PEJUANG BANGSA Posted: 26 Sep 2014 11:28 AM PDT BILA SULTAN SELANGOR KECEWA AGENDA KAJANG MOVE Posted: 26 Sep 2014 09:00 AM PDT TITAH UCAPAN D.Y.M.M SULTAN SELANGOR DI MAJLIS PELANTIKAN EXCO BARU NEGERI SELANGOR PADA 26 SEPTEMBER 2014 JAM 3:00 PETANG DI BALAIRONG SERI, ISTANA ALAM SHAH, KLANG _______________________________ Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bismillahir Rahmanir Rahim. Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah dan kurnianya pada hari ini, Beta dapat mengadakan Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) pada petang ini. Seperti yang kita sedia maklum pelantikan Exco yang baru ini adalah disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) tiada mempunyai keyakinan kepada Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim yang menyandang Menteri Besar Selangor, yang dilantik selepas Pilihanraya Umum ke 13. Oleh itu seorang Menteri Besar yang baru dan Exco yang baru juga perlu dilantik untuk mentadbirkan Kerajaan Negeri Selangor ini. Kemelut dan pergolakan dalam Parti Pakatan Rakyat ini bermula daripada Pakatan Rakyat membuat "Kajang Move"-Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor. Perkara hasut menghasut dan melempar tohmahan-tohmahan terhadap Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan, dimana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wata'ala untuk membersihkan dosa dan maksiat. Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali, rakyat Melayu beragama Islam di Negeri Selangor ini supaya di bulan Ramadhan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan melakukan amal jariah kita supaya diterima Allah. Tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan suci Ramadhan dengan terus menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Disini Beta ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai Menteri Besar, yang mana hubungan Istana dengan beliau telah berjalan dengan baik dan lancar. Krisis yang berlaku berkenaan dengan Menteri Besar Selangor ini telah membuka mata dan hati serta pandangan Beta terhadap politik di Negeri Selangor ini. Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama 5 tahun dan mungkin akan diganti pada pilihanraya yang akan datang. Tetapi kedudukan Beta sebagai Sultan yang memerintah Negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat Beta.Sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas Beta amatlah berat untuk memastikan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan Negeri yang sempurna. Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran Negeri yang dijalankan oleh Menteri Besar. Beta hanya menasihatkan Menteri Besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat. Beta ingin mengingatkan bahawa Sultan itu bukanlah sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi kuasa Sultan adalah untuk melihat negeri dan rakyat Negeri Selangor ini hidup dalam keamanan dan maju jaya.Oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan Institusi Raja itu adalah sebagai lambang sahaja tanpa mempunyai apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan dibawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Beta dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa Institusi Raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana Beta yakin mereka mempunyai agenda yang lain. Beta adalah Sultan yang memerintah Negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan Beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah di meterikan pada tahun 1959. Rakyat Negeri Selangor yang berbilang kaum dan berbilang agama serta mempunyai pelbagai adat resam mahukan Negeri Selangor ini aman dan makmur, bebas mengamalkan agama masing-masing serta dapat hidup dalam tenteram dan harmoni. Seterusnya Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Negeri Selangor yang menyokong Beta dalam kemelut pelantikan Menteri Besar di Negeri Selangor ini dan mempercayai Beta dalam menyelesaikan kemelut ini. Beta sentiasa memikirkan ketenteraman, kemakmuran dan keharmonian rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini. Tidak lupa juga Beta mengucapkan terima kasih kepada pihak media arus perdana yang telah berkerjasama dengan pihak Istana dalam menyiarkan kenyataan-kenyataan akhbar dari Istana. Disamping itu Beta mahukan orang Melayu Islam janganlah berpecah belah dan tidak extremis atau mengelirukan rakyat hingga mengikut ajaran agama sesat. Beta tidak mahu orang Melayu Islam berpuak-puak, mencaci antara sesama sendiri, hingga meruntuhkan kemuafakatan orang Melayu yang mana Beta kuatiri suatu hari kelak jika perkara ini berterusan, orang Melayu akan menuju kehancuran. Kemanakah hala tuju, dan kemanakah perginya orang Melayu nanti. Beta sentiasa berdoa agar Allah Subhanahu Wata'ala membuka hati mereka supaya dapat melihat kebenaran dan seterusnya bersatu padu didalam memelihara dan mempertahankan tanah air kita yang dikasihi ini. Janganlah mudah sangat orang Melayu diperdaya sehingga maruah tergadai demi untuk kepentingan sendiri. Kepada Ahli-Ahli Exco yang baru, Beta menyeru supaya memberi sokongan yang padu kepada Yang Amat Berhormat Tuan Mohamed Azmin Bin Ali, Dato' Menteri Besar Selangor yang baru. Lupakan segala sengketa yang lalu dan tumpukan segala tenaga, kepakaran dan pengalaman disertakan dengan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat Negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada tuan-tuan dan puan-puan sebagai wakil rakyat mereka. Rakyat tidak suka melihat Negeri Selangor ini didalam kucar kacir dan mereka tinggal didalam ketakutan dan kesengsaraan. Beta berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga dengan pelantikan Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor yang baru ini, parti-parti yang telah diberi mandat untuk memerintah Negeri Selangor akan dapat berkerjasama untuk mentadbir Kerajaan Negeri dengan penuh jujur dan ikhlas demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Selangor. Rakyat menaruh harapan supaya mereka dapat tinggal di Negeri Selangor yang kaya dan maju ini serta dapat menikmati segala kemakmuran yang ada di dalamnya. Beta sentiasa berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala supaya Negeri Selangor yang kita kasihi ini dirahmatiNya dan dilindungi daripada segala malapetaka dan apa juga yang boleh menyusahkan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini. Amin. -------------------------------- | RAKYAT TERIMA BANJIR LUMPUR , MANA TINDAKAN PEMAJU GONDOL BUKIT GAMBIR !! @dzainalabidin Posted: 26 Sep 2014 08:30 AM PDT
Isu gondol di Bukit Gambir oleh pemaju bertaraf VIP ini sebenarnya telah lama dan kini akhirnya telah memberi kesan banjir lumpur kepada rakyat sekitar itu terutama Paya Terubong .
Walaupun kerajaan DAP memberi tempoh masa untuk pemaju memberi tempoh masa yang secukupnya kepada pemaju untuk memulihkan kawasan itu namun didapati tidak ada tindakan susulan pihak pemaju dalam melakukan usaha pemuliharan kawasan berkenaan.
Apa yang rakyat dapat ialah banjir lumpur memasuki ruang kediaman mereka bila berlaku hujan lebat di P.Pinang.
Perkara ini tak mungkin berlaku jika MPPP dan kerajaan DAP tidak membendung daripada awal kegiatan meneroka tanpa kelulusan ,
Untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di lereng bukit seperti ini sebenarnya perlu mendapat kelulusan daripada MPPP , JPS , Pejabat Daerah & Tanah serta Jabatan Mineral dan Geosains .
Sehingga hari ini rakyat tidak mengetahui status tindakan susulan kerajaan DAP yang dibawa ke mahkamah terhadap pemaju .
Sewajarnya penduduk di Paya Terubong ini boleh menuntut ganti rugi kepada pemaju berhubung kejadian banjir lumpur yang merosakkan harta benda mereka .
| BN MENANG BESAR PENGKALAN KUBOR DI LUAR JANGKAAN Posted: 25 Sep 2014 06:10 PM PDT Barisan Nasional telah berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor dengan majoriti yang lebih besar.Calon BN Mat Razi Mat Ail dapat 9,961 undi menewaskan calon PAS Wan Rosidi Wan Ibrahim 7,326 undi dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary 38 undi.Majoriti BN kali ini ialah 2,635.Majoriti Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada pilihanraya umum ke 13 ialah 1,736.Ini bermakna majoriti BN bertambah 899 undi.Sebanyak 73 peratus atau 17,555 pengundi daripada 24,039 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka. Juga BN dikatakan cuma kalah di satu Pusat Daerah Mengundi (PDM) yakni Kedai Geting sahaja dari 12 PDM di Pengkalan Kubor.
Pada PRU13 BN kalah di lima PDM. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Mustapha Mohamad,Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor serta para pemimpin BN lain berada di pusat penjumlahan undi Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Biji Wangsa, Tumpat semasa kemenangan itu diumumkan oleh pengurus pilihanraya pada jam 9 malam. Sementara itu Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berada di New York berkata kemenangan BN di Pengkalan Kubor adalah cemerlang dan menunjukkan rakyat menerima dasar-dasar kerajaan. Perdana Menteri berkata BN berupaya meingkatkan majoritinya hampir 900 undi. Ia menunjukkan usaha jentera BN berjalan lancar dan keputusan memilih calon nampak serasi dengan pengundi tempatan. "Kemenangan diduga tetapi majoriti tidak (pasti) sebab faktor-faktor tidak begitu jelas tapi kemenangan cemerlang sekali sebab kita hadapi calon PAS dan bukan PKR. Ramai kata calon PAS lebih kuat daripada PKR," kata Najib kepada media Malaysia . Mengenai calon BN Mat Razi Mat Ail, Najib berkata: "Calon tak ada masalah, tak ada masalah peribadi, bersih, ada watak agama, tidak menonjol dan merendah diri". Najib berkata kemenangan itu akan dijadikan asas untuk memantapkan lagi jentera UMNO dan BN. Katanya, beliau sudah menghubungi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Mat Razi bagi menyampaikan ucapan penghargaan kepada mereka dan jentera pilihan raya parti. Najib berkata beliau akan bertemu dengan Mat Razi sekembalinya ke tanah air kelak. Perdana Menteri berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan lawatan kerja bermula 20 hingga 28 Sept.- 25/9/2014
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kepada puluhan wartawan bahawa beliau sendiri agak terperanjat dengan majoriti besar kemenangan BN di Pengkalan Kubor. Dalam sidang media sejurus selepas pengumuman kemenangan BN di Sekolah Datuk Biji Wangsa Tumpat berkata kemenangan BN adalah keputusan yang tidak jangka. Pertama; keberkesanan jentera, kedua latar belakang calon yang baik, penjelasan isu royalti minyak yang berjaya menangkis fitnah dan perpecahan dalam pakatan pembangkang. Menurut Muhyiddin, kemenangan itu juga agak mengejutkan kerana BN memperoleh majoriti undi yang lebih besar berbanding pada pilihan raya umum ke-13. "Kemenangan BN ini sesuatu yang luar biasa dan antara faktornya adalah keberkesanan jentera BN, latar belakang calon yang baik dan isu-isu seperti royalti minyak yang berjaya ditangkis dengan baik. "Antara lain kerana masalah dalaman Pakatan Rakyat yang menyebabkan ada antara pengundi yang bosan dan tidak mahu memilih mereka," katanya. Beliau yang menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberitahu kejayaan BN itu turut menyampaikan ucapan terima kasih PM kepada pengundi Pengkalan Kubor. Najib kini berada di New York untuk menghadiri sidang majlis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Berada dikanan Muhyiddin adalah Pengarah Pilihanraya BN Pengkalan Kubor Datuk Seri Mustapa Mohamad (Tok Pa), yang mendapat ucapan tahniah dan selamat hari jadi daripada petugas media tadi. Strategi kempen Tok Pa ternyata berkesan di Pengkalan Kubor. Muhyiddin sendiri memuji Tok Pa kerana "menjadi pengarah pilihanraya yang cemerlang." Menurut Muhyiddin kemenangan BN ini boleh diibaratkan sebagai gelombang merah baharu BN di Kelantan iaitu negeri yang ditadbir dan menjadi kubu kuat PAS. "Keputusan ini luar biasa terutama dari segi majoriti...ini suatu kemenangan yang besar bagi BN. "Saya yakin ini satu gelombang merah yang baharu. Mungkin inilah satu permulaan yang baik dan kita harap ia (sokongan kepada BN) terus meningkat pada masa akan datang," katanya Bagi calon BN, Haji Mat Razi pula kemenangan ini merupakan satu hadiah kepada pengundi DUN Pengkalan Kubor. "Mereka mahu lihat Pengkalan Kubor dibangunkan, insha allah saya akan melihat berbincang apa yang patut didahulukan," ujar beliau yang menjanji menjadi wakil rakyat untuk semua penduduk Pengkalan Kubor. BN mempertahankan kerusi Pengkalan Kubor selepas Haji Mat Razi memperoleh majoriti 2,635 undi. Majoriti undi juga meningkat 899 berbanding 1,736 undi yang diperoleh penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada pilihan raya umum ke-13. Mat Razi, 48, meraih 9,961 undi, mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, yang mendapat 7,326 undi. Bagaimanapun calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47, hilang wang pertaruhan selepas memperoleh 38 undi sahaja. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Sobri Ramli di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Biji Wangsa di Tumpat pukul 9 malam. Sebanyak 73 peratus atau 17,555 pengundi daripada 24,039 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka. Hadir sama pada majlis pengumuman rasmi keputusan itu Setiausaha BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan. Bagaimanapun, calon PAS, Wan Rosdi dan calon Bebas, Izat Bukhary tidak hadir di pusat penjumlahan undi itu. PRK itu diadakan ekoran kematian Noor Zahidi pada 20 Ogos lepas. Pada PRU ke-13, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. Mat Razi merupakan bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat dan Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat dan dikenali dengan panggilan ustaz kerana beliau mengasaskan Pondok Simpangan di Tumpat sebagai tempat untuk mempelajari al-Quran dan ilmu agama.-25/9/2014
| |
IPOHMALAY Posted: 26 Sep 2014 09:04 AM PDT Mustapha Mohamed bertemu Jokowi, 'bincang mahu solat Jumaat di mana' Posted: 25 Sep 2014 11:32 PM PDT
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Mustapha Mohamed rupa-rupanya merupakan kenalan Joko Widodo, bakal Presiden Indonesia mulai bulan depan, sejak 3 tahun yang lalu. Diberitakan oleh Detik, Mustapha Mohammad hari ini berada di Jakarta bertemu dengan Joko Widodo atau Jokowi dan saat ditanyakan perbincangan apakah yang dilakukan, beliau berseloroh menjawab, "Bincang nak solat Jumaat di mana".
Mustapha Mohammad juga memberitahu bahawa beliau serasi dengan Jokowi dan menyebut bahawa cara berpolitik dan pemikiran politik mereka yang mendatangkan keserasian tersebut.
Jokowi pula mengakui mengenali Mustapha Mohamed sejak sebelum menjadi Gabenor Jakarta, yakni ketika masih menduduki jawatan Datuk Bandar Surakarta.
Tentu sekali jawapan itu sekadar gurauan dan maklumat lanjut perbincangan belum didedahkan dan mungkin sahaja lawatan tidak rasmi.
Menteri Perdagangan Malaysia: Saya Cocok dengan JokowiRay Jordan - detikfinance Jumat, 26/09/2014 13:01 WIB
Jakarta -Menteri Perdagangan Malaysia Dato Mustapha Mohamed mendatangi Gedung Balaikota DKI Jakarta untuk bertemu Gubernur Joko Widodo (Jokowi). Dalam pertemuan itu, Mustapha mengaku cocok dengan Jokowi.
Mustapha mengaku sudah mengenal Jokowi selama 3 tahun. Awalnya Mustapha bercanda pertemuan tersebut hanya membicarakan rencana shalat Jumat di mana.
"Bahas mau salat Jumat di mana," canda Mustapha di Balaikota DKI, Jl Medan Merdeka Selatan, Jakarta Pusat, Jumat (26/9/2014).
"Sudah 3 tahun kami kenal, kebetulan saya cocok dengan cara politik Pak Jokowi. Sama pandangan politik kami," lanjut pria yan terlihat mengenakan setelan jas hitam ini.
Sementara itu, Jokowi mengatakan, sudah berkawan dengan Mustapha sejak lama. Bahkan keduanya sering berkomunikasi.
"Saya dengan Dato Mustapha ini kawan lama sejak jadi wali kota (Solo). Sering telepon-teleponan," katanya.
Jokowi juga mengatakan, keduanya juga sering membicarakan hubungan antar pemerintahan dan rakyat. "Hubungan tidak hanya pemerintah dengan pemerintah, bussiness to bussiness, tapi rakyat dengan rakyat. Kita ini kan serumpun," katanya.
| Indonesia mansuhkan Pilihanraya Kepala Daerah Posted: 25 Sep 2014 07:28 PM PDT Indonesia yang merupakan negara pengamal sistem demokrasi antara terbesar di dunia, disebut mengorak langkah ke belakang apabila parlimennya bersidang hingga ke larut malam , malam tadi, dalam sidang yang paling panas dalam tahun ini, hanya untuk akhirnya mengesahkan pengembalian pemilihan kepala daerah (Pilkada) kepada lantikan himpunan ahli parlimen peringkat daerah daripada dipilih terus oleh rakyat.
Kepala daerah, dalam konteks Indonesia, adalah gubernur (kepala daerah provinsi), bupati (kepala daerah kabupaten), atau wali kota (kepala daerah kota). Kepala daerah dibantu oleh seorang wakil kepala daerah. Sejak tahun 2005, pasangan kepala daerah dan wakil kepala daerah dipilih secara langsung oleh rakyat melaluiPemilihan Umum Kepala Daerah dan Wakil Kepala Daerah (Pilkada). Pasangan tersebut dicalonkan oleh partai politik dan/atau independen.
Malam tadi, penentang usul ini dikatakan telah diperdayakan kelompok neutral apabila kelompok neutral memberi sokongan kepada mereka dengan syarat-syarat yang dipersetujui namun bertindak keluar dewan pada saat-saat akhir.
Pemilihan kepala daerah telah dibuka untuk dipertandingkan dalam pilihanraya kepala daerah mulai tahun 2005 dan ramai rakyat Indonesia menganggap pemansuhan pilihanraya pemimpin peringkat wilayah, daerah dan bandar itu adalah langkah ke belakang.
Namun pemansuhan pilihanraya itu dinilai mewujudkan pemilihan kepala daerah yang berkualiti oleh kalangan ahli-ahli parlimen setempat dan menjauhkan politik wang berbanding dengan melepaskan hak memilih tersebut kepada rakyat.
Hal ini dikatakan banyak bertitik tolak dari paranoia hasil pilihanraya Presiden lalu yang disebut memenangkan calon yang kurang berkaliber, hasil dari undian rakyat, memandangkan pihak yang menyokong pemansuhan ini ialah pihak yang kalah dalam pilihanraya presiden tersebut.
Jumat, 26/09/2014 07:28 WIB Akrobat Politik Demokrat di Paripurna yang Bikin PDIP Gigit Jari
Jakarta - Melalui drama politik berjam-jam, DPR melalui sidang paripurna akhirnya mengesahkan RUU Pilkada. Lewat voting diputuskan opsi Pilkada melalui DPRD ditetapkan sebagai mekanisme pemilihan yang baru.
Pengesahan opsi Pilkada lewat DPRD ini jadi kemenangan kubu Koalisi Merah Putih pendukung Prabowo-Hatta saat Pilpres. Meski sempat 'terjepit' karena Demokrat ngotot menginginkan Pilkada langsung, toh akhirnya KMP memenangkan pertarungan politik panjang jelang berakhirnya masa jabatan anggota DPR periode 2009-2014.Kemenangan KMP atas parpol koalisi Jokowi-JK yang mendukung Pilkada langsung yakni PDI Perjuangan, PKB dan Hanura tak lain karena kejutan yang disiapkan Fraksi Demokrat. Saat paripurna diskors Demokrat menyatakan memilih meninggalkan arena paripurna."Perkenankan kami fraksi PD untuk bersikap netral. Kami fraksi Partai Demokrat memilih untuk walk out," kata Juru Bicara Fraksi Demokrat Benny K Harman dalam sidang paripurna di DPR, Senayan, Jakarta, Jumat (26/9/2014).Benny mengatakan, fraksinya memilih walkout karena opsi ketiga yakni Pilkada langsung dengan 10 syarat tidak diakomodir. "Kami menyampaikan standing politik fraksi Partai Demokrat adalah sebagai penyeimbang," ujar Benny disambut riuh anggota dewan dari kubu KMP.Keluarnya Demokrat dari paripurna membuat harapan PDIP dan koalisinya untuk meloloskan Pilkada langsung menjadi lenyap. Padahal PDIP, PKB dan Hanura sempat menyatakan mendukung opsi yang ditawarkan Demokrat. Ketua Fraksi PDIP Puan Maharani langsung sibuk berkonsolidasi dengan anggota fraksinya sekitar pukul 00.25 WIB. Pimpinan sidang Priyo Budi Santoso bahkan memberikan waktu skors khusus untuk Fraksi PDIP. "Saya skors 15 menit," ujarnya. | Pengkalan Kubor indikasi PAS semakin kurang diyakini Posted: 25 Sep 2014 06:16 PM PDT Kemenangan calon BN di PRK Pengkalan Kubor merupakan natijah tidak langsung dari kelemahan PAS dalam Pakatan Rakyat yang semakin ketara dilihat oleh masyarakat Melayu Islam di negara ini yang celik matanya.
Apatah lagi peningkatan majoriti yang diraih berlaku dalam PRK yang berlangsung di dalam negeri kubu kuat PAS selama ini.
Masyarakat Melayu Islam di Pengkalan Kubor dengan jelas memberi indikasi bahawa kebanyakan Melayu Islam di negara ini telah muak dengan koalisi haram Pakatan Rakyat yang dilihat menekan keberadaan orang Melayu Islam dalam tampuk politik dan terlalu mengetengahkan tuntutan kesamarataan dan terlalu tunduk dengan suara minoriti yang mengetengahkan suara-suara pelampau minoriti.
Hanya Melayu Islam di bandar-bandar rata-ratanya yang masih berpihak kepada Pakatan Rakyat walaupun sedar diri mereka sekadar melukut di tepi gantang mencuci kaki 'tuan-tuan besar' mereka mungkin kerana faktor kebergantungan hidup kepada puak tersebut.
Apapun tahniah diucapkan kepada calon BN , Mat Razi Mat Ali yang menang dengan pertambahan 899 undi menjadi 2,635 daripada 1,736 undi pada PRU13 yang lalu.
| |
bumiyang Posted: 26 Sep 2014 03:47 AM PDT |
anakbukitgantang says Posted: 26 Sep 2014 03:25 AM PDT # PRK Pengkalan Kubor-terima kaseh Nik Aziz Posted: 25 Sep 2014 07:01 AM PDT | Keputusan rasmi Pengkalan Kubor-UMNO menang
Gerak hati saya UMNO akan menang kerana doa Nik Aziz benar. Terima kaseh Nik Aziz sebab doa orang yang teriniaya tiada hijabnya. Rujuk posting terdahulu di SINI
Semoga ia menjadi pengajaran kepada umat Islam bahawa seorang ulama sebenarnya tidak mencarut dan menjaga lisannya untuk mencari redha Allah dan tidak riyak dalam ibadahnya kerana riyak dan ego hanya akan menjarakkan seorang hamba dari rahmat Allah |
| |
tunku Posted: 26 Sep 2014 03:09 AM PDT PAS loses one Selangor exco post but gets deputy Speaker role Posted: 25 Sep 2014 07:28 PM PDT The number of seats for PAS representatives in the Selangor exco line-up has been reduced to three from the previous four. The new line-up will include PKR's Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Daroyah Alwi (Sementa), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia) and Amiruddin Shari (Batu Caves), along with DAP's Datuk Teng Chang Khim (Sg Panjang), Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan), V. Ganabatirau (Kota Alam Shah), who were all retained. The three PAS exco members are Iskandar Samad (Cempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) and Zaidy Abdul Talib (Tmn Templer). Selat Kelang assemblyman Dr Halimah Ali and Sabak representative Sallehin Mukhyi are the PAS representatives who have been dropped. Mentri Besar Azmin Ali, who revealed the names at a packed press conference Friday, said Nik Nazmi had relinquished his position as the state deputy speaker, adding that the position will be taken over by a PAS member. "The portfolios of these members will be decided over the weekend," Azmin said. The swearing-in ceremony will be held at the Istana Alam Shah at 3pm. | |
The Unspinners Posted: 25 Sep 2014 11:33 PM PDT PAS nak kekal dalam PR, tapi PKR, DAP tak datang tolong Posted: 25 Sep 2014 09:30 PM PDT | Jampi Tok Guru palsu "fail"... Pengundi tak buta, Pengikut tetap buta hati Posted: 25 Sep 2014 07:25 PM PDT | Bukti kukuh PAS beli undi di PRK P Kubor!!!! Posted: 25 Sep 2014 04:38 PM PDT Ekoran kekalahan teruk PAS di Pengkalan Kubor, pasti macam isu seperti pengundi dwi IC yang ditangkap PAS yg akan dimainkan untuk salahkan UMNO dan SPR. Kalau sana kata game not over, sini perlu jawab. PAS perlu jawab gambar di atas. Seorang Tok Lebai muda yang berkemungkinan hasil dari tadika dan pondok anjuran PAS di dikesan sedang memberi wang pada pengundi-pengundi di PDM Kedai Geting. Sudah calun pun pengamal kronisma. Nak buat macam mana? Sementara itu, PAS menyebarkan gambar orang ramai kendung microwave oven pulang seolah-olah UMNO merasuahkan pengundi. Itu hanya pemenang cabutan nombor bertuah yang mana hadiah di sponsor UMNO Pahang. Kalau salah, sila lapor ke SPR. Kita pun banyak gambar-gambar bukti program cabutan nombor bertuah anjuran PAS. | PAS hanya mimpi, BN dijangka mene besa Posted: 25 Sep 2014 05:21 AM PDT KEPUTUSAN AWAL PRK N.01 PENGKALAN KUBOR PENGKALAN KUBOR : BN: 1,033 (67.03%)PAS: 476 (30.89%)BEBAS : 5 (0.32%)MAJ : 557 KG KETIL : BN: 1,015 (49.25%)PAS: 1,012 (49.10%)BEBAS: 4 (0.19%)MAJ : 3 KG TEBING : BN: 502 (44.11%)PAS: 609 (53.51%)BEBAS: 2 (0.18%)MAJ : -107 KG GETING : BN: 1,019 (40.66%)PAS: 1,327 (52.95%)BEBAS : 3 (0.12%)MAJ : -308 SIMPANGAN : BN: 878 (76.48%)PAS: 263 (22.91%)BEBAS : 6 (0.52%)MAJ : 615 TUJOH : BN: 1,081 (51.57%)PAS: 971 (46.33%)BEBAS : 6 (0.29%)MAJ : 110 KG TELAGA BATA: BN: 722 (53.92%)PAS: 607 (45.33%)BEBAS: 0MAJ : 115 KG BUNOHAN : BN : 783 (70.35%)PAS: 315 (28.30%)BEBAS: 3 (0.27%)MAJ : 468 JUBAKAR DARAT : BN : 754 (89.87%)PAS: 77 (9.18%)BEBAS: 1 (0.12%)MAJ : 677 BENDANG PAK YONG : BN : 1,108 (54.93%)PAS: 878 (43.49%)BEBAS: 5 (0.25%)MAJ : 231 TELUK JERING : BN : 424 (79.55%)PAS : 107 (20.26%)BEBAS : 1 (0.19%)MAJ : 316 KEDAI GETING : BN : 532 (43.01%)PAS: 671 (54.24%)BEBAS: 2 (0.16%)MAJ: -139 UNDI AWAL/POSBN: 96 (91.43%)PAS: 8 (7.62%)BEBAS: 0UNDI ROSAK: 1MAJ: 88 Jumlah pengundi : 24,039Turn out : 17,674 (73.52%)Undi BN : 9,948 (56.28%)Undi PAS: 7,322 (41.43%)Undi BEBAS: 38 (0.21%)MAJORITI : 2,626 (14.86%) | PAS tangkap pengundi dwi-IC Thai? Apa helah PAS? Posted: 25 Sep 2014 02:55 AM PDT | Bandar Tak Bai kelihatan dari Pengkalan Kubor |
Seorang pengundi, Nawang Che Wil 670109-71-5257 yang didakwa mempunyai dua kerakyatan ditahan JUHAM (Jbtn Hak Asasi & Undang2 PAS) di PDM Kampong Bendang Pak Yong. Dipercayai pengundi tersebut dituduh mengundi Barisan Nasional. Ketika ditahan, beliau telah mengemukakan Kad Pengenalan, Passport dan dokumen Cabutan Butir-butir Daftar Kad Pengenalan dari JPN. Kini dia berada dalam kawalan Polis (PDM Kg Bendang Pak Yong). PAS yang jelas mendapat sokongan pengundi dwi-IC dari Thai dan dari awal lagi pemimpin PAS Tumpat sudah temui dan memberi wang transport masuk tapi mereka yang tangkap. INi sesuatu yang anih dan pastinya ada satu helah. Jika pengundi tersebuut benar adalah orang Thai, ianya bukan mudah untuk didakwa. DOkumen yang diveri adalah sah. BUkan senang untuk cari dan siasat kedudkan rakyat Thainya. Nampaknya ini hanya satu helah untuk membuat satu tuduhan baru terhadap BN. Jika massa PRU, BN dituduh import Bangla. Kali ini mereka mahu tuduh import pengundi Thai. Kemungkinan besar mereka menjangka kalah sebab lubuk-lubuk mereka 'turnout' rendah dari masa PRU. ''Turnout' kawassan putih BN tinggi dan amat meyakinkan. Kemungkinan besar mereka mahu buat petisyen untuk batalkan PRK ini!!! | Melayu Thai terima Yaasin berwang di dalam untuk baiah undi PAS Posted: 25 Sep 2014 12:02 AM PDT | Negara Thai hanya semberang sungai seminit |
Unspinners selalu kata bila Pakatan Rakyat tuduh Barisan Nasional di atas sesuatu tuduhan pelik, kemungkinan besar ianya tidak betul dan salahlaku pelik itu mereka sendiri yang lakukan. Begitulah juga dengan tuduhan Anwar Ibrahim bahawa UMNO mengimport Bangla Desh sebagai pengundi haram ketika PRU13 yang berakhir dengan anwar sendiri menafikan sendiri.. Hal ini dingatkan sebab PAS Tumpat kuat import pengundi dua IC dari Thai. Sebagaimana yang diketahui, Melayu Kelantan dan Melayu Thai adalah kaum yang sama dan bercakap bahasa sama. Mereka punya keluar di dua-dua belah bahagian sempadan - Kelantan dan Daerah Selatan Thai. Melayu yang duduk dikedua-dua belah sempadan keluar masuk negara jiran macam kamping sendiri. Dengan hanya seberang sungai, mereka masuk ke Malaysia. Ada kala penternak lembu belah Malaysia akan pergi potng rambut jerami belah Thai untuk dibawa sebagai makanan kepada binatang ternakan. Ramai dari Melayu Thai lahir dan daftar kelahiran di kedua-dua belah negara dan punya kewarganegaraan kedua-dua negara. Ini sebagai insuran ke selamatan jika ada apa-apa berlaku mereka mudah lari ke Kelantan. Bila mereka ke mari, mereka hanya seberang sungai dan tinggal kad pengenalan Thai mereka. Mereka guna kad pengenalana Malaysia. DIfahamkan mereka ini turut mengundi dan adalah penyokong PAS. DIperccayai ahli Parlimen PAS Tumpat Dato Kamaruddin Jaafar sudah ke sana untuk kawtim dengan Ringgit Malaysia dan jumpa dengan pengundi Melayu Thai di seberang. Oleh sebab mereka takut pengundi ini lari untuk undi BN, maka mereak serahkan duit dalam surah yaasin. Mereka diminta baiah guna surah Yaasin berjanji mesti undi PAS. Entah laku lagi ke baiah PAS. Nak masuk, simpan beberapa hari dan mengundi itu satu hal. Yang mereka takuti adalah bagaimana jika pihak Thai tangkap mereka dengan jari berlumur dakwat kekal? | |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 25 Sep 2014 11:33 PM PDT ORANG MISKIN SENANG PUNCA PAS TERSUNGKOR DI PENGKALAN KUBOR...BAGUIH PUNYA HAMPASS Posted: 25 Sep 2014 08:50 PM PDT Kata worang la...sudah kalah kalu jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri.
Kenapa PAS kalah pada BN dengan majoriti yang lebih besar sedangkan mereka menurunkan begitu besar bala tentera dan jentera kerajaan Negeri semasa PRK Pengkalan Kubor itu.
Semasa post mortem dibuat oleh PAS berkaitan kekalahan mereka di PRK ini, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bahawa bantuan kerajaan terhadap rakyat miskin di Pengkalan Kubor menjadi punca utama PAS kalah!
Aik...? Memberi bantuan pada manusia, mengeluarkan mereka dari kemiskinan, kepapaan dan kejahilan itu satu perbuatan salah ke?
Memang betul tekaan ramai bahawa PAS adalah sebuah parti khawarij yang suka melihat rakyat hidup susah, dibelenggu kemiskinan dan kejahilan.
Senang nanti mereka diperbodohkan terus-menerus dengan dakyah dan fitnah.
Bukankah Rasulullah s.a.w sendiri bersabda bahawa kefakiran itu akan memudahkan seseorang itu terjerumus kepada kekufuran?
Dulu bila kerajaan BN memberi BR1M, Nik Ajiz memperlecehkan bantuan itu seperti memberi makan kepada haiwan ternakan. Namun selama 23 tahun diperintah regim Nik Ajiz dan PAS adakah rakyat Kelantan mendapat nikmat hidup senang?
Berapa ramai yang terpaksa berhijrah mencari pekerjaan di luar Kelantan hingga ke Singapura.
Mereka di luar ini hidup senang lenang. Mereka diperantauan tidak menghiraukan kesusahan mak ayah dan saudara mara mereka di Kelantan.
Tak da air...
Tak da peluang pekerjaan...
Tapi banyak penyakit denggi dan jenayah...
Yang tak kurang adalah ceramah-ceramah retorik dan binaan batu-batu asas semata, projek tak da langsung. Rakyat yang tak da kerja kekal susah...tapi adakah PAS kisah?
Tuan Ibrahim juga merumuskan pengundi luar tak balik Kelantan punca PAS kalah di Pengkalan Kubor.
Tapi adakah mereka diperantauan kisah kesusahan mak ayah mereka di negeri ini?
Mereka inilah yang sentiasa menzalimi penduduk Kelantan jika balik mengundi tetap nak pangkah PAS.
Merekalah yang meninggalkan bala kepada penduduk Kelantan. Sedangkan mereka hidup bersenang lenang di luar sana.
PAS Kelantan hanya tahu setiap kali mereka adakan ceramah, maka itulah peluang mereka mengutip wang rakyat seberapa banyak yang boleh. Tapi duit itu entah ke mana...sedar-sedar pemimpin yang bertambah buncit.
Islam tak ajar pemimpin menyeksa rakyat.
Sebab itulah bila PAS kalah teruk dalam PRK ini, ramai dikalangan rakyat Kelantan dan penyokong PAS sendiri yang kata padan muka.
Mungkin ini caranya nak ajar pemimpin PAS Kelantan supaya jangan bongkak dan takbur dengan kuasa dan kehebatan berkepiah dan berjubah litup ke hulu ke hilir.
Mungkin ini juga kifarah yang diturunkan oleh Allah di atas kelancangan mulut seorang manusia tua kutuk yang sentiasa mendoakan laknat kepada manusia lain, kini doa laknatnya memakan diri sendiri.
Ke hulu ke hilir jalan pun dah tak larat, terpaksa dipapah dan dikendong hingga kencing menceceh namun masih lagi belum insaf.
Mungkin sengaja Allah simpan manusia terkutuk ini untuk memperbanyakkan lagi kerosakkan kepada jemaah songsang ini.
Apa pun kita ucapkan terima kasih kepada orang tua itu kerana tanpa doanya tak mungkin BN dapat majoriti lebih besar dan bergaya dalam PRK ini.
Kepada pengikut dan penganut PAS, tinggalkan perjuangan songsang kamu itu, bertaubatlah dan kembali ke jalan yang benar berjuang bersama UMNO-Barisan Nasional demi kemuliaan agama, bangsa dan negara kita.
Tahniah kepada jentera BN dan sahabat-sahabat BN yang bersama-sama berjuang hingga kita menang di Pengkalan Kubor ini.
Teruskan perjuangan... jangan mabuk dengan kemenangan. Tugas kita masih banyak dan panjang.
| Gambar PKR Bergumbira Ketika PAS Berkempen Keseorangan? Posted: 25 Sep 2014 06:08 PM PDT PAS kata rakan dalam Pakatan sedang sibuk, sebab tu la tak boleh nak tolong berkempen.
Betul ke mereka sibuk?
Kesian betul dengan PAS. Kena tipu hidup-hidup dengan rakan setahaluf mereka.
Jika Guan Eng kata PAS pengkhianat, rasanya pengkhiantan mereka lebih besar daripada PAS.
*Kalau tak sedar lagi, tak tau lah.... | ISU BAHASA ASING DI DANGA BAY, SIAPA SALAH PBT ATAU DBP? Posted: 25 Sep 2014 04:30 PM PDT | BAGAIKAN BERADA DI NEGARA ASING |
Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) adalah seperti berikut: Sumber kuasa DBP ialah Perlembagaan Persekutuan dan Akta A930 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan 1995).
Visi DBP ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dalam dunia ini. Namun perkara yang berlaku di Danga Bay, Johor Bahru sangat mengejutkan saya. Sebagai sebuah negara yang merdeka dengan mempunyai undang-undang bahasa, saya amat terkejut mengapa di dalam negara sendiri Bahasa Melayu diketepikan dengan begitu tragis, menyedihkan dan memalukan. Ianya pula berlaku di negeri Johor, yang disebut-sebut dengan bangganya sebagai ibu budaya kepada negara kita.
Misi DBP pula ialah meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu. Ianya suatu yang amat lucu apabila di dalam negara sendiri Bahasa Kebangsaan tidak boleh dipulihara, dikuatkuasa penggunaannya dan paling malang ianya seolah-olah tidak bernilai.
Wawasan DBP pula dinyatakan hendak menjadi peneraju utama pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam pembinaan negara bangsa. Dengan perkembangan terbaharu di Danga Bay, jelas membuktikan DBP tidak lagi mempunyai kekuatan untuk melaksanakan wawasan mereka. Pada pandangan saya, kesilapan yang berlaku di Danga, Bay di atas perlu diambil tindakan segera oleh pihak DBP sebagai pemegang teraju utama dalam pengembangan bahasa kebangsaan negara kita. Yang jelas bahasa China, bahasa Mandarin, bahasa Inggeris bukan bahasa Kebangsaan negara kita walau apapun alasannya hatta alasan ekonomi.
Manakala Falsafah DBP ialah 'Bahasa Jiwa Bangsa'. Jika bahasa kebangsaan tidak digunakan di tempat awam di dalam negara sendiri, sebaliknya bahasa asing boleh pula diletakkan dengan megah, cantik dan menarik, apakah ertinya sebuah kata-kata 'Bahasa Jiwa Bangsa' itu? | TIADA SATU PUN PERKATAAN BAHASA KEBANGSAN |
Sebagai sebuah negara yang merdeka, kita mesti menyelesaikan isu ini dengan segera. Janganlah kita berdiam diri dan berpeluk-tubuh sahaja kerana jika kita berdiam diri, kelak ianya akan menjadi perkara lumrah, dan kesannya generasi akan datang sudah tidak lagi melihat bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama, bahasa perhubungan dan bahasa perpaduan. Bagaimana hendak bercakap hal nation building jika hal bahasa kebangsaan pun tidak mampu ditangani.
Saya merayu Parlimen Malaysia melakukan sesuatu untuk memulihara martabat bahasa Kebangsaan di dalam negara sendiri. Barangkali DBP tidak ada kekuatan untuk menerobos isu ini. Amat sedih untuk berkata DBP tidur atau mati. Bangunlah. Sumber MERDEKA | Keputusan Rasmi #PRKPengkalanKubor : BN Menang Majoriti 2635. Terima Kasih Para Pengundi Posted: 25 Sep 2014 06:34 AM PDT Keputusan rasmi PRK Pengkalan Kubor: Terima kasih pengundi PRK Pengkalan Kubor kerana memilih calon Barisan Nasional. | Terkini #PRKPengkalanKubor : BN Menang Dengan Majoriti 2625 Undi Posted: 25 Sep 2014 04:57 AM PDT Laporan langsung dari KLXPress memaklumkan Barisan Nasional mengekalkan kerusi DUN N.01 Pengkalan Kubor dengan 2625 undi. Klik di sini untuk maklumat lebih terperinci : http://klxpress.com.my/?p=18405 *Tahniah untuk semua jentera yang bertugas. Hadiah untuk Hari Jadi Tok Pa pada hari ini (25 September) yang sungguh bermakna. | #PRKPengkalanKubor : BN Menang Majoriti Lebih Besar? Posted: 25 Sep 2014 04:24 AM PDT Ada maklumat kata BN menang PRK Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar daripada sebelum ini. Itu maklumat tidak rasmi. Berikut keputusan mengikut peti undi yang dilaporkan oleh KLXPress.
7.20pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM KG BENDANG PAK YONG BN 1099 PAS 878 & BEBAS 5 – BN MENANG MAJORITI 221 7.17pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM BUNOHAN BN 783 PAS 315 & BEBAS 3 – BN MENANG MAJORITI 468 7.15pm -KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM TELAGA BATA BN 722 PAS 607 & BEBAS 0 – BN MENANG MAJORITI 115 7.10pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM JUBAKAR DARAT BN 754 PAS 77 & BEBAS 1 – BN MENANG MAJORITI 677 7.05pm -KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM TUJOH BN 1082 PAS 971 & BEBAS 6 – BN MENANG MAJORITI 111 7.00pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM PENGKALAN KUBOR BN 1033 PAS 476 & BEBAS 3 – BN MENANG MAJORITI 557 6.30pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI BAGI PDM KG TELUK JERING BN 424 PAS 108 & BEBAS 0 – BN MENANG MAJORITI 316 6.00pm – RASMI: Jumlah keluar mengundi ialah 23,929 @ 73%. Terus ikuti bersama kami untuk mengetahui keputusan terkini PRK N.01 Pengkalan Kubor.
Baca selanjutnya di sini : http://klxpress.com.my/?p=18405 *Terima kasih portal KLXPress kerana memberi laporan secara langsung dari Pengkalan Kubor. | GEMPAR! PAS Kantoi Bawa Pengundi Hantu #PRKPengkalanKubor ? Posted: 25 Sep 2014 01:37 AM PDT Apabila nak kalah, PAS mula memikirkan taktik kotor apa lagi yang mereka boleh lakukan. Maka terciptalah ala-ala taktik ala-ala pengundi Bangla masa PRU 13 dan black out di Bentong. Cuba perhatikan berita yang disebarkan oleh puak PAS. Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) PAS, Noorazmir Zakaria berkata, pihaknya mengesan kehadiran pengundi yang didakwa itu di Unit Peti Undi Bendang Pa' Yong, di sini. "Juham menerima aduan daripada petugas pilihan raya PAS di UPU Bendang Pa'Yong tentang seorang pengundi yang disyaki bukan warganegara Malaysia, namun mempunyai kad pengenalan dan pasport Malaysia.
"Peguam-peguam Juham yang bertugas di situ dengan serta-merta menahan untuk menyoal pengundi terbabit serta menyemak kad pengenalan serta pasportnya," katanya dalam satu kenyataan di Facebook Juham, Khamis.
Noorazmir mendakwa, pengundi terbabit pada mulanya dikesan diiringi oleh Penghulu Kampung Bendang Pa' Yong.
"Namun setelah menyedari kehadiran peguam Juham, penghulu tersebut terus melarikan diri dan meninggalkan pengundi berkenaan," ujarnya. Cuba tengok perkataan yang dibesarkan. PENGHULU. Negeri Kelantan siapa yang perintah? Siapa yang boleh lantik penghulu kalau bukan Kerajaan PAS Kelantan. Kat situ dah kantoi. Sebenarnya pendedahan mengenai pengundi hantu ini dah dibuat lebih awal oleh MyMassa di sini : Semalam, seseorang yang tidak mahu dikenali telah menyerahkan kepada kami senarai nama pengurus pengundi hantu PAS dari Thailand untuk didedahkan. Menurut sumber tersebut, senarai itu adalah nama-nama individu yang akan menguruskan kemasukan pengundi DUA IC dari Thailand yang akan mengundi PAS. Menurutnya lagi, individu-individu dalam senarai tersebut juga bertindak pemegang MyKad rakyat Thailand yang mempunyai dwi kerakyatan.
Baca seterusnya di sini : http://mymassa.blogspot.com/2014/09/prkpengkalankubor-panas-strategi-pas.htmKalau betul PAS tak buat, kenapa masa mengundi baru kecoh sedangkan MyMassa dan blogger BN lain dah dedah perkara ini lebih awal? Ini bukan kali pertama Pakatan Rakyat tuduh pengundi mereka sebagai pengundi hantu. Pada PRU 13, PKR telah menangkap seorang pengundi yang dituduh sebagai pengundi hantu. Tetapi selepas disiasat, rupa-rupanya pemuda tersebut adalah penyokong PKR! Taktik mereka mudah, tuduh kemudian minta maaf. | Gambar-gambar Menarik #PRKPengkalanKubor Posted: 24 Sep 2014 11:30 PM PDT Antara gambar menarik yang dikirimkan oleh pembaca MyMassa. Dan yang paling menarik..... *Kempen-kempen juga tapi takade la sampai bermusuh. | |
DARUL EHSAN TODAY Posted: 25 Sep 2014 11:27 PM PDT Takut Di Penjara, Pelakon Porno Alvin Tan Mohon Suaka Politik Dari Amerika... Posted: 25 Sep 2014 07:00 PM PDT
Alvin Tan mendedahkan kepada koresponden CNA melalui akaun Facebook peribadinya yang disahkan wartawan penyiaran itu, "Saya kini sibuk memulakan hidup baru (di Amerika Syarikat) selain menanti perbicaraan akhir permohonan suaka saya. Saya di sini untuk mencari perlindungan politik daripada kezaliman Umno."
Katanya, beliau mula-mula memohon suaka politik daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat pada bulan Mei susulan pembikinan sebuah dokumentari di Singapura.
Alvin begitu yakin Amerika Syarikat akan meluluskan permohonannya. Sekiranya tidak, beliau tiada pilihan lain kecuali terus memuat naik "bahan berunsur hasutan" di Internet bagi menguatkan kesnya.
"Jabatan Negara AS mengeluarkan Laporan Hak Asasi pada 2013 tentang Malaysia yang dengan jelas menyebut kes saya adalah penindasan hak bersuara di Internet," katanya lagi kepada CNA.
"Kalau semuanya gagal, saya dengan senang akan muat naik lebih banyak bahan berunsur hasutan pada laman Facebook saya untuk 'mengejek' pihak berkuasa dan buat mereka marah dan kejar saya lagi. Ini akan mewujudkan ketakutan lebih berasas tentang penganiayaan politik di negara ini dan menguatkan lagi tuntutan saya," katanya.
Dia hina Islam, umno juga yang di persalahkan... masih ada lagi pak-pak menteri kita yang ketagih nak hapuskan AKTA HASUTAN...??? | |
Belantan Posted: 25 Sep 2014 11:21 PM PDT Menanti tindak balas Anwar? Posted: 25 Sep 2014 10:25 AM PDT Bulan September mungkin bukan bulan yang baik untuk Anwar Ibrahim. Beliau dipecat daripada parti dan kerajaan pada tahun 1998 pada bulan September, beliau pernah merancang untuk menjadi Perdana Menteri melalui pintu belakang pada 16 September 2008 dan hari ini sekali lagi September membawa nasib malang untuk Anwar apabila harapannya untuk melihat isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail 'ditabalkan' sebagai Menteri Besar (MB) Selangor hanya tinggal impian. Mungkin kaitan bulan September dengan politik Anwar hanya kebetulan sahaja tetapi apa yang pasti semua itu berlaku kerana perancangan politik beliau. Begitu juga apabila beliau melaksanakan 'Langkah Kajang' - satu langkah politik yang menyebabkan bukan sahaja Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi juga sekutunya, Pas turut lintang pukang. Tanpa sebab dan alasan kukuh, Anwar mengatur langkah untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi impian itu tidak tercapai kerana beliau berhadapan hukuman penjara, justeru beliau mempertaruhkan Wan Azizah malangnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu tidak mendapat sokongan Pas. Mungkin tidak terlintas dalam fikiran Anwar bahawa orang kesayangannya, Azmin Ali akan menjadi pilihan Sultan Selangor untuk menggantikan Abdul Khalid dan beliau juga tidak menyangka nama itu akan dicalonkan oleh Pas. Biarpun beliau dan PKR berkeras mahukan Wan Azizah dan menolak calon lain daripada parti itu untuk menjadi MB Selangor tetapi dalam politik tiada musuh dan kawan yang kekal. Yang menentang Azmin menjadi MB bukannya ADUN PKR atau Pas di Selangor tetapi orang dalam PKR yang begitu taksub dengan agenda politik Anwar dan disokong oleh DAP. Azmin mempunyai pengaruh sendiri di Selangor bukan sahaja dalam kalangan ADUN PKR tetapi juga Pas. Sebab itulah Pas menghantar nama Azmin sebagai salah seorang calon MB walaupun mendapat tentangan keras PKR dan DAP yang bersetuju hanya Wan Azizah dicalonkan. Bagaimanapun persoalan yang lebih menarik untuk diperkatakan apakah tindak balas politik yang akan dilakukan oleh Anwar dan PKR berikutan pemilihan Azmin? Kalau Abdul Khalid yang mengingkari arahan parti dipecat, apakah Azmin juga akan menerima nasib yang sama? Pelantikan Azmin bermakna kerusi MB Selangor masih di bawah PKR, oleh itu jika Anwar tidak mempunyai apa-apa perancangan yang 'pelik-pelik' beliau perlu menerima pelantikan Azmin dengan lapang dada. Walaupun kewibawaan Azmin mungkinlah tidaklah sehebat Abdul Khalid tetapi sekurang-kurangnya beliau jauh lebih baik berbanding Wan Azizah dari segi politik. Biarpun di dalam PKR akan berlaku perpecahan tetapi ia dijangka bersifat sementara kerana politik berkaitan kedudukan dan kuasa, apabila seseorang pemimpin itu mempunyai kedua-duanya, beliau pasti disokong. ADUN PKR lain mungkin akan terfikir buat apalah mereka membuang masa hendak memperjuangkan nasib Wan Azizah dan sekali gus terjebak pertelingkahan dengan istana berikutan pelantikan Azmin. Adalah lebih baik mereka meneruskan pentadbiran kerajaan negeri Selangor bersama Azmin daripada membuang masa melayan kerenah politik Anwar. Lagipun biarlah Wan Azizah menguruskan 'kebajikan' suaminya yang akan turun naik mahkamah pada bulan depan. Pelantikan Azmin boleh dianggap satu tamparan hebat kepada Wan Azizah kerana semua orang tahu bagaimana hubungan antara kedua-dua pemimpin PKR tersebut, malah kalau boleh mungkin Wan Azizah lebih rela orang lain menduduki jawatan itu bukannya Azmin. Bagi Azmin pula, cabaran utama ialah menjauhkan diri daripada dakwaan pelbagai pihak bahawa beliau akan mengikut telunjuk Anwar dalam mentadbir Selangor. Azmin perlu meneruskan kerja-kerja cemerlang yang sebelum ini dilaksanakan oleh 'musuh politiknya' Abdul Khalid ketika mereka bersama-sama dalam PKR. Abdul Khalid pula sebagai seorang yang berintegriti tinggi sudah pasti tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh merosakkan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Azmin, biarpun ketika menjadi MB, Azmin merupakan orang yang memainkan peranan utama dalam mengkritik pentadbiran beliau . Perlu diingat bukan Azmin yang merancang 'Langkah Kajang', walaupun beliau dalam beberapa mesyuarat didakwa mahukan Abdul Khalid digantikan, sebaliknya Anwar yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan politik antara mereka untuk memenuhi agenda politik peribadinya. Bagi sesetengah pemimpin PKR pula, mereka tidak boleh menganggap tindakan Azmin sebagai 'satu pengkhianatan' kepada parti itu kerana tiada sebab untuk Azmin dilihat menderhaka kepada Sultan Selangor apabila nama beliau diperkenankan oleh baginda. Atas sebab itulah, sejak nama beliau dicalonkan oleh Pas, Azmin langsung tidak membuat kenyataan menolak pencalonan itu, yang memandai-mandai mengatakan Azmin menarik diri adalah Anwar. Apa yang diketahui ialah Azmin menghormati keputusan PKR mencalonkan nama Wan Azizah sahaja. Sementara itu, bagi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau sudah pasti berasa lega dengan kebijaksanaan Sultan Selangor membuat keputusan memilih Azmin. Ini memandangkan Abdul Hadi ialah individu paling bertanggungjawab mencalonkan nama Azmin dan tidak mahu tunduk dengan kehendak PKR dan DAP supaya mencalonkan nama Wan Azizah sahaja. Langkah menyenaraikan nama ADUN Pas hanya sekadar memenuhi permintaan istana yang mahu semua parti mencalonkan lebih daripada dua nama, bak kata Abdul Hadi ketika memberikan penjelasan isu-isu semasa di Marang baru-baru ini, ''Kalau bagi satu nama bagaimana Istana nak pilih.'' Pemilihan Azmin juga sekali lagi membuktikan kebimbangan segelintir pemimpin Pas berhubung kesan buruk jika ADUN parti itu menduduki jawatan MB Selangor adalah tidak berasas, politik 'mencipta hantu yang tidak wujud' yang cuba dipraktikkan oleh mereka sekali lagi gagal. Sebelum ini golongan tersebut gelisah tidak tentu hala apabila Abdul Hadi menegaskan akan menerima apa sahaja keputusan Istana maknanya, kalau Sultan Selangor melantik Azmin mereka terima, kalau pilih ADUN Pas pun mereka terima. Apa yang penting parti itu membuat keputusan bak kata Abdul Hadi berdasarkan hukum syarak dan bukannya hukum akal semata-mata. Kenyataan itu menyebabkan beberapa pemimpin Pas yang begitu taksub dalam tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP bagaikan tidur tidak lena, makan 'tak lalu' malah ada antara membuat teori songsang menyatakan ada perancangan oleh pimpinan Pas untuk membentuk campuran kerajaan dengan UMNO di Selangor, sampai ke tahap itu pendekatan 'politik mencipta hantu' mereka. Justeru dalam Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 di Batu Pahat, Johor minggu lalu ada antara mereka menegaskan, Pas perlu mempertahankan integriti dan pemuafakatan dalam pakatan dengan menolak jawatan MB Selangor jika ia diberikan kepada ADUN Pas memandangkan parti itu sudah berjanji ia kerusi milik PKR. Bagaimanapun hakikatnya, dalam kes MB Selangor hujah itu tidak terpakai biarpun Pas sudah berjanji jawatan tersebut hak PKR. Ini memandangkan ketika Anwar merancang 'Langkah Kajang' apakah beliau memikirkan soal integriti dan permuafakatan yang dimeteraikan dengan Pas? Kenapakah hanya Pas sahaja dipaksa patuh pada prinsip itu biarpun terpaksa sumpah derhaka terhadap Sultan Selangor? Wajarkah Pas menerima nasib seumpama itu? Tetapi apa pun keadaannya diharapkan pelantikan Azmin akan menamatkan kemelut politik di Selangor selepas Sultan Selangor menggunakan kebijaksanaan baginda membuat keputusan. Rakyat sudah bosan kerana sejak beberapa bulan lalu terpaksa menyaksikan drama politik memualkan yang dirancang oleh Anwar. Ketika negeri-negeri lain sedang bergelut untuk meningkatkan taraf hidup rakyat selepas pilihan raya umum lalu, Selangor pula kucar kacir kerana kemelut politik yang tidak berkesudahan, segala-galanya bukan kerana Abdul Khalid tidak berwibawa tetapi kerana kerakusan Anwar mahu berkuasa. Oleh itu, kalau benarlah PKR dan DAP berjuang untuk rakyat maka berjiwa besarlah menerima Azmin menjadi MB Selangor dan jangan menganggap dunia akan berakhir bila Wan Azizah tidak menduduki jawatan tersebut kerana beliau tiada kemampuan sebaliknya hanya mengikut kemahuan suaminya, Selangor tidak layak mempunyai pemimpin seumpama itu. Oleh : Zulkiflee BakarSuara Politik Belantan | |
Panglima Perang Cyber Posted: 25 Sep 2014 11:05 PM PDT Analisa Kemenangan Cikgu Mat Razi @Barisanasional di #PRkPengkalanKubo Posted: 25 Sep 2014 02:31 PM PDT
Keputusan PRK Pengkalan Kubor mengikut Utusan Malaysia sms alert : Calon BN, Mat Razi Mat Ail memperolehi 9,961 undi calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dengan 7,326 undi dan Bebas, Aizat Bukhary Ismail Bukhary pula mendapat 38 undi. Undi rosak 230. Jumlah yang keluar mengundi adalah 73 peratus. Analisa : Pada PRU 13 Allahyarham Dato Nor kZahidi menang apabila mendapat 10,174 undi dengan majoriti 1736 undi. Dengan 2635 undi majoriti, Ini bermakna Cikgu Mat Razi telah mendapat pertambahan majoriti sebanyak 899 undi walaupun peratusan mengundi hanya 73% tidak seperti PRU yang lalu iaitu 78.94 % Undi rosak juga berkurangan dari 344 kepada 230 undi. Mungkin perpaduan kalangan Umno yang semakin baik dan penyokong atas pagar kini telah memihak kepada BN dan tidak lagi merosakkan undi menjadi faktor penyebab ini. Faktor calon dan juga Allahyarham Dato Norzahidi disamping kemelut Pakatan Rakyat menyebabkan undi beralih arah kepada BN. Calon PAS yang didatangkan juga didapati gagal menunjukkan ketokohan beliau apabila hanya menjawab soalan wartawan dengan dibantu EXCO Kelantan hingga terbongkar dalan cawan. Lebih jauh beliau dikhabarkan pro Anwarinas dalam PAS !! Kemenangan selesa ini juga boleh jadi kerana PAS mungkin berpecah dari dalam antara penyokong Hj Hadi dan Anwarinas kerana calon yang ditampilkan tidak setanding dengan calon BN yang membawa imej warak sebagai pengasas pondok dan digelar ustaz. Mengikut ayahanda panglima yang juga pernah mengajar bersama beliau sejak dahulu cikgu Mat Razi seorang yang baik dengan semua orang. Faktor inilah menjadi magnet yang membuka hati rakyat untuk memilihnya menjadi wakil mereka di Pengkalan Kubor. Walaupun dikecam oleh Ketua Penerangan PAS Kelantan Ustaz Nasarudin Daud kerana imej ustaz yang dihina oleh beliau namun pengundi tetap menyatakan pandangan mereka dengan memberi kepercayaan kepada Cikgu Mat Razi sebagai tanda simpati. Faktor lain ialah pengaruh beberapa pondok di Pengkalan Kubor mengikut rakan saya yang meninjau dari dekat perjalanan PRK di sana mungkin menjadi penambah perisa kemenangan. Tidak silap beliau menyebut ada enam buah pondok di dalam DUN Pengkalan Kubor. Semua tahu PRU lalu isu Tok Guru Abdullah Saamah di Pondok Geting menjadi tumpuan seluruh negara kerana berani melawan Nik Aziz yang pro wahabi dan kali ini pondok pondok di Kelantan menggunakan peluang untuk membalas jasa BN memperjuangkan isu mereka, membela nasib mereka dan menyokong Ahlu Sunnah Wal Jamaah sehingga ia menjadi titik perubahan pemikiran tuan tuan guru pondok di sana. Kunjungan TPM Tan SRI Muhyiddin juga memberi aura kemenangan kepada BN terutama ketika melawat kawasan pondok dan sekolah agama semasa kempen bantu calon BN di sana. Maka tidak pelik dari lima saluran menang PAS kini hanya mampu menang satu PDM sahaja mengikut info yang diterima. PAS kini wajar menilai kembali kekalahan ini dan mereka juga wajar memikirkan apakah ada lagi ruang untuk PAS terus membiarkan ahli mereka diperkuda PKR DAP selepas dihina dan dicaci dalam krisis MB Selangor yang menyaksikan PAS menolak Presiden PKR isteri Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah dan meletakkan Azmin sebagai calon MB. Fikirlah.. Keputusan PRU 12 dan 13 untuk rujukan | Analisa Kemenahan Cikgu Mat Razi Dengan Majoriti Lebih Besar #PRKPengkalanKubor Posted: 25 Sep 2014 09:25 AM PDT | Biar Kanak-Kanak Kempen dan Insiden Pijak Bendera BN Dikesali #prkpengkalankubor Posted: 25 Sep 2014 01:30 AM PDT | Blog2 Pakatan Hentam Zuraidah @YBZ99 Hina PAS Isu Exco Selangor Posted: 24 Sep 2014 11:27 PM PDT
Kenyataan YB Zuraidah mengenai kerusi Exco PAS ialah :
Blog Anak Sungai Derhaka, sebuah blog yang popular kalangan pembaca blog politik yang pro pembangkang menghentam kenyataan YB Parlimen Ampang Zuraidah yang membuat kenyataan berkenaan Exco baru Selangor yang mengguris penyokong PAS yang membacanya. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin Zuraida perlu gunakan otaknya untuk berfikir dalam kerangka yang lebih besar dan jauh kehadapan..
Bukannya bercakap dengan perasaan dendam yang masih belum padam..
Apa yang penting sekarang ialah perbetulkan semua kesilapan dan rapatkan kembali keretakan yang telah berlaku..
Bukannya membalas dendam!!
seterusnya :
Tapi persoalan utamanya ialah layakkah Zuraida ini memberikan nasihat kepada Azmin?
Semasa pemilihan 2014 dia berada dalam kem Azmin menjadi penyokong tegar kepada Azmin, kemana Azmin pergi adalah dia.. Apa saja Azmin kata dialah yang akan bersungguh-sungguh mempertahakannya..
Tiba-tiba dia membuat kejutan dengan melarikan diri meninggalkan Azmin menyokong Wan Azizah pulak sebagai Calon Menteri Besar..
Membacakan kenyataan media yang dikatakan telah ditukar yang dibuang nama Azmin dari senarai calon Menteri Besar dari PKR itu..
Sekarang bila Azmin dah diperkenan oleh Sultan sebagai Menteri Besar.. dia kembali nak menyokong Azmin pula... macam lalang la lu...
Baca selanjutnya di blog tersebut http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2014/09/zuraida-sepatutnya-berfikir-sebelum.htmlSebuah blog lain juga mengutuk Zuraidah iaitu blog Ameno World http://www.amenoworld.net/2014/09/zuraidah-desak-hadi-mohon-maaf-pas.html yang pro PKR Beliau menulis dengan lebih keras : Zuraidah katakan Hadi perlu minta maaf pada DSWA kerana menghina wanita itu.
Apa yang Hadi hina? Hadi tidak hina. Ia adalah pendapat peribadi dia tentang kredibliti, kemampuan dan kelayakkan DSWA berkaitan pentadbiran negeri.
Dia beri ulasan berdasarkan pemerhatian dia bahawa DSWA tiada ketokohan sebagai ketua pemimpin negeri. Gunakan perkataan yang betul untuk mengambarkan situasi. Jangan main petik sebarangan aje. Orang beri pendapat dikata hina. Orang berdoa sambil mengulas masalah dituduh melaknat. Kita cipta fitnah. Dan kita nak sakit ahti atas fitnah yang kita cipta. Betul ke kita neh? Macam sakit otak aje aku tengok.
Yang sebenarnya si Zuraidah neh melebih2. Oleh kerana DSWA sendiri menerima kritikan tersebut, secara terbuka, berlapang dada, buat kenyataan media, maka tindakan Zuraidah, bahkan Tony Pua sekalipun akan ditafsirkan sebagai tindakan membodek.
Di twitter juga penyokong PAS seperti PAS kawasan SIK turut menghentam Zuraidah sila klik https://twitter.com/pemudapassik/status/514967519870734336Kenyataan berbunyi : Kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik mendesak YB Zuraida Kamaruddin Ketua Wanita PKR,berhenti menekan Presiden PAS kami.....Jangan cuba mencari kesalahan Presiden PAS kami.Ia turut disokong oleh pengguna twitter yang lain : Panglima nampak perpecahan makin ketara dalam Pakatan. Akibat Anwar Ibrahim mahu menguasai Selangor maka banyak perpecahan yang berlaku. Bagi kita perpecahan musuh politik adalah satu keuntungan namun kita juga bersimpati kepada rakan yang menyokong PAS PKR yang telah kerugian masa dan tenaga mereka menaikkan manusia seperti Zuraidah atau Anwar atau Azizah sehingga negara menjadi kucar kacir dan huru-hara. Semoga rakyat akan kembali sedar dan PAS juga akan mendapat petunjuk Allah lalu keluar dengan segera dari Pakatan untuk berjuangan seorang diri atau dengan membantu UMNO/BN memerintah negara untuk kebaikan semua. | |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 25 Sep 2014 09:38 PM PDT Tiada Musuh Dengan Sesiapa Kunci Kemenangan Haji Mat Razi #PengkalanKubor Posted: 25 Sep 2014 08:40 PM PDT | NGO Jenis Apakah Ini? Mereka Hasut Agar Derhaka Pada Sultan? Posted: 25 Sep 2014 05:00 PM PDT | Muslimat PAS Diupah Untuk Kempen Sayang Mat Sabu Di #PengkalanKubor ? Posted: 25 Sep 2014 08:00 AM PDT | Keputusan Rasmi #PengkalanKubor PAS Hilang 1,112 Undi Posted: 25 Sep 2014 06:30 AM PDT KEPUTUSAN RASMI PRK N01 PENGKALAN KUBOR BN MENANG Jumlah Undi BN : 9961 Jumlah Undi PAS : 7326 Jumlah Undi Bebas : 38 Majoriti : 2635 Turn Out PRK 2014 : 73.1% Jumlah Peti Undi Diterima : 47 Jumlah Peti Undi Belum Diterima : 0 Jumlah Keseluruhan Peti Undi : 47 Majoriti PRU 13 : 1736 Turn out PRU 13 : 79.1% BN tambah 213 undi berbanding PRU13 Majoriti BN bertambah 899, PAS hilang 1,112 undi berbanding undi yang PKR dapat pada PRU13 | Keputusan Rasmi, BN Menang 2,635 Undi #PengkalanKubor Posted: 25 Sep 2014 06:11 AM PDT Bebas - 38 PAS - 7,326 BN - 9,981 Undi ditolak: 230 Majoriti 2,635 | #PengkalanKubor BN Menang Majoriti 2,626 Undi Posted: 25 Sep 2014 05:16 AM PDT KEPUTUSAN AWAL PRK N.01 PENGKALAN KUBOR PENGKALAN KUBOR : BN: 1,033 (67.03%) PAS: 476 (30.89%) BEBAS : 5 (0.32%) MAJ : 557 KG KETIL : BN: 1,015 (49.25%) PAS: 1,012 (49.10%) BEBAS: 4 (0.19%) MAJ : 3 KG TEBING : BN: 502 (44.11%) PAS: 609 (53.51%) BEBAS: 2 (0.18%) MAJ : -107 KG GETING : BN: 1,019 (40.66%) PAS: 1,327 (52.95%) BEBAS : 3 (0.12%) MAJ : -308 SIMPANGAN : BN: 878 (76.48%) PAS: 263 (22.91%) BEBAS : 6 (0.52%) MAJ : 615 TUJOH : BN: 1,081 (51.57%) PAS: 971 (46.33%) BEBAS : 6 (0.29%) MAJ : 110 KG TELAGA BATA: BN: 722 (53.92%) PAS: 607 (45.33%) BEBAS: 0 MAJ : 115 KG BUNOHAN : BN : 783 (70.35%) PAS: 315 (28.30%) BEBAS: 3 (0.27%) MAJ : 468 JUBAKAR DARAT : BN : 754 (89.87%) PAS: 77 (9.18%) BEBAS: 1 (0.12%) MAJ : 677 BENDANG PAK YONG : BN : 1,108 (54.93%) PAS: 878 (43.49%) BEBAS: 5 (0.25%) MAJ : 231 TELUK JERING : BN : 424 (79.55%) PAS : 107 (20.26%) BEBAS : 1 (0.19%) MAJ : 316 KEDAI GETING : BN : 532 (43.01%) PAS: 671 (54.24%) BEBAS: 2 (0.16%) MAJ: -139 UNDI AWAL/POS BN: 96 (91.43%) PAS: 8 (7.62%) BEBAS: 0 UNDI ROSAK: 1 MAJ: 88 Jumlah pengundi : 24,039 Turn out : 17,674 (73.52%) Undi BN : 9,948 (56.28%) Undi PAS: 7,322 (41.43%) Undi BEBAS: 38 (0.21%) MAJORITI : 2,626 (14.86%) | 73% Turun Undi Di #PengkalanKubor, Haji Mat Razi Tumpaskan Wan Rosdi Posted: 25 Sep 2014 02:45 AM PDT | Wajah Pengundi Terakhir Di #PengkalanKubor Posted: 25 Sep 2014 02:27 AM PDT Ku Azman bin Tuan Jaafar pengundi terakhir membuang undi di PDM Tebing | 72% Turun Undi : BN Dijangka Menang, Lelaki Ini Punca PAS Kalah Di #PengkalanKubor Posted: 25 Sep 2014 01:49 AM PDT | Siapalah Ibu & Ayah Mereka? Kanak Kanak Ini Pergunakan PAS #PengkalanKubor Posted: 25 Sep 2014 01:03 AM PDT | Beza Cara Kempen BN Dengan PAS Di #PengkalanKubor Posted: 25 Sep 2014 12:35 AM PDT PAS mempergunakan kanak kanak untuk politik, tidak seperti mana kempen BN
| Peratus Turun Undi Sudah 55%, BN Dijangka Menang #PengkalanKubor Posted: 24 Sep 2014 09:57 PM PDT | Suasana Pengundian PRK #Pengkalankubor Posted: 24 Sep 2014 09:22 PM PDT | |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 25 Sep 2014 09:26 PM PDT |
JURI RAKYAT Posted: 25 Sep 2014 07:21 PM PDT BOCAH ULAR, MENGUNDANG SIMPATI DUNIA Posted: 25 Sep 2014 05:37 AM PDT Kisah hidup Ari Wibowo, bocah penderita penyakit Erythroderma, disorot oleh media asing. Berita soal bocah asal Kabupaten Tangerang itu diangkat oleh media Inggris, Daily Mail. Dengan cepat kabar itu dikutip oleh berbagai media internet dari berbagai negara. Seperti yang dikutip dari dream.co.id, Laman Daily Mail, Rabu 24 September 2014, menyebut Ari Wibowo sebagai 'Bocah Ular'. Itu tak lepas dari kondisi kulit akibat penyakit Erythroderma yang dia derita. Penyakit langka yang juga disebut 'sindrom manusia merah' itu menyebatkan kulit di seluruh tubuhnya seperti bersisik dan kemudian mengelupas. Kulit di sekujur tubuh Ari akan mengering dan mengeras seperti sisik ular. Kemudian, setelah 41 jam atau dua hari, kulit di sekujur tubuh Ari, mulai ujung kaki hingga kepala itu akan mengelupas. Penyakit ini dia alami semenjak dilahirkan 16 tahun silam. Untuk mencegah kulitnya mengering, Ari harus mengolesinya dengan pelembab setiap tiga jam sekali. Selain itu, dia harus berendam dalam air hangat -siang dan malam- setiap jam. Jika tidak diolesi pelembab atau berendam dalam air hangat, kulitnya akan mengeras. Akibatnya dia akan sulit untuk bergerak. Menurut keluarga, saat dilahirkan dokter mengaku tidak memiliki peralatan untuk merawat Ari. Sehingga keluarga diminta untuk membawa pulang Ari tanpa perawatan. Di tengah penyakit yang mendera itu, Ari mencoba tetap hidup normal layaknya orang lain. Dia tetap pergi mengaji seperti anak-anak lainnya. Namun, sebagaimana dilaporkan Daily Mail, tak ada sekolah yang mau menerimanya. Sebab para guru dan murid lainnya takut tertular penyakit yang diidap Ari. Sejumlah orang yang membaca kisah hidup Ari di Daily Mail menilai bocah itu sangat mengagumkan. Sebab, Ari mampu bertahan hidup di bawah belitan kemiskinan dan penyakit seperti itu. "Saya harap ada website yang bisa menyumbangkan uang untuk pengobatannya," tulis seorang pembaca asal Melbourne, Australia. Ya, sejumlah orang mendoakan semoga bocah ini dipedulikan, mendapat bantuan untuk mengobati penyakitnya. Terutama dari mereka yang berkecukupan. "Tuhan Tolong anak ini," tulis pembaca asal London. "Dia harus menjadi inspirasi bagi semua untuk menjalani hidup kita dengan bahagia dan tidak memusingkan hal-hal kecil. Saya harap dia bisa diperiksa dengan baik oleh dokter Barat, bukan `dokter` desa," demikian tulis pembaca Kanada. | |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 25 Sep 2014 03:04 PM PDT Wanita dakwa diperkosa pegawai Polis, Rela dan JPAM Posted: 25 Sep 2014 04:01 PM PDT Sandakan: Tiga anggota pasukan keselamatan ditahan pagi ini, kerana disyaki merogol seorang wanita berusia 21 di sebuah hotel di bandar ini, malam Isnin lalu. Anggota keselamatan pelbagai agensi penguatkuasa dan sukarelawan berusia antara 27 hingga 37 tahun itu ditahan di Balai Polis Sandakan selepas wanita terbabit membuat laporan, kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Senior Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, wanita terbabit membuat laporan bahawa ketiga-tiga anggota terbabit merogolnya selepas mangsa gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri ketika ditahan suspek, kira-kira jam 1 pagi. "Wanita itu mendakwa tidak dapat menunjukan dokumen apabila diminta oleh anggota pasukan keselamatan yang melakukan rondaan bersama itu dan kemudian dia dipaksa melakukan hubungan seks," katanya ketika dihubungi, hari ini. Menurutnya, ketiga-tiga suspek disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol. | Nyaris 'berzina' dengan pondan Posted: 25 Sep 2014 08:01 AM PDT Nyaris 'Terlajak' Dengan Pondan Di Surau Taman Tasik Permaisuri - TAMAN Tasik Permaisuri yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras memang popular dengan kegiatan riadah para penduduk warga kota. Namun ramai yang tidak tahu, taman yang kelihatan tenang di waktu siang itu PANAS dengan kegiatan sumbang di sebelah malamnya. Setiap malam ramai pasangan muda mudi yang bercumbu di balik kegelapan malam, terdapat juga golongan remaja maknyah yang menawarkan khidmat seks serta kelompok lelaki gay yang melampiaskan nafsu mereka di situ. Seorang pengunjung yang ditemui baru-baru ini, tidak menafikan perkara itu malah mengakui pernah hampir 'terlanjur' dengan salah seorang maknyah yang berpeleseran di kawasan tasik itu. Menurut Boy, 19, setiap malam terutama di malam minggu dia dan puluhan rakannya akan berkumpul di kawasan sekitar tasik untuk berbual-bual kosong. " Pada satu malam tu, ada seorang maknyah menghampiri saya. Lama kami berbual kemudian dia memegang tangan saya sebelum mengajak saya ke sebuah bangunan kecil di sudut taman tersebut yang gelap gelita. " Dia kemudiannya menggoda saya untuk melakukan maksiat, sampai saja di bangunan itu tiba-tiba saya ternampak satu papan tanda. Ya Allah, surau rupanya!," kata Boy yang terus beredar sebaik saja mengetahui bangunan kecil itu adalah tempat beribadah. Menurut Boy, maknyah itu mengaku menjadikan surau tersebut sebagai 'port' untuk melakukan perkara yang terkutuk itu. Jelasnya, dengan keadaan sekeliling yang gelap gelita, ramai tidak tahu bangunan kecil yang dimaksudkan adalah sebuah surau. Menurut salah seorang peniaga, Ijam (bukan nama sebenar), sebelum ini memang ada serbuan daripada pihak berkuasa seperti JAWI dan polis namun ia dibuat secara berkala. Malah, katanya, dia tidak lihat kelibat anggota penguatkuasa di situ sejak dua bulan lalu. " Yang ada hanyalah anggota polis bermotorsikal…namun secara peribadi saya merasakan ia tidak cukup untuk membendung masalah sosial di taman tasik itu. " Kami yang berniaga di sini memang 'sakit mata' melihat apa yang berlaku, adakalanya bila dah tak sabar tu, kami ada juga memarahi mereka tetapi pada mereka kemarahan kami itu hanya ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. " Selalunya ibu bapa yang datang bersama-sama anak mereka untuk beriadah di sini terpaksa berpatah balik bila melihat kelibat golongan yang tak tahu malu itu," kata Ijam dengan nada kesal. Diharapkan pihak berwajib dapat melipatgandakan usaha untuk membendung penyakit sosial di Taman Tasik Permaisuri ini. Makin lama ia semakin menjadi-jadi hingga menjadi jolokan 'sarang maksiat' oleh para penduduk kawasan sekitar. – MyNewsHub | BN pertahan DUN Pengkalan Kubor, majoriti meningkat Posted: 25 Sep 2014 07:14 AM PDT | Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri) bersama calon Barisan Nasional, Mat Razi Mat Ail (kiri) dan Datuk Seri Mustapa Mohamed (tengah) meraikan kejayaan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor, di Pusat Operasi Barisan Nasional, malam ini. - Foto Fathil Asri |
TUMPAT: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar apabila calonnya, Mat Razi Mat Ail menang dengan kelebihan 2,635 undi, mengalahkan dua pencabarnya, Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada PAS dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tahun lalu, BN menang dengan majoriti 1,736 undi. Mat Razi mendapat 9,961 undi manakala Wan Rosdi meraih 7,326 undi dan Izat Bukhary hanya memperoleh 38 undi. Terdapat sebanyak 230 undi rosak Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk PRK DUN Pengkalan Kubor, Mohd Sobri Ramli, di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Biji Wangsa, Tumpat, di sini sebentar tadi. Turut hadir pada majlis pengumuman rasmi keputusan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Pengarah Jentera BN PRK DUN Pengkalan Kubor, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Setiausaha BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan. Bagaimanapun, calon PAS, Wan Rosdi dan calon Bebas, Izat Bukhary tidak hadir di pusat penjumlahan rasmi undi itu. PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lalu. Pada PRU ke-13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. Dengan kemenangan hari ini, BN mengekalkan kedudukan di DUN berkenaan untuk tiga penggal sejak 2004, sekali gus menafikan hasrat PAS untuk merampas kerusi DUN itu. Mat Razi yang juga bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat, memperoleh kemenangan selesa di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Simpangan iaitu tempat beliau membuang undi pagi tadi dan kampung halamannya. Pada PRU lalu, BN menang di semua saluran tempat mengundi di PDM berkenaan dengan memperoleh 837 undi, berbanding 321 undi diperoleh PKR ketika itu. PDM lain yang membantu kemenangan calon BN kali ini termasuk Pengkalan Kubor, Bunohan, Tujuh, Bunohan, Jubakar Barat dan Kampung Ketil. Sebanyak 11 PDM dengan 45 saluran tempat mengundi dibuka untuk undi biasa hari ini. Info: 1. Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas)..........38 2. Wan Rosdi Wan Ibrahim (PAS)...............7,326 3. MAT RAZI MAT AIL (BN) ....................9,961 Jumlah mengundi.........................17,555 Peratus...............................................73% Undi Rosak..........................................230 Majoriti.............................................2,635 Penyandang: Datuk Noor Zahidi Omar (BN) Undi diperoleh: 2013: 10,174 Majoriti: 1,736 | 'Stim' dengan kekasih Posted: 24 Sep 2014 06:28 PM PDT DUNGUN– Tindakan sepasang kekasih melepaskan gian dalam kabin yang dijadikan tempat persembunyian mereka daripada pihak berkuasa membawa padah apabila lokasi itu diserbu polis, pagi semalam. Serbuan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah diketuai Inspektor Mohd Ridhuan Ismail dilakukan selepas maklumat risikan mendapati suspek lelaki, 28, terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Bagaimanapun sebaik pintu kabin dibuka, seorang wanita didapati berada bersamanya dan hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui sekeping wang kertas menyerupai mata wang RM100 dalam poket seluar suspek lelaki. Siasatan awal, suspek lelaki yang berasal dari Kuala Terengganu tiada hubungan muhrim dengan wanita terbabit dan mereka dipercayai sering melepaskan gian bersama-sama di dalam kabin berkenaan. Pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut dan hasil ujian air kencing, kedua-duanya didapati positif dadah methampethamine. Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan dan menurutnya pasangan itu kini sedang disiasat. | Seluar dalam tutup wajah Posted: 24 Sep 2014 04:31 PM PDT | Gambar hiasan |
Petaling Jaya: Bimbang gambar mereka dirakam pihak media menyebabkan seramai 10 kakitangan termasuk pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang dilanjutkan reman didapati menggunakan seluar dalam pelbagai warna bagi menutup wajah mereka. Situasi itu dilihat ketika kesemua 15 kakitangan dan pegawai kastam termasuk seorang pengarah JKDM negeri bergelar Datuk tiba di Kompleks Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini, pagi semalam, sambil diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kesemua mereka adalah kumpulan kedua pegawai JKDM yang ditahan pihak SPRM selepas dipercayai terbabit dalam kes rasuah didalangi sindiket yang membawa masuk rokok dan arak bermutu tinggi ke negara ini. | SEBAHAGIAN daripada 15 pegawai dan kakitangan kastam menggunakan seluar dalam pelbagai warna bagi menutup wajah mereka. |
Seramai 13 daripada mereka dilanjutkan tempoh tahanan reman selama lima hari manakala dua lagi dilanjutkan tahanan reman selama enam hari bermula hari ini. | 'PAS hanya layak kerusi 'saguhati' Exco Selangor' - Zuraida Posted: 24 Sep 2014 04:01 PM PDT Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mencadangkan kepada Menteri Besar Selangor Azmin Ali supaya mengurangkan jumlah empat kerusi exco kerajaan negeri yang sebelum ini diperuntukkan kepada PAS. Katanya, memandangkan PAS tidak menyokong kedua-dua calon PKR iaitu Azmin dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, maka wajar, PAS hanya diberikan kerusi 'sagu hati'. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan