Barisan Nasional

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Sabtu, 13 September 2014 at 1:07 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


IPOHMALAY

Posted: 13 Sep 2014 09:03 AM PDT

IPOHMALAY


Lelaki 22 tahun diculik sindiket curi organ?

Posted: 01 Jul 2014 09:36 PM PDT

Berikut adalah apa yang tersebar di Facebook kini. Kisah seorang pemuda yang diculik 3 lelaki India di Putra Mahkota dan hanya tersedar di Bentong Pahang dengan dugaan akan dijadikan mangsa pencurian organ. Terjemahannya adalah seperti berikut :

Sepupuku. 22 tahun, pemuda yang cukup matang tetapi malang di luar jangkaan berlaku sehari sebelum Ramadhan. Dia diculik oleh 3 lelaki India di tengah siang buta di Petronas Putra Mahkota berhampiran rumah kami.

Lewat tengahari, selepas mengisi minyak, dia meletak kenderaan di sebelah kedai Mesra untuk ke tandas. Seorang lelaki India datang kepadanya meminta agar ditengok-tengokkan rakan-rakannya di dalam sebuah van. Dengan tanpa ada rasa curiga dan niat untuk membantu, di akhirnya disumbat ke dalam van dan apabila tersedar, dia mendapati dirinya diikat. Untungnya, dia berjaya melepaskan diri dan melarikan diri ke premis berhampiran yang ditemuinya iaitu balai bomba. Mereka membantunya menghubungi polis dan bapa saudaraku. Dia ditemui di Bentong dan menurut polis ia adalah jalan terhampir untuk ke Thailand dan bakal menjadi mangsa sindiket pencurian organ. Anda semua harus berhati-hati di mana jua anda berada. Sentiasalah perhatikan  mereka-mereka disekeliling anda. Jangan ambil mudah soal keselamatan diri memandangkan lihatlah, seorang lelaki yang sudah besar juga boleh menjadi mangsa. Semoga Allah melindungi kami sekeluarga. Sebesar-besar kesyukuran kepada Allah Maha Berkuasa kerana menyatukan kami semula dengan sepupu kami. Besar hati kami melihat kamu kembali ke rumah,  Aqil MoSaid.

Apa ertinya ini? Kepastian dari pihak berkuasa amat dituntut dalam kes ini kerana tugas penegak undang-undang adalah untuk memastikan ketenteraman rakyat, bukan untuk menutup apa yang tidak terlihat. Jika  polis tidak mendapatkan si gadis ini untuk diambil keterangan, tentu sekali pihak-pihak yang berkepentingan lain pula yang akan melakukannya.

Jangan sampai undang-undang jatuh ke tangan rakyat kerana di situ akan ada kacau bilau yang sukar dikendalikan.







Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 13 Sep 2014 07:39 AM PDT

Tugu Bangsa Tembok Negara


Semangat yang hilang

Posted: 13 Sep 2014 04:41 AM PDT

Johor Bahru, 13 Sept : Seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diwakili bapanya membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Dato' Onn, Tebrau, di sini, berikutan tertekan dengan penangguhan peperiksaan berkenaan.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cahaya Masai, Nur Syazwana Batrisya diwakili bapanya, Abdul Aziz MK Makkai Kutty, 36.

Hadir sama menemani kedua-dua beranak itu ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Maju Jaya, Md Johan Jamian dan Pengerusi Biro Pelajaran dan Agama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Roszaidi Ramlee. 

Abdul Aziz berkata, dia juga mewakili ibu bapa yang tertekan akibat penangguhan berkenaan.

"Anak saya hilang semangat dan tidak mahu menduduki UPSR selepas kejadian berkenaan. Saya dan isteri terpaksa memujuknya," katanya.

Laporan polis berkenaan juga bertujuan menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan terhadap pihak yang mendalangi perbuatan tidak bertanggungjawab supaya ia tidak berulang. - myMetro


Kisah Tiga Pemuda Kampung

Posted: 12 Sep 2014 07:30 PM PDT

Nama watak di dalam cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada. Jika sekiranya berlaku, ianya adalah secara kebetulan sahaja.

Di dalam sebuah kg ada 3 orang anak muda yang suka melepak. Sorang bernama Osman, sorang bernama Hamran dan sorang lagi bernama Budin. Aktiviti seharian mereka menybabkan tok imam tidak senang duduk.

Pada suatu hari, tok imam datang dengan niat mahu mentarbiyah mereka. Maka berlakulah beberapa peristiwa cabar-mencabar.

Tok imam mencabar 3 orang itu ke surau pada waktu Maghri.

Si Osman pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpe, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apbila hampir masuk waktu Maghrib pegilah mereka ke surau. Tok imam pun suruh Osman azan. Tanpa berlengah terus je Osman azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..."
Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Osman & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlahlah kejahilan Osman.

Selepas iqamat, masa hendak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk.. Masuk je kali ketiga, Hamran panggil tok imam.
"Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."

Tok imam pun undur le ke belakang. Hamran pun angkat takbiratul ihram.
"Allahu Akbar!"
Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat.

Tiba-tiba si Hamran ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali je tok!!"
lalu batallah solat Hamran. Yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pula si Budin jadi imam. Si Budin pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.
Siap dengan wirid sekali. Punyalah kagum tok imam kat si Budin niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji si Budin ni... dengan bongkaknye si Budin berkata,
"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat aku sembahyang.He heee..."
Tok imam pun terkedu dan terpana...

bumiyang

Posted: 13 Sep 2014 03:38 AM PDT

bumiyang


Kegagalan Langkah Kajang - Chegubard Salahkan Azmin???

Posted: 11 Sep 2014 02:11 AM PDT

tunku

Posted: 13 Sep 2014 03:01 AM PDT

tunku


The Truth behind 1MDB

Posted: 12 Sep 2014 10:32 AM PDT





  It was reported by a business newspaper,The Edge Malaysia that the government under

its 1MDB initiative has parked RM 18.1 billion of the country's money overseas. The

Edge Malaysia which is also a part of The Edge Media Group (the same company who

bought the notorious political tabloid The Malaysian Insider) accused the government

of appointing unnamed financial managers and institution to manage the said fund.

Their lies is further elevated by their call for the public to urge the government

to bring back all the money home.



It is one thing to critic the government in its ways of investing the

nation's money, but it's another thing to fabricate facts in order to


support your assumptions.



Some even as far fetch as stating that the 1MDB takes a big portion of our very own

sovereign wealth fund (SWF) and use it for purely commercial purposes. This is


untrue as the 1MDB never claimed it was or an agent for the SWF. The 1MDB body


originates as the T.I.A. (Terengganu Investment Authority), after it has been


federalized in 2009, the T.I.A or now known as 1MDB became a national entity.


Basically, now the 1MDB is a development company wholly-owned by the Government of


Malaysia.



Some say because of the 1MDB our national debt has never been higher.

But the truth is all of 1MDB's debts are backed by solid assets, with


healthy cash flows and strong growth potential beyond their finite life.


This means should there be a default, which is very unlikely at this


point, 1MDB's assets would have covered any fallout. The level of


gearing for 1MDB is more than matched by the value of its assets. Total


assets stood at RM46 billion at the financial year end of March 2013,


compared to total debt of RM37 billion.



Thus 1MDB's debt does not pose any significant risk to the sovereign's rating and

stability of Malaysia. As a private limited company, any exposure of its risks to


the government is limited. The government guarantees only RM5.8 billion of 1MDB's


total loan, and 1MDB has proven to be a good paymaster. It has never missed any


payment schedule.



As a public-private initiative aimed at catalysing critical industries

the 1MDB has specific challenges making them difficult for the public or


the private sector to tackle on their own. Thus it was give a small


start-up fund from the Government of Malaysia for RM 1 Million and a


Government guarantee of RM 5 billion worth of initial investment


borrowings.



Regarding the IPP (Independent Power Producer) the government has done

well in determining the outlook of our investments in the energy supply


sector. After identifying and purchasing energy assets ripe for


development, 1MDB has gone on leverage on these assets to win new power


plant projects in gas, coal and renewable energy. The success of this


business plan is due to bear fruition in the future listings of 1MDb's


energy arm, projected to be one of the largest in South East Asia,


valued at a minimum of US$3billion (RM9.6billion). Even at this


conservative valuation, it almost fully covers the cost of acquisition


for all 3 plants 1MDB purchased. (Tanjong RM8.5b + KLPP RM2.3b + Jimah


RM1.2 b = RM12b). This does not even include the revenue that these


plants bring in yearly or the value of the new plant contracts 1MDB has


won since. Project 3B alone is worth RM11 billion.



The 1MDB takes pride in its corporate social responsibility activities.

As a responsible organisation, wholly-owned by the Government, 1MDB's


CSR is part of the overall philosophy, not an afterthought. 1MDB's CSR


activities are focused on three areas: education, quality of life, and


youth development.



These areas elevate Malaysians in need from basic worries from but not

limited to improving their homes and infrastructure to then be able to focus


on talent development via education and supporting skills for youth, which


1MDB also offers. As of July 2014, 2,786,694 Malaysian have directly


benefitted through programmes such as scholarships, school upgrades,


entrepreneurial training, energy and water infrastructure building, and


mobile healthcare for rural areas in Malaysia, sports and youth skills


development.



Maybe next time The Edge or any other newspaper need to check their facts

first before committing another false accusation that is intended to pit


the people against the government. They are lucky that by the laws of this


blessed country that criticising the government or a government related


body is not a crime. Imagine if they did this to a company or any other


corporate bodies. They would be "served" in a matter of hours.

Taipingmali (tm)

Posted: 13 Sep 2014 01:31 AM PDT

Taipingmali (tm)


#PRK Pengkalan Kubor: Penamaan calon

Posted: 12 Sep 2014 07:49 PM PDT




Cuaca mendung tidak menghalang ratusan penyokong berkumpul di situ menunggu pencalonan Mat Razi Mat Ail dari Umno dan Wan Rosdi Wan Ibrahim dari PAS bagi pilihanraya kecil (PRK) dewan undangan negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
TUMPAT:  Pekan Tumpat pagi ini meriah dengan kelibat ratusan warganya serta sorakan yang diwarnai dengan kibaran bendera biru dan hijau di sepanjang jalan.

Cuaca mendung tidak menghalang ratusan penyokong berkumpul di situ menunggu pencalonan Mat Razi Mat Ail dari Umno dan Wan Rosdi Wan Ibrahim dari PAS bagi pilihanraya kecil (PRK) dewan undangan negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Penyokong kedua-dua parti berkumpul di pusat pencalonan seawal 7.00 pagi dengan dipantau anggota polis yang berkawal di situ sejak sebelum subuh.

Beberapa Menteri turut kelihatan bagi menzahirkan sokongan terhadap Mat Razi, antaranya Timbalan Perdana Menteri juga  Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan juga Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Pelajaran II Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Kira-kira jam 8.30 pagi, calon PAS, Wan Rosdi tiba diiringi pemimpin PAS dan PKR diikuti calon Umno, Mat Razi  dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary seketika kemudian.

Berita lanjut menyusul


Aspirasi Bangsa

Posted: 13 Sep 2014 01:31 AM PDT

Aspirasi Bangsa


DAP boikot Penamaan Calon PAS PRK Pengkalan Kubur

Posted: 12 Sep 2014 06:20 PM PDT

Selepas naikkan VEP, Singapura naikkan kadar tol pada 1 Oktober

Posted: 12 Sep 2014 10:10 AM PDT

Calon PAS : kontraktor didahulukan ulama dipinggirkan!!

Posted: 12 Sep 2014 08:12 AM PDT

The Unspinners

Posted: 12 Sep 2014 11:29 PM PDT

The Unspinners


Calun bebas untuk pecahkan undi UMNO ke?

Posted: 12 Sep 2014 06:30 PM PDT



Berbaju melayu serba hitam dengan pengiring memakai kain hitsm putih seragam. Pakai songkok pula, bukan kopiah.

Dengan imej begini, calun bebas yang muncul di pengkalan kubur ini mahu pecah undi siapa Pastinya, calun bebas Izad Bokhari tidak bermimpi untuk menang.

Khabar angin sehari dua lepas berkata PAS mulanya berniat untuk letak orang UMNO atau bekas orang UMNO sebagai calun untuk kucar kacirkan undi UMNO di kawasan putih UMNO iini.

Rancangan lebih pada PRU14 dari nak menang sekarang.

Ada seorang Wan cuba diipujuk tapi tak berjaya. Inikah pengganti? Kita tunggu lebih banyak msklumat mengenai calun ini.

HARAKAH bohong!! Wan Rosdi bukan tempatan tapi lahir Kedah!

Posted: 12 Sep 2014 05:00 PM PDT


Harakahdaily terang-terang menyatakan bahawa Wan Rosdi adalah anak tempatan. Anak tempatan Kampung Bendang Pak Yong! (Lihat keratan akhbar Harakahdaily, di sini).



Semakan yang dilakukan menerusi daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mendapati kod negeri bagi Wan Rosdi adalah '02' iaitu Kedah. Kalau Kelantan kodnya adalah '03'.

PAS ingat rakyat boleh dibohongi. Zaman sekarang zaman teknologi maklumat. Maklumat di hujung jari. Cari jer dalam internet semuanya keluar.
Kalau PAS dan Harakahdaily rasa rakyat boleh ditipu, nampaknya mereka silap...

Apakah hukumnya menipu?

Dosa besar!!!

Elok benar kalau PAS buang saja kepiah putih dari dok melekat bertenggek atas kepala tu. Kepiah putih PAS tak boleh melindungi pembohongan mereka, sebaliknya akan memalukan Islam itu sendiri.

Petikan dari My Massa 

Baca komen malam tadi ....

Pas Mama jadi Pengarah dan calun Pengkalan Kubur!!!

Posted: 12 Sep 2014 07:00 AM PDT


Semut Hitam melaporkan PAS tidak puashati Pas Ma jadi Pengarah Pilihanraya Pengkalan Kubur. Semantara itu, calun PAS pun pencacai PAS Ma.

Laporan Semut Hitam berikut.


Menurut sumber dalaman PAS, mereka amat tidak berpuas hati bila melihat mesyuarat itu dipengerusikan oleh Dr Hatta Ramli yang merupakan orang kuat PasMa.

Sewajarnya, Nik Amar atau Nik Abduh yang diberikan kepercayaan dan peluang untuk menjadi Ketua Pengarah Pilihanraya di Pengkalan Kubor. 


Imam 2 salah sebuah masjid di Kampung Genting yang sepatutnya menjadi calon PAS turut diketepikan kerana mahu memberi laluan kepada calon kontraktor pilihan PasMa.

Malah lebih jelas lagi bila Nik Aziz sendiri tidak dijemput untuk turut sama menyumbang cadangan dan pendapat dalam mesyuarat tersebut. Kesemuanya telah diputuskan oleh kumpulan anwarinas dan PasMa. #Sumber

--------------------

Calun PAS adalah pencacai Dato Kamaruddin Jaafar . Pas Ma lah tu ...



BIODATA CALON (PAS – PAKATAN RAKYAT)
N.01 PENGKALAN KUBUR.


Nama   :  Wan Rosdi Wan Ibrahim
No Kpt :  571001-02-5891
Umur   :  57 Tahun
Alamat :  Lot 2095, Kampung Bendang Pak Yong, 16200 Tumpat, Kelantan.
Isteri    :  Saadiah Salleh  (Ketua Muslimat PAS Kawasan Tumpat (Meninggal dunia pada 14 Julai 2013). Anak kepada Bekas Ketua Muslimat PAS Tanah Merah Kelantan,  
(Wan Esah Binti Hj. Wan Deris)

Anak     :  5 Orang
 

Pendidikan Awal:
Sekolah Kebangsaan Tanah Merah

Peringkat Menengah: 
(a)Sekolah Menengah Agama Arab Al-Ihsan, Tanah Merah sehingga peringkat SRP
(b)Sekolah Menengah Agama Arab, Pasir Mas sehingga SPM.

Peringkat Tertinggi:
IKM Sungai Petani, Kedah dalam Binaan Bangunan (1978-1980).

Jawatan Peringkat Parti :
Tahun 1991 : Dilantik Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Kawasan Tumpat.
Tahun 1997 : Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Tumpat.

Pengalaman Politik :
(a)Setiausaha kpd Arwah YB Wan Hussin Hj. Wan Ahmad-Penolong Setiausaha PAS Kawasan Tumpat.
(b)Setiausaha Penerangan PAS Kawasan Tumpat.
(c)Setiausaha Pasti Kawasan Tumpat.


Diperingkat Kerajaan :
2009-kini : Penyelia Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubur

2013 : Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Perkayuan Kelantan Bhd.

Pekerjaan: Kontraktor binaan.


-----------------------------------

Berjawatan sebagai Penyelaras DUN atau pencacai runner untuk satu lagi Anwarinas iaitu Dato Kamaruddin Jaafar. Kerja pula Kontraktor .... apa lagi kalau tak Anwarinas menyamun.

Kita patut persoal apa dia buat seagai Penyelaras. Adakah kemudahan rakyat disediakan? Semalam ada kematian, mayat dihantar ke kubur tanpa van mayat iaitu pakai lori.



Konon-konon bilik gerakan PKR dan AMK tak bergerak tapi PAS Ma yang kontrol.

Sementara itu, ...

----------------------------------



Satu lagi isu, kenapa pula calun PAS kod 02 ... orang Kedah!!!

Tapi IC calun BN tertulis kod 03 iaitu anak tempatan dan kelahiran Kelantan ...






TSKI sokong Iskandar untuk MB S'ngor? PKR diam sebab PRK P. Kubor?

Posted: 12 Sep 2014 05:24 AM PDT


Anda baca di sini : 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menyokong siapa sahaja calon yang dipilih oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menggantikannya termasuk Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad yang disebut-sebut bakal dilantik untuk jawatan berkenaan.


Baca sepenuh di MiM SINI


Apa kata PKR ye? Hairan PKR diam ... adakah kena mengena dengan Pengkalan Kubor? Tolong kawab ke?

Siapa yang akan hadhir di penamaan calun esuk?

Hakim Rayuan isu Beng Hock macam berniat jahat terhadap SPRM

Posted: 12 Sep 2014 12:30 AM PDT


Keputusan Mahkamah Rayuan untuk mempersoalkan keputusan koroner dalam Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh Beng Hock agak anih. Koroner memberi "open verdict" yang bermaksud bukan bunuh diri atau bunuh.

Hakim-hakim pro-pembangkang pula yakin dibunuh dan terima pakai kenyataan yang tidak berkredibiliti dari Dr Porntip yang rupa macam perempuan gila hilang akal dari Thailand.

Yang lagi anih, macam mana Hakim boleh buat tuduhan salah seorang yang terlibat "membunuh" Beng Hock adalah pegawai penyaisat SPRM. Bodoh ke hakim untuk tuduh bunuh sedangkan motif bunuh tiada. Beng Hock adalah saksi untuk SPRM dan bukan yang tertuduh.

Bukankah bukti untuk menuduh bunuh mesti "beyond reasonable doubt" atau bukti yang tanpa was was? Bukti mana Hakim guna???

Satu lagi yang pelik, dulu masa polis mahu menyiasat, segera pihak DAP dan keluarga Beng Hock yang dipengaruhi DAP tidak mahu polis siasat dan menuntut diadakan Suruhanjaya Diraja. Bila Suruhanjaya Diraja beri verdict yang tidak memihak kepada mereka, lalu mereka merayu ke Mahkamah Rayuan.

Sekarang Mahkamah Rayuan juga suruh polis masuk menyiasat. Tak ke pelik hakim boleh suruh polis siasat tapi mereka dah putuskan pegawai SPRM dan seseorang yang tidak diketahui bersalah? Apa gila hakim boleh beri pandangan berdasarkan pandang dengar atau hearsay?

Kenapa Hakim tak sebut Tan Boon Hwa yang jelas bertengkar dan ugut Teoh Beng Hock dalam jamban sebagai salah seorang suspek?

Dari hakim sibuk pasal nak cari pembunuh, elok juga hakim suruh polis siasat akan motif rasuah yang mana didedahkan oleh blog Truth for Teoh Beng Hock di http://t4tbh.blogspot.com/. Banyak ahli politik dan wakil rakyat DAP terlibat.




Itu hanya satu saja contoh cek. Baca juga komen di MyMassa SINI.

Polis patut tanya kenapa Ronnie Liu datang menendang pintu pejabat SPRM mencari talipon Beng Hock?

Agaknya bila polis siasat dan jumpa bukti tiada kes dibunuh, adakah keluarga Beng Hock dan DAP puas hati?

Ada satu cerita bodoh Hakim pembangkang.

Hakim tulis salahkan SPRM tidak pagar mayat Beng Hock. Itu kerja SPRM ke atau kerja polis??? 

Mestilah lambat sedikit sebab nak tunggu polis datang.

Nampak sangat Hakim bermotif, berniat jahat dan berat sebelah untuk salahkan pegawai SPRM. Nak tuduh cuai saja takpe juga tapi ini siap kata SPRM bunuh!!! 

Nak ingatkan badigol cina ini semua bahwa kekasih Beng Hck yang mengandung anak Beng Hock itu lahirkan anak luar nikah dan bukannya dikahwin secara roh. Mana ada benda begitu?

Anak haram tetap anak haram lah apek dan nyonya. Apa nak sorok dan tipu sesuatu yang nyata????

Masa anak itu keluar, ada ke DAP tolong??? Kerajaan juga tolong ... siap bapak Beng Hock dapat permit teksi. Ada DAP kasi juga ka????

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 12 Sep 2014 11:27 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


AYAT-AYAT HASUTAN AZMI SHAROM YANG PERLU DIKETAHUI

Posted: 12 Sep 2014 04:06 PM PDT

AZMI SHAROM HASUT RAKYAT BENCI SULTAN
APA MOTIF AZMI SHAROM HASUT RAKYAT?
AZMI SHAROM PERSOAL KUASA PREGROGATIVE SULTAN
DIA MEMPERSOAL KEPUTUSAN MAHKAMAH
1.     In the case of PP v Karpal Singh [2012], the court has classified the words uttered by Karpal Singh as having seditious tendency under Section 3 (1)(f) for  the following reasons:
"Dalam perkataan-perkataan responden dalam sidang akhbarnya, secara inti patinya responden sebenarnya bercakap tentang dua perkara pokok:

(a) Tindakan DYMM Sultan Perak memecat Dato Seri Nizar di abwah perkara 16(6) Perlembagaan Negeri Perak dan

(b) Tindakan Baginda melantik Zamri sebagai Menteri Besar Perak yang baru

Sama ada disukai atau tidak, adalah jelas bahawa kedua-dua perkataan pokok tersebut  adalah mengenai atau menyentuh kuasa dan prerogative DYMM Sultan perak. Lantaran itu jika perkataan-perkataan responden itu terbukti mempunyai kecenderungan bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak,taraf, kedudukan istimewa atau prerogative DYMM Sultan sebagai raja, yang ditetapkan atau dilindungi oleh Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan, maka perkataan-perkataan reponden itu mempunyai kecenderungan menghasut di bawah Seksyen 3(1)(f)."

DIA PERSOAL KUASA SULTAN YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN

TERBUKTI JELAS DIA MEMANG MENGHASUT
Jadi, janganlah kita tertipu dengan helah pihak pembangkang yang memutarbelit fakta untuk kepentingan politik mereka. Kasihan, beberapa pihak turut terpedaya dengan putarbelit pihak pembangkang tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Negara kita, tanpa mengira kaum dan kepercayaan, seseorang tidak boleh dibiarkan menghasut orang ramai di mana hasutannya itu boleh memporak-perandakan keamanan negara. 

Kerana Anwar, Blogger PAS Tuduh TG Harun Din, Jelmaan Iblis #PengkalanKubor

Posted: 12 Sep 2014 08:59 AM PDT

Blogger PAS, Tulang Besi atau nama sebenarnya Rahman Talib merupakan orang kuat kepada geng Anwarinas. Tulang Besi dikatakan AJK tambahan PASMA yang baru ditubuhkan

Struktur Organisasi Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sessi 2014/16.
Mursyid Am Pasma : Ust Hj Ahmad Awang (Perak)
Timb Mursyid Am Pasma : Ust Muhammad Husin (Kel)
Presiden Pasma : Yb Dato' Husam Musa (Kel)
Timb. Presiden Pasma : Dr Hatta Ramli (Sel)
Naib Presiden Pasma : Dr Dzulkifli Ahmad (Sel)
Naib Presiden Pasma : Dr Mujahid Yusuf Rawa (Png) 
Naib Presiden Pasma : Yb Khalid Samad (Sel) 
Ketua Pemuda : Sheikh Omar (Joh)
Ketua Muslimat : Aiman Athirah (Sabah)
Ketua Ulamak : Ust Mohamad Nor (Mel)
AJK Pasma :
Nordin Majid (PGS - Phg), Dato Wan Rahim (Kel), Ust Taib Ahmad (Ked), Ust Nasir Zakaria (Ked), Ust Fuad Othman (N9), Hanipa Maiden (Sel), Syed Azman (Trg), Mohamad Sabu (Png), Ust Dzulqarnain (Per), Sayuthi Basirun (Sel), Abd Fatah Harun (Kel)
AJK Tambahan :
Rahman Talib, Hazmi Hassan, Sayuthi Omar, Hisyamudin Ghazali
Diterbitkan oleh Urusetia Penerangan Pasma. Pustaka Az Zahra' Kota Bharu Kelantan.
Lihatlah bagaimana Tulang Besi menghina Ulama, Tuan Guru Harun Din.



Dari pengamatan MyMassa, ahli dan penyokong UMNO pun tak pernah serang Tuan Guru Harun Din sampai macam ni. Hanya kerana Tuan Guru menolak Wan Azizah, Tulang Besi sanggup hina beliau seperti ini?

Adakah Wan Azizah lebih penting dari Ulama?

Jika dahulu PAS selalu tuduh UMNO hina ulama, kini tuduhan tersebut kembali kepada si penuduh. Takkan orang PAS boleh diam bila Tuan Guru Harun Din dihina? Atau sibuk berkempen di Pengkalan Kubor sampai hina ulama pun mereka tak kisah?

KEADILAN UNTUK TEOH BENG HOCK, SAKSI GADUH DALAM TOILET DIUGUT BUNUH?

Posted: 12 Sep 2014 07:50 AM PDT

Yang Mana Satu Kroni Company Ronnie Liu ?
APABILA kes Teoh Beng Hock (TBH) didedahkan semula, persoalannya siapakah sebenarnya yang berkepentingan untuk melihat TBH terbunuh.  SPRM atau DAP?. 

APABILA kes TBH dibuka semula orang yang paling ketakutan sekarang ialah DAP, Lim Kit Siang dan Ronnie Liu. Sebab itulah Lim Kit Siang mematikan politik Ronnie Liu supaya orang ramai melupakannya kerana kaitannya dengan kematian TBH! Kata pepatah lama orang Cina, "jangan simpan tangan kiri, kalau tangan kanan penuh kudis"!

Kamu tidak percaya? Sekarang mari kita tanya "Mr. Tan" dan Ronnie Liu, kenapa TBH ditengking dalam bahasa Cina sebelum TBH dikatakan jatuh dari tingkat atas bangunan! Saksi yang mendengar pergaduhan TBH dengan samseng DAP dalam Toilet itu masih hidup!

1. Apa yang ditengkarkan? 
2. Siapa tengking siapa? 
3. Pasal apa tengking-menengking? 
4. Kenapa bergaduh dan tengking-menengking di dalam Toilet?
5. Adakah TBH diugut oleh samseng-samseng DAP?
6. Kenapa selepas pertengkaran TBH ditemui mati?
7. Orang Melayukah yang tengking TBH? Orang Indiakah yang tengking TBH?
8. Adakah berkenaan Resit-Resit dan Bil-Bil tuntutan tanpa kerja?
9. Kenapa DAP merehatkan, mendiamkan dan membunuh politik Ronnie Liu, selepas kematian TBH?
10. Kenapa saksi yang mendengar pergaduhan dalam Toilet disembunyikan? Adakah dia diugut bunuh?
DAP
Kesimpulannya, DAP lah penipu dan pembelit membuat cerita palsu dengan menjadikan SPRM sebagai mangsa dan mengubah pula senario dengan menjadikan isu TBH sebagai isu perkauman. 

Sebenarnya Sebenarnya Sebenarnya kematian TBH ialah isu rasuah besar-besaran DAP dan DAP mengambil jalan mudah membunuh TBH untuk menyelamatkan DAP! 

Kata pepatah lama orang Cina, "jangan simpan tangan kiri, kalau tangan kanan penuh kudis"! Maksudnya untuk menyelamatkan Satu Badan (DAP), kalau satu orang banyak bikin susah, orang kedua juga mesti dikorbankan. TBH sudah mati, Ronnie Liu pun mesti buang jauh-jauh, kalau tidak mati pun kasi mati dia punya politik!

Bersambung Pendedahan Kaunselor Tan yang mendengar Pergaduhan TBH dengan samseng-samseng DAP di dalam toilet...

Resit-Resit DAP tahun semasa silalah baca semula di http://t4tbh.blogspot.com/

PRK #PengkalanKubor : Apa beza calon PAS dengan bekas MB PAS Perak?!!

Posted: 12 Sep 2014 06:30 AM PDT




Setelah perebutan kerusi N.01 berakhir, Pas menamakan Wan Rosdi sebagai calonnya semalam. Jika dikira pengaruh dan kekuatan, BN-lah sebenarnya yang UNDERDOG. Ini adalah hakikat.

Namun, kami juga agak hairan mengapa PAS menamakan seorang anak KEDAH sebagai calon mereka kali ini?!! Adakah kerana mereka cukup yakin yang kemenangan bakal menjadi milik mereka? 


Lebih menghairankan, PAS kini lebih cenderung mencalonkan seorang kontraktor/peniaga berbanding ulama' atau ilmuwan. Adakah ini petanda jelas bahawa parti tersebut kini semakin ketandusan kepimpinan ulama' yang berwibawa?!! Atau petunjuk bahawa PAS kini semakin jauh menyimpang dari Islam dan semakin hancur dimamah agen-agen PKR dan DAP dari dalaman?!!



Mungkin jika Wan Rosdi benar-benar jadi bertanding esok, beliau boleh menjelaskan bagaimana beliau boleh tergamak menentang UMNO yang melalui MARA telah membantunya sekitar penghujung tahun 70-an dahulu sehingga menjadi seorang businessman yang berjaya kini?

Mendiang Teoh (TBH) Diberi Peluang Proses Keadilan Sekali Lagi. Bagaimana Dengan DAP & Pakatan?

Posted: 12 Sep 2014 04:54 AM PDT

Apabila Mahkamah Rayuan menolak keputusan koroner dalam kes Teoh Beng Hock, MyMassa rasa macam ada tak kena.

Kerana apa?

Kerana DAP sering menuduh Kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional sebagai tidak adil dan zalim. Jika Kerajaan tidak adil dan zalim, bagaimanakah kes Teoh Beng Hock masih boleh dibicarakan walaupun keputusan inkues tersebut telah membuat keputusan?

Kerajaan bukan sahaja menyediakan satu platform khas iaitu INKUES tetapi Kerajaan juga membenarkan keputusan dalam INKUES tersebut dicabar.

Apa maknanya? Ini bermaksud Kerajaan tidak pernah masuk campur hal mahkamah. Amalan pengasingan kuasa (Eksekutif - Perundangan - Kehakiman). Semua rakyat Malaysia berhak mendapat keadilan untuk mereka dan keluarga mereka di Malaysia. Hak setiap individu terpelihara seperti mana termaktub dalam Perlembagaan.

Namun keADILan yang diamalkan di Malaysia sering kali disalah guna. Kes-kes mahkamah seperti ini sering dipolitik dan dipolemikkan. Bukan sahaja dipolemik, malah ianya juga dimanipulasi dan dieksplotasi untuk menghasut rakyat membenci Kerajaan sebagai contoh, Kes Teoh Beng Hock dijaja sehingga ke negeri China?

Sudah seminggu, Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan kematian Teoh Beng Hock (TBH) lima tahun lalu bukan disebabkan oleh bunuh diri dan Mahkamah telah mengarahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci. Biarlah pihak polis dan pihak peguam negara menjalankan siasatan mereka dan janganlah kita menunding jari ke mana-mana pihak terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tidak perlu mempolitikkan isu berkenaan seperti mana yang dilakukan oleh DAP.

Untuk pengetahuan, sebuah akhbar Cina telah melaporkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah pergi ke Shanghai, China sejak 06 September 2014. Beliau telah bercakap di dalam forum bebas berkaitan keputusan Mahkamah Rayuan. Lim Kit Siang telah membuat penghakiman sendiri dengan menyatakan TBH telah dibunuh dan bukan membunuh diri. Katanya lagi, Rakyat akan mengingati kes ini dan kebenaran akan terserlah. CTS tidak nampak apa keperluan Lim Kit Siang untuk memburukkan negara di luar negara.

CTS amat bersetuju dengan pendapat Tunku Aziz yang merupakan Presiden, Yayasan Pencegahan Rasuah Malaysia dan bekas Timbalan Presiden parti DAP. Beliau telah menyeru kepada DAP untuk tidak menangguk di air keruh dengan membuat andaian sendiri serta mempolitikkannya. Akibatnya Rakyat akan terpengaruh sebelum keputusan seterusnya dibuat serta menimbulkan apa yang dikatakan prasangka dan seterusnya menjadi bahan khabar angin yang boleh menjejas keadilan yang dicari. Semua pihak harus menerima baik keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan. Ini membuktikan bahawa mahkamah di negara ini adalah bebas dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan tidak tunduk kepada kehendak kerajaan.


Baca seterusnya di sini : http://khairulryezal.blogspot.com/2014/09/kenapa-lim-kit-siang-mempolitikkan-isu.html#dhWh1osT677g2UhW.99


Jika Kerajaan memberikan peluang mendapatkan keadilan berkali-kali kepada keluarga mendiang Teoh, bagaimana pula keadilan dalam parti yang mengeksploitasi isu ini iaitu DAP?

Adakah Tunku Aziz diberikan keadilan apabila Lim Guan Eng cuba menyogok beliau?

Adakah pemimpin-pemimpin India dalam DAP diberi keadilan apabila mereka dipecat tanpa diberi peluang membela diri?




Adakah Tan Sri Khalid diberi peluang apabila dipecat atas sebab yang belum dibuktikan beliau bersalah (isu pinjaman Bank Islam)?

Jadi MyMassa setuju dengan Tunku Aziz dan juga blogger CTS. Tak perlulah nak politikkan lagi isu mendiang Teoh kalau parti sendiri tak amalkan keadilan yang sepatutnya.

#PengkalanKubor: PAS...Belum Mula Kempen, Calonnya Dah Tipu Rakyat !

Posted: 12 Sep 2014 01:34 AM PDT


Orang kata kalau tak tipu rakyat maka bukanlah PAS namanya. Begitu juga yang masuk PAS mesti jadi taksub setelah kena tipu.

Itulah doktrin dan tarbiyah dalam PAS...bodoh dan suka memperbodohkan orang.

Lihat sajalah rakyat Pengkalan Kubor ditipu oleh jentera propaganda PAS kononnya calon PAS adalah anak tempatan hanya kerana namanya WAN ROSDI.

Beliau mempunyai kod kad pengenalan bernombor '02' yang sah dan nyata adalah kod pengenalan bagi seorang yang dilahirkan di Kedah Darul Aman.


Belum apa-apa lagi PAS dah kantoi berbohong. Keturunan WAN Kelantan berbeza dengan keturunan WAN Kedah.

Para pengikut dan pengundi DUN Pengkalan Kubor telah tertipu bahawa calon PAS Wan Rosdi ni adalah anak tempatan.

Bahkan Harakahdaily terang-terang menyatakan bahawa Wan Rosdi adalah anak tempatan. Anak tempatan Kampung Bendang Pak Yong! (Lihat keratan akhbar Harakahdaily, di sini). 




Semakan yang dilakukan menerusi daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mendapati kod negeri bagi Wan Rosdi adalah '02' iaitu Kedah. Kalau Kelantan kodnya adalah '03'. 

PAS ingat rakyat boleh dibohongi. Zaman sekarang zaman teknologi maklumat. Maklumat di hujung jari. Cari jer dalam internet semuanya keluar.

Kalau PAS dan Harakahdaily rasa rakyat boleh ditipu, nampaknya mereka silap...

Apakah hukumnya menipu?

Dosa besar!!!

Elok benar kalau PAS buang saja kepiah putih dari dok melekat bertenggek atas kepala tu. Kepiah putih PAS tak boleh melindungi pembohongan mereka, sebaliknya akan memalukan Islam itu sendiri.


Mungkin ini adalah sebahagian dari ajaran Anwarinas dan Husam Musa Pantalon yang mengkehendaki setiap penganutnya berbohong asal boleh mencapai hajat.

Nasiblah kalau dah jadi lembu susu si Husam...Abe Dee...Abe Dee mu supo Che Long Kuala Besuk.

Mungkin PAS juga tak tahu lagi membezakan bendera-bendera ini...

Ini bendera Kedah...kod kelahiran anak Kedah adalah '02'
Ni pulak bendera Kelantan...kod kelahiran anak Kelantan adalah '03'
Buak malu ambo weh...

Belantan

Posted: 12 Sep 2014 11:22 PM PDT

Belantan


Cara Anwar mohon ampun dianggap biadab?

Posted: 12 Sep 2014 04:22 PM PDT


Ketua Umum (KETUM) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dianggap biadab kerana memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hanya melalui kenyataan yang disiarkan laman Facebook parti itu.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, Anwar sepatutnya hanya mengeluarkan kenyataan sedemikian selepas menghadap dan memohon ampun kepada baginda.

Menurut beliau, sebagai orang Melayu, Anwar sewajarnya tahu tentang adab dan protokol bagi memohon ampun kepada raja-raja Melayu termasuk Sultan Selangor.

"Lebih dikesali, dalam kenyataan tersebut, Anwar menjelaskan PKR akan menghadap dan memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin 'seandainya' keputusan parti itu mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan amalan sejak 1957 menyebabkan perasaan baginda terguris.

"Tidak timbul persoalan 'seandainya' dalam isu ini kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Selangor Isnin lalu menyatakan secara jelas Sultan Selangor menzahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan PKR dan DAP yang ingkar dengan titah baginda supaya setiap parti mengemukakan lebih daripada dua nama calon untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar yang baharu," katanya di sini hari ini.


Beliau mengulas permohonan ampun kepada Sultan Sharafuddin yang dibuat oleh Anwar dan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng kelmarin bagi menjawab kenyataan akhbar yang dikeluarkan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Mohamad Munir berkata, tindakan PKR dan DAP mengemukakan satu nama sahaja iaitu Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggambarkan kebiadaban kepada institusi raja serta merupakan perbuatan derhaka kepada titah baginda.

Ismail Mina menambah, Anwar sebagai seorang pemimpin parti politik yang berketurunan Melayu dan beragama Islam sepatutnya bersikap lebih sensitif kepada kedudukan Sultan Selangor sebagai tonggak pemerintahan di negeri itu.

Sementara itu, beliau memberitahu, pendirian DAP yang berdegil mempertahankan keputusan bersama PKR mempersembahkan satu nama sahaja untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor merupakan salah satu daripada siri provokasi yang dilancarkan parti tersebut terhadap institusi diraja.

"Walaupun Guan Eng telah memohon ampun, saya melihat tindakan itu sekadar satu kenyataan politik seperti yang lazim dilakukan pemimpin-pemimpin DAP sebelum ini," jelasnya.

Ismail Mina berkata, rakyat sendiri boleh menilai keikhlasan Guan Eng dan Anwar dalam memohon ampun kepada Sultan Selangor dengan melihat kepada kaedah yang mereka gunakan untuk berbuat demikian.

Suara Politik
Belantan

Bagai gunting dalam lipatan, Azmin didakwa lobi jawatan MB Selangor?

Posted: 12 Sep 2014 04:12 AM PDT


Hasrat KETUM PKR, Anwar Ibrahim untuk melantik isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor nampaknya bukan sahaja dihalang oleh Pas tetapi turut cuba digagalkan oleh orang kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri.

Ini berikutan tersebarnya dakwaan terbaharu bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, sedang melobi istana untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang bakal dikosongkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, meskipun Ahli Parlimen Gombak itu pernah menafikannya baru-baru ini.

Menariknya, dakwaan tersebut bukan dibuat pihak luar, sebaliknya datang daripada orang PKR sendiri iaitu oleh Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin, sehinggakan beliau melabelkan Azmin sebagai 'gunting dalam lipatan' kepada PKR.

Tidak cukup dengan label berkenaan, Badrul Hisham seterusnya mencabar 'anak emas' Anwar itu menulis surat rasmi kepada istana memohon Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menolak namanya daripada disenarai jika benar beliau tidak melobi.



"Jika benar YB (Yang Berhormat) Azmin Ali jujur seperti di depan umum dan tidak melobi, sila tulis (surat) ke istana secara rasmi menolak untuk menjadi Menteri Besar dan menyokong calon pakatan, Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Sanggupkah dia?

"Anwar kena tahu inilah orang yang menghancur dan menyusahkan PKR. Jadi gunting dalam lipatan sekian lama. Baik kawan dan lawan tidak akan hormat selagi kita tak solid (bersatu)," dakwa Badrul Hisham menerusi Facebooknya, hari ini.

Pada 27 Ogos lalu, ketika kemelut politik di Selangor makin memburuk, Azmin ketika diserbu wartawan dalam satu majlis di Hotel Empire, Subang Jaya, menafikan dakwaan beliau menolak jawatan Menteri Besar Selangor.


Sebaliknya Timbalan Presiden PKR itu memberitahu, beliau cuma menegaskan semula komitmennya terhadap Akuan Berkanun yang ditandatangani sebagai tanda akur kepada keputusan PKR mencalonkan Wan Azizah.

Dalam pada itu, beberapa penyokong PKR mengecam dan menganggap Badrul Hisham cuba memecah-belahkan parti menerusi kenyataan tersebut tetapi segera dijawab beliau dengan berkata: "Jika menipu, pecat saya dan Azmin pun boleh saman apa?"

Suara Politik
Belantan

oyabun

Posted: 12 Sep 2014 11:11 PM PDT

oyabun


Siapa sebenarnya di sebalik Pasma?

Posted: 12 Sep 2014 04:38 PM PDT

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Phahrolrazi Zawawi bersama-sama Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mujahid Yusof Rawa dan penganalisis Perlembagaan, Abdul Aziz Bari pada Forum Terbuka Pas Campur UMNO, Ke Mana Hala Tuju di Dewan Perhimpunan Cina, Jalan Kampung Attap di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Nama Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi sejak seminggu lalu kembali menghangatkan arena politik tanah air selepas sekian lama menyepi apabila beliau tampil mendakwa sebagai Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) - sebuah badan yang disebut-sebut bakal menjadi 'Pas baharu'.

Kemunculan semula beliau pantas mendapat perhatian kerana sudah menjadi pengetahuan umum, Pasma yang ditubuhkan pada 11 Ogos lalu dan didokong kumpulan Anwarinas bertujuan memberi tekanan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang khususnya dalam konteks krisis politik di Selangor.

Itu pelan jangka pendek. Pelan jangka panjang pula, Pasma cuba mencorak pemikiran politik Pas yang dikatakan jumud dan ketinggalan oleh kumpulan Anwarinas akibat diterajui golongan ulama, sebelum sedikit demi sedikit 'NGO' berkenaan bertukar wajah untuk menjadi platform politik.

Struktur organisasi Pasma juga saling tidak tumpah Pas dan 'NGO' itu dilaporkan akan menubuhkan badan perhubungan negeri pertama di Pahang sekali gus melantik pesuruhjaya negeri pada masa sama. Ini bermakna langkah ke arah menjadi sebuah pertubuhan politik sudah bermula.

Malah perkara tersebut tidak dinafikan Phahrolrazi. Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah benar bekas Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah itu merupakan watak utama di dalam Pas yang menggerakkan Pasma? Atau apakah beliau sekadar 'buah catur' untuk mengaburi identiti dalang utama?

Ini kerana master plan Pasma sebenar cukup besar dan dengan aura yang ada pada Phahrolrazi sekarang, adalah mustahil untuk beliau menarik sokongan akar umbi Pas secara massa kerana pengaruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkalan Kundor itu terhad di Kedah sahaja.

Bahkan cengkaman beliau di Kedah juga terbatas. Walaupun muncul antara tokoh Pas Kedah yang kuat menentang bekas Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dan dilihat pemimpin negeri yang senior, Phahrolrazi tidak terpilih untuk dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas yang baharu.

Sebaliknya, jawatan penting itu diserahkan oleh pucuk pimpinan Pas kepada Ketua Penerangan, Datuk Mahfuz Omar, sehingga akhirnya Phahrolrazi mengambil keputusan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah dipercayai kerana berkecil hati.

Jadi bagaimana untuk seorang yang dilihat sudah hilang pengaruh politiknya mampu untuk mencaturkan Pasma? Rancangan Pasma untuk menggoncangkan kepimpinan ulama tidak mampu direalisasikan tokoh yang bersifat lokal. Paling tidak, Presiden Pasma mestilah bersifat nasional yang ada jawatan di peringkat Pas Pusat.

Pengaruh di peringkat Pas Pusat itu penting kerana bukan lagi menjadi rahsia bahawa Pasma akan bergerak sebagai satu kumpulan bersama-sama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP demi menjaga hubungan di antara pakatan yang kini ibarat retak menanti belah.

Segala persoalan itu menimbulkan tanggapan apakah Phahrolrazi cuma sekadar proksi pihak tertentu di dalam atau juga di luar Pas? Apatah lagi dengan pengesahan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Selasa lalu, bahawa nama beliau tiada dalam senarai seperti didaftarkan.

Kenyataan media ROS mengenai Pasma menyebut Mohamad Faiz Mohd. Taib (pengerusi); Muhamad Hisomudin Bakar (Timbalan Pengerusi); Mohd. Taib Ahmad (Setiausaha); Mohd. Iqbal Mohd. Shariff (Penolong Setiausaha); Mohd. Rosli Abu Bakar (Bendahari) serta tiga ahli jawatankuasa iaitu Mohamed Zainal Hussin, Sheikh Umar Bagharib Ali dan Mohamad Abdul Razak.

Jika sekadar proksi atau buah catur, siapa pula dalang sebenar yang menjadi tangan ghaib menggerakkan Pasma yang disifatkan Abdul Hadi sebagai nyamuk? Apakah benar Phahrolrazi cuma sekadar jawatankuasa awam? Jika begitu siapa pula yang membentuk jawatankuasa sebenar atau 'jawatankuasa tersembunyi'?

Mengenali Phahrolrazi, beliau sebenarnya bukanlah seorang tokoh politik yang mudah dipengaruhi apatah lagi untuk dijadikan buah catur pihak tertentu. Namun dalam politik terutamanya melihat kepada perkembangan semasa Pas yang kini berpecah dua, apa sahaja boleh berlaku.

Selain itu, kehadiran Muhammad Husin, iaitu aktivis Pas dari Kelantan dan seterusnya mengangkat diri sebagai Timbalan Presiden Pasma pada forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur/Selangor (KLSCAH) di ibu negara pada Isnin lalu juga tambah mencetuskan kekeliruan dalam kalangan ahli Pas.

Forum tersebut sepatutnya menampilkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang selain Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof tetapi tanpa sebarang alasan, tempat Husam diganti Phahrolrazi manakala Ahmad diganti dengan Dr. Abdul Aziz Bari.

Ahmad sebelum ini disebut-sebut sebagai Mursyidul Am Pasma tetapi beliau menafikan dakwaan tersebut. Husam pula dikaitkan sebagai pemimpin Pas yang pro-Anwarinas apabila beberapa siri kenyataan beliau dilihat bercanggah dengan pendirian Abdul Hadi khususnya dalam konteks krisis politik di Selangor.

Secara kebetulan juga Muhammad yang mendakwa 'Timbalan Presiden Pasma' dikenali sebagai orang kuat Husam. Bagitu juga dengan dua lagi ahli jawatankuasa penaja sebagaimana disenaraikan ROS iaitu Muhamad Hisomudin dan Sheikh Umar.

Sebenarnya tidak susah untuk meneka siapakah pemimpin tertinggi Pas di sebalik Pasma dan dengan siapa pula di luar parti yang pencatur utama ini bekerjasama kerana seumpama nyamuk daripada dengung pun sudah boleh dikesan.

Maka, sebab itu adalah tidak pelik mengapa Ketua Pemuda Pas Sekijang, Johor, Shazni Munir Ithnin, secara terbuka mendesak Husam meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden jika tidak bersetuju dengan Abdul Hadi dan bukannya menjadi anai-anai yang 'makan dalam senyap'.

Wasabi Oyabun..

Panglima Perang Cyber

Posted: 12 Sep 2014 11:11 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Pemimpin Jangan Bermusim - Naib Presiden UMNO DS @Zahid_Hamidi

Posted: 12 Sep 2014 06:42 PM PDT



LAHAD DATU 12 Sept. - Semua pe­mimpin UMNO diingatkan supaya tidak menjadi 'pemimpin bermusim' sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab kepada ahli serta rakyat.

Gesaan itu dibuat Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu semua pemimpin menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan rakyat dengan penuh dedikasi serta ikhlas.

Tegas beliau, sikap pemimpin bermusim itu memberi gambaran buruk kepada imej parti selain melemahkan UMNO yang merupakan parti keramat Melayu.

"Pemimpin jangan turun padang bila ada pilihan raya sahaja kerana tugas sebagai pemimpin itu tidak bermusim. Pemimpin sebenar ialah pemimpin yang sentiasa turun ke bawah bersama ahli serta mendengar masalah rakyat.

"Bukan hanya masa pemilihan baru mahu tolong, baru mahu tanya khabar tetapi bila sudah menang, batang hidung pun tidak nampak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Silam di Dewan Sri Perdana di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Silam, Datuk Mohd. Yusof Apdal dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Moktar Radin.

Ahmad Zahid menambah, lebih mengecewakan apabila ada di antara pemimpin yang menjadikan alasan kesibukan sebagai alasan kegagalan membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Katanya, kepercayaan rakyat akan pudar jika setiap pemimpin mengamalkan sikap 'kacang lupakan kulit' itu.

"Rakyat akan balas balik pada masa pengundian nanti. Kalau kita seorang pemimpin beramanah dan bertanggungjawab, mereka akan letak (undi) nama kita.

"Jika kita menghargai kepercayaan ini dengan membantu ahli-ahli dan rakyat, perjuangan kita berada pada landasan yang benar," katanya.

Selaku Menteri Dalam Negeri, beliau turut memberi jaminan kepada seluruh rakyat negeri ini bahawa kedaulatan Sabah akan tetap dipertahankan.

"Saya diberi tanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan, saya akan memastikan tahap keselamatan rak­yat khususnya di Sabah terpelihara," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140913/po_04/Jangan-jadi-pemimpin-bermusim---Ahmad-Zahid#ixzz3D9cesqdL 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sent from my iPhone

Jawapan Kehadiran Tentera Amerika Ke Malaysia

Posted: 12 Sep 2014 05:06 PM PDT

#PRKPengkalanKubor Siri 2 : Calon Bebas Dari PKR?

Posted: 12 Sep 2014 05:03 PM PDT

Jika benar maka pertandingan tiga penjuru akan berlaku.

Info ini diperolehi dari whatsapp dan diharap ia tepat.

#PRKPengkalanKubor Siri 1 - Doa PAS Dah Berubah ?

Posted: 12 Sep 2014 05:00 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 12 Sep 2014 09:39 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


HELEN ANG : CARA BRUNEI AJAR BANGSA LAIN ERTI SYUKUR.

Posted: 12 Sep 2014 11:42 AM PDT

PASMA TERUK DIBALUN PAS !!!! HANCOR HANCOR

Posted: 12 Sep 2014 02:45 AM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 12 Sep 2014 09:11 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Hanya AMK PKR Yang Usung Logo DAP Di #PengkalanKubor

Posted: 12 Sep 2014 08:13 PM PDT

Apa motif Nik Nazmi bawa bersama bendera tiga parti ini termasuk DAP ke Pengkalan Kubor? Apakah ini mesej yang disuruh oleh Anwar Ibrahim untuk dipaparkan di Pengkalan Kubor.

Pemimpin DAP tiada seorang pun yang berani jijak bumi Pengkalan Kubor. Pakcik berkopiah dan makcik bertudung labuh yang membawa bendera DAP seperti di Bukit Gelugor dan Teluk Intan juga tiada.

Sudah tentu bendera DAP ini amat tidak disukai oleh orang orang Pengkalan Kubor. Sebab itulah Nik Nazmi tidak berada bersama dalam saf utama pimpinan PAS ketika perarakan calon PAS tadi.

Pertandingan Tiga Penjuru Di #PengkalanKubor

Posted: 12 Sep 2014 07:21 PM PDT





13 SEPT: Seorang calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47, muncul di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Daerah Tumpat kira-kira pukul 8 pagi Sabtu.

Alasan yang diberikan Izat ketika menyerahkan borang pencalonan sebagai calon bebas, adalah mahu mempertahankan 85 undi yang diperolehinya masa PRU lalu. Dengan jumlah undi tersebut Izat telah hilang wang pertaruhan.

BN menamakan Mat Razi Mat Ail sebagai calonnya manakala PAS  mencalonkan Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Gambar Gambar Hari Penamaan Calon #PengkalanKubor

Posted: 12 Sep 2014 07:02 PM PDT

PAS mempergunakan budak budak untuk hari penamaan calon. 




Taksubnya Banner Penyokong PAS Ini, Haron Din Wajib Tegur #PengkalanKubor

Posted: 12 Sep 2014 05:00 PM PDT


Sah, Hadi Awang Tidak Setuju Calon PAS #PengkalanKubor

Posted: 12 Sep 2014 04:00 PM PDT



Presiden PAS, Hadi Awang diberitakan masih belum sampai lagi ke Kota Bharu sehingga tengah malam tadi untuk perarakan penamaan calon

http://www.tv14.my/hadi-awang-tidak-akan-hadir-penamaan-calon-pengkalankubor/

Anwar Taja Calon Bebas Di #PengkalanKubor

Posted: 12 Sep 2014 09:30 AM PDT

Kenyataan Rasmi Pejabat Perdana Menteri Berkaitan Akta Hasutan

Posted: 12 Sep 2014 02:12 AM PDT





Video Penuh Penerangan Perdana #GST Oleh Dato Seri @NajbRazak Di PWTC

Posted: 12 Sep 2014 12:00 AM PDT


BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 12 Sep 2014 03:47 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Kisah disebalik kes jururawat dirogol dalam ambulans yang mengejutkan

Posted: 12 Sep 2014 08:01 AM PDT

Ramai yang menyalahkan pemandu yang didakwa terlampau dalam kes rogol jururawat dalam ambulans di Mersing, Johor.

Bagaimanapun timbul satu cerita lain dimana ada yang mengatakan, 'kesian driver tu..'. kerana dia dipercayai dianiaya oleh jururawat tersebut.

Kita pun keliru juga kenapa tiba-tiba ramai yang sebarkan cerita berkenaan, kenapa kasihankan pemandu ambulans pula? Sedangkan dalam laporan polis sebelum ini jururawat itu mendakwa dia dirogol oleh pemandu ambulans.

Hasil pencarian di media sosial mendapati, 'cerita sebenar' yang menjadi bahan bualan di media sosial agak mengejutkan, apatah lagi sekiranya dakwaan yang tersebar itu benar.

Anda boleh baca dibawah pendedahan cerita sebenar kes pemandu rogol jururawat dalam ambulans di bawah yang diperolehi dari laman mymediahubonline
[10:17PM, 10/09/2014] Kak Azlina: Saya baru dapat pengesahan dpd rakan di Mersing perkara ni memang benar terjadi dan dalam siasatan. Makluman awal yg kita dapat tepuk sebelah tangan tidak berbunyi berdasarkan statemen meragukan dan jururawat berkenaan memang ada nafsu yg tidak terkawal dan pemeriksaan lanjut sedang dijalankan oleh pakar perubatan HSI benar atau tidak ianya diklasifikasikan rogol atau telah lebih dpd seorg melakukan hubungan s3ks.

[10:18PM, 10/09/2014] Kak Azlina: [4:17PM, 9/10/2014] Kak Suyu Lr: Sn ni pon bukan terus report lepas kena rogol..semalam masih happy lagi pki uniform kerja..tu dah kena tu..org klu dir0g0l tentu trauma

[4:17PM, 9/10/2014] Kak Suyu Lr: Kes ni kalau tau background sn tu semua akan kesian kan driver tu..

[4:17PM, 9/10/2014] Kak Suyu Lr: Pg tadi sn ni dah di hadapkan ke matron foo..

[4:17PM, 9/10/2014] Kak Suyu Lr: Sn ni mmg dah pernah sekali dok lokap 1 mlm kes pojek ngan guard dlm wad

[4:17PM, 9/10/2014] Kak Suyu Lr: Kitaorg just tunggu dan lihat je lah..pakwe sn ni pon ppk suami org tp dah bercerai talak 3 dik sn ni punya hal..tp tak kawin kawin jgk..
Untuk makluman anda, cerita sebenar hanya sekadar perkongsian. Betul atau tak masih belum disahkan. Sehingga kini, pemandu ambulans berkenaan disahkan sudah ditahan. Sama-sama kita doakan agar siasatan pihak berkuasa berjalan lancar.

Rogol anak tiri, hukuman penyanyi kekal

Posted: 12 Sep 2014 05:08 AM PDT


SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap bekas anggota kumpulan Ruffedge atas kesalahan merogol anak tirinya, dua tahun lalu.

Hakim Nurchaya Arshad mengekalkan keputusan itu sekali gus menolak permohonan rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman.

Menurutnya, hukuman yang diputuskan oleh hakim mahkamah sesyen itu adalah setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan.

"Rogol bukan sahaja kesalahan serius malah lebih menyedihkan lagi apabila mangsa menghadapi trauma sepanjang hayatnya.

"Kita tidak mahu anak, adik, kakak mahupun ibu diperlakukan sebegitu," katanya, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bekas anggota Ruffedge didakwa rogol anak tiri]

Beliau berkata, sepatutnya perayu yang telah berkahwin dengan ibu mangsa melindungi anak kecil itu walaupun bergelar bapa tiri.

"Seorang bapa perlulah melindungi anaknya," katanya.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol anak tirinya pada ketika itu berusia 14 tahun di sebuah rumah di Gombak, Selangor.

Perbuatan itu didakwa dilakukan jam 9 pagi pada 2 Februari 2012.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd Salleh mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan.

Perayu yang juga guru vokal diwakili peguam, Azmin Talib.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Kajang, Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman itu pada 6 September 2013.

UPSR: Pengarah Lembaga Peperiksaan digantung tugas

Posted: 12 Sep 2014 03:26 AM PDT

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penggantungan tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak berkuatkuasa serta-merta.

Sementara itu, Muhyiddin menambah, Timbalan Pengarah Pembangunan Keguruan, Datuk Misrah Ibrahim akan memangku tugas Dr Na'imah sementara kes UPSR bocor disiasat.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan.

Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 September sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Suami 'beriman' yang terlampau...

Posted: 12 Sep 2014 01:01 AM PDT

Kuala Lumpur: Niat seorang wanita untuk bersuamikan seorang lelaki yang beriman musnah sama sekali selepas mengetahui lelaki yang dikahwininya tiga tahun lalu terbabit dengan sebuah gerakan ajaran sesat seperti yang didedahkan laporan bersiri akhbar ini.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Ika berusia 40-an itu tampil selepas membaca kisah sedih Azim dan Hajar yang masing-masing ditinggalkan isteri, anak, dan menantu selepas aktif menganggotai satu ajaran sesat dari negara jiran.

Menurut Ika, sebelum berkahwin lelaki berkenaan kerap dilihat bersolat, Tarawih dan pergi ke surau.

"Namun, sebaik mengahwini saya, suami kemudian secara perlahan-lahan memberitahu solat itu tidak perlu.

"Pada mulanya saya tersentak kerana didikan agama yang diterima sejak kecil menyatakan solat itu wajib dan sebagai tiang agama, manakala suami pula cuba mempengaruhi saya untuk memasuki ajaran agama baru," katanya kepada Harian Metro.

Azmin punca kemelut di Selangor - Chegu Bard

Posted: 12 Sep 2014 12:31 AM PDT

BEKAS Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendakwa kegilaan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (gambar kecil) 'melobi' jawatan Menteri Besar Selangor punca kepada masalah itu kini semakin bercelaru.
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendakwa kegilaan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali 'melobi' jawatan Menteri Besar Selangor punca kepada masalah itu kini semakin bercelaru dan PKR tidak dihormati rakan sekutunya.

Dalam penulisan di blog dan Facebooknya hari ini, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard turut menyifatkan tindakan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak itu menyebabkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat keahliannya oleh PKR.

"Lobi Azmin yang nak jadi MB akhirnya membawa kepada episod pemecatan Khalid Ibrahim dan fasa lantikan baru dari Istana. PKR yang diperlihatkan tidak 'solid' kepimpinannya sudah tentu akan dipermainkan atau tidak dihormati bukan saja oleh musuh dan Istana, malah sahabat sendiri," katanya.


Beliau berkata, situasi ini berlaku disebabkan tindakan pemimpin kanan PKR itu yang kononnya menyokong satu nama dipersembahkan kepada Istana, namun pada masa sama menghantar 'pasukan' untuk melobi dirinya.

"Tanyalah pemimpin PAS bagaimana Azmin melalui pelbagai saluran melobi sehingga Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri mahu membawa namanya tetapi apabila lobinya pada PAS terbongkar dia sendiri menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim konon menyatakan Presiden PAS yang mahu melamar dia.

"Ini antara punca meretakkan lagi hubungan Pakatan Rakyat. Dia bercakap kepada media akan tolak sebarang cadangan namanya dan menyokong (Presiden PKR, Datin Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) tetapi di belakang ia terus melobi termasuk ke Istana," katanya. Menyifatkan PKR kini ibarat telur di hujung tanduk, Badrul Hisham turut mencabar Azmin menyembah surat kepada Istana Selangor menyatakan bahawa dirinya tidak mahu menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Abdul Khalid.

"Hentikan usaha lobi belakang ini, hantar surat kepada Istana dan nyatakan bahawa anda tidak mahu menjadi Menteri Besar, menghormati kebijaksanaan baginda Sultan agar menolak sebarang khabar angin bahawa PKR itu tidak 'solid' dengan keputusan untuk menamakan Wan Azizah dan kamu nyatakan sokongan tanpa belah bagi.

"Jangan hanya kata di media tetapi hantar 'signal' berbeza kepada Istana dan penyokong kamu dengan harapan Wan Azizah ditolak dan kamu jadi pelan B," katanya. [BH]

Status seks murid sekolah rendah di FB mengejutkan

Posted: 12 Sep 2014 12:01 AM PDT

Entah apa yang sudah jadi dengan kanak-kanak zaman sekarang ini. Tidak pasti sama ada mereka ini tidak tahu atau buat-buat tidak tahu tentang perkara yang betul atau salah.

Lihat sahaja status berkahwin yang telah dimuat naik oleh kanak-kanak ini. Status berkahwin ni satu hal. Satu lagi, mereka ni bercakap dah macam laki bini..dah la kat FB pulak tu , lihat apa yang mereka komen dibawah.

Ini sememangnnya menjelikkan. Tidak tahulah siapa yang patut dipersalahkan. Media? Ibu Bapa? Teknologi?

Aksi panas Shuaib Sepahtu dan Zarina Anjoulie

Posted: 11 Sep 2014 07:01 PM PDT

Di satu tayangan perdana filem baru, Amir & Loqman Pergi Ke Laut, ada adegan antara pelakon Zarina Anjoulie dan juga Shuib Sepahtu yang agak mesra-mesra.

Shuib mengaku dia menyembunyikan dan merahsiakan hal itu daripada isterinya, Siti Sarah yang akan cemburu dan membebel jika ada adegan seperti itu.

Ini kata Shuib:"Kebiasaanya setiap kali balik penggambaran saya akan berkongsi cerita dengan dia di rumah, tetapi babak intim dengan Zarina Anjoulie saya tidak cerita, biar dia tahu masa tonton cerita tersebut sahaja nanti.

"Kadang-kadang kalau perkara tersebut memudaratkan baik tidak perlu bagi tahu, biasanya dia akan bising kalau ada babak yang agak daring,"Sementara itu, selepas tayanga perdana tamat, Zarina Anjoulie telahpun meminta maaf dari Siti Sarah kerana adegan megg0da suaminya, Shuib.

Zarina khuatir adegan itu akan menyinggung perasaan Siti Sarah.

Sumber

Azmin didakwa lobi jawatan MB Selangor

Posted: 11 Sep 2014 06:50 PM PDT

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor nampaknya bukan sahaja dihalang oleh Pas tetapi turut cuba digagalkan oleh orang kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri.

Ini berikutan tersebarnya dakwaan terbaharu bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, sedang melobi istana untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang bakal dikosongkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, meskipun Ahli Parlimen Gombak itu pernah menafikannya baru-baru ini.

Menariknya, dakwaan tersebut bukan dibuat pihak luar, sebaliknya datang daripada orang PKR sendiri iaitu oleh Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin, sehinggakan beliau melabelkan Azmin sebagai 'gunting dalam lipatan' kepada PKR.

Tidak cukup dengan label berkenaan, Badrul Hisham seterusnya mencabar 'anak emas' Anwar itu menulis surat rasmi kepada istana memohon Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menolak namanya daripada disenarai jika benar beliau tidak melobi.

"Jika benar YB (Yang Berhormat) Azmin Ali jujur seperti di depan umum dan tidak melobi, sila tulis (surat) ke istana secara rasmi menolak untuk menjadi Menteri Besar dan menyokong calon pakatan, Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Sanggupkah dia?

"Anwar kena tahu inilah orang yang menghancur dan menyusahkan PKR. Jadi gunting dalam lipatan sekian lama. Baik kawan dan lawan tidak akan hormat selagi kita tak solid (bersatu)," dakwa Badrul Hisham menerusi Facebooknya, hari ini.

Pada 27 Ogos lalu, ketika kemelut politik di Selangor makin memburuk, Azmin ketika diserbu wartawan dalam satu majlis di Hotel Empire, Subang Jaya, menafikan dakwaan beliau menolak jawatan Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya Timbalan Presiden PKR itu memberitahu, beliau cuma menegaskan semula komitmennya terhadap Akuan Berkanun yang ditandatangani sebagai tanda akur kepada keputusan PKR mencalonkan Wan Azizah.

Dalam pada itu, beberapa penyokong PKR mengecam dan menganggap Badrul Hisham cuba memecah-belahkan parti menerusi kenyataan tersebut tetapi segera dijawab beliau dengan berkata: "Jika menipu, pecat saya dan Azmin pun boleh saman apa?"

Utusan

Peringatan Dewan Ulama Pas

Posted: 11 Sep 2014 06:40 PM PDT

KOTA BHARU 11 Sept. - Dewan Ulama Pas sekali lagi mengingatkan pendukung parti itu agar tidak membangkitkan isu tindakan dan arahan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung jawatan Menteri Besar Selangor sebaliknya mengukuhkan kesatuan menghadapi lawan politik mereka.

Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, pengkritik daripada parti itu sepatutnya sedar matlamat perjuangan mereka.

Beliau berkata, semua pihak perlu merujuk kepada peruntukan dalam perlembagaan parti itu dan pihak yang berhak mentafsirnya iaitu Majlis Syura bagi memahami kekeliruan yang sengaja dibangkitkan mengenai kuasa Abdul Hadi sebagai Presiden.

"Saya rasa lebih baik kita tidak panjangkan benda ini, yang lepas itu biarlah lepas, yang paling penting kita bentuk solidariti kita dalam pakatan untuk menghadapi UMNO.

"Kita kena tahu apa matlamat kita sebenarnya, apa yang berlaku itu (kritikan) exercise sahaja kerana muktamar pun sudah dekat.

"Kita balik kepada peruntukan yang diberi dalam perlembagaan Pas, saya rasa kalau semua pihak berpandu kepada perlembagaan mengenai hak siapa untuk mentafsir atau tidak, itu telah ditentukan oleh perlembagaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Halaqah Wacana Pemikiran Tok Guru di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Pesurujaya II Pas Kelantan yang juga Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Johari Mat.

Ahmad diminta mengulas tindakan Setiausaha Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) Pas Pusat, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus yang mendakwa Abdul Hadi telah melanggar perlembagaan parti dalam isu pelantikan Menteri Besar Selangor.

Abang Ahmad Kardee dilaporkan berkata, jawatan yang dipegang oleh Abdul Hadi tidak membolehkan beliau mengambil kata putus tanpa bermesyuarat dengan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat terlebih dahulu dalam apa jua perkara.

Sebelum ini, Dewan Ulama Pas telah mengeluarkan kenyataan tegas menasihati ahli-ahli Pas agar menghormati tindakan Abdul Hadi dan memberikan ketaatan serta thiqah (kepercayaan) atas tindakan beliau.

Utusan

Tun M: Saya tidak pernah minta Najib letak jawatan

Posted: 11 Sep 2014 06:30 PM PDT

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah meminta Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya beliau hanya memberi contoh dirinya bahawa beliau akan meletak jawatan jika dilantik sekali lagi sebagai perdana menteri.

"Jika mereka melantik saya semula sebagai PM, saya akan letak jawatan kerana saya sudah melepasi masa...saya dah tua," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku '#WahaiMelayu' karya Anas Zubedy, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas laporan oleh sebuah portal berita semalam yang memetik beliau sebagai berkata bahawa beliau akan meletak jawatan jika menjadi perdana menteri pada hari ini, yang seolah-olah merujuk kepada Najib.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir telah menasihatkan perwakilan Umno peringkat bahagian yang sedang mengadakan persidangan ketika ini supaya menegur pemimpin jika pemimpin tidak melakukan perkara yang betul.

"Kadang-kadang pemimpin perlu dikritik. Dalam bahasa Melayu kita panggil menegur. Apabila ada seseorang melakukan melakukan sesuatu yang anda fikir salah, anda perlu mempunyai hak untuk menyatakan ia bersalah," katanya.

Ditanya jika beliau akan menghadiri Perhimpuann Agung Umno bulan hadapan, katanya beliau akan hadir sebagai ahli Umno.

Sementara itu, mengulas cadangan mengkaji dan menghapuskan Akta Hasutan 1948, Dr Mahathir berkata pelaksanaan akta itu dengan baik adalah penyelesaian kepada masalah.

"Memansuhkan akta itu bukan satu penyelesaian tetapi menggunakan akta itu dengan cara yang betul merupakan penyelesaian. Saya tidak tahu, terpulang kepada mereka...mereka yang melakukan pendakwaan, bukan saya," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata masyarakat Melayu hari ini kurang beramanah dan tidak tahu menguruskan kewangan dengan baik.

Keadaan itu telah menjadi punca kenapa bangsa Melayu dilihat sebagai bangsa yang tidak berjaya kerana mereka juga tidak mempunyai perasaan malu bila gagal melakukan sesuatu perkara dengan baik.

"Kita perlu belajar untuk ikhlas...kalau kita jujur kita akan jadi baik," katanya.

Hadir sama pada pelancaran buku '#WahaiMelayu' ialah isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - Bernama

UPSR Bocor: Guru ditahan di Johor

Posted: 11 Sep 2014 06:20 PM PDT

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Suspek yang disyaki bertanggungjawab membocorkan kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga menyebabkan 473,175 calon terpaksa menduduki semula matapelajaran berkenaan 30 September ini, dipercayai telah ditahan oleh pihak polis.

Utusan Malaysia difahamkan, guru tersebut telah ditahan di Johor hari ini dan sidang akhbar berhubung perkara berkenaan akan dibuat esok.

"Betul. Seorang guru telah ditahan di Johor,'' kata sumber kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan semalam mengumumkan kertas Sains 018, 028, 038 UPSR didapati bocor dan peperiksaannya yang dijadual hari ini terpaksa ditangguhkan.

Utusan

UPSR: Tambah baik prosedur, elak soalan bocor

Posted: 11 Sep 2014 06:10 PM PDT

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan diharap membuat penambahbaikan terhadap mekanisme penyediaan soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di masa depan, termasuk memberi penekanan kepada aspek integriti bagi mengelak kebocoran.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata kementerian juga perlu mencari pendekatan lebih berkesan ke arah memperketat prosedur dan kawalan dalam penyediaan soalan sehingga ke dewan peperiksaan.

Beliau mengulas insiden kebocoran kertas peperiksaan Science 018, 028, 038 dan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 bagi UPSR 2014 yang memaksa ia diadakan pada tarikh baharu iaitu 30 Sept.

"Sebarang hasil siasatan yang diperoleh nanti boleh dijadikan panduan kepada Kementerian Pendidikan untuk memperbaiki kelemahan yang ada dalam soal pengendalian kertas peperiksaan," katanya kepada Bernama.

Alimuddin menarik perhatian bahawa proses penyediaan kertas peperiksaan membabitkan pelbagai peringkat, dan siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kebocoran.

Beliau berkata proses itu, secara amnya, bermula dengan penyediaan soalan seterusnya percetakan diikuti membungkus kertas soalan yang kemudian disimpan di bilik kebal sebelum dikeluarkan untuk dihantar ke pusat peperiksaan.

"Proses ini sudah pastinya membabitkan banyak pihak yang menuntut siasatan rapi dilakukan di setiap bahagian. Oleh itu, tidak adil untuk orang ramai membuat tuduhan melulu (siapa yang bertanggungjawab) selagi tiada bukti sahih," katanya.

Sementara itu, Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr Mohd Tap Salleh berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab membocorkan kandungan kertas soalan berkenaan.

"Jika tidak, kepercayaan masyarakat terhadap pengendalian peperiksaan umum akan terjejas," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Mohammad Fazril Mohd Saleh berkata membocorkan soalan peperiksaan awam adalah suatu tindakan khianat terhadap prinsip pendidikan.

"PKPIM mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab ini," katanya sambil menggesa pihak berwajib menyiasat insiden itu secara serius demi maruah dan masa depan pendidikan negara. - Bernama

UPSR 2014 tidak dibatalkan

Posted: 11 Sep 2014 06:00 PM PDT

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan hari ini menafikan khabar angin yang disebar melalui laman sosial media kononnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dibatalkan ekoran kebocoran beberapa kertas soalan peperiksaan itu.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh melalui laman Twitternya menasihatkan masyarakat agar mendapatkan maklumat yang sah mengenai isu itu daripada laman web rasmi Kementerian Pendidikan.

"Lembaga Peperiksaan menafikan berita yang tersebar bahawa UPSR 2014 dibatalkan.

"Untuk mendapat maklumat sebenar/semasa (mengenai isu UPSR 2014), sila layari website Lembaga Peperiksaan moe.gov.my/lp," katanya.

Lembaga Peperiksaan hari ini mengumumkan 30 Sept ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 dan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 selepas kedua-dua kertas soalan didapati berlaku kebocoran. - Bernama

tun faisal dot com

Posted: 12 Sep 2014 01:26 PM PDT

tun faisal dot com


#AktaHasutan: Pejabat PM sahkan kenyataan @MPKotaBelud, MKPN bukan autoriti

Posted: 12 Sep 2014 01:50 AM PDT

Akta Hasutan 1948

1. Kerajaan ingin menegaskan bahawa sebarang keputusan yang dibuat sama ada untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 atau memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional hendaklah dibuat dengan rasional, berhemah dan terbuka. Proses ini hendaklah dilakukan dalam keadaan terkawal agar negara terus berada dalam keadaan harmoni, kukuh dan stabil.

2. Kerajaan juga tidak akan tergesa-gesa menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan undang-undang baru tanpa meneliti semua aspek berkaitan termasuk kepentingan elemen pencegahan. Kerajaan tidak akan mengambil langkah atau tindakan yang boleh menyebabkan suasana dalam negara tidak tenteram. Negara masih memerlukan sokongan undang-undang yang mampu menjadi "deterrent" bagi memastikan keamanan, keharmonian dan kestabilan negara terus dipelihara.

3. Rundingan akan diadakan dengan semua pihak berkepentingan, termasuk kumpulan-kumpulan yang mewakili kepentingan orang Melayu yang rata-rata bimbang dengan cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948. Selepas proses rundingan diadakan, barulah Kerajaan akan menentukan hala tuju yang akan diambil dengan matlamat mewujudkan keadaan yang lebih baik untuk negara.

4. Apa sahaja keputusan yang bakal dibuat oleh Kerajaan ianya tidak akan menyebabkan masyarakat berbilang bangsa negara ini merasa bimbang, kurang yakin atau tergugat. Dalam mengubah atau memperkenalkan sesuatu akta baru, ia perlulah lebih baik daripada akta sedia ada khususnya dalam meningkatkan lagi keharmonian, keamanan dan kestabilan negara serta memastikan negara terus berjaya.

5. Selain itu, ia juga mesti mampu mengawal fahaman serta pergerakan radikal, ekstrem atau fanatik selain mengekang pelampau kaum dan agama dalam masyarakat.

6. Kebebasan yang diberi kepada rakyat perlu diimbangi dengan undang-undang untuk melindungi prinsip-prinsip penting yang telah sekian lama didukung oleh masyarakat di negara ini. Ini termasuklah peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu kedudukan agama Islam dan Raja-Raja, hak-hak keistimewaan orang Melayu dan sebagainya. Semua peruntukan ini akan dikekalkan.

7. Berdasarkan perbincangan dan maklum balas yang diterima Kerajaan setakat ini, terdapat empat pandangan berlainan yang wujud berkaitan isu Akta Hasutan 1948. Pertama, terdapat permintaan agar Akta Hasutan dikekalkan dengan sedikit pindaan sahaja. Kedua, ada yang meminta Akta Hasutan dihapuskan sama sekali. Ketiga, ada yang memilih untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan Akta Keharmonian Nasional demi menjaga perpaduan rakyat dan kestabilan negara. Keempat, ada yang berpendapat supaya Akta Keharmonian Nasional diwujudkan sebagai akta baru di samping Akta Hasutan 1948 yang patut dikekalkan.

8. Kerajaan walau bagaimanapun, ingin menjelaskan bahawa draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional belum disediakan lagi pada masa ini. Kerajaan masih lagi dalam peringkat perbincangan mengenai prinsip-prinsip asas yang akan dijadikan panduan dalam menggubal undang-undang berkenaan. Hanya selepas konsensus umum dicapai di kalangan rakyat termasuk mereka di Sabah dan Sarawak, barulah kelak proses penggubalan akan dimulakan. Proses ini akan mengambil masa agar undang-undang yang baru kelak benar-benar dapat bantu merealisasikan matlamat kita untuk membina sebuah negara yang stabil, aman dan harmoni.

9. Penggubalan Akta Keharmonian Nasional akan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara hanya setelah perkara-perkara prinsip dan dasar telah diputuskan kelak. Mana-mana draf rang undang-undang yang disediakan oleh mana-mana pihak selain daripada Jabatan Peguam Negara tidak sahih dan tidak boleh diterima.

Pejabat Perdana Menteri
12 September 2014

Nota: Tahniah. Dah macam sistem kat Amerika Syarikat. Ada jurucakap Presiden.

Cucu Tok Selampit

Posted: 12 Sep 2014 01:24 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Kenapa Lim Kit Siang Mempolitikkan Isu Teoh Beng Hock Sehingga Ke Shanghai?

Posted: 12 Sep 2014 01:00 AM PDT

Sudah seminggu, Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan kematian Teoh Beng Hock (TBH) lima tahun lalu bukan disebabkan oleh bunuh diri dan Mahkamah telah mengarahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci. Biarlah pihak polis dan pihak peguam negara menjalankan siasatan mereka dan janganlah kita menunding jari ke mana-mana pihak terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tidak perlu mempolitikkan isu berkenaan seperti mana yang dilakukan oleh DAP.


Untuk pengetahuan, sebuah akhbar Cina telah melaporkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah pergi ke Shanghai, China sejak 06 September 2014. Beliau telah bercakap di dalam forum bebas berkaitan keputusan Mahkamah Rayuan. Lim Kit Siang telah membuat penghakiman sendiri dengan menyatakan TBH telah dibunuh dan bukan membunuh diri. Katanya lagi, Rakyat akan mengingati kes ini dan kebenaran akan terserlah. CTS tidak nampak apa keperluan Lim Kit Siang untuk memburukkan negara di luar negara.

CTS amat bersetuju dengan pendapat Tunku Aziz yang merupakan Presiden, Yayasan Pencegahan Rasuah Malaysia dan bekas Timbalan Presiden parti DAP. Beliau telah menyeru kepada DAP untuk tidak menangguk di air keruh dengan membuat andaian sendiri serta mempolitikkannya. Akibatnya Rakyat akan terpengaruh sebelum keputusan seterusnya dibuat serta menimbulkan apa yang dikatakan prasangka dan seterusnya menjadi bahan khabar angin yang boleh menjejas keadilan yang dicari. Semua pihak harus menerima baik keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan. Ini membuktikan bahawa mahkamah di negara ini adalah bebas dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan tidak tunduk kepada kehendak kerajaan.

Jika diperhalusi memang tepat penghakiman yang dibuat oleh salah seorang daripada tiga hakim Mahkamah Rayuan itu, iaitu Yang Arif Dato Mah Weng Kwai. Katanya, TBH bukan merupakan suspek di dalam siasatan kes tetapi hanya merupakan sebagai saksi. CTS berpendapat, sebagai seorang saksi, TBH adalah merupakan aset kepada SPRM yang harus dijaga dan bukan dihapuskan. Oleh itu, sebelum pihak polis, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman mengemukakan bukti kukuh bahawa TBH dibunuh, tidak ada pihak yang wajar dipersalahkan. SPRM juga tidak wajar ditunding jari.

Calon PAS #PRKPengkalanKubor Kod 02? Kedah? Mana Mai Calon Anak Tempatan? PAS Berbohong Lagi?

Posted: 11 Sep 2014 11:59 PM PDT


Nampak gayanya sekiranya calon PAS Pengkalan Kubor memenangi Pilihanraya Kecil (PRK) yang akan datang, maka Rakyat Pengkalan Kubor harus bersyukur kerana Wan Rosdi bin Wan Ibrahim adalah anak Kedah. Beliau mempunyai kod kad pengenalan '02'!! Belum apa-apa PAS sudah kantoi berbohong. PAS cuba untuk membohongi pengundi-pengundi DUN Pengkalan Kubor bahawa Wan Rosdi adalah anak tempatan. 

Harakahdaily terang-terang menyatakan bahawa Wan Rosdi adalah anak tempatan. Anak tempatan Kampung Bendang Pak Yong! (Lihat keratan akhbar Harakahdaily, di sini). Semakan yang diakukan menerusi daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), kod negeri bagi Wan Rosdi adalah '02' iaitu Kedah. Kalau Kelantan kodnya adalah '03'. Zaman sekarang zaman teknologi maklumat. Maklumat di hujung jari. Kalau PAS dan Harakahdaily rasa suka untuk berbohong, buang sahaja songkok atas kepala tu! Jangan memalukan Islam.

YB Nurul Izzah Melalak Kertas UPSR Bocor, Beliau Lupa Zaman Bapa Ketum Jadi Menteri Kertas BM SPM Juga Bocor!!!

Posted: 11 Sep 2014 05:58 PM PDT


Tidak cukup dengan permohonan maaf yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan, DS Idris Jusoh dan Menteri Pendidikan, TS Muhyiddin Yassin, semalam anak Ketum (Ketua Umum), Nurul Izzah Anwar Ibrahim telah mendesak penggantian Menteri untuk dilakukan. CTS juga tersenyum apabila Nurul Izzah membuat kenyataan akhbar bahawa "Kementerian Pendidikan sepatutnya sudah menyediakan kertas ujian alternatif bagi peperiksaan tersebut sekiranya menghadapi kes kebocoran".

Ahli Parlimen Lembah Pantai ini banyak perkara yang beliau tidak peka rupanya. Pertama, Lembaga Peperiksaan mempunyai beberapa set kertas peperiksaan sebagai 'back up' alternatif sekiranya berlaku kebocoran dan lain-lain sebab. Kenapa Kertas Ujian UPSR Sains terpaksa dilakukan pada 30hb September dan bukan dilakukan dengan segera adalah Kementerian Pelajaran dan Lembaga Peperiksaan terpaksa mencetak kembali kertas ujian peperiksaan yang dijadikan sebagai 'back up' alternatif itu. 

Masa juga terpaksa diambil untuk mengedarkan kertas peperiksaan yang baru ke seluruh negara. Takkanlah YB Lembah Pantai juga meminta Kerajaan mencetak kertas peperiksaan 'back up' alternatif itu walaupun tiada apa-apa yang berlaku? Nanti pembangkang juga yang bising mengatakan Kerajaan membazir duit Rakyat sebab kertas peperiksaan 'back up' alternatif yang dicetak tidak digunakan!

Kedua dan yang paling penting, Nurul Izzah mungkin masih menyusu botol dan tidak ingat apa yang berlaku pada tahun 1989 sewaktu bapa Ketum beliau menjadi Menteri Pendidikan. Pada waktu itu, Kertas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk Bahasa Malaysia juga bocor dan kesemua pelajar SPM pada masa itu terpaksa mengambil kembali kertas peperiksaan berkenaan. Bagaimana CTS tahu mengenai perkara tersebut? Sebabnya CTS antara calon yang terpaksa mengulang kembali kertas berkenaan walaupun CTS tidak memperolehi kertas BM yang bocor itu.

Zaman tersebut walaupun tiada komunikasi media sosial canggih seperti 'Whatsapp' dan 'Telegram', penyebaran kertas soalan bocor begitu meluas, bayangkan sekarang dan akan datang. Kenapa Menteri Pendidikan pada masa itu tidak diminta meletak jawatan? Oh lupa, mungkin beliau kebal. Dengan berstatus banduan salah guna kuasa dan suspek jenayah liwat, beliau masih bergiat aktif di dalam politik dan menjadi Ketua Pembangkang!

Permata Yang Tidak Digilap - TS Dr Syed Hamid Albar Dari Penulis Puisi Kepada Penterjemah

Posted: 10 Sep 2014 06:30 PM PDT




Kesibukan beliau sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan kecintaan beliau terhadap bidang seni dan sastera. Tan Sri Dr Syed Hamid Albar dua hari lepas telah melancarkan buku Mohammad Hashim Kamali, yang beliau terjemahkan dari Bahasa Inggeris. Majlis pelancaran buku berkenaan, bertajuk 'Wasatiyaah Dalam Al Quran Dan Sunnah' telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato Seri Shabery Cheek, di International Institute of Advance Studies (IAIS), di Kuala Lumpur.

TS Dr Syed Hamid di dalam ucapannya berkata, Konsep Wassatiyah sebenarnya cukup indah. Ia bukan sahaja ditakrifkan sebagai kesederhanaan, malahan ianya boleh didefinasikan sebagai tidak melampau atau tidak ekstrem. Beliau menambah, Wasatiyyah dari perseptif Islam bermakna Umat Islam mesti bersederhana, ari dari sifat ekstrem atau membuat sebarang kenyataan atau perilaku ekstrem dan melampaui batas.

Ini merupakan percubaan pertama TS Dr Syed Hamid Albar di dalam arena penterjemahan dan usaha beliau ini turut disokong oleh IAIS. Beliau menterjemah buku ini kerana minatnya terhadap tajuk dan konsep kesederhanaan. Ramai yang tidak mengetahui, TS Dr Syed Hamid Albar juga pernah menempa sejarah peribadinya serta melakarkan nama sebagai Menteri Kabinet yang pertama menerbitkan buku sastera hasil karya puisi penulisannya bertajuk 'Merenung Jendela Hidup'. Buku berkenaan perah dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Apa Yang Tersirat

Posted: 12 Sep 2014 01:16 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Kemelut MB Selangor: Pemilihan Wan Azizah Bukan Keputusan Parti: Azmin Ali

Posted: 12 Sep 2014 02:16 AM PDT


DALAM satu kenyataan semalam, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyatakan bahawa pemilihan Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal parti itu bukan keputusan parti. Melalui kenyataan itu, maka Azmin menampar mukanya sendiri kerana pada 14 Ogos, beliau merupakan salah seorang yang hadir pada sidang media Wan Azizah dan juga salah seorang yang menandatangi surat akuan menyokong Wan Azizah. Kenyataan Azmin itu sila klik Post by Friends of BN - Barisan Nasional.

Comments:

There are 0 ulasan for Barisan Nasional

Catat Ulasan