Sabtu, 11 Oktober 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Miri

Posted: 10 Oct 2014 07:17 PM PDT

PAS Kawasan Miri


RMT Perlu ditambahkan Peruntukan Bajet 2015 Untuk Membantu Pelajar Miskin

Posted: 09 Oct 2014 10:19 PM PDT

Sistem Tender Berpusat Sabah Sarawak Perlu Dikaji Semula
 
RMT (Rancangan Makanan Tambahan)

Sistem tender berpusat pernah diamalkan sebelum ini melibatkan Sarawak dan Sabah kemudian sistem ini diubah dan setiap sekolah diberi kuasa dan peruntukan untuk menjalankan RMT dan dipantau PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) setiap daerah. Kini Sistem Tender Berpusat akan dicadang digunakan semula dan hal ini akan menyukarkan lagi pihak sekolah dan kesan amat buruk kepada murid-murid sekolah.

Keburukan Tender Berpusat
1.      Berlakunya 'Ali Baba' (10 peratus / 10 peratus / 10 peratus = 30 peratus syer atau komisyen.
2.      Sekolah terpaksa menerima apa saja yang dihantar oleh pihak kontraktor yang dipilih pihak atasan (JPN (Jabatan Pendidikan Negara)  – PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) )
a)      Timbangan / sukatan bahan
b)      Kesahihan halal atau haram tidak diketahui (unsur-unsur penipuan berlaku)
c)      Kualiti bahan yang dihantar
3.      Sekolah tiada pilihan – Barangan yang dihantar kebiasaannya tidak sama seperti yang dipesan / pesanan oleh pihak sekolah.
4.      Sekolah tidak lagi dapat menyediakan menu yang disyorkan dan yang lebih berkhasiat.
5.      Akibat tender berpusat yang tidak diketahui atau yang tidak dilantik oleh pihak sekolah sendiri, pihak sekolah sukar untuk membuat rundingan tentang penukaran barangan yang dihantar oleh kontraktor yang dilantik pihak atasan.
6.      Kontraktor atau pembekal bahan makanan akan menghantar barangan berjenama murah tetapi mengisytiharkan barangan tersebut berharga dan berjenama mahal. Contohnya pihak sekolah membuat pesanan milo tetapi menghantar vico atau ovaltine  atau yang lebih teruk menghantar serbuk koko yang tiada jenama dan dibungkus dalam plastik biasa.
7.      Harga tender terlampau tinggi walaupun sekolah rendah berhampiran dengan pekan atau bukan di pedalaman.
8.      Tender non-Muslim kurang mengambil berat tentang halal haram. Guru RMT yang bertugas secara mingguan tidak mahu mencuba makanan yang disediakan untuk murid kerana ragu dengan bahan mentah yang dihantar.
9.      Laporan yang dibuat oleh pihak sekolah seolah-olah tidak diambil tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pelajar.
10.  Harga barangan naik atau sukatan barangan dikurangkan atau tidak dihantar dengan alasan barangan yang dipesan sekolah tiada dalam pasaran. Contoh : Bawang merah harga semasa 1kg RM30 dipesan oleh pihak sekolah tetapi kontraktor hantar ½ kilo sahaja dengan alasan harga sudah naik.
11.  Pihak sekolah terpaksa menunggu pihak kontraktor menghantar pesanan sekali sebulan. Risiko yang ditanggung pihak sekolah makanan akan rosak seperti telur, buah dan sayur. Sekiranya sekolah pedalaman risikonya semakin besar.

Sekiranya system tender berpusat ini tidak dijalankan dan pihak yang bertanggungjawab mengekalkan sistem yang sedia ada, banyak kelebihan yang dapat dibuat oleh pihak sekolah.
1.      Pihak sekolah mampu mencari barang-barang RMT dengan harga yang paling jimat.
2.      Barangan yang dibeli mengikut keperluan semasa yang diperlukan.
3.      Pihak sekolah dapat memastikan kualiti bahan mentah dan status halal barangan yang dibeli.
4.      Pihak sekolah dapat menjimatkan pembelian kerana barangan dibeli mengikut harga pasaran atau borong.
5.      Lebihan wang atau peruntukan RMT dapat digunakan untuk keperluan akan datang sebelum sampai peruntukan baru yang kadang-kadang lewat diterima oleh pihak sekolah.

Terdapat sekolah yang ibu bapa mengadu masalah makanan yang diberi oleh pihak sekolah kepada anak mereka kurang berkhasiat. Masalah ini perlu dipantau oleh pihak yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pelajar.

Sekarang ini terdapat sekolah telah diberi notis untuk menghentikan RMT di sekolah di mana anak-anak mereka belajar.

Memandangkan kos sara hidup semakin meningkat, kerajaan tidak perlu menarik balik peruntukan untuk RMT untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh ibu bapa yang miskin yang kurang bernasib baik.

Harga bahan api telah meningkat seperti RON95 dan diesel, apatah lagi apabila RMT dihentikan saat ibu bapa yang miskin yang kurang bernasib baik masih memerlukan bantuan untuk menampung kos perbelanjaan harian keluarga mereka.

Kami menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia mengkaji semula perkara ini dengan serius kerana ia melibatkan nasib pelajar miskin yang kurang bernasib baik, terutamanya mereka yang tinggal di bandar, luar bandar dan juga di kawasan pedalaman di Sarawak.

Pihak kerajaan juga perlu meneruskan rancangan ini dengan menambahkan peruntukan dalam bajet supaya pelajar yang kurang bernasib baik tidak terjejas akibat kekurangan zat makanan khasiat. Pelajar ini suatu hari nanti akan menjadi pelapis pimpinan negara yang perlu diberi keutamaan.

Kerjasama dengan pihak kementerian yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini dengan segera demi masa depan pelajar yang terbabit amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Centralised Tender System Sabah Sarawak Need To Be Reviewed

FSP (Food Supplement Program)

Centralized tender system was practiced before this involving Sarawak and Sabah then the system is changed and each school is authorized and provisions to carry out the SFP and is monitored by DEO (District Education Office) per district. Now the Central Tender System will be proposed to be re-used and this will further complicate the school and very bad impact on school pupils.

Disadvantages of Centralized Tender
1. The occurrence of 'Ali Baba' (10 percent / 10 percent / 10 percent = 30 percent of the shares or commissions.
2. The School forced to accept whatever is sent by the contractor
Selected by the top Management (DE (Department of Education) - DEO (District Education Office))
 a) The weigh / measure ingredients
 b) The validity of halal or haram is not known (the elements of fraud occurs)
 c) Quality of materials sent
3. Schools have no choice - Goods delivered normally not the same as ordered / orders by the school.
4. Schools can no longer provide the suggested menus and that is more nutritious.
5. Consequences of unknown centralized tender or who is not appointed by the school itself, the school is difficult to negotiate about the exchange of goods shipped by the contractor appointed by the top management.
6. Contractors or suppliers will send cheap branded goods but declared as precious goods and branded expensive.  For example, the school authorities place an order milo but sent Vico or ovaltine or worse sent cocoa powder with no brand and packed in ordinary plastic.
7. The tender price is too high even the primary school is near the town or not in the interior.
8. Non-Muslims tender is less concerned about the halal foods. RMT teachers who work on a weekly basis do not want to try the food provided to students as doubtful with raw materials being shipped.
9. Report made by the school authorities seems to not act upon by the parties responsible for the student affairs.
10. The prices of goods go up or the quantity is reduced or non-delivery of goods with reason the goods ordered by schools is not in the market. Example: Onion prices during 1kg RM30 requested by the school, but the contractor submit ½ kilo only the reason the price has gone up.
11. The school had to wait for the contractor to send orders once a month. The risk incurred by the school is foods will spoil like eggs, fruits and vegetables. If rural schools the risk is larger.

If the centralized tender system is not carried out and the responsible party retain the existing system, many advantages that can be made by the school.

1. The school was able to find SFP goods at the lowest save.
2. Items are purchased in accordance with the current requirements needed.
3. The school can ensure the quality of raw materials and halal status of the goods purchased.
4. The school can save on the purchase price for the goods purchased in the market or wholesale.
5. Excess money or provisions of SFP can be used for future needs before arriving of a new provisions sometimes received late by the school.

