HAPUS BAHASA MELAYU KEJAYAAN TERBESAR UMNO Posted: 27 Nov 2014 11:27 PM PST Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid menyifatkan pemansuhan tulisan jawi pada 1960-an menyebabkan semakin ramai orang Melayu tidak mampu membaca tulisan jawi. Kesannya, kata Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) majalah Pengasuh yang diterbit sejak 1918 dalam tulisan jawi tidak popular berbanding majalah lain. "Inilah kemalangan yang besar menimpa tamadun orang Melayu apabila tulisan jawi dimansuhkan Menteri Pelajaran ketika itu.
"Pemansuhan itu menyebabkan beberapa majalah yang diterbit dalam tulisan jawi seperti Pengasuh dan Dian terjejas di pasaran. "Kalau diambil kira dalam aspek perniagaan mereka boleh mengemukakan saman terhadap kerajaan kerana memansuhkan tulisan jawi," katanya ketika membentang kertas kerja pada Wacana Majalah Pengasuh di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini, hari ini. Wacana itu diajur Majlis Agama Islam dan Adat Istidat Melayu Kelantan (Maik) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dua lagi kertas kerja dibentang Zaidi Hassan dari Perpustakaan Islam Dar Nur al-Zahra' dan Dr Ahmad Faisal Abdul Hamid.
Hadir sama Mufti Kelantan, Datuk Mohd Sukri Mohamad, Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Serpuddin Mohamad, mantan Ketua Pengarah DBP, Datuk A Aziz Deraman, Pengarah Yayasan Islam Kelantan Tengku Azmi Tengku Jaffar. Dr Mahmood Zuhdi berkata, tulisan jawi dimartabatkan semula pada era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan mewujudkan pengajian Jawi, al Quran, Arab dan Fardhu Ain (J-QAF) di sekolah-sekolah rendah. "Sejak J-QAF diperkenalkan semakin ramai pelajar yang boleh membaca dan menulis tulisan jawi. Bagaimanapun selepas Pak Lah tidak lagi menjadi ketua kerajaan, J-QAF tidak lagi berkembang sehingga ke peringkat sekolah menengah," ujarnya. - |
Mansuh Akta Hasutan : Najib Tunduk Pada Kehendak Ekstrimis Melayu Posted: 27 Nov 2014 11:26 PM PST KUALA LUMPUR: "Apakah Perdana Menteri telah tunduk kepada golongan ektrimis dalam Umno yang mahukan Akta Hasutan ini dikekalkan?" tanya Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. Justeru, beliau melahirkan rasa kesal dengan ucapan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno hari ini, bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan untuk penambahbaikan. Menurutnya, pada 11 Julai 2012 Perdana Menteri yang juga Presiden Umno telah berikrar untuk memansuhkan Akta Hasutan dengan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional atas alasan Akta Hasutan tidak lagi releven. "Bagaimana pada tahun 2014 ia menjadi releven pula?" tanya Ahli Parlimen Parit Buntar itu dalam satu kenyataan.
Katanya, sehubungan itu apabila Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang dibentuk sendiri oleh Jabatan Perdana Menteri, MPKN melalui Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar telah diminta oleh pihak Jabatan Perdana Menteri untuk memberi input kepada undang-undang baru bagi menggantikan Akta Hasutan. Tambahnya, pihak Jawatankuasa Undang-Undang dan dasar telah pun menyediakan input dan mengadakan siri rundingan awam supaya undang-undang baru yang dinamakan RUU Keharmonian Nasional dapat disediakan. Bahkan, ujarnya yang juga Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara draf tersebut sudahpun diserahkan kepada majlis penuh MKPN dan pihak Jabatan Perdana Menteri.
Menurut Mujahid lagi, dengan memperkukuhkan Akta Hasutan, Perdana Menteri dalam ucapannya telah mengirimkan isyarat yang salah bahawa undang-undang penjajah itu perlu dikekalkan sedangkan suasana hari ini menuntut undang-undang negara lebih releven dan menepati zaman. Secara substantif, kata beliau Akta Hasutan mempunyai tahap pembuktian yang rendah dan terdedah kepada salahguna kepada maksud menghasut dan mengancam sedangkan akta baru yang dicadangkan mengetatkan tahap pembuktian dan bagi memelihara pada waktu yang sama kebebasan bersuara.
"PAS dalam muktamarnya yang lalu turut meluluskan usul sebulat suara supaya Akta Hasutan dihapuskan dan digantikan dengan yang lebih baik untuk memelihara kepentingan keharmonian nasional," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat. Ternyata, kata beliau dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri itu membuktikan beliau adalah seorang tidak mempunyai pendirian tetap dan telah mungkir janji untuk memansuhkan Akta Hasutan seperti yang telah diikrarkannya sebelum ini |
Hapus Akta Hasutan : Najib Mungkir Janji Posted: 27 Nov 2014 11:20 PM PST Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kekesalan beliau ketika ditemui di lobi parlimen hari ini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal menepati janjinya yang sebelum ini ingin memansuhkan Akta Hasutan. Katanya, Najib seharusnya menjelaskan kepada rakyat dengan alasan yang konkrit, bukannya memberi alasan kononnya demi jaminan keselamatan negara dan orang Melayu. Saya kesal kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkiri janji dan nampak tunduk dengan arahan golongan yang dianggap kanan, dan cuba mengekang kebebasan serta menekan pimpinan pembangkang dan aktivis," katanya ringkas kepada pemberita.Najib hari ini mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan.
Malah, akta itu bukan sahaja dipertahankan tetapi juga akan diperkuat dan diperkukuhkan. Turut ditanya mengenai kertas putih yang dibentangkan Najib semalam di Parlimen, Anwar turut menyatakan ia adalah salah satu usaha dan cubaan untuk terus menyekat kebebasan serta memberi tekanan kepada rakyat. "Dalam menyokong kertas putih itu, saya melahirkan kebimbangan kerana itu adalah salah kerana cuba untuk melebarkan jaringan tekanan mereka," katanya lagi.
Kertas putih tersebut mencadangkan pemerkasaan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA, Akta Pencegahan Jenayah, POCA, dan Kanun Keseksaan bagi menangani ancaman pengganasan dan militan. "Jadi apa yang dicadangkan itu bukan setakat membatalkan, malah menggunakan alasan yang kononnya ini sahaja yang akan menjamin keselamatan negera dan orang Melayu. "Tetapi, saya konsisten dan tuntas dengan pandangan bahawa nasib masyarakat orang melayu yang pastinya terbela dengan pengurusan dan tatakelola yang baik supaya mengelak negara dengan kecurangan ekonomi, pembolotan kekayaan oleh segelintir, itu adalah isu pokoknya,"ujarnya lagi. |
IJTIMAK TARBAWI 4.0 Posted: 27 Nov 2014 07:33 PM PST |
Pengulangan Peperiksaan Antara Punca Penurunan Peratusan 'A' UPSR Posted: 27 Nov 2014 07:24 PM PST 1. Akademi Kepimpinan Remaja (AKR) Pemuda PAS Malaysia merakamkan jutaan tahniah & syabas buat semua pelajar darjah 6 seramai 460,407 orangyang baru memperolehi keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dengan pencapaian semua gred A seramai 36,304 orang.
2. Sungguhpun demikian, AKR Pemuda PAS Malaysia berkongsi kekecewaan terhadap penurunan peratusan A sebanyak 1.26% daripada keputusan tahun 2013. Ini mungkin disebabkan tragedi 'kebocoran' kertas peperiksaan hingga terpaksa diulang semula subjek Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Bahasa Tamil seterusnya memberi bebanan tambahan buat para calon peperiksaan.
3. Justeru AKR Pemuda PAS Malaysia menggesa pihak kerajaan perlu segera mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku agar ia tidak berulang lagi di masa hadapan. Kejadian ini cukup memalukan dunia pendidikan di negera kita. Malah jauh lebih penting, tragedi ini telah membebankan anak-anak kita dan menyebabkan mereka menanggung akibat daripada kelalaian pihak bertanggungjawab.
Ustaz Hakim Mohd Nor Pengarah Akademi Kepimpinan Remaja Pemuda PAS Malaysia |
Majlis Amanah Tanah Melayu: Tuju Pada Siapa Nih? Posted: 27 Nov 2014 07:22 PM PST Khairy Jamaludin mengusulkan supaya ditubuhkan Majlis Amanah Tanah Melayu bagi menyelesaikan masalah tanah rezab Melayu yang berbaki 12 peratus sahaja daripada asalnya 50 peratus daripada keseluruhan tanah Melayu. Bermakna hanya 24 peratus sahaja berbaki daripada 3 juta hektar tanah tersebut. Perjuangan mempertahankan tanah rakyat sangat murni walaupun ia diperjuangkan oleh sesiapapun. Pokoknya selesaikan perkara asas terlebih dahulu. Tergadainya tanah rezab Melayu ini angkara siapa? Siapa yang meluluskan pembersihan penduduk kampung tradisi seluruh Kuala Lumpur dan ditukar status kepada bukan lagi tanah rezab Melayu dan diberikan kepada tauke tauke besar seperti YTL untuk dibangunkan?
Tanah rezab Melayu berpuluh puluh ekar di Perak bersebelahan PLUS Highway yang terletaknya kilang Perak Simen suatu ketika dahulu, kemudian diberikan kepada syarikat YTL. Siapa yang meluluskannya? Ini hanya beberapa contoh daripada beribu kes tanah rakyat yang digadaikan oleh pemerintah daripasa parti Khairi sendiri atas nama pembangunan. Itu baru hal tanah rezab Melayu. Tanah Felda milik peneroka yang juga 90 peratus lebih adalah Melayu. Kemudian hari ini sebahagian besar aset Felda berupa tanah dan ladang ini diberikan kepada Felda Global Ventures dan disenaraikan di Bursa Saham yang milikannya bebas kepada sesiapa sahaja. Keberangkalian untuk dimiliki syarikat asing cukup tinggi. Penggadaian Koperasi Permodalan Felda antara Koperasi terbaik di Malaysia angkara siapa?
Siapa yang berhajat sangat harta FELDA milik mutlak peneroka dan warganya sebelum ini tetapi hari ini tidak lagi sepenuhnya milik mereka. Kerja siapa semua ini? Ayuh Pemuda UMNO. Terimalah kedatangan mahasiswa dan penduduk kampung tertindas yang dirampas dan bakal dirampas tanah mereka diseluruh negara dari Banggol Donas di Terengganu hinggalah Kg Chubadak di Kuala Lumpur jumaat ini. Rakyat hendak tahu kenapa pelahap sangat tanah mereka. Rakyat juga perlu memberitahu kamu lah yang menggadaikan tanah mereka. Bagaimana mungkin pihak yang meluluskan penggadaian tanah ini hendak memegang Majlis Amanah Tanah Melayu. Hentikan.
Ini bukan soal retorik menjadi hero Melayu. Ini isu kedaulatan negara yang terancam apabila tanah rakyat semakin berkurangan. Kuala Lumpur bakal menjadi milik warga asing. Rakyat Malaysia pelbagai bangsa hanya menjadi penonton dari kejauhan.
Mohd Nasaie Ismail Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia |
Azmin MB Selangor Mula Tunjuk Taring Posted: 27 Nov 2014 06:38 PM PST SHAH ALAM - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang disifatkan lebih tegas diyakini mampu mengendalikan isu panas dalam sidang Dun yang bermula hari ini. Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, berdasarkan rekod Azmin selaku Adun Bukit Antarabangsa, beliau dilihat lantang ketika berbahas dan pendekatan yang sama pasti akan digunakan dalam sidang Dun kali ini.
"Azmin dan Tan Sri Abdul Khalid berbeza. Menteri besar yang dulu agak lembut dan 'steady' dalam perbahasan berbanding Azmin yang lebih lantang dan tegas. "Ketegasan itu menjadi 'trend' beliau. Saya harap beliau boleh kekalkan momentum yang sama dalam sidang kali ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Selain itu katanya, rakyat juga pasti menunggu pengumuman wang rizab negeri yang dikatakan akan digunakan untuk kepentingan rakyat. "Rizab negeri cukup banyak dan persoalannya adakah benar Azmin realisasikan janji beliau untuk guna wang itu," katanya. Beliau turut menjangkakan jumlah wang pampasan yang diluluskan Perbadanan Menteri Besar (MBI) kepada lapan bekas pegawai Abdul Khalid sebagai isu panas. "Bagi saya, serahkan saja kepada SPRM. Pendedahan perlu kerana ia libatkan integriti, tapi usah dipanjang lagi," katanya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan