Cucu Tok Selampit Posted: 06 Aug 2014 01:55 PM PDT Panas!!! Menteri Potong Kad Kredit HSBC Tanda Protes Isu Gaza Posted: 06 Aug 2014 05:05 AM PDT Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini membuat kejutan dengan menyiarkan tindakan beliau memotong Kad Kredit HSBC sebagai tanda protes beliau terhadap isu Gaza. Di dalam laman sosial Facebook beliau, beliau dipetik berkata, "Memandangkan HSBC menutup akaun milik pertubuhan-pertubuhan Islam yang menyokong Palestin, saya mengambil keputusan untuk membatalkan kad kredit dengan HSBC." | MB Selangor TS @Khalid_Ibrahim Jawab Surat Tunjuk Sebab PKR Posted: 06 Aug 2014 04:25 AM PDT Isu Menteri Besar Selangor sudah nenjadi lawak badut 'circus'. Ianya bukan lagi isu kerusi Menteri Besar sebaliknya pertelingkahan untuk merebut hasil mahsul Negeri Selangor yang kaya raya oleh beberapa individu yang tamak terutama dari pasangan suami isteri Anwar-Azizah. Pertama kali dalam sejarah, surat Notis Tunjuk Sebab mengenai pertelingkahan di dalam parti didedahkan untuk tatapan umum. TS Khalid tidak menunggu lama untuk menjawab Notis Tunjuk Sebab yang diberikan kepadanya semalam oleh Pengerusi Lembaga Disiplin parti PKR.
Surat jawapan kepada Notis Tunjuk Sebab bertarikh hari ini, kepada Dato Tan mempunyai beberapa kesilapan teknikal. Mungkin kesilapan ini disebabkan oleh keadaan tergesa-gesa TS Khalid Ibrahim untuk membalas surat Notis Tunjuk Sebab yang diberikan kepadanya semalam. Antaranya adalah surat bertarikh 08 Ogos 2014, tarikh bulan Islamnya adalah 10 Ramadan 1435. TS Khalid Ibrahim juga sepatutnya tidak menggunakan kepala surat (letter head) Pejabat Menteri Besar Selangor kerana ini hal dalaman antara beliau dan parti PKR.
| Hebat Cara PKR Tutup Bangkai 'Langkah Kajang' - Dengan Sogok TS Khalid Ibrahim!!! Posted: 05 Aug 2014 11:34 PM PDT Hebat cukup hebat langkah PKR hendak menutup bangkai pergolakan yang berlaku di Selangor. 3 ganjaran besar akan disogok untuk membolehkan kerusi Menteri Besar Selangor diberikan kepada DS Dr Wan Azizah. Dilantik menjadi Pengerusi Penstrukturan Air di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun sebanyak RM50,000 serta kemudahan bertaraf Menetri Besar serat semua salahlaku akan ditutup, merupakan sogokan yang ditawarkan kepada TS Khalid Ibrahim. Persoalannya,
1. Tidakkah ini boleh dikategorikan sebagai rasuah? 2. Sumber kewangan manakah yang akan diambil untuk membayar TS JKhalid Ibrahim setiap bulan sebanyak RM50,000? Duit Rakyat lagikah? 3. Kesalahan salahlaku hanya boleh ditutup sekiranya mengikut arahan, inikah cara PKR memerintah?
Kita berharap PKR bersifat 'gentlemen' dengan tidak mengeluarkan kenyataan bahawa ini adalah surat palsu. Adakah Tan Sri Khalid Ibrahim akan bersetuju atau PKR bakal berdepan dengan masalah yang lebih besar selepas ini. Kita tunggu dan lihat. | Bagaimana Pembantu Rumah Boleh Menjadi Pemandu Mendiang Karpal Singh? Posted: 05 Aug 2014 07:56 PM PDT Pas lawatan untuk pekerja sementara bagi bekas pemandu Mendiang Karpal Singh jelas tertera Cinnasamy Selvam atau C Selvam, seorang warganegara India hanya dibenarkan untuk diambil bekerja sebagai 'maid' atau pembantu rumah. Bagaimana Mendiang Karpal Singh dan keluarganya membenarkan C Selvam untuk bekerja sebagai pemandu keluarga?
Bukankah ini melanggar Akta Immigresen kerana menyalahguna bidang pekerjaan pekerja sementara sehingga menyebabkan kematian? Patutlah mana-mana pemimpin DAP tidak pernah menghubungi bekas pemandu Mendiang Karpal Singh ini sejak beliau ditempatkan di Penjara Taiping pada 09 Julai 2014. Mungkin ada perkara yang mereka hendak sembunyikan?
Terdapat dua persoalan yang harus dijawab oleh keluarga Mendiang Karpal Singh:
1. Adakah C Selvam mempunyai Lesen Memandu yang sah sebelum beliau dijadikan pemandu? 2. Sekiranya tidak, siapakah yang bertanggungjawab menjadikan C Selvam sebagai pemandu sedangkan beliau tidak mempunyai lesen memandu yang sah? | Encorp Berhad - Unlocking Landbank Value Posted: 05 Aug 2014 07:00 PM PDT
Property developer, Encorp Bhd is bullish about its prospects with Felda Investment Corp (FIC) on board as the latter has valuable landbank in key cities nationwide. FIC, which is Federal Land Development Authority's (Felda) investment arm, owns large tracts of landbank. Anything that comes by in the future would be promising because of FIC's portfolio strength. Encorp have to go back to the objective on why FIC is acquiring them, which is to unlock the value of its landbank. This will definitely enable Encorp to be on the growth momentum.
In May 2014, FIC acquired 49.45 per cent of Encorp from its major shareholders, Lavista Sdn Bhd and Pegang Impian Holdings Sdn Bhd. It triggered an unconditional mandatory takeover offer to acquire the remaining shares, warrants and loan stocks it did not own in Encorp at RM1.55, 55 sen and RM1.55 a piece, respectively. The offer closed on July 10. FIC now holds 72.29 per cent of Encorp, which will remain listed on Bursa Malaysia. Encorp's top priority is to focus on growing its property development and construction divisions.
Encorp Berhad currently is held by Acting Chief Executive Officer (CEO), Mohd Ibrahim Masrukin Ibrahim. The Board of Directors includes four members from the Felda group. They are Mohd Zaid Abdul Jalil, who is FIC's CEO and Executive Director; Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, a Director of Felda, Felda Global Ventures Holdings Bhd, MSM Malaysia Holdings Bhd and Yayasan Felda; Datuk Faizoull Ahmad, Chairman of Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd and Felda D'Saji Sdn Bhd chairman; and Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, chairman of Felda, FGV, FIC and Felda Holdings Bhd. | Mogok Bas Kilang Di CIQ Johor Bharu - PDRM Dan SPAD Akan Ambil Tindakan Posted: 05 Aug 2014 06:00 AM PDT Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi tempoh lima hari kepada 16 syarikat pengusaha bas yang didapati terlibat mengadakan protes di Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bharu, Jumaat lepas sehingga mengakibatkan kesesakan teruk hampir lima jam.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis temu siasat terhadap syarikat-syarikat berkenaan untuk datang dan memberi keterangan kepada pihaknya dalam tempoh berkenaan bagi meneruskan proses siasatan yang akan disiapkan pada minggu depan.
Manakala pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pula telah mengeluarkan 100 saman kepada pemandu-pemandu bas kilang berkenaan. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah II Johor Baharu Selatan, Supt Mohd Nadzir Ghulam Kadir berkata kesemua mereka yang meletakkan kenderaan di bahu jalan utama terbabit akan disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987. Menurut Supt Mohd Nadzir, pemandu-pemandu bas kilang dengan sengaja beredar membawa kunci dan meninggalkan bas sebelum kemudian berkumpul beramai-ramai.
Sementara itu, bagi pihak SPAD pula, menurut Datuk Che Hasni, kertas siasatan telah dibuka dan notis telah dihantar untuk mengenalpasti jenis kesalahan yang mereka lakukan. Sekiranya didapati melanggar syarat-syarat permit kenderaan, tindakan boleh dikenakan iaitu mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang membawa peruntukan penalti tidak kurang RM100,000 dan maksimum RM500,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika didapati bersalah. Selain itu, SPAD juga boleh menggantung serta membatalkan permit kenderaan mereka bergantung kepada hasil siasatan. | Tindakan Pemandu Bas Kilang Mogok Di CIQ Menyusahkan Rakyat - Pengerusi SPAD Posted: 02 Aug 2014 06:30 AM PDT
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, tindakan pemandu bas kilang mengadakan mogok di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di sini pagi Jumaat berikutan perlaksanaan kadar tol baharu, dianggap tindakan yang tidak munasabah dan hanya menyusahkan rakyat.
Tan Sri Syed Hamid menambah, operator bas kilang perlu berbincang dengan syarikat yang menggunakan perkhidmatan mereka sekiranya didapati kos meningkat. Beliau berkata kos kenaikan bukan ditentukan oleh kerajaan semata-mata dan seharusnya pihak pengusaha perlu berbincang dengan syarikat berkenaan memandangkan mereka di bawah kontrak syarikat itu.
Mogok yang bermula 4 pagi itu melibatkan 200 pemandu bas kilang yang enggan memasuki Singapura dan menyebabkan laluan trafik sesak di CIQ selain ribuan pekerja terpaksa berjalan kaki menyeberang Tambak Johor sebelum menaiki bas penumpang di Woodlands untuk ke tempat kerja masing-masing.
Kesesakan itu menyebabkan beberapa bas perkhidmatan awam Singapura ke Johor Baharu ditangguhkan perkhidmatan pada 8.05 pagi dan hanya menyambung perkhidmatan pada 10.11 pagi. Adalah dipercayai protes pengusaha bas kilang tersebut dipercayai berpunca tidak puas hati dengan kenaikan kadar tol.
Kadar tol baharu arah masuk Malaysia, kenderaan kelas-kelas tersebut ialah masing-masing RM9.70 (kereta); RM14.70; RM19.70, RM4.80 (teksi) dan RM7.80 (bas) manakala kadar tol arah keluar pula RM6.80 (kereta); RM10.20; RM13.60; RM3.40 (teksi) dan RM5.50 (bas). Singapura juga menaikkan kadar bayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan berdaftar di luar negara yang mahu memasuki Singapura dinaikkan daripada S$20 (RM51.44) kepada S$35 (RM90) sehari mulai Jumaat. Pada masa sama, bayaran Permit Kenderaan Barangan (GVP) berdaftar di negara luar pula dinaikkan daripada S$10 (RM25.72) kepada S$40 atau RM102.88.
Tan Sri Syed Hamid berkata berikutan tindakan pengusaha bas kilang itu, SPAD akan menyiasat sama ada pemandu-pemandu bas kilang ini melanggar peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat. Menurut beliau lagi, pemandu-pemandu bas adalah tertakluk kepada undang-undang iaitu membawa penumpang dan tidak boleh menyusahkan orang ramai atau mendatangkan kesulitan kepada mereka. | |
Duke of UMNO Posted: 06 Aug 2014 01:14 PM PDT CARA BOIKOT ISRAEL YANG LEBIH BERKESAN..! Posted: 06 Aug 2014 06:17 AM PDT
KUALA LUMPUR – Dalam mengecam keganasan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin khususnya di Gaza, rakyat Malaysia tidak terkecuali memainkan peranan melalui tindakan memboikot produk-produk dan jenama yang dikaitkan dengan Israel. Bagaimanapun, mutakhir ini terdapat beberapa tindakan yang dilihat keterlaluan oleh segelintir pihak yang memboikot termasuklah merendah-rendahkan golongan yang tidak menyertai usaha mereka, serta ada juga perlakuan buruk seperti memarahi dan meludah pekerja restoran yang diboikot itu. Timbul persoalan di manakah kewajaran perbuatan buruk seumpama itu sedangkan tujuan asalnya adalah untuk bersama-sama membentuk solidariti bagi membantu umat Islam di Gaza yang ditindas rejim Zionis. | RAFIZI KENA SEBIJIKKK..!!! KAH! KAH! KAHHHH..!!! Posted: 06 Aug 2014 02:13 AM PDT Nahhhh... amik hang..! Kan dah kena... Nak tunjuk jadi "pakar strategi" kononnn... pakar la sangat tuuu...heh! Kan dah kena "bodoh" sekali dengan Cikgu Pa... Macamana boleh PKR lantik jadi "Pengarah Strategi" pun kita tak tauuuuu...! Heh!
Alaaaa.. bukannya orang PAS tak tahu agenda forum yang direncana PKR semalam... semuanya nak hentak Khalid Berahim dan Presiden PAS, kan?
Peliknya, Hanipa Maidin pun jadi penakut.. hentam Ayah Chik berdepan.. selamba dia kata Hadi Awang takdak kuasa veto dalam Pakatan Haram? Heh! Apa punya turrrr la wakil rakyat PAS nihhhh..! Mana skill lawyer hang tu weiiii... Presiden sendiri pun hang tak reti jaga air muka dia kaaaa?
Saya betul-betul pelik. Sampai sanggup buat forum semata-mata nak puaskan hati balun Khalid Berahim? Memang la forum tu bunyinya "forum krisis MB Selangor". Tapi dah jadi medan balun Khalid Berahim pulakkkkk...
Siap Ayah Chik pun kena sekali ka? Oooo... pasal Ayah Chik sokong Khalid, dia sekali pun hangpa balun? Awat tak berani balun Nik Aziz sekali? Takut? Heh! Penakut!
Saya nak tengok... siapa yang berani pertahankan Ayah Chik dari kalangan pemimpin PAS. So far, Nasrudin Tantawi dah mula balun puak-puak PKR dan DAP. Ada lagi ka yang berani? Atau hanya dok berani sembang kat kedai kopi jaaa? Cakap belakang berani laaaa..heh! | KHALID SAMAD HILANG KEYAKINAN PADA PARTI SENDIRI..???!!! WOW..! Posted: 06 Aug 2014 12:06 AM PDT Khalid Samad baru-baru ni sokong apa yang Tony Pua cakap. Katanya, PAS sukar sangat nak survive kalau diadakan Pilihanraya Negeri Selangor sekarang ni.. kalau diadakan pilihanraya, dia yakin PAS akan bungkuiihhh...
Tony Pua pun cakap perkara yang sama. Lebih teruk lagi, kenyataan Tony Pua tu saya lihat seolah-olah memang nak downgrade PAS ke bawah tapak kaki DAP dan PKR... Tony kata PAS akan LENYAP kalau ada pilihanraya di Selangor...
Saya betul-betul heran... kenapa Khalid Samad ni dah tak yakin pada parti sendiri. Dia dalam PAS, tapi dia rasa PAS akan hilang sokongan kalau berlaku pilihanraya...
Nak tanya sikit laaa... maksud Khalid tu menunjukkan PAS ni bergantung harap sangat la pada undi-undi penyokong DAP masa pilihanraya hari tu. Kalau takdak undi dari puak-puak DAP tu maka PAS akan bungkuihhhh??? Kalah memanjangggg..? Lagu tu?
Macam tu ke maruah PAS di mata DAP kat Selangor? Hadoiiiiii... apa yang PAS buat ni? Sampai macam tu sekali DAP letakkan maruah PAS? Hina sungguh....!
Sekarang ni Khalid Samad pun dah senada dengan DAP... Kalau saya ni dalam PAS, dah lama saya suruh Khalid Samad keluar PAS... suruh dia masuk DAP lagi baguihhhh... sejarah politik dia pun bukan baik sangat... tengok gaya dia tu lebih liberal Islam dari DAP! Heh! Tu pun PAS nak simpan lagi kaaaa..??? | |
PEJUANG BANGSA Posted: 06 Aug 2014 11:48 AM PDT TERKINI ! POLIS SAHKAN 7 INDIVIDU DARI MALAYSIA TURUT TERLIBAT PESTA BOGEL TELUK BAHANG Posted: 06 Aug 2014 12:00 AM PDT 7 rakyat Malaysia terlibat pesta bogel .... Dakwaan pelancong asing sahaja oleh macai LGE ternyata tidak berasas ... Siapakah rakyat tempatan ini ?? sudah tentunya dari P.Pinang dan merekalah merupakan dalang penganjur. GPB yakin Polis akan dapat mengesan dalang penganjur ini kerana segala maklumat mereka sudah tentunya dalam rekod chalet tempat berkenaan .
Tujuh rakyat Malaysia adalah antara 15 individu yang dirakam terlibat dalam sukan bogel di Hutan Simpan Taman Negara di Teluk Bahang, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi hari ini.
Rahim berkata, polis telah merakam kira-kira 10 kenyataan daripada individu berkenaan untuk membantu siasatan perkara itu, yang rakamannya telah dimuat naik di YouTube.
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, beliau berkata, 15 orang itu termasuk tujuh rakyat Malaysia, empat warga Singapura, dua warga Myanmar, seorang warga India dan Filipina.
Menurutnya, pihak polis bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang yang dalam siasatan tersebut.
Bagaimanapun, Rahim enggan mendedahkan butiran mengenai penganjur acara itu yang dikenali sebagai Penang Nude Sports Games 2014.
Bagaimanapun, beliau berikrar akan menahan mereka yang bertanggungjawab di sebalik penganjuran acara itu. | BILA PEMIMPIN KANAN PAS KATA RAFIZI BUAT KENYATAAN BODOH !! Posted: 05 Aug 2014 10:52 PM PDT
PAS menyifatkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. "Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada The Malaysian Insider. Mustafa mengulas kenyataan Rafizi malam tadi yang mendedahkan kononnya PAS mencadangkan ahli Parlimen Gua Musang daripada Umno itu sebagai bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya. Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur, malam tadi. "Sebulan sebelum PRU13, pemimpin PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar. "Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin Umno, Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri kalau kita menang Putrajaya," kata ahli Parlimen Pandan itu. "Saya tidak mahu berkata banyak tentang kenyataan Rafizi itu, hanya itu saja dulu," kata Mustafa ketika mengulas mengenainya. Sementara itu, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam kenyataannya berkata tindakan parti itu mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon perdana menteri bertujuan memecahkan sokongan kuat Melayu luar bandar terhadap Umno. "Anwar tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, lalu cadangan itu 'tutup buku' tanpa ada sebarang pengumuman," kata Zuhdi dalam Facebooknya. Katanya, cara itu lebih bermoral untuk mengemukakan apa-apa langkah politik dalam Pakatan dan berkata:"Bukan buat pengumuman dulu seolah-olah dia seorang yang memegang kuasa veto, kemudian paksa rakan lain terima dengan pelbagai cara, mempengaruhi keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan." Pakatan berjaya mendapat sokongan undi popular dalam PRU13 tetapi gagal berkuasa di Putrajaya apabila BN melalui Umno menang banyak kerusi di luar bandar iaitu di kalangan undi Melayu. | PESTA BOGEL : PAS P.PINANG DESAK KERAJAAN DAP BERTANGGUNGJAWAB & AMBIL TINDAKAN TEGAS Posted: 05 Aug 2014 10:41 PM PDT PULAU PINANG, 6 OGOS: Susulan tersebar secara meluas di media sosial video aksi acara bogel di satu pantai di P.Pinang semalam, Pemuda PAS Pulau Pinang dalam satu sidang media telah tampil menempelak tindakan yang tidak bertamadun itu. Menerusi Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden dalam kenyataannya kepada media berkata bahawa pihak PAS khususnya di P.Pinang berasa amat kesal dengan apa yang dilakukan oleh sekumpulan individu tersebut di mana ianya secara jelas bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini. Dalam kenyataan itu, Afnan turut berkata bahawa apa yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut telah mencemar nama baik Malaysia dan juga negeri P.Pinang khususnya di kalangan negara Islam kerana video tersebut kini mula mendapat perhatian dari masyarakat dunia. "Penyebaran video tersebut telah menyinggung sensitiviti umat Islam khasnya di Pulau Pinang disaat umat Islam baru sahaja selesai menjalani ibadah bulan Ramadhan. Ia juga telah mencemarkan nama Pulau Pinang apabila nama negeri ini digunakan dalam sebahagian nama program tidak berakhlak ini," ujar beliau kepada media. Dalam pada masa yang sama, Afnan yang mewakili PAS negeri menggesa pihak kerajaan negeri, pihak Majlis Perbandaran P.Pinang dan lain-lain dapat bertanggungjawab dan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku acara tersebut agar ianya tidak berulang dan menjadi pengajaran kepada rakyatyang lain. "Pemuda PAS mendesak supaya pihak Kerajaan Negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan pihak-pihak berwajib lain menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur agar menjadi pengajaran kepada rakyat yang lain." tambah beliau lagi. Afna dalam kenyataan itu turut mendedahkan bahawa pihak yang sama telah merancang untuk menganjurkan aktiviti yang sama pada 5 Disember 2014 nanti di negeri ini. Sementara itu, Perkasa Pulau Pinang diketuai oleh Mohd Rizuad Mohd Azudin semalam telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini dan mahukan tindakan tegas diambil jika ianya libatkan pelancong luar. "Jika benar mereka bukan warganegara Malaysia, Perkasa mendesak pihak berkuasa menyenarai hitam individu terlibat daripada memasuki negara ini pada masa depan supaya perkara jijik sedemikian tidak berulang," ujar beliau di sini.-UtaraNews.com - | TERKINI ! PAS PERLU GERAK 2 BAGI MEMBELA KHALID IBRAHIM DIFITNAH ANWAR - NASRUDIN Posted: 05 Aug 2014 08:21 PM PDT
Fuh...naik bulu roma baca tulisan terbaru bekas Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan Tantawi pagi Rabu. Nukilan lepas Subuh di facebook peribadinya itu menggambarkan pergolakan dalaman seorang pemimpin yang sedang diuji.Ini kira macam declare perang terbuka lah antara Nasrudin yang merupakan antara pemimpin muda berpegaruh dalam PAS kerana, dan beliau memihak sebelah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mempertahankan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ahli Parlimen PAS Temerloh itu dari dulu lagi ketika masih menjadi Ketua Pemuda PAS mengambil standyang jelas bahawa kepimpinan parti Islam itu wajib berkiblatkan Masjid Rusila bukannya Banglo Bukit Segambut. Melalui tulisannya, kata Nasruddin, andai Datuk Seri Anwar Ibrahim menyingkirkan Abdul Khalid dari kerusi MB Selangor dengan berbagai tuduhan....PAS sewajarnya membela Abdul Khalid melalui GERAK 2. GERAK merujuk movement rakyat yang dibuat kali pertama ketika Anwar dipecat pada 1998. Ia digerakkan dari satu negeri ke satu negara semacam roadshow untuk sesi penerangan terhadap apa yang jadi.
Menurut Nasrudin, ketika Anwar dipecat 1998, atas tuduhan liwat, rakyat bangkit membela Anwar. "Mereka tidak anggap ini masalah dalaman UMNO sebaliknya mereka anggap ini satu kezaliman dan fitnah. Anwar mesti diberi pembelaan. Termasuklah yang membela Anwar ialah PAS. "Kini tahun 2014, berlaku pergolakan di Negeri Selangor. Apakah Tan Sri Khalid Ibrahim akan diperlakukan oleh Anwar sebagaimana Tun Mahathir melakukannya keatas beliau ? "Apa skandal dan salah laku beliau yang memaksa Abdul Khalid dipecat dari PKR lalu digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor ? "Apakah perkara ini mahu dilihat hanya perkara dalaman PKR dan rakyat tidak perlu bangkit membela Abdul Khalid?" soal beliau. Menurutnya, Jika Anwar yang disingkir oleh Tun Dr Mahathir dari kerusi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dengan pelbagai tuduhan, menyaksikan kebangkitan PAS yang dipimpin oleh Al Marhum Datuk Fadhil Mohd Noor membela beliau melalui GERAK pada waktu itu. "Saya kira , andai Abdul Khalid disingkir oleh Anwar dari kerusi Menteri Besar sekarang dengan pelbagai tuduhan, sewajarnya PAS yang dipimpin oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi bangkit membela Abdul Khalid yang dizalimi dan diaibkan melalui GERAK 2 !,"ujarnya mengakhiri tulisan empat perenggan itu. Untuk rekod, Anwar ketika dipecat 1998 bergantung kepada sokongan PAS untuk menggerakkan perlawanan dengan UMNO ketika itu... kerana itu juga ramai penyokong-penyokong Anwar dalam UMNO ketika itu memilih untuk menyertai PAS. PKR masih belum ditubuhkan, tiba-tiba reaksi dari pemecatan Anwar dan kemarahan orang Melayu (yang tak tahu cerita sebenar ketika itu) adalah menyertai PAS beramai-ramai. Selepas lebih 15 tahun dalam PAS...kumpulan penyokong Anwar ini membina kekuatan di peringkat kawasan (bahagian) dan negeri. Terima kasih kepada ketua think tank Anwar dalam kerajaan, Datuk Kamaruddin Jaafar (IKD) yang menggunakan kedudukan beliau sebagai setiausaha agung PAS untuk memperkukuhkan jaringan Anwar dalam parti tersebut. Kini golongan ini merupakan pembuat keputusan (policy maker) dalam PAS, yang menyebabkan PAS terbahagi kepada dua, ulama dan profesional. Dalam kes pertempuran antara kubu dalam PAS, golongan ulama dilihat condong kepada pandangan Abdul Hadi dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu Khalid Ibrahim dikekalkan. Bagaimanapun, suara golongan profesional yang menguasai kepimpinan PAS pusat dipercayai cukup kuat untuk menolak keputusan dua orang tokoh kepimpinan dan spritual PAS itu.-6/8/2014 | |
bumiyang Posted: 06 Aug 2014 03:46 AM PDT |
Ohpolitik!™ Posted: 06 Aug 2014 03:20 AM PDT WIKILEAKS MENDEDAHKAN ANWAR DIJANGKA MENGUMPUL KOMISYEN PROJEK-PROJEK BESAR DI #SELANGOR Posted: 05 Aug 2014 09:17 PM PDT
SEBAGAI MENTERI BESAR BELAKANG PINTU, ANWAR DIJANGKA BOLEH MENGUMPUL KOMISYEN PROJEK-PROJEK BESAR DI NEGERI KAYA SELANGOR, WIKILEAKS MENDEDAHKAN BUTIR-BUTIRNYA DI BAWAH | 1. Name : Mr Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : CitibankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)2 yearsAccount No : DD-2141-7922-549-FAmount : USD $ 10,000,000.00Date of opening account : 21/04/97Date of Maturity : 21/04/99 2. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : United Overseas BankType of Account : Fixed Deposit2 yearsAccount No : M-3914-7179-212-DAmount : S $ 5,500,000.00Date of opening account : 28/05/97Date of Maturity : 28/05/99 3. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : Development Bank of SingaporeType of Account : Fixed Deposit2 yearsAccount No : B 1712-341-619-CAmount : S $ 8,000,000.00Date of opening account : 29/06/97Date of Maturity : 29/06/99 4. Name: Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : Bank of ChinaType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)3 yearsAccount No : D 319-2218-512-JAmount : USD 3,500,000.00Date of opening account : 28/02/98Date of Maturity : 28/02/01 5. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : CitibankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)2 yearsAccount No : M 374-6593-88 DAmount : USD 4,000,000.00Date of opening account : 08/06/97Date of Maturity : 08/06/99 6. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)2 yearsAccount No : BD 5211-7925-8716-51 MAAmount : USD 6,500,000.00Date of opening account : 08/06/97Date of Maturity : 08/06/99 7. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : American Express BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)3 yearsAccount No : E- 6654-662-719-MAmount : USD 5,000,000.00Date of opening account : 09/07/96Date of Maturity : 09/07/99 8. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : American Express BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)3 yearsAccount No : J-5152-6161-311-DAmount : USD 5,000,000.00Date of opening account : 24/01/97Date of Maturity : 24/01/00 9. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : Israel National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)3 yearsAccount No : FG 3469-4462-9172 (DE)Amount : USD 10,000,000.00Date of opening account : 21/09/96Date of Maturity : 21/09/99 10. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : Israel National BankType of Account : Fixed Deposit2 yearsAccount No : H 7639-1722-5243 (MG)Amount : S $ 5,000,000.00Date of opening account : 09/06/97Date of Maturity : 09/06/9911. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : Israel National BankType of Account : Fixed Deposit1 yearsAccount No : DC 7943-7716-2713 33 NBAmount : S $ 7,500,000.00Date of opening account : 10/12/97Date of Maturity : 10/12/98 12. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : Israel National BankType of Account : Fixed Deposit2 yearsAccount No : GH 1299-4166-339 AAmount : S $ 5,000,000.00Date of opening account : 11/06/97Date of Maturity : 11/06/99 13. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : Israel National BankType of Account : Fixed Deposit2 yearsAccount No : D 1471-3134-22 FAmount : S $ 3,000,000.00Date of opening account : 03/04/97Date of Maturity : 03/04/99 14. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : CitibankType of Account : Fixed Deposit2 yearsAccount No : AB 7193-4111-331 (A)Amount : S $ 6,000,000.00Date of opening account : 20/12/96Date of Maturity : 20/12/98 15. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim Post : Deputy Prime Minister Passport No. : D 283767 (M) Bank : Citibank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency 3 years Account No : FA 9132-3156-212 E Amount : USD 7,000,000.00 Date of opening account : 11/04/96 Date of Maturity : 11/04/9916. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : CitibankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)2 yearsAccount No : M 819-5512-71 DAmount : USD 6,000,000.00Date of opening account : 06/05/97Date of Maturity : 06/05/99 17. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : CitibankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)2 yearsAccount No : M 819-5512-71 DAmount : USD 5,000,000.00Date of opening account : 06/05/97Date of Maturity : 06/05/99 18. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit3 yearsAccount No : GM 5210-6125-8862-49 DGAmount : S $ 6,000,000.00Date of opening account : 10/04/96Date of Maturity : 10/04/99 19. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)2 yearsAccount No : HD 4179-2416-3829-31ADAmount : USD 5,500,000.00Date of opening account : 21/12/96Date of Maturity : 21/12/98 20. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)2 yearsAccount No : SD 3912-4942-6918-72 DAAmount : S $ 8,000,000.00Date of opening account : 03/12/96Date of Maturity : 03/12/98 * SAIPUDIN NASUTIONG MENDEDAHKAN 40 MUKASURAT PENYELEWENGAN KONONNYA OLEH TS KHALID IBRAHIM, BAGAIMANA DI ATAS? | |
#seratah# Posted: 06 Aug 2014 03:05 AM PDT SJKC SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA Posted: 05 Aug 2014 09:38 PM PDT Perlu atau tidak ?.
Dimasa negara dijajah Inggeris hanya ada sekolah Inggeris dan sekolah Cina di Tanah Melayu, sekolah Inggeris yang pertama didirikan pada 1819 Penang Free Scholl bagi orang melayu hanya ada sekolah pondok yang dikawal oleh Inggeris.
Selepas 70 tahun baru ada sekolah untuk orang melayu yang dipangil Pendidikan Vamakular, yang setakat boleh membaca menulus dan mengira sahaja, itulah nasib orang Melayu dibiarkan oleh penjajah, kerana mereka mempunya matalamat.
Metalamat mereka Bodohkan Melayu, Miskinkan Melayu, agar mudah mereka mentadbir Tanah melayu dan mengaut segala hasil maksor Tanah Melayu untuk dibawa balik ke London, orang Melayu terbiar bagitu sahaja, berbanding denga kaum Cina mereka mendapat apa yang mereka mahu Pendidikan dan Ekonomi, merika bersekolah Inggeris dan sekolah Cina kerana mereka berada dibandar.
Sahinggalah Tanah Melayu Merdeka, yang mana diadakan pakatan murni diantara kaum, yang mana fasa 152 dalam perlembagaan meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa lain boleh digunakan dalam bertutur seharian.
Persetujuan telah diambil diantara kaum, tiada lagi didirikan sekolah Jenis Kebangsaan yang baru cuma mengekalkan apa yang sedia ada, oleh kerana untuk mengekalkan persefahaman kaum itulah dikekalkan sekolah jenis kebangsaan, sepatutnya sekolah jenis kebangsaan sudah tidak ada lagi kerana kita menerima bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Melayu terlalu berlembut dalam segala hal, termasuk yang paling mahal ialah tentang warga negara, memberi kerakyatan secara beramai-ramai dalam satu masa, yang tak pernah dibuat oleh mana-mana negara di dunia ini, hanyalah Melayu sahaja yang melakukannya.
Itupun tidak dihargai oleh mereka malah menjadi sombong dan tak mahu menerima Melayu sebagai pribumi dan menuntut berbagai-bagai yang seharusnya mereka tidak pertikaikan lagi, memohon sama taraf pribumi, ini tuntut pula penambahan SJKC, baru-baru ini mereka dah dapat sebuag SMJK di Kuantan, yang tak sepatutnya diberi, demi nak menjaga hati mereka untuk memberi sokongan kapada BN, tapi malangnya malah mereka bertambah menyokong pembangkang sahingga di Perlimen Indra Mahkota satu kerusi pun tak dimenangi, bagitu juga kebanyakkan Perliman di Bandar semua dikuasai oleh Pembangkang, kerana kaum Cina menolak BN dan mengharapkan DAP akan berkuasa di negeri ini.
Ini kalau tak di layan permintaan mereka adalah alasan mereka menolak BN, malah ahli MCA sendiri tidak mengundi BN.
Yang penting sekarang kita jaga hati melayu pujuk mereka agar kembali bersatu untuk mempastikan melayu berkuasa ditanah airnya sendiri.
SOALANYA PERLU ATAU TIDAK SJKC, JAWAPANNYA TIDAK MALAH DICADANGKAN YANG SEDIA ADA DI TUKAR KAPADA SEKOLAH KEBANGSAAN SAHAJA DAN DITAMBAH MATA PELAJARAN DEMI MASA DEPAN PERPADUAN KAUN YANG DIPUPUK DARI REBONG LAGI. | |
Taipingmali (tm) Posted: 06 Aug 2014 01:20 AM PDT Antara pemecatan Anwar dan pemecatan Khalid Ibrahim Posted: 05 Aug 2014 07:36 AM PDT Tanggal 3 September 1998 bertempat di PWTC Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhamad telah memanggil satu mesyuarat MT untuk mengambil keputusan sebulat suara memecat Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Presiden Umno dan memecat Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan seterusnya melucut keahlian Umno beliau. Sebelum dipecat Anwar diberi peluang untuk membela diri dengan hujah-hujah beliau, tetapi sayangnya hujah beliau bukanlah berbentuk penafian dan pembelaan tetapi memaki hamun pihak yang menuduh beliau dan maki hamun itu ditujukan kepada Tun Mahathir. Ahli MT diberikan peluang bersuara. Salah seorang yang lantang dan menyokong pemecatan ialah DS Rafidah Aziz. Menurut Rafidah beliau sudah banyak mendengar cerita salah laku Anwar tetapi tidak berani bersuara. Malam tersebut sudah jelas bahawa apa yang didengar selama ini adalah benar. Dr Afifuddin Omar pula memberi hujah yang lebih memihak kepada tertuduh dan meminta kes disiasat terlebih dahulu. Afifuddin mungkin tak sedar bahawa Anwar sudah pun disiasat oleh Tan Sri Musa Hassan tentang salah guna kuasa dan salah laku seks yang boleh disebut di mahkamah. Mat Sabu, Karpal Sigh dan Lim anak beranak terlebih dahulu membawa isu salah laku Anwar kepada umum dan berani menyebut di dalam dewan rakyat. Tulisan Khalid Jaafar berjudul 50 dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri telah dibuang oleh Tun Mahathir ke dalam tong sampah. Tun tidak mempercayai segala tuduhan jahat terhadap Anwar tetapi setelah hasil siasatan polis menunjukkan ada prima facie baru lah Tun bertindak menyiasat sendiri dan terbukti benar apa yang disebut oleh Ummi Hafilda. Sebulan Anwar menjadi gila dengan membuat penafian dan menuduh Mahathir dengan segala tuduhan yang tidak masuk akal seperti musuh beliau yang amat ketat. Kelembutan lidah Anwar memuji dan mengampu Mahathir dalam ucapan penggulungan persidangan agung Umno pada Disember 1997 seolah-olah tidak pernah diungkapkannya. Anwar kemudiannya ditangkap dan dikenakan 10 tuduhan di mahkamah seksyen dan kemudian kes di pindah kan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Anwar juga didapati bersalah kerana melakukan perbuatan-perbuatan tidak bermoral yang tidak layak dilakukan oleh pemimpin negara tegas Mahathir ketika itu. Selama ini Anwar sengaja menonjolkan imej warak dan berpegang kepada ajaran agama, misalnya dengan menjadi imam dan berkhutbah, tetapi salah laku seks sumbang yang di lakukannya bertentangan dengan imej tersebut. Dr. Mahathir berkata, bukti-bukti mengenai perangai tidak bermoral Anwar terlalu kukuh dan ia merupakan punca bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat daripada kerajaan dan UMNO. Dalam satu afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu, Anwar dikaitkan dengan perbuatan meliwat seorang lelaki dan mempunyai hubungan seks dengan beberapa pelacur. Di samping itu, Anwar juga dikatakan rapat dengan seorang pengarah syarikat, Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai yang didakwa telah mempergunakannya untuk membocorkan maklumat-maklumat sulit negara. Mahathir menegaskan, Anwar tidak layak untuk menerajui negara ini bukan disebabkan oleh soal politik, pertentangan pendapat dengan saya atau ekonomi tetapi disebabkan moralnya yang rendah. Perbuatan yang dilakukan oleh Anwar tidak dapat diterima oleh Mahathir, tidak dapat diterima oleh parti Umno dan tidak dapat diterima oleh rakyat negara ini. Tun berkata demikian pada sidang akhbar selepas memberi penjelasan kepada para pemimpin UMNO di peringkat akar umbi mengenai pemecatan Anwar daripada kerajaan dan UMNO di Pwtc. Antara yang turut hadir pada majlis penerangan itu ialah isterinya, Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Naib Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Sabbaruddin Chik. Pada majlis itu, Mahathir menjelaskan bahawa tiada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar seperti yang didakwa. Mahathir juga menerangkan bagaimana beliau membuat keputusan untuk memecat Anwar, orang yang diasuh untuk menggantikannya memimpin Malaysia. Menurut Dr. Mahathir, selain penyiasatan polis, beliau sendiri membuat siasatan mengenai tuduhan-tuduhan seks terhadap Anwar dan mendapati bukti-buktinya tidak dapat dipertikaikan. ''Apa yang saya tahu ialah Anwar tidak layak dan saya tak fikir ada sebab lain. Dia tidak lagi dilihat boleh diyakini untuk menjadi pemimpin negara. Saya amat yakin dengan semua bukti yang ada dan apa yang telah dibuat." Mahathir Bagaimana pun, Mahathir enggan mendedahkan bukti-bukti yang beliau perolehi sebab saya tidak mahu menyakiti orang lain kerana apa yang berlaku amat memalukan. Mahathir secara peribadi bertanggung jawab membawa Anwar, bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), masuk UMNO pada tahun 1982 dan mendidiknya sehingga menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Menurut Mahathir lagi beliau sepatutnya memilih memecat musuh bukan seorang kawan dan anak didik beliau Anwar. Mahathir juga menambah, dalam kegawatan ekonomi sekarang dan menjelang temasya Sukan Komanwel, beliau cuba mengelak krisis politik tetapi apa yang berlaku sudah di luar kawalan. Pada sidang akhbar itu, beliau beberapa kali berkata ''Anwar adalah kawan saya, tetapi tindakan memecatnya daripada kerajaan dan parti terpaksa dilakukan. Selepas dipecat, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menafikan tuduhan-tuduhan ke atasnya yang di bangkitkan dalam afidavit di Mahkamah Tinggi minggu lalu. Menurut Tun, perlakuan tidak bermoral membabitkan Anwar sebenarnya telah lama dilakukan tetapi beliau baru sahaja tahu. Mahathir berkata, pada tahun lalu ( 1997) apabila terdapat tuduhan mengenai salah laku Anwar, beliau sedikit pun tidak mempercayainya. "Saya kata ini fitnah untuk menjatuhkan Timbalan saya. Saya tolak sama sekali. Saya tak baca (surat mengenai tuduhan itu), tetapi sekarang sudah terlangsung jelas." Setelah selesai perbicaraan, Anwar didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun bagaimana pun beliau dibebaskan selepas 6 tahun berada dalam penjara Sungai Buloh. Anwar kembali aktif dalam politik selepas bertanding dalam PRK Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 dengan memaksa Wan Azizah mengosongkan kerusi tersebut. Kini selepas menjadi Ketua Umum Pkr, Anwar terus menunjukkan sifat kuku besi seperti mana yang dilakukan dalam ABIM dan Umno. Sewaktu dalam Umno beliau akan memecat sesiapa sahaja yang cuba mencetuskan tentangan terhadap beliau dan kroni-kroni beliau. Bukan sahaja ahli-ahli dan pemimpin Umno yang dipecat, Anwar juga sesuka hati menukar pengerusi dan pengarah-pengarah syarikat kepentingan kerajaan dengan meletak orang-orangnya. Anwar juga campur tangan dalam menentukan bahawa pengikut beliau mentadbir semua universiti terutamanya Universiti Islam Antara bangsa Gombak. Kini segala-galanya berulang kembali setelah menjadi Ketua Umum parti Pkr. Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim adalah mangsa terbaru dalam ujian beliau menjadi pemimpin kuku besi. Hari ini Khalid diberi surat tunjuk sebab. Kebiasaannya surat tunjuk sebab hendaklah pihak kedua atau tertuduh dikehendaki memberi jawapan bertulis dan sebab-sebab agar tindakan tidak boleh diambil tetapi surat tunjuk sebab Pkr kepada Khalid ialah menceritakan kenapa beliau perlu melepaskan jawatan dan menyerahkan kerusi tersebut kepada isteri beliau. | Tidak Hormat Berkabung 100 hari di Perak Posted: 05 Aug 2014 06:08 AM PDT Al Kisahnya ada satu majlis yang berlangsung baru baru ini di kawasan Larut Matang dan Selama yang di anjurkan Pembesar Negeri dikatakan tidak menghormati berkabungnya 100 Negeri Perak sebagai penghormatan pemergian DYMM Almarhum Sultan Azlan. Walaupun dinasihatkan supaya majlis tersebut tiada upacara hiburan.. malangnya tetap diadakan dengan pelbagai tarian dan hiburan mencolok mata.. Lupakah warga Larut Matang dan Selama yang kita sedang berkabung dan dalam kesedihan? Wallahualam.. M.B.I. | |
AZLI SHUKRI Posted: 05 Aug 2014 11:35 PM PDT |
Panglima Perang Cyber Posted: 05 Aug 2014 11:28 PM PDT Kenapa Boikot KFC (Bukan Starbucks) Milik Orang Melayu Islam ?? - #SaveGaza Posted: 05 Aug 2014 09:37 PM PDT
Saya dari dulu tidak setuju boikot KFC kerana ia milik orang Melayu Islam Malaysia yang tidak ada kena mengena dengan Israel.
Dalam sistem Francais rasanya kita tahu bahawa orang tempatan akan mengendalikan perniagaan dengan dikenakan beberapa peratus untuk bayaran jenama.
Ramai memberitahu KFC mengikut sembelihan yang mengikut syarak dan saya juga mendengar dari sumber yang sahih perkara ini.
Sila boikot syarikat benar-benar pro Israel dan menyokong Israel dengan wang bukan syarikat Malaysia yang menggunakan jenama antarabangsa seperti KFC dan MacDonald.
Jika tidak menyukai makanan boleh pilih kedai lain namun tidak perlulah sampai memboikot tanpa mengetahui hakikat sebenar boikot tersebut.
Baca artikel ini:
Kebenaran Tanpa Penghujung
"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. " - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.
Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.
Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.
Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.
Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.
Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.
Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.
Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.
Gambar : Penulis bersama dengan Tan Sri Muhammad Ali Hashim di Pejabatnya. Beliau yang bertanggungjawab memperkenalkan Jihad Bisnes dan Jihad Ekonomi.. Usaha beliau harus dipuji dalam menegakkan Islam melalui perniagaan.
http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=41886YM
Sent from my iPhone
| Blogger PAS Roslan SMS Bekas SUA Hj Hadi - Bidas Tindakan PKR @Anwaribrahim Mahu Buang @Khalid_Ibrahim Sebagai Ulang Tayang Tragedi 1998 cc @BuletinTv3 @UMOnline @SinarOnline Posted: 05 Aug 2014 09:03 AM PDT Selangor semakin celaru. Berita terkini PKR seakan memberi kata-dua kepada MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, samada letak jawatan atau dipecat. Dan atas kata-dua itu disuakan pula pedang tekanan, bahawa apa yang dikatakan "salah-laku" Tan Sri akan didedahkan oleh parti… Ini mengingatkan kita kepada pepatah Melayu, habis madu sepah dibuang…. Tan Sri bakal menjadi Hang Nadim dalam kisah "Singapura dilanggar todak"….dikorbankan atas kebimbangan "menggila" orang tertentu walaupun telah banyak berbakti dan menabur jasa. Episod ini jika benar-benar berlaku akan menjadi catatan hitam dalam sejarah politik Selangor dan Negara kerana insan yang berkaliber, berkelayakan dan terbukti cemerlang…..dikorbankan demi kepentingan politik puak-puak tertentu. Dalam lipatan sejarah Selangor, ada MB yang dikenakan undi tidak percaya, tetapi beliau diperlakukan demikian setelah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. Ada MB yang disingkir setelah terlibat dengan skandal "Anak Raja" dan duit tunai berkilo-kilo, ada MB yang lari dari jawatan apabila terlibat dengan skandal sedarah daging. Tetapi Tan Sri Khalid? Kadang-kadang kita menyampah akan ungkapannya, tetapi benar juga kata-kata Tun Dr Mahathir , "Melayu mudah lupa"…..Rupanyan bukan Melayu Umno, Melayu lain-lain pun begitu juga semacam. Betapa banyak yang Tan Sri telah korbankan untuk PKR, orang PKR yang lebih tahu. Betapa banyak yang telah ia sumbangnkan untuk Selangor, ramai yang maklum dan tahu. Tiba-tiba orang yang sebegini hari ini mahu disingkirkan, mahu ditendang mahu diterajang. Kita kata BN dan Umno buruk akhlak rupanya kita apa kurang. Sebagaimana penegasan Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS, bahawa rekod Tan Sri di Selangor adalah baik dan rakyat Selangor selesa dengan beliau. Pandangan ini rupanya tidak penting, kalau betul pun, tidak relevan kerana yang penting sekarang adalah MB Selangor "wajar" ditukar. Anehnya pemuka-pemuka DAP yang sebelum ini berjunag atas dasar "meritokrasi" pun menumpang sekaki mahu singkirkan seorang yang dari segi meritnya paling layak duduk atas kerusi MB di Selangor. Kalau kita sondol kemahuan rakyat, kita terjah diplomasi dan tolak ansur, kita letakkan kepentingan politik khasnya politik peribadi di atas, kewarasan di bawah, maka sesungguhnya tiadalah "politik baru" yang berjaya dicipta dan diperkenalkan, tetapi sekadar mengulangi dan memutar kembali lagu-lagu lama politik "kuno" Umno dan BN. Percayalah kita akan menjadi bahan jenaka dan ketawa rakan dan musuh, tiada lagi hormat pada kita. Saya masih menaruh harap kewarasan dan rasional akan timbul, kesudahannya, PKR yang diterajui Dato Seri Anwar Ibrahim akan terbit dengan keputusan yang paling "magnanimous" yakni paling mulia dan bijak. Demi kestabilan dan kesejahteraan rakyat dan negeri Selangor, Tan Sri Khalid kekal MB Selangor sehingga berakhir penggal ini. Beliau pun sudah menyatakan sedia begitu. Tetapi mungkin harapan itu terlalu tinggi, kerana realitinya politik adu-domba, politik cantas mencantas, politik kata-mengata dan politik periuk nasi masih kekal pekat melekat dalam hati sanubari kebanyakkan kita. (Dulu Dr M mahu pecat Anwar atas kepentingan yang sama……kalau tak mahu berundur saya akan dedahkan keaiban anda, walaupun fitnah…..ahhh ulang tayang rupanya)
Roslan SMS atau Shahrir Mohd Shahrir (gambar kiri) adalah bekas Setiausaha Akhbar TUan Guru Haji Hadi Awang yang bekas YDP Pas Kelana Jaya.
Beliau dikatakan berperanan menyingkirkan geng Erdogan dalam PAS.
| Antara MacDonald dan Starbucks - Mana satu patut dan utama diboikot #SaveGaza ??? Posted: 05 Aug 2014 08:29 AM PDT
Walau agak kurang setuju Boikot Macdonald kerana elok Starbuck diutama, namun saya sudah lama tak singgah di Macdonald atau Starbucks. lagipun kewangan sendiri tidak membenarkan kaki ini untuk menapak menikmati makanan di sana berbanding rakan lain yang style hidup dengan makanan hebat di restoran antarabangsa tersebut.
Silakan jika anda mampu dan mahu makan. Namun untuk boikot Macdonald rasanya kita kena melihat apakah benar mereka salur duit kepada Yahudi Zionis atau tidak.
Jika mereka sudah nafikan apakah kita mahu dakwa lagi ?
Pembekal juga sama akan mengalami keperitan.
Jika kerana ada Yahudi dalam Macdonald sudahkah anda tahu bahawa beliau sudah 10 tahun meninggalkan Macdonald ???
Artikel http://www.inminds.com/boycott-mcdonalds.html yang tidak bertarikh mungkin boleh mengemaskini status terkini Jack Greenberg yang sudah tidak lagi menjawat jawatan dalam MacDonald. Beliau mungkin ketika dulu pernah menyumbang kerana faktor ada kaitan darah dengan Israel. Namun beliau sudah tidak lagi ada dalam syarikat sejak Januari 2003.
Kenapa tidak dipilih boikot Starbuck ??? Persoalan ini mungkin anda ada jawapannya.
Sekali lagi diulangi hanya 5% dihantar ke MacDonald Amerika sebagai bayaran francais. Bukan dihantar ke Israel. Dan faktor Greenberg sudah bersara dari MacDonald juga perlu diketahui agar tidak ada pihak teraniaya dengan boikot tidak kena dengan sasaran sebenar.
Saya tidak menolak boikot tetapi mahu barang yang jelas kaitan dengan Zionis Israel bukan yang hanya dikaitkan tanpa bukti terkini atau sahih.
| Pemuda UMNO Beri Kata Dua Kepada AG dan @SKMM_MCMC Isu Hina Islam di Internet Posted: 05 Aug 2014 07:48 AM PDT Hina Islam: AG, SKMM diberi kata dua - Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman (kanan) menerima memorandum daripada Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun di Cyberjaya, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN
PUTRAJAYA - [VIDEO] Pemuda Umno Malaysia hari ini memberi tempoh tujuh hari kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Peguam Negara untuk memberikan penjelasan serta mengambil tindakan tegas terhadap beberapa pihak yang menghina agama Islam secara terbuka di laman media sosial, baru-baru ini. Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun menegaskan, pihak berkuasa tersebut tidak boleh lagi berdiam diri dan seolah-olah membiarkan perkara itu dilakukan sewenang-wenangnya tanpa tindakan undang-undang sehingga menimbulkan keresahan penganut Islam di negara ini. "Jika pihak berkuasa itu gagal memberi jawapan dan perkembangan kes ini dalam tempoh seminggu, Pemuda Umno Malaysia tidak teragak-agak untuk mendedahkan senarai kes lain yang masih gagal diselesaikan dan menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. "Pihak berkuasa juga digesa tidak berlembut dengan individu seperti Kelvin Yip supaya penghinaan melampau terhadap agama Islam oleh individu-individu tidak bertanggungjawab terkawal," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Cyberjaya dan Jabatan Peguam Negara, di sini, hari ini. Hadir sama, Ketua Pemuda Selangor Zainuri Zainal dan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafii. Memorandum itu mendesak pihak berkuasa tersebut memberi penjelasan dan mengambil tindakan segera terhadap pemilik akaun Facebook, Kelvin Yin dan beberapa individu lain yang telah menghina Islam melalui laman media sosial masing-masing. Memorandum yang mengandungi empat halaman itu diterima oleh Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman manakala Jabatan Peguam Negara pula diwakili oleh Pengarah Media Komunikasinya, Asmawaar Samat. Menurut Khairul Azwan, sikap berlembut pihak berkuasa telah mendorong pihak tertentu mengeluarkan kenyataan berbaur kebencian agama dan kaum hingga menjejaskan kepentingan umum. "Pada hari ini kelihatan ada pendekatan yang berbeza yang diambil pihak berkuasa yang bertanggungjawab hingga menimbulkan keresahan dalam masyarakat. "Sesetengah insiden ditangani sebaliknya, cukup dengan sekadar permohonan maaf sahaja dan tindakan tidak diambil atau pun proses undang-undang terlalu lambat bergerak," katanya lagi.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/hina-islam-ag-skmm-diberi-kata-dua-1.304971panglima : syabas para pemuda UMNO yang semakin berani untuk agama Islam dan bangsa Melayu. Harapan rakyat kepada mereka untuk menjadi 'check and balance' kerajaan. Sekali lagi syabas atas desakan yang dibuat... | |
The Unspinners Posted: 05 Aug 2014 11:21 PM PDT Adakah Akta Hasutan hanya untuk Melayu dan Muslim? Posted: 05 Aug 2014 08:05 PM PDT Apakah akta hasutan 1948 digunakan hanya untuk menghukum pesalah kaum melayu sahaja?
Mutakhir jni amat jelas interpritasi keatas Akta berkenaan lebih menakutkan Bangsa Melayu sedangkan kaum melayu dan umat islam sedang hebat diperlekehkan oleh golongan yang anti Melayu dan Islam dimana golongan berkenaan adalah juga rakyat Malaysia dan diantara mereka adalah yang berkedudukan disisi masyarakat.
Persoalannya sekarang apakah wujud senario pendakwaan terpilih yang diamalkan oleh Peguam Negara?
Contohnya lihatlah kepada kes YB Rayer yang semenangnya sudah cukup lengkap untuk direkodkan pendakwaan dibawah Akta Hasutan 1948 tetapi tanpa alasan yang kukuh dan munasabah pertuduhan kes berkenaan ditangguhkan hingga hari ini. "Dua hari sebelum rayer sepatutnya didakwa Peguam Negara telah mengesahkan menerusi satu kenyataan bahawa terdapat kes dan bukti kukuh untuk mendakwa bukan sahaja rayer malah beberapa individu lain termasuk Presiden ISMA dan sekumpulan ahli UMNO yang merempuh Dewan Undangan Negeri tapi yang direkodkan pendakwaan adalah OKT (orang yang kena teduh) dari kalangan kaum Melayu sahaja sedang Rayer masih bebas sehingga sekarang".
Kita melahirkan perasaan dukacita atas sifat peguam negara yang tidak konsisten dan beliau perlu memberikan penjelasan kepada rakyat tentang kedudukan sebenar kes YB Rayer berkenaan. "Kes Rayer tiada kaitan dengan soal imuniti dan tidak sepatutnya digugurkan malah harus dipercepatkan pendakwaannya. "Peguam negara kena ingat yang menjadi mangsa dalam isu ini adalah parti umno yang telah di maki hamun sebagai celaka oleh Rayer secara berulangkali" Kalau kes induk seperti ini yang terang terangan menghina melayu dan islam boleh terlepas dari tindakan undang-undang, ianya dilihat seperti membuka pintu yang luas kepada pihak tertentu untuk berterusan mengkritik serta menghina agama islam pada masa hadapan. "Atas nama masyrakat majmuk dan keharmonian kaum di negara ini peguam negara didesak memberikan penjelasan yang rasional supaya masyarakat tidak memandang serong kewibawaan badan pendakwaan negara ini. Terima kaseh.
Sumber WHats App | Mahathir perjuang Palestin, tapi Anwar diamkan kekejaman Israel ... Siapa Mahazalim? Posted: 05 Aug 2014 08:30 AM PDT PAS patut jawab dan akui bersalah memanggal Dr Mahathir Mahazalim!!! Siapakah Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebenar?Siapakah Tun Dr Mahathir Mohamad? Yang pasti... Tun bukanlah seperti PAS yang memecat ahlinya yang berjihad dibumi Syria. Jauh sekali jika mahu dibandingkan dengan DS Anwar yang menyokong sepenuhnya Israel. Tun Dr Mahathir Mohamad.... 1.Dialah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia. 2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. "Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita," - Tun Mahathir. 3. Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia. 4. Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin. 5. Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis. 6. Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat. 7. Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia. 8. Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2. 9. Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH. Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya.. Bila berbicara soal Tun M, sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas. Dialah.. TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia. Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati hasilnya. | British beri negara orang ke Yahudi ... Patut Buy British Last lagi!!! Posted: 05 Aug 2014 05:30 AM PDT #PALESTIN: Segalanya bermula di sini! #Balfour Declaration 1917 Peristiharan Balfour 1917 (bertarikh 2 November 1917) merupakan kenyataan rasmi dasar kerajaan British yang menyokong penubuhan negara orang Yahudi di Palestin dengan syarat tidak merugikan hak-hak sivil dan agama masyarakat bukan Yahudi di Palestin atau hak-hak dan status yang dinikmati oleh bangsa Yahudi di negara lain. Deklarasi ini dibuat melalui surat daripada Setiausaha Luar British Arthur James Balfour kepada pemimpin Yahudi British Lord Rothschild untuk dikirimkan kepada Persekutuan Zionis iaitu sebuah organisasi zionis persendirian. Surat ini menggambarkan kedudukan yang diambil oleh Kabinet British seperti yang dipersetujui semasa mesyuarat pada 31 Oktober 1917. Ia juga menyatakan deklarasi ini sebagai isyarat "simpati kepada aspirasi Zionis Yahudi." Deklarasi Balfour kemudian dimasukkan ke dalam Perjanjian Damai Sèvres dengan Turki dan Mandat British Palestin. Dokumen asal kini disimpan di Perpustakaan British. "His Majesty's government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country."#sekarang Amerika Syarikat pun bawah telunjuk mereka. #pray4Gaza | Polis ke nasihat mansuh ISA, batal Jambatan Bengkok dan Batu Putih hilang? UNDURLAH ... Posted: 05 Aug 2014 01:35 AM PDT Gani juga yang selalu perlecehkan keupayaan polis dan bersikap tak mahu bekerjasama serta anggap diri lebih hebat dari polis hingga polis kena menyembah ke AG!!! Gani Patail perlu berundurOleh MOHD. ASRON MUSTAPHA mohdasron.mustapha@utusan.com.my KUALA LUMPUR 4 Ogos - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, perlu berundur secara terhormat kerana beliau disifatkan sudah tidak kompeten untuk bersikap adil dan tegas kepada rakyat Malaysia terutama membabitkan isu yang menyentuh soal perpaduan. Beliau juga dianggap lemah serta tidak responsif terhadap kegelisahan rakyat terbanyak, selain dilabel gemar melakukan pendakwaan terpilih terutama jika kesalahan itu dilakukan orang Melayu yang mana tindakan segera pantas diambil. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pandangannya secara peribadi, Abdul Gani boleh dianggap sebagai peguam negara yang tamat tempoh dan perlu diganti segera dengan tokoh undang-undang yang lebih cekap, berani dan tegas. Dakwanya, contoh paling ketara ialah bagaimana Abdul Gani mengenakan pendakwaan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer atas kesalahan mengeluarkan perkataan celaka yang dibuat semasa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang. "Semua orang tahu wakil rakyat mempunyai imuniti di DUN mahupun Dewan Rakyat tetapi dalam kes Rayer, pemimpin DAP ini mengulangi perkataan celaka dalam ceramah di luar DUN. Mengapa Peguam Negara lakukan kesilapan ini sehingga kes terpaksa digugurkan? "Kenapa tiada pendakwaan baharu ke atas Rayer dengan mengambil kenyataan yang dibuatnya semasa dalam ceramah? Sebab itu, bagi saya Abdul Gani tidak kompeten dan sudah tamat tempoh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas rasa tidak puas hati banyak pihak terhadap Abdul Gani yang sehingga kini masih gagal mendakwa Kelvin Yap selepas lelaki itu secara terang-terangan menghina orang Melayu dan Islam menerusi Facebook baru-baru ini. Berlainan pula dengan kes penceramah bebas, Shahul Hamid yang segera diambil tindakan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan begitu juga dengan kes Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin atau dikenali sebagai Kiki. Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata, Abdul Gani perlu berhenti bersikap mahu cuci tangan dalam isu-isu berkenaan apabila membiarkan kerajaan menjadi mangsa kemarahan rakyat, sedangkan beliau dilantik sebagai peguam negara bagi mengurus hal sedemikian. "Beliau kena jelaskan kenapa Jabatan Peguam Negara lambat bertindak? Apakah kerana tidak cukup bukti atau tidak mendapat kerjasama daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) atau polis sendiri? Jangan membisu dan mahu cuci tangan. "Kalau beliau tidak mampu memberi penjelasan, Abdul Gani perlu berundur secara terhormat kerana siri kegagalan yang sudah menjadi koleksi beliau sepanjang perkhidmatannyamenyebabkan kegelisahan rakyat terbanyak semakin sukar dibendung," katanya. | |
Belantan Posted: 05 Aug 2014 11:20 PM PDT Benarkah Chegubard malu bersemuka SPR? Posted: 05 Aug 2014 09:18 AM PDT Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau yang digantung keahlian, Badrul Hisham Shaharin mengakui berasa malu untuk bersemuka dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika tiada sebarang tindakan diambil dalam menyelesaikan masalah pemilihan PKR. Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berkata, ini kerana semua aduan yang dikemukakan beliau sejak tahun 2010 kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) masih belum mendapat sebarang balasan atau tindakan. Katanya, antara aduan berkenaan pemilihan PKR yang sering dikemukakan ialah berkaitan kertas undi berlebihan, pengundi yang mengundi atas nama orang lain serta pihak JPP yang dipercayai terlibat dengan masalah penyelewengan pemilihan. "Bagi saya masalah penipuan ini khususnya pemilihan dalam parti perlu ditangani segera. Jika tidak saya bersama rakan-rakan lain yang berjuang atas nama bersih dan demokrasi berasa malu untuk berjumpa dengan pihak SPR disebabkan parti ini juga akan dianggap sama menipu dalam demokrasi. "Jadi, kenapa apabila kita lawan dengan SPR, kita perlu raikan, tetapi ketika lawan di tempat tertentu kita tidak raikan. Oleh itu, saya akan terus berjuang untuk menegakkan demokrasi di semua tempat," katanya kepada pemberita di Mahkamah Seksyen di sini hari ini. Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penipuan atau penyelewengan terhadap sistem demokrasi termasuk dalam parti sendiri. "Prinsip saya semua perkara berkenaan penyelewengan dalam sistem demokrasi, saya akan lawan dan tentang dengan berani. "Saya sudah nyatakan pelbagai bukti dan saya rasa masalah ini (pemilihan PKR) perlu diselesaikan segera disebabkan semua aduan yang dibuat masih belum mendapat balasan sehingga hari ini," jelasnya. Dalam pada itu, mengulas mengenai jawatan Menteri Besar Selangor, Badrul Hisham berkata, beliau menggesa satu referendum rakyat diadakan bagi mengambil kira pandangan rakyat mengenai perubahan pucuk kepimpinan di Selangor. Katanya, ini kerana kemenangan pakatan pembangkang di Selangor juga adalah disebabkan oleh pengaruh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Jadi, saya rasa sebarang perubahan dalam jawatan Menteri Besar perlu mengambil kira pandangan rakyat kerana sebarang pertukaran bukan berdasarkan arahan dari pucuk pimpinan parti sahaja," jelasnya.- UMOSuara Politik Belantan | Wajah sebenar sahabat 'sekatil' Pas? Posted: 05 Aug 2014 12:24 AM PDT Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bersama-sama sekutunya yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerang Pas habis-habisan. Pelbagai tuduhan mereka lemparkan terhadap parti itu termasuklah pengkhianat, pembelot dan perkauman. Segalanya hanya kerana dalam Pas sendiri ada 'pengkhianat' dan 'pembelot' yang sanggup melanggar prinsip kerahsiaan dalam berjemaah apabila membocorkan perbincangan dalam aplikasi WhatsApp kepada umum. Walaupun ia sekadar satu perbincangan dan bukan keputusan namun pandangan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki seolah-olah diterima sebagai satu pendirian rasmi parti tersebut. Justeru bagaikan 'kera kena belacan' maka muncullah 'wira-wira' termasuk dalam kalangan NGO yang menyerang Pas. Mereka cuba memberi tekanan kepada Pas supaya mengambil tindakan ke atas Dr. Mohd. Zuhdi. Ini kerana pada tafsiran mereka, beliau seolah-oleh sudah melakukan satu dosa besar kepada pakatan pembangkang dan mengaitkan pandangan beliau dengan isu perkauman. Puak-puak ini adalah antara golongan yang terpekik terlolong di jalanan bagi menuntut keadilan dan mahu pelaksanaan demokrasi yang lebih telus tetapi apakah kedua-dua perkara ini terpakai dalam isu melibatkan Dr. Mohd. Zuhdi? Sudah pasti tidak! Puak-puak itu termasuklah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Pengerusi Bersih 2.0, Marina Chin Abdullah dan Setiausaha Agung Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook menunjukkan wajah sebenar mereka terhadap Pas. Tanpa mengambil kira segala pengorbanan Pas dalam menjayakan perjuangan pakatan pembangkang termasuk turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, ketiga-tiga pihak itu mengecam Pas semahu-mahunya. Malah mereka juga tergamak menuduh Pas parti perkauman hanya kerana Dr. Mohd. Zuhdi bercakap soal kedudukan kuasa orang Melayu dan Islam dalam WhatsApp tersebut. Sudah terbuktilah kini, PKR, DAP dan Bersih seolah-olah melihat Pas hanyalah alat dan 'pak turut' kepada segala kehendak dan perancangan mereka. Mereka tidak mahu Pas bercakap, merancang atau membuat matlamat apa-apa khususnya berkaitan dengan orang Melayu dan umat Islam. Mereka mahu Pas mengikut rentak politik yang disusun oleh PKR melalui perancangan Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dipersetujui oleh DAP. Bagi PKR, DAP dan NGO yang bersekongkol dengan mereka, Pas perlu dilayan ibarat 'suruh duduk, duduk... suruh berdiri, berdiri.' Oleh itu di manakah maruah Pas sebagai sebuah parti paling kanan dalam pakatan pembangkang dan mempunyai sejarah cukup hebat dalam politik negara serta dipimpin oleh golongan ulama? Dr. Mohd. Zuhdi yang terkenal dengan sikap lantangnya mengkritik pendekatan politik Anwar memberi pandangan secara ikhlas berhubung kedudukan Pas. Malah pandangan beliau itu merupakan sentimen yang turut bertebaran di peringkat akar umbi, oleh itu kenapakah ia begitu dipandang negatif oleh PKR, DAP dan Bersih? Kenapakah mereka takut sangat apabila ada pemimpin-pemimpin Pas mempunyai hasrat untuk bekerjasama dengan UMNO demi kuasa politik orang Melayu dan Islam? Kalau baru sekadar perbincangan dalam WhatsApp pun pemimpin-pemimpin PKR dan DAP sudah 'meroyan tidak tentu hala', bagaimana pula jika ia benar-benar berlaku? Apa yang melucukan dalam keghairahan mengkritik Pas, Marina Chin Abdullah berkata, "Pas mengkhianati idea mereka sendiri apabila menyentuh isu perkauman. Parti itu nampaknya lupa kepentingan rakyat yang telah mengundi mereka." Marina Chin ternyata membuat kenyataan tanpa mengkaji dahulu apa isu sebenar yang memungkinkan berlakunya perbincangan dalam WhatsApp melibatkan Dr. Mohd. Zuhdi. Yang melupakan kepentingan rakyat bukannya Pas tetapi pemimpin-pemimpin PKR yang siang, malam, pagi, petang seolah-olah tiada agenda lain, selain mahu menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada kerusi Menteri Besar Selangor. Dan kalau mahu bercakap soal kepentingan rakyat, kenapakah Marina Chin tidak bertanya kepada Anwar dan PKR, layakkah isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Abdul Khalid? Kenapakah Marina Chin tidak mempersoalkan layakkah PKR menentukan siapa Menteri Besar Selangor sedangkan kerusi parti itu di Dewan Undangan Negeri kurang berbanding Pas? Sebagai orang yang kononnya memperjuangkan hak rakyat melalui pilhan raya, kenapakah Marina Chin tidak mencadangkan supaya kerusi Menteri Besar Selangor diserahkan kepada Pas memandangkan rakyat memberi mandat lebih banyak kepada parti itu berbanding PKR? Tumpang semangkukLebih melucukan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua pula 'tumpang semangkuk' apabila menggesa Dr. Mohd. Zuhdi memohon maaf secara terbuka kepada penyokong pakatan pembangkang kerana dianggap mengeluarkan pandangan bersifat rasis dan ekstrem. Kenyataan Tony Pua itu bertaraf 'Maharaja Lawak Mega' - penulis tidak mahu menghuraikan apa-apa biarlah kita memikir dan menilai sendiri layakkah orang seperti Tony Pua bercakap sedemikian kepada Pas. Namun begitu apa pun kecaman pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan Bersih terhadap Pas tidak penting. Apa yang lebih utama ialah pendirian kepimpinan Pas yang akan bermesyuarat pada 10 Ogos ini. Isu Dr. Mohd. Zuhdi sudah mendedahkan wajah sebenar sahabat-sahabat Pas.
Ternyata berdasarkan kenyataan yang dibuat, mereka langsung tidak pernah mahu menghormati pendirian Pas, jauh sekali menerima perjuangan Islam Pas. Mereka hanya mahu memastikan Pas berada dalam pakatan pembangkang demi kepentingan politik mereka dan apabila cita-cita itu tercapai, belum tentu Pas akan dilayan dengan sewajarnya. Sememangnya, tiada siapa berhak untuk memaksa Pas keluar pakatan, malah Pas boleh sahaja terus berada dalam kerjasama tersebut kalau merasakan ia akan membawa keuntungan politik kepada mereka tetapi janganlah membiarkan parti yang melaungkan perjuangan Islam itu dihina. Jangan merelakan parti yang diasaskan oleh golongan ulama dilayan bagaikan 'melukut di tepi gantang' dan jangan benarkan mana-mana pihak melayan Pas seperti 'pak turut'. Kepimpinan Pas perlu bertegas dalam soal ini, jangan tunduk kepada desakan supaya tindakan diambil ke atas Dr. Mohd. Zuhdi tetapi ambillah tindakan tegas kepada 'pengkhianat' dan 'pembelot' yang membocorkan perbincangan melalui WhatsApp kepada umum. Pemimpin yang bertindak demikian seribu kali lebih bahaya daripada Dr. Mohd. Zuhdi. Sekurang-kurangnya beliau bercakap dari segi kepentingan politik Pas, tetapi orang yang menyebarkan perbincangan melalui WhatsApp tersebut ibarat 'musuh dalam selimut' dan 'gunting dalam lipatan' bagi Pas. Oleh itu kepimpinan Pas perlu benar-benar berhati-hati dalam soal ini, apa pun tindakan atau keputusan yang hendak mereka lakukan maka ia harus berpaksikan kepada mempertahankan maruah Pas sebagai parti yang berteraskan kepada perjuangan Islam. Dan kepimpinan Pas tidak boleh membiarkan orang luar terutamanya mereka yang sudah terang-terang menentang perjuangan Islam Pas mengajar mereka bagaimana hendak mendisiplinkan pemimpin-pemimpin parti itu. Untuk sekelian kalinya, buktikanlah Pas ialah parti bermaruah, Pas - parti bermartabat dan Pas - parti paling berakhlak serta paling ampuh berbanding PKR dan DAP. Berikut pandangan penganalisis politik Prof.Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak yang harus difikirkan oleh Pas. ''Malang buat Pas yang hanya melukut di tepi gantang. Hanya berputih mata melihat pengorbanan mereka ke atas parti dan agenda Islam hanya untuk memuaskan selera politik Anwar, PKR dan DAP. Pas hanya menelan air liur tetapi rakan-rakannya yang lain sedang rakus menjamu selera politik. Mahu tunggu apa lagi Pas?" Bagi penulis, jawapannya ada dalam sanubari pemimpin dan ahli Pas yang benar-benar berjuang untuk memartabatkan orang Melayu dan menegakkan Islam. Oleh : Zulkifly BakarSuara Politik Belantan | |
oyabun Posted: 05 Aug 2014 11:05 PM PDT Kes Hina Agama: Tidak Timbul Isu Peguam Negara Tidak Kompeten Seperti Dilapor Akhbar - Abdul Gani? Posted: 05 Aug 2014 12:56 PM PDT Jabatan Peguam Negara sentiasa memantau dan mengambil tindakan sewajarnya dari semasa ke semasa ke atas setiap perbuatan berhubung isu menghina agama Islam, kata Peguam Negara. Tan Sri Abdul Gani Patail berkata sejak Mac lepas, jabatan itu telah melaporkan setiap minggu semua kes-kes yang diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada perdana menteri, menteri dan ketua-ketua jabatan semua perkara berkaitan kes kepentingan awam. Ini termasuklah kes-kes dalam siasatan dan siasatan lanjut, kes dalam prosiding mahkamah, kes digugurkan dan kes selesai, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa. Oleh itu, beliau menegaskan tidak timbul isu "ada laporan tetapi tiada tindakan", "Peguam Negara tidak kompeten untuk bersikap adil", atau "membuat pendakwaan terpilih" terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan seperti yang dibangkitkan di media massa. Beliau mengulas desakan yang dibuat Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun serta beberapa pihak lain seperti disiarkan akhbar arus perdana yang mahu jabatan itu mengambil tindakan segera dan tidak berlembut ke atas seorang pengguna laman sosial Facebook, Kelvin Yip dan beberapa individu lain kerana menghina agama Islam dan kaum. Abdul Gani berkata dalam hal ini, agensi penguatkuasa seperti PDRM dan SKMM akan menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat apabila ada laporan polis dibuat terhadap mana-mana pihak. Beliau berkata kertas siasatan yang telah lengkap akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara, di mana jabatan itu sentiasa bekerjasama baik dengan pihak PDRM. "Sekiranya terdapat keterangan dan bukti yang kukuh bahawa mana-mana individu telah melakukan kesalahan, beliau akan didakwa mengikut peruntukan undang-undang yang bersesuaian tanpa mengira status dan latar belakang individu berkenaan. "Walaubagaimanapun, pihak PDRM sering menghadapi kesukaran apabila pihak yang disiasat tidak mempunyai alamat 'protokol internet', identiti dan akaun e-mel palsu hingga menyukarkan mereka untuk membuat pengesahan," katanya. Menurut Abdul Gani pihak polis juga sering menghadapi kesukaran dalam mendapatkan kerjasama pihak negara luar dalam membantu siasatan ke atas kes-kes hasutan. Beliau bagaimanapun menegaskan jabatan itu akan meneliti segala keterangan yang dikemukakan dalam siasatan tersebut, manakala keputusan sama ada pertuduhan dibuat atau sebaliknya akan dibuat selepas keterangan atau bukti dikemukakan diteliti dan dipertimbangkan. Berhubung status melibatkan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee, penceramah bebas Shahul Hamid Seeni Mohd, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima RSN Rayer dan penyanyi rap kontroversi Wee Meng Chee Wee atau Namewee, Abdul Gani berkata kesemua kes telah dirujuk kepada pihaknya dan tindakan susulan telah diambil. Bagi kes Tan dan Lee, jabatan itu telah mengemukakan tiga pertuduhan dan memutuskan mengenakan pendakwaan terhadap pasangan itu, di mana waran tangkap telah dikeluarkan ke atas Tan selepas gagal hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, manakala dalam kes melibatkan Shahul Hamid jabatan telah mengarahkan PDRM untuk melengkapkan kertas siasatan mengenainya, katanya. Beliau berkata jabatan itu juga sedang mengkaji pertuduhan yang akan dikenakan terhadap RSN Rayer berhubung ucapannya yang menghina Umno pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 20 Mei lepas, manakala tindakan Namewee mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga telah dirujuk pada 22 Julai lepas dan jabatan mendapati terdapat keterangan yang mencukupi untuk mendakwanya di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan. "Lain-lain kertas siasatan melibatkan Mohd Razlan Muhammad Rafii, Sim Kwang Yung, Smallfield Benjamin dan Kelvin Yip masih dalam siasatan PDRM dan belum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara," katanya.- BERNAMAWasabi Oyabun... | |
DARUL EHSAN TODAY Posted: 05 Aug 2014 11:05 PM PDT |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 05 Aug 2014 11:03 PM PDT JIHAD PERTAHAN TS KHALID, KATA USTAZ NASRUDIN TANTAWI Posted: 05 Aug 2014 09:18 PM PDT
Oleh : Nasrudin bin Hassan at Tantawi
1. Membaca tuduhan dan alasan keatas Dato Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) yang dijadikan sebab untuk menuntut beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, saya merasa agak terpanggil untuk mengutarakan beberapa persoalan. Terlebih dahulu apabila saya analisa pertuduhan berkenaan isu Kidex saya dapati antara yang dikemukakan adalah seperti berikut:
a) KIDEX yang panjangnya 14.9 KM bakal menjadi jalan termahal di Malaysia dengan kos per kilometer dianggarkan pada RM161 juta.
b) Konsesi KIDEX akan berkuatkuasa selama 48 tahun yang merupakan tempoh yang agak lama berbanding konsesi lain.
c) Projek dianugerahkan kepada kroni UMNO secara rundingan terus tanpa melalui tender terbuka.
d) Kajian awal Traffic Impact Assesment (TIA) menunjukkan pengurangan kesesakan lalulintas yang tidak ketara.
2. Saya kira ramai yang keliru atau dikelirukan dengan fakta tentang pembinaan Kidex ini. Antaranya
a) projek ini adalah PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN.
b) Kerajaan Negeri tiada hak untuk menentukan jumlah kos dan tempoh konses serta kepada siapa projek ini diberikan.
c) Bagi tujuan pembinaan infrastruktur awam Kerajaan Negeri tidak boleh menolak permohonan daripada Kerajaan Persekutuan untuk mengambilalih tanah. Malah, menurut Kanun Tanah Negara, pengambilan tanah demi kepentingan awam dibenarkan dan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
3. Bagi menangani keluhan rakyat yang terkesan secara langsung atau tidak langsung melalui projek ini, Kerajaan Negeri telah mengarahkan pemaju terbabit melakukan Public Opinion Survey atau Kajiselidik Pandangan Awam dan membentangkan hasil kajiselidik kepada Kerajaan Negeri sebelum 15 November 2014. Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan agar sesi dialog dan pendengaran awam untuk memberi peluang kepada LLM dan Kidex Sdn Bhd membentangkan segala perincian mengenai projek termasuk kos, jangkaan manfaat, risiko dan impak negatif serta menerima pandangan sama ada bantahan atau cadangan penambahbaikan daripada masyarakat setempat.
4. Saya pelik kenapa TSKI dibantai teruk kerana projek yang bukan dibawah bidang kuasanya. Namun dalam masa yang sama, tidak berlaku kepada Kerajaan Pulau Pinang dibawah pimpinan Lim Guan Eng (LGE).
a) Sedang Negeri Pulau Pinang bakal membina Penang Tunnel yang bernilai RM 4.63 Billion sepanjang 6.5 KM.
b) Lebih malang projek yang dibiayai sendiri Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini dianugerahkan kepada Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.
c) Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak terikat dengan mana mana pihak. Namun kenapa rundingan terus?
d) Projek ini juga menerima bantahan dari penduduk dan banyak pihak sama seperti Kidex. Ramai yang mempersoalkan kewajaran membina terowong ini selepas pembinaan jambatan Ke 2 yang sudah memadai untuk melancarkan trafik masuk ke pulau.
d) Malah ada yang menegur LGE kerana pembinaan lebih banyak akses akan menyebabkan lebih banyak kenderaan masuk ke pulau yang sudah mengalami masalah trafik yang serius.
e) Terdapat juga cadangan agar daripada membina terowong lebih baik Kerajaan Pulau Pinang membina sistem LRT yang efektif dan kosnya dijangka hanya menelan RM 120 Juta per kilometer dan ianya bakal menyelesaikan masalah trafik di pulau.
5. Namun tindakan LGE ini tidak langsung di kecam oleh pimpinan PR sepertimana TSKI dikecam dan didesak meletakkan jawatan.
6. Saya perhati, antara Faktor tentangan paling ketara adalah cara LGE menguruskan kewangan negeri.
a) Pada tahun 2014 adalah tahun ke enam (6) Kerajaan Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit dan yang terakhir bajet 2014 defisitnya adalah RM 255.44 Juta.
b) Apakah agaknya yang difikirkan LGE sehingga berani berbelanja besar dengan kewangan yang kritikal itu pada perkara yang tidak perlu? Dimanakah suara pimpinan PR dalam menegur sikap LGE ini?
c) Bukankah kita menentang rundingan terus satu ketika dahulu.. | WIKILEAKS DEDAH KENAPA ANWAR NAK TUKAR MB SELANGOR Posted: 05 Aug 2014 05:30 PM PDT | SEBAGAI MENTERI BESAR BELAKANG PINTU, ANWAR DIJANGKA BOLEH MENGUMPUL KOMISYEN PROJEK-PROJEK BESAR DI NEGERI KAYA SELANGOR, WIKILEAKS MENDEDAHKAN BUTIR-BUTIRNYA DI BAWAH | 1. Name : Mr Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : CitibankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)2 yearsAccount No : DD-2141-7922-549-FAmount : USD $ 10,000,000.00Date of opening account : 21/04/97Date of Maturity : 21/04/99 2. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : United Overseas BankType of Account : Fixed Deposit2 yearsAccount No : M-3914-7179-212-DAmount : S $ 5,500,000.00Date of opening account : 28/05/97Date of Maturity : 28/05/99 3. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : Development Bank of SingaporeType of Account : Fixed Deposit2 yearsAccount No : B 1712-341-619-CAmount : S $ 8,000,000.00Date of opening account : 29/06/97Date of Maturity : 29/06/99 4. Name: Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : Bank of ChinaType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)3 yearsAccount No : D 319-2218-512-JAmount : USD 3,500,000.00Date of opening account : 28/02/98Date of Maturity : 28/02/01 5. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : CitibankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)2 yearsAccount No : M 374-6593-88 DAmount : USD 4,000,000.00Date of opening account : 08/06/97Date of Maturity : 08/06/99 6. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)2 yearsAccount No : BD 5211-7925-8716-51 MAAmount : USD 6,500,000.00Date of opening account : 08/06/97Date of Maturity : 08/06/99 7. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : American Express BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)3 yearsAccount No : E- 6654-662-719-MAmount : USD 5,000,000.00Date of opening account : 09/07/96Date of Maturity : 09/07/99 8. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : American Express BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)3 yearsAccount No : J-5152-6161-311-DAmount : USD 5,000,000.00Date of opening account : 24/01/97Date of Maturity : 24/01/00 9. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : Israel National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)3 yearsAccount No : FG 3469-4462-9172 (DE)Amount : USD 10,000,000.00Date of opening account : 21/09/96Date of Maturity : 21/09/99 10. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : Israel National BankType of Account : Fixed Deposit2 yearsAccount No : H 7639-1722-5243 (MG)Amount : S $ 5,000,000.00Date of opening account : 09/06/97Date of Maturity : 09/06/9911. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : Israel National BankType of Account : Fixed Deposit1 yearsAccount No : DC 7943-7716-2713 33 NBAmount : S $ 7,500,000.00Date of opening account : 10/12/97Date of Maturity : 10/12/98 12. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : Israel National BankType of Account : Fixed Deposit2 yearsAccount No : GH 1299-4166-339 AAmount : S $ 5,000,000.00Date of opening account : 11/06/97Date of Maturity : 11/06/99 13. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : Israel National BankType of Account : Fixed Deposit2 yearsAccount No : D 1471-3134-22 FAmount : S $ 3,000,000.00Date of opening account : 03/04/97Date of Maturity : 03/04/99 14. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : CitibankType of Account : Fixed Deposit2 yearsAccount No : AB 7193-4111-331 (A)Amount : S $ 6,000,000.00Date of opening account : 20/12/96Date of Maturity : 20/12/98 15. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim Post : Deputy Prime Minister Passport No. : D 283767 (M) Bank : Citibank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency 3 years Account No : FA 9132-3156-212 E Amount : USD 7,000,000.00 Date of opening account : 11/04/96 Date of Maturity : 11/04/9916. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : CitibankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)2 yearsAccount No : M 819-5512-71 DAmount : USD 6,000,000.00Date of opening account : 06/05/97Date of Maturity : 06/05/99 17. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : CitibankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)2 yearsAccount No : M 819-5512-71 DAmount : USD 5,000,000.00Date of opening account : 06/05/97Date of Maturity : 06/05/99 18. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit3 yearsAccount No : GM 5210-6125-8862-49 DGAmount : S $ 6,000,000.00Date of opening account : 10/04/96Date of Maturity : 10/04/99 19. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)2 yearsAccount No : HD 4179-2416-3829-31ADAmount : USD 5,500,000.00Date of opening account : 21/12/96Date of Maturity : 21/12/98 20. Name : Mr. Anwar bin IbrahimPost : Deputy Prime MinisterPassport No. : D 283767 (M)Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)2 yearsAccount No : SD 3912-4942-6918-72 DAAmount : S $ 8,000,000.00Date of opening account : 03/12/96Date of Maturity : 03/12/98 * SAIPUDIN NASUTIONG MENDEDAHKAN 40 MUKASURAT PENYELEWENGAN KONONNYA OLEH TS KHALID IBRAHIM, BAGAIMANA DI ATAS? | #PRAYFORGAZA: YAHUDI MULA GELABAH BILA 64 TENTERANYA KOJOL ! Posted: 05 Aug 2014 03:30 PM PDT
Perkembangan terkini menyaksikan tentera Yahudi Israel Defence Force (IDF) memperhebatkan lagi serangan di Gaza dalam Operation Protective Edge yang hari ini sudah masuk hari ke 30 sejak dilancarkan pada 8 Julai lalu.
Pihak Yahudi telah melancarkan lebih 4,000 serangan udara, darat dan lautan yang membunuh lebih 1,900 nyawa rakyat Palestine kebanyakannya kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua.
Berbanding hanya 3,200 serangan roket yang dihalakan ke Israel, banyak yang dipintas oleh sistem anti peluru berpandu Iron Dome namun banyak juga kemusnahan di Israel. Tetapi berita mengenainya disekat penyiarannya oleh Tel Aviv.
Menurut sumber Yahudi lagi kononnya seramai 900 orang pejuang mujahiddin Hamas telah terkorban. Manakala sebanyak 32 buah terowong rahsia Hamas telah berjaya dimusnahkan.
| Sebarang cerita mengenai kematian atau kecederaan di pihak IDF akan ditapis terlebih dahulu dan cuba disembunyikan sebaik mungkin oleh pihak tentera Zionis. |
Di pihak tentera Yahudi seramai 64 tenteranya terkorban, 103 cedera, 9 daripadanya parah. Sumber
Namun begitu tidak nampak tanda-tanda Israel akan menghentikan serangannya ke atas bumi Gaza. Gencatan sengaja sering dicabuli Yahudi untuk merancang lebih banyak strategi menyerang Gaza.
Dalam masa gencatan senjata, Israel berjaya mendapatkan bantuan ketenteraan dari Amerika Syarikat berjumlah US$225 juta berbentuk sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome untuk memintas roket-roket Hamas.
Sebelum itu Sepanyol menjadi antara negara terbesar penyumbang peralatan tentera ke Israel pada tahun 2013 berjumlah EURO 4.9 bilion selain United Kingdom.
Israel juga telah menghantar 16,000 tentera tambahan menceroboh Gaza semasa gencatan senjata diumumkan.
Beratus buah kereta kebal dan artileri dihantar ke sempadan Gaza, dalam masa yang sama tentera Yahudi terus mengempur dan meletupkan banyak rumah dan masjid yang disyaki menjadi sarang kepada pejuang.
Selepas tempoh gencatan senjata tamat, Israel dengan kekuatan-kekuatan tambahan ini terus mengempur Gaza dengan lebih hebat lagi.
Sebab itulah para pejuang Hamas tidak pernah mempercayai perangai Yahudi yang selalu berdalih dan menipu. (sebijik perangai macam satu 'puak' tu di Malaysia)
Namun pejuang Palestine tidak pernah gentar dengan tentera-tentera Yahudi ini. Mereka terus berjihad hingga ke titisan darah terakhir.
Sebaliknya semakin ramai tentera Yahudi terutamanya tentera-tentera muda yang tertekan dan engkar berperang di Gaza kerana takut mati.
Ini berlaku selepas media-media Israel berterusan menyiarkan rakaman peristiwa pengebumian askar-askar Israel yang terbunuh hingga menyebabkan sebarang berita mengenai kemalangan di pihak Israel terpaksa di tapis IDF terlebih dahulu. | Kereta kebal jenis Merkava milik IDF yang musnah dibedil peluru buatan sendiri pihak pejuang Hamas. Bayangkan jika Hamas memiliki lebih banyak senjata pemusnah sudah tentu hancur Israel. |
| Pejuang Hamas berjaya meletupkan sebuah APC M-113 milik IDF yang membunuh 13 tentera IDF sekaligus semasa pertempuran di Shejaiya. Insiden ini menggerunkan IDF hingga ada tenteranya dihukum kerana engkar berperang di Gaza. |
Kepada rakyat Malaysia yang bersimpati, teruskan berdoa sambil menghulur derma kepada perjuangan rakyat Palestine di Gaza. | Zionis menangis konon....ceh |
Apapun usaha yang dilakukan ia tetap menunjukkan kesungguhan kita membela insan-insan Palestine yang teraniaya.
Apa pula aksi Anwar dan DAP bila semakin ramai mengutuk kekejaman Israel?
Anwar tak menangis ke bila semakin ramai tentera Yahudi mampos? | FUYOOO: INI YANG DAP BANGGAKAN...@TELUK BAHANG Posted: 05 Aug 2014 02:36 AM PDT Inilah bahananya jika memberi kuasa kepada kaum-kaum DAP memerintah Pulau Pinang.
Insiden pesta bogel ini hanya berlaku di Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Meskipun kawasan tersebut didiami majoritinya umat Islam-Melayu, tapi ia tidak dapat menghalang pemakan-pemakan babi ini dari terus melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral yang menjijikkan ini.
Mungkinkah ini tanda-tanda telah berkembang suburnya aktiviti LGBT di Malaysia yang amat-amat dibanggakan oleh Ambiga, Marina Mahathir, Majlis Peguam, puak Bersih, Suaram, Negaraku...paling tak lupa Anwar Ibrahim???
Sudah lupakah kita jika bala Allah berbentuk Tsunami terjadi sudah pasti akan meranapkan terlebih dahulu Teluk Bahang?
Adakah ini program dan produk pelancongan terbaru Pulau Pinang?
Apa kata PAS bila menyaksikan program sebegini yang subur di negeri khalifah Abdul Aziz Lim Guan Eng kebanggaaan korang?
Sebelum ia dipadam oleh RBA atas arahan Lim Guan Eng, maka elok diprintscreenkan sebagai bukti.
| Nauzubillah...aktiviti jahiliyah tak bermoral ini berlaku di Malaysia... |
Kami tak berniat nak mempromosikan alat sulit manusia yang tidak bersunat ini. Tapi lihatlah inilah bahananya jika kita membiarkan DAP memerintah negara ini.
Apa...langgar privasi dan hak kebebasan berbogel? ...kapla hotak hangpa la! | |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 05 Aug 2014 09:16 PM PDT |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 05 Aug 2014 09:10 PM PDT |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 05 Aug 2014 03:14 PM PDT Saya dinoda empat kali selepas kena 'jampi asmara' Posted: 05 Aug 2014 04:01 PM PDT | Gambar hiasan |
Kuala Lumpur: "Saya sangka diberikan air penawar, rupanya ia air jampi yang menyebabkan saya seolah-olah dipukau dan hanya mengikut segala kemahuannya hinggakan saya diperkosa tanpa disedari," kata seorang wanita yang mendakwa diperkosa oleh seorang bomoh lebih empat kali sejak setahun lalu. Menceritakan detik malang itu kepada wartawan Harian Metro, wanita yang mahu dikenali sebagai Jamilah berusia 48 tahun berkata, dia mengenali bomoh warga Indonesia itu daripada rakannya selepas didakwa boleh memulihkan sakit badan dan sakit akibat terkena buatan orang. Dia yang bekerja sebagai tukang cuci di ibu negara bersetuju berjumpa bomoh berusia 65 tahun itu di Gombak selepas disarankan rakannya berbuat demikian. "Pada mulanya saya mengadu kepadanya yang saya mengalami sakit badan dan dia memberikan saya air penawar selepas meminum air itu, saya berasa seolah-olah dipukau sebelum diperkosa lelaki berkenaan. "Selepas kejadian itu, saya pulang ke rumah dan asyik teringatkan bomoh itu menyebabkan saya bergaduh dengan suami kerana tidak mahu melayan nafsunya, sebaliknya hanya mahu berjumpa dengan bomoh terbabit," katanya. Dia yang tinggal di Setapak berkata, sejak setahun lalu bomoh terbabit ada menghubunginya empat kali dan setiap kali berjumpa bomoh itu di rumah lelaki berkenaan, dia diperkosa tanpa disedari hinggalah dia mulai sedar dua minggu lalu apabila dipulihkan suaminya. | PKR dedah 6 sebab MB Khalid perlu disingkirkan Posted: 05 Aug 2014 06:31 AM PDT PKR menyenaraikan enam sebab mengapa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus disingkirkan dari jawatan menteri besar Selangor, untuk meyakinkan PAS dan DAP calon lebih baik diperlukan untuk memimpin negeri terkaya itu. Dalam laporan diserahkan kepada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR), PKR mengatakan integriti Khalid dipersoalkan apabila hutang RM66.67 juta menteri besar penggal kedua itu diselesaikan di luar mahkamah, perjanjian tanah meragukan dengan pemaju, projek Lebuh Raya Kidex, perjanjian penstrukturan air dengan Putrajaya, isu berkaitan kenaikan yuran lesen perniagaan, isu pungutan sampah dan jalan berlubang. Dalam laporan setebal 24 muka surat itu, PKR menyifatkan keputusan penyelesaian luar mahkamah antara Khalid sebagai luar biasa pada ketika pihak Bank Islam mempunyai kes yang kukuh. "Tindakan Bank Islam tidak meneruskan kes yang bakal dimenanginya untuk mengutip hutang daripada si penghutang satu keputusan luar biasa yang sangat jarang berlaku kepada rakyat biasa," kata laporan itu. Menurut laporan tersebut, penyelesaian itu juga dicapai di luar pengetahuan peguam Bank Islam iaitu Tetuan Tommy Thomas dan diketahui selepas pihak bank menggugurkan pertuduhan di saat akhir pada Februari 2014. Laporan itu juga dipetik berkata setiausaha politik Khalid berjumpa dengan tokoh korporat rapat dengan Umno, Tan Sri Rashid Manaf untuk berunding penyelesaian hutangnya. "Akhirnya setiausaha politik Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengesahkan menteri besar ada beberapa kali berjumpa dengan Tan Sri Rashid Manaf untuk merundingkan penyelesaian hutangnya," laporan tersebut dipetik berkata. Semalam, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Khalid terlibat dalam urus niaga jualan tanah meragukan dengan Ecoworld Berhad, syarikat pemaju yang dipengerusikan Rashid sendiri. PKR dalam laporan itu juga mendakwa Rashid sebagai tokoh yang rapat dengan Umno, beliau juga bekas peguam kepada Tun Daim Zainuddin yang juga bekas menteri kewangan. Selain itu, keraguan juga ditimbulkan ketika penyelesaian tersebut dimeterai di mana ia berlaku pada masa sama "Langkah Kajang" diumumkan. "Sebaik sahaja Langkah Kajang diumumkan, berita mula berlegar berlaku rundingan antara Khalid dengan Bank Islam yang diuruskan Rashid," kata laporan itu. Laporan tersebut juga mendedahkan beberapa siri isu yang dilihat meragukan pihak PKR seperti rundingan air dan juga rayuan kes Liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Khalid menandatangani perjanjian penstrukturan air di antara kerajaan negeri Selangor dan Putrajaya pada 26 Februari dan sehari selepas itu, Pendaftar Mahkamah Rayuan memanggil Anwar untuk memaklumkan pengurusan kes beberapa permohonan rayuan akan didengari pagi itu juga. Kemudiaannya, Anwar dijatuhi hukuman bersalah pada 7 Mac 2014 dan sekaligus menghilangkan kelayakan untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil Kajang. "Kesemua fakta ini menimbulkan keraguan terhadap integriti Khalid dan mengundang pelbagai spekulasi," kata laporan itu. PKR juga mendakwa Khalid sehingga hari ini gagal membuat penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan walaupun dinasihatkan. Alasan kedua yang diberikan PKR adalah membabitkan perjanjian penstrukturan air antara Putrajaya dan kerajaan negeri Selangor, di mana ia didakwa merugikan. "Beliau tidak menggunakan tekanan awam sebagai salah satu pendekatan untuk mendapatkan persetujuan daripada syarikat pemegang konsesi sedangkan umum mengetahui hubungkait syarikat ini dengan Umno dan Barisan Nasional," kata laporan itu. PKR mempertikaikan langkah Khalid menggunakan pendekatan korporat (ala board room deals) dalam perjanajian air tersebut. Alasan ketiga yang diberikan pula apabila Khalid secara terbuka menyokong pembinaan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) walaupun mendapat bantahan banyak pihak. "Sokongan terbuka Khalid yang enggan memberi ruang kepada pendapat yang menentang juga bertentangan dengan arahan khusus yang dibuat Anwar mengenai pendekatan PKR mengurangkan bebanan rakyat dengan menentang kenaikkan tol," kata laporan itu. Tiga alasan lain yang menjadi faktor keputusan menyingkir Khalid dipersetujui adalah melibatkan isu jalan berlubang, masalah sampah dan kenaikan lesen perniagaan sebanyak tiga kali ganda. Khalid yang juga menteri besar dua penggal ketika ini berdepan kemungkinan disingkirkan partinya sendiri. Malah, PKR sendiri secara terbuka mengumumkan pengganti Khalid dengan meletak presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon. Bagaimanapun, Khalid sehingga hari ini masih berkeras dan menyatakan pendirian enggan berganjak daripada jawatan menteri besar. Dalam perkembangan terkini, Lembaga Disiplin PKR juga sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Khalid dan perlu menjawab sebelum Jumaat ini. – 5 Ogos, 2014. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/6-sebab-mengapa-khalid-perlu-disingkirkan-menurut-pkr#sthash.fuIrj08G.dpuf | PAS anjur solat hajat perdana selamatkan MB Khalid Posted: 05 Aug 2014 05:30 AM PDT Ulama PAS akan mengadakan solat hajat perdana pada Khamis agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan walaupun PKR menghantar surat tunjuk sebab kepadanya kerana enggan berundur sebagai menteri besar Selangor. Solat hajat perdana "Munajat Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah" anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Geng Ustaz dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Selangor akan diadakan pada 7 Ogos di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7, Shah Alam memohon supaya Khalid terus dikekalkan jawatannya sebagai ketua eksekutif negeri. "Kita akan berdoa supaya tidak berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan memohon supaya keputusan PAS (Pusat) berpihak kepada (ketetapan) tuan guru Presiden," kata Presiden Geng Ustaz Norazli Musa ketika dihubungi The Malaysian Insider. Norazli berkata, antara pemimpin yang akan hadir adalah Khalid, Pengarah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad, dan beberapa pemimpin lain. "Kita sekarang tengah menunggu pengesahan daripada (Timbalan Mursyidul Am PAS) Ustaz (Datuk Dr) Haron Din untuk mengimamkan solat hajat," katanya. Katanya, program bermula pada pukul 6.30 petang berbuka puasa dan solat maghrib, kemudiannya bacaan surah Yasin, solat Isyak, solat hajat dan diakhiri dengan ucapan pemimpin. "Program ini terbuka dan orang ramai boleh datang seramai mungkin memenuhi ruang dewan untuk sembahyang bersama," katanya. Selain itu, katanya program solat hajat juga dibuat bagi mendoakan keselamatan rakyat Palestin di Gaza yang diserang tentera Israel sejak bulan lalu dan mengorbankan lebih 1,000 nyawa. Hadi pada 25 Julai lalu tidak bersetuju dengan alasan PKR dan DAP yang mahu menyingkirkan Khalid kerana tokoh korporat itu tidak pernah dibuktikan berlaku khianat dalam menjalankan amanah rakyat. "Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza," katanya. Pendirian Hadi itu menyebbakan beliau 'diserang' pemimpin Pakatan Rakyat dan parti itu sendiri sehingga mendorong Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan balas. Nik Aziz dua hari kemudiannya mempertahankan Hadi yang mahu isu kelemahan pentadbiran Khalid diselesaikan dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat sebelum membincangkan isu calon pengganti. "Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Khalid ingin digugurkan dari jawatan menteri besar," katanya. Beliau turut menegur ahli PAS supaya meletakkan keutamaan ketaatan kepada pendirian presiden mereka. Krisis isu menteri besar semakin parah apabila perbualan mesej WhatsApp AJK PAS Pusat didedahkan kepada umum, fokus kepada rancangan Zuhdi yang mencadangkan PAS keluar Pakatan Rakyat. Pada masa sama bergabung dengan kerusi DUN Umno membentuk kerajaan perpaduan demi mengekalkan kedudukan Khalid dan mengembalikan semula kuasa politik Melayu-Islam melalui persempadanan semula. Rancangan Zuhdi itu turut mendapat kecaman hebat apabila menyentuh isu sensitiviti agama bukan Islam di Selangor termasuk isu gereja dan penggunaan kalimah Allah. Namun, Zuhdi mempertahankan kenyataannya sebagai satu analisis senario dan menganggap pihak yang membocorkan mesej itu sengaja "membangkitkan fitnah yang sedang tidur". PAS Pusat akan bermesyuarat pada 10 Ogos ini untuk memutuskan pendiriannya sama ada mahu menghormati hak PKR dalam isu kerusi menteri besar Selangor atau kekal dengan pendirian Hadi. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menghalang usaha Pemuda PAS Selangor walaupun tindakan itu menimbulkan rasa kurang senang beberapa pemimpin parti yang setuju Khalid digugurkan. "Itu inisiatif Pemuda PAS Selaangor. Kita cuma meraikan sahaja dan akan datang solat bersama jika diizinkan," katanya. Difahamkan, Dewan Pemuda Pusat juga akan mengadakan program sama di setiap kawasan masing-masing mensasarkan empat tujuan. Antaranya "Selamatkan keadaan yaang tegang, Bersihkan parti dari anasir perosak, dan Perkukuhkan negeri Pakatan Rakyat'. Selain itu, 'Teguhkan perjuangan suci dan matlamat yang murni' juga turut disasarkan melalui solat hajat perdana anjuran Lajnah Penerangan. – 5 Ogos, 2014. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ulama-pas-anjur-solat-hajat-pertahan-khalid-sebagai-mb-selangor#sthash.Xb6kDA1w.dpuf | Piala AFF: Malaysia dalam kumpulan maut Posted: 05 Aug 2014 03:26 AM PDT KUALA LUMPUR 5 Ogos - Malaysia menerima laluan getir dalam usaha merampas kembali kejuaraan Piala AFF apabila diletak dalam Kumpulan Maut bersama penyandang gelaran yang juga juara terbanyak kejohanan, Singapura serta juara tiga kali, Thailand pada majlis undian di Hanoi, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE KUMPULAN A Vietnam Filipina Indonesia Naib juara pusingan kelayakan KUMPULAN B Singapura MALAYSIA Thailand Juara pusingan kelayakan | Boikot McDonald's Jumaat ini? Posted: 05 Aug 2014 02:02 AM PDT SHAH ALAM – Setelah beberapa siri bantahan dilakukan rakyat di negara ini terhadap produk yang dikatakan menyumbang kepada rejim Israel, kempen itu nampaknya semakin diperhebat dari hari ke hari. Melalui satu pesanan dan gambar yang kini menjadi viral di laman sosial, orang ramai diajak memboikot McDonald's bermula Jumaat ini di seluruh negara. Tiada maklumat setakat ini siapakah penganjur kepada kempen tersebut. "Hari Boikot McD Malaysia!!! Bermula 8 Ogos 2014 jam 7 pagi hingga 7 pagi. Boikot McDonald's bermula Jumaat ini sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar daripada Palestin," tulis pesanan itu. Pemerhatian Sinar Harian Online mendapati rata-rata pengguna yang berkongsi perkara tersebut di laman sosial masing-masing menyokong kempen berkenaan. | Video bogel: Guan Eng akhirnya buat pendedahan Posted: 05 Aug 2014 01:35 AM PDT Georgetown: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengakui tidak mengetahui mengenai penganjuran Pesta Sukan Bogel di Teluk Bahang yang tersebar menerusi YouTube sejak semalam. Guan Eng berkata, beliau akan menyerahkan perkara itu kepada polis dan pihak berwajib untuk menjalankan siasatan. Beliau berkata, kerajaan negeri tidak pernah membenarkan atau memberi lesen terhadap penganjuran pesta sukan bogel berkenaan dan akan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan. "Kita tidak pernah membenarkan sukan seumpama ini dijalankan di Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga tidak pernah mengeluarkan lesen untuk penganjurannya,"katanya pada sidang media di sini sebentar tadi. Dalam YouTube berdurasi 5 minit 56 saat memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita dalam keadaan bogel sedang melakukan aktiviti seperti melukis di badan di sebuah pantai dipercayai di Taman Negara dekat Teluk Bahang di sini. Selain melukis pada badan, mereka turut melakukan beberapa aktiviti lain seperti lari berganti-ganti, berenang di atas manusia serta tarian gangnam. | Video pesta bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang kini tersebar (18SX) Posted: 04 Aug 2014 11:01 PM PDT Kuala Lumpur – Sekumpulan lelaki dan wanita berbangsa Cina dipercayai menganjurkan pesta bogel di sebuah pulau berhampiran Teluk Bahang, Pulau Pinang baru-baru ini. Program yang diadakan sekitar bulan Jun itu dianjurkan oleh Kelab Sukan Bogel Pulau Pinang yang turut disertai seramai 18 orang yang dipercayai berumur sekitar 30 – 45 tahun. Melalui klip video berdurasi 5.22 minit yang diterima oleh pihak kami, pelbagai acara turut diadakan sepanjang program tersebut berlangsung di mana semua peserta yang menyertainya berada dalam keadaan yang amat mamalukan. Pihak berkuasa di Pulau Pinang yang dihubungi oleh Suara TV sebentar tadi enggan memberikan sebarang maklumbalas berhubung perkara itu, kerana masih belum menonton video tersebut bagi membolehkan satu siasatan dijalankan. Manakala menurut sumber semua yang terlibat di dalam video tersebut adalah merupakan warganegara Singapura. Pihak kami terpaksa memotong beberapa bahagian di dalam klip video tersebut. Berikut adalah catatan penuh program yang diadakan: Penang Nude Sports Games is held successfully on the day.
There are 18 nudists came to yhis beautiful beach for games and nude body painting.
Thanks to Ms.Chew for the organising and thanks to naturists for coming and made it a history in Malaysia.
A brief review by the member, Justin as below:-
-Here is my review & report for the Malaysia-International Nude Sports Games 2014 Extravaganza.
On that day, we all assembled at the Teluk Bahang Jetty in Penang. Many of us arrived early and went to the nearest Malay food restaurant to grab our lunch which is only located just outside of the jetty's main entrance. It was such a lovely sunny afternoon and we are all excited about this event.
Later as the time reaches 2.30pm, we walked to the jetty and met up with the others who have also just arrived. One of our nudist friend CWeston, was not able to attend the event because he was on a family trip in Penang but he showed up anyway at the jetty just to watch us go off into our boats and wished us all the best for our event.
As we waited for the boatmen to get ready, the skies was already starting to look gloomy and the waves start to get a little rough. We split into 2 boats and thus begin our journey to the secret beach that is located around the back of the Penang island.
As we're traveling through the seas, it was a bumpy ride as the boat sways up & down through the rough waves. It was thrilling yet fun. We were all laughing and smiling to each other. We also took several selfie photos too =)
Then we finally arrived to our destination. It was a very quiet beach. The atmosphere was so calm and peaceful. The view of the beach and sea was spectacular. We were the only visitors there. We unload our things from the boat and ms Chew went to approach a ranger whom is in charge of that place & also who was apparently on duty alone by himself on that fine day.
After verifying with the ranger about our nude event, we moved to a hut nearby and start stripping. We begin our first activity with nude body painting. Everyone actively took part in this. We took turns by painting someone's else body and later get painted in return. There were many interesting and nice body drawings. Some of us had flowers, trees, abstract and even cartoon character drawings on our bodies.
Then we took many photos of each other. We also moved to the beach and took several group photos of our body paintings. Later that, we proceed to our next activity which was the sports games where we played pass-the-baton running, swim-over-body challenge and the group crab walk. There were so much of laughter everywhere and by the time we entered the 3rd game, many of us were already exhausted.
We then took a nude walk along the beach which stretches about 2km long. There were also some of us went to skinny dip in the sea. One of the person among us was our videographer and he recorded every moments of our event without missing a single one. The beach is so clean and the sands are so fine. Along the way, you can also find seashells laying around the beach.
As we walked further up til the far end of the beach, we came across some very nice looking rocks that are great for taking pictures and we did plenty of photo sessions there. Our videographer also went to interview a few of us about the joys and perspective of naturism for our event video.
We literally had the whole beach to ourselves. It really felt like a nude beach because everyone that are present there are all nude. There were no disturbance from the outside world. For once we really get to enjoy the natural environment and atmosphere just as how nature intended it to be.
After all the fun, we walked back to our hut. As we reached the hut, suddenly a boat appeared from the sea and arrived at our beach. We quickly dress up just in time and later found out that the men in the boat actually brought our meals for dinner.
We had asam laksa, nasi lemak, mihun goreng, chicken satay, fish barbeque, keropok lekor and Sarsi syrup. We had a wonderful dinner. There were so much of food to eat until eventually there were a few leftovers and extra packets of food left. Then we decided to save some for supper.
After dinner, we had our shower and went to set up our sleeping bags. We even set up a tent in the hut specially catered for those who gets bitten by mosquitoes alot. We also went to set up a camp fire just outside of the hut.
We used the natural resources we can find within our reach such as branches, dry leaves and etc to start the fire. We even got some assistance from the ranger where he splashed some kerosene to get the flames bigger. After the fire is stable, some of us strip and stand around the fire while enjoying the beauty of it burning in the dark. ………. | 'Atlet angkat berat Sukan Komanwel usik kemaluan saya' Posted: 04 Aug 2014 10:01 PM PDT | Atlet angkat berat lelaki Papua New Guinea, Toua Udia. - Foto AP |
LONDON: Atlet angkat berat lelaki Papua New Guinea di Sukan Komanwel Glasgow, Scotland dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan serangan seksual kepada seorang lelaki di sebuah pasaraya. Toua Udia, 22, menafikan tuduhan itu dan tidak berniat memegang kemaluan lelaki terbabit pada 21 Julai lalu di sebuah kedai kopi di pasaraya berhampiran perkampungan sukan berkenaan. Pihak yang menuduh Udia, yang enggan dikenali memberitahu mahkamah Glasgow, atlet angkat berat itu memegang kemaluannya ketika dia sedang membantunya membalut pek ais ke kakinya. "Saya keluar daripada satu sudut kubikal dan melihat dia sedang meletakkan pembalut di kaki kirinya," katanya kepada mahkamah. "Saya bertanya kepadanya: Adakah kamu baik? Dia kemudian meminta saya untuk membantunya mengikat pembalut itu. "Saya memegang kedua-dua penghujung pembalut itu dan dia berkata tariknya dengan kuat. Saya memegangnya sekuat mungkin dan dia kemudian meletakkan tangan kirinya di bawah kaki saya dan memegang kemaluan saya dengan dua jarinya. "Saya dapat merasakannya. Ia bukanlah geseran dan ia juga bukan genggaman namun apa yang pasti ia adalah usikan. Saya berkata: Hey! dan menyuruhnya untuk berundur. Dia kemudian memandang kepada saya dan hanya tersenyum seperti ia sesuatu yang normal selain tersengih dan menganggap semuanya baik," katanya. Lelaki itu kemudian berkata dia tidak mahu atau berharap kejadian itu berlaku dan meninggalkan tempat kejadian dan memberitahu staf di situ dan polis. Pegawai Polis, Jamie Carr memberitahu mahkamah Udia ada bercakap dengannya selepas insiden terbabit. "Dia (Udia) berkata ada seorang lelaki keluar daripada sudut kubikal dan dia meminta lelaki itu untuk membantunya meletakkan pembalut ais di kakinya dengan baju. "Dia kemudian memintanya dan seorang lelaki lain untuk memegang baju terbabit dan berkata tangannya tidak sengaja terkena seorang lagi lelaki. Dia kemudian menunjukkan tempat di mana dia terpegang iaitu di pangkal paha," katanya. Pembantu pasaraya dan pengawal keselamatan di tempat kejadian yang turut memberi keterangan berkata mereka begitupun ragu-ragu dengan tuduhan didakwa mangsa apabila dia menghampiri mereka. Sukan Komanwel Glasgow menutup tirainya awal pagi semalam. - AFP | Foto 'skandal' tersebar punca Dazrin dan Amyra tak jadi kahwin? Posted: 04 Aug 2014 09:01 PM PDT Awalnya disangka mahu mengedarkan kad perkahwinan, tetapi rupanya membawa berita sedih iaitu majlis perkahwinannya dengan Dazrin Kamarudin terpaksa dibatalkan. Demikianlah berita yang disampaikan oleh Amyra Rosli, 23, pada media semalam mengenai perkembangan terkininya. "Saya minta maaf pada semua, majlis (nikah) kami pada 8 Ogos ini terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Klik gambar untuk size besar "Memang semua persiapan sudah siap tapi kad jemputan belum diedarkan lagi. Kalau ditanya sebabnya, maaf saya tak boleh kongsi, ia terlalu peribadi," ujar Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, dipetik sebagai berkata. Namun dalam hal ini, ada yang meneka mungkin gambar mesra Dazrin bersama pelakon Ramona Zamzam di lokasi penggambaran yang disiarkan media pada 22 Julai lalu telah menjadi punca salah faham ini. Malah Romona juga telah dikecam teruk oleh peminat kerana dianggap cuba merosakkan hubungan Dazrin dan Amyra. Bagaimanapun, Dazrin kemudian menafikan dakwaan kononnya dia dan Ramona mempunyai apa-apa hubungan. Bagaimanapun, ada sumber memberitahu, pasangan ini mengambil keputusan membatalkan pernikahan mereka pada minggu terakhir Ramadan lalu kerana konflik dalaman. "Saya beritahu perkara ini untuk mengelakkan orang ramai tertanya-tanya kenapa kami senyap saja sedangkan majlis sudah dekat. "Saya juga nak mohon maaf kepada semua terbabit yang membantu persiapan majlis atas pembatalan ini," tambah Amyra. Sementara itu, Dazrin yang dihubungi media berkata, pihaknya tidak berniat membatalkan perkahwinan mereka tetapi terpaksa menangguhkannya ketika ini. "Saya masih sayangkan Amyra. Cuma tarikh nikah Jumaat ini memang tak jadi. Ada banyak perkara yang perlu dibincangkan dulu. "Saya tak mahu dianggap lepas tangan. Insya-Allah, selepas semua salah faham diselesaikan, mungkin akan ada tarikh lain. Saya juga minta maaf pada semua pihak," ujarnya yang menyangkal dakwaan pembatalan majlis disebabkan orang ketiga. Untuk rekod, Dazrin dan Amyra mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos 2013. Amyra Rosli, merupakan gadis lulusan diploma teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Karier seninya bermula apabila dia membintangi drama seperti 'Cinta dan Wahyu' di TV Al-Hijrah dan 'Amyra'. Dia awalnya pernah berlakon bersama Dazrin dalam drama bersiri 'Jodoh' yang ditayangkan di Astro Ria. Myartis.com | Lempias nafsu dengan budak perempuan 11 tahun Posted: 04 Aug 2014 08:01 PM PDT SEORANG lelaki warga British ditahan setelah disyaki mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Kemboja. Micheal Jones disyaki telah membawa balik sekurang-kurangnya seorang budak perempuan ke kamar hotelnya untuk berasmara. Dia juga dilihat memeluk dan mencium kanak-kanak itu di khalayak ramai. Jones yang berumur 55 tahun ditangkap di bandar Phnom Penh setelah gerak-gerinya berjaya diintip oleh pasukan polis negara tersebut. Selain kanak-kanak, Jones juga dikatakan telah mengadakan hubungan seks dengan remaja berusia 13 dan 14 tahun di negara itu. Siasatan awal mendapati, Jones akan memberi kanak-kanak dan remaja ini sekitar RM20 setiap kali selesai melampiaskan nafsu syahwatnya. Tak tahulah manusia jenis apa lelaki ini – patut ditembak je sampai mati! – Mynewshub.my | (Foto) Alat sulit terdedah ketika selfie dengan penimbang! Posted: 04 Aug 2014 07:01 PM PDT TUJUAN dia memuatnaik gambar timbangannya dalam media sosial hanyalah kerana mahu berbangga dengan rakan-rakannya bila dia berjaya menurunkan berat badan. Namun dia tak sedar yang alat penimbang tersebut mempunyai permukaan yang 'reflektif'. Lalu dengan bangga dia berkongsi gambar tersebut dengan rakan-rakan media sosialnya. Dia yang pada mulanya mengharapkan rakan-rakannya memuji kejayaannya menurunkan berat akhirnya MALU BESAR apabila komen yang diterimanya 'jauh menyimpang' daripada apa yang dia harapkan. Ini antara komen yang lelaki ini terima; " Hahahaha, kau nak tunjuk APA sebenarnya " " Oh macam tu ya 'bentuk' yang saudara miliki " " John, teman wanita kamu pasti berbangga sekarang" " Tak dapat bayangkan apabila ia 'bangun' " (komen yang lain tak payah kami siarkan, faham-faham sajalah)Rupa-rupanya, lelaki tersebut berbogel bila menaiki alat timbangan tersebut. Disebabkan alat penimbangnya itu diperbuat daripada kaca, akhirnya ia telah mendedahkan 'imej Angry Bird' yang dia miliki secara tak langsung. Apapun nasi sudah menjadi bubur, bukan saja berat badannya dah diketahui ramai, SAIZ DAN BENTUK alat kelaminnya juga tersebar, haru sungguh! | MB Selangor: PAS tidak pernah setuju Azmin ganti Khalid Posted: 04 Aug 2014 06:45 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS tidak pernah menyatakan persetujuan mereka untuk menerima pencalonan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sumber dalaman PAS memberitahu Astro AWANI, nama Azmin dari awal ditolak oleh pimpinan PAS bila isu berkaitan penggantian Menteri Besar Selangor dibincangkan. "PAS tidak pernah bersetuju kalau Azmin nak dijadikan Menteri Besar Selangor. Setakat ini keputusan perlu tunggu 10 Ogos tapi yang pasti nama Azmin tidak ada dalam senarai. "Memang ada 'group' dalam PAS yang mahu Khalid ditukar dan ada group yang nak Khalid kekal tapi dua-dua group ni kalau nama Azmin memang mereka tolak," kata sumber PAS itu kepada Astro AWANI. Sumber dalam PAS itu berkata, sikap parti Islam itu terhadap Azmin sudah lama diketahui dan Timbalan Presiden PKR itu sendiri mengetahui beliau sukar mendapat sokongan PAS. Sementera itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menafikan laporan yang mengatakan partinya akan menamakan Azmin sebagai calon Menteri Besar Selangor. Saifuddin berkata PKR PKR tidak ada calon lain menggantikan Abdul Khalid kecuali presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Khabar angin itu lemah, keputusan yang kita capai masih mengekalkan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PKR. "Mesyuarat semalam dihadiri presiden dan timbalan. Semuanya sudah dipersetujui. Keputusan yang dicapai adalah kekal seperti yang diputuskan pada mesyuarat lalu," Saifuddin dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insider. Saifuddin berkata, PKR dalam proses menerangkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR) khususnya DAP dan PAS mengenai keputusan menyingkirkan Khalid. Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/isu-mb-selangor-pas-tidak-pernah-setuju-azmin-ganti-khalid-41231?cp | Azmin bidas Saifuddin, pandai-pandai buat kenyataan Posted: 04 Aug 2014 06:31 PM PDT KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail didesak lebih bertanggungjawab dan cermat dalam membuat kenyataan. Desakan tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menerusi laman mikro twitternya petang tadi berhubung kenyataan yang dibuat Saifuddin dalam sidang media hari ini. "@saifnasution tolong lebih bertanggungjawab dan cermat dalam membuat kenyataan. Wajar rujuk saya terlebih dahulu." tulis Azmin. Namun Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun Bukit Antarabangsa) itu tidak menyatakan kenyataan Saifuddin yang mana dirujuk beliau. Usaha Astro AWANI untuk mendapatkan penjelasan lanjut dari Timbalan Presiden PKR itu gagal. Namun sumber dalaman PKR memberitahu, Azmin mungkin merujuk kenyataan mesyuarat biro politik PKR malam tadi yang bersetuju hanya nama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Kemungkinan Azmin merujuk kenyataan Saifuddin yang mengatakan mesyuarat biro politik PKR malam tadi yang dihadiri presiden dan timbalan telah bersetuju bahawa Wan Azizah satu-satunya nama yang dicalonkan. "Kenyataan Saifuddin itu tidak cermat, sebagai Setiausaha Agung beliau membuat kenyataan seolah-olah tidak faham antara mesyuarat Biro Politik Khas dan mesyuarat Biro Politik Mingguan. "Sebagai Setiausaha Agung, sepatutnya Saifuddin faham malam tadi (Isnin malam) adalah mesyuarat Biro Pilitik Khas iaitu mesyuarat yang membincangkan satu agenda sahaja dan agenda yang dibincangkan ialah dari segi perundangannya bagaimana mahu memastikan Tan Sri Khalid mengosongkan kerusi menteri besar. "Kalau mesyuarat Biro Politik Mingguan dibuat setiap Selasa dan banyak agenda tapi malam tadi hanya satu agenda, tidak dibincangkan tentang nama calon," kata sumber PKR itu kepada Astro AWANI. Kata sumber itu lagi, Azmin mungkin kecewa dengan sikap Saifuddin yang tiba-tiba mengheret beliau dalam isu nama pengganti Abdul Khalid. "Sekarang nampaknya Saifuddin cuba heret Azmin tapi sebelum ini ketepikan Azmin," kata sumber itu lagi. Dalam sidang media awal hari ini, Saifuddin berkata PKR tidak ada calon lain menggantikan Abdul Khalid kecuali presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Khabar angin itu lemah, keputusan yang kita capai masih mengekalkan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PKR. "Mesyuarat semalam dihadiri presiden dan timbalan. Semuanya sudah dipersetujui. Keputusan yang dicapai adalah kekal seperti yang diputuskan pada mesyuarat lalu," Saifuddin dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insider. Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/saifuddin-tolong-lebih-bertanggungjawab-buat-kenyataan-azmin-41258?cp | PERKASA sokong LGE, Nazri isu tukang masak asing Posted: 04 Aug 2014 06:15 PM PDT NGO pendesak Melayu PERKASA menyokong cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berhubung larangan warganegara asing memasak masakan penjaja di Pulau Pinang. Bagaimanapun Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata sokongan terhadap cadangan setiausaha agung DAP itu, tidak bermaksud beliau menyokong dasar parti itu sebaliknya ia boleh membawa kebaikan kepada negara. "PERKASA menyokong dasar tukang masak warganegara asing tidak boleh memasak masakan Pulau Pinang. Saya sokong apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri (Lim Guan Eng) dan Nazri. "Ini bukan bermakna kita sokong DAP tetapi kita menyokong dasar yang bagus. PERKASA akan memberi sokongan terhadap perkara-perkara baik yang berpandukan kepada perlembagaan, budaya dan prinsip agama. "Yang kata kita kolot dan perkauman itu adalah tidak benar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini. Sebelum ini Lim dilapor melarang warganegara asing memasak masakan penjaja di negeri itu bagi mengelakkannya "sesat" rasa dan kemudiannya kenyataan beliau disokong oleh Nazri. Sekalipun dikritik oleh Pemuda MCA, Nazri menghentam MCA kerana mempertahankan kepentingan orang asing dan bukan rakyat Malaysia dan menganggap "parti itu tidak mewakili rakyat". Perkecil MCABagaimanapun MCA hari ini membidas kembali Nazri kerana memperkecilkan parti itu serta mengatakan bahawa perkara itu tidak harus dilakukan oleh seorang menteri kabinet kanan sepertinya. Mengulas lanjut, Ibrahim juga meminta agar cadangan larangan warganegara asing memasak masakan tempatan juga diluaskan ke seluruh negara. Menurut ahli politik veteran itu lagi, perkara itu perlu dibuat memandangkan terdapat ramai tukang masak yang terlatih di universiti tempatan. "Ramai pelajar-pelajar yang mengambil jurusan chef di universiti dan kolej tempatan. Kita boleh melatih mereka. Jadi kenapa nak ambil orang luar?" soal Ibrahim. Selain MCA turut dilapor membidas cadangan tersebut pengarah filem Amir Muhammad serta selibriti rancangan masakan Wan Redzuawan Ismail atau lebih popular dipanggil Chef Wan. Beliau dilapor berkata Malaysia akan menjadi bahan ketawa di mata dunia jika negeri itu melaksanakan rancangan melarang warganegara asing menjadi tukang masak makanan popular tempatan bagi mengekalkan citarasa aslinya. | Khalid nafi fitnah Saifuddin, cabar lapor SPRM Posted: 04 Aug 2014 06:00 PM PDT Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan terlibat dalam salah laku seperti yang dituduh PKR, malah mencabar partinya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menteri besar Selangor itu menyangkal dakwaan terlibat dalam urus niaga jualan tanah seperti didedah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. "Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung Keadilan Datuk Saifuddin Nasution. "Saya menafikan dakwaan ini kerana tidak benar sama sekali," kata Khalid dalam satu kenyataan hari ini. Khalid juga mencabar Saifuddin supaya melaporkan kepada SPRM dan Bank Negara dengan segera bagi membuktikan tuduhan ke atas dirinya benar. "Maka beliau (Saifuddin) dan rakan-rakan dalam Keadilan sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia," katanya. Beliau juga menyatakan kesediaan untuk bekerjsama jika disiasat pihak pihak berkuasa. "Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan untuk memberikan sepenuh komitmen dan kerja sama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya," katanya. Khalid turut tidak menolak tindakan undang-undang akan diambil ke atas pemimpin dalam PKR susulan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. "Saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap saya," katanya. Menteri besar dua penggal itu pada ketika ini berdepan kemungkinan disingkirkan partinya sendiri. Awal hari ini, Saifuddin mendedahkan Khalid terlibat dalam aktiviti meragukan membabitkan urus niaga jualan tanah di negeri itu. Saifuddin berkata, urusan jualan tersebut berlaku sejurus selepas tempoh sebulan Khalid mencapai penyelesaian luar mahkamah kes hutang dengan Bank Islam. Saifuddin berkata, Eco World memperoleh 125 hektarah yang dijual oleh Tropicana Corp Berhad yang membelinya sebelum itu daripada kerajaan negeri Selangor pada April 2013. Katanya, urusniaga penjualan kepada Eco World berlaku pada 19 Mac 2014 selepas penyelesaian hutang Bank Islam dengan Khalid pada Februari 2014. Malahan, Saifuddin juga mendakwa penjelasan Khalid mengenai penyelesaian tersebut tidak menyakinkan dan integritinya dipersoalkan. – 4 Ogos, 2014. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-nafi-tuduhan-saifuddin-cabar-pkr-lapor-sprm#sthash.UsVDGLm2.dpuf | (Foto) Gadis sengaja tayang bulu... Posted: 04 Aug 2014 05:01 PM PDT CHINA – Gadis-gadis di negara ini kini mencipta kegilaan baru. Iaitu merakamkan gambar bulu ketiak mereka dan kemudiannya memuat dalam laman web Weibo, iaitu versi Twitter di China. Ia menjadi trend dan pertandingan digelar `gadis tidak cabut bulu ketiak' bertujuan untuk menggalakkan wanita mengekalkan bulu di badan mereka. Setakat ini, beribu-ribu gambar telah dimuat naik dalam web pertandingan itu, yang kini menjadi tontonan kira-kira 28 juta orang. Kebanyakan imej menunjukkan gadis ini dengan bangga menunjukkan ketika mereka tanpa dicukur bulu. Gambar terbaik akan diletakkan dalam 10 terbaik web tersebut. Tiada hadiah disediakan. Pertandingan itu direka selepas beberapa kempen diwujudkan di China yang menggalakkan wanita untuk mengekalkan kecantikan semula jadi mereka. | Petronas pula biaya sampai RM67 juta! Posted: 04 Aug 2014 04:01 PM PDT KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd akan membiayai RM67 juta bagi penyediaan sonar imbasan dan kapal sokongan marin untuk operasi mencari dan mendapatkan semula (SAR) pesawat MH370 Malaysia Airlines yang hilang. Syarikat minyak nasional itu dalam satu kenyataan hari ini berkata kelengkapan pencarian dalam air dan kapal sokongan itu akan digunakan bagi pencarian laut dalam. "Kedua-dua aset itu, yang dibekalkan oleh DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd, akan menyertai pencarian di bawah pendekatan kelengkapan disediakan kerajaan di mana syarikat Malaysia merupakan sebahagian daripada sumber untuk membiayai operasi SAR. "Sebelum ini, Petronas telah membenarkan penggunaan kapal geo-hazard survey miliknya, MV Teknik Putra, antara 10-16 Mac, 2014, bagi operasi pencarian awal pesawat yang hilang itu di Laut China Selatan," kata syarikat tersebut. Kapal itu kini telah kembali melakukan tugas-tugas rutinnya selepas misi tersebut selesai. – BERNAMA | |
Duke of UMNO Posted: 05 Aug 2014 01:38 PM PDT AGENDA DAP MALUKAN PAS PULAU PINANG TERBONGKAR..??? Posted: 05 Aug 2014 06:17 AM PDT
Adoiiii... malu betul. Memang tak pernah dibuat orang... hahahahaaa.. Patut pun ramai yang marah. Tak profesional langsung!
Sampai warna flat pun depa nak politikkan?
Duit rakyat digunakan sampai RM1 juta. Kononnya nak jaga hati rakyat dengan cat baru di flat depa... rupa-rupanya ada "udang di sebalik mee meggi".. heh!
Ada ke patut depa cat kaler hijau, lepas tu taruk bulat kaler putih tengah-tengah? Heh! Nampak sangat buruk bebeno perangai tu... ingat flat penduduk kat situ semua orang PAS ka? Ingat flat tu markas PAS ka? Agak-agak la anak Karpal weiii...
Tapi saya rasa dalam hal ni DAP cuba sabotaj PAS Pulau Pinang. PAS kat negeri tu memang tak belaga angin dengan Guan Eng, DAP dan PKR Pulau Pinang. Perkara tu pernah disuarakan pada muktamar PAS kira-kira 2 tahun lepas...
Agak-agak PAS sanggup ke buat kerja bodoh macam tu kat rakyat? Rasanya PAS pun tahu kalau depa buat macam tu rakyat yang duduk kat flat tu akan marah dan mengamuk kat depa... kan?
Rasanya, mungkin semua ni adalah agenda DAP dan Guan Eng untuk meranapkan reputasi PAS di Pulau Pinang. Kalau PAS hilang pengaruh kat sana, mungkin PAS akan lenyap terus kat negeri tu. Sekarang pun PAS hanya ada 1 kerusi DUN saja...senang sangat Guan Eng nak pedajal...heh!
So amacam PAS? Masih tak sedar-sedar diri lagi ka? Atau PAS kat Penang tu masih "terawang-awang" di buai mimpi-mimpi indah cerita karut marut "Duta PAS ke DAP", Abang Mat Sabu?
Mat Sabu jadi "pendamai" antara PAS dengan DAP-PKR kat Penang? Hahahahaha... Buat lawak apa nihhhh..? Are you kidding me? Heh! | BOLEH CAYA KE CERITA PADERI NIHHH..? ISHHHH... Posted: 05 Aug 2014 12:53 AM PDT Saya tak tahu sama ada cerita paderi ni betul atau tidak. Pelik betul bunyinya... Ada ke patut paderi tu kata dia ada terima SMS dari setan? Nak gelak pun ada... heh! Hebat betul setan di zaman sekarang ni... dah reti hantar SMS dah! Heh! Ni cuba baca cerita paderi tu kat sini....Nak tanya sikit... umat Islam wajar ke percaya kat perkara macam ni? Tahu la kita kena percaya pada alam dan kewujudan makhluk ghaib... tapi kes macam ni macamana pulak? Paderi ni lagi hebat dari Raja Bomoh ni... mujur dia tak naik tikar terbang jerrr... larikkk!!! Heh! | |
Cucu Tok Selampit Posted: 05 Aug 2014 01:31 PM PDT Ini Padahnya Kalau Hubungan Nazri Aziz-Lim Guan Eng Intim - Pulau Pinang Sudah Ada Pesta Bogel!!! Posted: 04 Aug 2014 06:40 PM PDT Sejak Kerajaan DAP mengambilalih Pulau Pinang, pelbagai perkara tak senonoh berlaku di dalam pemerintahan Lim Guan Eng. Ini ditambah dengan sokongan kuat dan tak berbelah bagi daripada Kementerian Perlancongan di bawah Menteri DS Nazri Aziz. Sejak semalam telah tersebar sebuah video dari laman 'Vimeo' yang bertajuk "Malaysia Nude Sports Games 2014" (video berkenaan telahpun dipadamkan). Video yang berusia 2 bulan ini berdurasi 5:26 minit memaparkan beberapa lelaki dan perempuan yang mengadakan permainan pantai dan melukis di badan secara berbogel. Ianya dianjurkan oleh Kelab Sukan Bogel Pulau Pinang yang disertai oleh hampir kesemuanya berbangsa Cina dikatakan warga negara Singapura, berumur di antara 30 - 45 tahun. Pengambaran dilakukan di Taman Negara, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Adakah acara sebegini menjadi daya tarikan baru Pulau Pinang? Jangan ditanya Nazri Aziz. Apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng semuanya baik dan cantik di mata beliau. Video berkenaan juga boleh ditonton di bawah: | |
Apa Yang Tersirat Posted: 05 Aug 2014 01:29 PM PDT Perang Terbuka Antara Khalid Ibrahim dan Partinya Posted: 05 Aug 2014 07:49 AM PDT | Surat Tunjuk Sebab kepada Tan Sri Khalid Ibrahim kerana enggan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Apa kah kesudahannya? Apa kah Khalid terus bertegas untuk tidak mematahui kehendak Anwar agar beliau meletakkan jawatan, bagi membolehkan isteri Anwar menggantikannya? Khalid sudah membuat keputusan menentang, seharusnya perlu mengikut kata peribahasa alang-alang mengenggam bara api gengamlah sehaingga jadi arang. Bagi Khalid, melepaskan jawatan, tiada berguna lagi, kerana PKR sudah memutuskan, bahawa beliau adalah pemimpin yang tidak dikhendaki dalam parti. |
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan