Khamis, 12 Jun 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Duke of UMNO

Posted: 12 Jun 2014 02:58 PM PDT

Duke of UMNO


BREAKING NEWS: DATUK AZIZ MUFLIS? PRK KULIM BANDAR BHARU..???

Posted: 12 Jun 2014 12:33 AM PDT

Tu diaaaaa... Kalau sebelum ni tak jadi PRK di Kuala Terengganu, kali ni lain pulak ceritanya... Saya rasa, mungkin ada yang tengah suspen berdoa pasal benda ni...hahahahaaaa...

Mungkin PRK akan berlaku di Parlimen Kulim-Bandar Bharu. Kat Kedah weiiii..! Heh! Bukan Terengganu... Kawasan BN... bukan kawasan PAS...

Tapi jangan gelojoh... kalau boleh kita tak mau la berlaku PRK... Sebab buang masa, buang duit ja nak kena buat PRK ni...

 

Lagipun, tak sure lagi akan berlaku PRK kat Kulim-Bandar Bharu tu. Kalau Datuk Aziz Syeikh Fadzir pi settle habis kat jabatan insolvensi tu dan tak jadi bankrap... maka tak jadi la PRK kat situ...heh!

So ia bergantung la kat "poket" Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu tu... kita harap dia pi settle laaa.. 

Tapi kalau ikut jawapan dia KAT SINI... rasanya berkemungkinan besar dia akan pi settlekan kes dia tu... so tak perlu la excited sangat... heh! 

KALAU BETUL PUN ABBY CERAI, JANGAN LA GELOJOH SANGAT MACAM PAK LEBAI PAS...

Posted: 11 Jun 2014 10:19 PM PDT


Semalam sah Abby bercerai dengan Farhan. Memang kecoh la kan pasal cerita tu.. Saya ingat cerita tu kecoh di kalangan peminat industri hiburan jer.. rupanya pak-pak lebai PAS pun kecoh juga bersembang pasai cerita Abby bercerai tu..?

Sebelum ulas lanjut, saya nak ucapkan takziah la sikit pada Abby dan Farhan. Kesian jugak la kat depa dan anak-anak Abby yang masih kecik tu...ummi depa dah bercerai dengan abi depa... maka kurang la sikit kasih sayang dari seorang ayah pada anak-anak Abby tu...

Tapi mungkin penceraian tu ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu. Serah je pada Allah, kan? So tak payah la kutuk Abby pasai dia bercerai tu... jodoh pertemuan tu di tangan Allah..kan?

 


Abby dan Farhan saya yakin akan mulakan hidup baru. Bukak buku baru. Pandai-pandai la depa nak tempuh perjalanan hidup ni kan? Depa pun dah besar panjang... takkan la kita nak interfere hidup depa pulak... siapa la kita ni...

Saya tak tahu.. mungkin Abby akan kawin lagi atau tidak? Betul saya tak tahu. Tu kena tanya Abby. Tapi bagi la dia habis tempoh bertenang dulu... Edah pun tak habis lagi korang dah nak tanya? Ishhh... nak ikut juga perangai pak-pak lebai PAS tu? Heh!

Cuba la banyakkan baca Yaa Sin dan berdoa hari ni. Malam ni malam nisfu Syaaban, insyaAllah doa kita akan mustajab di sisi Allah. Asyik dok mengutuk je... politik je... tu semua duniawi.. ingat la kita semua ni menuju ke akhirat... jangan lupa bawak "bekal" tau... Wallahua'alam.

PEJUANG BANGSA

Posted: 12 Jun 2014 02:54 PM PDT

PEJUANG BANGSA


DAH LA MEDAN SELERA UZUR & KURANG SAMBUTAN , KERAJAAN DAP NAIK HARGA SEWA 100 % @dzainalabidin

Posted: 12 Jun 2014 09:00 AM PDT




Inilah nasib peniaga Melayu P.Pinang...

Nak berniaga di tepi jalan akan dirobohkan MPSP kerana berniaga secara haram ...

Kalau nak berniaga di tapak medan selera pulak berdepan sewa tinggi ...customer kurang........tempat tak selesa ...mana nak untung ??

Kalau beginilah keadaaanya dalam masa 10 tahun diperintah DAP   ... 

insyallah kita akan jumpa orang Melayu   Penang akan  berniaga di Kajang  sepertimana Wan Azizah jumpa dulu semasa kempen PRK  ..

Tahniah kepada macai2 Pakatan kerana anda berjaya bantu DAP menindas peniaga Melayu..






- Lebih 700 peniaga gerai makanan yang menyewa premis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) perlu bersedia membayar kadar sewa lebih tinggi selepas kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan kenaikan sewa baru-baru ini.

Kenaikan itu yang dijangka mencecah sehingga 100 peratus akan bermula pada September ini dan sudah pun diluluskan dalam mesyuarat MPSP baru-baru ini.

Kelulusan yang mengejutkan itu mengundang rasa tidak puas hati peniaga-peniaga yang menyewa dengan MPSP apabila majoriti mereka meluahkan rasa kecewa kepada Utusan Malaysia dan menggesa perkara tersebut dikaji semula.

Peniaga mi goreng di Medan Selera Tenggiri, Seberang Jaya dekat sini, Ali Shuiu berkata, kelulusan itu jika dilaksana kelak sudah tentu akan membebankan golongan peniaga sepertinya.

Apatah lagi, menurutnya, golongan peniaga di Medan Selera Tenggiri ketika ini juga sudah terbeban dengan masalah kekurangan pelanggan kerana terlalu banyak medan selera di kawasan sekitar dibuka.

"Kalau dahulu, terdapat 50 gerai beroperasi tetapi sekarang ini hanya tinggal 10 gerai sahaja. Masalah ini berlaku kerana kekurangan pelanggan yang datang ke sini menyebabkan pendapatan kami merosot," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ali yang berniaga di situ sejak 24 tahun lalu berkata, ketika ini, dia membayar harga sewa sebanyak RM60 sebulan bagi satu tapak selain bil elektrik dan bil air yang dibayar berasingan sebanyak RM70 sebulan manakala gaji pekerja sebanyak RM500.

"Di sebalik pelbagai bayaran yang perlu dilunaskan itu, pendapatan saya sehari pula cukup sedikit iaitu hanya kira-kira RM70 sehari.

"Jadi, bagaimana saya mampu meneruskan perniagaan sekiranya harga sewa tapak pula mahu dinaikkan pada masa depan?" katanya.

Menurutnya, kali terakhir bayaran sewa dinaikkan adalah kira-kira 10 tahun lalu.

Sementara itu, peniaga nasi campur, Syarena Mohd. Fauzi, 32, berkata, kenaikan harga sewa tapak sepatutnya turut disusuli dengan penambahbaikan kemudahan dan keselesaan di medan selera tersebut yang kini semakin kurang mendapat sambutan orang ramai.

"Antaranya kesukaran pelanggan meletakkan kenderaan kerana kekurangan petak parkir menyebabkan orang ramai tidak mahu datang ke kawasan ini.

"Selain itu, medan selera ini juga tidak ditambah baik, sebab itu saya berharap pihak berkuasa tempatan mengkaji semula keputusan berkenaan," katanya.

Ketika ini, terdapat lebih 700 gerai milik MPSP yang majoritinya disewa peniaga Melayu dengan kadar bulanan yang dikenakan antara RM60 hingga RM120 bergantung kepada keluasan tapak dan tempat membabitkan 27 kawasan dalam daerah Seberang Perai Tengah.

Walau bagaimanapun, jumlah gerai itu tidak termasuk gerai MPSP di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS) yang turut terlibat dengan kenaikan harga sewa.
Sementara itu, jurucakap MPSP ketika dihubungi tidak menafikan akan berlaku kenaikan sewa premis tersebut.

Katanya, perkara itu akan dimaklumkan Yang Dipertua MPSP, Maimumah Mohd. Sharif dalam sidang akhbar yang dijangka diadakan pada hujung bulan ini


KELEMAHAN JAIPP GAGAL BUKTIKAN MUALAF NORA TEOH BERAGAMA ISLAM

Posted: 12 Jun 2014 08:29 AM PDT




mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang memutuskan wanita yang sebelum ini didakwa seorang mualaf, Teoh Cheng Cheng sebenarnya bukan seorang Islam ketika meninggal dunia Sabtu lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Zaim Md Yadim membuat keputusan itu selepas mendapati wujud keraguan dalam keterangan dua saksi yang dipanggil dari Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) selain mendapati wanita berkenaan masih lagi mengamalkan cara hidup ajaran Buddha seperti yang dinyatakan oleh teman rapat si mati dan anak sulungnya.

Dalam penghakimannya, Zaim berkata, terdapat keraguan pada borang pendaftaran dan sijil akuan memeluk Islam yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kepada si mati pada November 1997.

"Terdapat keraguan dalam borang tersebut iaitu isu tarikh yang berbeza, ada tiga tarikh.

"Pertama, tarikh di dalam buku daftar ialah 10 November 1997, tarikh di muka surat pertama borang permohonan untuk masuk Islam ialah 6 Disember 1997 dan tarikh akuan pihak si mati menandatangani borang ialah 16 Disember 1997.

"Plaintif tidak dapat memberi alasan yang konkrit mengenai perkara ini. Mahkamah juga mendapati tarikh 10 November 1997 adalah selepas 10 hari si mati melahirkan anak sulungnya.

"Jadi agak pelik si mati yang baru bersalin hadir ke JHEAIPP untuk mendaftar masuk Islam," katanya.


 Zaim berkata, mahkamah turut mengambil kira keterangan teman rapat dan anak sulung si mati yang juga saksi ketiga dan keempat dalam kes itu.

Beliau berkata, kenyataan anak sulung si mati yang juga saksi keempat bahawa kali terakhir mereka bersembahyang mengikut ajaran Buddha adalah bulan lalu sebelum kematian Cheng Cheng.

"Saksi keempat juga menyatakan ibunya masih mengamalkan cara hidup Buddha dengan menyembah berhala dari tarikh dia didakwa memeluk Islam sehingga mati.
 
"Amalan dan kehidupan si mati itu langsung tidak mencerminkan dia sebagai seorang Islam malah ada bukti di ruang tamu dan luar rumah wanita itu terdapat berhala," katanya.
 
Berdasarkan keterangan serta bukti, beliau berkata, mahkamah memutuskan bahawa wanita terbabit bukan bergama Islam dan mayatnya akan diserahkan kembali kepada ahli keluarga untuk dikebumikan mengikut kepercayaan dan agama dianutinya.

Sebelum ini, MAINPP memohon semakan status wanita berkenaan bawah Seksyen 61 (3) (10) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang iaitu pengisytiharan bahawa seseorang yang sudah mati itu sama ada Islam atau sebaliknya.

Dalam prosiding yang dijalankan semalam, empat saksi dipanggil memberi keterangan iaitu dua saksi MAINPP iaitu wakil pendaftar mualaf dan dua saksi bagi pihak keluarga si mati iaitu teman rapat keluarga serta anak sulung si mati yang berusia 17 tahun.

Keluarga si mati diwakili peguam Wan Faridulhadi Mohd Yusoff manakala MAINPP diwakili Noor Asyimah Ramli.

MALIK WAJAR BERTANGGUNGJAWAB , BUKAN SALAHKAN PEGAWAI JAIPP

Posted: 11 Jun 2014 07:47 PM PDT




Exco Hal Ehwal Agama Islam, Dato' Abdul Malik Kassim hari ini memohon maaf bagi pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) di atas tindakan pegawainya yang  menghentikan satu majlis pengkebumian Buddha  pada 9 Jun kerana mendakwa si mati telah memeluk Islam.

Abdul Malik turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga si mati iaitu, Teoh Cheng Cheng atau nama Islamnya (Nora Teoh) yang meninggal dunia pada 7 Jun.

Menurut beliau, tindakan pegawai JAIPP menuntut mayat Teoh tidak mendapat pandangan daripada Pengarah JAIPP, Bahagian Penguatkuasa JAIPP, Jabatan Mufti dan Pegawai Agama Daerah terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut diambil,  yang mana ianya selalu dipraktikkan oleh JAIPP ketika menangani kes-kes seumpama itu sebelum ini.

"Tindakan pegawai JHEAIPP dianggap kurang sensitif tentang adat resam, agama dan perasaan ibu si mati Tan Mah Suan yang berusia  64 tahun dan keluarganya ketika mereka sedang menghadapi saat mendukacitakan.

Selaku Exco Hal Ehwal Agama, saya juga kesal kerana hanya mengetahui insiden ini melalui wartawan yang menghubungi saya pada 9 Jun pukul 5 petang," katanya di dalam satu kenyataan media.

Kata Abdul Malik, ketika dimaklumkan perkara berkenaan, beliau bersama Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) berada di Kuala Lumpur dan sedang menghadiri mesyuarat di JAKIM.

"Apa yang lebih dikesalkan, pegawai-pegawai JAIPP berkaitan yang saya hubungi mengatakan mereka tidak  mengetahui akan perkara berkenaan" jelas Abdul Malik.

Namun begitu, Abdul Malik serta barisan exco dan kerajaan negeri menghormati keputusan keluarga untuk merujuk isu berkenaan ke mahkamah dalam memutuskan status keislaman si mati. 

Si mati yang dikenali sebagai Teoh Cheng Cheng, 38, didakwa memeluk agama Islam lebih kurang 17 tahun lalu. Nama Islamnya didaftarkan sebagai Nora Teoh Abdullah.

Tindakan pegawai JAIPP yang datang ketika upacara keagamaan sebelum pengkebumian sedang berlangsung itu memeranjatkan ahli keluarga dan sanak-saudara si mati. Mereka tidak mengetahui si mati sudah memeluk Islam.

Menurut laporan The Malaysian Insider, ibu si mati, Tan Ma Suan mempersoalkan kalau betul anaknya memeluk Islam, kenapa JAIPP mengambil masa yang agak lama untuk bertindak. Teoh dilaporkan meninggal dunia selepas jatuh dari sebuah apartmen pada Sabtu.-awani- 







** Hairan seorang Exco Agama tak tahu apa2 tentang apa dilakukan pegawainya dan wartawan sendiri yang perlu beritahu beliau tentang isu ini  . MEMALUKAN !!

Selain itu , kelemahan JAIPP dibawah  Malik Kassim memang patut dikritik    dan mengapa mereka mengambil masa lama untuk menuntut mayat  walaupun rekod memeluk islam sudah ada  ??   



KERANA PENAMBAKAN PANTAI PEMAJU , NELAYAN JELUTONG AKAN DIHALAU KERAJAAN DAP !!!

Posted: 11 Jun 2014 06:04 PM PDT




- Kerajaan DAP Pulau Pinang didesak menangguhkan arahan pengosongan kawasan Balai Nelayan Jelutong dekat sini yang dikenakan terhadap kira-kira 300 nelayan dan pengusaha ikan sangkar di kawasan berkenaan.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, tindakan itu tidak wajar selagi tiada perbincangan dan keputusan menang-menang dicapai bagi melindungi periuk nasi nelayan dan pengusaha ikan sangkar di pesisir pantai berkenaan.

Menurut beliau, Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak seharusnya memberi keutamaan kepada pembangunan melalui penambakan laut oleh pihak pemaju, sebaliknya perlu mengutamakan soal penempatan dan kebajikan nelayan dan pengusaha ikan sangkar terbabit.

Perkara itu tambah beliau, adalah wajar bagi mengelak golongan tersebut dijadikan kambing hitam atau mangsa bagi pihak pemaju mengaut keuntungan daripada pembangunan di sekitar kawasan berkenaan.

"Kerajaan negeri sepatutnya lebih prihatin dalam isu ini, bukannya bertindak keterlaluan seakan-akan menyebelahi pihak pemaju apatah lagi pembangunan di kawasan tersebut adalah mengikut fasa dengan sebahagiannya masih dalam proses pembangunan.

"Untuk sampai ke lokasi nelayan terbabit juga akan mengambil masa, jadi mengapa tergesa-gesa mengeluarkan notis pengosongan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas Laporan Khas Utusan Malaysia hari ini mengenai nasib kira-kira 300 nelayan dan pengusaha ikan sangkar di pesisir pantai berhampiran Balai Nelayan Jelutong, Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu yang diarahkan mengosongkan kawasan terbabit menerusi dua notis yang diterima masing-masing pada 22 April dan 18 Mei lalu.

Apa yang mengecewakan, notis pengosongan itu diberikan tanpa kumpulan nelayan terbabit dipanggil untuk berbincang mengenai nasib dan masa depan mereka.

Kerajaan DAP Pulau Pinang juga dilihat lepas tangan berhubung kebajikan nelayan-nelayan terbabit apabila tidak menawarkan kawasan baharu untuk mereka meneruskan mata pencarian.

Dalam masa sama, Rahmad turut melahirkan kebimbangan nasib golongan nelayan dan pengusaha ikan sangkar di Jelutong itu turut berakhir sama seperti penduduk di Kampung Pokok Asam yang juga dihalau bagi memberi laluan kepada projek komersial tanpa dipertimbangkan ganti rugi dan penempatan semula yang rasional.

Sedangkan katanya, kesemua mereka bukan penceroboh malah telah bermastautin di kawasan tersebut dalam tempoh cukup lama selain merupakan anak jati negeri ini.
"Untuk itu, kita berharap kerajaan negeri dapat menangguhkan notis pengosongan tersebut supaya nasib nelayan-nelayan berkenaan yang majoritinya orang Melayu diselesaikan menerusi rundingan," katanya.

Cucu Tok Selampit

Posted: 12 Jun 2014 02:16 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Gambar Pegawai Polis Koyak Duit Rasuah Pesalah Trafik Viral Di Media Sosial - Tahniah @PDRMsia @KBAB51

Posted: 11 Jun 2014 09:05 PM PDT



Di sebalik kecaman dan tohmahan yag mereka hadapi setiap hari, anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) tetap menjalankan tugas mereka dengan amanah dan berintegriti. Tindakan seorang pegawai trafik yang mengoyak duit rasuah yang cuba disuap oleh pesalah trafik harus diberi pujian. Saman tetap saman. Semoga Allah melindungi anggota-anggota polis yang jujur dan aanah sebegini sewaktu menjalankan tugas.

Begini Penghinaan Terhadap Umat Islam, Kenapa @SKMM_MCMC Masih Tidak Bertindak? cc. @PDRMsia

Posted: 11 Jun 2014 08:15 PM PDT







Tidak cukupkah bukti untuk mendakwa individu di atas? Apakah pihak yang bertanggungjawab perlu menunggu laporan bertulis dibuatkah baru hendak diambil tindakan? Pegawai-pegawai di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sepatutnya lebih proaktif untuk mengawal selia dan mengesan individu-individu di laman sosial yang cuba membangkitkan ketegangan kaum dan Agama. Saya tidak rasa SKMM mempunyai masalah untuk mengesan individu di atas. Sampai bila Umat Islam hendak dihina sebegini dan mereka terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang disebabkan oleh penguatkuasaan yang lemah?

Walaupun Kalah #PRKTelukIntan, Ceramah @dyanasmd Berjaya Menarik Puluhan Ribu Di Kota Bharu (10 Gambar)

Posted: 11 Jun 2014 03:27 PM PDT

Kesian calon DAP PRK Teluk Intan. Walaupun beliau telah kalah di sana, pihak PR masih lagi cuba hendak menjadikan beliau sebagai ikon anak muda. Tindakan mereka membawa Dyana Sofya ke Kota Bharu, negeri Serambi Mekah untuk Ceramah Perdana nyata tidak mengundang kejayaan. Lihatlah berapa kerat sahaja penonton yang hadir untuk mendengar ceramah beliau di Stadium Kota Bharu, semalam.

Gambar ini diambil sewaktu Dyana Sofya sedang berceramah. Di belakangnya terdapat dua penceramah lain iaitu YM Mahfuz Omar dan YB Thomas Su daripada DAP. Tidak dapat dipastikan kegagalan kehadiran penonton disebabkan Ceramah Perdana dibuat pada hari bekerja, tidak cukup promosi atau Rakyat Kelantan sudah muak dengan ceramah kosong. Yang pasti Dyana Sofya gagal digunakan untuk menarik penonton dan tidak hairanlah mengapa beliau kalah di PRK Teluk Intan.










THE FLYING KICK

Posted: 12 Jun 2014 01:06 PM PDT

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 12 Jun 2014 04:40 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Lagi senarai makanan yang tidak halal?

Posted: 11 Jun 2014 08:31 PM PDT


Harap dimaklumkan.

Ini lagi satu senarai makanan yang oleh dianggap tidak halal. 

  • Burger King,
  • Manhattan Fish Market,
  • Sushi King,
  • Secret Recipe,
  • KFC pun,
  • Black Canyon,
  • Johnny`s Steamboat,
  • Big Apple Doughnut,
  • Marrybrown,
  • Subway sandwiches,
  • Kelantan Fried Chicken,
  • Soho Tomyam,
  • Restoren Seri Melayu,
  • Dome,
  • Pizza Hut,
  • Domino Pizza,
  • A&W,
  • Ayam Penyet,
  • Nasi Ayam Gemas,
  • Nasi lemak Tanglin
  • Nasi Lemak Wak Manjor, Kg Baru
  • Restoren Saba`,
  • Anjer Briyani
  • Wellys Sate
  • Village Park, Damansara Utama
  • Garden Cafe Bangi
  • Coffee Villagers
  • Ikan Bakar Putrajaya
  • Maggie Ketam
  • Nasi Beraini Mat Shah Batu Pahat
  • Medan Ikan Bakar Bagan Lalang
  • Medan Ikan Bakar Sabak Awor
  • Mee Bandung Abu Bakar Hanifah, Muar
  • Mee Bandung Patit Bulat, Muar

Haram kalau makan sorang-sorang. Ajaklah kita...

Wow! Teringat makan nasi unta dan roti paratha cheese di Mina

tunku

Posted: 12 Jun 2014 03:21 AM PDT

tunku


Dr M: Unity bill would promote meritocracy but sideline less fortunate

Posted: 12 Jun 2014 02:50 AM PDT

The introduction of the new Unity Bill would sideline some races and the less fortunate, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamed said in his blog.

Dr Mahathir was referring to the National Harmony Bill, National Unity Bill and National Unity and Integration Commission Bill, known collectively as the Unity Bill, and which is set to replace the Sedition Act.

He said that the bills would eliminate advantages given based on race, religion, ancestry, places of birth, gender or any other inabilities.

"Malaysia is a multi-racial and multi –religious country. We maintain our racial, religious and cultural identity," he said.

He added that the racial segregation and different levels of achievement of the races does not encourage oneness and harmony among the races.

Dr Mahathir said that the New Economic Policy (NEP) was created to reduce the gap in terms of economic achievement, but under the new bill the policy can no longer be applied.

"In order to implement it, discrimination in favour of certain races that are left behind is needed but with the new bill, this would no longer be possible," he wrote.

He added that meritocracy would be used instead, which was a fair system, but would leave many behind.
"Chances are the poor, those who do not get as many opportunities or good learning environment, those who cannot afford to go to private schools, do not have enough food, is unhealthy and such will not be able to fulfil the merit requirements," he said,

He added that under the merit system, the poor will stay poor and the rich would get richer.
"Eliminating discrimination based on race and religion may make us equals – as citizens, but it would maintain the inequality and injustice that exists now," he said.

Kedah hopes for another international airport in Kulim

Posted: 12 Jun 2014 12:00 AM PDT

Kedah state government is mulling to have a second international airport to be located in Kulim.
The airport is aimed to cater for the increase in flights in the northern region, said Mentri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"In the future, the space in Penang International Airport may become limited as the cargo and passengers increase.

"What we can offer the Federal Government is the spacious 600ha land for the suggested airport in Kulim with two runways" he told a press conference in Wisma Darul Aman on Thursday.

He said the new airport could boost the economic growth of the northern states especially Kedah as well as southern Thailand.

The plan however is still at the preliminary stage and more discussions needed for this project.

Mukhriz added that he had written to the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak regarding this matter.

The current airports in Kedah are the Langkawi International Airport and Sultan Abdul Halim Airport in Kepala Batas, Kedah.

Aspirasi Bangsa

Posted: 12 Jun 2014 03:00 AM PDT

Aspirasi Bangsa


Hayati malam Nisfu Syaban..

Posted: 12 Jun 2014 01:47 AM PDT

MESTI TENGOK! Nora Danish Kantoi Edit Gambar Pakai Baju Ketat

Posted: 11 Jun 2014 08:02 PM PDT

Isteri Ganas!! Abby dera mental dan fizikal

Posted: 11 Jun 2014 03:16 AM PDT

Abby sah bercerai talak satu

Posted: 10 Jun 2014 11:09 PM PDT

The Unspinners

Posted: 12 Jun 2014 12:57 AM PDT

The Unspinners


Setpol untuk baca doa nak sembelih Menteri Kabinet pula ke?

Posted: 11 Jun 2014 11:30 PM PDT


Kelihatan seseorang yang rupanya hampir macam Dato Jai, pembaca doa yang ingat dia sudah layak untuk mencatur politik UMNO sedang memeriksa kilang proses ayam.

Khabarnya akhbar Malay Mail Online sudah mula mainkan isu ada rombakan kabinet pada hari Jumaat ini.


Namun begitu neews alert Berita Harian memberitahu:

BH 11/06: Turkmenistan: PM Najib berkata beliau tidak tahu menahu mengenai sebarang rombakan Kabinet dalam masa terdekat ini. - BERNAMA

Bunyi pun macam di terengganu,


Ingat?

Harap Dato Najib tak terlibatkan Jailani Ngah ini. Dalam pertukaran di terengganu, peralihan yang tiada masaalah jadi bermasaalah sebabnya. ENtah dia ke yang pengaruhi Malay Mail untuk tulis beriikut:


PM to announce Cabinet reshuffle Friday?

By Wong Sai Wan
June 10, 2014

KUALA LUMPUR, June 10 — The imminent Cabinet reshuffle that Datuk Seri Najib Razak is to carry out may be a major one rather than just to accommodate the presidents of two Barisan Nasional component parties.

Sources said Najib was considering a major overhaul of his administrative line-up since instead of just bringing in MCA president Datuk Seri Liow Tiong Lai and his Gerakan counterpart Datuk Mah Siew Keong.

The new line-up could be announced as early as Friday and latest after Hari Raya which is expected to fall on July 28.

Najib is on an official visit to Turkmenistan and is expected home tomorrow. This week's Cabinet meeting is fixed for Friday.

"This change he is considering may even involve the three Umno vice-presidents — Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein and Datuk Seri Shafie Apdal.

"Najib knows he needs to revitalise his Cabinet and what better way than to move his ministers around," said a party official.

Traditionally, the three Umno vice-presidents are accorded senior Cabinet posts to reflect their party position.

Word has it that the Prime Minister is considering Hishammuddin for the Finance Minister's post which Najib has held since September 2008 when he was still Deputy Prime Minister under Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Hishammuddin now holds the Defence portfolio and is also acting Transport Minister — a post Najib asked him to hold on to while waiting for the MCA to decide on rejoining the Cabinet.

Home Minister Zahid could see a return to the Defence portfolio — a position that he thoroughly enjoyed and excelled prior to the 13th general election last year.

Najib is said to want to take over the Home Ministry which he has never helmed in his long political career.

Shafie is not expected to be moved from his two-term portfolio as Rural and Regional Development Minister. Party officials, however, say they would not be surprised if Shafie is moved as there are several other important ministries that affect the rural folk, for example, the Agriculture Ministry.

A couple of Umno ministers who are underperforming are expected to be dropped. Sources said one of them holds a senior party post and is expected to be asked to concentrate on administering Umno to get it ready for the next general election.

The other Umno minister is likely to be replaced by his home state menteri besar who is well-liked by Najib. The state leader has served several terms as menteri besar and is said to be well-qualified to be a minister, especially in the economic field.

Liow is widely expected to be made Transport Minister in the re-entry of MCA into the federal administration.

The question on everyone's mind is whether MCA, which used to have four ministers in the Barisan government, will get another minister although Najib has made it widely known he is only considering one minister's post for the party.

MCA No. 2 Datuk Dr Wee Ka Siong would under normal circumstances be a minister but is now expected to be made Deputy Finance Minister which is said to be the most senior post for a deputy minister.

Up until Mah's unexpected victory in Teluk Intan a few weeks ago, it was thought that Najib would relent to MCA's request for a second ministership.

Mah is likely to be offered his predecessor's old post of being the minister in charge of Pemandu and other red tape-cutting portfolios presently held by Datuk Paul Low.

Officially, Mah will be Minister in the Prime Minister's Department.

With the entry of Mah and Liow, the Barisan Cabinet will have a total of  three Chinese representatives.

Sources said Najib was likely to offer MCA three deputy ministers' posts.

Trouble, however, is brewing in the MIC with party president Datuk Seri G. Palanivel and his deputy Datuk Seri Dr S. Subramaniam at odds with each other.

It seems the truce which Najib personally brokered last year is an uneasy one whereby Palanivel was supposed to hold the presidency for only one term before Subramaniam took over.

Party sources said the supporters of the two leaders had been lobbying Najib to drop their man's opponent in the reshuffle.

While Palanivel's supporters claim that Dr Subramaniam does not have the support of party members, the latter's loyalists are questioning the president's performance as a minister.

Najib will also have to take cognizance that there is now a new man at the helm in Sarawak and may move some of Tan Sri Adenan Satem's supporters in the federal line-up.

He will also have to take into consideration the formation of Teras — a new political party — and the crossover of 11 elected representatives from various Barisan component parties in Sarawak.

Headed by Tan Sri William Mawan, Teras is a self-declared Barisan-friendly party and if allowed into the coalition, it will be the second largest party.

Najib will probably not move any of the six ministers from Sarawak but would probably look at the deputy ministers.

Sabah will also not be affected by this exercise with Umno so deeply entrenched in the state and well-represented in several senior posts.

Besides Shafie, other Sabahans who are ministers are Datuk Seri Anifah Aman (Foreign), Datuk Abdul Rahman Dahlan (Housing, Local Government and Urban Well-being), Tan Sri Joseph Kurup (PM's Department), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (Energy, Green Technology and Water) and Datuk Dr Ewon Ebin (Science, Technology and Innovation).

/ENDS

Source: Malay Mail

Jangan pulak Jailani Ngah nak letak jadi Senator dan ahli Kabinet pulak?



Memang kerja bodoh

Usaha BN untuk rakyat asyik tak kena, PR buat apa?

Posted: 11 Jun 2014 09:30 PM PDT




Setiap hubungan seks di hotel akan dipaksa sumbang pada DAP Penang

Posted: 11 Jun 2014 07:30 PM PDT


Bakal banyak lagi yang bakal di naikkan .....


Semuanya untuk ....



Ustazah segera Abby Abadi sedang dipertimbangkan untuk Unit Amal

Posted: 11 Jun 2014 05:29 PM PDT


Nampaknya layak Abby sertai Unit Amal PAS dan mulakan sayap puteri Unit Amal atau mulakan kumpulan cakar harimau Unit Amal PAS.

Jangan main-main, sampai demikian rupa suami kena cakar ...


Cuma tak tahu ini cakar berahi atau cakar silat. Pasti Komandan Mat Sabu pertimbangkan ...


Namun begitu nampaknya susah juga nak dipertimbangkan Abby.

Berani buat tapi tak berani tanggung. Cuba pulak nak berdalih-dalih terhadap suami menggunakan FB dan Twitter...


DERA BEKAS SUAMI - APA KATA ABBY MELALUI INSTAGRAM?
Assalamualaikum....... Selamat Petang! ALHAMDULLILLAH......... Syukur pd ALLAH. Berdasarkan kenyataan dr Farhan kepada media di mahkamah tadi, ini penjelasan Sy. Sy tiada saksi disini. Hanya ALLAH SWT Maha Mengetahui semua ini...... Terkejut Sy baca kenyataan2 yg dibuat ini. Sehabis baik Sy tutup 'semua' cerita yg tak perlu org luar tahu sepanjang kami bersama sbg suami isteri, walaupun berbagai andaian dibuat berdasarkan kenyataan biasa Sy sebelum ini.... hari ini Muhammad Noor Farhan Che Bakar dengan jayanya mereka2 cerita utk tutup cerita yg sebenarnya....
Baca sepenuh di McTheory SINI


Hal perkabwinan pun Abby cuba nak spin macam ianya isu politik. Tak kiralah kalau suami itu makan hasil duit bini. Apasal kahwin dengan suami jauh lebih muda?

Bodoh!!!

APMM biar saja PEMBORONG seludup diesel kepada kapal asing

Posted: 11 Jun 2014 08:38 AM PDT


KUALA LUMPUR 9 Jun - Kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi di perairan negara bukan sahaja melibatkan bot, kapal nelayan dan kapal dagang asing tetapi kapal luar pesisir pantai turut dikesan menjalankan kegiatan haram itu.

Satu sumber memberitahu, jumlah penyelewengan diesel bersubsidi oleh kapal luar pesisir lebih besar berbanding bot dan kapal nelayan kerana ia mampu membawa sehingga dua juta minyak diesel pada satu-satu masa.

Katanya, kapal itu belayar di sepanjang pantai menghubungkan bandar dan pelabuhan untuk menghantar barang kegunaan dalam negeri selain berfungsi memungut muatan dari pelabuhan kecil serta membawanya ke pelabuhan besar untuk dieksport.

"Lazimnya, jumlah penggunaan minyak diesel dalam satu-satu pelayaran tidak banyak. Mereka terlibat dalam kegiatan penyelewengan dengan memindahkan baki diesel ke dalam lori tangki apabila tiba di pelabuhan," katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut sumber itu, kapten dan anak kapal luar pesisir yang terlibat dengan kegiatan berkenaan dikatakan mendapat 'bahagian' masing-masing hasil penyelewengan diesel bersubsidi itu.

"Bayangkan, satu pemeriksaan mengejut yang dilakukan ke atas kapal luar pesisir dalam satu operasi menemukan sejumlah AS$25,000 di bawah tilam seorang tukang masak dan AS$55,000 bersama seorang anak kapal.

"Jika bergantung kepada gaji semata-mata, mustahil mereka boleh mengumpul duit sebanyak itu dalam satu-satu pelayaran," katanya.

Utusan Malaysia

Dipercayai sindiket kapal luar yang datang ambil diesel untuk seludup ke luar negara dibiayai oleh sindiket luar kebanyakkannya dari Singapura dan ianya berleluasa di perairan Johor dan juga Klang di kawasan kapal "parking".


Malangnya pihak berkuasa APMM hanya tutup mata kepada kegiatan pemborong menjual diesel subsidi ke kapal asing melebihi keperluan kapal yang berlaku di perairan laut.

AGENSI dan PERSATUAN NELAYAN "bantu" seleweng diesel

Posted: 11 Jun 2014 08:00 AM PDT


KUALA LUMPUR 8 Jun - Penglibatan pihak tidak bertanggungjawab di peringkat pengedaran yang menyalahgunakan bantuan diesel bersubsidi bagi meraih keuntungan menerusi jalan mudah menjadi penyumbang utama kepada ketirisan dan penyelewengan bahan api itu dalam sektor perikanan.


Satu sumber mendedahkan maklumat menggerunkan apabila ketirisan dikesan berlaku daripada peringkat awal pengagihan kuota bekalan diesel bersubsidi itu sehingga kepada aktiviti penyeludupan di tengah-tengah lautan.

Menurut sumber itu, pembekalan kuota diesel bersubsidi sekurang-kurangnya 50 juta liter sebulan kepada Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Persatuan Nelayan Negeri Sarawak (Penesa) dan Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan (Ko-Nelayan) yang disalurkan menerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) mengundang banyak kelemahan.

Katanya, ruang penyeleweng-an boleh berlaku dengan mudah di peringkat berkenaan kerana kelemahan pemantauan dan pe-nguatkuasaan yang longgar dalam pengedaran diesel bersubsidi.



"LKIM hanya memberi kelulusan kuota diesel tetapi tiada kawalan atau pemeriksaan secara serius termasuk ke manakah diesel itu dihantar. Ini mewujudkan peluang kepada pihak-pihak terlibat bersubahat dengan sindiket untuk membuat pesanan dan menghantarnya kepada pihak ketiga.

"Bermula pengagihan di peringkat awal, penyelewengan boleh berlaku dengan bekalan itu dijual kepada tangki simpanan bekalan dan bot nelayan yang seterusnya dijual kepada peraih kapal tangki, bot nelayan asing, kilang atau ke sempadan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Berikutan itu, kata sumber berkenaan, kuota diesel bersubsidi yang dibekalkan kepada nelayan oleh kerajaan tidak diagihkan kepada golongan benar-benar layak, sebaliknya dijual kepada pihak ketiga untuk mendapat keuntungan lebih besar.

Menurutnya lagi, di bawah sistem e-diesel dan kini menerusi penggunaan Mykad bagi nelayan mengambil diesel dan petrol bersubdisi, pemegang kad berhak membeli bahan api itu mengikut kuota bulanannya walaupun tidak turun ke laut.

"Tanpa perlu ke laut, ada pemilik bot yang membeli diesel bersubsidi dan menjualnya pada harga lebih tinggi untuk mendapat untung atas angin. Malahan ada sesetengah nelayan yang tidak mengambil minyak diesel, cuma memberikan kad dan mengambil duit," katanya lagi.

Sumber itu turut mendedahkan tindakan licik sesetengah nelayan laut dalam yang mengaut keuntungan mudah menerusi kuota diesel bersubsidi diperolehnya tanpa perlu turun ke laut untuk menangkap ikan tetapi pada masa sama mendapat hasil tangkapan.


Nelayan-nelayan berkenaan katanya, mengadakan 'kerjasama pintar' dengan nelayan asing apabila melakukan pertukaran di tengah-tengah laut antara diesel dan hasil tangkapan.

"Mereka memberikan diesel dan mengambil ikan daripada nelayan asing tersebut. Kegiatan itu bukan sahaja membolehkan mereka mendapat untung menerusi penjualan diesel bersubsidi kepada nelayan asing tetapi turut mendapat insentif 10 sen bagi setiap kilogram ikan yang didaratkan," katanya.

Tambah sumber itu, kegiatan penyelewengan nelayan laut dalam juga boleh dikesan jika mereka pulang awal tanpa alasan munasabah berbanding tempoh sepatutnya mereka berada di laut dengan jumlah kuota diesel bersubsidi diterima.

Bagaimanapun katanya, kelemahan dari segi pemantauan dan pemeriksaan menyebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu yang mendatangkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada negara berleluasa.

"Sebagai contoh, bagi nelayan laut dalam mereka sepatutnya turun ke laut untuk menangkap ikan dalam tempoh 10 hari, tetapi mereka pulang selepas lima hari dengan memberi alasan tiada tangkapan. Sebenarnya mereka menjual diesel bersubsidi di tengah laut kepada sindiket," katanya.

Utusan Malaysia


Sementara itu, NEKMAT nafi berlaku. baca Harian Metro SINI.

Semua nelayan tahu ... Semua orang utara dna pantai timor tahu hal ini.

Apa lagi nak nafi? Rakyat Malaysia tahu penjawat awam tak buat kerja atau sama terlibat dengan ambik rasuah!!!!

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 12 Jun 2014 12:56 AM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Apa Gila Kerajaan Terima Cadangan Dari NGO Pembela Penjenayah...?

Posted: 11 Jun 2014 07:00 PM PDT


Akta Hasutan 1948 [Akta no. 15] mempunyai latarbelakang sejarah dan alasan penggubalan yang signifikan di dalam usaha membina perpaduan dan keharmonian Negara. Undang-undang tersebut telah melindungi asas-asas Negara khususnya Perkara 153, Perkara 152, Perkara 181 dan Bahagian Ketiga Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan sama sekali termasuk oleh ahli-ahli Parlimen. Pada waktu akta tersebut digubal, kesemua kaum di Negara ini telah bersepakat mengenai kepentingan kewujudannya. Perkara-perkara yang dilindungi Akta tersebut juga tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.

Susulan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri pada 30 Mei 2014 berkenaan hasrat kerajaan memperkenalkan akta baharu yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 tiga deraf rang undang-undang berkaitan iaitu Rang Undang-undang Harmoni Nasional (National Harmony Bill), Rang Undang-undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan Rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional (National Unity and Integration Commission Bill) (selepas ini dirujuk sebagai RUU) telah dikemukakan dan kini sedang dikaji Pejabat Peguam Negara. klik sini

Maka cukup jelas 8 draf RUU akan menghapuskan hak Islam, kedaulatan raja-raja dan melayu...

Untuk pengetahuan semua, RUU Harmoni yang akan mengantikan Akta Hasutan itu telah di draf oleh Bar Council dan Majlis Konsultansi Perpaduan Negara, yang mana salah seorang ahli MKPN itu adalah bekas pelakon, wardina safiah, mujahid yusuf rawa, marina mahathir dan saifudin abdulah, itu semua liberal punya kaki, bar council banyak membela penjenayah, terutamanya anwar ibrahim, jadi apa gila kerajaan menerima pakai satu rang undang-undang yang di draf oleh ngo yang membela penjenayah? aku tak paham.

Lepas akta keselamatan dalam negeri (ISA) dihapuskan, kita tengok makin ramai penjenayah dan orang politik makin besar kepala, mereka seolah-olah kebal dari tindakan undang-undang, kini nak dihapuskan pulak akta hasutan.... MAMPOS

Akta keselamatan dalam negeri (ISA) dah hapus, akta hasutan akan di hapus, lepas nie, akta apa pulak yang kerajaan nak hapuskan? akta dadah merbahaya? akta senjata api?.

sekupangdua

Posted: 12 Jun 2014 12:44 AM PDT

sekupangdua


SUP BABI HIDANGAN UNTUK ORANG ISLAM @ HADZMAN HAJI JONNY #JAIS

Posted: 11 Jun 2014 08:09 PM PDT


Baru sebentar tadi teman terbaca isu yg diutarakan oleh sahabat teman di Kucing, Sarawak. Sdr Hadzman Hj Jonny melahirkan rasa yang amat terkejut bila mengetahui ada gerai yang kononnya taukehnya beristerikan Indon menjual sup kononnya 'Sup SOTO AYAM' lebih menjijikan lagi warga indon tersebut mengaku sebagai seorang penganut atau beragama Islam... (Gambar : Kaki Babi)

Kejadian ini berlaku di pusat membeli belah The Spring, Jalan Simpang Tiga, Kuching. Pada 10 /06/14 Dia bersama dua orang rakan lebih kurang jam 7:40 pm ketika menikmati makanan di WARUNG RASA INDONESIA yang terletak di Tingkat 1 The Spring Foodbazaar (Food Court) mula merasa curiga dan mengesyaki menu SOTO AYAM SEMARANG yang dihidangkan menggunakan sup kaki khinzir dan bukannya sapi (Lembu).   


Atas rasa ketidak puasan hati Beliau terus menerjah kauter dan memeriksa apa yang ada dalam periuk sup peniaga tersebut. mengejutkan kerana cukup jelas daging dan tulang didalam sup tersebut nyata bukan dari daging ayam atau lembu, bertambah mengejutkan bila dia cuba bertanya kepada seorang Amoi yg kebetulan lalu disitu dengan menunjukan gambar ketulan daging  kepada nya untuk mengetahui apakah sebenarnya daging tersebut... maka cukup jelas dia menjawab itu daging BABI... 

Kita sebelum ini dikejutkan dengan peniaga Cina yg mengusahakan Bihun Istimewa dengan menggunakan logo halal tanpa merujuk ataupun kebenaran JAKIM, kilangnya yg kotor dan jijik dilihat tidak mementingkan kebersihan. selepas itu kita juga dikejutkan bagaimana Kilang Bebola ikan yg juga dimiliki oleh taukeh cina juga begitu kotor dan tidak mengikut kehendak piawaian JAKIM diambil mudah...  

Sudah tiba masanya kita sebagai rakyat mendedahkan segala laba yg diperolehi oleh mereka terutamanya peniaga yg menggunakan pekerja indon, bangla serta myanmar menipu dengan mengaku sebagai seorang Islam sebaliknya hanya memetingkan keuntungan taukeh-taukeh mereka tanpa rasa bersalah. pihak JAKIM rasanya sudah patut ada unit TASK Force untuk terus buat siasatan apabila ada kes yang diadu atau diceritakan oleh rakyat terutamanya Umat Islam  

Posting di FB Hadman Haji Johny.."INI KAKI BABI LEH", AWAS UMAT ISLAM MAKAN DI FOODCOURT DI KUCHING

Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuhu.
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Ya ALLAH ampunilah dosa saya seandai apa yang apa saya tulis ini tidak tepat dan seandai nya tepat ia nya keizinan yang maha-Esa.

1.Kejadian ini berlaku di pusat membeli belah The Spring, Jalan Simpang Tiga, Kuching. Pada 10 /06/14 saya bersama dua orang rakan lebih kurang jam 7:40 pm ketika menikmati makanan di WARUNG RASA INDONESIA yang terletak di Tingkat 1 The Spring Foodbazaar (Food Court) saya merasa curiga dan mengesyaki menu SOTO AYAM SEMARANG yang dihidangkan menggunakan sup kaki khinzir dan bukannya sapi (Lembu).
2.Kejadian di sedari apabila salah seorang rakan saya telah ternampak "tulang yang agak meragukan" dalam periuk belanga sup restoren tersebut dan memberitahu saya. Perasaan was-was membuatkan saya terus pergi ke kaunter warung tersebut dan menggesa petugas warung berkenaan membuka periuk belanga serta mengaut isi sup itu. MASYA ALLAH, terkejut saya kerana "keping-kepingan daging" sup tersebut tidak langsung menyerupai potongan-potongan daging lembu atau ayam.
3.Lagi mengeruhkan keadaan apabila salah seorang pekerja di premis tersebut berbohong mendakwa dirinya sebagai seorang penganut agama Islam berasal daripada Indonesia. dan berkahwin dengan orang tempatan berbangsa Cina yang empunya warung tersebut. Saya dan rakan terus menyiasat latar belakang suaminya dan mendapati beliau mengusahakan sebuah non-halal restoran yang terletak di Batu Tiga. (Nama kedai tersebut saya akan dedahkan nanti).
4.Sebelum meninggalkan permis berkenaan, saya menunjukkan gambar tersebut dan bertanya apakah makanan itu kepada sorang amoi Cina yang berkebetulan lalu di sana. Dia memerhati gambar tersebut dan tanpa ragu menjawab, "INI KAKI BABI LEH!!!"
5.Aduan secara resmi telah saya laporkan semalam di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bhg Penguatkuasaan Halal, Tingkat 12 Kompleks Islam Sarawak agar tindakan dan siasatan lanjut dapat diambil untuk memastikan tiada lagi umat Islam di negeri ini tertipu demi agama, bangsa dan negara.
6. Lokasi premis tsb terletak di kawasan masyarakat majmuk pelbagai bangsa dan kepercayaan agama. Sepatutnya sbg kewajipan pengusaha premis meletakan tanda amaran "Non Halal Food" kpd pelanggan 
cerita penuh (klik) disini



Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 12 Jun 2014 12:43 AM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MALAYSIA KEDUDUKAN TERATAS INDEKS KEISLAMAN BERBANDING NEGARA OIC

Posted: 11 Jun 2014 11:00 PM PDT



Malaysia berada pada kedudukan teratas dalam Indeks Keislaman berbanding negara-negara Kerjasama Pertubuhan Islam (OIC) lain berdasarkan kajian yang dijalankan oleh dua ahli akademik dari Universiti George Washington, Amerika Syarikat.

Kajian yang mengambil kira faktor negara-negara yang berpegang teguh kepada nilai-nilai ajaran al-Quran itu meletakkan Malaysia di tangga ke-33 berbanding negara-negara OIC lain seperti Arab Saudi dan Qatar, yang masing-masing berada pada kedudukan ke-93 dan ke-111.

Tidak ada sebuah pun negara yang majoriti penduduknya beragama Islam berada pada kedudukan 50 teratas, melainkan Malaysia serta Kuwait yang berada di tangga ke-42.

Malah yang menarik perhatian tentang Indeks Keislaman itu, Israel berada di tangga ke-27, manakala Singapura di tangga ke-8.

Menurut BBC, kajian yang dijalankan oleh Pensyarah Hal Ehwal Antarabangsa dan Perniagaan Antarabangsa Universiti George Washington, Profesor Hossein Askari dan rakannya, Scheherazade S. Rehman itu mengesan bagaimana negara-negara di dunia mengaplikasikan pengajaran al-Quran dalam kehidupan bermasyarakat.

Hossein yang merupakan ahli akademik kelahiran Iran berkata, Indeks Keislaman itu meletakkan Ireland pada kedudukan pertama negara paling berpegang teguh kepada ajaran al-Quran, diikuti Denmark, Sweden dan United Kingdom.

"Kami melihat sama ada benar atau tidak negara-negara itu buat apa yang sepatutnya mereka buat. Kami turut melihat pada faktor tadbir urus, politik dan hak asasi manusia serta hubungan antarabangsa, katanya.

Hossein berkata, faktor utama negara-negara Islam mendapat kedudukan terendah dalam indeks itu adalah disebabkan tadbir urus negara-negara berkenaan yang menjadikan agama sebagai alat untuk berkuasa.

Al-Quran mengajar kemakmuran ekonomi adalah perkara yang baik untuk masyarakat, namun laporan Hossein mendapati, kemakmuran tidak menjadi perkara yang diutamakan oleh kebanyakan negara Islam.

Pada November lalu, Hossein berkata, perlu diberi penekanan bahawa kebanyakan negara yang mengaku mengamalkan ajaran Islam dan digelar sebagai negara Islam tidak melaksanakan keadilan, mengamalkan rasuah, serta mundur dan pada hakikatnya tidak sebenar-benar mengamalkan Islam.

SEWA GERAI DI PULAU PINANG NAIK 100 % ?

Posted: 11 Jun 2014 09:00 PM PDT


Lebih 700 peniaga gerai makanan yang menyewa premis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) perlu bersedia membayar kadar sewa lebih tinggi selepas kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan kenaikan sewa baru-baru ini.

Kenaikan itu yang dijangka mencecah sehingga 100 peratus akan bermula pada September ini dan sudah pun diluluskan dalam mesyuarat MPSP baru-baru ini.

Kelulusan yang mengejutkan itu mengundang rasa tidak puas hati peniaga-peniaga yang menyewa dengan MPSP apabila majoriti mereka meluahkan rasa kecewa kepada Utusan Malaysia dan menggesa perkara tersebut dikaji semula.

Peniaga mi goreng di Medan Selera Tenggiri, Seberang Jaya dekat sini, Ali Shuiu berkata, kelulusan itu jika dilaksana kelak sudah tentu akan membebankan golongan peniaga sepertinya.

Apatah lagi, menurutnya, golongan peniaga di Medan Selera Tenggiri ketika ini juga sudah terbeban dengan masalah kekurangan pelanggan kerana terlalu banyak medan selera di kawasan sekitar dibuka.

"Kalau dahulu, terdapat 50 gerai beroperasi tetapi sekarang ini hanya tinggal 10 gerai sahaja. Masalah ini berlaku kerana kekurangan pelanggan yang datang ke sini menyebabkan pendapatan kami merosot," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ali yang berniaga di situ sejak 24 tahun lalu berkata, ketika ini, dia membayar harga sewa sebanyak RM60 sebulan bagi satu tapak selain bil elektrik dan bil air yang dibayar berasingan sebanyak RM70 sebulan manakala gaji pekerja sebanyak RM500.

"Di sebalik pelbagai bayaran yang perlu dilunaskan itu, pendapatan saya sehari pula cukup sedikit iaitu hanya kira-kira RM70 sehari.

"Jadi, bagaimana saya mampu meneruskan perniagaan sekiranya harga sewa tapak pula mahu dinaikkan pada masa depan?" katanya.

Menurutnya, kali terakhir bayaran sewa dinaikkan adalah kira-kira 10 tahun lalu.

Sementara itu, peniaga nasi campur, Syarena Mohd. Fauzi, 32, berkata, kenaikan harga sewa tapak sepatutnya turut disusuli dengan penambahbaikan kemudahan dan keselesaan di medan selera tersebut yang kini semakin kurang mendapat sambutan orang ramai.

"Antaranya kesukaran pelanggan meletakkan kenderaan kerana kekurangan petak parkir menyebabkan orang ramai tidak mahu datang ke kawasan ini.

"Selain itu, medan selera ini juga tidak ditambah baik, sebab itu saya berharap pihak berkuasa tempatan mengkaji semula keputusan berkenaan," katanya.

Ketika ini, terdapat lebih 700 gerai milik MPSP yang majoritinya disewa peniaga Melayu dengan kadar bulanan yang dikenakan antara RM60 hingga RM120 bergantung kepada keluasan tapak dan tempat membabitkan 27 kawasan dalam daerah Seberang Perai Tengah.

Walau bagaimanapun, jumlah gerai itu tidak termasuk gerai MPSP di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS) yang turut terlibat dengan kenaikan harga sewa.

Sementara itu, jurucakap MPSP ketika dihubungi tidak menafikan akan berlaku kenaikan sewa premis tersebut.

Katanya, perkara itu akan dimaklumkan Yang Dipertua MPSP, Maimumah Mohd. Sharif dalam sidang akhbar yang dijangka diadakan pada hujung bulan ini.

DYANA SOFYA MENANGIS CERAMAH DI KOTA BHARU, SAKSIKANLAH SAMBUTANNYA

Posted: 11 Jun 2014 07:16 PM PDT








Dyana, kamu tak faham-faham lagikah ? Kalau kamu nak diterima presiden dan kepimpinan  PAS senang aje, kamu buat statement  baharu jilat balik ludahmu dengan kata-kata  'Saya dengan ini menerima semula hudud di depan PAS, tetapi sila maklum depan Lim Kit Siang saya akan tolak hudud! '

Walaupun  Lim Kit Siang hantar  Dyana ke KB untuk mohon maaf kepada PAS, jelas maafnya tidak diterima kecuali Dyana pakai purdah dan bersumpah menerima hudud dan penubuhan negara Islam!

Santai Pagi : Cuba Teka Kereta Apa Ni?

Posted: 11 Jun 2014 06:00 PM PDT

Gambar dari pakcik Google.


Nampak bukan kereta jenama tempatan.

Nak tahu tahap keselamatan kereta jenama tempatan boleh tengok video ini.











*Pesanan khidmat masyarakat.....BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA. Nak tau kereta jenama apa yang warna kuning, boleh tengok kat bawah ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Cerita Di Sebalik Gambar.

Posted: 11 Jun 2014 01:42 AM PDT



*Penyokong kutip duit derma tapi pemimpin pakai kereta Audi. 




PENTADBIR NEGERI JOHOR TIDAK FAHAM KONSEP RAJA BERPERLEMBGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

Posted: 10 Jun 2014 11:38 PM PDT

YAB  MENTERI BESAR JOHOR DAN KE BAWAH DYMM SULTAN JOHOR

Deraf pertama    Rang Undang undang Lembaga Perumahan dan Hartatanah Johor (LPHJ) mendapat reaksi pelbagai pihak. Ada yang berpandangan ini merupakan langkah mundur kebelakang oleh kerajaan negeri Johor dengan memberi kuasa mutlak kepada sultan.

Persoalan pertama yang harus dilihat adakah semua mereka yang terlibat mentadbir kerajaan Negeri Johor tidak faham tentang konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Pentadbir tidak fahamkah atau sengaja tidak faham dengan konsep Raja Berperlembagaan. Jika diteliti deraf pertama jelas menunjukkan kebodohan mereka memberi nasihat kepada kerajaan negeri.

Konsep Raja berperlembagaan yang dipersetujui antara Raja dan rakyat semasa mendapat kemerdekaan ialah dengan merujuk apa yang diamalkan DI UK. Persetujuan ini merupakan perjanjian antara Rakyat dan Raja. Dalam perlembagaan, kuasa raja hanya  berkaitan dengan membubarkan parlimen atau Dewan Undangan Negeri, Melantik Perdana Menteri atau Menteri besar dan memperkenan Undang Undang yang diluluskan  oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Walaubagaimana pun hak ini perlu dilaksanakan tertakluk kepada konvensyen (convention), maksudnya ia tidak mutlak ia dilaksanakan dengan nasihat Perdana Menteri atau Menteri Besar. Maksud nasihat ini secara halusnya perlu diperkenan oleh Raja. Selain dari itu Raja adalah berkuasa terhadap perkara yang berkaitan dengan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu

Jika kita rujuk kepada deraf pertama LPHJ, Kuasa Sultan melantik Ahli Lembaga LPH; Gaji Elaun ditentukan oleh Sultan; Mewujudkan syarikat perlu kelulusan sultan; Laporan Kewangan mesti diserah kepada Sultan ;  Sultan berkuasa Melantik Lembaga Penyiasat; Kuasa Sultan untuk membubarkan LPHJ. Semua ini ada lah bertentangan dengan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Pihak berkuasa negeri yang dipilih oleh rakyat menyerahkan kuasa nya kepada sultan. Apa yang difikirkan oleh pentadbir negeri ? adakah mereka menyerahkan mandat rakyat yang diberikan kepada kerajaan semasa untuk tidak menghormati kontrak kemerdekaan yang diikat antara Raja dan rakyat atau mereka jahil tentang sejarah penubuhan negara dan bagimana perlembagaan digubal dan inpirasi sebaliknya.

Melihat kembali semula perjanjian semasa merdeka, melaksanakan kuasa Raja mengikut Perlembagaan dan Konvensyen mesti diikuti walaupun tidak merupakan undang-undang. Raja dan Rakyat menerima konsep Raja Berpelembagaan sejak Malaysia merdeka seperti yang terdapat dalam laporan Suruhanjaya Reid, ianya telah menjadi suatu kontrak antara rakyat dan Raja. Hak tersirat Raja dalam perjanjian ini hanya untuk dirujuk, menasihat dan menegor kerajaan yang dipilih oleh rakyat jika terdapat perkara yang boleh menjejaskan keharmonian dan kehidupan rakyat.

Memberi kuasa yang luas kepada Sultan dalam LPHJ bermaksud memberi kuasa exsekutif kepadanya, dan dalam keadaan semasa tidak mustahil kuasa ini akan memberi ruang kepada pengaruh tidak wajar berlaku semasa LPHJ melaksanakan tanggungjawabnya.

Persoalan besar ialah kenapa selepas LPHJ menjadi isu  di dalam media, baharu kerajaan negeri hendak membuat pindaan. Walaupun dengan pindaan masih lagi terdapat ruang pengaruh tidak wajar, mereka yang tidak belajar undang undang pun boleh faham maksudnya, perlantikan ahli lembaga masih lagi oleh raja atau Menteri Besar, pembatalan perlantikan oleh raja dan Menteri Besar, elaun ditentukan oleh pihak berkuasa negeri ( kerajaan negeri lebih baik), perlantikan mendapat kelulusan raja atas nasihat Menteri Besar ( diatas nasihat Menteri Besardan diperkenan oleh raja). Adakah terdapat perbedzaan dilantik oleh Raja dan mendapat kelulusan raja. Hanya yang berbedza ayat sahaja bukan maksudnya. Maksudnya masih kuasa tersebut terletak kepada Raja.

Sekali lagi Pentadbir negeri tidak faham tentang Konsep Raja berperlembagaan dan ikatan perjanjian antara Rakyat dan Raja semasa mendapat kemerdekaan. Dicadangkan mereka yang mentadbir kerajaan negeri Johor ini perlu mengikuti kursus atau taklimat dari Pakar Undang Undang Undang samaada dari luar negara dan dalam negara supaya mereka lebih arif dan menghayati konsep Raja Berperlembagaan. Dalam negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen  Raja tidak seharusnya mempunyai kuasa eksekutif  samaada secara tersirat atau tersurat. Penglibatan dalam pentadbiran negeri boleh menjejaskan ketelusan kerajaan negeri yang dilantik oleh rakyat. Raja juga terdedah kepada tindakan undang undang  dikalangan mereka yang tidak berpuashati dengan keputusan atau tindakan yang tidak wajar yang membelakangkan hak asasi manusia yang diperuntukan dalam perlembagaan negara.


Belantan

Posted: 12 Jun 2014 12:19 AM PDT

Belantan


Laporan Polis Terhadap Teresa Kok Didakwa Seleweng RM117,230 Dana Parti!

Posted: 11 Jun 2014 05:47 AM PDT


Bekas ahli DAP, Tony Tan Chee Chong mendedahkan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok melakukan salah guna kuasa ketika mengeluarkan dana parti yang berjumlah RM117,230.

"Dia (Teresa Kok) isukan 5 cek tanpa kebenaran, biasanya dalam sesuatu jawatankuasa, jika mahu isukan sesuatu cek lebih daripada RM400 mesti dimesyuarat terlebih dahulu. Semua sudah setuju baru boleh keluarkan (wang itu).

"Tapi ini lima-lima cek, bernilai RM117,230 (tidak ikut peraturan). Ahli DAP tanya kepada Teresa Kok banyak kali (tentang hal itu). Minta butiran lengkap, (wang itu) diberi kepada siapa, tapi dia langsung tidak menjawab sampai hari ini,"katanya dilaporkan Rakyatnews selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling, semalam.



Tony Tan adalah bekas pegawai khas Teresa Kok di Parlimen Seputeh.

Dalam laporan polis itu, Tony turut membawa salah seorang lagi ahli DAP, Danny Lim (Leong) sebagai saksi salah guna cek yang dilakukan Teresa Kok itu.

"Danny Lim, dia soal sahaja Teresa Kok dalam akhbar. Dia kena saman 10 juta (oleh Teresa). Kita tidak takut, kita lantik peguam untuk bantu Danny Lim lawan dengan Teresa Kok.


"DAP selalunya menyuruh orang lain letak jawatan, hari ini Teresa Kok sudah melakukan banyak kesalahan dan mengapa Lim Kit Siang hanya berdiam diri.

"Kami cabar Lim Kit Siang untuk keadilan sila ambil tindakan… ubah Teresa Kok dahulu.. jangan ubah orang lain," kata Tony lagi.- AIDC

Suara Politik
Belantan

Kembara Politik

Posted: 11 Jun 2014 11:40 PM PDT

Kembara Politik


NGEH KOO HAM (DAP) MAHU UMAT ISLAM HALALKAN MURTAD!!!!

Posted: 11 Jun 2014 07:58 PM PDT

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP) mengeluarkan kenyataan di Parlimen semalam supaya umat islam menghormati murtad. Dengan kata lain, meminta umat islam menghalalkan murtad. isu murtad sebenarnya semakin berleluasa di Malaysia. Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) berkata, perkara itu berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama. Bagaimanapun hak mengamalkan agama yang lain itu adalah untuk mereka yang bukan islam mengamalkan agama mereka, bukan untuk membolehkan umat islam murtad. 

Kita sebagai umat islam harus berjuang menentang gejala murtad. Parti-parti politik yang menghalalkan murtad ini harus ditentang. Kepada umat islam liberal yang menyokong menghalalkan murtad, kamu harus ingat ayat-ayat Al-quran yang secara jelas menunjukkan umat islam adalah berdosa besar sekiranya murtad. Adakah kita umat islam harus membiarkan dosa besar ini berlaku kepada umat islam di Malaysia?..


Antara ayat yang menyentuh tentang murtad dalam Al-Quran:

"Adakah kamu pula hendak meminta dari Rasul kamu sebagaimana diminta dari Nabi Musa (oleh kaumnya) dahulu? Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus." (Al-Baqarah 2:108)

"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-An'aam 6:153)

"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi."(A-li'Imraan 3:85)

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)." (Al-Baqarah 2:217)
 
Selain itu Ngeh Koo Ham juga mahu pergerakan syiah dibiarkan tanpa sekatan. Agak pelik DAP sudah berani masuk campur dalam urusan islam. Ikut suka dia nak membiarkan pergerakan mengkafirkan umat islam. Itu sebabnya umat islam harus berjuang dan menolak PR. PR adalah pakatan yang berpaksikan DAP. Atau dengan kata lain semua urusan harus dinilai dari kaca mata bukan islam. Orang bukan islam akan menilai dari segi logik akal sedangkan umat islam mempunyai iman yang membatasi segala penilaian.

Rujukan:
http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140612/pa_05/Koo-Ham-mahu-umat-Islam-hormati-murtad

Panglima Perang Cyber

Posted: 11 Jun 2014 11:05 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Blogger BlogSerius Didakwa Kerana Celupar Hina YDP Agong di @Twitter - Syabas SKMM

Posted: 11 Jun 2014 10:33 PM PDT



Kalau dulu kerana mulut badan binasa kini kerana twitter atau facebook atau blog badan boleh binasa masuk penjara kerana mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan undang-undang.

Semua pihak tidak terkecuali menerima hukuman termasuk blogger pro kerajaan seperti Papagomo atau Dr Novandri.

Jika ia masih lagi dianggap tidak adil maka di manakah lagi akan ada keadilan wahai pembangkan ???



Punca sebenar pemilik Blogserius kena saman sebab hina yang dipertuan Agong Malaysia. Pemilik laman Blogserius iaitu Effi Nazrel Saharudin (1Obefiend) telah mengeluarkan kenyataan yang berunsur negatif terhadap Yang Dipertuan Agong menerusi laman Twitternya. Dalam kenyataan itu, Effi Nazrel telah mempertikaikan fungsi Yang Di Pertuan Agong dalam perlembagaan Malaysia.

Justeru, Effi Nazrel telah didakwa di Makhamah pada 9 Jun 2014 dibawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagaimanapun, tertuduh tidak mengaku bersalah dan kes akan dibicarakan semula pada 2 Julai 2014.

Terdahulu, Effi Nazrel telah melakukan kesalahan tersebut dengan mengeluarkan status menghina Agong menerusi laman twitter miliknya pada 1 Jun 2013 yang lalu.




Kenyataan Rasmi SKMM Isu Pemilik Blogserius Hina Agong



Penjelasan Suami @AbbyAbadi Farhan Punca Perceraian Mereka - @AstroAwani

Posted: 11 Jun 2014 10:19 PM PDT



ANGIN PERUBAHAN

Posted: 11 Jun 2014 10:57 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Biadap Betul Budak Ini, Polis & SKMM Kena Cekup

Posted: 11 Jun 2014 09:09 PM PDT

Apakah Orang Islam Mahu Sokong DAP Lagi, Jika Begini Kenyataan Mereka?

Posted: 11 Jun 2014 07:35 PM PDT



PenangWasabi

Posted: 11 Jun 2014 10:57 PM PDT

PenangWasabi


Cakar Harimau : Bekas Suami Dedah Gambar Dicederakan Abby Abadi?

Posted: 11 Jun 2014 10:40 AM PDT


Bekas suami Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar hari ini mendedahkan yang dia didera secara fizikal dan emosi semasa mereka bergelar suami-isteri.

Muhammad Farhan, 24, berkata, pertama kali Abby mencederakannya sekitar Januari lalu dengan membaling kunci motosikal ke wajahnya sehingga mengakibatkan kesan lebam selepas Abby mendapat tahu dia memberitahu seorang kenalan mereka sudah tidak mempunyai hubungan.

Dedah Farhan lagi, Abby sekali lagi bertindak agresif mencakar muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.

"Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini," dedahnya kepada mStar Online ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini, hari ini.

Terdahulu, Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuat Farhan pada 9 Mei lalu terhadap Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abd Manan, 37, adalah sah mengikut rukun dan syarak yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan bukti gambar kesan kecederaannya pada bahagian muka dan lengan kiri akibat dicakar oleh bekas isterinya itu kepada pihak media.

Malah dia berkenaan memberitahu telah pun membuat satu laporan di Balai Polis Ampang dekat sini pada hari sama dia dicederakan sebagai salah satu langkah keselamatan.

"Saya tidak ingin memanjangkan perkara ini dalam mahkamah tetapi sekadar membuat laporan polis untuk melindungi diri saya sekiranya apa-apa berlaku.

"Abby juga tahu saya buat laporan polis mengenai kejadian tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan, pergaduhan di antara mereka sering tercetus apabila Abby tidak mempunyai wang dan sering mendesaknya sehingga membuatkan dia tertekan dan tidak pulang ke rumah.

Jelas Farhan, dia kecewa apabila Abby tidak memberi peluang kepadanya untuk membuktikan diri untuk menjadi seorang suami bertanggungjawab dan Abby sering mengeluarkan kata-kata menguris perasaan kepadanya dan menambah tekanan dalam rumah tangga mereka.

"Setiap kali dia tidak mempunyai wang dia akan menyerang dan mendesak saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya.

"Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya tertekan," katanya.

Bagaimanapun, Muhammad Noor Farhan enggan mengulas dakwaan kejadian berlaku akibat sikap Abby yang mengawal hidupnya sepanjang hampir setahun perkahwinan mereka.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Noor Farhan berkata, dia sudah tidak mempunyai perasaan sayang terhadap bekas isterinya itu dan tidak melihat sebarang peluang untuk mereka kembali berbaik.

Malah dia lega apabila kes perceraian tersebut selesai dengan baik apabila pihak mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuatnya menerusi SMS terhadap Abby.

"Cukuplah… Saya tidak akan rujuk kembali dengan dia kerana dia telah mencederakan saya dan perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya," jelasnya.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lepas di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.

Pelakon siri Gerak Khas itu sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

Penang Wasabi..

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 11 Jun 2014 10:57 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


GAP SAHKAN JENAMA DAN PRODUK INI 100% MILIK MELAYU ! KASI SEBAR INFO INI..

Posted: 11 Jun 2014 11:03 AM PDT

DS NAJIB PRESIDEN UMNO YANG GAP KASIHI : DENGARKANLAH SUARA RESAH UMAT ISLAM .( SIDANG MEDIA NGO ISLAM )

Posted: 11 Jun 2014 04:22 AM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 11 Jun 2014 03:54 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


DJ wanita tergamak mengaku berzina semata-mata nak mainkan isteri orang

Posted: 11 Jun 2014 04:01 PM PDT

Biasa dengar panggilan hangit HOT FM? Siapa yang tak suka bila mendengar panggilan hangit yang sering ke udara menerusi radio HOT FM. Walaupun bersifat suka-suka namun panggilan hangit ini kadangkala agak kurang disenangi juga.

Contoh terkini ialah panggilan hangit HOT FM keatas isteri pemain bolasepak Terengganu, Norfarhan Mohammad yang agak kurang disenangi peminat dengan menganggapnya melampau dan kurang ajar.

Panggilan bermula apabila seorang wanita yang mengenalkan dirinya sebagai Lina mengadu kepada isteri Norfarhan (kak Su) kononnya dia telah 2 minggu dihamilkan oleh Norfarhan. Malangnya si pengadu berkata, Norfarhan enggan bertanggungjawab. Isteri Norfarhan dilihat tenang menjawab panggilan Lina sambil mempelawa Lina membuat pemeriksaan di klinik. Dalam pada itu, kak Su turut mengajak Lina berjumpa dengannya.

Sementara mereka sedang berbincang, datang pula abang Lina yang kononnya sedang marah kepada Paan sambil mengamuk sakan. Di akhir panggilan hangit tersebut, abang Lina berkata yang "Rafli" telah mengenakanya sambil mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Kak Su.

Komen peminat mengatakan isteri Norfarhan sememangnya seorang wanita yang penyabar serta mampu menghadapi tekanan. Namun mereka juga menyatakan panggilan seperti itu tidak perlu dilakukan HOT FM kerana menurut mereka bergurau perlu ada batasnya. Saksikan video tersebut dibawah.

Isu cakar dan belasah bekas suami, Abby Abadi buat penjelasan di Instagram

Posted: 11 Jun 2014 06:01 AM PDT

Abby Abadi telah menggunakan akaun Instagramnya untuk memberikan penjelasan mengenai dakwaan bekas suaminya, Farhan.

Kalau anda terlepas pandang, Farhan telah membuat laporan polis yang menyatakan Abby telah mencederakan dirinya daripada segi fizikal dan mental.
Malah Farhan turut berkongsi beberapa gambar bahagian badannya yang jelas menunjukkan kesan luka.

Menurut Farhan, laporan polis itu dilakukan sekiranya terdapat kesusahan dalam proses memohon penceraian dan sekiranya hakim memerlukan bukti.

Namun Abby Abadi menerusi akaun Instagramnya membuat penjelasan panjang lebar mengenai kontroversi ini. Tulis Abby:

Assalamualaikum……. Selamat Petang! ALHAMDULLILLAH……… Syukur pd ALLAH. Berdasarkan kenyataan dr Farhan kepada media di mahkamah tadi, ini penjelasan Sy. Sy tiada saksi disini. Hanya ALLAH SWT Maha Mengetahui semua ini……
Terkejut Sy baca kenyataan2 yg dibuat ini. Sehabis baik Sy tutup 'semua' cerita yg tak perlu org luar tahu sepanjang kami bersama sbg suami isteri, walaupun berbagai andaian dibuat berdasarkan kenyataan biasa Sy sebelum ini…. hari ini Muhammad Noor Farhan Che Bakar dengan jayanya mereka2 cerita utk tutup cerita yg sebenarnya. Anak3 Sy, bibik Sy, kawan2 terdekat Sy pun tak sangka yg Farhan cakap dia didera…..
Walhal sebelum ini kalaupun ada bergaduh situ sana sini, tp semuanya baik2 saja. Biasalah hidup rumahtangga kan? Dah tentu ada pasang surutnya…. Sy ada msg dia cakap pasal kenyataan ini, tp dia tak jawab pula… Sy berani je nk berdepan. Jumpakan lagi senang cerita. Kenapa mesti buat kenyataan yg secara tak sedar membuka aib sendiri? Yg kenyataan dia, Sy minta duit, tak bagi Sy marah.. yg tu palsu.
Amboiii! Banyaknya duit dia yer… Kata Sy baling kunci motor? Pegang kunci motor pun Sy tak pernah……. Kenapa mcm tu @cintaku_hanya_padamu yer? Setiap kali ada yg tak kena, gaduh.. bukan nk selesaikan. larikan diri… Tak balik2.
Sy ajak bincang… taknak….. alih2 utk yg terakhir kali ni keluar cerita begini? Ingat ALLAH tak ni? Sejujurnya 'cerita rekaan' ini tak terjangka dek akal Sy………Hampir 95% cerita itu di reka semata2 nk selamatkan diri dia. ALLAHUAKHBAR….
Mohon ALLAH SWT jaga dia. Tak sangka cubaan dia mengaibkan sy sejauh ni………… ALHAMDULLILLAH…. Satu saja dari Sy: Untuk Sahabat2 diluar sana, Anda buleh baca, buleh dengar je apa yg dia kata… tp percaya jangan. Sebab dia mmg dah terbiasa MENIPU.
Jangan tokok tambah cerita Sahabat… kalau taktahu lebih baik diam saja k……..Tak selesai lagi. Banyak episod lagi ni…… Tunggu tindakan seterusnya di Mahkamah nanti. Sy terima takdir ini sebagai 'ujian' utk Sy. Wat lek Wat Peace je k
abby abadi

Diharap dengan penjelasan Abby Abadi ini, kita dapat mengetahui cerita daripada kedua-dua belah pihak. Kalau dengar sebelah pihak je memang berat sebelah dan tidak adil.

Tak perlulah kita tahu pihak mana yang bercakap benar atau yang menokok nambah cerita. Yang itu biarlah Abby dan Farhan sahaja yang tahu. Kepada Abby dan Farhan, tabahlah menghadapi dugaan ini.

Beautiful Nara

Pengakuan bekas suami Abby Abadi tak tahan dibelasah dan dicakar

Posted: 11 Jun 2014 05:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 JUN 2014: Hakim Mahkamah Syariah Rendah Gombak Timur Shaiful Azli Jamaluddin memutuskan kes penceraian Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah adalah sah menerusi SMS yang dihantar oleh Muhammad Nor Farhan Che Bakar pada 9 Mei lalu.

Namun, Murai yang mendapatkan komen dari bekas suaminya mendapati terdapat faktor lain yang menjadi punca berlakunya penceraian.

Farhan dikatakan telah dicederakan secara fizikal di bahagian muka, tangan dan lengan.

"Saya telah dicakar, Abby kata saya tidak membawa kepentingan padanya serta tidak membawa apa-apa faedah untuk meneruskan hubungan suami isteri," katanya kepada media selepas perbicaraan kes penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Menurutnya, Abby sering meminta wang dan dia akan dimarahi sekiranya tidak diberikan jumlah yang dikehendakinya.

"Saya sudah buat laporan polis untuk dijadikan sebagai bukti sekiranya hakim memerlukannya tetapi kes penceraian diselesaikan secara baik dan dipersetujui kedua-dua pihak." katanya.

Mengenai kontroversi Farhan yang dikatakan sering keluar malam dan berkaroke, dia menjelaskan ianya tidak tepat seperti mana digembar-gemburkan.

Farhan dengan tegas mengatakan dia sudah tawar hati dan tidak mungkin kembali semula bersama Abby.

Mujur pakai seluar dalam...

Posted: 11 Jun 2014 01:15 AM PDT

Selepas salah seorang pelakon dari Perancis 'memperkenalkan' dirinya dengan caranya pelik, muncul lagi seorang bintang yang hampir sama kaedah untuk mempopularkan diri masing-masing.

Ayem Nour, tiba-tiba menjadi sebutan dalam kalangan media setelah pakaian yang dipakainya terselak hingga menampakkan seluar dalamnya yang jarang ketika turun dari kereta di Festival Filem Cannes.
Si jelita berambut hitam ini popular melalui rancangan realiti di Perancis, muncul dalam beberapa rancangan TV seperti Secret Story 5 dan Hollywood Girls.

Namun begitu, tindakan beliau mengangkat kaki agak tinggi nampaknya lebih mempopularkan namanya di sini.

(Video) Padah lakukan seks bertiga dalam kereta

Posted: 10 Jun 2014 10:01 PM PDT

Khamis lalu, dua orang wanita dan seorang lelaki di Wenzhou dilaporkan telah mengalami kemalangan ngeri apabila kereta yang mereka naik terjunam di dalam gaung.

Shanghaiist melaporkan kejadian tersebut berlaku ketika ketiga-tiga individu ini sedang melakukan seks 'threesome' di dalam kereta tersebut. Kejadian malang itu terjadi apabila kereta yang diparkir ditepi bukit telah meluncur turun setelah brek tangannya terlepas akibat ditarik oleh salah seorang daripada mereka.

Kereta tersebut turut melanggar sebatang pokok hingga menyebabkan kereta itu remuk teruk.

Dua dozen anggota bomba dikerah ke tempat kejadian dan mereka telah menemui kereta yang hampir hancur dengan tiga orang yang sedang berbogel berlumuran darah di dalamnya.

Salah seorang dari wanita itu patah kedua-dua kakinya akibat tersepit hingga menyebabkan bomba terpaksa memotong bahagian kereta itu. Individu lelaki itu tidak mengalami kecederaan yang serius dan siasatan masih lagi berjalan.

(Foto) Nora Danish sunting foto susuk payudaranya elak kontroversi?

Posted: 10 Jun 2014 09:15 PM PDT

Sekeping foto yang dicilok dari akaun Instagram Nora Danish telah dimuatnaik oleh blogger hiburan terkenal Rotikaya ke laman Facebook mereka.

Foto berkenaan memperlihatkan Nora Danish sedang berpelukan dengan anak saudara lelakinya. Apa yang menarik perhatian peminat-peminat adalah baju ketat yang dipakai Nora jelas hingga menampakkan susuk payudaranya.

Ketika ditinjau ke akaun rasmi Instagram beliau, foto yang sama telah pun disunting di bahagian payudara.
Ada peminat yang timbulkan persoalan apa perlunya memuat naik semula foto yang agak kontroversi walaupun telah disunting.

Kami rasa, mungkin gambar tersebut memiliki sentimental value untuk Nora, maklumlah mengambil gambar dengan anak saudara...


Kontroversi 'hot' Fida Ibrahim sekali lagi?

Posted: 10 Jun 2014 07:01 PM PDT

POPULAR dengan lagu Apo Kono Eh Jang, Rafidah Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Fida dihimpit cerita buruk lagi. Kali ini ada isu mengatakan dia seorang yang suka berhutang dan liat untuk melangsaikan hutang terbabit. Benarkah begitu? Aduh, satu kisah yang memang memalukan, jika benar berlaku. Nampaknya Fida memang hadir ke dunia seni dengan kisah-kisah negatif sahaja, jika diperhatian semenjak setahun dua ini.

Bagai diramal, empunya diri menafikan sekeras-kerasnya cerita terkini yang dipautkan dengan dirinya itu. Pun Fida mengaku, dia juga tidak terlepas daripada masalah hutang dan kadang-kala ada juga meminjam jika menghadapi kesulitan dalam kewangannya, sama seperti orang lain.

"Nak katakan saya tidak pernah berhutang tu tidaklah, semua orang berhutang. Beli kereta, beli rumah atau beli apa jua jenis aset yang mahal-mahal semuanya secara kredit atau bahasa pasarnya berhutang.

"Apabila merujuk hutang antara saya dengan individu lain, ya memang ada. Tetapi sehingga sekarang, Alhamdulillah tiada masalah kelewatan membayar balik hutang tersebut. Kalau saya tak mampu nak bayar sekaligus, saya sedaya upaya akan membayar sedikit demi sedikit. Akan tetapi, jika mengatakan saya langsung tidak bayar hutang, saya rasa itu tuduhan yang tidak benar," jelasnya menjawab isu terbabit .

Bagaimanapun, tambah Fida, jika benar dia ada berhutang dengan sesiapa dan tidak pernah berbayar, harap individu tersebut dapat menghubunginya segera.

"Seingat saya, semua hutang-hutang saya dijelaskan mengikut jadual. Jika ada yang tertangguh pun, tidak mengambil masa yang lama. Pun begitu, saya sebagai seorang manusia biasa mungkin terlupa sekiranya ada hutang yang terlepas pandang," katanya penuh hemah.

Godaan VIP

Pada masa yang sama, Fida menjelaskan dalam kesibukan menjayakan beberapa projek korporat yang memerlukannya berhubungan secara terus dengan pihak atasan, dia pernah diganggu dan digoda oleh golongan kenamaan (VIP). Justeru, dia amat berhati-hati apabila berhadapan dengan situasi tersebut dan cuba mengendalikannya secara bijak dan berhemah.

"Saya faham dan sedar lambat laun akan terjebak dalam situasi seperti ini. Sejak awal pembabitan dalam bidang seni, saya sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapinya.

"Jika diminta bukan-bukan oleh VIP berkenaan, saya akan jelaskan dengan baik. Saya tidak mahu kecilkan hati mana-mana pihak. Tetapi jika sudah melampaui batas, saya terus putuskan hubungan atau sebarang bentuk komunikasi dengannya. Ia bukan satu tugas mudah dan artis kena bijak buat keputusan apabila digoda VIP," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Jason Lo Selar Pihak Tuduh Beliau Anti Islam

Posted: 10 Jun 2014 06:45 PM PDT

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif TuneTalk, Jason Lo menyelar pihak yang menuduhnya anti Islam selepas mencadangkan supaya status agama dikeluarkan daripada Mykad.

Mengakui beliau juga beragama Islam, Lo berkata beliau membuat kenyataan seumpama itu kerana status agama dalam MyKad menyebabkan berlakunya polarisasi di kalangan rakyat Malasia.

Kenyataannya itu merujuk kepada perkahwinan Hindu yang diserbu pihak berkuasa agama Islam baru-baru ini.

"Sudah tiba masanya untuk #removeislamfromIC. Siapa setuju?" tulis Lo di Twitter pada Ahad.

Cadangannya itu menerima pelbagai maklum balas termasuk yang mempersoalkan niat sebenar beliau.

"Saya tertanya-tanya siapa sebenarnya di belakang anda kerana secara berterusan mengeluarkan kenyataan anti Islam? Anda tidak peribadi, anda membenci orang Islam," kata seorang pengguna Twitter @irwanminhat.

Lo bagaimanapaun menjawab kenyataan itu dengan berkata: "Wahai @irwanminhat, kenyataan anda lebih bersifat perkauman dan naif serta menunjukkan rasa tidak selamat. Adakah anda tahu mengapa? Saya seorang Muslim. Terkejut?"

Ditanya mengapa beliau mencadangkan pengguguran status agama di MyKad, Lo berkata: "Kerana agama sepatutnya menjadi pilihan. Sebuah perkahwinan Hindu diserbu kerana perkara ini."

Lo malah mempertahankan kenyataannya dan menyatakan kepada pengikutnya di Twitter bahawa beliau tidak memerlukan pihak berkuasa untuk memberitahunya mengenai hubungan beliau dengan tuhan.

Cadangan Lo bagaimanapun turut menerima sokongan apabila ada diantaranya yang bersetuju supaya semua bentuk status agama dan bangsa perlu digugurkan daripada kad pengenalan diri.

Usul hudud S'gor mungkin diterima untuk bahas - Speaker

Posted: 10 Jun 2014 06:31 PM PDT

Speaker Selangor Hannah Yeoh masih mempertimbangkan usul anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang bagi meihat kebarangkalian melaksanakan hudud di negeri itu.

Beliau menegaskan keputusan akhir masih belum dibuat.

"Saya masih mempertimbangkan tetapi mungkin tidak menolaknya kerana ia hanya untuk mendesak kerajaan negeri mengkaji kemungkinan hudud di Selangor," katanya dalam SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Yeoh berkata, menurut Arahan Tetap 27(5), speaker diberikan kuasa untuk menolak atau membenarkan mana-mana usul.

Anggota DUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik dilaporkan sebagai memberitahu usul itu diserahkan minggu lalu.

Umno mahu hudud di S'gor, DAP terus bantah

Posted: 10 Jun 2014 06:16 PM PDT

Selepas Kelantan, isu hudud sekarang melanda sebuah lagi negeri Pakatan Rakyat, Selangor, yang dipimpin PKR.

Gobind Singh, timbalan pengerusi DAP Selangor, seperti bapanya mendiang Karpal Singh, bagaimanapun berikrar tidak akan membiarkannya menjadi kenyataan.

Usaha itu kali ini tidak dicetuskan oleh PAS tetapi anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno sendiri dengan mengusulkan kebarangkalian melaksanakan undang-undang Islam itu.

Dalam kenyataan hari ini, Gobind berkata, DAP Selangor akan menentang mana-mana usaha memperkenalkan hudud di negeri itu.

"Kami dalam DAP sudah banyak kali berkata, kami berpandangan bahawa sebarang undang-undang untuk melaksanakan hudud bertentangan dengan perlembagaan.

Daripada salinan usul itu, ia dicadangkan bawah peraturan 26 Peraturan Tetap DUN untuk dikemukakan pada persidangan pada masa depan.

Usul yang dikemukanan oleh ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik itu berbunyi:

"Bahawa dewan yang mulia ini menggesa agar kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama persekutuan."

Umat Islam wajib sokong hudud, kata Gerakan

Posted: 10 Jun 2014 06:01 PM PDT

Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng berpendapat rakyat beragama Islam wajib menyokong usaha PAS dan Umno melaksanakan hukum hudud.

Bagaimanapun, katanya, parti itu tidak menyokong undang-undang yang bertentangan dengan Perlem‎bagaan Persekutuan.

Liang berkata, ‎PAS dan Umno perlu menyelesaikan isu teknikal hudud yang mencetuskan krisis Perlembagaan sebelum meneruskan hasrat mereka.

"Kami bukan anti Islam tetapi harus dikaji secara teknikal sama ada dua Rang Undang-Undang (RUU) jenayah‎ dibenarkan di bawah satu perlembagaan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menggesa MCA dan Gerakan menangguhkan rombakan Kabinet sehingga isu hudud selesai.

Ahli Parlimen Singgam Renggam itu berkata, kemungkinan ada konspirasi daripada DAP dan PAS menghalang MCA-Gerakan menyertai Kabinet dengan mengenakan tekanan berkaitan isu hudud.

Katanya, jika DAP ikhlas membantah hudud, mereka sepatutnya memutuskan perkara itu dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.

"Kalau betul-betul DAP ikhlas dengan hudud, mereka sepatutnya putuskan hubungan dengan PAS dalam Pakatan Rakyat dan bukannya bergaduh dengan MCA-Gerakan," katanya.

Katanya, sikap DAP berdepan isu hudud terbukti semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan bulan lalu apabila menyatakan pendirian tidak menentang hudud di hadapan pengundi Melayu, namun bersikap sebaliknya apabila berhadapan pengundi Cina.

"Kit Siang berkata DAP tidak takut dengan PAS.

"Saya lihat DAP sangat takut dengan PAS, siapa yang kata hendak laksanakan hudud dan bentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen," soalnya.

‎Sementara itu, ditanya mengenai Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Kiong yang akan dilantik dalam Kabinet Jumaat ini, Liang bagaimanapun enggan mengesahkannya.

"Terpulang kepada perdana menteri, tetapi kita akan sokong pelantikan Mah sebagai menteri ‎kabinet seperti yang dijanjikan," katanya. – 10 Jun, 2014.

TMI

Hubungan sulit dengan adik ipar bawa ke hotel undang padah

Posted: 10 Jun 2014 05:01 PM PDT

Gambar hiasan
Hubungan sulit seorang lelaki bersama adik kepada isterinya bertukar tragedi apabila mayat wanita itu ditemui dalam keadaan berbogel dengan kesan lebam di leher di sebuah bilik hotel bajet.

Sumber berkata, mayat wanita yang bekerja sebagai juruwang di sebuah spa itu ditemui oleh kakaknya dan kakitangan hotel pada kira-kira pukul 5 petang Selasa selepas suaminya menghubunginya dan didakwa mahu membunuhnya.

Lelaki yang berusia 27 tahun itu bekerja di sebuah pub di Kuala Lumpur turut didakwa memberitahu isterinya bahawa dia mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Polis kini sedang memburu lelaki berkenaan.

Difahamkan bahawa lelaki dan wanita itu telah mendaftar masuk ke sebuah hotel bajet di Kelana Jaya pada kira-kira pukul 4 petang Isnin dan lelaki itu keluar dari hotel itu seorang diri pada keesokan harinya sebelum menghubungi isterinya.

Timbalan Ketua Polis Polis Petaling Jaya, Supt Fadil Marsus berkata, wanita itu mengalami kesan lebam di lehernya dan punca kematian mungkin akibat dicekik.

"Tiada tanda-tanda lain dikesan pada badannya.

"Tiada penemuan kondom atau dadah di bilik hotel," katanya di tempat kejadian.

Dipercayai bahawa kematian itu mungkin disebabkan sesuatu yang berlaku ketika melakukan hubungan seks.

Fadil berkata, polis sedang menunggu laporan bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian.

Beliau berkata, wanita itu didapati meninggal dunia pada kira-kira pukul 12.30 pagi Selasa.

Polis turut membuat pemeriksaan terhadap rakaman litar tertutup (CCTV) di hotel tersebut.

PEJUANG BANGSA

Posted: 11 Jun 2014 02:49 PM PDT

PEJUANG BANGSA


GANAS ! SUAMI OSTAZAH ABBY DEDAHKAN SEBAB CERAI KERANA DIDERA ISTERI

Posted: 11 Jun 2014 01:08 AM PDT



Alamak... itu reaksi seorang rakan wartawan dengar cerita dari suami artis Abby Abadi yang mendakwa didera secara fizikal dan emosi semasa mereka bergelar suami-isteri.
Mstar melaporkan Muhammad Farhan, 24, memberitahu, Abby pertama kali mencederakannya sekitar Januari lalu dengan membaling kunci motosikal  ke wajahnya sehingga mengakibatkan kesan lebam selepas Abby mendapat tahu dia memberitahu seorang kenalan mereka sudah tidak mempunyai hubungan.
Dedah Farhan lagi, Abby sekali lagi bertindak agresif mencakar muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu (gambar) selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.
"Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini," dedahnya ketika ditemui di  perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu.
Terdahulu, Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuat Farhan pada 9 Mei lalu terhadap Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abd Manan, 37, adalah sah mengikut rukun dan syarak yang ditetapkan.


Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan bukti gambar kesan kecederaannya pada bahagian muka dan lengan kiri akibat dicakar oleh bekas isterinya itu kepada pihak media.
Malah dia berkenaan memberitahu telah pun membuat satu laporan di Balai Polis Ampang pada hari sama dia dicederakan sebagai salah satu langkah keselamatan.
"Saya tidak ingin memanjangkan perkara ini dalam mahkamah tetapi sekadar membuat laporan polis untuk melindungi diri saya sekiranya apa-apa berlaku.
"Abby juga tahu saya buat laporan polis mengenai kejadian tersebut," ujarnya.
Sementara itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan, pergaduhan di antara mereka sering tercetus apabila Abby tidak mempunyai wang dan sering mendesaknya sehingga membuatkan dia tertekan dan tidak pulang ke rumah.
Jelas Farhan, dia kecewa apabila Abby tidak memberi peluang kepadanya untuk membuktikan diri untuk menjadi seorang suami bertanggungjawab dan Abby sering mengeluarkan kata-kata menguris perasaan kepadanya dan menambah tekanan dalam rumah tangga mereka.
"Setiap kali dia tidak mempunyai wang dia akan menyerang dan mendesak saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya.
"Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya tertekan," katanya.
agaimanapun, Muhammad Noor Farhan enggan mengulas dakwaan kejadian berlaku akibat sikap Abby yang mengawal hidupnya sepanjang hampir setahun perkahwinan mereka.
Dalam perkembangan sama, Muhammad Noor Farhan berkata, dia sudah tidak mempunyai perasaan sayang terhadap bekas isterinya itu dan tidak melihat sebarang peluang untuk mereka kembali berbaik.
Malah  dia lega apabila kes perceraian tersebut selesai dengan baik apabila pihak mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuatnya menerusi SMS terhadap Abby.
"Cukuplah... Saya tidak akan rujuk kembali dengan dia kerana dia telah mencederakan saya dan perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya," jelasnya.
Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lepas di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.

Pelakon siri Gerak Khas itu sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.-11/6/2014 -AGENDA DAILY-

BILA ANWAR PUN BALUN JAIPP & JAIS , IBARAT ANUGERAH LESEN KELAS A UNTUK DAP

Posted: 10 Jun 2014 11:14 PM PDT




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur sikap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) yang tidak sensitif dengan agama dan kepercayaan penganut bukan Islam sehingga mengganggu upacara mereka.

Anwar berkata, tindakan dua jabatan agama terbabit dilihat bukan lagi melibatkan penetapan hukum mengikut undang-undang tetapi soal keangkuhan kuasa.

"Jangan menghina sesuatu agama atau kaum.

"Kalau kita tidak tegur sekarang tindakan sama akan berlanjutan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. – 10 Jun, 2014.
-



*** Bila Anwar pun hentam JAIS dan JAIPP .. ibarat lesen besar kepada DAP untuk hentam institusi Islam.  Orang Islam sendiri pun hentam jabatan agama mereka pertahan agama memang cukup MALANG &  MAMALUKAN !!

TUDIA ! PEMILIK CAR WASH SEBERANG JAYA DIARAH TUTUP RUPANYA PENYOKONG TEGAR ANWAR !!

Posted: 10 Jun 2014 07:00 PM PDT


HABIS MADU SEPAH DIBUANG ... begitu lah nasib Viganeswaran  yang berdepan perniagaan   car wash Jalan Tenggiri, seberang jaya akan dirobohkan  .

Walaupun menjadi penyokong & pengundi tegar Anwar & PKR hingga DUN berjaya dimenangi mereka di PRU13 lalu , ia tidak membantu beliau dan rakan-rakanya . Gambar di atas menunjukkan bukti beliau merupakan peminat No 1 Anwar Ibrahim a.k.s  Sivaji ...

Ketika demo bantahan ini , beliau menyatakan :


1) tidak berpuas hati terhadap JKKK Seberang jaya yang mengacau perniagaan kerana beliau adalah kaum india;

2) Mendakwa Kerajaan Negeri tidak melayan beliau Dan hanya Timbalan ketua Menteri 2 menghantar Surat balasan bahawa beliau boleh meneruskan perniagaan di tapak tersebut.

3) Beliau mempunyai pelbagai masalah daripada MPSP sehingga berhentikan perniagaan Dan kini beliau membaiki tempat Dengan Kos RM14,000 Bagi menjalankan perniagaan;

4) tidak berpuas hati JKKK yang Mendakwa Mereka bahawa ditapak perniagaan tersebut mereka melakukan jenayah;

5) beliau sudah membawa masalah Ini kepada Ahli Parlimen Pmtng Pauh Dan ADUN Seberang jaya tetapi tiada Sebarang tindakan diambil oleh mereka sehingga kini;

6) beliau seorang OKU yang hanya mengharapkan pendapatan perniagaan carwash sahaja tetapi Kerajaan Negeri mengacau periuk nasi beliau;

7) beliau Mampu membayar sewa kepada Mereka Untuk meneruskan perniagaan mereka;

8) Menyatakan selama 8 tahun beliau menjalankan perniagaan Ini tanpa Sebarang masalah semasa pengerusi Dewan Ahli UMNO Dan masalah Ini timbul kerana Ahli2 PKR mengambil Ahli Dewan Orang ramai Sri Tenggiri;

9) Menyatakan Beliau tidak berpuas hati terhadap JKKK dan Dr.Afif bin Bahardin - ADUN Seberang Jaya yang tidak memberi peluang kepada beliau Untuk meneruskan perniagaan;

10) Minta Kerajaan Negeri Bantu beliau Bagi meneruskan perniagaannya Dengan baik tanpa Sebarang pengacauan


Selain itu , menurut sumber   Perniagaan Carwash PP yang berada di Jalan Tenggiri telah mulakan perniagaan sejak 8 tahun semasa Datuk Arif shah menjadi ADUN Seberang jaya & tidak diganggu  pun peniagaan mereka .

Kesimpulannya , memilih Adun PKR yang  baru yang muda & tiada pengalaman walaupun bergelar Exco  tidak membantu sebaliknya peniagaan sendiri lingkup .

PKR  tidak pernah melakukan apa-apa penambahbaikan kemudahan rakyat terutama dalam peniagaan sebaliknya hanya berjanji dan terus berjanji ketika kempen PRU.





Duke of UMNO

Posted: 11 Jun 2014 02:47 PM PDT

Duke of UMNO


PRK KUALA TERENGGANU TAK JADI... HARAP JANGAN KECEWA...

Posted: 10 Jun 2014 11:39 PM PDT


Saya harap tidak ada yang kecewa. Maklum laaa... selalunya kalau ada je PRK, ramai yang seronok dengan "mata yang bersinar-sinar"... heheheeee....kan?

Raja Kamarul Bahrin dah sahkan... dia nafikan khabar angin tu.. Dia tak muflis punnn...heh!

Tak caya cuba tengok pengesahan kat sini...heh! Jangan kecewaaa.... 

waadat

Posted: 11 Jun 2014 02:36 PM PDT

waadat


Apa beza PT3 dlm PBS dgn SRP PMR?

Posted: 10 Jun 2014 05:32 PM PDT

Minggu lepas Demang hadir taklimat Penilaian Tingkatan Tiga atau PT3 yang diperkenal Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menggantikan PMR.

Demang hadir atas tiket Badan Muafakat sekolah anak Demang.

Apa yang Demang faham, mula-mula kita kena bezakan antara SRP/LCE,  PMR, dan PBS. Sebenarnya ia dah digambar melalui namanya. Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berasaskan SIJIL berkonsep peperiksaan untuk mengred pelajar. Kalau tak silap kita mewarisi sistem itu daripada Inggeris.

Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula suatu PENILAIAN tetapi berpusat. Ia dilaksanakan selepas kita mula sedar bahawa para pelajar tak sepatutnya terlalu awal digredkan yang akhirnya berlaku 'budaya peperiksaan' yang cenderung menguji intelektual semata-mata.

Manakala Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) ialah PENILAIAN tetapi berdasarkan penguasaan individu terhadap kemahiran-kemahiran yang ditentukan. Ia dibuat oleh pihak sekolah merangkumi semua aspek yang diperlukan manusia iaitu intelektual, emosi, rohani dan jasmani.

Nampak macam sama tapi konsepnya berbeza. Ada proses-proses yang perlu dilalui.

Bagi Demang semua pihak perlu faham konsep PBS. Jika tidak, PBS akan jadi sama seperti PMR yang akhirnya tiada bezanya dengan SRP apabila pihak sekolah mengambil jalan pintas bagi menjaga nama sekolah dari segi akademik sahaja.

Demang lihat PMR telah gagal menjadi alat penilaian yang berkesan apabila guru-guru mula mengumpulkan soalan-soalan ramalan dan seminar-bengkel diadakan bagi melatih pelajar teknik menjawab soalan peperiksaan.

Lebih teruk lagi apabila pelajar diasak siang malam dengan teknik latih tubi dan akhirnya menjadi burung kakaktua yg hanya tahu mencetak semula jawapan yang telah dihafal.

Aspek intelektual dianggap raja segala kejayaan manakala aspek-aspek rohani, jasmani dan emosi dianggap tidak penting padahal ia adalah teras dalam falsafah pendidikan negara.

Akhirnya apabila terhasil penjenayah pintar barulah kita sedar kesilapan besar kita dalam memberi pendidikan semasa di sekolah lagi. Kita ada beberapa pengalaman ngeri termasuklah kes pelajar cemerlang SPM menjual maruah di luar negara!

Apabila semua pihak sudah faham konsep PBS maka kita takkan bimbang lagi dengan PT3. Hal ini kerana keputusan  PT3 akan terhasil sendiri apabila PBS dilaksana dengan ikhlas dan amanah.

Jangan terlalu fikirkan peperiksaan!

Bagi memastikan PBS dilaksanakan sedemikian maka beberapa instrumen telah disediakan oleh pihak berkenaan.

Peranan semua pihak amat penting bagi menjayakan PBS. Paling ditakuti ialah jika ada ahli politik yang mengambil kesempatan. Mereka menggunakan PBS bagi menimbulkan polemik baru dan menguwar-uwarkan isu agar rakyat melihat kerajaan melakukan kesilapan besar kerana melaksanakan PBS.

Akhirnya kerajaan yang bimbang terjejas dalam PRU mengambil keputusan kembali pada sistem kuno kita dan usaha pakar-pakar pendidikan membuat kajian selama berpuluh tahun musnah begitu sahaja.

Lebih malang lagi apabila kalangan guru dan pensyarah IPG turut memperlekeh sistem yang diamanahkan pada mereka untuk dilaksanakan hanya kerana anutan fahaman politik.