There are schools that parents complained the problem of food provided by the school for their children is less nutritious. This problem needs to be monitored by the responsible party in student affairs.

Now there are schools have been given notice to stop the SFP at the school where their children learn.

Since the rising cost of living, the government should not withdraw the provision for SFP to reduce the burden of the poor parents who are less fortunate.

Fuel prices have increased such as RON95 and diesel, especially when SFP discontinued
while poor parents who are less fortunate still need help to cover the daily expenses of their families.

We urge the Ministry of Education to review this matter seriously because it involves the fate of the poor students who are less fortunate, especially those living in urban, rural and remote areas in Sarawak.

The government also needs to continue this program by increase the allocation in the budget so that students who are less fortunate not affected by nutrient malnutrition. These students will one day become the country's leadership succession that should be given priority.

Cooperation with the relevant ministries to resolve this issue as soon as possible for the future of these students is greatly appreciated.

Jasindaily Online

Posted: 10 Oct 2014 09:26 AM PDT

Jasindaily Online


BAJET 2015 BAJET BAGUS TAPI DEFISIT

Posted: 10 Oct 2014 02:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Belanjawan 2015 Kerajaan Persekutuan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi mencatatkan belanjawan defisit buat kali ke-17 berturut-turut sejak 1998. Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2015 di Dewan Rakyat mengumumkan unjuran perbelanjaan berjumlah RM273 bilion berbanding unjuran pendapatan berjumlah RM235.2 bilion sekaligus mengekalkan 'badi' belanjawan defisit sejak era mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 


Ini belum mengambil kira seperti kelaziman Najib pada tahun-tahun sebelum ini yang cenderung memohon belanjawan tambahan yang menyebabkan perbelanjaan kerajaan lebih besar dari yang diunjurkan. Pada Jun lalu Najib memohon belanjawan tambahan yang berjumlah RM4.112 bilion. Keadaan ini menjelaskan langkah Kerajaan BN mengurangkan subsidi seperti langkah terbaru melibatkan bahan api baru-baru ini dan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April nanti masih gagal menampung nafsu berbelanja pentadbiran Najib. Selain itu, jumlah perbelanjaan yang kekal tinggi berbanding pendapatan itu juga membuktikan tiada kesungguhan kerajaan mengekang amalan pembaziran dengan berjimat cermat seperti yang disarankan kepada rakyat terbanyak. 

 Sementara itu, turut menarik perhatian dalam belanjawan kali ini, apabila Najib memperuntukkan sedikit peningkatkan perbelanjaan pembangunan dari RM46.5 bilion bagi Belanjawan 2014 lalu kepada RM50.5 bagi 2015 tetapi pada masa sama perbelanjaan pengurusan jauh semakin tinggi. Dalam belanjawan kali ini perbelanjaan pengurusan diunjurkan meningkat kepada RM223.4 bilion berbanding RM217.7 bilion bagi 2014.

Kenaikan Yang Membebankan Rakyat

Posted: 10 Oct 2014 02:54 AM PDT

Pemuda PAS Malaysia (PPM) melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas sikap kerajaan Malaysia yang menetapkan keputusan menaikkan harga minyak petrol RON95 sebanyak RM0.20 sen dan diesel mulai 1 Oktober 2014. Kenaikan ini menjadikan harga petrol RON95 RM2.30 seliter sementara diesel dijual pada harga RM2.20. Apa yang mengecewakan adalah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol RON95 dan diesel dalam keadaan tergesa-gesa tanpa notis awal kepada rakyat sehingga timbul suasana panik dan kelam kabut untuk mengisi minyak sebelum jam 12.00 malam tadi. Apakah tidak ada ruang buat rakyat memberikan pandangan balas serta cadangan bagi membantu kerajaan menampung perbelanjaan negara? 


Apakah pemikir-pemikir negara sudah kekeringan idea sehingga mengambil langkah drastik menaikkan harga minyak tanpa memikirkan impak dan kesan ke atas rakyat? Bagaimana Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak tetapi rakyat tetap dibebankan dengan kenaikkan minyak? PPM melihat, langkah kerajaan menambahkan kadar pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) yang akan diumumkan dalam Bajet 2015 adalah sekadar 'melepaskan batuk di tangga' kerana ia sekadar bantuan jangka pendek buat rakyat. Yang pastinya rakyat akan merana dalam tempoh jangka panjang kemudiannya. Harga minyak adalah domino buat harga barang keperluan lain. Jika harga minyak naik bererti harga barangan lain akan turut naik.

 Mustahil kerajaan mampu mengawal kenaikan harga barang keperluan kerana sebelum ini pun harga barang tetap naik melambung walaupun telah diberi jaminan penguatkuasaan dan pemantauan ketat kerajaan terhadap peniaga dan pembekal. Nampaknya rakyat tidak mempunyai banyak pilihan melainkan terpaksa lebih mengikat perut, bekerja lebih masa, mencari sumber pendapatan tambahan serta pekerjaan tambahan bagi menampung kehidupan sekeluarga. Rakyat berpendapatan kecil adalah golongan terbesar bakal menerima kesan. Marilah kita sama-sama menyatakan bantahan terhadap kenaikkan harga minyak ini. 

 SUHAIZAN KAIAT 
Ketua Pemuda PAS Malaysia

Kenyataan Media Dewan Ulama PAS Melaka Berkaitan Isu Pesta Arak Oktoberfest

Posted: 10 Oct 2014 02:30 AM PDT

Dewan Ulama PAS Melaka berharap kerajaan negeri Melaka di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Idris Haron akan dapat mengambil pendirian yang sama dengan kerajaan Selangor ke atas penganjuran pesta Arak Oktoberfest yang bakal diadakan di Jonker walk pada 18/10 ini. Yang demikian ialah kerana pesta seumpama itu adalah suatu budaya yang asing kepada rakyat negeri Melaka. Ia adalah gejala negatif yang bakal menjerumuskan rakyat ke dalam sindrom ketagihan arak. Rakyat Melaka berbilang bangsa dengan adat ketimurannya yang tinggi hendaklah dilindungi dari kerosakan besar berpunca dari arak. 

Sabda RasululLah SAW bermaksud: Arak itu adalah sumber segala kejahatan. Hak non Muslim untuk minum arak tidak dihalang oleh Islam namun menjadikannya sebagai suatu pesta adalah jelas bercanggah dengan Islam dan membahayakan masa depan rakyat di negeri ini. Lebih lebih lagi sebagai menghormati sambutan majlis cinta Rasul yang dijadualkan pada hari yang sama. 

Apakah tujuannya apabila di satu bahagian bandar Melaka rakyat berselawat memuliakan RasululLah SAW tetapi dalam waktu yang sama kerajaan negeri Melaka membenarkan penganjuran pesta Arak di Jonker Walk yang tidak jauh dari stadium kubu tempat berlangsungnya majlis selawat tersebut. Menjadi harapan besar Dewan Ulama PAS Melaka agar Kerajaan Negeri Melaka segera mengambil langkah menghalang sebarang penganjuran pesta Arak Oktoberfest tersebut di negeri Melaka. 

 Ustaz Zulkifli Ismail 
Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Melaka.

Credit : Urusan Ulama Pas Kawasan Jasin

Landskap Siasah

Posted: 10 Oct 2014 07:53 AM PDT

Landskap Siasah


KENYATAAN MEDIA- PENARIKAN SUBSIDI MINYAK ; PETANDA KRISIS ADIL DAN IHSAN KERAJAAN BN

Posted: 09 Oct 2014 12:04 PM PDT

KENYATAAN MEDIA 9 OKTOBER 2014
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH

PENARIKAN SUBSIDI MINYAK ; PETANDA KRISIS ADIL DAN IHSAN KERAJAAN BN

Dewan Pemuda PAS Kedah melihat keterhakisan unsur ihsan dalam pentadbiran kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila subsidi demi subsidi dikurangkan untuk kestabilan sosial masyarakat Malaysia.

Pihak merasakan sudah sampai masanya kerajaan berhenti menipu rakyat apabila sering memberi alasan kenaikan harga minyak Malaysia seiring dengan kenaikan harga minyak global.

Maklumat kasar hari ini sekitar harga minyak mencatat AS$90.73 setong, berbanding pada bulan Julai iaitu pada harga AS$103 setong. Malah diramalkan kejatuhan harga minyak berlaku sejak empat tahun dan dijangka akan berterusanlagi.



Ia mampu diakses oleh sesiapa sahaja walaupun individu itu tidak mengambil mata pelajaran perdangangan atau ekonomi asas di sekolah. Ini maklumat umum yang diketahui rakyat sendiri.

Firman Allah "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikanIhsan), (An Nahl: 90)

Asas utama Islam adalah keadilan dan ihsan. Allah menyeru kita untuk berbuat keadilan dan bersikap ihsan. Subsidi sendiri adalah salah satu elemen dalam muafakat ekonomi dalam Islam. Menurut Nik Mustapha Nik Hassan Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysiaekonomi muafakat yang menepati konsep al-ihsan pada hakikat sebenar akan terlaksana dengan wujudnya keadilan ekonomi.

Jika ditinjau dalam ekonomi konvensional juga, konsep Keadilan Keadilan distributif sering digunakan untuk melihat polisi pemerintahterhadap rakyat. Negaraharus mengagih sumber daya yang dikuasai kepada rakyat secara adil. Pada tahap ini prinsip keadilan distributif perlu diterapkan.

Setelah rakyat dikerah membayar cukai, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pula untuk meringankan beban rakyat dalam beberapa hal antaranya dengan mengekalkan subsidi demi kestabilan masyarakat. Hal ini tida bercanggah dengan ekonomi konvensional juga.

Oleh kerana pada asalnya Allah pemilik semua harta dan sumber maka Allah berhak menentukan pengagihannya. Tidak semua orang mendapat pengagihan yang cukup dalam bentuk upah, maka mereka memerlukan bantuan ihsan. Ihsan berlaku dari golongan berada kepada golongan kurang berkemampuan seperti orang miskin, cacat, balu, anak yatim dan seumpamanya. Mereka ini sebahagiannya tidak aktif dalam aktiviti ekonomi manakala sebahagian yang lain telah berusaha sedaya upaya tetapi gagal memenuhi semua yang mereka perlukan. Ihsan boleh dilakukan dalam bentuk zakat, sadaqah, kafarah, faraid, hadiah, derma dan sebagainya. Ini dapat membantu merapatkan jurang pendapatan di antara golongan kaya dan miskin serta meningkatkan kuasa beli.Jadi dalam konteks moden hari ini subsidi boleh dianggap sebagai menepati semangat ihsan yang digariskan oleh syariat Islam kerana ia berunsur kebajikan selepas konsep keadilan diperhalusi.



Islam juga memandang punca jenayah adaah akibat kehimpitan ekonomi yang kian parah. Hal ini menyebabkan isu ekonomi bukan isu isolisasi ahli ekonomi sebaliknya ia adalah isu syariah yang patut juga dikumandang oleh para Mufti, Jakim, Ikim dan lain-lain badan agama kerajaan agar kerajaan sedar bahawa iau ini me;iputi aspek besar rakyat dan agama Islam itu sendiri.

Subsidi secara umum bukan obligasi sesebuah kerajaan malah kerajaan boleh menarik subsidi bila-bila masa kerana ia adalah ihsan untuk rakyat. Namun ihsan ini dituntut jika ia adalah jalan untuk mencapai kestabilan sosial, ekonomi yang stabil dan mencegah masalah jenayah, manipulasi harga dan krisis kepenggunaan yang teruk. Kemampuan rakyat membeli juga semakin kurang. Bebanan membayar hutang bulanan mencecah lebih separuh gaji bulanan. Adakah ini sebuah negara wastiyyah yang menerapkan kesederhanaan dalam hidup jika strabilan sosial bakal goncang denga impak kenaikan harga minyak dua kali tahun ini.

Hingga kini telah 40 sen harga petrol naik untuk tahun 2014 sahaja.

Pihak Dewan Pemuda juga mengaggap isu ini kian menimbulkan ketidakpuashatian rakyat apabila beberapa pemimpon BN, MIC dan UMNO turut sanggup menegur kerajaan terhadap langkah menaikkan harga petrol di saat rakyat baru sahaja menerima bahana dengan kenaikan awal tahun lalu.

Ahmad Tarmizi Sulaiman
Ketua Penerangan DPPN Kedah




KENAIKAN HARGA MINYAK DAN PENGURANGAN SUBSIDI- APA KATA SYARIAH?

Posted: 09 Oct 2014 11:56 AM PDT


KENAIKAN HARGA MINYAK DAN PENGURANGAN SUBSIDI- APA KATA SYARIAH?

Kali ini saf pentadbiran Perdana Menteri Malaysia sudah check mate dengan hujah lapuk iaitu kenaikan harga petrol di Malaysia kerana seiring dengan kenaikan harga minyak dunia.

Hal ini kerana rakyat yang tidak lulus subjek ekonomi asas mahupun perdangan di peringat SPM juga mampu mengakses maklumat bahawa harga minyak dunia sedang mengalami kemerosotan. Maklumat dihujung jari.

Maklumat kasar hari ini sekitar harga minyak mencatat AS$90.73 setong, berbanding pada bulan Julai iaitu pada harga AS$103 setong. Malah diramalkan kejatuhan harga minyak berlaku sejak empat tahun dan dijangka akan berterusanlagi.

Rakyat baik yang pekak mahupun tuli telah tahu bahawa harga minyak naik adalah kerana subsidi dihisap kembali oleh kerajaan atas nama rasionalisasi subsidi walaupun kerja buat itu jelas tidak rasional!

Dengan peraturan baru percukaian GST yang bakal menjadi cek kosong kerajaan menaikkan kadar cukai ke atas mana-mana sahaja komoditi barangan harian rakyat, ianya jelas rakyat akan kian tertekan dengan domino kenaikan harga barang dan servis tempatan walaupun wirid selalu kerajaan selepas menaikkan harga minyak berbunyi begini : "peniaga dilarang menaikkan harga sesuka hati".

Hakikatnya ramai yang sudah sedar, kenaikan harga ini disebabkan subsidi yang ditarik keluar daripada peruntukan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia. Subsidi adalah ihsan kerajaan. Ia bukan suatu jaminan bahawa kerajaan akan terus melaksanakan dasar ihsan walaupun istilah ihsan digandingkan dengan keadilan dalam Al Quran (konsep adlu wal ihsan)

Begitu juga rakyat menilai barangan tertentu yang kononnya tidak akan dikenakan GST, tidak mustahil ia akan turut dikenakan GST kerana istilah tidak dikenakan GST adalah istilah ihsan sahaja bukannya peruntukan yang mantap dalam mana-mana undang-undang.

Sedikit berkenaan GST, kerajaan berhujah dalam laman-laman rasmi bahawa Dari 600 barang yang dikenakan GST, dijangka hanya 10% yang akan mengalami kenaikan harga, 42% kekal harga dan 48% akan mengalami penurunan harga. Hakikatnya penurunan harga 48% barang itu adalah jenis komoditi mewah yang selama ini menerima cukai tinggi. Malah ia bukan barang harian yang diperlukan rakyat. Sistem cukai dahulu hanya terkena kepada barangan yang tidak menjadi penggunaan harian rakyat bawahan.

Kata kerajaan lagi, banyak barang akan menjadi lebih murah kerana cukai GST hanya 6% berbanding cukai 16% yang akan berakhir pada 31 Mac 2015.Malah dirantau ini dikatakan 6% itulah yang termurah. Adakah ada jaminan angka 6 % tidak akan menjadi 7, 8 dan seterusnya?

Dalam tempoh setahun ini sudah 40 sen harga minyak naikkerana penarikan subsidi. Itu belum diungkit penarikan subsidi gula, minyak masak dan lain-lain lagi tahun lepas.



Rakyat Malaysia telah dilatih untuk menerima banyak kejutan tahun ini. Dengan keganasan di Sabah yang semakin dramatik, tragedi misteri MH370 sehingga membabitkan kepakaran bomoh tercabar, kemudiannya pula tragedi MH 17, rakyat Malaysia kelihatan boleh menerima kejutan menurut pandangan Putrajaya. Kenaikan harga minyak mendadak ala-ala kejutan 'kinder joy' ini bukan sahaja menyaksikan kritikan keras pemimpin Pakatan Rakyat, malah tindakan saf pentadbiran Datuk Seri Najib mengurangkan kadar subsidi bahan api RON95 dan diesel sebanyak 20 sen menerima kecaman juga daripada Barisan Nasional (BN) kerana ia dibuat ketika harga minyak dunia turun dan rakyat Malaysia sedang menghadapi tekanan akibat kos sara hidup yang makin meningkat.

Selain pemimpin PAS, PKR dan DAP menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, parti komponen BN, MIC dan seorang ahli Majlis Tertinggi Umno juga turut mempersoalkan keputusan itu.

Apa reaksi pemimpin pro kerajaan:

Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki menulis di dalam Facebooknya memohon kerajaan mengkaji semula tindakan pemotongan subsidi itu ketika rakyat sedang bertarung dengan kenaikan kos sara hidup. Katanya walaupun idea rasionalisasi subsidi minyak ada kewajarannya, namun pemotongan subsidi ketika ini adalah tidak sesuai melainkan kita sudah berjaya menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan.


Obligasi kerajaan memberi jaminan keamanan, kestabilan sosial.

Mengurangkan subsidi untuk rakyat untuk menampung ketempangan ekonomi kerajaan yang boros melambangkan betapa usaha itu tidak menepati syariah. Hal ini kerana peranan sebuah kerajaan walaupun bukan menerima obligasi untuk memberi subsidi dalam komoditi tempatan, ia berperanan sebenarnya menjamin kestabilan sosial, jenayah dan masalah sosial. Jaminan ini adalah ruang lingkup pemerintah jika ditekuni dari perspektif siasah syariyyah. Jaminan inilah yang menghendaki kerajaan berhemah dalam menarik subsidi tertentu kerana ia menghasilkan suatu reaksi negatif sosial.

Konsep keadilan distributif sering digunakan untuk melihat polisi pemerintah terhadap rakyat. Negara harus mengagih sumber alam yang dikuasai kepada rakyat secara adil. Pada tahap ini prinsip keadilan distributif perlu diterapkan.Subsidi adalah tergolong dalam ketagori ini. Mungkin idea Aristotle dalam aspek keadilan distributif kelihatan mendesak kerajaan untuk semata-mata berperanan mengalir kekayaan negara kepada rakyat. Jika dikaitkan dengan konsep keadilan dan ihsan dalam Al Quran, ia kelihatan lebih lunak untuk memahamkan sebuah kerajaan bahawa agenda ihsan ada;ah agenda besar selepas agenda keadilan.

Ihsan pada asasnya digariskan melalui fiqh klasik sebagai sedekah, faraid, hibah, derma dan sebagainya untuk meningkatkan kuasa membeli di kalangan rakyat. Namun dalam konteks kontemporari, subsidi adalah suatu bentuk sedekah atau infaq kerajaan untuk rakyat semata-mata untuk melihat kestabilan ekonomi, sosial dan mencegah mudharat dan jenayah akibat himpitan ekonomi. Inilah konsep ihsan yang sering diabaikan oleh kerajaan.

KH. M Shiddiq menyatakan bahawa subsidi adalah suatu bentuk bantuan kewangan (bahasa Arabdisebut i'anah maliyah), yang biasanya dibayar oleh pemerintah, dengan tujuan untuk menjaga kestabilanharga-harga, atau untuk mempertahankan pengekalan kegiatan perniagaan, atau untuk mendorong berbagai kegiatan ekonomi pada umumnya.

Dalam sistem Kapitalisme, subsidi merupakan salah satu instrumen pengendalian secara tidak langsung. Grossman dalam Sistem-Sistem Ekonomi (1995) menerangkan bahwa dalam sistem Kapitalisme terdapat dua jenispengendalian ekonomi oleh pemerintah, iaitu pengendalian langsung dan tidak langsung. Pengendalian langsung adalah polisi mengabaikan mekanisme pasaran, contohnya embargo perdagangan dan penetapan harga tertinggi suatu barang. Adapun pengendalian tidak langsung adalah kebijakan yang bekerja melalui mekanisme pasaran, misalnya penetapan tarif serta segala macam cukai dan subsidi.


Islam berbeza dengan Kapitalisme. Jika Kapitalisme memandang subsidi dari perspekstif campur tangan kerajaan atau mekanisme pasaran, Islam memandang subsidi dari perspektif syariah, iaitu pada bila-bila subsidi boleh dan bila-bila subsidi wajib dilakukan oleh negara termasuk penentuan sektor yang boleh dan wajib disubsidikan.

Pastilah menurut syariah yang terkenal dengan konsep al adli wal ihsan menentang subsidi bilion ringgit untuk syarikat mega seperti TPP sedangkan untuk rakyat bawahan ditarik perlahan-lahan. Ihsan yang ditekan oleh Islam untuk meningkatkan kuasa beli rakyat, mencegah jenayah, mencegah masalah masyarakat disalah guna dengan mengekalkan subsidi kepada korprat besar tanpa segan silu.

Jika subsidi diertikan sebagai bantuan kewangan yang dibayar oleh negara maka Islam mengakui adanya subsidi dalam pengertian ini. Subsidi boleh dianggap salah satu cara (uslub) yang boleh dilakukan negara, kerana termasuk pemberian harta milik negara kepada individu rakyat (i'tha'u ad-dawlah min amwaliha li ar-ra'iyah) yang menjadi hak pengelola negara.
Khalifah Umar bin al-Khattab pernah memberikan harta dari Baitul Mal kepada para petani di Iraq agar mereka dapat membangunkan pertanian merekasekaligus menstabilkan sosial di sana.

Atas dasar itu, boleh negara memberikan subsidi kepada individu rakyat yang bertindak sebagai pengeluar, seperti subsidi baja dan benih bagi petani, atau subsidi bahan mentah dan sebagainya. Boleh juga negara memberikan subsidi kepada individu rakyat yang bertindak sebagai pelanggan, seperti subsidi makanan, atau subsidi komoditi harian seperti minyak masak, dan sebagainya.

Subsidi boleh juga diberikan negara untuk sektor perkhidmatan awam (al-marafiq al-'ammah) yang dilaksanakan oleh negara, sebagai contoh:

  1. perkhidmatan telekomunikasi (al-khidmat al-baridiyah) seperti telefon, pos, fax, internet;
  2. perkhidmatan perbankan syariah (al-khidmat al-mashrifiyah) seperti pemindahan, simpanan, dan pertukaran matawang asing;
  3. perkhidmatan pengangkutan awam (al-muwashalat al-'ammah) seperti kereta api, kapal laut, dan pesawat terbang.

Nabi Saw., pernah membagikan fai' Bani Nadhir (harta milik negara) hanya kepada kaum Muhajirin, tidak kepada kaum Ansar, kerana Nabi Saw., melihat ketidakseimbanganekonomi antara Muhajirin dan Ansar. Ia boleh dianggap subsidi Nabi kepada satu kaum sahaja demi menstabilkan sosial di Madinah.

Tokoh ekonomi Islam terkenal seperti Saidina Umar Al Khattab semasa pemerintahannya dikatakan mengistiharkan setiap tahun satu hari di mana segala dana negara perlu dikosongkan dan diberi kepada rakyat dalam bentuk subsidi. Amirul Mukminin mengeluarkan arahan tersebut kepada Abu Musa Ashaari yang menjaga perbendaharaan negara pada masa itu.

Pada tahun berikutnya Saidina Umar R.A menyuruh Menteri Kewangan pada masa itu, iaitu Abu Huzaifah Ibnu Yaman untuk melakukan perkara yang sama.

Kembali kepada isu pembohongan kenaikan harga minyak kerana kenaikan harga minyak dunia adalah seolah-olah kerajaan mengajar rakyat bahawa komoditi penting bernama minyak itu harganya bebas ditentukan mengikut pasaran bebas secara mutlak dan sebarang impak glabal akan terus diterima rakyat tanpa sebarang 'filtration'. Apa pula peranan negara untuk memastikan rakyat tidak menderita kerana menerima impak perubahan harga global? Inilah peranan subsidi untuk mengawal harga.

Muhammad Nuruddin Bashah
Timbalan Ketua Penerangan DPP Negeri Kedah
AJK DPPK Sg Petani




Tiada ulasan:

Catat Ulasan