Khamis, 18 Disember 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 17 Dec 2014 09:08 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Mohon Giant Ampangan, Seremban tidak lagi jual arak

Posted: 17 Dec 2014 04:55 PM PST




KAMI memohon jasa baik pihak Pasaraya Giant yang terletak di kawasan Ampangan, Seremban agar tidak lagi menjual pelbagai jenis arak di pasar raya tersebut kerana ia menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu yang beragama Islam di situ. Majoriti penduduk di kawasan Ampangan beragama Islam iaiatu kira-kira 95 peratus.

Saya rasa tidak sesuai untuk menjual atau mempamerkan minuman keras di premis itu kerana pekerja dan kerani kaunternya juga boleh dikatakan 95 peratus terdiri daripada orang Islam.

Kita tidak mahu apabila arak dijual di situ maka anak-anak muda Melayu akan berurusan jual beli minuman yang diharamkan oleh agama Islam.

Kalau daging babi dan apa juga jualan yang ditegahkan oleh Islam tidak terdapat di pasar raya Giant di Ampangan kenapa minuman keras tidak dilarang untuk dijual di sana?

Diperhatikan para pelanggan yang berurusan berjual-beli juga adalah majoritinya yang beragama islam.

Dalam masa yang sama saya juga berharap pasar raya ini juga tidak menjual barangan yang dikategorikan sudah busuk dan tidak sesuai lagi untuk dijualkan kepada pelanggan seperti barang basah saperti ikan, kerang, ketam, sotong dan udang walaupun harganya berlipat kali ganda lebih murah daripada harga asal tetapi sebagai sebuah pasar raya yang ternama, ia hendaklah juga menjaga kualiti dan utamakan barangan segar dan sihat yang dijualkan kepada orang ramai.

Begitu juga apa sahaja barang yang diletakkan harga istimewanya hendaklah mengikut harga itu juga sebagaimana dipamerkan di situ dan bukannya harga istimewa yang ditawarkan apabila hendak membayar di kaunter sudah berlainan pula dari harga istimewa yang ditawarkan itu. Ini kerap terjadi.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL

Ampangan Seremban
18 Disember 2014 12:20 AM

CERAMAH BULANAN

Posted: 17 Dec 2014 03:49 PM PST




CERAMAH BULANAN
Penceramah : Ustaz Mohd Fuad Othman
Hari : Sabtu 20 Disember 2014
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Darul Hikmah, Kg Chenong, Chengkau, Rembau

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Program Bantuan Peralatan Persekolahan Pelajar Kurang Berkemampuan

Posted: 17 Dec 2014 03:49 PM PST




Sempena sesi persekolahan yang akan dibuka pada tahun 2015, pihak kami Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menerima banyak permintaan dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk membantu anak-anak mereka masuk ke alam persekolahan.

Antara peralatan persekolahan yang diperlukan ialah buku tulis, buku kerja serta alat tulis. Kami menganggarkan untuk seorang pelajar cuma memerlukan RM30 untuk menyiapkan peralatan asas persekolahan. Sasaran kami ialah untuk memberi bantuan persekolahan ini kepada 500 orang pelajar yang kurang berkemampuan yang berada di sekolah rendah dan menengah.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan sila hubungi Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan , Hj Rozmal 012-2267406 .

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui Akaun Bank Islam atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan no Akaun 05012010047905 atau akaun Maybank , no akaun 155126945930


Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
18 Dis 2014

Kisah Keberanian Mantan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus

Posted: 17 Dec 2014 01:21 AM PST




Diugut tembak ketika lakukan serbuan
15 Dis 2014

Pengalaman terkurung dalam kelab malam tak mungkin dilupakan

Dikurung di kelab malam serta diugut dicederakan adalah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Mohd Zaidi Ramli, 43.

Beliau melalui detik cemas itu ketika melaksanakan operasi membanteras maksiat.

Menyandang jawatan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Siasatan JAWI ketika itu, dia mengakui pelbagai dugaan dilalui dalam menangani jenayah syariah di Lembah Klang.

Pengalaman luas dalam bidang nikah dan cerai memberi kelebihan kepadanya membantu menyelesaikan krisis rumah tangga.

Itu tugas pertama beliau ketika dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan apabila dipindahkan ke JAWI.

Pelbagai kategori individu ditemui, antaranya sikap kedekut suami walaupun berstatus jutawan sehingga menyebabkan pasangannya mengadu di mahkamah syariah.

Suami terlalu kedekut

"Antara kes yang paling saya ingat ialah rumah tangga berantakan kerana suami terlalu kedekut walaupun memiliki banyak harta.

"Isteri mengadu suaminya menanam pokok mangga di rumahnya dan berbuah sulung. Suatu hari, si suami perlu bertugas di luar kawasan.

"Sebelum pergi bertugas, dia berpesan pada isterinya menjaga dan memastikan buah tidak gugur. Ditakdirkan Allah, buah itu gugur dan sekembali daripada tugas, suami memarahi isteri kerana buah itu gugur," katanya.

Dalam kejadian lain, Mohd Zaidi berkata, isteri mengadu ketika mereka ke majlis makan malam, suami tercicir duit syiling 50 sen.

"Isterinya mengutip syiling berkenaan, namun si suami segera meminta syiling tanpa menunggu pulang ke rumah.

"Memandangkan sudah lama berkahwin dan sudah berusia, mereka tidak memilih perceraian sebagai jalan penyelesaian. Malangnya, sikap suami tidak berubah, terutamanya apabila dia tidak mencari agama sebagai panduan hidup," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Timbalan mufti termuda

Selain jawatan berkenaan, anak kelahiran Jempol, Negeri Sembilan itu berkata, dia pernah berkhidmat sebagai Timbalan Mufti Negeri Sembilan pada tahun 2004 ketika berusia 33 tahun. Pelantikan itu menjadikannya sebagai Timbalan Mufti termuda di negara ini ketika itu.

Jawatan lain pernah disandang termasuk Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (KESUMA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Katanya, sepanjang menguruskan bahagian kaunseling rumah tangga, beliau terkejut kerana isu penderaan seksual yang disifatkan sebagai melampau.

"Antara kes yang ditemui termasuklah isteri diikat serta digantung di dinding. Isteri disebat dan perlakuan ganas lain semata-mata untuk memuaskan nafsu pelik suami. Lebih mengejutkan mereka yang digelar fetish ini memiliki pendidikan tinggi," katanya.

Bapa kepada 10 cahaya mata ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kikir, Batu Kikir, sebelum meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL), Labu.

Ikuti jurusan komunikasi

Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Pengajian Islam pengkhususan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan serta meneruskan Ijazah Sarjana di universiti sama dalam bidang Pengurusan Komunikasi.

Ketika menjadi penguat kuasa JAWI, Zaidi melalui pengalaman berbeza berbanding menguruskan isu rumah tangga.

Dia juga bertanggungjawab mendekati kawasan maksiat, selain mendekati belia yang mengabaikan nilai Islam dalam kehidupan.

"Saya pernah terkurung dalam satu kelab malam berdekatan Bukit Bintang ketika melakukan serbuan bersama kira-kira 20 pegawai lain. Malangnya, serbuan itu tidak berjalan seperti kebiasaan apabila kami ditahan dan diugut tembak. Nasib kami baik apabila tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku apabila pihak polis berjaya menyelesaikan dengan baik," katanya.

Jejaki gadis Islam

Beliau pernah menyamar sebagai pelanggan kelab malam ketika menjejaki gadis Islam berpendidikan tinggi memilih bekerja di kelab malam.

Kebanyakan yang memilih kerjaya itu katanya, kabur mata dengan imbuhan lumayan sekitar RM600 hingga RM800 satu malam. Ada juga yang menerima nasihat JAWI dan berhenti serta mencari kerjaya lain.

"Saya berjumpa wanita Islam bekerja sebagai juruwang di kelab malam dengan mengenakan imej bertudung. Apabila disoal, dia bercerita mengenai kesempitan hidup. Dia terpaksa bergilir bekerja dengan suaminya. Suami bekerja siang manakala dia waktu malam," katanya.

"Saya menasihatinya berhenti dan memberi jaminan membantu mendapatkan modal memulakan perniagaan," katanya.

Tukar kerjaya

Zaidi berkata, Alhamdulillah wanita berkenaan sudah berhenti dan menjual pisang goreng selepas memperoleh modal permulaan RM3,000 daripada JAWI.

Katanya, persepsi ramai selama ini menganggap tugas jabatan agama hanyalah menjatuhkan hukum adalah tidak tepat.

Beliau berkata, tugas mereka lebih menjurus kepada usaha menyelamatkan mereka yang tersasar daripada landasan syariat.

Dalam gerakan dakwahnya, Zaidi lebih gemar memilih pendekatan turun padang mendekati dan mengenali masyarakat. Pendidikannya dalam bidang komunikasi dimanfaatkan sebaik mungkin. Ini menjadikan dia mudah didekati dan berkongsi cerita.

Wanita berpakaian seksi

"Ada sekumpulan gadis berpakaian seksi mengusik, memanggil abang ustaz, saya pergi dan berbual dengan mereka. Saya beri nombor telefon dan cakap, kalau satu hari nanti adik penat pakai baju macam ini, telefon saya. Alhamdulillah, mereka telefon selepas beberapa bulan.

"Ketika berdakwah, saya tidak boleh terus tukar orang. Perlu ada satu transisi menjadikan mereka bersedia sebelum bergerak ke arah lebih positif.

"Bukan mereka tidak ada kesedaran, mungkin belum diberikan hidayah, atau pendekatan membawa mereka ke arah positif bersifat keterlaluan," katanya.

Bercerita mengenai keluarganya, beliau sentiasa berusaha mencuri masa meluangkan waktu bersama isteri dan anak.

"Isteri memainkan peranan dalam membesarkan anak-anak. Tuntutan kerja tidak menentu, namun saya akan cari masa untuk bersama keluarga. Petua yang saya pegang ialah kerap dukung dan peluk anak-anak supaya mereka tidak berdendam jika dimarah. Jika saya marah, isteri memujuk dan begitulah sebaliknya.

"Memujuk bukan memenangkan mereka, tapi memberi rasional kenapa mereka dimarah," katanya.

Rembau Hari Ini

Posted: 17 Dec 2014 07:24 PM PST

Rembau Hari Ini


CERAMAH BULANAN

Posted: 17 Dec 2014 03:51 PM PST




CERAMAH BULANAN
Penceramah : Ustaz Mohd Fuad Othman
Hari : Sabtu 20 Disember 2014
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Darul Hikmah, Kg Chenong, Chengkau, Rembau

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

KHIDMAT MERU

Posted: 17 Dec 2014 09:01 AM PST

KHIDMAT MERU


Dikalangan masyarakat India.

Posted: 17 Dec 2014 12:37 AM PST







Yb GST melawat beberapa warga emas dari kalangan masyarakat India di rumah2 mereka.
Selain memberi rawatan dan sumbangan, Dr Rani meluangkan masa selama 25 minit utk mendengar keluhan dan masaalah2 yg mereka hadapi.

Landskap Siasah

Posted: 17 Dec 2014 07:38 AM PST

Landskap Siasah


kenyatan media - Miss Tourism ARAH TUJU KERAJAAN KEDAH BN MENUJU NEGERI MAKSIAT

Posted: 16 Dec 2014 08:15 AM PST



KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

16 DISEMBER 2014

ARAH TUJU KERAJAAN KEDAH BN MENUJU NEGERI MAKSIAT


Dewan Pemuda Pas Kedah kesal dan menyelar keras tindakan mengutamakan maksiat atas nama laba dan keuntunga ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan BN melalui program Miss Tourism di Langkawi. Walaupun Dato' Mukhriz tidak berkaitan secara langsung dengan penganjuran ini, tetapi program maksiat yang mendapat sokongan padu kemnetrian Kebudayaan Dan Perlancongan ini pastilah mendapat kerjasama erat daripada pihak BN Kedah sebelum Langkawi dijadikan destinasi program berkenaan.


Kami juga menyokong kuat kenyataan Dewan Ulama PAS Negeri Kedah yang mengkritik penganjuran Miss Tourism International: Show Extravaganza di Berjaya Langkawi Resort, Pulau Langkawi pada 17 Disember kerana mencampuradukkan segala kegiatan maaruf atau kebaikan dengan aktiviti munkar.

Miss Tourism International adalah pertandingan ratu cantik antarabangsa tahunan yang dikendalikan oleh D 'Touch International Sdn Bhd Foundation. Peraduan ini bermula pada tahun 1994 di Kuching, Malaysia. Malaysia menjadi tuan rumah kepada Ratu Pelancongan Antarabangsa setiap tahun, kecuali pada tahun 2006 ia telah diadakan di luar Malaysia buat kali pertama, di Guangzhou, China.

Kami berasa kecewa kerana sebelum ini Menteri Besar Kedah baru cukup ghairah mengajurkan program berselawat, berzikir dan menjemput para habib mengumandangkan qasidah.

Malah Beliau juga kelihatan positif di mata rakyat apabila sanggup mendengar kuliah maghrib di beberap amasjid dan surau.

Adakah imej keagamaan ini hanya untuk meraih sokongan dan undi rakyat semata-mata.

Adakah dato' Mukjriz hanya memperguna sentimen dan semangat primordialismedi kalangan rakyat berbangsa Melayu yang cendenrung kepada kebudayaan serta nilai keagamaan untuk kepentingan survival politik BN Kedah?


Tindak tanduk Menteri Besar Kedah ini mencerminkan betapa 'arrogantnya' UMNO dan BN melanggar fatwa-fatwa ulama' berkenaan penganjuran majlis ratu cantik dan majlis maksiat.

Pada kami penganjuran program sebegini adalah sebagai sokongan Dato' Mukhriz dengan saranan dan hasrat kerajaan BN Pusat seperti yang dinyatakan pada 10 November 2013 lalu, Perdana Menteri Dato' Seri Najib menegaskan bahawa Kerajaan Pusat akan terus membangunkan industri pelancongan di pulau Langkawi "ke tahap lebih tinggi" dengan menjadikannya sebagai destinasi percutian dunia berkonsepkan nautika mewah.

Perdana Mneteri juga pernah berkata bahawa industri pelancongan di Langkawi perlu dibawa ke fasa seterusnya, dan ini memerlukan "beberapa pelabur besar dan jenama terkemuka" untuk menarik minat lebih ramai pelancong luar, termasuk yang berpendapatan tinggi.


Selain melanjutkan sambutan yang hangat kepada semua perwakilan ratu, Berjaya Langkawi Resort yang akan menjadi tuan rumah salah satu daripada Ratu Pelancongan Antarabangsa 2014 Extravaganza pada 17 Disember menyatakan bakal hadir penyertaan daripada 62 buah negara dari seluruh dunia. Acara ini akan berlangsung 23 hari bermula dari kedatangan para peserta di Malaysia pada 9 Disember dan akan diakhiri dengan pertabalan baru Ratu Pelancongan Antarabangsa 2014/2015 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Presint 5, Putrajaya pada 31 Disember nanti.

Inilah kemuncak tahun 2014 yang ditutup dengan acara maksiat.

Berjaya Langkawi Resort juga menyatakan rasa adalah bangga kerana mendapat kerjasama pihak Kementerian Pelancongan & Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia.


Meninggikan industri perlancongan menurut sifir parti sekular seperti UMNO adalah menambahkan elemen hiburan tanpa batasan termasuk berunsur ghairah, seksi dan sebagainya.

Langkawi telah sarat dengan gejala maksiat dari penjualan arak secara bebas, budaya tempata yang bercampur budaya liberal antarabangsa, kerosakan moral remaja dan kini hiburan melampau melalui program ratu cantik.

PAS bukan sahaja menentang pesta hiburan maksiat sebegini di Kedah malah konsisten di serta Malaysia kerana PAS komited dengan seruan menolak maksiat dan kemungkaran.

Selain disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, antara penaja 'gold' program ini adalah :
1. Asia Universiti Metropolitan - Universiti Rasmi

2. Balai Seni Visual Negara - Galeri Seni Rasmi

3. Coronar - Rasmi Media Power House

4. Focus Point - Eyewear Rasmi Chain Store

Produk Penjagaan Kesihatan Rasmi -
5. GINTELL

6. Sogo KL - Rasmi Departmental Store

7. Pusat Pergigian Kuala Lumpur International - Pusat Penjagaan Pergigian Rasmi

8. KLIA 2 - Lapangan Terbang Rasmi

Hub Logistik Rasmi - 9. PKT Logistics Group

10. Putrajaya Pusat Konvensyen Antarabangsa - Dunia Rasmi Final Tempat

11. Putrajaya Marriott Hotel & Spa - Residence Rasmi

12. Upper East @ Tiger Lane - Gaya Hidup Official Home

  1. Watatime - jam tangan rasmi


Ahmad Tarmizi Sulaiman

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan