Sabtu, 26 Julai 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Jasindaily Online

Posted: 25 Jul 2014 09:19 AM PDT

Jasindaily Online


DIPECAT KERANA TAKUT BERJUANG

Posted: 25 Jul 2014 12:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Media Zionis semalam melaporkan pihak tentera rejim itu terpaksa memecat anggota tenteranya ekoran enggan menyertai serangan ke atas Gaza kerana takut terbunuh di tangan pejuang Palestin. TV10 Israel melaporkan, puluhan anggota tentera rejim menolak untuk menaiki kenderaan perang untuk memasuki Gaza. 

Nama anggota-anggota itu juga disenarai hitam dari menjadi askar untuk seumur hidup. Sehingga semalam, lebih 30 askar rejim Zionis maut berdepan serangan balas sayap kanan Hamas, Briged Izzuddin Al-Qassam ketika mereka melakukan serangan darat ke atas Gaza. Beberapa sumber juga menyebut, tentera Zionis sangat taku apabila berhadapan serangan hendap Al-Qassam sehingga ada yang terpaksa menembak kaki sendiri supaya cedera
dan dibawa keluar dari kawasan perperangan.

 Mereka juga dilaporkan mengakui kehebatan anggota Al-Qassam sehingga mendakwa bukan berperang dengan manusia tetapi seperti berperang dengan hantu yang datang secara tiba-tiba dan kemudian hilang. Pada sabtu lalu enam anggota tentera Israel maut setelah kenderaan tentera yang dinaiki mereka berjaya ditembak Al-Qassam di kawasan Timur Tuffah, Gaza Timur. Sumber Israel sebelum ini mengakui kenderaan perisai jenis M113 yang digunakan mereka menyerang Gaza, tidak selamat jika diserang dengan roket jenis RPG terbaru/hrkh

ASTRO BANTU ZIONIS ??

Posted: 25 Jul 2014 12:17 AM PDT

Pada ketika umat Islam seluruh dunia sedang sakit hati dengan Zionis Israel, sebuah kelompok manusia yang emar merampas dan melakukan kekejaman serta penindasan ke atas masyarakat yang serba-serbi kekurangan, ASTRO yang dimiliki oleh Ananda Krishnan dan merupakan pemonopoli siaran televisyen kabel yang mengenakan bayaran sesuka hati, mengambil sikap MENENTANG KERAJAAN MALAYSIA, umat Islam di negara ini dan perjuangan rakyat Palestin.

 ASTRO yang bersikap seperti maharaja di negara ini telah memutuskan untuk menyalurkan kewangan, bantuan serta dana kepada Zionis untuk terus membunuh rakyat Palestin menerusi perlantikan AMDOCS sebagai 'Subscriber Management System' syarikat media tersebut, Selama ini, tiada sesiapa pun hatta Menteri Penerangan pun yang dapat menegur ASTRO. ASTRO tidak pernah terikat atau patuh kepada sesiapa pun, termasuklah kepada SKMM yang semakin nyenyak tidur dan hidup bergelumang dengan timbunan wang yang merupakan UFTI syarikat-syarikat telekomunikasi kepada SKMM.

 Selama ni, ASTRO telah menerima pelbagai bentuk kecaman terutama perkhidmatannya yang sangat uzur pada waktu hujan. ASTRO kemudiannya menaikkan yuran dan pelanggan perlu membayar harga lebih kononnya sebagai penanggung kos perkhidmatan yang telah dipertingkatkan. Bagaimanapun, perkhidmatan ASTRO tetap di takuk lama. Program-program yang disiarkan adalah program-program lapuk yang diulang-ulang siar berpuluh-puluh kali. Yang dipertingkatkan hanyalah bayaran bil oleh pelanggan. Sekarang, pendedahan telah dibuat oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membabitkan kerjasama ASTRO dengan Zionis Israel. Saranan agar memboikot ASTRO, tidak akan berkesan. Astro bergantung sepenuhnya kepada bayaran daripada pelanggan dan pengiklanan. 

Daripada boikot ASTRO dengan tidak menggunakan khidmatnya, lebih baik boikot bayar bilnya. Apatah lagi, ASTRO tidak akan boleh membangkrapkan para pelanggannya kerana tahap hutang yang boleh membankrapkan adalah RM30,000.01, bukannya RM300!!! Biarkan ASTRO dengan Zionisnya dan memusuhi umat Islam... lagipun Ananda Krishnan bukannya berada atau tinggal di Malaysia. Dia di London, sama seperti Robert Kuok yang menjadi orang terkaya di Malaysia, tetapi tinggal di Hong Kong dan China!!! 

MASIH RAMAI "MENYOKONG" ISRAEL

Posted: 25 Jul 2014 12:11 AM PDT

SHAH ALAM - Kesetiaan segelintir pengguna terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan dari Israel punca mengapa masyarakat di negara ini sukar memberi sokongan terhadap kempen boikot barang negara tersebut. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maaamor Osman berkata, ketaksuban segelintir masyarakat yang tidak mahu menggunakan produk tempatan sebagai ganti akan menyebabkan kempen boikot tidak berkesan. "Hanya melalui sekatan ekonomi sahaja yang boleh mengajar kebiadaban tentera rejim Zionis itu daripada terus menodai bumi Palestin.


 "Kita nyatakan desakan kepada dunia agar negara itu berhenti berperang. Jangan sekadar berkata-kata, kita harus bertindak. "Hanya impak ekonomi dapat mengajar kebiadaban mereka. Masyarakat perlu memboikot barangan Israel sebagai tanda bantahan," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurut Maamor, jika selama ini pengguna setia menggunakan produk Israel, maka kesetiaan itu perlu ditujukan kepada produk tempatan. Beliau menegaskan, walaupun ia mungkin bersifat sementara, sekurang-kurangnya ia dapat membantu penduduk di bumi Gaza yang menderita akibat peperangan. "Secara tidak langsung kita turut menyumbang kepada ekonomi negara melalui pembelian barangan tempatan," katanya. Maamor berkata, kempen boikot itu tidak akan memberi kesan ketara kepada pendapatan peniaga di Malaysia.

KOMANWEL SIASAT AZIZULHASNI ?

Posted: 25 Jul 2014 12:07 AM PDT

Glasgow - Badan Komanwel menyiasat tindakan jaguh basikal negara kita, Azizulhasni Awang yang menunjukkan solidariti terhadap Gaza dengan memakai sarung tangan yang mempunyai perkataan "Save Gaza" di Velodrome Sir Chris Hoy, Glasgow. Beliau kini sedang disiasat Badan Komanwel (CGP). Ayuh bersolidariti bersama beliau dengan menaip hashtag berikut:! ‪#‎WeSupportAzizulhasni‬. Sehingga hari ini, lebih 792 rakyat Palestin terbunuh dan 5133 orang cedera. sumber: theguardian.com




PESANAN MUJAHID SEBELUM SYAHID

Posted: 25 Jul 2014 12:04 AM PDT

Oleh Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman

Jaga dirimu, apa saja boleh berlaku sekarang. Itulah pesanan terakhir Ali Seyam, 23, rakan karib saya yang syahid dalam serangan tentera zionis di Shijaiyyah tiga hari lalu. Berita kematian pemimpin pelajar Universiti Islam Gaza (UIG) yang juga pelajar tahun ke-3 itu hanya saya tahu semalam selepas dimaklumkan rakan lain. Ketika mendengar berita kematiannya, saya terdiam seketika sebelum tersenyum selepas terbayangkan Ali kini berada disamping Sang Pencipta yang juga impian saya untuk syahid sepertinya. 


Imbau kembali kenangan ketika bersamanya minggu lalu di kawasan Shijaiyyah, kami berdua berbincang mengenai sumbangan bekalan makanan untuk sukarelawan ambulans. Untuk makluman, Ali menjadi sukarelawan ambulans sejak hari pertama tercetusnya perang. Ali dan rakannya yang lain akan berkejar ke lokasi yang diserang untuk mengambil penduduk yang cedera mahupun yang maut untuk dibawa ke hospital berhampiran. Dalam pertemuan itu, Ali menyatakan pendapatnya bahawa alangkah baiknya jika saya mampu sediakan mereka (sukarelawan ambulans) sedikit makanan untuk berbuka. Saya akui sukar untuk menolak cadangan daripada Ali yang sememangnya saya dan seluruh kampus UIG segani. Ali adalah seorang pendiam namun petah berhujah apabila tiba masanya. Tambah lagi, dia banyak membantu pelajar baru termasuk saya menjadikannya disenangi semua pihak.

PLUS CADANG PENGGUNA RANCANG PERJALANAN BALIK KAMPUNG

Posted: 25 Jul 2014 12:00 AM PDT

Kuala Lumpur: Syarikat konsesi lebuh raya PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menasihatkan pengguna Lebuhraya PLUS agar mematuhi jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pengendali lebuh raya berkenaan bagi mengelak kesesakan teruk menjelang cuti perayaan dan cuti sekolah. Pengurus Wilayah Tengah PLUS, Norbayati Manap berkata pengguna dinasihatkan menggunakan jadual itu bermula 25 hingga 27 Julai serta 1 hingga 3 Ogos seperti yang ditetapkan oleh PLUS. "Pengguna yang menuju ke Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Johor disaran agar memasuki Lebuhraya PLUS sebelum jam 10 pagi. "Mereka yang menuju ke destinasi antaranya Perak, Melaka, Negeri Sembilan pula disaran supaya bertolak antara jam 10 pagi hingga 5 petang bagi melancarkan perjalanan," katanya ketika ditemui di Tol Sg. Besi.
Jadual TTA adalah cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri dan bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Norbayati berkata, jadual itu dikeluarkan bagi mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat pada waktu puncak. "Jadual ini memainkan peranan penting dalam membantu 1.7 juta kenderaan yang dijangka menggunakan lebuh raya PLUS setiap hari menjelang cuti Aidilfitri tahun ini. "Jumlah itu adalah peningkatan sebanyak 50 peratus berbanding 1.2 juta kenderaan sehari pada hari biasa," katanya. Katanya, pihaknya turut membuka lorong tambahan keempat termasuk perjalanan menuju ke Utara dari Slim River ke Sungkai iaitu sepanjang 4 kilometer (KM) manakala dari Lembah Klang menuju ke arah Seremban laluan lorong dibuka sepanjang 26 KM. "Laluan itu bertjuan membantu pengguna menggunakan lebuh raya dengan lancar dan selesa," katanya. Katanya, bagi mengelak kejadian tidak diingini, PLUS menyarankan pengguna memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan. "Mereka turut dinasihatkan mematuhi panduan keselamatan sempena musim perayaan antaranya, tidak berhenti di lorong kecemasan kecuali berlaku kecemasan, berhenti rehat setiap dua jam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sekiranya mengantuk, Jangan mengekori kenderaan di hadapan dengan terlalu rapat dan Patuhi had laju yang ditetapkan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan