Selasa, 16 Disember 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Apa Yang Tersirat

Posted: 16 Dec 2014 01:16 PM PST

Apa Yang Tersirat


Gerakan 16 September Anwar

Posted: 16 Dec 2014 06:41 AM PST

Gerakan 16 September Anwar kini sedang berjalan di Mahkamah. Mengapa gerakan itu sampai ke mahkamah? sebabnya Anwar menyaman Menteri Luar Datuk Anifah Aman sebanyak RM100 juta, atas kenyataan menteri itu di Washington pada mei 2009, bahawa Ketua Pembangkang itu cuba membeli beliau dengan menawarkan RM100 juta untuk melompat parti.

Untuk pengetahuan semua sebaik sahaja PRU-12, iaitu tahun 2008 selesai dengan kemenangan BN yang mendapat 140 kerusi daripada 222, Anwar memberi tahu penyokongnya bahawa pakatan rakyat akan mengambil alih Putrajaya selewat-lewatnya 16 September 2008.

Anwar dengan kenyataan popularnya "I had the numbers", maksud kenyataan itu bahawa beliau mempunyai 32 ahli parlimen BN yang akan melompat ke PR.

Mahkamah di beritahu, bahawa memang terhadap macai-macai Anwar termasuk bekas setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution melakukan pendekatan kepada beberapa MP Bn untuk melompat bagi membolehkan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Datuk Abdullah Badawi (kini Tun).

Meskipun perbicaraan ini, tidak memberikan impak apa-apa kepada kerajaan, namun rakyat negara ini perlu mengambil iktibar kepada keadaan yang berlaku sebelum 16 September 2008, bagaimana kemaruknya Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Menurut Datuk Zaharain mantan MP Pakatan, bahawa Anwar sanggup melakukan apa sahaja, asalkan beliau boleh menjadi Perdana Menteri.

Moral kepada kenyataan yang didengar di mahkamah, bahawa terlalu bahaya jika negara ini mendapat Peradana Menteri yang sanggup menggunakan apa sahaja tindakan untuk kepentingan peribadi.

HUDUD: LIM Kit Siang Beretorik Lagi

Posted: 16 Dec 2014 05:52 AM PST

27 Mac lalu, Lim Kit Siang mendakwa Umno akan menyokong tindakan Pas yang mengacah membentang Hudud secara bersendirian di Dewan Rakyat.

Semalam, Pemimpin kanan Dap itu beretrorik lagi, bahawa tindakan Kerajaan Pas yang bersidang pada 29 Disember bagi mengubah undang-undang tubuh kerajaan negeri bagi memasukan Hudud, adalah untuk membantu Perdana Menteri menutup isu 1MDP yang mendapat serangan daripada Pemimpin DAP dan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Kit Siang juga berspekulasi, jika wakil rakyat Umno Kelantan menyokong pindahan itu, apakah komponen Bn akan meninggalkan Bn?

Kit Siang cuba menghalang perpecahan Pakatan Rakyat, atas sebab DAP telah membuat keputusan bahawa tiada Hudud jika PR menang PRU-14.

Hudud: DAP Dipersilakan Keluar Pakatan- PAS

Posted: 15 Dec 2014 08:26 PM PST

KALAU DAP tidak senang dengan tindakan PAS mahu melaksanakan Undang-Undang Hudud, parti itu boleh keluar daripada Pakatan Rakyat-demikian kenyataan Timbalan MB Kelantan semalam.

PAS Kelantan akan mengemukan usul pada DUN Kelantan pada 29 Disember ini berkaitan pelaksanaan Hudud yang akan dikemukakan di Dewan Rakyat oleh parti itu.

Menurut MB Kelantan itu, PAS tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat.

DAP mahu agar Pakatan Rakyat menolak Hudud sebelum berdepan dengan PRU-14.

Cucu Tok Selampit

Posted: 16 Dec 2014 01:09 PM PST

Cucu Tok Selampit


Menangguk Di Air Yang Keroh - Pemimpin PR Tidak Dilayan Di UM

Posted: 15 Dec 2014 08:46 PM PST


Suka mengambil kesempatan dan ingin menjadi popular di kalangan pelajar. Mereka lupa ahli-ahli politik tidak mempunyai kuasa langsung untuk mencampuri urusan pentadbiran Universiti, selagi mana pihak pentadbiran Universiti mematuhi segala undang-undang dan akta yang ada.

Tindakan pihak pentadbiran Universiti Malaya yang tidak mahu berjumpa dan melayan sekumpulan ahli politik PR harus disanjung tinggi. Siapa mereka hendak tunjuk kuasa di universiti awam? Sudahnya mereka mengadakan sidang media hanya di tangga bangunan chanselori. Padan muka.

Ingatkan Hebat Sangat Geng @OccupyUM Baru Sekejap Pasang Khemah Mahu Ditarik Balik Dong?

Posted: 15 Dec 2014 06:55 PM PST


Kusangka panas sampai ke petang, baru gerimis sedikit sudah mahu cabut lari? Macam mana Negara hendak harapkan mereka pertahankan tanahair. Baru beberapa hari memasang khemah untuk menunjukkan rasa protes terhadap pengurusan Universiti Malaya yang mengantung 8 orang balaci KETUM Anwar Ibrahim, tup tup semalam mereka telah mengeluarkan kenyataan menarik diri.

Alasan yang diberikan adalah mereka ingin membawa kes berkenaan ke mahkamah. Hendak membawa ke mahkamah ka, hendak membawa ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ka, kenapa hendak hentikan perkhemahan 'OccupyUM'? Teruskanlah memasang khemah-khemah di atas jalanraya itu dan duduklah selama bertahun-tahun. Tak tahan dengan panas dan hujan?

Orang berkhemah dalam hutan, yang awak bodoh pergi berkhemah atas jalan raya yang panas tu kenapa? Kalau nak tahu betapa bangang dan keanak-anakan pelajar-pelajar UM ini (tidak layak dipanggil mahasiswa), lihatlah 'screen shot' yang CTS sertakan di bawah. Biadap dan sungguh kurang ajar bila admin laman sosial Twitter yang mewakili 'occupyUM' bertanya kepada Perdana Menteri, "Dato Seri bila lagi?"

UMNO Selangor Transform - Apa Yang Tidak Kena Dengan Poster Ini?

Posted: 15 Dec 2014 05:39 PM PST


Poster di atas telah berlegar di laman sosial sejak dua tiga hari lepas. Tidak ada salahnya bagi pembuat poster berkenaan menyatakan pendiriannya dan menyokong sesiapa yang beliau suka. Menyebut tentang transformasi UMNO Selangor, CTS beberapa hari lepas telah membuat satu artikel mengenai perkara yang sama dan mendapat reaksi sama ada pro dan kontra mengenai calon-calon yang diketengahkan.

Terima kasih kepada pembaca setia yang membuat komen di e-mail, group Whatsapp dan Telegram atau terus komen di blog. CTS cuba menyenaraikan apa kehendak dan kemahuan mereka seperti di bawah. Posting CTS sebelum ini mengenai perkara tersebut, boleh dibaca di sini.

Pertama, poster yang ada seperti di atas serta senarai yang CTS berikan di dalam posting sebelum ini, menunjukkan UMNO Selangor meminggirkan kaum wanita. Kata pengkritik, tidak adakah kaum wanita UMNO Selangor yang layak diketengahkan dalam barisan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor?

Kedua, UMNO Selangor memerlukan tokoh ugamawan atau pakar dalam bidang Agama untuk duduk dalam barisan kepimpinan. Rakyat Selangor mahukan golongan ini diberi tempat. Lihatlah apa yang dilakukan oleh Dato Menteri Besar selepas beliau dilantik ke jawatannya. Beliau mengambil hati Rakyat Selangor dengan menjadi imam dan bukan terus duduk di kerusi Menteri Besar.

Ketiganya, tidak adakah calon luar (ahli UMNO dari golongan profesional) yang layak diberi tempat menduduki barisan UMNO Selangor? Mungkin golongan ini tidak berminat di dalam jawatan di dalam UMNO tetapi idea mereka tidak boleh diketepikan begitu saja.

Keempat, perbanyakkan golongan muda dalam barisan kepimpinan terutama yang berkelayakan. Di dalam posting CTS yang lepas, calon-calon cadangan yang tidak mendapat tentangan dan bantahan dari pembaca adalah hanya dua orang iaitu YB Budiman dan Dato Azhari. Mungkin mereka berdua tokoh anak muda yang boleh diangkat di Selangor?

Berbalik kepada poster di atas, mungkin pembuatnya ahli UMNO dari Kota Raja. Sebabnya Ketua dan Timbalan Ketua Bahagian kedua-dua berada di dalam poster berkenaan. Irmohizam dan Sulaiman Karli memang tidak disukai oleh kebanyakan penyokong Selangor. Senator Ezam Md Nor, biarlah dia dengan kesibukan tugas-tugasnya sebagai seorang senator Dewan Negara. Janganlah dibebankan dengan jawatan di Selangor. Lagipun beliau memerlukan masa untuk membuka kotak-kotak bukti yang didakwanya mengenai salah laku pembangkang.

SPAD Tegas Jalankan Ops Ulat Teksi Dan Prebet Sapu Di KLIA Dan KLIA2

Posted: 08 Dec 2014 06:19 AM PST


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menjalankan operasi ke atas prebet sapu di KLIA dan KLIA2 setelah menerima aduan mengenai prebet sapu dan ulat teksi. Di dalam operasi "Ops Ulat" selama 3 jam yang telah dijalankan pada 5 Disember, SPAD telah menahan 6 prebet sapu dan 9 ulat teksi. Operasi berkenaan diketuai oleh Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad.

Sekiranya tersabit kesalahan, pengendali teksi sapu (prebet sapu) akan dikenakan hukuman dibawah Seksyen 16, Akta Pengangkutan Awam Darat, 2010, iaitu denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-dua sekali. 

Ulat-ulat tiket pula boleh dikenakan hukuman dibawah Seksyen 205 Akta yang sama dan boleh didenda sebanyak RM50,000, atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-dua sekali. Ulat tiket yang beroperasi bersendirian boleh disabitkan dibawah kedua-dua Seksyen.

Adalah difahamkan sasaran ulat teksi bukanlah orang tempatan, sebaliknya pelancong asing, terutamanya dari Indonesia dan China. Ulat teksi tidak berminat menawarkan perkhidmatan kepada warga tempatan, kerana bimbang tersilap membawa anggota penguatkuasa yang menyamar sebagai penumpang.

Modus operandi mereka adalah mendekati mangsa dan menawarkan perkhidmatan teksi dengan mengenakan bayaran tertentu. Bagi pelancong asing yang pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia, disebabkan tidak jelas dengan lokasi sebenar tempat menunggu teksi, jadi mereka lebih mudah terpedaya dengan pujuk rayu ulat teksi yang sememangnya bijak memainkan peranan untuk memerangkap mangsa.

Tindakan berterusan SPAD secara berterusan ke atas ulat teksi dan prebet sapu harus dipuji bagi menjamin keselamatan pelancong-pelancong asing dan juga tempatan. Ia juga bagi menjaga nama baik negara dari tercemar dengan kerenah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.


PEJUANG BANGSA

Posted: 16 Dec 2014 11:26 AM PST

PEJUANG BANGSA


TERKINI ! ISU CADANG LESEN PEMANCING DIBATALKAN SEGERA MENTERI @IsmailSabri60 @NajibRazak

Posted: 15 Dec 2014 08:49 PM PST


Isu cadangan pelesenan oleh pegawai  Jabatan Perikanan telah leak &   menjadi viral di media sosial semalam di facebook dan whasapp .  Ia mendapat kritikan oleh kaki pancing yang rata-rata tidak bersetuju dan memburukkan imej kerajaan . 

Isu ini mendapat respons segera oleh Menteri Pertanian & Industri Asas Tani DS Ismail Sabri  tidak tahu akan perkara ini  &  menjawabnya di laman sosialnya .  Beliau mengarahkan cadangan tak masuk akal  ini dibatalkan serta-merta  .

Diharapakan penjelasan dapat menjawab kekeliruan berita palsu ini yang tersebar meluas .










TERKINI ! PAS MAHU DAP KELUAR PAKATAN JIKA TAK SETUJU HUDUD

Posted: 15 Dec 2014 08:01 PM PST




PAS hari ini membidas DAP sambil menyarankan parti itu keluar dari pakatan pembangkang sekiranya ia tidak selesa dengan perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata DAP dialu-alukan untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya ia tidak yakin dapat memenangi pilihan raya umum ke-14 jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

"Kita (PAS) tak akan keluar dari pakatan pembangkang. Kalau dia (DAP) tak selesa dan rasa tak boleh menang dengan pakatan pembangkang, mereka boleh keluar bila-bila masa.

"Tak jadi masalah kepada kita dan kita tak akan tukar perjuangan kita (laksanakan hudud), kita tak akan korbankan perjuangan semata-mata untuk mendapatkan kerusi dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam yang mahu pakatan pembangkang jelaskan pendirian bahawa mereka tidak akan melaksanakan hudud jika mahu menang pada pilihan raya umum ke-14. 

Mohd Amar berkata DAP perlu menghormati perjuangan PAS yang selama ini ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

"Resolusi yang dibuat itu untuk DAP dan bukan untuk PAS, kita ada perjuangan kita sendiri dan mereka tidak boleh paksa kita.

"Ia (resolusi) adalah untuk anggota dan pemimpin mereka, DAP perlu hormat rakyat Kelantan dan perjuangan PAS kerana isu hudud ini dah wujud sebelum pakatan pembangkang wujud," katanya.

Semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dilaporkan berkata kerajaan Kelantan akan mengadakan persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi membentangkan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau dikenali sebagai Hukum Hudud pada 29 Dis ini.








Zahrain dedah sifat "Megalomania " Anwar

Posted: 15 Dec 2014 04:43 PM PST



Bekas Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sifat "megalomania" (berasa diri hebat dan berkuasa) dan hanya mementingkan agenda peribadinya.
    
Zahrain berkata beliau juga secara peribadi berpendapat Anwar bukan seorang yang berwibawa dan tidak boleh dipercayai selepas berkesempatan untuk bekerjasama dengan Anwar dalam PKR.
    
"Saya percaya beliau seorang megalomania. Saya percaya bahawa Anwar cuma mementingkan agenda peribadinya iaitu menawan Putrajaya 'dengan apa cara sekalipun" dan menganggap dirinya sebagai bakal perdana menteri," kata beliau semasa pemeriksaan utama oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
    
Zahrain, Duta Besar Malaysia ke Indonesia memberi keterangan pada perbicaraan kes saman RM100 juta dikemukakan oleh Anwar terhadap Anifah berhubung kenyataan Menteri Luar itu pada sidang media di Washington pada Mei 2009.
    
Ketika ditanya oleh Muhammad Shafee apakah pengertiannya mengenai kata-kata plaintif (Anwar) "dengan apa cara sekalipun', beliau menjawab "mungkin dia menawarkan wang atau jawatan".
    
Zahrain dalam  kenyataan saksi yang dikemukakan di mahkamah berkata beliau percaya apa yang plaintif maksudkan dengan perkataan "dengan apa cara sekalipun'ialah beliau (Anwar) akan menggunakan apa cara yang ada untuk memastikan parti gabungan PKR akan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru melalui tindakan menarik anggota kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti.
    
"Ini termasuk dan tidak terhad kepada habuan kewangan untuk menarik anggota Parlimen BN untuk berbuat demikian," katanya.
    
Zahrain berkata beliau mengenali Anwar sejak 2008 semasa pilihan raya umum apabila beliau (Zahrain) menjadi anggota Parlimen dan oleh kerana gabungan BN telah memenangi pilihan raya, Anwar tidak dapat menerima hakikat bahawa partinya telah tewas.
    
"Anwar secara konsisten membuat kenyataan dalam media massa bahawa Kerajaan Persekutuan yang dipilih oleh rakyat akan tumbang kerana ramai anggota Parlimen daripada BN telah mengambil keputusan untuk melompat parti dan menyertai PKR untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru," katanya.
    
Zahrain berkata, pada atau sekitar tahun 2008 selepas BN memenangi pilihan raya umum, beliau tidak yakin mengenai keupayaan Pakatan Rakyat untuk menerajui negara yang kemudian mendorong beliau untuk menjadi anggota Parlimen Bebas.
    
"Pada masa itu, ada cakap-cakap mengenai tawaran yang dibuat kepada anggota Parlimen daripada BN untuk melompat parti dan PKR yang plaintif (Anwar) dakwa akan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru kerana beliau telah memperoleh sokongan daripada sekurang-kurangnya 32 lagi anggota Parlimen untuk tujuan itu.
    
"Saya tahu bahawa Anwar telah menjanjikan habuan kewangan kepada beberapa anggota Parlimen BN dan kepada yang lain beliau menjanjikan jawatan tertentu jika parti pimpinan Anwar membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru," katanya.
    
Zahrain juga berkata beliau secara peribadi tidak tahu bahawa plaintif mahu anggota Parlimen Kimanis (Anifah) untuk menyertai PKR dan Anwar telah bercakap mengenai perkara itu dengan beberapa pemimpin PKR.
    
"Yang saya ingat ialah Wee Choo Keong, Datuk Zulkifli Nordin. Turut hadir pada masa itu ialah Chua Tian Chang, Datuk Johari Abdul, Datuk Rashid Din dan beberapa yang lain," katanya.
    
Terdahulu, anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee memberitahu mahkamah bahawa seseorang telah menawarkannya RM5 juta untuk melompat parti dan menyertai PKR.
    
"Saya menerima panggilan di rumah saya dengan pemanggil menawarkan kepada saya RM5 juta untuk melompat parti ke PKR. Pemanggil berkata dia dari PKR. saya tidak ingat namanya tetapi dia bertutur seperti loghat orang Sabah.
    
"Saya ada memberitahu pegawai Cawangan Khas (SB) mengenai panggilan telefon ini dan memberikan nombor telefon pemanggil yang tercatat dalam log telefon saya kepada SB. Saya tidak ingat secara khusus tentang tarikh panggilan tetapi panggilan dibuat sebelum 16 Sept, 2008," kata Kiandee.

Katanya beliau tidak ambil kisah tentang panggilan itu kerana tahu bahawa beliau tidak akan melompat parti.
    
Ketika disoal oleh peguam Ranjit Singh yang mewakili Anwar sama ada beliau telah membuat laporan polis mengenai tawaran itu, saksi itu berkata "tidak".

Anwar mengemukakan saman terhadap Anifah dan Kerajaan Malaysia pada 27 Mei, 2009, kerana mendakwa kenyataan Anifah pada sidang media di Washington, yang turut dihadiri oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu, Hillary Clinton telah mencemarkan nama baiknya.
    
Anwar mendakwa kenyataan defendan yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan media asing, telah menimbulkan fitnah terhadap perwatakannya dan secara langsung dan tidak langsung menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan korup.
    
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid bersambung esok.
    
- Bernama

bumiyang

Posted: 16 Dec 2014 03:49 AM PST

bumiyang


New Zealand Larang Pesalah Seks Memasuki Negara Mereka???

Posted: 15 Dec 2014 02:46 PM PST

anakbukitgantang says

Posted: 16 Dec 2014 03:03 AM PST

anakbukitgantang says


# Surat terbuka dari 25 Professional Melayu Islam kepada PM....betulker?

Posted: 15 Dec 2014 08:00 PM PST


Hebuh di pesada media ada 25 profesional yang mengutus surat terbuka supaya PM Najib berbincang dan menghantar orang untuk berdebat dengan mereka DALAM HAL EHWAL Islam (terutama yang melibatkan PERKASA dan ISMA , tapi tak nak pulak tembak ISIS, Bersih , puak liberal di Malaysia) . Betulker mereka minta debat? Dan betulker jumlahnya 25 orang?

Selepas menggali kumpulan tersebut didapati ianya dari sebuah email yang dianggotai oleh 25 Profesional. Namun aktif member dalam e mail group itu hanyalah 10 orang. Rujuk surat asal di 25 Profesional Muslim

Pengakuan seorang Tan Sri (Tan Sri Abdul Rahim Din  ) mengatakan mereka hanya setuju jika hal hala berkenaan ugama Islam dirujuk kepada mereka tanpa debat. Namun setelah menandatangani surat tersebut, tetiba ayat bertukar bunyi kepada "debat"

Apa tujuan debat? Debat hanya akan menyebabkan umat Islam berpecah belah. Sebarang perbincangan perlulah diadakan dalam suasana Islami dan di belakang pintu tertutup.

Saya berdoa agar PM Najib tak mengikut kehendak surat ini-selalunya yang suka berdebat ini berfikrah wahhabi. Semoga umat Islam di negara ini terselamat dari bahaya wahhabi , Syiah dan liberalisme ugama,


Surat asal (1)

AND THEN THERE WERE 24

Did any of you declare that you are #26 after the Open Letter was published? Well, you're wrong. You are err… #25. The one after you will be #26. Yes of course I know how to count 

Alhamdulillah. I am pleased to inform that I met up with Tan Sri Abdul Rahim Din and he says that he will be withdrawing himself from the group. I can't take any credit for that because he was already thinking of withdrawing before I had the chat with him. Indeed he showed me a handwritten draft expressing his concern that things seemed to be "spinning out of control". Ohhh alright, maybe I'll take a little bit of credit by removing any doubt from his mind that he was making the right decision. He has given me permission to inform of his withdrawal on Facebook before he conveys his decision to the group. (He does not have a Facebook or Twitter account).
I'll just mention a few points from our chat:
1. He said that the group had strayed from the objectives that he had understood.
2. What he had agreed to was to give support for a letter be sent to the Prime Minister to request for the appointment of a panel of experts to resolve any conflict between enacted Islamic laws and civil law and Constitution in a closed forum i.e. behind closed doors and not in public. He said in the handwritten draft to the group that "the one and only task is to urge the PM with the support of the silent majority to convene a gathering of experts to resolve the contentious issues". They were not to get involved any further after making that request regardless if the PM agreed or not.
3. He said that he disagreed for any debate to be held. He was a bit stunned and disappointed when I showed him that the letter contained this request: "The need to ensure the right of citizens to debate the ways Islam is used as a source of public law and policy in this country". He was not happy at all. Either he missed that in the letter — after all he is a 75 year old pensioner with poor eyesight — or the writer amended it later. He said if there was a debate then it would never end and I replied that is precisely what the liberals want: a non stop debate until Islamic laws become ineffective. He repeated a few times that there must not be any debate.
4. He said that questioning any particular Islamic law was not the purpose. Indeed he questioned and cautioned the group that they were not qualified or proficient to engage in any technical discussion. He said it was for the panel of experts to consider and resolve whatever relevant issues. That is, it was not for the group to suggest to the panel what specific laws should be reviewed.
5. He is particularly unhappy about the way some members in the group (perhaps about 5 of them) are getting overzealous and "happy" (I think he meant cocky) after the Open Letter was published. He was also particularly annoyed that a couple of them said they wanted to "shoot out another open letter". He has since stopped communicating with them in their email group (although he still reads their emails). Many other members of the group have also been silent in their group email correspondence.
6. He was not pleased when I told him that many non Muslims and liberal extremists like SIS had capitalised on and flogged the Open Letter for their own agenda.
We discussed many things but I think the above are enough for the purpose of this message. I might add more in the comments section tomorrow.

Saya minta kawan-kawan semua doa yang terbaik untuk Tan Sri Abdul Rahim Din. Please do me that favour as I know the 25 had curses rained upon them and I don't want any to stick to him. Thanks for doing that favour

Wassalam.
Azmi Arshad
......................................................................................................................................

Komentar seorang lagi facebooker Wan Ahmad Faisyal (2)

DASAR HIPOKRIT MODERAT
Pelik bin ajaib, *tokoh* Melayu 25 bersaudara seaqidah "moderat" membangkitkan hal yang sebenarnya tidaklah begitu penting di saat ini (ala sebenarnya nak tembak PERKASA dan ISMA dan pertahankan SIS; selebih tu silat pulut saja) sedangkan di mana kepekaan mereka di saat nama Tuhan Yang Maha Esa dihumban ke dalam mahkamah sivil oleh gerombolan Evangelical yang tahu (yes, they lied) bahawa nama "Allah" itu bukanlah sesuatu yang "integral" dalam pegangan keagamaan mereka? Adakah mereka buta hati dalam melihat kemarahan orang Islam di negara ini?
Kenapa hal ini tidak dibangkitkan dalam surat tersebut?
Kalau mereka benar-benar Wasatiyyah (yakni dalam tafasir ahl al-Sunnah merujuk kepada makna 'Adil) kenapa tidak dipertahankan sekali?
Juga mengapa "single out" ISMA dan PERKASA sedangkan HINDRAF dan Dong Zong, gerakan pemisah Borneo berkali ganda lebih ekstrim kerana mereka menuntut sesuatu yang menggugat negara sedangkan ISMA dan PERKASA hanya pertahankan apa yang termaktub dan ada dalam kontrak sosial?
Mereka tidak disabitkan sekali kerana kita semua tahu yang bermain api ini bukan ISMA dan PERKASA kerana kedua-dua kumpulan ini timbul di saat UMNO dan PAS semakin longlai, hilang punca dalam mempertahankan agama dan bangsa yang saban hari dicabar kumpulan-kumpulan ekstremisme daripada bangsa dan agama lain?
Tell me is this not another form of hypocrisy like how Ambiga, BERSIH have failed to protest against the daylight sodomy of "democracy" (yes, backdoor through Statutory Declaration) in Selangor done by Anwar Ibrahim?
Sorry, I don't buy your cause.

................................................................................................................................

Surat asal 25 Profesional Melayu di http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/surat-terbuka-kepada-rakyat-malaysia-noor-farida-ariffin

Aspirasi Bangsa

Posted: 16 Dec 2014 01:45 AM PST

Aspirasi Bangsa


PAS terkena sebab percayakan si kafir DAP.. bodohnya PAS!!

Posted: 16 Dec 2014 12:57 AM PST

Jangan sentap pulak macai PR..

Posted: 15 Dec 2014 11:06 PM PST

Hudud - DAP atau PAS yang tidak matang

Posted: 15 Dec 2014 09:44 PM PST

Gerakan Anwarinas terus mencengkam dalaman PAS

Posted: 15 Dec 2014 07:47 PM PST

Hudud - PAS dan DAP terus berperang!!

Posted: 15 Dec 2014 06:04 PM PST

Anwar memang kuat RASUAH!!!

Posted: 15 Dec 2014 05:36 PM PST

The Unspinners

Posted: 15 Dec 2014 11:34 PM PST

The Unspinners


Fatihah buat Dato Mustafa, Mengingati Maarof

Posted: 15 Dec 2014 08:23 PM PST


Alfatihah kpd arwah Dato Mustapha Maarof. Semuga rohnya disemadikan bersama org2 beriman...ameen... 

Sekali lg saya terkenang kpd perjuangan arwah ayahnya..Maarof Zakaria, yg dibunuh dgn kejam kerana ikhlas ingin membantu org2 Melayu...

Maarof Diculik, Dibunuh dan Digantung 

Orang ramai terutama peminat filem Melayu cukup mengenali seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof yang terbabit dalam lebih 50 filem sejak sebelum merdeka dan beratus drama di Singapura dan Malaysia. Tetapi masyarakat mungkin tidak mengenali siapa bapanya, Allahyarham Maarof Zakaria.

Jalan Maarof

Bagi penduduk Kuala Lumpur, terutama di Bangsar dan Lembah Pantai, mereka cukup sinonim dengan nama Jalan Maarof, bermula di Dataran Maybank menuju ke pusat beli beli Bangsar.

Siapa Maarof

Siapakah Maarof sebenarnya hinggakan namanya cukup gah untuk diabadikan di antara laluan utama yang menjadi laluan beribu pengguna setiap hari. Allahyarham sebenarnya ada kisah tersendiri yang jarang diperkatakan. 

Maarof anak kelahiran Sri Menanti, Negeri Sembilan, adalah antara kelompok Melayu elit yang mendapat pendidikan Inggeris yang hidup sezaman dengan tokoh pemikir Melayu, Zainal Abidin Ahmad yang digelar Pendeta Zaaba (16 September 1895 - 23 Oktober 1973). 

Bekas peguam dan pegawai daerah di Perak itu juga seangkatan dengan nasionalis negara yang juga penulis, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (14 November 1909 - 7 November 1991).

Pengasas Malay Nasional Bank

Bezanya, ketika nasionalis negara dan pemimpin politik sibuk berjuang untuk kemerdekaan, Maarof memilih haluan berbeza dengan mengasaskan bank pertama khas untuk orang Melayu iaitu Bank Kebangsaan Melayu, bertempat di Klang Street, di ibu negara. 

Niatnya cukup jelas, jika orang Melayu mahu maju dalam politik dan membangun, mereka mesti mempunyai sistem ekonomi yang kuat, satu daripadanya ia melalui sistem perbankan yang sistematik.

Namun, sayangnya niat murni tokoh itu disalah tafsir pihak tertentu yang tidak mahu melihat tahap kesedaran Melayu terus meningkat dan dilihat menjadi saingan kepada dua bank di Tanah Melayu pada ketika itu, The Chartered Bank milik British dan bank milik Cina iaitu Overseas Chinese Banking Corporation. 

Pada bulan Julai, 1947 sebuah Bank Kebangsaan Melayu telah diasaskan oleh seorang peguam Melayu bernama Encik Maarof Zakaria.

Bank tersebut hanya mempunyai 2 juta saham yang hanya terbuka kepada orang-orang Melayu.

Pelanggannya juga terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.

Pada waktu itu hanya ada dua buah bank; iaitu bank milik British bernama The Chartered Bank dan bank milik China bernama Overseas Chinese Banking Corporation.

Di kedua buah bank ini Melayu tidak dibenar meminjam wang.

Melayu hanya boleh meminjam wang dari ceti-ceti haram dengan bayaran bunga yang cukup tinggi.

Encik Maarof menjawab cabaran ini dengan menubuhkan bank untuk Melayu sahaja.

Dibunuh Kejam 

Selepas 6 bulan beroperasi dengan jayanya Encik Maarof Zakaria telah didapati terbunuh di Lake Garden.

Maarof dikatakan hilang selama 2 hari selepas keluar dari rumah menuju ke Kampung Baru. Beliau ditemui di dalam hutan tergantung.

Jam rolex di tangannya dan wang dalam sakunya telah tidak diambil oleh pembunuh itu. Ini bererti pembunuh hanya ingin membunuh pengasas bank Melayu yang didirikan oleh Encik Maarof itu. 

Encik Maarof Zakaria telah mendirikan Bank Kebangsaan Melayu dengan bermodalkan 27 ekar Tanah serta tiupan roh semangat perjuangan bangsa Melayu di bidang ekonomi. 

Yang membunuh Encik Maarof nampaknya bertujuan membunuh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi.

Berlandaskan tiupan roh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi inilah maka dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama dalam tahun 1965 cadangan menubuhkan Bank Bumiputra telah diketengahkan.

Sumber: Bharian

Kepura-puraan begini mudah disedari TAPI ada agenda lebih licik ...

Posted: 15 Dec 2014 04:31 AM PST



Tapi bila yang nak sesatkan adalah dari kalangan Melayu liberal yang mana pernah jadi boss kita dalam kerajaan, halim, loyar, pensyarah dll, lagi susah untuk disedari.

Baca ABITW SINI

Agenda melemahkan Islam


Setiap kali orang sebut diri mereka "moderate Muslim" ditakuti mereka sudah terperangkap dlm permainan licik neokolonialisma baru.

Download dan hayati dokumen SINI
 
Agenda Negara Ku oleh pencacai CIA Ambiga ...


Agenda DAP pula ...



Agenda new world Order oleh Gene Sharpe

Ingat lagi kebiadapan mereka? Atau puak liberal simpati ...?

Posted: 15 Dec 2014 01:30 AM PST







Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 15 Dec 2014 11:23 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RAHSIA 1MDB DAN RAHSIA NAJIB

Posted: 15 Dec 2014 04:00 PM PST

Pandangan Profesor Jayum ini bahawa DS Najib masih merupakan Perdana Menteri terbaik negara mewakili semua kaum dan agama sangat menarik.

Isu 1MDB yang dikoreksi tidak akan berhasil menjatuhkan DS Najib jika itulah niatnya. Sebaliknya, ianya menjadi nikmat yang dapat dirasai oleh masyarakat bawahan. 

Mereka yang bercakap berjuta-juta Ringgit sibuk sangat mengoreksi 1MDB barangkali mereka ada kekecewaan peribadi, tetapi bagi saya isunya adakah nelayan di Kuantan berhenti ke laut kerana 1MDB? Adakah pekebun sayur di lereng Kundasang berhenti menanam sayur kerana1MDB? Adakah penjual jagung dan nangka di Pasar Basah sementara Chow Kit berhenti menjaja kerana 1MDB?

Ada yang mengaitkan 1MDB menyebabkan nilai Ringgit Malaysia merosot berbanding Dollar Amerika dan Singapore Dollar. Isunya bukan itu, isunya ialah adakah pembahagian Buku Teks percuma diberhentikan? Adakah orang ramai berhenti membeli kereta dan motorsikal? Adakah umat Islam berhenti menunaikan ibadah Umrah dan adakah jumlah umat Islam mendaftar Haji bertambah kurang atau bertambah banyak?

Marilah kita bercakap hal ekonomi di depan mata, bukannya di belakang mata.Di belakang mata, anda boleh bercakap akaun berjuta billion Ringgit atau Dollar, walhal di hadapan mata kita rakyat biasa hanya memiliki beberapa ratus atau barangkali beberapa simpanan ribu yang sedikit. Teruskan membaca.

Sudahkah anda melawat sempadan Tawau-Nunukan? Adakah aktiviti ekonomi di antara dua wilayah Indonesia-Malaysia ini berhenti? Sudahkah anda melawat Jeti di Pulau Mersing, adakah Feri ke Pulau Tioman, Pulau Besar dan sekitarnya mati kerana 1MDB? Paling tidak pun, anda lihat penjual sayap ayam bakar berasal dari Tawau yang kini sudah menjelajah di segenap pelusuk Lembah Kelang, adakah bisnes kecil-kecilan ini berhenti mati gara-gara 1MDB?

Apabila berlaku bencana alam seperti kebakaran, tanah runtuh, banjir, dan sebagainya adakah Kerajaan berhenti memberi bantuan gara-gara 1MDB? Adakah Kementerian Pendidikan memberhentikan Biasiswa menghantar pelajar-pelajar ke luar negara?

Begitu juga tidak ada yang pelik apabila nilai Ringgit jatuh. Sebabnya sangat mudah, oleh kerana nilai matawang utama dunia seperti Dollar dan Yuan juga tidak stabil, dan ditambah pula oleh kejatuhan harga minyak dunia, bukanlah menghairankan nilai Ringgit kita juga terjejas. Adakah matawang Rupiah, SD, Rupee, Bath dan lain-lainnya tidak terjejas?

Pekerja asing tidak pernah berhenti untuk menyeberang ke Malaysia. Rakyat dari negara China, India, Bangladesh, Nepal, Indonesia, Vietname, Thailand,Timor Leste, Filipina, Pakistan, Myanmar, dan sebagainya berpusu-pusu berusaha menyelinap memasuki Malaysia sama ada secara betul atau tidak betul, kerana apa? Kerana Malaysia negara yang makmur, aman dan bahagia. 

Di kampung-kampung malah di Felda, para peneroka sudah mampu menggaji pekerja kontrak dari luar negara. Mereka menjadi taukeh-taukeh kecil yang hanya akan mengutip hasil di hujung bulan, manakala kerja-kerja berat dilakukan oleh pekerja asing.

Anda berkata Ekonomi Malaysia akan hancur. Bertahun-tahun anda berkata Ekonomi Malaysia akan hancur. Tetapi tidak juga hancur sebaliknya KLIA2 didirikan, Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur semakin besar dan cantik, Perumahan tumbuh bagai cendawan, Universiti luar negara membina cawangan, IPTA membina cawangan di bandar-bandar kecil, rakyat Malaysia melancong sakan ke Bandung, Hanoi, Guangzhou, London, Jakarta dan seanteronya. 

Dan paling ironi, penatara Ekonomi antrabangsa dunia menaikkan taraf Ekonomi Malaysia hampir 5 anak tangga bertambah baik berbanding tahun lalu, meninggalkan Indonesia, Thailand dan Vietname.

Adakah Bank Rakyat, Petronas, TNB, Felda, Felcra, Tabung Haji, ASB dan Kerajaan Malaysia memberhentikan pemberian Bonus atau Dividen gara-gara 1MDB? Adakah BRIM dikurangkan,ditamatkan atau ditambah lagi? Ternyata Malaysia bukan Amerika, kerana beberapa tahun lalu Kerajaan Amerika pernah 'collapse' gara-gara Perbendaharaan Amerika tidak mampu menyediakan gaji kepada kakitangan kerajaannya. 

Begitu juga, tepat pukul 5.00 petang bas Metro, Rapid KL dan sebagainya penuh sesak dengan penumpang. Begitu jua, jika anda lewat ke pejabat Imigresen sudah pasti anda akan mendapat nombor giliran yang panjang kerana ramainya orang mahu membuat pasport antarabangsa. Dan anda pasti tidur di dalam kemah sekiranya tidak membuat tempahan awal di pantai peranginan Port Dickson atau di Hotel Sunway Lagoon. 

Maknanya, isu 1MDB tiada kaitan dengan DS Najib. Jika anda melihat kesilapan 1MDB anda mesti mengkritik pengurusan 1MDB bukannya Perdana Menteri. Jika anda melihat kelemahan 1MDB anda mesti membetulkan kelemahan 1MDB bukannya memburukkan Perdana Menteri. Jika pengurusan 1MDB membawa kerugian bukannya pula mendesak Perdana Menteri meletak jawatan. Anda memberi pandangan yang salah kepada isu yang salah dan kepada orang yang salah. 
Kaitkan Tun Dr Mahathir
Tun Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang rasional pada masa yang sesuai, kepada orang yang betul dan kepada isu yang tepat. Dahulu Khairy Jamaluddin kerap mengkritik Tun Dr. Mahathir, hari ini mereka boleh bekerjasama dengan betul. Tun Dr. Mahathir dilihat mengejutkan ahli-ahli UMNO apabila memberi pujian dan semangat kepada Azmin Ali, Menteri Besar Selangor. 

Dan saya tidak hairan, jika Tun Dr. Mahathir akan memberi pandangan yang positif kepada 1MDB walaupun mengkritiknya kerana pada saya Tun Dr. Mahathir seorang yang 'refleksiologikal'. Kesilapan besar kita ialah mahu melihat Tun Dr. Mahathir bergaduh besar dengan Perdana Menteri, menunjukkan anda lupa bahawa Perdana Menteri sekarang bukan Perdana Menteri Tingkat 4.

Kesimpulannya mudah, DS Najib masih merupakan Perdana Menteri yang betul kepada Malaysia, Perdana Menteri yang sesuai kepada masa yang sesuai, dan Perdana Menteri yang betul kepada isu yang betul. 

Yang salahnya ialah sesetengah daripada kita mentafsir DS Najib dengan hanya menggunakan satu 'taxonomy'. 

Dan kesimpulannya sangat mudah, isu 1MDB hanyalah isu politik bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri. Saya bersetuju pandangan Profesor Jayum. 

MAHFUZ SINDIR LIM GUAN ENG JANGAN SOMBONG

Posted: 15 Dec 2014 12:39 AM PST



PAS meminta semua pihak menghormati sistem demokrasi yang ada di negara ini dalam semua pelaksanaan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi semua pihak boleh bersuara dalam mengetengahkan pendapat.

"Saya tidak boleh meminta Pakatan Rakyat untuk ganggu negara demokrasi, begitu juga saya tidak boleh meminta DAP untuk ganggu konsep demokrasi.

"Begitu juga pelaksanaan hudud ia sekarang sedang melalui proses demokrasi dan biarlah ia melalui segala proses-proses tersebut sebelum keputusan akhir dibuat
,"
katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau yang turut menyokong PAS melaksanakan hudud kerana perancangannya melalui proses demokrasi dan bukan paksaan.

"Kita tidak boleh nak halang Kelantan melaksanakan hudud, sebab di Kelantan itu sendiri kelulusan dilakukan di peringkat Dewan Undangan Negeri, ini demokrasi awal perjalanannya.

"Dan sekarang ia akan dicadangkan akan dibawa ke parlimen untuk proses demokrasi seterusnya, jadi setiap pihak perlu menghormatinya, di parlimen semua pihak boleh berbahas menentang atau menyokong
," sambung beliau lagi.

Ahli Parlimen Pokok Sena turut berkata PAS akan menerima apa-apa keputusan yang akan diputuskan di peringkat parlimen terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Seperti juga pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan‎ (GST) kita menentang tetapi ia melalui proses demokrasi di parlimen melalui suara ramai.

"Inilah yang akan dilalui hudud melalui proses yang sama dan tidak pernah ada istilah ingin menggunakan jalan belakang.

"Atas sebab-sebab itu kita mesti menghormati demokrasi kerana itu menjadi pegangan utama kita dalam negara ini
," sambung beliau lagi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada lawatan beliau di pejabat akhbar Sin Chew Jit Poh sebelum ini meminta agar semua pihak perlu memberi platform untuk PAS memberi penerangan jelas tentang hudud.

Katanya, pelbagai andaian dan tanggapan ini timbul apabila ada pihak yang tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai hudud khususnya kaum Cina.‎

"Perlu ada platform khusus untuk kita (PAS) memberi penjelasan tentang hudud yang sebenarnya.

"Selagi tidak ada platform ini menyebab apa sebenarnya dan cara pelaksanaan hudud itu tidak diterangkan dan disampaikan khususnya masyarakat Cina dalam negara ini
," kata beliau.

Dalam pada itu, Mahfuz turut menolak tidak pernah ada perselisihan faham PAS dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, setiap apa yang berlaku itu sebenarnya menguatkan jalinan kerjasama dalam mendapat sokongan rakyat.‎

DAP pada Konvensyen Nasional di Subang Jaya semalam memberi amaran kepada kepimpinan Pakatan Rakyat supaya bertegas untuk tidak melaksanakan hukum hudud di negara ini jika gabungan parti pembangkang ingin merampas pentadbiran di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Setiausana Agungnya, Lim Guan Eng menegaskan kepimpinan Pakatan Rakyat agar menyatakan pendirian tegas dalam hal tersebut bagi memenuhi aspirasi pengundi khususnya dari Sabah dan Sarawak. -HARAKAHDAILY 15/12/2014

Panglima Perang Cyber

Posted: 15 Dec 2014 11:07 PM PST

Panglima Perang Cyber


Akta anti keganasan ke Dewan Rakyat Mac depan - @Zahid_Hamidi

Posted: 15 Dec 2014 05:52 AM PST

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/W-rBzafPYSY


Sent from my iPhone

Sembilan suspek kes pergaduhan di stadium disambung reman

Posted: 15 Dec 2014 05:50 AM PST

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/-KRUkXcJ0i4


Sent from my iPhone

Banjir di lima daerah Terengganu

Posted: 15 Dec 2014 05:49 AM PST

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/6N2W1KDYBfo


Sent from my iPhone

Pemuda UMNO Desak Kaji Semula Lantikan CEO MAS

Posted: 15 Dec 2014 05:48 AM PST

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/LD9IU6I2CkU


Sent from my iPhone

Jawapan Kepada Surat 25 pesara kerajaan dan penerima pencen oleh 26 Tan Sri - Mesti Baca

Posted: 15 Dec 2014 02:39 AM PST



Surat Jawapan oleh 26 Tan Sri

Kami, para Tan Sri yang bertandatangan di bawah ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua individu di atas yang dengan beraninya telah menyuarakan hasrat hati umat Islam di negara ini akan kemelut besar yang sedang melanda negara ini.

Anda semua adalah para perwira dan negarawan sebenar, meskipun pekerjaan anda jarang diperhatikan oleh masyarakat umum. Kebimbangan-kebimbangan dan rasa prihatin yang anda semua nyatakan di dalam surat di atas adalah percerminan kepada apa yang telah sekian lama tersurat di hati kami.

Dalam membicarakan tentang Islam dan cabaran yang sedang dihadapi dewasa ini, kita semua adalah setaraf dan sepasukan. Apa yang anda semua suarakan tidak mampu di gambarkan dengan lebih jelas dan terang oleh para penganalisa, tokoh akademik, para cendekiawan mahupun para ulamak hari ini.

Tahniah kepada anda semua, wahai saudara kami!

Dan khusus kepada para penentang Islam, pembawa musibah dan virus liberal, pelampau, ekstremis dan modernis…

Kami tahu siapa kamu dan siapa dalang di belakang kamu.

Kami tahu siapa yang memberi dana kepada agenda dan aktiviti-aktiviti kamu.

Kami tahu tipu muslihat dan perancangan kamu.

Kami tahu betapa kamu telah memperdayakan begitu ramai tokoh untuk bersama kamu.

Kami tahu rencana apa kamu melaga-lagakan sesama Melayu dan umat Islam.

Kami akan mendedahkan tempat-tempat perjumpaan rahsia dan persembunyian kamu.

Kami akan dedahkan identiti kamu seorang demi seorang.

Kami akan londehkan satu persatu kemunafikan kamu.

Kami akan pastikan umat Islam dan bangsa Melayu mengenali dan mengawasi kamu.

Kami adalah mimpi ngeri kamu, siang dan malam!

Yang Menjalankan Amanah,

  1.     Tan Sri yang kenal sangat golongan Liberal ekstremis.
  2.     Tan Sri yang menghormati dinamisme pemuda dan pemudi Islam.
  3.     Tan Sri yang tidak akan mengkhianati bangsa sendiri.
  4.     Tan Sri yang tidak sanggup melihat kepentingan Islam dipermainkan.
  5.     Tan Sri sangat jengkel dengan politik hawa nafsu.
  6.     Tan Sri tidak lupa jasa pemimpin yang amanah.
  7.     Tan Sri tidak suka membuang masa dengan perkara tidak berfaedah.
  8.     Tan Sri selalu mengawasi pergerakan Evangelis Kristian.
  9.     Tan Sri kenal rapat Al Marhum Ustaz Fadhil Noor.
  10.   Tan Sri cemas dengan politik agenda peribadi.
  11.   Tan Sri tidak akan bersekongkol dengan agenda Yahudi Zionis.
  12.   Tan Sri menyokong usahawan Muslim dan Bumiputera.
  13.   Tan Sri sedih dengan nasib bangsa yang diperjudikan.
  14.   Tan Sri yang mengutamakan kerja-kerja kebajikan.
  15.   Tan Sri sangat menghormati Majlis Fatwa Kebangsaan.
  16.   Tan Sri biasa terlibat dengan program-program PERKIM.
  17.   Tan Sri sedih melihat NGO-NGO Islam telah diperalatkan.
  18.   Tan Sri peminat tegar Ustaz Kazim Elias.
  19.   Tan Sri selalu berbicara dalam Bahasa Melayu.
  20.   Tan Sri tidak terkejut dengan perjuangan Cauvinis Sosialis parti DAP .
  21.   Tan Sri tidak suka melepak di coffeehouse Pan Pacific.
  22.   Tan Sri suka melihat penyatuan perjuangan PAS dan UMNO.
  23.   Tan Sri sangat memuliakan wanita Islam.
  24.   Tan Sri sangat berbulu dengan Bar Council.
  25.   Tan Sri really hates IRF.
  26.   Tan Sri meluat sungguh dengan SIS.
  27.   Tan Sri pernah mengamuk pasal Lawyers For Liberty.
  28.   Tan Sri penyokong agenda perjuangan ISMA.
  29.   Tan Sri baru cancel langganan MalaysiaKini.
  30.   Tan Sri merasa kasihan kepada penyokong kuat Negara-Ku.
  31.   Tan Sri tidak pernah percaya kepada penerima dana NED.
  32.   Tan Sri berharap PAS bercerai dengan DAP.
  33.   Tan Sri selalu menonton TV Al Hijrah.
  34.   Tan Sri selalu menziarahi ulamak dan tokoh-tokoh berwibawa.
  35.   Tan Sri selalu mendirikan Solat Tahajjud.
  36.   Tan Sri akan sentiasa bersama Umat Islam.

_____________________

Nota kaki:

Penyusun meminta maaf kerana terlalu ramai Tan Sri yang rela hati untuk memasukkan nama sebenar mereka dan bilangan mereka sendiri melebihi kuota 26 nama yang telah diputuskan. Namun untuk tidak menghampakan mereka, penyusun masukkan sekali tambahan 10 orang Tan Sri lagi yang bersemangat. Bagaimanapun, nama sebenar mereka terpaksa dirahsiakan demi keselamatan dan untuk menjaga hati dan perasaan pihak-pihak yang terdekat dengan mereka (termasuk rahsia-rahsia peribadi mereka).

P/s …

Ini adalah karya fiksyen semata-mata. Ia bersifat parodi dan sebagai satu simbol mengekspresikan hak untuk berkarya secara kreatif. Ini juga sebahagian daripada hak asasi saya sebagai seorang penulis.

Tidak ada mana-mana Tan Sri yang telah diapa-apakan atau diperdayakan. Karya ini juga tidak ada kena-mengena dengan mana-mana manusia sama ada yang masih bernyawa atau sudah tamat riwayatnya. Kalau ada pun, secara kebetulan sahaja dan telah ditetapkan sejak azali lagi.

Untuk makluman, tidak ada seekor anjing pun yang disentuh dalam menyiapkan surat rayuan dan jawapan balasnya ini.

Mohd Luttfi Abdul Khalid
Seorang Peguam dan aktivis ISMA



Artikel sebenar dan sepenuhnya : 



Sent from my iPhone

Belantan

Posted: 15 Dec 2014 11:05 PM PST

Belantan


Krisis tebusan Sydney: Polis serbu bangunan!

Posted: 15 Dec 2014 08:40 AM PST


SYDNEY - Satu 'footage' rakaman secara langsung dari kafe di mana seorang lelaki menahan sekumpulan tebusan disiarkan kira-kira jam 11.20 malam tadi. Dalam 'footage' berkenaan, beberapa das tembakan kedengaran selain bunyi letupan.

Laporan setakat ini mengatakan seorang tebusan ditembak, sementara empat yang lain cedera.

'Footage' awal menunjukkan polis merempuh masuk bangunan tersebut sebelum lima orang awam dilihat berlari keluar.

Robot pemusnah bom juga dibawa masuk.

Satu laporan lain menyebut dua orang terkorban, namun tiada kepastian dan identiti mereka belum dapat disahkan.

Suara Politik
Belantan

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 15 Dec 2014 09:35 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


LEPAS JEPUN,THAI KINI NZ KETUM TAK BOLEH MASUK..MASUK KUBUR MACAMANA PULAK ?

Posted: 15 Dec 2014 06:57 AM PST

HUDUD DI KELANTAN..KITA WAJIB SOKONG USAHA PAS.

Posted: 15 Dec 2014 06:49 AM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 15 Dec 2014 09:14 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Apakah UNIMAS Juga Sudah Ditawan Pembangkang?

Posted: 15 Dec 2014 06:56 PM PST


BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 15 Dec 2014 03:03 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Rakyat S’pura Pakat Separuh Bogel Demi Pakaian Dalam FREE

Posted: 15 Dec 2014 08:30 AM PST

SINGAPURA – Puluhan pelanggan sanggup bermalam dalam keadaan separuh bogel di luar sebuah butik fesyen terkenal antarabangsa di sini semata-mata untuk mendapatkan pelbagai pakaian berjenama mahal secara percuma dalam satu kempen promosi unik yang dibuka sejak pukul 9 pagi ini.

Stesen televisyen tempatan Channel NewsAsia melaporkan, kesemua pelanggan lelaki dan wanita yang hanya memakai coli dan seluar dalam malah tidur di luar Desigual, butik ternama dari Barcelona, Sepanyol yang terletak di kompleks beli-belah popular Orchard Central sejak lewat malam tadi.

"Saya tidak tahu bila pelanggan awal akan mula beratur, maka saya dan suami setuju untuk datang pukul 11 malam tadi, bahkan kami lihat ramai sudah lama pun berbaris panjang serta semua tidur dalam keadaan separuh bogel macam kami juga," kata surirumah, Sharene Ong, 39 tahun.

Dua pelancong asing tidak ketinggalan menyertai promosi separuh bogel anjuran butik jenama Desigual di Singapura hari ini.

Menurut jurucakap butik tersebut, kempen istimewa yang dikenali sebagai Desigual's Seminaked itu menawarkan aneka pakaian pilihan khusus untuk kumpulan 100 pelanggan pertama hari ini sebagai pembuka tirai promosi panjang jualan festival hujung tahun.
Desigual telah pun melancarkan kempen separuh bogel itu sejak 2005 lalu yang melibatkan lebih 50 cawangan butik tersebut di seluruh dunia termasuk Madrid, Paris dan Tokyo manakala di Singapura, ia merupakan kempen julung kali diadakan. – Agensi

Mungkin saya jadi PM - Mahfuz

Posted: 15 Dec 2014 04:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng boleh membangkitkan isu menamakan calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat dalam mesyuarat gabungan pembangkang itu Januari depan, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, perkara tersebut perlu dibincangkan dalam mesyuarat dan mana-mana parti berhak untuk menamakan siapa juga yang dimahukan.

"Perkara ini kita perlu bincang dalam mesyuarat, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim kata bulan Januari nak buat mesyuarat jadi Lim Guan Eng boleh bawa pekara ini dalam mesyuarat nanti.

"Siapa calon PM kita bincang. Mungkin saya jadi PM.

"Mana ada dalam dunia orang tak nak jadi Perdana Menteri.

"Yang sudah jadi Perdana Menteri, nak turun pun payah," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, hari ini.

Ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan Parti DAP 2014 di Petaling Jaya semalam, Guan Eng dilaporkan meminta Pakatan Rakyat menamakan calon perdana menteri apabila menyertai pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata tanpa muafakat jelas dalam perkara berkenaan Pakatan Rakyat tidak boleh menyertai pilihan raya

DAP tetap menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai pentadbiran kerajaan pusat pada PRU14 nanti.

Sebelum PRU13 yang lepas, beberapa pihak dalam PAS mahukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kekuasaan.

Dicekup khalwat, Puteri Mardiana dakwa dianiaya bekas teman lelaki

Posted: 15 Dec 2014 03:01 AM PST

Bagus sungguh Putri Mardiana ini. Adab melayan tetamu memang terbaik. Pasti hilang dahaga di tekak pihak JAIS yang menangkap dirinya berkhalwat dengan Shahrizam Abdullah yang dikenali sebagai Ejump.

Menarik juga membaca kisah tangkapan yang diceritakan dari sudut Putri Mardiana ini. Ada dua perkara penting yang ingin disampaikan olehnya iaitu tangkapan ini dirancang oleh bekas teman lelakinya dan kedua Ejump sekadar masuk ke rumah untuk minum air selepas menghantar dirinya pulang.

Putri Mardiana turut memaklumkan yang dirinya memang sudah merancang untuk berkahwin dengan Ejump yang merupakan suami orang.

Untuk makluman, Putri Mardiana sering menemani Ejump menghadiri prosiding kes penceraiannya. Hari ini, kes tersebut telah selesai dan Ejump sudah melafazkan cerai terhadap isterinya.

Susulan itu, Putri Mardiana dan Ejump merancang untuk berkahwin tahun hadapan.

Ikuti penjelasan panjang lebar mengenai kes tangkap khalwatnya di bawah:-

Saya ke mahkamah hari ini tadi, kerana kes perceraian teman lelaki saya. Hari ini kami mengambil surat cerai Ejump dan syukur kes itu sudah selesai. Teman lelaki saya bukan lagi suami orang sebenarnya dan selama ini saya sering menemaninya ke mahkamah menjalani prosiding perceraiannya itu. Sebenarnya, kami memang sudah merancang mahu bernikah. Kalau tiada aral, majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas raya tahun depan.

Apa yang semua sudah tahu, saya tidak perlulah menidakkan kerana orang tetap akan memberi tanggapan negatif terhadap saya. Namun, saya tahu dan kenal dengan pihak yang merancang perkara ini (ditangkap khalwat). Saya sebenarnya di 'prank' bekas teman lelaki saya dan juga mendapat tahu perancangan ini melibatkan bekas isteri Ejump.

Mereka bersepakat untuk kenakan saya dan bekas teman lelaki saya minta nombor rumah saya daripada tuan rumah. Dia juga yang membuat aduan kepada pihak JAIS sehingga serbuan dibuat.

Kemudian JAIS datang (selepas Ejump masuk untuk minum air) dan saya suruh teman lelaki membuka pintu. Kami tak lari kerana buat apa kami nak takut, sedangkan ketika itu kami tidak buat apa-apa. Kami pun masih dalam keadaan berbaju lengkap. Saya siap jemput JAIS minum dan mereka jadi serba salah.

Sebenarnya bekas teman lelaki saya itu adalah kawan baik kepada Ejump. Sewaktu saya bersama dengan bekas kekasih saya itu, Ejump tahu banyak tentang kami. Malah Ejump tahu yang dia pernah pukul saya. Sehinggalah kami putus dan saya semakin rapat dengan Ejump sebab dia banyak memberi semangat pada saya.

Keluarga sudah tahu hubungan kami tetapi buat masa ini kami tak berhasrat percepatkan pernikahan sebab kami bukan mahu kahwin kerana perkara itu (ditangkap khalwat). Saya terima dan terpaksa hadap semua ini. Saya tahu memang ada pihak yang tidak boleh tengok saya bahagia dan ada saja yang dengki.

Tak mengapalah, hari ini mungkin hari saya. Terima kasih pada pihak yang telah buat saya popular. Kalau ini cara dapat puaskan hati dia, kami dah puaskan hati dia. Apa yang penting sekarang ini, anak-anak saya selamat.

Tak payahlah tunggu tahun depan nak kahwin. Nikah je dulu. Buat apa yang wajib. Alang-alang dah kena tangkap basah. Tak kiralah kena prank ke masuk dalam sekadar minum air ke. Yang penting memang berdua-duaan. Tak gitu? Apa pula pendapat anda?

Sumber MalaysianDigest.

Artis lelaki tempatan laksana upacara perkahwinan luar tabii?

Posted: 15 Dec 2014 12:31 AM PST

Gambar hiasan
Baru saja SS hendak ucapkan tahniah kepada seorang selebriti lelaki ini, terbantut segala hasrat apabila dimaklumkan upacara perkahwinan bakal dilaksanakannya itu secara luar tabii. Payah dan berat rasanya SS hendak memberi penjelasan mengenai hal ini kerana SS dapat tahu selebriti yang sering terbabit dalam dunia seni ini merancang untuk mengahwini 'teman lelakinya'!

Mengucap panjang SS mendengar berita yang mengejutkan ini. Memang cerita seperti ini tidak asing di Hollywood tapi jika ia membabit­kan selebriti tempatan pasti kecoh jadinya di sini.

SS dimaklumkan seorang sumber rapat selebriti itu, majlis perkahwinan pasangan berkenaan tidak dibuat di Kuala Lumpur sebaliknya di luar negara. Hah, larian obor ke?

Setahu SS, hubungan songsang yang terjalin pun sudah berdosa besar, inikan pula untuk mendaftarkan perkahwinan berkenaan yang seolah-olah mencabar hukum Yang Maha Esa.

SS tidak mahu berhujah panjang bimbang tersalah cakap. Apa yang mampu SS katakan, kalau cinta dan tak mampu mengubah naluri yang sukakan kaum sejenis, janganlah sampai agama juga mahu diperjudikan.

Apapun, SS harap selebriti berkenaan cepat-cepatlah bertaubat dan kembalilah ke pangkal jalan. Doa SS semoga selebriti dimaksudkan dikurniakan hidayah.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16268#sthash.aVvTm0VJ.dpuf

Pengantin baru kantoi 'projek' bawah jambatan

Posted: 15 Dec 2014 12:01 AM PST

Alor Setar: Sepasang pengantin baru yang baru berkahwin bulan lalu dicekup kerana disyaki terbabit dengan penagihan dadah dalam serbuan di bawah jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 7.30 pagi, pasangan berkenaan yang berusia 25 dan 31 tahun itu ditahan bersama 61 penagih lain dalam operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kota Setar dan dibantu AADK Kedah serta Padang Terap di kawasan berkenaan.

Mereka dikatakan baru berkahwin di negara jiran berikutan lelaki itu sudah mempunyai isteri, tetapi tidak mempunyai anak, malah kedua-duanya dipercayai ketagih heroin.

Malah, wanita terbabit yang berasal dari Pulau Pinang itu juga dikatakan turut menjalankan kutipan derma untuk sebuah pertubuhan amal di kawasan itu berikutan penemuan dokumen berkaitan dan menggunakan upah yang diperoleh sebanyak RM35 sehari untuk membeli dadah.

Dia mendakwa membeli dadah jenis heroin antara RM15 hingga RM20 untuk melepaskan gian dan hanya suka-suka disebabkan sudah lama menghisap dadah sejak beberapa tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Ada ‘benda’ bekas pengerusi SPR tidak dapat, kata Zahid

Posted: 14 Dec 2014 10:31 PM PST

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan gesaan yang dibuat bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menuntut perdana menteri berhenti daripada menipu rakyat, sambil mendakwa kemungkinan ada 'benda' yang tidak diperolehi Rashid.

Menteri dalam negeri itu berkata, Rashid seharusnya membangkitkan perkara itu ketika masih berkhidmat dan bukannya selepas beliau bersara daripada perkhidmatannya.

"Masa dia pegang jawatan kenapa dia tidak sebut perkara itu, adalah benda yang dia tidak dapat itu," kata Zahid kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan PJP/KP/Komander dan Komanden PDRM di Kuala Lumpur, hari ini.

Rashid semalam menggesa Datuk Seri Najib Razak berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu)," kata Rashid dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa.

Rashid berkata beliau tidak marah jika orang Umno atau Najib memarahinya mengkritik secara terbuka kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.

"Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan," katanya.

Beliau berkata dirinya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendiriannya.

"Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat," katanya.

Rashid berkata apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar.

"Mereka (Umno) takut kalah pilihan raya tetapi saya kata itu tidak berlaku sebaliknya kita berdepan dengan pelbagai cabaran," katanya.

Beliau turut mencadangkan peranan Perkasa ditukar daripada kumpulan pendesak Melayu kepada parti politik memerintah negara kerana itu saja pilihan yang ada memastikan negara dipimpin orang yang "betul". – 15 Disember, 2014.

Hudud Kelantan 'bermasalah' kata Anwar

Posted: 14 Dec 2014 10:09 PM PST

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rancangan kerajaan pimpinan PAS di Kelantan mahu meminda enakmen tentang hudud di Dewan Undangan Negeri bermasalah, kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam di negeri itu.

"Akan ada banyak masalah kerana anda perlu meminda undang-undang persekutuan. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya (hudud)," kata Anwar ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

"Katakan mereka buat juga. Siapa yang akan membuat tangkapan? Siapakah yang akan membawa mereka (suspek) ke penjara? Ia bukan dalam kuasa (kerajaan negeri) mereka. Oleh itu, terdapat banyak masalah."

Kerajaan Kelantan telah menetapkan 29 Disember untuk memanggil satu sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk membentangkan pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata semalam ia adalah sebahagian daripada prosedur kerajaan negeri untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk membolehkan Kelantan menguatkuasakan hudud.

Walau bagaimanapun, DAP telah berulang kali menuntut PAS menangguhkan rancangannya di Kelantan, menyatakan undang-undang jenayah Islam yang kontroversi bukan sebahagian daripada rangka kerja dasar bersama Pakatan Rakyat.

Anwar berkata hari ini mereka masih tidak tahu pindaan enakmen yang hendak dibuat tetapi PAS katanya telah berjanji untuk memberikan maklumat itu.

"Dalam kata sepakat yang kami capai pada tahun 2010, kita bersetuju apa-apa langkah-langkah baru perlu dibincangkan dalam PR. Tetapi kita juga bersetuju apa-apa langkah yang telah diambil sebelum ini (sebelum kewujudan PR) termasuk yang diambil oleh Kelantan perlu dihormati.

"Jadi, saya tidak tahu tentang peruntukan ini apakah sama dengan apa yang telah diluluskan sebelum ini yang juga memerlukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan."

Anwar berkata Pakatan Rakyat akan mengkaji rang undang-undang ini sebelum membuat apa-apa keputusan mengenainya.

Sebelum ini, kerajaan Kelantan sudah menubuhkan satu jawatankuasa teknikal mengenainya yang mengumpulkan semua kumpulan pakar mengenai undang-undang itu termasuk para peguam sivil.

Kerajaan pusat juga telah menubuhkan jawatankuasa yang sama di peringkat pusat dengan diketaui oleh Ketua Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara.

Sehingga kini, tujuh mesyuarat telah diadakan iaitu lima di peringkat negeri dan dua di peringkat pusat. – 15 Disember, 2015.

Benar bukan Islam guna Kalimah Allah, Anwar pertahan Guan Eng

Posted: 14 Dec 2014 09:30 PM PST

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, kenyataan Lim Guan Eng bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah memang betul, sambil menambah beliau yakin setiausaha agung DAP itu tidak berniat untuk tidak menghormati Islam.

"Beliau betul, terdapat bukti dan alasan yang kukuh untuk menyokong keputusan yang beliau ambil," kata Anwar ketika ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Ada ulama terkenal di dunia yang mempunyai pendirian yang sama. Berbeza dengan pendirian yang diambil beberapa jabatan agama negeri," katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada beliau bersetuju dengan Lim tidak ada larangan atas orang bukan Islam di Pulau Pinang daripada menggunakan beberapa frasa Arab, Anwar berkata ia adalah "satu isu undang-undang".

Tetapi beliau menggesa pihak berkuasa untuk mengadakan perbincangan berkaitan dengan isu ini, dan bukannya mengambil tindakan terhadap ketua menteri Pulau Pinang.

"Adakan perbincangan dan wacana, itu saja. Maksud saya, saya tidak mahu mengutuk keputusan mereka atau perlu menegur kita kerana mengulangi apa yang dikatakan ulama.

"Sebagai contoh, saya bertanya Sheikh Qardawi mengenai penggunaan Allah dan saya sampaikannya kepada Guan Eng," kata Anwar, merujuk kepada ulama Islam terkenal Yusuf Al Qardawi.

Polis Pulau Pinang memulakan siasatan ke atas Lim bagi kenyataaan itu, selepas laporan polis dibuat terhadapnya pada Sabtu oleh Pemuda Umno Bahagian Bukit Mertajam. – 15 Disember, 2014.

Kantoi romen sambil bogel dalam jakuzi

Posted: 14 Dec 2014 09:01 PM PST

Singapura: Sepasang kekasih didakwa berbogel dan berasmara di dalam kolam jakuzi di Equarius Beach Villa, Resorts World Sentosa (RWS), lapor media semalam.

Gambar aksi melampau pasangan itu dimuat naik seorang wanita yang menyaksikan kejadian ke laman web Stomp.

Menurut wanita terbabit, pasangan berkenaan tidak menghiraukan orang lain - termasuk kanak-kanak yang memerhati mereka berasmara.

Menurut akhbar The Straits Times, saksi dikenali sebagai Lee, 41, berkata dua anaknya dan sepupu mereka yang berusia lima hingga 11 tahun mengadu melihat wanita terbabit tidak memakai seluar mandi.

Lee terus memaklumkan pihak pengurusan sebelum mengarahkan kanak-kanak terbabit supaya tidak memandang pasangan itu yang jelas dilihat mengadakan seks di dalam jakuzi berkenaan.

Pasangan itu hanya menghentikan perbuatan mereka selepas ternampak Lee mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya.

RWS berkata, perkara itu masih dalam siasatan. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16323?m=1#sthash.VDHzUlw0.dpuf

Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia

Posted: 14 Dec 2014 05:57 PM PST

Seniman filem Melayu klasik Datuk Mustapha Maarof, 79, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Wangsa Maju jam 8.38 pagi tadi.

Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azhari Maarof meninggal di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas dua minggu mendapatkan rawatan akibat penyakit paru-paru.

Jenazah akan disempurna di hospital dan disembahyangkan di Masjid Sentul sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Ampang yang dijangka selepas Zuhur.

Apa Yang Tersirat

Posted: 15 Dec 2014 01:29 PM PST

Apa Yang Tersirat


Isu 1MDB: Menjatuhkan Najib Bukan Caranya: Salleh Said Keruak

Posted: 14 Dec 2014 07:37 PM PST

TIDAK kiralah siapa Perdana Menteri, kalau berbagai isu dalam negara belum selesai, ianya merupakan faktor beban kepada Umno dan Barisan Nasional.

Pembangkang atau rakyat bukan hanya melihat siapa Perdana Menteri, akan tetapi isu yang tertunggak.

Menurunkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri tidak akan menyelesaikan masalah-masalah itu, demikian menurut Speaker Dewan undangan negeri Sabah- Datuk Salleh Tun Said.

Menurut mantan Ketua Menteri Sabah itu, ambil contoh apabila Tun Abullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan Perdana Menteri, pengganti beliau tidak juga dapat "redeem" kekalahan Umno/Bn pada PRU-12, malah kerusi BN semakin berkurang.

Isu 1MDB yang meruncing pada masa ini, dikatakan bakal menjatuhkan Perdana Menteri ke-6 negara itu.

1MDB adalah "brainchild" Najib sendiri.

Salleh melalui blognya menulis, keupayaan Bn untuk menang pada PRU-14, hanya melalui Kerja berpasukan (act together), tanpa faktor itu, Umno/Bn terpaksa berhempas pulas untuk mempertahankan Putrajaya.

Cucu Tok Selampit

Posted: 15 Dec 2014 01:28 PM PST

Cucu Tok Selampit


Tahniah Ketua Puteri UMNO @emisamsudin Buka Kaunter Pendaftaran Pengundi

Posted: 14 Dec 2014 06:12 PM PST

CTS ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, YB Mas Ermieyati Samsudin yang membuka pusat pendaftaran pengundi di kawasan parlimennya semalam. Sebuah kaunter yang serba sederhana telah dibuka oleh beliau semalam di pasar malam dari jam 5.00 petang hingga ke pukul 7.00 malam.

'Its better late than never'. Walaupun pihak PR telah melakukan perkara sebegini sejak berakhirnya PRU13 yang lalu, tindakan YB Mas Ermieyati patut dipuji. Malah sepatutnya ianya menjadi contoh kepada anak-anak buah beliau di kalangan Pergerakan Puteri UMNO untuk turut melakukan program sedemikian.

waadat

Posted: 15 Dec 2014 01:04 PM PST

waadat


Media sosial baru buatan malaysia

Posted: 14 Dec 2014 11:37 PM PST

....sambungan.

Sebelum ini Demang sebut betapa jaringan media sosial bukan lagi sebagai jejaring lelabah bahkan sudah seperti gumpalan kapas yang tidak mudah dilerai.

Jika demikian, tindakan yang lebih praktikal dilakukan bukannya menghuraikannya sebaliknya merubah ia menjadi produk baru agar boleh dimanafaatkan.

Demang tahu kita sudah ada kementerian telekomunikasi namun isu ini bukan semata-mata masalah teknologi. Ia adalah peningkatan interaksi dan komunikasi yang menggerakkan sektor-sektor penting dalam masyarakat.

Jika anda kata media sosial hanya alat, ia memang benar namun perlu ditambah sedikit, 'alat yang agresif'.

Agresif atau radikal adalah sifat tidak normal bagi manusia. Analoginya ialah kenderaan yang sedang bergerak pada kelajuan 110km sejam adalah normal namun apabila pemandunya tiba-tiba menekan pedal brek dengan pantas sambil menukar haluan maka ia akan menghasilkan dentuman, samada kereta itu akan terguling atau terbabas, atau akan dihentak oleh kenderaan lain dari belakang.

Demikian juga kemunculan media sosial seperti Whatsapp dan Facebook. Samada diketahui atau tidak, samada sudah berlaku atau belum ia pasti akan terjadi kerana fitrahnya begitu.

Maka kita tidak mungkin dapat menahannya sebaliknya ia perlu diarah ke haluan yang betul serta diberi panduan. Kalau boleh, kawalan yang tidak secara langsung.

Sememangnya usaha ke arah itu memang sedang dilakukan namun adakah ia berpusat?

Jika kapas boleh kita jadikan benang  untuk dibuat pakaian maka kehadiran media sosial juga boleh kita jadikan sesuatu yang lebih berfaedah.

Kenapa kerajaan Malaysia tidak bina aplikasi kita sendiri untuk itu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan