Barisan Nasional

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Jumaat, 1 Ogos 2014 at 1:06 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 01 Aug 2014 11:15 AM PDT

PEJUANG BANGSA


JAMALUDDIN RADZI AKUI CERITA SEBENAR DR ZUHDI TENTANG BEHRANG MOVE

Posted: 01 Aug 2014 02:00 AM PDT




"Anwar akan terperangkap dengan mainan kotornya," Itu reaksi bekas Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi berhubung kenyataan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki di laman sosial yang sedang hangat diperkatakan.

Beliau berkata, kenyataan Mohd Zuhdi itu secara tidak langsung mula menampakkan kebenaran yang selama ini tidak diketahui umum termasuk permainan politik cuba diaplikasi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jamaluddin turut mengakui kenyataan berkenaan menceritakan mengenai perkara sebenar yang berlaku khususnya di Perak, lima tahun lalu termasuk berhubung 'Behrang Move' yang terkandung dalam kenyataan berkenaan.

"Kenyataan itu sebenarnya menceritakan perkara sebenar, lagipun pada ketika itu saya dan rakan lain tiada pilihan. Sebagai Adun bebas, sudah tentulah kami akan lebih berpihak kepada pihak yang mahukan kami, bukannya pihak yang dah 'tak nak' kita, kan?
"Keseluruhannya, betullah, apa yang Zuhdi kata tu dan kalau dia (Zuhdi) nak tahu lebih lanjut, dia boleh datang berjumpa dengan saya selepas ini," katanya mengulas mengenai status Facebook Mohd Zuhdi yang dimuat naik pada 27 Julai lalu yang turut mengaitkan 'Kajang Move' dan 'Behrang Move.

Jamaluddin berkata, Pas adalah pihak sebenar yang merampas kuasa di Perak, biarpun hanya memenangi enam kerusi berbanding PKR yang memenangi tujuh kerusi.
Malah dakwanya, Anwar juga pernah menawarkan jawatan Menteri Besar Perak kepadanya.

"Ramai tak tahu, rampasan kuasa sebenarnya dilaksanakan oleh Pas walaupun mereka (Pas) hanya memenangi enam kerusi berbanding tujuh dimenangi PKR. Oleh itu, bagaimana Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai menteri besar?

"Saya sendiri pernah ditawarkan jawatan berkenaan, tetapi saya tahu saya tidak layak, tambahan pula dalam PKR sendiri wujud macam-macam team. Team atau puak-puak ini memang tidak sukakan saya.

"Sekarang, Anwar cuba nak buat benda sama di Selangor. Bagi saya, dia pencatur yang anggap dirinya bijak. Saya rasa dia akan terperangkap juga nanti," katanya yang juga bekas Bendahari PKR Perak.


Sementara itu bekas Naib Ketua AMK Perak, Faizal Effendi Hashim berkata, beliau berasakan kemelut dan perdebatan jawatan menteri besar di Selangor bakal menjejaskan harapan PR untuk menakluki Putrajaya khususnya pada PRU 14 nanti.   

Katanya, perkara tersebut jelas memandangkan majoriti pimpinan dan penyokong Pas menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mahu beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

"Walaupun ada pimpinan tertinggi Pas bersetuju menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail melalui mesyuarat khas PR tempoh hari namun kita dapat lihat bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pas Selangor menentangnya secara terbuka.

"Melalui perbezaan itu juga kita dapat lihat bahawa permuafakatan antara Pas, DAP dan PKR semakin longgar dan menuju kepada perpecahan lebih besar," katanya

OSTAT TALIBAN KASI WARNING KEPADA DAP & PKR JANGAN CAMPUR HAL PAS

Posted: 01 Aug 2014 12:00 AM PDT





DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan berhenti mendesak Pas mengambil tindakan ke atas Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa berkata, desakan yang dibuat oleh pihak-pihak di luar Pas disifatkan seperti mencampuri urusan dalaman parti itu.

Menurut beliau, ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi tidak mempersalahkan Mohd. Zuhdi dalam isu tersebut malah sebaliknya, mereka bersedia untuk mempertahankannya.

"Tahaluf siyasi yang kita jalankan dalam pakatan pembangkang adalah untuk kerjasama politik sahaja.

"Kita tidak pernah mencampuri urusan dalaman DAP dan PKR, jadi jangan campuri urusan dalaman Pas," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Zuhdi dikecam oleh sekutu-sekutu Pas dalam pakatan pembangkang termasuk Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli selepas analisis beliau tentang situasi politik di Selangor tersebar dalam media sosial sejak Ahad lalu.

Analisis tentang kemungkinan Pas boleh mengekalkan penguasaan parti itu di Selangor sekiranya bergabung dengan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan dua ADUN PKR dibentangkan Mohd. Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

Anthony dan Rafizi dalam kenyataan masing-masing menggesa pucuk pimpinan Pas mengambil tindakan terhadap Mohd. Zuhdi berikutan analisis yang dihasilkannya itu.
Norazli menambah, DAP dan PKR dilihat mengamalkan dwistandard semasa membidas Mohd. Zuhdi kerana kedua-dua parti itu tidak pernah mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemimpin mereka yang mengkritik dasar-dasar Pas termasuk hudud.

Dalam perkembangan sama, beliau menggesa pucuk pimpinan Pas menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemimpin yang membocorkan analisis di dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

"Perbincangan dalam kalangan ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu adalah sulit dan sesiapa yang membocorkan rahsia parti boleh dianggap sebagai pengkhianat," katanya.
Norazli memberitahu, sebagai pemimpin yang dilantik oleh akar umbi Pas, individu terbabit sepatutnya bersikap amanah dalam menjaga rahsia parti.


KJ DESAK " KELVIN YIP " DIHUKUM TEGAS KERANA HINA ISLAM WALAUPUN MINTA MAAF

Posted: 31 Jul 2014 11:24 PM PDT

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menuntut agar tindakan setimpal dikenakan ke atas seorang pemuda yang mempersoalkan amalan mengalunkan bacaan ayat suci melalui pembesar suara.

Khairy dalam kenyataannya menyebut, pemuda tersebut masih perlu dikenakan tindakan walau sudah meminta maaf atas tulisan menggunakan bahasa kesat di Facebook yang menimbulkan kemarahan penganut Islam itu.

Beliau merujuk kepada tulisan pemuda yang menggunakan nama Kelvin Yip di Facebook, yang berang kerana bacaan ayat suci itu dialunkan seawal jam 6.45 pagi, dipercayai semasa sambutan hari raya.

"Eh hello bangsat, aku tahu Hari Raya tapi tolong hindarkan doa anda kepada Tuhan dari pembesar suara pada jam 6.45 waktu pagi... ini sangat menjengkelkan," tulisan Yip dipetik.
Yip bagaimanapun dipercayai meminta maaf dan memadamkan tulisan tersebut selepas menerima kecaman dari pengguna laman sosial tersebut.

Semakan Malaysiakini mendapati beliau juga memadamkan akaun Facebook tersebut.

Menteri tersebut berkata, lelaki yang menggunakan nama Kelvin Yip di Facebook itu masih boleh didakwa untuk memberi pengajaran.

Beliau membandingkan kes tersebut dengan kes Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, atau dikenali sebagai Kiki, yang tetap didakwa di mahkamah walau telah meminta maaf atas perbuatan khianat ke atas seorang warga emas dalam satu kes kemalangan jalan raya.

"Kiki minta maaf tapi kena dakwa (dan sememangnya patut). Yang ini pun kena dakwa. Kasi ajar sikit, biar muktamad. Bertindak tegas dan cepat pada siapa sahaja tak kira kaum,'' kata Khairy di Facebook.

Mahkamah Sesyen Kuantan pada 22 Julai lalu memerintahkan Siti Fairrah menjalankan khidmat masyarakat selama 240 jam dan membayar denda RM5,000 selepas mengaku salah atas kesalahan khianat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Kiki mengaku salah mengetuk bahagian depan dan atas bonet dan cermin depan kereta milik Sim Hiak Hong, 68, dengan menggunakan pengunci stereng kereta yang menyebabkan mangsa kerugian RM500.

PAS Selangor berang PKR & DAP desak tindakan terhadap Zuhdi

Posted: 31 Jul 2014 04:53 PM PDT




Pas Selangor membidas sikap beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang terlalu 'ghairah' mahu parti itu mengambil tindakan disiplin terhadap Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki yang didakwa mencadangkan senario yang dijangka berlaku sekiranya Pas keluar daripada pakatan pembangkang.

 Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Sallehen Mukhyi berkata, desakan PKR dan DAP tidak sepatutnya timbul apatah lagi diperbesar-besarkan sehingga menjadi polemik dalam pakatan kerana mesej terkandung dalam WhatsApp itu merupakan satu perbincangan berkumpulan tertutup yang mana masing-masing berhak memberikan pandangan mengenai sesuatu perkara.

 Ini kerana katanya, memberikan pandangan dalam sesuatu isu merupakan amalan biasa berlaku dalam mana-mana perbincangan dan tidak boleh dianggap sebagai satu kesalahan, termasuklah dakwaan terhadap Mohd. Zuhdi yang dikatakan membayangkan senario Pas jika keluar daripada pakatan pembangkang.

 "Justeru, adalah tidak adil mana-mana pihak (sama ada PKR dan DAP) menyalahkan Mohd. Zuhdi tentang pandangan beliau mengenai senario jika Pas keluar daripada pakatan. "Selain itu, perbincangan dalam mesej dalam WhatsApp yang dikatakan melibatkan Mohd. Zuhdi itu hanyalah satu perbincangan kumpulan semata-mata dan bukannya ketetapan rasmi yang menjadi pendirian Pas Pusat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dilaporkan meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan tindakan disiplin yang akan diambil oleh parti itu ke atas Mohd. Zuhdi kerana didakwa mengutarakan cadangan senario yang akan berlaku sekiranya Pas keluar daripada pakatan pembangkang menerusi mesej kumpulan WhatsApp AJK Pas Pusat.

 Tidak berpuas hati dengan cadangan tersebut, Rafizi turut menyifatkan tindakan Mohd. Zuhdi itu adalah bercanggah dengan janji-janji yang dimeterai di antara Pas, PKR dan DAP. Selain Rafizi, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan turut menggesa Pas mengambil pendirian tegas terhadap Mohd. Zuhdi selain menyifatkan cadangan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas itu sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat.

 Dalam pada itu, Sallehen turut menyatakan Pas Selangor menyerahkan kepada kepimpinannya di peringkat pusat untuk memutuskan sama ada untuk mengadakan siasatan terhadap Mohd. Zuhdi atau sebaliknya.

 "Jika Pas Pusat mengadakan siasatan, perkara itu haruslah turut melibatkan juga pihak yang bertanggungjawab menyebarkan mesej kumpulan WhatApps tersebut dan PKR serta DAP harus bersabar. "Sekiranya ada tindakan diambil, pihak yang menyebarkan mesej itu harus dikenakan tindakan tegas kerana mengeruhkan hubungan antara parti dalam pakatan," tegasnya.

 Pada masa sama, Sallehen yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri mahu semua parti dalam pakatan memberikan perhatian kepada pembangunan di negeri ini sebagaimana diamanahkan oleh rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Taipingmali (tm)

Posted: 01 Aug 2014 01:13 AM PDT

Taipingmali (tm)


143 Senarai Syarikat MLM Dan Pelaburan Tak Sah Dan Bakal Diserbu BNM

Posted: 31 Jul 2014 09:31 AM PDT

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan senarai terkini syarikat dan laman sesawang yang telah dikenal pasti tidak diberikan kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Apa yang mengejutkan, banyak syarikat yang tidak mendapat kelulusan melibatkan jenis perniagaan Multi Level Marketing (MLM). Antara nama besar dan sedang meningkat naik yang tersenarai ialah Boss Venture daripada syarikat Cash Deal SDN BHD. Namun, apa yang pelik ialah syarikat ini mendakwa perniagaan mereka selamat dan telah tersenarai dengan BNM seperti dibawah.


Sebanyak 143 Syarikat telah tersenarai seperti jadual yang Tengoktvonline sediakan dibawah.

Sudah tentu senarai ini akan memberikan kejutan kepada ramai pelabur yang telah mengikuti perniagaan yang ditawarkan. Diharap pendedahan ini dapat mengelakkan anda menjadi mangsa seterusnya dengan menjadi DOWNLINE kepada UPLINE syarikat-syarikat dibawah.


INFORMASI: Pelabur boleh mendapatkan pengesahan mengenai status pelesenan institusi kewangan yang terbabit dalam aktiviti pengambilan deposit yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia atau individu dan syarikat yang terbabit dalam aktiviti pelaburan yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti masing-masing di laman web www.bnm.gov.my dan www.sc.com.my.

Jabatan Pengaduan/ Suruhanjaya Sekuriti
Tel: 03-6204 8999 / 03-6204 8777
Faks: 03-6204 8991
E-mel: aduan@seccom.com.my

Bank Negara Malaysia
Tel: 03-2691 0824 / 2692 6482 / 2698 2810 / 2694 2143
Faks: 03-2698 7467
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Sumber:tengoktvonline.blogspot.com


Read more: http://www.beritahariann.net/2014/02/143-senarai-syarikat-mlm-dan-pelaburan.html#ixzz3943QsaAq

The Unspinners

Posted: 31 Jul 2014 11:24 PM PDT

The Unspinners


Laporan Media Israel itu betul ke atau diversion untuk Anwar?

Posted: 31 Jul 2014 09:00 PM PDT


Betulkah laporan media Israel yang mengatakan Hamas berlatih di Israel?

Yahudi Zionis disuspek terlibat menembak MH17 dan segera perhatian media beralih dari kezaliman Israel terhadap Palestine.

Propaganda Israel tergamak membuat pembohongan buta-buta.

Namun begitu Israel tidak akan tergamak berbohong melainkan ada bahan untuk membolehkan mereka spin.

Satu yang boleh dijangka adalah untuk bantu Anwar alihkan andangan dari isu politik Selangor. Nampak sangat SUARAM cuba bantu PKR dengan menimbulkan skandal yang dituntut pelbagai tindakan sedangkan tuduhan tiada bukti atau substance.

Namun FB Gegar Rakyat lihat ada sebab yang membuat Israel suspek Hamas berlatih di Malaysia. SIla ke link SINI

Hehehe PAS Piss Pus

EDL bermula, VEP patut mula ... DAP, PKR pertahan SIngapura

Posted: 31 Jul 2014 05:57 PM PDT


Baca sokongan The Patriot SINI untuk VEP.

Singapura boleh buat apa saja sukahati dia tapi kita tak boleh. Apa ke bala?????????

Menariknya sekali bila DAP yang sokong PAP polisi pula berpura-pura nan membela rakyat Malaysia.


Sibuk saja Nga Kor Ming. Jaga hal Perak ko tu....

HIghway dibuat untuk selesaikan masaalah kesesakan yang disebabkan kenderaaan keluar masuk SIngapura. DIguna oleh 80% kenderaaan SIngapura.

Apa pula orang tempatan JB perlu bayar toll. Ada highwat seperti di Ipoh orang tempatan boleh guna tanpa perlu bayar tol. Ada sebahagian elevated highway AKLEH boleh diguna tanpa perlu bayar.

HUjah orang lain guna EDL tak perlu bayar tak jadi hal kerana mereka rakyat tempatan yang bayar cukai. Yang kerja di SIngapura dan kenderaan singapura tak ada bayar cukai tapi kerajaan pulla perlu belanja wang selesaikan masaaalh yang dibawa mereka ke JB.  

Dalam hal EDL, baca hujah-hujah perlu caj toll berikut:
ABITW SINI dan SINI
Jebat Must Die SINI
Rocky Bru SINI
Apanama SINI and SINI
Annie SINI

Bila ahli PAS didakwa, baru Mujahid bersuara

Posted: 31 Jul 2014 09:40 AM PDT




Selama ini PAS hanya berdiam sahaja bila orang Melayu Islam dikenakan dakwaan oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan kaum cina yang hina bangsa Melayu dan umat Islam terlepas mudah. 

Ingatkan PAS dah jadi liberal dan akan biarkan saja untuk politik, rupanya Mujahid yang terliat sebagai pengerusi dalam MPKN untuk bubarkan akta hasutan juga yang pertahankan Ustaz Shahul Hamid yang akan didakwa oleh Peguam Negara. 

Sebabnya dia ahli PAS dan ini menunjukkan PAS puak Anwarinas tidak berpegang pada prinsip tapi kejumudan kepartian egitu menyerlah.

Dalam sidang akhbar, Mujahid menyatakan ucapan yang disampaikan oleh Ustaz Shahul Hamid adalah ucapan beberapa tahun yang lalu dalam siri kuliah beliau. Video klip yang diambil adalah sebahagian daripada ceramah yang disampaikan dan disebarkan di dalam internet   

 Beliau mengaku Shahul adalah ahli PAS dan ambil tanggungjawab. Namun Mujahid masih memberi alasan politik yang cetek dengan menyatakkan Shahul tidak mewakili pas dan telah menyampaikan dakwah berdsarkan ilmu yang ada pada diri beliau  

Ekoran itu beliau beretorik mengatakan isu agama amat sensitif dan boleh menimbulkan ketegangan kaum serta agama lalu -menyeru semua pihak agar menghentikan isu ini untuk mengelakkan berlakunya salah faham antara kaum 

Mat liberal berbulu badan macam gorilla ini menyatakan agama islam menyeru supaya saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa atau agama

Beliau meminta  semua pihak tidak terus memanipulasikan isu ini kerana ia akan merugikan semua pihak tapi apabila Kiki diviralkan kenapa Mujahid berdiam diri.

Gani Patail berat sebelah lagi!!!

Posted: 31 Jul 2014 06:00 AM PDT






Keling mogok saja ... cepat Gani 4 Tahil dakwa




Unspinners takk mahu gaduh dengan kaum India yang mangsa exploitasi dan mudah tersinggung tapi persoalannya tindakan AG begini hanya membuat orang Melayu tersinggung.

Berlaku adillah pada semua supaya undang-undang dihormati. Yang orang India hina Melayu dan Islam Gani diam ...

Undang-undang tak perlu dilihat dari kacamata kaum.

Realiti buat DAP yang harapkan undi Melayu dari PKR

Posted: 31 Jul 2014 12:00 AM PDT



Mula-mula PKR baru hadapai pemilihan parti yang begitu memecah belahkan parti. DAP pun juga tapi kesannya tidak seteruk PKR. Namun DAP sediakah ketepikan PAS untuk harapkan PKR memberi undi Melayu?

Lihat realiti berikut yang diterima dari Sir Azri:

FAKTA - Kekuatan Pakatan Rakyat terletak pada PAS.Tanpa ahli dan penyokong PAS, Pakatan Rakyat tidak akan berfungsi. Akar umbi PR adalah PAS

FAKTA - Sejarah penubuhan Pakatan Rakyat tidak akan berjaya jika PAS tidak terlibat. Ahli dan penyokong PAS buatkan PR nampak ramai dan kuat

FAKTA - DAP merupakan sekutu paling kurang ahli dan penyokong diawal penubuhan Pakatan Rakyat. Tanpa PAS parti Lim anak beranak tak bernyawa.

FAKTA - Hasil bantuan PAS, pemimpin DAP dapat sokongan Melayu bagi menumbangkan UMNO. Tanpa PAS sudah pasti DAP tumbang kepada MCA & GERAKAN

FAKTA - PAS merupakan tunjang kekuatan Pakatan Rakyat kerana ahli dan penyokongnya adalah Hardcore dalam memastikan PR terus relevan

FAKTA - PKR merupakan sekutu paling tidak berguna didalam Pakatan Rakyat kerana mempunyai ahli yg sedikit, pemalas, samseng & korup.

FAKTA - Jika diletak pertandingan 1 lawan 1 antara PAS vs PKR kemenangan akan memihak kepada PAS di semua kerusi majoriti Melayu.

FAKTA - Ahli & penyokong PKR terdiri daripada mereka yang dibuang dari UMNO, MIC, MCA, GERAKAN kerana masaalah Korupsi & Disiplin (SAMPAH)

FAKTA - PKR mengetuai setiap Demonstrasi yang diadakan Pakatan Rakyat namun tanpa penyertaan ahli PAS Demo PKR tidak akan mendapat sambutan

FAKTA - Lim Kit Siang & Lim Guang Eng KAFIR tak layak. Anwar Ibrahim masaalah Moral (LIWAT) tak layak. Hadi Awang paling layak ketuai Pakatan Rakyat. Suara PAS lebih ramai dalam PR.

FAKTA - Sedarlah wahai ahli & penyokong PAS, tanpa kamu Pakatan Rakyat tidak punya apa apa. Apatah lagi nak harapkan PKR yang ahlinya terdiri daripada SAMPAH & PENAGIH

FAKTA - PKR sudah lama mempergunakan PAS. Sudah sampai masanya ahli dan penyokong PAS terajui Pakatan Rakyat kerana suara anda lebih kuat dan berpengaruh.

FAKTA - Ahli & penyokong serta kepimpinan PAS, dengarlah suara hati anda dan fikirlah dengan bijak. Mahu jadi keldai tunggangan DAP & PKR atau ketuai PR

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 31 Jul 2014 11:19 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Menteri Pun Dah Bersuara, Apa Tunggu Lagi?

Posted: 31 Jul 2014 08:09 PM PDT

YB KJ pun dah bersuara bila tengok 'ketidak seimbangan' pendakwaan dalam isu ini.


Harap Jabatan Peguam Negara dan PDRM boleh buktikan persepsi wujudnya 'ketidak seimbangan' pendakwaan dalam isu seperti ini adalah salah.

*Bukti-buktikan.

Panglima Perang Cyber

Posted: 31 Jul 2014 11:11 PM PDT

Panglima Perang Cyber


UMNO Online - @KDNPutrajaya Nafi Dakwaan Portal Israel Latih Hamas cc @Zahid_Hamidi @Kbab51

Posted: 31 Jul 2014 09:47 PM PDT


KDN Nafi Dakwaan Malaysia Tempat Latihan Hamas

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan sebuah portal berita Israel kononnya Malaysia adalah tempat latihan untuk pejuang Hamas di Palestin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Malaysia tidak pernah menganjur sebarang latihan ketenteraan untuk mana-mana pihak selain dari negara-negara yang mempunyai perjanjian secara formal.

"KDN tidak pernah melatih mana-mana pejuang dari Hamas secara sulit melainkan ada program latihan di kalangan negara-negara yang mempunyai perjanjian secara formal dengan kita," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata laporan yang tidak berasas itu mempunyai niat jahat bagi memburukkan imej negara di mata dunia.

Sebuah akhbar dalam talian The Jerusalem Post semalam memetik kononnya seorang anggota Hamas Cell mengakui Malaysia adalah tempat latihan menyeludup dan membuat serangan sempadan negara dengan menggunakan payung terjun.

Laporan itu juga memetik kononnya anggota Hamas terbabit memberitahu Agensi Keselamatan Israel (Shin Bet) bahawa mereka turut dilatih mengenai cara menculik anggota tentera dan ia adalah sebahagian persiapan Hamas untuk menentang serangan darat pasukan Pertahanan Israel (IDF) di Semenanjung Gaza.

Wan Junaidi berkata berita tidak sahih itu disifatkan sebagai satu dakyah jahat Shin Bet ekoran Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman Israel di Gaza.


Berita Bertarikh Pada 31 July 2014 11:26 PM




Sent from my iPhone

Whatsapp Dr Zuhdi : Dewan Ulama PAS Perak Bidas DAP & PKR !!!

Posted: 31 Jul 2014 09:38 PM PDT


Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa menyifatkan desakan yang dibuat oleh pihak-pihak di luar Pas seperti mencampuri urusan dalaman parti itu.

Menurut beliau, ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi tidak mempersalahkan Mohd. Zuhdi dalam isu tersebut malah sebaliknya, mereka bersedia untuk mempertahankannya.

"Tahaluf siyasi yang kita jalankan dalam pakatan pembangkang adalah untuk kerjasama politik sahaja.

"Kita tidak pernah mencampuri urusan dalaman DAP dan PKR, jadi jangan campuri urusan dalaman Pas," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Zuhdi dikecam oleh sekutu-sekutu Pas dalam pakatan pembangkang termasuk Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli selepas analisis beliau tentang situasi politik di Selangor tersebar dalam media sosial sejak Ahad lalu.

Analisis tentang kemungkinan Pas boleh mengekalkan penguasaan parti itu di Selangor sekiranya bergabung dengan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan dua ADUN PKR dibentangkan Mohd. Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

Anthony dan Rafizi dalam kenyataan masing-masing menggesa pucuk pimpinan Pas mengambil tindakan terhadap Mohd. Zuhdi berikutan analisis yang dihasilkannya itu.

Norazli menambah, DAP dan PKR dilihat mengamalkan dwistandard semasa membidas Mohd. Zuhdi kerana kedua-dua parti itu tidak pernah mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemimpin mereka yang mengkritik dasar-dasar Pas termasuk hudud.

Dalam perkembangan sama, beliau menggesa pucuk pimpinan Pas menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemimpin yang membocorkan analisis di dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

"Perbincangan dalam kalangan ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu adalah sulit dan sesiapa yang membocorkan rahsia parti boleh dianggap sebagai pengkhianat," katanya.

Norazli memberitahu, sebagai pemimpin yang dilantik oleh akar umbi Pas, individu terbabit sepatutnya bersikap amanah dalam menjaga rahsia parti. - Utusan



Sent from my iPhone

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 31 Jul 2014 09:23 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Zuhdi Sekali Lagi Kritik Anwar Dengan Pedas Sekali

Posted: 31 Jul 2014 07:52 PM PDT

Kenyataan Media Dato Seri @NajibRazak #MH17 Di Belanda

Posted: 31 Jul 2014 10:12 AM PDT

MH17 STATEMENT BY PRIME MINISTER NAJIB RAZAK
DURING JOINT PRESS BRIEFING IN THE NETHERLANDS
WITH PRIME MINISTER MARK RUTTE

Ladies and gentlemen,

Like the Netherlands, Malaysia is in mourning. We mourn the loss of all 298 lives on board MH17.

And as we watched the first bodies arrive in Eindhoven, our hearts reached out to the people of the Netherlands, who have lost so much.

The flags flying at half-mast told their own story: of the nations who lost their sons and daughters. And of our determination to work together to bring them home.

Malaysia stands with the Netherlands, with Australia; with all countries whose people have been lost. We stand together, united in grief, and ready to help however we can.

Earlier, Prime Minister Rutte and I spoke about the continued military activity at the crash site; the inability of international investigators to deploy across it; and the human remains that may still lie there.

For the sake of the grieving families, it is imperative that all remains at the crash site are repatriated as soon as possible. Every single victim must be given dignity and a decent funeral.

Our other priority is to ensure the international investigators are given full and unfettered access to the site, so that they may collect evidence and carry out their vital work. Only then will we be able to find out what happened to MH17; only then can we achieve justice for the victims and their families.

The conflict in Eastern Ukraine may not be easily resolved. But the people on board that plane had no part in it.

We ask that there be an immediate cessation of hostilities in and around the crash site – by both Ukrainian and separatist forces.

We ask that all sides respect the lives lost, and the integrity of the site, so that the investigation may proceed. The long walk towards justice begins with this step.

A team of 68 Malaysian police has arrived Kiev today. They will work together with the Dutch and Australian teams to help secure access to the site.

Malaysia fully supports the international investigation, and we are grateful to the Netherlands for their lead role in the international team.

Repatriating the remains of victims as fast as possible is a shared priority. Malaysian experts are already helping here in the Netherlands with the painstaking task of identification – and we stand ready to provide more assistance if required.

On behalf of Malaysia, I would like to thank Prime Minister Rutte and the Dutch people for all they have done, and continue to do, for the victims of this senseless and tragic act.

Thank you.

Kenyataan Media Dato Seri @NajibRazak #MH17 Di Belanda

Posted: 31 Jul 2014 10:12 AM PDT

MH17 STATEMENT BY PRIME MINISTER NAJIB RAZAK
DURING JOINT PRESS BRIEFING IN THE NETHERLANDS
WITH PRIME MINISTER MARK RUTTE

Ladies and gentlemen,

Like the Netherlands, Malaysia is in mourning. We mourn the loss of all 298 lives on board MH17.

And as we watched the first bodies arrive in Eindhoven, our hearts reached out to the people of the Netherlands, who have lost so much.

The flags flying at half-mast told their own story: of the nations who lost their sons and daughters. And of our determination to work together to bring them home.

Malaysia stands with the Netherlands, with Australia; with all countries whose people have been lost. We stand together, united in grief, and ready to help however we can.

Earlier, Prime Minister Rutte and I spoke about the continued military activity at the crash site; the inability of international investigators to deploy across it; and the human remains that may still lie there.

For the sake of the grieving families, it is imperative that all remains at the crash site are repatriated as soon as possible. Every single victim must be given dignity and a decent funeral.

Our other priority is to ensure the international investigators are given full and unfettered access to the site, so that they may collect evidence and carry out their vital work. Only then will we be able to find out what happened to MH17; only then can we achieve justice for the victims and their families.

The conflict in Eastern Ukraine may not be easily resolved. But the people on board that plane had no part in it.

We ask that there be an immediate cessation of hostilities in and around the crash site – by both Ukrainian and separatist forces.

We ask that all sides respect the lives lost, and the integrity of the site, so that the investigation may proceed. The long walk towards justice begins with this step.

A team of 68 Malaysian police has arrived Kiev today. They will work together with the Dutch and Australian teams to help secure access to the site.

Malaysia fully supports the international investigation, and we are grateful to the Netherlands for their lead role in the international team.

Repatriating the remains of victims as fast as possible is a shared priority. Malaysian experts are already helping here in the Netherlands with the painstaking task of identification – and we stand ready to provide more assistance if required.

On behalf of Malaysia, I would like to thank Prime Minister Rutte and the Dutch people for all they have done, and continue to do, for the victims of this senseless and tragic act.

Thank you.

Bukti Hipokrasi DAP Dalam Isu Tol Singapura - Malaysia

Posted: 31 Jul 2014 05:21 AM PDT





Strategi Jahat Rafizi Terbongkar

Posted: 31 Jul 2014 02:21 AM PDT

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 31 Jul 2014 09:21 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


AHLI PAS..KORANG X BERASAP HATI KE BACA BENDA NI ?

Posted: 31 Jul 2014 07:04 AM PDT

GILA KUASA TAHAP KRONIK

Posted: 30 Jul 2014 11:59 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 31 Jul 2014 03:13 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Video) Nafsu terlanjur: 'Sedap' bersama, sengsara seorang diri

Posted: 31 Jul 2014 04:01 PM PDT

Gambar hiasan
Usia mereka masih mentah, naif tentang pancaroba sebenar kehidupan. Dek kerana kehidupan bebas, akhirnya mereka terlanjur. Amarah keluarga suatu ketika dahulu baru difahami kini ketika mengusung perut yg memboyot. Namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.

Cabang PKR mula belot, mahu Khalid kena tindakan disiplin

Posted: 31 Jul 2014 05:54 AM PDT

SHAH ALAM - Lima ketua cabang PKR hari ini menggesa pimpinan tertinggi parti untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat semakin jelas membelakangkan parti sejak kebelakangan ini.

Menurut Ketua Cabang Tanjung Karang, Mohd Yahya Mat Sahri, saranan Abdul Khalid agar Adun PR membuat undi tidak percaya terhadap beliau disifatkan sebagai satu tindakan yang bertujuan memalukan parti dan wajar diambil tindakan.

"Kami minta pemimpin parti untuk mendengar suara akar umbi yang sudah jelak dengan permainan politik ala Umno yang dimainkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita sedia maklum, tindakan-tindakan beliau sejak akhir-akhir ini jelas membelakangkan pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat dan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Oleh itu, kami gesa pihak pemimpin parti untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap beliau ," katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya turut meminta kesemua ahli parti untuk menyokong penamaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Menurutnya lagi, Azizah yang selaku Presiden PKR adalah calon yang paling layak untuk menjadi menteri besar berbanding Adun lain.

"Semua anggota parti harus mengenepikan perbezaan pendapat dan bersatu hati untuk menyokong keputusan Majlis Pimpinan Pusat yang menamakan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 21Julai lalu kerana beliau adalah antara pemimpin tertinggi PKR," katanya lagi.

Antara Ketua Cabang yang turut menyokong kenyataan tersebut termasuklah Ketua Cabang Sabak Bernam, Abu Talip Bujang; Ketua Cabang Sungai Besar, Mohamad Fauzi Ahmad; Ketua Cabang Kapar, Azizi Ayob dan Ketua Cabang Sepang, Burhan Aman Shah.

Israel kaitkan Malaysia latih tentera Hamas

Posted: 30 Jul 2014 09:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pejuang Hamas yang ditahan Israel mendedahkan dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa, menurut satu laporan Jerusalem Post.

Shin Bet (Agensi Sekuriti Israel) berkata suspek tersebut merupakan seorang komander sebuah unit Hamas yang berjaya ditahan di Khan Younis.

Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza.

Pejuang itu dikatakan menyertai Hamas pada tahun 2007 dan menjadi ahli sayap ketenteraannya yang bernama Izzadin Kassam.

Dia dilaporkan ke Malaysia pada 2012, di mana dia dan sembilan anggota Hamas lain menjalani latihan menerbangkan payung terjun berkuasa.

Shin Bet berkata pejuang Hamas itu menyertai unit rizab Hamas pada tahun yang sama dan telah ditugaskan untuk operasi-operasi khas.

Pada tahun 2013, pejuang Hamas itu menyertai unit elit dan menerima senapang Kalashnikov untuk dibawa bersamanya pada setiap masa.

Dia kemudian dilatih menggunakan senapang M-16, bom tangan roket dan bom lain.

Pejuang-pejuang tersebut juga telah diajar bagaimana untuk menculik askar dan cara peperangan dalam terowong.

Shin Bet berkata pejuang Hamas itu dijadualkan untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pejuang-hamas-dilatih-di-malaysia-40976?cp

Whatsapp bocor: Hisam bantai Zuhdi

Posted: 30 Jul 2014 09:01 PM PDT

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Dr Mohd Zuhdi Marzuki perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya ekoran terbocornya tulisan beliau dalam WhatsApp AJK PAS Pusat.

Bagi Husam, PAS tidak boleh diseret dalam masalah ini dan Zuhdi perlu mengambil tanggungjawab jamaah dan bertindak sewajarnya tanpa perlu parti itu mengambil tindakan atas implikasi tersebarnya kenyataan itu.

"Memang pihak yang membocorkan tulisan dalaman itu juga salah, tetapi tanpa ada pihak yang menulis sedemikian rupa, ini tidak akan berlaku," kata Husam kepada The Malaysian Insider.

Bagi Husam, penyataan senario itu merupakan satu hal, tetapi yang terlalu besar untuk dipikul PAS adalah istilah rasis yang digunakan dalam tulisan itu.

"Dengan perkembangan yang berlaku kebelakangan ini termasuk yang (kenyataan) ini, hancur segala yang dibina oleh PAS selama ini," katanya.

Husam mengulas kebocoran tulisan analisis senario Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp yang kini tersebar luas.

Menurut Husam, beliau bukan sebahagian daripada perbincangan WhatsApp itu.

Perbincangan WhatsApp yang tersebar itu mendedahkan Zuhdi menulis:

"Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi + TSKI + seorang lagi Adun PKR + 12 Umno, dah bentuk simple majoriti. Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.

"Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serban, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana non Muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini," tulis Zuhdi yang pada masa sama mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan apa yang berlaku melalui akaun Facebook.

Menurut Husam, analisis senario ini bertembung dengan sikap parti itu dan juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di samping merosakkan jambatan yang dibina dengan pihak luar.

"Dalam kes di Terengganu ketika krisis Datuk Seri Ahmad Said dengan BN, kita ambil pendirian tidak akan memujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno untuk melompat menyertai PAS. Jadi analisis ini sudah bertentangan dengan pendirian PAS selama ini," kata Husam mengulas cadangan dalam analisis itu yang sedia menerima pihak Umno untuk bekerjasama dengan PAS.

Menurut Husam, paling teruk adalah istilah digunakan untuk menyerang pihak luar yang selama ini bekerjasama dengan PAS.

"Beliau perlu mengambil tanggungjawab penuh dan tidak mengaitkan PAS dalam hal ini," kata Husam.

Sementara itu, AJK PAS Pusat Nasruddin Hassan yang turut serta dalam perbincangan WhatsApp ini mempertahankan analisis Zuhdi dengan berkata ia hanya sebahagian kecil dari analisisnya dan bukan pandangan beliau.

"Perbahasan ini agak panjang. Saya menyalinnya semula dengan tekun dan memerhati satu per satu baris keseluruhan perbincangan group ini, mengunakan tulisan saiz 12 dengan format potret A4, saya perolehi sebanyak 115 muka surat.

"Perbahasan non-stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4, tiba-tiba hanya disebarkan secebis sahaja yang mengandungi 11 baris ayat untuk membentuk satu persepsi buruk dan jahat kepada Zuhdi," kata ahli Parlimen Temerloh itu.

Beliau berkata, ramai menganggap itu adalah kenyataan Zuhdi, sedangkan beliau tidak mempunyai pendirian sedemikian.

"Apa yang tertera melalui perca perbincangan yang didedahkan adalah satu daripada banyak senario analisis yang dibentang Zuhdi apabila ahli group sedang berbincang mengenai satu topik yang menelur dari perbahasan mengenai isu MB Selangor, iaitu 'bagaimana kalau PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat'," kata beliau dalam satu kenyataannya.

Sehubungan itu, beliau menyelar individu yang membocorkan sebahagian kecil perbincangan AJK PAS Pusat itu dan mencabar supaya tampil buat pengakuan dan dedahkan keseluruhan 'conversation' ahli kumpulan mengenai isu menteri besar Selangor ini jika beliau adalah seorang yang bertanggungjawab dan berani.

"Jika tidak, memang ia seorang yang penakut dan pengkhianat. Menikam rakan dari belakang demi memuaskan hati 'warlord'nya yang berada di luar parti ," katanya. – 31 Julai, 2014.

PAS akan kalah teruk kalau buat pilihanraya semula - DAP

Posted: 30 Jul 2014 07:43 PM PDT

Pakatan Rakyat (PR) berisiko kalah manakala PAS pula dilenyapkan daripada Selangor sekiranya pilihan raya mengejut diadakan untuk menyelesaikan isu penggantian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, kata DAP.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata PR– yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP – akan mengalami 'kekalahan besar' sekiranya pilihan raya negeri diadakan, tetapi memberi amaran PAS akan kalah lebih besar.

Amaran ini berikutan presiden parti Islam itu yang menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar sementara parti Khalid, PKR, mahu menggantikannya dengan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Desakan PAS untuk menyokong Khalid akan mendorong kepada pilihan raya mengejut, yang akhirnya akan menyebabkan PAS kalah besar, ataupun kalah semua kerusi yang dimenanginya dengan susah payah. Ini kemungkinan besar hanya akan mengembalikan semula Selangor kepada Umno," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata memandangkan PKR dan DAP mahu menggantikan Khalid, sementara PAS bersama dengan sokongan Umno inginkan Khalid kekalkan jawatannya, oleh itu Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbahagi dua tanpa majoriti yang jelas.

"Dalam situasi sebegini, Khalid mungkin akan mendapat kebenaran daripada Sultan Selangor untuk mengadakan pilihan raya mengejut."

Pua berkata, PKR dan DAP akan hilang 3% undi Melayu dan 10% undi bukan Melayu di 7 daripada 30 kerusi DUN.

Menurut Pua, PKR akan kehilangan Batu Tiga, Ijok, Kota Anggerik, Taman Medan dan Pelabuhan Klang, manakala DAP akan hilang kerusi Kuala Kubu Baru dan Sungai Pelek.

PKR akan hanya tinggal 10 kerusi dan DAP 13 kerusi.

Namun di kawasan kubu kuat PAS yang mendapat sokongan Melayu, menurut Pua parti itu juga akan hilang 7 daripada 15 kerusi DUN yang dimenanginya semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Kerusi DUN terbabit adalah Sabak, Gombak Setia, Dusun Tua, Selat Kajang, Sijangkang, Morib dan Tanjong Sepat.

Manakala undi bukan Melayu terhadap PAS juga akan jatuh 25% sekaligus akan menyebabkan PAS hilang kerusi Taman Templer, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Seri Serdang dan Paya Jaras, menyebabkannya hanya tinggal tiga kerusi sahaja.

Bagaimanapun tiga kerusi di Chempaka, Bangi, dan Meru juga masih dianggap tidak selamat kerana undi Melayu merosot 5% manakala bukan Melayu 30%.

"Melihat kepada senario di atas, amat sukar untuk Pakatan Rakyat mempertahankan kuasa mereka di Selangor.

"Kemenangan besar akan menjadi milik Umno apabila dapat mengembalikan semula 30 kerusi dalam DUN," katanya.

Sehubungan itu, Pua menyeru PAS supaya terus kekal dalam PR dan tidak mengecewakan harapan rakyat Selangor.

"Kami harap rakan seperjuangan PAS akan berdiri teguh bersama Pakatan dan melaksanakan janji yang ditaburkan kepada rakyat serta mengelakkan impian rakyat dikecewakan sebelum sempat ditunaikan," katanya.

Pemimpin tertinggi PAS, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan bersetuju dengan tindakan DAP dan PKR yang mahu Khalid disingkirkan sebelum akhir penggal.

Konflik itu membawa kepada cadangan melalui perbualan kumpulan AJK PAS Pusat dalam WhatsApp yang mahu bergabung undi dengan Umno demi memastikan kedudukan Khalid dan kuasa politik Melayu-Islam kekal.

Namun perbualan WhatsApp yang dibocorkan dan disebarkan kepada umum itu bagaimanapun dinafikan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang menyatakan cadangannya itu hanya gambaran analisis senario sahaja. – 31 Julai, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-kalah-besar-jika-selangor-adakan-pilihan-raya-mengejut-kata-dap#sthash.slk8JQf3.dpuf

Situasi politik Kedah, Selangor berbeza wahai Rafizi... - Pas Kedah

Posted: 30 Jul 2014 06:01 PM PDT

ALOR SETAR - Situasi kemelut yang berlaku di Selangor tidak sama dengan krisis yang pernah berlaku dalam PR di Kedah, malah perbandingan antara kedua-duanya juga tidak setara.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor berkata, kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang menjadikan krisis di Kedah di bawah pentadbiran PR sebelum ini sebagai contoh terhadap situasi yang berlaku di Selangor sama sekali tidak wajar serta berlainan sama sekali.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah berkata, pendedahan yang dibuat secara terbuka di Facebook bukan bermaksud mahu memanjangkan kemelut melanda Selangor tetapi mahu menunjukkan keadaan sebenar Pas Kedah banyak berkorban untuk menjaga hubungan baik antara rakan pakatan sepanjang tempoh menerajui tampuk pemerintahan negeri.

"Saya terpanggil untuk menjelaskan situasi sebenar itu semalam (kelmarin) kerana sama sekali tidak setuju mereka menjadikan krisis berlaku di Kedah sebagai contoh terhadap apa yang berlaku di Selangor.

"Situasi tidak sama, di Kedah kerusi PKR sedikit dan masalah kerap berlaku apabila wakil rakyatnya kerap lompat parti hingga turut menggugat kepercayaan penyokong.

Namun kita (Pas) sentiasa mencari jalan untuk menolong mereka mengatasi masalah serta berusaha menutup kekurangan yang timbul," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhammad Sanusi berkata, krisis dalaman berlaku dalam PR Kedah khususnya Pas lebih kepada perumpamaan 'ribut dalam cawan' kerana masih menunjukkan taat setia kepada parti berbeza dengan PKR calon yang lompat parti lebih selesa bergerak bebas atau condong kepada Umno.

"Mereka (PKR) bukan berdiam diri, mulia atau baik hati tidak campur tangan dari berbicara siapa patut menjadi MB pada masa itu sebaliknya tumpuan utama parti itu lebih kepada usaha untuk menambah bilangan kerusi termasuk meminta DAP memberi laluan kepada mereka meletak calon PKR di kawasan DAP atas dasar rakan pakatan.

"Namun situasi yang berlaku di Selangor sebaliknya kerana pemimpin PKR diminta letak jawatan sebagai menteri besar walaupun tidak mempunyai masalah (seperti lompat parti seperti di sini)," katanya.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi turut mencabar Saifuddin supaya menunjukkan satu bukti yang mengaitkan beliau dengan tuduhan isu berkaitan balak, tanah, projek, pasir seperti disampaikan pegawai tadbir kerajaan negeri (KCS), exco dan adun Pas hingga menganggapnya persis ayam berkokok tetapi ekor bergelumang najis.

"Saya cabar beliau (Saifuddin) tunjuk satu saja di mana tempatnya kalu benar tuduhan yang diceritakan kepadanya itu benar-benar wujud. Kalau susah nak cari, namakan saja pegawai KCS yang bercerita itu, kalau susah juga, namakan exco atau adun Pas yang bercerita itu.

"Jika tiada bukti bermakna beliau cuba menfitnah pemimpin PR sendiri," katanya.

Menurutnya, biarpun pelbagai isu kemelut dan pergelutan yang timbul namun PR akan tetap terus bersatu dan tidak akan berpecah.

"Bagaimanapun rakan PR perlu menghormati pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Segala keputusan yang mahu diambil tidak boleh dibincang hanya peringkat dalam parti itu sendiri sahaja sebaliknya perlu dibawa ke atas melalui perbincangan bersama rakan-rakan dalam pakatan," katanya.

Cakap-cakap 'orang luar' tak penting, tak perlu dengar - Tok Pa

Posted: 30 Jul 2014 05:45 PM PDT

KUALA TERENGGANU 30 Julai - Pas tidak akan mengikut telunjuk mana-mana pihak di luar parti untuk mengambil tindakan disiplin ke atas Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki yang didakwa mengemukakan cadangan mengkhianati pakatan pembangkang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan ke atas ahlinya hanya akan dibuat berdasarkan laporan dalaman oleh kalangan anggota parti dan bukannya pihak lain.

Beliau bagaimanapun menjelaskan belum mengetahui punca sebenar yang membangkitkan dakwaan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli terhadap Mohd. Zuhdi sehingga meminta Pas bertindak.

"Saya tak baca apa benda dia punya alasan. Kita tak ambil tindakan daripada orang-orang luar cakap. Tindakan disiplin dibuat berdasarkan laporan dalam kalangan ahli Pas sendiri,'' ujar beliau berhubung rentetan isu berkaitan dengan kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Mohd. Khalid Ibrahim.

Katanya, jika soal meninggalkan pakatan pembangkang, itu tidak berbangkit kerana pendirian rasmi parti, malah pendirian pemimpin termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah jelas bahawa UMNO tetap menjadi lawan dalam politik.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir dalam Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama-sama Anak-anak Terengganu di Perantauan di Markas Tarbiyah Pas, Kuala Ibai di sini malam tadi.

Rafizi mendakwa mesej kumpulan WhatsApp AJK Pas Pusat tentang senario yang dijangka berlaku sekiranya parti itu keluar daripada pakatan pembangkang menggambarkan kewujudan unsur-unsur khianat dalam kalangan pimpinan tertinggi parti tersebut dengan sikap bermuka-muka.

Katanya, pendapat dan sentimen yang dinyatakan oleh Mohd. Zuhdi dalam mesej yang dipercayai dibocorkan oleh seorang pemimpin Pas itu bercanggah dengan janji-janji yang dimeterai parti tersebut dalam pakatan pembangkang.

Rafizi meminta agar tindakan disiplin diambil ke atas Mohd. Zuhdi apabila beliau mengutarakan cadangan yang khianat kepada perjanjian yang Pas meterai dengan pakatan pembangkang dan rakyat yang mengundi parti itu serta pakatan pembangkang.

Selain itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, kenyataan Mohd. Zuhdi sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat.

Cadangan untuk membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP tetapi juga kepada rakyat Selangor khasnya kaum Cina yang memberikan mandat kepada pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sehubungan itu, Siew Fook meminta pemimpin Pas Pusat mengambil satu pendirian yang tegas tentang cadangan Mohd. Zuhdi dan mengenakan tindakan sewajarnya ke atas pengarah operasi tersebut untuk mengembalikan keyakinan pengundi dan penyokong pakatan pembangkang di seluruh negara terhadap parti berkenaan.

Sementara itu Mustafa berkata, soal sama ada pendirian tegas Abdul Hadi mempertahan kepemimpinan Abdul Khalid turut mewakili suara parti hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti pada 10 Ogos depan.

Mustafa hanya memberi bayangan itu ketika pergeseran pendapat dalam kalangan pemimpin dan penyokong Pas semakin jelas berhubung kemelut kepimpinan di Selangor selain pertentangan pendirian sebahagian pemimpin parti tersebut dengan PKR.

"Tunggulah mesyuarat 10 Ogos ini. Kita akan bawa cadangan itu kepada mesyuarat, tak berbangkit soal Pas setuju atau tak setuju. kita akan bawa dulu, bincang dan selepas itu baru ada keputusan macam mana,'' ujarnya.

Katanya, Abdul Hadi sendiri yang akan mempengerusikan mesyuarat itu kelak dan keputusan hasil perbincangan tersebut merupakan pendirian sebenar dan yang rasmi bagi parti.

Utusan

PAS Selangor sokong Wan Azizah jadi MB Selangor?

Posted: 30 Jul 2014 05:31 PM PDT

Shah Alam: "Tidak ada sebarang perbincangan mengenai perkara itu dan PAS Selangor tetap komited dan setia terhadap Pakatan Rakyat," kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman.

Dalam kenyataan dikeluarkannya semalam, beliau berkata, pandangan dikemukakan Pengarah Operasi, Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki itu langsung tidak diketahui PAS Selangor dan mungkin sekadar pandangan peribadi.

"Pandangan yang dibuat oleh Dr Zuhdi tidak mempunyai kesan ke atas PAS Selangor dan pendapat yang dibuat olehnya itu adalah pendapat peribadi beliau semata-mata.

"Jaminan kami (PAS Selangor), akan kekal dalam Pakatan Rakyat dan jika diteliti rekod PAS selama ini, tidak ada sebarang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat ke parti UMNO ataupun Barisan Nasional (BN) dan kita akan mengekalkannya begitu," katanya.

Semalam, ADUN Gombak Setia Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, perbincangan mengenai kerajaan gabungan itu hanya membabitkan beberapa individu dalam PAS bukan menggambarkan pendirian parti itu.

Beliau yang juga Bekas Ketua Pemuda PAS Selangor berkata, sehingga kini, tiada sebarang kata putus yang dibuat PAS Pusat mengenai kerajaan gabungan dan sekiranya benar berlaku, satu perbincangan dengan PAS Selangor perlu di lakukan.

Hasbullah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai paparan skrin aplikasi WhatsApp dalam kalangan Ahli Jawatankuasa PAS yang membincangkan kerjasama dengan UMNO.


Perkara itu dikemukakan Dr Zuhdi dalam usaha mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

13 'fakta' kekuatan Pas tersebar dalam laman sosial

Posted: 30 Jul 2014 05:15 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 Julai - Kenyataan 13 fakta kekuatan Pas dalam pakatan pembangkang kini tersebar luas dalam laman media sosial dan juga kumpulan-kumpulan WhatsApp.

Difahamkan, penyebaran fakta-fakta berkenaan adalah ekoran hubungan antara Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang semakin meruncing berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.

Fakta-fakta itu juga merupakan mesej bahawa Pas paling layak mengetuai pakatan pembangkang dan bukannya PKR atau DAP.

Berikut adalah kenyataan yang tersebar;

FAKTA - Kekuatan pakatan pembangkang terletak pada Pas. Tanpa ahli dan penyokong Pas, pakatan pembangkang tidak akan berfungsi. Akar umbi pakatan adalah Pas.

FAKTA - Sejarah penubuhan pakatan pembangkang tidak akan berjaya jika Pas tidak terlibat. Ahli dan penyokong Pas yang membuatkan pakatan nampak ramai dan kuat.

FAKTA - DAP merupakan sekutu paling kurang ahli dan penyokong di awal penubuhan pakatan. Tanpa Pas, parti Lim Kit Siang anak beranak tidak bernyawa.

FAKTA - Hasil bantuan Pas, pemimpin DAP dapat sokongan Melayu bagi menumbangkan UMNO. Tanpa Pas sudah pasti DAP tumbang kepada MCA dan Gerakan.

FAKTA - Pas merupakan tunjang kekuatan pakatan pembangkang kerana ahli dan penyokongnya adalah hardcore dalam memastikan pakatan terus relevan.

FAKTA - PKR merupakan sekutu paling lemah di dalam pakatan pembangkang kerana mempunyai ahli yang sedikit.

FAKTA - Jika diletak pertandingan 1 lawan 1 antara Pas vs PKR, kemenangan akan memihak kepada Pas di semua kerusi majoriti Melayu.

FAKTA - Ahli dan penyokong PKR terdiri daripada mereka yang dibuang daripada UMNO, MIC, MCA, Gerakan kerana pelbagai masalah.

FAKTA - PKR mengetuai setiap demonstrasi yang diadakan pakatan pembangkang namun tanpa penyertaan ahli Pas, demonstrasi PKR tidak akan mendapat sambutan

FAKTA - Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng (bukan Islam) tidak layak. Datuk Seri Anwar Ibrahim masalah moral (kes liwat) tidak layak. Datuk Seri Abdul Hadi Awang paling layak ketuai pakatan pembangkang. Suara Pas lebih ramai dalam pakatan.

FAKTA - Sedarlah wahai ahli dan penyokong Pas, tanpa kamu pakatan pembangkang tidak punya apa-apa. Apatah lagi nak harapkan PKR.

FAKTA - PKR sudah lama mempergunakan Pas. Sudah sampai masanya ahli dan penyokong Pas terajui pakatan pembangkang kerana suara anda lebih kuat dan berpengaruh.

FAKTA - Ahli dan penyokong serta kepimpinan Pas, dengarlah suara hati anda dan fikirlah dengan bijak. Mahu jadi keldai tunggangan DAP dan PKR atau ketuai pakatan.

DAP beri amaran kepada PAS

Posted: 30 Jul 2014 05:01 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 Julai - DAP mengingatkan pimpinan Pas agar tidak sekali-kali mempunyai pemikiran untuk bekerjasama dengan UMNO dan sebarang hasrat itu perlu dikutuk dengan sekeras-kerasnya.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, analisis senario oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mengenai kerjasama Pas-UMNO adalah amat tidak bertanggungjawab dan mempunyai unsur-unsur pembelotan.

Katanya, Pas mempunyai hak untuk kekal atau keluar daripada pakatan pembangkang namun cadangan untuk bergabung dengan UMNO bagi membentuk kerajaan negeri Selangor adalah pengkhianatan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk dengan sekeras-kerasnya, saya ingin mengingatkan Dr. Zuhdi bahawa kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Pas di Selangor adalah di bawah payung pakatan kerana ketiga-tiga parti Pas, PKR dan DAP bertanding dalam PRU-13 (Pilihan Raya Umum Ke-13) dengan manifesto bersama pakatan," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya semalam.

Anthony mengulas mengenai mesej daripada Mohd. Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat mengenai kajian senario Pas keluar daripada pakatan dan bekerjasama dengan UMNO di Selangor.

Mesej kumpulan WhatsApp itu merupakan perbincangan sulit dalam kalangan AJK Pas Pusat namun telah dibocorkan oleh individu tertentu dan tersebar secara meluas sejak Isnin lalu.

Menurut Anthony, imaginasi daripada Mohd. Zuhdi bagi 'menjentik DAP' juga telah menjejaskan imej keterbukaan dan semangat toleransi Pas.

"DAP menyeru pimpinan Pas pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri daripada cadangan Mohd. Zuhdi dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi dan penyokong pakatan di seluruh negara terhadap Pas," katanya.

Utusan

Selfie Kubur: Pelakon mohon maaf, tapi tak mengaku...

Posted: 30 Jul 2014 04:31 PM PDT

Kuala Lumpur: "Itu bukan kubur, tetapi cuma bekas tapak kubur lama. Saya boleh bawa sesiapa yang tidak puas hati ke kawasan perkuburan berkenaan di Sipitang untuk membuktikannya," demikian penjelasan pengacara dan pelakon, Mohd Farish Aziz Sulaiman atau Farish Aziz, 30, berkenaan sekeping gambar di akaun Instagram miliknya yang dikecam hebat di Internet.

Pada hari raya pertama lalu, selebriti itu memuat naik sekeping foto 'selfie' di sebuah kawasan perkuburan dan tindakannya itu disifatkan kurang ajar serta kurang sensitif.

Dalam foto terbabit, Farish kelihatan seolah-olah sedang memijak kubur dan sekali gus dikutuk habis-habisan.

Dia yang dihubungi semalam juga tidak sangka perbuatannya itu akan dikecam sedangkan dia sudah memberi penjelasan di Instagram.

Menurutnya, tindakan itu di mata orang lain mungkin nampak salah kerana tidak mengetahui perkara sebenar.

"Saya minta maaf kepada sesiapa juga yang tersinggung bahkan menyuruh untuk memadam gambar terbabit.


Kalau benar ia salah di sisi moral, maafkan saya tapi jika dilihat betul-betul, gambar itu tiada bezanya seperti orang lain yang mengambil gambar di kubur.

"Namun, sesiapa pun tidak seharusnya memfitnah hanya kerana melihat gambar berkenaan dan saya terkilan dengan pihak yang sangat busuk hati bertindak menyebarkan gambar itu sehingga menjadi viral.

"Akaun itu adalah milik peribadi saya dan saya tidak kisah jika itulah komen-komen yang diberikan tapi bila sudah sampai tahap fitnah, saya memang kesal," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Farish juga dituduh sengaja memuat naik foto berkenaan atas dasar mahu meraih publisiti murah dan dia menyifatkan perkara itu tidak terlintas pun di fikirannya.

"Saya tidak mahu hipokrit dan hanya kerana komen-komen sedemikian yang bagi saya tidak berasas.

Ada juga yang bertanya cerita sebenar dan menjelaskan kepada mereka dengan baik.

"Ahli keluarga saya pun tidak bising kerana memang di tempat saya berdiri itulah juga kami duduk sewaktu bacaan Yasin.

Jadi, berhentilah mengadili saya jika tidak tahu kebenaran," katanya.

Kenyataan rasis: PU Shahul mohon maaf

Posted: 30 Jul 2014 04:01 PM PDT

"Saya mohon maaf kepada semua khususnya kepada kaum India," kata penceramah bebas Ustaz Shahul Hameed MPH Seeni Mohd selepas video ceramahnya yang didapati menyinggung perasaan kaum India tersebar luas.

Menurut penceramah bebas yang dicungkil bakat dalam program Pencetus Ummah itu, dia mengadakan ceramah terbabit secara tertutup namun mendakwa ada individu tertentu yang merakam dan memuat naik video berkenaan tanpa pengetahuannya yang didapati mempunyai niat buruk.

Shahul dalam permohonan maaf yang dimuat naik melalui video bedurasi 1 minit 41 saat dalam akaun Facebook miliknya juga mendakwa apa saja yang dikatakannya dalam ceramah terbabit adalah berdasarkan amanah ilmu yang difahaminya.

"Mungkin ada beberapa perkataan yang menimbulkan rasa tidak puas hati dan menyinggung perasaan terutamanya kaum India dan jika ia menyinggung perasaan mereka saya memohon maaf.

"Saya harap isu ini tidak dipanjangkan lagi dan saya akan pastikan perkara sepertinya ini tidak akan berulang lagi," katanya dalam rakaman video permohonan maaf terbabit.

Terdahulu, seramai 30 ahli termasuk wakil Pemuda, Putera dan Wanita MIC negeri serta Parti Progresif Penduduk (PPP) serta NGO Hindu yang lain berkumpul jam 10 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di sini semalam bagi membuat laporan polis dan meminta satu siasatan dijalankan terhadap penceramah bebas itu.

Ketua Putera MIC negeri, N G Senthelnathan berkata, tindakan itu dibuat selepas melihat Shahul Hameed didakwa sengaja menyentuh sensitiviti penganut agama Hindu dan melakukan tindakan provokasi berunsur perkauman dan meminta dia berhenti daripada terus menjalankan sebarang ceramah sehingga siasatan selesai.

Menurutnya, tindakan tegas perlu dikenakan ke terhadap beliau dan pihaknya tidak menyalahkan Shahul Hameed untuk menjalankan ceramah agama atau sebagainya, namun berharap ia tidak menyentuh kepercayaan dan agama kaum lain.

"Kami merayu dan meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Shahul Hameed dan juga mana-mana pihak yang cuba melakukan provokasi terhadap kepercayaan agama lain di negara ini kerana tindakan sedemikian tidak seharusnya berlaku.

"Negara kita mempunyai berbilang bangsa serta agama dan tidak seharusnya isu ini berlaku yang dilihat boleh mencetuskan rasa tidak tenteram," katanya.

Shahul Hameed adalah Naib Juara program realiti, Pencetus Ummah dimana satu ceramahnya yang dimuat naik di laman Youtube menyentuh mengenai penggunaan serbuk kari jenama Alagapas di kalangan umat Islam di negara ini.

Video berdurasi 1.02 minit itu bertajuk Serbuk Kari Babas dan Alagapas (sempoi) dimana Shahul Hameed mempersoalkan tindakan umat Islam tidak menggunakan serbuk rempah keluaran syarikat Islam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan menyeluruh akan dilakukan terhadap laporan yang dibuat.

Cucu Tok Selampit

Posted: 31 Jul 2014 01:40 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Bila DS Rosmah Ikut PM @NajibRazak Macai PR Mengutuk, Bila Betty Chew Ikut @cmlimguaneng Ke Jepun Kenapa Membisu?

Posted: 31 Jul 2014 02:08 AM PDT




Apabila Datin Seri Rosmah Mansor mengikuti suaminya, seorang Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak ke luar negara untuk urusan rasmi Kerajaan, maka menyalaklah penyokong-penyokong ... opps, macai-macai PR mnenyalahkan DS Rosmah atas alasan, membazir wang Rakyat, "queen control" dan sebagainya. Alasan yang sama tidak digunakan oleh macai-macai PR apabila Ketua Menteri Republik Pulau Pinang, Lim Guang Eng, membawa isterinya, Betty Chew untuk menemani beliau ke Jepun untuk urusan rasmi Kerajaan  Negeri. Sekiranya isteri Perdana Menteri mengikut beliau ke majlis rasmi, PR akan menghina dan mempersendakan beliau, tetapi apabila isteri Lim Guan Eng mengikutnya ke Jepun, PR akan kata bagus, terpuji dan patut menjadi contoh..

Siapa Betty Chew? Beliau adalah Wakil Rakyat atau ADUN Melaka, bukan Pulau Pinang. Tidak ada pulakah istilah membazir duit Rakyat Pulau Pinang atau "queen control" keluar dari mulut macai-macai PR? Kenapakah Betty Chew termasuk di dalam senarai 'Delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang' semasa delegasi berkenaan mengadakan upacara rasmi bersama Gabenor Kanagawa? Rakyat Melaka terutama DUN Kota Laksamana tentu tidak kisah apabila Wakil Rakyat mereka meninggalkan tanggungjawab beliau untuk menjadi delgasi di Pulau Pinang bukan?

Kata Pakteh...!!

Posted: 31 Jul 2014 01:34 PM PDT

Kata Pakteh...!!


PAS vs PKR+DAP : Sanusi pernah bersumpah.....Anwar ada berani?

Posted: 31 Jul 2014 10:01 AM PDT

Pakteh cuba menahan diri dari menulis sehingga berakhirnya raya ke 3. Pakteh juga cuba menanti apa lagi komen bekas Setpol MB Kedah atau pimpinan utama Pas Kedah berkaitan kemelut MB Selangor serta kebocoran maklumat di whatsup.

Apa yang menarik perhatian Pakteh, Tuan Haji Sanusi Md Nor mendedahkan beberapa perkara yang sebelum ini hanya menjadi bisikan tanpa pengesahan pasti. Selepas ini bolehlah dianggap perkara yang disebut itu memang berlaku.

Wakil PKR Saifudin Nasution seperti tidak sabar untuk mengutuk/mengugut Sanusi X Setpol dan amat mengejutkan Pakteh apabila Saifudin turut membangkitkan isu Balak dan Keli K. Fuhhh.....seperti program realiti TV...Bongkar.

Aku bongkar rahsia hang
Hang bongkar rahsia aku..

Pernahkah pembaca ingat bilakah DS Anwar Ibrahim bersumpah lahanat?. Saifudin dan Rafizi boleh tolong rakam dan serahkan kepada penyokong akar umbi PR. Sepanjang pengetahuan Pakteh...tidak ada.



Sekitar 2011, Pakteh ada menulis artikel yang cuba mempertikaikan kredibiliti Tn Haji Sanusi namun secara bersungguh-sungguh beliau menafikan terlibat/terbabit. Pakteh percayakan penafian beliau. Walaupun tidak kenal beliau sebagai sahabat namun...apabila sanggup bersumpah sebegitu, ianya perlu menjadi tauladan kepada orang lain.

Apapun.....sejak dulu Pakteh sering ingatkan Pas....jauhi PKR/DAP.....kerana dua parti ini akan merosakkan jati diri Pas.

Sejak Pas dipengaruhi puak PKR/DAP....beberapa individu disingkirkan secara terhormat. Bagaimana Pas boleh hidup dengan seorang yang bertitle MP, anaknya juga MP dan isterinya ADUN dan kini cuba angkat Isterinya jadi MB Selangor.

Ini adalah masa yang sesuai untuk PAS Keluar dari PR. PAS harus berani atau berterusan dicucuk hidung.

MUSLI OLI

Posted: 31 Jul 2014 01:31 PM PDT

MUSLI OLI


Rahman Dahlan sedia berdialog dengan Blogger Sabah isu royalti minyak

Posted: 30 Jul 2014 10:22 PM PDT



Ia bermula setelah pertemuan saya dengan Dato Abdul Rahman Dahlan di dewan rakyat bulan lalu. Saya bertemu dengan MP Kota Belud itu di ruang rihat kantin parlimen, kawasan merokok. Sepanjang sidang parlimen saya kerap bertemu dengan  MP dari Sabah di situ, terutama Datuk Marcus Majiggoh yang memang perokok tegar. Begitu juga dengan Datuk Jumat Idris, Datuk Bung Mokhtar. Sesekali MP Sipitang dan MP Tawau akan duduk di meja kami, walaupun kedua-dua mereka tidak merokok.
Suasana kemesraan begitu terasa bertemu dengan pemimpin-pemimpin dari Sabah.

"Apa khabar presiden Republik Sabah?"
Rahman menghulur tangan pada saya. Dia bergurau tetapi gurauannya yang agak sinis.

"Kabar baik Dato".

Saya menjawab salamnya. Kemesraan masih ada walaupun pada satu ketika kami berlainan  parti politik.
Saya keluarkan senaskah buku Dilema Sabah yang telah di autograph dan menyerahkan padanya.

"Saya sudah baca sepintas lalu, kau bantai saya dalam buku ini!"

Agak tinggi suara menteri Kesejahteraan Bandar dan Perumahan ini. Biasanya begitulah suara orang politik jika mau  sampaikan mesej, ' I am incharge not you'.

Saya cuma senyum dan ketawa. Saya tak heran. Saya lebih lama dalam Umno  dan faham karenah mereka. Suara lebih keras dari itu saya sudah biasa dengar dari Ku Nan* semasa saya jadi blogger Umno dulu. Suara Ku Nan lebih kasar dan garang tapi dia sayang orang-orang bawahnya.

"Ada bantaikah?" Suara saya pun tinggi.

Kami serentak ketawa.

"Dato belum baca sepenuhnya, sebenarnya saya cuba temubual Dato mengenai beberapa isu tapi tak sempat, jadi saya petik kenyataan Dato dalam akhbar. InsyAllah dalam buku seterusnya "Bukan Negeri Ke 12 dan ke 13" saya akan temubual Dato"

"Ok ok. Banyak perkara saya mau jelaskan terutama tentang royalti. We sit down, satu jam atau dua jam. Saya akan terangkan mengenai isu Petronas. Bila-bila boleh datang pejabat, di luar pun boleh, just call my number. Kalau sempat malam ni kita jumpa"

Perbualan kami berakhir di situ. Petangnya SUS Dato Rahman menghubungi saya memberitahu bossnya tidak dapat jumpa kerana ada function lain yang telah ditetapkan lebih awal.

Semalam saya hadir majlis rumah terbuka Dato Rahman di Taman Sulaman Kingfisher. Ada juga agak terkejut melihat kehadiran saya, almaklum ini  pertama kali saya hadir majlisnya selepas 4 atau 5 tahun. Dato Rahman agak sibuk bersalam dan bergambar dengan orang ramai serta melayan tetamu undangan, Duta Palestine.

Saya disambut Haji Zain Dahlan dan mempersila saya dan saudara Musram Rakunman, blogger "Apa Yang Tersirat" duduk di meja depan dan dihidangkan kari kambing BTC.

Ramai penyokong-penyokong rapat DARD gembira nampak saya, mereka datang ke meja dan bersalam.

"Selamat Hari Raya Ramoz"

Yakub Khan, timbalan Ketua Umno Sepanggar menghulur tangan bersalam. Ramoz adalah nama glamour saya semasa menuntut di SMK Menggatal. Ada juga dikalangan orang ramai terutama dari Kota Belud yang menunjukkan riak wajah kurang senang dengan kehadiran saya. Saya peduli apa dengan mereka. Saya hadir atas jemputan tuan rumah. Haji Zain Dahlan, abang Dato Rahman juga secara peribadi menjemput saya.

Bila sedikit tenang, Dato ambil tempat  duduk di sebelah kanan saya.

"Macam YB selebiriti pulak, semua mau bergambar" Saya bergurau.

Rahman tersenyum. Perbualan kami tersekat-sekat kerana ada yang datang bersalam dan mau bergambar. Namun sempat kami bersetuju supaya diadakan satu dialog dengan bloggers-blogger Sabah mengenai beberapa isu terutama tentang royalti minyak. Saya beritahu Dato Rahman, daripada menjelaskan kepada saya seorang, lebih baik penerangan diperluaskan kepada blogger-blogger lain yang kerap mempersoalkan isu royalti dan isu-isu berkaitan.

"Kita boleh adakan sebelum 31 Ogos ini" Saya beri cadangan.

"Ok saya setuju. Nanti kita bincang seterusnya"

Sekali lagi Rahman bangkit dari kerusi dan bergambar dengan orang ramai....

* Ku Nan - YBM Tengku Adnan Mansoor, Setiausaha Agung Umno dan MP Putrajaya



  

Comments:

There are 0 ulasan for Barisan Nasional

Catat Ulasan