MENGENALI SHEIKH AHMAD AL FATANI-ARKITEK KEMERDEKAAN ALIRAN ISLAM Posted: 04 Sep 2014 05:34 PM PDT MENGENALI SHEIKH AHMAD AL FATANI-ARKITEK KEMERDEKAAN ALIRAN ISLAM Muhammad Nuruddin Bashah Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
Tokoh Reformis & Pemikir Agung Melayu : Sheikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fhatoni (1856-1908)
Pengertian Apa itu Kemerdekaan dalam Islam Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud - istiah isiqlal (merdeka) dan hurriyyah (pembebasan) tiada dalam A Quran dan hadis tetapi tidak bermakna Islam tidak perjuang merdeka. Sama dengan isu Allah wujud dan istilah Daulah Islamiyyah -keduanya juga tiada dalam Al Quran. Dalil asas bangsa merdeka:
Dia lah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Ia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu. (Al Hadid ayat 9)
Tanwiriy (pencahayaan) sama dengan tahririy - enlightened Sikap pribumi yang bersikap qabiliyyah lil isti'mar (colonizability) atau kebolehan mereka menerima penjajahan sehingga merasakan diri tidak sempurna jika tidak bertuankan penjajah. Tulisan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani tentang jihad yang beliau tulis dalam kitab Bughyat at-Thullab : "Dan setengah daripadanya, perang sabil bagi kuffar, yakni wajib bagi Imam itu pergi perang kepada negeri mereka itu, maka iaitu fardu kifayah dengan ijmak. Atau Naib Imam pergi dengan tentera kerana perang bagi mereka itu. "Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia, dan ditaruhkan senjatanya, dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu. Maka hendaklah diperbuat akan salah suatu daripada keduanya maka gugurlah fardu kifayahnya. Ini jika tiada mereka itu datang kepada negeri kita. "Maka jika datang ia kepada negeri Islam maka jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang ... ".
Apa maksud penjajahan
Menurut Dr Siddiq Fadzil : isu agenda pembodohan ala Firaun yang membelenggu fikiran rakyat dalam kurungan ideologi pemerintah/penjajah. Al Afghani, Muhammad Abduh, Rasyid Redha, Amir Shakib Arsalan, Malik Ben Nabi sepakat dengan surah ar-Ra'd ayat 11 iaitu konsep taghyir an nufus- mengubah watak, paradigma, wawasan dan iktiqad. Malik Ben Nabi - konsep istiqlal al aql (kemerdekaan akal) - Prof Syed Hussein Al Attas - The captive mind (minda tertawan) Penjajahan bermula selepas kejatuhan Islam Granada 1492 M, Tamadun Ghotic memulakan perjalanan diikuti bangsa Anglo Saxon dll. Bukan sekadar penjajahn politik - tetapi budaya, jiwa, mental dijajah.
Kenali Sheikh Ahmad Al Fatani Nama penuh : Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain. Dilahirkan pada 5 Syaaban tahun 1272H bersamaan 10 April 1856M di Kampung Sena Janjar, Kampung Jambu, Negeri Jerim dan berhijrah meninggalkan Fatani menuju ke Mekah bersama ibu bapa beliau ketika berumur empat tahun. Menghafal pelbagai jenis matan seawal umur dua tahun lagi. Sheikh Wan Ahmad al-Fatani merupakan seorang yang sangat cerdas otaknya dan sudah diakui alim semenjak berusia 12 tahun. Sekitar umurnya empat tahun, beliau telah mengikut ayah dan ibunya berpindah ke Makkah. Menuntut pula di Baitul Maqdis selama dua tahun sehingga menjadi orang Melayu pertama yang mendapat pendidikan khusus dalam bidang perubatan daripada Syeikh Abd al-Rahim al-Kabuli di samping ilmu-ilmu lain terutamanya yang berkaitan dengan bidang syariat. Sheikh Wan Ahmad al-Fatani merupakan orang Melayu pertama yang menuntut di Universiti al-Azhar. Setelah beliau berjaya menamatkan pengajiannya di Mesir, Sheikh Wan Ahmad kembali semula ke tanah suci Makkah. Pada ketika itu, umurnya belum mencecah 30 tahun, namun, beliau telah diberi kepercayaan untuk mengajar di Masjid al-Haram. Anak murid : Dari Patani sekitar 23 orang yang antaranya Syeikh Abdullah bin Qasim Senggora, Syeikh Muhammad bin Idris al-Fatani dan Syeikh Muhammad bin Hussein bin Abdul Latif al-Fatani. Anak murid beliau dari Malaysia juga tidak kurang hebatnya sehingga jumlah yang dicatatkan melebihi 38 orang bahkan ada di kalangan mereka di kalangan sultan seperti Sultan Mansor yang merupakan sultan Kelantan dan Sultan Zainal Abidin iaitu sultan negeri Terengganu. Syeikh Abdul Samad bin Muhammad Saleh yang lebih dikenali dengan Tuan Tabal, Syeikh Wan Sulaiman bin Sidiq, Mufti Kedah dan Tuan Guru Haji Omar bin Ismail, Sungai Keladi, Kota Bharu, Kelantan. Anak-anak kelahiran Cam/Kemboja untuk berguru seperti Hj. Muhammad Saleh, Tengku Sulaiman dan Tuan Guru Haji Muhammad Tahir Kemboja.
Sheikh Ahmad memacu perjuangan bebaskan tanah air. Sheikh Ahmad memula langkah membangkit semangat menentang penjajah di Mekah dengan membina kader. Snouck Hurgronje sanggup belajar dengan beliau semata-mata ingin menyekat benagkitan anti-penjajah. Asas tarbiah Sheikh Ahmad: ilmu, ulama', Uthamniyyah sebagai pelindung, tentang penjajah. Murid yang dilatih untuk siasah-politik: Dato' Perdana Menteri Nik Mahmud Nik Ismail, Dato' Muhammad Mohd Said (Menteri Besar Kelantan), Dato' Laksamana Kelantan, Raja Ali kelana Riau, Haji Hassan Munas (Tok Janggut), dll. Sheikh Ahmad tubuhkan Jamiyatul Fathaniyah. Akibatnya Raja Ali tubuhkan Jamiyatul Rusydiyah di Riau (Syed Sheikh Al Hadi jadi Setiausaha) dan seterusnya tertubuhnya Sarekat Dagang Islam 1909. Sarekat Dagang Islam/tukar nama Sarekat Islam - tertubuhnya gerakan merdeka Indonesia - Nahdatul Ulama' (Kaum Tua), Masyumi, Muhammadiyyah (Kaum Muda). Tok Kenali tubuhkan MAIK di Kelantan bersama Dato' Paduka Perdana Menteri Nik Mahmud. Persekutuan islam Singapura oleh Mohd Eunos Abdulah 1900. Akibatnya tertubuhnya KMS 1926 yang mencetus KMM dan PKMM kemudiannya.
Kaum Tua mengasuh Kaum Muda Murid Sheikh Ahmad, Syed Sheikh Al Hadi muncul dengan Al Imam. Sheikh Ahmad yang perkenalkan Kaum Muda dengan fikrah reformisme- tiada isu Kaum Tua tiada idea revolusioner. Kaum Muda tubuhkan Maahad Al Mashoor - hasilkan pemimpin kemerdekaan seperti Dr Burhanuddin Al Helmi.
Sheikh Ahmad cetus gerakan menentang penjajah peringkat Global Sheikh Ahmad berjaya mendekatkan Raja Ali kelana dengan Uthmaniyyah dan juga mengheret Syed Sheikh Al Hadi dengan diplomasi Uthmaniyyah. Raja Ali Kelana - utus murid Sheikh Ahmad iaitu Raja Khalid Hitam ke Jepun 1912 untuk mohon abntaun bebaskan nusantara. Jepun sedang bangkit ketika itu. Hantar muridnya bernama Sheikh Wan Ishak berulang alik Mekah-Kemboja-suntik semagat bangkit lawan Barat dan Vietnam di IndoChina.
Sheikh Ahmad menguntik semangat Tok Janggut. Haji Mat Hassan MUnas hadir ke Mekah- 1902-1908 -berguru dengan Sheikh Ahmad. Ketika itu British sibuk menjajah Baitul Maqdis. Di Mekah suntikan semangat benci Inggeris. Perang jihad menentang British 1915- sejajar dengan kempen jihad Perang Dunia I Uthmaniyyah.
Di Terengganu juga ada bisa beliau Sheikh Ahmad bersahabat dengan Sultan Zainal Abidin III dan Tokku Paloh. Mereka menyuntik semangat kepada Tuna Guru Abdul rahman Limbong. Jihad Terangganu 1924-1928 -sempena kejatuhan Uthmaniyyah. Bendera Stambol dikibarkan.
Pemikiran jihad /kemerdekaan Sheikh Ahmad Al Fatani Perkataan jihad disebut sebanyak lebih 40 kali di dalam al-Quran. Dalam al-Quran kalimah jihad ini membawa erti berjuang pada jalan Allah dan mempertahankan agama Islam secara umum. Antaranya seperti dalam surah al-Hajj 22:78, Surah al-Ankabut 29:69, Surah al-Baqarah 2:218 dan lain-lain lagi yang menekankan soal perjuangan di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad serta pengorbanan harta dan jiwa raga di jalan Allah. Peranan ulama dalam membangkitkan perang jihad dan melancarkan perang sabil ke atas penjajah kuffar di Tanah Melayu yang terhenti setelah kekalahan Patani kembali memuncak pada penghujung abad ke 19 dan awal abad ke-20 Masihi. Tiga pemberontakan yang dipimpin oleh ulama Pahang, Singapura, Kelantan dan Terengganu mempunyai hubungan yang rapat pengaruh Uthmaniyyah. Surat Sheikh Ahmad kepada Sultan Zainal Abidin III: Mempadukan Islam dan Melayu. Mempertinggi tamadun dan kebudayaan melayu. Menggabungkan tamadun yang muafakat dengan syara'.
Pemikiran dalam kitab As Siyasah wa Tadbir;
Uthmaniyyah benteng kedaulatan Kerajaan Melayu Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayyahin karya Shaykh Wan Ahmad al-Fatani - sejarah tentang Kerajaan 'Uthmaniyyah. Antara isu sejarah 'Uthmaniyyah - isu ketenteraan. Sheikh Ahmad menceritakan Uthmaniyyah mempunyai struktur ketenteraan yang utuh dan kuat sehingga mampu menyaingi kekuataan ketenteraan kuasa-kuasa Eropah. Kewujudan 'Uthmaniyyah sebagai satu-satunya khalifah yang menaungi dunia Islam ketika itu turut menjadi faktor mengapa isu-isu berkaitan Kerajaan 'Uthmaniyyah, termasuk ketenteraan, turut ditulis dalam karya tersebut. Institusi ketenteraan 'Uthmaniyyah iaitu tentera Inkishariyyah, aktiviti ketenteraan 'Uthmaniyyah ketika proses penubuhan dan pengukuhan di wilayah Turki dan ekspedisi jihad menentang kuasa Eropah. Isu tersebut yang dicatatkan dalam bahasa Melayu memberi kefahaman kepada pembaca untuk mengetahui tentang sejarah ketenteraan Kerajaan 'Uthmaniyyah. Empayar Uthmaniyyah diiktiraf sebagai pelindung dan ejen pembebasan Kesultanan Melayu daripada penjajah Barat. Di Singapura- jumpa risalah agar umat Islam memberontak menentang Inggeris yang ketika otu menyerang jajahan Turki di Balkan 1876. Belanda memantau, mengetat syarat jemaah Haji. Tubuhkan konsulat di Jeddah pada tahun 1872. Inggeris juga bina Konsulat pada 1838. Pengaruh Uthamniyyah -bendera Selangor, Johor, Panji Stambul di Kelantan, terengganu, Bendera Acheh. Perang Balkan (1912-1913) – Khilafah lawan Bulgaria, Serbia, Greece, Montenegro Ia dilihat oleh orang Melayu sebagai perang salib baru. Akhbar-akhbar Melayu, Neracha (1911-1915), yang juga dikenali sebagai al-Mizan, dan Tunas Melayu beri liputan bersemangat terhadap perkembangan membabitkan Khilafah Uthmaniyah dalam peperangan itu. 1912, Neracha satu-satunya akhbar yang beri liputan meluas tentang Khilafah Uthmaniyah yang pertahankan dirinya dari serangan askar Itali di Libya.
Benarkah gelombang jihad keagamaan gagal berbanding gelombang nasionalisme di Tanah Melayu Belanda menganggap ajaran-ajaran dan tareqat itu sangat berbahaya kepada pemerintahan mereka. Snouck Hurgronje penasihat paling menonjol mengenai masalah Islam untuk pemerintah Belanda menyatakan bahawa mengenai masalah Islam untuk pemerintah Belanda menyatakan bahawa para syeikh sufi adalah musuh paling berbahaya bagi pemerintah Belanda di Nusantara. Ulama' dicalit dengan panggilan pengkhianat Sultan oleh British unuk mendilemekan orang Islam dalam feudalisme. Gelombang ulama menentang penjajah tidak terbantut sepertimana tulisan buku teks sejarah-nasionalisme mengganti perjuangan ulama' -sebaliknya gelombang berasas Islam ini berkongsi dengan kebanjiran kebangkitan cara ideologi lain. Gelombang ini kekal-buktinya terbentu gerakan Islam sehingga kini. Tuduhan mengatakan kebangkitan menentang penjajah oleh Tok Janggut dll sebagai gerakan tidak tersusun, responsif, melulu atau anarki adalah salah kerana hakikatnya mereka bergerak melalui gerakan seperti Sarekat islam, Jamiyatu Fataniyah, Jamiyatul Rusydiyah. Ia melalui perencanaan Istana Turki melalui kerja kuat ulama' diplomatik Sheikh Ahmad Al Fathani.
Bertam 5 Sep 2014, 7.04 pagi.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan