|      Larangan menyangka buruk       Posted: 19 Oct 2014 10:34 PM PDT   .  Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi . Dia terus berleter.    "Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun  pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. "  Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara.    "Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam.  Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan  kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak  kena pijak."  Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.    "Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah  bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa  beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas.  Tak kena pijak."  Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab.    "Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah,  hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada  semua tak guna."  Wahai anakku,  Aku ceritakan ini untuk  mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri.  Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali  engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan  penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin  tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan  cuba   jadi orang lain.  Manusia hari ini suka sangka-sangka  Ada sangka baik  Ada sangka buruk  Orang beribadah disangka riak  Orang rileks disangka malas  Orang berpakaian baru disangka menunjuk  Orang berpakaian buruk disangka hina  Orang makan banyak disangka pelahap  Orang makan sedikit disangka diet  Orang yang senyum disangka mengejek,  Orang yang masam disangka merajuk  Orang berbincang disangka mengumpat  Orang yang diam disangka menyendiri  Orang yang menawan disangka menggoda  Orang yang ceria disangka mengada  Orang yang bertanya disangka menyibuk  Hakikatnya...  Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah  Mana tahu yang masam itu kerana  mengenang dosa  Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat  Mana tahu yang diam itu kerana beribadah  Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya  Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya  Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya  Justeru itu….  Sesuatu perkara yang kita lihat  Jangan suka sangka-sangka  Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa  Kerap sangka-sangka mengundang celaka  Jangan terlalu bersangka-sangka  Jauhi sikap sangka-sangka  "يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."  "Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan  kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."  (AlHujurat:12)     |   
    |      Di Majlis Pelancaran Buku        Posted: 18 Sep 2014 10:30 PM PDT   YB Siti Zailah Mohd Yusof melancarkan buku Persoalan Fikh Wanita  d gerai buku Harakah.Unit Penerbitan Buku Harakah telah menerbitkan  lima buah buku...Tafsir al-Baqarah TGHH,  Pembentukan Jiwa TGNA,   Persoalan Fikh Wanita dan MH17 Dalam Kenangan.Ketua-admin    |   
  
    
Tiada ulasan:
Catat Ulasan