Sabtu, 27 Disember 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 27 Dec 2014 11:47 AM PST

PEJUANG BANGSA


MENGAPA KIT SIANG SANGGUP U TURN BILA PM BALIK MALAYSIA ?? @NajibRazak #pray4Malaysia

Posted: 27 Dec 2014 09:18 AM PST


Bila berlaku banjir , pemimpin pembangkang paling laju tweet menghentam kerajaan dan UMNO  ialah bapak Guan Eng iaitu Kit Siang . 

"Malaysians are entitled to ask why there seems to be no federal government in Putrajaya, why the PM is not only away in secret holiday in Hawaii, but not a single Umno minister visiting hardest-hit Kelantan to show the federal government's concern for the worst floods since 1971?'



Dia ingat tweet dia adalah satu  national service .
boleh perbodohkan orang muda ..haha




Mengapa dia sanggup U TURN ?? 



Dia U TURN bila sahaja dapat tahu PM akan balik hari ini untuk melihat sendiri operasi menyelamat mangsa banjir dan menghantar bekalan makanan . 



Semasa ketiadaan PM pun , ramai  pemimpin BN dan beberapa Menteri turut bertungkus lumus 100%  membantu mangsa banjir . Mereka bukan seperti pemimpin cakap kosong seperti pembangkang yang sentiasa jadikan bencana banjir ini sebagai isu politik




Apa yang Najib buat? dia follow up with action and manage to resume his responsibility ketika usaha bantuan sedang digembelengkan. Kalau heli dan bot penyelamat tidak boleh masuk ke tempat teruk terjejas, kalau dia ada kat Malaysia pun, apa Najib boleh buat? Itu force of nature, atas kehendak Allah. Najib segera balik dan terus pergi ke ground zero mengetuai misi bantuan. Bukan 6 hari selepas malapetaka Katrina menimpa New Orleans seperti yg Bush buat dulu.


Kit Siang bukan u-turn, dia tahu pemimpin pembangkang  terlalu daif untuk membantu mangsa banjir. So dia pilih short cut tumpang populariti Najib yang akan pulih.
Pendek kata, nak defend Najib kena lihat perkembangan sekeliling dan capitalise. Jangan dibuat tanpa ada corroboration atau sokongan kerana ia dilihat terlalu macai atau defensive. Akibatnya, kita cuma nampak mohon kemaafan sahaja sebagai jalan keluar yang selamat tetapi adalah titik noktah kepimpinan Najib.
Kit Siang tahu kita tidak boleh salahkan pernyataan dia. Ia suatu pernyataan yang cukup selamat. Tapi kita boleh tanya apa anak dia sedang buat? Apa para pemimpin pembangkang dan jentera mereka buat? Cakap tidak serupa bikin. Mereka cuma bermatian bila hendak berpolitik minta sokongan dan undi rakyat tetapi menyepi diri bila rakyat tersepit. Itulah pembangkang PR!

anak kit siang sedang monitor  banjir live dari Paris atas Eurostar .haha..

bumiyang

Posted: 27 Dec 2014 03:23 AM PST

bumiyang


Gempar!!! Zairil Akui DAP Gagal Perintah Pulau Pinang???

Posted: 26 Dec 2014 09:17 PM PST

RIDHUAN TEE

Posted: 27 Dec 2014 03:21 AM PST

RIDHUAN TEE


Ada saya kisah tidak ke Sarawak

Posted: 26 Dec 2014 06:32 PM PST



JAWAPAN PENDEK SAYA MENGENAI KEMASUKAN KE SARAWAK
Baca artikel penuh dalam Sinar Harian 29.12.14 (Isnin)

Pada 25.12.14, saya terbaca dalam laman web ultra kiasu mengenai kenyataan ADUN PKR Batu Lintang Sarawak, membuat bantahan terhadap kemasukan saya ke Sarawak untuk berceramah di Masjid Daerah Sematan, selepas maghrib, pada 26.12.14. Beliau telah sedaya upaya melaku segala cara, seperti menghantar SMS kepada pihak berkuasa Sarawak agar menghalang kemasukan saya ke Sarawak.  

Selepas membaca berita tersebut, saya telah menghubungi pihak penganjur, pada jam 5.00 petang, agar membatalkan sahaja jemputan ceramah yang telah dibuat sebulan yang lalu. Pihak penganjur, yang juga telah menerima bantahan tersebut menjawab, ceramah akan tetap diteruskan dan meminta saya datang seperti yang dijadualkan. Pejabat Ketua Menteri turut memberi lampu hijau. Ketua Polis Negeri turut menyediakan escort untuk saya ke sana.

Mereka tidak akan tunduk kepada PKR. Suara PKR bukan suara rakyat Sarawak. Tiba-tiba, pada jam 8.45 malam, pihak penganjur menelefon, memberitahu ceramah terpaksa dibatalkan atas alasan PKR akan mengadakan protes di Lapangan Terbang Kucing pada hari saya sampai. Saya pun membatalkan niat saya untuk ke Sarawak.

Peliknya, semua laman web ultra kiasu melaporkan saya ditahan imigresen di Lapangan Terbang Kucing. Pihak imigresen di sana turut mengiyakannya. Sejak bila pula saya sampai ke sana? Malang sungguh pegawai imigresen tersebut. Inilah jahatnya ultra kiasu dalam memutarbelit dan mensensasikan berita.

Persoalan saya, kenapa kerajaan negeri tiba-tiba tunduk kepada PKR dan ultra kiasu? Kenapa imigresen mengeluarkan kenyataan palsu? Sejak bila PKR mewakili suara rakyat Sarawak? Peliknya, kenapa kerajaan negeri boleh terpengaruh dengan tuduhan ultra kiasu itu?

Saya tidak rugi apa-apapun, termasuk mungkin selepas ini ke Sabah. Banyak tempat lain yang memerlukan saya. Sedikitpun saya tidak terjejas jika tidak ke Sarawak. Kenapa PKR begitu gentar dengan saya? Jantanlah sikit. Membandingkan saya dengan pemimpin PKR Semenanjung yang tidak dibenarkan masuk ke Sarawak, adalah dangkal sama sekali. Mereka ahli politik yang licik, saya ahli akademik dan pendakwah. Apa yang saya cakap dan tulis berasaskan sandaran.

Kebanyakan tuduhan ADUN tersebut, adalah berita yang telah dimanipulasikan ultra kiasu. Izinkan saya menjawab tuduhan beliau.

Pertama, beliau berkata saya pernah disiasat oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) atas tuduhan mengajar 'ethnic cleansing' kepada pelajar. Sejak bila pula MINDEF menjalankan siasatan terhadap saya?  



Setakat ini tidak ada seorangpun yang datang menyiasat tentang Pembejaran dan Pengajaran (P&P) saya. Tuduhan ini sengaja direka oleh ultra kiasu dan musuh-musuh saya semasa di UPNM.

Kalau nak tahu sama ada benar atau tidak, saya  mengajar 'ethnic cleansing', tanya pelajar saya, bukan orang lain. Saya cabar sesiapapun boleh lakukan siasatan.

Lihat contoh dalam you tube, assignment yang dihasilkan oleh bekas pelajar saya dalam subjek hubungan etnik, yang saya beri markah A. https://www.youtube.com/watch?v=-XN3ISZvoxU. Selanjutnya dalam Sinar Harian 29.12.14

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 26 Dec 2014 11:25 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BANJIR BESAR: JANGAN KITA HANYA TAHU MERUNGUT, TAPI APA PULA JASA KITA MEMBANTU MANGSA BANJIR?

Posted: 26 Dec 2014 07:53 PM PST


Di luar sana masih ramai yang hendak menyumbangkan keperluan untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.

Jika mahu mengikut jalan darat sudah pasti akan terperangkap di dalam kesesakan terutama sekali jalan di Lipis - Merapoh- Gua Musang - Kuala Krai.

Namun atas keprihatinan Kerajaan Pusat, maka Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah membuka pusat pengumpulan di Lapangan Terbang Subang.



Semua barang bantuan akan dikumpulkan di sini secara berpusat 24 jam sehari sebelum diterbangkan ke ground zero. 

Bila sampai disana barangan tersebut akan diagih-agihkan dengan pelbagai alternatif samada laluan air, udara dan jalan raya.

Adalah menjadi kesukaran jika keadaan cuaca semakin buruk hingga menyukarkan penerbangan helicopter bantuan terbang dan mendarat. 

Jika salah kendali cuaca buruk boleh menimbulkan malapetaka kepada helipcoter tersebut. Bila terjadi sudah pasti ia akan menimbulkan kerugian.  


Apatah lagi ia akan menjadi bahan dan lauk kepada pencacai-pencacai yang kebulurkan berita-berita sensasi untuk memperlecehkan bantuan kerajaan.

Penghantaran melalui jalan air pula adakalanya terlalu risiko jika paras air terlalu tinggi hingga menyukarkan pasukan penyelamat dan bantuan mengagak laluan yang selamat dari merempuh atau terlanggar pucuk-pucuk pokok, tiang-tiang elektrik, sampah sarap, bumbung rumah dan sebagainya.


Jika berlaku kemalangan maka sekali lagi agensi kerajaan akan ditenyeh cukup-cukup oleh puak pencacai yang lapaq cerita-cerita buruk bagaikan lalat taik menghurung bangkai. 

Kepada semua agensi bantuan...teruskan kerja kita jangan pedulikan langau-langau yang sentiasa mencari cerita sensasi sambil mempublisitikan hanya mereka yang baik sempurna dan buat kerja. 

Tugas kita membantu ikhlas kerana Allah...



BANJIR BESAR: SIAPA KATA KELANTAN DIANAKTIRIKAN KERAJAAN PUSAT, UMNO DAN BN?

Posted: 26 Dec 2014 04:12 PM PST


Tahniah kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri yang masih meletakkan kepentingan negara dan bangsa melebihi kepentingan peribadi.

Apabila berlaku banjir besar di Pantai Timur, negeri yang paling terjejas adalah Kelantan. 

Manakala majoriti kawasan yang teruk adalah kawasan Parlimen, DUN dan kampung-kampung yang didominasikan puak-puak PAS.

Kalau Kerajaan Pusat nak balas dendam kepada rakyat di negeri itu rasanya inilah masa yang sesuai. Biarkan saja mangsa mati bergelimpangan kelemasan dan kelaparan.


Namun Islam menjadikan hati seorang pemimpin dan para pentadbir Malaysia ini bersifat ehsan, prihatin dan bertanggungjawab membantu sesama muslim dan manusia.

Kerajaan Pusat tidak seperti kebanyakkan chauvinist-chauvinist rasis yang meletakkan syarat bahawa umat Islam dan pemimpin PAS di Kelantan perlu mengugurkan syariat jika inginkan bantuan dari mereka.

Pra syarat tersebut samalah seperti yang dilakukan oleh puak-puak Yahudi di Palestine yang memaksa rakyat Palestine mengiktiraf negara Israel dan menganut agama Yahudi jika ingin menduduki tanah Palestine.


Ia juga bagaikan syarat freemason kepada sesiapa saja manusia untuk ikut cakap mereka jika tidak mereka akan dihancurkan sepertimana yang dilakukan oleh Amerika Syarikat sewaktu menakluk Iraq dan Afghanistan.

Baru dapat sedikit kuasa di Pulau Pinang dan beberapa Parlimen dan DUN mereka dah mula naik tocang boleh arah PAS buat itu dan ini. 


Apa agaknya mereka akan buat jika puak-puak mereka terus diberi undi oleh orang-orang Melayu PAS dan PKR untuk berkuasa?

Tetapi Kerajaan Pusat yang kini diterajui oleh umat Islam dari UMNO dan BN telah terbukti menyantuni rakyat pelbagai peringkat. 

Mungkin kerana panas dan cemburu membuatkan puak-puak chauvinist dan liberalis rasis merasakan apa jua kebaikan Kerajaan Pusat perlu diperlekehkan semaksima mungkin lalu mereka menunjukkan hanya mereka yang mampu dan boleh buat segala-galanya.


Hari ini bermulalah fasa baru apabila YAB PM sendiri yang akan mengetuai sendiri Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara untuk menyelesaikan masalah banjir besar yang melanda kesemua negeri di Malaysia ini.

Kita akan melihat episod baru di mana puak-puak chauvinist, pencacai dan penghasut ini akan menggelupur kepanasan di kala orang lain basah kuyup di lapangan dan sanggup mengorbankan nyawa serta cuti mereka bagi menyelamatkan mangsa-mangsa banjir...  

So jangan dok asyik pertikai apa yang orang lain buat tapi tanya apa jasa yang kita lakukan untuk meringankan bebanan sesama insan. Adakah jasa itu berbaloi dan ikhlas?...



LAWAK BANJIR: ADUN MERU KANTOI BERTAQQIYAH TAHAP JAMBAN !!!

Posted: 26 Dec 2014 08:25 AM PST


Pepatah English mengatakan "pictures speak a thousand word". 

Di laman sosial ramai pencacai PR menghina Perdana Menteri, DS Najib Razak bercuti di Hawaii, konon bersuka ria main golf. 

Walhal beliau terlebih dahulu bersama-sama rakyat di Pahang ketika proses pemindahan mangsa banjir di daerah Kuantan dan Pekan.

Namun kuasa Allah Taala lebih hebat. Dia mula membuka keaiban Pas kepada kita semua. 

Allah tunjuk siapa PAS, siapa ADUN Meru dan siapa PAS sebenarnya. 

ADUN inilah juga yang dulunya sering memperlekehkan YAB PM kita di Selangor. Dia suka sangat membuka keaiban keluarga PM sepanjang dia menjadi Yang Dipertua PAS Kapar, Selangor.

Kini Allah bayar cash dengan membuka hijab keaiban beliau.


Agak-agaklah kalau nak bertaqqiyah (menipu) ala-ala syiah pun. 

Sebabnya kalau kita fikir kita bijak membohongi rakyat tentu ada golongan lain yang lebih cerdik memerhati dan membongkar penipuan kita. 


Soalan cepumas untuk ADUN Meru, kenapa perlu beliau menipu rakyat kononnya beliau begitu prihatin terhadap mangsa banjir?

Bukankah perbuatan menipu itu berdosa besar dan dilaknati Allah!


Nyatalah segala kebaikan yang dilakukan oleh puak-puak ini adalah penipuan semata-mata untuk mencari laba dunia. 

Benarlah sabda Rasulullah s.a. w di akhir zaman ramai manusia mengaku alim ulama tetapi mereka menjual agama dan mempamerkan kebaikan untuk mendapat pujian manusia...


Sebab itulah tak heran kawasan yang mana ada puak-puak lahabau ni disitulah banjir teruk melanda. 

Bila banjir melanda akibat dosa puak-puak ni bukan saja orang PAS, PKR dan DAP saja yang kena bala tetapi dengan orang-orang alim ulama dan UMNO sendiri pun kena malapetaka!

Makin banyak fitnah puak-puak pengkufur nikmat ini makin teruk banjir di negara kita!

Memang dasar penipu tahap jamban punya ADUN Meru...

Rasmi jamban yang disumbangkan kepada kubur keling lepas tu gebang satu dunia dia prihatin pada masalah rakyat. Ntah apa jadi pada jamban ni sekarang...tempat buat projek kot?






BANJIR BESAR: PENCACAI MESTI TAK SUKA LIHAT GAMBAR-GAMBAR NIE...

Posted: 26 Dec 2014 01:17 AM PST


Apabila berlaku bencana dan musibah, maka ada segelintir orang suka mengambil kesempatan di atas kesulitan dan kesusahan orang lain.

Nak kata membantu tak pula sebaliknya suka mencari kesalahan orang lain. 

Almaklumlah hidup sebagai pencacai hanya memerlukan kebodohan aras tinggi. 

Lagi ramai rakyat yang terpengaruh dengan dakyah songsang mereka maka lebih tinggilah darjat seorang macai dan pencacai di hati pemimpin mereka.


Bantuan keperluan dari udara turut dikoordinasi sebaik mungkin oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat. Adakah ini tanda kerajaan tak prihatin terhadap permasalah rakyat seperti mana yang difitnahkan oleh pencacai pakatan pembangkang?
Semua pihak terlibat membantu menyantuni mangsa-mangsa banjir.. Apakah jasa mereka mahu diperlekehkan oleh kita yang hanya mendengar fitnah pembohongan tukang-tukang fitnah semata-mata?
Yang ni hanya sekadar tengok dan menanti bantuan tiba ...tapi golongan seperti ini juga yang menjadi juara menabur fitnah dan memperleceh setiap apa yang mereka dilihat...

Ya rakyat perlu dibodohkan dengan informasi-informasi tahap sampah dalam longkang bagi mencetuskan gelombang ketidakpercayaan rakyat kepada pemimpin dan pentadbiran kerajaan.

Kononnya hanya pemimpin mereka bertaraf maksum dan tahu serta boleh selesaikan segala-galanya. Itu pun jika diberi mandat pemerintahan. 

Dalam waktu kesukaran ini kita sepatutnya bersatu hati mencari penyelesaian masalah. Bukan menunding jari kononnya kerajaan lemah menangani masalah.

Koordinasi yang baik antara kerajaan Negeri dan Pusat. Perbezaan politik diketepikan demi keselamatan ummah. Apa pula yang dilakukan oleh puak pencacai? Duduk dan perlekeh sajakah?
Di Kelantan sendiri walaupun berlainan parti tetapi atas dasar menangani permasalahan ummah maka pemimpin tertinggi PAS iaitu YB Menteri Besar dan Exco Kelantan boleh duduk bersama-sama dengan YAB TPM dan agensi-agensi kerajaan Pusat.

Ertinya masalah rakyat adalah keutamaan.

Tapi macai-macai siber pakatan pembangkang tetap memperlekeh usaha kerajaan tersebut. 

Semuanya takut jika UMNO dan PAS bersatu maka hudud akan terlaksana dan habislah riwayat golongan sekular-liberal rasis yang ingin menguasai negara ini dengan pepecahan Melayu.


So, kita tak perlu gusar kerana satu keburukan mereka lemparkan kepada pihak kerajaan BN, agensi penyelamat atau sesiapa saja yang bertungkus lumus menyantuni mangsa banjir, maka 1000 keburukan mereka akan didedahkan.

Insya Allah, Tuhan akan memberikan kemenangan kepada pihak yang benar.

Hanya mereka yang dikurniakan kebijaksanaan akan menilai siapa yang buat kerja dan siapa yang hanya membebel dan meroyan tetapi apa jasa pun tak dak.     

DS Shabery Cheek bersama mangsa-mangsa banjir di Kemaman
DS Azeez Abdul Rahim walaupun asal Baling, Kedah tetap turun ke Kelantan menyantuni mangsa banjir
DS Shahidan Kassim yang turut bersama mangsa-mangsa banjir merasai sendiri pahit getir rakyat agar 



  

Panglima Perang Cyber

Posted: 26 Dec 2014 11:23 PM PST

Panglima Perang Cyber


@PDRMsia Nafi Berita 10 Mati di Kuala Krai Akibat Banjir

Posted: 26 Dec 2014 02:04 PM PST

The Unspinners

Posted: 26 Dec 2014 11:10 PM PST

The Unspinners


Satu cara paling mudah hantar bantuan

Posted: 26 Dec 2014 07:22 PM PST



Bawa kenderaan ke dalam dan ada askar2 tolong angkat barang ke gudang. Tak sampai 2 minit.

Mereka yang akan terbangkan barang terus ke airport dan punya logistik untuk sebarkan barang kepada bencana2.

Mereka beroperasi 24 jam.

Tak perlu pergi ke kawasan banjir dan semakkan kawasan. Nanti kamu pula jadi masaalah.

Pihak2 lain yg turut bantu ...















DAP takde .... dok sibuk berpolitik, cari salah dan cari peluang kecuhkan keadaan ketika bencana mcm komunis cina dan bolshevik rusia.

Everyone is helping but DAP contribute nothing!!!

Posted: 26 Dec 2014 04:26 PM PST


They only talk a lot. Complain and finding fault. Endless politicking... but contribute nothing!!!

Baik PAS atau PASma. syaitan ni kawan ketika susah kamu

Posted: 26 Dec 2014 05:24 AM PST



ANGIN PERUBAHAN

Posted: 26 Dec 2014 09:17 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Bila Musim Banjir Ke Mana Hilangnya Anwar?

Posted: 26 Dec 2014 05:10 AM PST



GERAKAN ANTI PKR

Posted: 26 Dec 2014 09:09 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


BANJIR. TPM TURUN JUMPA MANGSA.

Posted: 26 Dec 2014 02:58 AM PST

TPM ARAH TAMBAHAN STOK MAKANAN KE KAWASAN BANJIR.

Posted: 26 Dec 2014 02:53 AM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 26 Dec 2014 03:19 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Minah 'rempit' bertudung yang hot

Posted: 26 Dec 2014 03:01 PM PST

Sekadar foto hiasan

IMEJ gadis Melayu bertudung litup dan berperwatakan lembut dianggap tidak sesuai untuk menceburkan diri dalam sukan ekstrem yang rata-rata dimonopoli golongan lelaki.
Selain sukar untuk menyesuaikan diri, masyarakat juga akan memandang sinis pembabitan mereka terutamanya dalam sukan permotoran. Istilah minah rempit atau gadis liar pasti ditujukan kepada mereka.
Bagaimanapun, Nasha Edziera Muhammad Bahauddin, 19, berjaya menyangkal persepsi negatif itu, sekali gus membuktikan bahawa kaum Hawa juga setanding kaum Adam.
Anak sulung daripada empat adik-beradik itu tidak gentar untuk menyertai sukan permotoran yang menguji fizikal, mental, daya ketahanan badan dan kemahiran memacu motosikal pada kelajuan yang tinggi.
Nasha memberitahu, selain mengejar cita-cita untuk menjadi pelumba profesional, dia turut berazam untuk berdakwah dengan mengekalkan perwatakan sebagai gadis Melayu yang beragama Islam.
"Saya memang tidak boleh mengelak daripada pandangan sinis dan cemuhan masyarakat terutamanya pada awal pembabitan saya dalam perlumbaan motosikal ini.
"Ketika di alam persekolahan, guru-guru turut mempersoalkan keputusan saya untuk menceburkan diri dalam sukan yang dianggap hanya sesuai untuk golongan lelaki ini.
"Namun, kini segala-galanya sudah berubah dan masyarakat menerima saya sebagai salah seorang pelumba wanita dalam perlumbaan ini.
"Cabaran saya cukup sukar. Selain kesusahan di litar, saya juga menghadapi cabaran di luar litar. Saya perlu mempertahankan penampilan saya sebagai gadis Melayu yang beragama Islam. Bertudung ketika berlumba bukan satu masalah. Saya juga tidak kekok untuk melakukannya. Kadang-kadang ia memberikan motivasi tambahan kepada saya.
"Banyak pantang larang yang perlu saya ikut setiap hari tetapi ia tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk mengejar cita-cita," kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Ampuan Durah di Seremban, Negeri Sembilan itu.
Segala pengorbanan dan kerja keras itu berbaloi dan kini, Nasha tampil selaku pelumba persendirian yang berjaya mencipta nama dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2014.
Nasha bercerita, dia tidak kekok untuk bersaing dengan barisan pelumba lelaki dan menunggang motosikal pada kelajuan yang tinggi.

NASHA tampil selaku pelumba persendirian yang berjaya mencipta nama dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2014.


Menaiki podium
Nasha membuktikan bahawa dia mampu mencetuskan gerun dalam perlumbaan bagi kategori Piala Pro-Am musim ini. Sepanjang sembilan pusingan lalu, Nasha berjaya menaiki podium dan menamatkan dua perlumbaan di kedudukan lima terbaik iaitu satu keputusan yang cukup positif.
"Persepsi sukan ekstrem hanya sesuai untuk lelaki tidak relevan lagi.
"Kini, ramai wanita yang beraksi dalam pelbagai sukan ekstrem di serata dunia. Mereka merupakan wanita moden yang gemarkan cabaran dan suka bersaing dengan lelaki walaupun sedar ia membawa risiko besar.
"Saya percaya, saya merupakan salah seorang daripada mereka," katanya yang bekerja sambilan di butik Alpinestar di Kuala Lumpur sejak Mei lalu.
Nasha berkata, beberapa pelumba wanita berjaya memberi impak dalam sukan permotoran dunia dan dia bercita-cita untuk mengikut jejak langkah pelumba Sepanyol, Ana Carrasco yang beraksi dalam kategori Moto3 Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP).
Pelumba wanita yang turut mencipta nama ialah Maria Herrera yang beraksi dalam Kejuaraan Nasional Sepanyol dan Elena Myers dari Amerika Syarikat (AMA Pro Racing).
Mengimbas pembabitan Nasha dalam sukan permotoran, dia mula berjinak-jinak dalam sukan lasak itu sejak berusia 10 tahun sebelum memberanikan diri untuk menyertai Kejuaraan Cub Prix pada tahun 2010.
Katanya, minat terhadap sukan permotoran ini tercetus selepas sering kali melihat adik lelakinya bermain motosikal mini dan ayah merupakan individu yang banyak memberi dorongan kepadanya untuk menjadi seorang pelumba profesional.
Agresif
Meskipun mengakui kekurangan kaum Hawa berbanding lelaki, Nasha yakin menerusi latihan dan persiapan yang secukupnya, dia mampu cemerlang dalam sukan itu.
"Berada pada tahap yang sama dengan pelumba lelaki bukan mudah. Mereka secara semula jadi memang lasak dan agresif tetapi saya akan buktikan bahawa pelumba wanita juga mampu cemerlang.
"Apa yang penting ialah strategi yang digunakan ketika berlumba. Saya akui, setiap pelumba perlu mempunyai hati yang kuat untuk bersaing dan terpaksa berdepan dengan risiko dilanggar atau terbabas.
"Saya sendiri mengambil masa yang lama bagi mendapatkan kepercayaan untuk berlumba. Saya bekerja keras dan kadang-kadang perlu melupakan hakikat bahawa saya adalah seorang wanita.
"Bagaimanapun, semuanya berbaloi apabila saya berjaya membuktikan kebolehan saya untuk berlumba seperti pelumba lelaki yang lain," katanya.
Sementara itu, Nazirul Izzat Muhammad Bahauddin, 14, memberitahu bahawa dia bertuah kerana mempunyai seorang kakak yang berkongsi minat sama.

NASHA (kiri) berjaya menaiki podium ketika menyertai kategori Piala Pro-Am pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2014.


Kejar impian
Kelebihan itu digunakan sepenuhnya untuk memperbaiki kelemahan dan mencari keserasian dalam mengejar impian menjadi pelumba motosikal terbaik negara.
"Kakak memberikan nasihat supaya saya lebih banyak bergaul dengan semua orang, jaga kecergasan dan berlatih bersungguh-sungguh. Dia mahu saya berkomunikasi terutama bersama kru pasukan. Saya akan cuba untuk memperbaiki kelemahan itu.
"Dia juga banyak membantu saya untuk menyesuaikan diri dengan motosikal. Kadang-kadang kami berbincang untuk mengatasi kelemahan masing-masing terutama ketika mengambil selekoh," kata Nazirul Izzat yang menggalas cabaran Malaysia dalam kategori Moto3 pada Shell Advance Asia Talent Cup 2014.
Bagaimanapun, Nasha bukan pelumba wanita tunggal yang beraksi dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas kerana dia turut dicabar Siti Norafizah Mohamad, 19.
Siti Norafizah atau lebih mesra disapa Fifie merupakan pelumba wanita kelima dalam sejarah Cub Prix yang tampil mencabar dominasi pelumba lelaki.
Sebelum ini, arena Cub Prix tanah air pernah menonjolkan beberapa penunggang wanita antaranya Mazera Izaty Mohamad, Farah Melina dan Nur Amirah Basir.
"Selaku pelumba wanita, kami tidak boleh lari daripada pandangan negatif masyarakat sekeliling. Namun, demi mengejar cita-cita, kami perlu hadapi situasi itu dengan bijak.
"Selain tu, kami juga tidak boleh meletakkan jurang yang besar dengan pelumba lelaki. Kami tidak boleh terlalu menghormati mereka. Meskipun fizikal kami nampak lembut, kami perlu berani dan bersemangat untuk menghadapi setiap perlumbaan yang rata-rata dipenuhi dengan pelumba lelaki," katanya.
Fifie mula bergiat aktif dalam sukan permotoran seawal usia sembilan tahun apabila menyertai perlumbaan Pocket Bike yang diadakan di Plaza Tasik, Pasir Gudang, Johor dan beberapa lokasi lain di seluruh tanah air sebelum beralih ke persada Cub Prix pada tahun 2011.





(Video) Ibu lahir anak dalam tragedi banjir di Kelantan

Posted: 26 Dec 2014 12:14 AM PST

Dua video di muat naik di Facebook menyaksikan seorang wanita yang melahirkan anak dalam suasana kelam kabut banjir di Kelantan.

Semoga ibu dan anaknya dipermudahkan segala urusan olehNya...




(Foto) Foto gadis Melayu selak peha redah banjir sekali lagi tersebar

Posted: 25 Dec 2014 11:10 PM PST

Banjir tahun lepas sudah ada gambar sebegini. Cuma kali ini watakknya berbeza, tetapi perlakuannya masih sama.

Masalah banjir adalah masalah sejagat, tapi bukan untuk tempat menayang aurat. Mungkin kerana alasan untuk mengelakkan dari basah, tapi takperlulah kot sampai mendedah.

Fikir-fikirkan...

Yang ini tak perlu selak...ok jer redah air banjirnye...!

bERANIKAN hATI

Posted: 26 Dec 2014 03:14 PM PST

bERANIKAN hATI


KETIKA DILANDA BENCANAPUN PEMBANGKANG MASIH TETAP MEMFITNAH

Posted: 26 Dec 2014 04:27 AM PST


 
 
Ini isu yang dimainkan oleh pencacai pembangkang yang kononnya PM DS Najib tidak melakukan apa-apa ketika negeri-negeri dilanda banjir yang dahsyat.
 
Dalam kehidupan kita ada 24 jam untuk sehari samalam. Jika 1.. 2 jam DS Najib bermain golf, apa kita tahu apa yang dilakukan oleh PM dalam masa 22..23 jam selebihnya?  Ketika DS Najib melakukan lawatan dibeberapa kawasan yang dilanda banjir kenapakah pembangkang mendiamkan diri?
 
Hakikatnya adalah, mereka hanya mencari kesalahan dan kelemahan orang lain. Segala kebaikan tidak akan mereka pandang atau mereka akan pejamkan mata. Semoga Allah membutakan mata mereka itu yang sengaja tidak melihat sebarang kebaikan yang dilakukan dan sentiasa berniat buruk.
 
DS Najib adalah Perdana Menteri Malaysia. Dia akan sentiasa dirujuk sebagai Kerajaan. Pembangkang akan sentiasa memburukkan Kerajaan untuk meburukkan DS Najib dan mereka juga akan memburukkan DS Najib untuk mengambarkan Kerajaan ini buruk dan gagal membela nasib rakyat.
 
Tetapi Kerajaan Malaysia bukanlah DS Najib seorang. Kita ada TPM dan Menteri-Menteri dengan portfolio terentu. Di Negeri-Negeri kita ada Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri serta Ecxo-Exconya. Di Daerah-Daerah kita ada Pegawai-Pegawai Daerah. Di Mukim-mukim kita ada Penghulu-penghulu dan di Kampong-kampong kita ada Ketua Kampong. Semuanya bertanggung-jawab kepadnya Negara dan mewakili Kerajaan serta Perdana Menteri.
 
Mereka inilah semua yang memikul dan menjalankan tugas yang digariskan dan dirancang oleh Kerajaan. Apakah mata pembangkang semuanya telah dibutakan dan akalnya telah dibuntukan selama ini?
 
Malaysia mempunyai lebih 24 juta penduduk, apakah mungkin DS Najib berada rapat dengan semua orang dalam setiap masa? Bahkan di Pantai Timur sekalipun, bahkan di Pekan sekalipun, DS Najib tidak mungkin akan dapat berada disamping semua orang dalam setiap masa. Sudah tentulah amat mustahil bagi DS Najib untuk memuaskan hati semua orang terutama dalam semua masa.
 
Kenapa pula pihak pembangkang tidak menanyakan soalan sama kepada Anwar Ibrahim? Apakah yang dilakukannya ketika banjir melanda? Bahkan kepada Hj Hadi sendiri, berapa tempatkan yang dilawatinya dan apakah bantuan yang diberikannya?
 
Kelantan yang sudah hampir tenggelam, apa yang pemimpin-pemimpin Pas lakukan selain dari masih berkepentingan politik semata-mata. Hakikatnya sebanyak mana yang Hj Hadi lakukan, beribu kali lebih banyak yang DS Najib dan Kerajaan lakukan untuk kebaikan rakyat. Cuma, rakyat perlulah mmbuka mata lebih luas serta buka juga minda dan jangan terpengaruh dengan infografik seperti diatas yang sememangnya berniat jahat untuk meburukkan Kerajaan.
 
 
 
 
Sebentar tadi saya sempat mengikuti sidang akhbar mengenai bencana banjir di Pahang ketika lawatan TPM ke Kuantan. Apakah pembangkang tidak nampak bahawa ini juga usaha kerajaan dibawah kepimpinan DS Najib dan kerjasama dalam satu pasukan dan bersepadu?
 
TPM TS Muhyiddin Yassin serta MB Pahang DSD Adnan Yaakob berusaha keras untuk membantu mangsa-mangsa banjir namun janganlah kita bersangkakan bahawa mereka hanya akan melayan kehendak kita seorang sahaja. Kita juga mesti selalu ingat bahawa jikalau kita dalam kesusahan, masih ada orang yang lebih susah dari kita ketika itu.
 
Jadilah rakyat dan manusia yang bijak dan berfikiran waras, serta janganlah mudah percaya kepada fitnah yang sengaja dicipta untuk memburukkan PM dan Kerajaan kerana mungkin keadaan kita sebenarnya jauh lebih baik dari nasib kebanyakan rakyat di negara-negara lain di dunia. Bersyukurlah!
 
 
 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan