Ahad, 27 Julai 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Rembau Hari Ini

Posted: 26 Jul 2014 07:28 PM PDT

Rembau Hari Ini


Muslimat PAS prihatin penderitaan warga emas

Posted: 26 Jul 2014 12:18 AM PDT




Chembong 26 Julai 2014 – Muslimat PAS Rembau dan Muslimat PAS DUN Chembong yang diwakili oleh Pn Hjh Che Bee dan Puan Satariah hari ini turun padang menghulurkan bantuan kewangan hasil kutipan dari orang ramai melalui Program Jejak Ukhuwwah Ramadhah bersama NGO setempat.

Lawatan pertama ialah warga emas Makcik Wan Mok yang lumpuh sejak 3 tahun yang lalu, yang tiada saudara mara duduk bersendirian di Kg Rendah. Lawatan kedua ialah keluarga Makcik Norpiah di Batu Hampar yang menjaga suaminya Pakcik Lattif yang lumpuh sejak beberapa tahun yang lalu serta mempunyai anak yang menghidap penyakit.

Terima kasih kepada semua para penyumbang dan petugas yang menjayakan Program Jejak Ukhuwwah Ramadhan ini, semoga ianya berterusan sepanjang tahun.

Pemuda PAS Rembau teruskan perjuangan, tidak terkesan dengan politik Selangor

Posted: 26 Jul 2014 12:16 AM PDT

Tahniah kepada Ketua Pemuda PAS Rembau, Sdr Sahrizal Masrudin yang berpendirian teguh dengan perkembangan terkini Pakatan Rakyat di Selangor. Apa yang berlaku di Selangor menguatkan lagi komitmen Pemuda PAS Rembau untuk terus memberi khidmat kepada masyarakat semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.

PAS Kawasan Miri

Posted: 26 Jul 2014 07:07 PM PDT

PAS Kawasan Miri


SELAMAT IDUL FITRI BUAT SEMUA

Posted: 26 Jul 2014 05:14 PM PDT


PAS MIRI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT IDUL FITRI KEPADA SEMUA

PAS Kawasan Miri mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri 1435H kepada semua terutama kepada Muslimin dan Muslimat yang merayakannya di seluruh negara. Semoga di hari yang mulia ini kita dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga dan juga hubungan sesama kita tanpa mengira bangsa dan warna kulit.

Kepada warga-warga yang telah mula bergerak untuk balik kampung, Berhati-hati ketika memandu agar perjalanan pergi dan balik anda semua selamat. Begitu juga yang menggunakan pesawat, kita berdoa agar selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Ketika kita meraikan Idul Fitri ini bersama keluarga, jangan lupa kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin, anak yatim piatu dan mereka yang memerlukan bantuan. Kita perlu membantu dan meraikan bersama mereka, agar kita sama-sama dapat bergembira dan menikmati jamuan Idul Fitri yang penuh dengan keberkatan ini.

Semoga amalan kita selama ini diterima Allah. Seandainya ada salah laku dan kesilapan sepanjang tahun yang lalu dan akan datang, marilah kita sama-sama saling maaf memaaf antara satu sama lain walaupun kita mempunyai berbeda pandangan dan berlainan ideologi.

Selamat Menyambut Hari Raya Idul Fitri 1435H. Maaf zahir & batin.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

PAS MIRI Wishes Happy Eid ul Fitr to All
The PAS Miri wished Eid 1435H to all, especially to the Muslims who celebrated across the country. Hopefully at this blessed day we can strengthen ties between the family and the relationship between us, regardless of race and skin color.

To citizens who have begun to move back to their home town, be careful when driving so that a return trip will be safe. Similarly, the use of the aircraft, we pray arrived safely to their respective destinations.

As we celebrate this Eid with the family, do not forget the less fortunate, such as the poor, orphans and the needy. We need to help and celebrate with them, so that we all can have fun and enjoy a feast of this blessed Eid.

May our deeds all this while Allah accepted. If there was wrongdoing and mistakes during the past year and in future, let us together mutually apologize to each other even though we have different views and different ideologies.

Happy Eid ul Fitr this 1435H.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief

Tiada ulasan:

Catat Ulasan