BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Jumaat, 10 Oktober 2014 at 3:16 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 09 Oct 2014 09:22 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Rayuan Sumbangan Surau Rumah Pangsa Kos Rendah

Posted: 09 Oct 2014 05:12 PM PDT



Surau Al Azim (Surau Blok J), Rumah Pangsa Kos Rendah, Taman Nilai Perdana, Nilai, Negeri Sembilan amat mengalu-alukan sumbangan kewangan untuk membiayai program serta aktiviti surau ini antaranya Majlis Ilmu, Kuliah Maghrib, Ceramah Bulanan dan sebagainya.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan atau lain-lain sumbangan keperluan surau bolehlah menghubungi Setiausaha Surau Al Azim, Ustaz Hasni bin Alias di talian 012-6123474 .

Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun Bank Rakyat, atas nama : SURAU Al-AZIM , No Akaun 22-103-108323-7

Pembinaan Sekolah Tahfiz di Rembau sedang giat dijalankan, sumbangan masih diperlukan

Posted: 09 Oct 2014 07:36 AM PDT


Ini gambar terkini pembinaan sekolah tahfiz di Kg Bongek, Jln Chengkau-Pulau Mampat, Rembau kini yang sedang giat dijalankan. Selepas Hari Raya Idil Adha pembinaan disambung semula, kini diperingkat ikat batu dinding.

Kos pembinaan sekolah tahfiz ini dijangka sekitar RM 200,000.

Bahan yang diperlukan ialah tingkap saiz 6ka x 2ka sebanyak 6 unit, tingkap sliding 2 unit, dan pintu 2 unit yang dianggarkan kos sekitar RM 4,500.

Kepada mereka yang ingin menyumbang bahan binaan untuk sekolah tahfiz ini sila hubungi Pengetua sekolah ini Ustaz Septian Whatsapp/SMS 013-2646001 atau Hj Rozmal bin Malakan 012-2267406 .

Untuk sumbangan sila salurkan ke :
Akuan Maybank 562843505815
Nama akaun : TARB ALGONTORY

Maklumat lanjut Sekolah Tahfiz Arabic Al Gontory di

Rembau Hari Ini

Posted: 09 Oct 2014 07:27 PM PDT

Rembau Hari Ini


Pembinaan Sekolah Tahfiz di Rembau sedang giat dijalankan, sumbangan masih diperlukan

Posted: 09 Oct 2014 07:32 AM PDT


Ini gambar terkini pembinaan sekolah tahfiz di Kg Bongek, Jln Chengkau-Pulau Mampat, Rembau kini yang sedang giat dijalankan. Selepas Hari Raya Idil Adha pembinaan disambung semula, kini diperingkat ikat batu dinding.

Kos pembinaan sekolah tahfiz ini dijangka sekitar RM 200,000.

Bahan yang diperlukan ialah tingkap saiz 6ka x 2ka sebanyak 6 unit, tingkap sliding 2 unit, dan pintu 2 unit yang dianggarkan kos sekitar RM 4,500.

Kepada mereka yang ingin menyumbang bahan binaan untuk sekolah tahfiz ini sila hubungi Pengetua sekolah ini Ustaz Septian Whatsapp/SMS 013-2646001 atau Hj Rozmal bin Malakan 012-2267406 .

Untuk sumbangan sila salurkan ke :
Akuan Maybank 562843505815
Nama akaun : TARB ALGONTORY

Maklumat lanjut Sekolah Tahfiz Arabic Al Gontory di

PAS Kawasan Miri

Posted: 09 Oct 2014 07:25 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Jalan Gelap Tiada Lampu Jalan

Posted: 09 Oct 2014 12:18 AM PDT

Jalan Marigold di Senadin Tiada Lampu Jalan
 
MIRI - Sebelum ini Jalan Marigold di Senadin hanya mempunya satu lorong bagi setiap arah dan telah diubahsuai atau dinaik taraf menjadi dua lorong lebih kurang 2 tahun yang lalu. 

Masalahnya sekarang ramai pengguna jalanraya yang melalui jalan tersebut mengadu jalan masuk dari Senadin sehingga ke simpang SMK Pujut tidak dipasang lampu jalan.

Pada waktu malam ianya agak gelap sebab tiada lampu jalan dipasang di jalan itu. Ini amat merbahaya kepada pengguna jalanraya terutama penunggang motosikalJalan SMK Pujut dan di sepanjang jalan ke petrol stesen Petronas sepatutnya dipasang lampu jalan ke kawasan perumahan untuk keselamatan pengguna jalanraya juga untuk mengelak berlaku pecah rumah dan kejadian jenayah dalam kawasan perumahan.

Keselamatan pengguna jalanraya perlu diberi keutamaan kerana banyak kemalangan berlaku akibat tiada lampu jalan di pasang sepanjang jalan tersebut. Penglihatan pengguna jalanraya menjadi sukar waktu hujan lebat lebih-lebih lagi pada waktu malam apabila tiada pantulan cahaya diatas jalan atau ditepi garisan penghadang jalan.

Kita mengesa pihak yang berkenaan segera memasang lampu jalan sepanjang jalan tersebut demi keselamatan pengguna jalanraya. Kerjasama dengan pihak berkenaan untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Marigold Road in Senadin No street lights

MIRI – Previously Marigold Road in Senadin have only one lane for each direction and has been renovated and upgraded to two lanes about 2 years ago.

The problem now is many road users through the road complain the driveway from Senadin up to the junction of SMK Pujut is not installed street lights.

At night it is quite dark because there are no street lights installed in the roadway. This is very dangerous to road users, especially motorcyclists. SMK Pujut road and along the road to Petronas petrol stations should be installed street lights on a residential area for the safety of road users as well as for keeping away from the burglary and crime in residential areas.

Safety of road users should be given priority because many accidents occur as a result there are no street lights installed along the road. Visibility of road users during heavy rains becomes difficult especially at night when there is no light reflector on road or beside the road barriers lines.

We urge the parties concerned immediately install street lights and street light reflection along the road for the safety of road users. Cooperation with relevant parties to resolve this issue immediately is greatly appreciated.

Jasindaily Online

Posted: 09 Oct 2014 09:34 AM PDT

Jasindaily Online


Oktoberfest : Siapa Petualang Yang Bikin Onar ??

Posted: 08 Oct 2014 11:11 PM PDT

Pesta arak Oktoberfest yang berlangsung di negara kita adalah pengkhianatan terhadap sosio budaya dan nilai tatasusila beragama di negara kita. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengakui bahawa orang bukan Islam mempunyai hak yang diperuntukkan untuk meminum arak namun dalam ruang lingkup yang dibenarkan. Pemangku Ketua DUPP, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, arak boleh diminum oleh mereka bahkan Islam tidak pernah menyekat untuk mereka menikmati arak sebagaimana makanan yang lain. Namun, jelasnya Islam amat bertegas dalam prinsip dan tidak membiarkan penularan gejala-gejala keruntuhan sosial berlaku. "Pesta arak ini banyak aspek buruknya iaitu ia akan menjadikan arak ini bahan promosi dan kita bimbang ada dalam kalangan umat Islam yang terlibat sama," tulis beliau menerusi facebook.


 Tegasnya, umat Islam diharamkan sama sekali untuk terlibat dengan pesta itu, bukan setakat menghadiri dan meminum arak akan tetapi dengan menjadi orang tengah yang mempromosi Oktoberfest pun sudah haram. Justeru, katanya DUPP amat kesal di atas penganjuran yang beliau difahamkan pihak kerajaan Selangor sendiri tidak pernah meluluskan penganjuran Oktoberfest. "Syarikat Carlsberg mesti memohon maaf secara terbuka jika tidak pihak kerajaan Selangor mesti mengambil tindakan tegas di atas sikap mencemarkan sensitiviti umat Islam yang pada ketika ini umat Islam sedang meraikan sambutan hari raya Aidiladha," ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

 Tambahnya, DUPP juga menuntut kepada kerajaan Selangor melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyiasat penganjuran pesta ini dan mencari dalang siapa yang sebenarnya terlibat dalam perkara ini sehingga boleh tersebar sebagai festival arak. Sehubungan itu, DUPP berharap umat Islam tidak terlibat sama dalam perkara ini dan kepada orang bukan Islam agar mereka faham bahawa lunas-lunas keagamaan dalam semua agama tidak membenarkan penularan gejala yang tidak baik dalam masyarakat melalui arak yang memabukkan itu.

MASJIDIL AQSA DISERANG LAGI

Posted: 08 Oct 2014 10:28 PM PDT

 Pegawai Perubatan melaporkan berdozen warga Palestin yang cedera diserang secara tiba-tiba oleh askar-askar Israel bersama penduduk haram Yahudi.Sumber memberitahu bahawa askar Israel melontar bom gas, menembak grenade dan peluru rubber-coated metal.

Sekumpulan askar dikerah terutamanya di pintu Al-Magharba, dan serangan berlaku sekitar pukul 7.30 pagi. Serangan berlaku secara tiba-tiba semasa para jemaah sedang beribadah di dalamnya.Ada di kalangan para jemaah diikat, dan dihalau keluar dengan kasar. Serangan itu seterusnya menyebabkan pertempuran berlaku di antara warga Palestin dan zionis Israel.






Harga kereta baru pasca CBP/GST dijangka turun

Posted: 08 Oct 2014 10:20 PM PDT

Harga kereta baharu secara umumnya dijangka turun antara satu dan tiga peratus selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), tetapi akan diimbangi oleh harga tinggi komponen kenderaan yang diimport berikutan faktor pertukaran asing. Komponen kenderaan kebanyakannya diimport dari Jepun dan jika yen meningkat berbanding ringgit, penjimatan satu hingga tiga peratus boleh berkurangan kerana kos komponen kini akan lebih tinggi dan akan mempengaruhi harga kereta.Pengarah Bahagian CBP Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy berkata tiada siapa tahu kadar pertukaran asing sebenar pada Disember ini atau Januari tahun depan.

 "Oleh itu, saya tidak akan sekali-kali mengatakan bahawa harga kereta akan turun. Saya tidak tahu, tiada siapa yang tahu," katanya kepada Bernama. CBP yang akan berkuat kuasa pada 1 April, 2015, sepatutnya menurunkan harga kereta antara satu peratus dan tiga peratus. "Terdapat sedikit penjimatan tetapi kita perlu ingat, kos terbesar bagi kereta bukan komponen cukai, iaitu CBP, tetapi kadar pertukaran asing.


 "Secara teorinya, harga akan turun, antara satu hingga tiga peratus. Tetapi, kita perlu ingat, itu untuk kereta baru," katanya dan menambah secara tidak langsung akan turut menjejaskan harga kereta lama. Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 10 peratus akan dimansuhkan pada 1 April, 2015 dan diganti dengan CBP yang ditetapkan pada enam peratus.

Dalam laporan sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) Mohamad Madani Sahari berkata pelaksanaan CBP pada 2015 bakal merangsang permintaan bagi kenderaan dengan pengurangan harga disebabkan oleh pemansuhan SST. Beliau berkata jumlah keseluruhan industri (TIV) lebih baik tahun ini berbanding tahun lepas didorong oleh kempen jualan yang agresif oleh peserta industri. Unjuran TIV bagi tahun ini daripada 670,000 unit telah disemak semula kepada 680,000 unit. MAI melaporkan TIV bagi tempoh Januari hingga Julai berjumlah 11,490 unit atau tiga peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada 2013.

Belanja Isteri PM Jadi Rahsia Kerajaan ??

Posted: 08 Oct 2014 10:18 PM PDT

Tindakan Putrajaya merahsiakan maklumat perbelanjaan isteri Perdana Menteri supaya soalan yang dibangkitkan di Dewan Rakyat berkenaan itu tidak terjawab dibidas sebagai "langkah ke belakang". Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke, berkata tindakan itu dipercayai bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap BN.

"Dalam tempoh enam tahun saya di Parlimen sejak 2008, kebanyakan soalan saya tertumpu kepada butiran kos terperinci dalam perbelanjaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan jawapan yang diterima juga terperinci sehingga pendedahan berkenaan memberi kesan publisiti negatif kepada pemimpin BN. 

 "Namun, tiada alasan untuk mana-mana Menteri untuk tidak menjawab persoalan daripada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat kerana setiap sen yang dibelanjakan anggota pentadbiran adalah dana awam dan boleh dipersoalkan. "Sekiranya Parlimen pun tidak dapat memberi jawapan, bagaimanakah ketelusan perbelanjaan kerajaan dapat dijamin?" katanya dalam sidang media di ruang legar Parlimen, hari ini. 

 Beliau merujuk kepada kelayakan isteri Perdana Menteri menggunakan pesawat khas kerajaan ke beberapa lokasi berbeza seperti Padang, Indonesia dan Singapura pada 27 Ogos lalu. Kos penerbangan itu tidak dinyatakan. Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hanya mengatakan kos yang terlibat dalam penerbangan itu adalah dalam anggaran "bersesuaian" dengan perkhidmatannya.

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan