Barisan Nasional

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Ahad, 3 Ogos 2014 at 1:01 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


A Piece of My Mind

Posted: 03 Aug 2014 11:30 AM PDT

A Piece of My Mind


The end is near, Pakatan Rakyat

Posted: 02 Aug 2014 08:48 PM PDT

In the Barisan Alternative's manifesto in 1999, the Opposition pact included a call to end BN's Oppression, Corruption, Cronyism and Nepotism. In this manifesto, Barisan Alternative said "From the 1980s, the NEP has been an excuse to practise cronyism and nepotism in business and politics. Corruption, cronyism and nepotism under the BN government has served to cripple our economic competitiveness and mortgaged our future".

This was despite the fact that when Tun Dr Mahathir Mohamad was in office, none of his children held any positions in the government or in the party. Dr M was strongly against his family members from pursuing a career in politics when he was the Prime Minister and Finance Minister.

In the recent 13th GE, there was no mention or use of the word "nepotism" in Manifesto Rakyat. Why? Is nepotism endorsed and accepted as a political culture in Pakatan Rakyat?

Say what you like but look at UMNO again. The party did not accept the combination of Tun Abdullah Ahmad Badawi and Khairy Jamaluddin in Government at the same time. Pak Lah faced a series of attacks and resigned to make way for Datuk Seri Najib Razak to be Prime Minister. Najib did not appoint Khairy to any Government positions until the recent 13th General Election. Today, KJ has risen from the ashes with a firm grip as MP of Rembau and he is popular in urban areas with youths.

Clearly, UMNO has demonstrated maturity in politics with no room for patronage and nepotism.

Nepotism is intolerable.

When Greek MP Byron Polydoras used his brief tenure as Parliament Speaker to make his daughter a permanent employee in the Speaker's Office, there was uproar in Parliament and the public.

In France, when former President Nicolas Sarkozy's son Jean Sarkozy was in line for a job in a GLC that manages a major financial district in Paris, the Opposition and public were outraged and cried nepotism.

Last year in Germany, when Bavaria's State legislature released a list of 79 lawmakers who employed siblings, spouses or children as staff at public expense, criticism was loud and clear. In fact, Georg Winter from the ruling Christian Social Union had to step down from his post as chairman of the budget committee because he employed his wife and her salary was paid by the State Parliament.

Historian Patrick French's book India: A Portrait has some interesting data on Indian politics. In India, more than 65% of the MPs below 40 are hereditary MPs. He classified 27 MPs as hyper hereditary including 19 from the Congress Party. Patrick French concluded that if this trend continues, there is a possibility that India will return to where it started, with rule by a hereditary monarch and assorted Indian princelings. In the recent elections, Narendra Modi's BJP Party was voted into power to replace the Congress Party. After he was sworn in as Prime Minister, Modi was stern in his message to his BJP MPs – avoid nepotism.

Today, the Selangor MB tussle has exposed a series of criticisms on Pakatan Rakyat, the loudest of all is nepotism. In DAP, Lim Kit Siang and the late Karpal Singh's families are firmly in power. In PKR, Anwar Ibrahim and family holds the top 3 posts in the party.

UMNO has seen a change of leadership 6 times (3 times since Anwar Ibrahim entered politics), MCA is currently with its 10th President (5 Presidents since Anwar Ibrahim entered politics). And today, we are still talking about democracy and principles with Anwar Ibrahim and family?

The voters are not blind. Direct nepotism that involves immediate family members is a subtle form of corruption and it must not be taken lightly.

The end is near, Pakatan Rakyat. Nepotism is intolerable and if UMCEDEL's polls that support for Pakatan Rakyat Selangor is at 35% only, then Pakatan Rakyat's mandate in Selangor will not go beyond two terms.

anakbukitgantang says

Posted: 03 Aug 2014 03:26 AM PDT

anakbukitgantang says


Kari Alla Gapo

Posted: 02 Aug 2014 10:55 PM PDT

Apahal sibuk musim raya ni Ustaz PU Shahul Hameed kena tangkap pulak? Di manakah rasisnya isu dia memperkatakan kembali berkenaan fakta berkenaan pengeluar kari Allagapa dan Baba? Seingat saya sejak tahun 2000-an lagi kami dah lama tahu bahawa kari tersebut dikeluarkan oleh orang berugama Hindu.
 
Bagi saya tidak menjadi kesalahan Shahul Hameed memperkatakan kebenaran.
 
Lagipon sebagai orang yang pernah bermukim lama di Miri,  Sarawak, saya tentu tak mahu makan kari Allagapa dan Baba sebab saya boleh mendapatkan kari mentah yang maseh segar dari Pasar Melayu Miri Sarawak. Di Miri Sarawak, bukan sahaja orang Melayu Miri dan Melayu Brunei  yang melanggan Rempah kari basah tersebut tapi pelbagai kaum termasuk Dayak (Iban, Bidayuh, Orang Ulu), Cina dan golongan expat luar negara.
 
Sungguh AG terburu buru mengeluarkan waran tangkap atas Shahul Hameed. Bukankah HAK orang Islam untuk mengamalkan ugama Islam termasuk mendapatkan makanan yang HALAL?
 
Bukankah HAK orang Islam mengamalkan ugama Islam dan HAK Ugama Islam pada kedudukan ISTIMEWA Malaysia seperti tertera dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dna diperkukuhkan lagi dengan Perkara 4 Perlembagaan yg sama di mana ia adalah undang undnag induk Negara ini ?
 
Nampaknya AG dan MIC yang buat demo di Brickfields kena masuk sekolah undang undang kembali.
 
P/S Selepas ini jangan tutup pula gerai jual kari basah di Pasar Melayu Miri Sarawak sebab jadi saingan kari Allagappa dan Baba ya!

bumiyang

Posted: 03 Aug 2014 03:11 AM PDT

bumiyang


Mampukah TS Khalid Bawa Keluar Selangor???

Posted: 02 Aug 2014 10:07 PM PDT

Susan Rice Lebih Tertarik Dengan Mustafa Ali Berbanding Anwar???

Posted: 02 Aug 2014 05:18 AM PDT

Taipingmali (tm)

Posted: 03 Aug 2014 01:32 AM PDT

Taipingmali (tm)


PENSYARAH UNIMAS CUBA TIMBULKAN SEMANGAT ANTI-SEMENANJUNG DI KALANGAN RAKYAT SARAWAK

Posted: 02 Aug 2014 11:17 AM PDT




Hanya bermodalkan 100 orang respondan atas talian (online), seorang pensyarah UNIMAS di Fakulti Sains Sosial, Prof Dr Andrew Aeria boleh membuat kesimpulan bahawa 72 peratus rakyat Sarawak bersetuju untuk Sarawak keluar Malaysia.

Hebat sungguh Andrew Aeria ini kerana hanya dengan sampel 100 orang responden atas talian sudah boleh menggambarkan majoriti rakyat Sarawak bersetuju untuk keluar Malaysia.

Bagaimana, seorang pensyarah yang bertaraf Profesor boleh menggunapakai sampeling 100 orang bagi mewakili lebih 2 juta rakyat Sarawak dalam mengandaikan keputusan mahu keluar Malaysia?


Di manakah letaknya taraf akademik Profesor itu yang seolah-olah cuba untuk memberikan gambaran buruk terhadap golongan setarafnya di universiti?

Biarpun mengetahui terdapat pensyarah di universiti tempatan di Malaysia yang cenderung menyokong pembangkang, tetapi dengan kajian yang berat sebelah dan tidak memenuhi piawaian akademik maka ia tidak boleh mewakili suara rakyat Sarawak.

Seperti biasa, kajian Andrew Aeria ini telah mendapat perhatian portal pembangkang The Malaysia Insider yang telah disiarkan pada 1 Ogos dengan tajuk 'Straw Poll Gives Peek Into Restive Feeling In Sabah dan Sarawak'.


Melihat kepada latar belakang Andrew Aeria ini yang cenderung kepada pembangkang dengan menganggotai beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang dinaungi PKR dan Pakatan Rakyat.

1. Penasihat Institut Rakyat yang diketuai Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

2. Salah seorang pemimpin dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Aliran yang menyokong hak kemanusiaan dan sejagat (memperjuangkan hak pesalah ISA)

3. Pemimpin NGO Aliran merupakan sebahagian daripada pemimpin NGO Negaraku yang dipimpin Datuk S. Ambiga yang pernah mengetuai Perhimpunan Haram BERSIH.


Maka, dengan itu tidak hairanlah sekiranya pensyarah UNIMAS itu membuat analisis dengan mempersoalkan kenapa rakyat Sarawak masih mahu menyokong BN Sarawak sedangkan BN itu merupakan sebahagian daripada BN Pusat dengan merujuk kepada keputusan rakyat Sarawak yang mahu keluar dari Malaysia.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 02 Aug 2014 11:30 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SEBELUM PAS KELUAR PAKATAN, KITA KENCING DIA PUAS-PUAS, KATA MEREKA

Posted: 02 Aug 2014 06:47 AM PDT

SEBELUM PAS KELUAR PAKATAN KITA KENCING DIA PUAS-PUAS
DAP menyeru pimpinan PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat khasnya DAP di seluruh negara terhadap PAS.

DAP amat terkilan dengan pendedahan mesej Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam "Whatsapp AJK PAS Pusat" yang berbunyi;

"Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi ADUN PKR+12 UMNO, dah bentuk simple majoriti. UMNO dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB..Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini..."

Yang pertamanya, Dr Zuhdi tidak menafikan menulis mesej tersebut tetapi cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh beliau adalah "analisis senario" kepada cadangan oleh seorang pemimpin kanan PAS supaya PAS keluar dari PR.

1. AIR KENCING DAP PERTAMA KEPADA PAS:-

"Analisis" sebegini lebih-lebih lagi dari seorang pemimpin PAS pusat adalah sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat. Walaupun cadangan untuk kekal atau keluar dari PR adalah hak pimpinan PAS, namun cadangan untuk bergabung dengan UMNO dan membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP, tetapi juga kepada rakyat Selangor khasnya kaum Cina yang telah memberikan mandat yang jelas kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13.

2. AIR KENCING DAP KEDUA KEPADA PAS:-
Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk dan dihina dengan sekeras-kerasnya. Saya ingin mengingatkan Dr Zuhdi dan mana-mana pimpinan PAS supaya memahami analisa politik bahawa kemenangan kerusi-kerusi yang dimenangi  PAS di Selangor adalah melalui sokongan kuat kaum Cina yg menyokong DAP. 

3. AIR KENCING DAP KETIGA KEPADA PAS:-Pimpinan PAS tak perlu berlagak sombong atau bongkak kerana DAP memainkan peranan besar dalam PRU13 yang lepas. Kalau mengharapkan sokongan kaum Melayu semata amat mustahil untuk PAS menang 15 kerusi DUN di Selangor!

4. AIR KENCING DAP KEEMPAT KEPADA PAS:-
Yang keduanya dan lebih mendukacitakan ialah seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS yang sepatutnya diamanahkan sebagai "think tank" kepada PAS boleh "mengimaginasi" untuk "menjentik DAP, gereja dan non Muslim" apabila ada pandangan yang berbeza. Ke mana perginya sifat keterbukaan dan toleransi slogan "PAS for ALL"?

Saya juga tidak pernah ada imaginasi bahawa seorang pemimpin PAS boleh "mengimaginasi" seperti UMNO untuk mengembalikan kuasa politik Melayu Islam melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya. Bukankah cadangan seperti ini seolah-olah bersekongkol dengan SPR dan tiada beza dengan agenda dari PERKASA?

Cadangan dan pemikiran Dr Zuhdi ini amat mencemarkan imej positif PAS yang selama ini dilihat sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan keadilan dan kuat berpegang kepada prinsip. Saya yakin majoriti pemimpin PAS Pusat bersama DAP dan amat tidak bersetuju dengan cadangan dan pandangan Dr Zuhdi.

DAP menyeru pimpinan PAS pusat supaya mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri daripada cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara terhadap PAS. PAS juga perlu memecat Dr. Zuhdi bagi menghormati dasar kerjasama dengan DAP.


5. AIR KENCING DAP KELIMA KEPADA PAS:-Ingatlah bahawa DAP tidak memerlukan PAS sebaliknya PAS yang memerlukan DAP untuk mendapat undi kaum bukan Melayu.

Setiausaha Agung Organisasi
DAP Kebangsaan
LOKE SIEW FOOK

(Mewakili suara Lim Guan Eng & Lim Kit Siang, kerana LGE & LKS tidak membantah pun, buat make do no saja)

TIGA GAMBAR, PERTEMUAN SULIT ANWAR - SUSAN RICE - ISRAEL

Posted: 02 Aug 2014 12:37 AM PDT

SUSAN RICE SOLIDARITY ISRAEL
PERTEMUAN SULIT ANWAR - SUSAN RICE SOLIDARITY ISRAEL

ISRAEL SOLIDARITY FOR ANWAR


The Unspinners

Posted: 02 Aug 2014 11:30 PM PDT

The Unspinners


Anwar berniat nak ugut rakyat guna air macam Israel

Posted: 02 Aug 2014 08:41 PM PDT




Adakah Kelvin Yapp lebih utama dari Kiki dan Ustaz PAS Shahul?

Posted: 02 Aug 2014 06:23 AM PDT


KENYATAAN MEDIA
2 Ogos 2014

Apa Istimewanya Kelvin Yip Berbanding Kiki & Ustaz Shahul?

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang lelaki berbangsa Cina bernama Kelvin Yip di laman Facebook seperti nama yang sama secara terang-terangan telah menghina orang Melayu dan Islam di negara ini.

Pergerakan Pemuda UMMO Wilayah Persekutuan (PPUWP) memandang serius perkara ini kerana telah semakin berleluasa dan terbukti sejak kebelakangan ini sebilangan orang Cina berjiwa Pembangkang telah semakin biadap tanpa menghiraukan sensitiviti agama lain terutama Islam di negara ini.

Lebih mengejutkan juga adalah tindakan pihak berkuasa yang nampaknya mengamalkan 'selective prosecution' apabila terdapat satu kes yang diklasifikasikan sebagai 'samseng jalanan' terhadap seorang wanita yang dituduh bernama Kiki.

Tanpa ada laporan Polis, beliau disiasat dan dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan dikehendaki melakukan kerja-kerja kemasyarakatan. Siasatan, pendakwaan dan hukuman yang dijatuhkan sangat pantas.

Sama juga kes yang melibatkan Ustaz Shahul yang dikatakan membuat kenyataan berunsur perkauman & menghina masyarakat India. Begitu cepat beliau dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan.

Tetapi lebih menarik setelah 7 hari berlalu, tiada apa-apa tindakan yang diambil terhadap Kelvin Yip walaupun beberapa laporan Polis telah dibuat dan telah menjadi viral di laman sosial seperti popularnya Kiki.

Persoalannya mengapakah perkara ini terjadi?

PPUWP menggesa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara untuk memulakan siasatan dan mendakwa Kelvin Yip kerana telah menghina agama Islam dan mengganggu emosi umat Islam ketika sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Kadang-kadang kita pun keliru bagaimana pihak PDRM dan juga Jabatan Peguam Negara memantau isu-isu yang berlaku dalam negara. Ada di antara isu di ambil tindakan amat cepat dan pantas, ada yang tidak di ambil peduli walaupun ianya jelas melibatkan Penghinaan kepada Agama ataupun Bangsa.

Rata-rata rakyat peringkat bawahan mengadu pada saya dan rakan-rakan lain, kenapa pihak berkuasa begitu FOBIA berkenaan isu melibatkan orang Melayu terhadap orang Cina tetapi tidak ada langsung tergugat sekiranya orang Cina melakukan penghinaan kepada Islam mahupun orang Melayu.

Ramai yang beranggapan, kemungkinan kaum Cina akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa tetapi kalau ianya berlaku kepada orang Melayu, kaum ini akan ambil mudah dari sudut undang-undang.

Pihak berkuasa seharusnya menjaga kepentingan undang-undang dan yang paling penting, menjaga keselamatan semua pihak tidak kira bangsa, agama mahupun pangkat.

Saya menggesa agar Peguam Negara memberikan penjelasan kepada kes-kes yang tertangguh melibatkan sensitiviti Bangsa dan Agama.

Sekiranya Peguam Negara gagal melaksanakan perkara ini, sudah masanya YAB Perdana Menteri mencari pengganti yang boleh menjaga kepentingan rakyat dan keharmonian negara dengan lebih baik.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Stopa dah sign surat tapi sembunyi keputusan PAS keluar PR?

Posted: 02 Aug 2014 02:30 AM PDT


Mesej ini tersebar luas dan segera Dato Mustafa ALi menafikan.

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menafikan dakwaan yang disebarkan di laman sosial kononnya Mesyuarat Dewan Ulama Pas Pusat telah memutuskan keluar daripada pakatan pembangkang.

Mustafa berkata, berita yang tersebar di laman Facebook itu adalah palsu dan tidak perlu dilayani oleh semua pihak.

"Mana ada Pas adakan mesyuarat malam ini, malah kenyataan itu langsung tidak masuk akal, tiada...tiada berita tentang golongan ulama itu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Berita itu tersebar selepas pemilik akaun Facebook, Wan Indra Putra Ahmad menaikkan status terkini yang kononnya Pas mahu keluar dari pakatan pembangkang sejam yang berlalu.

"Terkini, mesyuarat Dewan Ulama Pas Pusat yang berlangsung sebentar tadi telah buat ketetapan bahawa Pas (Parti SeIslam Malaysia) umum keluar Pakatan Rakyat.

"Rujukan Presiden Parti, takbir takbir takbir, Nuar mengelupur beb," katanya.

Dalam pada itu, Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad turut memberitahu tiada perbincangan langsung berhubung tindakan mahu keluar pakatan pembangkang.

"Kami tidak ada langsung berbincang perkara itu walaupun dalam mesyuarat sebelum ini, malah malam ini pun mana ada mesyuarat Pas. Semua yang tersebar itu tidak ada sebenarnya," katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140802/dn_01/Pas-nafi-berita-keluar-pakatan-pembangkang#ixzz39BoHdmbF

© Utusan Melayu (M) Bhd

Kemudian itu satu surat yang bertandatangan Mustafa di mana PAS dipercayai sudah mahu keluar Pakatan juga tersebar.


Kenapa Stopa Ali cuba sembunyikan?

Stopa hanya main dengan perempuan simpanan tapi belum lagi main bontot jambu. Hmmm ... 8hb Ogos jumaat depan nasib anwar di tangan mahkamah persekutuan.

Belantan

Posted: 02 Aug 2014 11:19 PM PDT

Belantan


Pakar fitnah PKR, Rafizi tuduh pemimpin Pas khianat?

Posted: 02 Aug 2014 09:07 PM PDT


Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa mesej kumpulan WhatsApp AJK Pas Pusat tentang senario yang dijangka berlaku sekiranya parti itu keluar daripada pakatan pembangkang menggambarkan kewujudan unsur-unsur khianat dalam kalangan pimpinan tertinggi parti tersebut.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, pendapat dan sentimen yang dinyatakan oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki dalam mesej yang dipercayai dibocorkan oleh seorang pemimpin Pas itu bercanggah dengan janji-janji yang dimeterai parti tersebut dalam pakatan pembangkang.

Malah, menurut beliau, kenyataan perkauman songsang yang dibawa oleh Mohd. Zuhdi telah merosakkan pandangan bukan Islam terhadap mesej Islam membawa rahmat ke seluruh alam yang dibawa oleh Pas sendiri.

"Oleh yang demikian, saya memohon supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan tindakan disiplin ke atas Mohd. Zuhdi yang akan diambil oleh Pas apabila beliau mengutarakan cadangan yang khianat kepada perjanjian yang Pas meterai dengan pakatan pembangkang dan rakyat yang mengundi Pas serta pakatan pembangkang.

"Berapa ramai lagi daripada kalangan pimpinan pusat Pas yang berpandangan perkauman dan antidemokrasi seperti ini supaya kita tahu pendirian mereka, bukannya bermuka-muka di depan dan mengutarakan cadangan yang khianat kepada pakatan pembangkang dalam perbincangan tertutup seperti Mohd. Zuhdi ini?," katanya menerusi kenyataan dalam laman blog beliau di http://rafiziramli.com hari ini.

Mesej WhatsApp yang dikatakan mengandungi perbincangan sulit antara sekumpulan pemimpin kanan Pas sekiranya parti itu keluar daripada pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan UMNO itu tersebar sejak kelmarin.

Berdasarkan kepada cetakan skrin yang dipaparkan portal Hornbill Unleashed di http://hornbillunleashed.wordpress.com/2014/07/29/61691/ hari ini, Mohd. Zuhdi memberi analisis bahawa Pas mungkin boleh mengekalkan penguasaan parti itu di Selangor sekiranya bergabung dengan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan dua ADUN PKR.

Sementara itu, dalam kenyataan melalui laman Facebooknya semalam, Mohd. Zuhdi menjelaskan, maklumat perbincangan yang sangat sulit dan rahsia tersebut dipercayai telah dibocorkan oleh salah seorang pemimpin kanan parti di dalam kumpulan WhatsApp AJK Pas Pusat.

Beliau memberitahu, tindakan tersebut membangkitkan 'fitnah yang sedang tidur' pada hari terakhir Ramadan sekali gus menunjukkan sikap sangat buruk pada individu terbabit.

"Ini dilakukan untuk memalitkan nama saya dengan gerakan untuk membawa Pas keluar daripada pakatan pembangkang setelah saya melakukan beberapa kritikan keras ke atas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kemelut isu Menteri Besar Selangor.

"Saya menegaskan bahawa saya tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul keluar pakatan pembangkang itu," katanya.

Jelas Mohd. Zuhdi, beliau membuat analisis tentang senario yang bakal berlaku jika Pas keluar daripada pakatan pembangkang khususnya dari segi kedudukannya di Selangor setelah dipersetujui oleh ahli kumpulan WhatsApp terbabit.

Suara Politik
Belantan

Tony Pua hanya syok sendiri - Pas?

Posted: 02 Aug 2014 08:02 AM PDT


Kenyataan kononnya Pas akan lenyap di Selangor sekiranya pilihan raya mengejut diadakan ekoran krisis dalam kalangan pakatan pembangkang berhubung kedudukan pucuk pimpinan negeri Selangor gagal diselesaikan merupakan kenyataan 'syok sendiri.'

Sambil menempelak kenyataan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, sejarah terus memperlihatkan Pas tetap bertahan, akan tetap kuat dan bangkit dengan jenteranya yang semakin meluas di semua peringkat.

Katanya, rakyat menilai setiap orang bertanding berdasarkan parti, peribadi, bakti mereka dan persoalan Pas akan lenyap merupakan suatu yang amat mustahil kerana Pas terbukti bertahan di negara ini sejak 51 tahun lalu.

"Pas tak mungkin lenyap dan sentiasa boleh bertahan. Di Terengganu, kita jatuh pada 2004, tapi kita bangkit sekarang, tinggal dua kerusi lagi untuk kita kuasai.

"Kita ada jentera di mana-mana sahaja. Yang tak ada jentera ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR). DAP hanya ada jentera di peringkat elit sedangkan rangkaian Pas di peringkat akar umbi, di semua tempat.

"Itu terpulang kepada Tony Pua untuk memberi amaran namun istilahnya adalah 'syok sendiri'," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini semalam.

Tony Pua yang juga Pengerusi DAP Selangor dilaporkan mendakwa pakatan pembangkang berisiko kalah, manakala Pas pula mungkin lenyap kerana kehilangan banyak sokongan sekiranya pilihan raya mengejut diadakan untuk menyelesaikan isu penggantian Tan Seri Abdul Khalid.

Amaran itu dibuat berikutan tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada minggu lalu yang menyokong Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar yang boleh menimbulkan perpecahan ketara pakatan pembangkang.

Dr. Mohd Khairudin berkata, sekiranya pakatan pembangkang tewas, PKR seharus dipersalahkan sebagai punca dan bukannya Pas kerana mencetuskan konflik ini.

"Pas hanya berpegang kepada pendirian asal, kita bersetuju dengan Menteri Besar Selangor sedia ada, tetapi yang timbulkan masalah adalah PKR," katanya.

"Kalau jatuh sekali pun, sebabnya adalah kerana PKR. Pas hanya mempertahankan Abdul Khalid supaya rakyat boleh melihat pakatan pembangkang sebagai sebuah parti yang telus dan memang berkhidmat untuk rakyat kerana setakat hari ini tak ada satu hujah yang kuat untuk menurunkan dia," ujarnya.

Katanya, selagi tidak ada bukti-bukti penyelewengan dikemukakan terhadap Abdul Khalid, maka adalah menjadi tanggungjawab Pas sebagai pemimpin ummah untuk terus mempertahankan Abdul Khalid.

Suara Politik
Belantan

Hadiah PKR kepada rakyat PALESTINE?

Posted: 02 Aug 2014 03:19 AM PDT


Isu Krisis Menteri Besar Selangor sengaja di muat naikkan secara berterusan adalah bertujuan untuk menghilangkan isu serangan di Palestine yang mana pemimpin PKR iaitu Anuar Ibrahim mempunyai kaitan dalam isu sokongan terhadap Israel..!!!



Amat mengejutkan apabila sebuah akhbar dari Israel menamakan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Apakah kaitan Israel dengan Anwar Ibrahim? Kenapa Israel inginkan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Fikir dan renongkan lah....!!!

Suara politik
Belantan

oyabun

Posted: 02 Aug 2014 11:06 PM PDT

oyabun


Hadi tetap pertahan Khalid?

Posted: 02 Aug 2014 10:38 PM PDT


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Insya-Allah, itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan Pas akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.

"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi Pas bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya yang ditemui pemberita di rumahnya di Rusila di sini hari ini.

Menurut Abdul Hadi, hasil penelitian dan kaji selidik beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam Pas mahupun pihak luar, didapati majoriti rakyat Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya, kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam pakatan pembangkang.

Sebelum ini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.


Abdul Hadi berkata, alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar.

"Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan-alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal.

"Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau," tegasnya.

Ditanya sama ada keputusannya itu bakal melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang, beliau berkata: "Itu perkara mendatang dan kita boleh berbincang dan berunding. PAS akan terus bersama pakatan dan pendapat berbeza itu sudah biasa sejak dahulu lagi".

Apabila diajukan soalan bahawa pendirian beliau itu menunjukkan Pas seolah-olah cuba menghalang apa yang didakwa sebagai jalan terakhir untuk Anwar ke Putrajaya, Abdul Hadi menyangkalnya sambil menyatakan perjuangan pakatan pembangkang bukannya perjuangan peribadi tetapi perjuangan untuk rakyat.

Ditanya adakah Pas berhasrat mengajak Abdul Khalid menyertai parti itu, beliau berkata, pihaknya tidak berhasrat berbuat sedemikian.

"Itu bukan cara kita dan sejak awal lagi walaupun kita (Pas) punyai 15 kerusi DUN, yang lebih daripada PKR, kita (PAS) beri kepada PKR (kerusi MB di Selangor) kerana kita sudah ada Kelantan (diperintah oleh PAS),' katanya sambil menyatakan kesihatannya kini semakin baik dan tetap mengikuti perkembangan politik semasa.

Abdul Hadi sebelum ini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas.

Ketika ini Pas mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor manakala PKR (14) dan DAP (15).

Wasabi Oyabun..

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 02 Aug 2014 09:27 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


BARUA ZIONIS KAT MALAYSIA TAK SUKA FOTO NI.

Posted: 02 Aug 2014 01:58 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 02 Aug 2014 09:23 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Coretan Dato Seri @NajibRazak Di Belanda #MH17

Posted: 02 Aug 2014 05:04 PM PDT

Apa Yang "Ustaz PAS" Ini Merapu Nih?

Posted: 02 Aug 2014 08:00 AM PDT

Surat Ini Dakwa PAS Sudah Keluar Pakatan Rakyat, Benarkah Begitu?

Posted: 01 Aug 2014 11:09 PM PDT

PenangWasabi

Posted: 02 Aug 2014 09:16 PM PDT

PenangWasabi


Anggota Kongres AS Puji Kepimpinan Najib Kendali Rundingan MH17?

Posted: 01 Aug 2014 11:17 PM PDT


Seorang anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kepimpinannya dalam rundingan mengenai penyerahan mayat-mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17.

Eni F.H. Faleomavaega yang mewakili Samoa-Amerika memuji Najib dalam satu persidangan Kongres dan kata-kata beliau itu telah dipaparkan di laman http://capitolwords.org pada 24 Julai lepas.

Capitol Words menyiarkan perkataan yang paling kerap digunakan dalam Rekod Kongres, memberi peluang kepada pembaca laman web itu mendapatkan maklumat mengenai isu-isu yang diketengahkan penggubal dasar secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

Capitol Words adalah sebuah projek oleh Sunlight Foundation berpangkalan di Washington DC - bersifat non-partisan dan tidak mengaut keuntungan - yang menyokong kerajaan terbuka di peringkat global dan menggunakan teknologi untuk menjadikan kerajaan lebih bertanggungjawab kepada semua.

Dalam tulisan di laman berkenaan, Faleomavaega memuji Najib kerana tidak membiarkan rundingan dengan puak pemisah di Ukraine dilakukan pembantunya.

"Penglibatan secara peribadi Perdana Menteri Najib dalam rundingan menetapkan standard diplomasi di seluruh dunia. Saya menghargai Perdana Menteri Najib untuk tidak membiarkan pembantunya melakukan rundingan," kata anggota Kongres itu.

Faleomavaega menambah bahawa Najib mengadakan siri rundingan sulit dengan pemisah untuk mencapai satu perjanjian bagi menyerahkan mayat-mayat dan jaminan mendapatkan laluan selamat pasukan penyiasat ke lokasi nahas.

Perdana Menteri juga berjaya membawa pulang kotak hitam pesawat Penerbangan MH17 bagi membolehkan siasatan penuh dijalankan, katanya.

"Beberapa perkara dalam hidup ini adalah suci dan saya gembira bahawa Perdana Menteri Najib melihat aspek itu.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana mengetepikan politik untuk tujuan yang lebih penting - iaitu untuk mengembalikan mayat bapa, ibu, abang, kakak, anak lelaki dan anak-anak perempuan kepada anggota keluarga yang kehilangan dan menyayangi mereka.

"Saya memuji beliau kerana melakukan apa yang orang lain tidak akan lakukan atau tidak mampu melakukan," kata Faleomavaega.

Dalam tulisan di laman itu, beliau juga mengucapkan takziah dan berdoa kepada mereka yang terlibat dengan tragedi itu.

"Selepas siasatan penuh dan adil, saya berharap mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan," kata Faleomavaega.Pesawat MAS penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia, pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal itu dipercayai telah ditembak jatuh tetapi sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas perbuatan keji itu.

Pada 19 Julai lepas, Najib dalam sidang akhbar berkata beliau telah bercakap dengan Alexander Borodai, pemimpin yang menguasai wilayah lokasi nahas pesawat MH17.

Tiga perjanjian dicapai Perdana Menteri dengan Borodai iaitu mayat-mayat mangsa pesawat itu diserahkan kepada Netherlands; kedua-dua kotak hitam akan diserahkan kepada pasukan penyiasat Malaysia dan pasukan penyiasat bebas antarabangsa dijamin akses yang selamat untuk ke lokasi nahas bagi memulakan siasatan penuh kejadian itu.--BERNAMA

Penang Wasabi..

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 02 Aug 2014 03:04 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Isu Sultan S'ngor khalwat Wan Azizah, wartawan Bernama mohon maaf

Posted: 02 Aug 2014 04:00 PM PDT


Kecoh di kalangan rakan-rakan media kelmarin apabila story membabitkan seorang Reporter BERNAMA mempersenda institusi Raja Melayu & menghina Islam.

Rujuk di sini, story berkenaan.

Sudah menjadi kebiasaan penulisan saya di dalam blog ini, apabila terdapat respon terhadap artikel saya. Saya akan ambil kira untuk dimasukkan ke dalam blog ini terutama apabila ia membabitkan isu-isu sensitif yang boleh merosakkan keharmonian rakyat Malaysia.

Saya hormati pendirian dan permohonan maaf terbuka daripada Chandravathani Sathasivam yang dilakukam lewat petang kelmarin.


Sekurang-kurangnya beliau tidak menuduh orang ketiga hack account FB peribadinya, berdolak dalik dan yang paling penting beliau pantas memberikan respon balas.

Tentu sekali apabila terdapat isu sebegini, ia menjadi tanggungjawab saya menegur individu yang gagal memahami maksud RESPECT kepada sesama kita.

Saya berharap tiada lagi isu-isu sensitif ini berulang pada masa akan datang kerana ianya bakal memberikan impak negatif kepada generasi akan datang.

Sekarang terpulang kepada pihak berkuasa menentukan apakah ada tindakan yang bakal dikenakan ataupun sekadar tutup saja kes ini.

Sumber

Jijik! Rakyat M'sia ini nyata sokong Israel secara terbuka!

Posted: 02 Aug 2014 06:01 AM PDT

Sebelum ini kita dimomokkan dengan nama-nama besar dalam dunia politik, NGO dari Malaysia yang terlibat secara tidak langsung dengan Israel.

Jarang kita lihat rakyat negara menyatakan sokongan secara terbuka kepada bangsa yang dilaknat Allah ini kecuali Saudara Anwar Ibrahim satu ketika dahulu.

Kini, dengan kemajuan ICT yang pesat, rakyat Malaysia tidak lagi segan silu menyatakan sokongan mereka secara terbuka kepada Israel.

Buktinya dapat dilihat dari sekeping gambar dari print skrin sebuah laman FB milik Zionis di bawah ini:

'Saya yang cadang Wan Azizah jadi MB S'ngor'

Posted: 02 Aug 2014 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali memberitahu, cadangan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu diberikan olehnya kepada biro politik PKR.
Dalam laman Tweeternya, Dr Syed Ali turut mengakui nama Wan Azizah itu diberikan bukan sahaja untuk jawatan MB Selangor tetapi sudah diberikan untuk menjadi calon PKR untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang berlangsung pada 23 Mac lepas.

Pada Sabtu, empat pemimpin cabang PKR iaitu R Sivarasa (Subang), William Leong (Selayang), Yew Boon Lye (Klang) dan David Cheong (Kuala Langat) menyatakan sokongan kepada Wan Azizah yang dianggap paling layak menjadi menteri besar.

Mereka turut meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur dari jawatan tersebut bagi menghormati keputusan parti.

Keempat-empat mereka juga meminta anggota PKR menyokong keputusan Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai lalu yang menamakan Wan Azizah sebagai calon untuk jawatan itu.

Sebelum ini, Wan Azizah turut membayangkan kesediaan memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor sekali gus menggantikan Abdul Khalid.

Azizah berkata, ia adalah satu tanggungjawab yang besar dan amanah yang perlu dijaga.

Foto Fazura dalam tandas jadi perhatian peminat

Posted: 02 Aug 2014 03:01 AM PDT

Rotikaya sekali lagi menggunakan populariti laman Facebooknya dengan memuatnaik foto-foto artis secara spontan untuk peminat-peminat mereka.

Terbaru, pengendali laman tersebut telah memuatnaik sekeping foto Fazura yang berada di dalam bilik air dan sedang berselfie.

Ada beberapa peminat hampir tidak mengenali pelakon jelita itu kerana beliau tidak mengenakan sebarang solekan di wajahnya. Namun begitu, wajah Fazura masih kelihatan cantik serta bersih.


(Foto) Pameran 'seni coli' di Pulau Pinang

Posted: 02 Aug 2014 01:20 AM PDT

GEORGETOWN: Seorang artis seni visual berhasrat meningkatkan kedudukan wanita dalam masyarakat melalui karyanya yang menampilkan keazaman, kegigihan dan keyakinan mereka dalam melayari bahtera kehidupan.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Louise Low Seok Loo, 30, memanfaatkan daya kreativitinya melalui penggunaan 1,000 bra pelbagai warna sebagai karya seni untuk dipamerkan selama sebulan bersempena Festival Georgetown, yang dirasmikan semalam.

Pada mulanya, Louise, yang tergolong dalam senarai 10 artis seni visual wanita paling terkenal di Malaysia, berharap dapat menarik perhatian orang ramai terhadap misinya itu dengan mempamerkan seni bra pada kereta, motosikal, basikal, beca dan motosikal penjaja.

"Malangnya, ia merupakan suatu kesalahan memandu kenderaan berhias, tanpa permit khas. Saya akan mematuhi prosedur yang ditetapkan dan berusaha mendapatkan permit daripada polis," kata artis kelahiran Kuala Lumpur ini kepada Bernama di sini hari ini.

Karya unik Louise itu kini dipamerkan di Hin Bus Depot Art Centre.
Louise berkata matlamatnya ialah untuk meneroka kepekaan serta pandangan lazim orang ramai terhadap bra, sambil mewujudkan standard baharu dalam memperagakan karya seni di Malaysia dan memperkenalkan seni kontemporari dalam pelbagai bentuk.

"Melalui pertentangan yang amat ketara ini, saya rasa ia akan mencabar praanggapan masyarakat umum tentang wanita. Ia juga mempersoalkan kedudukan sterotaip wanita dan mendorong mereka supaya memikirkan kembali peranan masing-masing dalam masyarakat," katanya.
Beliau berkata, karya yang mengambil masa kira-kira sebulan untuk disiapkan itu, juga mampu mendidik masyarakat, khususnya generasi muda Cina, tentang kepercayaan karut.

Dalam budaya masyarakat Cina, pakaian dalam wanita dipercayai boleh membawa 'sial' sekiranya dipamerkan dengan sesuka hati.

Oktober lepas, Louise memperkenalkan karyanya bertajuk 'Fatal Attraction-The Bra Shark' bersempena kempen untuk menghentikan keganasan terhadap wanita. - BERNAM

Selangor akan kembali kepada BN - Khalid

Posted: 02 Aug 2014 01:01 AM PDT

"Saya beri amaran kepada Pakatan Rakyat (PR) jika saya disingkirkan, negeri Selangor akan balik kepada Barisan Nasional.

"Saya tidak akan undur diri. Tetapi saya minta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kemukakan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) jika itu yang mereka mahu," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tanpa berselindung atau mungkin sudah muak dengan karenah ahli dan pemimpin parti, Menteri Besar Selangor itu menjelaskan masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sudah tidak boleh disorok lagi dan sangat memalukan.

"Saya tidak mahu bercakap banyak mengenai masalah tetapi apa yang berlaku sepatutnya tidak berlaku.

Amatlah memalukan bila orang luar melihat perangai ahli PKR.

"Terus terang saya nyatakan di sini, bukan ugutan tetapi jika saya dipaksa meletak jawatan dengan cara ini, saya amat yakin Selangor akan dirampas oleh BN dengan mudah nanti," tegasnya.

Selangor terus bergolak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 apabila ada pihak dalam PKR tidak setuju khidmat Khalid disambung walaupun mendapat sokongan penuh Pas dan DAP.

Malah kekecohan dalam pemilihan PKR yang belum selesai hingga hari ini turut memburukkan Abdul Khalid dan parti itu sendiri di mata umum.

Faekah Sindir Guang Eng Sokong Wanita Jadi MB

Posted: 02 Aug 2014 12:32 AM PDT

PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin dengan nada sinis menyindir kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyokong seorang wanita dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Dalam Twitternya pada Sabtu, Faekah berkata, Pulau Pinang harus terlebih dahulu memulakan langkah tersebut.

"Ya mula dengan P.Pinang. Go for it Betty!"," tulisnya di Twitter dituju khas kepada isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng.

Tweet tersebut kelihatan jelas menyindir Betty yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan tidak memegang apa-apa jawatan politik.

Tweet itu juga mencerminkan sokongan Faekah terhadap Khalid kerana beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI).

Pada Jumaat, Guan Eng menggesa semua pemimpin dari pelbagai parti menyokong wanita dilantik sebagai menteri besar.

Hubungan Pakatan Rakyat kini tegang berhubung isu kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Terdahulu, kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat bersetuju dengan cadangan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor digantikan oleh Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Namun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka menolak cadangan untuk melantik Dr Wan Azizah bagi menggantikan Khalid.

Perjuang Gaza: Malaysia berdepan sekatan ekonomi

Posted: 01 Aug 2014 11:16 PM PDT

SHAH ALAM – Tidak mustahil sekiranya Malaysia dikenakan sekatan ekonomi kerana kelantangannya menentang tindakan kejam rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, kemungkinan itu mungkin berlaku dalam usaha Israel melumpuhkan ekonomi negara yang menyokong Palestin.

"Kegawatan ekonomi seperti yang berlaku pada 1997, 1998 dan 2008 boleh berulang. Harga bahan api, getah dan kelapa sawit akan naik mendadak dan kejatuhan ringgit boleh jejas ekonomi negara.

"Keterbukaan ekonomi Malaysia yang membuka ruang syarikat luar untuk melabur juga berisiko (terjejas) sekiranya negara luar (yang menganggap Malaysia sebagai penyokong pengganas) menarik balik pelaburan mereka di negara ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, langkah berjaga-jaga tetap perlu diambil, kerana negara-negara Barat terutama yang menguasai ekonomi dunia mungkin mengambil kesempatan ke atas Malaysia pada bila-bila masa.

Media Israel kelmarin memetik agensi keselamatan negara itu, Shin Bet yang menuduh kononnya Malaysia dijadikan tempat latihan pejuang Hamas, sekali gus cuba melibatkan Malaysia dengan konflik itu.

Israel cuba pusing cerita

Kerajaan Hamas, yang dilantik rakyat Gaza untuk mentadbir wilayah itu melalui pilihan raya secara demokratik pada 2006 dilabel secara rasmi sebagai pengganas oleh beberapa kuasa Barat, menyebabkan ia tidak diiktiraf sebagai kerajaan dan diharamkan mempunyai sebarang hubungan politik atau ekonomi dengan negara-negara tersebut.

Mengulas dakwaan media Israel mengenai Malaysia, Amir Hussin berkata Israel sedang membohongi diri mereka sendiri sedangkan rejim itu tahu pendirian tegas Malaysia dalam isu kemanusiaan.

"Ini adalah cubaan mereka untuk menjatuhkan negara kita. Negara luar sewajarnya menimbangkan laporan berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan ke atas Malaysia," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohamad Abu Bakar juga tidak menolak kemungkinan berlakunya sekatan ekonomi terhadap Malaysia atas dakwaan menyokong 'keganasan' dan pejuang Hamas.

"Dunia tahu pendirian Malaysia yang sejak dahulu lantang menentang kezaliman Israel dan sentiasa membantu dan menghantar misi kemanusiaan ke Gaza. Selama ini Malaysia membela nasib rakyat dan penderitaan yang dialami penduduk Palestin.

"Hamas pula sebuah badan ditubuhkan untuk mentadbir Genting Gaza yang didiami penduduk Palestin. Secara tidak langsung, Malaysia dianggap menyokong Hamas, walaupun sebenarnya agenda utama Malaysia adalah membela mereka yang menderita di bumi Gaza," katanya.

Khairy: Dalam Dunia DAP, menghina agama tidak salah?

Posted: 01 Aug 2014 11:01 PM PDT

PETALING JAYA: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin tidak berpuas hati berhubung kenyataan balas daripada Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang menuduh Khairy mengapi-apikan keadaan dan masyarakat hanya perlu belajar untuk ketawakan kemudian lupakan sahaja kes Kelvin Yip yang menghina sambutan Hari Raya dengan bahasa yang kotor.

"Oh, mungkin dalam dunia DAP komen yang menghina agama itu bukan kesalahan. Hanya perlu ketawakan sahaja kebodohan itu," sindirnya di laman Facebooknya.

Khairy juga sudah menjangkakan akan menerima komen yang negatif daripada beberapa pihak yang tidak senang beliau membandingkan kes Kelvin Yip dengan Kiki yang dihukum kerana menjadi pembuli jalan raya.

"Perbandingan saya buat antara Kiki dan Kelvin bukan pada jenis kesalahan tetapi dari segi penguatkuasaan undang-undang.

"Walaupun kes berbeza, kedua-dua Kiki dan Kelvin telah menjadi isu 'public interest' atau kepentingan umum.

"Jika kedua-dua disyaki melanggar undang-undang, kita nak melihat tindakan yang pantas dan cepat. Perbandingannya di situ, bukan dari sudut jenis kesalahan," jelasnya.

"Jika Malaysia ingin terus menjaga keharmonian dan sensitiviti kaum, tindakan (penguatkuasaan undang-undang) yang adil dan tegas harus dilaksanakan dan bukannya hanya ditangani dengan nasihat 'Chill lah', 'Just laugh it off'.

"Satu lagi, kes Kelvin ini bukan lesen untuk mana-mana pihak buat komen yang rasis kepada mana-mana kaum. Jangan dia (Steven) pula jadi Kelvin," ujarnya.

Sebelum itu, Steven berkata Khairy telah mencuba meniupkan isu perkauman selepas membuat membuat kenyataannya berhubung isu Kelvin Yip yang menghina Sambutan Hari Raya.

Steven tidak setuju dengan kenyataan Khairy kerana beliau melihat dua kes ini adalah berbeza kerana Kiki dengan kesalahannya merosakkan harta di jalan raya dan Kelvin dengan kenyataan perkauman dalam Facebook.

Katanya lagi, saban hari masyarakat kita menjadi semakin tegang dengan isu-isu perkauman dari isu Kiki, Shahul Hamid dan Kelvin Yip.

"Pemimpin bukan mencuba untuk meleraikan ketegangan dan mengasuh kepada keharmonian tetapi malah mengapi-apikan lagi dan menjadikan keadaan semakin tegang," tegasnya.

FMT

Sukan Komanwel: Misi emas badminton terkubur dan musnah

Posted: 01 Aug 2014 10:48 PM PDT

MISI untuk mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki Sukan Komanwel buat kali ketujuh berturut-turut lebur setelah dua wakil negara terkandas di pusingan suku akhir pada Jumaat.

Pemain pilihan utama Chong Wei Feng dan Liew Daren masing-masing disingkirkan oleh atlet India, R V Gurusaidutt dan Kasyap Parupalli dalam perlawanan yang berlangsung di Emirates Arena di Glasgow.

Wei Feng kalah kepada Gurusaidutt 15-21, 21-8 dan 17-21 manakala Daren tersungkur di tangan Kashyap 13-21 dan 14-21.

Nyata amat kecewa, Wei Feng yang ditemui pemberita Malaysia kemudian, berkata beliau memikul tanggungjawab penuh atas kegagalan mempertahankan legasi pingat emas yang diraih negara sejak 1990 itu.

"Saya minta maaf pada rakyat Malaysia. Saya dan Daren tahu cabaran ini begitu sukar memandangkan kita telah memenangi pingat emas dalam tempoh yang lama. Saya tidak mahu mencari alasan dan kami telah bermain dengan baik tetapi lawan kami mempamerkan prestasi cemerlang.

"Lebih mengecewakan saya sebelum ini tidak pernah tewas kepada Gurusaidutt tetapi beliau bermain dengan baik untuk memenangi aksi ini," katanya.

Untuk rekod, pemain perseorangan negara cemerlang dengan pencapaian pingat emas di Sukan Komanwel iaitu menerusi Rashid Sidek pada edisi 1990 dan 1994, Wong Choo Hann (1998), Hafiz Hashim (2002) dan Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2006 dan 2010. - Bernama

McDonald's Malaysia Jawab Fitnah Blogger Firdaus Ariff

Posted: 01 Aug 2014 10:01 PM PDT

Pihak kami ingin untuk memberikan jawapan kepada tulisan seseorang yang memberikan nama beliau sebagai Firdaus Ariff ("penulis tersebut") yang tersebar dengan meluas di media sosial semalam. Kononnya tulisan beliau adalah satu analisa fakta bilamana pada hakikatnya kenyataan-kenyataan yang terkandung adalah berbentuk fitnah dan hasutan.

Buat makluman, adalah bukan amalan pihak McDonald's Malaysia untuk menjawab setiap tohmahan dan fitnah oleh kerana keutamaan kami adalah perniagaan dan pelanggan-pelanggan kami dan kami mengekalkan hak kami untuk menjawab atau tidak menjawab mana-mana tohmahan atau fitnah. Bagaimanapun dalam perkara ini, kami membuat pengecualian kerana tohmahan-tohmahan tersebut dibuat secara terbuka dengan mempertikaikan fakta-fakta yang dijelaskan oleh pihak kami semasa ditemubual oleh pihak media (Berita Harian) dan disiarkan pada 30 Julai 2014. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengekalkan hak kami untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas penulis tersebut atau mana-mana pihak yang membuat kenyataan-kenyataan menghina pada bila-bila masa akan datang di dalam tempoh hadmasa yang dibenarkan oleh undang-undang. Kami juga menganggap tindakan penulis tersebut membiarkan komen-komen menghina disiarkan di dalam laman di bawah kawalan beliau sebagai menambah kesan ("aggravate") fitnah terhadap kami.

Disertakan di bawah ini jawapan kami kepada tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh beliau terhadap kami:

1. Tohmahan pertama: Tajuk tulisan oleh penulis tersebut - "McDonalds Malaysia Memperbodohkan Rakyat Malaysia"

Jawapan kami: Tajuk tersebut jelas sama ada secara nyata ataupun secara tersirat menggambarkan bahawa kami kononnya telah membohongi rakyat Malaysia, yang mana dinafikan. Kenyataan tersebut adalah satu kenyataan fitnah yang jelas ("highly libellous").


2. Tohmahan kedua: Kenyataan penulis tersebut - "Mungkin mereka sudah 'panas punggung' atas boikot yang berlarutan."

Jawapan kami: Buat makluman, sebarang kenyataan yang dibuat oleh pihak kami lanjutan daripada temubual dengan pihak media dibuat atas rasa tanggungjawab. Kami juga telah dari semasa ke semasa mendapat maklum balas daripada pelanggan-pelanggan kami yang meminta suatu penerangan mengenai pendirian kami yang telah jelas kami nyatakan semasa temu bual tersebut.

3. Tohmahan ketiga: Kenyataan-kenyataan penulis tersebut menggambarkan kononnya jumlah restoran yang dimiliki oleh anak tempatan dan orang Melayu tersangat sedikit. Kenyataan-kenyataan tersebut berakhir dengan kenyataan-kenyataan kononnya:

"Adakah 27.68% outlet dikira banyak? Apa yang pasti bukan majoriti. McDonald's Malaysia memiliki bakinya dan memiliki majoriti outlet.

Berapa banyak pula kepentingan Melayu?

Peratusan outlet francais yang dimiliki Melayu: (50% x 67) / 242 x 100% = 13.84%

Dengan hanya 13.84% outlet dimiliki oleh orang Melayu memang jauh panggang dari api hendak mengatakan McDonalds Malaysia adalah syarikat Melayu. Bukannya 50% outlet dimiliki orang Melayu!"

Jawapan kami:

Penulis cuba mengelirukan pembaca dengan gagal membuat rujukan kepada kenyataan-kenyataan yang jelas tertera di dalam artikel temubual tersebut yang menyatakan:

(a) … syarikat menyasarkan untuk memiliki 500 restoran menjelang tahun 2020, termasuk 50 peratus daripadanya difrancaiskan kepada usahawan tempatan…

(b) … memandangkan boikot ini menyentuh tohmahan yang menyentuh sensitiviti agama, terdapat kemungkinan golongan Bumiputera beragama Islam yang berkelayakan akan menyisihkan diri daripada memohon untuk menjadi francaisi. "Ini akan menjejaskan harapan kami untuk mempunyai francaisi yang mewakili setiap kelompok masyarakat, tambah-tambah lagi dalam saat kritikal kini yang mana McDonald's Malaysia sedang mengembangkan bilangan francaisi dengan pesat…

Temu bual tersebut antara lain menjelaskan bahawa saat kini adalah satu saat yang kritikal dimana bilangan francaisi sedang dikembangkan, oleh itu ia menyentuh perancangan mendatang dan bukannya keadaan yang statik yang diuar-uarkan oleh penulis tersebut. Oleh yang demikian, pendekatan analisa yang kononnya dilakukan oleh penulis tersebut adalah satu pendekatan yang cetek dan tidak berlaku adil kepada keseluruhan konteks artikel temu bual.

Kami ingin menegaskan lagi bahawa syarikat kami sentiasa mengamalkan keterbukaan tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan. Adalah malang sekiranya mana-mana golongan masyarakat memilih untuk tidak melibatkan diri dalam program francais kami disebabkan oleh hasutan mana-mana pihak.

4. Tohmahan keempat: Kenyataan penulis tersebut kononnya "ahli lembaga pengarah yang seramai 10 orang pula hanya ada 2 orang pengarah Melayu!"

Jawapan kami: Jelas terdapat kekeliruan oleh penulis tersebut mengenai maksud ahli lembaga pengarah. Buat pengetahuan, ahli Lembaga Pengarah McDonald's Malaysia terdiri daripada lima (5) orang anggota sahaja, walaupun terdapat anggota gantian ("alternate directors") seramai tiga orang. Daripada lima anggota tersebut, majoritinya iaitu tiga anggota adalah anak tempatan termasuk dua daripadanya adalah berbangsa Melayu. Pemeriksaan borang 49 Akta Syarikat akan membuktikan perkara ini. Sekali lagi diingatkan bahawa di McDonald's Malaysia, kami tidak mengamalkan apa-apa kuota dan di atas keterbukaan kami, anak-anak tempatan yang layak, tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan kini mengisi jawatan-jawatan penting dalam syarikat.

5. Tohmahan kelima: Kenyataan-kenyataan penulis yang berikut - "Semakan di SSM menunjukkan Golden Arches Restaturant Sdn. Bhd. mempunyai 20 juta saham biasa. Siapa pula pemiliknya? McDonald's Corporation bukan setakat menerima royalti malah mempunyai saham majoriti dalam Golden Arches Restaurant's Sdn Bhd (McDonald's Malaysia). Tiada entiti Malaysia yang mempunyai pegangan saham secara langsung dalam McDonald's Malaysia.Tiada entiti Melayu yang mempunyai pegangan saham secara langsung dalam McDonald's Malaysia."

Jawapan kami: Di dalam temu bual tersebut, pihak kami telah dengan terang-terang dan tanpa menyembunyikan apa-apa fakta menerangkan bahawa sememangnya pemegang saham McDonald's Malaysia adalah merupakan McDonald's Corporation bilamana dinyatakan "Walaupun pemegang saham kami adalah McDonald's Corporation yang berpengkalan di Amerika Syarikat, tetapi syarikat kami adalah McDonald's Malaysia…"

Tidak ada di mana-mana dalam temu bual tersebut dinyatakan bahawa ada entiti Malaysia yang memegang saham McDonald's Malaysia. Penulis menimbulkan sebagai isu sesuatu yang bukan isu dan tak pernah ditimbulkan semasa sesi temu bual. Ini menunjukkan kedangkalan analisa beliau.

Harus diingat bahawa konteks artikel daripada perspektif milikan adalah milikan anak-anak tempatan secara terus ke atas perniagaan restoran-restoran McDonald's di Malaysia melalui konsep francais, dan bukannya milikan syarikat McDonald's Malaysia.

6. Tohmahan keenam: Kenyataan penulis tersebut - "Melayu sekadar majoriti pekerja dan minoriti pemilik outlet McDonald's Malaysia."

Jawapan kami: Persoalannya, apakah mesej yang cuba dibawa oleh penulis mengenai 85% tenaga kerja McDonald's Malaysia terdiri daripada Melayu. Digambarkan seolah-olah ini adalah sesuatu yang tidak elok, jadi adakah objektif penulis tersebut agar tenaga kerja berbangsa Melayu dikurangkan? Ingin dijelaskan sekali lagi di sini McDonald's Malaysia menghargai semua pekerja-pekerjanya daripada mana-mana bangsa, agama dan keturunan dan tidak ada sebarang kuota yang dikenakan pada bila-bila masa. Bagaimanapun adalah satu realiti bahawa majoriti pekerja McDonald's Malaysia adalah berketurunan Melayu dan mereka tidak seharusnya dihina.

Mengenai dakwaan bahawa Melayu adalah minoriti pemilik outlet McDonald's Malaysia, harus diingat bahawa 40% sehingga 50% daripada jumlah francaisi adalah satu peratusan yang signifikan. Pengambilan francaisi-francaisi adalah di atas dasar merit dan sebelum ini ramai daripada orang-orang Melayu yang teruja untuk membuat permohonan. Tindakan memboikot adalah sebenarnya satu langkah yang boleh dilihat sebagai mensabotaj orang-orang Melayu beragama Islam daripada membuat permohonan kerana tohmahan dan fitnah melampau. Penulis tersebut memberikan mesej yang tidak konsisten, adalah tidak jelas sama ada beliau menyokong orang-orang Melayu memohon untuk menjadi francaisi ataupun beliau mengharapkan agar orang-orang Melayu tidak memohon daripada menjadi francaisi-francaisi McDonald's Malaysia. Jelas bahawa analisa beliau mengandungi kenyataan-kenyataan yang tidak konsisten.

7. Tohmahan ketujuh: Kenyataan penulis tersebut bahawa - "Tajuk artikel pun sudah memberi gambaran salah. Sejauh mana lagi McDonald's Malaysia mahu memperbodohkan rakyat Malaysia?"

Jawapan kami: Kami mengulangi kenyataan kami di atas bahawa kenyataan ini adalah jelas sama ada secara nyata ataupun secara tersirat menggambarkan bahawa kami kononnya membohongi rakyat Malaysia. Kenyataan tersebut adalah satu kenyataan fitnah yang jelas.

Adalah harapan kami agar pelanggan-pelanggan kami yang dikasihi dapat mengambil maklum kenyataan di atas. Kami sekali lagi mengekalkan hak kami untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas penulis tersebut dan komentar-komentar melampau terhadap kami, pada bila-bila masa akan datang, di dalam jangkamasa yang dibenarkan oleh undang-undang.

Sesungguhnya, kami akan sentiasa berusaha untuk menyampaikan maklumat serta fakta-fakta yang tepat dan berguna demi kepentingan para pelanggan kami.

Harap maklum.

Jabatan Perundangan,
McDonald's Malaysia

(Video) Isteri disetubuhi bergilir atas nama jihad!

Posted: 01 Aug 2014 09:01 PM PDT

Gambar hiasan
Pengakuan beberapa mangsa jihad nikah, dinikahkan dan diceraikan oleh beberapa lelaki di hari yang sama tanpa iddah! walaupun dengan isteri orang! Semua ini atas nama jihad! Janji mereka ialah syurga ekspress!

Cara terbaru mereka akad nikah ialah bertakbir 3 kali ke atas seorang perempuan, maka sah jadi isterinya. (http://www.alhadathnews.net/archives/75218)

Selamatkan anak dan isteri anda dari ajaran sesat ini. Antara mereka yang dipercayai menganut fahaman ini ialah Aizam Mas'ud, Nasim, Asri Yusof dan banyak lagi.

Wanita Tunisia jadi hamba seks - 24 September 2013

TUNIS - Kementerian Wanita sedang merangka strategi pembangunan dalam usaha menyekat sindiket pemerdagangan wanita untuk dijadikan hamba seks kepada militan di Syria.

Jurucakap kementerian berkata, unit khas ditubuhkan untuk menyiasat kesahihan kegiatan itu.

"Kami bekerjasama dengan Syria untuk menangani kegiatan yang dikatakan ada permintaan tinggi," katanya menurut laporan Press TV.

Khamis lalu, Menteri Dalam Negeri Lotfi Ben Jeddou mendedahkan, ramai wanita Tunisia memasuki Syria untuk bekerja sebagai hamba seks kerana pulangan lumayan.

"Mereka buat hubungan seks dengan puluhan militan dan kembali semula ke Tunisia apabila mengandung," katanya.

(Foto) Anjing pun 'geram' dengan dada Julia Perez

Posted: 01 Aug 2014 07:01 PM PDT

Kalau tidak mencetuskan sebarang isu kontroversi bermakna itu bukanlah pemilik nama Julia Perez atau lebih dikenali dengan Jupe. Selebriti tanah seberang ini memang tidak pernah takut atau berselindung dengan apa yang ingin dia lakukan.

Terbaru aksi mesranya bersama seekor anjing bernama Xena dilihat mengundang reaksi negatif daripada peminat dan juga pengikut di laman Instagram miliknya. Mana tidaknya, bukan sekadar gambar bersama anjing, malah dia dilihat memberikan aksi kurang menyenangkan setiap mata yang memandang apabila telah bergomol dengan anjing berkenaan tanpa batasan.

Beberapa foto ini telah menjadi bukti tindakan Jupe yang seolah-olah seperti sudah lupa tentang soal halal dan haram di dalam agama. Sudahlah membela anjing sebagai binatang peliharannya adalah haram (kecuali untuk buruan dan menjaga keselamatan), bergomol dengan anjing berkenaan juga apatah lagi.

Dan seperti yang dijangka foto-foto Jupe ini sememangnya menyakitkan mata yang memandang ini telah mengundang kemarahan peminat Muslim yang mengetahui bahawa dia adalah selebriti Muslim dan tindakannya itu seolah-olah seperti menghina agamanya sendiri.

Lebih-lebih lagi pada saat semua masyarakat Islam sedang menyambut kedatangan Syawal yang mulia ini, tidak kira di bumi mana sekalipun mereka berpijak.

Sekalipun dikritik, Jupe bagaimanapun tetap mempertahankan tindakannya dengan memberikan jawapan bahawa apa yang dilakukannya itu adalah atas dasar rasa kemanusiaan dan kasih sayang terhadap binatang, namun hukum-hukum agama telah diketepikan dengan sewenang-wenangnya.
Antara kapsyen foto di Instagram miliknya itu adalah "Cinta itu adalah tangung jawab .. #xenamybaby #forbiddenactress #doglover #loveanimal" dan "Anjing itu setia.. Manusia aja yg kadang berhianati #doglover #xenamybaby.

Selain itu dia turut membalas komen daripada peminat yang mempersoalkan tindakannya itu, antara yang dibalas Jupe "@salmayanti19 jangan tiru apa yg tidak bagus disaya... Maff tapi buat saya tidak ada di bumi ini yg tidak di sayang allah.. Xena anjing penjaga yg baik.. Setia dan pintar.. Saya tidak baik mbak jangan di tiru adegan ini... Ini adegan saya lagi menyayangi binatang nanty saya kasih adegan yg mbak suka.. saya akan berusaha buat kalian semua bahagia. Dengan porsi saya, Julia Perez Rule."

Bagi pembaca yang tidak mengetahui asal usul pelakon yang dulu pernah bergaduh dengan Dewi Persik ini, Julia Perez adalah wanita yang dilahirkan sebagai seorang Muslim.

Julia Perez meminjam nama bekas suami pertamanya Damien Perez sebenarnya dilahirkan dengan nama Yuli Rachmawati dan berketurunan Sunda-Betawi. Dia kini berusia 34 tahun dilaporkan aktif menyanyi dan berlakon di Indonesia.

Jupe bermula sebagai model setelah mengenali Damien Perez (Yusuf Perez) yang kemudian menjadi suaminya dan sempat diambil untuk menjadi model bagi majalah FHM dan Maxim ketika di Perancis. Dek kerana ini juga, Jupe dicalonkan 100 perempuan terseksi versi majalah FHM dan Maxim di negara itu.

‘Kerenah wakil rakyat PKR punca hilang Kedah’ - PAS

Posted: 01 Aug 2014 05:46 PM PDT

Kuala Lumpur: PAS Kedah terpaksa membelanjakan ratusan ribu ringgit bagi membayar hutang dan menampung perbelanjaan sebahagian Ahli D ewan Undangan Negeri (ADUN) PKR untuk memastikan kerajaan pakatan pembangkang yang dibentuk pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) tidak tumbang.

Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor, berkata kegagalan pakatan pembangkang mempertahankan Kedah pada pilihan raya umum lalu juga salah satunya berpunca daripada 'kerenah' wakil rakyat PKR yang melompat parti menyebabkan rakyat muak dan hilang kepercayaan.

Berikutan itu, katanya, adalah tidak wajar untuk PKR menyamakan situasi yang berlaku di Selangor kini dengan krisis politik dihadapi Kedah suatu masa lalu kerana ia jauh berbeza. "Lima ADUN PKR asal dan seorang lagi menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi EXCO Kerajaan Negeri.

Tidakkah ini pelik, tidak bertolak ansurkah PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizinkan atau mengarahkan tolak ansur ini kalau bukan Presiden PAS.

"PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas ADUN yang (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di India, atas janji mereka kepada pengorbanannya.

'Racangan keluar dari PR sudah lama dibincangkan' - PAS

Posted: 01 Aug 2014 05:36 PM PDT

PAS mengakui perancangan untuk keluar atau dikeluarkan daripada pakatan pembangkang sudah lama dibincangkan oleh sebahagian kepemimpinan parti peringkat pusat dan ahli akar umbi.

Cadang kerjasama dikaji

Malah, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan, berkata Dewan Ulama PAS sejak lebih setahun lalu pernah mencadangkan supaya kerjasama politik antara PKR dan DAP itu dikaji semula.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, usaha berkenaan sudah lama berlaku serta mudah untuk dianalisis hingga membawa kepada pendedahan kandungan WhatsApp Pengarah Operasi, Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

"Ramai yang terkejut atau buat-buat terkejut apabila ada topik perbincangan 'PAS keluar atau dikeluarkan daripada pakatan pembangkang,' sedang itu perbincangan untuk melihat senario kes paling buruk dari isu semasa yang berbangkit.

"Tahukah anda bahawa DAP sebagai contoh juga membuat perkiraan yang serupa melalui kenyataan beberapa orang pimpinan mereka, malah sebahagiannya dibuat secara terbuka bahawa DAP akan keluar pakatan jika PAS membawa Enakmen Hudud ke Parlimen, jadi...," katanya dalam Facebook beliau, semalam. Beliau turut mencabar individu yang membocorkan WhatsApp kumpulan itu tampil membuat pengakuan dan mendedahkan kandungan keseluruhan perbualan bagi merungkai kekeliruan.

Kandungan WhatsApp itu katanya agak panjang kerana ia perbualan tanpa henti selama hampir dua hari dan beliau menyalinnya semula menggunakan tulisan saiz 12 dengan format potret A4 dan memperoleh sebanyak 115 muka surat.
"Saya percaya, jika didedahkan keseluruhannya atau perbahasan secara penuh, persepsi buruk dan sangkaan yang bukan-bukan tidak akan berlaku kepada Mohd Zuhdi.

Saya cabar individu itu tampil membuat pengakuan dan mendedahkan keseluruhan perbualan mengenai isu Menteri Besar Selangor jika beliau seorang yang bertanggungjawab dan berani.

Tun M masih sokong tapisan internet walaupun blog disekat di FB

Posted: 01 Aug 2014 05:31 PM PDT

Dr Mahathir Mohamad tidak peduli betapa sucinya hak kebebasan dan berasa sudah tiba masanya kerajaan Malaysia menapis Internet
Walaupun rangkaian blog Tun Dr Mahathir Mohamad disekat di laman sosial Facebook, beliau masih mengulangi gesaan agar Putrajaya mengenakan sekatan Internet kerana kesan negatifnya mampu menggugat kestabilan moral awam.

Bekas perdana menteri itu berkata, Internet memainkan peranan penting mencemarkan moraliti awam dan sebarang bentuk kebebasan akan mengundang risiko salah guna terutamanya melibatkan "hal-hal moral".

"Saya tak peduli betapa sucinya hak kebebasan tetapi saya rasa sudah tiba masanya bagi kerajaan Malaysia menapis Internet," katanya dalam tulisan diblognya www.chedet.cc hari ini.

Beliau yang juga bekas presiden Umno itu berkata, semasa menjadi perdana menteri pada mulanya berasa tidak perlu mengenakan sekatan Internet, tetapi apabila membayangkan kesannya kepada masyarakat awam menyebabkannya hari ini berubah fikiran.

"Internet berperanan besar dalam menggugat moraliti awam. Anak-anak kita tidak selamat daripada unsur lucah daripada media cetak dan elektronik.

"Hari ini setiap kanak-kanak boleh mengakses kepada bahan pornografi. Mereka tidak lagi selamat daripada gangguan seksual.

"Begitu juga terhadap anak muda lelaki dan perempuan apabila Internet membangkitkan perasaan yang kita kekang sebelum ini,"katanya.

Dr Mahathir semasa memimpin negara bersetuju Malaysia tidak perlu menyekat Internet kerana sebahagian daripada syarat yang dikenakan pelabur luar dan syarikat teknologi besar untuk membantu negara membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang dilancarkan pada pertengahan 1990-an.

Blog chedet.cc pada minggu lalu disekat daripada diakses masuk ke dalam akaun Facebook miliknya selepas beliau menyiarkan artikel 'The Jews' yang menyentuh isu Yahudi dan peperangan di Gaza antara Palestin-Israel.

Menurut Dr Mahathir, beliau sudah menukar "server" dan "platform" sebanyak tiga kali tetapi cubaan menyekat blognya masih ada, belum termasuk spam dan virus yang menyerang blog.

Beliau berkata, terpulang kepada kerajaan melaksanakan sekatan kerana pengendali dan pemilik server juga memainkan peranan sama apabila mereka kadang kala diarahkan mengikut telunjuk politik.

"Tidak ada kebebasan dalam media alternatif. Kerajaan dan pemilik server dan rangkaian lain boleh menyekat media," katanya.

Beliau berkata, tindakan itu jauh lebih murah dan mudah media elektronik dan akhbar yang berkhidmat di bawah lesen kerajaan.

"Saya rasa tiba masanya kita berhenti berccakap tentang kebebasan media. Mengakulah bahawa sebarang bentuk akhbar cetak perlu ditapis."

Dr Mahathir berkata, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebelum ini sering melaungkan perjuangan hak mereka tetapi masyarakat memaksa mereka menyembunyikan kecenderungan luar tabii.

"Sekarang LGBT diterima dan masyarakat normal juga terpengaruh dengan amalam mereka yang dilahirkan serba kekurangan.

"Paling teruk terdapat agama yang melanggar perintah larangan terhadap seks songsang semata-mata mahu dilihat tidak ketinggalan zaman," katanya.

Dr Mahathir berkata, sumbang mahram, seks kanak-kanak, seks luar tabii dengan haiwan, parti liar, dan bermacam lagi amalan yang masih lagi dianggap salah pada masa ini tidak mustahil akan menjadi sebahagian perjuangan ekspresi terhadap kebebasan dan kesamarataan.

"Semua ini bermula daripada Internet," katanya. – 1 Ogos, 2014.

TMI

Peneroka yang saman Felda tidak dibayar dividen adalah adil

Posted: 01 Aug 2014 05:11 PM PDT

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib mempertahankan keputusan Felda untuk tidak membayar dividen dan sagu hati raya dari Felda Global Venture (FGV) kepada peneroka yang menyaman Felda.

MP Maran itu menegaskan, Felda mengambil langkah yang betul, rasional dan menepati kehendak majoriti peneroka di seluruh negara, lapor Utusan Malaysia hari ini.

"Tindakan Felda tidak membayar dividen akhir FGV dan wang sagu hati raya tahun ini kepada peneroka yang menyaman Felda adalah satu tindakan rasional dan menepati kehendak majoriti peneroka seluruh negara.

"Perkara ini diharap memberi pengajaran kepada peneroka Felda supaya jangan mudah terpedaya dengan mainan politik pembangkang yang berterusan mencipta isu membabitkan Felda," katanya pada satu majlis di Maran semalam, lapor Utusan.

Beliau turut menggesa Felda menyemak semula senarai peneroka yang menyaman Felda kerana ada di antara mereka yang tidak berbuat demikian tapi namanya tersenarai sebagai penyaman Felda.

Akhbar sama melaporkan peneroka yang tidak menyaman Felda menerima dividen FGV sebanyak RM647 dan insentif produktiviti sebanyak RM300.

NGO: PKR jangan ganggu perjanjian air

Posted: 01 Aug 2014 05:06 PM PDT

Satu persatuan pengguna memberi amaran kepada PKR agar tidak membiarkan pergelutan dalaman mengenai kedudukan menteri besar Selangor memberi kesan kepada perjanjian di antara kerajaan Selangor dan persekutuan berhubung bekalan air di negeri itu.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) Jacob George berkata pengguna kini sudahpun bimbang jika bekalan air di negeri itu mencukupi.

"Saya kagumi cara (Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim) menangani dan cuba menyelesaikan isu air melalui wacana yang sangat terbuka dan dinamis dengan pihak berkuasa di Putrajaya dan sepatutnya dibiarkan menyelesaikan tanggungjawabnya," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau bertegas bahawa tugas itu tidak sepatutnya terjejas melalui satu agenda politik ke atas Khalid.

"Apa yang saya cuba katakan, ketepikan politik peribadi anda, ini adalah pentadbiran negeri," kata George lagi kepada pemberita.

Katanya, beliau akan menganjurkan bantahan di ibu pejabat PKR sekiranya perjanjian berhubung bekalan air itu tidak selesai dalam tempoh sebulan.

Khalid menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan persekutuan pada 26 Febriari lalu, yang memberi kebenaran kepada kerajaan negeri untuk meneruskan pengambilalihan syarikat pemegang konsesi air.

Pengambilalihan itu merupakan sebahagian daripada rangka penstrukturan semula industri bekalan air di negeri itu.

Sebagai balasan, kerajaan persekutuan akan mendapat kebenaran untuk meneruskan projek loji rawatan air Langat 2, yang akan membekalkan air mentah dari Pahang.

George berkata, isu utama dalam perjanjian berkenaan sudahpun diselesaikan dan perbincangan kini hanya melibatkan butiran kecil.

Katanya, ia berdasarkan pelbagai mesyuarat yang dihadirinya dengan kerajaan persekutuan, termasuk dengan perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Ini bermakna, satu-satunya batu penghalang dalam perjanjian itu adalah perbalahan politik dalam PKR dana Pakatan Rakyat, kata George.

Pas nafi berita keluar pakatan pembangkang

Posted: 01 Aug 2014 05:01 PM PDT

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menafikan dakwaan yang disebarkan di laman sosial kononnya Mesyuarat Dewan Ulama Pas Pusat telah memutuskan keluar daripada pakatan pembangkang.

Mustafa berkata, berita yang tersebar di laman Facebook itu adalah palsu dan tidak perlu dilayani oleh semua pihak.

"Mana ada Pas adakan mesyuarat malam ini, malah kenyataan itu langsung tidak masuk akal, tiada...tiada berita tentang golongan ulama itu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Berita itu tersebar selepas pemilik akaun Facebook, Wan Indra Putra Ahmad menaikkan status terkini yang kononnya Pas mahu keluar dari pakatan pembangkang sejam yang berlalu.

"Terkini, mesyuarat Dewan Ulama Pas Pusat yang berlangsung sebentar tadi telah buat ketetapan bahawa Pas (Parti SeIslam Malaysia) umum keluar Pakatan Rakyat.

"Rujukan Presiden Parti, takbir takbir takbir, Nuar mengelupur beb," katanya.

Dalam pada itu, Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad turut memberitahu tiada perbincangan langsung berhubung tindakan mahu keluar pakatan pembangkang.

"Kami tidak ada langsung berbincang perkara itu walaupun dalam mesyuarat sebelum ini, malah malam ini pun mana ada mesyuarat Pas. Semua yang tersebar itu tidak ada sebenarnya," katanya. - UTUSAN ONLINE

Apa Yang Tersirat

Posted: 02 Aug 2014 01:28 PM PDT

Apa Yang Tersirat


MB Selangor: Apa Kah Hadi Tetap Dengan Keputusannya?

Posted: 02 Aug 2014 04:11 AM PDT

PAS akan bermesyuarat pada 10 ogos; antara lain membincangkan kedudukan MB Selengor. Apa kah pada mesyuarat tersebut Datuk Hadi Awang terpaksa menelan ludahnya berhubung sanggahannya terhadap pelucutan jawatan Tan Sri Khalid Ibrahim. Apa kah juga Datuk Nik Aziz juga terpaksa menelan ludahnya sendiri?

Kini selepas kenyataan Hadi dan Nik Aziz yang tidak bersetuju pelucutan jawatan Khalid; bukan main para pemimpin PKR dan DAP membidas pemimpin utama PAS itu. Kalaulah bidasan itu tidak menggores hati para pemimpin PAS lain dan penyokongnya, entahlah apa yang boleh dikategorikan kepada mereka; di mana sanggup menerima penghinaan pemimpin mereka sendiri.

Kecelaruan dalam pakatan antara PKR-DAP-PAS berpunca daripada tindakan Anwar yang mahu menjadi Menteri Besar Selangor. Untuk merealisasikan keinginan itu, maka ADUN Kajang diminta mengosongkan kerusi untuk membolehkan satu PRK diadakan. Namun, nafsu Anwar tidak kesampaian, apabila hilang kelayakan bertanding kerana disabit kesalahan meliwat dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun.

Anwar tidak hilang akal, apabila niatnya tidak kesampaian, maka dipilih pula isterinya untuk menjadi MB. Anwar terlepas pandang, bahawa tidak selamanya tindakannya dipersetujui oleh pemimpin lain; terbukti apabila Presiden Pas dan Mursidul Am Pas menentang tindakan itu.

Terlalu awal untuk mengetahui keputusan Pas, kerana parti itu baru akan bermesyuarat pada 10 ogos, Jika kumpulan Anwarnis dalam PAS seperti Mat Sabu dan kawan-kawan berjaya memujuk golongan ulamak yang diketuai oleh Nik Aziz, maka kemungkinan besar tindakan Anwar menjadikan isterinya MB Selangor akan terealisasi, namun jika gagal; maka kemungkinan besar PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat; jika itu berlaku; maka kerajaan Selangor akan tergantung. Jika PAS yang mempunyai 15 kerusi DUN bersama 12 ADUN BN dan 3 ADUN yang berpihak kepada Khalid bersama-sama mesra antara satu sama lain, maka tumbanglah kerajaan PKR di Selangor. Langkah seterusnya akan diketahui pada 10 Ogos.

Cucu Tok Selampit

Posted: 02 Aug 2014 01:28 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Tak Tahu Pulak Nazri Aziz Ni Saudara Sesusu Lim Guang Eng?

Posted: 02 Aug 2014 06:28 AM PDT

"Saya akan memberi sokongan sepenuhnya kepada Lim Guan Eng untuk membangunkan industri perlancongan di Pulau pinang. Ini kerana saya nampak dibawah pimpinan beliau, industri perlancongan di Pulau Pinang berkembang pesat!! Kalau Lim telefon saya, saya akan sampai pada masa yang terpantas untuk menolong dia."
Begitulah kata-kata DS Nazri Aziz mengambarkan betapa sayangnya beliau kepada Ketua Menteri Republik Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Cara berpelukan kedua-dua mereka mengalahkan kemesraan saudara susuan dan sahabat se'gay'. CTS cemburu? Tidak sama sekali. Cuma CTS teringatkan peribahasa English, 'birds of a feather flock together."


Kata Pakteh...!!

Posted: 02 Aug 2014 01:10 PM PDT

Kata Pakteh...!!


Pendedahan Sanusi, Akhirnya kebenaran datang jua

Posted: 01 Aug 2014 05:37 PM PDT

Bukan sekali tetapi berkali kali blog ini menulis tentang balak dan salahguna kuasa oleh Pas Kedah ketika memerintah. Namun berkali kali juga dinafikan oleh Setpol MB ketika itu Tn Haji Sanusi Md Nor. 

Walaupun ketika itu ada bukti percakapan yang boleh dipercayai menunjukkan berlaku salahguna kuasa, namun Pakteh tetap simpan sedikit rasa percaya kepada Setpol MB, maklumlah....pada Pakteh, parti mana pun beliau selagi memegang amanah menjaga urus tadbir politik MB, orang itu perlu dihormati. 

Minggu ini, tuduhan Pakteh diakui sendiri oleh x Setpol MB dan apa lagi yang boleh dilakukan selain bersyukur kerana kebenaran muncul jua. Bukan mudah untuk beliau memuntahkan segala kerja keji sewaktu berkuasa tetapi itulah takdirnya. Berkat Ramadhan dan Syawal, beliau mungkin telah membuat keputusan nekad untuk menceritakan kebenaran dan memusnahkan kebatilan.

Pas Kedah dan Pas Pusat Pakteh sarankan berdiri teguh dibelakang beliau. Sebagai parti yang menjadikan agama sebagai teras perjuangan, pendedahan kebenaran ini adalah sesuatu yang wajar dihormati dan diakui bukannya keji dan mengeji.

Cukuplah sekian lama menjadi keldai PKR dan DAP, Pas juga ada harga diri. Sudah acapkali juga blog Pakteh ini menyarankan Pas menjauhkan diri dari PKR.Anwar tetapi siapalah Pakteh....sekadar ahli UMNO yang memiliki blog cap ayam...

Sesiapa yang pernah baca blog Pakteh akan menemui saranan Pas jauhkan diri dari PKR/Anwar kerana parti Anwar itu akan merosakkan Pas akhirnya. Adalah lebih baik Pas kedah bekerjasama dengan YAB DS Mukhriz Tun Mahathir yang sejak awal mentadbir telah menunjukkan keazamannya untuk berbaik-baik dengan Pas Kedah. Tidak rugi mencuba di Kedah cuma.....Datuk Mahfuz bulih ka? 

p/s: Banyak lagi kalu Nusi nak dedah......dia cuma bagi sinopsis ja tu utk sebuah novel "penyelewengan" yang beribu-beribu muka surat.

Comments:

There are 0 ulasan for Barisan Nasional

Catat Ulasan