Cucu Tok Selampit Posted: 17 Dec 2014 01:09 PM PST Syed Rosli Jamalullail Minta DS @NajibRazak Letak Jawatan! Lawan YB @Khairykj Ketua Pemudapun Dapat Telor Sahaja Posted: 16 Dec 2014 10:19 PM PST Macam-macam cara orang mengambil kesempatan untuk menjadi popular. Cari publisiti murahan. Salah seorang daripadanya adalah Syed Rosli Jamalulail. Tuan Syed ni di dalam laman sosial Facebook beliau semalam telah meminta Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO untuk meletakkan jawatan.
Posting awal beliau begitu gah dengan bermaksud, "Kami meminta Perdana Menteri meletakkan jawatan". Apabila diminta siapakah kami yang dimaksudkan, hari ini beliau menukar fikiran dengan mengatakan, Ralat! Sebenarnya beliau bermaksud "Saya meminta Perdana Menteri meletakkan jawatan". Memang Pak Lawak betul.
The Malaysian Insiders seperti biasa membesar-besarkan isu dari ahli yangvtidak berapa penting ini. Siapakah Syed Rosli Jamalulail ini? Tak perlu mengenalinya. Cukuplah sekadar CTS memberitahu belialah antara seoarang yang mencabar Jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam Perhimpunan Agong UMNO yang lalu. Nak tahu kekuatan beliau? Hampeh ... satu bahagianpun tidak ada yang menyokong beliau. Lagi ada hati nak minta orang letakkan jawatan.
Lagi satu, baru kita tahu Tuan Syed ni ada jawatan sebagai ketua penerangan Cawangan. Semasa PRU13, Parlimen dan DUN kawasan kamu ni, BN ada menang tak? Siapa Ahli Parlimen Pandan? Bukankah Lapiji Lamli? Dengan Lapiji Lamli pun UMNO tak boleh menang kah? Atau kamu dan AJK-AJK kamu tak pandai buat kerja. Lagi mahu desak Presiden letak jawatan!
| |
PEJUANG BANGSA Posted: 17 Dec 2014 11:06 AM PST TURUN PADANG :KHAIRUDDIN YANG TAK NAMPAK MUKA ATAU UMNO PP? @dzainalabidin @RRafizal @NajibRazak Posted: 16 Dec 2014 11:51 PM PST
Selepas membuat laporan polis isu 1MDB , Khairuddin semakin besar kepala dan perasan hebat dan kali ini beliau menghentam UMNO P.Pinang tidur diketuai DS Zainal Abidin Osman dengan mendakwa tak turun padang bertemu rakyat .
Malah beliau turut memperlekehkan & mempertikaikan Presiden UMNO melantik DS Zainal & Teng Chang Yeow mengetuai UMNO & BN P.Pinang .
Siapa dia Khairuddin ini yang perasan dirinya lebih bijak untuk menentukan orang ini tidak layak memegang jawatan ? Apakah sebab dia mendapat liputan media pembangkang Malaysiakini membolehkan dirinya jadi popular sebab berani menghentam parti dan pemimpin ? GPB yakin ramai orang kuat UMNO P.Pinang tak kenal pun malaun ini & memegang jawatan Naib Ketua Bahagian Batu Kawan kerana muka dia selepas menang pemilihan tak pernah nampak pun . Apa program yang dianjurkan Khairuddin di Batu Kawan yang turun ke akar umbi beri kesan sokongan kepada BN ? Setahu GPB dia tak pernah hadir bersama kepimpinan negeri khususnya di program dan majlis masyarakat dan rumahnya pulak di Kuala Lumpur. Selepas itu , dia memuji pembangkang dapat sokongan menang PRU13 di P.Pinang sebab kerap turun padang bertemu rakyat . Sepatutnya Khairuddin perlu bertanya kepada sepupunya Anwar Ibrahim di Permatang Pauh berapa kerap dia balik parlimen menjenguk masalah rakyat di situ bukan hanya makan kenduri kahwin sahaja . Jangan hanya bercakap membabi buta memuji pembangkang tanpa melihat sendiri perkara sebenar dan menuduh UMNO P.pinang tidur. UMNO P.Pinang antara negeri ditadbir pembangkang yang aktif & berani melawan DAP , mempertahankan hak orang Melayu dan kesucian Agama Islam . Isu kalimah Allah yang dibenarkan Guan Eng digunakan bukan Islam , antara paling awal membuat laporan polis adalah Pemuda UMNO negeri ini . Jadi , tuduhan Khairuddin ini umpama menembak membabi buta tanpa sebarang fakta dan hujah berkesan . Sumbangannyaselama ini tak seberapa pun kepada UMNO daripada seorang tukang angkat beg Umi Hafilda ke mahkamah dulu hinggalah menjadi suami Umie Aida. Beliau hanya seorang dedalu dalam UMNO yang opportunis ...... | KERANA BENTANG HUDUD, PKR TAK PERCAYAKAN PAS TUDUH BERSUBAHAT DENGAN BN ?? Posted: 16 Dec 2014 07:13 PM PST
Tak tahan gelak bila baca rekayasa Sang Penipu seperti Tipah Koya .. " PAS BERSUBAHAT DENGAN BN SELUBUNGI 1MDB "
PAS adalah parti dalam PR bukannya ada hubungan pun dengan UMNO & BN .
Senang betul mulut Tipah Koya bila dalam PR adalah masalah antara mereka , terus nak salahkan parti itu bersubahat dengan BN .
Apa kaitannya PAS nak laksana hudud kononya untuk tutup isu 1MDB ?
DAP ketika di perhimpunan agung mereka yang mula membangkitkan isu hudud jika PR mahu menang PRU14 dan mengapa Tipah koya nak salahkan PAS bersubahat dengan BN untuk tutup isu 1MDB ?
Apakah PKR sudah tak percaya kepada PAS selepas ketegasan ditunjukkan ramai pemimpin sekarang ini ?
Malah ada yang lantang desak DAP keluar PR jika tak setuju PAS nak laksanakan hudud .
Nampaknya hubungan PKR -DAP - PAS kini ibarat retak menanti belah ...perang sesama mereka semakin parah .
latheefa Koya curiga bahawa PAS bersubahat dengan BN untuk menyelubungi skandal 1MDB dengan rencana PAS Kelantan untuk membentangkan pindaan hukum Hudud di satu sidang khas DUN Kelantan . Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan rasa hairannya terhadap tindakan PAS Kelantan yang secara tiba-tiba mahu membentangkan pindaan hukum Hudud. "Apakah usul ini sengaja diadakan oleh PAS Kelantan untuk mengalih perhatian masyarakat umum daripada skandal 1MDB dengan membuat persepsi bahawa ada konflik antara PAS dan DAP?" tanya Latheefa. Latheefa juga menyatakan di waktu tekanan hebat yang diberikan terhadap kerajaan UMNO-BN tentang skandal 1MDB, adalah sangat aneh PAS Kelantan memilih waktu yang bersamaan untuk mengumumkan tentang pembentangan tersebut. Beliau juga mempersoal kenapa pengumuman ini di buat secara tiba-tiba dan kenapa di perlukan sidang khas DUN. Latheefa mahu pemimpin tertinggi PAS, Haji Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan menjawab keatas tindakan mereka.KLIK DI SINI
| MAS : TAHNIAH KHAZANAH , TOLAK PERTEMUAN JENTAYU SYARIKAT 3 BULAN DITUBUHKAN ! Posted: 16 Dec 2014 05:17 PM PST
Syabas KHAZANAH kerana membatalkan pertemuan dengan sebuah syarikat yang hanya baru berusia tiga bulan yang mahu menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) .
Siapa Feriz Omar ?? Sepatutnya mereka perlu "menunjukkan terlebih dahulu wang mereka dan siapa penyokong kewangan mereka' sebelum cadangan tersebut boleh diambil kira dengan serius.
Dari mana mereka mahu dapatkan wang ??
Biar lah Khazanah memulihkan MAS melalui pelan 12 perkara yang akan dilakukan mereka . Jentayu tak perlu menyibuk nak membeli MAS kerana jelas Managing Director seperti Feriz tiada pengalaman dalam industri penerbangan .
- Pertemuan antara Jentayu Danaraksa Sdn. Bhd. dan Khazanah Nasional Bhd. berhubung cadangan Jentayu untuk membeli Penerbangan Malaysia Bhd. (PMB) dan menukarkannya menjadi syarikat pajakan pesawat global telah dibatalkan.
Jentayu memberitahu media, ia sepatutnya membentangkan cadangan janji niaga bernilai RM8.75 bilionnya sebagai usaha untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) yang dibebani hutang itu kepada cabang pelaburan negara tersebut pada 5 petang semalam. Pengarah Urusannya, Feriz Omar berkata, pertemuan itu dibatalkan atas permintaan Khazanah Nasional.
"Kami kecewa kerana masa depan MAS, terutamanya nasib 6,000 pekerja dipertaruhkan," katanya kepada Bernama.
Feriz berkata, Khazanah Nasional tidak pernah memberikan peluang kepada Jentayu untuk menjelaskan cadangan tersebut.
"Sekarang, kami hanya menunggu mereka menulis secara rasmi kepada kami berhubung pembatalan itu," katanya.
Selain menjadikan PMB sebagai sebuah syarikat pajakan global, Jentayu juga merancang menubuhkan syarikat penerbangan baharu, Fly JD, yang akan menawarkan perkhidmatan ekonomi premium di ASEAN.
Kedua-dua entiti itu dijangka mengambil 6,000 pekerja yang akan diberhentikan oleh MAS dalam pelan penyusunan semulanya. -BERNAMA
| |
Dd i n b u n g a Posted: 17 Dec 2014 07:09 AM PST AHMAD HUSNI SEHARI DI PARLIMEN TELUK INTAN Posted: 16 Dec 2014 07:23 PM PST YB DS ahmad Husni menyampaikan surat kelulusan peruntukan RM700,000 pembinaan Surau baru Perumahan Awam Jalan Padang Tembak Teluk Intan , turut hadir YB Dato Azhar Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan dan YB Datuk Aminuddin ADUN Hulu Kinta
YBDS Ahmad Husni menyampaikan surrat kelulusan peruntukan RM100,000 menaiktaraf Sekolah Agama Rakyat Kg Bahagia Teluk Intan Walau pun dipenuhi dengan berbagai tugas mentadbir kewangan negara selaku Menteri Kewangan Kedua, mana lagi menjaga kawasan Parlimen Tambun sebagai Ahli Parlimen Tambun dan Ketua UMNO Bahagian Tambun, YB DS ahmad Husni tetap menepati janji semasa Pilihanya Kecil Parlimen Teluk Intan yang lalu untuk turun ke Teluk Intan bertemu semula dengan rakyat di Teluk Intan kerana ketika di PRK Teluk Intan banyak aduan yang disuarakan kepada YB DS Ahmad Husni . Kini pada 14 Disember 2014 Ahad lalu melalui Pejabat UMNO Bahagian Tambun sendiri telah mengatur (bukan atas jemputan) dan menyusun beberapa program satu hari di Teluk Intan bagi YB DS ahmad Husni bertemu dan menyampaikan bantuan peruntukan kepada aduan - aduan yang diperolihi semasa PRK lalu,
YB DS Ahamd Husni menyampaikan peruntukan Khas SJKC Wah Keow yang mewakili Malaysia ke Turki persembahan kebudayaan, turut hadir YB Dato Mah Siew Keong dan YB Dato Azhar
YBDS Ahmad Husni menyampaikan peruntukan khas kepada Persatuan Malayee Teluk Intan
Bermula dengan YB DS Ahmad Husni dan rakan - rakan bersarapan pagi di Medan Selera Seri Sayang Teluk Intan dan bersalaman dan bergambar dengan pelangan yang bersarapan disitu disusuli dengan Majlis Penyampaian Surat Kelulusan RM700,000 pembinaan Surau Baru Perumahan Awam Jalan Padang Tembak dan Penyampaian Surat Kelulusan RM100,000 menaikaraf Sekolah Agama Rakyat Kg Bahagia yang dihadiri sama oleh YB Dato Azhar, Ketua UMNO Bahagian Teuk Intan, yang juga ADUN Changkat Jong, YB Datuk Aminuddin Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tambun, En. Azizol Kama Abd Aziz, Naib Ketua UMNO Bahagian Tambun, Tok Paduka Dato Hj Safri Pengarah JKR Ng Perak, Datuk Suhaimi Din, Pegawai Tugas - Tugas Khas MKII bersama Jentera PRK UMNO Bahagian Tambun bersama - sama dengan 500 penduduk setempat.
YBDS Ahmad Husni bergambar bersama pelangan Medan Selera Sri Sayang Teluk Intan selepas singgah untuk sarapan pagi di gerai tersebut.
Selepas itu YB DS Ahmad Husni mengadakan gimik pecah tanah menggunakan Backhore di tapak pembinaan Surau Al Ahmadiah Perumahan Awam.
Selesai di Perumahan Awam YB DS Ahmad Husni bergegas ke Perjumpaan bersama Persatuan NGO Cina dan Sekolah-Sekolah Cina Teluk Intan bertemu dengan komuniti Cina yang diahdiri oleh 200 orang pemimpin masyarakat Cina dan akhirnya YBDS Ahmad Husni ke Perjumpaan bersama pemimpin NGO komuniti India seramai 100 orang yang turut dihadiri oleh YB Dato Mah Siew Keong, Ahli Parlimen Teluk Intan dan YB Dato Azhar Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan dikedua - dua program tersebut.
ketika dalam Majlis bersama komuniti India YBDS Ahmad Husni menerima telefon bahawa sepupu beliau dimasukkan ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh kerana pendarahan kepala akibat Tumor Otak, selesai majlis YB DS Ahmad Husni berkejar ke Hospital Ipoh untuk menyelesaikan hal keluarga.
Begitu lah sibuknya seorang pemimpin yang sentiasa mengambil berat hal rakyat bukan saja di kawasan Parlimen Tambun, hal Negara malah dikawasan - kawasan lain malah hal keluarga juga tidak terkecuali seorang pemimpin seperti YB DS Ahmad Husni mengambil berat.
Jika di amati bilakah masa untuk berehat, bila kah masa untuk bersama keluarga sendiri, masa kebanyakan nya di curah kan kepada Negara dan Rakyat, itu lah rutin kehidupan seorang pemimpin bernama Ahmad Husni Hanadzlah, PENAT DAN LETIH TIADA DALAM DAIRI KEHIDUPAN BELIAU.
TERIMA KASIH YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH. | |
anakbukitgantang says Posted: 17 Dec 2014 03:18 AM PST 35 Muslim scholars answered 24 liberals views on Islam # an open letter to The Star Posted: 16 Dec 2014 11:31 PM PST Letter to the Editor, STAR BY MUSLIM SCHOLARS ON THE POSITION OF SYARIAH LAW IN RESPONSE TO THE 25 TOP MALAY FIGURES 15 th December 2014
We agree with the 25 top Malay figures that a solution must be found to "the continuing unresolved disputes on the position and application of Islamic laws in this country." [The Star 8 December 2014:Need for a consultative process] The disputes are rooted in the tension created by the marginalisation of Islamic Law and administration in the Federal Constitution as State matters with very limited jurisdiction which goes against the wishes of Muslims, who constitute the majority here, to live under Sharia law. The 2013 worldwide survey by the Pew Research Center found that "overwhelming percentages of Muslims in many countries want Islamic law (sharia) to be the official law of the land" but applicable only to their country's Muslim population. In Malaysia 86%, and Indonesia 72%, of Muslims participating in the survey favoured making Sharia the official law. The top 25 Malay figures confirm the Pew survey finding when they write: "As Muslims, we want Islamic law, even more than civil law, to meet the highest standards of justice precisely because it claims to reflect divine justice." Muslims believe it is incumbent upon them to live according to the teachings of the Sharia; to enjoin the good and forbid evil and to promote justice. For over a thousand years, before the coming of Western colonialism, Sharia played a central role in the lives of Muslims and in state administration The colonisation of Muslim societies by the Western powers led to the ossification of the Sharia judicial system. Its jurisdiction was confined largely to legal issues connected with family and marital matters. It had no role in public law, commerce, trade, industrial relations and other important areas of human activity. Hence, it was disabled by the colonial administration to grow and develop in order to meet the challenges of modernity. On the impact of colonialism on the development of Islamic law in the Malay States, a British educationist R.J. Wilkinson wrote: "There can be no doubt the Muslim Law would have ended by becoming the law of Malaya had not British law stepped in to check it." No country can ignore the wishes of such large majorities without adverse consequences to stability and peace. We need to find ways to accommodate the Muslim need for Sharia within a democratic constitutional framework without impinging on the rights of minorities. Therefore, the Government should set up a high-powered committee to review our Federal Constitution and to recommend amendments to incorporate the needs of the Muslims and entrench the rights of minorities. A constitution is not cast in stone as to be unchangeable. It is a living document and has to grow with the changing needs of our people. The committee should consist of Muslim and non-Muslim experts on Constitutional law, Islamic law and other relevant fields. It should, in addition to reviewing the Federal Constitution, address the weaknesses in the current truncated Sharia judicial system and make recommendations to overcome them. The criticisms aimed at Islamic law and administration by the 25 top Malay figures are not helpful in promoting discussion and debate on the issues as they are too general for comment. For example, they allege that Sharia Criminal Offences laws of Malaysia "are in conflict with Islamic legal principles and constitute a violation of fundamental liberties…" They have not provided any evidence to support their bare allegation. The charge is serious for it reflects on the competence of the state governments, state legal advisors and the Attorney General. How can they approve laws that are contrary to Islamic legal principles? We are heartened by the initiative of retired senior civil servants, judge, diplomats and feminists to publicly address the alleged injustice and weakness in Islamic law and administration. We hope they will show similar concern on other issues such as the growing disparity between the rich and poor, the destruction of our environment, erosion of moral and ethical values, corruption, abuse of power and issues of governance. It will also be beneficial to the nation for them to share their knowledge, experience, expertise and time with civil society organisations to promote social-justice, environmental protection and national unity. Mohd Azmi Abdul Hamid , Presiden Malaysian Consultative Council of Islamic Organization ( MAPIM ) Sohibus Samahah Tan Sri Dr Hj Harussani bin Hj Zakaria , Mufti of Perak Sohibus Samahah Datuk Dr Wan Salim Mohd Nor , Mufti of Penang Dato' Wan Mohamad Dato' Syeikh Aziz , Former Director General , JAKIM Datuk Syeikh Mohd Nor Mansur Al Hafiz , Former Director of Islamic Department of Perak Datuk Dr. Hj Awang bin Sariyan , Director General , DBP Prof. Dato' Dr. Ir. Wan Ramli bin Wan Daud , Professor of Chemical Engineering UKM Prof. Dr. Tengku Mohd bin Tengku Sembok , Computer Science, Former Deputy Vice Chancellor Univ. Pertahanan Malaysia Prof Ismail Mohd, Profesor Mathematics , UniMaP Prof. Emer. Dr. Shaharir bin Mohammad Zain , Professor of Mathematics, Former Dep. Vice Chancellor UKM Dato Hj Sulaiman Abdullah , Former Law Lecturer UM Datin Dr Mehrun Siraj , Former Law Professor , Former Commissioner of SUHAKAM. Prof Dr. Wan Mokhtar Wan Yusof , Professor of Microbiology UKM Prof Dr. Khairuddin Omar , Professor of Computer Science UKM Prof. Dr. Mohamed Aslam bin Mohamed Haneef , Professor of Economics UIAM Prof. Dr. Mohd Sahaid Khalil , Faculty of Engineering and Architecture, UKM Prof. Dr. Husna Azhari, Faculty of Engineering and Architecture, UKM Prof. Dr . Mohd Nazari Ismail , Dean Faculty of Business and Accounting ,University of Malaya Prof Dr. Khairudin Omar , Computer Science , UKM Prof Dr. Mohamed Aslam b. Mohamed Haneef , Economist , UIAM Prof. Madya Dr. Ahmad Shahbari @ Sobri b. Salamon , Chairman of Syariah Advisory Board , Bank Islam Prof. Madya Dr. Aidil Abd Hamid , Microbiochemistry UKM Prof. Madya Dr. Zaini Hamzah, Nuclear Scientist, UiTM Prof Madya Dr. Mat Rofa Ismail , Professor in Etnomatematik , UPM. Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir, Mathematician , Felo INSPEM, Dr. Mohd Roslan Mohd Nor , Secretary Ulama Assoc. of Malaysia , Deputy Director (Research & Development), Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Dr Halim Muhammady , Vice Chair of WADAH , Chairman of Bairuni Research Consultant, Former Head Of Quranic Studies Department , Faculty of Islamic Studies, UKM Hj Ahmad Awang , Former Director of Islamic Center , Malaysia Hj Abdul Ghani Samsudin , Chairman of Secretariate for the Assembly of Ulama Asia , Former Head Department of Basic Social Studies , Faculty of Education , Universiti Malaya. Dinsman ( Shamsuddin Osman ) , Presiden PAKSI Datin Aminah Zakaria , Chair of Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia, Former Principal of Kolej Islam Klang Ir Hj Asari Daud, Former Deputy Director of DID Ir .Kassim Muhammad , Former Director DID , Perlis | Kumpulan 25 Kena balun dengan Tokoh Islam 35 Posted: 16 Dec 2014 06:13 PM PST | 24 Tokoh Pemikir Islam "Moderat". Seoramh dari mereka Tan Sri Abdul Rahim Haji Din telah menarik diri secara rasmi dari Kumpulan 25 ini.
|
17 Disember, 2014
33 pemikir Islam tolak kenyataan 25 tokoh Melayu terkemuka
MEMORANDUM DI DALAM Seramai 33 orang pemikir Islam terdiri daripada ahli akademik dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) menyatakan pendirian menolak kenyataan dikeluarkan oleh 25 tokoh Melayu terhadap undang-undang dan pentadbiran Islam di Malaysia.
Presiden Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kritikan yang dilontarkan 25 tokoh Melayu tersebut tidak banyak membantu dalam menganjurkan perbincangan dan perdebatan mengenai isu-isu terbabit kerana terlalu umum untuk diulas.
"Misalnya mereka mendakwa undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan Islam dan mencabuli hak-hak kebebasan yang penting.
"Perkara ini serius kerana ia mencerminkan sejauh mana kecekapan kerajaan negeri, penasihat perundangan negeri dan Peguam Negara. Bagaimana mereka boleh meluluskan undang-undang yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam?," katanya pada sidang media, Isnin.
Perkara berkenaan disuarakan sebagai mengulas tindakan 25 tokoh Melayu terkemuka tanah air yang meminta jalan penyelesaian dicari bagi menangani pelbagai pertikaian berterusan mengenai kedudukan dan pelaksanaan perundangan Islam di negara ini.
BERIKUT KAMI SIARKAN SEPENUHNYA MEMORANDUM TERSEBUT
MEMORANDUM PENDIRIAN PEMIKIR ISLAM TERHADAP PANDANGAN 25 TOKOH MELAYU MENGENAI UNDANG-UNDANG SYARIAH
15 Disember 2014
Kami bersetuju dengan pandangan yang disuarakan oleh 25 tokoh Melayu terkemuka tanah air bahawa jalan penyelesaian perlu dicari bagi menangani "pelbagai pertikaian yang berterusan mengenai kedudukan dan pelaksanaan perundangan Islam di negara ini." [The Star, 8 December 2014: Need for a consultative process]
Pertikaian itu berpunca daripada ketegangan yang lahir daripada marginalisasi undang-undang dan pentadbiran Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai perkara Negeri yang mempunyai bidang kuasa yang sangat terbatas. Ia bercanggah dengan hasrat orang Islam, yang merupakan majoriti penduduk, untuk hidup di bawah undang-undang Syariah.
Dalam tinjauan Pew Research Center di seluruh dunia pada 2013, ia mendapati "peratusan besar Muslim di banyak negara mahu undang-undang Islam (syariah) dimaktubkan sebagai undang-undang rasmi di negara mereka tetapi cuma dilaksanakan ke atas penduduk Islam sahaja. 86% penduduk Muslim di Malaysia dan 72% di Indonesia yang ditemubual dalam tinjauan tersebut mahu undang-undang syariah dilaksanakan di negara mereka.
25 tokoh Melayu terkemuka di negara ini memperakui hasil penemuan Pew berkenaan apabila mereka menulis: "Sebagai orang Islam, kami mahu melaksanakan hukum Islam lebih daripada undang-undang sivil, demi memenuhi standard tertinggi kehakiman kerana ia mencerminkan keadilan Tuhan".
Orang Islam percaya mereka dituntut untuk menjalani kehidupan mengikut ajaran yang ditetapkan oleh syariah; mengamalkan perkara yang baik dan menjauhkan perkara mungkar demi menegakkan keadilan. Lebih seribu tahun sebelum kedatangan kolonialisme Barat, undang-undang Syariah memainkan peranan penting dalam kehidupan orang Islam dan dalam pentadbiran negeri.
Kolonisasi masyarakat Islam oleh kuasa Barat membawa kepada peminggiran sistem perundangan Islam. Bidang kuasanya terbatas kepada isu-isu perundangan berhubung kekeluargaan dan hal-hal perkahwinan. Ia tidak mempunyai sebarang peranan dalam undang-undang awam, perdagangan, perniagaan, hubungan industri dan aktiviti lain yang penting kepada kehidupan manusia. Oleh itu, sukar bagi perundangan Islam untuk berkembang dalam usaha memenuhi cabaran kemodenan.
Berhubung kesan kolonialisme ke atas perkembangan undang-undang Syariah Islam di negeri-negeri Melayu, pakar pendidik British R.J. Wilkinson menulis: "Tidak diragui Undang-undang Islam akan menjadi undang-undang di Malaya jika undang-undang British tidak campur tangan untuk menghalangnya"
Tidak ada negara yang boleh mengabaikan hasrat sebahagian besar rakyatnya tanpa kesan buruk terhadap kestabilan dan keamanan. Kita perlu mencari jalan untuk memenuhi tuntutan orang Islam terhadap pelaksanaan undang-undang Syariah dalam kerangka kerja perlembagaan yang demokrasi tanpa mencabuli hak-hak golongan rakyat minoriti.
Sehubungan itu, Kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa tertinggi untuk menyemak semula Perlembagaan Persekutuan kita dan menyarankan pindaan untuk memasukkan segala keperluan penduduk Islam serta menegakkan hak-hak golongan minoriti di negara ini. Perlembagaan bukanlah sesuatu yang tidak boleh di ubah. Ia merupakan dokumen kehidupan dan perlu berkembang selaras dengan perubahan yang diinginkan oleh rakyat.
Jawatankuasa berkenaan perlu terdiri daripada pakar-pakar Islam dan bukan Islam mengenai undang-undang Perlembagaan, undang-undang Syariah Islam dan bidang-bidang lain yang berkaitan dengannya. Selain menyemak semula Perlembagaan Persekutuan, ia perlu mengetengahkan segala kelemahan yang ketara dalam sistem perundangan Syariah semasa dan mengemukakan saranan untuk menanganinya.
Kritikan yang ditujukan kepada undang-undang dan pentadbiran Islam oleh 25 tokoh Melayu terkemuka itu tidak banyak membantu dalam menganjurkan perbincangan dan perdebatan mengenai isu-isu terbabit kerana ia terlalu umum untuk diulas. Misalnya mereka mendakwa undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia "adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan Islam dan mencabuli hak-hak kebebasan yang penting.." Mereka tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan tersebut.
Dakwaan itu adalah serius kerana ia mencerminkan sejauh mana kecekapan kerajaan negeri, penasihat perundangan negeri dan Peguam Negara. Bagaimanakah mereka boleh meluluskan undang-undang yang bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan Islam?
Kami terharu dengan inisiatif yang ditunjukkan oleh pesara penjawat awam, hakim, diplomat dan kumpulan pejuang hak asasi wanita yang secara terbuka membuat dakwaan mengenai ketidakadilan dan kelemahan dalam undang-undang dan pentadbiran Islam di negara ini. Kami berharap mereka akan menunjukkan keprihatinan yang sama terhadap isu-isu lain yang sama pentingnya seperti jurang yang semakin melebar di antara golongan kaya dan miskin, kemusnahan alam sekitar, kemerosotan nilai-nilai moral dan etika, rasuah,
penyalahgunaan kuasa dan isu-isu pentadbiran. Negara juga akan mendapat manfaat jika mereka sudi berkongsi pengetahuan, pengalaman, kepakaran dan masa mereka dengan pertubuhan masyarakat sivil demi menggalakkan keadilan, perlindungan alam sekitar dan penyatuan rakyat.
Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysian ( MAPIM )
Sohibus Samahah Tan Sri Dr Hj Harussani bin Hj Zakaria, Mufti Negeri Perak D.R
Sohibus Samahah Datuk Dr Wan Salim Mohd Nor, Mufti Negeri Pulau Penang
Dato' Wan Mohamad Dato' Syeikh Aziz, Mantan Ketua Pengarah Director, JAKIM
Datuk Syeikh Mohd Nor Mansur Al Hafiz, Mantan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak
Datuk Dr. Hj Awang bin Sariyan, Ketua Pengarah, DBP
Prof. Dato' Dr. Ir. Wan Ramli bin Wan Daud, Profesor Kejuruteraan Kimia, UKM
Prof. Dr. Tengku Mohd bin Tengku Sembok, Pofesor Sains Komputer, Mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Pertahanan Malaysia
Prof Ismail Mohd, Profesor Matematik, UniMaP
Prof. Emer. Dr. Shaharir bin Mohammad Zain, Profesor of Matematik, Mantan Timbalan Nain Canselor UKM
Dato Hj Sulaiman Abdullah,
Mantan Profesor Undang-undang UM
Datin Dr Mehrun Siraj, Mantan Professor Undang-undang, Mantan Ahli Suruhanjaya SUHAKAM.
Prof Dr. Wan Mokhtar Wan Yusof, Profesor Mikrobilogi UKM
Prof Dr. Khairuddin Omar, Professor Sains Komputer UKM
Prof. Dr. Mohamed Aslam bin Mohamed Haneef, Profesor Ekonomi UIAM
Prof. Dr. Mohd Sahaid Khalil, Fakulti Kejuruteraan dan Senibina, UKM
Prof. Dr. Husna Azhari, Fakulti Kejuruteraan dan Senibina, UKM
Prof. Dr . Mohd Nazari Ismail, Dekan Fakulti Perniagaan dan Akaun, UKM
Prof Dr. Khairudin Omar, Sains Komputer UKM
Prof Dr. Mohamed Aslam b. Mohamed Haneef, Economis, UIAM
Prof. Madya Dr. Ahmad Shahbari @ Sobri b. Salamon, Pengerusi Penasihat Syariah, Bank Islam
Prof. Madya Dr. Aidil Abd Hamid, Microbiokemistri UKM
Prof. Madya Dr. Zaini Hamzah, Saintis Nuklear, UiTM
Prof Madya Dr. Mat Rofa Ismail, Professor in Etnomatematik, UPM.
Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir, Pakar Matematik, Felo INSPEM,
Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Setiausha Agong Persatuan Ulama Malaysia, Timbalan Pengarah (Research & Development), Akademi Pengajian Islam University Malaya,
Dr Halim Muhammady, Naib Presiden WADAH, Pengarah Perunding Penyelidikan Bairuni, Mantan Ketua Jabatan Pengajian Quran, Fakulti Pengajian Islam UKM,
Hj Ahmad Awang, Mantan Pengarah Pusat Islam, JPM
Hj Abdul Ghani Samsudin, Pengerusi SHURA, Mantan Ketua Jabatan Sains Sosial, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Dinsman (Shamsuddin Osman), Presiden PAKSI
Datin Aminah Zakaria, Pengerusi SALIMAH, Mantan Pengetua Kolej Islam Klang,
Ir Hj Asari Daud, Mantan Timbalan Pengarah JPS
Ir. Kassim Muhammad, Mantan Pengarah JPS Negeri Perlis
Sumber : Agendadaily.com |
| |
bumiyang Posted: 17 Dec 2014 03:17 AM PST |
Aspirasi Bangsa Posted: 17 Dec 2014 01:15 AM PST |
Belantan Posted: 16 Dec 2014 11:49 PM PST DAP tolak hudud Pas? Posted: 16 Dec 2014 04:29 AM PST Barisan pemimpin DAP, Pas dan PKR yang hadir dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Petaling Jaya, semalam. Resolusi diluluskan sebulat suara 938 perwakilanPerjuangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud semakin sukar apabila DAP menegaskan pakatan pembangkang tidak akan melaksanakan undang-undang Islam itu jika berjaya memerintah negara selepas pilihan raya umum akan datang. Pendirian DAP itu juga diperkukuhkan melalui satu resolusi menolak pelaksanaan hukum hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan yang diluluskan sebulat suara oleh 938 perwakilan semasa Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Petaling Jaya semalam. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, penolakan hukum hudud perlu dimuktamadkan kerana itu adalah aspirasi pengundi dalam memberi sokongan kepada pembangkang untuk merampas Putrajaya. "Untuk menang Pilihan Raya Umum ke-14, kita mesti ada pendirian tegas, kedudukan jelas bahawa pakatan pembangkang yang memerintah di Putrajaya tidak akan melaksanakan undang-undang hudud. "Itu mesti jelas sama sekali, kerana itulah aspirasi pengundi-pengundi sederhana bukan pengundi ekstrem," katanya ketika ucapan perasmian di persidangan itu. Yang turut hadir, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali. Bagaimanapun, Pas hanya diwakili Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Hatta Ramli. Ketiadaan pemimpin kanan Pas dalam persidangan itu menimbulkan persoalan tentang hubungan kedua-dua parti yang semakin tegang dan telah berlarutan sejak enam bulan lalu berikutan krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor. Baru-baru ini, pemimpin kedua-dua parti turut bertikam lidah apabila Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang. Sementara itu, dalam ucapannya, Guan Eng turut menyatakan kesetiaan DAP menunggu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan hukuman penjara akibat kesalahan liwat. "Di sini saya ingin memberi jaminan kepada Kak Wan (Wan Azizah), sekiranya Anwar masuk penjara, jangan bimbang kita akan tunggu sampai beliau keluar penjara," katanya. Sebelum ini, DAP telah menyatakan pendirian untuk menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum. Selain Guan Eng, Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai dalam ucapannya turut mempersoalkan beberapa pihak yang cuba memperkenalkan undang-undang bersifat keagamaan di negara ini. Beliau yang tidak menjelaskan perkara itu secara khusus berkata, Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara, justeru sebarang dasar yang cuba mencabulinya tidak boleh dibiarkan. Dalam pada itu, perwakilan dari Perak, Wong Kah Woh semasa perbahasan meminta mana-mana pemimpin pakatan pembangkang yang tidak bersetuju dengan keputusan dibuat gabungan itu supaya segera berundur. "Ini penting, pemimpin daripada parti yang ingkar untuk ikut keputusan tersebut atau mahu vetokan keputusan, beliau tidak layak jadi pemimpin dan harus undur diri," katanya tanpa merujuk kepada mana-mana parti. Suara Politik Belantan | Krisis Tebusan Sydney: 3 mati selepas digempur polis! Posted: 16 Dec 2014 12:22 AM PST AUSTRALIA – Krisis tebusan di sebuah kafe di Sydney berakhir lewat malam semalam apabila pasukan polis menembak mati pengganas yang menawan hampir 15 orang sejak pagi. Walaubagaimanapun, operasi gempur yang dijalankan pada pukul 12.40 pagi (waktu tempatan) itu turut mengorbankan dua orang awam yang menjadi tebusan selama 16 jam. Menurut laporan media tempatan, mereka yang terbunuh adalah pengurus kafe, Tori Johnson, 34 dan seorang peguam, Katrina Dawson, 38. Sementara itu, empat mangsa lain dilaporkan cedera termasuk seorang anggota polis. Sydney semalam dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki bersenjata yang kemudiannya dikenalpasti sebagai pelarian dari Iran telah menawan sebuah kafe di pusat bandar. Kafe Lindt Chocolat terletak di sebuah pusat membeli-belah yang sering menjadi tumpuan ramai di Martin Place. Man Haron Monis Lelaki bersenjata terbabit dikenali sebagai Man Haron Monis telah memaksa dua tebusan memegang bendera hitam bertulisan Arab di cermin kafe. Suspek melarikan diri dari Iran ke Australia pada tahun 1996 untuk mendapat suaka politik di mana beliau menukar namanya kepada Man Haron Monis dan menggunakan gelaran Sheik Haron. Monis juga pernah didakwa atas beberapa kesalahan jenayah. Monis dilapurkan tidak mendapat sokongan umat Islam arus perdana dan sebelum ini pernah menarik perhatian media melalui kempen "surat kebencian" iaitu bantahan kehadiran pasukan Australia di Afghanistan.- theguardianSuara Politik Belantan | |
APANAMA Posted: 16 Dec 2014 11:49 PM PST |
The Unspinners Posted: 16 Dec 2014 11:35 PM PST Langgar arahan ROS, DAP patut digantung pendaftatan Posted: 16 Dec 2014 09:00 PM PST Baru-baru ini DAP telah mengadakan konvensyen. Namun begitu, KMPP berkata konvensyen itu tak sah dan tidak sepatut diiktiraf oleh ROS atas sebab p emimpin DAP yang ada tidak sah maka tiada kuasa untuk memanggil persidangan kebangsaan. Arahan pihak ROS bertarikh 6. Desimber 2013 masih berkuatkuasa untuk melarang pemegang jawatan CEC yg masih belum disahkan dari membuat sebarang keputusan parti sehingga penyiasatan terhadap parti berkenaan selesai. Dengan demikian, semua ketetapan mahupun usul dan resolusi yang dipersetujui oleh perwakilan pada persidangan berkenaan yang dicapai telah melanggar arahan ROS. ROS tidak sepatutnya berdiam diri dan membiarkan pemimpin parti berkenaan berterusan memperlekehkan undang-undang negara. Membenarkan persidangan tersebut berjalan seolah2 perakui arahan bertarikh6.12.2013 sudah dibatalkan? Jika ia masih terpakai, mengapa tidak ada tindakan drastik diambil untuk menghentikan perbuatan melampau diluar jangkaan oleh pemimpin parti berkenaan? Tambah lagi, persidangan haram tersebut telah mengungkit isu ugama Islam yg bukan ruang bidang parti majoriti bukan Islam. Oramg ramai harus desak pihak ROS dalam menggunakan bidang kuasa mereka agar tidak mengiktiraf persidangan dan ketetapan yg dibuat kerana kepimpinan DAP. SELAIN ITU, PENDAFTARAN.DAP HARUS DIGANTUNG!!!! Terima kaseh | Bukan tak faham, saja nak provokasi Posted: 16 Dec 2014 05:00 PM PST Dah ada pula rancang nak demo hari jumaat dimasjid rawa. Hmmm .... penuh nanti suratkhabar cina, malaysian insider, mkini dan malay mail online di masjid untuk beri liputan. Mesti diperbesarkan ayat2 yg politically not correct yg diucapkan dalam kemarahan untuk diperbesarkan. Kalau tidak ada, nanti ada pula kata2 yg diputarbelit. Suka Guan Eng ... lagi dia dihentam, lagi cina simpati dan kembailkan balik sokongan yang merudum. | Anwar "megalomania" cuba rasuah Ronald Kiandee RM5 juta Posted: 16 Dec 2014 05:29 AM PST Anwar seorang megalomania, kata Zahrain 11:21PM Dec 15, 2014 Bekas Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sifat "megalomania" (berasa diri hebat dan berkuasa) dan hanya mementingkan agenda peribadinya. Zahrain berkata beliau juga secara peribadi berpendapat Anwar bukan seorang yang berwibawa dan tidak boleh dipercayai selepas berkesempatan untuk bekerjasama dengan Anwar dalam PKR. "Saya percaya beliau seorang megalomania. Saya percaya bahawa Anwar cuma mementingkan agenda peribadinya iaitu menawan Putrajaya 'dengan apa cara sekalipun" dan menganggap dirinya sebagai bakal perdana menteri," kata beliau semasa pemeriksaan utama oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Zahrain, Duta Besar Malaysia ke Indonesia memberi keterangan pada perbicaraan kes saman RM100 juta dikemukakan oleh Anwar terhadap Anifah berhubung kenyataan Menteri Luar itu pada sidang media di Washington pada Mei 2009. Ketika ditanya oleh Muhammad Shafee apakah pengertiannya mengenai kata-kata plaintif (Anwar) "dengan apa cara sekalipun', beliau menjawab "mungkin dia menawarkan wang atau jawatan". Zahrain dalam kenyataan saksi yang dikemukakan di mahkamah berkata beliau percaya apa yang plaintif maksudkan dengan perkataan "dengan apa cara sekalipun'ialah beliau (Anwar) akan menggunakan apa cara yang ada untuk memastikan parti gabungan PKR akan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru melalui tindakan menarik anggota kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti. "Ini termasuk dan tidak terhad kepada habuan kewangan untuk menarik anggota Parlimen BN untuk berbuat demikian," katanya. Zahrain berkata beliau mengenali Anwar sejak 2008 semasa pilihan raya umum apabila beliau (Zahrain) menjadi anggota Parlimen dan oleh kerana gabungan BN telah memenangi pilihan raya, Anwar tidak dapat menerima hakikat bahawa partinya telah tewas. "Anwar secara konsisten membuat kenyataan dalam media massa bahawa Kerajaan Persekutuan yang dipilih oleh rakyat akan tumbang kerana ramai anggota Parlimen daripada BN telah mengambil keputusan untuk melompat parti dan menyertai PKR untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru," katanya. Zahrain berkata, pada atau sekitar tahun 2008 selepas BN memenangi pilihan raya umum, beliau tidak yakin mengenai keupayaan Pakatan Rakyat untuk menerajui negara yang kemudian mendorong beliau untuk menjadi anggota Parlimen Bebas. "Pada masa itu, ada cakap-cakap mengenai tawaran yang dibuat kepada anggota Parlimen daripada BN untuk melompat parti dan PKR yang plaintif (Anwar) dakwa akan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru kerana beliau telah memperoleh sokongan daripada sekurang-kurangnya 32 lagi anggota Parlimen untuk tujuan itu. "Saya tahu bahawa Anwar telah menjanjikan habuan kewangan kepada beberapa anggota Parlimen BN dan kepada yang lain beliau menjanjikan jawatan tertentu jika parti pimpinan Anwar membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru," katanya. Zahrain juga berkata beliau secara peribadi tidak tahu bahawa plaintif mahu anggota Parlimen Kimanis (Anifah) untuk menyertai PKR dan Anwar telah bercakap mengenai perkara itu dengan beberapa pemimpin PKR. "Yang saya ingat ialah Wee Choo Keong, Datuk Zulkifli Nordin. Turut hadir pada masa itu ialah Chua Tian Chang, Datuk Johari Abdul, Datuk Rashid Din dan beberapa yang lain," katanya. Terdahulu, anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee memberitahu mahkamah bahawa seseorang telah menawarkannya RM5 juta untuk melompat parti dan menyertai PKR. "Saya menerima panggilan di rumah saya dengan pemanggil menawarkan kepada saya RM5 juta untuk melompat parti ke PKR. Pemanggil berkata dia dari PKR. saya tidak ingat namanya tetapi dia bertutur seperti loghat orang Sabah. "Saya ada memberitahu pegawai Cawangan Khas (SB) mengenai panggilan telefon ini dan memberikan nombor telefon pemanggil yang tercatat dalam log telefon saya kepada SB. Saya tidak ingat secara khusus tentang tarikh panggilan tetapi panggilan dibuat sebelum 16 Sept, 2008," kata Kiandee. Katanya beliau tidak ambil kisah tentang panggilan itu kerana tahu bahawa beliau tidak akan melompat parti. Ketika disoal oleh peguam Ranjit Singh yang mewakili Anwar sama ada beliau telah membuat laporan polis mengenai tawaran itu, saksi itu berkata "tidak". Anwar mengemukakan saman terhadap Anifah dan Kerajaan Malaysia pada 27 Mei, 2009, kerana mendakwa kenyataan Anifah pada sidang media di Washington, yang turut dihadiri oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu, Hillary Clinton telah mencemarkan nama baiknya. Anwar mendakwa kenyataan defendan yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan media asing, telah menimbulkan fitnah terhadap perwatakannya dan secara langsung dan tidak langsung menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan korup. | |
Panglima Perang Cyber Posted: 16 Dec 2014 11:32 PM PST @Zahid_Hamidi : 306 people held since POCA came into force | theSundaily Posted: 16 Dec 2014 10:58 PM PST
Zahid: 306 people held since POCA came into force
Posted on 15 December 2014 - 05:22pm Last updated on 16 December 2014 - 10:34am KUALA LUMPUR: Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (pix) today said 306 people have been arrested for suspected involvement in illegal activities since amendments to the Prevention of Crime Act (POCA) came into force in April. The amendments include provisions that allow a person to be detained without trial for up to two years. Ahmad Zahid said 10% of the 306 were freed while the rest will face prosecution or detention under the new provisions of the Act. He said the order to detain an individual without trial will only be made after the Prevention of Crime Board, a five-man panel headed by a judge thoroughly examines a case and deems it fit to do so in public interest. "The amendments are not just to eradicate crime but to prevent it as well," he said at the Police Officer's College in Cheras after a handing over of duties ceremony between new Deputy Inspector-General of Police Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim and police administration department director Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun who was acting DIGP. On the proposed Anti-Terrorism Act which will be enacted next year, Ahmad Zahid said apart from holding discussions with law practitioners, the government was also engaging with non-governmental organisations involved in crime prevention before a detailed study is carried out. He said the papers would be tabled in Parliament by end of February next year. Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar said to maintain national security there was a critical need for preventive laws in thwarting militancy in the country. He said the police have also provided their feedback and suggestions to the Attorney-General's Chambers on essential laws that should be considered for the Anti-Terrorism Act. "Those who go overseas to become militants and then return home may pose a potential threat to the country. This is where we need to take steps to avoid untoward incidents." he said. - See more at: http://m.thesundaily.my/node/285898#sthash.yTOdMEy6.dpuf
Sent from my iPhone
| Jawapan Ridhuan Tee 'Siapakah Ekstremis Sebenarnya' Isu Surat 25 Bekas Penjawat Awam Posted: 16 Dec 2014 08:24 PM PST
Siapakah ekstremis sebenarnya? RIDHUAN TEE ABDULLAH December 15, 2014
SANGAT geli hati membaca surat terbuka 25 Melayu yang dikatakan kononnya berpengaruh, berpangkat Tan Sri dan Datuk, pesara kerajaan, bercakap soal ekstremis di negara ini dan cara penyelesaiannya.
Semasa dalam perkhidmatan kerajaan, apa yang mereka lakukan? Apakah mereka benar-benar memanfaatkan jawatannya untuk kepentingan agama, bangsa dan negara? Jarang sekali saya melihat ada pegawai tinggi kerajaan sebegini. Rata-rata mahu kekalkan jawatan tingginya dan kalau boleh disambung kontrak demi kontrak.
Ingin juga saya bertanya, adakah sepanjang berada dalam perkhidmatan kerajaan dahulu, mereka ini semuanya bersih, bebas dari amalan rasuah? Sejauh mana penglibatan mereka dalam NGO selepas bersara atau hanya berjumpa dengan orang-orang pencen?
Sejauh mana pengetahuan agama Islam mereka hendak mempertikaikan institusi agama dan NGO yang dikatakan bertindak bertentangan dengan Perlembagaan dan konsep syura atau digelar ekstremis?
Mereka mendakwa mereka Muslim moderat? Apa maksud moderat? Islam bukan agama moderat. Islam adalah agama bersifat fundamental.
Biasakan berkata saya Muslim fundamental, bukan moderat. Fundamental, yakni Muslim yang benar-benar faham dan berpegang kepada agama Islam, atau menjadikan Islam sebagai way of life, bukan Islam pada kulit sahaja.
Mempertahankan agama dan hak kaum itu bukan ekstremis, tetapi fundamental. Lebih-lebih lagi penduduk asal. Ekstremis adalah mereka yang bertindak membuta-tuli atau membabi-buta atau membawa ajaran sesat.
Terus-terang, saya tidak berani menuduh Perkasa atau Isma itu ekstremis, walaupun ramai yang tidak menyukainya. Selalulah berbincang dan berdampinglah dengan NGO ini untuk memahami mereka dan hakikatnya.
Tidak dinafikan bahawa dialog antara agama dan peradaban itu sangat penting pada masa kini. Persoalannya, sejauh mana kita berlapang dada dan memahami makna keadilan.
Ramai hari ini melihat keadilan itu 1=1. Bukan meletakkan sesuatu kepada tempatnya. Itu yang menjadi ekstrem.
Izinkan saya menjawab saranan 25 tokoh Melayu itu.
Pertamanya, katanya pertembungan antara undang-undang sivil dan syariah. Sejauh mana tokoh Melayu ini faham tentang undang-undang dan masalah yang dihadapi. Saya sarankan pergi berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan barisan pakar mereka, untuk berdiskusi, sebelum mengeluarkan kenyataan. Seorang bekas hakim (peguam) belum tentu dia mahir undang-undang, jika dia jahil undang-undang Islam.
Kedua, katanya kurangnya kesedaran di kalangan orang ramai, termasuk pemimpin tertinggi, terhadap aspek perundangan dan had bidang kuasa institusi agama dan pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia. Persoalan saya, mereka mahir sangatkah?
Adakah benar bahawa undang-undang yang digubal, termasuk undang-undang Islam, tidak boleh bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara berkaitan kebebasan asasi manusia, pembahagian bidang kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri serta prosedur legislatif? Apakah tidak ada langsung keistimewaan Islam dalam Perlembagaan.
Ketiga, hak rakyat untuk membahaskan bagaimana agama Islam digunakan sebagai sumber undang-undang dan dasar awam di negara ini.
Persoalan saya, rakyat bagaimana yang ada hak untuk membahaskannya. Adakah terdiri daripada kalangan mereka yang sudah pencen?
Adakah mereka ini pakar? Kenapa dahulu semasa bekerja tidak syorkan? Kenapa terlalu lantang hari ini setelah pencen?
Keempat, perlunya mempertingkatkan kesedaran mengenai kepelbagaian yang wujud dalam pentafsiran teks dan ilmu feqah. Ingin saya bertanya, sejauh mana ilmu mereka dalam ilmu fiqh? Berapa kitab yang telah dibaca? Serahkan kepada yang pakar.
Dalam Pejabat Perdana Menteri dan badan perunding yang dilantik, sudah terlalu banyak pakar. Apakah 25 tokoh Melayu berasakan diri mereka terlebih pakar?
Kelima, melantik pemimpin-pemimpin yang berupaya menghidupkan budaya debat dan wacana yang terbuka dan koheren berhubung dengan pentadbiran undang-undang Islam di negara ini. Semua pakar tersebut telah ada. Perbincangan sedang berjalan, tetapi bukan berdebat seperti yang disyorkan.
Debat tidak akan selesaikan masalah, kerana debat mencari siapa benar, siapa salah. Sebetulnya, dialog, kerana dialog mencari apa yang benar, apa yang salah.
Sebenarnya semua keadaan ini berlaku disebabkan tuntutan ekstrem ultra kiasu. Umat Islam terpaksa bangun mempertahankannya.
Jika tidak, pasti agama Islam akan cair dalam negara berteraskan kepada Islam dan Melayu ini. Peliknya, kenapa mereka hanya menyalahkan umat Islam, tidak langsung merujuk kepada ultrakiasu yang mencetus dan melakukan provokasi. http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/ridhuan-tee-abdullah/siapakah-ekstremis-sebenarnya-1.341736
Sent from my iPhone | |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 16 Dec 2014 11:03 PM PST LIM GUAN ENG ADA SIGN SETUJU LAKSANA HUDUD SEBELUM PRU13 Posted: 16 Dec 2014 10:30 PM PST El Haraki hari ini mendedahkan satu surat perjanjian yang ditandatangani Setiausaha Agung, Lim Guan Eng yang menyatakan parti itu bersetuju dengan konsep Negara Islam yang diperjuangkan PAS.Ini sekaligus membuktikan DAP telah bersetuju dengan hudud yang akan dilaksanakan PAS. "Kami pemimpin tertinggi dalam PAS dan DAP menegaskan bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat adalah berteraskan kepada dasar bersama atau Manifesto Pakatan Rakyat yang mengikut konsep Negara Berkebajikan PAS dan perjuangan Adil Untuk Semua mengikut Perlembagaan Malaysia oleh DAP. "PAS berhak memperjuangkan akidah dan konsep Negara Islam secara sendiri. DAP juga berhak memperjuangkan Negara Berpelembagaan Berpalimen yang tidak sehaluan dengan konsep Negara Islam..,"kenyataan perjanjian itu dipetik. Persetujuan perjanjian itu dibuat sebelum Pilihanraya Umum ke-13 dan ditandatangani bersama oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Dalam masa sama, El Haraki turut menyiarkan kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, YB Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi yang menyatakan bahawa jika PR tidak mahu perpecahan, maka benarkan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.
| DEWAN ULAMA PAS TEMPELAK SIKAP DAP Posted: 16 Dec 2014 08:00 PM PST Dewan Ulama Pas menempelak sikap DAP yang berterusan mempertikaikan dasar Pas untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan sehingga menyebabkan keretakan hubungan antara pemimpin dalam pakatan pembangkang.
Sambil menegaskan Pas tidak akan tawar-menawar dalam menegakkan undang-undang Islam, Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan DAP menolak pelaksanaan itu merupakan serangan berangkai ke atas Pas yang berlarutan sejak krisis jawatan Menteri Besar Selangor tercetus beberapa bulan lalu.
Tegasnya, respons daripada pemimpin Pas untuk mempertahankan parti tidak boleh dielakkan, justeru pemimpin-pemimpin DAP sepatutnya lebih berhemah dalam setiap kenyataan melibatkan dasar Pas.
"Menegakkan undang-undang jenayah Islam termasuk hukum hudud adalah sebahagian perjuangan Pas yang tidak boleh tawar-menawar. Ia telah dikanunkan oleh Pas di Kelantan pada tahun 1993 dan di Terengganu pada 2002, jauh sebelum wujudnya pakatan pembangkang selepas 2008.
"Menjadi hak Pas untuk terus memperjuangkan pelaksanaan undang-undang ini di dua negeri majoriti Islam dengan pelaksanaannya terhadap penjenayah orang Islam sahaja melalui Mahkamah Syariah melainkan jika bukan Islam juga meminta untuk dilaksanakan ke atas mereka prinsip perundangan mutatis mutandis (perubahan-perubahan yang diperlukan atau penting)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas perkembangan terkini dalam pakatan pembangkang berikutan beberapa siri serangan terbuka oleh pemimpin DAP termasuk daripada Lim Guan Eng sendiri, khususnya berhubung isu hudud dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 kelmarin.
Guan Eng dalam nada kerasnya mendesak pakatan agar memuktamadkan pendirian untuk tidak melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang, kononnya perkara itu adalah aspirasi daripada penyokong pembangkang.
Persidangan tersebut yang dihadiri 938 perwakilan juga sebulat suara meluluskan resolusi menolak pelaksanaan hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan sekiranya pakatan pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya.
Mohd. Khairuddin berkata, Pas sentiasa menghormati hak demokrasi untuk DAP berbeza pandangan serta tidak bersetuju, namun sikap DAP berterusan mempertikai Pas adalah merupakan cubaan meretakkan hubungan dalam pakatan pembangkang.
Katanya, persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang adalah untuk menentang polisi Barisan Nasional (BN), bagaimanapun asas kepada persefahaman itu adalah setiap parti menghormati dasar dan perjuangan masing-masing.
"Dasar-dasar bersama yang boleh dikompromi menjadi sebahagian manifesto bersama dalam pilihan raya umum berasaskan konsep negara berkebajikan dan negara adil untuk semua. Dalam masa sama, setiap parti menghormati perbezaan dasar dan perjuangan yang dipegang, hal ini adalah asas kepada persefahaman pakatan pembangkang.
"Sikap DAP yang secara berterusan mempertikaikan hak Pas untuk memperjuangkan undang-undang ini di Kelantan khususnya, sangat tidak baik dan tidak wajar. Ia adalah cubaan meretakkan hubungan dalam pakatan," katanya. | HUDUD : SUDAH 20 TAHUN PAS TUNGGU, NAK TUNGGU SAMPAI BILA? Posted: 16 Dec 2014 06:39 PM PST
DAP tidak mempunyai hak untuk menghalang, sebaliknya perlu menghormati Pas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini. Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, hudud merupakan pegangan dan perjuangan yang telah lama dibawa Pas dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. "Jika DAP menghalang Pas untuk laksanakan hudud, ia seolah-olah tidak menghormati dan menzalimi Pas selaku rakan dalam pakatan. "Apa hak DAP untuk mengatakan tidak pada hukum hudud yang ingin dibawa Pas?" katanya, semalam. Beliau turut menegaskan tiada kesepaduan yang wujud dalam hubungan antara Pas, DAP dan PKR walaupun selepas sudah lama bersama sejak sekian lama. Menurutnya, kini jelas ketara DAP dan PKR hanya menggunakan Pas untuk mendapatkan lebih banyak kerusi pada Pilihan raya umum yang lalu.
Pas tidak akan menarik kembali perjuangan untuk melaksanakan hudud walaupun mendapat tentangan daripada rakan komponen, DAP.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, perjuangan Pas terhadap isu itu bukan baru tetapi sudah melangkaui 20 tahun.
Menurutnya, pelaksanaan hudud sudah mendapat 'lampu hijau' daripada Kerajaan Pusat dan tiada sebab untuk Pas menghentikannya.
"Dulu... kita dapat 'lampu merah', macam-macam dihalang. 20 tahun Pas terus berusaha untuk hudud. Tetapi sekarang BN dah buka jalan. Kita juga sudah melepasi negeri, jadi tidak ada sebab untuk mana-mana pihak nak mintak Pas berhenti.
"Konsensus negeri (Kelantan) juga sudah setuju di mana Umno dan Pas setuju untuk laksanakan (hudud), seharusnya keputusan ini dihormati," katanya, semalam.
Beliau berkata, Pas memegang dasar demokrasi dan yakin untuk bentangkan Rang Undang-undang mengenai hudud di Parlimen-17 Disember 2014
| PAS BERI KATA DUA KEPADA LIM GUAN ENG Posted: 16 Dec 2014 03:33 AM PST | |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 16 Dec 2014 09:37 PM PST |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 16 Dec 2014 09:18 PM PST |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 16 Dec 2014 03:27 PM PST Foto peha gebu Dyana Sofya di Persidangan DAP viral di FB Posted: 16 Dec 2014 08:00 AM PST Beberapa keping foto Dyana Sofya yang agak daring diambil dari sudut depan sedang berlegar-legar di laman Facebook. Foto berkenaan diambil ketika Persidangan Parti DAP 2014. Di dalam foto berkenaan, Dyana hanya mengenakan uniform putih rasmi DAP dengan skirt pendek atas lutut. Beberapa netizen menawarkan diri untuk memeliki hati beliau, dengan niat untuk membimbing. Malah ada juga yang berfikiran lebih terbuka dengan mengatakan inilah gaya orang muda sekarang berpolitik. | Lawyers For Liberty Dakwa PAS Obses Seks, Hudud Zalim Posted: 16 Dec 2014 04:01 AM PST Badan bukan kerajaan (NGO) Lawyers for Liberty melalui Pengarah Eksekutifnya Eric Paulsen hari ini, mengatakan bahawa hukum undang-undang Hudud adalah zalim dan tidak berperlembagaan. Menerusi Twitter, Eric berkata dia tak faham mengapa PAS tetap mahu laksanakan hukum Hudud dan mendakwanya satu obsesi kepada parti yang berlandaskan Islam itu. Dalam satu tweet lain, Eric berkata PAS obses dengan seks apabila memasukkan peruntukan larangan bersetubuh dengan isteri melalui dubur atau liwat dalam hukum Hudud yang dicadangkan mereka, seterusnya menimbulkan persoalan sama ada hudud dan Islam adalah berkaitan dengannya (seks). Kelantan akan membentangkan pindaan dalam Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaah 2014) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, 29 Disember depan. Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menerusi sidang media berkata, pembentangan dibuat bagi membolehkan satu rang undang-undang persendirian dibawa ke sesi sidang Dewan Rakyat akan datang. Hadir sama dalam sidang media tersebut adalah Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Yaakob dan exco negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood. Bernama pada 30 November melaporkan, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hudud akan bermesyuarat pada bulan ini untuk merumus dan mencadangkan kepada kerajaan negeri serta pusat bagi memastikan ia dapat direalisasikan tahun depan. Eric dilihat sependapat dengan DAP yang jelas tidak mahu hukum Hudud dilaksanakan di negara ini kerana pada parti itu, ia tiada dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi kerajaan pusat pula, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, terserah kepada Kelantan bila mahu membentangkan perkara itu (hudud) di Parlimen. Berkenaan Rang Undang-Undang Hudud yang akan dibentangkan, antara pindaan yang dibuat adalah larangan melakukan liwat ke atas isteri yang boleh membawa hukuman di bawah Takzir. – MYNEWSHUB.CC | Ibu muda tak senonoh...! Posted: 16 Dec 2014 01:55 AM PST KUALA KEDAH - Seorang ibu muda tergamak menjadikan anak kecilnya sebagai teman melepaskan gian bersama penagih lain di Jambatan Tok Pasai, di sini, semalam. Wanita berusia 19 tahun berasal dari Pulau Pinang itu mengaku menggunakan wang upah mengutip derma bagi sebuah pertubuhan amal untuk membeli dadah. Kegiatannya terbongkar selepas Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah bersama 31 anggota penguatkuasa AADK Kota Setar dan Padang Terap melakukan serbuan di kawasan terbabit. Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mohammad Nazer Mustafa berkata, seramai 65 penagih dadah termasuk pasangan suami isteri berusia antara 19 hingga 60 tahun ditahan. "Ketika serbuan, ada penagih terjun ke sungai untuk meloloskan diri dan ada juga yang bawa anak termasuk pasangan muda suami isteri," katanya. Menurutnya, semua penagih yang ditahan didapati positif dadah jenis opiat dan syabu. "Seramai 62 penagih diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, di sini untuk siasatan.Mereka disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan 1983) Pindaan 1998, dan tiga yang lain disiasat mengikut Seksyen 6 (2) akta sama kerana melanggar syarat-syarat pengawasan," katanya. | Penjelasan Tunku Hanis Tentang Foto ‘Gaduh’ Dengan Liza Abdullah.. Posted: 15 Dec 2014 11:01 PM PST Semalam, beberapa blog tempatan telah menyiarkan foto 'pergaduhan' yang berlaku antara pelakon Liza Abdullah dengan Tunku Hanis di lokasi tidak diketahui. Dikatakan, kedua-duanya berperang besar hingga terpaksa ditenangkan oleh orang ramai. Foto tersebut secara tak langsung mengundang pelbagai komen daripada netizen termasuklah kritikan negatif yang mengaitkan para artis dengan perangai buruk. Hakikatnya, ia hanyalah babak lakonan dalam sebuah drama yang melibatkan kedua-dua pelakon itu! Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Tunku Hanis menerusi Murai.com yang memberitahu, dia agak terkejut dengan penyebaran foto itu. "Bukan sahaja terkejut malah saya rasa kelakar pula sebab saya dan Kak Liza memang sangat baik dan memang ketika itu saya suruh Kak Liza berlakon seperti kami bergaduh betul. "Tak mungkin saya nak bergaduh dengan dia, saya hormat dirinya sebagai seorang pelakon hebat dan senior," katanya. Hai, tak pasal-pasal jadi mangsa fitnah pula… Tak mengapalah kerana mungkin Tunku Hanis dan Liza boleh berbangga kerana lakonan mereka benar-benar menjadi! -MYNEWSHUB.CC | Isteri kehausan, setahun tak dapat nafkah batin Posted: 15 Dec 2014 10:01 PM PST Setahun tak dapat nafkah batin
Suami saya tidak beri nafkah batin selama lebih setahun. Apakah yang patut saya buat? Sampai bila saya hendak bersabar. Umur suami saya sekarang 59 tahun.
* Isteri Kehausan, Perak.
UKE: Akak, kalau agak-agak kehausan pergilah minum. Jangan marah, gurau saja. Puan, mungkin suami puan ada masalah kesihatan, cubalah berterus terang kepada suami. Kalau dia sakit sama-samalah pergi berubat. Sekarang dah banyak doktor sakit puan dan sakit tuan. Bawalah berbincang ya.
Hukum mencium alat sulit isteri
Saya baru berkahwin. Apa hukumnya mencium kemaluan isteri sewaktu melakukan hubungan intim. Minta penjelasan ustaz.
* Astian, Sarawak.
UKE: Cik Astian, suami isteri dihalalkan melakukan sebarang aktiviti hubungan kelamin selagi mana tidak melakukan perbuatan yang haram atau pada masa yang diharamkan. Itu sajalah jawapan saya. Panjang-panjang saya malu nak jawab.
- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/suami-berkawan-dengan-lelaki-sotong-1.36220#sthash.1nQsJno9.dpuf | Terengganu, Kelantan catat rekod paling lama layari web lucah Posted: 15 Dec 2014 09:52 PM PST PETALING JAYA: Orang-orang dari Pantai Timur Malaysia menghabiskan masa yang paling lama untuk melihat pornografi di internet, sebuah syarikat video dalam talian mengesahkan.
Statistik oleh Pornhub mendedahkan bahawa pengguna internet di Kuala Terengganu menghabiskan purata 12 minit dan 58 saat untuk setiap lawatan sama ada untuk mencari atau melihat visual.
Warga Malaysia di Kuala Lumpur menduduki tempat kedua, dengan purata 12: 29.
Ini diikuti oleh pengguna internet di Kota Bahru dan Miri, yang mencatatkan penerokaan dengan purata 12: 27 seorang, bagi setiap lawatan.
Ini adalah tempoh masa lanjutan yang dilakukan Pornhub secara global bertajuk 'Who Lasts Longest' dengan mengumpul dan memperincikan masa yang digunakan di laman web oleh orang-orang di seluruh dunia.
Empat bandar di Malaysia mencatatkan purata penggunaan Pornhub lebih tinggi berbanding Malaysia sendiri (12: 05), yang merupakan antara yang tertinggi di Asean.
Filipina (14: 22) mendahului senarai sebagai salah sebuah negara yang mana penggunanya adalah paling tinggi (atau paling lama) di dunia.
Malaysia diikuti oleh Myanmar (10: 54), Indonesia (10: 11), Singapura (9: 50), Brunei (9: 45), Laos (8: 28), Vietnam (8: 24), Thailand (8: 15) dan Kemboja (8: 07).
Bercakap kepada The Star, Naib Presiden Pornhub Corey Price berkata sesetengah negara mungkin telah mencatatkan tempoh masa yang lebih lama untuk setiap lawatan kerana mereka telah mencari video yang betul.
"Kadang-kadang, proses pemilihan boleh memakan masa, justeru ia tidak menghairankan apabila jumlah pelbagai diperolehi di laman web kami," katanya. | Suami rajin solat diminati rakan luar tabii Posted: 15 Dec 2014 09:08 PM PST Saya dan suami sudah memasuki usia emas. Suami saya suka berkawan dengan budak-budak 'sotong' dan saya ada tegur sikap dia yang mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga dan Allah. Dia lebih mementingkan kawan-kawan 'sotongnya' daripada saya dan anak-anak. Sekarang suami saya sudah mula berubah. Dia rajin solat tetapi budak 'sotong' masih mengganggu dan mengugut untuk mendedahkan rahsia suami. Semoga ustaz dapat berikan panduan untuk saya, suami dan anak-anak dalam mencari reda Allah. * Hamba Allah, Sepang, Selangor. UKE: Alhamdulillah, suami puan telah berubah dan itulah yang sepatutnya. Tentang ugutan daripada budak-budak 'sotong' itu, buat tak kisah saja. Kalau kita nak kira ugutan orang, apa pun tak boleh jadi.
Yang pentingnya suami berubah ke arah kebaikan dan jangan dikenang perkara-perkara yang lepas. Jika ada perbuatan yang suami dengan 'sotong-sotong' tersebut lakukan, puan kena bagi sokongan dan semangat kepada suami untuk terus berubah ke arah kebaikan.
Dalam berubah menjadi baik, mesti ada cabaran kepada suami puan. Jika mereka mengugut, puan boleh laporkan kepada pihak berkuasa dan dekatkan diri kepada Allah SWT dengan beribadat seperti solat malam untuk mendapat perlindungan daripada-Nya. | Cemburu, buah dada dan kemaluan teman wanita jadi mangsa Posted: 15 Dec 2014 07:20 PM PST Gara-gara cemburu kerana mengesyaki teman wanitanya ada kekasih lain, seorang lelaki menyembur cat merah pada dada dan kemaluan wanita terbabit dalam kejadian di Kampung Ulu Lenggong, di sini. Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superintendan Jamalani Mohd Isa berkata, kejadian kira-kira jam 5 petang, Ahad lalu itu berlaku setelah suspek mengajak mangsa berjumpa dan menjemputnya di rumah sebelum dibawa ke kawasan kebun getah. Menurutnya, berlaku pertengkaran di lokasi kejadian apabila wanita terbabit dituduh mempunyai kekasih lain sedangkan mereka bercadang untuk mendirikan rumah tangga. "Pertengkaran itu menyebabkan suspek membuka pakaian wanita terbabit dan merabanya sebelum menyembur cat merah pada dada serta kemaluan mangsa. "Selesai berbuat demikian, suspek hantar semula teman wanitanya ke rumah sebelum mangsa membuat laporan polis pada malam kejadian," katanya. Difahamkan, suspek dan masing-masing berusia 22 tahun serta menjadi pasangan kekasih sejak setahun lalu. Beliau berkata, berdasarkan laporan dibuat mangsa, suspek dicekup di rumahnya pada hari laporan diterima kira-kira jam 1 pagi dan direman hingga 14 Disember ini bagi membantu siasatan. "Tangkapan diketuai Inspektor Ridzuan Ab Aziz itu berjaya membawa kepada penemuan pakaian mangsa dan tin cat di lokasi kejadian. "Kes sebegini adalah yang pertama berlaku di daerah Gerik sejak saya bertugas, di sini, dua tahun lalu," katanya. Dalam pada itu, Jamalani berkata, ibu bapa perlu mengawasi pergaulan anak-anak dan tidak membiarkan mereka terlalu bebas bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku. Menurutnya, orang awam juga diingatkan supaya peka dengan persekitaran kerana ia mungkin boleh menyelamatkan kawasan mereka daripada menjadi sasaran penjenayah. "Jika ada ternampak kenderaan mencurigakan segeralah catat nombor pendaftarannya, warna dan jenis untuk dilaporkan kepada kita. "Kerjasama seperti itu memudahkan kenderaan terbabit dikesan kerana berkemungkinan ia digunakan untuk tujuan jenayah," katanya. | Skandal sulit, isteri pecah mulut dibelasah suami Posted: 15 Dec 2014 05:01 PM PST Ampang: Seorang wanita pecah mulut dan lebam di badan akibat dibelasah suami selepas mangsa bertanyakan hubungan sulit suspek dengan seorang wanita Indonesia. Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa berusia 29 tahun itu mengesyaki suaminya menjalin cinta lain sebelum meminta penjelasan suspek di rumah mereka di Pandan Indah di sini. Sumber polis berkata, suspek mulanya enggan mengaku, namun berlaku pertengkaran antara mereka akibat didesak. "Pertengkaran itu bertukar ganas apabila suspek menumbuk muka isterinya bertubi-tubi. "Tidak cukup dengan itu, suspek turut membelasah isterinya selama beberapa minit sebelum keluar dari kediaman mereka," katanya. Mangsa yang cedera kemudian membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini, untuk tindakan lanjut. Sementara itu jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya yang dihubungi mengesahkan menerima laporan itu. | |
Duke of UMNO Posted: 16 Dec 2014 01:51 PM PST PAS HALAU DAP: SIAPA HALAU SIAPA SEBENARNYA? Posted: 16 Dec 2014 05:08 AM PST
PAS dah mula melawan? Aikkkk.. berani melawan dah sekarang ni?
Saya nak tengok sejauh mana PAS nak lawan dengan DAP... DAP ni terkenal dengan degil dan chauvinis tahap ultra kiasu.... boleh ke PAS "bentuk" DAP? Atau PAS yang "dibentuk" DAP?
Terbaru, PAS mula melawan dah sikit...
Betul ke? PAS nak DAP keluar Pakatan Haram?
Rasanya PKR lebih suka bersama DAP berbanding PAS... PKR lebih sebulu dengan DAP... lagipun, ramai jugak orang Cina dalam PKR tu.. kalau PKR masuk menyebelahi PAS, dah tentu PKR jadi jahanam... hilang sokongan... heh!
So PAS rasa DAP patut keluar Pakatan Haram atau PAS sendiri yang patut keluar Pakatan Haram tu?
Saya tak paksa.. sila cermin diri sendiri... heh! | 10 TIPS DAPAT ANAK SOLEH, SOLEHAH... KONGSIKAN DEMI KEKUATAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA! Posted: 15 Dec 2014 09:35 PM PST "Wahai Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami),dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa." (Surah Al Furqan, 74)
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah..orang tuanyalah yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi"
Semoga kita mendapat manfaat dari pengkongsian ini.. 10 Tips Mendapatkan Anak Yang Soleh Dan Solehah : 1. Untuk mendapat anak yang soleh\solehah tidak dapat tidak mereka(ibu bapa)perlu solehkan diri mereka dahulu sebelum berkahwin lagi.. Oleh itu sesiapa yang telah memasang niat untuk mendirikan rumah tangga maka peliharalah kewajipan-kewajipan yang telah difardhukan ke atas seorang muslim,banyakkan amalan sunat dan banyakkan berdoa agar Allah mengurniakan zuriat soleh\solehah(minta dikurniakan anak2 soleh\solehah bermula ketika zaman bujang lagi).
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan