Rabu, 24 September 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted: 24 Sep 2014 09:17 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BARISAN EXCO BARU SELANGOR? APA PAS AKAN KATA ATAU WALA PADA AZMIN?

Posted: 24 Sep 2014 03:53 AM PDT




Sekarang ni PAS dah terperangkap.
Selama ni Haji Hadi warwarkan mereka PAS taat setia dgn sesiapa yang dipilih istana.
Dan istana dah pilih Azmin Ali. Maka, kalau PAS engkar pada Azmin Ali serupa dengan 
PAS engkar pada istana.
Kalau Azmin Ali kata semua 4 exco wajib dibuang demi menjaga nama baik Pakatan 
Rakyat, maka PAS wajib wala'.
Kalau Azmin Ali kata wakil PAS dlm exco hanya 2 orang sahaja yakni Hasnul dan Saari,
 maka seluruh PAS wajib wala'
Kalau Azmin kata Raja Idris wajib dipecat dari Perangsang pun PAS wajib wala'.
Kalau Azmin Ali kata Din Ayam, Raja Idris, Sabky dsbnya wajib disiasat mengapa mereka
 mendapat ESOS pun PAS wajib wala'.
Pendeknya PAS wajib wala' pada Azmin kalau PAS tidak mahu derhaka pada Sultan.
Juga, Azmin tak perlu sokongan 13 ADUN PAS di DUN sebab dia sudah ada 30 ADUN di 
belakangnya.
Maklumat saya dapat tekanan dari pengundi2 Cina dan India mungkin memaksa MB baru 
untuk membuang kesemua exco2 PAS.
Kalau tidak bye bye kerajaan PR Selangor PRU 14 kelak
Wala' pada Presiden jgn sampai gadai parti



MB baharu Azmin dapat sokongan PAS

Posted: 24 Sep 2014 03:36 AM PDT

OLEH: Amirulmukminin


Kemelut politik Selangor yang berakhir sebaik sahaja Adun Bukit Antarabangsa  Azmin Ali mengangkat sumpah jawatan mungkin menyaksikan PAS akan kembali semula berpadu dengan Pakatan Rakyat.

Sebelum ini pun timbul spekulasi Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mencatur agar Azmin menjadi MB Selangor. Azmin dilihat calon paling layak dan pemimpin tertinggi PAS mempunyai ruang untuk bekerjasama dengan beliau berbanding Wan Azizah.

Dispekulasikan juga wujud rundingan sulit antara pemimpin PAS dan Azmin, serta restu pemimpin PAS bagi menguatkan pertimbangan sultan Selangor untuk memilih Azmin. Mungkin rakyat Selangor sedikit hairan kerana empat exco PAS yang berkhidmat di bawah Khalid Ibrahim sejak terpecatnya bekas MB itu dari PKR tidak akan ditukar oleh Azmin. Bagitu juga sokongan padu Adun PAS Selangor yang diumumkan Mustafa Ali sebaik sahaja Azmin mengangkat sumpah jawatan.

Begitu juga lantikan politik pada zaman Khalid ke atas beberapa orang PAS di dalam GLC Selangor tidak akan terjejas. Din Ayam, abang raja Petra, Tantawi dll selamat tanpa disentuh oleh sentuhan politik Azmin.

Namun disebalik kemenangan PAS itu tugas berat bagi Azmin adalah mengembalikan sokongan rakyat Selangor ke atas Pakatan Rakyat. Tugas yang lebih berat lagi adalah memastikan Pakatan akan terus berpadu selepas ini.

Anwar mungkin akan dipenjarakan oleh kerajaan BN selepas rayuannya di Mahkamah Persekutuan didengar pada Oktober. Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR mempunyai peranan besar apabila beliau dipercayai oleh pemimpin PAS.

Azmin boleh memastikan tragedi yang menimpa Barisan Alternatif pada 2000 apabila DAP meninggalkan gabungan itu lewat isu Negara Islam tidak akan berlaku lagi kali ini.

Bagaimanapun, sebagaimana ungkapan Naib Presiden PAS Husam Musa perlantikan Azmin di Selangor bukanlah jalan penyelesaian mudah krisis antara PAS dan PKR, Azmin perlu berhati-hati dan bijaksana memainkan peranan.

PAS daripada parti yang tidak mempunyai perancangan politik sebelum 2008 dan mengikut rentak politik Anwar kini bertukar sebagai parti 'keras kepala' dan mahu memaksa gabungannya mengikut dasar parti itu.

Sikap tersebut tidak disenangi oleh PKR dan DAP kerana mirip perangai pembuli Umno dalam BN. Bagaimanapun tidak seperti Umno yang mempunyai perancangan politik dinamik, PAS tetap tidak mempunyai pemimpin yang mampu merancang untuk menawan Putrajaya sebagaimana Anwar Ibrahim.

Maka ketiadaan Anwar akan dirasakan satu kehilangan besar kelak. Rakyat bukan Islam tidak akan bertolak ansur dengan Hadi yang perkauman. Begitu juga golongan yang progresif akan sinis terhadap kepimpinan ulama PAS yang tidak mendepani zaman.

Azmin mempunyai tugas berat. Selain menyempurnakan Langkah Kajang, menggunakan Selangor untuk menawan Putrajaya beliau juga perlu menjadi seorang ahli politik sehebat Anwar. Malah sekiranya PR tiada calon untuk menjadi perdana menteri maka Azmin boleh dipertimbangkan menjadi pilihan masa depan.

Tanpa menunjukkan kredibiliti beliau sebagai pemimpin penyatu maka PKR akan tenggelam di dalam percaturan politik PAS yang tidak mementingkan fakta. PR telah dilihat sebagai parti pesaing BN yang amat dinamik sebelum krisis Selangor pada Jun 2014.

Dua faktor yang melemahkan PR adalah Khalid dan kerosakan yang ditimbulkan pemimpin garis keras PAS.

Jadi, Azmin bertanggungjawab untuk memulihkan keyakinan rakyat seluruh negara. Azmin juga wajar meneruskan projek tertangguh menggunakan sedikit kewangan Selangor bagi mendanai projek penerangan menawan Putrajaya.

Sekiranya berjaya maka nama Azmin akan sebaris dengan Anwar, Hadi, Kit Siang, Guan Eng dan nama-nama besar lain. Hanya masa yang akan menentukan.

Tukar Tiub

Posted: 24 Sep 2014 07:08 PM PDT

Tukar Tiub


PENCERAHAN AGAMA

Posted: 24 Sep 2014 06:30 PM PDT



KOMENTAR

untuk anak semua bangsa
untuk anak semua agama
kita megambil pelbagai lorong
kita mengambil pelbagai jalan
kita menganuti pelbagai agama
perjalanan ini maha pentong
kerana akhirnya kita semua disitu

Jadikan dialog antara agama mengenai 

nilai murni, bukan syurga-neraka


Umat Islam dan penganut semua agama perlu berhubung antara satu sama lain, bukan untuk berbincang siapa dapat ke syurga atau neraka, tetapi nilai murni dan isu semasa yang membabitkan semua rakyat, kata pemimpin PAS dalam satu forum antara agama.

Dialog antara agama yang berbeza adalah cara kepada mentaliti terkepung dan paranoid yang dianjurkan sesetengah agama, yang tidak produktif untuk pembangunan bangsa, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

"Syarahan yang disampaikan perlu mengenai peranan keimanan seseorang terhadap perkara seperti kepimpinan yang baik, peraturan dan undang-undang dalam menegakkan keadilan serta kesaksamaan untuk semua.

"Dan hanya isu berkaitan kepimpinan dan perundangan serta pembangunan sosio-ekonomi rakyat dan negara patut dibawa ke dalam forum awam dan perlu ditangani dengan demokrasi.

"Itulah sepatutnya peranan dialog antara agama, dan bukan mengenai siapa yang akan ke syurga atau neraka," katanya pada persidangan antara agama Majlis Gereja Malaysia di Petaling Jaya, semalam.



 See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jadikan-dialog-antara-agama-mengenai-nilai-murni-bukan-syurga-neraka-kata-f#sthash.BrbYVw0T.dpuf
------------

SEMUA MENGHASUT

Posted: 24 Sep 2014 05:30 AM PDT



KAH KAH KAH
bik mama hasut mat mongol
belikan cicin besar
kah kah kah



MAKNA DAN TANDA DARI SELANGOR

Posted: 23 Sep 2014 10:00 PM PDT













MAKNA DAN TANDA



King Farouk had once been reported as saying: 'There will soon be only five kings left: the kings of England, diamonds, hearts, spades and clubs.'

dikutip darihttp://www.historytoday.com/richard-cavendish/abdication-king-farouk



Pada tahun 1952 – saya baru lahir. Jadi apa yang saya tulis ini hanyalah apa yang saya kutip 20 tahun kemudian. Surah yang saya tulis ini surah saheh. Tok Perawinya amat ramai - semuanya orang Arab. Maka saya tidak akan mempertikaikan sanadnya.

Pada satu ketika dahulu Mesir dibawah pemeritahan Raja Farouk – Raja Mesir dan Sudan. Mesir menjadi wilayah rebutan kuasa kolonial Peranchis dan Britain. Mesir kaya dengan sejarah kuno. Negara ini satu-satunya negara Arab yang ramai penduduk, pertanian subur dan berpotensi untuk menjadi kuasa besar di Afrika dan Timur Tengah.

Sesudah Perang Dunia Kedua - muncul Free Officer Movement – gerakan nasionalis anti penjajah dibawah pimpinan Gamel Abdel Naseer dan Muhamad Naguib. Mereka melakukan rampasan kuasa. Raja Farouk dinaikkan keatas kapal dan dihantar ke Itali. Mesir menjadi Republik Mesir. Naguib menjadi Presiden dan Naseer menjadi Perdana Menteri.

Raja Farouk ini adalah raja akhir untuk Mesir. Zaman Firaun dan zaman raja di Mesir tamat pada tahun 1952. Raja Farouk ini pernah berkata : akhirnya dalam dunia ini hanya tinggal 5 raja, Raja England, Raja Lekok, Raja Daiman, Raja Kelawar dan Raja Sepit. Surah ini diketahui oleh semua warga Arab. Ketika saya berkelana di Timur Tengah – dari Liban ke Baghdad – surah ini sering saya dengar apabila saya berkesah kepada anak-anak muda Arab tentang Malaysia yang memiliki ramai raja.


Kelmarin kita membaca bahawa seorang Menteri Besar baru telah muncul di Selangor. YB Azmin Ali telah dipilih oleh Istana untuk menggantikan Khalid Ibrahim. Kemuculan Azmin Ali ini bukan menjadi berita pelik tetapi menjadi berita benar.

Adalah adil bagi saya untuk menambah surah ini dengan memberikan latar politik yang telah berlaku di Selangor. Saperti Tun Seri Lanang yang mengkitabkan Salalatus Salatin untuk anak cucu cicit – saya juga bersurah agar anak cuci cicit kita dapat mengetahui apa yang telah berlaku pada tahun 2014 di Selangor.

Parti Keadilan Rakyat telah lama hilang keyakinan terhadap Khalid Ibrahim. Maka Langkah Kajang diwujudkan dengan niat untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai MB Selangor. Rancangan ini gagal. Deep State atau Daulah Terpendam telah bergerak dan berjaya mengenepikan Anwar Ibrahim. Masuk Dr Wan Azizah – Presiden Parti Keadilan Rakyat sebagai ganti untuk menjadi calon N25 Kajang.

Wan Azizah bukan sahaja menang malah undi sokongan bertambah berganda. Ertinya Langkah Kajang mendapat sokongan. Tetapi Khalid Ibrahim – bekas peniaga - yang bijak mencongak jual beli tetapi gagal membaca politik. Khalid menayangkan sikap enggan berundur.

Kengganan Khalid atau lebih tepat lagi kalau saya katakan kedegilan Khalid ini telah mebuka ruang untuk ' hantu dan polong' merancang dan memasang lukah. Memang ramai hantu dan polong menunggu peluang untuk merembat harta kekayaan Selangor.

Surah ini akan menjadi tempang dan lopong jika saya tidak sebutkan peranan Haji Hadi Presiden PAS dalam pergolakan politik Selangor. Sikap klik klok yang diambil oleh Haji Hadi juga membuka satu lagi pintu untuk polong dan hantu memasang lori dan trailer untuk menawan pasir Selangor.

Peralihan MB – dari Khalid Ibrahim ke Wan Azizah ini menjadi bisul yang menakutkan para politikus. Apa yang mereka takuti ialah proses 'menunggu MB' akan membosankan orang ramai. Sokongan kepada Pakatan Rakyat akan pudar dan hilang. Ini juga merosakkan ketrampilan imej Pakatan Rakyat yang telah berjaya menambah kerusi Dun dan Parlimen sesudah PRU13.

Menunggu Khalid 'celah dan blah' ini telah menimbulkan pelbagai bentuk krisis dalaman. Dalam PKR kita membaca bagaimana Azmin Ali telah merancang senyap-senyap kentut halusnya untuk menawan kerusi MB. Dalam PAS pula kita terbaca, kita terdengar dan kita diberitahu bagaimana kepimpinan Hadi semakin kluk klik. Gohed gostan Hadi ini memeranjat ramai orang. Malah para penyokong setia parti PAS juga terperanjat berok.

Hadi Awang pada satu ketika dahulu adalah protaganis utama politik Islam di Malaysia. Tetiba kedegilan Khalid Ibrahim untuk berundur telah membuka jubah Hadi. Tok Guru yang dahulunya seorang Islamis-Internasionalis kini menjadi jaguh Melayu dari Kampong Rusila.

Gohed gostan Hadi Awang ini juga telah membuka satu lagi pintu. Kali ini bukan polong tetapi kemunculan satu gerakan Islam progresif – sebuah NGO yang dipanggil PASMA. NGO ini adalah wadah anak-anak muda yang merasa mual, loya dan tidak berpuas hati dengan garis politik Hadi Awang.

Kalau di Indonesia ada PDIP – Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan. PASMA – di Semenanjung walau pun bukan sebuah parti politik tetapi sentimen sambutan dan aura para protoganis gerakan ini dilihat berkemungkinan menjadi wadah perjuangan sebuah parti politik.

Umum mengetahui bagaimana Wan Azizah telah mendapat 30 Akuan Bersumpah dari Adun Selangor termasuk dua dari Adun PAS yang menyokong Wan Azizah untuk menggantikan Khalid. Umum juga tahu bahawa PKR dan DAP telah mengajukan hanya satu nama – Dr Wan Azizah Wan Ismail – kepada Istana. Umum juga tahu bahawa nama Azmin Ali tidak dicadangkan oleh PKR , oleh DAP atau pun oleh PAS.

PAS dikatakan telah menghantar 3 nama – kesemuanya adalah Adun dari PAS. Kesahehan dan nama YB yang mana telah diajukan kepada Istana hanya Haji Hadi seorang, atau mungkin Din Ayam menantunya sahaja yang mengetahui.

Kelmarin diumumkan bahawa YB Azmin Ali dari Gombak telah dipilih oleh Istana. Saya ulangi : dipilih oleh Istana. Istana telah mengambil langkah yang amat pelik lagi memelikkan. Biasanya nama bakal MB ini akan diketahui berhari-hari lebih awal sebelum angkat sumpah. Kali ini Istana telah melakukan serangan mendadak. Semua ini dilihat gajil lagi pelik. Semua ini menimbulkan persoalan yang diwajib di tanyakan untuk kurun ini.

Dalam kenyataan resmi PKR – secara terbuka dan terang telah menyatakan bahawa tindakan Istana itu salah. Perlantikan MB yang baru ini tidak berlandaskan suara majoriti. Azmin Ali TIDAK mendapat sokongan dari mana mana parti dalam Pakatan. Mengikut kenyataan PKR lantikan ini adalah bersalahan dengan Undang-undang Tubuh Selangor. Kenyatan yang sama juga telah dikeluarkan oleh DAP.

Ketika saya menggarap tulisan ini – saya belum terbaca kenyataan dari PAS atau dari Tuan Haji Hadi Awang.

Apa sebenarnya yang dapat kita baca dari Langkah Kajang-selain dari berundurnya Khalid Ibrahim. Wajib untuk kita semua mengumpul pengalaman dan mendewasakan pemahaman politik. Selain dari memberi ingatan pada anak cucu cicit.

Petama: tindakan Istana ini membuka banyak implikasi. Jika Istana boleh memilih MB – maka apa perlunya diadakan pilihan raya. Apa perlunya diadakan Dewan Rakyat atau Dewan Negara atau Dewan Negeri. Apa gunanya ahli Parlimen diundi dipilih. Selamatkan dana dari membazir mengadakan pilihan raya.

Kedua: apa yang berlaku di Selangor ini akan menjadi precedent – rujukan - kepada negeri lain. Apakah mustahil lima tahun dari hari ini tetiba Sultan Kelantan mahu Ibrahim Ali jadi Menteri Besar. Atau Sultan Kedah tetiba mahu Mahfuz Omar menjadi MB Kedah menggantikan cucu Iskandar Kutty.

Ketiga: Dalam Kes Perak 2009 – suara majoriti – tanpa Akuan Bersumpah telah menobatkan Zambry Kadir untuk menggantikan Nizar Jamaluddin. Kenapa suara majoriti ini tidak di nobatkan di Selangor? Ada dua hukum – satu untuk memenangkan United Malays National Organisation dan satu lagi untuk mengalahkan Pakatan Rakyat.

Krisis Selangor ini telah membuka banyak seluar dalam dan jubah. Secara makro - hubungan antara PAS dan PKR kelihatan renggang. Ini akan mengambil masa yang lama untuk diubat baik. Secara mikro pula kita melihat wujudnya kelompok-kelompok yang tidak segaris wujud dalam PAS dan dalam PKR.

Keburukan ini pasti ada baiknya. Pada hemat saya satu yang amat positif muncul dari Politik Selangor ini ialah kemuculan jalur garis politik dalam PAS dan PKR. Jalur-jalur ini bertingkah-tingkah. Adalah satu kesilapan jika dibaca bahawa jalur ini adalah perbezaan pribadi antara sosok dengan sosok. Untuk saya ini silap. Dibelakang sosok-sosok ini adalah garis politik. Sosok-sosok ini mewakili satu jalur pandangan.

Dalam pertempuran politik akan muncul pelbagai jenis manusia. Ada yang merancang secara gelap-gelap dalam gua, ada yang terbuka menyatakan pandangan, ada yang pasang janji pasir sana dan pasang janji air disini. Ini adalah perjalanan politik. Ini realpolitik. Kaum orpotunis, kaum kelentong dari pelbagai genre membiak dalam suasana sademikian. Dalam masa yang sama juga dalam krisis melahirkan pemimpin baru dan menguji yang lama.

Akhirnya kita kembali sekali lagi kepada surah Raja Farouk. Apa yang dilafazkan dalam surah Raja Farouk itu adalah kebenaran. Apa yang dilakukan oleh Istana dengan tidak menghormati suara majoriti akan mendekatkan kita semua kepada Raja Farouk. Apabila Istana memungut nama Azmin Ali maka ianya memungut Raja Kelawar. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang mahu melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45




---------

SEMUA KITA MENGHASUT

Posted: 23 Sep 2014 09:30 PM PDT





AKTA 

HASUTAN

kah kah kah
semua kita menghasut
hasut sana sahut sini
kah kah kah



NAK BUNUH SIAPA?

Posted: 23 Sep 2014 09:08 PM PDT





Jangan tergopoh-gapah bunuh utusan
KUCHING: President Parti Rakyat Sarawak (PRS) James Masing kurang senang dengan amaran Perdana Menteri terhadap mereka yang mahu Sarawak dan Sabah keluar dari Malaysia supaya bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang.
James berkata, kerajaan tidak boleh tergopoh-gapah untuk memenjarakan aktivis yang mempromosikan pemisahan tanpa mendengar rungutan mereka.
"Jangan bunuh utusan, yang penting adalah mesejnya," kata James sebagai tindak balas kepada ucapan Hari Malaysia Najib Abdul Razak di Miri pada Selasa lepas.

KAH KAH KAH
woit 
jangan silap
bukan utusan melayu
tapi  pembawa berita 
kah kah kah



----------

Biaqpila

Posted: 24 Sep 2014 03:36 PM PDT

Biaqpila


ATUK TERAJANG PEROGOL BERBOGEL

Posted: 23 Sep 2014 08:54 PM PDT


Foto
RUMAH milik Ahmad yang diceroboh, semalam. Gambar kecil, kain batik milik mangsa.

Gombak: "Saya tergamam melihat lelaki itu dalam keadaan berbogel menindih tubuh isteri menyebabkan saya terus menyepaknya sekuat hati," kata seorang lelaki yang sempat menyelamatkan isterinya dari diperkosa pagi semalam.

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 50-an berkata, kejadian berlaku jam 7 pagi apabila dua lelaki berusia 20-an dan 40-an menceroboh masuk kediamannya di Kampung Laksamana, di sini.
Menurutnya, insiden berlaku ketika isterinya yang berusia 50-an berada di dalam rumah bersendirian sebelum diserang kedua-dua suspek.

"Isteri saya yang ketika itu berada di ruang tamu kediamannya terus menjerit memanggil nama saya. Saya kemudian berlari masuk ke dalam rumah sebelum terkejut melihat keadaan isteri.

"Kedua-dua suspek sedang berbogel manakala seorang dari mereka sedang menindih isteri saya," katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam.

HM

ALHUSSEYN

Posted: 24 Sep 2014 03:15 PM PDT

ALHUSSEYN


Samakah Zulkifli Yaakub Kuala Kerai dengan Zulkifli Kulum?

Posted: 24 Sep 2014 05:13 AM PDT

Hari ini ingat nak buat posting mengulas isu semasa, tapi nampaknya terpaksa pulak kena jawab fitnah seorang blogger.Tak pasal-pasal pergi tuduh dan serang sesama blogger apasal?

Melampau dan bacul mulut blogger ini bila menyamakan Zulkifli Yaakub dengan Zulkifli Kulim.Aku malas nak ulas pasal tu. Kalian yg baca bolehlah ulas nanti.

 Kalau blogger ni tidak setuju dengan posting orang lain, nasihat saya kepada blogger ini, kamu uplah posting yang boleh membalas apa yang blogger lain upkan.

Biar pembaca buat penilaian sendiri dan mereka boleh berinteraksi dengan blogger berkenaan.Kami blogger yg terima komen dari pembaca dapat input tersebut untuk kami fikirkan bersama.

Saya sprint screen mana-mana yg berkaitan dgn saya untuk dijawab.

Jawapan saya utk 1, 2 &3

1) Tidak betul tuduh saya terkial-kial  kerana pada 18 SEPT - Saya telah buat dua posting.Pertama dengan tajuk : Hj Hadi Cakap tak seropa Bikin dan yang keduanya bertajuk : Bila PAS benar-benar ganti kelaku Umno ... 

Antaranya saya menegur sikap mereka yg biadap bila melayan Timbalan Presiden mereka :

 Budak-budak sekarang hanya menganggap Presiden dan Majlis Syura Ulama sebagai pemimpin mereka. Lain daripada itu mereka anggap macam sampah dan boleh disepak tendang dan dilabel ikut suka hati, apa sahaja.

 2) Saya mengulas sepintas lalu sahaja mengenai ucapan dasar Presiden. Tidak betullah kalau tuduh saya tidak ambil endah.(Saya jawab ni sevbagai mewakili diri saya.) Dalam entry saya -  Hj Hadi Cakap tak seropa Bikin, saya telah membuat telahan berdasarkan kepada kelaku Hj Hadi yang lepas-lepas.

Dan telahan saya itu tidak meleset sama sekali, bila mana ucapan penggulungan Presiden amat bertentangan dari ucapan dasarnya.Ramai yang terkejut dan ramai perwakilan yg telah terperangkap. Saya dah buat telahan, orang tidak percaya dan kata saya menghina seorang manusia yg mereka anggap begitu suci..

Apa yang dilawan ialah pendirian dan sikap dia sebagai presiden parti. Bukan kerana sifatnya sebagai ulama.

 Saya perturunkan ayat dari ketua Kesatuan Ulama Dunia,  iaitu Sheikh Yusuf al-Qaradhawi kemudian bertanyakan Hj Hadi selaku naib Kesatuan Ulama Dunia yang baru dilantik dengan menggunakan situasi tempatan dan semasa:
Kenapa kamu melakukan permusuhan terhadap Timbalan Presiden kamu sendiri? Malah kamu menyerang PKR dan DAP, rakan dalam Pakatan Rakyat, walhal kamu sangat memerlukan kpd mereka untuk berdepan dengan Umno/BN.

3) Blogger ini marahkan Zulkifli Yaakub  Kuala Krai kerana menegur sikap tidak sopan budak-budak yang pakai vest yang tertulisan kata-kata lebih bersifat provokatif.

Saya pun turut terkena tempiasnya kerana buat posting Transkrip Wakil Kawasan Kuala Krai membidas Geng50 yang kencing berjemaah.... 

Saya sekadar membuat transkrip berdasarkan ucapan Ustaz Zulkifli Yaakob Kuala Krai  menerusi rakaman video U-Tube  yg saya sertakan bersama. Saya tak ada ulas apa-apa pun dalam posting tersebut.

Nak tergelak bila dia komen Zulkifli "ditegur pengerusi beberapa kali" ...Waima , hanya sekali sahaja pada minit ke 1:50 dan pada minit ke 3:03, beliau berhenti kerana akur apabila pengerusi menegurnya sekali lagi.

Tetapi cer kita ikuti ucapan doa Dr Azahar Yaakob yang begitu panjang dan yang menerima teguran pengerusi suruh diringkaskan doanya itu sampai banyak kalii.Saya akan ulas mengenainya nanti...Boleh ikuti doanya di sini


Jawapan saya utk 4


Kalian boleh rujuk entri saya ~ Transkrip Wakil Kawasan Kuala Krai membidas Geng50 yang kencing berjemaah.... Sampah betul blogger ni!




Jawapan saya utk 5


Maaf yang ini saya pun tak tahu nak jawap apa...mantik dia ni tinggi sangat....Kah! Kah! Kah! Korang boleh tak tolong ulas?

Isu Lotfi Syahid : Apa pendirian PAS ?

Posted: 23 Sep 2014 06:10 PM PDT

Lotfi tidak mati 'syahid', kata Mufti Perak


"Walaupun dia meninggal dunia di sana, dia tidak syahid," Harussani memberitahu Malay Mail Online baru-baru ini. Hasilnya adalah semata-mata "sia-sia", katanya di sini.

 Saya tidaklah nak menyokong pandangan Mufti tersebut. Itu pandangan peribadi beliau. Dia tidak bincangkan bersama Jawatankuasa Fatwa Negeri tapi pandai-pandai keluarkan kenyataan tersebut. Dalam laporan itu pun Tok Peti ni kata, "Pendapat saya adalah bahawa.... 

Sepatutnya isu tersebut kena dibincangkan dan dapatkan kata sepakat terlebih dahulu.

Kenyataan seumpama itu sepatutnya dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 

Apa yang menarik mengenai laporan itu ialah, ianya juga turut menyebut : 

 Minggu lepas, Abdul Hadi memberi amaran kepada ahli-ahli PAS terhadap  menyertai kumpulan militan jihad ganas seperti negara Islam (IS), tetapi mengulangi sokongan untuk Hamas.

 Tetapi yang menghairankan kenapa Dewan Ulama PAS dan seorang anggota AJK PAS Pusat dilihat bertindak bercanggah dengan amaran Presiden PAS itu? 

Sebagaimana laporan itu dipetik, menyatakan :

 1) Semasa muktamar PAS minggu lepas, Dewan Ulama sayap parti itu dilihat bertafakur untuk Mohd Lotfi, Norazli Musa sebagai wakil PAS Perak mengetuai bacaan untuk "syahid Lotfi".

 2) PAS sebelum ini minggu lepas mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Lotfi, dengan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata parti itu masih menghormati keputusan Mohd Lotfi untuk menjejak jalan jihadism dan berjuang dalam peperangan di Syria walaupun telah mengusirnya (keluar dari parti) - Saya cuba mendapatkan pengesahan dari sumber lain mengenai laporan ini tapi tak jumpa. Saya hanya jumpa kenyataan Mahfuz yang lebih bersifat peribadi (tidak mewakili PAS) dan mendoakan yang terbaik untuk Allahyarham: 

" Saya ada dengar berita itu.Saya ucap takziah kepada keluarganya kerana itu jalan yang dipilih. Saya doakan dia syahid." lihat di sini

 Adalah diharapkan MSU PAS membincangkan dan mengambil sikap yang tegas dalam isu ini kerana ramai dikalangan ahli yang bertelagah kerana PAS sendiri tidak menegaskan pendirian sebenarnya dalam perkara tersebut.

 Mohd Lotfi dilaporkan parah dan dalam keadaan koma selepas kumpulannya telah terperangkap dalam serangan jet pejuang tentera rejim Bashar al-Assad.

Mohd Lotfi disebut-sebut sebagai "syahid" oleh rakan-rakannya telah dipecat dalam mesyuarat PAS pusat pada 11 Mei, akhbar milik PAS Harakah telah melaporkannya. Parti itu terputus semua hubungan dengan Mohd Lotfi sebulan kemudian. 

SIASAH

Posted: 24 Sep 2014 03:11 PM PDT

SIASAH


PAS tidak khianati rakan tahaluf

Posted: 23 Sep 2014 11:41 PM PDT

Isu kedudukan PAS dalam kerjasama politik Pakatan Rakyat tidak henti-henti diperdebatkan, dalam kerangka sama ada PAS akan kekal dalam PR atau keluar dan bergabung dengan Umno.

Persoalan yang berbentuk spekulasi dan malah fitnah ini telah didengari sejak 2008, dan sejak itulah dakwaan ini tidak putus dinafikan oleh pimpinan tertinggi parti.

Tahun ini, dalam muktamar tahunan di Batu Pahat, Johor, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar sekali lagi menegaskan yang PAS kekal bersama PR.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan rakan tahaluf agar menghormati PAS, tidak membelakangi PAS dalam menghasilkan sebarang "rancangan besar," sentimen yang dirasai ramai dalam parti berhubung rancangan Langkah Kajang.

Rancangan menukar menteri besar Selangor dan meletakkan pemimpin lain tidak dipersetujui oleh PAS yang melihat tidak ada keperluan untuk tindakan ini - yang merupakan satu rancangan besar - dilaksanakan.

Abdul Hadi mengingatkan ahli yang tahaluf siyasi bersama PR ialah sesuatu yang perlu diteruskan dengan istiqamah, tetapi dengan memastikan parti menjadi lebih kuat hasil kerjasama ini.

"Tahaluf yang dilaksanakan ini mestilah memperkuatkan parti, dan bukan sebaliknya. Amat malang sekiranya tahaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, mengkucar-kacirkan kita, sehingga ada yang pening dan mabuk lantaran sanggup berlawanan sesama sendiri," tegas Abdul Hadi, merujuk kepada sikap sesetengah ahli yang kuat dipengaruhi agenda pihak di luar parti hingga menjejaskan parti sendiri.

Beliau turut mengingatkan yang perjuangan PAS ialah perjuangan Islam yang berpaksikan aqidah tauhid, dan bukan perjuangan politik biasa.

Selari dengan itu, beliau menegaskan yang PAS sememangnya bersama PR dan tidak akan khianat, menolak dakwaan PAS mahu bersama Umno sebagai fitnah.

"Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaluf kita, maka kita minta rakan tahaluf kita juga tidak memgkhianati tahaluf ini.

"Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan," tegas Abdul Hadi.

"Dalam masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa tohmahan kononnya PAS mahu menyertai Umno atau bergabung dengan Umno menyertai BN adalah api fitnah yang dicetus oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecah belahkan keutuhan jamaah kita," tegasnya lagi.

"Namun sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan ummah berasaskan tali Allah."

PAS kebelakangan ini sering dipersoalkan dan didakwa mahu bekerjasama dengan Umno dalam mengekalkan kerajaan di Selangor, sebagai lanjutan dakwaan-dakwaan sebelum ini.

Penegasan terbaharu Abdul Hadi ini menjawab sekali lagi dakwaan yang PAS mahu bersama dengan Umno dengan jawapan tegas yang PAS tidak mengkhianati tahaluf siyasi. - September 18, 2014

DUNIACACAMARBA

Posted: 24 Sep 2014 03:03 PM PDT

DUNIACACAMARBA


Kerajaan Tanggung 3 Bulan Kehidupan Rakyat Malaysia - Ahmad Maslan

Posted: 24 Sep 2014 02:06 AM PDT




[The Malaysian Insider] Pelbagai subsidi dan bantuan yang diberikan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) sepanjang tahun memudahkan kehidupan rakyat terutama mereka yang memiliki tanggungan keluarga yang besar, kata Datuk Ahmad Maslan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, jika dijumlahkan semua keseluruhan bantuan dan subsidi yang diberikan kerajaan maka rakyat hanya perlu mencari mata pencarian selama 9 bulan dan selebihnya ditanggung BN.

"Jika kita campur Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, subsidi minyak, diesel, tepung, beras dan gas memasak, pada saya tiga bulan kehidupan kita ini ditaja oleh kerajaan BN dalam masa setahun.

"9 bulan sahaja kita cari kehidupan kita dengan kerja-kerja yang kita ada sekarang. Malam ini saya buka satu persatu.

"Bukan ingin mengungkit tetapi mengingatkan kita mempunyai kerajaan yang baik, bertanggungjawab dan menjaga rakyat," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 100 masyarakat Siam di Wat Machimaram malam tadi sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar baru-baru ini mengumumkan Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 meningkat sebanyak RM900 berbanding 2012 namun mendapat maklum balas negatif daripada orang ramai.

Berdasarkan hasil kajian itu, Wahid berkata taraf hidup rakyat negara ini meningkat dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan berbanding 2012 yang merekodkan purata pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan.

Katanya, perkembangan itu menunjukkan peningkatan ekonomi Malaysia sudah berjaya dan perkara itu terbukti dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.3% pada separuh pertama tahun ini.

Ahmad dalam menghuraikan satu persatu bantuan dan subsidi yang diberikan kepada rakyat berkata dengan pengumuman penambahan BR1M sebanyak RM300 pada tahun depan, ia mampu menanggung perbelanjaan keluarga untuk tempoh dua bulan.

Katanya, pemberian BR1M mengukuhkan sokongan rakyat terutamanya dalam memastikan kemenangan calon BN yang turut dibantu oleh jentera kerajaan dengan kekuatan 28 kementerian.

"Tahun depan kita akan tambah BR1M. Kalau tahun ini RM650 campur RM50 insurans, ia menjadikan RM700. Kalau kekal RM700 tahun depan, kerajaan akan tambah RM300 lagi menjadikan sekurang-kurangnya BR1M pada tahun depan RM1,000.

"RM1,000 sudah cukup untuk makan minum empat orang satu keluarga. Jika RM500 satu bulan, dua bulan sudah ditanggung oleh kerajaan BN. PAS ada bagi apa? PAS tak bagi apa-apa," katanya.
Ketua Penerangan Umno itu berkata, apa yang menariknya adalah bantuan kerajaan diterima semakin banyak apabila sesebuah keluarga itu memiliki anak yang ramai.

Katanya, banyak subsidi diterima dalam kehidupan harian namun tidak disedari rakyat kerana membayar dengan harga yang rendah.
"Anak-anak ke sekolah dapat RM100 bantuan persekolahan. Kalau rajin 'kerja malam' 10 anak, RM1,000 dapat. Jangan lupa perkara itu. Anak yang mengaji tinggi, baucar buku pun dapat.

"Subsidi minyak masak 1kg RM1.50, subsidi tepung 1kg RM1.00, subsidi gas memasak 16kg RM20 setiap satu tong kerajaan bagi subsidi.

"Setiap kali tuang minyak RON95, 1 liter 73 sen kerajaan bagi subsidi," katanya.

PRK tiga penjuru pada 25 September ini merupakan pertembungan tiga penjuru di antara calon BN Mat Razi Mat Ail, Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada PAS dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
PRK terpaksa diadakan di Pengkalan Kubor selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tiga penggal Datuk Noor Zabidi Omar daripada BN meninggal dunia pada 20 Ogos.

Pada Pilihan Raya Umum ke -13, Noor Zahidi menang dengan 1,736 undi mengalahkan Saharun daripada PKR, sementara Izat Bukhary hanya mendapat 65 undi.

Pengkalan Kubor mempunyai 24,039 pengundi dengan 92 % Melayu, 1 % Cina dan 6.8 % Siam. – The Malaysian Insider, 24 September, 2014.


P/s: Mari kita bercuti 3 bulan dan lihat apa yang akan berlaku.


EXCO PAS Khianat, Pandangan CEC DAP, Bukan Peribadi

Posted: 23 Sep 2014 11:44 PM PDT


Exco Pas khianat: Pendirian CEC, Bukan Peribadi

[Sinar Harian] PUTRAJAYA - Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke menegaskan, empat bekas Exco Pas Selangor yang dilabelkan sebagai pengkhianat oleh DAP bukannya pandangan peribadi sebaliknya adalah luahan hati dan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baru-baru ini.

Anthony berkata, pendirian itu juga merupakan sentimen yang telah diluahkan ahli CEC yang tidak berpuas hati dengan tindakan empat bekas Exco tersebut yang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kenyataan (Pas pengkhianat) itu datang dari pihak CEC yang telah diputuskan dalam mesyuarat CEC pada Isnin lalu (22 September).

"Saya ingin tegaskan kenyataan itu (Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng) bukan kenyataan peribadi beliau sahaja, tetapi kenyataan yang mewakili kepimpinan DAP, itu yang telah diluahkan dalam mesyuarat CEC," katanya kepada pemberita di lobi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), di sini, hari ini.

Semalam, Guan Eng menuduh empat anggota Exco Selangor dari Pas sebagai pengkhianat kerana mereka sebelum ini telah menyokong kepimpinan Abdul Khalid dalam krisis Menteri Besar Selangor.

Empat Exco Pas itu iaitu Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad; Adun Sabak Bernam, Sallehen Mukhyi; Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali dikatakan telah mengingkari prinsip solidariti dan demokrasi dalam PR.

Guan Eng juga berkata parti itu kesal atas kegagalan keempat-empat wakil Pas itu untuk bersama enam lagi Exco DAP dan PKR yang dikatakan dipecat secara tidak adil oleh Abdul Khalid.

Mengulas lanjut, Loke berharap pelantikan Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu dalam melaksanakan pentadbiran negeri dengan baik.

"Selepas ini tumpuan kita ialah supaya pentadbiran ini dapat dijalankan selicin yang mungkin.

"Cabaran yang seterusnya ialah pelantikan Exco, seterusnya kita harap anggota Exco dilantik itu akan menjalankan tanggungjawab dengan baik," katanya lagi. - Nizam Zain/24/9/14


P/s: Dalam isu ini, pandangan DCM selari dengan DAP dan PKR.

Azmin Akan Kaji Semula Perjanjian Kidex, Langat 2, dan Isu Bible Dibuat Khalid

Posted: 23 Sep 2014 07:15 PM PDT


[The Malaysian Insider] Menteri besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali berjanji akan mengkaji semula dan mendedahkan kepada umum perjanjian Lebuhraya Kidex dan isu Bible yang dibuat semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Azmin berkata, beliau akan mendapatkan taklimat daripada pihak berkenaan mengenai perjanjian yang dimeterai sebelum mengambil langkah seterusnya.

"Saya akan mendapatkan taklimat daripada pihak berkenaan dan lihat cara terbaik untuk menanganinya," kata Azmin pada sidang media di rumah ibunya di Kampung Kelang Gate Baru, hari ini.

Antara perjanjian yang akan dikaji semula adalah melibatkan perjanjian air, pembinaan lebuh raya kontroversi Kidex dan juga isu melibatkan rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban.

Azmin berkata, langkah mengkaji semula tersebut perlu diteliti dan diambil bagi mengelakkan sebarang spekulasi selepas mengambil alih pentadbiran daripada Khalid.

"Untuk elak sebarang spekulasi, kita mesti pastikan semua perjanjian didedah kepada umum dan pembayar cukai," katanya.

Beliau berkata, langkah tersebut demi memastikan sebarang perjanjian yang dibuat akan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat Selangor dan dilaksanakan secara telus.

"Kita perlu pastikan semua perjanjian dibuat dengan telus dan perlu dilaksanakan sebaik ia dimeterai," katanya.

Khalid semasa dilantik sebagai menteri besar penggal kedua banyak dikritik ekoran caranya mentadbir Selangor yang gagal merujuk PKR atau pimpinan Pakatan lain.

Caranya menguruskan beberapa isu turut dikritik termasuk catuan air, rampasan Bible bahasa Malaysia dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Lebuhraya Kidex.

Pelantikan Azmin hari ini sebagai menteri besar Selangor meredakan kemelut yang berlarutan hampir dua bulan selepas Khalid enggan melepaskan jawatannya.

Tindakan Khalid juga menyebabkan parti dalam PR berbeza pendapat, PAS tidak senada dengan PKR dan DAP dalam langkah menyingkirkan Khalid. – Md Izwan/23 September, 2014.

Berkaitan:

[Mstar] KLANG: Semua perjanjian yang dimeterai ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dikaji semula, termasuk penstrukturan air di negeri itu, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri Besar Selangor yang baharu itu berkata, semua perjanjian itu akan dibincangkan dengan pihak berkaitan.

"Tidak semestinya hanya perjanjian air sahaja tetapi adalah adil buat saya untuk mendapatkan penerangan yang lengkap daripada kerajaan negeri sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media selepas majlis angkat sumpah bagi jawatan itu di Istana Alam Shah di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perjanjian peringkat akhir penstrukturan air Selangor dengan kerajaan Persekutuan yang ditandatangani Khalid awal bulan ini. Ketika itu, Khalid dianggap sebagai 'menteri besar sementara' selepas dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Azmin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata, beliau akan meneruskan dasar sebelum ini demi kepentingan rakyat.

Tambahnya, beliau terlibat secara langsung ketika pentadbiran Khalid dan meletakkannya sebagai asas yang baik dalam pentadbirannya selepas ini.

"Sudah tentulah tanggungjawab saya untuk meneruskan dasar demi rakyat yang memberikan penekanan kepada soal pentadbiran yang adil dan memastikan kerajaan negeri ini benar-benar bersih dan bertanggungjawab menjaga rakyat Selangor," katanya. - Iwan Shu-Aswad Shuaib/23/9/14


P/s: Siapa kata Langkah Kajang gagal?


Bayi 8 Bulan Terima 50 Jahitan Akibat Diserang Biawak

Posted: 23 Sep 2014 07:10 PM PDT


[Bernama] Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan menerima 50 jahitan selepas cedera di bahagian muka dan kepalanya setelah diserang oleh seekor biawak ketika berada di dalam walker, di hadapan pintu dapur rumahnya di Pulau Tioman pada pagi kelmarin.

Dalam kejadian di kuarters pekerja Berjaya Resort pada 10 pagi itu, bayi berkenaan Nor Hidayah Abdul Rahman dilaporkan ditinggalkan di situ seorang diri sementara ibunya Noraudah Maisarah, 39, seorang suri rumah sedang menyenduk bubur di dapur.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata secara tiba-tiba datang seekor biawak dari arah luar terus menyerang bayi malang berkenaan.

"Melihat keadaan itu, wanita berkenaan terus bertindak menyelamatkan anaknya dan menghalau haiwan berkenaan," katanya, semalam.

Kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada bapa mangsa Abdul Rahman Ismail, 38, seorang penyelenggara di resort berkenaan yang ketika itu sedang bekerja, sebelum dilaporkan kepada pihak polis.

Johari berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Daerah Mersing sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Baharu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Pihak Jabatan Perhilitan dimaklumkan tentang perkata tersebut untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu di Johor Baharu, bayi malang berkenaan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di HSA.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata doktor dan kakitangan HSA terus memantau keadaan kesihatan bayi terbabit di wad kanak-kanak hospital berkenaan selepas dipindahkan dari Hospital Mersing semalam.

"Keadaan bayi itu stabil. Bayi terbabit mengalami kecederaan di bahagian muka akibat dicakar haiwan itu dan doktor mencuci luka itu serta menjahitnya.

"Keseluruhannya, lebih kurang 50 jahitan tetapi doktor menggunakan jarum dan benang paling halus. Luka paling panjang 8cm di atas kening kiri berbentuk 'L'.

"Pihak hospital terus memantau keadaan kesihatannya terutama di bahagian yang mengalami kecederaan itu kerana bimbang dijangkiti bakteria," katanya ketika dihubungi.

Menurut Ayub, bayi perempuan itu dimasukkan ke wad di HSA 8.30 malam semalam selepas menempuh perjalanan selama beberapa jam dari Mersing. – Bernama, 24 September, 2014.

Gambar dan butiran lain di sini.


Atuk Terajang Lelaki Bogel yang Menindih Isterinya

Posted: 23 Sep 2014 06:15 PM PDT


Atuk 'Terajang' Perogol Berbogel

[Harian Metro] Gombak: "Saya tergamam melihat lelaki itu dalam keadaan berbogel menindih tubuh isteri menyebabkan saya terus menyepaknya sekuat hati," kata seorang lelaki yang sempat menyelamatkan isterinya dari diperkosa pagi semalam.

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 50-an berkata, kejadian berlaku jam 7 pagi apabila dua lelaki berusia 20-an dan 40-an menceroboh masuk kediamannya di Kampung Laksamana, di sini. 

Menurutnya, insiden berlaku ketika isterinya yang berusia 50-an berada di dalam rumah bersendirian sebelum diserang kedua-dua suspek. 

"Isteri saya yang ketika itu berada di ruang tamu kediamannya terus menjerit memanggil nama saya. Saya kemudian berlari masuk ke dalam rumah sebelum terkejut melihat keadaan isteri.

"Kedua-dua suspek sedang berbogel manakala seorang dari mereka sedang menindih isteri saya," katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam. -Muhaamad Hafis Nawawi dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz/24/9/14


P/s: Laporan berita mengundang persoalan. 

  

Kerabu Bersuara ®

Posted: 24 Sep 2014 03:01 PM PDT

Kerabu Bersuara ®


Keadaan Terkini Di Pengkalan Kubor

Posted: 24 Sep 2014 08:22 AM PDT




Doakan kemenangan kepada calon pas. Allahuakhbar!

Antara PRK Pengkalan Kubor dan PRK DUN Tenang: Dua dunia berbeza .

Posted: 23 Sep 2014 11:35 PM PDT

Kenyataan media:

Antara PRK Pengkalan Kubor dan PRK DUN Tenang: Dua dunia berbeza .

Kementerian Pendidikan Malaysia didesak agar menyiasat laporan bahawa isteri calon BN, Cikgu Khairos Bt.Husin yang didakwa berkempen membantu suami dalam PRK Pengkalan Kubor. Aktivitinya dipaparkan di media bercetak dan media elektronik secara terang-terangan malahan laporan media akhbar menyatakan selepas cuti sekolah seminggu , beliau akan menyambung cuti bagi membantu suaminya berkempen bagi memenangkan calon PRK UMNO Barisan Nasional,Mat Razi Mat Ali (mantan Penolong Pengarah PPD Tumpat bahagian Pengurusan Sekolah).Pn.Khairos Husin adalah guru di Sekolah Kebangsaan Simpangan Tumpat.

NGO Pendidik menerima banyak aduan terhadap kes ini kerana ternyata jika ianya benar, maka berlaku 'Double Standard' dalam melayan warga pendidik yang seharusnya mematuhi etika perkhidmatan profesionalisme perguruan dalam Buku Perintah Am.

Ketika PRK DUN Tenang, suami calon , Cikgu Maarof Abd.Mutalib yang menerima tekanan UMNO Barisan Nasional sehingga ditukarkan ke sekolah 500km pergi balik hanya kerana dakwaan yang belum terbukti bersalah dan hanya spekulasi media , blogger dan pimpinan UMNO Barisan Nasional.Bukan setakat itu sahaja beliau telah didakwa menipu cuti sakit sedangkan cuti diberikan oleh doktor bertauliah kerajaaan akibat simptom 'Stress Disorder' kerana menerima tekanan dan asakan hebat dari UMNO yang mencampur adukkan politik kepartian dengan pendidikan anak bangsa..Surat cuti yang merupakan dokumen sulit penjawat awam didedahkan oleh blogger upahan di dada akhbar, menerima tekanan psikologi surat tunjuk sebab 'Buang Kerja atau Turun Pangkat', Bonus tahun semasa. 2011 telah dinafikan dan menghadapi 2 pertukaran yang bukan atas 'redeployment' atau atas keperluan perkhidmatan dalam tempoh 6 bulan.

Bukan setakat itu sahaja, Pengarah Pendidikan Johor tahun 2011 , Tn.Hj.Markom Bin Giran turun berkempen pada hari ke 2 persekolahan sesi 2011 secara terang -terangan di SMK Tenang Stesen, tempat suami Calon PRK Tenang berkhidmat dan menyerahkan surat pertukaran suami kepada pihak sekolah secara 'by hand' dengan dakwaan laporan yang mengatakan kepada pengetua sekolah," saya tukarkan Cikgu Maarof bukan sebab prestasi dia tidak baik , tetapi sebab tak boleh kawal isteri terlalu aktif berpolitik". Sedangkan pada ketika itu Cikgu Mala telah pun meletakkan jawatan berkuatkuasa 28 Disember 2010 sedangkan tarikh pengistiharan calon ialah pada 16 Januari 2011.Hampir 80 orang guru dan staff sekolah begitu terkejut bagaimana seorang guru yang pernah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang dan banyak mengharumkan nama sekolah dalam bidang Hoki hingga ke peringkat negeri , tiba-tiba ditukarkan 24 jam tanpa sebab setelah berkhidmat hampir 13 tahun di SMK Tenang Stesen.

Arahan dipindahkan tanpa sebab dari SMK Tenang Stesen Segamat ke SMK Taman Daya , Johor Bahru, sejauh 150 km di hari ke 2 persekolahan sesi 2011 adalah tidak logik dan tidak masuk akal .Akhirnya surat perpindahan ditarik balik dalam tempoh 24 jam, setelah bantahan dibuat dan setelah pihak JPN Johor menerima berita suatu kenyataan laporan SPRM akan dibuat jika arahan itu diteruskan.UMNO telah memperalatkan pihak sekolah untuk mengikut telunjuk mereka , tetapi tidak berjaya .

Namun , kesan emosi yang mendalam akibat peristiwa itu telah menyebabkan suami calon PRK Tenang demam berpanjangan dan akhirnya setelah diagnosis dibuat oleh doktor akhirnya mendapati beliau mengalami 'Stress Disorder' yang menyebabkan doktor memberi cuti 14 hari dan diberi ubat anti kemurungan dan anti stress dengan nasihat jangan berada dalam keadaan kemurungan dan bersendirian sepanjang bercuti.Terapi yang paling baik , mengikut nasihat doktor ialah berada dalam keadaan di tengah khalayak ramai agar melupakan tekanan yang berlaku dan melakukan aktiviti yang menggembirakan . Itulah rupanya peluang UMNO Barisan Nasional dan pihak blogger upahan membuat spekulasi dan menfitnah yang akhirnya beliau menerima sekali lagi pertukaran di SMK Tanjung Pengelih, Pengerang yang mana surat diterima 2 hari sebelum Pengarah Pendidikan Johor , Markom Bin Giran bersara. Kezaliman dan dendam politik UMNO terserlah tanpa belas sedangkan merekalah yang melaungkan retorik politik semata-mata.

Ketika perletakan jawatan dibuat oleh Cikgu Mala pada tahun 2010, beliau sendiri pun tidak tahu siapa calon PRK DUN Tenang yang dimuktamadkan oleh pimpinan tertinggi parti dan Majlis Syura Ulama pada 16 Januari 2011, tetapi serangan psikologi yang telah dibuat kepada suami calon ternyata amat rapi sekali. Juga maruah guru yang dijaja dan difitnah di dada akhbar, media elektronik dan media bercetak tanpa belas kasihan dengan harapan agar dapat mengurangkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Inilah realiti salahguna kuasa yang berlaku, penggunaan premis pendidikan sekolah sebagai tempat berkempen, menggunakan warga pendidik dengan 'kalimat mandatori saya yang menurut perintah' dan memaksa guru hadir ke program Umno semakin berleluasa..Di Kelantan, telah ramai guru dipindahkan , ditukar dan ditendang seperti bola ke sana sini hanya kerana dianggap cenderung menyokong Pakatan Rakyat.Walaupun lebih 23 tahun menjadi kerajaan negeri, namun martabat guru yang dicengkam oleh kerajaan pusat dipimpin oleh UMNO Barisan Nasional tidak dibela oleh KPM.

Antara PRK DUN Tenang dan PRK Pengkalan Kubor..Pasangan warga pendidik dilayan secara tidak adil dan 'Double Standard'. Calon PRK tidak lagi berkhidmat dalam dunia pendidikan , tetapi pasangan mereka dilayan seperti antara 'dua dunia berbeza ' sedangkan masing -masing masih berkhidmat dalam Kementerian Pendidikan Malaysia yang sama . Situasi mengiringi dan menemani adalah berbeza dengan berkempen secara terang -terangan membantu suami.

Justeru, NGO Pendidik mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) Kelantan , dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) mengambil membuat siasatan dan tindakan sewajarnya atas apa yang berlaku. Jangan mengambil sikap berpilih dalam membuat tindakan. Adil dan jangan menzalimi warga pendidik. Inilah penegasan kami.

Salam hormat:

Pn.Normala Sudirman
Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan.
24 September 2014.

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 24 Sep 2014 01:40 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


BUKAN SEMUA NASIHAT PENASIHAT - BETUL

Posted: 23 Sep 2014 09:19 PM PDT

Telok Bakong Online

Posted: 24 Sep 2014 11:28 AM PDT

Telok Bakong Online


15 tahun tunggu, orang kampung bina sendiri jalan..BN Buat Apa??

Posted: 23 Sep 2014 07:37 PM PDT


 
Bayangkan pelajar sekolah rendah yang perlu bangun dinihari, lama sebelum matahari terbit.
Kemudian dengan berjalan kaki mereka merentasi hutan, mendaki bukit, melalui beberapa ladang kelapa sawit dan menyeberangi beberapa sungai menerusi jambatan gantung untuk sampai ke sebuah tempat perhimpunan utama di sebuah sungai yang besar.
Selepas itu mereka perlu pula menaiki bot ke jeti terdekat sebelum berjalan merentasi beberapa lagi ladang kelapa sawit untuk ke sekolah setiap hari.
Inilah yang dihadapi pelajar dari enam kampung di Pitas, Kudat di Sabah kerana jalan yang dijanjikan 15 tahun lalu masih tidak terbina.
Bosan dengan janji kosong, enam penduduk kampung nekad nekad mengeluarkan simpanan mereka sendiri untuk membina sebatang jalan balak.
Projek membina jalan sepanjang 7.5 kilometer itu turut meminta sokongan semangat, publisiti dan derma wang tunai bagi membantu kira-kira 3,000 penduduk kampung yang rata-ratanya bekerja sebagai petani dan pemungut hasil hutan keluar dari kepompong kemiskinan.
Laman web mereka www.pitasroad.org menyatakan jalan balak tersebut akan menghubungkan enam kampung iaitu – Kampung Dowokon, Kampung Mandamai, Kampung Kobon, Kampung Perupok, Kampung Maliau Pusat and Kampung Maliau Layung – ke pekan Pitas.
Keenam mereka kini sedang galak mendapatkan sokongan dari orang ramai kerana mempunyai peralatan dan tenaga yang amat terbatas, selain tiada pengalaman melakukan pembinaan tersebut .
Menurut laman web itu, penduduk kampung memerlukan kira-kira RM85,000 lagi selepas menggunakan wang simpanan mereka sebanyak RM5,000 menyelenggara sebuah mesin pengorek terpakai, dua buah gergaji berantai dan menyewa sebuah mesin jengkaut berharga RM150 setiap hari bagi membina jalan tersebut.

Akhbar The Star Sabtu lalu melaporkan seorang penduduk Maklin Masiau berkata kerajaan negeri Sabah telah berjanji membina jalan melalui kampung tersebut pada tahun 1999.
"Saya fikir kesusahan dan kesengsaraan penduduk kampung akan berakhir dan keadaan akan menjadi lebih baik," kata beliau sambil menunjukkan laporan akhbar Daily Express pada 5 Ogos 1999 yang melaporkan "berita baik" tersebut.
Beliau berkata kerajaan memulakan pembinaan Jalan Pitas Pandan Pinapak pada tahun 2000 sebelum berhenti tanpa sebab selepas membina jalan batu sepanjang dua kilometer.
Penduduk enam kampung tersebut kini hanya mengharapkan Sungai Bengkoka yang bermasalah untuk dilalui sekiranya paras air naik atau ketika musim hujan.
Mereka yang mahu membantu boleh menghubungi komuniti tersebut di emel mereka pgks7@yahoo.com.my atau ikuti perkembangan lanjut di laman Facebook mereka di https://www.facebook.com/pitasroad .

Laman kempen itu menggunakan slogan "Orang kampung mau bikin jalan raya

Pendapat peribadi hamba.

Posted: 24 Sep 2014 07:44 AM PDT

Pendapat peribadi hamba.


LGE BODO KE KURANG CERDIK?

Posted: 23 Sep 2014 06:22 PM PDT

edyesdotcom

Posted: 24 Sep 2014 03:37 AM PDT

edyesdotcom


Tindakan Kejam DBKL Undang Respon Negetif Pengguna Media Sosial

Posted: 23 Sep 2014 09:49 PM PDT

Kenyataan Media
24 September 2014

Tindakan Kejam DBKL Undang Respon Negetif Pengguna Media Sosial

Telah tersebar secara meluas di laman sosial, sebuah klip footage berdurasi hampir 3 minit yang menunjukkan bagaimana kejamnya pendekatan penguasa DBKL ketika menjalankan tugas. Klip tersebut memperlihatkan penguasa DBKL merampas barang peniaga untuk tujuan disita hingga menimbulkan pergelutan antara penguasa dan orang awam.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius cara yang sangat tidak beretika pihak DBKL menangani peniaga kecilan yang juga merupakan rakyat tempatan. Apakah DBKL tidak mempunyai perasaan dan hati perut?

Harus diingat, rakyat Malaysia ketika ini menghadapi kemelut kewangan yang parah. Fakta menunjukkan nisbah hutang isi rumah telah mencecah 854 bilion bersamaan 86.8% Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK). Hampir 80% rakyat Malaysia tidak mampu menyimpan (saving) di atas kesempitan hidup dengan kenaikan harga barang/perkhidmatan yang tidak terkawal.

Justeru, berniaga secara kecil-kecilan menjadi trend rakyat Malaysia untuk menampung keperluan bulanan selain kerja tetap. Dalam masa sama, peluang untuk mendapat ruang perniagaan telah dimonopoli oleh golongan tertentu termasuklah warga asing. Ini yang berlaku dalam negara dan ia tidak dapat dikawal.

Sebagai contoh, wujud pasar kemboja, pasar vietnam di merata ceruk. Pusat perniagaan Chow Kit pula telah dikuasai warga asing manakala pusat perniagaan barang tiruan terbesar negara iaitu Petaling Street telah diiktiraf sejak sekian lama. Malah, Petaling Street dibangunkan dengan bumbung dan pintu gerbang yang menelan perbelanjaan besar serta mendapat layanan istimewa dari penguasa.

Mengapa wujud perbezaan layanan seperti ini? Apakah kerana rakyat tempatan yang baru hendak mulakan perniagaan tidak mampu membayar 'wang perlindungan' maka perniagaan halal mereka diberkas?

Persoalan ini turut diluahkan oleh ramai pengguna laman sosial yang telah menonton klip tersebut. Orang ramai berpendapat DBKL tidak berani mengambil tindakan terhadap warga asing yang berniaga di merata tempat tetapi bertindak kasar dengan warga tempatan. Ini bukan kes pertama DBKL bertindak buas dan tidak berperi kemanusiaan, banyak lagi gerai rakyat tempatan diroboh penguasa DBKL telah dilaporkan.

SAMM memberi amaran kepada DBKL supaya tidak menguji kesabaran rakyat. Janganlah bertindak seperti zionis terhadap rakyat sendiri, malah zionis Israel tidak pernah menindas rakyatnya sendiri.

SAMM juga mencadangkan supaya diwujudkan mekanisma pengeluaran permit 'on the spot' kepada peniaga tempatan, dengan syarat-syarat tertentu seperti tahap kebersihan jualan (jika berbentuk hidangan) dan persekitaran. 

Pokoknya, soal peniaga kecilan ini wajar diselesaikan cara yang berhemah dan tiada keperluan untuk bertindak kasar khususnya terhadap warga tempatan. 

"Rakyat bersatu tidak dapat dikalahkan"

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Kelab Greenboc

Posted: 24 Sep 2014 01:26 AM PDT

Kelab Greenboc


[BERGAMBAR] Tips Kecil Elak Anak Terkunci Dalam Kereta

Posted: 24 Sep 2014 01:06 AM PDT


Kanak-kanak terperangkap dalam kereta

JASIN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun nyaris lemas selepas terperangkap dalam kereta milik bapanya di sebuah stesen minyak di bandar Jasin, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, kanak-kanak terbabit ditinggalkan berseorangan dalam kereta jenis Proton Exora selepas bapanya ke kaunter minyak sebelum kereta yang dimatikan enjin itu terkunci secara tiba-tiba.

Seorang pekerja stesen minyak itu yang enggan dikenali berkata, tidak lama selepas lelaki berusia 40-an itu ke kaunter stesen minyak, penggera keretanya berbunyi sebelum dia mendapatkan kenderaannya dan mendapati kunci kereta tertinggal di dalamnya.


Menurutnya, ketika itu kanak-kanak terbabit sedang tidur dalam kenderaan berkenaan sebelum terjaga beberapa minit kemudian.

"Saya kemudian meminta pelanggan menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk membantu membuka pintu kereta tersebut.

"Biarpun tersedar dari tidur, kanak-kanak itu tidak menangis dan sempat diagah oleh orang ramai bagi menghilangkan rasa ketakutan," katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi JPAM daerah Jasin Sarjan Mejar Muhamad Alif Abd Rahman berkata, dia mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit selepas terpaksa memecahkan salah sebuah cermin kenderaan itu.

Menurutnya, sebelum itu, dia bersama empat anggotanya berusaha membuka cermin tingkap kereta sebelah kiri dengan cara manual, namun tidak berjaya.

"Disebabkan itu, kami terpaksa memecahkan cermin kereta berkenaan bagi menyelamatkan mangsa," katanya.

ULASAN GB

Alhamdulillah, mujur anak itu selamat. Jika tidak bukankah sesal tak sudah sang bapanya...

Sudah banyak kes anak tertinggal di dalam kereta berlaku. Dan di dalam kes-kes berkenaan, kebanyakannya pula adalah kerana kereta terkunci dari dalam.

Ia sepatutnya menjadi pengjaran kepada semua, jangan samasekali tinggalkan kunci kereta di dalam sewaktu anda meninggalkan kereta berkenaan.

Kedua, sentiasa bawa kunci pendua (kuncinya sahaja tanpa alat penggera) dan simpan di dalam dompet.

Ini memudahkan anda untuk membuka kereta secara manual apabila pintu kereta tertutup secara automatik.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[BERGAMBAR] Di Sebalik Kisah "Biawak Lapar" Serang Kanak-kanak...

Posted: 23 Sep 2014 10:45 PM PDT

Bayi 8 bulan terima 50 jahitan akibat diserang biawak

Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan menerima 50 jahitan selepas cedera di bahagian muka dan kepalanya setelah diserang oleh seekor biawak ketika berada di dalam walker, di hadapan pintu dapur rumahnya di Pulau Tioman pada pagi kelmarin.

Dalam kejadian di kuarters pekerja Berjaya Resort pada 10 pagi itu, bayi berkenaan Nor Hidayah Abdul Rahman dilaporkan ditinggalkan di situ seorang diri sementara ibunya Noraudah Maisarah, 39, seorang suri rumah sedang menyenduk bubur di dapur.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata secara tiba-tiba datang seekor biawak dari arah luar terus menyerang bayi malang berkenaan.

"Melihat keadaan itu, wanita berkenaan terus bertindak menyelamatkan anaknya dan menghalau haiwan berkenaan," katanya, semalam.

Kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada bapa mangsa Abdul Rahman Ismail, 38, seorang penyelenggara di resort berkenaan yang ketika itu sedang bekerja, sebelum dilaporkan kepada pihak polis.

Johari berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Daerah Mersing sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Baharu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Pihak Jabatan Perhilitan dimaklumkan tentang perkata tersebut untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu di Johor Baharu, bayi malang berkenaan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di HSA.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata doktor dan kakitangan HSA terus memantau keadaan kesihatan bayi terbabit di wad kanak-kanak hospital berkenaan selepas dipindahkan dari Hospital Mersing semalam.

"Keadaan bayi itu stabil. Bayi terbabit mengalami kecederaan di bahagian muka akibat dicakar haiwan itu dan doktor mencuci luka itu serta menjahitnya.

"Keseluruhannya, lebih kurang 50 jahitan tetapi doktor menggunakan jarum dan benang paling halus. Luka paling panjang 8cm di atas kening kiri berbentuk 'L'.

"Pihak hospital terus memantau keadaan kesihatannya terutama di bahagian yang mengalami kecederaan itu kerana bimbang dijangkiti bakteria," katanya ketika dihubungi.

Menurut Ayub, bayi perempuan itu dimasukkan ke wad di HSA 8.30 malam semalam selepas menempuh perjalanan selama beberapa jam dari Mersing. – Bernama

Biawak serang bayi mungkin disebabkan lapar, kata Perhilitan


Biawak yang menyerang bayi berusia lapan bulan dalam kejadian di kuarters pekerja di Berjaya Resort, Pulau Tioman pagi semalam berkemunginan dalam keadaan lapar.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Khairiah Mohd Shariff berkata biawak daripada spesies biawak air itu amat jarang menyerang manusia kecuali merasa terancam atau lapar.

"Haiwan liar itu mungkin terlalu lapar dan menganggap bayi berkenaan sebagai makanannya sehingga menyerang dan menggigit muka mangsa," katanya ketika dihubungi di Kuantan, semalam.

Khairiah berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian serangan biawak terhadap Nurhidayah Abdul Rahman yang mengakibatkan luka sepanjang enam sentimeter di bahagian muka bayi malang tersebut.

Beliau tidak menolak kemungkinan ia juga berpunca daripada faktor pengabaian soal kebersihan di kawasan sekitar sehingga menjadi tarikan kepada haiwan liar itu memasuki rumah untuk mencari makanan.

Sehubungan itu, Khairiah menyeru pihak pengurusan resort berkenaan supaya mempertingkat aspek kebersihan.

Antaranya termasuk memastikan pembuangan sisa makanan dilakukan secara lebih teratur untuk mengelak kawasan itu menjadi tarikan kepada haiwan berkenaan.

Dalam masa sama, katanya Perhilitan juga menghantar anggotanya ke kawasan kejadian bagi menyiasat punca sebenar haiwan itu menyerang manusia.
– Bernama




ULASAN GB

tatkala kita sedang ghairah menyambut perlantikan MB Selangor... tiba-tiba ada kisah seekor biawak menyerang seorang budak sehingga cedera dan menerima 50 jahitan. PERHILITAN berkata kemungkinan "biawak itu tengah lapar."

Bukan bermaksud GB untuk mempolitikkan hal biawak itu, tetapi bagi yang mempunyai mata hati, ada maksud daripada "ayat manzurah" itu... kerana "tidak ada sesuatu pun dari Allah itu sia-sia..

"Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main."(al-Anbiyaa`: 16)

"Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, sungguh terdapat ayat-ayat (tanda-tanda) bagi orang yang berfikir). (Iaitu) orang yang mengingati Allah semasa berdiri, duduk dan berbaring dan mereka bertafakur (memikirkan dengan mendalam) tentang penciptaan langit dan bumi (lalu mereka mengucapkan): "Wahai Tuhan kami! Tidak Engkau jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau Ya Allah! Lindungilah kami daripada azab neraka". (Ali Imran: 190-191)

Di dalam bicara politik, semalam juga GB ada paparkan kisah seorang bekas exco Selangor yang terhegeh-hegeh mendatangi MB Selangor yang baru. Semua kenal siapa dia. Presiden JATI orangnya. Pengkomen pertaqma di FB Green Boc menulis :"hahahahaha.....sian plak ...lame dah x masyuuuuuukkkkk...agaknye????" Bunyi macam biawak lapar.. hehehe

Ada kaitan atau tiada kaitan, persepsi masing-masing tetapi seperti GB katakan tadi, tiada kisah atau ciptaan Allah itu yang sia-sia. Semuanya berguna untuk "kaum yang berfikir"!

Demikian adanya. Untuk yang berminat untuk membaca ayat-ayat manzurah lagi, sila klik SINI.

Sementara itu, jangan lupa untuk doakan kesembuhan dan keselamatan "anak kecil yang tercedera itu".

p/s maaf jika ada yang tak bersetuju dengan tulisan GB. Wallahu alam.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[EDISI BERAT] Hassan Ali Dulu Fitnah Azmin Kongasi Isteri -UPDATED

Posted: 23 Sep 2014 06:25 PM PDT


JATI sedia kerjasama dengan Azmin - Hasan Ali

KLANG: Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) sedia memulakan jalinan kerjasama dengan Menteri Besar baru Selangor, Mohamed Azmin Ali dalam usaha mempertahankan Islam, Melayu dan institusi raja di negeri ini.

Presidennya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali memaklumkan, dia tertarik dengan lafaz Ikrar Aku Janji Menteri Besar khususnya dalam tiga konteks berkenan isu berkenaan dan berharap ia dapat dilaksana sebaik mungkin.

"Sebagai Presiden JATI Malaysia, kita akan berikan kerjasama sebaiknya dan kerjasama itu diberikan sekiranya Yang Amat Berhormat betul-betul serius dan punyai kekuatan serta sokongan daripada semua pihak untuk menjamin bahawa Islam, Melayu dan institusi raja itu dapat dipertahankan," jelasnya kepada Astro AWANI selepas Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar di Istana Alam Shah, di sini, hari ini.

Sehubungan itu kata Hasan, satu pertemuan akan diatur bagai membincangkan hal tersebut dengan lebih lanjut.

"Saya ada bagitau dia (Azmin) tadi, bahawa kita akan adakan satu pertemuan dengan pemimpin-pemimpin JATI untuk bincangkan dengan lanjut di mana tempatnya kami di JATI yang memang dah lama dalam ketiga-tiga bidang ini,"

"Kalau dapat dijalinkan satu hubungan baik demi Islam, Melayu dan institusi raja akan berikan faedah dan manfaat terbaik kepada Selangor dan rakyat negeri Selangor", katanya.

Antara sepuluh intipati Ikrar Aku Janji yang dilafazkan termasuklah memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam senagai agama negeri dan kepercayaan orang Islam dari diganggu gugat pihak lain.

Selain itu ikrar itu turut menyebut akan memelihara kedaulatan institusi raja dan mempertahankannya dari dicemari mana-mana pihak dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan pada masa sama kepentingan sah kaum lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

JATI merupakan sebuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggerakkan massa ke arah membentuk masyrakat madani dengan mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi raja.

Sebelum penubuhan JATI, Dr. Hasan adalah bekas barisan exco kerajaan negeri Selangor.

Namun, selepas di pecat PAS, dia lantang mengkritik kepimpinan Pakatan Rakyat dalam mentadbir negeri itu.

Kelantangannya sering menjadi berdebatan khususnya dengan Azmin termasuk dalam isu Kalimah Allah.

Dr Hasan juga pernah membidas Azmin yang didakwa bersikap sikap angkuh dan biadab terhadap keputusan Majlis Syura Pas berhubung isu tersebut. -astroawani

ULASAN GB

Tiba-tiba Hassan Ali muncul pagi ini menemui MB Selangor yang baru, YAB Azmin Ali. Mungkin nak lobi nak jadi exco? Sedangkan inilah orangnya yang menjaja seluruh negara menabur fitnah menyatakan Azmin kongsi isteri dengan orang lain. (Tonton video di bawah nanti).

Sebelum dari ini GB pernah mengulas, petikan:

Alhamdulillah, akhirnya duri dalam daging itu akhirnya dapat dikeluarkan.

Semuga ketegasan PAS kali ini memberi pengajaran kepada yang lain terutama kepada saki-baki UG yang masih ada di dalam parti yang sebelum ini kelihatan menyokong Hassan Ali.

Tak payah GB sebutkan nama mereka.

Allah berhak untuk memilih siapa saja yang layak untuk dijadikan pemimpin di dalam Parti Islam SeMalaysia sekalipun bukan dari kalangan ulama dan akan mengeluarkan sesiapa dari parti walaupun dia seorang ulama ternama. Kerana perjuangan parti Islam menuntut bukan sahaja "keilmuan" tetapi yang terlebih penting ialah KEIKHLASAN!

Rasulullah saw pernah bersabda:

Aku wasiatkan pada kalian untuk bertakwa kepada Allah serta mendengarkan dan mentaati (pemimpin Islam), meskipun yang memimpin kalian seorang budak hitam berbangsa Habsyi. Sohih riwayat Abu Dawud dan lainnya.

Tidak timbul soal ulama atau profesyenal di dalam memilih pemimpin jika kita teliti hadith di atas. Rasulullah tak menyatakan secara spesifik hanya ulama saja boleh jadi pemimpin atau imam kepada kaum muslimin, malah seorang budak hitam berbangsa Habsyi pun boleh jika Allah mengkehendakinya.

Di dalam satu ulasan GB yang lain, GB menyatakan, PETIKAN:

Hassan Ali pernah menggesa rakyat supaya "jangan beri Pakatan walau satu undi". Tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya dimana undi Pakatan Rakyat telah bertambah.

Malah di Selangor sendiri PAS telah berjaya menambahkan kerusi daripada 8 kepada 15 kerusi DUN.

Dan yang tak mendapat satu undi pun ialah Hassan Ali sendiri, apabila beliau tidak lansung dapat menjadi calon bagi UMNO/BN yang dbodeknya di sepanjang program jelajah dari utara sampai ke selatan tanahair.

Beliau akhirnya dipermainkan UMNO BN.

Umum mengetahui bahawa Hassan Ali amat bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor setelah termakan hasutan dari UMNO BN kononnya beliaulah orang yang paling layak menjadi Menteri Besar Selangor ketika beliah masih lagi di dalam PAS.

Begitu juga ulasan GB yang ini, PETIKAN:

Yang jelas, kini Hassan Ali terus akan mencadi sasau dan cacau... dalam erti kata sebenar, "GILA".

Beliau menuduh orang lain (ADUN Meru yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor )mempunyai masalah mental sedangkan pada hakikatnya tuduhan itu berbalik kepada dirinya sendiri.

Lama kelamaan Hassan Ali gilalah... salah siapa jika terjadi demikian?

Kita tidak berdoa begitu tetapi beliau sendiri memilih untuk menjadi demikian... demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan...

Di dalam barisan PAS Selangor kini, saki baki geng Hassan Ali masih ada, malah cukup berkuasa. Belum sampai waktunya untuk GB bongkar kesemuanya. Tetapi jika keadaan memerlukan, segala-galanya akan didedahkan demi kebenaran dan keadilan. Jangan main-main dengan hukum kebenaran dan keadilan itu.

KISAH BENAR!!!

Hasan Ali memfitnah Azmin Ali berkongsi isteri










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[VIDEO] Exco Selangor Angkat Sumpah Jumaat Ini, Tiada Jawatan TMB - Azmin

Posted: 23 Sep 2014 05:24 AM PDT

Menteri besar Selangor yang baru, Azmin Ali menjangkakan bahawa barisan ahli Exco baru Selangor akan mengangkat sumpah seawal Jumaat ini.

ADUN Bukit Antarabangsa itu berkata beliau akan mengadakan pertemuan terlebih dahulu dengan wakil Pakatan Rakyat petang ini bagi membincangkan hal itu.

Katanya, butiran dari pertemuan tersebut dijangka akan dapat diselesaikan pada hari Khamis.

"Kita akan mengadakan perbincangan pada petang ini untuk melihat komposisi exco Pakatan Rakyat dan tuanku menitahkan supaya perkara ini dapat diselesaikan segera dan insya-Allah pada hari Jumaat akan ada istiadat angkat sumpah Exco yang baru dari Selangor," kata.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai menteri besar di Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Azmin juga berkata, nasib empat Exco PAS yang kekal dalam kerajaan Pakatan Rakyat sebelum pelantikannya semalam akan ditentukan dalam perbincangan petang ini.

MP Gombak itu juga berkata, beliau akan menyemak semula keputusan mesyuarat Exco terakhir semalam yang menutup pejabat penasihat ekonomi Selangor semalam dan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan itu.

Sementara itu Azmin menafikan khabar angin mengatakan jawatan baharu timbalan menteri besar Selangor akan diwujudkan seperti dilaporkan media semalam.

Beliau berkata, isu mengenai jawatan tersebut tidak timbul walaupun khabar angin sebelum ini tersebar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Champaka Iskandar Samad akan dilantik menjawat jawatan itu.

"Tidak timbul jawatan timbalan menteri besar," kata Azmin.

Semalam portal The Star melaporkan Iskandar yang juga pesuruhjaya PAS Selangor akan dilantik menjadi timbalan menteri besar Selangor.




ULASAN GB

Kuasa perlantikan exco adalah hak prerogatif Menteri Besar Selangor sekalipun dari aspek mesyuwarah, setiap parti boleh mencadangkan calonnya.

Samada barisan exco lama itu kekal atau akan dilantik muka baru, jawapannya di tangan YAB MBnya. Gaji anggota exco kerajaan negeri telah dinaikkan di zaman TSKI daripada RM6,109.29 kepada RM20,250.

Tidak kira siapa pun yang bakal dilantik sebagai exco, kita berharap mereka akan menjalankan amanah dan bekerja bersungguh-sungguh untuk rakyat negeri Selangor.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





dollah yankee

Posted: 23 Sep 2014 09:23 PM PDT

dollah yankee


bunuh..tapi tak mati

Posted: 23 Sep 2014 07:44 AM PDT



Anwar Ibrahim adalah orang yang paling terkini akan disiasat polis dibawah akta hasutan 1948. Siasatan itu akan dilakukan berhubung dengan satu ceramah beliau pada tahun 2011, iaitu tiga tahun yang lalu di Gombak.

Di mata rakyat hari ini ialah Putrajaya amat-amat begitu takut dan gentar dengan Anwar dan Pakatan Rakyat sehinggakan terpaksa kembali ke tiga tahun yang dulu untuk cuba mensabitkan apa-apa juga kesalahan yang boleh disabitkan.

Akibat ketakutan Putrajaya itu, mereka akan berbuat apa-apa saja untuk tidak membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sebenarnya Putrajaya tidak sedar bahawa tindak tanduk mereka terhadap Anwar dan lain-lain pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat telah menyebabkan mata rakyat dapat melihat ujud nya ramai hero-hero dalam Malaysia dan juga dimata arena antarabangsa.

Putrajaya benar-benar sedang berjuang untuk terus hidup agar mereka tidak mampossss....

dollah yankee -
Anwar,Mat Sabu,Guan Eng dan Pakatan Rakyat...bunuh lah macam mana pun,mereka tak mati-mati. 

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted: 23 Sep 2014 09:01 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


[LIVE][230914][BM2]-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Posted: 23 Sep 2014 07:23 AM PDT

[LIVE][100914][BM21]-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Posted: 23 Sep 2014 07:22 AM PDT

Selepas pemergian Khalid: Selangor Kini mahu kebebasan media

Posted: 23 Sep 2014 07:17 AM PDT


KENYATAAN MEDIA: Selangor Kini sebagai sebuah akhbar rasmi Kerajaan Selangor merakam ucapan terima kasih kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas sumbangannya dalam memajukan media.

Pentadbirannya mengangkat nilai kebebasan media ke tahap lebih baik berbanding akhbar negeri ketika zaman pemerintahan Umno BN yang menggunakan nama Era Jaya.

Namun, tahap kebebasan media perlu dipertingkat - tanpa mengikut telunjuk mana-mana pemimpin mahupun parti politik baik pemerintah mahupun pembangkang, sebaliknya menjadi saluran suara rakyat akar umbi.

Ini penting kerana operasi media negeri dijana melalui wang rakyat, sama sekali berbeza dengan penerbitan akhbar kepartian seperti Harakah dan Suara Keadilan. Semua media negeri yang ditadbir Umno BN juga harus mengambil langkah ini

Selangor Kini berharap pentadbiran Menteri Besar yang baharu - walau sesiapapun - bersedia untuk memerdeka akhbar negeri ini dari sudut editorial dengan tiadanya campurtangan politik sebaliknya tertumpu kepada suara rakyat selain menjulang dasar kerajaan negeri.

Oleh itu, usaha tertentu harus dibuat tanpa menjejaskan kebajikan kakitangan sedia ada supaya proses kemajuan media negeri terus berlanjutan melalui pentadbiran baharu.



Fazallah Pit
Ketua Pengarang Selangor Kini

Azmin: Jawatan timbalan MB S'gor tidak akan diwujudkan

Posted: 23 Sep 2014 04:07 AM PDT

Tukar Tiub

Posted: 23 Sep 2014 07:25 PM PDT

Tukar Tiub


INGAT CARA MEMBACA UTUSAN

Posted: 23 Sep 2014 06:18 PM PDT




BARUA JUGA
tidak pernah lagi majlis angkat sumpah menteri besar dari PR ditayang secara live oleh rtm dan tv3..malah media umno utusan juga menyiarkan sokongan terhadap calon sultan selangor azmin ali...adakah azmin barua umno? kah kah..dulu dok heboh khalid ibrahim barua umno sbb dapat publisiti meluas dari rtm dan tv3 serta utusan..kah kah on SURAT PAGI INI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/23/14

NOTA:
ingat cara
baca utusan

---------

PROGRAM MELAWAN DAN MENGHASUT

Posted: 23 Sep 2014 05:57 PM PDT





SABTU INI

SEBERANG JAYA




-----------

SELANGOR KINI

Posted: 23 Sep 2014 01:12 AM PDT







KENYATAAN MEDIA

Selangor Kini tuntut lebih kebebasan media

Selangor Kini sebagai sebuah akhbar rasmi Kerajaan Selangor merakam ucapan terima kasih kepada bekas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim atas sumbangannya dalam memajukan media.

Pentadbirannya mengangkat nilai kebebasan media ke tahap lebih baik berbanding akhbar negeri ketika zaman pemerintahan Umno BN yang menggunakan nama Era Jaya.

Namun, tahap kebebasan media perlu dipertingkat - tanpa mengikut telunjuk mana-mana pemimpin mahupun parti politik baik pemerintah mahupun pembangkang, sebaliknya menjadi saluran suara rakyat akar umbi.

Ini penting kerana operasi media negeri dijana melalui wang rakyat, sama sekali berbeza dengan penerbitan akhbar kepartian seperti Harakah dan Suara Keadilan. Semua media negeri yang ditadbir Umno BN juga harus mengambil langkah ini

Selangor Kini berharap pentadbiran Menteri Besar yang baharu - walau sesiapapun - bersedia untuk memerdeka akhbar negeri ini dari sudut editorial dengan tiadanya campur tangan politik sebaliknya tertumpu kepada suara rakyat selain menjulang dasar kerajaan negeri.

Oleh itu, usaha tertentu harus dibuat tanpa menjejaskan kebajikan kakitangan sedia ada supaya proses kemajuan media negeri terus berlanjutan melalui pentadbiran baharu.

Fazallah Pit
Ketua Pengarang Selangor Kini
22 September 2014
















------------

INGAT CARA MEMBACA UTUSAN

Posted: 22 Sep 2014 09:00 PM PDT





]


KOMENTAR

ingat
jangan lupa
cara membac utusan

Perkasa sokong pilihan Sultan

PETALING JAYA: Yang DiPertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya menerima apa-apa sahaja keputusan yang diputuskan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam soal perlantikan Menteri Besar baru bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurutnya, Perkasa percaya keputusan yang dibuat oleh Sultan Selangor adalah keputusan yang terbaik dan pastinya Sultan telah mengambil kira kepentingan rakyat Selangor dan keseluruhannya.

KAH KAH KAH

i rest my case
i've nothing to add
my lord
kah kah kah

----------

SARAWAK BANGGA?

Posted: 22 Sep 2014 08:39 PM PDT





 | September 22, 2014
taib-mahmud-new
"Perpaduan yang telah menjadi batu asas yang telah Taib letakkan ini membolehkan kerajaan di bawah pimpinan beliau memberi kebanggaan... More ››


KAH KAH KAH

woit
kalau malaon ini
menjadi kebanggan 
ya ampoon
selamatkan lah
ular lidi di sarawak

KAH KAH KAH





------------

KELAS FALSAFAH

Posted: 22 Sep 2014 08:00 PM PDT






FALSAFAH

kelas rabu malam
1 oktober 2014
jam 9:00 
memasuki era moden
melalui pemikiran
rene descartes


SIARAN LANGSUNG







-----------

ALHUSSEYN

Posted: 23 Sep 2014 03:39 PM PDT

ALHUSSEYN


Rakyat mesti bangkit, rakyat ialah raja

Posted: 23 Sep 2014 03:41 AM PDT

Aktivis ditahan semula selepas dijamin

OLEH LEE SHI-IAN Published: 23 September 20149


Aktivis Ali Abd Jalil ditahan semula sebaik sahaja wang jaminan dibayar. 
Beliau dimaklumkan dibawa ke Johor untuk membantu siasatan. 
– Gambar fail The Malaysian Insider, 23 September, 2014.
Aktivis Ali Abd Jalil ditahan semula oleh pihak polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan hasutan sebaik sahaja dijamin di Mahkamah Shah Alam sebentar tadi.

 Polis tidak menyatakan dengan spesifik mengapa Ali ditahan semula tetapi berkata beliau dibawa ke Johor untuk membantu siasatan.

 Peguam Ali New Sin Yew berkata, tiada sebab bagi polis menahan anak guamnya yang sudah membayar wang jaminan sebanyak RM8,000 jika ia untuk siasatan kerana menghasut.

 "Jika beliau dituduh kerana memuat naik mesej berbentuk hasutan di Facebook, saya tidak tahu mengapa beliau dibawa ke Johor.

 "Beliau tinggal di sini. Ini merupakan satu gangguan," kata New kepada pemberita di luar mahkamah hari ini.

 Ali tiba di mahkamah jam 3 petang ini, diiringi New dan polis, serta membayar ikat jamin.

 Bagaimanapun, sebaik saja membayar RM8,000 ikat jamin, New memberitahu wartawan anak guamnya ditahan semula dan dihantar ke Johor.

  "Polis tidak sebut secara jelas kenapa Ali dihantar ke Johor walaupun komen Facebooknya dibuat di Kuala Lumpur," kata New.

 Semasa meninggalkan kawasan mahkamah, Ali sempat bercakap dengan kira-kira 20 aktivis dan penyokong yang berkumpul di luar pintu masuk utama kompleks mahkamah.

 "Rakyat mesti bangkit, rakyat ialah raja," kata Ali disambut sorakan dan tepukan.

 Awal hari ini, The Malaysian Insider melaporkan Ali, yang ditahan reman di penjara Sungai Buloh selepas didakwa kerana menghasut, mendakwa dia dipukul seorang pegawai penjara.

 Kejadian itu dilaporkan berlaku pada malam pertama dia ditahan pada 8 September.

 The Malaysian Insider difahamkan laporan polis dibuat oleh abangnya di balai polis Taman Tun Dr Ismail pada Sabtu.

 Ali memberitahu keluarganya dia dipukul sewaktu mereka melawatnya di penjara Sungai Buloh.

 Dia pertama kali masuk penjara pada 8 September, dan mendakwa dipukul seorang pegawai penjara yang dikatakan menumbuk, menampar dan memukulnya mengunakan baton dan paip getah di dalam sebuah bilik kosong.

 Ali bagaimanapun mendakwa kejadian itu tidak meninggalkan sebarang tanda atau kecederaan pada tubuhnya dan dia tidak dapat memaklumkan sesiapa perkara itu kerana dia tidak dibenarkan berjumpa sesiapa sebelum Jumaat, apabila dia bertemu New.

 Dia yang didakwa kerana menghasut pada 8 September berhubung posting Facebook yang dibuatnya pada Januari berkata, seorang lagi warden mengugutnya mengatakan banduan lain juga akan memukulnya.

 Ali, yang juga bersama pertubuhan Asalkan Bukan Umno (ABU), dituduh membuat posting yang mengandungi kenyataan berunsur hasutan dalam laman Facebook bernama "Kapitalis Bangsat" dalam tiga komen berasingan, dituduh memperkecilkan Kesultanan Johor dan menyeru supaya ia dimansuhkan. – 23 September, 2014.~ SUMBER

DUNIACACAMARBA

Posted: 23 Sep 2014 03:29 PM PDT

DUNIACACAMARBA


Gadis Dapat Gelaran "Penjenayah Terseksi di Dunia"

Posted: 22 Sep 2014 09:25 PM PDT



[Harian Metro] Kanada: Stéphanie Boudoin secara tiba-tiba menjadi popular dan digelar 'penjenayah wanita paling seksi di dunia' selepas sebuah akhbar di Montreal, Kanada menyiarkan gambarnya berbikini.

Stephanie ditangkap bulan lalu di Vicoriaville, Kanada, atas tuduhan memecah masuk 42 rumah di kawasan berkenaan.

Pihak berkuasa Kanada percaya jelitawan berusia 21 tahun itu bekerjasama dengan tiga gadis bawah umur berusia 13, 15 dan 17 tahun untuk merompak penduduk di kawasan Athabaska dan Maple.

Pelajar kejururawatan itu dan rakannya didakwa memasuki rumah mangsa menggunakan pintu belakang atau tingkat bawah tanah.

Minggu lalu, pendakwa raya memfailkan lebih banyak tuduhan ke atas Stephanie, menjadikan jumlah tuduhan dihadapinya kepada 114.

Dia akan didakwa merompak, menerima barang curi serta memiliki dan menyimpan secara haram sembilan senjata api.

Polis menemui senjata berkenaan di belakang kereta Mitsubishi Lancer miliknya.

"Kertas pertuduhan terhadapnya begitu tebal," kata peguamnya, Denis Lavigne.

Menurutnya, Stephanie menemui doktor untuk menentukan keadaan mentalnya ketika melakukan jenayah.

Wanita itu akan dihadapkan ke mahkamah semula pada 17 November.

Sejak gambar Stephanie disiarkan di media sosial, ramai menggelarnya 'penjenayah paling seksi terbaru dunia.' "Penjenayah ini mencuri hati saya," kata seorang pengguna Twitter. - 23/9/14


Wanita Dipaksa Tidur dengan 1,800 Lelaki

Posted: 22 Sep 2014 09:09 PM PDT

Jacqueline Marling dan Colin Batley
[Harian Metro] Anak seorang wanita yang terbabit dalam satu ajaran sesat berikrar dia tidak akan memaafkan ibunya, Jacqueline Marling, yang kejam kerana memaksanya tidur dengan 1,800 lelaki.

Wanita itu, Annabelle Forest berkata, dia dipaksa melihat ibunya melakukan seks dengan pemimpin ajaran sesat, Colin Batley sebagai sebahagian proses memasukkannya ke dalam kumpulan itu ketika dia berusia tujuh tahun.

Pada usia 11 tahun, dia diperkosa Batley, kejadian yang disifatkannya sebagai 'paling sakit dan mengejutkan pernah dialaminya.' Annabelle mendedahkan pengalamannya itu dalam wawancara dengan Wales Online, semalam.

Dia juga menceritakan secara terperinci mengenai pengalaman perit dilaluinya selama 10 tahun dalam buku berjudul 'The Devil on the Doorstep: My Escape from a Satanic Sex Cult.' "Selepas diperkosa, dia (Batley) bertanya sama ada saya seronok.

"Saya tahu apa yang perlu saya jawab.

Saya kata seronok.

"Tetapi di dalam hati, saya merasakan seperti hendak mati," kata Annabelle dalam bukunya itu.

Bagaimanapun, kejadian paling buruk menyusuli apabila dia didera secara seksual oleh ibu kandungnya sendiri ketika berusia 14 tahun.

"Ibu saya wanita jahat dan saya tidak boleh memaafkannya," kata Annabelle.

Menurutnya, dia dipaksa tidur dengan 1,800 lelaki untuk mengutip dana bagi gereja milik agama itu.

"Saya menjadi pelacur untuk membantu kumpulan itu.

Siang saya ke sekolah.

Malam saya dipaksa melacur," kata Annabelle di dalam bukunya itu.

Batley dan Jacqueline dipenjara pada 2011 selepas didapati bersalah mendera Annabelle secara seksual.

Fahaman ajaran mereka berdasarkan buku berjudul Book of the Law karangan Aleister Crowley.

Mereka membuat kanak-kanak beranggapan cara mendekatkan diri dengan tuhan ialah dengan melakukan seks. -23/9/14


Anwar Dipecat, Pejabat Penasihat Kewangan Selangor Ditutup

Posted: 22 Sep 2014 08:58 PM PDT


[Mstar] PETALING JAYA: Khidmat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ditamatkan susulan keputusan untuk menutup pejabat berkenaan di Plaza Perangsang, berkuatkuasa serta merta bagi menjimatkan kos pentadbiran.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Faekah Husin berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Isnin.

Beliau berkata, langkah itu dibuat kerana berpendapat hal ehwal ekonomi boleh dilakukan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) yang juga pusat sehenti dan memiliki pegawai terlatih serta berpengalaman terutama melibatkan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

"Semenjak penubuhannya, pelbagai fitnah dan kontroversi telah timbul antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim serta peranan dan sumbangannya kepada kerajaan Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Ternyata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan peluang untuk mempengerusikan mesyuarat MMKN terakhirnya sebaik mungkin dengan membuat keputusan itu.

Sehubungan itu, Faekah berkata, adalah wajar pejabat berkenaan ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Negeri Selangor.

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan di bawah MBI serta bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. - 23/9/14


P/s: Tindakan terakhir TSKI sebelum melepaskan jawatan MB Selangor.

Sekurang-kurangnya kerajaan negeri akan jimat RM12 setahun. Untuk rekod DSAI dibayar RM1 sebulan untuk menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.




Seluruh Pasukan Cameroon Peluk Islam

Posted: 22 Sep 2014 08:06 PM PDT


[Sinar Harian] MENURUT laporan Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai (IACAD), Emiriyah Arab Bersatu, kesemua anggota pasukan bola sepak pelapis kebangsaan Cameroon termasuk jurulatih dan paderi mereka telah memeluk agama Islam.

Anggota pasukan Cameroon yang rata-rata dalam lingkungan 20-an mengucap dua kalimah syahadah beramai-ramai setelah menghadiri satu kem latihan yang dianjurkan jabatan tersebut di Dubai, baru-baru ini.

Menurut IACAD, keputusan itu diambil kerana mereka tertarik dengan layanan baik dari warga tempatan serta keamanan dan ketenangan yang dapat dirasakan di dalam Islam.

Pasukan Cameroon berasal dari akademi bola sepak yang ditubuhkan khas untuk anak-anak yatim, orang gelandangan dan orang miskin.

Ketua Pengarah IACAD, Dr Hamad Al Shaibani berkata, jabatan tersebut telah menyaksikan ramai penduduk dan pelancong dari pelbagai kewarganegaraan memeluk Islam.

"Kebanyakan mereka memeluk agama Islam kerana tertarik dengan nilai-nilai toleransi berperikemanusiaan dan prinsip Islam serta kebajikan yang ditunjukkan oleh orang Islam itu sendiri," katanya. - 22/9/14

DAP Sokong Azmin MB Selangor, Selar Pembelotan 4 Exco PAS

Posted: 22 Sep 2014 05:45 PM PDT



[The Malaysian Insider] DAP menyokong penuh pelantikan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan tetapi menyelar pengkhianatan empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PAS kepada Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Lim Guan Eng, keputusan menyokong Azmin dibuat selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi sebaik sahaja menerima berita daripada pihak Istana Selangor.

"Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) dalam mesyuarat tergemparnya pada 22 September 2014 memutuskan untuk menyokong kenyataan dibuat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menarik diri daripada jawatan menteri besar Selangor berikutan titah Sultan Selangor melantik Mohamed Azmin Ali sebagai MB Selangor baharu," kata setiausaha agung DAP itu dalam satu kenyataan malam tadi.

Kemelut menteri besar Selangor hampir selesai selepas Azmin disahkan bakal menjadi MB baharu dan Dr Wan Azizah juga menerima keputusan pilihan pihak Istana secara terbuka.

Lim berkata, keputusan DAP selari dengan pendirian jawatan menteri besar Selangor mesti diserahkan kepada PKR.

"Keputusan beliau (Dr Wan Azizah) untuk menyokong Azmin juga konsisten dengan pendirian DAP yang tegas dan berprinsip bahawa MB Selangor seharusnya memiliki sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor," katanya.

"DAP berasa kesal dengan pengkhianatan empat orang ahli exco Selangor PAS terhadap prinsip solidariti dan demokrasi serta kegagalan untuk setia bersama enam lagi exco DAP dan PKR yang dipecat secara tidak adil oleh bekas MB yang kehilangan sokongan majoriti DUN Selangor."

Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor akan diadakan pada hari ini pada jam 10.30 pagi di Istana Alam Shah, Klang.

Spekulasi sebelum ini mengatakan Azmin akan dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baru, namun tiada pengesahan daripada pihak Istana hingga surat pelantikan tersebut didedahkan semalam. – Md Izwan/23 September, 2014.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 23 Sep 2014 03:21 PM PDT

Kerabu Bersuara ®


Gambar TG Nik Aziz Dan TG Haji Hadi Di #prkpengkalankubor

Posted: 23 Sep 2014 07:29 AM PDT







Mereka menjamu selera sebelum ke tempat ceramah. Ayuh terus kuatkan semangat para pejuang pas. Kemoen habis-habisan!

KENYATAAN MEDIA KENYATAAN SETIAUSAHA AGUNG DAP DIKESALI

Posted: 23 Sep 2014 05:50 AM PDT

KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN SETIAUSAHA AGUNG DAP DIKESALI

Saya merujuk kepada kenyataan media Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng bertarikh 22 September 2014. Bagi pihak PAS, saya ingin merakamkan rasa kesal di atas sikap Setiausaha Agung DAP yang menuduh 4 orang Exco Kerajaan Selangor dari PAS sebagai melakukan pengkhianatan terhadap prinsip solidariti dan setiakawan bersama dengan 6 lagi bekas Exco dari DAP dan PKR apabila 4 Exco tersebut mematuhi arahan PAS Pusat untuk tidak meletakkan jawatan sebagai Exco selepas Exco-Exco lain dipecat oleh Menteri Besar Selangor pada 12 Ogos 2014 yang lalu. Kepimpinan PAS sebelum ini telah beberapa kali memberikan penjelasan di atas tindakan tersebut yang dibuat, namun kelihatan Setiausaha Agung DAP memilih untuk terus menyerang PAS di khalayak ramai.

Setiausaha Agung DAP harus memahami bahawa tindakan PAS mengarahkan keempat anggota Exco tersebut supaya tidak meletakkan jawatan adalah dibuat di atas pertimbangan strategi untuk menyelamatkan Dewan Undangan Negeri Selangor daripada menghadapi risiko dibubarkan akibat ketiadaan sebuah majlis mesyuarat kerajaan negeri untuk menjalankan fungsi eksekutif pemerintahan di negeri Selangor.

Saya percaya Setiausaha Agung DAP menyedari wujudnya peruntukan di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang mensyaratkan hendaklah terdapat minimum empat orang Exco bagi memastikan Kerajaan Negeri Selangor terus dapat berfungsi seperti biasa. Menuduh Exco PAS sebagai pengkhianat dalam keadaan mereka berusaha untuk menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah suatu tindakan yang amat tidak wajar.

Dengan pelantikan YAB Azmin Ali sebagai Dato Menteri Besar Selangor yang turut disokong sepenuhnya oleh kesemua parti komponen Pakatan Rakyat, maka Kerajaan Negeri Selangor dan seluruh jentera Pakatan Rakyat wajib untuk bergerak kehadapan bagi memastikan agenda pembelaan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Hentikan segala serangan sesama sendiri yang tidak membawa faedah kepada sesiapa. Muafakat Pakatan Rakyat harus diperkukuh dan sebarang perbezaan dan persengketaan yang wujud terutama yang diakibatkan oleh kemelut politik Selangor mestilah diselesaikan menurut kaedah yang harmoni agar keyakinan rakyat tidak terus tergugat.

Yang benar,

YB DATO' MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Penerangan PAS
23 September 2014

TAHNIAH YB AZMIN, TERIMA KASIH TAN SRI KHALID, SYUKUR PAKATAN RAKYAT MASIH MENTADBIR SELANGOR.

Posted: 23 Sep 2014 05:44 AM PDT

Kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kemelut politik yang melanda Negeri Selangor telah berakhir.

Kami juga mengucapkan tahniah kepada YAB Tuan Mohd Azmin Ali yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos lepas telah bersetuju untuk mencalonkan YAB Tuan Azmin sebagai salah seorang calon Menteri Besar Selangor.

Oleh yang demikian, PAS Selangor yakin kami akan dapat sama-sama bekerja dengan beliau demi kebaikan dan kemajuan rakyat negeri Selangor.

Kami berharap di bawah pentadbiran beliau, prestasi cemerlang yang dicapai di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim akan dapat diteruskan.

Semoga Allah SWT akan menganugerahkan beliau kekuatan dan petunjuk untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang berat ini.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Khalid yang telah sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di tempat yang paling atas dan telah membawa banyak pembaharuan ke negeri ini.

Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpal kepada beliau.

Kami juga mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana Pakatan Rakyat masih mentadbir negeri Selangor.

Terdapat saat dan ketika sepanjang satu setengah bulan yang lepas di mana kerajaan negeri hampir tumbang.

Tetapi 4 orang Exco PAS di atas arahan PAS Pusat telah terus bersama di dalam kerajaan dan sekaligus telah berjaya menyelamatkan kerajaan negeri.

Pada hakikatnya 4 orang Exco ini telah menghalang dari berlakunya satu pilihan raya negeri.

Walaupun kesemua 4 Exco ini dari PAS tetapi mereka telah membawa semangat dan prinsip Pakatan Rakyat ke dalam kerajaan sepanjang tempoh tersebut.

Mereka juga telah mempertahankan kepentingan-kepentingan Pakatan Rakyat di dalam kerajaan.

Contohnya mereka telah memastikan perkhidmatan Ahli-Ahli Majlis PKR dan DAP diteruskan dan semua program-program yang dirancang oleh Exco yang diberhentikan perkhidmatan dapat berjalan dengan lancar.

4 orang Exco ini juga dengan tegas menolak sebarang kerjasama dengan UMNO apabila menyatakan akan meletakkan jawatan jika UMNO dibawa masuk ke dalam kerajaan.

Walau bagaimanapun sekarang bukanlah masanya untuk memandang ke belakang tetapi untuk melangkah ke hadapan dan berusaha untuk mengembalikan keyakinan penuh rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Masanya untuk kembali meletakkan perjuangan memartabatkan rakyat di pentas utama.

Bagi pihak 4 orang Exco yang menurut amalan perlu meletakkan jawatan bersama-sama Tan Sri Khalid, PAS Selangor mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan oleh semua pihak.

Iskandar A Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
23 September 2014

TG Presiden Pas Sedang Berkuliah #prkpengkalankubor

Posted: 23 Sep 2014 05:11 AM PDT




Boleh hadirkan diri di masjid pengkalan kubur sekarang.

Ceramah Kenegaraan Serang Pakatan Rakyat?

Posted: 23 Sep 2014 03:44 AM PDT



Kami mendapat maklumat yang modul dan sumber dalam ceramah kenegaraan menyerang pemimpin pakatan rakyat.

Rasanya ceramah guru ko ni.

Bercakap Biar Cerdik Sikit Wahai Lim Guang Eng

Posted: 22 Sep 2014 11:33 PM PDT



Masih ungkit perkara lama. Biar cerdik la sikit. Jangan nampak sangat kebodohan.

Kamu nak ke pilihanraya negeri?

Abdul Hadi ucap tahniah pelantikan Azmin sebagai MB Selangor

Posted: 22 Sep 2014 10:58 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada Muhamed Azmin Ali atas pelantikannya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Abdul Hadi turut mengingatkan supaya beliau menjalankan amanah yang dipikul dengan sebaik-baiknya dan tidak boleh disalahgunakan.

"Jadi kita harap supaya Azmin dapat jalankan tugas dengan penuh amanah dan tidak menyalahgunakan kuasa dan harta Selangor," katanya ketika ditemui di sini, hari ini

YAB Azmin Ali Angkat Sumpah

Posted: 22 Sep 2014 08:56 PM PDT



Jadikan lah jawatan ni sebagai satu amanah.

Ingat allah dan rasul.

DIALOG RAKYAT

Posted: 23 Sep 2014 03:06 PM PDT

DIALOG RAKYAT


Kadar Kemiskinan di Malaysia Telah Turun 58.7% Menjadi 1.7% Sahaja. Bakal Sifar Tahun 2015?

Posted: 23 Sep 2014 05:05 AM PDT




kemiskinan di malaysia



Kadar Kemiskinan di Malaysia Turun 58.7% Menjadi 1.7% Sahaja. Bakal Sifar Tahun 2015? : Alhamdulillah, kejayaan demi kejayaan telah berjaya dicapai oleh kerajaan Malaysia apabila satu demi satu menteri berkongsi angka kejayaan yang berjaya dicapai pada ketika ini. Jika sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menghidangkan statistik (SEPERTI DI SINI) di mana pendapatan isi rumah rakyat Malaysia telah meningkat kepada RM5,900 sebulan. Tidak cukup dengan itu…..

(Pendapatan Perkapita Malaysia Juga Turut Naik 16.7% Kepada RM33,385) di mana angkanya dan statistiknya dibentang oleh Ahmad Husni Hanadzlah.

Dan yang terbaru, Tan Sri Muhyiddin Yaasin juga turut tidak mahu ketinggalan berkongsian kegembiraannya dan "kejayaan menakjubkan" kerajaan Malaysia dalam usaha membasmi kemiskinan yang terus menghimpit anda di Malaysia pada ketika ini.
"Nak basmi kemiskinan bukan mudah. Orang boleh kata ini biasalah dah jadi tugas kerajaan tapi banyak negara dunia yang merdeka lebih dahulu tidak berjaya selesaikan kemiskinan rakyat.

"Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu meletakkan sasaran tahun 2015 agar kemiskinan dunia dapat diatasi tetapi hampir semua negara tidak tercapai kecuali Malaysia," kata Muhyiddin.

Sejarah Prestasi & Usaha Basmi Kadar Kemiskinan Di Malaysia

  • Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1957 : 60%
  • Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1970 : 49.3
  • Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1976 : 42%
  • Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1990 : 17%
  • Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 1995 : 8.9%
  • Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 2007 : 5.7%
  • Kadar Kemiskinan di Malaysia Pada tahun 2014 : 1.7%
Pasti ada yang tertanya formula apa yang digunakan oleh kerajaan malaysia pada ketika ini bagi mengira kadar kemiskinan di Malaysia?

Berdasarkan semakan Berita Semasa, contohnya berdasarkan paras kemiskinan di US US$15.15 (US$60.60 untuk setiap hari bagi 4 ahli keluarga). Jika lepas daripada paras yang ditetapkan, maka anda tidak tersenarai dalam statistik tersebut.

Setiap negara ada paras dan kadar kemiskinan kemiskinan yang telah ditetapkan oleh Bank Dunia. Ada yang menemplak mekanisme yang digunapakai oleh Bank Dunia, yang mana ada yang melihat paras yang diletakkan terlalu tinggi, dan ada juga yang melihatkan kadar yang ditetapkan terlalu rendah pula. Sedangkan mereka merasakan tahap dan kadar kemiskinan yang ditetapkan pada ketika ini sebenarnya tidak menggambarkan kehidupan sebenar di setiap negara yang mereka didiami.

Garis Paris Kemiskinan di Malaysia Semenanjung Malaysia VS Sabah VS Sarawak

 

Bagaimana pula paras dan garis kemiskinan di Malaysia terkini yang telah ditetapkan di peringkat kebangsaan?
  • Pendapatan bulanan minimum isi rumah di Semenanjung Malaysia :RM760
  • Pendapatan bulanan minimum isi rumah di Sabah : RM1,050
  • Pendapatan bulanan minimum isi rumah di Sarawak : RM910
kadar kemiskinan di malaysia 

Walaubagaimanapun, ahli akademik seperti Ketua Felo Penyelidik di Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia Datuk Dr Denison Jayasooria mahukan garis kemiskinan di Malaysia dirombak semula bagi mendapatkan angka yang lebih realistik terutamanya masalah kemiskinan bandar yang terus menghimpit kalangan anak muda dan yang mula berkeluarga tinggal di bandar-bandar besar ini.Apatah lagi melihatkan pendapatan yang diterima tidak seimbang dengan perbelanjaan mereka. 

Apa pula respon anda?

Aktivis didakwa hasut dibawa ke Johor

Posted: 23 Sep 2014 04:54 AM PDT

MALAYSIAKINI




 
 
 
Aktivis Ali Abdul Jalil hari ini didakwa sekali lagi bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Selepas dibebaskan dengan jaminan, beliau ditahan semula oleh pihak polis, sama seperti yang berlaku sebelum ini.

Beliau akan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk direman dan disiasat.

Selepas dijamin, Ali dikerumuni penyokong dan dipeluk ayahnya Abdul Jalil Abd Rahman, 62, yang turut hadir.

Orang ramai turut melaungkan "Hidup Ali!".

Walaupun sudah dua minggu dalam tahanan, Ali tampil bersemangat dan sentiasa tersenyum.

Bercakap kepada pemberita, beliau malah menegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun tanpa senjata.

"Rakyat adalah raja," kata Ali.

Peguam anggap 'gangguan'

Sementara itu, peguamnya New Sin Yew menyifatkan tangkapan terbaru pada anak guamnya itu merupakan "satu bentuk gangguan" dan tiada keperluan memindahkannya ke Johor.

Katanya, tempat jenayah didakwa dilakukan di Kuala Lumpur, tetapi Kuala Lumpur, tempat Ali tinggal.


 

Azmin akan manfaatkan rizab tunai RM3 bilion

Posted: 23 Sep 2014 04:46 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Dalam ucapan sulungnya selepas dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu, Azmin Ali berikrar untuk memanfaatkan rizab tunai RM3 bilion dalam perbendaharaan negeri Selangor untuk "manfaat rakyat Selangor".

Menurut Azmin, beliau tidak mahu rizab itu kekal di atas kertas semata-mata.

"Setiap sen dana negeri Selangor adalah milik rakyat dan bukan milik pemimpin.

"Cara saya dana itu bukan di atas kertas tetapi diterjemahkan kepada program yang dapat memberi manfaat kepada rakyat Selangor," katanya dalam ucapan di hadapan rumah ibunya di Kampung Klang Gate Baru, Hulu Kelang, tengah hari ini.

Dalam ucapan sama, Azmin berikrar untuk menjalankan tugas secara turun padang dengan mendekati sendiri masalah penduduk Selangor.

"Banyak kerja yang tertangguh selama dua bulan ini.

"Cara kerja saya bukan dengan tie (tali leher) dan kot tetapi dengan lengan pendek dan seluar panjang... turun ke daerah untuk mendengar sendiri masalah rakyat dan selesaikan semuanya," katanya.

Terus masuk pejabat

Beliau memaklumkan orang ramai yang beliau akan terus ke pejabat menteri besar pada petang ini juga untuk membincangkan pelantikan exco yang akan diumumkan pada hari Jumaat ini.

"Saya juga akan masuk ke pejabat petang ini untuk berbincang tentang barisan exco yang baru," katanya.

Beliau turut berhasrat meningkatkan imej penjawat-penjawat awam Selangor untuk lebih dikenali sebagai penjawat awam yang cekap apabila bekerja dalam satu pasukan.

"Saya akan mengangkat martabat penjawat awam di negeri Selangor sebagai pasukan yang boleh menjalankan tanggungjawab secara kolektif," katanya dalam ucapan di hadapan kira-kira 300 orang hadirin.

Hadirin yang hadir rata-ratanya kelihatan ceria walaupun cuaca panas terik.

Mereka menghadiri kenduri kesyukuran yang diadakan di perkarangan rumah ibu Azmin, Che Tom Yahya di Kampung Klang Gate Baru, Ulu Klang.

Terdahulu, beliau berikrar untuk terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai menteri besar baru dalam mengekalkan keharmonian di Selangor bermula hari ini.

Imamkan 300 orang

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas selepas mengimamkan solat Zuhur berjemaah di masjid berhampiran rumah ibunya, Masjid Kampung Klang Gate Baru, Hulu Kelang pada jam 1.25 tengah hari tadi.

"Amanah ini bukan satu keistimewaan tetapi tanggungjawab yang cukup besar untuk mengangkat martabat orang Melayu-Islam khususnya.

"Saya harap dengan dokongan tuan-tuan saya dapat jalankan tanggungjawab ini dengan jujur dan ikhlas kerana akhirnya saya perlu menjawab pada Allah Taala.

"Jadi saya berharap sekarang adalah waktu untuk kita mula bekerja.

"Saya juga telah menerima akujanji dengan Tuanku Sultan Selangor untuk menjaga keharmonian di negeri ini," katanya dalam ucapan tersebut di hadapan kira-kira 300 orang menyertai solat Zuhur berjemaah diimamkan Azmin.

Satu kenduri kesyukuran menyambut pelantikan Azmin sebagai MB akan berlangsung pada bermula jam 2.30 petang ini di kediaman ibunya di kampung yang sama.

Azmin mengangkat sumpah sebagai MB baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim di Istana Alam Shah Klang, pagi tadi.

ROS akhirnya mengalah, iktiraf CEC DAP

Posted: 23 Sep 2014 04:16 AM PDT

_UFI2360

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – Kemelut 21 bulan melibatkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan DAP akhirnya selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila agensi tersebut mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.

Dalam pendengaran kes saman DAP terhadap agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri itu, ROS bersetuju bahawa CEC DAP yang dilantik pada 29 September tahun lalu adalah sah dan boleh melaksanakan tugas.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang melalui akaun Twitternya menulis "Berakhirnya 'limbo' 21 bulan bagi DAP setelah Pendaftar Pertubuhan mengalah di Mahkamah Tinggi. CEC DAP boleh melaksanakan semua tugas dan kuasanya"

Kemelut CEC DAP bermula selepas keputusan pemilihan DAP dalam kongresnya pada tahun 2012 tidak diiktiraf ROS lantaran kesilapan teknikal.

DAP kemudiannya melakukan pemilihan semula pada 29 September tahun lalu sesuai dengan saranan pihak ROS.

Pun begitu, ROS tetap tidak mengiktiraf jawatankuasa yang dilantik dan mengarahkan supaya badan tersebut tidak membuat sebarang keputusan, sehingga siasatannya selesai.

Hakim Datuk Zaleha Zahari menggugurkan saman DAP terhadap ROS tanpa arahan kos, setelah DAP menarik balik samannya bagi mendapatkan semakan kehakiman terhadap arahan ROS terbabit.

Dalam penghujahannya kepada mahkamah, Peguam DAP Gobind Singh Deo berkata bahawa arahan yang dikeluarkan ROS pada 6 Disember 2013 terhadap Setiausaha Agung DAP bukanlah arahan yang mengikat dari segi undang-undang.

"Oleh yang demikian arahan tersebut adalah tidak tidak mengikat dan hanyalah nasihat kepada DAP, dan pihak ROS mengiktiraf CEC DAP yang dilantik pada 29 September 2013." – Roketkini.com

Bayi lapan bulan cedera diserang biawak

Posted: 23 Sep 2014 04:11 AM PDT


Bayi malang ini stabil setelah mendapat rawatan lanjut. Bayi malang ini stabil setelah mendapat rawatan lanjut. - Sumber WhatsApp Bayi malang ini stabil setelah mendapat rawatan lanjut. Bayi malang ini stabil setelah mendapat rawatan lanjut. - Sumber WhatsApp
 
 
 
ROMPIN – Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan cedera teruk di muka dan kepala selepas digigit seekor biawak besar di kuarters pekerja Berjaya Resort Tioman, Pulau Tioman, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 10 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya, berkata, kejadian tersebut hanya disedari ibunya apabila terdengar tangisan kuat bayi tersebut secara tiba-tiba.

"Bayi seberat kira-kira 9kg itu diletakkan di atas lantai dapur dan pada masa itu ibunya meninggalkan bayinya sekejap untuk mengambil sesuatu sebelum terdengar bunyi bising diikuti tangisan kuat anaknya tidak seperti biasa.

"Ibu bayi malang itu bergegas mendapatkan anaknya dan hampir pitam apabila melihat seekor biawak besar sedang mengigit serta mencengkam kepala bayi perempuannya dengan kuku. Biawak itu juga cuba menarik bayinya keluar dari kawasan dapur untuk dibawa lari ke dalam semak berhampiran," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Johari berkata, ibu bayi itu berjaya menyelamatkannya sebelum meminta bantuan orang awam membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek, Pulau Tioman untuk menerima rawatan.

Katanya, bapa bayi itu juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Tioman kira-kira jam 4.51 petang semalam.

"Bayi itu telah dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut bagaimanapun keadaannya kini dilaporkan stabil," katanya.

Sementara itu, jurucakap Hospital Mersing yang dihubungi mengesahkan bayi malang tersebut telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut.

Posted: 23 Sep 2014 04:08 AM PDT

DAP kecam sikap lepas tangan Bukit Aman tangani perdagangan seks

10577143_357436767743588_9021242922173980185_n

Roketkini.com


PETALING JAYA: DAP kesal dengan sikap lepas tangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dalam menangani kes perdagangan seks di Malaysia.

Adun DAP Damansara Utama Yeo Bee Yin berkata, sikap 'tidak apa' terhadap pasaran pekerja seks bernilai RM3 bilion tersebut termasuk mengangap ia sebagai bukan 'industri' tetapi hanya 'aktiviti' tidak boleh diterima sama sekali.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat SAC Datuk Roslee Chik dalam portal The Star Online, 23 September lalu menyifatkan pendedahan video 'Trapped – The Underage Sex Industry in Malaysia' hanyalah 'aktiviti' dan bukannya 'industri' kerana ia 'tidak begitu besar'.

Sedangkan Havescope, pertubuhan antarabangsa yang mengumpul maklumat tentang pasaran gelap dunia menganggarkan saiz nilai pasaran gelap pekerja seks di Malaysia bernilai sehingga USD 963 juta.

"Adakah pasaran gelap seks bernilai RM3 bilion tidak cukup besar untuk dipertimbangkan sebagai sebuah industri bagi Bukit Aman?

"Kumpulan pekerja seks juga tergolong dalam salah satu daripada empat kumpulan terbesar jangkitan HIV oleh Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia manakala 74 peratus daripada jangkitan HIV baru disebabkan pemindahan secara seksual berdasarkan data 2013.

"Jadi, masalah perdagangan seks haram pastilah bukan 'tidak begitu besar' sebagaimana yang disifatkan Roslee. Sikap 'tidak apa' terhadap masalah kompleks ini tidak boleh diterima," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menyelar kenyataan terbabit, Bee Yin menyatakan, Bukit Aman sepatutnya memandang serius untuk mengatasi perdagangan seks haram di Malaysia terutama melibatkan pekerja bawah umur.

"Daripada menafi atau memperkecilkannya, kita mesti mengetahui ramai kanak-kanak (tempatan atau asing) diculik, ditipu atau diperdagangkan untuk diniagakan tubuh mereka.

"Adalah lebih untuk mencari jalan penyelesaian sama ada melalui undang-undang dan penguatkuasaan daripada menolaknya ketepi termasuk mencari kesalahan dan menafikannya," tegas beliau. – Roketkini.com

Rasuah: Seorang lagi pegawai kastam didakwa

Posted: 23 Sep 2014 03:59 AM PDT


 - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 
 
 
SHAH ALAM - Seorang lagi pegawai kastam didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam sebentar tadi membabitkan kesalahan menerima suapan.

Pegawai kanan kastam, Mohd Yusri Mohd Jonet, 35, yang kini berkhidmat di Cawangan Pemeriksaan Penumpang KLIA didakwa melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa menerima suapan RM300 daripada individu yang mempunyai urusan rasmi dengannya sewaktu berkhidmat di Unit Pencegahan Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari tahun 2004 hingga 2013.

Barisan Exco Selangor baharu dibincang petang ini

Posted: 23 Sep 2014 03:57 AM PDT


Azmin Ali Azmin Ali


GOMBAK – [DIKEMASKINI] Segala perbincangan mengenai barisan baharu Exco Selangor hanya akan mula dibincangkan pada petang ini.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ketika ditemui media berkata, kedudukan wajah baharu itu akan ditentukan melalui perbincangan tersebut.

Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan berlaku rombakan.

Ditanya kedudukan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam barisan Exco tersebut, beliau berkata, tidak boleh memberi bayangan ke atas apa yang bakal terjadi.

"Segala keputusan akan tertakluk dalam pertemuan nanti dan keputusan mengenai kedudukan Exco akan diselesai sepenuhnya menjelang Jumaat ini," katanya.

Hadi mahu Azmin laksana amanah rakyat

Posted: 23 Sep 2014 03:53 AM PDT

SINAR HARIAN


Hadi Awang  
Hadi Awang



KUALA TERENGGANU - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali atas pelantikan beliau sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Beliau berkata, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR kini harus memikul amanah yang diberikan Sultan Selangor dan rakyat Selangor kerana pelantikan ini juga menyelesaikan isu pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Tahniah kepada Azmin yang telah dilantik sebagai menteri besar Selangor dan kemelut politik di Selangor dapat diselesaikan dengan baik," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini hari ini.

Katanya Pas akan kekal dalam pakatan rakyat di Selangor dan tidak pun terkilan dengan penolakan calon daripada Pas untuk jawatan itu kerana dari awal lagi Pas tidak mahukan jawatan tersebut.

Berkenaan dengan majoriti dalam pakatan rakyat, yang dikatakan mahu Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi menteri besar sebelum ini, beliau berkata kedudukan Sultan Selangor adalah lebih tinggi dalam menentukan siapa yang layak.

Sementara itu Menteri Besar Terengganu Datuk Razif Abdul Rahman dalam ucapan pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dun ke-13, berkata beliau mengucapkan tahniah atas pelantikan Mohamed Azmin dan berharap menteri besar baharu itu dapat meneruskan fokus dalam membela nasib rakyat di Selangor.

Mohamed Azmin, 50, mengangkat sumpah jawatan menteri besar Selangor ke-15 di hadapan Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 10.42 pagi ini.

Beliau mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu lebih enam tahun bermula 2008. - Bernama

Pekerja kargo didakwa ancam lancar bom

Posted: 23 Sep 2014 03:51 AM PDT

SINAR HARIAN

Pekerja kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Syafiq Abdul Wahid, 24, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung amaran pelancaran misi mengebom di beberapa tempat. - Foto Bernama Pekerja kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Syafiq Abdul Wahid, 24, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung amaran pelancaran misi mengebom di beberapa tempat. - Foto Bernama
 
 
 
PETALING JAYA - Seorang pekerja kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung amaran pelancaran misi mengebom di beberapa tempat.
 
Syafiq Abdul Rahim, 24, didakwa mengeluarkan kenyataan itu melalui Facebook atas profil Persatuan Kongsi Gelap Melayu dengan niat menakutkan orang awam.
 
Lokasi itu melibatkan kilang arak di Shah Alam, pusat beli-belah Pavilion, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kuil Batu Caves dan Masjid Negara.
 
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Stesen Minyak Caltex, Jalan TK 4/5, Taman Kinrara, Bandar Kinrara, Subang Jaya, di sini pada 12.30 tengah hari, 24 Ogos lepas.
 
Bagi pertuduhan itu, Syafiq didakwa mengikut Seskyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
 
Hakim Yasmin Abdul Razak membenarkan Syafiq diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Okt ini untuk sebutan semula kes. Dia membayar wang ikat jamin tersebut.
 
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azari Harun manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin.- Bernama

Azmin jamin guna dana dengan telus

Posted: 23 Sep 2014 03:50 AM PDT


Azmin Ali menerima watikah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru daripada Sultan Selangor pada Majlis Istiadat Perlantikan Dato' , Menteri Besar dan Exco Selangor di Istana Alam Shah. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM Azmin Ali menerima watikah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru daripada Sultan Selangor pada Majlis Istiadat Perlantikan Dato' , Menteri Besar dan Exco Selangor di Istana Alam Shah. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 
 
 
SHAH ALAM - Segala penggunaan dana dan perbelanjaan bagi pembangunan akan diuruskan dengan telus dan penuh amanah.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, semakan penuh akan dibuat oleh beliau untuk memastikan pentadbiran dan pembangunan negeri berjalan dengan lancar.

"Untuk permulaan, saya akan  tumpukan kepada pembangunan di Selangor. Saya akan semak semula setiap perincian dalam semua perkara berkaitan untuk melancarkan kembali pentadbiran negeri ini.

"Saya akan pastikan dana yang ada diguna dan dimanfaatkan dengan telus dan tulus," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Mohamed Azmin diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menjawat  jawatan tersebut.

Semalam, Pkr mengadakan mesyuarat tergempar bersama pimpinan parti yang lain bagi merestui perkenan sultan.

Penerimaan Mohamed Azmin bagi jawatan tersebut sekaligus mengakhiri kemelut perebutan jawatan bagi menteri besar di negeri ini.

Azmin dalam pada itu turut mengucapkan penghargaan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memberi persetujuan dan menyokong sebulat suara atas pelantikannya.

Mohamed Azmin tiba seawal jam 8:15 pagi  bagi upacara Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan di Istana Alam Shah, Klang, dan kemudiannya menuju ke Masjid Klang Gate untuk menunaikan solat Zohor bersama-sama penduduk setempat.

Usai solat Zohor, beliau menuju ke kediaman bondanya, Che Tom Yahaya di Kampung Klang Gate untuk berjumpa ibunya dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum meneruskan perancangan untuk mengadakan mesyuarat membincangkan kedudukan barisan Exco Selangor.

Hadi ucap tahniah pelantikan Azmin

Posted: 23 Sep 2014 03:38 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada Muhamed Azmin Ali atas pelantikannya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
 
Abdul Hadi turut mengingatkan supaya beliau menjalankan amanah yang dipikul dengan sebaik-baiknya dan tidak boleh disalahgunakan.
 
"Jadi kita harap supaya Azmin dapat jalankan tugas dengan penuh amanah dan tidak menyalahgunakan kuasa dan harta Selangor," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
 
Sementara itu, di Tumpat, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS menyifatkan pelantikan Azmin sebagai penamat kepada segala masalah dan kemelut membelenggu Pakatan Rakyat berkenaan jawatan itu sebelum ini.
 
Katanya, parti itu juga mengalu-alukan pelantikan Mohamed Azmin untuk menerajui kerajaan negeri selaras dengan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
 
Katanya, tidak ada lagi perkara berbangkit daripada parti itu berhubung pelantikan Mohamed Azmin termasuk keperluan untuk PAS mengadakan semula mesyuarat.
 
"Dalam PAS apa saja yang diputuskan oleh istana, kita setuju. Semuanya (sayap PAS) termasuk Dewan Ulama setuju.
 
"Sebelum ini, mesyuarat kita pada 17 Ogos lalu pun sudah bersetuju dua nama dipertimbangkan iaitu Mohamed Azmin dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, jadi tidak ada keperluan untuk itu (adakan mesyuarat)," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Markas Besar PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor, di sini.
 
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula meminta semua pihak mematuhi perkenan baginda Sultan Selangor berkenaan pelantikan itu serta mengharapkan Mohamed Azmin dapat menerajui kerajaan negeri dengan jayanya.
 
Menyentuh mengenai tindakan kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor yang sebelum ini menyokong Wan Azizah, Mustafa berkata jawatankuasa disiplin parti itu masih lagi menyiasat dan beliau sendiri akan memanggil kedua-duanya dalam masa terdekat.
 
"Setakat ini memang tak ada apa-apa tindakan lagi, lepas ini saya akan panggil. Lambat, cepat ini atas persepsi orang saja," katanya menjawab soalan media berkenaan kelewatan jawatankuasa disiplin parti itu mengambil tindakan ke atas dua ADUN itu.

Iskandar tegur Guan Eng supaya 'jangan pandang belakang'

Posted: 23 Sep 2014 03:36 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani W. M. Azhar dan Shawaliah Hadir
Post Pic



SHAH ALAM: Exco Selangor, Iskandar Samad hari ini menegur DAP kerana masih mempertikaikan penyertaan empat exco PAS dalam pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim yang lalu sungguhpun Menteri Besar Selangor yang baharu sudahpun dilantik.

Katanya, empat exco PAS bertindak demikian bagi memastikan Selangor kekal di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat sekali gus mengelakkan pilihan raya negeri (PRN) mengejut diadakan.
 
"Jika empat orang exco juga letak jawatan, (bermakna) kerajaan negeri juga telah tumbang. Mungkin akan berlaku pilihan raya negeri. 
 
Empat exco terus pertahan polisi dan prinsip Pakatan Rakyat di dalam kerajaan negeri Tan Sri Khalid di Selangor," ujar Iskandar menerusi aplikasi WhatsApp kepada Antarapos.
 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi kenyataan medianya selepas Azmin sah dilantik menjadi MB Selangor berkata, parti itu menyokong pelantikan itu.
 
Beliau kemudiannya mensasarkan kritikannya kepada empat exco PAS di Selangor kerana ingkar pada prinsip solidariti dan demokrasi serta kegagalan untuk setia bersama enam lagi exco DAP dan PKR yang dipecat secara tidak adil oleh bekas menteri besar.
 
Khalid sebelum ini bertindak memecat enam exco berkenaan atas alasan mereka cuba 'mengurangkan kecekapan' pengurusan kerajaan negeri.
 
Iskandar menegaskan Guan Eng tidak perlu toleh ke belakang dan seharusnya pandang ke depan bagi memastikan Selangor terus maju dan berdaya saing.
 
"Lim Guan Eng sepatutnya bawa semangat baru ke hadapan. Bukannya memandang ke belakang," tambanya.
 
Seorang lagi exco Selangor, Sallehen Mukhyi yang ditemui pemberita selepas istiadat pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu di Istana Alam Shah menyifatkan Guan Eng sebagai tidak memahami Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
 
"Guan Eng tidak faham Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Jadi pada ketika itu yang ada adalah Umno -BN kalau kita tidak ada, MB boleh pilih empat orang daripada Umno untuk jadi exco.
 
"Jadi sebab itu saya mengatakan bahawa empat orang exco ini sebenarnya walaupun dituduh sebagai pengkhianat tapi sebenarnya kami adalah benteng terakhir untuk selamatkan kerajaan Pakatan Rakyat," kata Sallehen ringkas kepada pemberita yang menunggu hampir tiga jam di perkarangan Istana Alam Shah. 
 
Pada Muktamar PAS kali ke-60 di Johor hujung minggu lalu, Sallehen yang juga perwakilan PAS Selangor berkata, kesemua empat exco PAS Selangor berkorban apabila terus kekal dalam pentadbiran Khalid.
 
Menurutnya, mereka dicemuh rakan komponen Pakatan Rakyat yang lain walhal tindakan itu diambil bagi memastikan Selangor masih dalam kawalan gagasan itu.
 
"Walaupun kita mendapat sindiran daripada beberapa rakan-rakan dalam PR, empat kerusi inilah menjadi benteng terakhir Kerajaan PR Selangor.
 
"Walaupun kita boleh melantik exco baru, kita tak buat begitu kerana kita mahu menghormati rakan kita dalam PR," tambahnya.
 
Empat exco PAS itu dijangka kekal dalam pentadbiran Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali.
 
Mereka adalah ADUN Chempaka, Iskandar Samad; ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi; ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi dan ADUN Selat Klang, Dr Halimah Ali.
 
Azmin pagi tadi mengangkat sumpah jawatannya di Balairong Seri Istana Alam Shah di Klang.

Tahniah Azmin, 'tautkan yang belah, sambung yang putus dan tampal yang koyak'

Posted: 23 Sep 2014 03:29 AM PDT

YAB Azmin, penyambung kerja baik TS Khalid

ASPAN ALIAS


Sah, Ahli Dewan Undangan negeri Bukit Antarabangsa, yang juga Timbalan Presiden PKR Kebangsaan telah diperkenan Tuanku Sultan Selangor untuk menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan TS Khalid Ibrahim yang dimangsakan oleh Anwar Ibrahim itu. Sekalung tahniah kepada saudara Azmin yang saudara akan memulakan tugasan sebagai Ketua Kerajaan Negeri Selangor berkuatkuasa besok, 23hb September.

Akhirnya terjawab sudah siapa yang telah ditentukan takdir untuk memikul tanggungjawab dan menyambung kerja baik yang telah diselenggarakan oleh TS Khalid Ibrahim sejak enam tahun yang lalu.

Dengan perlantikan Azmin Ali itu, maka jelas ia telah menggagalkan 'Kajang Move' yang diatur dan disusun oleh Anwar Ibrahim yang dinasihatkan oleh Penasihat Strategi PKR yang 'famous' itu.

Bagi Azmin perlantikan beliau itu tidak boleh diterima sebagai kemenangan peribadi tetapi di sebaliknya terimalah perlantikan itu sebagai satu tanggungjawab berat untuk meneruskan ketelusan pentadbiran negeri Selangor yang begitu baik di bawah TS Khalid Ibrahim dahulu.

Azmin, seorang yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman yang luas dalam Dewan Legislatif Negeri Selangor dan begitu mahir dalam mengurus parti yang beliau sama-sama menubuhkannya pada tahun 1998 dahulu.

Walaupun beliau bukan pilihan PKR tetapi ahli-ahli biasa parti itu di Selangor kebanyakan menyokong perlantikan beliau dan dalam keadaan sekarang saya dapati ramai di antara penyokong Khalid Ibrahim pun bersetuju bagi Azmin menggantikan TS Khalid Ibrahim.

Saya berharap Azmin akan menjadi pemimpin negeri yang 'magnanimous' seperti yang saya sebutkan pagi tadi dalam posting yang sebelum ini. Jadilah seorang Menteri Besar yang tidak terlalu masuk campur dalam urusan pegawai kerajaan dan pelaksana yang melaksanakan tugas menyempurnakan dasar yang telah ditetapkan.

Jika terlalu banyak masuk campur dalam urusan pelaksana maka memerangani isu rasuah akan tidak tercapai. Parti hanya boleh membuat dan menggubal dasar, tetapi apabila dasar telah digubal, tugas seorang ahli politik termasuk Menteri Besar hanyalah untuk memastikan dasar yang digubal itu terlaksana dengan sempurna.

Saya secara peribadi bergembira dengan perlantikan Azmin ini kerana sememangnya beliau mempunyai sebab dan moral untuk menjadi Menteri Besar sejak dari tahun 2008 lagi. Tetapi apa yang telah dipahat oleh TS Khalid Ibrahim selama enam tahun sebelum ini menjadikan tekanan terhadap Azmin untuk menyamai ketelusan TS Khalid jika tidak melebihinya merupakan satu sasaran yang sangat tinggi bagi Azmin Ali.

Tetapi saya yakin Azmin mampu melakukannya, kerana Azmin sudah belajar banyak, bukan dari kesilapan beliau sendiri tetapi banyak belajar dari kesilapan orang lain khususnya mentor beliau sendiri Anwar Ibrahim.

Kepada Wan Azizah, kita berharap beliau tidak berkecil hati atas perlantikan Azmin, Timbalan beliau dalam PKR. Anggaplah perlantikan Azmin ini seperti perlantikan untuk parti yang tidak ada mana-mana pihak yang menentangnya.

Tentunya pemilihan Azmin ini sudah ditentukan di azali lagi kerana berbagai-bagai pihak yang selama enam tahun ini mahukan jawatan itu, tetapi dalam keadaan sekarang beliau menjadi pilihan dan diharap, beliau akan mampu bekerjasama dengan pihak Istana  dan Legislatif, serta eksekutif dengan baik,.

Ketiga-tiga teras sebuah negeri yang berdaulat seperti Selangor wajar 'sehayun dan selenggang' agar negeri tidak kacau-bilau oleh kerana politik sempit yang dibudayakan oleh politik baru sekarang ini.
Setakat ini sahaja komen saya dan akhirnya saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara Azmin Ali, yang telah tepat dan kena masanya untuk dilantik sebagai Menteri Besar bagi menggantikan TS Khalid Ibrahim yang teraniaya itu.

Saya yakin Azmin akan berjaya 'mentautkan yang belah, menyambung yang putus dan menampal yang koyak'.

Sekali lagi TAHNIAH setinggi-tingginya.

Oii sudah-sudahlah tu…

Posted: 22 Sep 2014 10:45 PM PDT




Oleh Zulkifli Sulong






Setelah 8 bulan krisis pelantikan menteri besar Selangor berlanjutan, orang ramai berpandangan para pemimpin politik perlu memberikan tumpuan kepada mereka pula.Mereka sudah jelak dengan krisis yang berpanjangan ini dan mahukan semua wakil rakyat yang mereka pilih memberi fokus kepada tugas mereka sebagai wakil rakyat.

Mereka mahu jalan-jalan yang berlubang di sana sini ditampal dan mereka mahu parit serta longkang tersumbat diperbetulkan kerana ia menjadi tempat musuh manusia membiak.

Mereka juga mahu khidmat kesihatan rakyat dipertingkatkan, kualiti kebersihan dan keindahan dijaga bahkan mereka juga mahu masalah kesesakan dan kelemahan sistem pengangkutan awam diselesaikan segera.

Mereka juga mahu kerajaan negeri Selangor yang dikatakan kaya ini mempertingkatkan kemudahan pendidikan dan memastikan harga rumah berpatutan untuk rakyat.

Tak guna kerajaan negeri ada berbilion ringgit dalam kantungnya tetapi mereka tetap berada di tahap yang sama. Wakil-wakil rakyat mereka sibuk berpolitik siang malam. Pengkhianat sana, pengkhianat sini, barua sana barua sini. Munafik sana, munafik sini dan entah apa-apa lagi yang dihamburkan.

Selepas sultan berkenan melantik Mohamed Azmin Ali sebagai Dato' Menteri Besar Selangor yang baru, mereka sangat berharap parti-parti Pakatan Rakyat (PR) akan menyokong beliau sepenuhnya dan mempersiapkan diri untuk maju ke depan.

Tiba-tiba, DAP pula membuat kenyataan menyesali empat exco PAS yang bersama-sama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan kerajaan negeri, kononnya mereka pengkhianat. Padahal semua tahu, kerajaan Khalid sementara sahaja sebelum menteri besar baru dilantik oleh Tuanku Sultan.

Kalau mereka berempat tidak ada di situ, sudah tentu Khalid terpaksa melantik orang lain untuk mempastikan kerajaan itu kekal dan pilihan raya semula negeri tidak perlu diadakan.

Kalau lantik orang lain, bagaimana kalau mereka daripada Umno. Adakah itu yang dikehendaki DAP? Jadi agak-agaklah sebelum membuat komen bukan-bukan dan kadang-kadang tidak perlu sebenarnya.

Bila DAP dah tuduh macam tu, PAS sudah tentu akan jawab. Sekurang-kurangnya sekarang PAS teragak-agak dalam sikapnya terhadap kerajaan baru di bawah pimpinan Azmin.

Sehingga tulisan ini ditulis, tidak ada sebarang kenyataan rasmi daripada PAS terhadap keputusan Sultan Selangor untuk melantik Azmin sebagai menteri besar baru.

Jangan-jangan PAS mengambil keputusan untuk tidak menyertai kerajaan itu dan menjadi Adun bebas ekoran kenyataan DAP itu. Ia tidak mengejutkan kalau diperhatikan daripada gaya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika memberikan ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat kelmarin.

Harap-harapnya tidak begitu. Rakyat sekarang mahukan mereka pula yang dimanja. Banyak harapan mereka yang perlu ditunaikan oleh PR.

Lantiklah segera para exco dan susunlah segera kakitangan di pejabat menteri besar tu.
Kalau terus-terusan bergaduh, nanti ada yang jerkah... Oiii sudah-sudahlah tu www.themalaysianinsider.com

Sokongan pengundi kepada Wan Rosdi makin terserlah

Posted: 22 Sep 2014 10:41 PM PDT

SALMAH MAT HUSAIN 


TUMPAT: Prestasi pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan memberi keyakinan rakyat di Dun Pengkalan Kubor untuk memilih calon Pakatan Rakyat daripada PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Penasihat Jentera Operasi PAS Pilihan Raya Dun Pengkalan Kubor, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya opitimis pengundi akan memilih calon PAS berikutan prestasi tugas Wan Rosdi sebagai Penyelia Dun sejak dua penggal lalu dikenali rakyat.

"Sokongan untuk pengundi memilihnya pada PRK 25 September ini semakin menyerlah, insya Allah.

"Pengundi pelbagai keturunan mengakui memang mengenali calon kita yang sering menjaga kebajikan rakyat, turun ke bawah menyantuni mereka serta menyelesaikan masalah yang dihadapi," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.

Beliau berkata, pentingnya wakil rakyat dipilih dari pihak kerajaan negeri bagi menyelenggarakan program masyarakat khususnya yang berkaitan majlis-majlis daerah.

Menurutnya, perbincangan dan perundingan begitu perlu untuk mempertingkatkan tahap kebersihan, ekonomi rakyat di Dun berkenaan.

Tuduhan liar

Mengenai dakwaan pihak tertentu terhadap parti rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR yang didakwa cuba mensabotaj Wan Rosdi, beliau menyifatkannya sebagai tuduhan liar.

Beliau berkata, ia satu tuduhan yang tidak bertanggungjawab memandangkan PKR bukan sahaja hadir bermesyuarat bersama-sama, sebaliknya petugas mereka turun ke bawah bersama dengan petugas PAS.

Katanya, sewaktu Muktamar PAS sedang berlangsung di Batu Pahat, Johor minggu lepas, petugas PKR bersama petugas PAS di Pengkalan Kubor bekerja keras berkempen bersama-sama.

"Malah setiap hari juga kami mengadakan mesyuarat bersama sebelum jam 10.00 pagi untuk bertukar-tukar maklumat dan padangan," ujarnya.

Untuk itu, Takiyuddin memberi amaran agar tidak ada lagi tuduhan liar seperti itu. - HARAKAHDAILY

Papan Iklan Royalti Minyak 'Makan Diri' BN

Posted: 22 Sep 2014 10:35 PM PDT

Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN 
 
 
Tuan Ibrahim Tuan Man
 
 
 
PENGKALAN KUBOR: Papan iklan yang dinaikkan sebagai bahan kempen mengenai tuntutan royalti RM12 bilion oleh kerajaan Kelantan didakwa akan memudaratkan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, papan iklan yang dinaikkan BN itu secara tidak langsung telah mengisytiharkan pembohongan kerajaan Pusat berhubung isu royalti minyak di negeri berkenaan.

"Banyak 'billboard' tentang tuntutan RM12 bilion oleh kerajaan negeri...pembohongan dan sebagainya. 'Billboard' itu akan 'makan diri' sebab rakyat akan tengok siapa yang bohong.

"Walaupun billboard itu cuba menafikan apa yang kita hujah mengenai isu royalti, ia juga membuktikan kerajaan Pusat berbohong dengan rakyat Kelantan yang kononnya tak layak, tetapi tiba-tiba dibayar dalam bentuk wang ihsan yang kita tak iktiraf," katanya pada sidang media PRK Pengkalan Kubor di Markas Besar PAS di sini, Isnin.

Beliau, dalam sidang media ini turut mempersoalkan perjanjian mengenai pembayaran royalti telah dibuat dengan kerajaan negeri.

Beliau mendakwa, pembayaran tidak patut dibuat kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri.

"Dalam perjanjian ia dibuat dengan kerajaan negeri, maka pembayaran mesti dibuat kepada kerajaan negeri, bukan melalui JPP atau pihak lain," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai papan tanda dan poster berhubung isu royalti yang semakin banyak diletakkan di kawasan Pengkalan Kubor dalam tempoh kempen yang berbaki tiga hari sahaja lagi.

Bahan kempen mengenai isu royalti tersebut mendakwa tuntutan RM12 bilion oleh PAS dan kerajaan negeri sebagai pembohongan dan 'fitnah besar' terhadap kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hasan berkata, pemberian wang ihsan oleh kerajaan Pusat kepada Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) yang diumumkan baru-baru ini bukanlah penyelesaian kepada isu royalti.

Jelasnya, tuntutan royalti oleh kerajaan negeri adalah tetap, masih berjalan di mahkamah dan mahkamah belum membuat keputusan mengenainya.

"Bolehkah kerajaan Pusat mengatasi mahkamah?.

"Kalau nak bagi boleh tapi itu bukan penyelesaian tuntutan daripada kerajaan Kelantan kepada Petronas dan kerajaan Pusat selaku defendan," katanya.

PAS Selangor Sokong Azmin Sebagai MB Baharu

Posted: 22 Sep 2014 10:33 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Azmin dipeluk ibu mertuanya,Siti Rahmah Ismail selepas dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu pada Isnin.
 
 
 
SHAH ALAM: PAS Selangor berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Menteri Besar Selangor baharu, Azmin Ali.

Setiausaha Mohd Khairuddin Othman berkata, ahli-ahlinya menerima keputusan Sultan Selangor yang memilih Azmin sebagai MB baharu.

"Semua ahli PAS di Selangor bersedia untuk bekerjasama dengan Azmin sebagai menteri besar bagi meneruskan tugas untuk kebaikan dan kebajikan rakyat negeri ini.

"Kami berdoa agar beliau mampu menjalankan tugas dengan baik. 

 "Kami juga berharap perlantikan ini akan menamatkan segala krisis politik yang mengganggu pengurusan negeri sebelum ini," katanya.

"Dosa Khalid Cuma Satu"

Posted: 22 Sep 2014 10:31 PM PDT

MSTAR ONLINE


Khalid pada majlis perpisahan sebagai Menteri Besar Selangor pada Isnin.
 
 
 
KETIKA krisis kepemimpinan Selangor kelihatan berakhir dengan upacara angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor oleh Mohamed Azmin Ali pada tanggal 23 September 2014, bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, 'cerita' Tan Sri Khalid Ibrahim sebenarnya belum berakhir, sebaliknya baru sahaja bermula.

Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata , sangat menarik untuk memperhatikan apa yang akan berlaku kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu selepas berundur daripada jawatannya sebagai menteri besar.

"Ada banyak kemungkinan boleh berlaku, termasuk membabitkan kontroversi tuduhan yang dilempar oleh pemimpin kanan PKR terhadapnya sebelum ini.

"Beliau adalah tokoh tahan uji. Dengan pengalamannya sebagai tokoh korporat tidak mustahil Khalid dimanfaatkan oleh mana-mana pihak untuk mengelolakan sebarang syarikat di negara ini," katanya.



Yusmadi yang mewakili kawasan Parlimen Balik Pulau bagi penggal 2008 – 2013 berkata, Selangor bertuah kerana mempunyai Khalid sebagai menteri besar.

Katanya, dalam tempoh singkat Khalid berjaya mempamerkan prestasi terpuji ketika harapan masyarakat kepada Pakatan Rakyat (PR) begitu tinggi sejak lembaga tidak rasmi itu tertubuh beberapa tahun lalu.

Kata Yusmadi, kewujudan PR menyebabkan harapan rakyat di negara ini terangkat begitu tinggi dan perlu ada seorang tokoh diyakini untuk membawa aspirasi itu.

Justeru, katanya, gabungan pembangkang beruntung kerana kehadiran Khalid membantu meningkatkan keyakinan ramai, sekali gus menyumbang kepada kejayaan PR menawan Selangor serta beberapa negeri lain.

Bagaimanapun, kata Yusmadi, Khalid terpaksa melepaskan jawatannya sebagai menteri besar kerana serangan berbentuk tuduhan yang tidak dibuktikan oleh mana-mana pihak.

"Dosa Khalid cuma satu. Dia gagal bertindak sebagai anggota pasukan seperti diharap PR. Misalnya, dia gagal hadir dalam mesyuarat dan bertindak membuat keputusan yang kadang-kadang secara sendirian, namun ia dilakukan selepas melalui pertimbangan teliti," katanya.

Antara kejayaan Khalid, kata Yusmadi, ialah mengumpul rizab bernilai lebih RM3 bilion.

Namun di sebalik dakwaan bahawa Khalid "kedekut", Yusmadi yakin tokoh yang mengejutkan dunia bisnes antarabangsa dengan langkah "Dawn Raid" bagi menguasai Guthrie pada 1981 itu mempunyai perancangan tersendiri.

"Khalid bukan orang biasa. Dia ada perencanaan sendiri dengan wang itu yang boleh digunakan untuk menambah aset Selangor jika keadaan mengizinkan, namun ia tidak difahami kebanyakan orang," katanya.

Sebenarnya, kata Yusmadi, Khalid sebagai menteri besar berjaya meletakkan penanda aras yang cukup tinggi sepanjang tempoh mengetuai kerajaan Selangor.

"Dia masuk PKR sendirian. Dia tidak kenal sesiapa kecuali Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail, namun berjaya mentadbir Selangor dengan baik," katanya.

Bagaimanapun Yusmadi menyatakan keyakinannya  bahawa Azmin mampu menyambung kecemerlangan rekod Khalid selepas ini berdasarkan  pengalaman Timbalan Presiden PKR itu.

Mengakui Azmin berdepan dengan persepsi yang pelbagai, Yusmadi berkata, orang ramai perlu menilai tokoh berkenaan secara objektif.

"Jika tidak, persepsi buruk itu akan tinggal sebagai tuduhan membuta tuli," katanya.

Azmin Kini MB Selangor Ke-15

Posted: 22 Sep 2014 10:24 PM PDT



Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan watikah pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, pagi Selasa.
 
 
 
KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali pada Selasa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 di Istana Alam Shah, di sini.

Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani aku janji di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pukul 10.40 pagi.



Memakai baju Melayu hitam lengkap bersongket emas, Azmin tiba di Istana Alam Shah pada pukul 8.30 pagi bersama isteri, Shamsidar Taharin.

Pada majlis berkenaan, Ahli Parlimen Gombak yang kelihatan tenang itu menerima watikah pelantikan daripada Sultan Sharafuddin.

Azmin, 50 mendapat perkenan Sultan Selangor untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meletak jawatan selepas berhadapan masalah dalaman PKR hingga dipecat.

Pelantikan Azmin sekali gus menamatkan kemelut politik bagi perebutan kuasa dalam Pakatan Rakyat untuk mengisi kerusi tersebut.

Azmin merupakan antara tiga calon yang disenarai pendek dan menghadap Sultan Selangor secara berasingan pada minggu lalu.

Selain Azmin, dua calon lagi adalah Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Emma Maembong Jawab Tuntut Bayaran Tak Masuk Akal

Posted: 22 Sep 2014 10:19 PM PDT

Oleh: FERIDE HIKMET ATAK 
 
 
Emma nafi sudah mula meletakkan harga tinggi.
 
 
 
PETALING JAYA: Pelakon Emma Maembong terkejut apabila dikatakan mula berubah sikap apabila meletakkan harga tinggi bagi sebuah tawaran telefilem sehingga mencecah lebih RM10,000 untuk tiga hari penggambaran.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 22, berkata, sehingga kini dia tidak pernah meletakkan harga tetap kepada mana-mana produksi sebaliknya masih lagi boleh berunding mengikut bajet sesebuah syarikat penerbitan itu.

"Terkejut dibuatnya apabila saya dikatakan sudah demand. Sedangkan saya seorang yang senang berunding mengikut bajet produksi.

"Lagipun urusan jadual dan penetapan harga dibuat oleh pengurus, bukannya saya," katanya yang dihubungi mStar Online.

Akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan Emma telah meletakkan harga yang tidak masuk akal sehingga mencecah lebih RM10,000 kepada sebuah syarikat produksi yang ingin menawarkannya berlakon sebuah telefilem.

Menurut laporan itu, permintaan Emma membuatkan kru produksi tersebut terpaksa mencari pelakon lain kerana tawaran yang diberikan itu sekadar watak sampingan selain tempoh penggambaran hanya mengambil masa beberapa hari sahaja.


Emma Maembong

Sementara itu, Emma mengakui terdapat sebuah produksi telah menghubungi dia menawarkannya watak sampingan di mana penggambaran hanya mengambil masa dua hingga tiga hari.

"Memandangkan saya tidak pernah mengambil tawaran tempoh penggambaran jangka pendek, saya berkata pada kru yang menghubungi saya itu bahawa biasanya saya meletakkan harga RM10,000, untuk watak utama yang mengambil masa penggambaran selama seminggu. Itu pun terpulang pada bajet produksi.

"Saya bertanya kepada kru tersebut berapa mereka boleh bayar kerana saya memang tidak tahu nak letak harga. Kemudian dia cakap, tunggu skrip dah siap, dia akan hubungi saya semula.

"Agak lama juga saya menunggu panggilan dia, dan saya anggap mungkin mereka sudah mencari orang lain. Tidak lama kemudian saya mendapat tawaran lain. Dan selepas itu kru tersebut menghubungi saya semula, tetapi sudah terlambat kerana jadual saya sudah penuh dengan tawaran baru itu.

"Sekiranya tuduhan yang dimaksudkan itu datang daripada produksi sama, saya rasa tidak patut mereka menyebarkan perkara itu kerana nak diikutkan, daripada awal lagi, saya tanya berapa bajet mereka? Saya pun tidak pernah berkira dengan mana-mana produksi pun," ujarnya.

Den Wahab Tidak Halalkan RM15,000 Dipinjam ND Lala

Posted: 22 Sep 2014 10:17 PM PDT

Oleh: KEMALIA OTHMAN
 
 
Den Wahab (kiri) yang merupakan pengusaha pakaian Baju Melayu pernah menjadi sahabat baik ND Lala.
 
 
 
PETALING JAYA: Pelakon Den Wahab sudah malas untuk memikirkan dan mengharap wang sebanyak RM15,000 yang pernah dipinjam oleh penyanyi ND Lala, kira-kira 14 tahun lalu.

Bagaimanapun, Den atau nama sebenarnya Zaharudin Abdul Wahab berkata, perkara tersebut tidak bermakna dia menghalalkan hutang tersebut walaupun setelah sekian lama tidak diselesaikan.

"Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang.

"Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi  di sini pada, Isnin.

Den berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kontroversi hutang yang dipinjam ND Lala sebanyak RM15,000 sekitar tahun 2000 bagi merakam lagu untuk sebuah parti politik.

Katanya, bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu tidak pernah menghubunginya selepas berjanji memulangkan wang tersebut secara ansuran.


ND Lala bersama anaknya penyanyi Shila Amzah.

Malah, katanya, ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh, 52,  cuba melarikan diri apabila ternampaknya di majlis hiburan.

"Saya tahu nilai tersebut tidak banyak tetapi sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berpegang kepada janji.

"Apa yang saya kesal dia rosakkan nilai persahabatan dan orang yang ikhlas membantu dia ketika susah.

"Saya pernah ternampak ND Lala semasa satu persembahan di Istana Budaya dahulu, tetapi dia cuba mengelak selepas terserempak dengan saya," ujarnya.

Mengimbau waktu itu, Den berkata, dia sudah dinasihatkan rakan-rakan artis yang lain agar tidak membantu penyanyi tersebut.

Namun, dia tidak sampai hati dan sentiasa berfikiran positif untuk membantu sesama bangsa.

Dalam perkembangan lain Den turut mengulas tindakan Shila Amzah yang mempersoalkan kredibiliti media Melayu sebagai sesuatu perkara yang tidak mengejutkannya.

Tambahnya, sebagai artis berpengalaman dia menasihatkan agar penyanyi itu sedar tindakan yang dilakukan wanita itu akan merosakkan reputasinya sendiri.

"Bila saya tahu cerita tentang Shila yang menempelak media sebagai tidak menyokong kerjayanya, saya tidak terkejut langsung.

"Dia tidak sedar tindakan itu seperti kacang lupakan kulit dan merosakkan reputasi dia sendiri. Susah kalau orang sudah berada di puncak dan mereka selalu lupa orang yang tolong mereka ketika di bawah," katanya.

Hikayat Kajang Move

Posted: 22 Sep 2014 10:14 PM PDT


Oleh: Dr Tanaka Mustafa



1) Sebenarnya Kajang Move untuk ambil jalan tengah kepada pertembungan Azmin vs TSKI. Plan A mahu DSAI jadi MB digagalkan Mahkamah Move. Plan B mahu DSWA jadi MB digagalkan oleh PAS Move dan Istana Move. Akhirnya Azmin menang, TSKI tumbang.

2) PAS menggagalkan Plan B yg mahu DSWA dijadikan MB. Tapi mencadangkan dua nama DSWA dan Azmin. PAS Move tetap menggunakan Plan B PKR, dan ditambah dengan satu nama Azmin sebagai option kepada Istana Move.

3) PAS tidak tahu bahawa PKR mempunyai Plan C, iaitu Azmin menjadi MB. PKR sedaya upaya mahu Plan B walaupun mengetahui Istana Move akan menggagalkan Plan B mereka. Walhal mereka hanyalah membuka gawang seluasnya untuk PAS Move dan Istana Move menyertai Plan C mereka dengan licin dan smooth.

4) Sejak PAS menamakan Azmin sebagai calon kedua selepas DSWA untuk Istana, PKR sebenarnya sudah lega. Tujuan mereka berkeras supaya Plan B dijayakan adalah untuk mengelakkan Plan C mereja disabotaj. DAP pula seakan memahami move-move PKR, tidak membantai PAS yang mahu Plan B gagal. Kalau adapun bukan membantai PAS dari sudut Kajang Move.

5) Lihat sahaja DSAI tidak mengeluarkan apa-apa statement pun untuk membantai PAS Move yang berkeras menggagalkan Plan B mereka. DSWA dan Azmin juga diam menunggu masa. Membiarkan PAS Move menjayakan Plan C mereka tanda disedari, pada masa yang sama PAS Move akan makan diri PAS sendiri - yakni bertembung sesama sendiri.

6) Gelora dalaman PKR semakin tenang. Gelora dalam PAS pula semakin berkecamuk. Tidak akan berhenti hinggalah ke saat yang belum diketahui. Siapa yang akan menghentikannya? In sya Allah, apabila tiba masanya, akan muncullah penyelamat itu.

7) Seeloknya, selepas Azmin yang dicadang PAS berjaya menjadi MB, PAS sudah boleh hentikan kemelut dalamannya. Tak kira lah pro mana-mana pun, semua harus fokus kepada isu nasional dan rakyat. Agenda menumbangkan Umno/Bn adalah agenda bersama.

Terima kasih rakyat Selangor!

Posted: 22 Sep 2014 05:08 PM PDT

KHALID IBRAHIM


   


ULASAN Syukur Alhamdulillah hari ini merupakan hari terakhir saya sebagai Dato' Menteri Besar Selangor selepas lebih enam tahun memegang jawatan ini bermula pada Mac 2008 sehinggalah ke hari ini, 22 September 2014.

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua terutama kepada rakyat Selangor yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui pentadbiran negeri termaju di Malaysia ini.

Saya juga amat berbangga dengan kerjasama dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh pegawai dan kakitangan kerajaan, anak-anak syarikat, agensi kerajaan dan badan-badan berkanun yang membolehkan banyak perubahan dilaksanakan berbanding pada awal pertukaran pucuk pimpinan.

Saya berbangga kerana dalam tempoh enam tahun ini, Negeri Selangor yang diurus berlandaskan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik terutama kompetensi, ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti telah mencapai banyak kejayaan yang membanggakan dan lebih penting Negeri Selangor bebas dari gejala rasuah dan penyelewengan.

Dasar Hasil Negeri Untuk Rakyat yang diperkenalkan sejak 2008 menerusi program-program kebajikan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) berjaya mencapai matlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Kita telah membelanjakan lebih RM1.6 bilion semenjak 2008 bagi membiayai pelbagai inisiatif dan skim bersifat kebajikan di bawah MES di mana sekurang-kurangnya empat juta penduduk di Selangor menikmati salah satu daripada inisiatif ini.

Menerusi dasar berjimat cermat dan perbelanjaan berhemah, rizab simpanan negeri Selangor meningkat kepada RM3.3 bilion setakat ini dan sebahagian simpanan ini telah kita gunakan untuk projek-projek pembangunan seperti pembinaan Jambatan Ketiga Klang dan perumahan mampu milik.

Di bawah pentadbiran saya dan rakan-rakan EXCO, Negeri Selangor meneruskan tradisi sebagai pemangkin ekonomi negara dengan menyumbang lebih kurang 24 peratus kepada KDNK Malaysia di samping kekal menjadi antara destinasi pelaburan terunggul.

Kita juga telah mencapai persetujuan bersejarah dengan Kerajaan Persekutuan dan empat syarikat konsesi untuk menstruktur semula perkhidmatan air setelah melalui satu proses yang bermula sejak 2008 supaya semua aset air dapat dikembalikan kepada rakyat di samping memastikan perkhidmatan air bertaraf antarabangsa pada harga berpatutan.

Ingin saya tegaskan bahawa tawaran untuk mengambilalih syarikat-syarikat konsesi adalah adil dan saksama bagi semua pihak tanpa memberi kelebihan kepada mana-mana pemegang konsesi memandangkan matlamat utama adalah memelihara kepentingan rakyat kerana air merupakan antara hak asasi. 

Walaupun hanya satu konsesi yang belum memuktamadkan tawaran namun ia tidak sepatutnya menjejaskan  tawaran yang telah  kita buat sejak 2012 berjumlah RM9.65 bilion.

Pada hari ini juga, kerajaan negeri telah menandatangi Perjanjian Pemindahan Aset untuk memindahkan semua aset air milik negeri bernilai RM14.92 bilion kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Perjanjian ini ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Khusrin Munawi mewakili kerajaan negeri manakala Air Selangor diwakili oleh Suhaimi Kamaralzaman.

Saya berpuashati dengan perkembangan penstrukturan semula industri air Selangor yang sedang berlaku sekarang dan yakin hasrat untuk memberi semula hak air kepada rakyat sepertimana yang terkandung dalam manifesto akan tercapai.

Justeru, saya berharap kepimpinan baharu kerajaan negeri akan berjaya merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk memberi saham air kepada seluruh isi rumah di Negeri Selangor.


KHALID IBRAHIM berkhidmat sebagai menteri besar Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat selama enam tahun.

Azizah tarik diri calon MB Selangor

Posted: 22 Sep 2014 05:03 PM PDT

MALASIAKINI


 


Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memutuskan untuk menarik diri dari pencalonan sebagai menteri besar Selangor.

Katanya, beliau menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Sultan Selangor yang memperkenankan pelantikan Timbalan Presiden, Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Berikut adalah kenyataan penuh Wan Azizah:

Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang memperkenankan YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada 29 ahli Dewan Negeri Selangor dari KEADILAN, DAP dan PAS yang telah memberikan sokongan kepada saya sejak 14 Ogos 2014 dan membolehkan Pakatan Rakyat kekal sebagai kerajaan di Selangor. Saya menghargai kesepakatan 29 ahli Dewan Negeri Selangor ini yang meletakkan kepentingan menjaga mandat rakyat mengatasi kepentingan peribadi mereka.

Atas semangat itu, saya telah membuat keputusan untuk menarik diri dari pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor. Saya telah mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) agar YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa diangkat sebagai calon Menteri Besar Selangor. Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bermesyuarat pada hari ini telah juga sebulat suara bersetuju dengan cadangan itu.

Saya mengambil keputusan ini demi kepentingan rakyat atas kesedaran bahawa krisis ini perlu diselesaikan secepat mungkin. Saya yakin bahawa KEADILAN telah kekal mempertahankan prinsip demokrasi raja berpelembagaan. Walaupun proses perlantikan ini pada hemat saya tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor.

Oleh itu, saya telah menyatakan pandangan saya kepada pimpinan parti mengenai beberapa program khusus yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengangkat martabat dan kebajikan rakyat Selangor.

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 23 Sep 2014 01:23 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


KHALID - APA SALAH KU

Posted: 23 Sep 2014 07:33 AM PDT

Roslan SMS Corner

Posted: 23 Sep 2014 08:30 AM PDT

Roslan SMS Corner


DAP masih mahu berkawan atau tidak? (23/9/14)

Posted: 23 Sep 2014 03:26 AM PDT


Semalam badan tertinggi DAP iaitu CEC nya telah bermesyuarat dan memutuskan menyokong YB Azmin Ali sebagai Dato Menteri Besar Selangor yang baru (sebagaimana dinyatakan oleh Setiausaha Agungnya , Lim Guan Eng) memetik laporan dalam The Star Online, Lim menyatakan:
DAP expresses regret at the four PAS exco members for their betrayal of the principles of solidarity and democracy as well as failing to stand loyally together with the six DAP and PKR excos who were unjustly sacked by the previous Mentri Besar who had lost majority support of the state assembly…

DAP melahirkan rasa kesal di atas tindakan empat orang EXCO PAS yang telah mengkhianati prinsip kesatuan dan demokrasi dan kerana gagal berdiri teguh bersama keenam-enam EXCO DAP dan PKR yang telah dipecat sewenang-wenangnya oleh bekas MB yang lalu yang telah hilang sokongan majority Dewan Negeri….
Dalam semangat meraikan perlantikan MB yang baru, ternyata kenyataan DAP ini sungguh memeranjatkan dan sangat dikesali. Adakah DAP masih menganggap PAS sebagai rakannya dalam PR atau kini sudah melonggokkan PAS sebagai musuh politiknya, yang tidak lagi merupakan rakan kongsinya dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor?

PAS telah pun menyatakan secara jelas sebelum ini bahawa tindakan mengekalkan keempat-empat EXCO nya di dalam kerajaan negeri adalah demi mengekalkan kesinambungan kerajaan PR dan memastikan Umno/BN tidak mengambil kesempatan di atas kegawatan politik ketika itu.
Malah sesungguhnya tindakan keempat-empat EXCO PAS berkenaan telah mendapt pujian banyak pihak khasnya rakyat Selangor dan terbaru Tuanku Sultan pun ketika mengambil mengadap keempat-empat EXCO PAS di Istana hari ini telah memuji tindakan EXCO PAS itu kerana membantu menjalankan pentadbiran negeri sehingga pelantikan menteri besar baharu dilantik.

Bermakna jika keempat-empat EXCO PAS itu bertindak melepaskan jawatan masing-masing sebagaimana EXCO-EXCO DAP dan PKR, tidak mustahil pihak Umno/BN akan mengambil kesempatan dan ini akan lebih merumitkan suasana dan mencampakkan Selangor ke dalam krisis yang lebih besar dan gawat.
Adakah ini pengkhianatan?

Guan Eng sebenarnya telah menyembunyikan satu hakikat dan fakta yang besar, bahawa lantaran adanya keempat-empat EXCO PAS itu yang terus mengekalkan kesinambungan kerajaan negerilah maka pentadbiran kerajaan negeri terus berfungsi sehingga hari ini. Kalau DAP mahu memutuskan hubungan terus dengan kerajaan ini semata-mata kerana Tan Sri Khalid MB nya, mengapa jawatan-jawatan lantikkan politik yang lain, yang dijawat oleh pimpinan DAP pelbagai peringkat tidak diputuskan juga.
Sepanjang tempoh ini ahli-ahli majlis DAP di PBT-PBT seluruh Selangor terus memegang jawatan termasuklah ahli-ahli lembaga Pengarah GLC dan ketua-ketua kampung baru dan JKKK mereka.

Tidakkah itu juga pengkhianatan? Yang keluar hanya kepala tetapi badan dan ekor terus berperanan, makan elaun dan menjalankan kuasa. Mengapa ada "double standard" dalam hal ini?
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga salah seorang EXCO PAS itu, Ustaz Sallehen Mukhyi ketika diminta mengulas kenyataan Guan Eng itu menyebut:

"Jangan label Exco PAS sebagai pengkhianat. Saya fikir Lim Guan Eng tidak memahami Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri. Sejak awal saya sebut empat orang exco PAS menjadi benteng terakhir Pakatan Rakyat.
Lim Guan Eng semak balik ucapan dia. Ucapan politik dia sendiri ada kepentingan"

Sememangnya sebagai rakan kenyataan Guan Eng itu pasti menyinggung perasaan ahli-ahli PAS seluruh Negara. Rakan sewajarnya bertegur-menegur demi kebaikan, tetapi apabila rakan menuduh rakan yang lain sebagai pengkhianat, jelas ia tidak mahu berkawan lagi dan sudah bersedia meletakkan kawan itu sebagai musuh.
Kesimpulannya saya mahu memetik kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak Ustaz Noarazli Musa berhubung isu ini:

Kami mengulangi untuk menegaskan kepada CEC DAP bahawa tundingan ke atas 4 EXCO kami dari Selangor hendaklah ditarik balik atau DAP akan menghadapi risiko dipandang masyarakat Melayu Islam sebagai sebuah parti yang tiada prinsip dan hanya menjaga kepentingan sendiri demi kelangsungan berkuasa dalam lanskap politik tempatan di Pulau Pinang.
Kami tiada masalah berkorban nama dan masa untuk rakan-rakan di semua PRK yang ada termasuk PRK Kajang. Namun jika ini yang dibalas, DAP perlu ingat bahawa DAP bukan sahaja nampak sebagai Pak Turut kepada PKR bahkan menjadi batu loncatan kepada Umno dan BN untuk merancang balik merobek kerusi-kerusi mereka di masa akan datang.

PAS tidak punya kerugian yang  besar kerana kami berjuang bukan setakat laba di dunia tetapi kami percaya segala usaha kami akan diganjarkan dengan ganjaran yang besar oleh Allah.

Semoga DAP bertindak rasional dan terus mahu kekal berkawan dengan PAS.

Bahana menerima nasihat dari penasihat yang tidak sihat (22/9/14)

Posted: 22 Sep 2014 08:39 AM PDT


Jika semuanya berjalan lancar esok Selangor akan mendapat Menteri Besar yang baru. Menurut laporan Tuanku Sultan Selangor telah berkenan melantik ADUN Bukit Antarabangsa YB Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR sebagai MB menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah dipecat oleh PKR.
Alhmadulillah, krisis MB Selangor berakhirlah sudah tambah-tambah dengan pengumuman oleh Presiden PKR sebentar tadi bahawa PKR mengiktiraf perlantikkan tersebut.

Selangor yang asalnya tenang dan selesa dengan kemenangan besar Pakatan  Rakyat dalam PRU ke 13 lalu tiba-tiba berkocak apabila pihak-pihak dalam PKR mahu menggantikan Tan Sri Khalid sebagai MB atas alasan-alasan mereka sendiri. Umum mengetahui bahawa meskipun PKR rakan terkecil di Selangor dari sudut bilangan kerusi yang dimenangi pada PRU berkenaan, namun PAS dan DAP telah memberi persetujuan bahawa Selangor akan diterajui oleh MB dari PKR.
Lalu terciptalah projek "Langkah Kajang" kononnya untuk membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam DUN Selangor bagi memulakan proses penukaran MB berkenaan, walaupun pelbagai hujah diberikan ketika itu kononnya langkah itu bukan bermakna mahu menukar MB, tetapi akhirnya terbongkar juga bahawa alasan utama langkah berkenaan adalah untuk mematikan karier Tan Sri Khalid sebagai MB.

Untuk "Langkah" itu kerusi PKR terpaksa dikosongkan. Akhirnya perancangan untuk menaikkan Anwar tidak berjaya apabila beliau dari segi teknikalnya tidak boleh bertanding. Diisilah pula kekosongan itu dengan Dr Wan Azizah. Terkorbanlah seorang ADUN PKR semata-mata untuk memberi laluan ini.
Asalanya langkah berkenaan konon-kononnya bukan untuk menukar MB, sekejap mahu tukar, sekejap tidak, sekurang-kurangnya begitulah rakyat diberitahu.

Sejurus itu dalam pada ia dan tidak, Tan Sri Khalid dipaksa mengosongkan kerusi MB nya. Apabila beliau enggan, PKR memecatnya dengan mempercayai bahawa tindakan sebegitu akan memaksa kerusi MB kosong, rupanya tidak.
Dari sana bermulalah perbalahan terbuka antara Tan Sri dan PKR dan seterusnya terbabit pula sesama PR khasnya antara PKR dan DAP dengan PAS.

Berlarut-larutan ketegangan yang asalnya sesama PKR sahaja tetapi kemudiannya menular sehingga menjangkiti PAS.
Pening dan terganggu fikiran rakyat Selangor termasuklah pihak istana lantaran kekalutan ini semua khasnya apabila PKR cuma mahu seorang calon sahaja untuk naik sebagai MB Selangor. Tolak dan tarik terus tercetus, memuncak sehingga 2 orang ADUN PAS berpaling tadah setelah di beli dan dibaruahkan.

Presiden PAS kehadapan mahu meredakan ketegangan dengan menasihatkan agar nama Azmin turut dikemukakan sebagai calon alternatif. Cadangan berkenaan ditempelak dengan Tidak, Tidak dan Tidak. DAP yang sebelum-sebelum ini fanatik dengan dasar meritokrasi dan hak untuk didengar, juga tergelincir dalam kancah ini apabila menari dengan rentak Tidak, Tidak dan Tidak juga.
Malah lebih parah lagi Presiden PAS dtuduh mahu bikin kerajaan campuran dengan Umno dan Azmin turut dipelawa bersama, sungguh jahat dan parah pihak-pihak tertentu.
Akhirnya, setakat malam ini kita dimaklumkan. Pertama istana perkenankan pencalonan Azmin dan kedua PKR terima perlantikkan Azmin.

Bayangkan betapa banyak kecelaruan dan ketegangan dapat dielakkan, kiranya pada awal-awal lagi, tanpa perlu Kajang Move, tanpa perlu PRK Kajang, tanpa perlu bertelagah sesama PR, Tan Sri Khalid diumum digantikan, dan penggantinya adalah Pengerusi PKR Selangor dan Timbalan Presdien PKR (bukan orang lain) iaitu Azmin Ali.
Demikianlah berakhirnya satu krisis yang sepatutnya mudah diselesaikan tetapi menjadi rumit lantaran menerima nasihat dari penasihat yang tidak sihat.

Tahniah YB Azmin Ali.

 

.

Posted: 23 Sep 2014 03:33 AM PDT

.


Jalan jauh dan masa lama ditunggui Azmin

Posted: 22 Sep 2014 06:04 PM PDT

CATATAN RASA                                                                                             

Benarlah kata orang kalau jodoh tidak ke mana dan manusia boleh merancang, tetapi yang menentukan adalah Allah taala jua. Dan perancangan Allah itu ternyata lebih baik dan sempurna daripada perancangan manusia, kerana Dialah zat maha qadim yang menentu dan berkuasa ke atas segala-galanya.

Azmin diberi ucap tahniah oleh bosnya, Anwar Ibrahim.
Takdir hari ini yang meletakkan Mohamed Azmin Ali, 50 sebagai MB Selangor ke-15 adalah sesuatu peristiwa penting dan amat bersejarah bagi diri Adun Bukit Antarabangsa itu sendiri.

Perlantikannya hari ini merupakan detik gemerlapan dan kemuncaknya dalam dunia politik. Jawatan MB adalah mahkota kejayaan bagi seorang ahli politik. Dan jawatan itu adalah kedudukan tertinggi bagi seseorang bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).



Tidak ramai sebenarnya orang bernasib baik menggapai untuk menduduki jawatan berkenaan. Ada yang sudah setangga untuk menjejak jawatan itu, boleh tergolek jatuh dan hilang tangga untuk "merukah"nya kembali. Jawatan itu juga berhantu dan keramat. Walaupun seseorang itu bermati-matian untuk sampai ke situ dengan pelbagai usaha, tetapi banyak yang kecundang dan kecewa di tengah jalan, menangis tanpa lagu.

Dan hari ini Azmin akan dikalungkan dengan madel dan jambangan bunga tahniah atas perlantikan beliau sebagai MB menggantikan Abdul Khalid Ibrahim yang mengakhir tugasnya petang semalam. Tahniah. Sejarah hari ini semoga disyukuri dan memulihkan kekuatan dan semangat kepada Pakatan Rakyat.

Semua orang bersyukur dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi Azmin sendiri. Betapa tidak kemelut politik di Selangor yang membuka jalan bagi Azmin menuju ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), pusat pentadbiran kerajaan Selangor kemudian akan bertakhta di kerusi MB bukan perkara mudah. Perjalanan ke situ terlalu panjang dan mengambil masa yang lama sehingga ia meletih dan membosankan. Melihat kepada perjalanan dan cabaran dihadapi Azmin, seakan sukar untuk dipercayai akhirnya beliau akan singgah juga di situ.

Hanya calang-calang orang sahaja akan sampai ke bangunan berkenaan untuk memasuki Pejabat MB. Kerusi MB panas, kerusi MB Selangor sangat panas. Apa lagi ia berhadapan dengan kerenah dan persaingan hebat, bukan sahaja dari musuh yang senantiasa mencari peluang untuk menjatuhkan, tetapi dari rakan dalam parti sendiri yang dengki dan irihati. Bagi diri Azmin sendiri mungkin ada yang mengilan dan mengedukan hati dan jiwanya kerana takdir yang diperolehi itu menyebabkan ada kawan dan pemimpin yang tersendu.

Percayalah penerimanya memegang jawatan itu, nombor satunya adalah atas tangungjawab dan takdir juga. Azmin walaupun dari segi hierarkinya adalah pantas untuk dilantik, sebab dia adalah timbalan presiden, tetapi halangan dan cabaran dilaluinya menyebabkan beliau hampir-hampir kecewa dan berputus asa. Jawatan itu bukan untuk dirinya melainkan untuk rakyat Selangor dan juga parti yang didokongnya dan mendokonginya.

Melihat kepada tribulasi itu menyebabkan harapan untuk melihat Azmin menjadi MB Selangor sudah hampir terputus. Azmin sendiri juga sudah pasrah kepada apa yang berlaku. Baginya dia menerima apa saja yang tertakdir tidak cuba melawan takdir dengan melakukan tindakan-tindakan sadis bagi menedapat jawatan berkenaan.

Hakikat ini dilihat kepada raut wajahnya yang membayangkan kehampaan dengan apa yang berlaku apabila diajukan pertanyaan berhubung pengganti Khalid Ibrahim dan mengenai peluang dirinya. Keserabutan bertambah-tambah apabila situasi itu mencemaskan kedudukan PKR sebagai bahtera yang mengusungnya.

"Sama-sama kita doakan, kalau ianya baik... ada hikmah, dapat, (jadi MB), kalau tidak, kita serah kepada ketentuan Allah kerana Dia yang tahu segala-galanya," demikianlah lafaz Azmin penuh kehambaan (tawaduk) bila setiap kali saya mengajukan soal jawatan MB. Beliau bukan ghairah untuk mendapat, tetapi banyak bertawakal kepada Allah. Semasa menghadiri kenduri kahwin anak Salahuddin Ayub, sebulan lepas, patah-patah perkataan dan ayat itulah juga yang diluahnya.

Isterinya, Shamsidar Tahrin juga merasai apa yang dirasai oleh Azmin. Isteri itu lebih tahu gerak geduk cemas resah suaminya dalam menanti sesuatu yang gedek itu. Sahamsidar yang ketika itu berada di sebelahnya tenang dan penuh kesabaran menghadapi pelbagai cerita dan kerenah disebalik jawatan MB membabitkan suaminya.

"Benda ini dah lama ...kita bersabarlah sahaja," komennya ringkas menunjukkan beliau sudah tidak mempunyai ghairah lagi untuk melihat jawatan MB dipangku oleh suaminya. Seolah-olah Shamsidar tidak percaya bahawa suaminya akan menduduki kerusi itu apabila menyedari betapa tebal dan panjangnya tembok menghalang Azmin dari "merukah" ke kerusi MB itu. Sikap isteri sebeginilah juga yang membantu kejayaan Azmin sebagai seorang pejuang politik.

Sesungguhnya jalan dan denai dilalui Azmin terlalu panjang dan masa diambil terlalu lama sebelum dapat menghadap Sultan dan mengangkat sumpah memegang jawatan jam 10:30 pagi ini. Bayangkan bagaimana kalut dan gegernya soal siapa pengganti Khalid Ibrahim. Sejak ia meletus ada berbagai versi dan balada ada yang tragis, dramatik dan sebagainya berlaku.

Sebenarnya sejak tahun 2010 lagi angin atau angan-angan untuk menaikkan Azmin sebagai MB sudah berlangsung. Ia menjadi buah mulut apabila Khalid setelah tiga tahun menjadi MB, dikatakan gagal melayani kerenah orang politik sebaliknya terlalu keras dan tegas sebagai MB dan melupai rencah ratus politik. Saya pernah mengajukan kepada Azmin suatu hari di parlimen mengenai masa dan ketika beliau akan mengganti Khalid; "bila lagi Min?" tanya saya. Dia nampak kekok dan menjawab (saya tahu sekadar melayani saya), dengan berkata;  "InysAllah selepas raya."

(Ketika itu ada seorang rakannya yang telah berpaling tadah dan menjadi kutu berahak jalanan memperli Azmin, kalau dia jadi MB, bagilah jawatan driver kepadanya).

Ternyata walaupun selepas beberapa kali raya dan sehingga memakan lebih tiga tahun, proses itu tidak juga menjelma. Paling meralatkan lagi apabila selepas PRU ke-13 Khalid masih lagi menjadi MB. Khalid kukuh berada di kerusi MB. Tekanan dan asakan dibuat oleh parti tidak menjadi, dan Khalid selesa di kerusinya. Manakala orang yang mengidamkannya sudah penasaran amat.

Khalid sepatutnya melepas jawatan itu kepada Azmin tiga lepas tahun lagi. Tetapi tidak berlaku apabila Khalid sudah merasai enak menjadi MB dan sudah seronok bergelumang dengan kuasa. Apa lagi dia sudah dikukuhi oleh gerombolan yang menjadi benteng dan mempertahanakan kedudukannya sebagai MB. Asakan oleh orang berkepentingan menjadikan Khalid liat dan ampuh buat seketika.

Suasana itu menyebabkan Azmin semacam kempunan dan hampir berputus asa. Azmin tidak berfikir lagi dia akan mudah mengganti Khalid. Khalid menjadi begitu kukuh dan kuat. Apabila Anwar Ibrahim sendiri mengambil alih usaha untuk menyingkirkan Khalid, menerusi projek Kajang Move, maka Azmin merasakan harapannya sudah tidak ada lagi. Projek Kajang Move yang gagal total adalah pelan untuk menyingkirkan Khalid, dengan Anwar sendiri bertindak sebagai penggantinya. Projek itu pun dilaksanakan apabila usaha menggantikan Khalid dengan Azmin secara normal gagal.

Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak ada sebarang niat untuk menjadi MB. Beliau didolar apabila projek Kajang Move gagal. Azizah hanya menjadi pengganti kepada Anwar dan calon MB secara bidan terjun. Walaupun langkah seterusnya, projek itu sudah tidak sepatutnya, tetapi ia dilakukan juga. Mereka yang anti dan irihati dengan Azmin dalam PKR, terus menyakinkan publik bahawa Wan Azizah mampu dan sesuai untuk menganti Khalid. Walaupun ada berbagai halangan, baik dari rakan dalam Pakatan Rakyat atau istana sendiri, tetapi usaha terus juga dilakukan hinggalah ke saat-saat terakhir.

Apa yang berlaku kepada Wan Azizah sudah berlaku dan sedikit sebayak mencalarkan keperibadian dan saksiahnya sebagai pemimpin, isu dan suami mithali.

Usaha untuk menghalang Azmin daripada menjadi pengganti kepada Khalid diteruskan bukan sahaja dengan memperalatkan Wan Azizah, tetapi menerusi pemilihan dalam parti. Pencabaran kepada Azmin dilakukan menerusi perebutan jawatan timbalan presiden PKR. Tidak ada sebab untuk Azmin dicabar dan peranannya dalam parti menerusi jawatan timbalan presiden itu kerana beliau cukup perform dengan jawatan itu. Tetapi kerana untuk memastikan Azmin terkeluar daripada disenaraikan menjadi calon MB, maka ia dilakukan.

Yang memberi cabaran kepada Azmin sebagai timbalan presiden, seterusnya untuk menafikan Azmin daripada dilantik menjadi MB bukan seorang, datangnya hanya dari Khalid Ibrahim, tetapi daripada Saifuddin Nasution Ismail dan juga Rafizi Ramli, Fakeh Hisin dan lain. Cabaran ini walaupun sukar untuk dimenangi kerana track recrod yang ada kepada Azmin, tetapi ia ingin memberi petunjuk bahawa ramai orang tidak senang dan suka dengan Azmin. Itu sahaja. Taktik untuk membunuh imej Azmin sebagai timbalan dilakukan, bertujuan agar dunia melihat Azmin tidak disenangi.

Bagaimana pun Alhamdulilah, Azmin dapat mendepan cabaran itu dengan kedua-dua pencabarnya yang sepatutnya bersatu dan berpakat antara satu sama laian untuk melawan Azmin, apabila mereka kecundang dan rebah makan tanah. Barang kali elok kalau mereka yang ada niat tidak baik yang dilaksanakan atas nama demokrasi menginsafi dan bertaubat atas apa yang dilakukan itu. Khalid sudah menyelesaikan tugas menganggu Azmin tetapi yang lain, khasnya Safuddin nampaknya masih terus. Tidak ada cara lain untuk Saifuddin kembali disanjungi dan dihormati persis sebelum ini melainkan memberi kerjasama dan membantu Azmin.

Tribulasi dan cabaran dilalui Azmin bukan sahaja dari partinya sendiri, tetapi ulah dan tindak tanduk Pas turut sama menyulitkan keadaan. Politiking atau pun kesempatan yang diambil Pas untuk kepentingan parti dan oknum tertentunya, walaupun ia dianggap tidak menghormati konsensus Pakatan Rakyat, menganggu atau pun turut memalapkan harapan Azmin untuk menjadi MB. Bagaimana pun ia bernasib baik kerana Pas akhirnya sedar diri dengan apa yang telah dipersetujui selama ini yang dibentuk dalam Pakatan Rakyat, akhirnya memberi laluan kepada Azmin secara izin dalam paksa atau senyum digulung kepahitan tawa.

Jalan-jalan atau pun rentetan peristiwa yang berlaku selama empat tahun ini yang terpaksa dilalui Azmin sebelum menaiki kerusi MB, bukan perkara senang dan mudah, melainkannya ia adalah cabaran berapi buatnya. Kejayaan dan berkeberhasilan itu juga adalah kerana kesabaran dan kegigihan serta sikap takwakal yang tinggi kepada Allah. Melihat kepada sifat dan sikap yang ada kepada Azmin, yang tenang tetapi berjiwa "Bugis" seorang fighter, sewajarnya kalau beliau dinobat menjadi MB Selangor.

Berdasarkan kepada rekod perjuangan serta penampilan diri sebagai seorang pemimpin dan pengurus bersistemetik, diyakini Azmin mampu memikul tugas dan tanggungjawab yang berat sebagai MB itu. Apapun jaya atau gagal Azmin turut sama terletak kepada sejauh mana komitmen partinya membantu beliau dan juga keikhlasan rakan Pas dan DAP dalam sama-sama menjulang tugas demi rakyat bersamanya. Selain memetakan semula pembangunan negeri dan rakyat Selangor, Azmin juga perlu mewajahkan dirinya sebagai permersatukan ummah.

Syabas dan tahniah kepada Azmin dan juga isterinya yang menjadi pendamping pemimpin yang baik. Selamat bertugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab serta jangan sesekali lupa akan keringat dan airmata yang tumpah semasa melalui jalan ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu.  [wm.kl.8:27 am 23/09/14]

Azmin angkat sumpah sebagai MB Selangor esok

Posted: 22 Sep 2014 04:21 AM PDT

PERKHABARAN                                                                                             

Sudah hampir sahih Adun Bukit Antarabangsa Mohamed Amin Ali akan dilantik menjadi MB Selangor yang baru bagi menggantikan Abdul Khalid Ibrahim yang mengakhiri jawatan selaku MB petang ini.

Surat memaklumkan perkenan Sultan untuk melantik Azmin sudah dihantar kepada Azmin, dan Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak diminta hadir untuk mengangkat sumpah dan melafaz ikrar memegang jawatan MB Selangor ke-15 di Balairong Seri Istana Shah Alam di Kelang esok.

Perkenan Sultan itu nemamatkan teka teki beberapa bulan lalu dan memuncak sehari dua ini mengenai siapa yang akan mengisi jawatan yang dikosongkan secara paksa oleh Khalid Ibrahim itu. Perlantikan Azmin ini seperti mana dikhabarkan kepada saya dua tiga hari lepas oleh batang tubuh berkenaan.

Dalam pada itu lewat petang tadi PKR telah mengadakan mesyuarat pimpinan tertinggi dipercayai berhubung perlantikan Azmin sebagai MB. Parti itu tidak sekata mengenai pemilihan Azmin. Ada pihak yang cuba mengalang Azmin daripada dilantik menjadi MB, dan tetap bekeras mahukan kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi MB Selangor.

Adalah menjadi harapan semua pihak dalam PKR khasnya dan dalam Pakatan Rakyat amnya, agar mesyuarat pimpinan PKR yang turut sama dihadiri oleh Penasihat Umum Anwar Ibrahim tidak menimbulkan kekecohan. Mereka yang berkerja keras untuk mengenepikan Azmin juga diharap dapat menenangkan diri dan insaf.

Memandangkan surat pemakluman Azmin yang mendapat perkenan sultan itu diedar kepada media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya menunjukkan mesyuarat PKR menerima Azmin sebagai MB Selangor yang baru.

Takdir Allah s.w.t. yang menetapkan semua apa yang berlaku hendaklah diterima. Dan "ketidak pelahapan" Pas untuk menerima jawatan itu juga selamat. Abdul Hadi Awang sesama menggulung perbahasan di muktamar Pas mengatakan partinya tidak pelahap untuk menjadi MB Selangor.

Tahniah dan syabas kepada Azmin serta isterinya Shamsidar atas perlantikan sebagai MB Selangor. [wm.kl.7:17 pm 22/09/14]

edyesdotcom

Posted: 23 Sep 2014 03:17 AM PDT

edyesdotcom


D7 Bukit Aman dan KDN Perlu Lebih Serius Perangi Sindiket Perdagangan Seks

Posted: 22 Sep 2014 09:11 PM PDT

Kenyataan Umum
23 September 2014

D7 Bukit Aman dan KDN Perlu Lebih Serius Perangi Sindiket Perdagangan Seks

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Wanita Muda menolak kenyataan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, SAC Roslee Chik yang mengatakan bahawa kegiatan perdagangan seks di Malaysia tidak sebesar mana. 

Carian kami mendapati untuk tahun 2014 ini sahaja telah beberapa kali PDRM melakukan OPS NODA yang mensasarkan kepada pusat-pusat hiburan dan rumah urut yang menawarkan khidmat GRO dan pekerja seks warganegara asing. Ramai yang telah ditahan kerana menyalahgunakan pas masuk ke Negara ini untuk
bekerja sebagai pekerja seks di pusat-pusat tersebut. Inilah menunjukkan penularan kegiatan perdagangan seks di dalam Negara ini.

Kewujudan laporan video "Trapped - The Underage Sex Industry in Malaysia" juga tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja oleh Bukit Aman. Seharusnya, D7 Bukit Aman mengambil langkah yang proaktif dan lebih serius dalam
memerangi sindiket perdagangan seks ini.

Kerana itulah, SAMM Segmentasi Wanita Muda melihat ada kewajaran Laporan Tahunan Pemerdagangan Manusia Amerika Syarikat Tahun 2014 yang telah menurunkan Malaysia ke Tier 3 kerana tidak memenuhi standard minimum dalam memerangi pemerdagangan manusia.

Tidak perlulah hanya tertumpu untuk menangkap GRO dan Pekerja Seks semata-mata sebaliknya ia perlu juga untuk mensasarkan kepada pihak yang merintis jalan memalsukan dokumen pengenalan diri dan penyalahgunaan pas
kemasukan ini dan individu-individu yang menyimpan mereka-mereka ini.

Adalah amat dikesali kerana Pengarah Cawangan D7 lebih berminat untuk bermain hujah mengenai definisi "industri seks" daripada bercakap mengenai langkah memeranginya. SAMM bersetuju bahawa memang benar seks bukanlah satu industry di Malaysia seperti di Thailand yang menghalalkan industry seks, namun ia juga bukanlah satu rahsia bahawa industry ini berkembang mekar secara bawah tanah.

Khidmat urutan istimewa ini bukan hanya terdapat di Bandar-bandar utama sahaja malah telah menular sehingga ke Bandar-bandar kecil. Lebih teruk lagi, ada juga pengusaha kedai makan yang menyediakan khidmat layanan
istimewa China-Doll ini di dalam sebuah lading seperti yang pernah dilaporkan oleh media.

SAMM Segmentasi Wanita Muda menyeru Kerajaan Persekutuan untuk lebih peka terhadap isu ini dan perlu segera memerangi sindiket pemerdagangan manusia terutamanya melibatkan aktiviti seks secara serius dan menyeluruh. 

Bukan hanya setakat di permukaan sahaja, sebaliknya operasi ini perlu juga turun sehingga ke akar masalah ini. Jika tidak, aktiviti ini akan terus membarah dan mengakibatkan penularan penyakit sosial yang mengancam
pembangunan modal insan Negara.

Kegagalan untuk memerangi kegiatan ini secara komprehensif bukan sahaja akan mencalarkan imej negara di mata dunia, malah turut sama menghina maruah kaum wanita dengan menjadikan wanita sebagai bahan perdagangan dan
ekploitasi seks semata-mata tanpa ada iltizam serius untuk memeranginya.

Sekian,

Young Syefura Othman
Penyelaras Segmentasi Wanita Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Kelab Greenboc

Posted: 23 Sep 2014 01:03 AM PDT

Kelab Greenboc


[GAMBAR & VIDEO] Azmin Angkat Sumpah Sebagai MB Selangor Ke 15

Posted: 23 Sep 2014 12:03 AM PDT



Azmin Kini MB Selangor Ke-15

KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali pada Selasa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 di Istana Alam Shah, di sini.

Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani aku janji di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pukul 10.40 pagi.

Memakai baju Melayu hitam lengkap bersongket emas, Azmin tiba di Istana Alam Shah pada pukul 8.30 pagi bersama isteri, Shamsidar Taharin.

Pada majlis berkenaan, Ahli Parlimen Gombak yang kelihatan tenang itu menerima watikah pelantikan daripada Sultan Sharafuddin.

Azmin, 50 mendapat perkenan Sultan Selangor untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meletak jawatan selepas berhadapan masalah dalaman PKR hingga dipecat.

Pelantikan Azmin sekali gus menamatkan kemelut politik bagi perebutan kuasa dalam Pakatan Rakyat untuk mengisi kerusi tersebut.

Istana perjelas sebab Azmin dipilih MB baru S'gor


Istana Selangor menjelaskan bahawa kelewatan pelantikan menteri besar Selangor adalah disebabkan pergolakan dalaman PKR dan ketidaksefahaman parti dalam Pakatan Rakyat dalam pencalonan menteri besar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata, keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos untuk mencalonkan lebih dua nama, menyulitkan lagi tindakan Sultan sehingga terpaksa meneliti calon lain dalam parti itu yang tidak dicalonkan.

Menurutnya, Azmin dipilih kerana Sultan mempertimbangkan konsensus Pakatan Rakyat mengenai kerusi menteri besar di Selangor dan percaya beliau pilihan terbaik untuk mendapat sokongan semua parti.

"Baginda mengambil maklum bahawa kerajaan negeri Selangor dibentuk melalui kesepakatan tiga komponen parti PAS, PKR dan DAP.

"Baginda juga mengambil maklum kesefahaman di antara tiga parti tersebut bahawa menteri besar Selangor perlu dilantik di kalangan ADUN PKR untuk mendapatkan kepercayaan majoriti dan sokongan dari parti-parti Pakatan Rakyat di Dewan Negeri Selangor," katanya.

Kenyataan tersebut juga menyatakan Azmin, yang dilahirkan di Singapura telah bermastautin dan dibesarkan di Hulu Kelang, Gombak sejak tahun 1968.

Azmin mendapat surat lantikan dari Istana semalam untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyelesaikan tanda tanya siapa bakal menerajui negeri terkaya di Malaysia ini.

PKR dan DAP semalam turut sebulat suara menyokong Azmin memberikan sokongan majoriti kepada beliau.

Kedua parti itu sebelum ini hanya menghantar satu nama iaitu presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga ditegur oleh Istana yang mahukan lebih dari dua nama dari setiap parti.

PAS pula telah menyatakan akan mengikut pilihan dari Sultan Selangor.

Bagaimanapun Munir tidak memberikan sebab mengapa Wan Azizah ditolak.

Beliau dalam kenyataan sama turut menyanggah kenyataan yang mendakwa Sultan Sharafuddin Idris Syah telah mencampuri pentadbiran kerajaan negeri termasuk pelantikan menteri besar Selangor.

"Untuk makluman umum, ingin dijelaskan sekali lagi bahawa Sultan Selangor tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri selain dari menasihati Datuk Menteri Besar Selangor.

"Di dalam urusan pelantikan menteri besar, Sultan Selangor hanya bertindak menurut budi bicara baginda sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," kata beliau.
-mk













IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Mengapa Azmin Terpilih Sebagai MB Selangor Akhirnya Terjawab...

Posted: 22 Sep 2014 07:41 PM PDT

Azmin, 'seteru politik' Khalid, kini MB Selangor

Mohamed Azmin Ali, yang mengisi jawatan menteri besar Selangor ke-15 hari ini adalah ahli politik yang paling lantang mengkritik pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dianggapnya lemah dan tidak cekap.

Kritikan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu sehingga sampai ke tahap beliau mendesak supaya Khalid dipecat daripada jawatannya.

Azmin, 50, juga merupakan antara pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang membantah keras pelantikan semula Khalid sebagai menteri besar selepas gabungan longgar parti PAS, DAP dan PKR itu berjaya mengekalkan kuasa di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tahun lepas.

Kedua-dua pemimpin itu dilihat tidak sehaluan dalam banyak perkara terutama yang membabitkan pentadbiran negeri serta parti dan perseteruan antara mereka mencetuskan pergolakan dalam kepimpinan PKR serta penyokong masing-masing.

Krisis antara Azmin dan Khalid memuncak apabila Azmin digugurkan daripada senarai ahli lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 4 Disember tahun lepas, yang menurut beliau merupakan perancangan kem Khalid untuk mengurangkan pengaruhnya.

Permusuhan itu berlanjutan apabila Khalid memutuskan untuk menentang Azmin dalam pemilihan timbalan presiden PKR tetapi persaingan itu berakhir apabila Khalid dipecat daripada parti pada 9 Ogos lepas.

Pagi ini, Azmin secara rasminya menggantikan Khalid, menteri besar Selangor sejak 2008.

Kini tiba masanya Azmin untuk membuktikan kritikannya selama ini ke atas Khalid adalah berasas dan perlu mempamerkan kepimpinan yang lebih baik.

Dilahirkan pada 25 Ogos 1964, anak kelahiran Singapura itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2) Kuala Lumpur, Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur dan Institut Teknikal di Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Pada 1982, Azmin melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik dan Ekonomi) di Kolej Sains dan Kejuruteraan, Amerika Syarikat.

Beliau kemudian meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam Matematik dan Ekonomi di University of Minnesota dan Sarjana Pendidikan (Matematik dan Ekonomi di Kolej Pendidikan dan Perkhidmatan Profesion Manusia, Amerika Syarikat.


Penglibatan awal Azmin dalam politik bermula sekitar 1987 apabila perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad membuka peluang kepada beliau untuk membantu timbalan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga menteri pelajaran.

Beliau yang sebelum itu bertugas sebagai pegawai khas di Kementerian Pelajaran dilantik sebagai setiausaha peribadi kepada Anwar pada 1 Oktober 1987 sehingga 1998.

Kesetiaan Azmin kepada Anwar tidak berbelah-bahagi apabila beliau memilih untuk terus bersama ketuanya itu apabila Dr Mahathir memecat Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 2 September 1998 berikutan tuduhan liwat dan rasuah.

Insiden pemecatan Anwar juga merupakan permulaan kepada kekeruhan hubungan Azmin dengan Dr Mahathir yang dianggap sebagai bapanya sendiri, malah Azmin merupakan antara yang paling lantang mengkritik bekas perdana menteri itu.


Azmin merupakan antara pengasas Parti Keadilan (ketika itu) yang ditubuhkan pada 1999 bertujuan mencari keadilan untuk Anwar.

Pada 2010 beliau menjadi timbalan presiden PKR bagi penggal 2010/2013 dan mengekalkan jawatan itu untuk penggal 2014/2017.

Pada PRU ke-10 pada 1999, Azmin yang mewakili Parti Keadilan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, menewaskan calon Barisan Nasional (BN)-Umno Datuk Fuad Hassan dengan majoriti 1,146 undi.

Pada PRU12, 2008, beliau memenangi kerusi Parlimen Gombak apabila menewaskan calon BN-Umno Said Anuar Said Ahmad dengan majoriti 6,867 undi dan memenangi kerusi DUN Bukit Antarabangsa apabila menewaskan calon BN-Umno Haslinda Mohd Zerain dengan majoriti 1,381 undi.

Azmin seterusnya mengekalkan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa untuk penggal kedua berturut-turut pada PRU13.

Sepanjang penglibatannya dalam politik, beliau tidak pernah lepas daripada kontroversi, antaranya beliau pernah ditahan selama 7 hari berhubung siasatan mengenai harta pendapatan di antara 1992-1995.

Azmin juga menghadapi beberapa pertuduhan di mahkamah, antaranya pada 2001 apabila beliau dan Ketua Pemuda Keadilan ketika itu Ezam Mohamed Noor didakwa di Mahkamah Majistret kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan haram ketika pilihan raya kecil DUN Lunas, Kedah dan pada 2012 beliau dan Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menyertai protes jalanan yang menimbulkan kekecohan di ibu negara. – Bernama

ULASAN GB

Dengan perlantikan Azmin Ali, selesailah sudah episod apa yang dkenali sebagai "krisis perlantikan MB Selangor" dan berakhirlah kepimpinan TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Latarbelakang pendidikan Azmin bertaraf "profesyenal" (Sarjana Pendidikan (Matematik dan Ekonomi) melayakkannya untuk memegang jawatan tertinggi di negeri terkaya di Malaysia itu.

Sementara pengalaman luasnya di bidang politik terutama di dalam penubuhan PKR sendiri dan kielantangan dan kosistensinya di dalam menentang kebejatan UMNO BN akan memperkukuhkan kerajaan P{akatan Rakyat di Selangor.

GB pernah menyatakan sebelum ini, bekas MB TS khalid Ibrahim pula berjaya sebagai seorang ahli korporat tetapi bukan seorang ahli politik. UMNO membaca ini dan memperalatkannya. Perjanjian air yang tergesa-gesa di tandatangani sewaktu "hayat" TSKI masih memegang jawatan MB di saat-saat akhir mengesahkannya.

Apa yang GB ramalkan sebelum ini nampaknya menjadi kenyataan. Setahun yang lalu, GB ada mengulas mengenai pengumuman kenaikan gaji oleh TS Kahlid, Petikan:

Bukan GB menentang kenaikan gaji itu, tetapi kenaikan itu biarlah berpada-pada. Separuh dari kenaikan tersebut sepatutnya disalurkan kepada rakyat di dalam bentuk peruntukan YB.

Seperkara lagi, Selangor tidak perlulah mendabik dada kerana menjadi negeri terkaya dan rezab terbanyak dengan meningkatkan gaji begitu tinggi, kerana langkah tersebut amat menyusahkan Pakatan Rakyat di tempat lain untuk mempertahankannya. Di saat kita menentang pembaziran dan belanja besar kerajaan UMNO BN di peringkat pusat dan negeri, tiba-tiba Selangor pula tidak dapat menjadi contoh yang baik di dalam apa yang kita sebutkan "belanja berhemah".

Jawapan Tan Sri Khalid: "Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa," terhadap saranan YB Azmin Ali supaya ditangguhkan dahulu kenaikan gaji itu agak dikesalkan. Nadanya kedengaran angkuh dan sombong.

Beringatlah, berapa banyak pemimpin dan kerajaan yang akhirnya tumbang dan musnah kerana keangkuhan dan kesombongannya. Itu hukum kebenaran dan keadilan!

Itu kemelut di dalam PKR yang telah berjaya ditenangkan.


p/s Di dalam parti GB pula pula? Ada pemimpin yang angkuh dan sombong yang nampaknya hendak menerima nasib yang sama... (dia) melontarkan cabaran kepada mereka yang tidak bersetuju dengan pendekatan beliau agar meninggalkan parti... Dia ingat PAS parti hanya untuk kumpulannya sahaja...

Kita tunggu dan lihat hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya.










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





PKR Restu Azmin Sebagai YAB Menteri Besar Selangor Yang Baru -VIDEO

Posted: 22 Sep 2014 05:25 PM PDT


Parti keadilan Rakyat sebulat suara merestui Timbalan Presidennya, Azmin Ali sebagai Menteri besar Selangor yang baru menggantikan tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin juga telah mengesahkan menerima surat daripada Setiausaha sulit Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk ditabalkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru esok.

Menurut Azmin, beliau akan memulakan tugas berkuatkuasa 23 September 2014 dan akan menghadiri majlis angkat sumpah pada pagi esok di Istana Alam Shah, Klang.

Tambahnya lagi, PKR sebulat suara mencalonkan beliau sebagai calon MB.

"Kita juga telah mengadakan mesyuarat tergempar iaitu mesyuarat biro politik parti jam 5 petang dan pertemuan semua ADUN Pakatan Rakyat (PR) jam 6 petang dan mesyuarat pimpinan pusat jam 6.30 petang.

"Saya berterima kasih kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kepada semua rakan pimpinan kerana menerima saya.

Azmin kemudiannya memberitahu pemberita bahawa pelantikannya sebagai menteri besar Selangor mendapat restu sebulat suara parti.

Ini sekaligus melabuhkan tabir krisis pelantikan menteri besar Selangor.


Azmin telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ibu pejabat PKR.

Anwar dan Wan Azizah beredar meninggalkan ibu pejabat PKR pada kira-kira jam 7.30 malam ini tetapi Azmin masih berada di situ dan dijangka mengeluarkan kenyataan penuh pada jam 8 malam.

Ketiga-tiga mereka tersenyum ketika mereka keluar dari bilik mesyuarat.

Sementara itu, PAS mengucapkan tahniah kepada Azmin Ali ekoran pelantikannya sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Menulis dalam twitter, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata semoga Pakatan Rakyat terus utuh.


KENYATAAN MEDIA
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi

Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang memperkenankan YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada 29 ahli Dewan Negeri Selangor dari KEADILAN, DAP dan PAS yang telah memberikan sokongan kepada saya sejak 14 Ogos 2014 dan membolehkan Pakatan Rakyat kekal sebagai kerajaan di Selangor. Saya menghargai kesepakatan 29 ahli Dewan Negeri Selangor ini yang meletakkan kepentingan menjaga mandat rakyat mengatasi kepentingan peribadi mereka.

Atas semangat itu, saya telah membuat keputusan untuk menarik diri dari pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor. Saya telah mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) agar YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa diangkat sebagai calon Menteri Besar Selangor. Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bermesyuarat pada hari ini telah juga sebulat suara bersetuju dengan cadangan itu.

Saya mengambil keputusan ini demi kepentingan rakyat atas kesedaran bahawa krisis ini perlu diselesaikan secepat mungkin. Saya yakin bahawa KEADILAN telah kekal mempertahankan prinsip demokrasi raja berpelembagaan. Walaupun proses perlantikan ini pada hemat saya tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor.

Oleh itu, saya telah menyatakan pandangan saya kepada pimpinan parti mengenai beberapa program khusus yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengangkat martabat dan kebajikan rakyat Selangor.

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN
22 September 2014
-



Kenyataan media oleh Setiausaha Agung DAP
merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng

Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) dalam mesyuarat tergemparnya pada 22 September 2014 telah memutuskan untuk menyokong kenyataan yang dibuat oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menarik diri daripada jawatan Menteri Besar Selangor berikutan titah diraja oleh DYMM Sultan Selangor untuk melantik Timbalan Presiden PKR YB Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

CEC turut memutuskan untuk menyokong cadangan Dato' Seri Dr Wan Azizah kepada pimpinan PKR untuk mengesyorkan YB Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, selari dengan pendirian CEC yang jelas dan konsisten bahawa calon Menteri Besar Selangor mestilah daripada PKR.

Memandangkan Dato' Seri Dr Wan Azizah memiliki sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor sebanyak 30 daripada 56 ADUN, keputusan beliau untuk menyokong YB Azmin Ali adalah juga konsisten dengan pendirian DAP yang tegas dan berprinsip bahawa Menteri Besar Selangor (YB Azmin Ali) seharusnya memiliki sokongan majoriti DUN Selangor.

Atas sebab-sebab ini, CEC memutuskan untuk mengarahkan kesemua 15 ADUN DAP untuk menyokong YB Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

DAP berasa kesal dengan pengkhianatan 4 orang Ahli Exco Selangor dari PAS terhadap prinsip solidariti dan demokrasi serta kegagalan untuk setia bersama enam lagi Exco DAP dan PKR yang dipecat secara tidak adil oleh bekas Menteri Besar yang telah kehilangan sokongan majoriti DUN Selangor.

DAP berharap penyelesaian krisis politik Selangor dan pelantikan YB Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru akan dapat menepati janji bagi membina Selangor yang lebih baik, yang mampu memberikan keadilan, kebebasan dan kemakmuran ekonomi kepada semua.

Lim Guan Eng
-













IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





SAH: AZMIN ALI SEBAGAI MB SELANGOR YANG BARU

Posted: 22 Sep 2014 05:43 AM PDT


Timbalan presiden PKR Azmin Ali SAH dilantik sebagai menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin sudah menerima surat rasmi pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu daripada pihak istana, kata sumber yang rapat dengan Timbalan Presiden PKR itu.

Sumber tersebut memberitahu, surat rasmi itu diterima lebih kurang pukul 5 petang tadi memaklumkan Azmin akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu pada pukul 10 pagi.

"Warkah lantikan sudah terima pukul 5 tadi. Pergi angkat sumpah esok 10 pagi. Jam 7 pagi raptai," kata sumber.

Surat perlantikan itu disahkan sendiri oleh Mohamad Munir ketika dihubungi wakil media di ibu pejabat PKR di sini.

Menurut surat itu lagi, majlis angkat sumpah itu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10.30 pagi Selasa.

"Kerjasama pihak YB dalam menyempurnakan perkara Sultan Selangor amat dihargai dan diucapkan terima kasih," katanya.

Pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu itu menjawab spekulasi yang tersebar mengenai beliau akan mengangkat sumpah untuk jawatan itu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Azmin merupakan antara tiga calon yang disenarai pendek dan telah menghadap Sultan Selangor serta 'ditemuduga' secara berasingan pada minggu lalu.

Selain beliau, dua calon lagi adalah Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang jam 10 pagi esok.

Sidang media dijangka diadakan oleh Azmin sebagai MB baru sejurus selepas majlis angkat sumpah.

Beliau juga dijangka akan menemui beberapa pemimpin parti dan pemimpin tempatan esok.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menjalani hari terakhir beliau hari ini (Isnin)," demikian malaysiakini dipetik.

Satu lagi sumber PKR memberitahu Azmin hari ini mengadakan perbincangan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan taklimat dan mendapatkan "restu" akhir dari beliau dan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergegas ke ibu pejabat parti itu selepas memutuskan perlu diadakan mesyuarat tergempar berhubung perkembangan terkini berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Mesyuarat Biro Politik parti itu diadakan selepas satu mesyuarat 'biasa' yang dihadiri beberapa pemimpin PKR termasuk Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar.

Perkara itu dimaklumkan Azmin yang terpaksa berpatah balik selepas kira-kira 40 minit meninggalkan bangunan itu.

Katanya, ia merupakan mesyuarat biro politik yang akan dipengerusikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, mesyuarat yang dijangka bermula pukul 5 petang itu akan turut disertai Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita akan adakan mesyuarat tergempar pukul 5 petang yang akan dipengerusikan oleh presiden... ketua umum (akan hadir)... mengenai perkembangan terkini...," katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat PKR di sini, Isnin.

Ditanya adakah perkembangan terkini melibatkan isu menteri besar di Selangor, Azmin berkata: "Ya, ya, ya."

Bagaimanapun beliau menambah: "Saya tidak tahu... ini mesyuarat khas tergempar pukul 5."

Antara yang dilihat memasuki ibu pejabat PKR ialah Naib Presiden, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted: 22 Sep 2014 09:02 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KIAMAT

Posted: 22 Sep 2014 08:26 AM PDT

Posted: 22 Sep 2014 08:21 AM PDT

Wan Azizah terima Azmin dilantik MB Selangor

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima pelantikan Mohamed Azmin Ali dengan hati terbuka. Gambar fail The Malaysian Insider.Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima pelantikan Mohamed Azmin Ali dengan hati terbuka. Gambar fail The Malaysian Insider.Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau menerima secara terbuka pelantikan timbalannya Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor yang baharu selepas pengumuman rasmi hari ini.
Azmin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa hari ini disahkan menjadi MB Selangor berkuatkuasa esok selepas menerima surat pelantikan hari ini, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai jawatan penting di negeri terkaya tersebut.
"Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang dibuat Tuanku Sultan Selangor yang memperkenankan Azmin, timbalan presiden PKR, sebagai menteri besar Selangor yang baharu," kata Dr Wan Azizah dalam satu kenyataan.
Beliau sebelum itu menghadiri satu mesyuarat tergempar di ibu pejabat PKR petang tadi yang turut dihadiri Azmin dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada 29 Adun PKR dan DAP, serta 2 Adun PAS yang menyokongnya sebelum ini sebagai calon MB baharu.
"Saya menghargai kesepakatan 29 Adun ini yang meletakkan kepentingan menjaga mandat rakyat mengatasi kepentingan peribadi mereka," katanya.
Dr Wan Azizah berkata, beliau sebelum ini sudah membuat keputusan menarik diri daripada pencalonan sebagai menteri besar Selangor yang baharu dan keputusan muktamad tersebut diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini.
Menurutnya, MPP juga sebulat suara menyokong Azmin sebagai menteri besar Selangor.
"Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bermesyuarat pada hari ini juga sebulat suara bersetuju dengan cadangan itu," katanya.
Walaupun kesal dengan layanan yang diberikan istana, Dr Wan Azizah berkata keputusan tersebut perlu diterima demi kepentingan rakyat Selangor.
"Saya mengambil keputusan ini demi kepentingan rakyat atas kesedaran krisis ini perlu diselesaikan secepat mungkin," katanya.
Dr Wan Azizah juga menggesa supaya usaha membela rakyat perlu kembali menjadi tumpuan utama di Selangor.
Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor akan diadakan pada pagi esok di Istana Alam Shah, Klang.
Spekulasi sebelum ini mengatakan Azmin akan dilantik sebagai MB Selangor yang baru, namun tiada pengesahan daripada pihak istana hingga surat pelantikan didedahkan hari ini.
PKR sebelum ini mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai calon MB tunggal, bagaimanapun mendapat tentangan daripada rakan PR, PAS dan Sultan juga enggan menerima cadangan tersebut. – 22 September, 2014.

Azmin Ali dilantik sebagai MB Selangor baharu

Posted: 22 Sep 2014 08:17 AM PDT

Azmin Ali dilantik sebagai MB Selangor baharu


SHAH ALAM 22 SEPT: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu berkuatkuasa 23 September 2014.
Azmin Ali MBPelantikan itu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menerima surat pelantikan yang ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, petang tadi.
Menurut surat itu, majlis angkat sumpah akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10.30 pagi esok.
"Sukacita dimaklumkan bahawa Sultan Selangor telah berkenan melantik YB (Yang Berhormat) tuan untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor berkuat kuasa 23 September (Selasa).
"Sehubungan itu, YB diminta hadir ke istiadat angkat sumpah jawatan dan ikrar aku janji serta pengurniaan surat cara pelantikan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor,"
"Kerjasama pihak YB dalam menyempurnakan perkara Sultan Selangor amat dihargai dan diucapkan terima kasih," jelas surat berkenaan.
Pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sekaligus menamatkan spekulasi pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan