Barisan Nasional

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Isnin, 18 Ogos 2014 at 1:02 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 18 Aug 2014 11:21 AM PDT

PEJUANG BANGSA


AYAM SABUNG PAS BERTUKAR JADI AYAM DAGING GUAN ENG & ANWAR ??

Posted: 17 Aug 2014 09:35 PM PDT








Tentunya ramai faham maksud AJK Pas Pusat Dr Zuhdi mengenai siapa Ayam Sabung PAS kini sudah menjadi ayam daging Anwar & Guan Eng .

Beliau juga menghentam kegagalan   Ayam Sabung berkenaan gagal mempertahankan keputusan sebulat suara PAS mahu 2 nama dihantar  bila berdepan PKR & DAP .

Nampak jelas PAS walaupun menjadi penentu  siapa MB  di Selangor tetapi begitu  mudah dijadikan kaldai & dipermainkan  oleh PKR dan DAP .





\



PAS DAH JADI PERKASAM , KETUM TUNJUK KUASA HANTAR WAN AZIZAH CALON MB

Posted: 17 Aug 2014 06:36 PM PDT



TAK SAMPAI 24 JAM LEPAS MESYUARAT AJK PAS PUSAT , TERUS  ANWAR  BUAT LAGI MESYUARAT YANG ME PAS   DENGAN MENAMAKAN 1 NAMA SAHAJA IAITU WAN AZIZAH SEBAGAI CALON MB SELANGOR KEPADA SULTAN SELANGOR .

WALHAL PAS MAHU 2 NAMA IAITU WAN AZIZAH DAN AZMIN DIHANTAR ...

TERNYATA KINI PAS TELAH DIKENCINGKAN LAGI SUAMI JIJAH YANG LICIK  MENUNJUKKAN KUASA & MENGESAHKAN PAS HANYA KALDAI SAHAJA YANG MENURUT PERINTAH WALAUPUN TERPAKSA U TURN   .




- Mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang sebulat suara menamakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu.

Keputusan tersebut sekali gus menolak cadangan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pagi ini yang turut mencadangkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon untuk jawatan itu selain Wan Azizah.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu telah ditandatangani oleh beliau sebagai wakil PKR bersama Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng yang mewakili partinya manakala Pas diwakili Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.

Menurut beliau, surat cadangan pencalonan Wan Azizah akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok bagi memohon perkenan baginda.
"Kita menghargai keputusan Pas untuk kekal dalam pakatan pembangkang serta keperluan pakatan menggantikan jawatan Menteri Besar Selangor. Malah, kita juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan Wan Azizah dan Azmin untuk jawatan Menteri Besar.

"Bagaimanapun, Azmin tegas dengan keputusan beliau untuk kekal menyokong keputusan parti bagi menamakan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu, di sini hari ini.

Yang turut hadir Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sementara itu, Mohamad memaklumkan sokongan Pas terhadap keputusan itu dan turut menyokong usaha pakatan pembangkang mempersembahkan perkara itu kepada Sultan Selangor.

1MalAySia BlogPoLitik

Posted: 18 Aug 2014 09:51 AM PDT

1MalAySia BlogPoLitik


Adakah rakyat Selangor setuju Wan Azizah jadi MB mereka

Posted: 17 Aug 2014 09:00 PM PDT

Dengan perkembangan terbaru ini, Khalid akan memohon menghadap Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.
"Sehingga Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri Selangor bersama 4 ahli Exco daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini," Khalid Ibrahim
Pada mesyuaratnya pagi ini, PAS memutuskan bersetuju dengan pilihan PKR melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid. Parti Islam itu juga turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.

Soalnya Adakah rakyat Selangor setuju Wan Azizah jadi MB mereka?

bumiyang

Posted: 18 Aug 2014 03:11 AM PDT

tunku

Posted: 18 Aug 2014 03:01 AM PDT

tunku


Najib: Economic growth exceeded expectations in second quarter

Posted: 18 Aug 2014 02:09 AM PDT

Malaysia's economic growth in the second quarter of the year shows that the country is on the right track, says Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He said the economy had done well and 'exceeded expectations' by expanding at a faster pace of 6.4% in the second quarter between April and June.

This is compared to 6.2% growth recorded in the first quarter of the year.

"Hence, it is important for us to intensify our efforts so that our goal (of becoming a developed nation) will become a reality," Najib said in his speech at the Hari Raya celebration and annual general meeting of the Gagasan Wawasan Generasi Felda (GWGF) Monday.

It was reported that the country's Gross Domestic Product (GDP) of 6.4% in the second quarter was largely due to the strong growth in the services and manufacturing sectors.

Bank Negara Malaysia had said the economic growth was underpinned by higher exports and continued strength in private domestic demand.

Forecasts by economists had expected a growth of 5.8% for the second quarter.

During the event, Najib thanked the GWGF and Felda settlers for helping the Barisan Nasional win in the last general election.

"I hope that you will give us suggestions on how we can improve the standard of living and help increase the income level among Felda settlers and the new generation," he told the crowd, mostly consisting of GWGF members.

During the celebration, Najib also gave away awards for a golf tournament held among GWGF.

Selangor MB crisis: Can Khalid avoid Pakatan’s checkmate?

Posted: 17 Aug 2014 11:35 PM PDT

The political turmoil in Selangor is seemingly back to square one after PKR deputy president Azmin Ali declined PAS' nomination of him as second candidate for mentri besar.

Azmin insisted on following his party's stand on suggesting only one name - its president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - to the Palace.

This means, as previously agreed, the Pakatan Rakyat leadership will only submit Dr Wan Azizah's name to Selangor ruler Sultan Sharafuddin Idris Shah for consideration.

However, this does not guarantee that the wife of opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim will be the next Mentri Besar of Selangor.

Several possibilities have surfaced from the latest developments in this long-drawn saga, and the outcome will rely on what the now exiled and independent Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (pic) does next.

In a statement on Sunday, Khalid had indicated that he accepted the PAS leadership's decision to retract their support for him with an 'open heart', and would seek an audience with the Sultan to advise him on the next move.

Khalid could concede defeat and tell the Sultan that he is willing to resign immediately and without a fuss now that he no longer has the backing of any party within Pakatan.

This would be the best case scenario for Pakatan, which would then be able get Wan Azizah installed as the new MB as soon as possible.

However, judging from Khalid's actions since his sacking from PKR on Aug 9, the embattled mentri besar is not likely to give way so easily and may still have a trump card up his sleeve.

He could very well decide to delay his departure until November, which is when the state assembly is scheduled to convene next, and choose to exit by way of a vote of no confidence.

Now that PAS has also pledged support to replacing him, the three Pakatan parties would easily obtain the majority to vote him out of office, as they hold 43 of the 56 state seats.

When that happens, PKR will be free to nominate Dr Wan Azizah for the post, although it remains to be seen if the Sultan will accept just one name.

This is because the common case when it comes to the appointment of MB is for the Palace to ask for at least two or three names, with the ruler using his discretion to decide.

Pakatan will then be forced to submit another choice for mentri besar, and as discussed at the meeting between the coalition's leaders on Sunday evening, Azmin's name would be put forth alongside Azizah's.

If that scenario were to pan out, sources say Azmin stands a good chance of being the new mentri besar as the Palace is said to not be in favour of Dr Wan Azizah, also having twice denied her request to seek an audience with the Sultan to explain the crisis.

The final possibility is that Khalid could advise the Sultan to dissolve the state assembly for snap elections in view of the political impasse engulfing the state.

This would be seen as a drastic move, but a likely one nevertheless as Khalid himself had indicated that it was a possible option to resolve the crisis in the state once and for all.

Pakatan lawmakers in the state are hoping to avoid such an outcome, and are pushing for an emergency state assembly sitting before November to decide Khalid's fate.

Selangor MB crisis: Pakatan picks Wan Azizah as sole candidate, Azmin declines nomination

Posted: 17 Aug 2014 09:37 AM PDT

Pakatan Rakyat will propose Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail as the sole Selangor Mentri Besar candidate, after Mohamed Azmin Ali declined to be nominated in line with the party stand.

The announcement was made by Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim following Pakatan's presidential council meeting on Sunday.

He said that the decision was reached by way of consensus although PAS had earlier proposed PKR deputy president Azmin as the second candidate for the post.

"With this, Pakatan will go ahead with the process of proposing Wan Azizah as the MB," Anwar told reporters at a press conference here Sunday.

Azmin said that he agreed that Dr Wan Azizah be named as the sole Selangor MB candidate.

"We must all work to save Pakatan in Selangor... As the PKR deputy president, I adhere to my party's decision to nominate Dr Wan Azizah, which is as per the statutory declarations that have been presented to the Palace, " said Azmin.

Also present at the meeting were DAP secretary-general Lim Guan Eng and PAS deputy president Mat Sabu.

Taipingmali (tm)

Posted: 18 Aug 2014 01:24 AM PDT

Taipingmali (tm)


LIM GUAN ENG ADA POLIS SENDIRI.

Posted: 18 Aug 2014 01:10 AM PDT

Lantang kritik kerajaan negeri, aktivis sosial dakwa diserang PPS
Utusan Online - Dalam Negeri / 1 hours ago

Oleh AZHARI ZAINOODDIN

PULAU PINANG 18 Ogos - Niat murni seorang aktivis sosial mengkritik dasar dan pelan tindakan kerajaan negeri yang dilihat tidak menyebelahi rakyat memakan diri selepas dia diserang sekumpulan lelaki yang dipercayai merupakan anggota Skuad Peronda Sukarela (PPS) dalam satu kejadian di Bandar Baru Air Itam di sini malam tadi.

Aktivis berkenaan, Ong Eu Soon, 51, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, dia yang menghadiri majlis makan malam tokong Cina tiba-tiba didatangi sekumpulan kira-kira 10 lelaki yang sebahagiannya memakai pakaian seragam PPS.

"Kumpulan berkenaan bertanya siapa Ong Eu Soon kepada saya dan lantas saya bertanya mengapa mencari lelaki berkenaan.

"Dalam cuba mendapatkan kepastian itu, tiba-tiba ada seorang daripada mereka terus menyerang saya dari belakang. Mereka memukul sehingga menyebabkan saya mengalami kecederaan di bahagian kiri muka berhampiran mata," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Visit website

Kemalangan : Exora terbalik.

Posted: 17 Aug 2014 10:31 PM PDT

Kejadian berlaku di hadapan Kem Ranger padang esplanade Taiping lebih kurang jam 7 pagi.

Pelanggaran 2 buah kenderaan antara proton exora dan proton wira. Kedua dua kenderaan dari arah bertentangan telah berlanggar dan menyebabkan proton exora terbalik.

Kedua dua pemandu dalam perjalanan ke tempat kerja telah mengalami kecederaan yang amat serius.

Keadaan jalan yang agak sempit dan sesak di waktu pagi juga antara faktor kemalangan berlaku.

Berhati hati di jalan raya.

Muzamir b. Ismail melaporkan untuk TM.

UFB - Nasihat MAS Henti Hidang Arak

Posted: 17 Aug 2014 06:14 AM PDT

Malaysia in 1970

Posted: 17 Aug 2014 05:16 AM PDT

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 17 Aug 2014 11:35 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Anak Dengan Bapak Sama Bingai, Sekarang Siapa Buat U-Turn?

Posted: 17 Aug 2014 10:00 PM PDT

Hahahah... sekarang siapa buat u-turn..?


Kan Aku Dah Kata, PAS Konfirm Akan Buat U-Turn...

Posted: 17 Aug 2014 07:00 PM PDT

Hari tu aku dah tulis, kelak pas akan buat u-turn, kalau tak kes saman hadi awang jadi umpan, mesti pemimpin pas akan di sogok dengan benda lain, yang penting PAS dah buat u-turn dan mesyuarat jawatankuasa pas pusat yang bersidang semalam sebulat suara inginkan wan azizah jadi mb selangor, nama kedua di sebut adalah azmin ali (itu hanya dummy sahaja) sekaligus, mesyuarat jawatankuasa kerja pas pusat mempersetankan keputusan yang dibuat oleh majlis syura ulama pas. artikel aku dulu klik sini

Punya la xcited nak wan azizah jadi mb selangor, sampaikan tarikh dan tahun hijrah pun parti Islam boleh buat silap, aku rasa la kenyataan media tu cina DAP yang buat kot...




The Unspinners

Posted: 17 Aug 2014 11:34 PM PDT

The Unspinners


Why is DAP siding with PKR to replace MB Khalid?

Posted: 17 Aug 2014 08:27 PM PDT


To recap: In April 2013, a vast swathe of land, covering 1,172 acres – that lies close to Kota Kemuning, Putra Heights & Bandar Rimbayu with accessibility to 4 major highways - was sold to Tropicana/ Danny Tan for RM1.297 billion, payable over a period of 20 years and only RM 50m Deposit need be paid as 1st payment.

Less than 10 months later, in Jan 2014, Tropicana sold 25% of this land ( just 308.72 acres) to Eco World for RM470.67 million cash. Up to that point, the only payment it had made to Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) was a deposit of RM50 million.



Upon hearing this, on March 29th, 2014, Khalid the MB became fuming mad and requested accelerated payment from Tropicana for agreed upon RM1.3 billion over 20 years.

The full sum is however yet to be paid.They were able to make this outrageous sale because under the agreement, some smart fool ( allegedly the Selangor Economic Advisor Anwar Ibrahim) had decided to transfer the full power of attorney to all the land to the buyer despite only receiving RM50 million out of RM1.3 billion. 
Word on the market is that MB Khalid is making it hard for this ridiculous sale to both Tropicana and EcoWorld to proceed unless Selangor receives full payment first.

Tropicana is still negotiating with MB Khalid for this but Khalid is insistent on the full amount to be paid first before allowing the transfer:
http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/1581685

BTW, Tropicana is owned by Danny Tan the brother to Vincent Tan.

BOTH Danny Tan & brother Vincent Tan are now doing big-time property development in Penang including in the RM10 billion GDV Bayan Mutiara Penang World City project (where they bought the land at a very cheap price of RM240 psf payable over 5 years fr the Penang State Govt) and also the IKEA Batu Kawan deal thru Ivory Properties Group. 
Vincent Tan is also involved in the multi-billion redeveloping of the Penang Turf Club.

So, other than a common big-time property developer,why is DAP so concerned with removing Khalid as Selangor MB? 
Perhaps an article from more than one year ago before GE13 by RPK regarding this land sale can shed some light. Search in Malaysia Today.( who got bribed for cheap land sales in Selangor? ).

Lahir Singapura kod 71, tapi mahu jadi MB di Selangor?

Posted: 17 Aug 2014 05:00 PM PDT


No 71 tidak layak menjadi Menteri Besar 

Isu perlembagaan Negeri Selangor 

Siapakah yang bakal menggantikan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sememangnya menarik. Walauapapun, kita perlu merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor (UUTNS) untuk mencari jawapannya.

Menurut pendapat peguam atau pengamal undang undang iaitu Encik Ahmad Shuaib Ismail beliau menyatakan bahawa Tiada satu perenggan pun di dalam UUTNS yang menyatakan bahawa seorang menteri besar itu perlu lahir dan membesar di Negeri Selangor. Ianya merupakan satu "convention" yang difahami oleh semua orang. Tetapi dari sudut undang-undang kita perlu sedar bahawa di dalam Perkara 51 UUTNS telah dinyatakan syarat-syarat untuk seseorang itu layak untuk menjadi Menteri Besar di Negeri Selangor. 

Perkara 51 UUTNS menyatakan bahawa hanya Yang Amat Mulia Paduka Sultan Selangor mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar. Perkara 51 (2) pula menyatakan bahawa seorang Menteri Besar itu hendaklah dari bangsa Melayu dan beragama Islam. 

Tidak dinyatakan pula di dalam mana-mana peruntukkan bahawa hanya "anak kelahiran Selangor" sahaja yang berkelayakan untuk menjadi Menteri Besar. Tetapi ianya boleh dikira sebagai pilihan Sultan bahawa Menteri Besar yang ingin dilantik oleh Baginda mestilah rakyat yang lahir di dalam negeri Selangor. Perkara yang sama juga tertakluk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, hanya Islam & Melayu sahaja yang dinyatakan.

Namun apa yang menarik di dalam UUTNS ialah perenggan dibawah Perkara 53 (3) dimana ia menyatakan bahawa Menteri Besar tidak boleh dipilih dari kalangan warganegara Malaysia yang memiliki kewarganegaraan secara "naturalisasi" dan juga kewarganegaraan mengikut Perkara 17 Perlembagaan Malaysia. 

Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan Malaysia (yang telah dipinda) menyatakan kewarganegaraan seseorang semasa beliau sedang bermastautin di Malaysia ketika hari merdeka 31 Ogos 1957. 

Terma "naturalisasi" mempunyai banyak penterjemahan. Kebanyakkan negara yang mengambil pendekatan bahawa sekiranya seseorang itu lahir di negara lain dan berdaftar sebagai warganegara mereka akan dikira sebagai warganegara yang telah di"naturalisasi"kan. Naturalisasi berlaku samada dengan tindakan ataupun dengan tiada tindakan. Contohnya apa yang berlaku di Soviet Union (USSR) yang merupakan satu empayar besar sebelum berakhirnya Perang Dingin. Seorang rakyat Soviet Union yang lahir di Uzbekistan tetapi setelah USSR berpecah beliau menetap di Turkemenistan. Maka beliau di neutralisasikan di Turkemenistan yang merdeka dan menjadi rakyat di sana. Orang ini dikira sebagai warganegara yang telah di"neutralisasi". 

Perkara yang sama berlaku di Persekutuan Tanah Melayu apabila perpecahan berlaku sebelum dan selepas pembentukkan Malaysia. Kita semua tahu bahawa Brunei dan Singapura adalah kedua-duanya pernah atau ingin menganggotai Persekutuan Malaysia. Sekiranya rakyat yang lahir di negara-negara ini ingin menjadi warganegara, mereka akan melalui satu proses Naturalisasi yang membenarkan mereka untuk menjadi warga Malaysia yang sah.

Jabatan Pendaftaran Malaysia juga telah menetapkan bahawa warganegara yang yang datang dari proses seperti ini ditandakan sebagai nombor 71 di dalam kad pengenalan mereka. Bukan kerana diskriminasi, tetapi mungkin ada atas sebab-sebab keselamatan tindakan ini dilaksanakan. No 71 juga ditandakan kepada semua warganegara Malaysia yang lahir di luar negara.

Berbalik kepada isu diatas, kedua-dua "calon Menteri Besar" ini mempunyai nombor 71 tertera di dalam kad pengenalan mereka. Mereka adalah produk naturalisasi kewargaan negara. Kita sudah mengetahui bahawa perlantikkan Menteri Besar Selangor perlu mematuhi UUTNS dan juga perkenan Yang Amat Mulia Sultan Selangor. Apakah perlantikkan pada kali ini bakal melanggar bukan sahaja UUTNS dan juga bakal mengundang murka Sultan dengan membelakangkan pilihan baginda?

PAS Piss PUS wajar tukar nama ke PEKASAM

Posted: 17 Aug 2014 06:34 AM PDT


Dengan U-Turn yang PAS buat hari ini dengan menerima Wan Azizah sebagai calon MB Selangor, maka bertambahlah satu lagi prinsip perjuangan PAS yang telah mereka korbankan. 




PAS telah gadaikan sejak jadi keldai DAP:-

1) Negara Islam, sekarang jadi Negara Kebajikan.

2) Hudud, sudah dibakulsampahkan

3) Nak hapus Pusat Hiburan, tapi setelah 4 tahun pertama perintah Selangor, dari 700 pusat hiburan meningkat jadi 7000 tahun 2012.

4) Dulu PAS kata kafir kalau UMNO kerjasama dengan MCA dan MIC, sekarang depa cium mulut dan jadi keldai harbi DAP.

5) Dulu PAS kata perempuan tak boleh jadi calon, malah Tilawah Al Quraan pun mereka tak hantar wakil wanita sehinggalah 2 tahun sudah. Tapi hari ini, mereka mengangkat Wan Azizah sebagai Calon Ketua Negeri.



PAS hari ini telah mengePISkan dan mengePUSkan semua yang kononya adalah prinsip perjuangan utamanya sebagai sebuah parti Islam. 

Oleh kerana apa yang dikatakan prinsip dan agenda perjuangan PAS sudah dijadikan jeruk, lebih wajar bagi PAS menukar nama parti mereka kepada Parti Kebajikan Semalaysia, atau ringkasnya PEKASAM.

KETUM paksa Sultan terima KIPAS jadi boneka DAP?

Posted: 17 Aug 2014 05:17 AM PDT


Itulah makna disebalik keputusan PR yg dibuat secara express rakyat sejurus selepas Anwarinas berjaya ketepikan nasihat ulamak Pas.

---------------

Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

17 Ogos 2014 

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menghargai keputusan PAS untuk kekal dalam Pakatan Rakyat dan keperluan menggantikan YAB Menteri Besar Selangor. 

Majlis Pimpinan juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan YB Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan YB Mohamed Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar. 

Bagaimanapun YB Mohamed Azmin Alimenegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan parti KeADILan untuk menamakan YB Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon YAB Menteri Besar baru Selangor. 

Maka dengan ini Pakatan Rakyat akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan ini kepadake bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor. 

YB Dato Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN 

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP 

Tuan Hj Mohamed Sabu
Timvalan Presiden PAS

KETUM-bar ikut arahan KETUM tapi hanya susahkan PKR dan PAS

Posted: 17 Aug 2014 01:07 AM PDT


Baik Wan Azizah atau pun Azmin tetap pilihan KETUM. Malah KETUM sedar susah untuk jual nama KIPAS sebagai MB.

Kebolehan KIPAS tak meyakinkan sesiapa, terutama rakyat. Ianya satu langkah NEPOTISMA dan akan menunjukkan cakap KETUM tak serupa bikin.

KETUM menuduh UMNO mengamalkan KKN, tapi ini akan menunjukkan bahawa dia sebenarnya pengamal tegar KORUPSI, KRONISMA dan NEPOTISMA yang pernah dilaungkan Dato Zahid Hamidi di PWTC ketika sebelum Reformasi.

Boleh atau tidak, KETUM-bar atau orang-orang KETUM dalam PAS yang sering digelar Anwarinas atau Erdogan lebih utama mengikut arahan KETUM dari nasihat Ulamak yang mahukan TSKI dikekalkan.

Namun begitu, dalam meletakkan nama Azmin, ia bakal menimbulkan lagi masaalah dalam PKR kerana Azmin tidak lagi diterima.

Ketika Zuraidah menimbulkan nama Azmin dalam PC yang menyokong KIPAS, tapi sebut juga nama Azmin sebagai salah satu nama untuk pilihan Sultan, Xavier bangun dan menuntut kenyataan itu tidak disiarkan akhbar dan ditukar kenyataan rasmi tanpa perenggan berkenaan Azmin.

Sultan ada asas untuk menolak Azmin kerana baik KIPAS atau Azmin bukan anak jati Selangor tapi berkad pengenalan kod 71 yang bermakna lahir di luar negara. Jika Zuraidah lahir di Bengkahulu Indonesia, Azmin dan KIPAS lahir di Singapura.

Semua Sultan-Sultan Selangor sebelum ini hanya pilih MB dari kalangan anak jati Selangor. Pastinya SUltan Sharifuddin akan ikut tradisi yang diamalkan ayahanda, ninda dan moyangnya.

Jika PKR berdegil untuk beri pilihan yang tidak sesuai, pasti Sultan terpaksa kekalkan Khalid hingga  pengganti yang sesuai dicadangkan.


Puak-puak KETUM-bar mungkin dilihat 'playsafe' dan menyerahkan masaalah balik kepada PKR tapi mereka bakal berhadapan dengan usaha menggolekkan kedudukan mereka pada pemilihan.

Sebabnya mereka menolak semua nasihat dan ketetapan dari President, Mursyidul Am, Dewan Ulamak, Dewan Syura dan Muktamar 2009.

Elok lah PAS yang kononnya perjuang ISlam ditukar nama jadi PADAI .... atau Parti DIkudakan Anwar Ibrahim kah kah kah ....

Khalid belum kata-kata apa=-apa dan hanya spin saja yang mengatakan dia akan menyerah kalah.

oyabun

Posted: 17 Aug 2014 11:33 PM PDT

oyabun


Keputusan Dewan Ulama ditolak - Perasit Pas cadang Wan Azizah, Azmin sebagai MB Selangor ?

Posted: 17 Aug 2014 08:43 AM PDT


Pas hari ini memutuskan untuk menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi mengekalkan jawatan tertinggi negeri itu.

Sebaliknya, Timbalan Presiden parti Mohamad Sabu memaklumkan, Pas mencadangkan dua nama bagi jawatan Menteri Besar iaitu Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Menurut beliau, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana Pas menganggap Abdul Khalid tidak lagi layak memegang jawatan tersebut setelah dipecat daripada PKR pada 10 Ogos lepas.

Mohamad Sabu dalam masa sama menafikan keputusan yang dibuat bertentangan dengan pendirian Majlis Syura dan menafikan Pas menolak calon wanita seperti yang dilaporkan oleh media massa sebelum ini.


"Mesyuarat telah memutuskan untuk mencalonkan dua nama ini (Wan Azizah dan Azmin) untuk menggantikan Abdul Khalid.

"Parti juga telah memutuskan untuk terus bersama pakatan pembangkang dan juga telah mengarah empat Exco yang yang ada untuk terus bertugas," jelas beliau.

Mohamad Sabu enggan mengakui partinya membuat keputusan "pusingan-U" dalam kemelut perebutan jawatan MB Selengor itu dan mendakwa, isu sokongan terhadap Abdul Khalid hanya ditimbulkan oleh media.

Dalam masa sama, beliau menyatakan, kata putus dalam soal jawatan MB Selangor terletak di tangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Wasabi Oyabun..

Panglima Perang Cyber

Posted: 17 Aug 2014 11:12 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Performance MB Selangor @Khalid_Ibrahim vs Penang @CmLimGuanEng

Posted: 17 Aug 2014 09:48 PM PDT

Jadual Acara Dan Video Promo #Merdeka57

Posted: 17 Aug 2014 05:51 PM PDT

UMNO perlu bina kekuatan supaya dipilih rakyat

Posted: 17 Aug 2014 05:20 PM PDT


Ahmad Zahid Hamidi melaungkan ungkapan 'Hidup UMNO' semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di Bagan Datoh, Perak semalam. - MINGGUAN/AIN SAFRE BIDIN

BAGAN DATOH 16 Ogos - UMNO perlu membina kekuatan menerusi usaha sendiri dan tidak mengharapkan keruntuhan pihak pembangkang untuk menjadi parti pilihan rakyat, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, kemelut politik yang berlaku dalam pakatan pembangkang di Selangor ketika ini merupakan kesempatan terbaik buat UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk membina kekuatan, namun bukannya bergantung kepada kebinasaan parti lawan.

Beliau berkata, UMNO perlu lebih kuat berbanding dahulu bukan sahaja disebabkan ia merupakan tulang belakang BN tetapi kerana perubahan drastik dalam politik negara.

"Walaupun pakatan pembangkang menghadapi kemelut bukan sahaja di Selangor tetapi di seluruh negara, ini kesempatan terbaik untuk UMNO dan BN memperkukuhkan parti.

"Namun kekuatan parti mestilah hasil daripada usaha ahli sendiri tanpa mengharapkan keruntuhan parti lawan. UMNO perlu diperkasakan dengan membina asas yang kuat tanpa mengharapkan kesusahan yang dialami oleh parti lawan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, untuk memperkasakan parti, pendekatan yang digunakan kini adalah menarik mereka yang pernah tidak berpuas hati terhadap UMNO dan BN sehingga menyertai pembangkang supaya kembali ke pangkal jalan.



Sent from my iPhone

Belantan

Posted: 17 Aug 2014 11:08 PM PDT

Belantan


'Langkah Kajang', langkah malang?

Posted: 17 Aug 2014 10:19 PM PDT


Arena politik pasti mencatatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai 'satu sejarah hitam' dalam politik negara. Bermula daripada kerusi itulah politik Selangor menjadi kucar-kacir akibat perebutan kerusi menteri besar negeri tersebut.

Sebanyak dua kali, pengundi-pengundi Kajang dengan rela membenarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menguasai kerusi DUN itu. Kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan kali kedua, dalam pilihan raya kecil yang sengaja direka bagi memuaskan nafsu politik pemimpin parti tersebut.

Harapan kononnya, Kajang akan dibangun dan dimajukan sesuai dengan janji ia akan memantapkan usaha pembangkang menguasai Putrajaya hanya satu pembohongan.

Kehadiran Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Presiden kepada sebuah parti paling berkuasa dalam pakatan pembangkang dan 'dicaturkan' oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memberi apa-apa manfaat kepada penduduk Kajang.

Sebaliknya, Wan Azizah dipersiapkan bagi memenuhi agenda Anwar untuk menghumban Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada kerusi Menteri Besar Selangor.

Tidak mengapalah jika Abdul Khalid gagal melaksanakan tanggungjawab, tidak salah juga kalau langkah itu dilakukan jika anak jati Selangor itu ada masalah moral seperti mana dikaitkan dengan pemimpin-pemimpin PKR tertentu atau beliau sudah melakukan kesilapan yang menyusahkan rakyat.


Abdul Khalid bukan mahu disingkirkan sebab semua itu tetapi hanya kerana Anwar ingin menguasai pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dengan menjadikan Wan Azizah sebagai 'wakil rasmi' beliau.

Dalam mengkaji kemelut politik di Selangor, penulis boleh menggariskan beberapa perkara yang terdedah sepanjang ia berlaku bagi membolehkan rakyat menilai siapakah Anwar dan wajah sebenar pakatan pembangkang.

HANYA KERANA NAFSU POLITIK

'Langkah Kajang' direncanakan oleh PKR, bagi memenuhi tuntutan nafsu politik mereka semata-mata. Mereka tidak layak bercakap soal demi kepentingan rakyat Selangor kerana kalau benar itu hujahnya, kenapakah perlu PRK Kajang sengaja diadakan tanpa sebab? Perlu diingat ADUN Kajang sebelum ini bukannya sakit atau tidak berupaya menjalankan tanggungjawabnya tetapi beliau meletakkan jawatan tanpa alasan.

Tindakan itu semata-mata bagi membolehkan Anwar yang semakin pudar harapan menjadi Perdana Menteri dan sedang berhadapan dengan hukuman penjara kerana meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan - telah meletakkan isterinya, Wan Azizah sebagai calon dan seterusnya menjadi 'alat' untuk beliau menghumban Abdul Khalid daripada kerusi menteri besar.


Jika benar Abdul Khalid tidak layak, tidak mampu atau gagal memenuhi agenda pakatan pembangkang, kenapakah Wan Azizah yang dipilih? Hebat sangatkah wanita bernama Wan Azizah ini yang orang ketahui sanggup mengorbankan segala-galanya untuk suami yang beliau anggap sebagai 'anugerah Tuhan'.

Wan Azizah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh suatu ketika dulu kerana menggantikan Anwar dan Wan Azizah juga meletakkan jawatan kerana hendak memberi laluan kepada suaminya. Menjadi Presiden PKR pula, Wan Azizah tidak ubah sekadar 'penghias' organisasi sahaja kerana yang benar-benar berkuasa ialah Anwar!

DEMOKRASI ALA MATLAMAT MENGHALALKAN CARA

Bijak sekali pemimpin-pemimpin pembangkang berhujah soal demokrasi apabila mereka mahu memastikan agenda Anwar melalui 'Langkah Kajang' berjaya. Mereka mendesak Abdul Khalid menghormati prinsip demokrasi apabila beliau bertindak memecat enam Exco Selangor daripada DAP dan PKR. Wan Azizah pula mahu Abdul Khalid menghormati prinsip tersebut dengan alasan beliau sudah mendapat sokongan majoriti ADUN untuk menjadi menteri besar. Paling menarik, ada pemimpin pembangkang berhujah, sebarang percaturan politik untuk membentuk Kerajaan Negeri Selangor melalui gabungan Pas, UMNO dan Bebas sebagai tidak bermoral dan perbuatan terkutuk yang ditolak dalam amalan demokrasi.

Tetapi pernahkah mereka bertanya, apakah 'gagasan Langkah Kajang' itu memenuhi prinsip demokrasi? Apakah tindakan menyingkirkan seorang menteri besar tanpa sebarang alasan kukuh itu bukan satu perbuatan terkutuk yang ditolak dalam amalan demokrasi?


Sebenarnya demokrasi yang diamalkan oleh pemimpin PKR dalam memenuhi agenda 'Langkah Kajang' lebih menjurus kepada matlamat menghalalkan cara. Demokrasi bukan sahaja menjadi alat tetapi diperalatkan demi memenuhi politik pemimpin-pemimpin kanan parti itu.

MORAL POLITIK SEMAKIN TERHAKIS

Pergolakan politik di Selangor yang dicetuskan oleh pemimpin-pemimpin PKR boleh disifatkan semakin terhakis moral politik mereka. Kalau benar mereka berpegang kepada prinsip tersebut, sepatutnya tumpuan utama ialah menyelesaikan dahulu kemelut dalaman yang tercetus ketika pemilihan parti itu di seluruh negara baru-baru ini.

Pelbagai adegan dapat disaksikan ketika pemilihan PKR berlangsung termasuklah baling kerusi, tumbuk menumbuk dan penipuan dalam pengundian. Kesemua masalah itu masih belum selesai, ada kes dibawa kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), tetapi adakah pemimpin PKR memandang serius masalah itu?

Sudah pasti tidak, sebaliknya wajah hodoh itu ditutupi dengan mencipta 'Langkah Kajang'. Persoalannya layakkah sebuah parti mahu meletakkan pemimpinnya menerajui sebuah negeri sedangkan urusan 'rumah tangga' sendiri masih lintang pukang? Adakah ini moral politik yang betul atau sememangnya soal moral sudah menjadi perkara kedua kepada pemimpin-pemimpin PKR?

TERDEDAH WAJAH SEBENAR SEKUTU

Pergolakan di Selangor juga mengesahkan kerjasama pakatan pembangkang hanyalah retorik politik dan sikap hipokrit paling tinggi yang ditonjolkan oleh mereka, biarpun sebelum ini menyedari masing-masing mempunyai ideologi perjuangan amat berbeza.


Dalam 'Langkah Kajang', Pas dilihat berada dalam situasi paling malang, apabila sudah terdedah kini hakikatnya perasaan hormat kepada parti itu oleh sekutunya sekadar retorik politik sahaja.

Perasaan 'hormat' kepada Pas ada syaratnya, kalau parti tersebut mengikut agenda dan kemahuan politik PKR dan DAP. Jika Pas membuat keputusan sebaliknya - biarpun atas prinsip kebenaran dan keadilan, mereka akan dikecam habis-habisan.

PAS DITEKAN DARI DALAM, DITIKAM DARI LUAR

Ketika pemimpin-pemimpin PKR dan DAP bersatu dalam menjayakan 'Langkah Kajang', Pas pula dilihat berpecah dua. Biarpun Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah membuat pendirian, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong manakala Majlis Syura Ulama memperkukuhkan pendirian Presiden Pas dalam soal mempertahankan Abdul Khalid, ada dalam kalangan pemimpin Pas secara terbuka membuat kenyataan menyokong Wan Azizah.


Malah Pas dilihat semakin buruk apabila dua ADUN mereka di Selangor menyatakan sokongan kepada Wan Azizah tanpa mempedulikan pendirian pucuk pimpinan parti dan Majlis Syura Ulama.

Dalam masa yang sama, sekutu Pas turut menikam parti itu, bukan lagi dari belakang tetapi secara berhadapan semata-mata kerana Pas enggan tunduk kepada nafsu politik mereka.

RUMUSAN

Sudah terbukti 'Langkah Kajang' adalah langkah malang yang menyaksikan ada orang berperanan sebagai 'tok dalang' dan ada pula bakal menjadi 'lebai malang' termasuklah rakyat Selangor yang terpedaya dengan temberang pembangkang.

Oleh : Zulkiflee Bakar

Suara Politik
Belantan

Kenyataan akhbar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bertarikh 17 Ogos 2014

Posted: 17 Aug 2014 08:32 AM PDT


Saya Akan Mohon Menghadap DYMM Sultan Selangor Berkenaan Status Menteri Besar

Saya menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini.


Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor.

Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.

Insya'Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT.

YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
17 OGOS 2014

Suara Politik
Belantan

Demonstrasi desak Khalid letak jawatan Menteri Besar?

Posted: 17 Aug 2014 05:06 AM PDT


Demonstrasi pertama berkaitan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor bermula hari ini apabila sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Teo Beng Hock Trust For Democracy mengadakan perhimpunan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor hari ini.

Kira-kira 30 orang yang menganjurkan kempen 'Reben Hitam, Kembalikan Selangorku" itu membawa pelbagai sepanduk mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai ketua kerajaan Selangor.

Antara lain sepanduk yang dibawa berbunyi 'Khalid we voted PR not you' (Khalid kami undi PR bukan kamu), 'Black ribon for democracy in Selangor' (Reben Hitam untuk demokrasi di Selangor), dan 'Please step down for the sake of the people' (Tolong letak jawatan demi rakyat).



Seorang ahli NGO tersebut, Toh Chin Hong berkata, rakyat Selangor tidak selesa dengan krisis perebutan jawatan menteri besar itu.

"KIta tidak selesa dengan situasi ini. Demokrasi perlu menjadi keutamaan dan ia perlu dikembalikan kepada rakyat," kata Chin Hong, yang menghadiri tunjuk perasaan tersebut yang diadakan semasa waktu solat Jumaat.

Kumpulan tersebut bagaimanapun gagal untuk memasuki bangunan SUK kerana dihalang oleh pegawai keselamatan yang bertindak mengunci pintu pagar ke dalam kawasan bangunan.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak dihalang untuk berkumpul di luar bangunan dan beberapa anggota NGO tersebut juga bertindak mengikat 'reben hitam' di pintu pagar sebagai tanda kecewa dengan situasi tidak menentu di Selangor.

Suara Politik
Belantn

Kembara Politik

Posted: 17 Aug 2014 11:06 PM PDT

Kembara Politik


Catatan Selepas Mesyuarat oleh Dr Muhaimin, AJK Pas Pusat

Posted: 17 Aug 2014 09:58 PM PDT


Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 17 Aug 2014 11:03 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


POLITIK SANDIWARA KELUARGA 69 DI SELANGOR...APA NAK HERANKAN...?

Posted: 17 Aug 2014 09:16 PM PDT


Di luar sana riuh rendah para pencacai dan penjilat pakatan kononnya UMNO dan BN melopong apabila PAS buat u-turn menyokong untuk mempertahankan Pakatan Rakyat dan menolak Khalid Ibrahim.

Kononnya UMNO dan BN dah masuk perangkap apabila Tan Sri Muhyiddin menyatakan sokongan tanpa syarat UMNO kepada Tan Sri khalid sebagai Menteri Besar.

Puak-puak Anwarinas bersorak sorai kegembiraan bagai orang mabuk air ketum bila Selangor kembali dikuasai kembali oleh Pakatan Rakyat selepas insiden pemecatan Khalid Ibrahim dan sokongan empat exco PAS kepada beliau.

Rasanya mabuk KETUM mereka masih belum pulih apabila Mat Sabu membacakan keputusan Jawatankuasa Pusat menolak Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan menamakan Azizah bini Anwar dan Azmin; lelaki yang pernah mempawahkan isterinya untuk Anwar sebagai calon-calon Menteri Besar yang baharu.


Tak sampai 3 jam, Azmin pula menarik diri kononnya menghormati keputusan partinya mencalonkan Azizah sebagai calon tunggal MB yang baharu. Pada pencacai, Azmin telah menunjukkan pengorbanan tahap dewa pada Anwar dengan menarik diri.

Namun hakikatnya, sudah jelas menunjukkan PAS telah dipermainkan secara licik oleh pembohongan politik Anwar. 

Ya memang Anwar kaki putar belit. Langkahnya ternyata mampu menyongsangkan PAS.

Rakyat telah melihat sia-sia saja doa dan solat hajat PAS mempertahankan Khalid...semuanya wayang kulit yang telah diarahkan oleh tok dalang tujuannya untuk memerangkap sesiapa saja yang bersimpati pada Khalid.

Di kala Azmin menarik diri ramai penyokong pro-Khalid tersentap melihat begitu mudah Haji Hadi dipermain-mainkan oleh puak-puak Anwarinas, PAS berjaya sekali lagi diperkudakan PKR dan DAP. 

Mat Sabu dengan penuh bangga menyokong apa jua kehendak Anwar dan DAP...Memang patutpun sebagai pencacai yang hidup mewah dengan wang elaun Lembaga Air Pulau Pinang melebihi RM50,000 sebulan dari Lim Guan Eng sukar untuk Mat Sabu menolak kehendak DAP.

Kononnya, setelah bermesyuarat selama tiga jam di Hotel Empire di Subang Jaya, ketiga-tiga parti bersetuju bahawa hanya nama Wan Azizah yang akan dipersembahkan kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menariknya, PAS diwakili Mat Sabu bukannya Tuan Presiden iaitu Hadi Awang yang hilang entah ke mana?

Hakikatnya, Hadi Awang tidak gembira dengan keputusan AJK PAS Pusat sebelumnya yang menolak ketetapan yang telah dibuat oleh Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS berhubung kedudukan Khalid Ibrahim dan Wan Azizah. 

Hadi Awang juga enggan memberikan sebarang komen berhubung keputusan PAS itu dan tidak hadir semasa sidang media oleh PAS untuk mengumumkan sokongan PAS kepada Azmin Ali dan Wan Azizah. Hinggakan timbul perbalahan dalaman antara puak pro ulama dan liberalis anwarinas dalam PAS.

Dan kini Khalid dikatakan menyokong pula Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar kerana tidak mahu Azmin menjadi MB Selangor meskipun Azmin telah menarik diri. 

Dah bergaduh pulak geng-geng PKR ni...

Inilah yang dikatakan politik songsang keluarga 69 Pakatan Rakyat...eeerr Anwar pun dah 68 kali tangguh kes liwatnya...

Lantaklah korang nak berbalah lepas ni. Rakyat di luar Selangor tengok jer inilah perangai dan wajah PAS, PKR dan DAP sebenarnya. Nak sokong dan undi pakatan di negeri sendiri...sorry ler tobat tak mau jadi penjilat DAP. 

UMNO dan BN tengok jer la mainan puak-puak ni. Teruskan berkhidmat pada rakyat kerana ia lebih berpahala amalannya...


INILAH DIA GAYA SULTAN ANWAR APABILA AZIZAH JADI MB

Posted: 17 Aug 2014 04:27 PM PDT

GAYA SULTAN ANWAR APABILA AZIZAH JADI MENTERI BESAR, SINGGAHSANA KUNING, BAJU SAMPING KUNING, KARPET KUNING, KERUSI BERSALUT KEEMASAN
TIADA jalan pintas Azizah untuk menjadi proksi Menteri Besar Selangor bagi pihak Anwar Ibrahim. DYMM Sultan Selangor kini ditentang, dibodoh-bodohkan dan dipermainkan titahnya oleh Anwar Ibrahim. Kasihan Hadi jadi mangsa, semakin dia tua semakin dia dijadikan hampas, tiada lagi wala tiada lagi baiah. 

Krisis di Selangor kini menjadi Sultan Selangor Lawan Anwar Ibrahim. Anwar berkata dalam hatinya, "Ko Sultan duduk diam-diam, bulan-bulan saya bagi you elaun tetap". 

Dashyat sungguh Anwar mempermainkan Raja-Raja Melayu. Itu belum berkuasa, jika sudah berkuasa, Anwar yang menjadi MB belakang tabir Selangor sudah pasti boleh memaksa Sultan Selangor mengikut telunjuknya. Anwarlah yang menjadi Sultan beraja.

Sebenarnya, orang Selangor tidak faham, apabila Azizah menjadi MB, Anwar secara automatik menjadi Sultan Selangor yang baharu. Semua titah Sultan Selangor boleh ditidakkan sebagaimana Anwar mendaakkan titah Sultan sekarang.

Tahniah Rakyat Selangor, kerana bakal berSultankan Anwar Ibrahim.




UNTUK TIPU HADI SANGAT SENANG, PAKSA DIA CALONKAN AZIZAH & AZMIN, SEJAM KEMUDIAN PKR KATA AZMIN TARIK DIRI

Posted: 17 Aug 2014 07:01 AM PDT

Tidak sampai 24 jam PAS membuat pengumuman menyokong Wan Azizah & Azmin sebagai calon Menteri Besar Selangor,  PKR memaklumkan Azmin tarik diri untuk dicalonkan menjadi Menteri Besar Selangor. Sangat-sangat mudah untuk menipu Haji Hadi dan menipu Nik Aziz.

Namun mereka lupa, Sultan Selangor tidak perkenan negerinya ditadbir oleh Azizah seorang penduduk tetap Singapura.

Persoalannya kini, TS Khalid akan mengadap kepada DYMM Sultan Selangor. Oleh kerana tipu menipu menjadi tidak terkawal dalam Pakatan Rakyat sekarang ini, sudah pasti jalan Pilihanraya Negeri akan terpaksa digunakan. 

Rakyat dan negeri Selangor menjadi kacau-bilau gara-gara PAS yang membuat U Turn. Apakah Pilihanraya Negeri Selangor bila-bila masa ini akan mengurangkan kerusi PAS daripada 15 kepada 4 sahaja? Yang pasti DAP tidak lagi mahu pengundinya memberi undi kepada PAS yang susah diurus dan menyusahkan.



PAS MEMANG MUNAFIK...KALI INI MEMANG BETUL-BETUL

Posted: 17 Aug 2014 04:05 AM PDT


Cina ni pernah kata PAS parti munafik dan tidak boleh dipercayai.

Ramai penyokong PAS marah dengan Cina DAP ini.

Tapi hari ini terbukti sifat itu benar apabila PAS membuat keputusan 'U-Turn' menolak Menteri Besar sedia ada dengan menamakan (baca menyokong) calon Menteri Besar baharu bagi Selangor (Kedua-duanya bukan anak jati Selangor, tapi lahir di Singapore).

Bak kata orang, kalau tak dapat mencalonkan bini si KETUM, dapat calonkan si suami yang pernah mempawahkan bininya pada si KETUM pun jadilah...

Namun apa yang kita boleh pelajari dari kemelut Menteri Besar ini sesungguhnya puak-puak Anwarinas dalam PAS memang tak boleh dipercayai.

Tikam belakang, khianat dan sifat berpura-pura 'taqqiyah' memang menjadi sifat semulajadi mereka.

Nampaknya betullah kata DAP, PAS tidak boleh dipercayai dan munafik. 


Kesian kita lihat berbondong-bondong ahli PAS ditipu oleh pemimpin atasan mereka. Kesian nasib ahli-ahli PAS yang berdoa untuk Khalid dikhianati sendiri oleh pemimpin atasan mereka. 

Jika ulama mereka boleh diketepikan, jika agama sendiri boleh dilacurkan, jika kepentingan bangsa boleh digadai... jadi apa nak herankan dengan keputusan u-turn PAS ini. 

Asalkan masyuk dan DAP suka, PAS boleh berubah bila-bila masa.

Kumpulan Anwarinas berjaya mengenepikan keputusan Majlis Syura dan Ulama untuk terus menjilat Anwar...Syabas untuk PAS Anwarinas di Selangor tetapi mereka mungkin 'terbabas' di luar Selangor...

Kita lihat ramai ahli-ahli PAS di luar sana meratap kekecewaan. Harapan untuk melihat Selangor ditadbir oleh majoriti exco-exco dari parti PAS akhirnya dihancurkan oleh pemimpin atasan mereka sendiri. 

Mereka dah berkata; "PAS makin sesat dan disesatkan oleh Anwar dan DAP. Berapa banyaklah duit agaknya yang PAS dapat untuk mengubah keputusan..."

TS Khalid dalam kenyataannya mengatakan beliau akan mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor untuk memberi nasihat mengenai langkah-langkah seterusnya dan berharap pentadbiran negeri Selangor tidak terjejas dengan krisis politik tersebut.

Hahahah...lantaklah hangpa gaduh sama sendiri sampai lunyai Selangor.

Keputusan yang akan diingati oleh golongan ulama dan murabbi PAS sebagai perbuatan khianat terhadap ummah...
Kekecewaan dalaman PAS semakin membengkak... 

U-turn sampai masuk lubang....








     

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 17 Aug 2014 09:32 PM PDT

tok gajah

Posted: 17 Aug 2014 09:28 PM PDT

tok gajah


Cube anda semua tontoni dan amati dengan teliti klip VDO ini..............

Posted: 17 Aug 2014 09:00 PM PDT




Adakah tuan2/puan2 terlihat atau terdengar ape2 ayat yang keluar dari mulut Azim bahawe die menolak pencalunan jawatan Menteri Besar Selangor tu......?

Pakatan Rakyat Selangor yang Pelik bin Ajaib................

Posted: 17 Aug 2014 05:40 PM PDT


Hanya Wan Azizah dicalonkan MB Selangor

PAKATAN Rakyat memuktamadkan hanya satu nama iaitu Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan tersebut diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas mesyuarat pakatan rakyatkira-kira 45 minit di Subang.

Keputusan itu akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam pada itu Azmin berkata, beliau menghargai keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencalonkan namanya, namun akur dengan keputusan PR mencalonkan Wan Azizah seperti dipersetujui dalam akuan bersumpah dan disertakan kepada pihak Istana.

Pade mule nye Tok dah mule puji2 pemimpin2 PAS ni -dah mule sikit nunjukkan ade akal, tapi sekarang Tok dah konferm anggap PAS ni dah kurang akal..........

Anggapan Tok ni cume berdasarkan fakta2 di bawah ni:-

i. Pade mulenye PAS ber mati2 an menyokong Menteri Besar Datuk Tan Seri Khalid dan menolak Datin Seri Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim.

ii. Kemedian bersetuju pule dengan cadangan supaye Wan Azizah mengantikan tempat Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

iii. Mengenepikan keputusan Majlis Shyura ikut se suke hati aje seolah2 Majlis tu tidak punye kuase dan fungsi ape2 pun dalam PAS.

Pade pendangan Tok, pemimpin2 PAS ni tidak punyai pendirian yang tetap, kate orang mase ni -"Flip Flop" Tok pun kurang faham ape makne nye.

Paling malang bagi PAS apebile cadangan nye menamekan Azmin sebagai calun Menteri Besar Selangor telah 'ditolak' bulat2 oleh Pakatan Rakyat(PKR&DAP). Ini telah memberikan gambaran bahawe PAS tidak ade suare atau kuase dalam Pakatan Rakyat.

Tok anggap PAS ni cume menjadi pencacai sahaje di dalam Pakatan Rakyat.

Sekali lagi Tok kene puji PAS.........

Posted: 17 Aug 2014 05:00 PM PDT


Walau pun Tok bukan penyokong PAS dari dulu, kini dan se lame2 nye, tapi Tok sekali sekale terpakse kene puji jige sikap bijak yang di tunjukkan oleh pemimpin2 PAS.

Kali ni Tok peratikan care bijak pemimpin2 PAS ni bermain politik, mule2 die tunjuk bijak dengan menyokong MB Datuk Khalid dan menolak YB Datuk Seri Wan Azizah. Malang nye, sokongan PAS terhadap Datuk Khalid pendek umor. PAS terpakse ketepikan keputusan nye menyokong Datuk Khalid kerane menerime amaran keras dari DAP.

Rupe2 nye takut juge PAS same itu DAP! Kesian Datuk Khalid. "Ku sangke panas sampai ke petang, rupenye hijan di tengah hari."

'Kembang jubo' Anwar! Ape tidak nye, dah berjaye mendapat restu PAS. Tapi, macam Tok dah kate tadi, PAS ni sememang nye bijak orang nye. Ape idak nye, die antou due name calun - Wan Azizah dan Azmin!

Tok rase terkuncup kembali jubo Anwar apebile PAS mencadangkan juge YB Azmin. Tok rase setakat ni cukup le beri komen, nanti takut ade pule yang akan marah2 kan Tok.

Walau bagaimane pun mari lah kite same2 tunggu di atas kebijaksanean Baginda Sultan untuk memilih siape yang baginda berkenan..........

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 17 Aug 2014 09:20 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Kad Pengenalan 71 : Wan Azizah & Azmin Tidak Layak Jadi MB Selangor

Posted: 17 Aug 2014 10:03 AM PDT

No 71 tidak layak menjadi Menteri Besar
Isu perlembagaan Negeri Selangor

Siapakah yang bakal menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar ? Walauapapun, kita perlu merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor (UUTNS) untuk mencari jawapannya.

Menurut pendapat peguam atau pengamal undang undang iaitu Encik Ahmad Shuaib Ismail beliau menyatakan bahawa tiada satu perenggan pun di dalam UUTNS yang menyatakan bahawa seorang menteri besar itu perlu lahir dan membesar di Negeri Selangor.

Ianya merupakan satu "convention" yang difahami oleh semua orang. Tetapi dari sudut undang-undang kita perlu sedar bahawa di dalam Perkara 51 UUTNS telah dinyatakan syarat-syarat untuk seseorang itu layak untuk menjadi Menteri Besar di Negeri Selangor.

Perkara 51 UUTNS menyatakan bahawa hanya Yang Amat Mulia Paduka Sultan Selangor mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar. Perkara 51 (2) pula menyatakan bahawa seorang Menteri Besar itu hendaklah dari bangsa Melayu dan beragama Islam.

Tidak dinyatakan pula di dalam mana-mana peruntukkan bahawa hanya "anak kelahiran Selangor" sahaja yang berkelayakan untuk menjadi Menteri Besar.

Tetapi ianya boleh dikira sebagai pilihan Sultan bahawa Menteri Besar yang ingin dilantik oleh Baginda mestilah rakyat yang lahir di dalam negeri Selangor. Perkara yang sama juga tertakluk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, hanya Islam & Melayu sahaja yang dinyatakan.

Namun apa yang menarik di dalam UUTNS ialah perenggan dibawah Perkara 53 (3) dimana ia menyatakan bahawa Menteri Besar tidak boleh dipilih dari kalangan warganegara Malaysia yang memiliki kewarganegaraan secara "naturalisasi" dan juga kewarganegaraan mengikut Perkara 17 Perlembagaan Malaysia.

Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan Malaysia (yang telah dipinda) menyatakan kewarganegaraan seseorang semasa beliau sedang bermastautin di Malaysia ketika hari merdeka 31 Ogos 1957.

Terma "naturalisasi" mempunyai banyak penterjemahan. Kebanyakkan negara yang mengambil pendekatan bahawa sekiranya seseorang itu lahir di negara lain dan berdaftar sebagai warganegara mereka akan dikira sebagai warganegara yang telah di"naturalisasi"kan.

Naturalisasi berlaku samada dengan tindakan ataupun dengan tiada tindakan. Contohnya apa yang berlaku di Soviet Union (USSR) yang merupakan satu empayar besar sebelum berakhirnya Perang Dingin.

Seorang rakyat Soviet Union yang lahir di Uzbekistan tetapi setelah USSR berpecah beliau menetap di Turkemenistan. Maka beliau di neutralisasikan di Turkemenistan yang merdeka dan menjadi rakyat di sana. Orang ini dikira sebagai warganegara yang telah di"neutralisasi".

Perkara yang sama berlaku di Persekutuan Tanah Melayu apabila perpecahan berlaku sebelum dan selepas pembentukkan Malaysia. Kita semua tahu bahawa Brunei dan Singapura adalah kedua-duanya pernah atau ingin menganggotai Persekutuan Malaysia.

Sekiranya rakyat yang lahir di negara-negara ini ingin menjadi warganegara, mereka akan melalui satu proses Naturalisasi yang membenarkan mereka untuk menjadi warga Malaysia yang sah.

Jabatan Pendaftaran Malaysia juga telah menetapkan bahawa warganegara yang yang datang dari proses seperti ini ditandakan sebagai nombor 71 di dalam kad pengenalan mereka.

Bukan kerana diskriminasi, tetapi mungkin ada atas sebab-sebab keselamatan tindakan ini dilaksanakan. No 71 juga ditandakan kepada semua warganegara Malaysia yang lahir di luar negara.

Berbalik kepada isu diatas, kedua-dua "calon Menteri Besar" ini mempunyai nombor 71 tertera di dalam kad pengenalan mereka. Mereka adalah produk naturalisasi kewargaan negara.

Kita sudah mengetahui bahawa perlantikan Menteri Besar Selangor perlu mematuhi UUTNS dan juga perkenan Yang Amat Mulia Sultan Selangor.

Apakah perlantikan pada kali ini bakal melanggar bukan sahaja UUTNS dan juga bakal mengundang murka Sultan dengan membelakangkan pilihan baginda?

Apakah parti terbabit tidak mempunyai peguam yang hebat untuk memahami undang undang UUTNS ini?

Parti Islam Semalaysia Tersalah Tarikh Tahun Islam?

Posted: 17 Aug 2014 08:38 AM PDT

Azizah Dipilih Calon MB Tetapi Ke Mana Hilangnya Hadi Awang?

Posted: 17 Aug 2014 06:07 AM PDT

Mesyuaat itu adalah mesyuarat majlis presiden PKR-DAP-PAS, ke mana hilangnya Hadi Awang?

Apakah esok Hadi Awang akan bagi kenyataan bersama dengan Nik Aziz dan Haron Din bagi pihak Majlis Ulama PAS?



Red Bean Army Sudah Serang Azmin Dengan Isu Aiskrim?

Posted: 17 Aug 2014 12:50 AM PDT


Apakah motif serangan aiskrim ini? Adakah ini signal bahawa DAP lebih selesa Wan Azizah jadi MB berbanding Azmin Ali?

Baca lanjut di laman berikut :

http://www.pru14.tv/2014/08/17/dap-mahu-sabotaj-azmin-agar-tak-jadi-mb/

Keputusan "U TURN" Bukti Parasit Sudah Kuasai Ulama Dalam PAS

Posted: 17 Aug 2014 12:29 AM PDT



Mesyuarat Khas PAS Tamatkan Terus Karier Politik Khalid Ibrahim

Posted: 16 Aug 2014 09:41 PM PDT

PAS Setuju Gugurkan Khalid Ibrahim Sebagai MB?

Posted: 16 Aug 2014 09:20 PM PDT

PenangWasabi

Posted: 17 Aug 2014 09:08 PM PDT

PenangWasabi


Sokong Wan Azizah peluang terakhir Pas tunjuk kesetiaan?

Posted: 17 Aug 2014 08:53 AM PDT


ADUN Sungai Pinang daripada DAP, Datuk Teng Chang Khim hari ini sekali lagi memberi kata dua kepada Pas untuk menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Chang Khim yang dipecat daripada jawatan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan sokongan kepada Wan Azizah adalah peluang terakhir Pas menunjukan kesetiaan kepada pakatan pembangkang.

"Pas telah meminta masa untuk berbincang (mengenai perebutan jawatan menteri besar Selangor). Kita setuju dan kita simpan sedikit keyakinan kepada Pas.

"Ini adalah pilihan terakhir kepada Pas untuk menunjukkan kesetiaan kepada pakatan PKR, Pas dan DAP," kata Chang Khim.


Cham Khim juga sekali lagi menegaskan empat Exco Pas yang masih menyokong Abdul Khalid sebagai Menteri Besar telah kehilangan kredibiliti.

Chang Khim ditemui di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) sebelum memasuki pejabat beliau di tingkat 3 bagi tujuan mengemas dan mengosongkannya.

Jelas Chang Khim, seramai enam orang pekerja di pejabatnya terpaksa diberhentikan berikutan pemecatan beliau sebagai Exco Selangor.

Beliau juga memberitahu segala peralatan dan kemudahan termasuk kereta rasmi telahpun dipulangkan kepada kerajaan negeri.

Penang Wasabi..

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 17 Aug 2014 03:04 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Video seks pelajar sekolah menengah tersebar

Posted: 17 Aug 2014 09:30 AM PDT

Masyarakat Pekalongan kecoh dengan tersebarnya sebuah video lucah yang dirakamkan oleh pelajar SMP di pantai Wonokerto, Kabupaten Pekalongan.

Dalam video yang bertajuk 'SMP main api di gubuk' berdurasi 7 minit 55 saat tersebut, dua orang pelajar SMP 2 Wonkerto, Kabupaten Pekalongan yang menggunakan nama IS sedang melakukan hubungan seks.

Dari latar belakang video berkenaan, adegan tersebut dirakam dalam sebuah pondok buluh di tepi pantai Wonokerto, Kabupaten Pekalongan seperti mana dilaporkan Tribunenews, Sabtu lepas.

Video tersebut juga memaparkan pelbagai gaya seks dan ciuman yang dilakukan oleh pasangan pelajar tersebut. Perempuan di dalam video tersebut berambut lurus hitam panjang, mengenakan kain putih di bawahnya hitam serta memakai gelang emas di tangan kiri dan cincin di jari manis tangan kiri.

Si lelaki pula berambut pendek, memakai seluar pendek coklat berkotak hitam.

Hingga saat ini, identiti kedua-dua pelajar ini masih menjadi tanda tanya. Masih belum dapat dipastikan sama ada mereka adalah pelajar SMP di Pekalongan.

Krisis S'gor drama Pakatan main politik luar tabii - Noh

Posted: 17 Aug 2014 06:19 AM PDT

Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar beranggapan krisis di Selangor adalah drama Pakatan Rakyat yang cukup lengkap.

Katanya klimaks drama atau watak akhir diberikan kepada PAS dan rakyat seharusnya menilai bagaimana Pakatan Rakyat bermain politik di luar tabii.

Video boleh ditonton di: http://m.kinitv.com/video/9753O74

PR tolak cadangan PAS, hanya Wan Azizah dipersetujui

Posted: 17 Aug 2014 06:02 AM PDT

Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sahaja sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Perkara itu baru diputuskan dalam mesyuarat majlis presiden PKR, DAP dan PAS di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor sebentar tadi.

"Majlis Pimpinan (Pakatan) juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan Wan Azizah dan Azmin Ali untuk jawatan senteri besar.

"Bagaimanapun Azmin menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai calon menteri besar baru Selangor," kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media sebentar tadi.

Mesyuarat PKR sebelum itu telah memutuskan untuk tetap menyokong Wan Azizah seperti yang diputuskan parti 21 Julai lalu.

PAS pada tengah hari telah meminta satu lagi nama iaitu Azmin untuk dicalonkan sebagai menteri besar bersama Wan Azizah.

Justeru Anwar berkata PKR akan meneruskan proses memohon menghadap sultan Selangor untuk mempersembahkan keputusan itu kepada baginda secepat mungkin.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS akur dengan keputusan itu selepas Azmin bersetuju mengikut keputusan parti.

"Dua calon dah ada di sini dan selepas mesyuarat tadi Azmin hormati keputusan partinya," kata Mohamad ringkas.

Azmin: Parti lebih penting

Sementara itu, Azmin ketika ditemui media menegaskan partinya dan Pakatan lebih penting berbanding siapa yang menjadi menteri besar.

"Bagi saya, parti diutamakan. Saya beritahu rakan sejawat saya (dalam mesyuarat) kita mesti bekerja sedaya upaya untuk Pakatan.

"Saya amat percaya selepas krisis ini Pakatan dan PKR akan bertambah kuat," kata beliau.

Azmin (atas) turut menafikan khabar angin beliau bertegas mahukan jawatan itu.

Gadis bertudung dengan isyarat 'fu*k' untuk pelanggan

Posted: 17 Aug 2014 03:01 AM PDT

Kadang-kadang kes kecil saja tapi disebabkan tak mampu mengawal perasaan manusia boleh menjadi kurang sopan.

Inilah dilakukan pekerja arked permainan video di sebuah pusat beli belah terkemuka yang menunjukkan jari tengah pada pelanggan kerana tidak puas hati.

Menurut cerita yang disebarkan pelanggan terbabit menerusi laman sosial, kejadian bermula bila seorang rakannya meminta token ganti yang digunakan pada salah satu mesin yang rosak namun pekerja di situ memintanya supaya membeli token baru.

Rakannya menolak untuk membeli token baru kerana itu bukan salahnya. Pekerja di situ kemudiannya membenarkan rakannya bermain satu permainan secara percuma dan ini dipersetujui oleh mereka.

Namun tidak lama kemudian dua pekerja dalam gambar ini dikatakan mula mengekori mereka dan mengeluarkan kata-kata mengejek.

Berasa panas hati dengan keadaan ini pelanggan terbabit mengambil gambar untuk dibuat aduan kepada pihak pengurusan dan salah satu hasil rakaman gambarnya adalah jari tengah seorang pekerja terbabit.

Aduh, kami pun tak faham kenapalah dua pekerja bertudung ini mahu emo lebih-lebih dan melakukan provokasi terhadap pelanggan sedangkan kedai permainan video itu bukan mereka punya pun. Bagi sajalah token baru pada pelanggan kalau dah terbukti memang kesilapan di pihak majikannya bukan?

Paling bodoh bila membuat isyarat lucah begitu, tak fasal-fasal merendahkan martabat perempuan bertudung yang sepatutnya pandai menjaga adab.

Ngeri! 7 Foto: Pelajar UiTM Maut Jatuh Bangunan Tingkat 4 Asrama

Posted: 17 Aug 2014 02:01 AM PDT

Seorang peljar UiTM maut selepas terjatuh dari tingkat 4 bangunan asrama kediaman lelaki kampus berkenaan dalam kejadian lebih kurang jam 9 malam semalam. Pelajar asasi sains Universiti Teknologi Mara tersebut tergelincir ketika memsuki sebuah bangunan melalui tingkap kerana pintu bangunan berkenaan berkunci. Mangsa dikatakan ingin mengambil barang keperluan didalam bangunan tersebut. Saksikan gambar di bawah.. 








DJ Radio Era, Adi Fashla nyaris maut kemalangan motorsikal

Posted: 17 Aug 2014 01:31 AM PDT

Bentong: Penyampai radio stesen era, Adi Fashla Jurami, 36, terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Karak berdekatan Bukit Tinggi, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 10 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal berkuasa tinggi terbabas dipercayai berlanggar dengan sebuah kereta.

Jurucakap polis berkata, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian bahu.

Menurut sumber, mangsa sedang bercuti sakit hari ini akibat masalah kesihatan.
ADI Fashla mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan itu.

Alasan ini kukuh untuk PAS tidak sokong kepada MB Khalid

Posted: 17 Aug 2014 01:15 AM PDT

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana telah berjaya mengemudi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini sehingga membuahkan keputusan yang dinamik.

Menurutnya, keputusan berjaya dicapai dengan persetujuan semua ahli mesyuarat tanpa sebarang bangkangan.

"Tahluf Syiasi PAS adalah dengan PKR bukannya dengan Khalid," katanya dalam satu kenyataan media.

"Namun sokongan tersebut bertukar setelah Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim digugurkan sebagai ahli PKR dan tidak lagi menjadi ahli PR.

Ujarnya, PAS pernah menyokong Khalid sebelum ini berdasarkan pendirian PAS dalam berhadapan Langkah Kajang.

"Pada ketika itu, pandangan PAS kedudukan Menteri Besar tidak berbangkit.

"Bahkan PAS menegaskan komitmennya terhadap PR dengan tidak menuntut jawatan MB kerana menghormati semangat setiakawan bersama PKR dan DAP," jelasnya.

Khalid redha keputusan PAS, akan mohon menghadap Sultan

Posted: 17 Aug 2014 01:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan beliau menerima dengan hati terbuka keputusan PAS berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

Menurutnya, dengan perkembangan terbaharu ini, beliau akan memohon menghadap Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

"Sehingga Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS dan mereka akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, Khalid juga mengucapkan terima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.

"Insyaallah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah," katanya.

Khalid bakal tubuh parti baru - Faekah Husin

Posted: 17 Aug 2014 12:14 AM PDT

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal menubuhkan sebuah parti politik baru bagi berdepan segala kemungkinan dalam kemelut penyingkirannya sebagai menteri besar Selangor.

Bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin juga menafikan bahawa Khalid berhajat untuk kekal sebagai menteri besar, sebaliknya segala urusan peralihan perlu berpandukan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

"Khalid bakal menubuhkan parti baru. Saya rasa lebih baik kita tunggu dan lihat apa tindakan beliau selanjutnya.

"Pendirian Khalid yang kini cuba digambarkan kononnya beliau dalam apa cara sekalipun mahu mempertahankan jawatan MB, itu adalah gambaran jahat.

"Tidak tepat mengatakan Khalid begitu kerana beliau sudah beberapa kali menyatakan pelantikan dan pemecatan menteri besar hendaklah dilakukan secara teratur, tertib dan berhemah," katanya dalam satu wawancara yang diterbitkan Berita Harian hari ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengadakan mesyuarat hari ini bagi menyatakan pendirian sama ada mahu terus mengekalkan Khalid sebagai menteri besar atau menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baru.

Majlis Syura PAS yang bermesyuarat tempoh hari mahu Khalid dikekalkan kerana tiada apa-apa bukti yang disabitkan Khalid melakukan penyelewengan dalam tugasnya sebagai menteri besar. - berita harian

PAS tarik semula sokongan kepada MB Khalid

Posted: 16 Aug 2014 11:31 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS hari ini menggesa Tan Sri Khalid Ibrahim berundur sebagai Menteri Besar Selangor susulan keputusan parti itu mahukan sama ada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ataupun Azimin Ali menggantikan beliau.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata Khalid tidak lagi boleh menjadi Menteri Besar kerana beliau telah dipecat daripada PKR dan bukan lagi merupakan wakil Pakatan Rakyat menerajui Selangor.

"Keputusan ini bukan keputusan individu, ini keputusan sebulat suara.

"Jelas Khalid telah disingkir oleh parti (PKR), dia tidak boleh kekal untuk jawatan itu," tegasnya.

PAS buat keputusan mahu Azmin sebagai MB

Posted: 16 Aug 2014 09:43 PM PDT

PAS turut mencalonkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim di samping nama sedia ada Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Parti itu juga memutuskan empat exconya di Selangor akan tetap kekal dalam kabinet Khalid buat masa ini.

Buah dada bergegar, Stacy AF disaran pakai 'sport bra'

Posted: 16 Aug 2014 08:01 PM PDT

Sedari dulu, Cik Pang sangat kagum dengan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia berasal dari Sabah, siapa lagi kalau bukan Stacy.

Boleh dikatakan Stacy antara artis mempunyai pakej bertenaga atas pentas, menari dan menyanyi pada masa sama.

Kalau penyanyi lain, Cik Pang rasa, mesti dah semput!

Tapi ada sesuatu yang Cik Pang kurang suka dengan penyanyi yang popular dengan lagu Gila dan Jahat ini.

Cik Pang lihat Stacy juga sering tampil seksi dan bertenaga atas pentas. Sekali sekala Cik Pang rasa kurang senang juga dengan penampilannya yang agak 'terover seksi' tak sesuai untuk tontonan.

Baru-baru ini, sempena pelancaran album ketiganya, #1, kawan Cik Pang merungut betapa 'daring' Stacy ketika membuat persembahan.

Katanya, ketika menari ramai yang dapat lihat bergegar-gegar aset di dada Stacy sampai mengganggu konsentrasi penonton.

Jarak penonton dengan pentas pula tak jauh, kawan Cik Pang kata sampaikan bebola mata penonton pun turut terikut-ikut rentak 'getaran'.

Sudahlah menari ikut rentak lagu rancak dan ditayangkan pula diprogram hiburan.

Maaflah ya, apakah tidak ada coli sesuai dipakai Stacy ketika buat persembahan? Sedangkan orang bersukan pun ada coli sukan (sport bra).

Nasihat Cik Pang, harap Stacy lebih berhati-hati lepas ini dalam pemilihan pakaian. Biasalah, ramai peminat memerhati dan prihatin dengan artis kesayangan mereka.

Sumber: Harian Metro

(Foto) Baju terangkat nampak pusat Hanez Suraya di S'pura

Posted: 16 Aug 2014 07:01 PM PDT

BARU sahaja sepi dari kontroversi nampaknya aktres putik melepak ini kembali menjadi tumpuan peminat seni.

Apa tidaknya, tiba-tiba sahaja terpampang di sebuah blog gambarnya sedang bercuti di Singapura dengan berpakaian mendedahkan pusat.

Gambar tersebut tersebar setelah seorang peminat mengirim gambar tersebut untuk sebuah blog.

Mungkin Hanez Suraya tidak perasan gambar tersebut dimuat naik oleh rakan yang sedang bercuti bersamanya.

Namun yang pasti gambar berkenaan tidak terdapat di Instagram Hanez sendiri kecuali beberapa keping gambar lain yang tidak menonjolkan bahagian depan badannya itu.

Agaknya bagaimana reaksi pelakon Love You Mr Arrogant ini apabila mendapat tahu mengenai perkara ini.

Semoga dia tabah menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang di kala usia menginjak ke angka 30-an.

Pelajar tingkatan 4 dakwa diperkosa anggota polis di hotel

Posted: 16 Aug 2014 06:00 PM PDT

BATU PAHAT – Seorang anggota polis ditahan Isnin lalu bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan remaja bawah umur.

Menurut sumber, kejadian berkenaan berlaku sebaik sahaja mangsa yang berusia 16 tahun dan masih lagi bersekolah itu berjumpa dengan anggota polis tersebut dalam pertemuan kali pertama.

Katanya, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 3 petang pada bulan Mei lalu di sebuah hotel berhampiran pekan Parit Raja, di sini.

"Mangsa pada mulanya diambil oleh suspek tersebut di kediamannya, kononnya untuk berbincang sesuatu yang cukup mustahak.

"Tetapi, sebaik sahaja mereka berjumpa, suspek tersebut terus membawa mangsa ke sebuah hotel dan memperkosa mangsa," katanya.

Katanya, siasatan mendapati mangsa telah mengenali suspek semenjak penghujung April lalu, sebelum suspek menghubunginya dan menyatakan hasrat untuk berkenalan.

"Pertemuan itu adalah yang pertama antara kedua-duanya selepas berkenalan sekitar April,"katanya.

Difahamkan, mangsa turut menyatakan dia juga dirogol oleh seorang lelaki lain yang dikenalinya di Benut, Pontian, dua hari sebelum kejadian itu.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk pemeriksaan lanjut manakala suspek ditahan reman bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Kami mahu selamatkan dana RM3.2 bilion Selangor dirampas Umno - Exco PAS

Posted: 16 Aug 2014 05:45 PM PDT

Exco Hal Ehwal Islam, Sallehen Mukhyi berharap orang ramai tidak menganggap tindakannya menyokong Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengkhianat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2014
Seorang lagi exco PAS Selangor hari ini mempertahankan ‎tindakannya kekal dalam barisan exco bagi menghalang Umno mengawal sumber kewangan negeri.

Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam, Sallehen Mukhyi berkata keputusan empat exco PAS itu sebagai benteng akhir menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau turut menggesa orang ramai tidak melihatnya sebagai pengkhianat kerana berdasarkan Perlembagaan negeri hanya empat exco diperlukan bagi membolehkan kerajaan negeri berfungsi.

Empat exco tersebut adalah Iskandar Abdul Samad, Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen.‎

Awal hari ini, Exco PAS Dr Halimah Ali menafikan beliau dan tiga rakan sejawatnya daripada PAS berkonspirasi dengan Khalid untuk melengahkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Tiada perbincangan seperti itu. Jika Khalid ada berbincang dengan exco lain, itu saya tak tahu," katanya.

Bekas exco Selangor daripada DAP Datuk Teng Chang Kim semalam mendakwa 'konspirasi' berkenaan membolehkan Khalid kekal di pejabatnya sehingga November ini.

Khalid pada Selasa memecat 5 exco daripada PKR dan DAP dan membiarkan 4 exco lain daripada PAS.

Lima yang dipecat itu adalah Teng, Elizabeth Wong, Ean Yong Hian Wah, V Ganabatirau dan Daroyah Alwi.

Adun PKR Rodziah Ismail yang berada di luar negara pada ketika itu menyerahkan surat peletakan jawatan sebaik tiba di tanah air.

Berikutan pemecatan itu, DAP dan PKR menggesa 4 exco PAS tersebut memboikot mesyuarat exco pada Rabu sebagai tanda solidariti namun mereka enggan berbuat demikian.

Sallehen melalui kiriman dalam laman Facebook PAS Selangor hari ini berkata jika mereka daripada PAS meletak jawatan, Umno akan mengambil alih pentadbiran negeri.

"Jika kami memboikot kerajaan negeri, istana akan melantik empat exco Umno walaupun hanya untuk sidang DUN akan datang.

"Apabila DUN dibubarkan, Umno akan menjadi kerajaan dan dana RM3.2 billion akan berada di tangan mereka," katanya.

Beliau berkata, jika perkara itu terjadi, ia seperti menyerahkan kerajaan negeri kepada Umno.

"Kami hanya mengikut arahan parti," katanya.

Khalid yang merupakan Adun Pelabuhan Klang berkata pada Isnin berkata beliau mempunyai majoriti dalam DUN dan meyakinkan Sultan untuk mengekalkannya sebagai menteri besar.

Bagaimanapun, kira-kira 30 Adun Selangor semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada Khalid sebagai menteri besar. Di antara mereka adalah Adun PAS Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Mesyuarat penggal ketiga dijadualkan akan berlangsung pada November ini. – 15 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kami-mahu-selamatkan-dana-rm3.2-bilion-selangor-dirampas-umno-kata-exco-pas#sthash.VHyXuqBT.dpuf

Salahkan PAS dalam setiap konflik PR adalah jalan paling mudah

Posted: 16 Aug 2014 05:30 PM PDT

Menyalahkan PAS atas keretakan dalam Pakatan Rakyat adalah jalan mudah, tetapi PKR dan DAP juga tidak melakukan secukupnya untuk menyelamatkan pakatan itu daripada berpecah, kata bekas wartawan dan pemimpin PAS Subky Abdul Latif.

Beliau berkata, krisis menteri besar Selangor boleh menyebabkan berpecahnya pakatan antara PKR, PAS dan DAP berikutan perbezaan pendapat dalam penyingkiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari kedudukannya.

"PAS masih suka PR," tulis Subky dalam laman sosial Facebook pada 14 Ogos.

"Ia hanya tidak bersetuju dengan pemecatan menteri besar Selangor sama seperti bagaimana PKR dan DAP tidak bersetuju dengan hudud."

Bagaimanapun, beliau berkata, menyalahkan semua itu kepada PAS sahaja tidak wajar.

"Jika PR berpecah, adakah ia hanya kesalahan PAS? Kalau memang berpecah, apa yang Datuk Seri Anwar Ibrahim/PKR lakukan untuk mengelakkan perpecahan dan apa yang Lim Kit Siang lakukan untuk menyelamatkan PR?"

Beliau merujuk kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP Lim Kit Siang. Kedua-dua mereka mengkritik PAS kerana mengambil masa untuk membuat keputusan mengenai isu MB itu.

"Semua tidak melakukan apa-apa untuk menyelamatkan PR," kata Subky.

"Menyalahkan PAS adalah suatu kerja yang mudah. Menyelamatkan PR adalah tanggungjawab semua orang."

Beberapa pemimpin PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyatakan sokongan mereka kepada Khalid sebelum dipecat dari PKR kerana menentang perintah parti untuk meletakkan jawatan sebagai MB dan memberi laluan kepada presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Walau bagaimanapun, PAS berkata bahawa ia hanya akan mengumumkan keputusan rasmi sama ada ia akan menyokong Khalid atau tidak selepas mesyuarat jawatankuasa pusat yang dijadualkan esok.

Ini tidak diterima baik oleh pemimpin PR yang lain, termasuk beberapa pemimpin dari PAS yang menyelar parti Islam kerana mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan mengenai perkara yang penting dan menggesa PAS untuk membuat pendirian dengan segera.

Namun Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata menukar menteri besar negeri tidak semudah menggantikan ketua kampung, oleh itu kelewatan berlaku.

Dua Adun PAS – Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) – secara terbuka mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah, memberikan beliau majoriti 30 dalam Dewan Negeri Selangor yang mempunyai 56 ahli itu.

Pasangan ini sedang disiasat oleh PAS kerana melanggar perintah PAS menunggu hingga Ahad untuk keputusan rasmi.

Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam satu surat terbuka kepada Khalid berkata kesahihan beliau sebagai menteri besar Selangor berakhir.

Walaupun parti Islam itu masih belum membuat pendirian rasmi dalam isu ini, Husam berkata keadaan semasa yang diberikan, Khalid mesti tahu batasan dan bukannya menunggang sokongan PAS untuk kekal.

"Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan PAS dalam lingkungan semangat Pakatan Rakyat (PR).

Hadi sudah pun menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu sudah berlalu.

"Perkembangan lain berlaku selepas episod itu. Di mana PAS tidak wajar timbul tenggelam dengan Khalid dan mengorbankan prinsipnya yang lebih besar, nama baiknya, akhlak politik dipegangnya dan amanah atas nama PR yang ia perolehi daripada rakyat Selangor.

"Tan Sri sudah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan dan bukan mewakili PR lagi.

"Tan Sri sedar sepenuhnya hal ini?" tulisnya dalam surat itu.

Husam berkata PAS tidak seharusnya berada di dalam keadaan serba salah dengan Khalid dan mengorbankan prinsip atau nama baik yang dipegangnya dalam gabungan Pakatan seperti yang dimandatkan oleh rakyat Selangor. – 16 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/salahkan-pas-jalan-mudah-dalam-krisis-selangor-kata-bekas-pemimpin-pas#sthash.RCeISFS3.dpuf

Khalid ‘pentingkan diri’ jika bubar DUN, kata Guan Eng

Posted: 16 Aug 2014 05:15 PM PDT

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal dilihat "begitu mementingkan diri sendiri" sekiranya beliau membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sedangkan jelas beliau kehilangan majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), kata Lim Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, pembubaran sidang DUN bercanggah dengan prinsip sebenar demokrasi.

"Itu menunjukkan beliau sangat mementingkan diri dan membelakangkan prinsip demokrasi, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan mandat rakyat untuk kekal sebagai menteri besar.

"Itu menunjukkan (Khalid) lebih mementingkan kedudukan berbanding hak rakyat dan kedaulatan undang-undang.

"Ini ancaman yang sering beliau gunakan untuk kekal sebagai menteri besar," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi ketika ditanya kemungkinan Khalid akan membubarkan sidang DUN dan mengadakan pilihan raya mengejut untuk menamatkan krisis kepimpinan di Selangor.

Khalid semalam berkata, sebarang keputusan berhubung perkara itu, termasuk peletakan jawatannya sebagai menteri besar termasuk pelantikan menteri besar baru hanya akan diputuskan selepas pertemuan dengan Sultan Selangor.

Lim berkata, jelas dalam undang-undang tubuh di Selangor, sesiapa yang mempunyai majoriti Adun adalah layak untuk dilantik sebagai menteri besar.

"Ini dibuktikan ketika krisis Perlembagaan di Perak pada 2009. Menteri besar baru dilantik tanpa membubarkan DUN. Dalam insiden itu, hanya tiga Adun terkesan.

"Di Selangor, Pakatan Rakyat (PR) memenangi majoriti besar (berbanding Perak). PR menang 44 daripada 56 kerusi DUN, 30 Adun lagi menyokong (Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail) sebagai menteri besar baru," katanya.

Lim merujuk kepada PR hilang kerajaan Perak pada 2009 selepas tiga Adun PR meninggalkan parti itu dan menjadi Adun Bebas mesra Barisan Nasional (BN).

Dalam Pilihan Raya Umum 2009, PR memenangi 31 daripada 59 kerusi DUN di Perak.

Sultan Perak ketika itu enggan memperkenankan permohonan menteri besar ketika itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya semula.

Kerajaan PR tewas apabila kehilangan majoriti kepada BN yang kemudiannya melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar.

Lim berkata, Dr Wan Azizah terbukti mempunyai majoriti 30 anggota DUN apabila mereka menyuarakannya secara terbuka memilih beliau menjadi menteri besar.

"Sehingga hari ini, Khalid masih belum membuktikan sokongan Adun yang diterimanya. Mungkin hanya 12 daripada Umno.

"Kita masih lagi tidak tahu bakinya, tapi adakah kita tidak pandai mengira?" soalnya.

Kepimpinan PAS masih belum memutuskan keputusan sama ada mengekalkan Khalid atau menggantikannya dengan Dr Wan Azizah menjadi menteri besar baru.

Parti itu dijangka bermesyuarat esok untuk memutuskan perkara itu dan dijangka mengemukakan calon alternatif bagi jawatan berkenaan.

"Kita perlu menunggu hingga esok," kata Lim ketika ditanya jangkaan keputusan mesyuarat PAS.

"Kerusi itu milik PKR. Kenapa PKR tidak lagi mahukan Khalid, itu terpulang kepada mereka untuk menjelaskannya," katanya.

"Bagi DAP, kami menghormati keputusan itu. Jika PKR mahu tukar, sebagai rakan yang setia, kita hormatinya dan menerima Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baru," katanya. – 16 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-pentingkan-diri-jika-bubar-dun-kata-guan-eng#sthash.bBkEQZKt.dpuf

Saya tidak pernah kata sokong Wan Azizah jadi MB - Dr Maza

Posted: 16 Aug 2014 05:00 PM PDT

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata, beliau tidak bersetuju Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dipilih sebagai menteri besar Selangor bukan kerana beliau wanita tetapi kerana sebab-sebab lain.

"Saya tidak pernah kata setuju Dr Wan Azizah jadi menteri besar Selangor. Ada beberapa sebab lain untuk beliau tidak menjadi pilihan.

"Namun saya tidak setuju tafsiran sesetengah ustaz bahawa wanita tidak boleh menjadi MB menurut Islam, bahkan mereka kata dalam semua urusan.

"Walaupun lelaki lebih afdal atas beberapa keadaan, namun mengharamkan wanita memegang jawatan menteri besar perlu dinilai semua," katanya menerusi blog DrMaza.com.

Hadis Rasulullah yang menyelar kaum wanita untuk diangkat sebagai pemimpin perlu dilihat dalam konteks yang sebenarnya dan tidak boleh disandarkan secara umum, kata beliau.

Bekas mufti Perlis itu berkata pandangan sesetengah ulama yang merujuk hadis "Tidak akan berjaya satu kaum yang melantik wanita mengurus urusan mereka" secara umum akan memberi sekatan kepada wanita terlibat dalam kepimpinan organisasi secara keseluruhannya.

Semalam, sebuah blog Pena Minang menerangkan secara terperinci mengapa wanita tidak sesuai untuk diangkat sebagai pemimpin menerusi perspektif Islam.

Hujah yang diutarakan oleh M Afifuddin menerusi portal itu turut menyandarkan kepada hadis riwayat Al-Bukhari berkenaan dan memberikan pandangan secara menyeluruh mengenai perspektif wanita sebagai pemimpin.

Asri berkata hadis yang dijadikan hujah itu mempunyai teks dan konteksnya yang tersendiri iaitu isu anak perempuan Kisra Parsi yang menjadi maharani.

Katanya, Abu Bakrah juga menggunakan hadis ini untuk menolak kepimpinan isteri Rasulullah, Siti Aishah dalam isu membantah pembunuh Uthman Al-Affan di zaman pemerintahan khalifah Ali Ibni Abi Talib.

"Jika hadis ini dianggap terpakai secara umumnya, wanita bukan sahaja tidak boleh jadi MB, bahkan pengetua, ketua pejabat, pengarah, exco, senator, menteri dan seumpamanya juga tidak boleh.

"Al-Quran dalam surah Al-Naml dalam penceritaannya memuji Ratu Saba atau dalam riwayat Yahudi dengan nama Balqis.

"Kebijaksanaannya mengatasi menteri lelaki kabinet kerajaannya. Hasil kebijaksanaan itu membawanya beriman bersama Nabi Sulaiman. Ia bukti kejayaan wanita," katanya.

Asri berkata Umar Al-Khattab juga pernah melantik Syifa binti Abdillah sebagai menteri yang mengurus pasar di zamannya.

"Banyak juga wanita dalam dunia ini menjadi pemimpin lebih baik dari sebahagian lelaki," katanya menguatkan lagi hujahnya. – 16 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-tidak-setuju-wan-azizah-jadi-mb-bukan-kerana-wanita-kata-bekas-mufti-p#sthash.KxF97ekP.dpuf

Apa Yang Tersirat

Posted: 17 Aug 2014 01:29 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Kemelut MB Selangor: Anwar Ketawa Besar Kerana Flip Flop Pas

Posted: 17 Aug 2014 07:20 AM PDT

SUDAH TAHU bahawa ramai Pemimpin Pas akan ikut telunjuk Anwar dan Lim Guan Eng, mengapa Presiden, Mursidul Am, Majlis Syura dan Ulamak parti itu menyokong Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar? Hadi sudah maklum, bahawa beliau tiada suara lagi dalam Jawatankuasa pusat parti itu; mengapa melakukan tindakan menyokong Khalid!!!. Sokongan Pas itu, bukan sahaja Khalid terperangkap malah Sultan Selangor juga.

Rakyat negara ini, perlu menilai benar-benar pendirian parti Pas, kerana parti itu adalah sebuah parti yang benar-benar tiada pendirian bagaikan lalang ditiup angin disitulah arahnya. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada kata-katanya. 

Khalid perlu meramu semua keadaan ini untuk dipersembahkan kepada Baginda Sultan Selangor, kerana seolah-olah baginda dipermainkan oleh Pas. Khalid boleh merapak sembah kepada Sultan, jika Pas tidak membuat pendirian awal sepertimana berlaku sebelum 11 ogos, maka kemungkinan sembah khalid akan berlainan. Disebabkan keputusan flip plop Pas, maka Tuanku Sultan diheret sama dalam kemelut politik Selangor.

Berasaskan kepada keadaan ini, maka ada lebih sesuai jika Khalid mohon perkenaaan Sultan untuk membubarkan DUN Selangor untuk rakyat Selangor memberi keputusan, parti mana mereka mahu memerintah Selangor.

Kemelut MB Selangor: PR Buat Sultan Selangor Tiada Pilihan

Posted: 17 Aug 2014 05:01 AM PDT

ATAS sebab Pas sudah buat U turn, akhirnya PR hanya mencalonkan Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid Ibrahim. Pas akhirnya akur, kerana Azmin Ali yang dicalonkan parti itu menolak pencalonan.

Dengan pendirian DAP-PKR-PAS yang mutakhir ini, maka tiga parti itu tidak membenarkan Sultan Selangor memilih melainkan semacam satu paksaan. Jika Sultan merasa dipaksa, ada kemungkinan baginda perkenaan Khalid membubarkan DUN Selangor untuk satu Pilihanraya Negeri.

Kemelut MB Selangor: Pas Cuci Tangan

Posted: 17 Aug 2014 04:35 AM PDT

TINDAKAN Parti Pas mencadangkan Azmin Ali selain menyokong Wan Azizah sebagai pengganti Khalid Ibrahim merupakan tindakan licik atau tindakan cuci tangan. Keputusan kini ditangan Sultan Selangor, apa kah akan memilih salah seorang daripada calon-calon itu? atau kah Sultan berkehendak calon ke tiga. Jika berlaku demikian, maka bukan urusan Pas lagi melainkan urusan PKR dan DAP. Keputusan JKP Pas petang tadi yang melakukan pusingan berkaitan sokongan kepada Khalid memang dirangka dengan bijak. 

Keputusan JKP Pas yang dibacakan oleh Timbalan Presidennya Mat Sabu memang diolah dengan baik sekali- Pertama disebabkan Khalid bukan ahli salah sebuah parti PR, maka tiada sebab Pas menyokongnya; kedua Pas mencadangkan Azmin Ali sebagai pertimbangan sultan. 

Jika Sultan tidak berkenaan dengan dua calon tersebut, maka bukan tugas Pas lagi melainkan urusan PKR dan DAP. Pas kini membiarkan penyelesaian kemelut MB Selangor kepada PKR dan DAP.

Jika Sultan akan perkenaan Azmin Ali, tindakan itu akan mengakibatkan pergolakan dalam PKR sendiri; ertinya perlantikan Azmin yang penyelesaian menggantikan Khalid, akan tetapi bukan penyelesaian politik Selangor.

DAP dari awal-awal lagi hanya menyokong Wan Azizah dan demikian juga PKR; tindakan Pas mencalonkan nama orang lain, merupakan tindakan yang dilihat tidak mengormati keputusan PKR dan DAP. Mungkin pihak PKR dan DAP melihat bahawa pusingan U Pas adalah menguntungkan mereka, tetapi sebenarnya keputusan Pas itu hanya perangkap kepada dua parti itu.

Pas adalah parti politik berpengalaman, mengalah tidak semestinya kalah. Sama-sama kita tunggu kesudahan espisod kemelut politik Selangor.

Kemelut MB Selangor: Akan Kah Pas Kecundang Kali Ke-2?

Posted: 17 Aug 2014 02:30 AM PDT

PAS sudah kecundang pusingan pertama dalam kemelut MB Selangor. Penyebab kecundang itu, apabila dua ADUNnya membelot-Saari Sungip ADUN Hulu Kelang dan Hasrul Baharuddin ADUN Morib. Mengingat kepada pembelotan itu, JKP Pas terutama Presidennya; Mursidul Amnya, Majlis Syura dan ulamak parti itu terperksa menelan khahak sendiri.

Pusingan ke dua, meskipun Pas bersetuju pencalonan Wan Azizah Wan Ismail isteri kepada Anwar Ibrahim untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, Pas juga mencalonkan Azmin Ali sebagai alternatif kepada Sultan Selangor. Namun, cadangan Pas itu akan tersandung kerana PKR dan DAP sudah sepakat hanya mencalonkan Wan Azizah; PKR ada 13 ADUN, DAP ada 15 ADUN, manakala Pas 15 ADUN. Meningat jumlah itu, Pas masih kalah dalam jumlah ADUN; selain itu dua ADUN Pas berpihak kepada Wan Azizah termasuk Azmin sendiri.

Nampaknya PAS akan kecundang untuk kali kali kedua, jika ini berlaku, maka adalah sah, Pas hanya parti melukut pada Pakatan Rakyat.

Pas U Turn: Reaksi Segera Tan Sri Khalid

Posted: 17 Aug 2014 12:49 AM PDT

Saya Akan Mohon Menghadap DYMM Sultan Selangor Berkenaan Status Menteri Besar

Saya menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. 

Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor.

Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.

Insya'Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT.

YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
17 OGOS 2014 

Kemelut MB Selangor: Suara Hadi Awang Dalam Pas Sudah Tenggelam

Posted: 16 Aug 2014 11:18 PM PDT

TIDAK kiralah apa alasan yang diberikan, yang jelas suara Presiden Pas Dato Seri Hadi Awang sudah tenggelam dalam parti itu. Bukan sahaja suara Hadi, akan tetapi suara Dato Seri Nik Aziz Nik Mat juga sudah tidak diambil kira lagi. Malahan suara Majlis Syura dan Ulamak parti itu juga bukan pertimbangan lagi. Nampaknya Pas menuju ke arah deminsi baru, bahawa faktor agama bukan lagi pilihan parti itu, melainkan mengambil langkah seperti amalan parti-parti lain di negara ini. Untuk itu, Pas tidak lagi boleh mendabik dada sebagai parti yang mewakili islam.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat parti itu hari ini bagi membincangkan kemelut MB Selangor, terbukti, bahawa suara Presiden Pas benar-benar dikuasai oleh para penyokong Anwar; sehingga keputusan mesyuaratpun dibacakan oleh Timbalan Presiden parti itu Mat Sabu.

Keputusan JKP Pas, selain melakukan pusingan U, Hadi juga terpaksa menelan ludahnya sendiri, apabila akur dengan pencalon Wan Azizah walaupun ada sedikit tambahan iaitu turut mencalonkan Azmin Ali.

Kemelut MB Selangor: Seperti Yang Diduga-PAS U Turn- Tolak Pula Khalid

Posted: 16 Aug 2014 10:45 PM PDT

Seperti yang diduga, Jawatankuasa Pusat Pas melakukan U Turn; daripada menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim kepada menolaknya. Namun Pas mebuat syarat, mencalonkan pula Azmin Ali selain menyokong Wan Azizah; ertinya PKR akan kemukakan dua calon kepada Sultan Selangor untuk dipilih sebagai MB Selangor menggantikan Khalid.

Reaksi Kahlid Ibrahim berhubungan perkembangan ini belum diperolehi. Melayari Tweeter tidak terdapat sebarang komen.

Berasaskan perkembangan terbaru ini, di atas kertas, kedudukan Khalid sudah terlucut; walaupun beliau masih menjalankan tugas sebagai MB sehingga satu usul undi tidak percaya dimuktamadkan melalui sidang DUN Selangor atau Khalid sendiri meletakan jawatan. Khalid, juga masih mempunyai pilihan iaitu membubarkan DUN Selangor; sudah tentunya dengan perkenaan Sultan Selangor.

Khalid boleh menyembah maklum kepada Sultan, hanya melalui PRN sahaja, kemelut politik Selangor akan dapat diselesaikan.

Comments:

There are 0 ulasan for Barisan Nasional

Catat Ulasan