BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Selasa, 2 Disember 2014 at 3:36 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


Rembau Hari Ini

Posted: 01 Dec 2014 07:16 PM PST

Rembau Hari Ini


Elak daki Gunung Datuk di musim hujan

Posted: 01 Dec 2014 01:37 AM PST




Elak daki Gunung Datuk di musim hujan
30 November 2014

REMBAU - Orang ramai diminta supaya menghentikan sementara aktiviti pendakian di Gunung Datuk dekat sini berikutan keadaan tidak selamat dan merbahaya ketika musim hujan sekarang.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif berkata aktiviti ini tidak sesuai dilakukan berikutan musim tengkujuh sekarang kerana ia boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan yang membahayakan pendaki.

"Saya nasihatkan supaya orang ramai mencari masa yang lebih sesuai iaitu sehingga cuaca betul-betul kembali pulih untuk memulakan semula aktiviti mendaki gunung tersebut.

"Di samping itu mereka perlu mengikut kesemua peraturan keselamatan yang telah ditetapkan terutamanya dari segi masa pendakian. Selain jangan pergi seorang diri atau pun berpecah dari kumpulan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata setiap pendaki perlu membawa bersama alat komunikasi agar pihak berkuasa dapat mengesan kedudukan jika mereka hilang arah, selain lampu suluh sewaktu aktiviti dijalankan pada waktu malam.

Beliau diminta mengulas dua kejadian pendaki tersesat semasa mendaki gunung itu bulan ini melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi.

Sementara itu Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Norazam Khamis berkata Jabatan Perhutanan Negeri telah diarahkan untuk mengehadkan aktiviti pendakian Gunung Datuk. – Bernama

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/elak-daki-gunung-datuk-di-musim-hujan-1.337824

Jasindaily Online

Posted: 01 Dec 2014 09:49 AM PST

Jasindaily Online


Bukan sahaja ahli di bawah, pemimpin di atas juga diuji'

Posted: 30 Nov 2014 06:05 PM PST

Ahli PAS mempunyai saluran untuk menyuarakan pandangan dan pendapat serta melahirkan kritikan selagi mana ia berada di dalam lingkungan adab dan akhlak berjamaah. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar‎ berkata bukan satu kesalahan untuk kita memberi pandangan yang berbeza dalam perkara yang dibenarkan. Namun katanya, ia perlulah dibuat dengan penuh tanggungjawab bukannya emosi dan hentam semberono. ‎ "‎Medium media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Youtube itu sepatutnya dijadikan medan untuk kita menyerang musuh bukannya menembak sesama sendiri. ‎ ‎ "‎Perbuatan memberikan gelaran, label yang buruk sesama kita juga adalah penyumbang ke arah kekeruhan dan ketegangan di dalam parti.," ucap beliau pada Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 di sini, hari ini. ‎



Tambah beliau, masing-masing mempunyai latar belakang pendidikan berbeza, sedikit sebanyak ia menjadi faktor berbezanya cara berfikir dan bertindak.‎ Namun, ia bukanlah alasan untuk terus bersengketa kerana jamaah juga ada disiplin yang perlu dipatuhi, perbezaan pandangan yang berlaku itu perlulah dirumuskan dan dibuat keputusan secara bersama. ‎ Jelasnya lagi, sebuah pelayaran yang jauh pastinya menempuh pelbagai dugaan, sesekali ombak besar membadai. "Selagi mana kita teguh dengan prinsip dan disiplin perjuangan, insya Allah selagi itu kita akan selamat untuk terus bersama dengan bahtera ini. "Krisis dalaman dan cabaran musuh luaran adalah suatu lumrah dalam proses mematangkan dan mengukuhkan lagi PAS. "Semua kita akan diuji, bukan sahaja para ahli di bawah bahkan pimpinan yang di atas juga tidak terlepas daripada ujian," ucap beliau.‎ ‎ Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mengatakan sejarah telah membuktikan adanya pemimpin PAS yang keluar parti, ada yang membentuk parti serpihan tetapi hari ini PAS terus hidup dan istiqamah pada landasan perjuangannya. "Sesungguhnya, di sebalik setiap krisis dan perpecahan yang berlaku, ia mengandungi hikmah yang tersirat untuk kita renungi bersama.

 ‎"Apabila sudah ada keputusan, ia wajib dipatuhi dan dihormati walaupun ia tidak memenuhi cita rasa hati kita, demi keharmonian dan masa depan jamaah ayuh kita segarkan kembali semangat ukhuwah saling menyayangi, menghormati dan mempercayai antara satu sama lain," sambung beliau lagi.

63 tahun PAS, istiqamah perkuatkan parti - Presiden

Posted: 30 Nov 2014 05:49 PM PST

KUALA KANGSAR: ‎Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan semua pemimpin dan ahli parti wajib beristiqamah dalam memperkuatkan parti.Berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 beliau berkata‎ dalam usia 63 tahun, setiap ahli perlu kesepakatan dalam membentuk parti.

"Walaupun ramai yang telah meninggalkan kita termasuk mereka yang berjawatan tetapi semakin ramai yang menyertai kita."Kita wajib beristiqamah dalam membawa parti kita yang telah berusia 63 tahun ini agar lebih teguh," ucap beliau.


Ahli Parlimen Marang itu turut berkata, PAS ditubuhkan dengan tujuan membawa politik mengikut ajaran Islam."Kita memilih jalan damai untuk perjuangan sebab itu demokrasi menjadi keutamaan kita.
"Namun dalam masa kita menebarkan perjuangan yang betul, muncul kumpulan yang rakus menentang Islam."Jadi untuk mendirikan negara Islam dan menentang kerakusan tersebut kita perlu mempunyai asas yang teguh dan kuat," ujar beliau.

Mengulas tema sambutan 'Istiqamah Menggalas Perjuangan' beliau menasihatkan setiap ahli agar perlu bersabar kerana kemenangan belum diperolehi sepenuhnya.Katanya, walaupun belum mencapai kejayaan tetapi perjuangan Islam akan tetap menemui kemenangan.Beliau turut melancarkan kad keahlian PAS yang baru dengan wajah baru yang mempunyai gambar ahli.
Sebelum itu, beliau tiba di tapak program kira-kira jam 9 pagi turut memeriksa‎ perbarisan Jabatan Amal Malaysia, Pemuda dan Briged Muslimat./hrkh

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan