PEJUANG BANGSA Posted: 14 Dec 2014 11:23 AM PST JIKA NAK MENANG PRU14 PR PERLU TOLAK HUDUD , APA JAWAPAN PAS ?? Posted: 14 Dec 2014 06:00 AM PST Pakatan pembangkang perlu jelaskan pendirian bahawa mereka tidak akan melaksanakan hudud jika mahu menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Katanya pakatan itu perlu ada dasar yang jelas, konsisten dan boleh meyakinkan rakyat.
"Kita hanya boleh berjaya sekiranya pendirian dan kedudukan kita jelas bahawa Pakatan yang memerintah di Putrajaya (nanti) tidak akan melaksanakan undang-undang hudud.
"Itu mesti jelas. Kerana itulah aspirasi pengundi-pengundi (berhaluan) sederhana, bukan (aspirasi) pengundi ekstrem," katanya pada perasmian Persidangan Kebangsaan Parti DAP 2014 dekat sini, hari ini.
Katanya,lapor Bernama, parti-parti dalam pakatan itu juga perlu ada ketetapan siapa calon perdana menteri mereka.
Sementara itu Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli yang juga wakil tunggal PAS pada persidangan itu ketika ditemui pemberita, bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Lim itu. "Saya tidak mahu komen terhadap itu, jika mahu tanya pendirian kami (PAS) nanti akan cakap pada pertemuan persidangan PAS nanti," katanya.
Mengenai kenyataan Lim untuk menamakan calon perdana menteri Pakatan, Hatta berkata: "Ini 'cadangan yang adil', (bagaimanapun) kami akan kajinya".
PAS dan DAP bertelagah berhubung isu hudud, tetapi sekutu mereka iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum membuat pendirian jelas mengenainya.
Mereka juga gagal mencapai kata sepakat berhubung calon bagi jawatan perdana menteri sekiranya berjaya menawan Putrajaya.
Terdahulu, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata parti itu perlu bersiap sedia lebih awal bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.
"Kita mesti mencapai prestasi cemerlang di Sarawak. Kalau kita boleh menang di Sarawak, kita baru boleh menang di Putrajaya," katanya.
| TAJUDDIN SELAR TUDUHAN KHAIRUDDIN PEMIMPIN UMNO BACUL ISU 1MDB @NajibRazak Posted: 14 Dec 2014 05:00 AM PST
Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan digesa tidak membuat tuduhan melulu terhadap tanggungjawab pemimpin parti dalam isu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, masalah 1MDB sudah dibincang di pelbagai lapisan peringkat, malah dibangkitkan dalam mesyuarat MT parti."Dia kata pemimpin UMNO bacul, masalahnya adakah dia tahu apa tindakan kita mengenai isu ini? Dia tidak tahu apa-apa."Mana boleh disamakan cara dia dengan cara kita. Kita ada bangkit isu ini di Parlimen. Khairuddin ini siapa?"Kita ada medan MT, kita jumpa kepimpinan tertinggi UMNO dan bincang isu ini, kita juga bincang isu ini dengan Menteri Kewangan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Tajuddin mengulas tuduhan Khairuddin yang menyifatkan pemimpin UMNO sebagai bacul dan terlampau takut untuk membangkitkan isu berkenaan masa depan dan risiko sebenar yang dihadapi 1MDB.Tambah Tajuddin, pemimpin UMNO juga disifatkan sudah berjumpa dengan pengurusan 1MDB selain mengaku sudah ada jawapan di sebalik kemelut yang didakwa ramai pihak itu."Soalnya sekarang kepada Khairuddin, apa yang dia tidak puas hati berkenaan risiko duit rakyat dan setiap apa laporan polis yang dibuatnya. Tetapi kalau dia hendak buat laporan polis, itu hak dia," jelasnya.Dalam pada itu, Tajuddin turut menyifatkan Khairuddin merupakan 'proksi' kepada seorang veteran UMNO yang ditugaskan untuk membangkitkan isu 1MDB.Tajuddin juga mengambil contoh sejarah Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) yang turut mengalami sedikit 'kejatuhan' pada awal penubuhannya."Kalau diikut tekanan pembangkang dan beberapa pihak tertentu, sudah lama Proton terkubur. Namun, lihatlah apa berlaku kepadanya sekarang...sudah jadi kebanggaan negara."Sama juga dengan 1MDB. Mungkin sekarang tidak nampak lagi perkembangannya, namun berilah kepercayaan kepadanya untuk satu tempoh masa panjang," jelasnya. | AGM PERKASA MEDAN BERBALAH & KUTUK SESAMA MELAYU ? Posted: 14 Dec 2014 04:36 AM PST
AGM Perkasa hari ini mendapat liputan meluas media termasuk portal pembangkang. Apa yang menyedihkan ia menjadi pentas menghentam pemimpin UMNO dan paling teruk memaki hamun dengan perkataaan "BANGSAT "
Kalau mereka nak menyuarakan tentang hak keistimewaan Melayu seperti biasiswa , itu memang perjuangan mereka . Tetapi dengan cara memaki dan mengutuk pemimpin UMNO , itu bukan cara dan budaya Melayu dalam menegur .
Dalam ucapan sama, Ibrahim turut mengingatkan beberapa pemimpin Umno supaya tidak "menyentuh" NGO itu dan sebuah lagi NGO lantang Melayu, ISMA.
Beliau menamakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, bekas ahli parlimen Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.
"Kepada Jazlan, Saifudin Abdullah, KJ dan Salleh Keruak, kita bukan nak bermusuh.
"Kalau tak boleh nak bela Melayu, jangan sentuh PERKASA dan ISMA," katanya.
| ISU 1MDB & SIKAP OPPORTUNIS KHAIRUDDIN DALAM UMNO Posted: 14 Dec 2014 01:41 AM PST
Siapa tak kenal Khairuddin Abu Hassan , seorang ahli perniagaan , suami artis Umie Aida & sepupu Anwar Ibrahim . Beliau ; pernah tampil beberapa kali dalam kes liwat Anwar pada 1998 bersama bersama Khalid Jafri, yang merupakan penulis buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM' dan juga Umi Hafilda Ali. Kali ini dalam isu laporan polis dibuatnya terhadap 1MDB , populariti beliau terus naik mendadak dan ramai pemimpin pembangkang memuji tindakannya . Mengapa dia tidak buat laporan polis sebelum dan ketika Perhimpunan Agong UMNO ??Bagi GPB .. dia buat laporan Polis kononnya untuk menyelamatkan UMNO sebenar TIDAK.Ada perkara yang tersirat disebalik semua ini dan beliau sebenarnya adalah pemimpin Opportunist hidup berakar dalam UMNO.
Pemimpin UMNO diminta tidak menjadi bacul dan terlampau takut untuk membangkitkan isu berkenaan masa depan dan risiko sebenar yang dihadapi syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan,Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, oleh itu tidak ada sebab untuk mana-mana pihak di dalam UMNO untuk memberi amaran kerana tanggungjawabnya menegakkan kebenaran."Kita hendak tegakkan kebenaran, tapi kenapa ada pihak seolah-olah tidak ada otak dan marah sangat dengan laporan polis tempoh hari?"Saya hanya mahu siasatan terhadap 1MDB dibuat, itu duit rakyat dan hak mereka untuk tahu perjalanan syarikat itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Khairuddin mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri,Datuk Seri Reezal Merican Naina Mericanyang menjelaskan tindakan Khairuddin sentiasa tertakluk kepada etika parti.Bagaimanapun Reezal memaklumkan, UMNO Pulau Pinang tidak akan terburu-buru untuk mengambil tindakan ke atas Khairuddin yang membuat laporan polis terhadap 1MDB.Pada Jumaat, Khairuddin membuat laporan polis yang meminta siasatan terperinci harus dilakukan bagi mengenal pasti punca masalah kepincangan pentadbiran kewangan yang dihadapi 1MDB.Dalam pada itu jelas Khairuddin, laporan polis yang dibuatnya merupakan tindakan peribadi dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak."Sebab itu saya kata kenapa UMNO tiba-tiba hendak melenting? Ini tindakan peribadi, perjuangan saya sendiri, tidak ada kena mengena dengan parti.
"Kenapa semua hendak saya tarik balik laporan polis itu? Apa puncanya semua jadi terlampau takut? Kalau saya kata ini laporan polis daripada UMNO Pulau Pinang itu lainlah ceritanya," tegasnya.Khairuddin dalam pada itu turut mempersoalkan desakan Setiausaha Agung UMNODatuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansoryang memintanya menarik balik laporan polisnya."Ku Nan kata tidak wajar, tidak adil dan kebudak-budakkan, saya mahu tahu dari segi apa desakan itu dibuat?," jelasnya.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir bagaimanapun sebelum ini memberitahu, mereka tidak mempunyai kaitan dengan tindakan Khairuddin yang membuat laporan polis terhadap 1MDB itu.Khairuddin turut memberitahu sejak laporan polis dibuat, dia menerima ribuan pesanan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan WhatsApp yang mengagumi tindakannya itu."Ribuan daripada pemimpin-pemimpin pelajar di universiti dan orang perseorangan yang menyatakan ini cara terbaik untuk melihat kelangsungan UMNO terus utuh untuk masa hadapan."Mereka kata ini langkah untuk Generasi Y (Gen Y) kembali menyokong parti, ini tindakan yang akan membuka mata masyarakat," katanya.Khairuddin turut mengakui tindakannya itu secara keseluruhannya akan menyelamatkan UMNO serta negara sendiri daripada menanggung hutang akibat 1MDB."Saya selamatkan UMNO, saya buat semua ini atas dasar keikhlasan."Jangan anggap saya yang jatuhkan UMNO ... yang jatuhkan parti adalah 'kaki bodek'," katanya
| KALIMAH ALLAH : KENYATAAN GUAN ENG TUNJUKKANNYA DIRINYA JAHIL & KELIRU @dzainalabidin @RRafizal Posted: 14 Dec 2014 01:05 AM PST
Kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa orang bukan Islam di Pulau Pinang boleh menggunakan kalimah Allah, jelas menunjukkan beliau tidak faham tentang bidang tugas, tanggungjawab dan undang-undang pentadbiran agama Islam di negara ini, menurut Umno Pulau Pinang. Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sepatutnya Guan Eng merujuk kepada Mufti negeri Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan Exco agama negeri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai pentadbiran agama Islam di negeri ini. "Tindakan beliau (Lim) mengatakan bahawa Seksyen 48(3) dan Seksyen 48(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 yang telah diwartakan pada April 2010 tidak boleh dikuatkuasakan atau terpakai ke atas orang bukan Islam adalah satu tindakan provokatif terhadap sensitiviti umat Islam yang boleh mencetuskan ketegangan antara agama di negeri ini.
"Ia juga menunjukkan kekeliruan dan kejahilan ketua menteri sendiri berhubung penguatkuasaan fatwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 yang telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Guan Eng, seperti dilaporkan beberapa portal berita pada Jumaat, memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah. Ketua Menteri dilaporkan berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam. Zainal Abidin berkata, kenyataan Guan Eng itu juga bercanggah dengan kenyataan bekas pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh pada Januari lepas yang telah meminta ketua menteri dan kerajaan negeri mendapatkan semakan kehakiman kerana fatwa larangan itu terpakai terhadap orang bukan beragama Islam di Pulau Pinang. "Keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang adalah selari dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada Mei 2008 dan juga keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes larangan penggunaan kalimah Allah oleh majalah The Herald," katanya.
Katanya Seksyen 3 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 juga dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di dalam Negeri Pulau Pinang sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam perlembagaan negeri Pulau Pinang.
"Kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong hanya boleh diturunkan kepada Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas. Oleh yang demikian Ketua Menteri Pulau Pinang tidak mempunyai bidang kuasa dalam pentadbiran agama Islam di Pulau Pinang," katanya.
Beliau berkata, pihaknya turut mendesak Yang Dipertua MAIPP Datuk Salleh Man dan Exco Agama negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim untuk menjelaskan pendirian mereka terhadap kenyataan Lim supaya tidak timbul sebarang kekeliruan dalam kalangan umat Islam di negeri ini. - Bernama | KALIMAH ALLAH :KETUA MENTERI PP TIADA KUASA , HAL EHWAL ISLAM KUASA YDP AGONG Posted: 13 Dec 2014 09:30 PM PST
Kenyataan Guan Eng bahawa bukan Islam dibenarkan guna Kalimah Allah terus ditempelak dan dibidas .
Kali ini Menteri KDN memalukan Guan Eng dengan mendakwa KETUA MENTERI tiada kuasa dalam hak ehwal Islam sebaliknya perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Yang Dipertua Negeri yang mewakili Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri berkenaan.
Apakah Legal Advisor negeri tidak menasihat Guan Eng tentang undang-undang atau dia sendiri yang suka menyentuh soal sensitiviti orang Islam ??
Ketua Menteri di sesebuah negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau menentukan sesuatu keputusan mengenai penggunaan kalimah Allah.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Yang Dipertua Negeri yang mewakili Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri berkenaan.
"Walaupun fatwa harus dilaksanakan di peringkat negeri dan hal ehwal agama Islam adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, kuasa eksekutifnya tidak terletak kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian Karnival Sukan Air Bagan Datoh yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Jeti Bagan Datoh di sini.
Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang dilaporkan beberapa portal berita semalam, memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.
Ahmad Zahid seterusnya memberitahu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia membuka kertas siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya jika menerima laporan polis berhubung pendirian Guan Eng tersebut.
Menurutnya, isu berkaitan hal ehwal agama Islam sepatutnya diserahkan kepada Mahkamah Syariah yang akan melakukan pendakwaan terhadap mana-mana pihak.
| 1MDB : KHAIRUDDIN ABU HASSAN DIDESAK TARIK BALIK LAPORAN POLIS - KU NAN @dzainalabidin Posted: 13 Dec 2014 08:46 PM PST
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendesak Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan menarik balik laporan polisnya terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB).Ketika dihubungiAstro AWANI, beliau menyifatkan tindakan Khairuddin itu sebagai tidak wajar, tidak adil dan kebudak-budakkan.Katanya, tindakan membuat laporan polis terhadap 1MDB bukanlah pendirian UMNO mahupun pendirian perhubungan negeri UMNO Pulau Pinang."Inilah masalah orang UMNO yang tidak faham perjuangan parti. Kita tidak boleh mendengar (sembarangan) cerita dari laman web, internet atau media sosial.
"Jangan kita termakan persepsi yang bukan-bukan dari pihak pembangkang. Dia pergi buat laporan polis, saya pun tak faham," kata Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.Menurutnya, beliau telah pun menghubungi UMNO Pulau Pinang tentang perkara itu dan dimaklumkan bahawa pihak UMNO negeri sedang membincangkan isu tersebut untuk dipertimbangkan tindakan selanjutnya.Ditanya sama ada beliau merasakan Khairuddin patut diambil tindakan disiplin, Tengku Adnan berkata beliau akan mempertimbangkannya namun setakat ini Khairuddin masih belum melanggar apa-apa etika parti."Saya akan timbang apa yang dicadangkan oleh (UMNO) negeri... kalau dia langgar etika kita akan ambil tindakan, tetapi dia tak langgar lagi, jadi kita tunggu apa yang dia akan lakukan seterusnya," jelas beliau.Selain itu, Tengku Adnan turut memaklumkan beliau bercadang untuk bertemu dengan Khairuddin bagi menasihati beliau dan memintanya menarik balik laporan polis yang telah dibuat.Sambil mempertahankan 1MDB, katanya banyak sumbangan yang telah dilakukan syarikat itu dan seperti syarikat-syarikat yang lain juga, sudah tentu ada untung dan rugi.Beliau juga menasihati ahli-ahli UMNO lain supaya berbincang dan tanya sekiranya mempunyai masalah dan jangan sesekali mendengar kata-kata pembangkang kerana ianya akan membawa masalah."Mengapa kita harus masuk ke perangkap penipuan pembangkang?" soal Tengku Adnan.Semalam, Khairuddin telah membuatlaporan polis terhadap 1MDB tentang pentadbiran kewangan syarikat hak milik kerajaan itu.Beliau berkata siasatan terperinci harus dilakukan bagi mengenal pasti punca masalah kepincangan pengurusan kewangan yang dihadapi oleh firma pelaburan strategik negara tersebut.Selain itu Khairuddin juga berkata beliau telah bersiap sedia menunggu reaksi dari Majlis Tertinggi UMNO, jawatankuasa disiplin UMNO, serta Setiausaha Agung UMNO.Terbaru,1MDB dalam satu kenyataanmengalu-alukan sebarang siasatan terhadap mereka kerana ia memberi peluang kepada mereka menangkis tuduhan yang disifatkan sebagai berniat jahat.Syarikat itu juga yakin bahawa dakwaan yang dibuat tidak ada asas undang-undang.
SIAPA KHAIRUDDIN ABU HASSAN ??Khairuddin ialah seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang dan merupakan suami kepada pelakon wanita terkenal tanahair, Umie Aida. Beliau mempunyai dua orang anak, hasil dari perkahwinannya yang pertama. Selain itu, Khairuddin juga merupakan anak saudara Sulaiman Palestin dan juga sepupu kepada Anwar. Khairuddin, meskipun ahli UMNO, dikatakan agak 'berbeza' dengan ahli UMNO lain dalam membuat melontarkan pandangan yang dipercayainya benar. Tindakan menentang sesuatu yang dianggap 'salah' seperti laporan terhadap 1MDB ini, menurutnya bukanlah yang pertama kali dilakukannya. Pada tahun 1998, ketika ramai ahli UMNO membela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, Khairuddin telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM'. "Pada waktu itu sikap ahli-ahli UMNO termasuk presiden membela Anwar secara habis-habisan dan saya terpaksa keseorangan di dalam perjuangan tersebut dan beberapa orang sahabat," katanya. Beliau juga pernah tampil beberapa kali dalam kes liwat Anwar pada 1998 bersama bersama Khalid Jafri, yang merupakan penulis buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM' dan juga Umi Hafilda Ali. Pada November 2009 pula, Khairuddin selaku ahli lembaga pengarah LBCN Development Sdn Bhd, memfailkan saman malu berjumlah RM500 juta ke atas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang pada ketika itu Menteri Besar Selangor dan kerajaan Negeri Selangor.
| 1MDB : LAPORAN POLIS KHAIRUDDIN TIDAK DISOKONG UMNO P.PINANG @dzainalabidin @NajibRazak Posted: 13 Dec 2014 08:00 PM PST
Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang menegaskan bahawa ia tidak mempunyai kaitan dengan tindakan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadapsyarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Setiausahanya Datuk Musa Sheikh Fadzir juga menegaskan bahawa Umno negeri itu tidak menyokong tindakan Khairuddin kerana beliau tidak berbincang dengan mereka mengenai perkara itu."Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta kami sendiri (Umno Pulau Pinang) tidak mengetahui laporan polis yang dibuat beliau sehingga diberitahu semalam."Kami tidak menyokong tindakannya itu dan menganggap ia dilakukan atas kepentingan sendiri serta tiada kaitan dengan Umno negeri, sehingga hari ini beliau juga tidak menghubungi kami untuk memaklumkan bahawa satu laporan polis telah dibuat," katanya pada sidang media di sini hari ini.Musa, yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Khairuddin bagi memberi penjelasan berhubung tindakan yang dilakukannya itu."Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Umno negeri dan terpulang kepada pengerusi mengenai tindakan yang harus diambil selanjutnya," katanya.Semalam, Khairuddin membuat laporan polis dengan meminta agar satu siasatan terperinci dilakukan bagi mengenal pasti masalah kepincangan pentadbiran kewangan yang dihadapi 1MDB.Dalam perkembangan lain, firma pelaburan strategik negara 1MDB dalam kenyataan hari ini mengalu-alukan sebarang siasatan dilakukan terhadap firma tersebut.
| KALIMAH ALLAH : POLIS AKAN SIASAT KENYATAAN GUAN ENG @dzainalabidin @NajibRazak Posted: 13 Dec 2014 07:32 PM PST
Polis Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa larangan penggunaan kalimah Allah tidak termaktub kepada orang bukan Islam di negeri itu.Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan akan dijalankan di bawah kertas inkuiri polis selepas pihaknya menerima satu laporan polis berhubung perkara itu pada Sabtu."Setakat ini hanya satu laporan yang kita terima dan pihak polis telah pun membuka kertas siasatan di bawah kertas inkuiri polis untuk menjalankan siasatan di bawah isu ataupun bekenaan isu kalimah Allah ini," kata Abdul Rahim.Beliau berkata demikian selepas mengadakan operasi pencegahan jenayah peringkat Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut di George Town, lewat malam tadi.Semalam, UMNO bahagian Bukit Mertajam meminta polis menyiasat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataannya itu.Ketua Pemuda UMNO bahagian Bukit Mertajam, Ifan Zaimi Mad Taha mendakwa kenyataan Guan Eng itu mempunyai unsur hasutan dan boleh membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam di negeri itu.Guan Eng dalam sidang medianya pada Jumaat dilaporkan berkata tiada larangan dikenakan terhadap masyarakat bukan Islam di negeri itu daripada menggunakan kalimah Allah.Ini kerana katanya, Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri 2004 tidak terpakai kepada orang bukan Islam.Kerajaan DAP Pulau Pinang juga katanya tidak pernah meluluskan sebarang undang -undang bagi membenarkan enakmen berkenaan dilaksanakan terhadap masyarakat bukan Islam di negeri itu.Bagaimanapun Guan Eng mendakwa penggunaan kalimah Allah tidak menjadi isu di kalangan penganut Kristian di negeri itu kerana kebanyakan upacara dijalankan dalam bahasa Mandarin Tamil dan Inggeris.Guan Eng berkata demikian ketika mengulas kenyataan ahli jawatankuasa MCA pusat, Datuk Seri Ti Lian Ker yang meminta kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat supaya menggunakan kuasa mereka meminda enakmen negeri masing-masing yang melarang penganut agama lain di Selangor dan Pulau Pinang dari menggunakan kalimah Allah dan perkataan-perkataan lain yang berkaitan dengan agama Islam.
| |
bumiyang Posted: 14 Dec 2014 03:48 AM PST |
Aspirasi Bangsa Posted: 14 Dec 2014 01:24 AM PST |
APANAMA Posted: 13 Dec 2014 11:44 PM PST |
Belantan Posted: 13 Dec 2014 11:34 PM PST Tiada halangan guna kalimah Allah – Guan Eng? Posted: 13 Dec 2014 08:56 PM PST Selepas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menegaskan pihak berkuasa agama dan orang Islam tidak boleh menghalang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini pula tampil dengan pendirian sama. Katanya, orang bukan Islam di negeri ini boleh menggunakan kalimah Allah kerana enakmen yang ada hanya terpakai kepada orang Islam. Beliau bagaimanapun berkata, walaupun tidak ada larangan penggunaan kalimah Allah di negeri ini, secara tradisinya perkataan itu tidak digunakan kerana bukan budaya tempatan. Menurutnya, perkara itu telah diperincikan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004. "Sekalipun jika menyebut, bukan Islam tidak boleh menggunakan perkataan ber-kenaan, ini tidak boleh dikuatkuasakan kerana enakmen berkenaan hanya sah terhadap orang Islam," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Kelmarin, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ketika berceramah dalam program anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di sini turut menyokong bukan Islam di negara ini menggunakan kalimah Allah dan katanya pihak berkuasa dan umat Islam tidak boleh menghalang perkara berkenaan. Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang juga tidak pernah meluluskan sebarang undang-undang bagi membenarkan enakmen berkenaan dilaksanakan terhadap masyarakat bukan Islam di negeri ini. Dalam masa sama, beliau menyifatkan isu penggunaan kalimah Allah tidak serius di negeri ini kerana penganut Kristian sejak sekian lama menjalankan upacara sembahyang dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil. Suara Politik Belantan | Pelik...!!! Warga asing bebas berniaga di negara ini? Posted: 13 Dec 2014 04:18 AM PST Adalah tidak mengejutkan apabila kita dapati ramai penjaja asing mencari rezeki di negara kita. Sama ada penjaja asing itu memperoleh ruang niaga sendiri atau menyewanya, itu satu lagi persoalan. Namun, kegiatan menjaja di kalangan warga asing semacam suatu kebiasaan, bukan lagi suatu kejanggalan dalam rutin harian di Malaysia. Sedangkan, tiada satu pun peruntukan undang-undang negara yang membenarkan mereka mencari rezeki secara demikian di negara kita. Semua tahu hak mencari rezeki kepada warga asing di negara kita hanya melibatkan sektor-sektor tertentu sahaja. Salah siapa apabila kita dengan jelas mengenali atau mengecam warga asing berjaja di pasar malam atau pasar siang atau pasar pagi di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Johor dan negeri-negeri lain di seluruh negara. Kita juga sudah tidak kekok apabila berurusniaga dengan penjaja warga asing. Secara mudah, kita boleh menyalahkan pihak berkuasa. Sedangkan 'pemudah cara' yakni sesiapa juga yang memberi ruang kepada mereka sama ada majikan mahupun mereka yang menyewa gerai dan seumpamanya, juga wajar dipersalahkan. Di sesetengah tempat, kehadiran warga asing dalam aktiviti tersebut seolah-seolah sukar untuk dikawal. Secara mudah, kehadiran penjaja warga asing boleh menggugat aktiviti penjaja tempatan. Justeru selain pihak berkuasa, persatuan-persatuan penjaja juga wajar membantu memperbetulkan keadaan tersebut. Langkah kerajaan untuk mewujudkan satu makmal bagi mengkaji kaedah terbaik menangani isu kebanjiran penjaja warga asing di negara ini diharap menjadi pelengkap ke arah mengatasi secara menyeluruh masalah kebanjiran penjaja warga asing di negara kita. Sampai bila kita harus tunggu dan lihat sahaja? Selanjutnya sila baca di sini. Suara Politik Belantan | |
Panglima Perang Cyber Posted: 13 Dec 2014 11:30 PM PST Lundu Berselawat - Syabas Sarawak Posted: 13 Dec 2014 07:23 AM PST
Semoga bumi Sarawak tidak akan dicemari virus ajaran sesat dengan berkat kehadiran ulama ke sana. Semoga dakwah Islam akan semakin berkembang berkat penganjuran majlis seperti ini. Mari kira sokong acara bagus seperti ini pada masa akan datang. Mufti Sarawak jangan dipilih kalangan pengikut atau penegak fahaman Syiah wahabi dll | |
The Unspinners Posted: 13 Dec 2014 11:09 PM PST Melayu perlu pulihkan UMNO atau wujudkan kerjasama UMNO-PAS - Tun Hamid Posted: 13 Dec 2014 09:30 PM PST | Hubungan rakyat sama rakyat untuk kukuhkan bangsa serumpun Posted: 13 Dec 2014 05:27 PM PST NGO di Nusantara perlu bersatuKUALA LUMPUR 13 Dis. – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Nusantara perlu bersatu membangunkan kekuatan baharu sebagai benteng untuk menangani percaturan geopolitik asing termasuk penjajahan ekonomi. Ketua Umum Laskar Merah Putih (LMP) Indonesia, Adek Erfil Manurung berkata, kekuatan itu boleh dibina bermula dengan kerjasama antara NGO tersebut dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dipercayai mampu diperluaskan sehingga ke negara-negara ASEAN termasuk di Thailand. "Kalau kita bersatu, bangsa asing dunia berat untuk mengganggu-gugat dan menjajah ekonomi kita,'' katanya semasa menjadi ahli panel dalam Forum Antarabangsa anjuran Perkasa bertajuk Pengukuhan Persahabatan Bangsa Serumpun di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini. Forum tersebut disertai bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad sebagai moderator dan empat lagi ahli panel iaitu Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali; Presiden Perhimpunan Hak Asasi Melayu Singapura, Mohamad Mansor Ab. Rahman; Ketua Kerjasama dan Hubungan Antarabangsa Pertubuhan Muhammadiah, Indonesia, K.H. Muhyiddin dan Setiausaha Persatuan Majlis Agama Islam Wilayah Selatan Thailand (Permai), Abdul Rahman Wasof. Pada awal bulan lalu, Perkasa mengadakan pertemuan dengan LMP yang mempunyai kira-kira 12 juta ahli di seluruh Indonesia dan sering mengadakan tunjuk perasaan secara agresif di hadapan Kedutaan Besar Malaysia. [Baca laporan Utusan di SINI]Sementara itu, Mohamad Mansor berkata, masyarakat Melayu di negara serumpun akan musnah seperti apa yang berlaku di Asia Barat apabila kuasa asing dunia dengan mudah memporak-perandakan keadaan akibat tidak bersatu. Beliau memberikan contoh di Singapura yang satu ketika dahulu milik orang Melayu tetapi kini hilang identitinya akibat tiada kesatuan. "Sekiranya Melayu tidak bersatu, tidak mustahil mereka akan mengalami nasib sama seperti Singapura,'' katanya. K.H. Muhyiddin pula menyatakan kesediaan Pertubuhan Muhammadiah untuk menjayakan usaha penyatuan umat Islam dan Melayu di Asia Tenggara menerusi peningkatan kerjasama di peringkat NGO. "Jika NGO-NGO Melayu dan Islam ini bergabung, Insya-Allah kita akan menjadi bangsa yang terhormat serta bermartabat,'' ujar beliau. Dalam pada itu, Ibrahim berkata, dalam konteks ancaman geopolitik, Malaysia merupakan negara anggota ASEAN paling terancam antaranya kerana kedudukannya dari segi geografi dan berdepan dengan pelbagai masalah dalaman. Beliau percaya kuasa besar dunia terutama Amerika Syarikat mahu mengucar-kacirkan Asia Tenggara khususnya Malaysia atas agenda-agenda tertentu. "Maka sebab itu, kita akan membina persahabatan untuk mengukuhkan bangsa serumpun.'' "Kita akan membina satu gagasan sebagai kebangkitan semula bangsa serumpun,'' katanya. Utusan Malaysia | Selamat bersidang Perkasa! Posted: 13 Dec 2014 03:48 PM PST | Cina China hairan Cina Malaysia berideologi komunis? Posted: 13 Dec 2014 06:31 AM PST APA PENULIS KATA BERKENAAN CINA: 1.Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari China tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong dan Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat. Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu. Tetapi orang Cina di Malaysialah yang paling tidak bersyukur, kejam, serta mengkhianati perjanjian ataupun dipanggil perlembagaan. Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye Lin-Sheng menulis: 2. Pengiktirafan orang cina:"Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu. Mana mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng) 3.Keangkuhan orang Cina:"Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini. Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini. Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka. Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng) 4.Perkauman orang cina:"Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu. Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial. Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia kepada orang Melayu. Apa yang ada diminda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini kerana orang Cina. Sebab itu orang cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim ini. Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng) 5. Penghinaan orang Cina:"Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna 'orang hutan' atau 'orang liar'. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun. Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan 'masuk Melayu'. Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu. Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu termasuklah penggunaan membersihkan diri menggunakan tisu dianggap lebih bertamadun. Umumnya, orang Cina boleh menerima 'ketuanan orang putih' kerana menganggap tamadun dan budaya Barat lebih bagus, tapi tidak terhadap orang Melayu-Bumiputera." -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng) 6.Sikap negatif orang cina:"Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu dimana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang cina berniaga. Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka. Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng) 7.Isu Tuan Rumah:"Siapakah tuan rumah negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku tuan rumah , dan orang Cina dan India sebenarnya hanyalah tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat. Orang cina Malaysia sepatutnya malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas diberi kerakyatan akhirnya mereka hendak merampas serta menindas tuan rumah. Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar serta. Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan sosial kontrak dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng) 8.Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah cina:"Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan seorang penyabar. Sudahlah mereka bersusah payah berjuang untuk membebaskan diri dari jajahan barat. Sekarang mereka perlu bersusah payah untuk merampas dari orang Cina yang memegang ekonomi pula. Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana sudah diberi peluang mendapat kerakyatan, tetapi saya selaku orang asal dari China berasa malu dengan sikap bangsa saya yang tinggal di Malaysia. Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang cina terlalu keras, ekstrim serta perkauman. Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis. Sebenarnya jujur saya mengatakan orang cina Malaysia sedang menjajah orang Melayu, mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh yang nyata" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng) | Baru Cina DAP puashati ke? Posted: 12 Dec 2014 11:30 PM PST MACAMANA KALAU KITA TUKAR AYAT NI JADI MCM NI? TENTU ANDA SEMUA SUKA KAN Saya Rakyat Malaysia Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa? – BERNAS! BERNAS milik siapa? = Tan Sri Lim Goh Tong. Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi O, Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli air dari Aliran Ihsas Resources, Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Lim Goh Tong Minum kopi mesti campur gula. Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR. MSM milik felda, 20% saham dimiliki oleh Robert Kwok. = MSR milik Robert Kwok sepenuhnya OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan. Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? = Tan Sri Yeow Tiong Lay - YTL Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? = IPP. IPP terbesar di Malaysia ialah Malakoff. Malakoff milik siapa? = Tan Sri Yeow Tiong Lay - YTL Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la, naik motor. Motor Kriss, keluaran MODENAS. Modenas milik siapa? = Tan Sri Ananda Krishnan Tak nak naik motor, naik kereta. Kereta apa? Proton. Proton milik DRB HICOM. DRB HICOM milik siapa? = Tan Sri Ananda Krisnan. Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja. Honda Malaysia milik siapa? = Loh Boon Siew Group Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat. Bank Muamalat milik siapa? = Mydeen Group Kereta kena ada insurans coverage. Insurance beli dari siapa? - Uni Asia Insurance. Uni Asia Insurance milik siapa? = Tan Sri Vincent Tan Nak ambil road tax, kena pergiPUSPAKOM. Puspakom milik siapa? = Loh Boon Siew Group Ok la tak nak naik kereta. Naik keretapi lagi senang. Landasan keretapi siapa buat? -MMC. MMC milik siapa? = Mayland Group. (Sekarang, Mayland Group pun nak ambil alih KTMB) Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la, nak pergi Johor! Senai Airport milik siapa? = Tan Sri Tee Pek Kin Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la. Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas. Tanjung Pelepas Port milik siapa? = Keeple Port Pvt LTD. Tak nak pergi Tanjung Pelepas,pergi Johor Port. Johor Port milik siapa? = MMC. MMC milik siapa? = Dato Beh Heng Siong. Ok la, I orang KL, naik MRT sahaja la (apabila siap). Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? - MMC. MMC milik siapa? = Dato Beh Heng Siong Macam ni la, tak nak keluar rumah langsung! Duduk rumah, hantar surat sahaja! Apabila nak hantar surat, kenal lekat setem! Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tony Fernandez = kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan kepada Tony Fernandez. Tahniah you all, You all earn this all, on your own!! Malaysia is not Malaysians anymore, its YOURS!! Entirely yours! So bising lah lagi, kan Gov BN kejam dengan uolsss semua! BARU PUAS HATI KAN???!!!🐉 | |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 13 Dec 2014 11:03 PM PST TAHUN 2015 HUDUD AKAN DILAKSANAKAN, TIADA ALASAN LAGI Posted: 13 Dec 2014 07:50 PM PST HUDUD atau Undang-undang Syariah yang diperjuangkan PAS kini menghampiri detik pelaksanaannya iaitu sedang dalam peringkat akhir ke pembentangan rang undang-undang berkaitan di Sidang Parlimen. Ikuti temubual Wartawan Harakah, IZWAN ABDUL HALIM bersama dua Ahli Parlimen PAS iaitu Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz dan Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi mengenainya baru-baru ini. HARAKAH: Bagaimana konsistensi PAS ketika ini untuk terus memperjuangkan Rang Undang-undang Syariah atau Hudud ini ke Sidang Parlimen? UST NIK ABDUH: PAS sekarang semakin konsisten dan konsisten PAS semakin bertambah kerana kita diberi keyakinan bahawa Kerajaan Pusat bersedia membawa Undang-undang Hudud ini ke Parlimen. Kita telah bersetuju beberapa bulan lepas untuk mengadakan jawatankuasa di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan. Jawatankuasa itu berjalan dan saya dimaklumkan oleh pihak parti bahawa kita dalam proses akhir dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak dalam jawatankuasa tersebut. Kita letak harapan tinggi bahawa kita akan bawa hudud ini di sidang Parlimen dalam masa terdekat. Dari segi komitmen Ahli-ahli Parlimen PAS sendiri bagaimana Ustaz? Untuk peringkat ini, kita tidak diberi selain daripada usaha mengekalkan momentum kepada rakyat. Ini kerja diperingkat jawatankuasa dan kerajaan negeri. Antara Ahli Parlimen PAS yang terlibat adalah Datuk Takiyuddin Hassan, beliau banyak mainkan peranan. Itu peringkat Ahli Parlimen, jika diperingkat kerajaan negeri dan parti, ramai lagi terlibat untuk draf semula sama ada untuk dibawa ke parlimen atau tambah baik enakmen sedia ada untuk dibawa ke peringkat Dun Kelantan. Kami Ahli-ahli Parlimen meneruskan momentum meyakinkan rakyat bahawa Rang Undang-undang dibawakan nanti adalah terbaik untuk negeri Kelantan. Boleh ustaz jelaskan mengenai sesi meyakinkan rakyat itu dilaksanakan? Melalui penerangan, penulisan, media itu kita buat untuk yakinkan rakyat bahawa hudud adalah terbaik. Kedua kita konsisten untuk bawa undang-undang itu ke Parlimen. Kita lihat reaksi rakyat macam tak sabar, jadi kita kata sabarlah, ikut proses. Yang kritik itu kerana nak tengok bila? Jadi sabar, kita ikut proses. Bagaimana pula dengan suara-suara tentangan dari rakan tahaluf kita, PKR dan DAP? Kita sudah hadapi sebelum ini, kita hadapi yang menyokong, kita hadapi yang membangkang. Kita telah ada banyak pengalaman, jawapan dan oleh sebab ia berterusan maka kita berterusan berhadapan dengan isu sokongan dan isu tentangan. Kita pernah berhadapan dengan tentangan lebih teruk, sekarang tak teruk dah, nak sokong dah. Paling tidak dia ada janji dan dalam kalangan ahli Umno, pemimpin Umno pun tak cakap buruk mengenai hudud, mereka lebih lunak. Itu menandakan bangkangan terhadap kesediaan PAS, untuk bawa hudud ini semakin hari semakin ringan. Jadi kalau dulu teruk kita hadapi, sekarang lebih senang. Secara peribadi, keyakinan ustaz sendiri macam mana? Saya yakin! Yakin itu bergantung kepada keputusan di Parlimen. Untuk bawa Rang Undang-undang Syariah atau Hudud ini ke Sidang Parlimen, sejauh mana konsistennya PAS ketika ini? UST NASRUDIN: PAS memang konsisten untuk meneruskan hasrat itu. Tinggal lagi kita ada beberapa kekangan melalui Jawatankuasa Teknikal yang kita bentuk antara 'kerajaan kepada kerajaan' sebab ia memerlukan beberapa penyelarasan sebelum bawa atau rujuk ke Parlimen untuk 'private bill' itu. Setakat ini, perkara itu belum selesai, jangkaan awalnya pada bulan Disember yang lepas tetapi tidak sempat. Jadi kemungkinan pada sidang dewan akan datang. Jadi hasrat untuk membentang 'private bill' Rang Undang-undang Jenayah Syariah di Kelantan itu tidak pernah kita hentikan. Adakah komitmen ini kerana 'core business' PAS itu undi Melayu? Ini tuntutan syarak. Apaila kita ada kuasa, maka kita ada bertanggung jawab untuk memastikan kuasa kita itu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk melaksanakan syariat Islam. Sebab kita berkeyakinan pelaksanaan syariat Islam boleh menyelesaikan banyak perkara berkait isu jenayah, sosial. Itu mesti difahami semua untuk diberi peluang kepada kerajaan yang berkuasa untuk dia meminda dan memiliki hak melaksanakan undang-undang yang dibenarkan oleh Perlembagan sementelah Malaysia adalah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan. Maka, Islam itu mengikut tafsiran kita termasuklah untuk melaksanakan syariat Islam. Jadi, memerlukan beberapa pindaan atau gubal undang-undang untuk bawa ke Parlimen. Sampingannya kita telah berjanji, apabila rakyat memberi mandat dan kuasa kepada kita, kita akan laksanakan syariat Islam di Kelantan. Jadi, lama dah rakyat menanti. Kerajaan Kelantan telah menggerakkan usahanya selain daripada usaha dari dulu yang dibuat dengan memberi penerangan. Jadi hujah kata nak tunggu rakyat faham dulu itu sudah tidak relevan sebab dah 20 tahun lebih. Kerajaan Negeri Kelantan telah ambil masa untuk beri penerangan kepada rakyat dengan Minggu Hudud, kuliah dan bermacam-macam kertas kerja, seminar yang telah dibuat yang saya kira itu sudah cukup dan memadai. Kalau masih ada individu belum memahami, itu tanggung jawab individu tersebut untuk mendalami. Tetapi kerja kerajaan berterusan untuk beri pengetahuan kepada rakyat mengenai hudud. Dalam masa sama hasrat untuk melaksanakan hudud secara teknikalnya mesti diusahakan seperti 'private bill' dalam Parlimen. Di Kelantan sudah selesai di peringkat Dewan Undangan Negeri, tunggu beberapa halangan atau kekangan undang-undang. Kedengaran masih ada rakan dari DAP dan PKR menentang hasrat itu, bagaimana? Asal dulu kita telah capai persefahaman bahawa kita bersetuju untuk tidak bersetuju. Itu memang telah ada persetujuan bersama ditandatangani ketiga-tiga pimpinan utama parti. Kita pun setuju untuk tidak ganggu dasar parti dia dan dia pun setuju tidak ganggu dasar parti kita. Soal pelaksanaan syariah ini tidak sepatutnya berlaku ketegangan atau krisis sebab kita tahaluf siyasi, kerjasama politik. Tapi ini bukan urusan politik saja, ini urusan agama, tuntutan syariah. Ia jadi perjuangan PAS yang tidak boleh kita ketepikan. Soal dahulu atau kemudian, itu perancangan. Orang kata kita gopoh, kita tak gopoh, ini dah tahun ke-23, bukan gopoh dah, ini masa yang sesuai, masa yang sepatutnya. Bagaimana iltizam, khususnya Kerajaan Negeri Kelantan untuk ia dilaksanakan dalam masa terdekat? Setakat ini, Dewan Ulama telah menyelesaikan beberapa perkara akhir untuk menyemak draf undang-undang tersebut dan baru saja minggu lepas kita buat sidang antara Dewan Ulama dengan beberapa pakar undang-undang untuk menyemak penambahbaikan. Ia hasil perbincangan kita dengan pihak peguam dan pelbagai pihak hakim dan mereka ada beri nilai tambah. Kita telah semak dan perbaiki yang lama untuk lihat kesempurnaannya. Dilihat Kerajaan Negeri Kelantan sangat bersedia untuk melaksanakannya. – Harakahdaily | BLOGGER PAKATAN RAKYAT BERPALING TADAH Posted: 13 Dec 2014 07:10 AM PST Blogger 'Omar Kau' atau nama sebenarnya Hanisya Abdul Hamid kini didakwa semakin tidak bersemangat lagi untuk membela Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.Ia bermula selepas tragedi 'Kajang Move' yang membawa kepada penyingkiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, dakwa facebooker 'Pemikir Politik.' "Kini beliau (Omak Kau) sudah slow selepas isu 'Kajang Move' yang menumbangkan pemimpin idolanya Tan Sri Khalid Ibrahim. "Baharulah beliau kenal tembelang sebenar Anwar macam mana..,"katanya. Iktibar dari 'Kajang Move' kata 'Pemikir Politik' jika orang yang rapat dengan Anwar seperti Khalid boleh disingkirkan dengan begitu sahaja, apatah lagi penyokong-penyokong biasa yang lain. "Sedar diri siapa anda sedangkan mereka yang lebih dekat dan lebih kenal Anwar itu siapa semakin menjauhkan diri apabila kenal wajah sebenar Wak Ketum. "Tan Sri Khalid memiliki macam-macam ilmu pentadbiran, perniagaan dan ekonomi disingkir untuk mengangakt bini sendiri, inikan anda yang hanya memiliki ilmu sebagai pencacai abdi Ketum..,"katanya lagi. | |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 13 Dec 2014 09:42 PM PST |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 13 Dec 2014 03:02 PM PST (Foto) Peminat terkedu lihat Anzalna mandi buih di Singapura Posted: 13 Dec 2014 09:01 AM PST Lamanya tak update mengenai aktres jelita lagi top top meletops Anzalna Nasir ni kan? Baru-baru ini kami dengar Anzalna ada mengeluarkan pakaian jenamanya sendiri iaitu DANZ. Tahniah kami ucapkan kepada Anzalna. Tapi, korang mesti dah rindu dengan kelibat gadis manis ini kan? Kalau nak tahu, sekarang ni Anzalna berada di Marina Bay Sand Singapura. Amboi, kami lihat bukan main seronok lagi Anzalna di sana. Siap bermandi buih lagi uols! Kami yang melihat sendiri foto tersebut melalui laman Instagram Anzalna pun terkedu. Mana taknya terserlah kejelitaan Anzalna yang memang natural beauty ni. Dengan berlatar belakangkan kota Singapura yang cantik, bertambah berseri anak Pak Nasir. Hehe. Malah, pengikut Anzalna pun ada turut teruja tau! Siap ada yang nak tolong sambut kalau Anzalna jatuh katanya. Amboiii bang kemain over lagi! Cakap banyak pun tak guna, kalau tak percaya, korang lihatlah sendiri. Okay? Oh Bulan! | Diperkosa lebih 20 kali oleh bapa tiri Posted: 13 Dec 2014 06:01 AM PST KUALA LUMPUR, 13 Disember: Malang bagi seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang menjadi mangsa perkosa bapa tirinya lebih 20 kali, sejak akhir tahun lalu.
Bertambah malang apabila bapa tiri kanak-kanak itu melepaskan nafsu binatangnya ke atas mangsa sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairuldin Saad berkata, perkara itu terbongkar, apabila kanak-kanak yang tidak tahan dengan sikap suspek, bertindak menceritakan rahsia besar itu kepada ibunya.
Menurutnya, mangsa dirogol berkali-kali oleh bapa tirinya yang berusia 34 tahun, di rumah mereka di Kampung Cheras Baru, Cheras.
"Mangsa diperkosa suspek yang bekerja sendiri sejak Disember 2013, tanpa pengetahuan sesiapa.
"Suspek dipercayai mengambil kesempatan ke atas mangsa, ketika isterinya yang merupakan seorang kerani kilang alat tulis keluar bekerja," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post, pada Sabtu.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/13/budak-perempuan-12-tahun-diperkosa-bapa-tiri/#ixzz3Lmh3RwZU | Anak-anak benarkan Amelina berdangdut semula, tapi... Posted: 13 Dec 2014 05:01 AM PST KUALA LUMPUR: Berpegang kepada amanat anak-anak, airmata penyanyi dangdut Amelina mengalir tatkala bercerita mengenainya.
Pesan mereka supaya Amelina tidak tersasar dari tujuan utama kemunculan semulanya ke persada seni.
Bercerita mengenai perkara tersebut dalam satu temubual eksklusif bersama Astro AWANI, Amelina berkata anak-anaklah orang pertama yang diberitahu mengenai hasratnya untuk menyanyi semula.
"Pertama sekali saya jelaskan pada anak-anak, saya perlu beritahu apa sebabnya saya menyanyi semula.
Alhamdulillah mereka semua faham dan turut berpesan agar saya jaga diri serta tidak tersasar dari landasan iaitu tujuan utama kembali ke bidang ini. Pesanan itu yang saya pegang," cerita Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin tanpa dapat menahan air mata.
Bagaimanapun, Amelina lebih senang merahsiakan sebab utamanya kembali ke persada seni dan merasakan ia terlalu privasi untuk dikongsikan.
Apa yang pasti, Amelina begitu rindu untuk menyanyi dan menghiburkan peminat setianya.
Dikurniakan enam orang anak, Amelina, 40 yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai ratu dangdut Malaysia berkata pada mulanya anak-anak tidak tahu yang ibunya dahulu adalah seorang penyanyi.
"Pada mulanya mereka ada terdengar lagu 'Rindu', mereka kata lagu itu sedap. Tapi saya malu nak mengaku. Lama-kelamaan apabila mereka dah besar sikit, saya mula bercerita tentang siapa 'Amelina'" katanya yang mempunyai empat orang anak lelaki dan dua orang perempuan.
Anak perempuannya yang sulung kini sudah berusia 13 tahun dan yang bongsu berumur lima tahun.
Mengimbas kembali 15 tahun dahulu, Amelina sedang berada di kemuncak kerjayanya dan pernah menerima anugerah Album Pop Tradisional Terbaik untuk album Asyik di Anugerah Industri Muzik ke tiga.
Telah menghasilkan empat album sejak tahun 1994 sehingga 1999, penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini ketika itu sangat popular dengan lagu Rindu, Asyik, Semakin Rindu Semakin Asyik, Sri Langkat dan banyak lagi.
Namun Amelina redha dan menganggap pengundurannya dari bidang seni adalah ketentuan yang telah ditetapkan Ilahi.
"Benar, kalau ikut logik siapa akan tinggalkan kerjaya bila ketika itu telah berada di kemuncaknya. Saya tak mahu terlalu fikirkan kenapa. Saya redha dan apa yang terjadi ini adalah suratan Ilahi.
Tapi saya bangga, sepanjang 15 tahun saya menyepikan diri, Tuhan beri saya peluang untuk membesarkan sendiri enam orang anak saya di hadapan mata" jelasnya.
Amelina turut mengakui, ketika dia 'hilang' begitu banyak kontroversi yang timbul mengenai dirinya.
"Saya mengaku ketika itu saya berkahwin tanpa restu keluarga. Banyak cerita mengenainya mula muncul dan pada masa yang sama ramai yang mencari saya.
Pada mulanya saya senyap kerana mahu keadaan reda, tapi lama-kelamaan semakin banyak spekulasi yang timbul. Dengan berat hati, saya memberi penjelasan kepada sebuah majalah bahawa saya mahu mengundur diri dari bidang seni, kerana itu jalan yang baik dalam menyelamatkan rumah tangga saya dan sejak itu saya mula senyap dari bidang ini" kata Amelina yang mendirikan rumah tangga ketika berusia 27 tahun.
Amelina turut berkongsi bahawa rakan baiknya, Erra Fazira adalah orang pertama yang ditemui selepas sebulan berita kehilangannnya untuk memperjelaskan segala-galanya.
"Ramai yang tak tahu, sebulan selepas saya senyap, saya jumpa Erra. Dengan dia saya beritahu semuanya. Mungkin oleh kerana ketika itu saya sudah jadi isteri orang dan selepas itu sangat tertumpu pada anak-anak, itu yang menyebabkan hubungan saya dan rakan-rakan sudah tidak serapat dahulu" cerita Amelina panjang lebar.
Selain itu, Amelina turut berkongsi mengenai single terbarunya iaitu lagu 'Rindu' yang diberi nafas baru berirama 'progresif etnik'.
Dia khabarnya bakal mengeluarkan album penuh dengan kerjasama komposer Ajai pada Januari ini.
Ikuti video temubual penuh dalam mengimbau kisah 15 tahun dahulu bersama Amelina. | Pelakon filem lucah wanita ini anggap dirinya malaikat Posted: 13 Dec 2014 02:01 AM PST Vienna: Mencari nafkah dengan berlakon filem lucah, seorang wanita mendakwa dirinya boleh dianggap sebagai 'malaikat' jika dibandingkan dengan pelaku dosa lain. Hanya dikenali sebagai Babsi, wanita itu berkata, dia tidak berasa berdosa kerana menjadikan gereja di Hoersching sebagai latar tempat lakonan lucahnya. "Jika anda apa yang orang lain lakukan, anda akan sedar saya ini seorang malaikat," katanya ketika menjawab soalan pendakwa, Alfred Schaumueller, di mahkamah semalam. Babsi, 29, ditangkap selepas aksi lucahnya di sebuah gereja tersebar. Walaupun wajah pelakon filem itu tidak kelihatan dan polis merayu orang ramai supaya menyalurkan maklumat bagi menangkap dalang di sebalik pembikinan filem berkenaan. Paderi tempatan Babsi - yang dilahirkan di Poland - akhirnya dikenal pasti melalui tanda pada payudaranya. Hakim kemudian menjatuhi hukuman penjara tiga bulan ke atas Babsi, namun membenarkan pelaksanaannya ditangguhkan. Dia juga didenda kira-kira RM23,200 - atau separuh daripada pendapatan yang diperolehnya daripada jualan video berkenaan. - Agensi | Elak isteri, anak perempuan, teman wanita jadi mangsa jenayah rogol culik melalui FB Posted: 13 Dec 2014 12:01 AM PST Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal. Kita ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihat didalam Metro atau KOSMO. Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak kita sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri. Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan di dalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak. Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita. Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda. 1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.
2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.
3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan
4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target
5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Seperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"
6. MATIKAN fungsi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mendedahkan lokasi anda.
7. Review friendlist anda dengan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.
8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda
9. Gambar profile letak lah yang sopan santun
10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yang tak patut ttu delete sahaja! Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi. sumber | Payudara isteri Norman KRU terlihat di AIM 2014 jadi kecaman Posted: 12 Dec 2014 11:17 PM PST Isteri kepada Norman KRU yang merupakan CEO kepada KRU Production telah dilihat menghadiri majlis AIM 2014 baru-baru ini dengan berpakaian yang agak seksi sehingga dikecam peminat. Mungkin kerana cara duduk beliau yang agak santai hingga menyebabkan bahagian sensitifnya sedikit terlihat. | Gelora nafsu terlarang rumah papan di Meru Posted: 12 Dec 2014 07:01 PM PST MERU - Keinginan memuncak 13 lelaki warga asing untuk melampiaskan nafsu bersama dua pelacur warga Vietnam berkecai apabila mereka dicekup sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara menerusi Ops Noda, petang kelmarin. Ketika dicekup, kesemua lelaki berkenaan sedang berbaris menunggu giliran masing-masing untuk dilayan pelacur berusia lingkungan 40-an di luar rumah papan di Jalan Meru, Batu 5 ½, Kawasan Perindustrian Meru, di sini. Ketika serbuan dalam rumah berkenaan, dua wanita berkenaan sedang leka melayan dua lelaki dan kesemua mereka dalam keadaan berbogel. Kehadiran polis yang menyamar sebagai pelanggan tidak disedari sehinggalah dua lelaki berkenaan dicekup dan tindakan mereka yang ingin melarikan diri gagal. Malah, beberapa lelaki warga asing yang masih beratur menunggu giliran bertempiaran melarikan diri. Berdasarkan penemuan sejumlah kondom terpakai di dalam bakul sampah dalam rumah itu, dua wanita berkenaan disyaki sudah melayan belasan pelanggan sebelum berhasrat melayan 13 lagi lelaki yang sedang menunggu giliran. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, dalam serbuan kira-kira jam 5.20 petang itu, polis berjaya menahan 13 lelaki warga asing serta dua wanita warga Vietnam kerana menjalankan aktiviti pelacuran. "Dua daripada lelaki yang dicekup adalah warga Pakistan, lapan warga Nepal, seorang warga Bangladesh dan dua lagi warga India. Setelah pemeriksaan awal dibuat, kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah termasuk dua pelacur berkenaan," katanya sambil memberitahu beberapa peralatan seperti tuala, tisu, bakul sampah, kondom yang disyaki digunakan dalam aktiviti tidak bermoral tersebut turut dirampas termasuk wang tunai RM362. Beliau berkata, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan/ 6(1)(C) Akta Imigresen. Sinar Harian dimaklumkan, serbuan dibuat berhubung aduan awam yang memaklumkan aktiviti pelacuran oleh warga asing semakin berleluasa di kawasan itu. Pertambahan warga asing bekerja di kilang berdekatan menyebabkan aktiviti haram itu semakin menjadi-jadi. | Aksi 'terlampau' pasangan kekasih, pesawat Air Asia terpaksa berpatah balik Posted: 12 Dec 2014 05:20 PM PST BANGKOK: Sepasang kekasih warga China dan beberapa rakan mereka ditahan polis selepas mencurah air panas dan mengasari seorang pramugari penerbangan Thai AirAsia menyebabkan pesawat terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang (DMK), Bangkok.
Kesemua mereka dalam perjalanan ke Nanjing, China menaiki pesawat tempahan khas yang dinaiki 174 penumpang dan empat anak kapal.
Saksi berkata lelaki berkenaan turut mengancam untuk meletupkan pesawat manakala kekasihnya pula mengugut untuk membunuh diri.
Kejadian dipercayai berpunca apabila tempat duduk pasangan berkenaan diletakkan berjauhan kerana disusun mengikut abjad.
Sebaik mendarat, polis membawa pasangan terbabit dan dua rakan mereka ke balai polis lapangan terbang.
Difahamkan, insiden berkenaan selesai selepas perbincangan bersama kapten pesawat dan pramugari terbabit.
Thai Airasia dalam satu kenyataan berkata, penerbangan FD9101 dari berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa DMK pada jam 5.43 petang semalam, berpatah balik berikutan tindakan penumpang memarahi kru pesawat sebelum menyimbah air panas.
"Kapten dan anak kapal terpaksa memujuk penumpang warga China itu untuk berbincang di pejabat lapangan terbang DMK selepas perbuatannya boleh mengancam keselamatan pesawat," kata kenyataan itu. - Bangkok Post | |
Apa Yang Tersirat Posted: 13 Dec 2014 01:28 PM PST Apakah Isu 1MDB Boleh Mengugat Kedudukan Najib? Posted: 13 Dec 2014 08:28 AM PST SERANGAN bertali arus berkaitan 1MDB, bukan sahaja dilakukan pembangkang, akan tetapi juga orang Umno sendiri.
Kini, ada sudah berani bertindak daripada Umno apabila seorang Timbalan Ketua Bahagian membuat laporan polis berkenaan dengan syarikat ilham Perdana Menteri itu.
Jika Tun Dr Mahathir hanya memberi komen berkaitan syarikat itu, kini blogger seperti A Kadir Jasin, mungkin termasuk blogger "bangang" memperhangat isu syarikat itu dengan mengwar-warkan berbagai kelemahan, termasuk kegagalan membayar hutang mengikut jadual.
Dato Sharizat Jalil terpaksa digugurkan sebagai Menteri, terpalit isu NFC yang diurus oleh suami beliau.
Tun Abdullah terpaksa akur apabila serangan bertali arus yang diarahkan kepada budak-budak tingkat 4 Putrajaya yang diketuai menantunya menyebabkan Bn hampir kehilangan kuasa.
Najib yang mengambil kedudukan Pak Lah, bukan sahaja gagal mencapai kemenangan 2/3 dewan rakyat sepertimana tradisi Bn, namun pencapaian beliau lebih teruk daripada pencapaian Pak Lah.
Walaupun tidak adil membandingkan dua keadaan PRU yang berbeza, di mana pada PRU-13, Anwar mengetuai jentera Pembangkang, sedangkan pada PRU-12, Anwar tidak bertanding.
Isu 1MDB menghangat, atas sebab beban hutang syarikat itu yang cukup besar, menambah beban hutang negara secara keseluruhan.
Berbagai isu yang timbul, sejak kebelakangan ini khususnya berkaitan 1MDB, para pemimpin bukannya bertaut, malah semakin renggang. Percakaran dalaman atas sebab satu polisi yang silap, boleh menjadi katalis kepada berakhirnya kuasa Bn. Sama-sama kita fikirkan. | Isu 1MDB Panas Posted: 13 Dec 2014 06:32 AM PST ISU 1MDB, bukan sahaja dihangatkan Pembangkang seperti Tony Pua dan Rafizi Ramli, tetapi turut diwar-warkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.
Blogger A Kadir Jasin dan beberapa blogger "bangang" sudah mula memanaskan isu itu.
Seorang Timbalan Ketua Bahagian Umno daripada Pulau Pinang bergelar Dato membuat laporan terhadap syarikat milik kerajaan itu.
Isu 1MDB 1000 kali ganda panas berbanding isu NFC.
Next..?????? | 1MDP Akan Mengundang Krisis??? Posted: 12 Dec 2014 11:55 PM PST TIGA perkara yang meruncingkan didepani 1MDB dalam berapa hari kebelakangan. Pertama syarikat itu gagal membayar hutang sesuai dengan jadual, kedua seorang ahli Umno membuat laporan polis berakaitan syarikat itu serta kabinet persekutuan, dan TPM mempengerusikan satu mesyuarat membincangkan berkaitan syarikat tersebut.
Bukan kali pertama syarikat pengumupul kekayaan negara itu gagal membayar hutang menurut jadual, Selain kegagalan membayar pada 30 November 2014 berjumlah RM2bilion, syarikat itu gagal pada November 2013 berkaitan hutang berjumlah RM6.17bilion. Setakat ini, syarikat itu hanya membuat bayaran sebanyak RM670juta pada Ogos 2014.
Akibat kegagalan membayar mengikut jadual, maka sayrikat itu terpaksa menanggung kenaikan kadar pinjaman kerana penjadualan semula hutang. Amaun yang terlibat mencapai RM30 juta di mana perlu dibayar secara "upfront".
Penjadualan semula terpaksa diterima oleh bank penjamin seperti Maybank Investment Bank Bhd dan RHB Investment Bank, jika tidak IMDB akan menjadi pengingkar, di mana seterusnya sistem perbankan Malaysia kan tersungkur. IMDB mempunyai hutang RM42bilion.
Laporan polis yang dilakukan oleh pemimpin Umno terhadap 1MDB menunjukkan satu pertanda ada sesesuatu yang tidak lancar berkaitan syarikat itu.
Apa kah 1MDB mengundang satu krisis besar??? yang boleh menyebabkan Perdana Menteri letak jawatan? Sama-sama kita berfikir sejenak. | Interpol Tangkap Ali Jalil- Dijangka Tiba Di Malaysia Bila-Bila Masa Posted: 12 Dec 2014 09:06 PM PST Ali Abd Jalil yang sudah ditangkap oleh Interpol di jangka akan sampai tengah hari ini. Maka bermula satu kes yang menarik dalam sejarah Malaysia.. dimana lari dari tuduhan, tidak hadir ke mahkamah, lari dari Malaysia... Mencerca dan menghina Sultan dan Raja.. Agak2 dia dapat satu barisan peguam yang hebat2 membela dia atau dia sorang2 sahaja menjawab.. Hari ini pasti dia akan dibawa kedepan seorang majistret untuk ditahan reman. Berani buat.. buat beranilah tanggung. | Mengapa Passport Alvin Tan dan Ali Jalil Dibatalkan? Posted: 12 Dec 2014 08:50 PM PST MENGAPA passport Alvin Tan dan Ali Jalil dibatalkan??
Dua-duanya mempunyai kesalahan yang sama, menghina perundangan negara, agama, raja, menghina rakyat negara ini, selain mengajak rakyat memberontak.
Dua-duanya mempunyai moral yang rendah, menghalalkan apa-apa yang dilarang; kesimpulannya mereka berdua ini melanggar norma-norma manusia bertamadun.
Tingkah laku mereka hanya laku pada kumpulan masyarakat yang bukan bersandar kepada agama, akan tetapi bersandar kepada kumpulan yang menolak ajaran agama.
Menghalalkan hubungan sejenis merupakan salah satu kegemaran mereka.
Negara majemuk seperti Malaysia tidak memerlukan rakyat seperti mereka berdua ini. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan