalah.
Pada 27 Oktober lalu, Mejar Zaidi, 48, diarah membela diri untuk dua pertuduhan itu, selepas mahkamah mendapati, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap dua pertuduhan itu.

ANGKA BANTUAN BANJIR KERAJAAN DAP KURANG RM350 RIBU, PRINTER SALAH ? @dzainalabidin @Rrafizal

Posted: 15 Jan 2015 04:30 PM PST


Jika anda membaca akhbar propaganda kerajaan DAP Buletin Mutiara edisi 1-15 Jan 2015 , angka peruntukan sumbangan kepada mangsa banjir di Kelantan adalah berbeza dengan angka di status fb rasmi Guan Eng . 

Akhbar Buletin Mutiara =  RM 1.5 juta 

FB CM Lim Guan Eng =  RM 1.15 juta 

                                      =  - RM350,000.00

Ke mana lagi wang RM350 ribu ? 

Atau angka peruntukan  di FB CM Lim Guan Eng  atau Buletin Mutiara ini salah taip ??

Atau salah printer ?? kah kah kah ...

Untuk rekod ,  DAP memang ada sejarah salah taip dan salah mengira seperti mana pemilihan CEC DAP lepas. 

Jadi , tak perlu terkejut angka-angka silap seperti ini kerana salah taip adalah amalan CAT  DAP 




IPOHMALAY

Posted: 16 Jan 2015 09:04 AM PST

IPOHMALAY


Michelle Yeoh bantu mangsa banjir tanpa publisiti

Posted: 16 Jan 2015 07:27 AM PST

Aktres antarabangsa terkenal dari Ipoh Michelle Yeoh telah turun senyap-senyap menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan baru-baru ini.

Dia telah ke sana bersama NGO keagamaan Cina setelah mengetahui NGO tersebut akan pergi membantu.








bumiyang

Posted: 16 Jan 2015 03:19 AM PST

bumiyang


Kutipan Derma Banjir Oleh PAS Bakal Lesap???

Posted: 15 Jan 2015 07:32 PM PST

tunku

Posted: 16 Jan 2015 03:03 AM PST

tunku


Najib: Malaysia does not tolerate religious provocation

Posted: 16 Jan 2015 12:26 AM PST

Malaysia will not allow religious provocation or any threatening act or insults of any religion to take place even in the name of freedom of expression, said Datuk Seri Najib Tun Razak.

The Prime Minister reiterated that freedom had its limitation and that authorities would continue to take action against those attempting to stir religious conflict in the country.

"Mutual respect among the various races is a basic principle that we need to practise to ensure national harmony is maintained," he said in his message aired over local radio, Friday.

Najib said Malaysia strongly condemned the terrorist attacks in several locations around the world such as in Paris and Sydney recently.

"In the 'Charlie Hebdo' context, we completely avoid such attacks, nevertheless at the same time, it is pointless to accept such actions of provocation against other religions," Najib said, referring to last week's incident which saw an attack on the office of the French satirical newspaper in Paris that resulted in the deaths of 12 people.

The newspaper had published provocative cartoons that were seen as insulting to Muslims.
Drawing attention to the White Paper on terror, tabled in Parliament in November last year, Najib added that the Government was committed to safeguarding Malaysia from militant threats.

Floods: New disaster management research centre to be set up

Posted: 15 Jan 2015 10:27 PM PST

A new Centre of Excellence for Research on disaster management will be set up, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin. He said RM20mil in special grants will also be offered for research into disaster management and flood mitigation, through the Long Term Research Grant Scheme and Fundamental Reserach Grant Scheme.

 "Landslides, haze and floods often occur in our country, and there needs to be a comprehensive and effective approach to disaster management. "This includes the aspects of environmental management, disaster preparedness, public awareness programmes, relief coordination, communications and the rebuilding of disaster-hit areas," he said in his New Year's address to Education Ministry staff here on Friday.

 Muhyiddin, who is also the Education Minister, said that estimated cost of damage to schools and tertiary institutions in the recent floods was around RM500mil. "I hope schools and institutions located in flood-prone areas will prepare for the possibility of floods.

 "Students, teachers and parents should also be given disaster awareness education so that they will be physically and mentally prepared for such disasters, and are able to look after their families' safety," he said. On another matter, Muhyiddin said that the Malaysia Education Development Plan (Higher Education) 2015-2025 will be launched in the first quarter of this year.

 "This plan will produce innovative and creative talent in line with the 'new academia' agenda of the 11th Malaysia Plan," he said. Muhyiddin also announced the setting up of the Malaysian Inclusivity, Development and Advancement Institute (Minda) at Universiti Kebangsaan Malaysia, which will carry out research on "social and economic inequality in society with a focus on economic development that is inclusive and narrows the wage gap".

 Muhyiddin later handed out letters of autonomy to five universities – Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Teknologi Mara, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu, and Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

APANAMA

Posted: 15 Jan 2015 11:29 PM PST

APANAMA


Beginning of the end

Posted: 15 Jan 2015 07:47 AM PST

The Unspinners

Posted: 15 Jan 2015 11:24 PM PST

The Unspinners


Video gangster DAP lempang pekerja Myeg

Posted: 15 Jan 2015 10:25 PM PST


Dalam posting SINI, Unspinner dedahkan tonto dan underworld ada di belakang pihak yang dok serang dengan tuntutan anih.

Tak percaya? Baik ....

Lihat video berikut bagaimana bouncer seorang underworld DAP lempang pekerja Myeg di tapak underworld di bumi DAP Pulau Pinang.

Sedar tak ada pemimpin Gerakan dan MCA pun turut bersuara.


Suka hati mak dia ajer main penampar anak orang. Kejadian ini berlaku selepas kaunter tutup.

Selama ini, samseng2 ini mudah boleh kowtim dan beroperasi melalui kaunter sebelum ini...

Bawah Myeg, mereka tak boleh lagi sebab cara sisten dah set tidak membolehkan mereka bermaharajalela bawa orang asing sesuka hati untuk rumah urut, rumah maksiat, den judi dll.

Myeg perlu ikut betul2 aturcara dan access maklumat yg ditetapkan imigresen. Sekarang tak boleh bypass dan funa budibicara mcm dulu.

Itu yang depa hangin ....

Nanti kita jawab banyak tuduhan pasal monopoli, tak ada tender, sekuriti dll. Bila dah faham, akan keligatan bodoh pemimpin pembangkang.

Sebab DAP bising, ada MCA dan Gerakan pun terpaksa bersuara demi politik. Takpe ... bila dah difahamkan dan asasnya munasabah, MCA dan Gerakan boleh segera diam..




Ketua Muslimut PASma IQ rendah, singkat pandangan

Posted: 15 Jan 2015 08:30 PM PST


Dulu beriya2 sokong DAP tapi apa Dap buat pada PAS?





Dah tak cerdik, mana dia sedar ni semua...




Fikirlah, yang akan tolong dsn bela rakyat, BN juga ...




PASma dipinta keluar PAS, Din Pudu 'defend' PASma

Posted: 15 Jan 2015 06:30 PM PST


KELUAR PAS JIKA MAHU TERUSKAN AGENDA PASMA 

KUALA LUMPUR : PAS Terengganu menggesa ADUN Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Zawawi meletakkan jawatan dan keluar parti sekiranya mahu meneruskan agenda Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) yang ditolak oleh parti Islam itu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat menegaskan tiada halangan untuk PasMa yang diterajui Phahrolrazi menjadi sebuah parti politik dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

Namun, beliau mengingatkan Pahrolrazi agar keluar daripada PAS dan jangan sesekali 'bertenggek' di atas perjuangan parti berteraskan Islam itu.

"PAS Pusat ada keputusan dah mengenai PasMa, kita ikut yang itu sahaja. Kita berpegang apa yang diputuskan oleh PAS Pusat itu.

"Jadi apa nak dilakukan kalau PasMa nak jadi parti politik. Daripada awal saya dulu saya sebut Malaysia ini negara demokrasi sesiapa sahaja boleh daftar parti.

"Cuma kita sebut kalau dia rasa PAS tidak lagi sesuai sebagai bahtera perjuangan baik dia keluar daripada parti. Jangan dia bertenggek berpegang dengan parti PAS ini," katanya kepada Antarapos.

Saiful Bahri diminta mengulas mengenai tindakan Phahrolrazi bersama ahli PasMa yang mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini bagi membincangkan kerjasama di masa depan.

Difahamkan pertemuan itu antara lain membincangkan mengenai isu dan strategi kerjasama dengan Lim untuk pilihan raya umum akan datang.

Sumber mendakwa NGO berkenaan berhasrat membentuk parti politik baru untuk bekerjasama dalam Pakatan Rakyat namun Phahrolrazi menafikan perkara itu sambil menegaskan tiada perancangan meletakkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan, Saiful Bahri menegaskan parti itu akan terus mengukuhkan kedudukan dalam perikatan itu sebagaimana diputuskan muktamar.

"Kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat ini sebagaimana yang diputuskan oleh muktamarlah sebab kata pemutus dalam muktamar.

"Muktamar memutuskan bahawa PAS masih lagi berada dalam Pakatan Rakyat, setakat ini tiada perubahan lagi.

"Setakat ini kita dah ada keputusan. Jadi kita tengoklah perkembangan nanti," katanya.


Untuk rekod, Majlis Syura Ulama PAS telah mengingatkan agar tiada ahli parti itu menyertai sebarang aktiviti PasMa dan badan tertinggi itu akan memantau segala tindak-tanduk NGO itu.

Keputusan itu selari dengan peringatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam penggulungan muktamar 2014 supaya tidak berlaku adanya 'jemaah dalam jemaah' dan 'parti dalam parti'.

Tugu peringatan batang pelir Nik Aziz dan Husam akan dibina

Posted: 15 Jan 2015 03:44 PM PST


Dikhabarkan seorang lelaki bernama Mohd Zikri Bin Ropi 45 tahun akan membina sebuah tugu batu asas diatas tanah miliknya sendiri di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Baru. 

Tugu batu asas yang bakal dibina itu akan berbentuk menyerupai batu pelir Nik Aziz dan Husam Musa sebagai mengingati 'kejayaan demi kejayaan' mereka dalam meletak batu asas untuk pelbagai projek sepanjang mereka mentadbir Kelantan. 

Tapak lokasi tugu di Jalan Pengkalan Chepa sesuai sekali kerana lokasinya terletak di pintu masuk ke Kelantan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. 

Masih lagi nak cuba menipu rakyat

Dengan demikian, beliau berharap anak-anak Kelantan yang pulang ke kampung halaman dan orang-orang luar yang masuk ke Kelantan tahu 'kejayaan hebat' dua pemimpin itu membangunkan batu asas di Kelantan.


Negeri yang baru lepas bencana banjir aku kebuasan tamak dan kealpaan kedua mereka mahu dianggap kaya oleh akhbar organ PAS untuk menipu rakat jelata.


Hakikatnya kekayaan rakyat dan negeri Kelantan dibiarkan jatuh ketangan orang asing luar negeri yang kini membalas hati 'baik' Husam dan Nik Aziz dengan tindak tanduk yang berakhir dengan bala dan kesengsaraan pada rakyat!!!!

Mereka boleh bersuara, kenapa tak Perkasa dan ISMA?

Posted: 15 Jan 2015 07:30 AM PST


Pembangkang sanjung Tun Razak sederhana?

Posted: 15 Jan 2015 07:30 AM PST


Forum dianjur oleh DAP Roketkini.

Bukankah Dr Kua Kia Soong yang ahli DAP dan bekas MP DAP yang tulis buku tuduh Tun Razak bunuh orang CIna ketika Mei 13?

Bukankah DAP yang kata Tun Razak ultra Melayu kerana dasar DEB yang dituduh mereka sebbagai tidak adil pada bukan Melayu?

Apa helah mereka kini anggap Tun Razak sederhana?

Nak undi Melayu ke? Nak malukan Najib ke? Nak diterima Melayu maka tukar kulit ke?

Nak dengar DAP akui DEB bbagus dulu dan akan teruskan 153.

Malaysiakini dibiayai Soros

Posted: 15 Jan 2015 02:30 AM PST




Zahid dah jelas, Mkini didedah berlaku jahat!!!!

Posted: 14 Jan 2015 11:10 PM PST



WARTAWAN MALAYSIAKINI CURI MASUK PC ZAHID

1. Semalam dengar khabar angin dalam kalangan wartawan, Zahid akan membuat PC (Isu Surat Paul Phua) pada hari ini selepas Perhimpunan Bulanan KDN. Pagi ini memang betul Zahid tampil merungkai segala fitnah Malaysiakini. Para wartawan "impress" Zahid dengan "firm" dan konsisten menjelaskan kontroversi tersebut di hadapan para wartawan (mungkin ada wartawan Malaysiakini menggunakan pas media saluran perdana).

2. Zahid memulakan PC dengan menyatakan bahawa beliau telah membuat penjelasan dalam kabinet bersama Jemaah Menteri sepertimana yang dinyatakan oleh Menteri Luar, Anifah Aman. 

3. Kenyataan Zahid sangat jelas bahawa surat tersebut adalah surat penjelasan status bukannya surat sokongan untuk tidak mendakwa Paul Phua. Sementara isu Paul Phua membantu kerajaan dalam hal keselamatan, Zahid menyatakan ia tidak dapat didedahkan kepada umum kerana melibatkan isu keselamatan yang berstatus Rahsia Besar. 



4. Ditanya oleh seorang wartawan "Mengapakah surat tersebut tidak melalui Wisma Putra?". Zahid menjawab ia telah menjadi amalan dan tradisi Menteri Dalam Negeri sebelum ini kerana ia bukan urusan G to G sebaliknya hanya permintaan guaman. 

5. Soalan celahan nakal pula dari seorang wartawan bertanyakan "Adakah kabinet menerima baik penjelasan Dato' Seri?". Jawapan Zahid: Ya !

6. Kami para wartawan faham mengapa soalan itu ditanya kerana Malaysiakini melaporkan bahawa kononnya Wisma Putra mendakwa ahli kabinet hanya mendengar penjelasan Zahid tetapi tidak menerimanya. 

7. Isu ini telah dinafikan sendiri oleh Anifah Aman bahawa Wisma Putra bukan ahli kabinet dan Malaysiakini BERBOHONG. Memang kali ini Malaysiakini terperangkap dengan stratergi mereka memanipulasi kenyataan media.

8. Sebenarnya dalam isu surat Paul Phua kami dapati banyak pembohongan telah ditulis dalam Malaysiakini kononnya Pegawai Tinggi Polis kecewa dengan surat Zahid, kononnya Putrajaya menarik balik surat tersebut dan paling kelakar manipulasi jawapan TPM kononnya Zahid tidak merujuk kepada kabinet surat tersebut sedangkan sesiapa yang menonton rakaman video sebenar tahu maksud TPM isu surat tersebut tidak dibincangkan dalam kabinet lagi. 

9. Para wartawan sebenarnya kurang senang dengan cara Malaysiakini yang menyalahi integriti media. Walau bagaimana pun, kami berharap agar pihak Kementerian Komunikasi menyaring semula dan meletakkan security code kepada Pas Keselamatan Media agar ia tidak disalahgunakan oleh sesiapa pun (Malaysiakini/MalaysianInsider).

10. Walaupun Malaysiakini banyak melaporkan berita fitnah untuk menjatuhkan para pemimpin tetapi sehingga hari ini portal pro Pembangkang ini masih beroperasi seperti biasa. Bersamalah kita fikirkan kerana sudah tiba masanya ... !

Dari Whats App

sekupangdua

Posted: 15 Jan 2015 11:21 PM PST

sekupangdua


LAGI RASSIS... KAHAK PTUIIII... HARAM BIN JADAH

Posted: 15 Jan 2015 04:38 AM PST

Agak lama teman tak menulis... hari nie kebetulan ada peristiwa yg buat aku nak menulis balik. Tentang jenis yg memang busuk bin perut....

Bukan nak tuduh Rassis... tetapi termakan akal jugak... begini kisahnya.
Disini tak la banyak tempat utk repair camera...samada DSLR maupun Video. Jadi macam kelam kelibut aku mencari tempat. Ada yg boleh service dan ada juga yg boleh repair.  Hakikatnya tak semua kedai camera boleh service atau pun repair...

Kengkadang dan kebiasaanya sampai ada yg sanggup ke penang, KL dan lain-lain. Tak kurang jugak ada yg hantar ke kawan-kawan yg mahir dan boleh repair..

Hari nie kebetulan tele 300 ada dalam bag haverset aku jadi aku nyinggah la ke kedai nie. Sebab aku naik moto jadi tak la nak bawak semuanya. Sebelum nie mmg dah datang atas rekeman kengkawan tempat repair dia servis mmg tip top. Juga kebetulan dia (taukey) ada di kedai dia..

Jadi terlansung tu terus la keluarkan tele aku yg kategori 3rd pty dan tanya kalau boleh repair dan beberapa barangan keperluan utk kamera

Yg lebih haram jadah bila dia sedang menonton cerita (di PC) bersebelahan kaunter yg dijaga oleh anaknya yg bertanya apa masalah aku.. bila aku tanya anaknya boleh repair dan beberapa harga peralatan baru dgn nya.. setiap kali itu juga anaknya akan tanya dia... boleh atau tidak... dan harga beberapa barangan lain

Dan setiap kali itu dia akan menjawab tanpa alih memandang aku sebaliknya terus menonton cerita cina di komputernya...

Malah bila aku tanya harga beberapa barangan kamera (yg memang aku dah tau harganya) yg mungkin lebih murah kot ada rezeki atau bernasib baik.. cukup jelaa dia letak harga macam mau aku jangan bertanya...

Kalau harganya sekitar 6 ke 8 ratus ringgit... dia pulak kata harganya lebih kurang seribu lebih... tanpa menoleh kat aku pun... kecuali masa yg mula-mula masa aku keluarkan tele @ lens yg carok dan rosak tu...
Jadi dengan layanan macam tu kalau korang la apa rasanya akan jadi... tetapi bagi aku pulak amat bersyukur dengan kejadian sebentar tadi. Ia nya buat aku terfikir berkali-kali dan mula bersyukur dan berfikir iktibal peristiwa nie... nasib aku tak hantar lagi... puhhh

Jadi terus aku batalkan niat utk tujuan asal aku... tak jadilah aku nak hantar service dan repair kat dia untuk :

- servis 6 unit dslr
- repair
- ganti beberapa barangan atau alatan
- Beli beberapa alatan baru atau gadget
- 3 - 4 tripod still dan video (handycam/broadcast)
- servis dan repair 2 unit camera video cam HD
- video pan 102 standard broadcast(CCD)
- beli beberapa unit gadget-gadget lain spt... speed lite,  battery pack, tripod handhell, wide lens etc, video light, bag dan lain-lain lagi...

Ayat yg lebih mudah ialah... confirm peruntukan yg sebanyak hampir RM 30 k nie tak akan sampai atau dibayar kekedai nie...

GAMBAR : Bangunan bersebelahan... menulis sementara menunggu sidang hujan... Agak-agak la... mana ada motosikal yg ada bumbung... kena tunggu reda la pulak...

Belantan

Posted: 15 Jan 2015 11:06 PM PST

Belantan


DAP tetap kritik pelaksanaan hudud Pas?

Posted: 15 Jan 2015 08:41 AM PST


Hubu­ngan antara DAP dengan Pas terus berkocak apabila Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan, rancangan pelaksanaan hudud di Kelantan perlu dikritik pihaknya secara terbuka.

Katanya, hal ini demikian ke­rana pelaksanaan hudud tidak pernah dibangkitkan atau mendapat persetujuan dalam majlis pimpinan pakatan pembangkang.

"Umum diketahui bahawa pelaksanaan hukum hudud di mana-mana negeri dalam Persekutuan Malaysia bukannya dasar bersama yang dipersetujui oleh parti-parti pakatan.

"Konsensus yang dicapai oleh ketiga-tiga parti pada 28 September 2011 ialah, walaupun hak parti Pas untuk memperjuangkan isu hudud dihormati, namun adalah ditegaskan bahawa apa-apa usaha untuk melaksanakan hudud di mana-mana negeri perlu dibincangkan dalam majlis pimpinan pakatan dan konsensus perlu dicapai," katanya dalam satu kenyataan dalam portal berita rasmi DAP, roketkini.com hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam wawancara bersama akhbar Sin Chew Daily kelmarin yang menya­takan pimpinan DAP sering memburuk-burukkan Pas.


Kata Mustafa, DAP juga telah melupakan hasrat pakatan pembangkang menguasai Putrajaya kerana telah berpuas hati menguasai Pulau Pinang serta meraih sokongan besar pengundi Cina.

Menurut Siew Fook, DAP tidak pernah melupakan impian Putrajaya sebaliknya parti itu memberi komitmen penuh untuk memastikan pakatan pembangkang terus kekal walaupun terdapat perbezaan antara DAP dengan Pas beberapa bulan kebelakangan ini.

"Walaupun kami tidak bersetuju dengan kerajaan negeri Kelantan berkenaan dengan isu hudud, kami mengenepikan perbezaan tersebut untuk membantu dan menyokong usaha pemulihan pasca banjir di Kelantan atas dasar kemanusiaan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, DAP amat terkilan dengan pandangan Pas yang membantah dan tidak bersetuju terhadap pilihan raya kerajaan tempatan yang diperjuangkan oleh Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang.

"Kami tidak faham mengapa Pas tidak bersetuju malah membantah usaha untuk mengembalikan proses pilihan raya kerajaan tempatan.

"Mungkin hanya pimpinan tertinggi Pas sendiri sahaja yang mengetahui alasannya dan dapat menjelaskan sebab bantahan mereka," katanya.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 15 Jan 2015 11:03 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MELETOP: NURUL IZZAH KINI AVAILABLE FOR ALL...BERGETAH LAGI WOOOI

Posted: 15 Jan 2015 10:00 PM PST



Setelah setahun naik turun mahkamah akhirnya rumah tangga anak kepada pasangan KETUM PKR: Anwar Ibrahim dan Wan Azizah; Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir akhirnya hancur.

Walaupun punca sebenar selalu dirahsiakan oleh Nurul Izzah, namun yang diketahui bahawa penceraian tersebut adalah atas tuntutan dan desakan Nurul Izzah dan bukannya suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar.

Sebagai umat Islam kita tak suka bila dengar kes-kes penceraian berlaku. Sana sini artis dan selebriti bercerai-berai dan akhirnya bertelagah soal perebutan hak jagaan anak-anak dan soal nafkah. 

Nampak sangat soal nikah kahwin dan cerai merai dipermain-mainkan dan menjadi bagai satu trend...ni bahan nak salahkan UMNO lagi ler tew...

Harapan kami semoga Nurul Izzah tabah menghadapi kehidupan sebagai janda. Jadikan ini sebagai satu ikhtibar dan teguran dari Allah s.w.t terhadap apa yang Nurul buat selama ini terhadap insan-insan lain. 



Jangan pulak Nurul Izzah nak salahkan UMNO, BN dan Najib kononnya berkonspirasi menyebabkan rumah tangganya hancur...tak baik tau ! 

Harapan kami semoga cepat beroleh jodoh. Tak baik hidup menjanda lama-lama. Jangan moody-moody macam Ostajah Abbi ye sayang...

Oppppssss ....Ampun Tuanku Sultan Melaka, patik gurau senda jer...









Malaysiakini cuba perangkap DS @Zahid_Hamidi untuk dedah RAHSIA negara kepada MUSUH! @NajibRazak

Posted: 15 Jan 2015 06:01 PM PST


Dalam isu surat Menteri Dalam Negeri (MDN) yang menjelaskan status Paul Phua kepada FBI, kami merasakan serangan pembangkang melalui Malaysiakini ke atas MDN sebenarnya mempunyai motif tersembunyi yang lebih jahat.

Pertama sekali, mereka seboleh-bolehnya cuba untuk melaga-lagakan MDN dengan Jemaah Menteri dan TPM sendiri. Mereka cuba untuk menanam persepsi bahawa MDN telah bertindak sendirian tanpa restu bos beliau.



Kedua, Malaysiakini juga cuba untuk mewujudkan persepsi bahawa MDN dan Kerajaan melindungi penjenayah tertentu yang mempunyai kepentingan. Untuk yang mempunyai fikiran simplistik, mereka akan telan bulat-bulat dan percaya dengan agenda ini.

Dan ketiga, Malaysiakini merupakan agen atau alat pembangkang yang dibelakangi oleh anasir musuh negara dan penjenayah, cuba untuk menekan pihak Kerajaan bagi mendedahkan perkara-perkara sulit dan rahsia besar yang boleh memberi kesan terhadap keselamatan negara. 

Lantas ini membuka ruang kepada 'penaja' pembangkang untuk mengkaji dengan lebih lanjut berhubung titik kelemahan pertahanan negara untuk diserang setiap masa bagi memastikan Kerajaan tidak mampu untuk fokus terhadap pelan pembangunan negara dan ekonomi.

Bagi membuktikan teori ini, mari kita sama-sama kaji berapa kali Malaysiakini atau pemimpin pembangkang telah bermati-matian membela penjenayah.






Ketika arwah Sosilawati dibunuh, di mana perginya kelibat pemimpin atau peguam pembangkang yang dahagakan keadilan untuk rakyat? Malah, anehnya Malaysiakini juga kurang berminat untuk menyiarkan berita pembunuhan tersebut. Kenapa? Adakah kerana salah seorang pembunuh itu juga seorang peguam DAP?!!

Tidakkah ini semua membuatkan kita terfikir sejenak. Mengapakah ISA dan Ordinan Darurat dituntut untuk dimansuhkan dahulu sedangkan 99% tahanan ketika itu adalah ketua-ketua kongsi gelap dan penjenayah?

Adakah apa yang kita hadapi kini kesan daripada pemansuhan ISA? Dengan bukan Islam semakin berani mencabar agama, penjenayah semakin berleluasa sehingga boleh bertempur di tempat terbuka?!! Tidakkah terlintas difikiran kita bahawa parti pembangkang, terutamanya DAP didalangai oleh kongsi gelap dan penjenayah kerana mereka adalah penaja utama parti tersebut selepas agen luar?!!

Masih tidak percaya? Cuba kaji semula siapa yang membela pembunuh, ketua kongsi gelap di mahkamah ketika ini.

Adakah anda semua sudah tersilap membuang undi pada PRU-13 yang lalu?!!


   



MISTERI: TERSUMPAH JADI SASAU DAN POYO BILA RASA DIRI TERLALU HEBAT KRITIK PM.

Posted: 15 Jan 2015 07:59 AM PST


Kedua-dua manusia ini apabila digabungkan akan melahirkan gen-gen intelektual Melayu yang berfikiran futuristik persis Mat Jenin atau Mr Loba-Loba.

Mereka kadang-kala umpama berada di alam kayangan apabila mengimpikan kesempurnaan yang tiada tolok bandingan. 

Sama seperti seorang yang pernah ditabalkan dengan gelaran Anugerah Tuhan yang mereka puja dan teruja itu.

Dahulu mereka disanjung kerana keintelektualnya, namun mungkin kerana terlalu banyak berfikir yang indah-indah menyebabkan mereka berubah menjadi sasau.

Dan akibat kesasauan itu, seorang telah turun ke jalanan memekik-mekik sambil baca puisi.

Manakala seorang lagi menjadi penulis blog yang hanya tahu mengkritik macam dia saja yang bagus, konon dia pandai segala-galanya mengkritik semua dasar negara selagi boleh.

Apa matlamatnya???

Menjatuhkan orang yang mereka tak suka kerana dendam dan rajuk serta berfantasi kononnya semuanya akan menjadi baik jika Najib letak jawatan dan Anwar menjadi Perdana Menteri yang baru. 

Apakah itu saja jasa mereka untuk pembangunan negara?

Mungkin mereka sudah terlalu pandai maka tidak perlu mereka menjawab atau memberikan cadangan membina kerana kerja sebagai sasauan dan wartawan pencen hanya mengkritik saja.

Kalau macam tu sama saja mereka seperti macai-pencacai upahan yang selalu berdemo di jalanan atau keyboard-keyboard warrior yang hanya tahu memaki hamun depan komputer sambil mengira-ngira berapa banyak like mereka dapat dalam posting facebook mereka... 



GERAKAN ANTI PKR

Posted: 15 Jan 2015 09:39 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


ISU BAJU KURUNG SEKOLAH : BENDA REMEH TEMEH NAK PERLEKEH KEM PENDIDIKAN.. HMMM

Posted: 15 Jan 2015 04:56 AM PST

KHALED NORDIN SOUND SIAPA NI ?

Posted: 15 Jan 2015 04:07 AM PST

IZAH KINI SEORANGAN

Posted: 15 Jan 2015 03:11 AM PST

KENYATAAN MEDIA KDN BESERTA DETAIL NYA.

Posted: 14 Jan 2015 11:13 PM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 15 Jan 2015 09:25 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Pernah Pertikai Kalimah Allah, Guan Eng Juga Perlu Disiasat

Posted: 15 Jan 2015 08:28 PM PST



Ketua Menteri Pulau Pinang ini nampaknya bercakap main lepas sahaja sekarang ini. Dalam isu Eric Paulsen, nampaknya Guan Eng seolah cuba menyalahkan pihak polis bila menahan Eric untuk siasatan. Mengapa mereka dilihat cuba mempertahankan seorang yang telah tuduh JAKIM sebar unsur keganasan dalam Khutbah Jumaat?  

Untuk rekod, bulan lepas Guan Eng telah mencetuskan kontroversi apabila beliau berkata bukan Islam di Pulau Pinang bebas untuk menggunakan kalimah Allah. Lim dilaporkan mendakwa bahawa Enakmen Negeri Pulau Pinang Pentadbiran Agama Islam 2004 tidak boleh dikuatkuasakan ke atas bukan Islam (baca sini)

Nampaknya Guan Eng juga perlu ditahan sama untuk disiasat kerana turut mempertikai kedudukan Islam di negara ini. Apakah orang Islam (yang masih ada dalam PAS, PKR dan yang mula hendak masuk DAP) tidak sebar apa rancangan besar mereka (DAP & PKR) sedang buat di negara ini. 

Satu persatu mereka pertikaikan, apa tujuan akhir mereka sebenarnya?

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 15 Jan 2015 03:20 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Nurul Izzah sah bercerai talak satu

Posted: 15 Jan 2015 07:37 AM PST

NURUL dan bekas suaminya ditemui di luar mahkamah. FOTO Nor Azura Abd Jalil
Kuala Lumpur: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sah bercerai talak satu dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, tadi.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mensabitkan jatuh talak satu selepas Raja Ahmad Shahrir, 36, melafazkan cerai terhadap Nurul Izzah, 35, pada 4.17 petang.

Lafaz itu dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan pihak-pihak yang bersetuju untuk menyelesaikan kes cerai secara bersama.

Selain itu, mahkamah turut merekodkan persetujuan bersama antara Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berhubung hak penjagaan anak mereka (hadanah).

Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan dua anak, Raja Nur Safiyah, 8, dan Raja Ahmad Harith, 5.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24029#sthash.IaL4QFvh.dpuf

Isu baju kurung, penjelasan sebenar akhirnya diperolehi dari pengetua, PIBG

Posted: 15 Jan 2015 05:31 AM PST

Masalah komunikasi dan tersalah tafsir maklumat oleh pelajar dan ibu bapa adalah punca tercetusnya isu pemakaian baju kurung oleh pelajar bukan Melayu, dakwa pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara Mohd Amir Abdul Ghani.

Beliau berkata pihak sekolah tidak pernah menghalang pelajar perempuan bukan Melayu untuk memakai baju kurung, cuma menekankan supaya memakai baju kurung dengan cara yang betul.

"Kalau hendak pakai baju kurung, pelajar mestilah memakai dengan betul iaitu memakai kesemua butang baju tersebut. Apabila kata begini, mereka anggap kita (sekolah) tidak benarkan pakai baju kurung.

"Sekolah tidak pernah menghalang sesiapa pakai baju kurung kerana ia adalah baju kebangsaan. Malah guru-guru bukan Melayu pun boleh pakai baju kurung," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.
Media tempatan melaporkan dakwaan seorang pelajar sekolah yang berumur 15 tahun dilarang memakai baju kurung oleh pihak pentadbiran sekolah kononnya atas alasan baju kurung hanya untuk pelajar perempuan Melayu.

Mohd Amir berkata permintaan pihak sekolah supaya memakai kesemua butang baju kurung adalah bagi menjaga aurat pelajar sekali gus menjaga keselamatan pelajar itu sendiri.

Katanya satu perbincangan antara pengetua, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan penjaga kepada murid berkenaan (pengadu) turut diadakan pada hari ini bagi menyelesaikan konflik berkenaan.

Beliau menegaskan pelajar perempuan yang terlibat akan kembali ke sekolah dan bebas memakai baju kurung.

Mohd Amir berkata beliau tidak berada di sekolah pada hari kejadian dan mendakwa masalah komunikasi itu adalah antara guru dan pelajar.

Pengetua itu percaya jika beliau berada di sekolah pada hari tersebut mungkin perkara itu tidak timbul dan menjadi isu hangat di media sosial.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin semasa mengulas perkara itu berkata Kementerian Pendidikan tidak pernah mengeluarkan arahan melarang pelajar perempuan bukan beragama Islam memakai baju kurung ke sekolah kerana pemakaian tersebut sejajar dengan dasar kementerian dalam soal pemupukan perpaduan.

"Tak ada arahan dikeluarkan kementerian kepada mana-mana pihak pentadbiran sekolah untuk sekat atau halang pelajar bukan Islam untuk pakai baju kurung," kata Muhyiddin dalam sidang media selepas melancarkan Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru hari ini.

Mohd Amir berkata beliau amat menggalakkan pelajar perempuan bukan Melayu sekolah itu jika berhasrat untuk memakai baju kurung kerana ia simbol perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.

Menurut beliau, majoriti pelajar di sekolah berkenaan adalah pelajar berbangsa Cina dan baju kurung tidak pernah menjadi masalah dalam kalangan pelajar di sekolah itu sebelum ini.

Tinjauan Bernama juga mendapati beberapa guru bukan Melayu bebas memakai baju kurung di sekolah tersebut. – Bernama, 15 Januari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pelajar-salah-tafsir-arahan-kata-pengetua-mengenai-halangan-baju-kurung#sthash.iErnp1uy.dpuf

Diana Rafar failkan perceraian terhadap Zamarul Hisham hari ini

Posted: 15 Jan 2015 05:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Desas desus rumah tangga Diana Rafar dan Zamarul Hisham yang dibina sejak 16 Mei 2009 berantakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sering mencuri tumpuan ramai. Bagaimanapun cerita itu sesekali berlalu sepi apabila ditepis terutama Diana sendiri.

Bagaimanapun menurut sumber terdekat yang melaporkan kepada BH Online, Diana yang juga duta produk Perla Coffee itu sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya itu hari ini di sebuah mahkamah di Shah Alam.

Nampaknya rumah tangga pasangan ini yang dikurniakan anak lelaki bernama Kashfi Haikal berusia lima tahun tidak mampu dipertahankan lagi.

Kepada BH Online, Diana yang dihubungi sebentar tadi mengesahkan perkara berkenaan.

"Ya, saya sudah memfailkan perceraian sekitar jam 1 tengah hari tadi. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami lagi buat masa ini. Saya reda dengan apa yang terjadi," katanya.

Di sebalik dugaan hebat ini, Diana turut berkongsi mengenai dirinya yang sudah mengenakan tudung sejak 23 Disember lalu.

"Di sebalik dugaan hidup yang saya lalui termasuk kisah rumah tangga yang sering menjadi buruan, saya sedar ini semua ujian Tuhan untuk saya jadi lebih kuat. Saya barangkali gembira dengan perniagaan dan kerjaya, tapi ada yang bagaikan tidak lengkap.

"Seperti kosong. Saya sendiri tertanya apa yang bermain di fikiran itu. Dan tanpa diduga saya tergerak hati untuk bertudung. Malah sebelum itu, saya jadi macam malas dan segan nak keluar rumah.

"Saya bermula dengan mengenakan selendang dan rasa yakin diri untuk keluar rumah. Keesokan harinya, saya tanggalkan kembali selendang itu jadi janggal. Kemudian saya nekad mengambil tudung. Saya sedar kebahagiaan yang ditarik itu diganti dengan cara sebegini," katanya tenang.

Bekas juara Akademi Fantasia mengaku diajak jalin hubungan songsang

Posted: 14 Jan 2015 11:01 PM PST

Sekadar gambar hiasan
Penyanyi Faizul Sany, 30, mendedahkan dia pernah cuba dipikat lelaki tetapi situasi itu dapat diatasi dengan tidak melayan kehendak individu berkenaan.

Berkongsi lanjut mengenai hal itu, pelantun lagu Perempuan ini menyatakan dia pernah diajak menjalinkan hubungan songsang atau sejenis beberapa kali. Bagaimanapun, dia cepat menyedari perkara itu lantas mengelak daripada terus terjebak.

"Saya belum terfikir tentang cinta lagi dan sekarang mahu fokus pada kerja dulu. Saya tetap lelaki sejati dan tidak bermaksud saya tidak bercinta, saya ini tidak suka pada perempuan," katanya kepada Malaysian Digest.

Menurutnya, dia menyedari niat lelaki yang mempunyai hubungan songsang menerusi cara bersalam termasuk perbualan telefon.
"Ada lelaki menelefon saya dan mengajak keluar bersama tetapi saya tidak melayannya. Apabila sudah banyak kali hampir terkena, saya sudah boleh mengesan dan mengatasinya.

"Saya sebenarnya tidak kisah berkawan dengan sesiapa asalkan ikhlas tetapi jika individu itu mempunyai niat lain, lebih baik saya mengelak daripada terus berkawan," katanya.

Juara Akademi Fantasia 2013 berkata, hubungan cinta bukan sesuatu yang baru padanya apatah lagi pernah gagal dalam perhubungan sebelum ini dan mengakui pengalaman lalu banyak mengajarnya menjadi lebih matang.

"Hubungan cinta sebelum ini tidak dapat diteruskan kerana bekas teman wanita saya tidak memahami kerjaya saya yang sentiasa sibuk. Saya bukan mahu mengatakan saya seorang yang kuat bekerja tetapi kerjaya menuntut saya tidak mempunyai banyak masa untuk bersamanya," katanya.

Ditanya mengenai ciri-ciri wanita pilihan, anak jati Tawau, Sabah ini menyatakan dia tidak memilih dari segi fizikal asalkan gadis itu seorang yang memahami.

"Saya tidak memilih, asalkan cukup sifat dan memahami," katanya.

Menyentuh tentang perkembangan kerjaya, Faizul bersyukur apabila perjalanan seninya berjalan lancar dan lebih menggembirakan sebaik album sulungnya mendapat respon positif dalam kalangan peminat. Namun, dia mengakui ramai peminat lebih mengenali lagu nyanyiannya berbanding dirinya.

"Mungkin sebab tahun pertama saya dalam industri hiburan ini, saya lebih banyak menghabiskan masa di dalam studio untuk kerja pembikinan album.
Faizul Sany

"Namun, saya bersyukur kerana rezeki semakin murah dan lagu saya juga tersenarai sehingga menjadi juara beberapa carta radio tempatan dan Singapura," katanya yang akan turut menjayakan persembahan Hafiz & Friends Showcase yang akan berlangsung di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, pada 25 Januari ini.

- mD

(Video) Saya Tak Sampai Hati Tengok Keadaan Jep – Shuib

Posted: 14 Jan 2015 08:31 PM PST

Kemunculan Sepahtu di pentas MLM 2014 Jumaat minggu lalu memberi kejutan buat peminat dan penonton selepas ketiadaan Jep yang terpaksa menarik diri pada saat akhir.

Walau bagaimanapun pujian harus diberikan kepada Shuib yang tenang dan memberikan persembahan 'Stand-up comedy' dengan begitu baik sekali. Lebih manis Datuk Jalaluddin Hassan mengakui Shuib berjaya membuktikan kemampuanya sebagai seorang pelawak walaupun terpaksa muncul keseorangan.

Namun ramai di antara penonton terutamanya peminat setia kumpulan Sepahtu tertanya-tanya bagaimana keadaan serta kesihatan Jep sehingga tidak dapat bersama-sama Shuib minggu lalu.

Astro Gempak sempat menemubual secara eksklusif Shuib mengenai keadaan Jep selepas berakhir pentas MLM 2014 minggu lalu. Nak tahu lebih lanjut jom tonton video berikut sekarang!

Mahkamah jatuh hukum terhadap Zizan

Posted: 14 Jan 2015 08:10 PM PST

Mahkamah Seksyen memerintahkan pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak tidak menandatangani sebarang kontrak baharu dengan mana-mana produksi selepas bekas pengurus peribadinya, Marina Juki berjaya mendapatkan injuksi sementara terhadapnya kerana melanggar kontrak.

Hakim Hassan Abdul Ghani memberikan perintah injunksi sementara itu kepada Marina, 31, ketika mendengar permohonan injunksi wanita itu semalam terhadap Zizan Razak atau nama sebenarnya Mohd. Razizan Razak, 31.

Injunksi sementara secara ex-parte (sebelah pihak) itu berkuat kuasa sehingga mahkamah membuat keputusan sama ada membenarkan permohonan Marina bagi mendapatkan injunksi tetap atau sebalik­nya terhadap Zizan pada 6 Mac depan.

Prosiding tersebut dihadiri oleh peguam Harjit Singh Sandhu dan Wan Nurliyane Abdul Rahman yang mewakili Marina sebagai plaintif dan peguam Gandhi Mohan bagi pihak Zizan (defendan).

Bagaimanapun, Marina dan Zizan tidak hadir.

Ketika ditemui pemberita, Harjit memberitahu, anak guamnya berjaya mendapat perintah injunksi sementara itu dan mahkamah akan mendengar hujah kedua-dua belah pihak sebelum injunksi tetap diputuskan pada bulan Mac depan.

sumber : Kosmo!

Gym tawar tukang urut telanjang

Posted: 14 Jan 2015 07:15 PM PST

Bangkok: Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik sebuah kelab kecergasan kerana membenarkan beberapa wanita bogel bergaul dengan lelaki yang menggunakan kemudahan di situ.

Jurucakap polis, Prawut Thawornsiri berkata, kes itu terdedah melalui rakaman video yang tersebar di Internet.

Kata Prawut, pemilik kelab kecergasan yang beroperasi di Wang Thonglang itu untuk disoal siasat.

"Kami menyiapkan pendakwaan jenayah terhadap ahli perniagaan itu," katanya.


Seseorang yang bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM2,200.

Rakaman video itu didedahkan bekas pemimpin Parti Rak Thailand, Chuwit Kamolvisit, yang mengadu
mengenai kewujudan banyak pusat kecergasan menawarkan perkhidmatan tidak sepatutnya.

Selain di Bangkok, kelab begitu juga beroperasi di Phuket dan Pattaya.

Katanya, pelanggan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM200 dan tambahan RM500 hingga RM1,000 jika mahukan khidmat urutan khas di premis berkenaan.

Sementara itu, pemilik kelab terbabit berkata, klip video itu dirakam seorang pelanggan pada 5 Januari lalu. - Agens

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23861?m=1#sthash.RE4Zeksb.dpuf

Artis ditahan selepas persembahan

Posted: 14 Jan 2015 05:01 PM PST

GEORGETOWN - Sekumpulan artis kelab dari Thailand tergamam apabila ditahan pegawai Jabatan Imigresen sejurus membuat persembahan di sebuah pusat hiburan di Jalan Lebuh Pantai, di sini, malam, kelmarin.

Semua gara-gara tindakan mereka melakukan persembahan yang tidak mematuhi syarat-syarat agensi pusat permohonan pengembaraan filem dan persembahan artis luar negara (Puspal).

Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Hasbullah Abd Rashid berkata, dalam operasi bersepadu itu, seramai 11 artis warga Thailand dan empat kru mereka ditahan bagi membantu siasatan.

"Kumpulan artis itu didapati, berpakaian tidak sopan selain terdapat unsur pemberian tip yang melanggar syarat ditetapkan," katanya.

Menurutnya, pelanggan pusat hiburan berkenaan akan memberi kalungan bunga dan selempang kepada artis kegemaran mereka mengikut harga tertentu.

"Kalungan bunga dan selendang itu dicaj antara RM50 hingga RM300 dan akan dikalungkan sendiri oleh pelanggan kepada artis pilihan mereka.

"Mengikut syarat Puspal, artis wanita hendaklah menutup badan dari pangkal dada hingga bawah lutut dan yang membuat persembahan gelek harus berpakaian sopan," katanya selepas operasi berkenaan.

Turut serta dalam operasi itu, Ketua Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang, Abdul Rahman Hassan.

Terdahulu, dalam serbuan berasingan, tujuh wanita warga Vietnam ditahan dipercayai berkhidmat sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di sebuah lagi pusat hiburan di Jalan Anson.

Hasbullah berkata, kesemuanya didapati menyalahgunakan pas lawatan dan tiada dokumen perjalanan sah.

Sementara itu, dalam serbuan ketiga di sebuah rumah di Jalan Ong Joo Sun di Jelutong, seramai 11 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan.

Menurutnya, kesemua mereka dibawa ke pejabat Imigresen negeri di Seberang Jaya untuk siasatan.

WARIS PURBA

Posted: 15 Jan 2015 03:01 PM PST

WARIS PURBA


OTHMAN WOK : Pengkhianat Melayu, Teladan buat bangsaku

Posted: 14 Jan 2015 05:22 PM PST

Kerana kuasa politik orang Cinalah Singapura terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Othman Wok lah yang paling banyak membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura yang kemudiannya dijadikan menteri dalam kerajaan Lee Kuan Yew sebagai ganjaran.

UMNO tewas ke semua kerusi di Singapura. Peranannya Othman Wok mirip Anwar mahupun Nik Aziz terus memperdayakan Melayu agar memberi undi kepada sekutu kuasa politik orang Cina.

Singapura wujud sehingga kini sebagai pengajaran kepada orang Melayu agar ia tidak berulang lagi. Namun sayang hanya sebilangan saja yang mahu mengambil pelajaran..Ini bukan soal rasuah dan kronisme. .. Ini soal mempertahankan legasi nenek moyang kita. 

Pada awal 70 an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat terhad. Othman Wok yang juga Menteri mewakili orang Melayu membuktikan ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.

Sikap yang ditunjukkan Othman Wok saling tak tumpah dengan sebilangan pemimpin Melayu di Pakatan rakyat yang sentiasa akur dengan DAP sebagai kata pemutus muktamad. ADAKAH KITA MASIH LAGI BOLEH DIPERBODOHKAN DAN MENERIMA MELAYU SEPERTI OTHMAN WOK SEBAGAI PEMIMPIN KITA?


Othman Wok dilahirkan pada 8 Oktober 1924 di Singapura adalah bekas Menteri Sosial dan ahli parlimen PAP yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan 1977. Di awal kerjayanya dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu yang kemudiannya menjadi timbalan editor akhbar berbahasa melayu, Utusan Melayu Singapura.

Beliau menyertai PAP selepas beberapa hari sahaja penubuhannya pada tahun 1954. Ketika itu beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada raja-raja melayu (seperti apa yang PKR perjuangkan sekarang ini. Ketika itu beliau banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman dan hak samarata serta dasar anit raja-raja melayu di dalam akhbar "Petir" sebuah suratkhabar berbahasa melayu keluaran Parti PAP (sama seperti Harakah). Selepas itu beliau dipilih sebagai salah seorang ahli dewan editorial buletin Petir dan dalam masa yang sama juga seorang lagi pemimpin tertinggi PAP iaitu Ahmad Ibrahim menjemput dia untuk menjadi ketua cawangan PAP Geylang Serai / Tampines pada tahun 1959.

Othman Wok adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia lah orangnya yang kerap kali menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan orang Melayu. Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistimewaan orang melayu dan raja-raja melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku. Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura. Beliau juga mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada Julai 1964 telah dirancang oleh UMNO dan Tunkulah dalangnya. Beliau amat gembira tentang berita pemisahan Singapura daripada Malaysia dan ada juga yang mengatakan yang beliaulah yang menulis skrip temuramah BBC dengan Kuan Yew sewaktu malam berpisahnya Singapura dari Malaysia, yang mana ketika itu kuan yew menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura dari Malaysia, padahal itu semua skrip yang dikarang oleh Othman Wok hanya semata-mata untuk orang Melayu berasa simpati dengan Kuan Yew dan membenci Tunku.

Sehingga sekarang ini Othman Wok masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dialah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura. Dia bersama-sama dengan berberapa pemimpin sayap Melayu dalam PAP antaranya Ishak Rahim, Rahmat kenap, Ariff Suradi, Buang Omar Junid, Mahmud Awang dan Yaacob Mohamed turun ke kampun-kampung Melayu menghasut orang Melayu supaya membenci UMNO dan Tunku. Pada tahun 1959, dia bertanding menjadi calon untuk PAP di kawasan Majlis Bandaran bagi kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan calon UMNO, dia tewas dalam pertandingan itu, akibat terlalu malu dengan kekalahan itu beliau menuduh  UMNO yang mengugut pengundi di situ supaya tidak mengundi dia. Apabila penduduk kampung mengetahui tentang cerita itu maka seluruh penduduk berkumpul dihadapan pejabatnya di Tampines dan menghalau dia keluar dari pejabatnya dan memaki hamunnya sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Othman Wok sekali lagi bertanding di parlimen Pasir Panjang dan kali ini beliau menang atas bantuan dan sokongan dana dari Kuan Yew.
Selepas Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh Kuan Yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial. Satu jawatan menteri yang tidak mempunyi apa-apa fungsi kerana Kuan Yew telah melantik seorang Cina untuk menjaga hal ehwal sosial dan Cina ini di letakkan di bawah jabatan Perdana Menteri. Selepas 14 tahun beliau menjadi menteri goyang kaki maka pada 1978 dia pun tidak lagi menjadi menteri kabinet Kuan Yew.

Sekarang ini dia menjadi salah seorang penulis cerita seram yang paling top di Singapura. Sesungguhnya manusia yang bernama Othman Wok ni adalah seorang pengkhianat bangsa Melayu yang terhebat dalam sejarah Melayu moden. Cara jalan cerita Othman Wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita. Takkan kita orang Melayu di sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura? ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri. Jangan sampai petualang Melayu seperti Othman Wok ni ada dan hidup membiak di dalam negara kita.

Biography of : Othman Wok
Birth and Growing Up Years
Born in 1924, Mr. Othman Wok describes himself as an " Orang Laut "(literally, "man of the sea"), a descendant of one of a few hundred or so Malay families who lived in Singapore when Sir Stamford Raffles landed here in 1819.



He grew up in Telok Blangah where Malays, Indian and Chinese children played together.



Information Adapted from: http://mr-othmanwok.blogspot.com/
Mr. Othman's father, who was a Malay teacher, enrolled him in English-language schools, beginning in Radin Mas and then Raffles Institution. He then furthered his studies in England.
First published in The Straits Times, Jan 25, 1997
Article adapted from:http://ourstory.asia1.com.sg/independence/ref/race.html

His Career:His passion was journalism, but being inclined in politics, he became an active trade unionist. Upon joining the People's Action Party in 1954, a period when Singapore was being separated by communalists and communists, and politics was a matter of life and death; he was editor of a Malay-language newspaper, Utusan Melayu.
Upon winning a Parliamentary seat on his second try, he became the Member for Pasir Panjang in the General Election of 1963. Thereafter, he was the Minister for Social Affairs, stepping down in 1977 to become Ambassador to Indonesia for the subsequent three years.
First published in: The Straits Times, Jan 25, 1997


After the Japanese occupation, he began working for Utusan Melayu in 1946 and became an editor. His political profession began when he met Mr. Lee Kuan Yew. He was convinced of the call for multi racial viewpoints in Singapore. In due course he joined the PAP. He fielded as a PAP candidate in 1959 in the Malay-majority, UMNO - controlled ward of kampong kembangan. Some Malays accused him of being a conspirator and was a target of ill treatment. However he did not lose heart. He was the Minister of Social Affairs from October 1963 to June 1977.http://mr-othmanwok.blogspot.com/

As PAP's first candidate for UMNO stronghold Kampong Kembangan in 1959, Mr. Wok lost to the UMNO candidate but so won the hearts of the citizens that in 1963 the new PAP candidate thrashed UMNO by more than 90 percent. http://www.northeast.org.sg/spring_julaug2004/FEATURE/feature1c.html
Later Years:Following retirement from active politics in March 1981, he was Singapore's ambassador to Indonesia in addition to serving on the panel of the Singapore Tourist Promotion Board (STPB) and Sentosa Development Corporation (SDC).
Information adapted from: http://mr-othmanwok.blogspot.com
One of his duties as a board member included being a special guide for VIPs by escorting them around places in Singapore. While being with SDC, he was usually involved with Malaysia or Muslim nations in promotions in Saudi Arabia and the Middle East. As a member of the Administration and Finance Committees, he interviewed candidates applying for higher-ranking posts in the STPB. While serving with STPB, he was also a director of Overseas Investment Pte Ltd. Now, he is a director of a few private organizations, namely Lion AsiaPac Ltd, Mindsets Pte Ltd and Utasan Melayu (Singapore) Pte Ltd.Information adapted from biography book: Never In My Wildest Dreams
Call Number in Library: 324.25

The Singapore President recognized his political, economic and community contributions to the state development of Singapore, by awarding him with the Order of Nila Utama (2nd Class) in 1983.
Information adapted from: http://mr-othmanwok.blogspot.com/
He still lives life energetically nowadays and is in the midst of writing his third volume of Malayan horror stories.
Information adapted from: http://www.northeast.org.sg/spring_julaug2004/FEATURE/feature1c.html
His first volume, Malayan horror, was the bestseller in Singapore and Malaysia when it was first sold in 1991. His second book, Cerita-cerita Seram was published in 1995.
Information adapted from: http://www.northeast.org.sg/spring_julaug2004/FEATURE/feature1c.html
Done by: Gloria Tay,Heng Hui Yun and Sheryl Kiang
Class: 2 Faith


Apa Yang Tersirat

Posted: 15 Jan 2015 01:25 PM PST

Apa Yang Tersirat


Ketua Bahagian Umno Sepanggar Berdepan Tindakan Disiplin Parti

Posted: 15 Jan 2015 05:24 AM PST

Tiga sayap Umno Sabah, Wanita, Pemuda dan Puteri dan seorang Ketua Bahagian meminta pucuk pimpinan parti Umno mengenakan tindakan disiplin terhadap Ketua Umno Bahagian Sepanggar- Datuk Jumat Idris.

Jumat sejak tahun lalu, membuat kenyataan berbaur fitnah terhadap kepimpinan Umno Sabah Datuk Musa Haji Aman.

Terbaru, MP Sepanggar itu melalui facebook mendakwa, bahawa para menteri turut makan, projek yang sepatutnya untuk rakyat.

Meskipun, Jumat tidak menyebut nama, namun para pengikut dan penyokongnya menyebut nama Musa, akan tetapi, beliau tidak pernah menafikannya, meskipun komen-komen itu di tulis di wall MP Sepanggar itu.

Minggu lalu, Ketua Bahagian itu menulis kenyataan di wall beliau mencuba merlagakan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah dengan Naib Presiden Umno yang juga berasal daripada Sabah Datuk Shafie Apdal.

Semalam, dalam satu kenyataan bersama, Ketua Wanita Umno Sabah- Datuk Armani Mahiruddin, Ketua Putri Normalah Rascik bersama Naib Pemuda Sabah Shahelmy Yahya meminta pucuk pimpinan parti mengambil tindakan disiplin terhadap Jumat.

Tahun lepas Jumat bersama-sama tujuh ketua bahagian Umno telah berjumpa Perdana Menteri, di mana perjumpaan itu sepatutnya untuk memohon projek bagi kawasan masing-masing akan tetapi bertukar kepada cadangan peralihan kuasa atau kempimpinan Umno negeri,

Tujuh Ketua bahagian Umno bersama-sama Jumat itu- Datuk Wetrom Bahada Kota Marudu, Datuk Bolkiah Ismail, Kudat; Datuk John Ambrose, Penampang; Datuk Sairin Karno, Keningau, Datuk Robin Balang, Tenom, Datuk James Ratib Beluran dan Datuk Ghani Yassin, Pensingan.

Cucu Tok Selampit

Posted: 15 Jan 2015 01:21 PM PST

Cucu Tok Selampit


Bantuan Mangsa Banjir Pulau Pinang - Mana Perginya Baki RM350,000 @cmlimguaneng ?

Posted: 15 Jan 2015 05:01 AM PST


Di atas adalah keratan lidah rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu Buletin Mutiara yang memaparkan berita sumbangan Kerajaan Negeri sebanyak RM1.5 juta. Di bawah pula adalah 'screen shoot' daripada Facebook rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang yang memaparkan senarai penuh penerima sumbangan banjir sebanyak RM1.15 juta. Mana perginya perbezaan RM350,000? Adakah Buletin Mutiara tersalah lapor atau RM350,000 itu menghilang entah ke mana?

Kalau dilihat daripada pecahan derma berkenaan hanya RM200,000 daripada RM1.15 juta diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri. Kenapa hanya 17% sahaja yang diberikan kepada Kerajaan  Negeri? Lim Guan Eng tidak percayakah? RM200,000 diberikan kepada Yayasan Darul Hijrah yang kepentingannya di bawah Datuk Husam Musa. RM200,000 diberikan kepada NGO politik, Pertubuhan R Kelantan manakala RM40,000 diberikan kepada Jemaah SRK Cina. Sekolah Melayu dan Sekolah Pondok tidak ada peruntukan kah? Tidakkah ini rasis?


Senarai Cadangan 11 DUN Baru Untuk PRN Sarawak Bukti Ketelusan SPR

Posted: 15 Jan 2015 12:55 AM PST

Sebanyak 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) baru dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dalam menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak ke 11 yang dijangka tamat tempoh matangnya pada bulan Jun 2016.

SPR mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri Sarawak bermula 5 Januari sehingga 4 Februari 2015 dilaman web rasmi SPR, di sini dan ianya terbuka untuk sebarang bantahan bersyarat.

Senarai DUN baru yang dicadangkan adalah seperti berikut:

N13 Batu Kitang
N17 Stakan
N18 Serembu
N23 Triboh
N26 Gedong
N40 Kabong
N57 Tellian
N63 Selirik
N66 Murum
N70 Samalaju
N78 Long Lama

Jika diterima tanpa bantahan, jumlah keseluruhan DUN di Sarawak menjadi 82 kawasan dan turut dipamerkan ialah senarai kod baru untuk DUN selepas persempadan semula. Tidak mengira sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN atau PR, mereka seharusnya tidak perlu terlalu resah dengan persempadanan semula ini kerana ini cuma cadangan dari SPR yang boleh dibantah mengikut prosedur yang ditetapkan. Kajian persempadanan semula ini pastinya sudah mengambil kira dari sudut geografi Sarawak yang luas, yang memerlukan sesuatu kawasan yang besar dipersempadankan semula.

Walau gabaimanapun, tindakan SPR mempamerkan senarai bahagian DUN Sarawak yang baru di Pejabat SPR serta di laman web mereka, selain mengikut lunas undang-undang, ianya juga merupakan satu tindakan yang terpuji dan membuktikan SPR tidak ada apa-apa rahsia atau agenda untuk disembunyikan kepada Rakyat. Keterbukaan SPR untuk berkongsi maklumat dengan rakyat tidak boleh disangkal.

Tindakan terbaru SPR ini diharapkan dapat menutup mulut pembangkang dan membuka mata Rakyat bahawa SPR sebenarnya sangat terbuka dalam perkara yang melibatkan tabir urus pilihanraya di negara ini.






Menjawab Tuduhan Johari Abdul, Kontrak KDN Kepada MyEG Ancam Keselamatan Negara

Posted: 15 Jan 2015 12:02 AM PST


Sebenarnya CTS sudah malas untuk mengulas isu MyEG yang asalnya dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. CTS sudah membuat posting panjang lebar di sini dan di sini. Memandangkan sebentar tadi terbaca ulasan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang terkenal di kalangan bloggers sebagai Joe Bendul di The Malaysian Insiders (TMI), di sini, tergerak CTS untuk membuat jawapan balas. TMI menulis seperti berikut:
PKR hari ini membidas tindakan Putrajaya memberikan kontrak pembaharuan "PAS Lawatan Kerja Sementara (PLKS)" ‎kepada syarikat swasta MyEG dan mendakwa ia hanya akan mengancam keselamatan serta kedaulatan negara. Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR) Datuk Johari Abdul, ‎tugas MyEG secara jelas melibatkan maklumat sensitif yang menyentuh hal ehwal imigresen dan negara boleh berdepan dengan risiko kebocoran atau salah guna maklumat.
Terdapat 3 jawapan untuk menangkis pertuduhan Joe Bendul berkenaan kerahsiaan data yang kononnya menjadi ancaman kepada keselamatan dan kedaulatan negara.

1. Maklumat pekerja asing dan majikan mereka tidak diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) yang memungkinkan keselamatan negara tergugat. Lainlah kalau Joe Bendul takut nama-nama beliau dan rakan-rakan beliau terkeluar di dalam senarai tersebut.

2. Segala data dan maklumat pekerja asing dimiliki sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen dan MyEG tertakluk sepenuhnya di bawah "Personal Data Protection Act 2010" yang digubal d Parlimen untuk melindungi data pengguna daripada disalahguna oleh pihak yang tidak berkepentingan.

3. Kesemua 'database' Kerajaan selama ini diuruskan oleh pihak swasta seperti Mesiniaga Berhad dan HeiTech Padu Berhad. Apa perbezaan peranan yang dimainkan oleh kedua-dua syarikat swasta ini berbanding dengan MyEG. Apakah selama ini Joe Bendul tak sedar perkara ini?

Di United Kingdom sekalipun permohonan Visa telah diswastakan (outsource) kepada syarikat swasta walaupun pengeluaran Visa dilakukan oleh Kedutaan mereka. Apa bezanya dengan Immigresen dan MyEG di sini?

Apa Tujuan DAP Menganjurkan Forum Memperingati Tun Razak Semalam?

Posted: 14 Jan 2015 06:38 PM PST


Agak dangkal dan timbul curiga di dalam hati, kenapa selepas 29 tahun Mantan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein meninggalkan kita, baru semalam DAP beria-ia mengadakan forum untuk memperingati Allahyarham. Agak sinis juga apabila DAP menjemput seorang ahli UMNO, Tan Sri Abdullah Ahmad, bekas Setiausaha Politik Allahyarham, sebagai salah seorang panel selain daripada Teresa Kok, Nurul Izzah dan Lim Kit Siang. 

Tertarik dengan beberapa bait daripada panelis antaranya Nurul Izzah yang berkata, "Tun Razak doesnt belong to UMNO. He belongs to me, to us" dan Tan Sri Abdullah pula berkata, "I must be the only UMNO man in this room" dan "Bukan UMNO yang memperingati Tun Razak tapi DAP yang memperingati Tun Razak"

Bagi menjawab kenyataan Tan Sri Abdullah, UMNO memperingati Tun Razak dengan mengadakan majlis tahlil sekurang-kurangnya setahun sekali dan bukannya bersandiwara mengadakan forum sekali setelah berpuluh tahun. Untuk apa? Anak beliau sendiri, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, semalam menghadiri majlis tahlil arwah Tun Razak di Masjid Ar Rahah selepas Maghrib. Untuk apa DAP tiba-tiba menjadi obses kepada Allahyarham Tun Razak? Apa agenda disebaliknya?





Sukarelawan MCA Masuk Perkampungan Orang Asli Di Gua Musang Hulurkan Bantuan

Posted: 14 Jan 2015 12:57 AM PST


Bukan senang bertugas sebagai sukarelawan banjir apatah lagi kalau melibatkan kawasan pendalaman yang kurang dari kemudahan jalan raya yang sempurna, Itulah yang dialami oleh petugas-petugas atau sukarelawan MCA atau dikenali sebagai Crisis Relief Squad Of MCA (CRSM) sewaktu menghantar barang bantuan ke perkampungan orang asli di Gua Musang.

Kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang digunakan tersangkut di dalam lumpur sebanyak beberapa kali. Sukarelawan CRS terpaksa menurunkan barangan bantuan di sebuah depoh di tengah jalan. Orang-orang kampung terpaks berjalan kaki ke depoh berkenaan untuk mendapatkan barangan bantuan.




Terima Kasih Sukarelawan PLKN Atas Khidmat Ketika Pasca Banjir

Posted: 13 Jan 2015 10:43 PM PST


Apa yang diusahakan sejak Mei 2013 kini telah menampakkan hasilnya. Pada ketika itu, iM4U telah mendaftarkan lebih 240,000 orang sukarelawan  setiap tahun untuk 3 tahun bermula 2013, melalui kerjasama dengan pihak Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN). Antara bidang persefahaman termasuk pengenalan iM4U kepada pelatih dan bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan pendaftaran semua pelatih PLKN serta 730,000 ahli alumni PLKN sebagai sukarelawan iM4U. 

Malah, sebelum persefahaman ini lagi, sudah ada kira-kira 200,000 bekas pelatih PLKN yang terlibat menjalankan program-program sukarelawan dalam Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) yang ditubuhkan pada 2012. BSKN adalah sebuah badan yang dianggotai bekas pelatih PLKN bertujuan untuk menggerakkan alumni PLKN dalam menjalankan kerja-kerja kesukarelaan.

Kini kita dapat melihat peri pentingnya tugas sukarelawan-sukarelawan ini sewaktu banjir besar di Pantai Timur baru-baru ini. Sukarelawan-sukarelawan ini turun membantu membersihkan kesan pasca banjir yang begitu teruk melanda. Setakat ini, MLKN mempunya 81 kem di seluruh Malaysia yang menjalankan latihan khidmat negara berdasarkan falsafah Rukun Negara. Nampak gayanya tujuan JLKN untuk melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan diri melalui aktiviti yang menyemarakkan semangat kesukarelawanan, menampakkan hasilnya.

Kita yakin usaha murni ini akan terus menyemaikan pemikiran positif di kalangan pelatih Khidmat Negara. Semangat kesukarelawanan hendaklah dipupuk di usia muda lagi bagi melahirkan insan yang dapat menyumbang kepada Negara di masa hadapan. Kita berharap agar pelatih PLKN akan membawa semangat kesukarelawanan ini apabila mereka menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan terus berkhidmat melalui melalui badan-badan kebajikan apabila mereka keluar dari pengajian kelak. Secara tidak langsung program kesukarelawan ini dapat memupuk sifat pertanggungjawaban di kalangan belia dan bersedia berkhidmat untuk masyarakat bila-bila saja diperlukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan