Selasa, 28 Januari 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Miri

Posted: 27 Jan 2014 07:36 PM PST

PAS Kawasan Miri


Masalah Parkir Menyukarkan Pelanggan dan Menjejaskan Pendapatan Peniaga

Posted: 27 Jan 2014 02:53 PM PST

Ruang Parkir Terhad Menjejaskan Pendapatan Peniaga Melayu

MIRI – Para peniaga Melayu di Piasau Jaya atau lebih dikenali sebagai Piasau Link mengesa agar pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) menambahkan lagi kawasan parkir di premis perniagaan mereka. Sekali lagi kita menerima aduan dari para peniaga Melayu yang menjual makanan dan barang keperluan di Piasau tentang masalah kesukaran untuk parkir bagi pelanggan yang ingin membeli barang keperluan dan makanan dalam kawasan premis peniagaan mereka. Kesukaran pelanggan untuk parkir kenderaan mereka berlaku terutamanya pada waktu kemuncak iaitu waktu makan tengahari dan ketika mereka hendak membeli barang keperluan.

Menurut salah seorang peniaga yang dikenali sebagai Mak Mbok, pendapatan mereka agak terjejas, akibat ruang parkir terlalu terhad dan sempit. Beliau memohon agar pihak MBM dapat menggunakan taman yang berhadapan deretan bangunan kedai tersebut digunakan sebagai ruang tambahan untuk parkir.

Lagi pun menurut beliau, taman tersebut sudah lama terbiar begitu saja tanpa ada penyelenggaraan dan tiada seorang pun pengunjung datang bersantai di situ. Tiada pengunjung yang menggunakan taman rekreasi di hadapan bangunan kedai itu, selain dari tempat nyamuk membiak disebabkan keadaan tanah yang lembab selepas waktu hujan adalah lebih baik digunakan sebagai ruang untuk parkir.

Kita sarankan pihak MBM boleh bertanya dan meninjau sendiri, keadaan kawasan tapak yang dicadangkan serta boleh berbincang dengan para peniaga di situ untuk mendapat maklumat lanjut tentang masalah yang mereka hadapi selama ini. Kerjasama dengan pihak MBM dan mereka yang berkenaan amat dihargai, diharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Limited parking space affect the Malay traders income

MIRI – The Malay traders at the Piasau Jaya or better known as Piasau link urges the Miri City Council (MCC) to add another parking area at their business premises. Once again we received a complaint from the  Malay traders who sell food and other consumer goods at the Piasau the difficulty of parking problems for the customers who want to buy groceries and food at the area of their business premises. Customers  difficulty to park their vehicles occur especially at peak hour i.e. lunchtime and when they want to buy groceries.

According to one of trader known as Mak Mbok, their income somewhat affected due to parking space is too limited and narrow. He requested that the MCC can use the park facing a row of shophouses to be utilized as additional parking space. Furthermore, according to her, the park has been neglected offhand without any maintenance, and no visitors relaxing there.

No visitors use the park in front of the shops building, other than a mosquito breeding due to moist soil conditions after rain it is better used as a parking space. They request that parking problem in the area of a row of Piasau shophouses could be built immediately to facilitate the customer and traders there.

We recommend that the MCC can ask and see personally, the site of the proposed site and can talk to the traders there to get more information about the problems they face all this while. Collaboration with the MCC and the parties concerned is very much appreciated, hopefully this problem can be resolved immediately regardless of race, religion and political affiliation.



N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 27 Jan 2014 07:13 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura Desak Kerajaan Negeri Pertingkat Keberkesanan Peranan JKKK

Posted: 27 Jan 2014 02:51 AM PST

DUNGUN, 27 Januari 2014 -  "Apakah wajar rakyat dibiarkan menghuni bekas kandang kambing selama 10 tahun ?" demikian reaksi spontan ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik ketika diminta mengulas laporan akhbar Sinar Harian hari ini di mana pihak MAIDAM terkejut mendapati masih ada rakyat di negeri ini hidup dalam keadaan sedemikian.

"Soalnya di mana perginya JKKK yang sepatutnya menyalurkan maklumat kepada pihak berkenaan supaya hidup mereka lebih terbela tanpa menunggu tempoh yang lama untuk mendapat bantuan"

ADUN Sura menyeru seluruh rakyat Terengganu membuka mata terhadap tahap keberkesanan peranan JKKK apabila berdepan dengan kemelut yang sedang melanda masyarakat hari ini.

"Apa yang berlaku di DUN Sura ini, seharusnya membuka mata rakyat di seluruh negeri untuk menilai kembali peranan JKKK yang sepatutnya berperanan membantu rakyat yang dhaif, apatah lagi yang seagama dan sebangsa dengan mereka, "

"Saya yakin masih banyak kes yang seumpama ini di seluruh negeri apabila maklumat kesusahan rakyat ini diberi keutamaan penyelesaiannya jika peranan JKKK dipertingkatkan keberkesannya dan saya yakin jabatan kerajaan akan bersegera untuk bertindak apabila maklumat tepat ini disalurkan kepada mereka," tegas beliau lagi.

"Rakyat jangan lagi terus terpedaya dengan janji-janji manis apabila tiba pilihan raya, sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya," akhiri beliau.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, pembinaan rumah Moswa yang dimaksudkan terus berjalan lancar sejak dirasmikan oleh ADUN Sura, Sabtu baru-baru ini.

Pengerusi Projek, Ustaz Haji Abdull Rahim Abdull Jalil berkata, "kita mengharapkan agar kerja-kerja pembinaan akan terus berjalan lancar dan akan dapat disiapkan sehingga akhir April ini, " 

"Sumbangan semua pihak masih diperlukan bagi menjayakan hasrat murni ini, supaya Mohd Sazlly sekeluarga dapat mendiami rumah yang lebih selesa," ujar beliau yang berpuashati dengan tahap kemajuan semasa kerja-kerja pembinaan rumah berkenaan.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 27 Jan 2014 03:12 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Hong Leong Connect : Important Update Notice

Posted: 26 Jan 2014 02:52 PM PST

Dear Valuable Customer,

Safety is very important and we do everything to safeguard and protect your accounts. We recently upgraded our SSL security server and we require that you update your account immediately

 
P.S. TAC will be required during update.

Thank you for using Hong Leong Internet Banking Services!

Hong Leong Bank Berhad reserved.

KHIDMAT MERU

Posted: 27 Jan 2014 09:01 AM PST

KHIDMAT MERU


Majlis Mesra Rakyat sempena Gong Xi Fa Chai.

Posted: 26 Jan 2014 07:57 PM PST







Yb Dr Rani dan Yb Maneyvanan meraikan lebih dari 350 orang warga Tionghua dalam Majlis Mesra Rakyat sempena Gong Xi Fa Chai. Setiap mereka menerima wang Ang Pow dan buah limau. Yb Dr Rani sempat memberi keterangan mengenai perjuangan Islam yg sebenar dan amanah pimpinan menurut kacamata Islam.

Yb Meru menyampaikan tazkirah di Majlis Sambutan Maulidur Rasul yg di anjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 dan Taman Meru Makmur.

Posted: 26 Jan 2014 06:11 PM PST





Yb Meru menyampaikan tazkirah di Majlis Sambutan Maulidur Rasul yg di anjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Desa Permai 3 dan Taman Meru Makmur. Alhamdulillah sambutan cukup memberangsangkan. Dr Rani memberi pencerahan tentang konsep sebenar perutusan Rasulullah membawa mesej Rahmatan lil alamiin kpd seluruh maanusia sejagat tanpa mengira sempadan negara, warna kulit dan bahasa.

Seramai 45 orang Tionghua penerima sumbangan wang dan makanan dari PEKAWANIS Selangor yg di sampaikan oleh Yb Dr Abd Rani dan isterinya Puan Afidah Anum.

Posted: 26 Jan 2014 05:53 PM PST








Puan Lim Bee Choo 65 tahun dan Puan Chu Suan Cheng 78 tahun adalah sebahagian dari 45 orang Tionghua penerima sumbangan wang dan makanan dari PEKAWANIS Selangor yg di sampaikan oleh Yb Dr Abd Rani dan isterinya Puan Afidah Anum. Warga2 Tionghua tersebut juga berasa gembira kerana dapat bersantai duduk dan makan tengahari bersama Yb mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan