Khamis, 24 Julai 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted: 24 Jul 2014 09:05 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


SOMBONGNYA KHALID IBRAHIM

Posted: 24 Jul 2014 09:27 AM PDT

1.Mencabar DUN membuat undi tidak percaya.....baca
http://wrlr.blogspot.com/2014/07/jangan-ulangi-peristiwa-1977-menimpa.html

soalnya kenapa Khalid begitu keras tidak mahu berundur dengan menyatakan bahawa rakyat Selangor masih menyukai beliau? Adakah ini fakta atau ianya adalah alasan mempertahankan jawatan beliau?

atau adakah beliau ingin menyelesaikan perjalanan KIDEX dan juga Langat 2 selesai sebelum beliau melepaskan jawatan MB?

Masih banyak kroni Umno yang mendapat banyak faedah berniaga di Selangor dan ini menjadi kenapa Umno juga akan mepertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB?

Jika berlaku seperti di Kelantan (Baca MSO) , Khalid kanmenjadi MB dibawah UMNO? atau ianya memangdirancang sedemikian rupa?

APA KATA TERIMA CABARAN KHALID????

Khalid cabar Adun Selangor kemuka undi tidak percaya


 Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertegas sebarang usaha menggantikan beliau perlu dilakukan mengikut peraturan dan proses mengikut undang-undang negeri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Faisal Salehuddin, 24 Julai, 2014. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertegas sebarang usaha menggantikan beliau perlu dilakukan mengikut peraturan dan proses mengikut undang-undang negeri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Faisal Salehuddin, 24 Julai, 2014.
























Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya mengemukakan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (Dun) jika mahu beliau berundur.
Menteri besar Selangor itu ketika ini berdepan kemungkinan disingkir, bagaimanapun bertegas ia mesti dilakukan mengikut peraturan dan proses mengikut undang-undang negeri.

"Memang boleh, saya rasa dalam tatacara pengendalian dewan, parti atau Adun secara berkumpulan boleh meminta Speaker untuk bawa apa yang dipanggil usul ke dalam Dewan," kata Khalid semasa ditemui di Kajang hari ini.


Khalid sudah menyatakan secara terbuka tidak akan berundur, malah memberi amaran Pakatan Rakyat (PR) akan hilang negeri terkaya tersebut.
  Untuk menyingkirkannya, Khalid berkata beberapa proses perlu dilalui serta mengingatkan pemimpin PR negeri bahawa lantikkan beliau dibuat oleh Sultan Selangor.
"Saya dah kata, saya akan mengikut lunas enakmen-enakmen yang perlu diikuti kerajaan negeri Selangor sebab ada beberapa tatacara yang perlu dilakukan.
"Kedua apabila saya dilantik, saya juga diminta untuk angkat sembah dan sumpah sebagai menteri besar negeri Selangor," beliau berkata.

Selangor terus bergolak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 apabila ada pihak dalam PKR tidak setuju khidmat Khalid disambung walaupun mendapat sokongan penuh PAS dan DAP.

Untuk rekod, PAS dan DAP memiliki kerusi lebih banyak berbanding PKR.

Sejak itu, satu persatu isu dan pertelingkahan dibincangkan secara terbuka di media oleh pemimpin PR sendiri termasuk dalam isu rampasan Bible Melayu dan Iban dari pejabat Pertubuhan Bible Malaysia, serbuan perkahwinan Hindu yang pengantin wanitanya bernama Melayu dan cadangan pembinaan Lebuhraya Kidex.

Turut menjadi isu adalah penstrukturan air di Selangor yang belum selesai dan terkini adalah apabila PKR secara rasmi melalui Langkah Kajang mahu menukar Khalid sebagai menteri besar sedangkan beliau tidak bersedia untuk berundur dan mahu menghabiskan penggalnya hingga PRU14.

Turut merosakkan imej PR adalah kekecohan dalam pemilihan PKR yang selalu digunakan oleh media BN untuk memburuk-burukkan parti itu di mata umum.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sudah mengumumkan PKR memutuskan memilih presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid sebagai MB Selangor.

Ia kemudian dimaklumkan secara rasmi dalam mesyuarat Majlis Presiden PR di Bangunan Parlimen petang semalam.

Walaupun menerima kenyataan PKR berhak menamakan Dr Wan Azizah sebagai bakal MB baru, PAS dan DAP akan berbincang di kalangan pimpinan mereka untuk menentukan  pendirian.
PAS akan bermesyuarat selepas Aidiltitri yang dijangka minggu depan manakala DAP belum memaklumkan tarikhnya. – 24 Julai, 2014.


Berasaskan kriteria Sultan Selangor, Khalid wajar berundur sebagai MB

Posted: 24 Jul 2014 09:15 AM PDT

Sehingga hari ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak pernah mendedahkan kepada pemimpin senior dalam partinya, PKR bagaimana kes beliau dan Bank Islam diselesaikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Julai, 2014.  
 Sehingga hari ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak pernah mendedahkan kepada pemimpin senior dalam partinya, PKR bagaimana kes beliau dan Bank Islam diselesaikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Julai, 2014. 


 Tan Sri Khalid Ibrahim perlu berundur selaku menteri besar Selangor jika beliau mematuhi tiga kriteria yang diletakkan Sultan Selangor kerana mentadbir secara bersendirian.
Khalid berkata sultan mengingatkan beliau supaya negeri ditadbir dengan telus, tegas dan bertanggungjawab.

Antara tiga perkara, kita simpulkan ketelusan paling penting.


Sesiapa yang telus layak mendapat kepercayaan dan keyakinan, serta diharap menjadi seorang yang jujur. Nilai perkataan boleh dipercayai dibandingkan dengan melihat makna berlawanan. Jujur. Berprinsip. Beretika. Mulia. Tidak rasuah.

Perkara ini adalah penting kerana ahli politik yang memegang jawatan dan mentadbir kerajaan memiliki kuasa yang besar dan menguasai sejumlah besar wang pembayar cukai hanya dengan satu tandatangan.

Seorang pemimpin dilihat sebagai jujur dan boleh dipercayai jika namanya tidak terpalit dengan kontroversi berjuta ringgit.

Di sini, ia agak mencabar Khalid kerana dirinya antara tiga individu yang dianggap istimewa memandangkan mendapat penyelesaian luar mahkamah.

Antara individu lain tersebut ialah bekas bos Malaysia Airlines (MAS), Tajuddin Ramli.
Suatu ketika pada 2012, Menteri Undang-Undang Datuk Seri Nazri Aziz menulis kepada syarikat berkaitan kerajaan meminta mereka menghentikan semua tindakan undang-undang ke atas Tajuddin.
Mengatakan ini suatu yang mengejutkan, ia pasti tidak masuk akal. Lagipun, Danaharta sudah memenangi tindakan mahkamah sejumlah RM580 juta ke atas beliau, malah dijangka menang kes tersebut walaupun diperingkat rayuan.

Apa perkara yang menyebabkan kerajaan terpaksa tunduk masih tidak diketahui hingga hari ini, malah menteri kewangan enggan menjelaskan perjanjian tersebut.

Setengah orang berkata Tajuddin menggugut mendedahkan peranan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kontroversi melibatkan syarikat penerbangan negara tersebut.

Penyelesaian luar mahkamah kedua pula melibatkan Menteri Kabinet, Datuk Seri Hasan Malek yang campur tangan dalam kontroversi Bank Rakyat yang dibuat dengan ahli perniagaan karpet, Deepak Jaikishan, jumlah diskaun yang besar diberi oleh institusi kewangan tersebut.

Deepak sebelum ini pernah menggugut mendedahkan mengenai pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Mengapa seorang yang pernah menggugut pemimpin kerajaan diberikan layanan istimewa sebegini?
Apakah merit menyebabkan beliau mendapat layanan istimewa? Tiada siapa tahu.

Kes ini sama dengan kes dimana Bank Islam secara tiba-tiba mengugurkan tindakan mahkamah untuk mendapatkan semula RM70 juta daripada Khalid.

Kontroversi tersebut berlaku secara terbuka, malah pihak bank sendiri berusaha mengheret Khalid ke mahkamah sejak beberapa tahun lalu.

Isu Khalid-Bank Islam juga berakhir begitu sahaja dengan penyelesaian luar mahkamah.
Khalid sehingga hari ini tidak mendedahkan kepada pemimpin senior dalam partinya bagaimana kes tersebut diselesaikan.

Cerita di belakang tabir mengatakan wujud penglibatan seorang peguam yang menjadi orang tengah Umno semasa Khalid menjadi tokoh korporat suatu ketika dahulu dalam penyelesaian Bank Islam.
Adakah ini benar? Siapa tahu. Khalid yang sering bercakap mengenai urus tadbir dan proses yang telus, masih berdiam diri dalam isu ini.

Khalid juga sudah memberi amaran kepada Pakatan Rakyat negeri supaya mengikut proses menyelesaikan kemelut politik di negeri tersebut atau hilang negeri terkaya tersebut.

Namun, sesiapa yang mahu menerajui kepimpinan negeri tidak boleh mempunyai tanda soal berlegar atas kepalanya. – 24 Julai, 2014.


DUNIACACAMARBA

Posted: 24 Jul 2014 03:33 PM PDT

DUNIACACAMARBA


[Video] Cuba Dengar Ceramah Kazim Elias tentang Nabi Jamu Roti Jala, Apa Kata Dr Asri?

Posted: 24 Jul 2014 01:25 AM PDT


Ustaz Kazim Jawab Petikan Ceramah 'Roti Jala Cicah Kari'

[Mstar] PETALING JAYA: Pendakwah selebriti Ustaz Kazim Elias berkata beliau tidak bermaksud memberi contoh Nabi Muhammad S.A.W melakukan kenduri paling mahal dengan menyediakan roti jala yang dicelup dengan kuah kari seperti yang dipaparkan dalam sebuah buku dan juga rakaman ceramah yang tersebar.

Menurut Kazim, sebenarnya mengikut sejarah, Nabi pernah menyediakan roti yang dicicah dengan kuah kambing dan bagi mengikut sunah Rasulullah, masyarakat zaman ini boleh menyediakan roti jala dicelup dengan kuah kari kepada tetamu yang hadir.

"Saya tahu ramai yang mempertikaikan tentang perkara itu. Takkanlah saya bodoh nak cakap Rasulullah beri makan roti jala kepada tetamunya. Zaman itu ada ke roti jala?

"Ia sebenarnya hanyalah satu contoh di mana jika Rasulullah menyediakan roti dengan kuah kambing, apa salahnya kita sediakan roti jala dengan kuah kari. Tetapi ramai yang salah faham," katanya yang dihubungi mStar Online.

Pada tahun lalu, sebuah buku berjudul Tuhan Sedang Menguji Kita yang memetik ceramah-ceramah Kazim telah diterbitkan di bawah penerbitan Karangkraf.


Artikel yang ditulis di sebuah buku 'Tuhan Sedang Menguji Kita'.

Bagaimanapun buku tersebut menjadi bualan ramai apabila pada muka surat ke-51, terdapat artikel yang mengatakan kenduri Rasulullah S.A.W yang paling mahal adalah roti jala dicelup dengan kuah kari.

Rakaman video ceramah mengenai topik itu juga turut dirakamkan dan disiarkan menerusi YouTube sehingga menimbulkan komen-komen negatif masyarakat.

Ramai yang memberi reaksi bahawa Kazim telah menyampaikan informasi salah dan ia boleh menjejaskan akidah masyarakat yang mengikuti ceramah-ceramahnya.

Dalam pada itu, Kazim berkata, sebelum buku tersebut diterbitkan, dia telah membuat beberapa pembetulan termasuklah bahagian isu roti jala yang ditulis, namun dia tak pasti sama ada ia telah diperbetulkan atau tidak.

Sementara itu, Kazim berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan isu yang ditimbulkan kerana dia tahu ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan kontroversi tersebut dengan memanipulasikan kenyataannya itu.

"Sebenarnya perkara itu sudah lama malah buku itu laris dijual. Tetapi kenapa ia perlu dibangkitkan sekarang?

"Saya tahu ada pihak yang tidak puas hati dengan saya yang tidak menyokong sesebuah parti politik itu sehinga ia sengaja mencetuskan isu.

"Dan pendirian saya pula, sebagai pendakwah tidak akan memihak kepada mana-mana parti politik kerana saya hanya mahu berdakwah. Itu sahaja," tegasnya. - Feride Hikmet/23/7/14


P/s: Cuba dengar ceramahnya. Adakah dia sekadar menyebut hal itu sebagai contoh atau sebaliknya?


Apa kata Dr Asri?




Lelaki Terima Padah Rogol Bekas Isteri Depan Anak

Posted: 23 Jul 2014 11:59 PM PDT


[Harian Metro] Johor Bahru: Padah merogol bekas isterinya sehingga mendatangkan kecederaan tahun lalu, seorang pengawal keselamatan dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas memutuskan tertuduh yang berusia 38 tahun, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan pada akhir kes pembelaan.

Bapa kepada empat anak itu didakwa merogol bekas isterinya sehingga menyebabkan kecederaan di rumah lama mereka di Taman Anggerik Kempas di sini, pada jam 2 pagi, 29 Ogos tahun lalu.

Sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh hanya tunduk diam, tetapi selepas dipujuk hakim, dia memohon hukuman ringan dan berharap tidak dikenakan sebatan kerana menghidap kencing manis.

"Saya tetap mahu beritahu saya tidak bersalah.

Tetapi saya terima keputusan hakim, cuma saya mohon hukuman ringan penjara dari tarikh saya ditangkap dan tidak dikenakan sebat kerana ada kencing manis," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Iffa Zarilla Abd Rahman meminta mahkamah tidak memberi pengecualian hukuman sebatan kepada tertuduh.

"Sekiranya tertuduh disahkan mempunyai masalah kesihatan, itu bidang kuasa pihak penjara untuk memutuskan pelaksanaan hukuman sebatan terbabit," katanya.

Sementara itu, mangsa yang diceraikan talak tiga pada 2008 tidak hadir ke mahkamah kerana bekerja, menyerahkan keterangan impak mangsa (VIS) secara bertulis kepada mahkamah.

Berdasarkan VIS, wanita berusia 36 tahun itu mengakui masih trauma dengan kejadian berkenaan serta malu diperlakukan sedemikian di ruang tamu rumah di hadapan anaknya.

"Saya malu dengan anak, tertekan kerana bukan saja dirogol, tetapi dicederakan dengan pisau.

Dia ceroboh rumah sewa saya dan kononnya mahu ajak saya dan anak keluar minum, rupanya dia bawa ke rumah lama kami.

Saya ikutkan kerana saya takut.

"Saya mohon hukuman berat terhadapnya kerana bimbang jika dia berada di luar, dia terus mengganggu dan saya takut kerana dia berani bunuh saya," katanya.

Pertuduhan yang dibuat terhadap tertuduh mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376(2) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa pada 23 September 2013, dibebaskan bagi tuduhan berkenaan, tetapi pihak pendakwaan membuat rayuan pada 19 November menyebabkan Mahkamah Tinggi di sini, memerintahkan dia membela diri Jun lalu.

Seramai lapan saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam, mengemukakan empat saksi ketika prosiding pembelaan. -Izlaily Nurul Ain Hussein/24/7/14


Remaja Lelaki Paksa Sepupu Lalukan Perkara Sumbang

Posted: 23 Jul 2014 11:01 PM PDT


[Sinar Harian] KUALA TERENGGANU - Usia baru menjangkau 15 tahun, tetapi kerana dipercayai terpengaruh dengan video lucah, seorang remaja lelaki memaksa sepupu lelakinya berusia lima tahun lakukan perkara sumbang dalam kejadian di Kijal, Chukai, Kemaman.

Rahsia remaja tersebut yang bernafsu songsang terbongkar selepas kelakuan jijiknya itu disedari ibu mangsa yang juga ibu saudara suspek, kira-kira jam 12.35 tengah hari, 17 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum itu, ibu mangsa yang sedang berehat di rumahnya telah dimaklumkan seorang lagi anak saudaranya yang ternampak mangsa bersama suspek berada di kawasan semak belakang sebuah rumah.

Katanya, ibu mangsa yang bimbang kejadian tidak diingini bergegas ke lokasi dimaksudkan dan tergamam apabila melihat anaknya sedang melakukan perkara tersebut.

"Suspek yang terkejut dengan kehadiran ibu saudaranya segera memberhentikan perbuatan terkutuknya itu.

"Hasil siasatan awal mendapati, suspek yang tinggal berhampiran rumah mangsa sememangnya rapat dengan mangsa dan sebelum ini sering bermain dengannya, malah suspek juga dikatakan kerap membawa mangsa ke dalam semak itu," katanya.

Wan Abd Aziz berkata, susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Kijal kelmarin untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, siasatan sedang dijalankan dan usaha memburu suspek yang melarikan diri giat dilakukan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii. - 24/7/14



Tan Sri Abdul Khalid TIDAK Akan Berundur dan Lepaskan Jawatan MB

Posted: 23 Jul 2014 10:19 PM PDT


[Sinar Harian] KUALA SELANGOR - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan sekali lagi tidak akan berundur ataupun melepaskan jawatannya meskipun mendapat desakan pucuk pimpinan parti.

Adun Pelabuhan Klang itu turut berjanji dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk bekerja sehingga khidmatnya tidak diperlukan lagi sebaik sahaja mandat sebagai menteri besar berakhir.

"Saya sendiri sudah berkata kepada baginda tuanku untuk bekerja sebaik mungkin sehingga habis penggal...bahkan sudah keluarkan kenyataan sebelum ini bagi mana-mana pihak yang mahu saya berundur, kena patuh enakmen.

"Saya tegaskan, baginda tuanku memandang serius perkara ini dan yang paling penting baginda mahu pentadbiran yang amanah, teguh dan bertanggungjawab untuk rakyat Selangor," katanya yang enggan mengulas 'perbincangan' yang dibuat bersama Sultan Selangor pada majlis berbuka puasa semalam.

Terdahulu, Abdul Khalid mengingatkan parti politik yang diwakilinya supaya menggunakan saluran betul dalam usaha untuk menyingkirkan beliau daripada kerusi Menteri Besar Selangor.

"PKR tidak seharusnya membelakangkan enakmen dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, khususnya mengenai tatacara pelantikan atau penggantian menteri besar.

"Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

"Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar," katanya. - Arziana/24/7/14


Kerabu Bersuara ®

Posted: 24 Jul 2014 03:31 PM PDT

Kerabu Bersuara ®


Missing Air Algerie plane from Burkina Faso has crashed: Algerian official

Posted: 24 Jul 2014 06:38 AM PDT

By Hamid Ould Ahmed

ALGIERS (Reuters) - An Air Algerie flight crashed on Thursday en route from Ouagadougou in Burkina Faso to Algiers with 110 passengers on board, an Algerian aviation official said.

There were few clear indications of what might of happened to the aircraft, or whether there were casualties, but Burkino Faso Transport Minister Jean Bertin Ouedrago said it asked to change route at 0138 GMT (9.38 p.m. EDT) because of a storm in the area.

"I can confirm that it has crashed," the Algerian official told Reuters, declining to be identified or give any details about what had happened to the aircraft on its way north.

Almost half of the passengers were French citizens, an airline official said.

Two French fighter jets based in the region have been dispatched to try to locate the airliner along its probable route, a French army spokesman said. Niger security sources said planes were flying over the border region with Mali to search for the flight.

Algeria's state news agency APS said authorities lost contact with flight AH 5017 an hour after it took off from Burkina Faso, but other officials gave differing accounts of the times of contact, adding to confusion about the plane's fate.

Swiftair, the private Spanish company that owns the plane, confirmed it had lost contact with the MD-83 operated by Air Algerie, which it said was carrying 110 passengers and six crew.

A diplomat in the Malian capital Bamako said that the north of the country - which lies on the plane's likely flight path - was struck by a powerful sandstorm overnight.

Whatever the cause, another plane crash is likely to add to nerves in the industry after a Malaysia Airlines plane was downed over Ukraine last week, a TransAsia Airways crashed off Taiwan during a thunderstorm on Wednesday and airlines canceled flights into Tel Aviv due to the conflict in Gaza.

An Air Algerie representative in Burkina Faso, Kara Terki, told a news conference that all the passengers on the plane were in transit, either for Europe, the Middle East or Canada.

He said the passenger list included 50 French, 24 Burkinabe, eight Lebanese, four Algerians, two from Luxembourg, one Belgian, one Swiss, one Nigerian, one Cameroonian, one Ukrainian and one Romanian. Lebanese officials said there were at least 10 Lebanese citizens on the flight.

A spokeswoman for SEPLA, Spain's pilots union, said the six crew were from Spain. She could not give any further details.

REGIONAL SEARCH

Swiftair said on its website the aircraft took off from Burkina Faso at 0117 GMT (9.17 p.m. EDT) and was supposed to land in Algiers at 0510 GMT (1.10 a.m. EDT) but never reached its destination.

An Algerian aviation official said the last contact Algerian authorities had with the missing Air Algerie aircraft was at 0155 GMT (9.55 p.m. EDT) when it was flying over Gao, Mali.

Aviation authorities in Burkina say they handed the flight to the control tower in Niamey, Niger, at 1:38 a.m. (09.38 p.m. EDT). They said the last contact with the flight was just after 4:30 a.m. (11.30 p.m. EDT).

Burkina Faso minister Ouedrago said the flight asked the control tower in Niamey to change route at 0138 GMT (9.38 p.m. EDT) because of a storm in the Sahara.

However, a source in the control tower in Niamey, who declined to be identified, said it had not been contacted by the plane, which in theory should have flown over Mali.

Burkinabe authorities have set up a crisis unit in Ouagadougou airport to provide information to families.

Issa Saly Maiga, head of Mali's National Civil Aviation Agency, said that a search was under way for the missing flight.

"We do not know if the plane is Malian territory," he told Reuters. "Aviation authorities are mobilized in all the countries concerned - Burkina Faso, Mali, Niger, Algeria and even Spain."

Aviation websites said the missing aircraft, one of four MD-83s owned by Swiftair, was 18-years-old. The aircraft's two engines are made by Pratt & Whitney, a unit of United Technologies .

U.S. planemaker McDonnell Douglas, now part of Boeing , stopped producing the MD-80 airliner family in 1999 but it remains in widespread use. According to British consultancy Flightglobal Ascend, there are 482 MD-80 aircraft in operation, many of them in the United States.

"Boeing is aware of the report (on the missing aircraft). We are awaiting additional information," a spokesman for the planemaker said.

Swiftair has a relatively clean safety record, with five accidents since 1977, two of which caused a total of eight deaths, according to the Washington-based Flight Safety Foundation.

Air Algerie's last major accident was in 2003 when one of its planes crashed shortly after take-off from the southern city of Tamanrasset, killing 102 people. In February this year, 77 people died when an Algerian military transport plane crashed into a mountain in eastern Algeria.

(Additional reporting by Patrick Markey, Daniel Flynn, David Lewis, Mathieu Bonkoungou, Julien Toyer, Tracy Rucinski, Laila Bassam, Marine Pennetier and Tim Hepher; Writing by Patrick Markey; Editing by Alison Williams)

ASTRO HARUS BERI PENJELASAN ATAU DIBOIKOT KERANA ANUGERAH KONTRAK PADA SYARIKAT ISRAEL

Posted: 23 Jul 2014 08:12 PM PDT


ASTRO HARUS BERI PENJELASAN ATAU DIBOIKOT KERANA ANUGERAH KONTRAK PADA SYARIKAT ISRAEL

"Amdocs adalah syarikat milik Israel yang baru dianugerahkan kontrak 'Subscriber Management System' oleh Astro. Rakyat Malaysia hendaklah beramai-ramai memboikot Astro sebagai bantahan terhadap pembunuhan rakyat Palestin"

http://www.haaretz.com/mobile/amdocs-bags-malaysian-paytv-contract-with-astro-1.129083?v=FBFF039E01C92C05078F83BD97EE5A19

Militan Pro-Rusia mengaku menembak jatuh penerbangan MH17

Posted: 23 Jul 2014 07:01 PM PDT



KUALA LUMPUR: "Pegawai kami memberitahu bahawa kami menembak sebuah pesawat Kiev. Kami ingatkan kami mencari juruterbang Ukraine yang dikatakan sempat menyelamatkan diri, tetapi kami menemui mayat-mayat orang awam."

Itu pengakuan yang dibuat oleh seorang anggota militan pro-Rusia dari unit kombat Oplot kepada akhbar Itali Corriere della Sera pada Rabu.

Menurut laporan portal tersebut, mereka menerima arahan untuk bergegas ke sebuah lokasi menggunakan sebuah lori dipenuhi muatan senjata dan peluru sejurus selepas satu letupan kedengaran di udara.

Mereka diberitahu bahawa pasukan mereka telah menembak jatuh sebuah pesawat milik puak fasis Kiev.

"Objek-objek putih kelihatan berterbangan di udara. Kami mungkin perlu bertempur untuk mengumpulkan objek-objek terbabit." ujar anggota Oplot terbabit yang enggan mendedahkan namanya serta nama sekutunya.

Dia turut memberitahu bahawa ketika mereka mencari payung terjun di tanah dan pokok, dia menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tidak lebih dari lima tahun.

"Mayat itu tertiarap. Ia sangat mengerikan. Itulah ketikanya saya sedari bahawa pesawat yang ditembak itu ialah sebuah pesawat komersial dan bukan pesawat tentera.

Semua mangsa ialah orang awam. Beberapa beg pakaian mengesahkan jangkaan saya." tambahnya.

Unit Oplot ini telah berada di lokasi nahas sejak tragedi itu berlaku.

Menurut portal Corriere della Sera, mereka bagaimanapun tidak menunjukkan rasa bersalah apabila mengeluarkan kenyataan bahawa bukan mereka sahaja yang menembak jatuh pesawat terbabit serta tidak mempunyai senjata yang mampu mencapai ketinggian pesawat itu.

"Jenayah ini dilakukan oleh penjahat yang menerima arahan daripada kerajaan Kiev. Salah seorang pejuang mereka mungkin menembak jatuh MH17," kata mereka.

Pengkuan ini dibuat selepas lima hari pemimpin puak pemisah pro-Rusia Igor Girkin memuat naik di laman sosial bahawa mereka terlibat dengan nahas terbabit dan mereka yang menembak jatuh pesawat malang itu.

Muat naiknya berbunyi: "Kami telah menembak jatuh sebuah AN-26, ia kini berada di sekitar 'Progress'. Kami telah memberi amaran kepada kamu – jangan terbang di 'ruang udara kami'. Ini video pengesahan 'kejatuhan burung' itu."

Muat naik itu bagaimanapun dipadam setelah pesawat yang ditembak jatuh itu merupakan sebuah pesawat komersial yang dinaiki orang awam.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/militan-pro-rusia-mengaku-menembak-jatuh-penerbangan-mh17-40584?cp

Biaqpila

Posted: 24 Jul 2014 03:29 PM PDT

Biaqpila


PESAWAT AIR ALGERIE HILANG DARI RADAR

Posted: 24 Jul 2014 04:21 AM PDT


ALGIERS: Pesawat Air Algerie terputus hubungan hampir sejam selepas berlepas dari Burkina Faso dalam penerbangannya ke Algiers pada Khamis, kata syarikat penerbangan itu.

"Perkhidmatan navigasi udara telah terputus hubungan dengan pesawat Air Algerie pada Khamis dalam penerbangannya dari Ouagadoungou ke Algiers, selepas 50 minit berlepas," kata syarikat penerbangan itu yang dipetik oleh agensi berita negara itu, APS.

Ia berkata, syarikat itu memulakan 'pelan kecemasan' dalam mencari pesawat AH5017, yang melakukan penerbangan selama empat jam sebanyak empat kali seminggu.

Sumber syarikat itu memberitahu AFP bahawa kehilangan pesawat DC-9 yang boleh membawa kira-kira 135 penumpang.

Menurut satu sumber lain, kira-kira 110 orang menaiki pesawat itu. - AFP



DIALOG RAKYAT

Posted: 24 Jul 2014 03:20 PM PDT

DIALOG RAKYAT


DS WAN AZIZAH BUKAN MB SELANGOR SELAGI......

Posted: 24 Jul 2014 07:23 AM PDT

wfauzdin.blogspot.com

 

TERBARU difahamkan PKR melalui mesyuarat MPP malam tadi telah membuat keputusan bahawa jawatan MB Selangor sekarang ini haruslah ditukar bagi memantapkan lagi kekuatan PR di Selangor khususnya.  PKR juga telah menamakan DS Wan Azizah, Adun Kajang untuk DICADANGKAN kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan bermesyuarat Rabu ini.



Banyak berita di dalam FB yang telah mewar-warkan bahawa DS Wan Azizah selaku Presiden PKR bakal menggantikan TS Khalid Ibrahim.  Berita ini tidak tepat kerana TIDAK SEMESTINYA cadangan dari PKR ini wajib dipatuhi oleh Pakatan Rakyat.  DS Wan Azizah hanya satu calon dari PKR sebagai MB Selangor sekiranya PR masih mahu mengekalkan PKR sebagai MB Selangor.  Harus diingat, PAS memiliki lebihan satu Kerusi di Dun Selangor, dan tidak mustahil jika PAS turut menamakan calon MB dari parti tersebut.

Sekiranya Majlis PR bersetuju untuk menerima DS Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru, tentunya tiada sesiapa pun boleh menuduh DS Anwar atau PKR menggunakan kuasa 'veto' bagi menentukan Kerusi MB Selangor.  Aku yakin, para penyokong Azmin mahu pun TS Khalid mungkin ada segelintirnya akan membuat dakwaan yang bukan-bukan terhadap DS Anwar.  Tetapi aku cukup yakin kebanyakan daripada ahli-ahli PKR matang dan boleh berfikir secara rasional tentang isu ini.



Asasnya bagi aku cukup mudah.  Sesiapa pun calon yang bakal menduduki Kerusi MB Selangor calon itu mahu tidak mahu mesti melalui tiga proses 'wajib' ini ;

1.  Calon itu mesti mendapat sokongan dari partinya sendiri.  Seandainya PR mahu letakkan calon PAS sebagai MB Selangor, calon tersebut juga semestinya perlu dapat sokongan dari parti itu sendiri.  Mana mungkin seseorang itu boleh dilantik menjadi MB Selangor tanpa 'restu' partinya sendiri walaupun parti-parti sekutu menyokongnya.

2.   Bakal MB Selangor itu juga perlu mendapat perkenan dari rakan-rakan di dalam PR.  Seandainya PKR mencadangkan DS Wan Azizah sebagai MB Selangor, ditakdirkan PAS atau DAP tidak bersetuju, mana mungkin DS Wan Azizah boleh menjadi MB Selangor.  Begitu juga jika PAS meletakkan seorang tokoh untuk dinamakan sebagai MB Selangor, tokoh itu juga perlu mendapat sokongan dari PKR dan DAP.  Itu konsep yang WAJIB diikuti untuk menjaga perpaduan di dalam PR.

3.   Laluan terakhir adalah perkenan Sultan Selangor.  Di dalam hal ini aku tidak menyatakan WAJIB mendapat perkenan Sultan tetapi perkenan Sultan itu perlu.  Sekiranya pihak Istana memahami konsep Raja Berpelembagaan, tidak timbul pihak Istana mahu menolak mana-mana calon samada dari PKR mahupun PAS.  Sekiranya ditolak juga, maka terjadi satu krisis perlembagaan negeri yang amat malang.

Maka, tidak timbul soal pertukaran itu membelakangkan rakyat kerana yang menentukan siapa MB Selangor juga adalah dari parti-parti di dalam PR dan juga Adun-Adun PR yang mewakili rakyat.  Jika ikut kepada kehendak dan kepuasan sendiri, tentulah para penyokong Azmin mahu pun TS Khalid akan mendakwa mereka punyai sokongan kuat dari rakyat Selangor.  PAS juga boleh mendakwa mereka lebih layak menduduki jawatan itu kerana mereka lebih Kerusi.  Kita tidak perlu marah kepada PAS jika PAS mahu menjadi MB Selangor, tetapi tertakluk juga kepada perkara Perkara Nombor 2 di atas.

Tentu ada yang bertanya mengapa TS Khalid perlu ditukar.  Lojiknya gila lah PKR jika sengaja-sengaja mahu menukar TS Khalid jika tidak bersebab.  Aku cukup yakin, di dalam MPP kesemua mereka telah pun maklum mengapa TS Khalid harus diganti.  Bahkan aku juga yakin, secara awalnya rakan-rakan di dalam PR juga sedikit sebanyak faham mengapa TS Khalid difikirkan oleh partinya sendiri tidak lagi boleh meneruskan perkhidmatannya sebagai MB Selangor.  Dan, pada Mesyuarat Pimpinan PR Rabu nanti tentulah lebih terperinci akan dimaklumkan mengapa harus ada pertukaran jawatan ini.  Jelas, bahawa tiada tindakan diktator atau membelakangkan sesiapa pun di dalam isu ini.
Jika ditanya pada aku secara peribadi, memang aku mahu TS Khalid kekal sebagai MB Selangor.  Tetapi apakah kerana kehendak aku dan sekumpulan yang sama seperti aku boleh melangkau keputusan parti sendiri dan keputusan PR?  Sudah tentu itu bukan politik yang matang.  Usaha dan kempen telah dibuat untuk menyokong seseorang yang kita suka, tetapi selebihnya kita harus kembali kepada keputusan secara berjemaah.

Tidak munasabah samasekali jika kita gagal mencapai kehendak kita, maka kita sanggup bersekongkol dengan Umno/Bn.  Jika itu pilihan kita, terbuktilah kita juga berpolitik kerana ada agenda peribadi bukan agenda kepentingan bersama.

Kesimpulannya, kita serahkan kepada parti kita dan rakan-rakan kita di dalam PR untuk menentukan pengakhiran kemelut ini.  Langkah Kajang benar-benar menyedarkan sesetengah pemimpin mereka tidak boleh ego dan bertindak sesuka hati. " Kajang Move" pada aku berjaya. 

110 murid SJK (T) terima subsidi tambang bas sekolah

Posted: 24 Jul 2014 07:15 AM PDT

Oleh : AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM : Seramai 110 orang murid daripada tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil (T) di negeri ini menerima bantuan subsidi tambang bas sekolah fasa pertama daripada kerajaan Selangor.

Tiga sekolah berkenaan adalah SJK (T) Sungai Rambai, Kuala Selangor; SJK (T) Taman Permata, Dengkil dan SJK (T) Batang Kali di Hulu Selangor yang dikhususkan untuk anak pekerja ladang.

Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau, berkata program yang dirancang sejak tahun 2008 itu memilih sekolah yang berada pada kedudukan terpencil, yang mana sasaran utamanya adalah keluarga berpendapatan rendah.

IMG_1440aKatanya, setiap murid yang layak akan diberikan subsidi RM300 seorang untuk menampung tambang bas sekolah selama 10 bulan.

"Program ini sememangnya dikhususkan untuk anak pekerja ladang kerana kita maklum pendapatan keluarga mereka tidak begitu besar.

"Bantuan ini sangat penting bagi mereka kerana ia dapat mengurangkan beban kos hidup keluarga yang semakin bertambah," katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah Fasa Pertama 2014 di Ruang Legar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), dekat sini, semalam.

Pada masa sama, Ganabatirau turut menyeru Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya memohon bantuan yang diperuntukkan Kerajaan Negeri berikutan masih ramai yang belum berbuat demikian.
Katanya, setakat ini pihaknya hanya menerima kira-kira 18 permohonan daripada 97 buah sekolah SJK (T) yang wujud di negeri itu untuk mendapatkan bantuan berkenaan .

IMG_1429a"PIBG tidak menunjukkan kerajinan mereka dalam menggesa ibu bapa supaya memohon peruntukan ini kerana wang tidak dibayar kepada mereka tetapi diberi terus kepada murid terbabit.

"Justeru, saya menyeru supaya PIBG lebih aktif dalam mewar-warkan bantuan ini supaya ia dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya.

Bantuan berkenaan adalah salah satu program yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan dikhususkan kepada keluarga berpendapatan RM1500 ke bawah.
-NFN-

Motosikal roda tiga basmi kemiskinan

Posted: 24 Jul 2014 07:12 AM PDT

Oleh: SYAZWANI SUFIAN


SHAH ALAM: Blue Print mengadakan program membasmi kemiskinan dengan mengadakan majlis penyerahan motosikal roda tiga bagi penduduk di daerah Kuala Langat.

Majlis dirasmikan ahli majlis mesyuarat kerajaan Negeri Selangor, V Ganabatirau yang bertempat di pejabat daerah dan tanah Kuala Langat, pada 18 Julai lalu.

20140718_112250Beliau berharap penerima motosikal berkenaan memanfaatkan pemberian Kerajaan Negeri itu, selain dapat menambahkan pendapatan seisi rumah.

Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan bersama ADUN Morib, Hasnul Baharuddin dan ADUN Teluk Datuk, Loh Chee Heng menyerikan lagi majlis penyerahan motosikal terbabit.

Penerima juga dilihat gembira dengan pemberi berkenaan yang disifatkan memberi peluang lebih luas untuk menambah pendapatan harian mereka dan keluarga.-NFN-

Militan Pro-Rusia mengaku menembak jatuh penerbangan MH17

Posted: 24 Jul 2014 04:35 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: "Pegawai kami memberitahu bahawa kami menembak sebuah pesawat Kiev. Kami ingatkan kami mencari juruterbang Ukraine yang dikatakan sempat menyelamatkan diri, tetapi kami menemui mayat-mayat orang awam."
 
Itu pengakuan yang dibuat oleh seorang anggota militan pro-Rusia dari unit kombat Oplot kepada akhbar Itali Corriere della Sera pada Rabu.
 
Menurut laporan portal tersebut, mereka menerima arahan untuk bergegas ke sebuah lokasi menggunakan sebuah lori dipenuhi muatan senjata dan peluru sejurus selepas satu letupan kedengaran di udara.
 
Mereka diberitahu bahawa pasukan mereka telah menembak jatuh sebuah pesawat milik puak fasis Kiev.
 
"Objek-objek putih kelihatan berterbangan di udara. Kami mungkin perlu bertempur untuk mengumpulkan objek-objek terbabit." ujar anggota Oplot terbabit yang enggan mendedahkan namanya serta nama sekutunya.
 
Dia turut memberitahu bahawa ketika mereka mencari payung terjun di tanah dan pokok, dia menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tidak lebih dari lima tahun.
 
"Mayat itu tertiarap. Ia sangat mengerikan. Itulah ketikanya saya sedari bahawa pesawat yang ditembak itu ialah sebuah pesawat komersial dan bukan pesawat tentera.
 
Semua mangsa ialah orang awam. Beberapa beg pakaian mengesahkan jangkaan saya." tambahnya.
 
Unit Oplot ini telah berada di lokasi nahas sejak tragedi itu berlaku.
 
Menurut portal Corriere della Sera, mereka bagaimanapun tidak menunjukkan rasa bersalah apabila mengeluarkan kenyataan bahawa bukan mereka sahaja yang menembak jatuh pesawat terbabit serta tidak mempunyai senjata yang mampu mencapai ketinggian pesawat itu.
 
"Jenayah ini dilakukan oleh penjahat yang menerima arahan daripada kerajaan Kiev. Salah seorang pejuang mereka mungkin menembak jatuh MH17," kata mereka.
 
Pengkuan ini dibuat selepas lima hari pemimpin puak pemisah pro-Rusia Igor Girkin memuat naik di laman sosial bahawa mereka terlibat dengan nahas terbabit dan mereka yang menembak jatuh pesawat malang itu.
 
Muat naiknya berbunyi: "Kami telah menembak jatuh sebuah AN-26, ia kini berada di sekitar 'Progress'. Kami telah memberi amaran kepada kamu – jangan terbang di 'ruang udara kami'.  Ini video pengesahan 'kejatuhan burung' itu."
 
Muat naik itu bagaimanapun dipadam setelah pesawat yang ditembak jatuh itu merupakan sebuah pesawat komersial yang dinaiki orang awam.

Al-Quran 'Halimunan' Tarikan Pameran Antarabangsa

Posted: 24 Jul 2014 04:25 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
AL-QURAN 'halimuman' menjadi antara objek paling menarik dipamerkan di Pameran al-Quran Antarabangsa ke-22 diadakan di Teheran, Iran ketika ini.

Naskhah itu ditulis dengan tinta emas tetapi kalimahnya tidak akan dapat dilihat dengan mata biasa, sebaliknya perlu dibaca di bawah sinaran cahaya khas. 

Sebuah laman web melaporkan, naskhah istimewa itu ditulis Mohsen Khanjari Anbouhi dan menjadi al-Quran pertama ditulis dengan dakwat khas yang tidak boleh dibaca secara biasa. 

Laman web itu berkata, tulisan berkenaan dihasilkan menggunakan teknologi nano digabungkan dengan dakwat emas asli. 
Jurucakap penganjur berkata, dakwat unik itu hanya dapat dilihat di bawah sinar inframerah. 

Naskah itu ditulis mengikut rasm Uthman dan setiap halaman berukuran 29 sentimeter kali 20 sentimeter. 

Kata jurucakap itu, selepas pameran berakhir Mohsen mungkin menyumbang naskhah berkenaan ke sebuah pertubuhan kebajikan, Astan Quds Razavi di Mashhad, Iran.

Pameran al-Quran Antarabangsa Teheran itu diadakan setiap Ramadan untuk mengembangkan dan mempromosikan al-Quran. 

Tahun ini, pameran tersebut banyak menarik perhatian, termasuk di kalangan artis Iran.

Sebanyak 16 perwakilan menyertai pameran itu termasuk dari Sepanyol, Russia, Kuwait, Palestin, Algeria, Tunisia, Malaysia, India, Pakistan, dan Turki.

MB SELANGOR BERI NASIHAT RAKYAT

Posted: 24 Jul 2014 04:23 AM PDT






MH17: Sampel DNA 45 Keluarga Sudah Diambil - Subramaniam

Posted: 24 Jul 2014 04:19 AM PDT

Sampel DNA Jamillah Noriah Abg Anuar, ibu mangsa nahas, Ariza Ghazaleeat diambil di kediamannya di Kuching.

MSTAR ONLINE


PETALING JAYA: Sampel DNA daripada 45 keluarga mangsa nahas pesawat MH17 sudah diambil, manakala dua lagi keluarga terbabit masih dalam proses pengumpulan data.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya dimaklumkan oleh syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) bahawa terdapat 43 mangsa nahas MH17 yang mempunyai pertalian keluarga di negara ini.

Beliau berkata, sampel DNA yang diambil adalah daripada ahli keluarga yang mempunyai pertalian darah kepada mangsa seperti ibu, bapa, anak atau adik beradik kepada mangsa.

"Bagaimanapun, ada mangsa yang menetap di luar negara tetapi mempunyai pertalian keluarga di Malaysia menjadikan jumlah keluarga yang akan dijalankan pengumpulan data ante mortem DVI dan sampel DNA adalah seramai 47," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Khamis.

Subramaniam berkata, bagi tujuan perkhidmatan rawatan perubatan, pasukan dari Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya diaktifkan untuk memberikan rawatan kepada ahli keluarga mangsa jika diperlukan.

Tragedi yang menimpa pesawat MAS itu mengorbankan 298 nyawa, termasuk 15 kru penerbangan itu apabila ia ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu pada 17 Julai lalu.

Ketika ini, proses saringan dan melabel mayat sedang dilakukan sebelum pasukan forensik menjalankan bedah siasat bagi mengesan punca kematian dan mengenal pasti identiti setiap mayat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap proses membawa pulang mangsa dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dilaksanakan sebelum Aidilfitri.

Media S'gor lapor tinjauan 80% sokong MB

Posted: 24 Jul 2014 04:13 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketika PKR mengumumkan akan menggantikan Menteri Besar Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, media rasmi negeri Selangorkini melaporkan beliau terus mendapat sokongan rakyat.

Memetik sebuah tinjauan Internet sejak semalam di poll.pollcode.com, Selangorkini melaporkan Abdul Khalid mendahului dengan peratusan tinggi.

"Setakat jam 9 pagi tadi, daripada sejumlah 3,698 undian, 80 peratus daripadanya iaitu 2,983 undi memilih Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar," lapor Selangorkini.

Dengan kapsyen "Suara Rakyat Selangor", undian itu dilapor meletakkan tiga pilihan lain – Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, timbalannya Azmin Ali dan pilihan terakhir semua DUN dibubarkan.

Selangorkini melaporkan Wan Azizah hanya beroleh 399 undian (11 peratus), Azmin 75 (2 peratus) sementara 241 lagi (7 peratus) memilih DUN Selangor dibubarkan.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR memutuskan memilih Wan Azizah untuk menggantikan Khalid. Keputusan itu sudah dibentangkan kepada majlis presiden Pakatan dan kini menunggu keputusan PAS dan DAP.

Selangorkini melaporkan, pengumuman yang dibuat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan perkara itu menerima reaksi kurang senang rakyat yang mempersoalkan keperluan pertukaran itu.

Tinjauan portal itu semalam juga dikatakan mendapati kebanyakan rakyat menuntut penjelasan dan alasan Abdul Khalid perlu diganti memandangkan beliau mempunyai rekod kerja cemerlang dan bersih sehingga kini.

PERKASA Selangor kutip derma bantu Kiki

Posted: 24 Jul 2014 03:21 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


PERKASA Selangor hari ini menubuhkan satu akaun kutipan derma bagi membantu Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin, yang dikenali sebagai Kiki - wanita yang menarik perhatian rakyat Malaysia kerana membuli seorang warga emas di Kuantan minggu lalu.

Selasa lalu, Kiki dihadapkan ke Mahkamah Syesen Kuantan dan dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan diperintahkan untuk melakukan khidmat masyarakat selama 240 jam.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Yang Dipertua PERKASA Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, kutipan derma itu dilancarkan menerusi Facebook NGO itu.

"Sejak kita lancarkan jam 3 pagi tadi, setakat ini (4 petang) kita (PERKASA Selangor) sudah mendapat kutipan lebih RM500 dari orang ramai," katanya sambil menambah ia bertujuan membantu ringankan beban Kiki kerana memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam kes tersebut.

Ditanya sampai bila kutipan itu akan dijalankan dan bagaimana derma itu akan diserahkan kepada Kiki, Abu Bakar beliau berbincang terlebih dahulu dengan pimpinan PERKASA Selangor.

Tambahnya, walaupun sedar tindakan itu akan menimbulkan kritikan banyak pihak, namun kutipan itu tetap akan diteruskan berlandaskan objektif NGO pendesak Melayu itu.

"Kalau tak berani terima kritikan, jangan sertai NGO. Kalau saya tak berani terima kritikan, PERKASA Selangor takkan buat kutipan ini untuk memperjuang bangsa Melayu dan agama Islam. Tak apa mereka nak kritik, kritiklah," katanya.

Minggu lepas, Kiki bertindak memukul bonet kereta warga emas itu dengan kunci stereng berulang kali, selepas berlaku kemalangan kecil antara kereta Peugeot miliknya dengan kereta warga emas itu.

Insiden tersebut dirakam dan tersebar luas di laman sosial dan dikecam oleh banyak pihak.

Bagaimanapun, Kiki kemudiannya memohon maaf secara terbuka dalam satu temubual di sebuah stesen radio arus perdana

Tentera Israel dipecat kerana takut Al-Qassam

Posted: 24 Jul 2014 03:10 AM PDT

HARAKAHDAILY



 


KUALA LUMPUR: Media Zionis semalam melaporkan pihak tentera rejim itu terpaksa memecat anggota tenteranya ekoran enggan menyertai serangan ke atas Gaza kerana takut terbunuh di tangan pejuang Palestin.

TV10 Israel melaporkan, puluhan anggota tentera rejim menolak untuk menaiki kenderaan perang untuk memasuki Gaza.

Nama anggota-anggota itu juga disenarai hitam dari menjadi askar untuk seumur hidup.

Sehingga semalam, lebih 30 askar rejim Zionis maut berdepan serangan balas sayap kanan Hamas, Briged Izzuddin Al-Qassam ketika mereka melakukan serangan darat ke atas Gaza.

Beberapa sumber juga menyebut, tentera Zionis sangat taku apabila berhadapan serangan hendap Al-Qassam sehingga ada yang terpaksa menembak kaki sendiri supaya cedera dan dibawa keluar dari kawasan perperangan.

Mereka juga dilaporkan mengakui kehebatan anggota Al-Qassam sehingga mendakwa bukan berperang dengan manusia tetapi seperti berperang dengan hantu yang datang secara tiba-tiba dan kemudian hilang.

Pada sabtu lalu enam anggota tentera Israel maut setelah kenderaan tentera yang dinaiki mereka berjaya ditembak Al-Qassam di kawasan Timur Tuffah, Gaza Timur.

Sumber Israel sebelum ini mengakui kenderaan perisai jenis M113 yang digunakan mereka menyerang Gaza, tidak selamat jika diserang dengan roket jenis RPG terbaru. - HARAKAHDAILY

'Saya akan terus bekerja sehingga tidak jadi MB'

Posted: 24 Jul 2014 03:07 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Sultan Selangor, Tuanku Sharafuddin Idris Shah bertitah kepada beliau supaya dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai Menteri Besar Selangor.

"Saya jawab pada Tuanku Sultan, akan terus bekerja sehingga tidak menjadi Menteri Besar," katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian selepas selesai Majlis Berbuka Puasa Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Kampung Assam Jawa, di sini, semalam.

Ketika ditanya isu desakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahukan beliau meletak jawatan, Abdul Khalid memberitahu akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu sama dalam masa terdekat.

PAS dan DAP akan membawa keputusan PKR mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor pada mesyuarat peringkat tertinggi masing-masing.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat parti selepas hari raya Aidilfitri nanti. - HARAKAHDAILY

MH17: Mayat mungkin tidak sempat sampai sebelum Aidilfitri

Posted: 24 Jul 2014 03:05 AM PDT

BERNAMA 


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis berkata mayat warganegara Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, mungkin tidak dapat dibawa pulang sebelum sambutan Aidilfitri.

Perdana Menteri berkata ini disebabkan isu teknikal yang terlibat dalam proses pengesahan DNA.

"Saya rasa sedih kerana saya terpaksa memaklumkan perkara ini kepada keluarga berkenaan (tentang perkembangan ini)," katanya kepada pemberita selepas menandatangani buku takziah bagi memperingati 298 orang terbunuh dalam nahas pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai, di kediaman Duta Belanda di Malaysia, Harry Molenaar, di sini.

Najib berkata proses pengesahan identiti mangsa perlu dilakukan mengikut prosedur ketat, dengan mengambil kira bukti diperlukan bagi kemungkinan pendakwaan.

"Kita tidak dapat mengelak daripada proses rumit dan ketat ini. Ini bagi memenuhi keperluan dari segi teknikal dan undang-undang," katanya.

Perdana Menteri berkata keseluruhan proses itu dijangka "mengambil masa beberapa minggu atau malah beberapa bulan."

Seramai 43 warganegara Malaysia adalah antara 298 penumpang dan anak kapal MH17 berada dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila pesawat itu dipercayai ditembak jatuh di wilayah Donetsk.

Najib turut melahirkan rasa kesal kerana pasukan penyiasat antarabangsa masih tidak diberikan akses penuh ke kawasan kejadian.

"Saya marah kerana kami mahukan akses penuh (tetapi ini tidak berlaku).

Malangnya ia adalah kawasan zon perang, dan anda tahu bahawa di kawasan zon perang terdapat banyak sekatan yang pihak-pihak terlibat perlu hormati," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bincangkan perkara itu dengan Alexander Borodai, komander puak pemisah pro-Rusia di kawasan tempat pesawat itu terhempas, Najib berkata: "Tidak buat masa ini."

"Tetapi saya akan bercakap, mungkin dengan Presiden Ukraine Petro Poroshenko dan akan menyampaikannya kepada Borodai," kata Perdana Menteri sambil menyatakan beliau sedar akan sensitiviti yang terlibat.

Sementara itu, dalam buku takziah itu, Najib menulis beberapa baris ayat bagi menzahirkan rasa sedih dan takziah bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia kepada semua keluarga di Belanda yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi MH17.

"Kita turut merasai kesedihan dialami keluarga mangsa," katanya.-- BERNAMA

Felda nafi duit raya, 20 peneroka buat laporan polis

Posted: 24 Jul 2014 03:04 AM PDT

SALMIYAH HARUN



 


KUALA LUMPUR: Seramai 20 orang peneroka Felda dari Gugusan Bera dan Rompin membuat laporan Polis di IPD Kuantan kerana dinafikan wang dividen FGV dan saguhati hari raya yang berjumlah hampir seribu ringgit.

Mereka adalah sebahagian daripada lebih seribu orang peneroka seluruh negara yang tidak dibayar sebagaimana sepatutnya, meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya pada 6 Julai 2014 lalu menyebut dengan jelas bahawa seramai 112,635 orang peneroka layak menerimanya.

Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, tindakan Felda atas alasan peneroka menyaman Felda kerana isu Kadar Perahan (KPG) dan lain-lain adalah tidak berasas dan zalim.

"Ia bertentangan dengan hak asasi dan Perlembagaan Negara yang membenarkan setiap warganegara mendapatkan haknya mengikut saluran undang-undang," katanya dalam satu kenyataan.

Tegas Mazlan, usaha para peneroka Felda membuat laporan polis adalah wajar setelah pihak Felda bertegas enggan membayar saguhati Hari raya dan dividen FGV seperti mana sepatutnya.

"Bukan sahaja enggan berunding, peneroka dihamburkan kata-kata yang amat mengguris perasaan.

"Saya telah membuat perbincangan dengan team peguam Anak dan setelah meneliti kes ini, ada asas yang kuat untuk mengambil tindakan terhadap pengurusan Felda," katanya.

Bagi tujuan membantu peneroka mendapatkan wang berkenaan, Anak menubuhkan satu taskforce diketuai Pengerusi Ngo Anak Pahang Yohanis Ahmad untuk mengumpul semua maklumat peneroka seperti yang dikehendaki peguam. Beliau boleh di hubungi seperti di talian hp 0133039913.

"Sikap berdendam Felda nampaknya tidak reda walaupun dalam bulan ramadhan. Justeru, langkah membuat laporan polis dan tindakan undang2 terpaksa dilakukan kerana itulah pilihan yang ada," katanya.

Felda sebelum ini, mengumumkan 'durian runtuh' kepada peneroka Felda sempena Aidilfitri menerusi pembayaran dividen saham individu dan dividen tabung amanah daripada FGV.

Namun, Felda memaklumkan bahawa para peneroka yang terlibat dalam kes saman agensi itu tidak akan dibayar duit raya dan dividen FGV. - HARAKAHDAILY

Ketika Semua Memuji Najib, Jangan Sampai Terlupa Hakikat Ini...

Posted: 23 Jul 2014 10:49 PM PDT

shahbudindotcom


Ketika ini ramai yang memuji usaha Perdana Menteri, Najib Razak yang secara senyap menghubungi dan mengadakan rundingan dengan ketua militan pro Russia di Ukraine, Aleksander Borodai berkaitan tiga perkara iaitu penyerahan kotak hitam, jasad yang terkorban dipulangkan dan akses penuh ke kawasan nahas bagi memudahkan penyiasatan.

Selain pujian dari dalam negara, media luar negara juga turut memuji langkah berani dan luar biasa Najib itu yang disifatkan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin dunia pun sebelum ini. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya yang lain juga turut memuji tindakan Perdana Menteri itu.

Atas rasa terharu sokongan yang diterimanya, sebaik berakhirnya sessi Parlimen khas yang mengutuk tragedi MH17 semalam, Najib dengan diiringi Muhyiddin sekali lagi mengambil langkah luar biasa dengan pergi ke tempat duduk barisan pembangkang untuk bersalam dengan Anwar dan lain-lain Ahli Parlimen pembangkang.

Sejak tragedi MH17 berlaku, memang diakui ini merupakan langkah terbaik yang telah dilakukan oleh Najib, khususnya terhadap keluarga mangsa dan juga dalam usaha menuntut keadilan atas apa yang berlaku itu.

Najib kini hampir menunaikan janjinya kepada rakyat dan keluarga mangsa untuk memastikan keadilan ditegakkan sebaik mungkin dan jasad mereka yang terkorban dapat dibawa balik serta disemadikan di negara ini.

Itu mengenai usaha Najib menangani tragedi MH17. Tetapi dalam masa yang sama, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia atau MIER pula mebgeluarkan kenyataan mengenai prestasi semasa ekonomi negara yang dilihat cukup membimbangkan kita semua.

Pengarahnya, Dr Zakariah Abdul Rashid berkata, prestasi kewangan bagi kerajaan Persekutuan masih lagi lemah dengan pendapatan rendah bagi suku pertama tahun ini serta hutang meningkat melepasi tahap siling.

Jelas beliau, hutang negara bagi suku pertama tahun ini ialah RM560.6 bilion dan sudah melelebihi tahap siling 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK.

"Kerajaan mesti berhati-hati dalam perkara ini dengan mengambil pendekatan lebih serius iaitu mengawal perbelanjaan dengan bijaksana. Dan bagi pendapatan pula, ia bergantung kepada KDNK, sekiranya KDNK meningkat, maka lebih banyak pendapatan diraih kerajaan," tambahnya lagi.

Realitinya, tidak salah bagi sesiapa untuk memuji tindakan Najib dalam isu MH17 yang menjadi bualan ketika ini, namun sebagai rakyat kita juga harus sentiasa peka dengan perkembangan dalam negara. Ini kerana Akta Pinjaman Tempatan 1959 menghadkan hutang negara pada siling 55 peratus daripada KDNK dan sekiranya hutang melebihi had itu, ia akan menyebabkan negara muflis.

Kelemahan prestasi ekonomi dan peningkatan hutang adalah berkaitan secara langsung dengan kelemahan pimpinan yang ditunjangi oleh Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ia juga memberi kesan yang merata kepada semua rakyat lantaran ia berkaitan dengan kadar pendapatan, inflasi, pengangguran, peluang pekerjaan, perniagaan, cukai dan sebagainya.

Tambahan pula, menjelang beberapa hari, minggu atau bulan akan datang, yang lebih menjadi perhatian semua rakyat bukan lagi berkaitan MH17 tetapi lebih berkaitan masalah dalaman dalam negara kita. Selain pelbagai masalah berkaitan politik, kaum dan agama yang terus tegang, isu pokok yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan pengurusan negara, ekonomi dan kewangan.

Sejak merdeka, inilah kali pertama hutang negara meningkat sebegini rupa.

Dalam kita memuji Perdana Menteri kerana sedia berunding dengan ketua militan, Aleksander Borodai dalam isu MH17 ini, jangan kita sampai teralpa melihat kehidupan seharian, peluang masa depan serta memeriksa poket masing-masing dan bertanya kepada diri sendiri - selesakah dengan pengurusan negara sekarang?

Batik Al-Fatihah: Dibeli Di Kawasan Masjid India, Bukan Di India, Dijual Oleh Peniaga Melayu..

Posted: 23 Jul 2014 10:36 PM PDT

KELAB GREENBOC


Baru- baru ini kecoh apabila wanita yang berasal di negara Korea ini dituduh menghina agama islam dengan memakai baju tulisan ayat Al - quran.

Maka munculah ribuan ustaz dan ustazah dalam facebook mengecam beliau tidak kurang juga ada yang mendesak supaya beliau dikenakan tindakan yang berat.

Namun ada juga dikalangan rakan-rakan facebook yang menyindir golongan ustaz - ustazah facebook dengan mengatakan kalau beliau berpakaian begini semua nak kecam tapi kalau perempuan-perempuan islam yang berpakaian seperti terlanjang tak nak kecam pula sedangkan ia menyebabkan lelaki ghairah dan berdosa besar serta dijanjikan azab oleh Allah di Akhirat nanti

Berikut perkongsian tentang baju yang mak cik korea tersebut pakai cuba tengok siapa yang menjual baju tersebut? orang Melayu namun tidak dapat dipastikan adalah beliau melayu islam atau melayu bukan islam jika beliau seorang peniaga Islam pasti lebih peka dengan isu ini. -FB/WA



ULASAN GB

Jika tweet di atas benar, maka apa yang digembar-gemburkan oleh sekalian macai untuk meniupkan api perkauman kononnya kaum Cina cuba hendak menghina Islam dan Melayu kini terkena batang hidung sendiri.

Peniaga yang menjual kain tersebut juga perlu diserbu dan disiasat dan perlu dihalang untuk menjualnya bagi tujuan membuat pakaian. Batik tersebut mungkin sesuai sebagai hiasan dinding dan seumpamanya, bukan untuk tujuan lain yang boleh dilihat mencemarkan ayat suci Al-Quran.

Sepatutnya bukan sahaja pelancong Korea itu disiasat, tetapi yang TERLEBIH PENTING ialah menyiasat semua mereka yang terlibat di dalam menyebarkan PROPAGANDA PERKAUMAN yang boleh menteruskan huru-hara di dalam negara ini.

Pesawat Taiwan terhempas, 47 terbunuh

Posted: 23 Jul 2014 10:31 PM PDT

HARAKAHDAILY



 


KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 47 orang maut dan 11 yang lain cedera parah apabila pesawat TransAsia Airways terhempas semasa membuat pendaratan kecemasan berhampiran Lapangan Terbang Taiwan.

Agensi Berita Pusat melaporkan bahawa penerbangan GE222 pesawat ATR-72 mempunyai 58 orang penumpang di atas kapal termasuk empat anak kapal dan empat kanak-kanak apabila ia berlepas dari Koasiung, Taiwan menuju ke Penghu.

Media tempatan melaporkan pegawai penerbangan sebagai berkata pendaratan penerbangan domestik itu telah dibatalkan pada awalnya dan kemudian terhempas dan terbakar ketika cubaan mendarat kali kedua.

Siasatan telah dilancarkan berhubung kejadian itu. - HARAKAHDAILY

Jawatan MB: Khalid bincang dengan Sultan

Posted: 23 Jul 2014 10:30 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah memberi jaminan kepada Sultan Selangor bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai menteri besar selagi khidmatnya diperlukan.
  
Abdul Khalid berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah membayangkan kepada beliau bahawa baginda mahu sebuah kerajaan negeri yang boleh dipercayai, tegas dan bertanggungjawab.
  
"Saya maklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya akan bertugas sehinggalah saya tidak lagi menjadi menteri besar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor di masjid Kampung Assam Jawa dekat Kuala Selangor malam tadi.
  
Kelmarin Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu bersetuju untuk memilih Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid.
  
Terdahulu, Tuanku Sharafuddin merasmikan masjid berharga RM3 juta itu dengan keluasan 8,000 kaki persegi yang boleh memuatkan 1,000 jemaah pada satu-satu masa.-Bernama

Elok-elok ada masjid dirobohkan - anak peneroka

Posted: 23 Jul 2014 10:23 PM PDT

KHAIRIL ABDUL RAHIM






KUALA LIPIS: Masuk bulan Ramadan ini, sudah tiga tahun penduduk Felda Gugusan Sungai Koyan dan kampung tradisi sekitarnya bersolat tarawih, solat Idulfitri dan aktiviti ibadat lain tanpa masjid.

Ini disebabkan Masjid Muhajirin yang selama ini menjadi tempat penduduk serta musafir menjalankan aktiviti keagamaan, telah diruntuhkan oleh kontraktor yang dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu tiga hari sebelum bulan Ramadan tiga tahun lalu.

Mengikut perancangan asal, sebuah masjid baru bernilai RM4.5 juta yang boleh memuatkan 2,000 orang akan dibina bagi menggantikan masjid yang runtuh itu.

Malangnya pembinaannya terbengkalai dan sehingga kini belum mencapai 40 peratus siap.

Sebagai alternatif, penduduk terpaksa mengerjakan solat di bangunan dewan orang ramai di situ. Tetapi dikatakan mempunyai masalah besar kerana ketiadaan ruang terutama apabila generasi kedua Felda pulang beramai-ramai untuk menunaikan sembahyang raya.

Bagi Timbalan Pengerusi Masjid Muhajirin, Wan Mahadir Wan Mahmud berkata, pihak berkuasa tersilap meruntuhkan masjid berkenaan tiga tahun lalu kerana ia terletak 50 kaki jarak daripada masjid baru yang terbengkalai sekarang.

"Sepatutnya Masjid Muhajirin tidak dirobohkan sebab masjid baru bukan di tapak itu. Lagipun ia bukanlah uzur. Jika masjid baru siap pun masjid lama tetap boleh digunakan sebagai kelas fardu ain, pusat dakwah dan aktiviti lain.

"Sekarang sudah menjadi kerumitan pula kepada penduduk kerana nak sembahyang di masjid lama dah diruntuhkan masjid baru pula entahkan bila siapnya," keluhnya.

Wan Mahadir turut membayangkan masjid yang baru mungkin tergendala lagi berikutan tersiar di akhbar baru-baru ini pemilik bergelar Datuk syarikat yang membina masjid terbengkalai itu sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas umat Islam setempat membuat laporan berkaitan projek berkenaan, hujung tahun lalu.

Katanya, Masjid Muhajirin  dibina pada tahun 1974 bagi menampung penduduk Felda dan sekitarnya.

Namun istimewanya masjid berkenaan ialah menjadi  mercu tanda penduduk Sungai Koyan kerana menjadi tempat persinggahan pelancong apabila ke Cameron Highlands melalui Sungai Koyan.

"Ia juga menjadi transit musafir dan pelancong yang berulang alik ke Cameron Highlands dari Lembah Klang, Pahang dan Kelantan antara laluan alternatif paling dekat ke destinasi tanah tinggi berkenaan," ujarnya.

Peruntukan membina masjid baru diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat penempatan Orang Asli Pos Betau beberapa tahun dahulu. 

Berdasarkan papan notis yang dahulu, kerja pembinaan bermula pada Jun 2012 dan sepatutnya siap pada September tahun lepas.

Dalam pada itu Wan Mahadir berkata, sudah ada anak-anak peneroka yang pulang beraya mengeluh, "dulu elok-elok ada masjid dirobohkan sekarang dah masuk tiga tahun solat raya di dewan badminton. Ini menyebabkan menimbulkan rasa tidak selesa".- HARAKAHDAILY 



Umat Islam wajib bantu Gaza - Qaradhawi

Posted: 23 Jul 2014 10:19 PM PDT

HARAKAHDAILY 




KUALA LUMPUR: Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) Sheikh Dr Yusuf Qaradhawi menegaskan bahawa pejuang dan rakyat Palestin tidak boleh dibiar bersendirian dalam menghadapi rejim Zionis Israel.

Menulis di Twitter beliau, Qaradawi berkata, seluruh dunia khususnya umat tidak boleh hanya berpeluk tubuh melihat rakyat Palestin diratah tentera rejim.


Katanya, antara tugas penting umat Islam ketika ini adalah menyokong Palestin dengan menyumbang makanan, bekalan perubatan dan juga senjata.

"Islam menganjurkan perpaduan tidak kira berapa banyak jumlah negara-negara Islam yang ada. Pejuang Palestin tidak boleh ditinggalkan sendirian," tulis beliau.

Beliau juga mengutuk sikap negara Arab yang berdiam diri dalam isu Palestin ini.

Malah lebih malang kata beliau apabila melabelkan Hamas sebagai pengganas.

"Melabelkan gerakan Hamas sebagai pengganas adalah satu tragedi," katanya.

Qaradhawi, dalam temu bual di televisyen sebelum ini, memuji ketabahan pejuang Palestin dalam menghadapi pencerobohan kejam tentera rejim Israel.

Beliau menegaskan adalah tanggungjawab bagi orang Islam untuk pemperjuang pembebasan Palestin. - HARAKAHDAILY

Proses saring, label mayat dijangka selesai Jumaat

Posted: 23 Jul 2014 10:13 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Proses menyaring dan melabel mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) MH17 dijangka selesai menjelang hari Jumaat.
  
Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sakri Hussain berkata pakar forensik dari Malaysia, Belanda dan Australia telah menyaring mayat di dalam lebih dua gerabak sejuk beku pada hari Rabu.
  
Terdapat empat gerabak sejuk beku yang membawa 282 mayat daripada timur  Ukraine berhampiran sempadan Rusia ke Kharkiv untuk dilabel sebelum diterbang keluar ke Eindhoven, Belanda, katanya kepada Bernama pada hari Rabu.

Empat gerabak tersebut dibawa dengan kapal pada Selasa ke bandaraya Kharkiv sebelum diterbang ke Eindhoven dari di Kharkiv dan tiba dua hari lalu.
  
Mohd Sakri berkata mayat lain dalam lebih sebuah gerabak dijangka disaring dan dilabel menjelang Jumaat.
  
Sehingga kini 56 mayat telah diterbang ke Belanda pada hari Rabu Rabu untuk pengecaman.
  
Pesawat Boeing 777-200 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia Khamis lalu.
  
Ia membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal yang dipercayai ditembak jatuh, tetapi sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukannya. Bernama

Ketua pemisah mengakui pejuang ada BUK

Posted: 23 Jul 2014 10:10 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Seorang pemimpin utama pemisah Ukraine mengesahkan bahawa pemberontak pro-Rusia itu mempunyai peluru berpandu anti-pesawat dari jenis yang dikatakan oleh Washington telah digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17.

Dalam temubual dengan Reuters, Alexander Khodakovsky, komander batalion Vostok, mengakui, buat pertama kalinya sejak pesawat itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada hari Khamis, bahawa puak pemisah memang memiliki sistem peluru berpandu BUK.

Beliau juga membayangkan BUK itu mungkin berasal dari Rusia dan mungkin telah dihantar balik untuk menghapuskan bukti kehadirannya.

Sebelum pesawat Malaysia itu ditembak jatuh, puak pemberontak telah mewarwarkan memiliki peluru berpandu BUK, yang boleh menembak jatuh pesawat di ketinggian penerbangannya. Tetapi selepas nahas tersebut, puak utama pemisah itu, dari Republik Rakyat Donetsk, telah berulang kali menafikan pernah memiliki senjata itu.

Sejak nahas tersebut yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal MH17, isu utamanya ialah siapakah yang melepaskan tembakan peluru berpandu yang menjatuhkan pesawat itu di kawasan di mana tentera kerajaan memerangi pemisah pro-Rusia.

Khodakovsky menyalahkan pihak berkuasa Kiev kerana memprovokasi mengenai peluru berpandu yang terkena pesawat itu, dengan berkata Kiev sengaja melancarkan serangan udara di kawasan itu, kerana mengetahui terdapat peluru berpandu di tempat itu.

"Saya tahu BUK itu datang dari Luhansk. Pada masa itu, saya diberitahu bahawa sebuah BUK dibawa dari Luhansk di bawah bendera LNR," katanya merujuk kepada Republik Rakyat Luhansk, kumpulan pemberontak utama yang beroperasi di Luhansk, satu daripada dua wilayah ang dikuasai pemberontak di samping Donetsk, wilayah di mana nahas itu berlaku.

"BUK itu saya tahu. Saya dengar mengenainya. Saya fikir mereka menghantarnya balik. Kerana saya tahu mengenainya pada masa yang sama saya mendapat tahu tentang nahas itu. Mereka mungkin menghantarny balik untuk menghapuskan bukti kehadirannya," kata Khodakovsky kepada Reuters pada hari Selasa.

Pemuda PAS S'gor pertahan Khalid kekal MB

Posted: 23 Jul 2014 09:56 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Pemuda PAS Selangor mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar dengan mengingatkan sebarang usaha mengganti dan melantik menteri besar baru mesti mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Ketua Pemudanya Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata Pakatan Rakyat tidak boleh sesekali menafikan kecemerlangan beliau mentadbir negeri itu hingga ke tahap lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum lalu.

"Tindakan menukar menteri besar juga perlu diperhalusi dengan cermat melalui persefahaman bersama Pakatan rakyat serta mengambil kira sentimen setiap pihak yang berkait dengan proses Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri termasuk pihak Istana.

"Menjustifikasikan tindakan beralasan memperkukuhkan kestabilan PKR semata-mata bukanlah alasan yang terbaik dalam memperjudikan kepercayaan rakyat yang terbina selama ini kepada Pakatan di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya," katanya.

Tanpa menamakan individu yang dimaksudkan, Syarhan mengingatkan pihak yang bersungguh dalam "gerakan" menukar menteri besar supaya tidak gopoh kerana "ingin meraih untung secupak tetapi rugi segantang".

"Amanah yang terhampar untuk kita fokus dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat jangan dipersiakan, ayuh kita usahakan agar Pakatan Rakyat sentiasa terkehadapan dalam menunaikan tanggung jawab ini," katanya.

Sementara itu, Pemuda PAS Selangor juga menyokong kenyataan Pesuruhjayanya Iskandar Samad yang mahu Khalid kekal jawatannya.

Syarhan berkata ini kerana parti Islam itu lebih menitikberatkan kestabilan pentadbiran dan lebih fokus membela nasib rakyat.

Beliau menegaskan semua keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian Pemuda PAS negeri itu semalam.
 

NGO pertahan dakwaan 'Islam terancam'

Posted: 23 Jul 2014 09:52 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Exco hal ehwal Islam Pulau Pinang Abdul Malik Kassim diselar NGO Melayu kerana mengkritik kenyataan bekas ketua hakim Tun Abdul Hamid Mohamad yang menggambarkan Islam sedang terancam di negeri itu.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang Rahmad Isahak membangkitkan kenapa Malik 'terlompat' ekoran kenyataan Abdul Hamid, seorang anak negeri itu?

"Abdul Hamid (gambar sebelah, kanan sekali) bukan tin kosong... Beliau cuba bercakap perkara yang benar untuk bangsa dan beliau melakukannya menurut kerangka undang-undang," kata Rahmad kepada Malaysiakini.

Malik semalam menyifatkan pandangan Abdul Hakim "karut sama sekali, tidak berasas dan banyak bergantung kepada khabar angin".

Dalam ucapannya di majlis berbuka puasa dengan beberapa NGO Islam pada Isnin, Hamid membangkitkan soal kesukaran mendapatkan peruntukan aktiviti agama di Pulau Pinang ekoran tuntutan sama pemimpin agama lain.

Hamid mengingatkan jika tidak dibendung, perkara seperti itu akan merebak ke seluruh Malaysia dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah tidak bermakna lagi.

ALHUSSEYN

Posted: 24 Jul 2014 03:12 PM PDT

ALHUSSEYN


Perisikan AS : Rusia Tidak melakukannya. "Foto satelite AS tidak Menyokong Penipuan Obama"

Posted: 24 Jul 2014 09:44 AM PDT

Reaksi petugas  ketika mengangkut mayat-mayat mangsa. 
Pembohongan Obama lebih busuk lagi dari mayat-mayat mangsa MH17
Dr Paul Craig Roberts bekas Penolong Setiausaha Perbendaharaan AS dan Editor Bersekutu dalam Wall Street Journal telah mendedahkan pembohongan rejim Obama mengenai tragedi pesawat penerbangan Malaysia MH17 yang jatuh pada 17 Julai lalu.

Selepas beberapa hari menuduh dan menyalahkan Rusia yang menjatuhkan pesawat Malaysia itu, kini dengan Rumah Putih telah terpaksa membenarkan pegawai-pegawai risikan US memberitahu pemberita bahawa tidak ada bukti penglibatan kerajaan Russia.

Ini bermakna, Russia adalah benar sebagaimana akuannya selama ini, bahawa ianya tidak terlibat dengan tragedi tersebut.

Tentera Ukrain sedang membawa jenazah mangsa MH17 ke dalam 
pesawat tentera di port Kharkiv
Jika White House mempunyai sebarang bukti penglibatan Rusia, tentu ia telah heboh dikeluarkan beberapa hari yang lalu.

Jelas sekali,  foto satelit Amerika Syarikat tidak menyokong pembohongan rejim Obama. Anda boleh membacanya disini 

SOKONG PAKATAN RAKYAT

Posted: 24 Jul 2014 01:22 PM PDT

SOKONG PAKATAN RAKYAT


PR TOLAK KHALID

Posted: 23 Jul 2014 06:00 PM PDT

Bab tukar MB Khalid, semua parti dalam PR telah bersetuju 100%.  Hakikatnya Khalid sudah hilang sokongan dan kepercayaan dari PR itu sendiri. Sebab apa, hanya pimpinan PR sahaja yang tahu.

Tetapi bab siapa yang ganti Khalid semacam tiada pemuafakatan lagi.

Jika Wan Azizah, Hj Hadi macam tak berapa setuju, walaupun Hj Hadi ada dalil untuk menyokong calon perempuan jadi MB.  Ha ha. Bab dalil setuju atau tak setuju, ulama dalam Pas memang pakar katanya...

Jika  Azmin Ali, nama ini tidak disenangi ramai orang dalam PKR dan Pas juga.

Pilihan lain, MB dari wakil Paslah nampaknya.  Woooo





BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 24 Jul 2014 01:14 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


SUMBANG KE ASTRO UNTUK MEMUSNAHKAN PELASTIN

Posted: 24 Jul 2014 09:13 AM PDT

ASTRO - ROSAKNYA MASA KINI KERANA MU

Posted: 24 Jul 2014 12:27 AM PDT

Telok Bakong Online

Posted: 24 Jul 2014 11:11 AM PDT

Telok Bakong Online


MB: Selangor bukan alat ke Putrajaya

Posted: 24 Jul 2014 02:10 AM PDT


 
Hasrat menjadikan Selangor sebagai asas Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya mungkin tidak melambangkan hasrat rakyat negeri itu, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, pilihan rakyat dalam isu itu perlu diteliti memandangkan mereka telah memilih pasukan yang diketuainya dalam pilihan raya umum lalu, yang melonjakkan penguasaan Pakatan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Adalah perlu walaupun Pakatan ada bercita-cita untuk menggunakan Selangor sebagai asas pelancaran ke Putrajaya tetapi penting untuk memberitahu rakyat bahawa rakyat Selangor mungkin tidak memikirkan Selangor akan digunakan sebagai alat ke Putrajaya.

"Walaupun rakyat bersetuju bahawa Pakatan terus berkembang tetapi tidak boleh diperalatkan untuk dijadikan batu loncatan kepada Putrajaya.

"Kalau ini nak dijadikan adalah baik meminta mandat semula kepada rakyat Selangor," Khalid dipetik sebagai berkata dalam wawancara eksklusif dengan media rasmi negeri Selangorkini hari ini.

Khalid berkata demikian ketika ditanya pandangannya berhubung isu penukarannya dengan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah yang diumumkan penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Keputusan pertukaran itu telah dibentangkan dalam Majlis Presiden Pakatan dan kini menunggu keputusan PAS dan DAP, dijangka selepas Aidilfitri.

Projek Langkah Kajang sebelum ini diuar-uarkan sebagai sebahagian strategi bagi menawan Putrajaya.

Sementara itu, dalam wawancara sama, Khalid berkata, perkara itu jika tidak diselesaikan dengan penuh tertib dan penuh adab akan menjejaskan Pakatan Selangor serta peluang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jadi, saya berdoa harap perkara ini dapat diselesaikan dengan penuh tertib dan bertanggungjawab dan mengikut lunas enakmen kerajaan negeri Selangor," katanya.

Beliau juga berkata, enakmen Selangor memperakui bahawa sultan Selangor adalah penentu jawatan itu.
MKini.

Msinc-Tak payah ler Kajang Move ni..ngabih kan boreh aje..kekal kan kepimpinan yang ade sampai pilihan raya,kalau lepas tu korang nak tukor..silakan.Ape yang sesak sangat nak tukor MB tu...biokan dia buat kojer dia.

.

Posted: 24 Jul 2014 03:15 AM PDT

.


Ahmad perlu semak penstrukturan GLC dan rombak badan parti

Posted: 23 Jul 2014 11:36 PM PDT

SAPA KELANTAM                                                                           

Ahmad: jaga jangan kebaikan diinjak-injak.
Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan AhmadYaakub telah mengemaskinikan struktur kepimpinannya dengan melantik atau mengisi beberapa jawatan penting dalam syarikat kerajaan (GLC) di negeri berkenaan. Penyusunan GLC ini merupakan antara langkah diambil Ahmad demi memartabatkan kerajaan yang ditinggalkan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekaligus untuk mencerminkan rupadiri kerajaan pimpinannya.

Penyusunan struktur kerajaan oleh seseorang MB adalah perkara lazim dan ghalib apabila berlaku pertukaran tampuk kepimpinan. Pertukaran itu dibuat untuk memberi kesan pentadbiran yang lebih positif dan efeksyen lagi. Mungkin pegawai atau penasihat politik atau penjawat jawatan di GLC atau perbadanan sebelum ini bertindak cemerlang, tetapi pegawai itu terpaksa ditukarkan untuk mensesuai dengan stail dan inspirasi MB baru yang ada ilham tersendiri dan demi mencapai tahap kejayaan lebih cemerlang lagi. Kata orang sekali bah sekali pasir pantai berubah.



Sebelum ini Ahmad telah membuat sedikit perubahan di Pejabat MB, selain mengensut kedudukan kerusi meja dan sofa tetamu, beliau tidak menyambung perkhidmatan dua setiausaha di pejabatnya; setiausaha akhbar dan setiausaha sulit. Kedua-dua orang setiausaha ini bekerja di era Nik Abdul Aziz Nik Mat jadi MB.

Setiausaha akhbar ketika mengulas kenapa beliau tidak lagi berkhidmnat dengan Ahmad menyebut kerana dia minta berundur. Kenapa berundur, apakah kerana tidak selesa ataupun tidak diperlukan? Jawaban sebenar ada kepada Ahmad Yaakub dan setiausaha akhbar berkenaan. Secara logik apabila seseorang meminta diri untuk berundur, ada dua kemungkinan berlaku, pertama atas kehendaknya sendiri, kedua kerana diminta berbuat demikian. Dalam istilah politik pemecatan selalu dipakai terma berundur atau mengundurkan diri walhal ianya diminta berundur.

Salahuddin Ayub
Jika dilihat kepada kegalakan setiausaha akhbar berkenaan sebelum ini berkhidmat sebagai setiausaha akhbar yang sering diberikan kuasa lebih, tidak mungkin setiausaha akhbar berkenaan berundur secara sukarela, melainkan kerana diminta berbuat demikian kerana jawatan berkenaan sungguh glamour semasa mengadreskan diri.

Biarlah kita tinggalkan persoalan itu, dan saya pun tanpa menyebut-nyebut kenapa sebab setiausaha sulit ditukar ganti. Beberapa bulan sebelum pertukaran berlaku saya sudah dimaklumi oleh seseorang yang rapat dengan MB, yang Ahmad ingin membuat pertukaran setiausaha itu.

Manakala, khabarnya perubahan dan pengemasan dalam GLC juga telah hampir selesai dilakukan. Beberapa pengarah dan juga ahli lembaga pengarah GLC telah ditukargantikan. Sudah ada wajah-wajah baru atau orang jauh dan dekat dibawa masuk untuk bantu tadbir dan urusan kerajaan. Tujuan tukarganti ini sama dengan maksud pemecatan dua setiausaha di pejabat MB itu.

Sekurang-kurang tiga GLC mendapat Ketua Eksekutif baru, PIKNK, PMBK dan juga Kompleks Pertanian Kelantan (KPK). Selain itu pengerusi Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) juga mendapat pengerusi baru? Pertukaran pengerusi KPK ini katanya setelah syarikat berasaskan kayu dan balak itu dalam keadaan demam kura labi-labi?

Sejajar dengan penyusunan dan pengemasan itu, malam tadi kebetulan saya berjumpa dengan Naib Presiden Pas sdr Salahuddin Ayub disuatu majlis berbuka puasa, saya bertanya beliau apakah beliau juga terlibat dalam penyusunan GLC di Kelantan, maksudnya ada dimasukkan ke dalam mana-mana GLC atau perbadanan milik kerajaan Kelantan.

Saya bertanya itu kerana cukup yakin bahawa beliau juga turut diberi peluang untuk berkhidmat dengan kerajaan Kelantan. Jutfikasinya beliau adalah bekas ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal. Pertanyaan itu juga mengambil kira apabila bekas wakil rakyat daripada negeri Terengganu Abu Bakar Chik (Allahyarham) telah dibawa dan dilantik menjadi ahli lembaga pengarah Kompleks Pertanian Kelantan (KPK) dan memegang sebuah institusi pendidikan. Saya mengira kalau Abu Bakar Chik asal Terengganu boleh dibawa masuk untuk berkhidmat di Kelantan, atau Zakie orang Kedah di PMBK, mengapa tidak dengan Salahuddin. Bagaimana pun malang Salahuddin mengeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum. "Tak ada sheikh..tidak ada. Kenapa?"

Saya berasa bersalah dengan pertanyaan itu. Pertanyaan itu menyebabkan beliau kena jawab dan jawaban itu tentulah menjadikan dia rasa tidak dihargai. Saya tahu beliau tidak pun berkehendakan apa-apa jawatan, tetapi apabila saya berkata, beliau wajar kalau kerajaan Kelantan memberi tugas untuk membantu kerajaan pimpinan Ahmad Yaakub berdasar martabatnya dan kebolehannya.

Kenapakah kerajaan Kelantan khas MB tidak memberi apa-apa ruang kepada Salahuddin untuk berkhidmat. Dalam konteks lain, perlantikan Salahuddin mengisi apa-apa jawatan di GLC atau perbadanan perlu selain bagi memberi ruang dia berkhidmat dan menabur khidmat adalah untuk memberi nafas dan sedikit modal untuk beliau menggerakkan perjuangan. Kalau tujuan perlantikan Abu Bakar Chik untuk memberi ruang dan nafas menggerakkan perjuangan, nah.. begitu juga dengan Salahuddin. Saya kata begitu apalah sangat hebatnya Abu Bakar Chik dalam bidang pertanian?

Bahkan ruang dan nafas itu perlu bagi Salahuddin kerana hari ini beliau tidak menjadi ahli parlimen. Ruang nafas dan modalnya untuk bergerak amat terbatas. Rasanya ramai yang mengetahui akan kehambaan Naib Presiden ini dan juga kecekalan beliau dalam mengayunkan langkah perjuangan. Beliau suatu masa dulu hanya menaiki bas untuk ke mana-mana bagi memenuhi jemputan ke program parti.

Ertinya ruang dan juga modal perjalannya amat terbatas sekali, maka beliau perlu dihulurkan kemudahan. Apa salahnya kalau kerajaan Kelantan memberikan ruang dan nafas dengan melantik beliau mengisi mana-mana badan atau menjadi ahli lembaga pengarah syarikat GLC?

Tidak menjadi satu dosa besar yang tidak terampun oleh Allah s.w.t. kalau kerajaan Kelantan memberi ruang dan peluang sebegitu kepada Salahuddin. Iya juga bukan satu kegajilan dalam politik. Walhal pelantikan Abu Bakar Chik itu sendiri kalau hendak dikira sudah satu kepelikan, sekiranya kerajaan Kelantan merasakan tidak manis melantik Salahuddin. Apakah kerana Salahuddin bukan murabi kepada sesiapa di Kelantan maka beliau dialpakan?

Khalid Ibrahim di Selangor yang dikenali sebagai pemimpin beramanah, bertanggungjawab dan sangat "kodukut" menggunakan wang kerajaan juga melantik Mustapa Kamil Ayub menjadi ahli lembaga pengarah GLC Selangor. Kalau tidak silap di Perangsang Sdn Bhd. Untuk apakah Khalid melantik Mustapa Kamil Ayub orang Pasir Salak Perak itu, selain inginkan kepada buah fikirannya tetapi untuk memberi ruang dan nafas beliau bergerak menjalankan jihad parti.

Demikian juga dengan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Lim Guan Eng juga melantik Mohamad Sabu (Timbalan Presiden Pas) menjadi ahli lembaga sebuah syarikat GLC di negeri berkenaan. Untuk apa dan kenapa Lim Guan Eng melantik Mat Sabu, adalah untuk memberi nafas dan peluang. Barang kali kalau kerajaan Kelantan melantik Salahuddin menjadi ahli lembaga pengarah mana-mana syarikat GLC ia merengankan sedikit beban material Salahuddin. Mengapa tidak, ada syarikat seperti Ladang Sungai Terah, PMBK, PKINK mampu membayar elaunan tahunan kepada ahli lembaga pengarah bernilai puluhan ribu dan ratusan ringgit untuk elaun mesyuarat. Misalnya baru-baru ini Ladang Sungai Terah telah membelanjakan ahli lembaga pengarahnya ke Makkah.

Sekali lagi ditegaskan perlantikan Salahuddin bukan tujuan itu sebenarnya. Dan Salahuddin sendiri akan memulangkan elaun itu, saya yakin. Apa yang penting ialah ruang untuk beliau berkhidmat dan menyumbangkan jasa dan bakti. Dalam masa sama pengikhtiaraf dan penghormatan kerajaan Kelantan kepada jasa dan budinya di Kelantan sebagai ahli parlimen Kubang Kerian selama dua penggal. Ia juga sebagai satu penghormatan atas kedudukan beliau sebagai Naib Presiden Pas Malaysia. Kalau kita sendiri tidak mengenang orang kita siapa lagi. Hendak diharapkan kepada Israel?

Banyak ruang dan position yang sesaai untuk diisi oleh Salahuddin dan beliau insya-Allah mampu untuk menanggungnya. Beliau boleh dilantik menjadi ahli lembaga pengarah Perbadanan Bandar Baru Tunjung, atau ahli lembaga pengarah Ladang Sungai Terah, ataupun ahli lembaga pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), atau pun PKINK atau pun Kelkon, atau pun syarikat Air Kelantan Sdn Bhd dan sebagainya.

Sekiranya beliau dilantik menjadi ahli lembaga pengarah YIK yang bertanggungjawab ke atas KIAS sudah tentu sedikit sebanyak dengan pendekatan yang diamalkan semasa menjadi Ketua Pemuda Pas dulu, iaitu engagement, beliau dapat membantu KIAS mendapatkan keizinan bagi dinaikan taraf menjadi sebuah kolej universiti. Perjuangan untuk menaikkan taraf KIAS sebagai kolej universiti ini khabarnya sudah berdekad dilakukan tetapi habuk pun tadak.

Saya timbulkan ini bukan kerana apa, kerana penyusunan GLC yang dibuat Ahmad Yaakub hari ini tidak berdasarkan kepada merit yang sepantasnya dan ada kepinangan yang jelas. Sesetengah pelantikan itu dibuat untuk memberi ruang dan nafas (biaya) kepada mereka yang dilantik, tetapi tidak kepada setengah yang layak seperti Salahuddin itu. Pelantikan juga banyak yang "merukas" bendul dan melanggar kepala orang-orang yang sudah lama berdiang dalam sesuatu GLC. Saya hendak menyebut dua ini misalnya, pelantikan Dr Wan Zawawi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PKINK dan pelantikan Mohd Zakie sebagai Ketua Pegawai PMBK?

Mungkin dari segi kelayakan dan pengalaman mereka wajar berada di situ (khasnya Zakie). Tetapi apabila pelantikan itu melibatkan atau ada hubungan kronisme ia menjadi satu hal yang disebut ramai. Kedua mereka kebetulan rakan baik kepada Zulkifli Mamat Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan. Mengenai pelantikan Dr Wan Zawawi ramai yang mengira ianya untuk memberi ruang atau nafas kepadanya selepas bersedia untuk menjadi calon dalam pilihan raya lalu. Kalau tindakan itu betul kenapa hal yang sama tidak boleh dilakukan terhadap Salahuddin atau ramai lagi calon-calon lain yang tewas? Apakah bezanya Salahuddin dengan Dr Wan Zawawi? Jika hendak disukat peluh dan keringat Salahuddin lebih banyak syahid berbanding dengan peluh dan keringat Wan Zawawi.

Memang ada pelantikan sesetengah ahli lembaga pengarah kerana mengenang budi dan juga sebagai imbuhan dan bukan berdasarkan merit kebolehan dan ilmu yang ada. Bahkan sesetengah yang dilantik sudah pun  monopouse akalfikir untuk menggerak sesebuah syarikat. Saya beri contoh pengisian dalam lembaga pengarah Perdana Resort. Hampir semua yang dilantik menjadi ahli lembaga pengarah adalah mereka yang tidak ada kepakaran dalam perhotelan dan sudah "la'ih" akalfikirnya. Kesan daripada itu menyebabkan resort berkenaan mengalami kerugian setiap tahun atau jadi macam rumput tepi jalan hidup segan mati tidak mahu. Atau menjadi la'ih dan layu seperti deburan ombak di PCB yang sudah lengguh memecah pantai.

Jadi kalau pelantikan itu atas dasar untuk memberi imbuhan kepada ahli lembaga pengarahnya, kenapa kerajaan Kelantan tidak berbuat hal sama kepada orang-orang seperti Salahuddin? Menjadi anih pula apabila orang seperti Abu Bakar Chik dilantik menjadi ahli lembaga pengarah KPK dan orang seperti Kamaruddin Jaafar yang berkebolehan dalam korporat tidak dibagi peluang? Jelas pelantikan Abu Bakar Chik untuk memberi ruang dan nafas bergerak, tetapi kenapa beliau?

Sebab beliau ada kroni rapat kepada Setiausaha Badan Perhubungan Pas. Ada pun Salahuddin tidak, dia bukan juga ahli usrah UKM. Atau dia bukan biras kepada TMB Kelantan. Hal-hal sebeginilah Ahmad perlu semak dan mengawasi agar orang tidak mengambil raga kekuasaanya untuk ke pasar dan membeli barang keperluan untuk dapur-dapur peribadi.

Terlanjur ini juga saya hendak menyebut macam mana pelantikan mengisi badan-badan berkanun kerajaan dan menjadi ahli lembaga pengarah ini tidak dipilih daripada yang berkelayukan, tetapi lebih merit kepada kronisme. Misalnya apakah perlantikan ahli parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebagai ahli lembaga penarah KPK. Apakah kebolehan dan kepakarannya dalam bidang pertanian. Ataupun KPK memerlukan beliau sebagai pembaca doa sahaja setiap kali hendak memulakan mesyuarat? Atau pun pelantikannya kerana dia anak Nik Aziz?

Kesedaran juga perlu ada kepada mereka yang dilantik untuk mengisi apa-apa jawatan dalam GLC ataupun badan berkanun itu. Kalau kita tidak mampu memberi sumbangan idea dan hadir ke mesyuarat setakat untuk mengambil elaun atau imbuhan tahunan, dan mendapat kemudahan-kemudahan lain, berhenti sahaja. Berdosa kalau anda berbuat demikian. Tokguru sering mengingatkan selepas hidup kita akan mati dan mati ada hisabnya. Tuan-tuan juga membaca patah-patah sama bila bedepan dengan rakyat.

Dalam pada itu sesetengah ahli lembaga pengarah sesuatu GLC atau syarikat itu sudah berdekad lamanya. Perlantikannya bukan kerana lain melainkan untuk memberi imbuhan. Sebagai contohnya Omar Mohamad di Ladang Sungai Terah. Apakah sawit atau getah di Sungai Terah tidak akan berbuah dan mengalir susu kalau bukan Omar menjadi pengerusinya?

Ketidakadilan dan disebabkan nepotisme atau kronisme juga berlaku dalam penstrukturn GLC di Kelantan. Kedudukan Husam Musa yang menjadi pengerusi beberapa syarikat GLC, seperti PMBK Sawit di era Nik Aziz dilucutkan sebaik sahaja Ahmad Yaakub menjadi MB. Kenapa? Apakah perlucutan itu dibuat atas nasihat atau pun kerana sebagai membalas dendam terhadap sikap kurang peduli dan hormat Husam kepada Ahmad semasa bekas Exco dipuncak kehebatan dulu?

Kalau perlucutan itu dibuat atas perasaan dan nafsu itu ternyata Ahmad tidak meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang bijaksana dan berjiwa besar. Kalau beliau juga ada elemen balas dendam maka jelas kelemahannya sebagai manusia masih tidak diperbetulkan. Beliau memerlukan butiran ratib-ratib yang boleh menghambat sifat mazmumah dalam dirinya untuk tidak bersubahat dengan bisikan syaitan yang berkepalakan manusia.

Di sini bukan bertujuan hendak membela Husam, tidak... Husam ada buruknya juga, tetapi mempersolkan tindakan yang tidak menguntungkan kerajaan pimpinan Ahmad Yaakub. Realiti. Makanya sekiranya tindakan Ahmad itu atas nasihat penasihat 25 atau 40% maka Ahmad perlu perbetulkan dan melihat dalam solat istkharah apakah nasihat dan tindakan itu betul. Ahmad sebagai ustaz sangat memahami bahawa selain malaikat di keliling dirinya, syaitan juga ada dibawah kangkang. Seorang pemimpin bukan saja dilihat baik tetapi harus juga berani menentang ketidakbenaran.

Apa salah kalau Husam dikekalkan mengurus apa-apa bidang yang dicemerlanginya sebelum ini? Misalnya projek membian stadium di Bukit Merbau dan pembinaan Lebuhraya Rakyat adalah atas inisiatif dan cetusan dan ideanya. Kenapa ia tidak diserahkan kepadanya? Kenapa harus diragut dan hanya mahu diserahkan syarikat-syarikat anak kepada syarikat berkenaan. Apakah berlaku ketidakpercayaan kepada ahli dan kawan sendiri?

Husam: berilah keadilan.
Sepatutnya Ahmad tidak excited dan akur dengan nasihat agar kedua projek itu ditarik daripada Husam. Tindakan yang fatanah ialah membiarkan Husam menguruskannnya. Bagi masa dan peluang untuk beliau membuktikan kebolehan dan kemampuan. Sekiranya dia gagal barulah wajar ditarik balik dan penarikan itu tidak akan dipersoalkan rakyat. Rakyat tidak akan lemas dalam prejudis kepentingan. Menarik balik kuasa itu dalam keadaan Husam tidak bersalah atau surendder daripada menguruskannya adalah satu kezaliman dan penganiyaan.

Ada juga tuduhan sayup kedengaran Husam bermasalah dengan Sultan Kelantan dan ini dijadkan alasan untuk memenjarakan Husam hidup-hidup. Sehingga ke hari ini tidak ada titah yang jelas daripada Sultan mengenai hal ini. Yang ada hanya cerita yang dikarai dari kisah-kisah 1001 malam. Perkara ini juga perlu jelas dan tegas. Sultan Kelantan tidak boleh dipergunakan oleh sesetengah orang yang benci Husam bagi memburukkan suasana.

Sebenarnya tidak ada kenyataan Husam dimana-mana yang memburukkan batang tubuh Sultan Mohamad Ke V ataupun apa-apa premisnya seperti mana pernah dilakukan oleh Mohd Amar Nik Abdullah yang mengatakan Majlis Agama Islam Kelantan, tidak cerdik.

Dan kalau pun memang Sultan tidak suka kepada Husam, apakah peranan dan tanggungjawab Ahmad Yaakub sebagai Amir? Bukankah seorang Amir itu berusaha dan berdoa mendamaikan keadaan? Tokguru dulu menghadapi perselisihan yang hebat dengan Sultan Ismail sehinggakan Sultan enggan menyambut salaman Tokguru. Tetapi apa jadi akhirnya, kedua mereka boleh duduk bersama semula. Jadi kalau ada rasa tidak senang Sultan kepada Husam hari ini jangan diingat ianya akan membawa sampai ke tebing lahad. Sejarah selalunya akan berulang.

Demikian juga fitnah yang dilemparfkan kepada Husam berhubung wang sedekah untuk pembinaan lebuhraya itu tidak patut dibiarkan bergentayangan di angkasa raya sehingga mencetuskan api peperangan dalam Pas. Ahmad sebagai ketua eksekutif perlu tampil menjelaskan kekeliruan yang berlaku dalam hal itu. Tindakan Ahmad sebagai pemimpin mereda dan mendamaikan semua pihak. Tirulah perangai dan sifat Nabi Muhammad yang menyatukan kaum-kaum Aus dan Khazraj, Muhajirin dan Ansar di Madinah sehingga menyebabkan dengan penyatuan itu Islam menjadi kuat dan agung.

Kesimpulannya penstruktuanr pentadbiran dilakukan oleh Ahmad Yakub perlu dibuat dengan penuh berhemah, bijaksana dan bukan berdasarkan agenda mana-mana individu. Ahmad kena menjaga raga kuasanya agar tidak diambil oleh sesiapa, apa lagi membiarkan individu atau kumpulan membawa raga kusanya ke pasar dan membeli barangan untuk keperluan dapur mereka. Saya percaya kalau kesilapan dan kecacatan yang ada ini diperbetulkan Ahmad tidak akan terheret dalam permasalahn pengurusan yang panjang dan dia akan tidak akan dipersalahkan.

Dan untuk mengelakan pemnipulasi dalam penstrukturan dan pengurusan kerajaan beliau juga harus merombak badan perhubungan Pas Kelantan, menyulat mana-mana lubang yang bocor dan membuang mana-mana ulat busuk yang masuk kembali ke rumah yang kini sedang memamah kayu perabung. Ahmad jangan takut melakukan pembaiki kerana pembaikan itu untuk kesejahtraan parti dan kerajaan. Ibarat kita segan untuk berkayuh kita akan hanyut, ibarat kalau takut untuk menampung perahu yang bocor akhirnya kita akan tenggalam.

Juga paling tidak mahu dilihat beliau dianggap sebagai boneka mainan pihak-pihak tertentu di Kelantan yang memang mahu menjadikan beliau sebagi "kayu bongkok tempat kera meniti" untuk mengambil pisang. [wm.kl.1:09 pm 24/07/14]

Majlis Presiden setuju MB Selangor ditukar

Posted: 23 Jul 2014 10:25 AM PDT

KENYATAAN MALAM                                                                        

Mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan semalam telah bersetuju dengan cadangan parti Keadilan (PKR) untuk membuat pertukaran Menteri Besar Selangor dan mencalonkan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai bakal MB.

Perkara itu dijelaskan dalam kenyataan bersama ditanda tangani Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng.

Dengan persetujuan itu bermakna Pakatan sudah mendapat konsensus untuk menerima cadangan Keadilan memecat Khalid dan diganti dengan Wan Azizan. Khalid Ibrahim tidak perlu berklu klik lagi untuk mempertahankan diri bagi menerus menjadi MB.



Bagaimana pun kenyataan tiga perenggang yang diemaikan kepada blog ini menyebut Pas dan DAP akan membawa perkara itu ke peringkat tertinggi parti masing-masing untuk membuat keputusan.

Disertakan kenyatan berkenaan sepenuhnya di bawah ini:

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini 23 Julai 2014 telah menerima cadangan daripada KEADILAN untuk membuat pertukaran Menteri Besar di Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Parti DAP dan PAS akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada KEADILAN.

Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

Mohamad Sabu
Timbalan Presiden PAS

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP
[wm.kl.1:23 am 24/07/14]

Kelab Greenboc

Posted: 24 Jul 2014 01:08 AM PDT

Kelab Greenboc


Gadis Praktikal Di Pejabat Agama Dicekup Berkelakuan Sumbang Di Bulan Puasa

Posted: 24 Jul 2014 12:35 AM PDT

Seorang pelajar wanita di sebuah IPTA di Lembah Klang berusia 22 tahun yang dipercayai baru selesai membersihkan diri selepas beraksi di ranjang bersama teman lelakinya, terkejut apabila mendapati penguat kuasa agama berkopiah memenuhi ruang bilik rumah tumpangan disewa bersama kekasih yang juga penuntut universiti di Kota Kinabalu empat hari lepas.

Gadis tempatan yang juga penuntut sebuah IPTA di Kuala Lumpur itu dikatakan menyertai latihan amali di Wisma Majlis Agama Islam Sabah dan mengambil kesempatan untuk memadu asmara dengan kekasihnya.

Bagaimanapun, kegiatan jijik pasangan kekasih dapat dihidu anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang bertindak menyerbu rumah tumpangan berkenaan.

Ketika serbuan, anggota penguatkuasa menemui teman lelaki gadis itu yang berusia 21 tahun sedang terbaring keletihan di atas katil.

Pemeriksaan itu juga turut menemui pakaian dalam gadis berkenaan bertaburan di atas lantai rumah tumpangan terbabit.

Setelah disoal siasat, mereka mengaku hanya pasangan kekasih dan mengambil kesempatan memadu kasih di rumah tumpangan itu. -thepena

ULASAN GB

Seperti yang GB selalu utarakan bahawa, "nafsu" itu tidak mengenal siapa, tak kira di mana dan masa bila. Sekalipun di bulan puasa dimana iblis dan syaitan terikat, namun jika nafsu itu sudah terlatih dengan-sifat iblis dan syaitan sebelumnya, perbuatan keji itu akan tetap berlaku juga.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Batik Al-Fatihah: Dibeli Di Kawasan Masjid India, Bukan Di India, Dijual Oleh Peniaga Melayu..

Posted: 23 Jul 2014 08:31 PM PDT


Baru- baru ini kecoh apabila wanita yang berasal di negara Korea ini dituduh menghina agama islam dengan memakai baju tulisan ayat Al - quran.

Maka munculah ribuan ustaz dan ustazah dalam facebook mengecam beliau tidak kurang juga ada yang mendesak supaya beliau dikenakan tindakan yang berat.

Namun ada juga dikalangan rakan-rakan facebook yang menyindir golongan ustaz - ustazah facebook dengan mengatakan kalau beliau berpakaian begini semua nak kecam tapi kalau perempuan-perempuan islam yang berpakaian seperti terlanjang tak nak kecam pula sedangkan ia menyebabkan lelaki ghairah dan berdosa besar serta dijanjikan azab oleh Allah di Akhirat nanti

Berikut perkongsian tentang baju yang mak cik korea tersebut pakai cuba tengok siapa yang menjual baju tersebut? orang Melayu namun tidak dapat dipastikan adalah beliau melayu islam atau melayu bukan islam jika beliau seorang peniaga Islam pasti lebih peka dengan isu ini. -FB/WA



ULASAN GB

Jika tweet di atas benar, maka apa yang digembar-gemburkan oleh sekalian macai untuk meniupkan api perkauman kononnya kaum Cina cuba hendak menghina Islam dan Melayu kini terkena batang hidung sendiri.

Peniaga yang menjual kain tersebut juga perlu diserbu dan disiasat dan perlu dihalang untuk menjualnya bagi tujuan membuat pakaian. Batik tersebut mungkin sesuai sebagai hiasan dinding dan seumpamanya, bukan untuk tujuan lain yang boleh dilihat mencemarkan ayat suci Al-Quran.

Sepatutnya bukan sahaja pelancong Korea itu disiasat, tetapi yang TERLEBIH PENTING ialah menyiasat semua mereka yang terlibat di dalam menyebarkan PROPAGANDA PERKAUMAN yang boleh menteruskan huru-hara di dalam negara ini.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Lagi Kes Semacam Sudah Beri Bayangan Tragedi MH17

Posted: 23 Jul 2014 04:02 PM PDT


Kita jumpa di Padang Mahsyar, kata akhir mangsa

KUALA LUMPUR - "Kalau kita tak jumpa dekat sini, kita jumpa di Padang Mahsyar," itulah kata terakhir Mohd Afif Tambi Jiee, seorang daripada mangsa nahas pesawat MH17 sebelum meninggalkan rumah sewanya di Petaling Jaya untuk bercuti bersama keluarga di Kazakhstan.

Rakan serumahnya Khairil Azwan, 21, berkata beliau tidak menyangka itu adalah ungkapan terakhir Afif, 19, selepas peperiksaan akhir pengajian asasi di Taylor's University.

"Yang saya ingat sekali bila kali terakhir jumpa, dia nak keluar rumah dan kemas barang macam nak pergi lama padahal cuti asasi kejap sahaja dan bila saya tanya kenapa kemas banyak barang, dia diam saja," katanya kepada pemberita selapas majlis bacaan tahlil anjuran Taylor's University di sini hari ini.

Khairil berkata Afif seorang kawan yang baik dan banyak memberi nasihat kepadanya.

"Dia banyak nasihat saya tentang dunia dan akhirat, cara pemikirannya juga sangat matang, jadi dia bukan jenis kawan yang biasa, Afif seorang kawan yang sukar dicari," katanya dengan sebak.

Afif, anak sulung daripada empat beradik, menamatkan pengajian asasinya dalam bidang arkitek di universiti swasta itu dan beliau sepatutnya memulakan pengajian ijazah pertamanya pada Ogos ini.

Sementara itu, seorang lagi kawan Afif, Nadine Saedah Nasaruddin, 19, terkejut mendengar tragedi itu yang telah mengorbankan rakan sekelasnya dan amat sukar baginya menerima pemergian kawan yang dianggap sebagai seorang yang sangat periang.

"Beliau mempunyai penampilan yang menawan, dia pelawak dalam kumpulan kami, dia buat semua orang ketawa sepanjang masa, jika anda bersedih, dialah yang akan menceriakan anda dan dia selalu berfikiran positif.

"Saya akan merindui teks rambangnya, saya kehilangan seseorang yang sangat rapat walaupun saya mengenali beliau hanya setahun tetapi saya rasa seperti telah mengenalinya bertahun-tahun," katanya.

Dalam nahas itu, Mohd Afif bersama ayahnya Tambi Jiee, 49, ibunya, Ariza Ghazalee, 46, dan tiga lagi adik beliau - Mohd Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Mohd Afruz, 13, dalam perjalanan balik dari Kazakhstan.

Bapanya bekerja dengan syarikat Shell di negara itu sejak tiga tahun lepas dan baru mendapat kebenaran untuk bertugas di Kuala Lumpur. - Bernama









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted: 23 Jul 2014 09:32 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Sepatutnya UMNO gembira bila dikatakan WAN AZIZAH lemah, mudah sikit nak tawan PRU14..

Posted: 23 Jul 2014 09:19 AM PDT

Sepatutnya UMNO gembira bila dikatakan WAN AZIZAH lemah, mudah sikit nak tawan PRU14..


Sejak nama Dr Wan Azizah Wan Ismail disebut-sebut sebagai bakal pengganti Khalid Ibrahim mengisi jawatan Menteri Besar Selangor, bermacam-macam ulasan yang cuba menafikan kelayakannya menyandang jawatan tersebut mula kedengaran daripada kumpulan pro UMNO dan BN.

Antaranya, beliau dikatakan tidak layak sebab wanita, tiada pengalaman mentadbir, hanya boneka kepada Anwar Ibrahim, beza bagaikan bumi dan langit dengan Khalid Ibrahim, bakal mengundang penolakan rakyat dan bermacam-macam lagi.

Hampir semua ulasan itu kelihatan memperlekeh kemampuan Dr Wan Azizah, manakala yang lain pula melihat ianya hanyalah keputusan peribadi Anwar yang semata-mata berdasarkan kepentingan diri dan keluarganya sahaja.

Memang diakui sebelum ini Khalid adalah pemimpin yang baik dan jika dibandingkan dengan semua Menteri Besar Selangor daripada BN sebelumnya, beliaulah yang paling berhemah, berjimat, tidak boros serta dapat memenuhkan rizab kewangan negeri sehingga mencecah RM3 billion.

Masalah yang timbul ialah kerana jajaran kepimpinan Khalid sejak kebelakangan ini tidak lagi seperti dulu terutama dalam isu air, Bible dan lebuhraya Kidex sehingga beliau semakin kehilangan sokongan daripada rakan-rakan pimpinan PR sendiri.

Khalid ditakrif bukan saja mengamalkan kepimpinan ala korporat dan tidak lagi mementingkan muafakat sesama rakan-rakan gabungannya dalam PR, malah seperti berwajah pro UMNO, BN dan kerajaan Pusat dalam beberapa keputusannya.

Sepertimana yang disebut oleh Anwar, penggantian Khalid dengan Dr Wan Azizah ialah untuk memastikan kestabilan dan membolehkan PR melangkah dengan lebih baik menghadapi cabaran akan datang.

Tetapi jika UMNO dan BN melihat Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar yang lemah, tidak berwibawa, tiada keupayaan, boneka Anwar dan bakal mengundang penolakan rakyat Selangor, kenapakah mereka membantahnya?

Bukankah sepatutnya mereka gembira kerana dengan adanya Menteri Besar yang lemah dan tidak berwibawa itu akan membolehkan UMNO dan BN merampas kembali negeri Selangor dalam pilihanraya akan datang?

Jika Dr Wan Azizah tidak lebih baik daripada Khalid, tidakkah ia berita baik bagi UMNO dan BN?

Jika kedudukan Dr Wan Azizah sebagai wanita yang tidak dapat mengiringi dan duduk bersebelahan dengan Sultan Selangor ketika melawat masjid dan surau bakal menjadi masalah, bukankah lama-kelamaan orang Melayu dan Islam akan menolak PR dan ini memberi kelebihan kepada UMNO dan BN?

Jika Dr Wan Azizah adalah boneka Anwar dan calon nepotisme, bukankah ia menguntungkan dan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN kerana dalam pilihanraya akan datang pastilah pengundi Selangor akan membakul-sampahkan Menteri Besar itu?

Tetapi anehnya mengapakah para pemimpin UMNO dan BN bersunggguh-sungguh menolak Dr Wan Azizah yang lemah, tidak berwibawa dan hanya boneka itu? Bukankah sepatutnya mereka menerima berita pertukaran itu sebagai khabar gembira kerana membuka peluang untuk manawan semula negeri itu?

Atau adakah UMNO dan BN menolak tuah dan tidak mahu menang dalam pilihanraya akan datang?

Macai-macai UMNO yang bijak-pandai tolonglah jawab. ~shahbudin

Isu MB: PAS, DAP beri keputusan selepas Aidilfitri

Posted: 23 Jul 2014 08:49 AM PDT


dollah yankee

Posted: 23 Jul 2014 09:12 PM PDT

dollah yankee


Belum pun angkat sumpah, umno dah meroyan!

Posted: 23 Jul 2014 07:21 AM PDT


Langkah PKR menggantikan menteri besar Selangor menggambarkan ia dibuat kerana Tan Sri Khalid Ibrahim tidak berguna lagi kepada parti itu, kata Datuk Ibrahim Ali. 
Ibrahim juga membangkitkan peranan sultan Selangor dan peraturan negeri sama ada seorang wanita bukan anak Selangor boleh dilantik ke jawatan itu.

Sementara itu, pemimpin Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee
dilaporkan berkata, Anwar menggunakan kuasa diktator melantik isterinya sebagai pengganti Khalid.
Beliau turut mendakwa Anwar seperti sengaja menidakkan kuasa yang ada pada sultan Selangor dalam melantik seseorang menteri besar.

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. Selangor,Penang adalah 'lubuk duit' sebab tu semua orang umno dah jadi gila babi!!!

Tukar Tiub

Posted: 23 Jul 2014 07:04 PM PDT

Tukar Tiub


AMAN SAWIT SUMBANG BERAPA JUTA TAN?

Posted: 22 Jul 2014 09:38 PM PDT






BERAPA JUTA TAN SALUR?


Aman Palestin salur RM3 juta sejak Ramadan

Keganasan Israel di Gaza tidak menghalang Aman Palestin Malaysia, menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM3 juta sejak awal Ramadan ini, bagi membantu umat Islam di wilayah terkepung itu. »

KAH KAH KAH

aman sawit
sumbang berapa juta tan
minyak sawit pada israel

saje nak tanya
jangan marah

KAH KAH KAH


---------

BACA DAN FIKIR SENDIRI

Posted: 22 Jul 2014 09:05 PM PDT




FACE BOOK
14 hrs · 
Hishamuddin Rais turut menyelar kenyataan Anwar Ibrahim yang menuduh Rusia membantu pemberontak di Ukraine menembak penerbangan MH17.
ASTROAWANI.COM
LikeLike ·  · 

INI TEK YANG DI HANTAR
Anwar without any proof accusd the Russian help the rebel in ukraine to shoot MH17. He is not right. China, India, German, Belgium etc made no statemt.And Najib  seen as world leader able to negotiate with the rebel. The question - who advice anwar? Tq isham rais

TERJEMAHAN

Anwar tanpa bukti telah menuduh Rusia membantu pemberontak untuk menembak jatuh MH17. Dia tidak betul. China, India, German, Belgium etc tidak membuat apa apa kenyataan. Dan Najib dilihat sebagai pemimpin dunia kerana berjaya berunding dengan pemberontak. Persoalan- siapa menasehat anwar? Tk isham rais

KEPADA SIAPA  TEK DI HANTAR 
bukan hanya kepada astro awani
hantar juga kepada semua
wartawan kenalan
malah hantar juga 
kepada ramai pemimpin
pakatan - pkr-dap-pas- yang 
no talipon mereka ada dalam simpanan
talipon cap ayam hishamuddian rais




Hishamuddin Rais puji kejayaan Najib



KUALA LUMPUR: Kejayaan Perdana Menteri, Najib Tun Razak berdiplomasi dengan kumpulan pemisah Ukraine mendapat pujian ramai pihak.

Antaranya, bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya, Hishamuddin Rais yang sebelum ini sering mengkritik pentadbiran Najib dan Barisan Nasional (BN).

"Najib dilihat sebagai pemimpin dunia yang berjaya berunding dengan pemberontak," katanya dalam satu SMS kepada Astro AWANI.

Hishamuddin turut mengkritik kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuduh Rusia membantu pemberontak di ukraine menembak penerbangan MH17.

KAH KAH KAH

woit
tak timbul
puji dan bodek
luuu baca
luuu pikir sendirilaaaa

KAH KAH KAH


Usul MH17: Anwar sokong Najib berunding secara peribadi dengan pemberontak


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyokong tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berunding terus dengan pemimpin puak pemisah pro Rusia Alexander Borodai meskipun tindakan itu bakal mencetuskan kontroversi.

Anwar ketika perbahasan usul tergempar mengutuk insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 di Dewan Rakyat, Parlimen hari ini berkata, beliau menyedari Najib terpaksa berunding dengan Borodai demi menjaga kepentingan rakyat yang terkorban.

"Tindakan perdana menteri berunding dengan pemberontak sudah pasti akan mengundang kontroversi, tetapi saya memilih untuk menyokong.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/usul-mh17-anwar-sokong-najib-berunding-secara-peribadi-dengan-pemberontak#sthash.bCz7loCz.dpuf


i rest my case

my lord

kah kah kah

----------

MULA KIBARKAN SANG SAKA

Posted: 22 Jul 2014 08:32 PM PDT







BENDERA RAKYAT BARU

Marilah kita sama-sama perjuangkan menukar bendera malaysia kepada bendera sang saka .....Bendera sekarang menyebabkan kita berada dalam keadaan yang tidak selamat, disebabkan ianya mirip bendera Amerika.......rahmat dari Tuhan pun tak ada gamaknya... on ANNEEEH MABUK TODI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/22/14

----------

JANGAN LUPA ILMU INI

Posted: 22 Jul 2014 07:48 PM PDT






KOMENTAR

ingat 
bagaimana membaca
akhbar gerombolan
sapa kena puji orang jahat
sapa kena kutuk orang baik


SHAH ALAM 22 Julai - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan tetap meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor meskipun parti yang diwakilinya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam telah mencalonkan Presiden...
KUALA LUMPUR 22 Julai - Parti Keadilan Rakyat (PKR) didesak mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membuat keputusan pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu. Pengasas PKR Kedah, Ishak Man...
KUALA LUMPUR 22 Julai - Status pada akaun Twitter, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI), Faekah Husin hari ini seolah-olah meluahkan reaksinya terhadap keputusan Parti Keadilan Rakyat...


rest  my case

my lord 

kah kah kah
---------

DIALOG RAKYAT

Posted: 23 Jul 2014 03:22 PM PDT

DIALOG RAKYAT


Lebih 40 askar Israel maut

Posted: 23 Jul 2014 08:48 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
GENTING GAZA - PALESTIN:  Lebih 40 askar Israel maut dalam insiden pertempuran dengan sayap bersenjata gerakan Hamas yang tercetus sejak 8 Julai lalu.
 
Jurucakap Hamas memberitahu seramai 15 lagi askar rejim Zionis terkorban ketika bertempur dengan Briged al-Qassam di timur Genting Gaza.
 
Difahamkan, angka kematian askar Israel semakin meningkat selepas Operasi Perlindungan Sempadan diperluaskan pada Jumaat lalu.
 
Sebelum ini, Israel bertindak menyembunyikan jumlah sebenar anggota yang terbunuh kononnya kerana mahu mengaburi mata masyarakat dunia sedangkan hakikat sebenarnya mereka amat menggeruni al-Qassam.

Cuaca kering hingga September

Posted: 23 Jul 2014 08:46 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR:  Cuaca panas dan kering yang melanda beberapa kawasan di negara ini dijangka berlanjutan sehingga September depan berikutan taufan di Laut China Selatan yang membawa masuk lembapan ke negara ini.
 
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Halimah Hassan berkata, kebakaran di Sumatera, Indonesia turut menyumbang kepada keadaan jerebu di kawasan utara negara sehingga mencatat bacaan sangat tidak sihat di beberapa kawasan iaitu di Seri Manjung, Perak. 
 
"Bagaimanapun, cuaca panas yang dicatatkan masih berada dalam keadaan terkawal dan adalah normal jika meningkat dan menurun sebanyak 1 darjah celcius," katanya.

MH17: Kerajaan ambil langkah berhati-hati, tak mahu hasil siasatan dihebahkan - Najib

Posted: 23 Jul 2014 08:44 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar & Nurshakira Buang

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Tidak kesemua tindakan kerajaan berhubung tragedi MH17 perlu dihebahkan, demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
 
Apa yang penting adalah hasil dan dapatan daripada siasatan yang dijalankan oleh pasukan khas yang terdiri daripada pegawai-pegawai teknikal, kumpulan perubatan dan pihak keselamatan ke kawasan bencana tersebut.
 
"Dengan izin "sometimes we must work quitely in the service of a better outcome" yakni adakalanya kita mesti bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik, terutama ketika berhubung dengan ketua kumpulan pemisah. 
 
"Dengan nawaitu dan hasrat murni bagi memastikan mangsa-mangsa dapat dikembalikan serta diberi penghormatan untuk disemadikan, meskipun masanya sudah berlalu," katanya di Sidang Khas Dewan Rakyat ketika membentangkan usul mengenai tragedi malang yang menimpa MH17 17 Julai lalu.
 
Najib seterusnya mendesak Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ICAO mengeluarkan resolusi mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas pesawat tersebut sebagaiman yang turut dilakukan terhadap pesawat lain.
 
Malah kerajaan Malaysia turut menuntut kerajaan Ukraine bertanggungjawab menjalankan siasatan, selain kerjasama siasatan oleh badan bebas antarabangsa.
 
"Saya juga telah mengarahkan Peguam Negara mengkaji perkara ini dengan mendalam dan teliti, bagi memastikan sebarang tindakan yang akan diambil oleh Malaysia kelak, berlandaskan undang-undang antarabangsa yang terpakai dalam hal begini.
 
"Kita menggesa penyiasatan dilakukan oleh sebuah pasukan bebas bagi menyiasat punca pesawat MH17 terhempas. Beberapa persoalan yang inginkan jawapan seperti adakah ia ditembak dengan peluru berpandu, angkara siapa, siapa bekalkan senjata, apa motif mereka sebenarnya ," ujarnya.
 
Sehubungan itu, Najib mahu kesemua rakyat Malaysia memperkukuhkan solidariti dan semangat perpaduan tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan fahaman politik.
 
"Janganlah kita membuat spekulasi yang boleh mengaibkan mangsa dan keluarga mereka. Ini bukan masanya kita berwenang-wenang di sosial media menceritkan sesuatu yang barangkali faktanya tidak tepat atau tidak sahih," demikian menurut Najib.
 
Usul berkenaan telah disokong oleh Ahli Parlimen Cameron Highland, Datuk Seri Dr G. Palanivel.
 
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan memastikan tidak ada kuasa besar yang menjadi dalang terhadap tragedi tersebut sengaja diselindungi tanpa diseret ke muka pengadilan.
 
"Saya merasa terkesan dengan kejadian yang menimpa pesawat negara kita. Semestinya tindakan rundingan ini mengundang kontroversi namun saya menyokong tindakan PM mengadakan rundingan secara peribadi demi menjaga keperihatinan rakyat yang terkorban.
 
"Tiada jalan mudah untuk merujuk kepada kumpulan pemberontak tersebut, tetapi kita harus beri penekanan apakah langkah yang akan diambil terhadap pihak yabg bertanggungjawab," katanya sebagai menyokong usul perdana menteri itu.
 
Pesawat Malaysia Airline Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 krew, sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, di timur Ukraine Khamis lalu, dipercayai ditembak menggunakan peluru berpandu dari darat ke udara.
 
Pada Isnin, Malaysia memperoleh persetujuan bagi membawa keluar mayat penumpang dan kotak hitam penerbangan MH17 dan juga bagi para penyiasat antarabangsa mendapat laluan selamat ke tapak nahas di timur Ukraine.
 
Puak pemisah pro-Rusia di timur Ukraine dilaporkan telah menyerahkan kedua-dua kotak hitam itu yang dijumpai di tapak nahas kepada pasukan penyiasat Malaysia semalam.

Azmin nafi keluar PKR

Posted: 23 Jul 2014 08:38 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menafikan khabar angin beliau meninggalkan parti semalam.
 
"Pejabat Mohamed Azmin Ali menafikan perletakan jawatan YB Mohamed Azmin dalam PKR," kata kenyataan tersebut.
 
Dalam sebaran Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) semalam selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diumum sebagai calon menteri besar Selangor baharu, Azmin dikatakan meletak jawatan dalam parti dan menjadi ahli Parlimen Bebas.
 
Pejabat Azmin juga mendakwa khabar angin tersebut diwujudkan bertujuan untuk memecah-belahkan perpaduan parti, pada ketika pergelutan memang berlaku melibatkan kepimpinan di negeri Selangor.
 
"Justeru, sebaran tersebut diyakini bertujuan untuk memecah-belahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR," katanya.
 
Kenyataan tersebut juga memberitahu Azmin ketika ini berada di Mekah menunaikan ibadah Umrah dan menolak kebenaran khabar angin tersebut.
 
Khabar angin peletakan jawatan ini bukan kali pertama berlaku. Ia timbul juga tahun lepas semasa pertikaian untuk melantik menteri besar Selangor selepas berakhir Pilihan Raya Umum ke-13.
 
Malah, Azmin juga secara terbuka menyatakan rasa tidak setuju terhadap pelantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar penggal kedua.
 
Pertikaian tersebut berlarutan sehingga hari ini, malah secara terbuka kepimpinan PKR menyatakan penolakan kepimpinan Khalid di Selangor.

Hindraf mahu bekas CJ disiasat menghasut

Posted: 23 Jul 2014 08:33 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Pihak polis perlu menyiasat bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad di bawah Akta Hasutan ekoran ucapannya di sebuah majlis berbuka puasa pada hari Isnin, kata Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM), P Waythamoorthy.

Sambil menyifatkan ucapan sebagai memualkan dan menjatuhkan maruah semua rakyat Malaysia, Waythamoorthy (kanan), dalam satu kenyataan, berkata mesej Hamid itu menghasut rasa tidak senang di kalangan masyarakat Melayu.

"Polis perlu menyiasat bekas CJ kerana menghasut kebencian kaum di bawah Akta Hasutan. Polis mestilah tidak berat sebelah dalam tugas mereka dan dilihat melaksanakan undang-undang secara saksama," katanya dalam satu kenyataan.

Waythamoorthy berkata, jika ahli politik, pendukung serta aktivis reformasi boleh didakwa dengan hasutan atas alasan yang paling lemah, maka tidak ada sebab mengapa kenyataan bekas ketua hakim negara itu boleh dilepaskan dengan mudah.

Beliau berkata PHM berpendapat bahawa kenyataan yang diucapkan oleh Hamid itu sebagai "bodoh jahil".

Dalam ucapannya di majlis berbuka puasa dengan beberapa NGO Islam kelmarin, Hamid, antara lain, mendakwa bahawa mantan Mufti Pulau Pinang memberitahunya adalah susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin agama lain juga menuntut hak yang sama.

Hamid mengingatkan jika tidak membendungnya, perkara seperti ini akan merebak ke seluruh Malaysia dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah tidak bermakna lagi.


Hamid yang berasal dari Pulau Pinang, mendedahkan bahawa mufti juga memaklumkan kepada beliau mengenai satu kejadian semasa perasmian sebuah bangunan di negeri itu oleh timbalan ketua menteri, di mana doa dibacakan oleh seorang Padri Kristian, seorang Sami Hindu dan Imam Masjid Negeri.


Waythamoorthy berkata, ia seolah-olah bahawa Hamid telah membuang segala yang beliau belajar di sekolah undang-undang.

Kenyataan beliau telah dikecam oleh Exco Agama Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim, yang mencabar Hamid untuk membuktikannya dan bersedia untuk membawanya melihat bagaimana Islam telah berkembang.

Bunga tanda takziah dalam pejabat Borodai

Posted: 23 Jul 2014 08:30 AM PDT

MALAYSIAKNI


 


Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sukri Hussain Mohd Sukri hari ini menceritakan pengalamannya berunding dengan pasukan pemisah Ukraine bagi mengambil mayat dan kotak hitam MH17.

Katanya, beliau ke Donestk pada 4 petang Ahad bersama 11 anggota lain pasukan itu, dan terpaksa menempuh 12 pusat pemeriksaan, lapor Bernama.

Selepas lima jam perjalanan, beliau bertemu dengan ketua kumpulan pemisah Alexander Borodai dan mula berunding tentang 11 perkara.

"Tiga perkara dibincangkan iaitu urusan mengambil mayat mangsa, kotak hitam dan bangkai pesawat berkenaan.

"Borodai bersetuju memenuhi semua permintaan Malaysia, tanpa sebarang syarat," beliau dipetik sebagai berkata.

Mohd Sukri juga dilaporkan menambah, pasukan itu amat mengagumi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas kejayaan tersebut, kerana ia adalah hasil tindakan beliau menghubungi kerajaan Ukraine dan Borodai.

Seorang lagi anggota pasukan perunding Malaysia, Rosli Shaari pula berkata dalam rundingan di pejabat Borodai itu, beliau melihat kumpulan pemisah menggantung sekeping gambar pesawat Malaysia di penjuru bilik, dengan beberapa pasu bunga diletakkan di atas meja di bawah gambar itu sebagai tanda ucapan takziah kepada mangsa.

Selesaikan isu MB secara tertib, elak keyakinan rakyat merudum

Posted: 23 Jul 2014 08:19 AM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAMI: Pakatan Rakyat (PR) diingatkan menyelesaikan isu Menteri Besar Selangor dengan tertib serta penuh berhemah dengan persefahaman tiga parti berhadapan cabaran itu untuk mempertahankan kerajaan sedia ada.

Hal ini berikutan kepercayaan pengundi di Selangor boleh merudum apabila PR sendiri memberikan gambaran perjuangan lebih mementingkan agenda politik berbanding memelihara kepentingan rakyat.

mb3728a543b477098a4848e499317bdbbd_XLMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau berharap isu pertukaran Menteri Besar seperti yang dimahukan beberapa pihak PKR dapat diselesaikan dengan penuh tertib dan bertanggungjawab sekaligus memulihkan keyakinan rakyat ekoran isu ini.

"Sudah tentu kalau perkara ini tak diselesaikan dengan penuh tertib dan penuh adab akan menjejaskan bukan sahaja PR di Selangor tetapi PR di PRU-14 akan datang.

"Jadi oleh sebab itu saya berdoa harap perkara ini dapat diselesaikan dengan penuh tertib, bertanggungjawab dan mengikut lunas-lunas Enakmen Kerajaan Negeri Selangor.

"Ini kerana Enakmen Kerajaan Negeri Selangor memperakui bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah penentu orang yang akan mengepalai pentadbiran Negeri Selangor iaitu yang menjadi Menteri Besar," kata Abdul Khalid dalam wawancara ekslusif bersama Selangor Kini di Pejabat Menteri Besar pada Isnin lepas.

Abdul Khalid juga berkata kerajaan sebelum ini berjaya membuktikan peningkatan sokongan yang diterima dari rakyat Selangor apabila berjaya meningkatkan sokongan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013 lalu.

Sementara itu ketika mengulas proses rundingan pengambilalihan syarikat konsesi pengurusan air, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) yang satu-satunya masih belum dimuktamadkan, Abdul Khalid menegaskan tindakan melobi bagi syarikat konsesi oleh mana-mana pihak merupakan langkah yang membelakangkan kepentingan rakyat Selangor.

"Jika itu berlaku bermakna mana-mana parti yang membenarkan seseorang boleh melobi ke atas keputusan yang dibuat Kerajaan Negeri, ini bererti membelakangkan tujuan untuk memberikan kuasa rakyat dapat kebaikan dan pentadbiran yang tulus dan bertanggungjawab.

"Jadi oleh sebab itu saya rasa perkara ini perlu dihindarkan dan beri keupayaan kepada pentadbiran mencari jalan supaya dapat menentukan pembelian konsesi air dibuat dengan harga berpatutan, munasabah dan menguntungkan rakyat," kata Abdul Khalid lagi.

Abdul Khalid turut menyarankan agar rakyat meneliti perkembangan terkini isu kerusi Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab dan tidak mengikuti berita fitnah dicetuskan pihak tidak bertanggungjawab.

"Rakyat Selangor mesti menerima hakikat bahawa Selangor mempunyai tatacara perlantikan iaitu, tatacara yang penuh tertib dalam Enakmen Kerajaan Negeri Selangor.

"Saya percaya Kerajaan Negeri dan juga pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor akan mengikuti tatacara tersebut dengan penuh tertib dan penuh adab," jelas beliau lagi.EZY

Dua Pesawat Bawa Mayat Mangsa Nahas MH17 Tiba Di Belanda

Posted: 23 Jul 2014 08:15 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
EINDHOVEN: Dua pesawat yang membawa sebahagian mayat mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada minggu lalu, tiba di Belanda pada Rabu, menurut AFP.

Sebuah pesawat tentera Belanda C-130 dan sebuah pesawat tentera Australia C-7 yang membawa 40 mayat tiba di lapangan terbang Eindhoven di selatan negara itu.

Antara yang hadir bagi menunggu ketibaan mayat yang dibawa oleh dua pesawat berkenaan ialah waris mangsa, Raja Belanda, Willem-Alexander dan Perdana Menteri negara itu, Mark Rutte. - AFP

Ramadan 'Satukan' Penganut Hindu, Umat Islam

Posted: 23 Jul 2014 08:12 AM PDT


 
 MSTAR ONLINE

 
TANPA diketahui ramai, sebenarnya ramai penganut Hindu berpuasa setiap Ramadan seperti penganut Islam lain.
  Tindakan itu dibuat sebagai tanda sokongan warga India kepada penganut Islam.

Penduduk bandar Vidisha, Sunil Shrivastava berkata, dia berpuasa selama sebulan sejak 14 tahun lalu kerana ia memberi kekuatan batin kepadanya.

"Saya mendapat inspirasi amalan berpuasa selepas melihat rakan Muslim saya melakukannya.

"Pada awalnya saya berpuasa sebagai tanda solidariti tetapi selepas sehari, saya tidak menghadapi sebarang masalah dan saya memutuskan untuk terus menahan makan dan minum selama sebulan," katanya.

Walaupun menganut agama Hindu, Shrivastava berkata, dia tidak mendapat sebarang bantahan daripada keluarganya.

"Sebaliknya mereka memberi sokongan," katanya.

Penduduk Raisen di Madhya Pradesh, Mehul Kumar pula menganggap Ramadan mengajarnya mengenai disiplin.

"Saya berpuasa sejak sembilan tahun lalu ketika menghadapi masalah kesihatan.

"Seorang rakan Muslim mencadangkan supaya saya berpuasa kerana ia boleh membantu menyihatkan badan," katanya.

Di peringkat awal kata Kumar, dia cuba berpuasa selama beberapa hari.

"Tanpa makan dan minum saya tidak mengalami rasa lapar atau lemah, sebaliknya mendapat kekuatan dalaman.

"Hingga kini berpuasa menjadi amalan biasa saya," katanya.

Sejak tiga tahun lalu, kata Kumar, dia berjaya berpuasa sepanjang Ramadan.

"Kini anak saya yang berusia 17 tahun juga mula berpuasa," katanya.

Tahun ini dilaporkan lebih 150 banduan beragama Hindu di Penjara Tihar, Delhi berpuasa bersama tahanan Muslim lain.

Pegawai penjara itu berkata, mereka bersetuju berpuasa sejak hari pertama Ramadan sehingga Aidilfitri dirayakan.


Kemeriahan juga dirasai ketika banduan Hindu dan Muslim berbuka bersama-sama dengan diselenggara pertubuhan atau individu berbeza setiap tahun.

Ahli politik tempatan di Bhopal, Nath Singh berkata, mereka menyertai amalan berpuasa untuk menjadi sebahagian daripada Ramadan.

"Setiap hari ketika berbuka, kami menjemput semua orang untuk bersama-sama," katanya.

Sementara itu di tempat lain golongan hartawan Hindu menyelenggarakan acara berbuka puasa untuk kaum muslim dan mengirim makanan ke masjid-masjid berhampiran.

Bolehkah Najib menunjukkan kepimpinan yang berwibawa?

Posted: 23 Jul 2014 04:05 AM PDT






Oleh Ng Kee Seng


Sudah tentu media cetak dan media elektronik yang dikuasai Barisan Nasional mula bersuara dengan laporan The Wall Street Journal (WSJ) pada 20 Julai bertajuk "Penerbangan 17 Memberi Najib Peluang Kedua untuk Menunjukkan Kepimpinan".

Sekarang, kepada mereka yang cepat untuk mengkritik slam dan orang-orang yang mempersoalkan pihak berkuasa, terutama MAS, atas tragedi MH17, siapakah yang cuba meraih kepentingan politik atas kematian 298 orang?

Jika BN dan media yang merasakan laporan itu akan meningkatkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, teruskan dengan kenaifan itu.

Pada dasarnya, ia bukanlah peluang kedua Najib. Dia masih mempunyai peluang untuk membuktikan dirinya sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan bertanggungjawab dengan mengambil tindakan tegas untuk membetulkan keadaan dalam MAS dengan menyusun semula pengurusan syarikat penerbangan nasional itu.

Bolehkan dia? Bolehkah sesiapa mengambil tanggungjawab untuk MH370 selepas 137 hari?

Mengharapkan Najib untuk mengambil tindakan tegas dan meminta MAS mengambil tanggungjawab untuk MH17 bagai meminta terlalu banyak.

Najib dan Menteri Pengangkutan yang baru dipilih, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menunjukkan mereka tidak bersedia untuk berubah.

Mereka dan pihak berkuasa penerbangan antarabangsa hanya menyalahkan orang-orang yang melepaskan peluru berpandu untuk menjatuhkan Boeing MAS 777 - seolah-olah mereka bebas daripada tuduhan untuk tragedi itu.

Persoalan paling besar adalah kenapa laluan penerbangan atau laluan yang diambil oleh MH17 tidak disekat kerana ia tidak selamat? Pesawat itu dikatakan telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu yang ditembak oleh pemisah pro-Rusia di Ukraine.

Sila jangan memperkecilkan kepintaran rakyat dan terus mendakwa laluan itu selamat dan menyalahkan semua orang-orang yang melepaskan tembakan peluru berpandu.

Sudah tentu ia tidak selamat. Jika ianya adalah selamat, sudah tentu 298 orang di atas kapal MH17 akan selamat tiba di destinasi mereka.

Jika laluan itu selamat, mengapa sekarang, hanya selepas tragedi syarikat penerbangan dilarang daripada menggunakan laluan tersebut ke atas Ukraine?

Mengapa tidak laluan dihalang lebih awal walaupun selepas dua pesawat telah ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Rusia?

WSJ melaporkan bahawa Najib mengemudi negara melalui bencana antarabangsa kedua dalam masa kurang daripada lima bulan, memainkan peranan yang lebih langsung dari awal dalam menangani kehilangan MH17 seluruh Ukraine.

Menurut laporan itu, seperti kehilangan MH370 pada 8 Mac terlibat Malaysia dalam pertikaian berlarutan dengan China, kehilangan MH17 mengancam untuk menjerat Malaysia dalam pertembungan dengan Rusia.

" Malaysia mendapati dirinya dalam satu situasi yang telah dengan cepat menjadi satu daripada kepentingan geopolitik,," WSJ memetik kata-kata seorang rapat kepada kerajaan Malaysia.

"Jadi, anda perlu menilai dan pandai dalam apa yang anda katakan dan bagaimana anda bertindak balas."

Menurut laporan WSJ itu, Malaysia dan Rusia telah lama atas terma mesra dengan perdagangan berjumlah AS $ 1.8 bilion (RM5.8 bilion), sebahagian kecil daripada jumlah perdagangan Malaysia dengan US $ 430 bilion pada 2013.

"Najib lebih bertanggungjawab kali ini dan ia merupakan satu perkembangan yang dialu-alukan berbanding dengan krisis MH370 itu," Wan Saiful Wan Jan, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, memberitahu WSJ.

Tidak, anda tidak perlukan otak seorang saintis roket untuk mendapatkan kesimpulan ini.

Untuk MH370, Malaysia mempunyai banyak yang disembunyikan. MH17 adalah kes yang mudah dan cara yang paling mudah untuk mengendalikan ia adalah untuk Najib dan sekutunya menyalahkan mereka yang melepaskan tembakan peluru berpandu itu.

Tidak ada orang lain untuk dipersalahkan? Pembuat keputusan dalam pihak berkuasa penerbangan awam antarabangsa dan MAS tidak boleh dipersalahkan kerana gagal untuk melihat risiko yang terbang terlalu dekat dengan sebuah zon perang di mana dua pesawat tentera telah ditembak sebelum MH17?

"Buat masa ini, orang masih menyatakan kemarahan dan tidak menilai bagaimana kerajaan mengendalikan krisis. Tetapi ujian sebenar adalah pada minggu-minggu akan datang apabila orang akan mula untuk menuntut keadilan bagi mereka yang dibunuh, "Wan Saiful dipetik sebagai berkata.

Sama ada mereka yang menembak jatuh MH17 membuat kesilapan atau tidak, mereka telah melakukan pembunuhan beramai-ramai dan perlu dihukum.

Tetapi apa yang pasti pembuat keputusan pihak berkuasa penerbangan awam dan MAS tidak boleh dijangka akan dibebaskan daripada dipersalahkan.

Jadi, Najib dan Liow, apa yang anda akan lakukan terhadap MAS?-http://bm.theantdaily.com

Khalid, bubar saja Dun Selangor!

Posted: 23 Jul 2014 03:55 AM PDT


Khalid Ibrahim  
Khalid Ibrahim


KONGKALIKONG! memang sukar untuk dicari perkataan paling tepat menggambarkan apa yang sedang dan akan berlaku dalam politik Selangor selepas Dr Wan Azizah diumumkan oleh suaminya bakal ambil alih jawatan menteri besar daripada Khalid Ibrahim, lewat malam semalam.

Kemelut politik paling dahsyat sedang melanda negeri yang paling maju itu. Anwar Ibrahim umum keputusan tengah malam selepas mesyuarat PKR di Petaling Jaya. Ianya mengejutkan sesiapa juga.

Banyak sebab untuk kita rasa terkejut. Pertama, apakah Selangor akan dapat menteri besar yang pertama wanita dan jadi negeri yang pertama di Malaysia bermenteribesarkan wanita? Apakah ini adab dan tatacara yang betul untuk mengganti menteri besar sedia ada yang sihat dan mampu bekerja? Apa salah Khalid hingga perlu diganti? Mengapa Anwar begitu tergesa-gesa hingga keputusan dibuat dalam mesyuarat PKR, bukan PR?

Dua minggu lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali selepas mesyuarat Majlis Setiausaha PR berkata kedudukan Khalid sebagai MB Selangor akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden PR yang berlangsung hari ini.

Anwar bagaimanapun tidak sabar-sabar mahu umumkan sendiri keputusan partinya memilih Wan Azizah, apa yang dilihat oleh pemerhati sebagai tindakan membelakangkan parti sekutu yang lain.

Dia barang kali terlupa bahawa PKR bukan menang bersendirian di Selangor, malah jika dibandingkan dari segi komposisi parti itu kurang satu kerusi di belakang Pas-DAP.

Akibat tindakan terburu-burunya itu, bom yang pertama diletupkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad tengah hari semalam. Parti itu bantah keputusan PKR mengganti Khalid dengan Wan Azizah dan dengan tegas mempertahankan Khalid yang dinilai telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

Anwar menggali sendiri lohong untuk dia berbalah dengan Pas. Hal yang demikian tidak akan berlaku jika dia hormat rakan sekutunya itu.

Dalam parti, Azmin Ali juga pagi semalam mengkritik keputusan itu menerusi twitter, walaupun kemudiannya dinafikan. Dalam kritikan yang dinafikan itu, Azmin dikatakan menyindir Anwar sebagai tamak kuasa.

Semua orang tahu, selain Wan Azizah, Azmin disebut-sebut yang paling layak ganti Khalid sebagai menteri besar. Dan keputusan melantik Wan Azizah itu juga diterima sebagai lantikan interim untuk meredakan konflik Khalid - Azmin.

Bayangkanlah, keputusan yang melibatkan kepentingan dua individu, korbannya adalah satu negeri. Kepentingan rakyat yang berjuta, diketepikan hingga jadi sejarah - seorang menteri besar yang sihat walafiat, mampu jalankan tugas dengan baik disingkir untuk beri laluan kepada seorang menteri besar wanita pertama, yang tidak pernah diuji.

Lebih besar daripada itu, apa pula pandangan istana? Sudahlah bukan anak negeri, wanita pula. Di mana adab dan tatacaranya? Di mana undang-undang tubuh negeri yang mesti dipatuhi?

Itulah cacamerbanya keputusan yang dibuat Anwar Ibrahim. Bijak sungguh Rafizi Ramli yang merancang pelan Kajang Move!

Melihat reaksi di media sosial daripada kalangan rakan-rakan yang dikenal pasti sebagai pendokong dan penyokong tegar Pas, isu ini sedikit sebanyak telah mengubah pandangan mereka terhadap Anwar. Ramai yang secara terbuka mempertahankan Khalid malah ada yang melabel Anwar sebagai tamak kuasa.

Kalaulah pandangan yang semakin banyak ini diambil kira, boleh diterima bahawa orang Pas hari ini tidak lagi melihat Anwar sebagai hero yang serba betul dan perlu dipertahankan sebagaimana dahulu. Tersilap besarlah Anwar jika dia sangka dirinya masih dipandang begitu!

Dan kalaulah mahu diteropong lebih jauh, mungkin juga boleh dianggap bahawa saat kejatuhan Anwar sudah semakin hampir. Ya, benar dia selama ini dipandang sebagai wira oleh penyokong pembangkang, memperjuangkan kebenaran dan keadilan, memerangi rasuah, kebejatan dan segala yang bobrok.

Namun hari ini, nepotisme itu pelakunya siapa?

Apa pernah Tun Mahathir - musuh No 1 Anwar - sepanjang tempoh 22 tahun sebagai perdana menteri pernah melantik isterinya selain daripada jawatan Yang Dipertua Bakti?

Apakah Yang Dipertua Bakti itu kedudukannya lebih tinggi dan lebih berkuasa daripada menteri besar?

Ini baharu ketua parti, belum perdana menteri!

Saya tidak mahu bercakap mengenai Najib kerana dia masih dalam jawatan dan sekarang ini pula sedang sibuk berfikir mencari penyelesaian tragedi MH17 di Ukraine. Pastinya dalam keadaan ini, dia tidak sempat pun untuk tidur apa lagi bermimpi mahu melantik Rosmah Mansor sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Apa pun, saya tidak melihat mimpi Anwar akan jadi kenyataan. Masih banyak ranjau yang perlu dilalui, tembok yang perlu didaki terutama tembok Istana Kayangan. Apa mungkin Sultan Selangor yang punya kuasa untuk perkenan pelantikan menteri besar, akan bersetuju dengan kehendak politik yang sangat luar biasa itu?

Dan Khalid juga, saya yakin tidak akan mudah menyerah kalah.

Rakyat Selangor juga ramai yang masih menyokong Khalid kerana tidak ada cacat cela baginya sepanjang menjalankan tanggungjawab menjaga negeri. Yang melihat Khalid dengan pandangan serba tidak kena hanya seteru politik dalam partinya sendiri.

Lagi pun, Selangor negeri paling maju. Ini bukan Pulau Kezambo tetapi negeri yang ada undang-undang. Justeru, penggantian menteri besar sebagai ketua eksekutif kerajaan, ada prosedur, adab dan tatacaranya, mana mungkin boleh dibuat suka-suka!

Apa yang paling baik boleh dilakukan, Khalid dengan kuasa menteri besar, boleh bubarkan Dun dan adakan pilihan raya negeri.

Ya, saya tahu... pasti akan ada yang kata membazir. Bukankah di Kajang dahulu, anda sendiri juga yang membazir?

Boleh lompat masuk Pas

Apa pun, bubar Dun harus difikir sebagai langkah terakhir. Saya menduga, bantahan Pas Selangor bukan kosong tetapi mungkin ada isi.

Jika mahu dielak pembubaran Dun, Pas harus punya cukup keberanian untuk menongkah kehendak Anwar. Anwar sedang menuju kedudukan yang semakin lemah, dan inilah masanya bagi Pas.

Sudah sampai masa untuk Pas keluar dari bawah telunjuk Ketua Pembangkang. Mereka boleh sahaja terima Khalid untuk melompat parti sertai Pas. Dan ambil kira bahawa Khalid sudah dapat restu daripada istana, dia boleh terus kekal jadi menteri besar tanpa perlu Dun dibubarkan.

Soalnya, apakah Pas berani untuk bertindak demikian?

Apakah Pas berani untuk mengorbankan kepentingannya dalam pakatan secara keseluruhan?

Pada hemat saya, jika Pas mahu berbuat demikian, ini bukan soal untuk menyelamatkan kedudukan Khalid tetapi untuk survival Pas sendiri di mata rakyat.

Pas adalah parti yang paling berintegriti dalam pakatan dan untuk kekalkan rasa hormat rakyat, parti itu harus menunjuk ketegasan dengan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan, bukan lagi mengikut apa sahaja kehendak Anwar yang semakin menjadi-jadi kongkalikongnya!

Jika Khalid melompat, Pas akan punya 16 kerusi dalam Dun, PKR berkurang kepada 13 dan DAP
kekal 15. Dikira dengan ilmu matematik apa pun, Pas sudah jadi majoriti dan berhak untuk jadi menteri besar.

Pokok pangkalnya, Pas harus berani untuk kekal relevan di mata hati rakyat dan tidak hanyut dalam kongkalikong PKR politik Anwar yang semakin suram.

Kematian denggi naik 224 peratus kepada 94 orang

Posted: 23 Jul 2014 03:41 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Jumlah kematian kerana kes denggi di seluruh negara sehingga Ahad lepas ialah sebanyak 94 orang, meningkat 224 peratus berbanding 29 kematian dalam tempoh yang sama tahun lalu.
  
Kementerian Kesihatan berkata Selangor merekod kes kematian paling tinggi iaitu 38 orang berbanding tujuh orang tahun lepas sementara Johor mencatat 14 kematian berbanding tujuh orang tahun lepas.
  
Kuala Lumpur dan Putrajaya pula mencatat lapan kematian berbanding tujuh orang tahun lepas sementara Labuan dan Perlis tidak mencatat sebarang kematian, katanya dalan satu kenyataan.
  
Ia berkata jumlah keseluruhan kes demam denggi yang dilapor setakat ini tahun ini ialah 51,987 kes berbanding 14,755 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.
  
Daerah Petaling mencatat jumlah kes demam denggi paling tinggi iaitu 12,518 kes atau 30 peratus dari 51,987 kes yang dilapor setakat ini.
  
Kementerian Kesihatan berkata 32 pasukan terdiri daripada 95 anggota telah digerakkan bagi menjalankan aktiviti kawalan di Daerah Petaling sejak Isnin lepas.     Bernama

PAS cadang MAS nilai sendiri keselamatan laluan

Posted: 23 Jul 2014 03:39 AM PDT

SALMIYAH HARUN 


KUALA LUMPUR: PAS menyarankan Syarikat penerbangan Malaysia, MAS perlu membuat penilaian sendiri berhubung laluan penerbangannya dan jangan hanya bergantung kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) semata-mata.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, pesawat MH17 masih melalui laluan Ukraine kerana ICAO memberi jaminan laluan itu selamat walhal negara tersebut sedang bergolak.

"Kita hanya bergantung kepada ICAO, tetapi disitu ada kawasan yang sedang berkonflik dan keadaan yang tidak tenang.

"Sama ada MAS atau Air Asia seharusnya ada penilaian sendiri. Kita juga tidak boleh bersandarkan kepada negara lain untuk laluan tersebut. Negara lain sudah alih laluan tersebut kerana tidak selamat," katanya.

Bahkan beliau juga mempersoalkan  apakah kedutaan negara Malaysia di negara itu diletakkan bersama wakil pertahanan agar diberi gambaran serius  keadaan konflik yang sedang berlaku.

"Saya bimbang laluan MAS Kuala Lumpur ke London yang melalui ruang udara Syria juga sedang bergolak.

"Saya tidak tahu laluan itu selamat atau tidak sebab ICAO kata ia selamat. Kita kena buat penilaian sendiri. Kalau berlaku di Syria?" katanya melontar persoalan.

Beliau turut menyarankan kerajaan agar melihat perkara ini kerana ia sangat penting untuk memastikan tregedi MH17 tidak berulang demi keselamatan pesawat awam negara.

Berucap ketika membahaskan usul Tragedi Malang MH17, Mahfuz berkata insiden kedua-dua pesawat MAS MH370 dan MH17 adalah sebagai proses untuk Malaysia bermuhasabah serta mencari kelemahan dan kesilapan sepatutnya.

"Tragedi MH370 jelas ianya adalah kelemahan kita dari segi bacaan radar yang tidak berkesan. Begitu juga dengan MH17 penerbangan dilaluan betul tetapi selepas berlaku peristiwa 17 julai, kita boleh ubah laluan selepas Ukraine tutup ruang udaranya," katanya.

Mahfuz menyifatkan  kejadian yang menimpa MH370 dan kemudian MH17 sebagai  tregedi bersiri dan tidak mahu ianya berulang lagi. - HARAKAHDAILY

PAS gesa kerajaan sedia pasukan peguam terbaik

Posted: 23 Jul 2014 03:37 AM PDT

MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: PAS hari ini mencadangkan agar kerajaan menyediakan pasukan peguam terbaik dalam mengumpul maklumat dan membawanya ke  Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi tadi ketika membaca usul bagi sidang Parlimen Khas meminta agar Peguam Negara mengumpulkan segala bukti dan maklumat bagi tindakan lanjut.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar ketika membahaskan usul tersebut memberitahu kerajaan perlu memastikan persiapan dikendalikan oleh barisan peguam yang terbaik dari pihak kerajaan dan juga pembangkang.

"Terlalu banyak kes yang tidak menyebelahi negara ini apabila ia dikendalikan Peguam Negara, lihat bagaimana kehilangan Pulau Batu Putih sebelum ini.

"Kita tidak mahu ia berulang lagi, kerajaan perlu pastikan kita mempunyai barisan peguam terbaik untuk mewakili negara ini," jelas beliau.

Beliau yang turut membawa amanah Presiden PAS kerana tidak dapat hadir atas faktor kesihatan turut menyokong usul yang dibawa Perdana Menteri.

"Mewakili PAS mengucapkan takziah kepada 298 orang mangsa akibat kekejaman anti kemanusiaan yang telah berlaku kepada penumpang dan anak kapal MH17.

"Ini merupakan satu tragedi mengejutkan yang berlaku kepada masyarakat dunia," sambung beliau.

Kamarudin turut memberitahu bahawa Pakatan Rakyat sentiasa bersama-sama kerajaan dalam insiden ini bagi memastikan ia tidak berulang lagi.

"Sokongan kita ini ikhlas kepada apa yang diambil oleh kerajaan, apa-apa teguran dengan semangat politik ia adalah bagi memastikan tidak berulang pada masa akan datang.

"Insiden ini ada kena mengena dengan politik antarabangsa, ia turut melibatkan hal-hal berkaitan dengan  maruah negara kita.

"Walaupun negara kita kecil tetapi kita mesti menyuarakan keberanian kita di peringkat antarabangsa agar keadilan terhadap insiden ini dapat kita perolehi," kata beliau lagi.

Beliau yang turut meminta agar masyarakat dunia mengutuk keras kekejaman yang berlaku terhadap insiden tersebut sebagai satu jenayah antarabangsa.

"Kalaulah pesawat itu milik Amerika dan ditembak oleh perjuang Islam, maka seluruh dunia akan mengutuk kata Islam itu pengganas.

"Dalam hal ini kita tidak mahu masyarakat dunia berdiam diri, mereka perlu tampil mengutuk keras apa yang berlaku, tidak kira siapa lakukan dalam hal ini kita kena bersatu dalam mencari penyelesaian," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar kerajaan memanggil duta-duta negara yang terlibat untuk tampil memberi penjelasan. - HARAKAHDAILY

MH 17: Dunia berkabung, kuasa dunia bertembung

Posted: 23 Jul 2014 03:35 AM PDT

DR MUJAHID YUSOF 



 


SUDAH jatuh ditimpa tangga, luka lama belum sembuh, luka baru pula muncul, demikianlah perasaan tidak terungkap walaupun dengan kiasan bahasa.

Negara berkabung sebelumnya pada kehilangan MH370 yang hingga saat ini tidak muncul-muncul dan kini MH17 pula dikatakan menjadi sasaran peluru berpandu di kawasan yang menjadi rebutan.

Pada saat rakyat Malaysia, Belanda, Australia, Indonesia dan lain-lain yang menjadi mangsa korban berkabung, kuasa besar pula bersedia untuk bertembung.

Tiada siapa yang menafikan kuasa besar sebenarnya tidak peduli apa yang berlaku kepada mangsa, apa yang mereka pentingkan adalah perimbangan kuasa mereka di Eropah Timur dan meneruskan dasar 'proxy war' untuk terus berkuasa.

Lanjutan Perang Dingin

Amerika selepas Perang Dunia ke-II berhadapan dengan peperangan ideologi antara  'komunis' Russia dan 'liberal' Amerika.

Dunia dibahagikan melalui tirai besi antara pengaruh komunis Russia dan liberal kapitalis Amerika. Suasana ini melahirkan apa yang dinamakan sebagai 'perang dingin' bermula tahun 1946.

Dasar Amerika Syarikat adalah untuk membentuk keadaan bertahan atau berkawal (containment) dan bersedia bila-bila masa untuk berperang (roll-back).

Amerika dan sekutunya mewujudkan Nato (North Atlantic Treaty Organization) untuk mengimbangi penguasaan komunis di Eropah Timur. Russia mewujudkan Pakatan Warsaw bagi mengumpulkan negara-negara Eropah Timur yang tunduk kepada ketuanannya.

Peperangan Proksi

Dalam mengekalkan dasar 'containment' dan perluasan komunis berlaku beberapa 'proxy war' yang pada matlamatnya adalah untuk memenuhi kehendak pihak yang lebih besar iaitu Amerika dan Rusia.

Namun permainan 'cold war' ini berubah langkah apabila Soviet Union runtuh dan Rusia menjadi persekutuan (federation) dan negara-negara bawah kuasa Soviet menuntut autonomi.

Begitu juga salah satu negara yang besar terbentuk di bawah keruntuhan ini iaitu Ukraine. Ukraine yang memiliki tapak senjata nuklear ketiga terbesar semasa era Soviet Union bersetuju untuk menyerahkan dalam program perjanjian penyerahan senjata nuklear dengan syarat ia diberi kemerdekaan sebagai sebuah negara yang bebas.

Ukraine memilih untuk berkiblatkan ke arah Amerika yang sangat memerlukan negara yang menjadi proksinya untuk mengawasi kebangkitan semula komunisme.

Kebangkitan Semula Rusia

Vladimir Putin bagi warga keturunan Russia adalah simbol kebangkitan dan Presiden Rusia itu tidak ada pilihan untuk membangkitkan semangat Rusia melainkan ia perlu menunjukkan taringnya dan kali ini Ukraine menjadi mangsanya.

Penjajahan Semenanjung Crimea yang terletak di Timur Ukraine adalah isyarat kebangkitan Rusia yang sudah mula menunjukkan dasar penjajahan baru.

Amerika tidak selesa kerana khuatir kemenangannya menguasai Eropah Timur akan terjejas dengan kebangkitan penjajahan baru Rusia. Rusia membekalkan senjata kepada pemberontak Ukraine berbangsa Rusia untuk melemahkan kedudukan Ukraine.

Ia seolah pengisytiharan perang ke atas Amerika Syarikat dan kuasa Nato. Apakah peperangan baru era Putin akan meledak?

Mengapa MH17?

Sukar untuk menjawab persoalan ini seperti mana sukar untuk menjawab ke mana hilangnya MH370. Tetapi yang pasti Malaysia dijadikan umpan untuk perang kuasa besar supaya Amerika Syarikat ada mempunyai alasan yang 'kuat' untuk campur tangan ke atas Ukraine.

Rakyat Malaysia sebenarnya tidak peduli siapa yang menembak MH17 dan tidak berminat dalam 'blame game' ini. Bagi kita, siapa sahaja yang melakukan kejahatan ini adalah binatang dalam topeng manusia. Mereka tidak berhati-perut untuk menjadikan kapal terbang awam sebagai bidikan.

Dunia mengutuk dalam kegilaan kuasa besar mencatur bidak-bidak mereka termasuk Belanda yang mencatat mangsa paling ramai yang terkorban.

Kutuk Kuasa Besar

Ia adalah mainan kuasa besar yang bernafsu untuk membuka medan perang baru setelah mereka merosakkan Palestin dan menghancurkan Gazza saat artikel ini ditulis.

Malaysia perlu berdiri dengan penuh maruah untuk tidak mengambil pihak dalam perang gila ini dan mengutuk Amerika dan Rusia kerana mengheret Malaysia dalam peperangan mereka.

Buat masa ini keutamaan adalah memastikan mayat mangsa dikembalikan kepada keluarga masing-masing sementara dunia menantikan jawapan dalam kotak hitam untuk menentukan samada MH17 telah ditembak atau tidak.

Bagi rakyat Malaysia, hari ini berlangsung sidang khas Parlimen untuk seluruh negara mendapat penjelasan awal dan supaya ahli Parlimen mendapat peluang untuk berbahas.

Kesemua 222 Ahli Parlimen Malaysia bersetuju sebulat suara dengan usul Perdana Menteri kerana ia adalah soal maruah dan harga diri sebuah negara. Tidak ada siapa yang perlu mempertikaikannya.

Malaysia berkabung kuasa besar pula bertembung....

(*) Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Parlimen Parit Buntar

Isu MB: PAS bincang keputusan PKR lepas raya

Posted: 23 Jul 2014 03:32 AM PDT

SALMIYAH HARUN


KUALA LUMPUR: PAS dan DAP akan membawa keputusan PKR mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail  sebagai Menteri Besar Selangor ke mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing.

Bagi PAS, Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkata, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat parti selepas hari raya Aidilfitri nanti.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini telah menerima cadangan daripada PKR untuk membuat pertukaran Menteri Besar Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PAS dan DAP secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada PKR.

Sementara itu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan memainkan peranan dalam hal ehwal di peringkat negeri Selangor sekiranya Wan Azizah dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

"Saya tidak akan ada apa-apa jawatan, dan saya akan lepaskan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor kerana ramai lagi yang lebih layak," katanya. - HARAKAHDAILY

Ahli PAS diminta teruskan tanggungjawab

Posted: 23 Jul 2014 03:31 AM PDT

 
Segala agenda yang dirancang hendaklah dilaksanakan dan segala program yang telah diatur hendaklah diteruskan.

YB-Iskandar-2


KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS  Selangor, Iskandar Abdul Samad meminta agar ahli PAS di Selangor meneruskan khidmat mereka kepada rakyat dan tidak menghiraukan perkembangan terkini di negeri Selangor.

Menurutnya, sama ada sebagai EXCO, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ahli majlis, ketua kampung, nazir masjid, pengerusi surau atau apa-apa jawatan lain, mereka hendaklah terus berkhidmat dengan tekun dan bersungguh-sungguh kepada rakyat.

"Segala agenda yang dirancang hendaklah dilaksanakan dan segala program yang telah diatur hendaklah diteruskan.

"Mereka hendaklah memastikan agar mereka tidak hilang tumpuan sehingga kebajikan dan kepentingan rakyat  terabai," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, rakyat mahukan perkhidmatan yang terbaik dan pembelaan yang sewajarnya di dalam apa saja suasana dan keadaan.

"Di saat-saat seperti ini ahli-ahli mestilah menzahirkan kepimpinan mereka dan tarbiyyah yang telah mereka lalui selama ini," ujarnya.

Gerakan gesa PKR hormati prinsip Perlembagaan Negeri Selangor

Posted: 23 Jul 2014 03:28 AM PDT

 
Pengumuman pertukaran MB Selangor tanpa perkenan Sultan Selangor merupakan suatu tindakan yang 'biadap'


Tan Keng Liang


PETALING JAYA: Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang mengesa supaya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati prinsip Perlembagaan Negeri Selangor.

Menurut Artikel 53 (2) (a) dalam Perlembagaan Negeri Selangor, perlantikan Menteri Besar (MB) Selangor adalah hak Sultan Selangor dan atas budi bicaranya untuk menentukan siapa di dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai sokongan majoriti.

"Perlantikan MB Selangor bukan hak PKR ataupun Anwar.

"Pemuda Gerakan berasa kesal dengan tindakan Anwar dan PKR yang mengumumkan pertukaran MB Selangor tanpa memperolehi perkenan Sultan Selangor," katanya dalam satu kenyataan media.

Jelas Tan lagi, pengumuman pertukaran MB Selangor tanpa perkenan Sultan Selangor adalah bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Negeri Selangor.

"Ia juga merupakan suatu tindakan yang 'biadap'," ujarnya.

Beliau merujuk kepada pengumuman oleh Penasihat PKR, Anwar Ibrahim bahawa PKR telah bersetuju untuk tukar MB Selangor dengan presidennya Dr.Wan Azizah Wan Ismail.

Bas rentung, 39 penumpang terselamat

Posted: 23 Jul 2014 03:19 AM PDT

MALAYSIAKINI

 

 


Seramai 39 penumpang dan dua pemandu nyaris maut selepas sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu, Kelantan rentung dalam kebakaran tengah hari ini.
  
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari di Km32, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis.
  
"Sebaik menyedari bahagian enjin bas berasap dan terbakar pemandu bas terbabit sempat memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebelum segera mengarahkan kesemua penumpang agar turun daripada kenderaan berkenaan.
  
"Hasil tindakan pantas itu kesemua 39 penumpang dan dua pemandu bas dua tingkat terbabit sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Bernama di Kuantan hari ini.
  
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kebakaran itu berpunca daripada kerosakan pada bahagian enjin bas, bagaimanapun siasatan terperinci sedang dilakukan.- Bernama

Dewan panas dengan tweet 'rasuah pemisah'

Posted: 23 Jul 2014 03:15 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wee Ka Siong membidas segelintir MP yang mengeluarkan kenyataan Malaysia "menggerunkan dan teruk" susulan insiden MH17.

"Perkara itu tidak sepatutnya dikeluarkan," katanya tanpa merujuk mana-mana MP.

Beliau turut mengkritik perkara yang dibangkitkan oleh Datuk Mahfuz (PAS-Pokok Sena) berhubung laluan yang digunakan oleh MH17.

Menurutnya laluan yang dilalui oleh pesawat itu diluluskan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) - badan yang menentukan dan meluluskan setiap laluan sesuatu pesawat.

"Jadi (pesawat MH17) mesti melalui (sesuatu negara berdasarkan) pengesahan (laluan terlebih dahulu) dan bukan kita buat sewenang-wenangnya," katanya.

Beliau turut membidas pihak tertentu yang mengkritik presiden MCA Liow Tiong Lai yang didakwa "seolah-olah lari ke Beijing" sewaktu insiden malang itu berlaku.

Sebaliknya, katanya yang juga ahli parlimen Ayer Hitam, Liow baru sahaja sampai ke Beijing untuk menyelesaikan isu MH370, sebelum bergegas pulang untuk menguruskan insiden MH17.

Sewaktu perbahasan juga, beliau turut membangkitkan dakwaan kenyataan MP Pandan Rafizi Ramli dalam satu tweet palsu (kanan) yang dikatakan menggesa kerajaan tidak menggunakan wang rakyat untuk memberi rasuah kepada pemisah bagi mendapatkan kotak hitam.

Bagaimanapun, Rafizi yang juga pengarah strategi PKR bangun menafikan perkara itu dan meminta Wee menarik balik dakwaan itu dengan menyifatkan ia sebagai "menghina dewan dan menggunakannya untuk tujuan politik".

"Penjelasan mengenai perkara itu telah diberikan. Ia palsu. Tetapi Ayer Hitam masih menggunakannya. Minta tarik balik," katanya sambil mengancam untuk membuat laporan polis berhubung kenyataan itu.

Hal demikian mengundang pertikaman lidah oleh beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat seperti Khalid Samad dan Hanipa Maidin yang bangun mendesak Wee menarik balik kenyataan itu dan mendesak membuat Timbalan Speaker Ronald Kiandee membuat keputusan.

Mereka menegaskan bahawa kenyataan berunsur fitnah itu tidak boleh kekal dalam hansard parlimen.

Bagaimanapun timbalan speaker Dewan Rakyat Ronald Kiandee menggunakan kuasanya mengikut peraturan mesyuarat 36.12 supaya Wee tidak mengulas lanjut perkara yang dibangkitkanya dan meneruskan perbahasan dengan menyentuh topik lain.

"Saya mengambil maklum permintaan YB Pandan dan menyerah kepada badan berwajib untuk membuat siasatan," kata Wee sebelum meneruskan topik lain.

Isu MB: DAP & PAS putus masa terdekat

Posted: 23 Jul 2014 03:09 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini menerima cadangan PKR untuk membuat pertukaran menteri besar Selangor dan mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

"Parti DAP dan PAS akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

"DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan menteri besar Selangor adalah daripada PKR," menurut kenyataan bersama tiga pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

'Sultan tak boleh tolak calon parti majoriti'

Posted: 23 Jul 2014 03:07 AM PDT

MALAYSIAKINI

 

 


Sultan Selangor tidak berkuasa menolak apabila calon menteri besar yang dipilih parti majoriti kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari hari ini.

Menurut Aziz perkara sama berlaku di Sarawak apabila ketua menterinya Pehin Seri Abdul Taib Mahmud digantikan Tan Sri Adenan Satem dan apabila Datuk Seri Najib Razak menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.

"Peranan istana dalam perkara ini bersifat istiadat dan formal. Seseorang harus memahami makna 'budi bicara' yang digunakan perlembagaan negeri, merujuk kepada keadaan di mana tiada pilihan jelas antara calon yang diberikan," kata Aziz mengulas krisis pentadbiran Selangor dan kedudukan Khalid sebagai menteri besar.

Aziz, bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa dan kini dengan Universiti Selangor memberi komen keputusan PKR malam Isnin lalu di mana PKR mencalonkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengambil alih tugas menteri besar.

Hari ini, pencalonan Wan Azizah dilaporkan telah dibentangkan kepada majlis presiden Pakatan Rakyat dan perkara itu akan dibawa untuk perbincangan PAS dan DAP.

Polis Buru Suspek Rogol Beramai-ramai

Posted: 22 Jul 2014 07:48 PM PDT

KELAB GREENBOC



Gambar suspek rogol beramai-ramai didedah


KOTA BHARU - Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut.

"Mereka yang dicari ialah, pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.

"Sementara yang ketiga: Mohamad Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin," katanya.

Menurutnya, sehingga kini 15 tangkapan sudah dibuat dan lima daripada mereka telah mendapat persetujuan Ketua Unit Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.

"Kami masih belum memberhentikan usaha mengesan lebihan suspek-suspek yang belum ditahan dan usaha menjejaki mereka masih giat dijalankan," katanya.

Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama.

Pada 9 Julai 14, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol mangsa sama yang berusia 17 tahun.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya. -SH

Jangan lihat masalah yang nampak dipandang sahaja, masalah yang maknawi perlu di kaji

Posted: 22 Jul 2014 07:42 PM PDT

aspanaliasnet.blogspot.



Jika pesawat MH 17 sengaja ditembak dan dalam keadaan sedar oleh penembaknya, ia tidak lain pihak atau negara itu sedang mengisytiharkan perang kepada sebuah negara yang berdaulat yang tidak suka kepada peperangan. Jika ia tidak disengajakan, dan ianya berlaku oleh kerana tersalah sasaran seperti setengah teori yang di dengar, ia adalah kecuaian yang tidak terhingga tahapnya kerana pertelingkahan dua pihak yang sedang dalam peperangan.

Dua pihak yang sedang berperang itu ialah pihak pemisah di Ukraine yang disokong oleh Russia dan kerajaan sekarang di bawah pimpinan Petro Poroshenko yang di sokong oleh Amerika Syarikat. Apa pun yang berlaku dan siapa pelaku dalam peperangan ini ia merupakan krisis 'geopolitics'. Dalam sesuatu peperangan seperti ini ia bukan sahaja melibatkan kedua pihak yang berperang itu, tetapi ia melibatkan banyak negara lain serta masyarakat antarabangsa dan kali ini serpihan peperangan itu melibatkan negara kita dengan isu terhempasnya MH17.

Penembakan 'missile' berpandu terhadap MH17 ini melibatkan nyawa penumpang seramai 295 orang yang telah maut sekali gus, lebih dahsyat dari jumlah kematian yang dialami penduduk Palestin sejak serangan Israel terhadap Gaza sejak 10 hari yang lalu. Negara baru sahaja mengalami insiden yang tidak pernah berlaku dalam sejarah yang begitu panjang dimana sebuah pesawat kita telah hilang dan tidak dapat dikesan sehingga kehari ini walaupun telah melampaui lebih empat bulan kejadian itu berlaku.

Apa sebenarnya yang menyebabkan negara kita menghadapi kejadian yang semuanya melibatkan nyawa yang tidak berdosa ini. Persoalannya sekarang adakah kedua-dua kejadian ini hasil dari 'geopolitics' dunia ini? Satu pertiga negara-negara didunia ini telah bertindak mencari MH 370 dahulu tetapi sehingga sekarang pesawat itu tidak juga di jumpai. Tentunya ia melibatkan teknoloji dan kepakaran yang begitu sofistikated  sehinggakan tiada siapa dan mana-mana negara pun tidak mampu mencari pesawat dan penerbangan itu berada.

Jika teknoloji yang begitu canggih tidak dapat mencari penyelesaiannya apakah teknoloji yang lebih tinggi dari yang ada pada hari ini? Adakah ini semua merupakan dalil-dalil yang lebih besar dari itu. Apakah yang lebih besar dari sains selain dari kebesaran Tuhan yang Maha Esa yang tiada boleh dibandingkan sesuatu itu?

Jika kita sandarkan kepada hakikatnya, apakah mesej dan petunjuk-petunjuk untuk kita melakukan sesuatu yang memerlukan bukan sahaja kekuatan ilmu malahan ia memerlukan kekuatan jati diri yang sebenar-benarnya diri kita itu? Tidak adakah sesiapa yang bermain dalam pemikiran mereka untuk menjadikan kejadian-kejadian ini sebagai petunjuk bagi kita dan negara kita untuk berubah dan memperlihatkan perbezaan keadaan kita dari apa yang kita ada pada hari ini?

Apa yang berlaku hari ini adalah tanda arah kepada apa yang akan berlaku pada masa depan. Tidakkah ada yang mengambil semuanya ini sebagai petunjuk kepada kita yang segala yang berlaku itu adalah bersebab dan terpulang kepada kita untuk berfikir dan menilai samada kejadian ini dijadikan sebagai perkara yang perlu di introspeksi kedalam diri kita sendiri.

Persoalannya kenapa begitu berlarutan dan kejadian yang buruk berlaku semasa pentadbiran Najib ini? Tidak kah terfikir oleh pihak-pihak yang mahu berfikir yang ulil amri itu mempunyai kaitan secara rapat dengan keadaan negara yang di pimpin seorang pemimpin itu?

Kita selalu bercakap dan bertindak dengan sendirian tanpa mempunyai elemen mengaitkan segala-galanya itu secara 'spiritual' dan ketuhanan. Orang seperti saya tidak layak untuk memikirkan isu ini, tetapi saya tahu yang ramai yang lain, mungkin yang tidak di kenali atau yang sudah di kenali boleh dan berkemampuan untuk menjadi penyelesai kepada keadaan yang merungsing hidup ini.

Hanya yang saya dan orang yang setaraf rendahnya dengan diri saya untuk berfikir dan memajukan idea yang luhur yang berhubung kait dengan kepimpinan ini. Kita tidak boleh menjadi pemimpin, tetapi kita juga tidak mahu mereka yang memimpin ini setaraf rendahnya dengan kami dibawah ini.

Banyak tanda-tanda dan bukti yang memperlihatkan kepada kita yang kejadian-kejadian ini merupakan petanda-petanda yang jelas yang kepimpinan atau ulil amri itu wajar bertanggungjawab terhadap semua kejadian seperti ini. Takkan lah semua kesalahan itu terbitnya dari musuh kita sahaja, masalah dari dalam kita sendiri pun wajib di fahami dan di akui.

Semoga kita semua di gerakan dalam semua tindakan kita itu sentiasa dalam keredhaanNya.

Azizah MB Selangor, jangan tersangkut?

Posted: 22 Jul 2014 07:34 PM PDT

MSO


Malam tadi PKR telah memutus dan memuktamadkan Presiden PKR Dr Wan Azizan Wan Ismail dinamakan sebagai bakal MB Selangor untuk menggantikan Abdul Khalid Ibrahim. Keputusan itu diumumkan Penasihat Umum PkR Anwar Ibrahim setelah pimpinan PKR mengadakan mesyuarat.


Apakah Azizah akan catat sejarah?
Dengan pengumuman itu bererti siapa bakal mengganti Khalid sudah selesai. Sebelum ini nama timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga disebut-sebut sebagai pengganti Khalid. Ketetapan PKR itu suatu yang bijaksana dan perlu dihormati. Semua pihak dalam PKR hendaklah akur dengan keputusan itu.

Penamaan Wan Azizah itu dilihat sebagai untuk meredakan keadaan dan bagi merapatkan saf kepimpinan dalam PKR yang sebelum ini agak kalut sedikit gara-gara Khalid enggan mematuhi kehendak parti. Diharap selepas ini PKR akan dapat suntikan semangat baru dan keyakinan hidup yang lebih bertenaga.

Sewajarnya kalau semua pihak mengambil sikap "tasamuh" dan menerima keputusan parti kerana parti itu tidak ada masa untuk bergaduh panjang memandangkan kepentingan rakyat dan negeri Selangor lebih penting daripada kepentingan peribadi mana-mana pihak. Walaupun Selangor negeri terkaya dan ditadbir baik oleh Khalid tetapi masih banyak perkara yang belum lendek dan disapu ke bawah karpet.

Mungkin ada orang persoalkan kenapa PKR menamakan Dr Wan Azizah. Mereka yang termakan dengan jolokan pihak Umno yang mempertikaikan "ketanggungan" Azizah untuk jadi MB kerana dia seorang wanita akan menjadi iseng dan disampuk sawan babi. Dalam konteks ini adalah silap kalau penamaan Azizan itu disuluh dari sudut beliau seorang wanita. Apa yang patut dikenang dan diambil kira Dr Wan Azizah adalah presiden parti di mana dari segi hirearki beliau adalah paling layak selepas Mohamed Azmin Ali sebagai timbalan prsiden untuk menjabat jawatan sebesar itu.

Pandangan terhadap Azizah yang dinamakan bakal MB itu seharusnya bukan atas kapasitinya dia kaum Hawa tetapi martabatnya sebagai Presiden parti. Kelestarian PKR sejak ia ditubuhkan hingga berjaya mengekang kemaraan Umno perlu diinsafi ianya dipimpin oleh Dr Wan Azizah.

Dalam hakikat berorganisasi kedudukan dan kuasa yang ada kepada Azizah samalah dengan kuasa yang ada kepada Mohd Najib Razak selaku presiden Umno atau Abdul Hadi Awang selaku presiden Pas. Kadang-kadang orang terlupa akan kapasiti yang ada kepada Dr Wan Azizah. Apakah dia dinasihati atau pun dipengaruhi oleh suaminya Anwar Ibrahim, tidak perlu ditakwilkan, dan penakwilan mengenai hal itu adalah dangkal kalau kita memahami kelok-kelok dan tribulasi dalam politik. Lagipun adalah logik dan bijak kalau beliau menerima pengaruh suaminya, kerana Anwar sendiri kualiti dan tarafnya sebagai seorang perdana menteri.

Mohd Najib juga tidak dapat menghindari daripada dipengaruhi isteri Rosmah Mansor, dan begitu juga Abdul Hadi Awang sering diheretkan dengan kuasa atau pun idea-idea politik Mustapa Ali. Tidak ada mana-mana pemimpin di dunia ini yang memimpin atau mentadbir tanpa ada penasihat dan terpengaruh dengan mana-mana pemikiran.

Cuma seperti dikatakan sebelum ini pemilihan Khalid yang bukan dari kalangan pimpinan utama adalah atas ehsah dan hubungan baik beliau dengan Anwar. Sesiapa tidak dapat menafikan kewujudan Khalid di tempatnya itu atas kehendak Anwar. Pilihan Anwar kepada Khalid walaupun "khilaf" dari segi kelaziman politik, tetapi ia satu pilihan tepat pada masa itu. Sayangnya Khalid tidak tahu berbudi dengan jawatan itu untuk memperkasakan parti menyebabkan beliau dipertikai ramai dan akhirnya minta pamit.

Penamaan Azizah sebagai bakal MB Selangor akan tetap dipertikaikan. Pihak lawan sebelum ini sudah melancarkan perang psikologi apabila nama Azizah disebut-sebut menjadi MB. Antara peluru yang digunakan ialah mengenai kedudukan Azizah sebagai seorang wanita yang dikatakan bermasalah untuk menjadi MB kerana berdepan dengan sifat biologi Azizah sebagai seorang wanita yang mengalami uzur syarie.

Pendangan itu diberi oleh peguam agung Umno bernama Hafarizam Harun yang mengatakan Azizah tidak layak jadi MB kerana uzur syarie. Pandangan "jahiliah" peguam itu mendapat kecaman hebat daripada semua pihak termasuk rakan komponen Umno dalam BN, MCA. Orang Umno selalu demikian bercakap dahulu sebelum merujuk kepada hukum fiqh.

Selain itu dipihak Pas juga menunjukkan kurang senang kalau PKR menamakan Azizah. Katanya Pas lebih cenderong kepada Azmin. Walaupun Pas ada hajat untuk memperjudikan calonnya sendiri, namun parti itu dipercayai ditekan oleh rasa persahabatan menerusi Pakatan Rakyat. Pas menjadi segan dengan DAP yang mengambil sikap terbuka dan menyokong penuh PKR untuk mewarisi kerusi MB Selangor menyebabkan Pas tidak begitu serius.

Kenyataan Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali yang menegaskan kerusi MB Selangor hak PKR dan Pas tidak akan ganggu memancungkan angan-angan dua Exco Pas yang berminat untuk jadi MB. Sebelum ini kedua-dua Exco berkenaan sudah mula berjalan meniru gaya MB dan tidurnya juga diganggu mimpi YAB. Ruangan media sosial seorang Exco juga sudah mulai lebat dengan catatan-catatan aktivitinya yang berjumpa rakyat siang malam persis seorang MB. Manakala Exco berkenaan juga sering mengeluarkan pendapat berkadas antara satu sama lain yang menjurus kepada melobi kerusi MB.

Tindakan Pas itu yang memperakui kerusi MB Selangor adalah hak PKR boleh diangkat tabik dua kali. Dua kali sahaja, sebab Pas juga ada kalanya berdolak dalih dan main "keret" ekor. Contohnya apa yang berlaku di beberapa buah kerusi dalam pilihan raya umum lalu.

Pun begitu walaupun kedua-dua rakan PKR, Pas dan DAP tidak ada masalah dengan Azizah, tetapi prsose penggantian itu dijangka selepas Aidifitri bukan mudah. Yang nyatanya ia bukan rahmat malam lailatu qadar? Ia tetap keputusan politik. Bila disebut politik maka akan adalah politiking. Justeru ada beberapa halangan atau kemungkinan lain boleh berlaku. Di sinilah memerlukan kerjasama dan sikap understanding yang tinggi semua pihak.

Cukup penting ialah ketulusan daripada Khalid Ibrahim. Sekiranya Khalid tidak ikhlas dan sukar menerima apa yang dihukumkan ke atas dirinya ia boleh menyebabkan kesenimbungan projek Kajang Move itu terganggu. Hendaknya jangan sampai terganggu untuk kedua kali, apa lagi melibatkan suami dan isteri. Malu weh....

Hasrat PKR atau Anwar untuk menobatkan Azizah sebagai wanita pertama menjadi MB di negara ini itu boleh sangkut. Masih ada "kluk klik" lain yang boleh menganggui tujuan itu. Kalau hasrat Anwar untuk bertanding di pilihan raya kecil DUN Kajang sebagai persiapan menjadi MB diganggu, tidak kurang juga dengan peralihan Kajang Move kepada Wan Azizah ini. Akan ada usaha ke arah itu. Musuh tidak pernah berhenti dari mengadu domba dan berusaha mengagalkan langkah kawannya. Para ustaz yang diupah dengan wang emas seuncang seroang juga akan berdoa agar ia terhalang.

Kalau mahkamah dan undang-undang yang dikendalikan manusia rela menjadi alat politik dan jahat, menganggu langkah Anwar di Kajang, apakah pula ganguan terhadap rancangan meletakkan Azizah sebagai MB ini? Dalam tilikkan saya ada dua faktor yang boleh menjejaskan perkara ini. Pertama oleh Khalid Ibrahim sendiri dan kedua pihak Istana. Kalau (dibuat) Khalid tidak mahu berundur, proses ini akan terganggu. Apa lagi kalau tindakan Khalid itu dipersetujui oleh Istana. Begitu juga kalau Sultan Selangor enggan memberi perkenan kepada Wan Azizah menyebabkan proses ini akan tersangkut.

Benar, Sultan harus menerima sesiapa sahaja menjadi MB daripada parti yang mendapat kepercayaan dan majoriti. Sultan tidak ada hak untuk menghalang kerana begitu kehendak Perlembagaan. Perlembagaan adalah "Quran" kepada sesebuah negara yang harus dipatuhi secara adil dan saksama. Namun pun begitu ia sering kali terlanggar dan dilanggar. Mungkin peristiwa yang berlaku di Kelantan, Terenganu, Kedah atau Perak atau di Pahang dan Johor tidak lama dahulu dimana boleh dijadikan paduan dan iktibar, bagaimana apabila ada campur tangan pihak Istana menyebabkan maksud parti politik yang menang untuk melantik seseorang terganggu dan menjadi kucar kacir.

Tetapi kita percaya dalam hal Selangor ini risikan sudah dibuat terlebih dahulu. Boleh jadi tindakan PKR menamakan Azizah sebagai pengganti Khalid itu sudah pun mendapat perestuan daripada pihak Istana atau pun dimaklumkan. Atau pun pihak Istana bersikap terbuka sedia menerima sesiapa sahaja sebagai MB asalkannya orang itu mendapat sokongan parti. Keadilan yang ditunjuk setakat ini boleh dihormati.

Bagi mengejapkan kedudukan atau cadangan PKR ini, elok kalau Azmin Ali membuat kenyataan dan pendirian memberi sokongan sepenuhnya kepada presiden parti sebagai bakal MB. Begitu juga dengan Khalid Ibrahim nyatakan sokongan padu dengan tulus. Dengan cara itu mereka akan dilihat sebagai seorang ahli politik yang mempunyai wisdom yang tinggi dan segala kusut masai tidak ada lagi.

Biaqpila

Posted: 23 Jul 2014 03:18 PM PDT

Biaqpila


MILITAN PRO RUSIA MENGAKU TEMBAK JATUH MH17

Posted: 23 Jul 2014 09:21 AM PDT






Sejak MH17 terhempas pada Khamis lalu, permainan saling menyalahkan berlaku antara Ukraine dan Rusia berkenaan siapa bertanggungjawab atas kematian 298 penumpang dalam pesawat yang ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. – Gambar Reuters, 23 Julai, 2014. Sebuah akhbar harian Itali melaporkan pengakuan mengejutkan oleh militan pro-Rusia yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada Khamis lepas.

Corriere della Sera hari ini melaporkan temubual dengan militan yang tanpa berselindung berkata mereka tersalah anggap pesawat komersial itu adalah pesawat tentera Ukraine.

Laporan itu diteruskan dengan militanberkata beliau dan rakan-rakan unit ‎diberitahu agar bersedia untuk berdepan tentera Ukraine, yang terselamat daripada pesawat tentera disyaki, sebaik sahaja mendarat.


"Pada petang Khamis, komander memerintahkan kami masuk ke dalam lori dengan senjata dan peluru. Mungkin 10 minit lebih awal, terdengar satu letupan kuat di udara.
"Kami baru sahaja menembak jatuh salah satu kapal terbang Kiev Fascist, mereka memberitahu kami, memberi kami amaran ‎berjaga-jaga kerana sekurang-kurangnya beberapa orang anak kapal dilaporkan terselamat," militan itu memberitahu akhbar Itali dalam satu temubual di stesen kereta api Torez di mana kereta api mengandungi mayat mangsa MH17 yang bertolak ke Kharkiv.

"Kami mencari payung terjun di atas tanah dan pokok. Tiba-tiba, saya melihat serpihan.

"Di bawahnya, saya dapati mayat seorang gadis kecil, yang berusia tidak lebih lima tahun. Dia telungkup ke bawah. Ia sangat dahsyat. Ketika itulah saya menyedari ia kapal terbang awam. Bukan milik tentera," kata beliau dalam temu bual itu.

Walaupun enggan memberikan nama dan pangkatnya, militan berusia 31 tahun itu berkata beliau adalah seorang ahli unit separa tentera Oplot, yang menurut Corriere della Sera ditugaskan menjaga lokasi kemalangan sejak pesawat itu terhempas pada Khamis lepas.

Pendedahan ini mengejutkan selepas lima hari pemimpin pemisah Igor Girkin menyiarkan di media sosial pemberontak bertanggungjawab terhadap insiden MH17, mendakwa mereka menembak jatuh pesawat yang disangka milik tentera Ukraine.

Dalam posting itu, yang dilaporkan dibuat kira-kira 30 minit selepas kejadian, Girkin menulis "Di Torez, kami menjatuhkan kapal terbang, AN-26. Ia terletak di suatu tempat di Progress Mine. Kami mengeluarkan amaran agar tidak terbang di ruang udara kami."

Posting itu dipadamkan tidak lama kemudian, apabila mendapat tahu pesawat ditembak jatuh itu adalah pesawat awam.

Keesokan harinya, akhbar Ukraine menerbitkan apa yang dikatakan rakaman perbualan telefon, pertama antara pegawai perisikan Rusia dan seterusnya antara komander pemisah, berkenaan pesawat terhempas yang dipercayai MH17.

Sejak MH17 terhempas pada Khamis lalu, permainan saling menyalahkan berlaku antara Ukraine dan Rusia mengenai siapa bertanggungjawab atas kematian 298 penumpang dalam pesawat yang ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal meninggal dunia dalam tragedi itu,dengan hampir 200 daripada mereka adalah warga Belanda.

Penerbangan pertama membawa 298 mayat tiba di Belanda hari ini, selepas meninggalkan Kharkiv. – 23 Julai 2014.

TMI


MUSIM BALIK KAMPUNG:PASANG CCTV MURAH

VERSI PENJELASAN YANG MONYET PUN BOLEH FAHAM.

Posted: 22 Jul 2014 08:00 PM PDT

ANALISA TENTANG TAN SRI KHALID IBRAHIM 


Beliau seorang lelaki yang tidak maskulin, tidak kacak dan tidak metroseksual dalam penjagaan gaya rambut. Dalam percakapan pula beliau kadangkala gagap dan selalu tersilap. Hingga pernah kempen pilihanrayapun dia boleh tersilap kempen untuk undi pihak lawan. Jika dilihat pada gaya semasa beliau ke masjid tanpa urusan rasmi, beliau sama macam pakcik-pakcik dan abah-abah di kampung yang pergi ke surau.

Dari aspek gaya seorang MB, saya rasa beliau hanya 2/10 sahaja

TETAPI Allah sudah jadikan manusia itu tidak sempurna. Atas ketidaksempurnaan Tan Sri Khalid itu tersemat kebolehan BEKERJA DAN MENTADBIR YANG BAIK yang tiada pada banyak MB-MB Selangor sebelum ini. Jika beliau korup, pasti beliau sudah lebih kaya dari Khir Toyo dan Mike Tyson tetapi itulah Khalid Ibrahim, dia simple macam pakcik-pakcik tetapi hebat dalam pentadbiran strategik. Janganlah turunkan dia kerana dia menutup lubang-lubang tiris walaupun kepada sahabat-sahabat separtinya. Itu pasal kawan-kawan marah

Saya faham sangat dia ni tak pandai "kipas" dan "air-cond" tapi saya tak rasa baru sepenggal lebih dia jadi MB, berilah satu jangkamasa yang cukup lama untuk beliau buktikan kehebatan pentadbirannya lebih baik lagi. Tak pandai cakap, tapi pandai buat kerja lebih baik dari CAKAP BANYAK tapi tak pandai buat.

Dari aspek KEBOLEHAN MENTADBIR seorang MB, saya rasa beliau hanya 9/10

SAIFUL NANG
‪#‎IPreferTanSriKhalid‬




Kerabu Bersuara ®

Posted: 23 Jul 2014 03:14 PM PDT

Kerabu Bersuara ®


#mh17 : Simpan sikit bodoh tu

Posted: 23 Jul 2014 01:44 PM PDT



Memalukan la bro.

Pembentangan Usul Mengenai Tragedi Malang Yang Menimpa Pesawat MAS, MH17 Pada 17 Julai 2014, Di Bawah Peraturan 27(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Posted: 22 Jul 2014 09:02 PM PDT



Pembentangan Usul Mengenai Tragedi Malang Yang Menimpa Pesawat MAS, MH17 Pada 17 Julai 2014, Di Bawah Peraturan 27(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Tuan Yang Dipertua,

1. Kira-kira jam 11 malam, pada hari Khamis 17 Julai 2014, bersamaan 19 Ramadan 1435 Hijrah, satu tarikh yang tidak akan luput dalam ingatan, apabila saya menerima panggilan daripada Pengerusi Malaysian Airlines, Tan Sri Md Nor Yusof, berkaitan MH17.

2. Ternyata, belum pun reda tragedi MH370, kini peristiwa tragik MH17 berlaku tanpa diundang.

3. Bahawa, atas ketentuan Ilahi jua, satu peristiwa tragik telah berlaku. Dunia secara umum dan khususnya kita rakyat Malaysia, telah dikejutkan dengan tragedi tidak terduga, apabila pesawat komersial Boeing 777-200 Malaysia Airlines penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur diberitakan terhempas.

4. Dalam tempoh kurang 2 jam, saya telah tiba di bilik operasi MAS KLIA, bersama beberapa orang Menteri. Kami diberi taklimat daripada pihak pengurusan MAS tentang apa yang berlaku. Setelah itu, tanpa berlengah, saya tidak putus-putus menghubungi dan dihubungi oleh beberapa pemimpin dunia antaranya Presiden Obama dari Amerika Syarikat, Perdana Menteri Mark Rutte dari negara Belanda dan Presiden Ukraine Petro Poroshenko tentang musibah yang terjadi.

5. Selepas itu, lebih kurang pukul 2 pagi, saya telah membuat keputusan segera untuk menghantar pasukan khas ke kawasan bencana tersebut.

6. Akhirnya, sekitar jam 5 pagi, saya telah mengadakan sidang akhbar khas, untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia, tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku pada ketika itu.

7. Untuk makluman dewan yang mulia ini, penerbangan tersebut berlepas kira-kira jam 12.15 tengahari waktu tempatan, dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia. Pesawat itu membawa sejumlah 298 orang, yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Seramai 43 orang daripadanya merupakan warganegara Malaysia termasuklah 2 orang bayi.

8. Pihak Malaysian Airlines turut mengesahkan menerima makluman daripada Pusat Kawalan Trafik Udara atau ATC, Ukraine yang ia terputus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 10.15 malam waktu tempatan, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.

Pernyataan Takziah dan Belasungkawa

Tuan Yang Dipertua,

9. Justeru, bagi mewakili pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya menzahirkan perasaan amat dukacita, rasa sangat sedih dan kepiluan yang amat sangat terhadap tragedi yang menimpa penumpang-penumpang serta anak-anak kapal pesawat MH17.

10. Lanjutan itu, ucapan takziah dan belasungkawa serta simpati yang sangat mendalam juga, terutama kepada kepada seluruh anggota keluarga, rakan taulan dan kenalan mangsa-mangsa tragedi. Adalah diharapkan semoga mereka semua terus cekal dan tabah dalam menempuh dugaan yang amat berat lagi mencabar ini.

11. Dalam hal ini, kita juga telah memutuskan pada 18 hingga 21 Julai 2014 lalu, Kerajaan telah mengisytiharkan panji-panji negara yakni jalur gemilang, dikibarkan separuh tiang di seluruh negara.

12. Kepada yang beragama Islam, marilah kita sedekahkan Ummul Kitab Al-fatihah dan kepada yang beragama lain, kita bertafakur sejenak.

Fakta-Fakta Mustahak

Tuan Yang Dipertua,

13. Beberapa fakta penting yang perlu diperincikan dalam dewan yang mulia ini.

14. Fakta pertama: Jumlah mangsa yang terkorban. Bagi makluman semua, Malaysia Airlines telah menyenaraikan kewarganegaraan penumpang dan anak kapal pesawat MH17 yang terlibat dengan insiden ini. Senarai kemaskini pada 18 Julai 2014 berdasarkan pecahan warganegara yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

Belanda- 192 orang
Malaysia- 43 orang (termasuk 15 anak kapal dan 2 bayi)
Australia- 27 orang
Indonesia- 12 orang (termasuk seorang bayi)
United Kingdom- 10 orang (termasuk 1 dwi-kerakyatan UK/Afrika selatan)
Jerman- 4 orang
Belgium- 4 orang
Filipina- 3 orang
Amerika- 1 orang (dwi kerakyatan Amerika/Belanda)
Kanada- 1 orang
New Zealand- 1 orang

Ini menjadikan kesemua mangsa yang terkorban berjumlah 298 orang, terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Ini termasuk 83 orang kanak-kanak dan 3 bayi yang tidak berdosa.

Tuan Yang Dipertua,

15. Fakta kedua: Laluan Penerbangan MAS diperakui selamat. Berkaitan laluan penerbangan yang digunakan oleh MAS pula, perlu saya jelaskan, bahawa laluan penerbangan yang direntasi pesawat MH17 ini merupakan laluan yang diperakui selamat dan diluluskan oleh International Civil Aviation Organization atau Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ICAO, serta negara Ukraine yang ruang udaranya turut dijadikan laluan penerbangan. Tambahan lagi, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa atau IATA juga telah menyatakan ruang udara yang direntasi pesawat itu adalah laluan udara yang selamat.

16. Sebagai contoh, lima belas daripada 16 syarikat penerbangan dalam Persatuan Penerbangan Asia Pasifik turut menggunakan laluan ini untuk ke Ukraine. Syarikat penerbangan Eropah juga menggunakan laluan sama dan merentasi ruang udara yang sama. Malah, beberapa jam sebelum nahas, beberapa pesawat penumpang syarikat penerbangan dari beberapa negara Asia turut menggunakan laluan yang sama.

17. Untuk makluman juga, menurut Wall Street Journal, yang memetik laporan dari Eurocontrol, terdapat 400 penerbangan komersial, termasuk 150 penerbangan antarabangsa dilaporkan merentasi ruang udara Timur Ukraine setiap hari. Malah, 2 hari sebelum berlakunya tragedi ini, sebanyak 75 penerbangan dari pelbagai syarikat penerbangan yang berbeza turut menggunakan laluan yang sama, sepertimana laluan yang digunakan oleh Pesawat MH17. Lagi pula, ketika pada hari kejadian itu juga, juruterbang Pesawat MH17 tidak menerima sebarang arahan untuk menukar laluan penerbangan.

18. Fakta ketiga: Fizikal dan Teknikal Pesawat MAS berkeadaan baik. Berkait soal keadaan fizikal serta teknikal pesawat pula, pada awal pagi 18 Julai 2014 lalu, MAS telah mengeluarkan kenyataan dan mengesahkan bahawa pesawat MH17 berada dalam keadaan baik. MAS turut mengesahkan semua sistem pesawat berfungsi seperti biasa, terutamanya Aircraft Communications Addressing And Reporting System (ACARS) dan transponder pesawat.

19. Fakta keempat: Undang-Undang Antarabangsa. Tindakan menembak jatuh pesawat ini, bukan sahaja perbuatan yang sangat zalim, malah bertentangan serta melanggar prinsip sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa melalui Convention on International Civil Aviation atau lebih dikenali sebagai Chicago Convention dan diiktiraf oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB dalam Resolusi 1067 (1996).

20. Dalam hal ini, PBB telah sebulat suara menerima pakai resolusi bagi mendesak puak pemisah memberi akses tanpa halangan ke tempat kejadian di mana pesawat MH17 terhempas di Ukraine. Ia juga mendesak agar semua kegiatan ketenteraan, termasuk oleh kumpulan bersenjata, dihentikan serta-merta di sekeliling kawasan terbabit dengan insiden berkenaan, bagi membolehkan penyiasatan antarabangsa dilakukan dengan selamat.

21. Sehubungan itu, saya juga telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji perkara ini dengan mendalam dan teliti, bagi memastikan sebarang tindakan yang akan diambil oleh Malaysia kelak, berlandaskan serta selaras dengan undang-undang antarabangsa yang terpakai dalam hal keadaan sebegini.

Tuntutan dan Gesaan Malaysia

Tuan Yang Dipertua,

22. Sebagai makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada 17 Julai 2014, iaitu beberapa jam selepas pesawat MH17 terhempas, pegawai di Amerika Syarikat dan Ukraine mendakwa pesawat tersebut telah ditembak jatuh di Timur Ukraine.

23. Jika benar dakwaan tersebut berlaku, kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperikemanusiaan, tidak bertamadun, biadap dan bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat malang MH17.

24. Namun demikian, buat masa ini, kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, sehinggalah bukti benar-benar sahih dapat diperolehi.

25. Saya difahamkan bahawa kawasan berlakunya kejadian tersebut, telah dikuasai serta dikawal oleh kumpulan pemisah. Namun demikian, saya merasa agak marah dan kecewa disebabkan oleh dua perkara iaitu:

Perkara pertama: Apabila saya dimaklumkan bahawa mereka tidak menghormati kawasan tragedi kemalangan itu sebagai kawasan larangan serta tidak mengikut atau mematuhi piawai amalan antarabangsa untuk mempastikan bahan-bahan bukti tidak hilang dan tidak tercemar.

Perkara kedua: Kelewatan dalam mengendalikan tragedi itu, yang menyebabkan kegagalan memberi penghormatan dan menjaga maruah mayat-mayat mangsa yang sepatutnya mereka terima.

26. Di samping itu juga, Malaysia menggesa ICAO, selaku penjaga keselamatan penerbangan awam sedunia, untuk mengeluarkan resolusi yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas pesawat MH17, sebagaimana yang telah dibuat terdahulu dalam kes penembakan pesawat udara yang lain.

27. Tambahan pula, perbuatan menembak jatuh pesawat komersial MH17 ini, suatu tindakan sangat zalim dan merupakan jenayah yang sangat kejam dan sangat ganas.

Tuan Yang Dipertua,

28. Seperti yang dinyatakan dalam Annex 13, Konvensyen ICAO, Kerajaan Ukraine perlu bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan yang membawa kepada berlakunya nahas itu. Laporan kemaskini siasatan perlu diberikan kepada keluarga terdekat sepertimana tertakluk di dalam garis panduan ICAO.

29. Semestinya, Malaysia akan menawarkan sokongan penuh tidak berbelah bahagi untuk terlibat sama dalam siasatan ini. Untuk makluman, Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Liow Tiong Lai dan Menteri Luar, Dato' Sri Anifah Aman antara yang telahpun berada di Kiev, Ukraine.

30. Oleh yang demikian, Malaysia juga mengalu-alukan gesaan untuk siasatan oleh badan bebas antarabangsa mengenai nahas itu, dan mendesak semua pihak untuk bekerjasama bagi memastikan siasatan itu dapat diselesaikan. Kita menuntut dan menyokong siasatan antarabangsa yang bebas dalam tragedi ini. Pihak yang bertanggungjawab terhadap berlakunya tragedi ini perlu dibawa dan dihadapkan ke muka pengadilan.

31. Berkait dengan itu, pada jumaat lalu, kita telah menghantar sebuah pesawat yang membawa satu pasukan khas sejumlah 133 orang, terdiri daripada pasukan SMART, pegawai-pegawai teknikal, kumpulan perubatan dan Jakim ke kawasan bencana. Satu Pasukan Penyiasatan Khas juga terdiri daripada wakil dari Malaysia, Belanda, Britain dan Amerika Syarikat telah dibentuk.

32. Kepada ahli keluarga dan waris mangsa nahas pula, MAS telah pun menghantar seramai 40 kakitangannya ke Amsterdam untuk memberi bantuan dan sokongan moral kepada ahli keluarga mangsa.

33. Selanjutnya, saya juga telah menerima banyak panggilan daripada pemimpin-pemimpin dunia yang memberi sokongan dan simpati serta berjanji akan menghulurkan pertolongan dalam apa jua bentuk yang terdaya. Tentunya, bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan mereka dan masyarakat dunia kepada Malaysia.

Tuan Yang Dipertua,

Kejayaan Tiga Persetujuan

34. Ketahuilah, secara prinsipnya apa telah dilakukan ke atas mayat mangsa adalah perbuatan yang salah, namun, setidak-tidaknya hasil perundingan dengan ketua kumpulan pemisah, kita berjaya mengurangkan kerosakan yang lebih besar.

35. Lantas, tidak semua tindakan perlu kita hebahkan. Dengan izin, "sometimes we must work quitely in the service of a better outcome" yakni, adakalanya kita mesti bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik, terutama ketika berhubung dengan ketua kumpulan pemisah, dengan nawaitu dan hasrat murni bagi memastikan mangsa-mangsa dapat dikembalikan serta diberi penghormatan untuk disemadikan, meskipun masanya sudah berlalu.

36. Alhamdulillah, pada hari Isnin 21 haribulan Julai 2014 yang lalu, dalam keadaan yang sukar, saya terpaksa mengambil keputusan berisiko, demi kepentingan mayat-mayat mangsa tragedi dan untuk mendapatkan kepastian serta realiti sebenar tentang apa yang telah berlaku.

37. Dalam hal ini, saya telah berunding dengan Alexander Borodai, iaitu Ketua Pemisah Pro-Rusia, kerana kawasan berkenaan dikuasai oleh mereka. Hasil rundingan tersebut telah berjaya mencapai tiga persetujuan iaitu:

i) Pertama: Kesemua mayat mangsa MH17 yang ditemui, yang dianggarkan berjumlah 282, telah dibawa dari Torev ke bandar Kharkiv di Ukraine dengan menaiki keretapi, sebelum diterbangkan ke Amsterdam dengan diiringi oleh enam anggota pasukan penyelamat Malaysia pada jam 1 pagi, hari Selasa 22 Julai 2014 dan telah sampai pada pukul 11.00 pagi waktu tempatan. Selepas kerja-kerja forensik yang akan dilakukan di Amsterdam, kesemua mayat rakyat Malaysia akan dibawa pulang ke tanahair dengan seberapa segera. Saya lakukan perkara-perkara ini dan akan berusaha sedaya mungkin, sebab saya sudah berjanji sewaktu bertemu dengan keluarga mangsa, seboleh-bolehnya menjelang syawal ini, semua mayat mangsa dapat disemadikan dengan selamat. Barulah damai dan tenteram hati-hati pihak keluarga korban tragedi.

ii) Kedua: Dua kotak hitam pesawat MH17 telah diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk, pada pukul 9 malam, hari Isnin 21 Julai 2014, waktu Ukraine, untuk dijadikan hak milik Malaysia. Tanpanya, agak sukar untuk kita meneruskan siasatan. Kotak hitam tersebut telah diserahkan kepada pasukan penyiasat yang diketuai oleh negara Belanda dan akan dihantar ke London untuk siasatan lanjut.

iii) Ketiga: Semua anggota penyiasat bebas antarabangsa diberi akses masuk dan jaminan keselamatan ke lokasi nahas untuk melakukan siasatan komprehensif terhadap tragedi MH17. Namun begitu, perkara tersebut belum lagi menjadi kenyataan sepenuhnya.

Solidariti dan Perpaduan

Tuan Yang Dipertua,

38. Hakikatnya, inilah takwim yang sungguh bertragis bagi kita. Meskipun begitu, pada saat dan detik-detik sukar lagi amat menduga di bulan Ramadan inilah kita semestinya memperkukuhkan lagi solidariti dan semangat perpaduan sesama kita, demi menghadapi semuanya ini. Insya Allah.

39. Tiada kata-kata yang dapat melukiskan kesedihan. Tiada umpama yang dapat menjadi ganti kehilangan insan yang dikasihi. Maka itu, demi menghadapi waktu-waktu sukar ini, tidak kira apa latar belakang politik dan agama, kita sewajibnya bersatu hati sebagai satu negara, 1Malaysia.

40. Sehubungan itu, janganlah membuat spekulasi yang boleh mengaibkan mangsa dan keluarga mangsa. Ini bukan masanya untuk kita berwenang-wenang di sosial media menceritakan sesuatu yang barangkali faktanya tidak tepat atau tidak sahih.

41. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pembangkang dan Ahli Yang Berhormat Gelang Patah serta ketua-ketua parti lain, kerana tampil memberi kenyataan yang menyifatkan tragedi MH17, seumpama pembunuhan beramai-ramai dan pembunuhnya mestilah dibawa ke muka pengadilan.

42. Meskipun begitu, dalam masa kita masih diselubungi perasaan dukacita dan kesedihan yang amat sangat, kita sesekali tidak pernah lupa tentang nasib buruk yang menimpa saudara seakidah kita rakyat Palestin di bumi Gaza, telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa, akibat kekejaman serta kezaliman. Oleh itu, kita mendesak supaya gencatan senjata dilakukan serta merta.

Penutup

Tuan Yang Dipertua,

43. Jelasnya, walaupun banyak ikhtiar yang telah kita lakukan, namun masih ada lagi tugasan yang perlu diselesaikan. Walaupun masih getir dan mencabar serta menempuh pelbagai rintangan, kita tidak sekali-kali akan berhenti separuh jalan.

44. Lantaran itu, kita menggesa penyiasatan mestilah dilakukan oleh sebuah pasukan bebas bagi menyiasat punca-punca pesawat MH17 terhempas. Beberapa persoalan yang inginkan jawapan segera seperti adakah ia ditembak dengan peluru berpandu, angkara siapa, siapa bekalkan persenjataan, apa motif mereka sebenarnya?

45. Lanjutan, adakah ia ditembak secara terancang, dengan niat menjatuhkan pesawat komersial atau kesilapan yang tidak disengajakan? Pasti semuanya ini, perlukan bukti yang jelas dan benar-benar sahih.

46. Walau apa pun yang dilakukan, ini tidak akan dapat mengembalikan apa yang telah hilang. Bayangkan bagaimana anak yang berusia setahun membesar tanpa kasih sayang ayahnya iaitu Ahmad Hakimi Hanapi, seorang pembantu juruterbang, yang menjadi mangsa korban dalam tragedi ini. Tambah memilukan, ibunya pula telah kehilangan suami.

47. Bagaimana pula nasib dan masa depan Amarpal Singh, alangkah gundah hatinya sebagai seorang pelajar perubatan, di mana kos pengajian selama ini, telah ditanggung oleh ayahnya yang menjadi mangsa tragedi ini?

48. Cuba fikirkan betapa leburnya hati seorang nenek, Jamillah Noriah Abang Anuar, dari Kuching, Sarawak yang kehilangan 6 ahli keluarga tersayangnya.

49. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Secara peribadi, saya merasai apa yang mereka alami apabila nenek tiri saya sendiri merupakan salah seorang daripada mangsa tersebut.

50. Berkait insiden itu juga, tambah memilukan, dunia telah kehilangan sekumpulan pakar saintis yang terlibat dalam penyelidikan berkaitan AIDS dan HIV, sedang dalam perjalanan untuk menghadiri Persidangan AIDS Antarabangsa di Australia.

51. Sebenarnya, banyak lagi kisah-kisah yang tidak dapat saya utarakan di sini. Sebagai contoh, negara Belanda telah kehilangan sejumlah 192 rakyatnya dalam tragedi MH17. Jumlah ini sangat besar berdasarkan nisbah peratusan penduduk negaranya.

52. Sebab itu, saya berpendirian bahawa pergolakan geo-politik ini tidak menguntungkan sesiapa. Ini hanya menyebabkan manusia semakin menderita apabila kehilangan orang tersayang dan dunia pula kehilangan insan-insan berwibawa.

53. Justeru, kepada keluarga mangsa tragedi MH17, usahlah merasa bimbang, kerana selagi jawapan belum ketemu, selagi itulah kita tidak berhenti mencari kebenarannya. Sesukar dan sepayah mana pun, keadilan yang dituntut, pasti akan kita kembalikan kepada keluarga mangsa.

Tuan Yang Dipertua,

54. Sesungguhnya jua, let us walk through this difficult time together. Marilah kita jalani tempoh-tempoh dan waktu-waktu yang payah ini bersama-sama, bersatu dalam kesedihan. Moga-moga yang Maha Berkuasa memberi bantuan dan pencerahannya agar ada cahaya penyelesaian di hujung.

55. Atas segalanya, sempena keberkatan dan hari-hari akhir ramadan al-mubarak ini, banyakkanlah berdoa dan berharap agar Allah SWT memberi bantuan serta pertolongan, dalam ikhtiar-ikhtiar kita mencari penyelesaian. Mengambil iktibar mafhum pengertian surah Al-Insyirah, pada setiap kesukaran itu pastinya ada hikmah-hikmah menanti yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta. Dalam segala kudrat manusia, kepada Allah kita membuat segala penyerahan dan mengembalikan segala urusan.

Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadang.

Sekian, terima kasih.

-Dato' Sri Najib Tun Razak -

DUNIACACAMARBA

Posted: 23 Jul 2014 03:04 PM PDT

DUNIACACAMARBA


Gambar Suspek Kes "Rogol 38" Didedah dan Diburu

Posted: 22 Jul 2014 07:24 PM PDT


[Sinar Harian] KOTA BHARU - Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut.

"Mereka yang dicari ialah, pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.

"Sementara yang ketiga: Mohamad Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin," katanya.

Menurutnya, sehingga kini 15 tangkapan sudah dibuat dan lima daripada mereka telah mendapat persetujuan Ketua Unit Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.

"Kami masih belum memberhentikan usaha mengesan lebihan suspek-suspek yang belum ditahan dan usaha menjejaki mereka masih giat dijalankan," katanya.

Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama.

Pada 9 Julai 14, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol mangsa sama yang berusia 17 tahun.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya. -ADILA SHARINNI WAHID, FOTO OLEH KHIRU SHALEH ABDULLAH/22/7/14

Jokowi: Dari Pondok Buluh ke Istana

Posted: 22 Jul 2014 06:59 PM PDT



[Harian Metro] Jakarta: Dia dibesarkan dalam rumah diperbuat daripada buluh di tebing sungai di kawasan kotor di Pulau Jawa.

Beberapa dekad kemudian budak dari kawasan terpinggir itu diangkat rakyat Indonesia menjadi presiden mereka dan yang ketujuh sejak ia merdeka. Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi bermula sebagai tokoh merendah diri yang aktif di luar lingkaran politik ketika Indonesia dicengkam amalan penguasaan melalui dinasti dan golongan elit dari era Suharto. Keputusan muktamad diumum malam tadi mengesahkan Jokowi memenangi persaingan sengit dalam pemilihan pada 9 Julai lalu.

Jokowi mengalahkan bekas jeneral era Suharto, Prabowo Subianto dengan perbezaan enam peratus.

Bekas Datuk Bandar Solo itu memperoleh 53 peratus (atau 70,997,895 undi) berbanding Prabowo 47 peratus (62,576,444 undi).

Menjelang pengumuman rasmi malam tadi Prabowo - bekas menantu Suhato - mengumumkan menarik diri daripada persaingan itu atas alasan berlaku banyak penyelewengan walaupun penganalisis bebas berkata, secara umumnya proses kali ini berlangsung dengan bersih dan adil. Pernah menjadi pengeksport perabot, Prabowo mencatat populariti lebih meninggi selepas dilantik menjadi Gabenor Jakarta pada 2012.

Pendekatannya yang secara langsung dan praktikal amat popular dalam kalangan rakyat ketika mereka sudah muak dengan amalan rasuah serta memencilkan ahli politik. Dia serang melawat kawasan terpinggir di Jakarta dengan cuma berpakaian biasa dan mengetepikan segala prosedur sebagai gabenor.


ORANG ramai memerhati Jokowi menghubungi wakilnya untuk mengetahui perkembangan terkini keputusan rasmi pemilihan presiden di pinggir projek takungan air di Jakarta semalam.

Jokowi juga gemar membuat pemeriksaan mengejut bagi memastikan pegawainya menjalankan tugas dengan betul. Walaupun dibebani tugasan yang berat, bapa kepada tiga anak itu masih memperuntukkan masa melayani minatnya kepada muzik heavy metal.

Pada kesempatan tertentu Jokowi pernah dilihat menghadiri konsert di Jakarta. Susilo Bambang Yudhoyono akan berundur daripada jawatannya tidak lama lagi selepas menjadi presiden selama dua penggal.

Perlembagaan Indonesia mengehadkan tempoh seseorang presiden hanya untuk dua penggal saja. Penganalisis Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa di Jakarta, Tobias Basuki berkata, ketokohan Jokowi adalah sesuatu yang baru untuk rakyat Indonesia.

"Mereka teruja mendapat pemimpin yang faham realiti di bawah," katanya. Jokowi mendapat pendidikan perhutanan di sebuah universiti di Indonesia sebelum memulakan perniagaan perabot yang berjaya.

Dia menyertai politik sebagai Datuk Bandar Solo pada 2005. Antara kejayaan Jokowi selama tujuh tahun menduduki jawatan itu ialah memindahkan penduduk setinggan ke rumah pangsa dilengkapi tandas sistematik serta menyusun penjaja yang menyesakkan jalan raya ke kawasan pasar. Di Jakarta Jokowi memulakan beberapa projek pengangkutan awam bagi mengatasi kesesakan jalan raya.

Dia juga melaksanakan beberapa dasar mesra masyarakat miskin seperti memudahkan akses kepada rawatan perubatan. Namun sesetengah pihak masih tertanya-tanya terhadap kemampuan Jokowi menerajui Indonesia mendepani cabaran di peringkat antarabangsa.

Keterbatasan pengalamannya menjadikan keraguan berkenaan perlu diperhatikan. - AFP/23/7/14


Amuk Kereta Kena Langgar: Kiki Didenda RM5 000, Kerja Komuniti 240 Jam

Posted: 22 Jul 2014 06:46 PM PDT



[Astro Awani] KUANTAN: Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin, 30 yang juga dikenali sebagai Kiki dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan melakukan kerja komuniti selama 240 jam di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman tersebut selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya kerana melakukan khianat terhadap kereta milik Sim Siak Hong, 68 di kawasan parkir kereta Pusat Transformasi Bandar Kuantan di sini pada 14 Julai lalu.

Kiki ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kemudian dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama.

Kiki pada minggu lalu dilihat membuli seorang warga emas selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya.

Video Kiki mengetuk-ngetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta telah dirakam orang ramai dan videonya dimuat naik serta menjadi viral di laman sosial Facebook, Twitter dan YouTube. -22/7/14





ALHUSSEYN

Posted: 23 Jul 2014 03:04 PM PDT

ALHUSSEYN


BEKAS PANGLIMA AL-QAEDA: ISIS BEKERJA UNTUK CIA

Posted: 22 Jul 2014 07:30 PM PDT

oleh KURT NIMMO | INFOWARS.COM | 12 JULAI 2014

Nabil Na'eem, pengasas Jihad Demokratik Parti Islam dan bekas komander atas al-Qaeda, memberitahu pan-Arab stesen TV yang berpangkalan di Beirut al-Maydeen semua sekutu al-Qaeda semasa, termasuk ISIS, bekerja untuk CIA.

 "Apa yang saya ingin memberitahu anda, usaha semua negara-negara Islam, Sunni dan Syiah, mesti bergabung untuk menghapuskan kumpulan-kumpulan ini kerana kumpulan-kumpulan ini adalah kuku penjajahan di rantau ini," kata Na'eem.

 Na'eem berkata ISIS, kini IS atau Negara Islam, adalah sebahagian daripada neocon dan Israel "Clean Break" rancangan untuk balkanize Arab dan Islam Timur Tengah.

 Konflik ini direka untuk menjadikan "perang yang tidak berkesudahan" bahawa "menghabiskan sumber Arab dan wang, dan ia menghabiskan sumber Iran dan wangnya, seperti apa yang mereka lakukan semasa hari-hari Saddam di Iraq (dengan Iran)."

 Konflik ini akan merebak ke Arab Saudi dan monarki Teluk yang lain pada 2016, Na'eem meramalkan.

 Pada Jun ISIS berkata ia akan menyerang Arab Saudi. Beratus-ratus remaja Saudi telah berikrar untuk melancarkan jihad di tanah air mereka .


 "Insya Allah, kami akan membunuh mereka yang menyembah batu-batu di Mekah dan memusnahkan Kaabah. Orang pergi ke Mekah untuk menyentuh batu-batu, bukan untuk Allah," kata seorang ahli ISIS menulis  tweet pada 30 Jun.

 Kaabah adalah bangunan yang terletak di tengah-tengah masjid Islam yang paling suci, al-Masjid al-Haram, di Mekah, Arab Saudi.

 Na'eem berkata ia tidak sesuai untuk mencirikan IS dan kumpulan al-Qaeda sebagai orang Islam. Beliau berkata mereka adalah Takfiri, atau orang-orang kafir, yang tidak beragama.

 Pada tahun 2013, selepas al-Nusra di Syria berjanji setia kepada pemimpin al-Qaeda Ayman al-Zawahiri, Na'eem berkata kumpulan itu bekerja untuk CIA .

 "Saya secara peribadi percaya bahawa pemimpin Nusra Tentera (Mohammed al-Jawlani), yang menyatakan sokongan beliau untuk Ayman Al Zawahiri, adalah operatif CIA," katanya.

 Beliau mengenal pasti al-Zawahiri sebagai ejen berganda yang mengambil "arahan dari Amerika."

 Lihat wawancara TV al-Maydeen di bawah. Ia dijalankan dalam bahasa Arab dengan sarikata bahasa Inggeris.~Sumber


BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 23 Jul 2014 01:23 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


PEMIMPIN SENANG RAKYAT TERHIMPIT

Posted: 22 Jul 2014 04:42 PM PDT

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 23 Jul 2014 09:02 AM PDT

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Kaahhh, kah kah .. Memang penipu ...?

Posted: 23 Jul 2014 04:04 AM PDT

Kaahhh, kah kah .. Memang penipu ...?
Wuuuuuuuu ...?

Pendapat peribadi hamba.

Posted: 23 Jul 2014 07:21 AM PDT

Pendapat peribadi hamba.


PAS HANYA PAK TURUT DALAM PR..

Posted: 16 Feb 2014 05:19 PM PST

Kelab Greenboc

Posted: 23 Jul 2014 01:32 AM PDT

Kelab Greenboc


PM Korea Letak Jawatan Bila Feri Karam, MH17& MH370- Bila Lagi Najib Mahu Letak Jawatan?

Posted: 23 Jul 2014 01:19 AM PDT


Tragedi MH17: Mengapa ujian datang bertimpa-timpa?

MENGAPA ujian datang bertimpa-timpa ketika rakyat masih lagi menikmati erti keamanan? Selepas 57 tahun merdeka ramai berhujah baru sekarang Malaysia diuji bertalu-talu.

Selepas tragedi 13 Mei dan Memali yang mengorbankan banyak nyawa, kini episod baru pula menimpa MAS dan Sabah. Ia ternyata lebih dahsyat lagi.

Belum sempat makna di sebalik slogan 1Malaysia dituai, tiba-tiba negara kita diheret ke persada dunia dengan imej buruk yang disentap dalam sekelip mata.

Terbaru pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines (MH17) sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur diyakini pakar ditembak jatuh dengan peluru berpandu pada 17 Julai lalu.

Pesawat kebanggaan negara itu ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine.

Sedangkan tragedi kehilangan pesawat MH370 juga milik MAS pada 8 Mac masih diselubungi misteri.

Nasib 239 penumpang dan anak kapal tidak tahu di mana kesudahannya. Biar pun Perdana Menteri pada 24 Mac 2014 menyebut MH370 telah berakhir di Lautan Hindi, namun sehingga detik sekarang tiada sebarang penemuan fizikal.

Ketika sedu keluarga mangsa MH370 masih bersisa, tiba-tiba direntap pula sebuah lagi pesawat negara terhempas dan hancur berkecai di Ukraine.

MH17 menerbangkan 298 penumpang termasuk anak kapal terhempas akibat ditembak. Apakah malang yang berganda itu kerana pemimpin negara yang ada sekarang kurang memiliki tuah (keberkatan).

Mengambil kira dua tragedi tersebut sebanyak 537 nyawa sudah melayang. Lebih mendebarkan lagi sebahagian besarnya ialah rakyat negara asing. Rakyat China dan Belanda paling ramai dilaporkan terbabit dalam dua episod nahas tersebut.

Ramai mempersoalkan di mana sikap kebertanggungjawaban sebenar pemimpin negara ketika kedua-dua ujian menimpa dalam tempoh begitu hampir.

Sedangkan pada 27 April lalu Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong Won meletak jawatan ekoran tragedi feri karam yang juga mengorbankan ratusan penumpang.

"Saya mohon maaf kerana gagal membendung kejadian itu daripada berlaku dan gagal bertindak dengan betul ketika kejadian.

"Saya percaya sebagai Perdana Menteri semestinya perlu mengambil tanggungjawab ini dan meletakkan jawatan,"
katanya dipetik media asing.

Ketika insiden tersebut Sewol, feri penumpang terbesar karam bersama 476 penumpang ketika dalam perjalanan menuju ke pulau peranginan Jeju, 16 April lalu. ~m.faqih/HD









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




Polis Buru Suspek Rogol Beramai-ramai

Posted: 22 Jul 2014 11:20 PM PDT


Gambar suspek rogol beramai-ramai didedah

KOTA BHARU - Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut.

"Mereka yang dicari ialah, pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.

"Sementara yang ketiga: Mohamad Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin," katanya.

Menurutnya, sehingga kini 15 tangkapan sudah dibuat dan lima daripada mereka telah mendapat persetujuan Ketua Unit Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.

"Kami masih belum memberhentikan usaha mengesan lebihan suspek-suspek yang belum ditahan dan usaha menjejaki mereka masih giat dijalankan," katanya.

Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama.

Pada 9 Julai 14, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol mangsa sama yang berusia 17 tahun.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya. -SH









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




[11 GAMBAR] Tol Sunway KESAS Terbakar, Beberapa Kenderaan Turut Musnah

Posted: 22 Jul 2014 05:20 PM PDT


Gambar kebakaran yang berlaku di plaza tol Sunway – Seafield, KM40.1 Lebuhraya KESAS yang berlaku petang tadi.

Sebuah lori yang membawa muatan tanah merah terbakar selepas merempuh tembok penghadang Plaza Tol USJ, Lebuhraya Kesas kira- kira jam 4 petang tadi.

Dalam kejadian itu, dua kenderaan yang berada di laluan sama turut terbakar selepas berlanggar dengan lori berkenaan termasuk sebuah Estima. Walau bagaimanapun, pemandu kenderaan tersebut berjaya menyelamatkan diri.

Pemandu Lori yang melanggar tol berkenaan dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian terbabit dan kemalangan berkenaan telah menyebabkan kesesakan lalu-lintas sepanjang hampir dua kilometer.

Seorang perempuan yang bekerja sebagai petugas tol mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Pusat perubatan Universiti Malaya untuk rawatan.









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




dollah yankee

Posted: 22 Jul 2014 09:20 PM PDT

dollah yankee


1717, 777

Posted: 21 Jul 2014 05:30 PM PDT



Kompeni-kompeni judi yang 'halal' dan juga yang 'haram' sudah tidak lagi menerima taruhan dengan apa juga nombor-nombor yang ada kaitan dengan penerbangan Malaysia Airlines dengan pesawat nombor MH17.

Sejak jumaat lepas TOTO,Magnum dan kuda Da Ma Chai telah tidak menerima dan tidak lagi menjual nombor seperti 1717, 777. Gurkah-gurkah politik di'port' dimana ada juga yang kaki 'ekoq' telah cuba membeli nombor-nombor diatas tetapi kertas itu telah dicop 'sold-out'.

Kaki-kaki nombor 'ekoq' berpendapat jika ada nombor-nombor yang melibat sebarang kecelakaan seperti nombor kenderaan yang terlibat dalam kemalangan pasti akan menjadi nombor bertuah dan bernasib baik. Kah..Kah..Kah..

"Ini nombor 1717 sudah tarak jual lo. Manyak olang mau bili ini number ooo", kata nyonya juruwang kedai TOTO kepada gurkah-gurkah ini. Kemudian gurkah-gurkah ini singgah pula di kedai kopi yang juga bloleh beli nombor 'ekoq' haram, pun diberitahu yang mereka juga sudah berhenti dari menjual nombor 1717,777 kerana takut 'lari' tak cukup tanah kalau nombor ini naik.

dollah yankee -
Berhenti beli nombor, sebab tak pernah kena. Yang dok kena, tokey kedai 'ekoq'. Kah..Kah..Kah..


Khalid Ibrahim dah pakai 'life-support machine'

Posted: 21 Jul 2014 07:17 AM PDT



Sudah terang dan tak payah lagi nak suloh-suloh. Sudah konfim juga yang parti PKR telah bersetuju untuk meletakan Ketua Parti PKR mereka sebagai MB Selangor yang baru selepas hari raya nanti.

Dengan berita ini bermakna ini merupakan satu halangan besar buat Azmin Ali yang sememangnya telah lama menye-'kodeng' kerusi tersebut. Parti yang telah mengadakan satu mesyuarat luar biasa pada hari jumaat lepas telah bersepakat untuk menamakan Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim yang sudah sampai 'time' untuk berundur (walaupun dia amat 'ketegaq'). Sebelum mesyuarat luar biasa parti PKR jumaat itu, satu mesyuarat biro politik parti PKR pada hari rabu yang bermesyuarat telah mengesahkan 'Langkah Kajang' ini dengan menggantikan Khalid yang mana cara pentadbirannya tidak menggembirakan pihak-pihak atas dalam PKR.

Bagaimanapun gurkah-gurkah politik di'port' berpendapat Wan Azizah mungkin sudah mendapat restu dari PKR dan rakan sekutu DAP tetapi akan menghadapi halangan daripada PAS. Sebabnya PAS yang agak konservatif tidak berapa sedap(suka) jika kepimpinan Selangor nanti di ketuai olih seorang wanita. Dalam perkara ini Wan Azizah mesti pergi mengadap peminpin-pemimpin besar dalam PAS untuk mendapatkan restu sebelum Khalid keluar dari opis MB.

Gurkah-gurkah politik di'port' yang amat pakar dalam permainan setrategi politik baik yang 'busuk' atau yang 'wangi' ingin bertanya kepada PKR pusat..."Apa kah ada satu nama lain sebagai 'ganti' jika PAS tidak merestui wanita untuk memimpin Selangor?". Dalam perkara ini bermakna Azmin Ali masih ada peluang dan harapan lah.

Esok atau lusa atau tulad PKR akan membawa nama Wan Azizah untuk diserahkan pada mesyuarat Pakatan Rakyat.

Kita tunggu saja lah !!!

Dollah Yankee -
Kalau Wan Azizah nak masuk opis MB, mungkin bulan 9.

  

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted: 22 Jul 2014 09:10 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KRISIS SELESAI JIKA KHALID BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP PARTI PKR DAN PAKATAN. BUKAN Umno

Posted: 22 Jul 2014 05:59 AM PDT

SIAPA YANG MENJAGA KEPENTINGAN PERIBADI? KHALID IBRAHIM DAN PENYELESAI HUTANG BANK ISLAM DAN MEMBANTU UMNO ? ATAU ANWAR DENGAN AGENDA MEREFORMASIKAN SELANGOR YANG DILANDA MASAALAH DALAMAN MENGURUSKAN NEGERI?


1. Khalid nak menjaga cucu setelah menyelesaikan 5 lebuhraya?
2. Semua aset Umno dijaga?
3. Umno akan mengambilalih dengan mudah bila rakyat Selangor terpedaya?


Isu MB: Sultan dan Khalid kini jadi tumpuan
 
 

Selesaikan krisis di Selangor sebelum raya


PENYOKONG Pakatan Rakyat Selangor rata-rata menyatakan kebimbangan yang amat sangat terhadap kemelut politik berhubung isu kedudukan Menteri Besar Selangor dan rangkaian isu itu yang berhubung dengannya.

Mereka bimbang jika isu ini tidak diselesaikan segera, maka Pakatan Rakyat Selangor akan kehilangan sokongan yang teruk dari rakyat yang mengundi Pakatan dalam dua PRU yang lalu.

"Suasana sangat merbahaya," kata seorang penyokong DAP di Subang Jaya, yang di kenal dengan nama Mr. Lim. Beliau menambah, "keadaan sangat serius, jika tidak diselesaikan segera krisis ini, rakyat sangat kecewa."

Seorang lagi penyokong Pakatan Rakyat, Idrus Samad dari Petaling Jaya berkata, "Para pemimpin Pakatan Rakyat baik PAS, PKR dan DAP perlu memikirkan nasib Pakatan Rakyat lebih dulu daripada memikirkan kepentingan peribadi dan parti masing-masing."





Para penyokong Pakatan sudah lama menyatakan kebimbangan ini, tetapi lebih bimbang lagi apabila membaca hasil kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) yang merumuskan sokongan kepada PR di Selangor merudum 35 peratus.

Bahkan Ketua DAP Selangor Tony Pua mengakui sokongan terhadap PR sememangnya sudah makin jatuh, bagaimanapun dia tidak menyangka ia akan jatuh begitu teruk."Saya sangat bimbang. Keputusan itu lebih teruk daripada jangkaan. Kami tahu sokongan berkurangan tapi yang membimbangkan adalah tahap kejatuhannya," kata Pua.

Sokongan kepada PR di Selangor itu sangat berbeza dibandingkan dengan setahun lalu ketika ia menewaskan Barisan Nasional (BN) untuk memegang tampuk kuasa di negeri paling kaya dalam negara.

Walaupun UMcedel tidak menyatakan alasan jelas penurunan sokongan itu, umum mengetahui puncaranya ialah mengenai kontroversi yang dihadapi pentadbiran negeri tersebut.

Iaitu daripada isu kalimah Allah, kepada isu kitab Bible oleh Jabatan Agama Negeri hingga ke kontroversi Lebuh Raya Kidex dan pertembungan politik dalaman melibatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tan Sri Khalid kehilangan banyak sokongan daripada partinya sendiri selepas dilantik menteri besar untuk penggal kedua.

Bagi ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, adalah sangat penting untuk PR mengkaji laporan UMcedel itu dengan serius dan mengambil langkah proaktif untuk mengembalikan keyakinan orang ramai.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula meminta semua pihak menerima dengan baik kajian yang dibuat UMcedel dan tidak menafikannya.

"Jangan ada di kalangan kita dalam mood 'sindrom penafian' terhadap kajian ini kerana ia menunjukkan realiti reputasi kita. Tambahan pula UMcedel mempunyai reputasi tersendiri dalam kajian mereka.
Pada pendapat saya pandangan Saifuddin sangat tepat apabila beliau berkata, pimpinan Pakatan khasnya di Selangor perlu terbuka dan mengakui adanya masalah yakni Pakatan wajib menyelesaikan masalah itu bersama.

Dalam kalangan pemimpin Pakatan Rakyat janganlah ada yang memikirkan kepentingan parti masing-masing saja, tanpa menghiraukan kepentingan Pakatan Rakyat pada keseluruhannya. Justru kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ini dibina dari tiga parti – PAS, DAP dan PKR.

Dengan kekuatannya yang padu inilah menyebabkan Pakatan berkuasa di Selangor, sebuah negeri yang terkaya dan ternama di Malaysia. Maka itu kekuatan yang padu inilah mesti dikekalkan.

Para pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor juga perlu meruntuhkanlah sikap ego peribadi masing-masing dan janganlah sentiasa memikirkan pengaruh dan kekuatan parti masing-masing saja yang menyebabkan Pakatan kuat di Selangor.

Rakyat yang mengundi Pakatan dalam dua pilihan raya umum dulu bukan semata-mata kerana kekuatan satu-satu parti dalam komponan Pakatan itu, tetapi kerana gabungan kekuatan ketiga-tiga parti.

Rakyat telah menggantungkan harapan yang tinggi kepada Pakatan Rakyat untuk terus memerintah Selangor, negeri yang disifatkan sebagai mahkota permata pada negara Malaysia kerana ia menjadi negeri pusat perniagaan negara ini dengan pelaburan dari dalam dan luar negara yang tinggi.

Ia menjadi pusat perkembangan ekonomi dan pengurusan yang dimegahkan. Begitu di Selangor begitu banyak pusat pengajian tinggi, jumlah rakyat terpelajar begitu besar berbanding dengan negeri lain.

Selain itu ia memiliki peluang perniagaan yang begitu luas, tanah yang begitu subur dan sebahagian besar kawasan di Selangor adalah kawasan bandar dan semi bandar yang pesat membangun.

Lebih istimewa lagi, negeri Selangorlah menjadi cermin masyarakat majmuk di Malaysia, dengan perkembangan agama Islam begitu pesat sekali. Kerana itu apabila Pakatan Rakyat berkuasa di Selangor, ia memberi gambaran bahawa Pakatan Rakyat diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia, selain daripada Pulau Pinang.





Inilah antara ciri penting dan istimewanya Selangor. Maka itu Pakatan Rakyat perlulah mengekalkan kuasanya di Selangor kerana nilainya terlalu tinggi.

Setelah hampir dua penggal memerintah, Pakatan Rakyat mestilah mengukuhkan perpaduan dan kekuatan untuk meneruskan pemerintahannya.

Maka itu, harapan rakyat terlalu tinggi supaya krisis yang berlaku sekatang di Selangor segera di atasi, malah kalau dapat diselesaikan sebelum hari raya ini.

Rundingan peringkat tinggi Pakatan Rakat – Majlis Presiden - khabarnya akan bersidang sehari dua lagi. Mudah-mudahan ia akan dapat menyelesaikan segera krisis ini.

Perlu diingat, jika krisis ini tidak juga dapat diselesaikan, maka ia hanya akan menguntungkan parti lawan yang sekarang ini sedang memerhatikan dengan penuh minat akan apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat.

Akhirnya hendaklah diingat bahawa Pakatan Rakyat janganlah sekali-kali mengecewakan rakyat Selangor yang mengundinya dulu. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan