Jasindaily Online Posted: 26 Mar 2014 09:19 AM PDT Kerajaan Pusat membazir lagi, belanja RM365 juta promosi GST Posted: 25 Mar 2014 09:22 PM PDT Kerajaan sudah membelanjakan RM365 juta untuk mempromosikan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) walaupun penguatkuasaannya bermula, pada 1 April 2015.. Kos itu membabitkan program penerangan kepada pelajar di sekolah dan institut Pengajian Tinggi (IPT) serta penduduk kampung. Perbelanjaan yang dilakukan adalah RM98 juta bagi sistem perkomputeran GST yang siap dibangunkan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia untuk tahun 2013/2014.
Selain itu, RM150 juta penyediaan perisian perakaunan bersubsidi kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang sedang dibangunkan Jabatan Kastam dengan kos RM125 juta untuk tahun 2014 dan RM25 juta untuk tahun 2015. Geran latihan kepada peniaga yang diuruskan Kementerian Kewangan pula membabitkan kos RM100 juta, manakala RM17 juta dibelanjakan untuk program publisiti melalui media cetak dan elektronik. Sehingga 28 Februari lalu, 4,967 program dijalankan dan dihadiri 271,288 orang. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, kerajaan menggunakan duit rakyat untuk membebankan mereka.
"Mereka tumpukan iklan bila laksana GST, kononnya banyak benda yang tidak dikenakan GST. Sebagai contoh, ubat ini bagus sebab kamu tidak perlu makan. Begitu juga dengan GST, ia bagus sebab tak perlu bayar lebih. "Cara kempen mereka mengelirukan. Kita kena terima hakikat GST dilaksanakan kerana Kerajaan Pusat ingin mengutip pendapatan berjumah RM25 bilion setahun," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, di sini, hari ini. | Tragedi MH370, pimpinan PR zahir ucapan takziah Posted: 25 Mar 2014 09:20 PM PDT Tragedi MH370 mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang disahkan terhempas di Lautan Hindi sebelah barat Perth, Australia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media khas, semalam. Lokasi terakhir pesawat Boeing 777-200 milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) itu diterima melalui data Immarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan ia terbang ke jalur selatan yang juga isyarat terakhir dikesan. MH370 yang juga pesawat ke-404 model 777 yang dikeluarkan Boeing hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, pada 8 Mac lalu.
Kehilangan yang sungguh tragik membabitkan 239 anak kapal dan penumpang daripada 13 negara itu mendapat liputan meluas seluruh dunia kerana pelbagai persoalan timbul apabila pesawat itu berpatah balik daripada laluan sebenar. Laman twitter pimpinan PR memperlihatkan mereka turut merasai kehilangan berkenaan dan berharap ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370 menghadapi musibah itu dengan tabah kerana seluruh dunia turut merasainya. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, #prayforMH370 berakhir kisah cemas pesawat selama dua minggu. "Doa supaya mangsa dirahmati Allah SWT. Pohon ketabahan dan kesabaran keluarga," katanya. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, berkata tragedi MH370 wajib dikaji sehingga jawapannya ditemui dan beliau tetap menyokong MAS sebagai aset negara. "Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370," katanya. Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, menyifatkan beliau turut berkongsi kesedihan dengan ahli keluarga dan sahabat handai 239 penumpang dan anak kapal MH370 yang disahkan terhempas di Lautan Hindi. "Bukan sahaja mereka, tetapi seluruh menangis dan bersedih menerima berita MH370 ini," katanya. | Waris Keluarga MH 370 di China Protes Di Kedutaan Malaysia Posted: 25 Mar 2014 09:18 PM PDT KUALA LUMPUR 25 MAC: Keluarga penumpang rakyat China dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 berhimpun di luar Kedutaan Malaysia di Beijing untuk menuntut penjelasan syarikat penerbangan itu dan menuduh kerajaan Malaysia di Kuala Lumpur "berbohong". Laporan Reuters yang dipetik Malaysia Kini menyebut kumpulan ahli keluarga penumpang itu melaungkan "Kerajaan Malaysia bohong pada kami" dan "Malaysia, kembalikan keluarga kami" sambil berarak secara aman dan menunjukkan kain rentang.Polis pula membentuk rantaian manusia di luar kedutaan itu, bagi menghalang mereka merapati bangunan kedutaan tersebut. Terdapat juga ahli keluarga mangsa memegang poster yang menyebut: "MH 370, Jangan biarkan kami menanti terlalu lama" dan "1.3 bilion rakyat menunggu sambut pesawat itu".Mereka juga memakai t-shirt yang tertulis: "Yang terbaik buat MH370, pulanglah dengan selamat.""Kami menunggu sejak 18 hari lalu dan kini masih lagi menanti. Berapa lama lagi kami perlu bertahan," kata seorang wanita Zhang kepada agensi berita itu. Kumpulan waris kepada penumpang pesawat penerbangan MH370 yang tidak berpuas hati itu pada awalnya berhimpun di sebuah hotel di bandar itu sebelum berarak ke bangunaun kedutaan. Laporan Reuters mengenai suasana di ruang hotel yang menempatkan waris penumpang tersebut menyebut, seorang daripada anggota keluarga berkenaan membacakan kenyataan mengutuk kerajaan Malaysia, pasukan tentera dan MAS kerana "terus menerus cuba melengah-lengah dan menyembunyikan kebenaran.""Ia cubaan untuk memperdaya keluarga penumpang dan cubaan untuk memperdaya seluruh dunia," kenyataan itu dipetik.Kenyataan tersebut dimuatkan di satu laman blog China oleh "Jawatankuasa Keluarga Malaysia Airlines MH370". Dalam satu kenyataan lanjut, anggota keluarga tersebut berkata mereka akan menuju ke Kedutaan Malaysia di Beijing pada hari Selasa untuk "membantah, menuntut kebenaran dan kepulangan anggota keluarga."Sementara itu, rangkaian TV China, CCTV melaporkan para pegawai MAS yang tiba di Lido Hotel di Beijing disambut dengan protes oleh anggota keluarga tersebut."Mereka berasa ditipu dan mungkin merancang tindakan selanjutnya," lapor CCTV di Twitter.Seorang wartawan TV Kanada turut menulis di Twitter bahawa keluarga penumpang berkenaan sedang menuju ke konsulat Malaysia untuk tujuan berkenaan.CCTV juga melaporkan bahawa kerajaan China memanggil Duta Besar Malaysia di China Datuk Iskandar Saruddin | Mahfuz: Kerajaan perlu bersihkan nama Kapten Zaharie Posted: 25 Mar 2014 09:12 PM PDT PAS meminta kerajaan segera membersihkan nama juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah yang ikaitkan dengan kehilangan pesawat berkenaan.Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata perkara itu perlu dilakukan bagi memulihkan nama Zaharie daripada kaca mata rakyat Malaysia dan dunia."Ketika pengumuman yang dibuat kerajaan berhubung isu kehilangan MH370, perkara yang perlu dilakukan adalah membersihkan nama Kapten Zaharie. "Kini, sudah ada tanggapan negatif diberikan terhadap juruterbang itu dan perkara ini perlu diselesaikan segera," katanya yang dipetik daripada Harakah Daily ketika membahas usul khas di Dewan Rakyat, di Parlimen, hari ini.Usul khas itu dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi yang menimpa pesawat MH370.Mahfuz juga meminta kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi menyiasat dan membincangkan insiden berkenaan./Selangorkini.net | Kursus Guru PASTI Kawasan Jasin 2014 Posted: 25 Mar 2014 08:34 PM PDT Jabatan PASTI Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin telah berjaya menganjurkan Kursus Guru PASTI Kawasan bertempat di PASTI ASSolihin, Taman Debunga Merlimau.Program yang julung kali diadakan ini telah berjaya menghimpunkan guru-guru pasti dari seluruh daerah Jasin. Program bermula seawal jam 8.00 pagi dan dijangka berakhir jam 4.00 petang ini.
Antara pengisian yang disampaikan ialah pedagogi pengajaran di PASTI, pengajaran interaktif dan sebagainya. Guru-guru PASTI turut didedahkan dengan kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan oleh penceramah jemputan. Semoga pengisian yang telah disampaikan memberikan manfaat dan nilai tambah kepada guru-guru yang menyertai program pada hari ini. | M4E Mengecam Keras Penghakiman Terhadap 529 Penyokong Morsi Posted: 25 Mar 2014 06:21 PM PDT M4E yang diwakili 25 NGO pelbagai agama dan kumpulan etnik dan mengecam dengan sekeras-kerasnya penghakiman yang zalim oleh mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 orang penyokong Dr Muhammad Morsi. Penghakiman yang tergesa-gesa adalah tindakan yang bertentangan dan semua agama, prinsip keadilan, hak asasi manusia tanpa memberi ruang yang secukupnya untuk pembelaan oleh para peguam adalah satu tindakan yang amat bertentangan dengan Islam, hak asasi manusia serta amalan perundangan yang adil dan saksama. M4E juga menegaskan bahawa dengan penghakiman ini, semakin jelas suasana politik Mesir sedang laju menuju satu pemerintahan diktator kuku besi. M4E mendesak semua negara di dunia termasuk Malaysia mengutuk dengan sekeras-kerasnya pelanggaran hak asasi manusia ini. Kerajaan Malaysia hendaklah bertindak tegas menghantar nota bantahan kepada pihak Kedutaan Mesir. Ustaz Wan Subki Wan salleh Pengerusi M4E 24 Mac 2014
| DAP KUTUK KEZALIMAN KUDETA MESIR Posted: 25 Mar 2014 06:16 PM PDT KUALA LUMPUR, 25 MAC: DAP mengutuk keras tindakan mahkamah di Mesir yang menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 penyokong bekas Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi atas tuduhan menyerang dan membunuh anggota polis.
Kumpulan penyokong terbabit adalah anggota Ikhwanul Muslimin yang diharamkan dan sebahagian daripada lebih 1,200 orang yang dibicarakan. Mahkamah di Minya, di Selatan Kaherah, mengeluarkan hukuman itu selepas sekadar dua sesi dalam keadaan peguam tertuduh mengadu tidak diberi peluang membentangkan hujah mereka. Strategis Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming dalam satu kenyataan hari ini mengutuk keras hukuman mati terbesar dalam sejarah Mesir yang dianggap sebagai mengarut. "Malahan, Amnesty International sendiri menamakan hukuman ini sebagai hukuman mati beramai-ramai yang terbesar dalam sejarah dunia."Adalah sangat merepek apabila hukuman dengan magnitud sebegini boleh dijatuhkan hanya selepas perbicaraan beramai-ramai selama dua hari bersabit kematian seorang anggota polis. "Jelas sekali perbicaraan ini adalah pincang apabila pihak pembelaan dilaporkan tidak diberi akses kepada bahan bukti, malah defendan dan peguam mereka pun tidak dibenarkan hadir ke mahkamah ketika hukuman dijatuhkan," tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang.
Menurutnya lagi, perbicaraan ini memperlihatkan satu trend merisaukan bahawa Mesir akan kembali ke zaman pemerintahan diktator sepertimana di bawah rejim Hosni Mubarak. "Saya menggesa kerajaan Malaysia untuk mengutuk tindakan kerajaan Mesir dan sistem mahkamah negara itu yang menindas rakyat sendiri," tegas Kian Ming. Pihak berkuasa Mesir telah bertindak keras terhadap kumpulan penyokong Morsi daripada kalangan Ikhwan sejak beliau digulingkan Julai tahun lalu. Aktivis politik dan demonstran anti kerajaan bukan sahaja dipenjara malah ditembak mati oleh pasukan keselamatan Mesir. Sumber : Roketkini.com | ‘Teruskan perjuangan sekalipun dihukum gantung’ Posted: 25 Mar 2014 04:26 PM PDT KUALA LUMPUR: "Teruskan perjuangan yang suci ini dengan dipandu keberkatan dari Allah sekalipun kalian dibunuh, dipenjara atau dihukum gantung," tegas pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada keputusan mahkamah di Mesir yang menjatuhkan hukuman mati kepada 529 pendukung Ikhwan Muslimin, semalam.
Beliau berkata, Dewan Ulamak PAS Pusat mengikuti peristiwa-peristiwa yang berlaku di Mesir secara dekat dan sentiasa bersama perjuangan mereka serta memberi sokongan padu terhadap ketegasan dan keberanian para pendukung Ikhwan Muslimin. Berikut kenyataan penuh beliau. Kepada saudara-saudara seperjuangan yang dijatuhkan hukuman gantung di Mesir. Kami memberi penghormatan dan amat kagum terhadap perjuangan kalian dan dunia telah menyaksikannya serta kami bertambah teguh bersolidariti dengan ketetapan kalian yang amat berani terhadap puak pengkhianat dan pembunuh yang tidak sedikitpun takut kepada azab Allah dan mereka tetap melakukan kerosakan diatas muka bumi ini.
Di kesempatan ini, kami mengingatkan kalian dengan firman Allah yang bermaksud (dan jangan kamu sangka Allah lalai terhadap apa yang dilakukan oleh orang-orang zalim akan tetapi sesungguhnya Allah ingin tangguhkan (azab) kepada mereka pada hari yang pada waktu itu mata mereka terbeliak). Kami mengikuti peristiwa-peristiwa yang berlaku di Mesir secara dekat dan sentiasa bersama perjuangan kalian serta memberi sokongan padu terhadap ketegasan dan keberanian kalian. Teruskan perjuangan yang suci ini dengan dipandu keberkatan dari Allah sekalipun kalian dibunuh, dipenjara atau dihukum gantung. Jangan kalian sangka mereka yang gugur di jalan Allah itu telah mati bahkan mereka sebenarnya hidup dan diberi rezeki yang melimpah di sisi Allah.
Kami mengutuk dan mengkritik keras keputusan mahkamah yang cetek lagi rakus yang telah diadili oleh barisan hakim perampas kuasa ke atas Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr Mohammad Badie dan Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Dr Katatni dengan hukuman gantung sampai mati. Di sini, kami sertakan penghormatan tinggi terhadap ketabahan para singa Allah di zaman yang diseliputi kezaliman dan sesungguhnya kezaliman pasti akan berakhir walau apa keadaan sekalipun. Allah pasti bersama kalian serta tidak sekali-kali akan mengurangkan pahala segala amalan dan usaha kalian dan Allah berkuasa terhadap segala urusan-Nya. Bersabarlah wahai seluruh keluarga Ikhwan Muslimin, maka sesungguhnya kemenangan itu semakin hampir dan insya Allah, Allah menjanjikan syurga-syurga-Nya kepada kalian. Ya Allah, anugerahlah kemenangan kepada pejuang agama-Mu di Mesir.
Datuk Ahmad Yakob Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Merangkap Menteri Besar Kelantan | Teknologi Allah Mengatasi Teknologi Manusia Posted: 25 Mar 2014 04:22 PM PDT KOTA BHARU: "Apa yang berlaku ini membuktikan betapa kerdilnya kita sebagai manusia. Teknologi terkini pun tidak boleh mengatasi ketentuan Allah apabila tiba waktunya," kata Mursyidul Am PAS.
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang penting setiap keluarga mangsa kena bertenang serta bersabar bila berdepan dengan musibah seperti sekarang. "Sebutlah Innalillah... untuk meredakan keresahan jiwa bahawasanya kita adalah milik Allah Taala. Andainya Allah nakkan kita hidup, hiduplah kita dan begitulah sebaliknya. "Insya-Allah kita berdoa semoga mangsa diampunkan dosa-dosa mereka dan kita juga sewaktu hidup hendaklah sentiasa berdoa semoga kita mati dalam keadaan baik," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di sini, hari ini. Malam tadi Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kedudukan terakhir pesawat MH370 dikesan di tengah Lautan Hindi di sebelah barat Perth, Australia.
Maklumat lokasi terakhir pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu diterima menerusi data Immarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut mengucap takziah kepada keluarga mangsa MH370. "Saya turut merasa sedih terhadap khabar baru itu selepas penantian selama 17 hari. Saya berharap keluarga mangsa di seluruh dunia bersabar menerima takdir yang berlaku," ujarnya./hrkh | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan