Jika DAP boleh ugut keluar PR... kenapa PAS tak boleh - Nasrudin
NASRUDIN CABAR PENGKHIANAT DEDAH SEMUA 115 MUKA SURAT PERBINCANGAN KELUAR PR
Nampaknya kebiadapan DAP mempersoalkan sumber WhatApps bocor Dr Zuhdi Marzuki dan mendesak beliau dikenakan tindakan displin memang menyakitkan hati orang-orang PAS. Ini mungkin kerana ramai faham, yang bocor itu perbincangan sulit, dan lebih penting lagi, apa hak DAP nak beri arahan pada PAS?
Ramai yang hairan kenapa PAS kena ikut saja telunjuk DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang sedangkan dari segi jentara dan ahli, juga senioriti PAS paling lama.
PAS tubuh tahun 1951, DAP 1966 dan PKR 1999. Orang Melayu kata... dah banyak rasa asam garam.
Semenjak dua menjak ini, kerana PR berkuasa melalui undi bukan Melayu dan Islam, DAP mula mempamerkan taringnya, dia macam ketua yang tak dilantik, de facto leader dalam PR.
Parti itu selalu ugut PAS apabila PAS mahu melaksanakan hasrat asal penubuhan parti itu, iaitu Negara Islam dan Hukum Hudud.
Ini juga persoalan yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan melalui facebooknya pagi Khamis tulisnya...
"jika DAP melalui kenyataan beberapa pemimpinnya secara terbuka mahu keluar pakatan pembangkang kalau PAS bawa Enakmen Hudud ke Parlimen kenapa PAS tidak boleh melihat worst case scenario yang sama?"
Soalan AJK kanan PAS pusat itu bukan hanya luahan perasaan beliau semata-mata... tapi ramai pemimpin PAS dah rasa yang kenyataan DAP dan PKR dalam isu WhatApps bocor ini sudah lebih sudu dari kuah.
Nampak hasrat depa perlekeh PAS, sedangkan selama ini tanpa PAS dengan kekuatan jentara akar umbinya... jangan harap DAP dan PKR nak menang besar.
PAS yang paling banyak berkorban dan terkorban dalam 'games' Pakatan Rakyat ini.
Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki, kata Nasrudin apa yang perbincangan mengenai isu keluar PR ini adalah satu perbincangan panjang.
"Perbahasan ini agak panjang. Saya menyalinnya semula dengan tekun dan memerhati satu baris ke satu baris keseluruhan conversation group ini, mengunakan tulisan saiz 12 dengan format potrait A4, saya perolehi sebanyak 115 muka surat. Perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4," katanya dalam kenyataan bertajuk Pengkhianat Mesti Bertanggungjawab.
Menurut beliau, perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4, tiba – tiba hanya disebarkan secebis perca yang hanya mengandungi 11 baris ayat untuk membentuk satu persepsi buruk dan jahat kepada Dr Zuhdi Marzuki.
"Bukan sahaja ia adalah perbuatan yang tidak adil malah jahat dan khianat. Pencetus masaalah sebenar yang mencemarkan landskap politik semasa tanahair bukanlah Dr Zuhdi tetapi individu yang membocorkan maklumat perbincangan tertutup. Tanpa pendedahan itu, sudah tentu isu ini tidak tercetus. Terutama pendedahan yang hanya mengambil perca kecil dari keseluruhan lembaran conversation group,"katanya.
Bahkan beliau mencabar... pengkhianat yang membocorkan WhatApps itu supaya mendedahkan keseluruhan perbincangan group AJK PAS Pusat tersebut.
"Saya percaya, jika didedahkan keseluruhannya atau perbahasan secara penuh, persepsi buruk dan sangkaan yang bukan – bukan tidak akan berlaku kepada Dr Zuhdi,"katanya.
Berikut kami siarkan kenyataan beliau sepenuhnya tanpa suntingan.
Pengkhianat Mesti Bertanggungjawab.
Oleh : Nasrudin bin Hassan
( Kenyataan Peribadi tidak mewakili PAS Pusat dan boleh Print Screen )
1. Tidak semena - mena nama Dr Zuhdi Marzuki menjadi besar dan menggegarkan politik tanahair. Secebis perca conversation group whatsapp AJK PAS Pusat disalin keluar oleh individu berhati busuk sedang ia adalah whatsapp group tertutup yang menjadi medan perbahasan dan perbincangan AJK PAS Pusat sebagai mesyuarat tidak rasmi untuk memudahkan banyak perkara dengan memanfaatkan kemudahan sistem komunikasi moden yang wujud hari ini.
2. Apa yang berlaku ialah kami anggota group whatsapp AJK PAS Pusat sedang berbincang mengenai perkembangan politik terkini yang sedang melanda negara khasnya mengenai isu MB Selangor. Timbul pelbagai pandangan dari kalangan AJK PAS Pusat mengenainya. Sebahagian bersetuju dan sebahagian tidak bersetuju dan sebahagian yang lain pula diam tanpa respon. Saya sifatkan ini perkara biasa dalam semua keadaan. Jarang benar untuk kami bersetuju sebulat suara dalam satu - satu isu yang dibincangkan. Perbedaan pandangan itu akan menapis dan menyaring pandangan sebahagian yang lain sementara perbahasan menjadi masak sebelum disimpul menjadi rumusan atau keputusan.
3. Perbahasan ini agak panjang. Saya menyalinnya semula dengan tekun dan memerhati satu baris ke satu baris keseluruhan conversation group ini, mengunakan tulisan saiz 12 dengan format potrait A4, saya perolehi sebanyak 115 muka surat. Perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4, tiba – tiba hanya disebarkan secebis perca yang hanya mengandungi 11 baris ayat untuk membentuk satu persepsi buruk dan jahat kepada Dr Zuhdi Marzuki. Bukan sahaja ia adalah perbuatan yang tidak adil malah jahat dan khianat. Pencetus masaalah sebenar yang mencemarkan landskap politik semasa tanahair bukanlah Dr Zuhdi tetapi individu yang membocorkan maklumat perbincangan tertutup. Tanpa pendedahan itu, sudah tentu isu ini tidak tercetus. Terutama pendedahan yang hanya mengambil perca kecil dari keseluruhan lembaran conversation group.
4. Alang – alang berbuat dosa, kenapa tidak individu ini mendedahkan keseluruhan conversation group AJK PAS Pusat tersebut. Saya percaya, jika didedahkan keseluruhannya atau perbahasan secara penuh, persepsi buruk dan sangkaan yang bukan – bukan tidak akan berlaku kepada Dr Zuhdi. Justeru itu saya cabar individu yang telah membocorkan maklumat perbincangan dalaman Group AJK PAS Pusat itu tampil mendedahkan keseluruhan isi kandungan perbahasan mengenai isu ini. Kita lihat bagaimana wajah perbahasan dan apa sebenarnya yang berlaku. Jangan minta saya mendedahkannya kerana nakal – nakal saya pun, tidaklah sebusuk perut dan sebenak aqal individu yang menyalin keluar perca conversation group AJK PAS Pusat tersebut.
5. Ramai menganggap itu adalah kenyataan Dr Zuhdi sedang Dr Zuhdi tidak pernah membuat kenyataan sedemikian. Apa yang tertera melalui perca conversation yang didedah adalah satu daripada banyak – banyak scenario analisis yang dibentang oleh Dr Zuhdi apabila anggota group sedang berbincang mengenai satu topic yang menelur dari perbahasan mengenai isu MB Selangor iaitu "bagaimana kalau PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat". Apa scenario yang akan berlaku ? Analisisnya dikemukakan hasil dari cakap – cakap orang bawah dan orang awam secara negative atau positif yang dipungut naik oleh Dr Zuhdi untuk bahan perbincangan mengenai topic tersebut. Ia bukan pemikiran tulen Dr Zuhdi. Malah, bukan Dr Zuhdi yang cadang topik PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Ianya dicadangkan oleh anggota group AJK PAS Pusat yang lain. Seperti juga mana – mana pengkaji dan penganalisis mengemukakan hasil analisis sebagai contoh, mereka dapati orang melayu masih ramai yang berfikiran feudal maka bukan bermakna penganalisanya juga berfikiran feudal. Cakap – cakap mengenai PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat ini sudah lama berlegar dikalangan ahli PAS dan sebahagian pimpinan. Malah Dewan Ulamak PAS Pusat lebih setahun lalu pernah mencadangkan supaya Tahaluf Siasi ( Kerjasama Politik ) antara PAS dengan PKR dan DAP itu dikaji semula. Ini menggambarkan scenario itu telah lama berlaku dan mudah serta pantas untuk dianalisis.
6. Sementara itu adalah perbahasan dan perbincangan tertutup maka tidaklah Dr Zuhdi memperindah susun kata sebagaimana mahu dibentang pada khalayak melalui slide show dan seumpamanya, melainkan beliau sekadar menggunakan bahasa dan "istilah lepas" bagi memudahkan perbincangan dan memahami kedudukan scenario yang dianalisisnya. Malah perbahasan itu belum berakhir dan belum merumuskan apa – apa melainkan banyak perkara akan dibawa secara rasmi ke Mesyuarat Penuh AJK PAS Pusat pada 10 Ogos akan datang .
7. Jujur saya menyebut bahawa bukan sahaja Dr Zuhdi dilihat buruk bila conversationnya dikerat kecil begitu malah melalui 115 muka surat conversation yang saya maksudkan tadi, anda akan dapati ramai lagi rakan – rakan saya dari anggota group AJK PAS Pusat turut dilihat buruk seperti Dr Zuhdi malah lebih teruk dari Dr Zuhdi JIKA conversation mereka juga dikerat – kerat kecil sebagaimana dilakukan kepada Dr Zuhdi.
8. Saya teringat seorang kawan saya semasa belajar di Pondok Pasir Tumbuh puluhan tahun yang lalu. Beliau pernah maki hamun Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz kerana beliau mendengar Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz berkata UMNO baik dan secular baik. Sedang menurut pengajian Islam, Sekular bercanggah dengan Islam dan pengamal fahaman secular adalah sesat ! bagaimana Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz kata UMNO baik dan secular baik . Masa itu saya sendiri terpinga – pinga. Saya kata tidak mungkin Tok Guru berkata demikian. Beliau bersumpah Wallahi Demi Allah dia dengar sendiri di Dewan Zulkifli Kota Bharu masa kuliah pagi Jumaat. Oleh kerana beliau adalah kawan saya dan saya yakin beliau juga tidak menipu. Maka saya diamkan diri dan minggu berikutnya saya beli kaset rakaman kuliah Tok Guru dan saya halusi satu persatu perkataan dan ucapan Tok Guru. Akhirnya saya dapat jawapannya. Ucapan penuh Tok Guru ialah " Tuan – tuan ! kita kena tolak fahaman yang bertentang dengan aqidah Islam. Tidak kira apa fahaman itu, muktazilah baik, sosialis baik, nasionalis baik, sekularisme baik, semua kita kena tolak. Kita orang Islam mesti terima Al Quran, orang UMNO baik , Orang PAS baik mesti beramal dengan al Quran … !"
9. Malangnya kawan saya dalam keadaan kurang mahir loghat Kelantan pula mendengar sebahagian dari keseluruhan ucapan akhirnya dia faham Tok Guru kata secular baik, UMNO baik …. Saya senantiasa tersenyum lebar bila mengenang peristiwa itu. Saya kira begitulah lebih kurang jadinya pada Dr Zuhdi. Keseluruhan conversation kami selama 2 hari non stop hanya dipetik dan didedahkan 11 baris dengan tujuan yang sangat jahat bagi membina persepsi buruk pada Dr Zuhdi yang lantang mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR terutama apabila timbul isu MB Selangor. Percayalah, yang mengkritik keras Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu MB Selangor ini bukan Dr Zuhdi seorang tapi ramai pimpinan PAS turut sama mengkritik. Tinggal lagi berani melakukannya secara terbuka atau tidak . Ada yang tidak berani kritik terbuka tetapi pedas dan keras kritikannya secara tertutup kerana tidak tahan sabar dengan sikap dan tindakan Datuk Seri Anwar dalam isu MB Selangor. Ada yang berani menyebut secara terbuka di facebook tetapi menyembunyikan wajah dan identiti. Akhirnya si pemberani seperti Dr Zuhdi inilah yang menjadi sasaran .
10. Saya sekali lagi menyelar individu yang telah membocorkan perca conversation group AJK PAS Pusat dan mencabar supaya tampil buat pengakuan dan dedahkan keseluruhan conversation anggota group mengenai isu MB Selangor ini jika beliau adalah seorang yang bertanggungjawab dan berani. Jika tidak, memang ia seorang yang penakut dan pengkhianat. Menikam rakan dari belakang demi memuaskan hati war lordnya yang berada di luar parti. Seperti juga mana – mana pengkaji dan penganalisis mengemukakan hasil analisis sebagai contoh, mereka dapati orang melayu masih ramai yang berfikiran feudal maka bukan bermakna penganalisanya juga berfikiran feudal. Cakap – cakap mengenai PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat ini sudah lama berlegar dikalangan ahli PAS dan sebahagian pimpinan. Malah Dewan Ulamak PAS Pusat lebih setahun lalu pernah mencadangkan supaya Tahaluf Siasi ( Kerjasama Politik ) antara PAS dengan PKR dan DAP itu dikaji semula. Ini menggambarkan scenario itu telah lama berlaku dan mudah serta pantas untuk dianalisis.
IDF atau Israel Defence Force di laman nya mengeluarkan kenyataan bahawa ada hacker yg telah menceroboh laman mereka sebagai admin. Kenyataan ini bagi menjawab salah seorang pengikut yahudi yg kecewa dengan jawapan dati persoalan yang dikemukakan.
Kilyaowa Robert mengajukan mengajukan pandangan supaya umat gaza dapat dihapuskan dengan gandaan serangan sebaliknya admin IDF menjawab dengan mengatakan mereka Gaza @ Hamas begitu kuat sehingga serangan besar-besaran gagal mengugat gaza dan tidak mungkin dapat melenyapkan gaza dalam tempoh singkat. KIlyowa melahirkan kekecewaannya bila menerima jawapan tersebut dan bertindak keluar dari menjadi pengikut kepada admin
Di penghujung komen IDF (hacker) juga menjawab dengan meyindir kepada Kilyowa dalam bahasa Malaysia... JANGAN TINGGAL DAKUUU.....
Pendapat teman ianya orang ornag melayu kerana kalau dalam bahasa Cina atau India mungkin ianya bukan orang Malaysia. Lagi pun sejujurnya dua bangsa ini kurang nampak memperlihatkan sokongan menentang serta mengutuk kerja laknat Israel seperti Melayu di sini
Apapun dari satu sudut secara peribadi teman berpendapat berbangga keupayaan hacker tersebut boleh mengodam laman IDF dan percaya banyak lagi yg berkeupayaan seperti hacker tersebut. Lagi elok kalau serangan terhadap negara pembunuh ini dihack sevanyak mungkin dengan lebih effektif dan terancang bagi melumpuhkan media mereka supaya rakyat seluruh dunia boleh bersama mengutuk dan menyekat segala usaha Yahudi membunuh umat yg tidak berdosa dan dihukum atas apa sahaja yg telah mereka lakukan.
Dari satu sudut pula kita juga kena berhati-hati dan bukan berbangga dengan usaha hacker ini. Banyak pekara yg boleh menjadi persoalan... antaranya adakah admin IDF sengaja berbuat begitu kerana mahu melahirkan perasaan benci pengikut yahudi kepada rakyat Malaysia yg cukup jelas dimata dunia paling lantang menentang Israel. Malaysia juga dikala ini menjadi tumpuaan kerana peristiwa hitam #MH17 dan apa sahaja pergerakannya menjadi tumpuan...
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Malaysian Insider cuba beri diversion untuk kurangkan tekanan yang dihadapi Pakatan Rakyat ekoran usaha nak gugurkan Tan Sri Khalid Ibrahm yang dibayangkan Rafizi bakal menemui buruan
Unspinners lama beri amaran bahawa Tan Sri Khalid mungkin gagap tapi dia dah bersedia dalam hadapi Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya untuk menghalang Kajang Move.
Anwar terlalu arrogant. Itu kelemahan Anwar yang dilihat guru lama dna kwan dari MCKK berikut:
Ketika PKR berperang dengan PAS< Khalid berbaik dengan Mursyidul Am dan
Kini terdedah pula usahauntuk Anwar perasuah tegar cuba rasuahkan Khalid untuk sejumlah RM50 juta untuk terima Kajang disaster. Baca Malaysia Today SINI.
Sanusi Ex Setpol ust Azizan tibai PKR..Saifudin Nasution tibai balik Sanusi..
Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar. PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati.
Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU-12 dulu adalah hari membilang kerusi. MB akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?
Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?
Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang.
Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu Rafizi dan Saifuddin ada di mana?
Sorang Adun yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat, menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak...lalu jadi senjata musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya DSAI arahkan dia meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau lepaskan jawatan exco sahaja.
DSAI tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama melarikan dia daripada satu komplot BN yang bersiap membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuknya, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, hotel persembunyiannya, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung!
PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki Adun PKR yang belum melompat...
PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang Adun PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) di akhbar hampir seratus ribu. MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran Adun-adunnya ?
Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap dan terbuka. Tugasan ini tidak perlu dilakukan pun jika Adun-Adun PKR tidak membuat honar dan bertemu berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang! Sebulan lebih mereka ke hulu ke hilir meninggalkan keluarga dan kerja, PKR di mana?
PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas Adun yang Anwar arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di India, atas janji mereka kepada pengorbanannya.
Uruskan belanja dan keperluan bulanannya sehingga habis penggal, termasuk penyediaan tempat tinggal (rumah) dan hutang piutangnya! Bukan sedikit, beratus ribu! PKR di mana masa itu? Bukanlah dia orang PKR?
Saya tidak bermaksud mengecilkan pengorbanannya, saya salute kesanggupannya, tapi sayang! PKR di semua peringkat telah mengabaikan nasibnya yang telah berkorban untuk partinya. Ada sesiapa dari PKR yang pernah bertanya khabar anak isterinya?
Selama dua bulan lebih dia dalam pelarian atas kehendak PKR di India, anak isterinya tinggal di mana? Kamilah yang menguruskannya!
Pernahkan Rafizi atau Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka?
Pernahkan penganut hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan 'tokong' dan bersembahyang di ruang tamu rumah Rafizi di depan anak dan isterinya? Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Peduli pun tidak, apalagi bertanya!
Apa lagi PKR buat untuk Kedah?
Sepanjang sejarah PR jadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan sorang sorang Exco dari PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya... Pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu. Elaunnya sekitar RM17 ribu, tuntutan perjalanannya pernah mencecah RM23 ribu! Siapakah yang menutupi keaiban besar ini?
Lima Adun PKR yang asal dan seorang yg menang PRK Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri! Tidakkah ini pelik! Topidak bertolak ansurkah PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizin/mengarahkan tolak ansur ini kalau bukan Presiden PAS, tempat tumpah kesetiaan dan kepatuhan MB Kedah masa itu.
Mungkin tak cukup kerusi Exco, berebut pulak hendakkan senator sampai seorang Ketua Cabang keluar parti sewaktu PRK Bkt Selambau. Mereka menuntut macam-macam keistimewaan untuk diri dan kaumnya yang belum dapat dipenuhi, MP Padang Serai keluar parti. MP yang jarang pedulikan kawasan, tidak pernah turut serta dalam program peringkat kawasan dan negeri, tapi meminta peruntukan itu dan ini, akhirnya melompat jugak...
Adakah Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah orang-orangnya? Adakah Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas karenah yang dibuat oleh Adun-adun PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak pernah walaupun sekali...!
Belanja program parti PKR pun minta daripada PAS, termasuk belanja kotinjen PKR Kedah ke PRN Sarawak. MB terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya, atas alasan PKR tiada belanja nak uruskan parti. Bila lulus dengan harga yang sama dengan pihak lain (RM16 ribu sehektar), diulang lagi memohon pengurangan harga pula. PAS Kedah tidak pernah mengambil kesempatan jenis ini! PKR tidak malupun untuk mengulang meminta.
Ahli2 Majlis PBT PKR hampir sama ramai dengan PAS walaupun kerusi mereka hanya lima berbanding PAS 16, MKK pun begitu juga... Belum saya ceritakan gelagat ahli majlis PKR yang berniaga dan melindungi perniagaan atas kapasiti mereka di PBT.
Ustaz Azizan terpaksa menebal muka mempertahankan pencalonan Darjah Kebesaran (Dato') untuk orang-orang besar PKR di hadapan Tuanku Sultan memandangkan belum ada jasa untuk disenaraikan. Hanya ada jawatan dalam parti yang jarang diambil kira oleh pihak istana. Saya boleh senaraikan penerimanya kalau mahu, termasuk yang bercakap pandai itu. Mereka meminta secara direct dan indirect...
Bintang-bintang dan pingat yang lebih kecil tak perlulah di sebutkan. Berebut-rebut dan merajuk kalau tak dapat, marah kalau orangnya tak lekat, mahunya pada pingat dan kebesaran bagai semut menghurung gula!
PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah ini. Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung, terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan PR dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam...
Dengan karenah yang berbagai-bagai itu, patut saja mereka tidak ikut campur dalam krisis yang dicetuskan oleh seorang Adun PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan MB!
Kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu. Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!
Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB Kedah masa tu?
Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?
Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah Adun dan MP PKR yang melompat. Ia membangkitkan kebencian dan meluat.
Walaupun menang di kerusi mereka apabila mengemukakan semua muka baru, bekas-bekas Adun yang tidak dicalonkan melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengundi melayu yang menyimpan geram dan meluat dengan gelagat PKR menghukum calon-calon PR di kawasan-kawasan melayu, PAS lah yang menanggung akibatnya! Ada hati nak mengungkit? Tak malu?
Hari ini tokoh yang mengarahkan PAS Kedah terus bersabar, mengarahkan MB Kedah terus bertolak ansur untuk memelihara kukuh Pakatan Rakyat di Kedah pada waktu lalu sedang diberi kata dua, di suruh menjawab itu dan ini hanya kerana dia menyatakan keputusan partinya. Saya menanggung perit yang tersimpan selama ini hanya kerana susuk ini yang mengarahkan MB meraikan saja kelemahan, menutup kekurangan dan menampung apa yang kurang pada mereka. Itulah dakwah politik kita masa itu. Itulah toleransi Presiden PAS yang dipatuhi oleh Almarhum Ustaz Azizan.
Tak ada sedikit rasa malukah dengan kebaikannya selama ini mengarahkan segala kelemahan dan kekurangan malah kesialan kamu diraikan saja malah ditutup? Bila lemah meruntun bila rasa kuat mula jalannya pun mulalah mendongak!
Kenyatan media Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook pada 29 Julai 2014 di Kuala Lumpur.
DAP menyeru pimpinan PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara terhadap PAS.
DAP amat terkilan dengan pendedahan mesej Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam "Whatsapp AJK PAS Pusat" yang berbunyi;
"Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi ADUN PKR+12 UMNO, dah bentuk simple majoriti. UMNO dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.
Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini"
Yang pertamanya, Dr Zuhdi tidak menafikan menulis mesej tersebut tetapi cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh beliau adalah "analisis senario" kepada cadangan oleh seorang pemimpin kanan PAS supaya PAS keluar dari PR.
"Analisis" sebegini lebih-lebih lagi dari seorang pemimpin PAS pusat adalah sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat. Walaupun cadangan untuk kekal atau keluar dari PR adalah hak pimpinan PAS, namun cadangan untuk bergabung dengan UMNO dan membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP, tetapi juga kepada rakyat Selangor yang telah memberikan mandat yang jelas kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13.
Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk dengan sekeras-kerasnya.
Saya ingin mengingatkan Dr Zuhdi bahawa kerusi-kerusi yang dimenangi oleh PAS di Selangor adalah di bawah payung Pakatan Rakyat kerana ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP bertanding dalam PRU13 dengan manifesto bersama Pakatan Rakyat
[Nota: Loke mahu memberitahu bahawa DAP tak perlukan PAS tapi PAS perlukan DAP untuk menang kerusi bawah Pakatan Rakyat. Kuasa undi cina lebbih kuat dari kuasa undi Melayu?]
Yang keduanya dan lebih mendukacitakan ialah seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS yang sepatutnya diamanahkan sebagai "think tank" kepada PAS boleh "mengimaginasi" untuk "menjentik DAP, gereja dan non Muslim" apabila ada pandangan yang berbeza. Kemana perginya sifat keterbukaan dan toleransi dalam slogan "PAS for ALL"?
Saya juga tidak pernah ada imaginasi bahawa seorang pemimpin PAS boleh "mengimaginasi" seperti UMNO untuk mengembalikan kuasa politik Melayu Islam melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya. Bukankah cadangan seperti ini seolah-olah bersekongkol dengan SPR dan tiada beza dengan agenda dari PERKASA?
Cadangan dan pemikiran Dr Zuhdi ini amat mencemarkan imej positif PAS yang selama ini dilihat sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan keadilan dan kuat berpegang kepada prinsip. Saya yakin majoriti pemimpin PAS Pusat amat tidak bersetuju dengan cadangan dan pandangan Dr Zuhdi.
DAP menyeru pimpinan PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambill tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara terhadap PAS.
-LOKE SIEW FOOK-
p?s dia lupa dap kalah di telok intan pasal undi PAS kepada dap menurun
Flying on a powered parachute [illustrative photo] Photo: REUTERS
Members of a Hamas cell trained in Malaysia to carry out a cross-border attack using a powered parachute, Hamas suspects have revealed to interrogators.
On July 21, the IDF arrested a Hamas cell commander in Khan Yunis who was a part of the group's regional battalion.
The suspect told Shin Bet (Israel Security Agency) officers he had trained in powered parachute attacks, as well as in how to kidnap a soldier. The training was part of Hamas's preparations to oppose an IDF ground offensive in the Gaza Strip.
The suspect revealed that his cell had trained in setting up anti-tank missile ambushes and sniper attacks on IDF ground forces. Hamas had designated the 10th floor of a Red Crescent building in Khan Yunis as a sniper position, the investigation found.
The suspect joined Hamas in 2007 and became a part of its military wing, Izzadin Kassam. His rise through the terrorist army in Gaza reveals the extent of training Hamas members undergo. He became proficient in the use of a Kalashnikov automatic rifle in varying shooting positions, and then joined Hamas's domestic guard force, where he served in night shifts.
The suspect then underwent additional training, mastering a heavy machine gun, as well as the use of locally produced hand grenades. In 2012, the Shin Bet said, he joined Hamas's reserves unit, which was tasked with special operations during wartime.
In 2013, he joined an elite Hamas cell, received a Kalashnikov to carry with him at all times, and later trained in the use of M-16 rifles, rocket-propelled grenades and bombs.
The suspect was taught how to kidnap soldiers, and tunnel warfare.
He was scheduled to train others in the same combat skills this month.
The suspect traveled to Malaysia in 2012, where he and nine other Hamas members learned how to fly a powered parachute.
In Gaza, the cell members underwent repeated training sessions on how to fly into Israel and carry out attacks, and were ordered by their Hamas commanders to keep their training top secret.
Blog ini juga mendakwa beliaulah yang menggadai kerusi Pas kepada PKR.
Sanggupkah Hatta Ramli sanggup bersumpah atas nama Allah bukan beliau pengkhianat dalam Pas ?
Kenapakah beliau dilayan begitu istimewa hingga dapat menaiki jet bersama ?
Kerana nama beliau seorang sahaja yang ternampak dalam imej yang bocor di atas. Dan beliau jugalah seorang yang begitu konsisten sering bersama dalam majlis politik bersama Anwar dan PKR.
Adakah beliau sanggup bersumpah?
Kita tunggu masa menentukannya....
Baca juga anjuran solat hajat penyokong Pas untuk hancurkan pengkhianat parti di sini
Seandainya benar pesawat Malaysia Airlines 777 yang terhempas di Ukraine ditembak dengan sengaja, ini bukanlah kali pertama sebuah pesawat komersial ditembak. Sejarah menyebut kejadian malang yang melibatkan pesawat Korean Air Lines Flight 007 pada tahun 1983, sebuah jumbo jet yang membawa 269 penumpang ditembak Sukhoi Su-15 fighter jet setelah termasuk kawasan udara Soviet.
Pesawat tersebut telah berlepas dari New York pada 30 haribulan Ogos dan berhenti di Alaska. Kawasan terakhir adalah Seoul namun setelah meninggalkan Anchorage, mungkin kerana tersilap setting, ia termasuk kawasan udara Soviet.
Keluarga mangsa pula diberi harapan palsu, di lapangan terbang Seoul dimana mereka pada mulanya diberitahu bahawa Penerbangan 007 terlambat. Kemudian dikhabarkan pula oleh pihak penerbangan bahawa mungkin pesawat sudah mendarat di Sakhalin Island.
Tiada seorang pun daripada 269 penumpang dan krew kabin yang terselamat.
Soviet menjangka bahawa pesawat 007 asalnya sebuah pesawat perisik milik AS dikala Presiden Ronald Reagan memanggil kejadian tersebut sebagai sesuatu agenda membunuh secara kejam.
Asalnya juga Soviet Union menafikan sebarang tanggungjawab. Bertahun kemudian barulah Russia akui tindakan Soviet.
Suara politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
To recap: In April 2013, a vast swathe of land, covering 1,172 acres – that lies close to Kota Kemuning, Putra Heights and Bandar Rimbayu with accessibility to four major highways - was sold to Tropicana for RM1.297 billion, payable over a period of 20 years.
Less than ten months later, in Jan 2014, Tropicana sold just 25% of this land (308.72 acres) to Eco World for RM470.67 million cash. Up to that point, the only payment it had made to Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) was a deposit of RM50 million.
On hearing this, on March 29, Khalid was fuming mad and requested accelerated payment from Tropicana for the sum of RM844.2 million instead of RM1.3 billion over 20 years. The sum is yet to be paid.
They were able to make this outrageous sale because under the agreement, some smart fool in PNSB decided to transfer the full power of attorney to all the land to the buyer despite only receiving RM50 million out of RM1.3 billion.
Word on the market is that MB Khalid is making it hard for this sale to Eco World to proceed unless Selangor receives full payment.
Danny Tan and brother Vincent Tan are now doing big-time property development in Penang including the RM10 billion GDV Bayan Mutiara Penang World City project (where they bought the land at a very cheap RM240 psf payable over 5 years from the Penang State Govt) and also the IKEA Batu Kawan deal thru Ivory Properties Group. Vincent Tan is also involved in the multi-billion redeveloping of the Penang Turf Club
So, other than a common big-time property developer,friends, why else is DAP concerned with removing Khalid as Selangor MB?
Perhaps this article from more than one year ago before GE13 by RPK regarding this land sale can shed some light. Look for two senior DAP leaders (and one senior PKR leader) that RPK had implicated in his story here:
The names are in the same paragraph as the RM200 million "donation".
By the way, coincidence of coincidence. Both of these two very senior DAP leaders have since been dropped as Selangor EXCO with one not even getting a seat to contest in GE13. I wonder why?
lol.. this deal is not gonna be easy to explain for them..
1) why the extra generous 20 years payment terms? 2) who transferred full ownership of the land to them even though they only paid RM50 million out of RM1.3 billion deposit and hence allowing them to make RM420million cash profit within 10 months. 3) Why did MB Khalid get angry and demanded full payment immediately instead of 20 years - just less than a year after the contract was signed?
Teringin bebenor teman nak dengar penjelasan Rafizi pasal skandal yang melibatkan parti sendiri. Asyik jadi whistleblower je. Sekali orang lain tiup kau 'wisel' baru kau tau.
Tu dia......terkejut Boboi bila terbaca kenyataan dari pemimpin DAP.
Tak nak pemimpin rasis dalam Pakatan? Habis tu yang ini apa pulak? Menggunakan kiasan ambil graduan universiti sebagai pendekatan sedangkan umum tahu kebanyakan graduan Melayu diambil sebagai penjawat awam.
Sinchew Daily News m/s 9
1 November 2011 (Selasa)
Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh
Setiap Tahun Akan Dikurangkan Ikut Peringkat: Tony Pua Kiam Wee
'Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.'
31hb JB, setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan "Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam" untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.
Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.
"Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing."
Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat
Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negeri China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.
Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk"ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan bajet 2012" yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor, ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan dari orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan itu,sebagai menjawab soalan-soalan itu Tony Pua berkata demikian.
Dalam sesi soal jawab seminar itu, yang hadir Tony Pua Kiam Wee, Teo Nie Ching Timbalan setiausaha penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor, mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang hadir yang ambil berat tentang bajet tahun 2012, atur acara majlis itu diusahakan oleh setiausaha penerangan pemuda DAP negeri Johor puan Liau Yu Fei (terjemah Mandarin).
Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.
Itulah kebodohan yang nyata dalam penyokong Pakatan. Bila DAP tuduh pemimpin PAS rasis, ramai pula yang menyokong tetapi mereka lupa yang menuduh tu lebih rasis tetapi menggunakan ayat-ayat manis dalam menumpukan penganiayaan kepada kumpulan sasar Melayu (penjawat awam).
*Mana-mana Melayu yang kata DAP ni bukan parti rasis memang bodoh tak boleh nak diajar, pandai tak boleh nak diikut.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berlepas ke Belanda pada Rabu (hari ini, 30 Julai, 2014) untuk berbincang tentang insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh pada 17 Julai.
Pejabat Perdana Menteri berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, Najib akan menemui rakan sejawatannya Mark Rutte di The Hague, untuk membincangkan sama ada ahli pathologi Malaysia dapat membantu bagi mempercepatkan proses pengecaman mayat mangsa.
"Kedua-dua Perdana Menteri juga akan membincangkan tentang memperoleh akses penuh ke tapak nahas supaya pasukan antarabangsa dapat menjalankan penyiasatan yang komprehensif bagi menentukan punca nahas, dan siapa yang bertangggungjawab'" kata kenyataan itu.
Pada 21 Julai, Malaysia memperoleh persetujuan bagi penyerahan mayat mangsa dan kotak hitam serta bagi para penyiasat antarabangsa mendapat akses ke tapak nahas di Grabove di timur Ukraine.
Keputusan ini dicapai ekoran persetujuan yang dicapai oleh Najib dengan ketua kumpulan pemisah di tapak nahas, Alexander Borodai.
Najib menegaskan bahawa persetujuan yang dicapai oleh Malaysia dengan pihak-pihak yang menguasai tapak nahas mempunyai tiga elemen utama iaitu penyerahan kotak hitam kepada Malaysia, menyerahkan mayat mangsa dan akses penuh ke tapak nahas diberikan kepada para penyiasat antarabangsa.
Dua syarat pertama telah dipenuhi dan keutamaan sekarang ialah memastikan penyiasat antarabangsa mendapat akses penuh ke tapak nahas.
"Ini memerlukan kerjasama mereka yang menguasai tapak nahas dan angkaten tentera Ukraine," kata beliau.
Menurut kenyataan yang sama, sejak perjanjian dicapai, sekumpulan tiga penyiasat Malaysia telah meninjau tapak nahas sebanyak tiga kali masing-masing pada 22 Julai, 23 Julai dan 24 Julai.
"Setiap lawatan mengambil masa kira-kira tiga jam. Para penyioasat sempat memerhati beberapa tapak nahas dan membuat catatan dan mengambil gambar. Bagaimanapun, oleh kerana bangkai pesawat bertaburan di kawasan yang luas, mereka tidak dapat melawat ke seluruh tapak nahas," kata kenyataan itu.
Pasukan penyiasat Malaysia percaya ia memerlukan sekurang-kurangnya 30 penyiasat untuk meliputi keseluruhan kawasan bersama tiga penyiasat Belanda dan seorang wakil dari Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar. PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati.
Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU-12 dulu adalah hari membilang kerusi. MB akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?
Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?
Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang.
Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu Rafizi dan Saifuddin ada di mana?
Sorang Adun yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat, menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak...lalu jadi senjata musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya DSAI arahkan dia meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau lepaskan jawatan exco sahaja.
DSAI tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama melarikan dia daripada satu komplot BN yang bersiap membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuknya, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, hotel persembunyiannya, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung!
PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki Adun PKR yang belum melompat...
PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang Adun PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) di akhbar hampir seratus ribu. MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran Adun-adunnya ?
Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap dan terbuka. Tugasan ini tidak perlu dilakukan pun jika Adun-Adun PKR tidak membuat honar dan bertemu berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang! Sebulan lebih mereka ke hulu ke hilir meninggalkan keluarga dan kerja, PKR di mana?
PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas Adun yang Anwar arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di India, atas janji mereka kepada pengorbanannya.
Uruskan belanja dan keperluan bulanannya sehingga habis penggal, termasuk penyediaan tempat tinggal (rumah) dan hutang piutangnya! Bukan sedikit, beratus ribu! PKR di mana masa itu? Bukanlah dia orang PKR?
Saya tidak bermaksud mengecilkan pengorbanannya, saya salute kesanggupannya, tapi sayang! PKR di semua peringkat telah mengabaikan nasibnya yang telah berkorban untuk partinya. Ada sesiapa dari PKR yang pernah bertanya khabar anak isterinya?
Selama dua bulan lebih dia dalam pelarian atas kehendak PKR di India, anak isterinya tinggal di mana? Kamilah yang menguruskannya!
Pernahkan Rafizi atau Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka?
Pernahkan penganut hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan 'tokong' dan bersembahyang di ruang tamu rumah Rafizi di depan anak dan isterinya? Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Peduli pun tidak, apalagi bertanya!
Apa lagi PKR buat untuk Kedah?
Sepanjang sejarah PR jadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan sorang sorang Exco dari PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya... Pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu. Elaunnya sekitar RM17 ribu, tuntutan perjalanannya pernah mencecah RM23 ribu! Siapakah yang menutupi keaiban besar ini?
Lima Adun PKR yang asal dan seorang yg menang PRK Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri! Tidakkah ini pelik! Todak bertolak ansurkah PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizinkan tolak ansur ininkalau bukan Presiden PAS tempat tumpah kesetiaan dan kepatuhan MB Kedah masa itu.
Mungkin tak cukup kerusi Exco, berebut pulak hendakkan senator sampai seorang Ketua Cabang keluar parti sewaktu PRK Bkt Selambau. Mereka menuntut macam-macam keistimewaan untuk diri dan kaumnya yang belum dapat dipenuhi, MP Padang Serai keluar parti. MP yang jarang pedulikan kawasan, tidak pernah turut serta dalam program peringkat kawasan dan negeri, tapi meminta peruntukan itu dan ini, akhirnya melompat jugak...
Adakah Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah orang-orangnya? Adakah Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas karenah yang dibuat oleh Adun-adun PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak pernah walaupun sekali...!
Belanja program parti PKR pun minta daripada PAS, termasuk belanja kotinjen PKR Kedah ke PRN Sarawak. MB terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya, atas alasan PKR tiada belanja nak uruskan parti. Bila lulus dengan harga yang sama dengan pihak lain (RM16 ribu sehektar), diulang lagi memohon pengurangan harga pula. PAS Kedah tidak pernah mengambil kesempatan jenis ini! PKR tidak malupun untuk mengulang meminta.
Ahli2 Majlis PBT PKR hampir sama ramai dengan PAS walaupun kerusi mereka hanya lima berbanding PAS 16, MKK pun begitu juga... Belum saya ceritakan gelagat ahli majlis PKR yang berniaga dan melindungi perniagaan atas kapasiti mereka di PBT.
Ustaz Azizan terpaksa menebal muka mempertahankan pencalonan Darjah Kebesaran (Dato') untuk orang-orang besar PKR di hadapan Tuanku Sultan memandangkan belum ada jasa untuk disenaraikan. Hanya ada jawatan dalam parti yang jarang diambil kira oleh pihak istana. Saya boleh senaraikan penerimanya kalau mahu, termasuk yang bercakap pandai itu. Mereka meminta secara direct dan indirect...
Bintang-bintang dan pingat yang lebih kecil tak perlulah di sebutkan. Berebut-rebut dan merajuk kalau tak dapat, marah kalau orangnya tak lekat, mahunya pada pingat dan kebesaran bagai semut menghurung gula!
PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah ini. Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung, terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan PR dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam...
Dengan karenah yang berbagai-bagai itu, patut saja mereka tidak ikut campur dalam krisis yang dicetuskan oleh seorang Adun PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan MB!
Kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu. Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!
Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB Kedah masa tu?
Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?
Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah Adun dan MP PKR yang melompat. Ia membangkitkan kebencian dan meluat.
Walaupun menang di kerusi mereka apabila mengemukakan semua muka baru, bekas-bekas Adun yang tidak dicalonkan melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengundi melayu yang menyimpan geram dan muat dengan gelagat PKR menghukum calon-calon PR di kawasan-kawasan melayu, PAS lah yang menanggung akibatnya! Ada hati nak mengungkit? Tak malu?
Hari ini tokoh yang mengarahkan PAS Kedah terus bersabar, mengarahkan MB Kedah terus bertolak ansur untuk memelihara kukuh Pakatan Rakyat di Kedah pada waktu lalu sedang diberi kata dua, di suruh menjawab itu dan ini hanya kerana dia menyatakan keputusan partinya. Saya menanggung perit yang tersimpan selama ini hanya kerana susuk ini yang mengarahkan MB meraikan saja kelemahan, menutup kekurangan dan menampung apa yang kurang pada mereka. Itulah dakwah politik kita masa itu. Itulah toleransi Presiden PAS yang dipatuhi oleh Almarhum Ustaz Azizan.
Tak ada sedikit rasa malukah dengan kebaikannya selama ini mengarahkan segala kelemahan dan kekurangan malah kesialan kamu diraikan saja malah ditutup? Bila lemah meruntun bila rasa kuat mula jalannya mendongak!
SOLAT UNTUK BINASAKAN PENGKHIANAT JAMAAH ISLAM PAS Pembocoran maklumat sulit dalam PAS telah banyak kali berlaku dan paling malang apabila perbincangan AJK PAS PUSAT bocor dengan mengambil sebahagian drp senario perbincangan telah membawa maksud yang sangat buruk kepada imej parti terutama kepada masyarakat bukan Islam serta orang tidak memahami isi perbincangan whatsapp.
Tidak ada jalan yang terbaik hanya kepada Allah sahaja tempat kita meminta pertolongan dan petunjuk. Saya mencadangkan setiap ahli PAS atau pembaca laman TKO untuk membuat SOLAT HAJAT KHUSUS untuk binasakan orang yang mengkhianati dan membocorkan maklumat Jamaah Islam PAS.
Jika sekiranya kita tak kesempatan untuk solat hajat, doakan Allah binasakan orang yang mengkhianati Jamaah Islam ini dalam mana-mana solat... buat setiap kali solat bila kita teringat akan perjuangan kita dan doakan supaya Allah binasakan orang yang mengkhianati Jamaah ini sehingga 40 hari.
Semoga fitnah dan caci maki dalam Jamaah boleh dihindarkan demi amalan Islam.
Dr Zuhdi digesa mohon maaf, selamatkan reputasi PAS
KUALA LUMPUR, 30 JUL – Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mesti meminta maaf atas kandungan analisanya dan
menyelamatkan reputasi Pas yang membawa slogan 'Pas for all' atau 'Pas untuk semua'.
Gesaan tersebut dibuat Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dalam kenyataan pagi tadi, sambil menekankan bahawa penjelasan Mohd Zuhdi ke atas kontroversi perbualan Whatsapp nya langsung tidak menyentuh isu isi kandungan analisa yang rasis dan ekstremis.
'Analisa' Zuhdi itu dilihat berbaur rasisme dan ekstremisme apabila menyifatkan hak warga bukan Islam dan bukan Melayu sekadar boleh dijentik dan disergah.
"Analisa Mohd Zuhdi jelas menunjukkan fikiran rasis dan ekstremis beliau di mana hak rakyat Malaysia yang bukan Islam dan bukan Melayu dijentik dan disergah," ujar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.
Menurut Tony, bukan soalnya sama ada kenyataan Mohd Zuhdi dalam WhatsApp itu adalah sulit, atau "senario", atau pendirian peribadi.
"Isunya ialah Dr Mohd Zuhdi telah membongkarkan fikiran dan sifat rasis dan ekstremis beliau dalam analisanya," jelas beliau.
Dalam perbualan yang tersebar di ambang Syawal itu, 'analisa' Mohd Zuhdi antara lain menyatakan, "DAP, gereja dan non-Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini."
Kata Tony lagi DAP berharap supaya PAS mengambil tindakan ke atas pemimpin-pemimpin yang berfikiran sempit seperti Dr Mohd Zuhdi supaya nama baik parti PAS yang berslogan "PAS for All" tidak terus tercemar. – Roketkini.com
Saya tak berhasrat utk membuka pekung atau mengungkit segala kisah lalu. Tapi bila Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli mula mengungkit stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi antara Selangor- Kedah itu tidak wajar. PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB Kedah pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati tetapi sikap sebenar PKR sgt busuk hati dan keji tetapi bertopeng kononnya atas nama perjuangan rakyat!
Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU12 dulu adalah hari2 membilang kerusi. Allahyarham Ust Azizan, MB Kedah akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?
Di mana si Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR termasuk Anwar Ibrahim yang minta PAS supaya mencontohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu? Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan PR supaya jangan tumbang di tengah jalan. ADUN2 PKR Kedah ketika itu amat keji dgn cubaan melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang.
Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu si Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution ada di mana? Membisu dan langsung tak bersuara!
Sorang ADUN yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat, menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak...lalu jadi senjata musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya DSAI telah arahkan dia meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau lepaskan jawatan Exco sahaja.
DSAI tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama melarikan dia daripada komplot BN yang bersiap utk membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuk, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, menguruskan hotel persembunyian, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan segala makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung!
PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki ADUN PKR yang belum melompat...
PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang ADUN PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) diakhbar hampir seratus ribu. MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran ADUN-ADUNnya?
Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan Amal PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap. Tugasan ini tidak perlu dilakukan pun jika ADUN-ADUN PKR tidak membuat onar bertemu utk berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang! ADUN PKR ini mengugut macam2. Sebulan lebih mereka ke hulu ke hilir meninggalkan keluarga dan kerja, pimpinan PKR di mana?
PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas ADUN yang Anwar arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di India, atas janji mereka kepada pengorbanannya.
Uruskan belanja dan keperluan bulanannya sehingga habis penggal, termasuk penyediaan tempat tinggal (rumah) dan hutang piutangnya! Bukan sedikit, beratus ribu! PKR di mana masa itu? Bukanlah dia orang PKR?
Saya tidak bermaksud mengecilkan pengorbanannya, saya salute kesanggupannya, tapi sayang! PKR di semua peringkat telah mengabaikan nasibnya yang telah berkorban untuk partinya. Ada sesiapa dari PKR yang pernah bertanya khabar anak isterinya?
Selama dua bulan lebih dia menjadi pelarian atas kehendak PKR di India, anak isterinya tinggal di mana? Kamilah yang menguruskannya!
Pernahkan si Rafizi atau Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka?
Pernahkan penganut Hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan 'tokong' dan bersembahyang di ruang tamu rumah si Rafizi di depan anak dan isterinya? Si Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Jawapannya..mereka ni peduli pun tidak, apalagi bertanya!
Apa lagi PKR buat untuk Kedah?
Sepanjang sejarah PR jadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan sorang sorang Exco drp PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya... Pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu. Elaunnya sekitar RM17 ribu, tuntutan perjalanannya mencecah RM23 ribu! Siapakah yang menutupi keaiban besar ini?
Lima ADUN PKR yang asal dan seorang yg menang PRK Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri! Tidakkah ini pelik! Tidak bertolak ansurkah lagi PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizin/mengarahkan tolak ansur ini kalau bukan Presiden PAS, tempat tumpah kesetiaan dan kepatuhan MB Kedah masa itu.
Mungkin tak cukup kerusi Exco, berebut pulak hendakkan jawatan Senator sampai seorang Ketua Cabang PKR sanggup keluar parti sewaktu PRK Bkt Selambau. Mereka menuntut macam-macam keistimewaan untuk diri sendiri dan kaumnya yang belum dapat dipenuhi, MP Padang Serai keluar parti. MP yang jarang pedulikan kawasan, tidak pernah turut serta dalam program peringkat kawasan dan negeri, tapi meminta peruntukan itu dan ini, akhirnya melompat jugak...
Adakah si Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah orang-orangnya? Adakah si Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas karenah yang dibuat oleh ADUN-ADUN PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak pernah walaupun sekali..!
Belanja program parti PKR pun minta daripada PAS, termasuk belanja kontinjen PKR Kedah ke PRN Sarawak. MB terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya, atas alasan PKR tiada belanja nak uruskan parti. Bila lulus dengan harga yang sama dengan pihak lain (RM16 ribu sehektar), diulang lagi memohon pengurangan harga pula. PAS Kedah tidak pernah mengambil kesempatan jenis ini! PKR tidak malu pun untuk mengulang meminta.
Ahli2 Majlis PBT PKR hampir sama ramai dengan PAS walaupun kerusi mereka hanya lima berbanding PAS yg ada 16 kerusi, MKK pun begitu juga... Belum saya ceritakan gelagat Ahli Majlis PKR yang berniaga dan melindungi perniagaan sendiri atas kapasiti mereka di PBT. Tak diberi muka maka pelbagai ugutan yg mereka keluarkan. Siapakah mereka kalau bukan pimpinan PKR?
Ustaz Azizan terpaksa menebal muka mempertahankan pencalonan Darjah Kebesaran (Dato') untuk orang-orang besar PKR dihadapan Tuanku Sultan memandangkan belum ada jasa untuk disenaraikan. Hanya ada jawatan dalam parti yang jarang diambil kira oleh pihak istana. Saya boleh senaraikan penerimanya kalau mahu, termasuk yang kononnya bercakap pandai itu. Mereka meminta secara direct tanpa ada perasaan bersalah dan malu..Siapa mereka ini kalau bukan pemimpin-pemimpin Cabang PKR??
Bintang-bintang dan pingat yang lebih kecil tak perlulah disebutkan. Berebut-rebut dan merajuk kalau tak dapat, marah kalau orangnya tak lekat, mahunya pada pingat dan kebesaran bagai semut menghurung gula! Sungguh memual dan memalukan perangainya para pemimpin PKR ini!
PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah ini. Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung, terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS seperti menjadi hamba. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan PR dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam...
Dengan karenah yang berbagai-bagai itu, patut saja mereka tidak ikut campur dalam krisis yang dicetuskan oleh seorang ADUN PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan MB!
Kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu. Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!
Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB Kedah masa tu?
Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?
Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah ADUN dan MP PKR yang melompat. Ia membangkitkan kebencian dan meluat.
Walaupun menang di kerusi mereka apabila mengemukakan semua muka baru, bekas-bekas ADUN yang tidak dicalonkan melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengundi Melayu yang menyimpan geram dan meluat dengan gelagat PKR menghukum calon-calon PR di kawasan-kawasan Melayu, PAS lah yang menanggung akibatnya! Ada hati nak mengungkit? Tak malu?
Hari ini tokoh yang mengarahkan PAS Kedah terus bersabar, mengarahkan MB Kedah terus bertolak ansur untuk memelihara kukuh Pakatan Rakyat di Kedah pada waktu lalu sedang diberi kata dua, di suruh menjawab itu dan ini hanya kerana dia menyatakan keputusan partinya. Saya menanggung perit yang tersimpan selama ini hanya kerana susuk ini yang mengarahkan MB meraikan saja kelemahan, menutup kekurangan dan menampung apa yang kurang pada mereka. Itulah dakwah politik kita masa itu. Itulah toleransi Presiden PAS yang dipatuhi oleh Almarhum Ustaz Azizan.
Tak ada sedikit rasa malukah dengan kebaikannya selama ini mengarahkan segala kelemahan dan kekurangan malah kesialan kamu diraikan saja malah ditutup? Bila lemah meruntun bila rasa kuat mula jalan pun mulalah mendongak! Sedar dirilah wahai PKR dan DAP!
Luahan Hati, Sanusi Mantan Setiausaha Politik Almarhum Ust Azizan
PERMATANG PAUH - Kepimpinan Pas tidak menunjukkan sebarang reaksi akan keluar dari PR ekoran krisis politik baru-baru ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Pas kekal komited kepada PR malah pendirian Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor adalah pendirian peribadinya.
Beliau berkata, pendirian dan pendapat sesetengah pemimpin akar umbi Pas juga tidak menggambarkan pendirian rasmi parti itu sekaligus mengurangkan kebimbangan PR akan berpecah.
"Saya kenal sikap Abdul Hadi. Beliau seorang sangat komited kepada PR," katanya kepada media sebelum menghadiri majlis tahlil dan sumbangan duit zakat kepada anak yatim di Masjid Permatang Nibong di sini, hari ini.
Turut hadir Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr Afif Bahardin yang juga Adun Seberang Jaya.
Ditanya sama ada pernah bertemu dengan Abdul Hadi selepas mengumumkan isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, beliau ada menghubunginya pada malam Hari Raya Aidilfitri (Ahad) sebelum Abdul Hadi bertolak ke Terengganu.
"Saya bercakap dengannya melalui telefon pada malam raya. Bermakna komunikasi antara kami masih bagus.
"Walaupun ada sentimen pada dasarnya dan dakwaan yang perlu kami hadapi...namun saya memilih untuk tidak melayan mereka kerana mempunyai keyakinan penuh dalam sikap dan polisi pakatan ini diputuskan dalam kepimpinan tertinggi," katanya.
Menurutnya, perbincangan awal sudah diadakah walaupun tiada keputusan dimuktamadkan.
"Ketika nama Wan Azizah dikemukakan dalam mesyuarat PR, pemimpin Pas ada dan diwakili Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; AJK Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa," katanya lagi.
Diminta mengulas tindakan Abdul Khalid enggan berundur walaupun sudah sedia maklum mengenai keputusan majlis kepimpinan PR sejak awal lagi, Anwar berkata, Abdul Khalid mungkin tidak mahu melepaskan jawatan itu berikutan sokongan dari sesetengah pihak.
"Abdul Khalid sudah dimaklumkan mengenai hal ini sejak Mac lalu atau sebelum saya umumkan Langkah Kajang.
"Sebab itu, kita cuba elak dari kenyataan yang menghangatkan suasana walaupun ada tentangan yang dikeluarkan oleh satu dan dua pimpinan kecil Pas.
"Saya tidak menggangapnya sebagai suara pimpinan utama," katanya.
Beliau berkata lagi, komen tidak sihat dan tidak sesuai dari akar umbi mengenai jawatan Menteri Besar Selangor akan menyebabkan salah faham dalam komponen parti.
"Pandangan tidak sihat memudarkan kepercayaan dalam parti. Contohnya, semalam Penasihat DAP, Lim Kit Siang bercakap dengan saya dan berasa aneh kerana soal kerusi PKR dan DAP di Gelang Patah dibangkitkan sesetengah pihak.
"Saya yakin pakatan masih kukuh dengan kepimpinan PKR, DAP dan Pas. Kami sudahpun melalui susah senang bersama dengan prinsip seperti toleransi.
"Oleh itu, saya tidak melihatnya sebagai satu perpecahan," katanya.
Tiga puluh wakil MIC, PPP dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan Hindu hari ini membuat laporan polis terhadap seorang penceramah bebas kerana didakwa mengeluarkan kenyataan provokasi berunsur rasis semasa berceramah.
Tiga puluh orang yang mewakili sayap Wanita, Pemuda dan Putera MIC, PPP dan NGO Hindu membuat laporan ke atas Shahul Hameed Seeni Mohd (gambar) di Balai Polis Jalan Patani, Pulau Pinang.
Ketua Putera MIC negeri, NG Senthelnathan berkata mereka mahu polis menjalankan siasatan dan mahu Shahul Hameed berhenti daripada mengadakan sebarang ceramah sehingga siasatan selesai.
"Tidak salah kalau mahu berceramah berkenaan agama Islam tetapi beliau jangan menyentuh agama lain," katanya hari ini. Sementara itu, Ketua Pemuda MIC negeri, A Murugan menegaskan pihaknya menolak permohonan maaf Shahul Hameed berhubung insiden itu kerana mahu tindakan tegas diambil ke atasnya. – Bernama, 30 Julai, 2014.
Semalam satu video dan gambar-gambar tersebar di media sosial yang mana satu pergaduhan dan rusuhan akibat salah faham telah berlaku di stesen minyak Shell di Lundang Kota Bharu.
Satu video dan gambar telah disebar di media sosial yang mana menunjukkan pergaduhan dan rusuhan dari akibat salah faham di stesen minyak Shell di Lundang, Kota Bharu.
Kes ini terjadi dikatakan bermula dari sekumpulan lelaki memasang mercun di stesen minyak berkenaan dan juga membaling mercun kepada kereta yang ada di stesen minyak tersebut.
Hal ini telah menimbulkan kemarahan pemilih stesen minyak terbabit kerana risau mercun tersebut boleh menyebabkan stesen minyak tersebut terbakar.
Oleh kerana marah, pemilik stesen tersebut menyembur kumpulan terbabit dengan penyembur kebakaran. Ini menyebabkan mereka naik berang dan mengejar pemilik stesen minyak terbabit sehingga ke dalam kedai lalu mencetuskan huru-hara dan merosakkan peralatan di stesen minyak berkenaan.
BUKIT MERTAJAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akhirnya membayangkan dia bersedia memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor sekaligus menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Azizah yang ceria ketika diminta mengulas kesediaannya menjadi Menteri Besar berkata ia adalah satu tanggungjawab yang besar dan amanah yang perlu dijaga.
Mengenai dakwaan beliau hanya akan menjadi Menteri Besar boneka sekiranya menggantikan Abdul Khalid, Azizah berkata perkara itu tidak memberi kesan kepada dirinya.
Azizah berkata beliau tidak kisah dengan dakwaan yang timbul berkaitan suaminya selepas mengumumkan dia akan menjadi Menteri Besar Selangor.
Wan Azizah menemani suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis tahlil dan sumbangan zakat kepada anak yatim di Masjid Permatang Nibong di Permatang Pauh.
Sementara itu ,Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat , Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai MB sebagai pandangan peribadi yang tidak mewakili PAS.
Ujarnya dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, PAS sedia maklum dengan keputusan PKR yang mahu isterinya menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Abdul Khalid.
Tambahnya timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar turut hadir pada mesyuarat itu bagaimana pun Hadi tidak hadir kerana tidak sihat.
Sehubungan itu katanya satu mesyuarat bersama Pakatan Rakyat akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi menyelesaikan isu terdekat tersebut.
Dalam pada itu, Anwar turut menyelar Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki berhubung kenyataan bahawa dirinya merupakan seorang diktator dalam menguruskan pakatan pembangkang.
Anwar kemudiannya meminta PAS menyelesaikan perkara itu.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/wan-azizah-bayang-kesediaan-ganti-khalid-ibrahim-40935?cp
IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran 'selfie' di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri.
Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.
"Tindakan sebegini sangat tidak wajar dilakukan, apatah lagi di tanah perkuburan. Sewajaranya ketika menziarahi kubur, ianya dijadikan iktibar dan bukannya untuk berseronok-seronok.
"Budak-budak sekarang ni tak faham dengan amalan ziarah kubur ini, malah amalan ini juga boleh jadi haram sekiranya terlalu ramai lelaki dan wanita bukan mahram bercampur gaul di tanah perkuburan itu," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah individu yang ber'selfie' di tanah perkuburan sempena Aidilfitri tanpa mengetahui tujuan sebenarnya ziarah ke tanah perkuburan.
Harussani berkata, masyarakat perlu memahami sedalam-dalamnya mengenai amalan atau tradisi menziarahi kubur pada setiap kali musim sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.
Beliau berkata, tidak ada sebarang nas yang mewajibkan amalan serta tradisi berkenaan sempena sambutan hari raya kerana ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
Malah menurutnya, amalan serta tradisi ziarah-menziarahi saudara mara serta rakan-rakan yang masih hidup adalah jauh lebih afdal dilaksanakan sempena sambutan hari raya.
"Hari raya adalah kemuncak ibadah dan sangat-sangat dianjurkan oleh Islam untuk kita saling ziarah-menziarahi satu sama lain dengan tujuan bermaaf-maafan dan menghubungkan silaturrahim sesama kita.
"Sebab itu kita juga digalakkan untuk berjalan kaki ke masjid menggunakan jalan lain dan balik pula menggunakan jalan lain; dengan tujuan agar kita boleh bertemu dengan lebih ramai orang sambil saling mengucap tahniah dan sebagainya," katanya.
Bagaimanapun tambah Harussani, amalan berkenaan tidaklah menjadi satu kesalahan yang boleh menjadikan ianya haram dilakukan jika mengikut adab yang ditetapkan.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melawat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Baru, Kelantan semalam. – Gambar dari Facebook Khalid, 30 Julai, 2014.
Krisis berlaku di Selangor, namun tumpuan beberapa hari lepas berada di rumah sederhana Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan apabila pemimpin PKR cuba mendapatkan bantuan MursyidulU Am PAS itu untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat (PR) daripada berpecah.
Semalam Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengunjungi Nik Aziz di Kota Baru manakala Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan mengunjungi beliau hari ini.
PR berada di persimpangan berhubung isu menteri besar Selangor dan apabila mesej WhatsApp Ahli Jawatankuasa PAS Pusat terbocor dan ada anggotanya meminta parti Islam itu keluar daripada gabungan pembangkang itu.
Nik Aziz sebelum ini menyokong secara terbuka presiden partinya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahukan Khalid kekal sebagai menteri besar.
Hari ini Saifuddin akan bertemu Nik Aziz dengan harapan pemimpin PAS itu akan berubah fikiran dalam menyokong Khalid.
"Saya akan pulang mengunjungi keluarga isteri saya di Kelantan esok dan sempena itu juga saya akan mengunjungi Tok Guru Nik Aziz," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.
Saifuddin mempunyai hubungan yang agak istimewa dengan Nik Aziz. Minggu lalu ketika tersebar berita kononnya Nik Aziz meninggal dunia, Saifuddin bersama-sama Nik Aziz di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kota Baru.
"Ketika saya berjumpanya minggu lepas, kami berbual tentang politik tanah air. Kelihatan Tok Guru (Nik Aziz) tidak berapa tahu sangat kerana dia keluar masuk hospital sahaja.
"Tetapi kenyataan Tok Guru semalam begitu komprehensif sekali. Harap-harap dapat faham apa yang berlaku bila berjumpa Tok Guru esok," kata Saifuddin.
Khalid juga kelihatan cuba merapatkan hubungan dengan pemimpin Kelantan itu.
Ketika kecoh 'Langkah Kajang' dilancarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu, Khalid menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub di samping mengunjungi Nik Aziz di Kota Baru.
"Jika kita hendak pertahankan PAS, maka perlu sokong kenyataan kedua-dua mereka (presiden dan mursyidul am) dalam mesyuarat 10 Ogos ini.
"Jika begitu, bermakna kita terpaksa bertembung dengan keputusan PKR yang disokong DAP.
"Jadi kita dalam dilema, diluah mati emak ditelan mati bapa," kata seorang pemimpin yang bagi beliau, PAS paling mendapat keuntungan dan sokongan maksima apabila bersama PR.
Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS memberitahu The Malaysian Insider: "Jangan bimbang. Kita akan usahakan supaya PAS tidak berpecah dan Pakatan terus mantap dalam mesyuarat 10 Ogos ini." –30 Julai, 2014.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggesa agar Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki meminta maaf kepada rakyat kerana mengeluarkan pandangan bersifat perkauman dalam mesej WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang dibocorkan di media sosial sejak kelmarin
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki digesa supaya meminta maaf kepada rakyat kerana mengeluarkan pandangan bersifat perkauman dalam mesej WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang dibocorkan di media sosial sejak kelmarin, kata DAP.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, yang mencetuskan kontroversi adalah isi kandungan mesej Zuhdi berbunyi: "DAP, gereja dan non-Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini".
Pua berkata, analisis itu jelas menunjukkan fikiran rasis dan ekstremis apabila hak rakyat Malaysia yang bukan Islam dan bukan Melayu bagi Zuhdi mudah dijentik dan disergah.
"Isunya bukan sama ada perbincangan Zuhdi dalam WhatsApp adalah sulit, atau "senario", atau pendirian peribadi.
"Isunya ialah Zuhdi membongkarkan fikiran dan sifat rasis dan ekstremis beliau dalam analisanya.
"Oleh sebab itu, nama beliau masih tidak dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan," kata Pua dalam satu kenyataan malam tadi.
Pua berkata, Zuhdi perlu sedar tentang pemikiran sempitnya dan segera memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
Pada masa yang sama, Pua mahu PAS mengambil tindakan tegas terhadap pemimpinnya yang berfikiran sempit seperti Zuhdi supaya nama baik PAS yang berslogan "PAS for All" tidak terus tercemar.
"Kalau pemikiran yang rasis dan ekstremis tersebut tidak dikesali, kami tidak beringin Zuhdi terus berada dalam Pakatan Rakyat, mahupun beliau mungkin tidak berniat keluar," katanya.
Zuhdi dalam akaun Facebook menafikan dirinya pencetus cadangan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat dan bergabung dengan Umno membentuk kerajaan perpaduan (UG) demi mengekalkan kuasa Melayu-Islam di Selangor.
Beliau berkata, analisis senario sebaliknya dibuat berdasarkan permintaan ahli kumpulan WhatsApp itu yang mahu membayangkan kemungkinan jika PAS keluar PR dan kesannya kepada Selangor.
"Untuk melakukan analisis senario ini, selain daripada memerlukan fakta-fakta semasa, daya imaginasi penganalisis juga harus diambil kira," katanya.
Zuhdi yang lantang mengkritik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akaun Facebook mendakwa usulnya kemudian disokong kuat lebih 10 orang ahli dalam kumpulan WhatsApp itu; sebahagian besar daripada mereka amat rapat dengan Anwar.
Namun penjelasan Zuhdi itu disanggah Pua kerana baginya, isu yang memarahkan rakyat adalah isi kandungan, dan bukannya pembentangan analisis tersebut.
Menurut Pua, walaupun ramai yang akan rasa kecewa jika PAS memutuskan untuk bercerai dengan PKR dan DAP, tetapi pendirian Zuhdi untuk keluar atau kekal dalam PR bukan tumpuan utama kritikan.
Katanya, rakyat tidak mempertikaikan langkah Zuhdi mengkaji sama ada PAS wajar berada di dalam ataupun keluar PR kerana itu hak ahli parti Islam itu dan mereka layak menentukannya sendiri. – 30 Julai, 2014.
Kalau sudah menjadi bintang pujaan kepada masyarakat, biar setinggi mana pun taraf pendidikan dan sedalam mana pun pengalaman, seseorang itu tidak sepatutnya tergamak melemparkan kata-kata yang merendah-rendahkan kemampuan orang lain.
Apabila bercakap soal hormat, sikap itu sepatutnya tidak mengenal usia dan hanya kerana tidak berkenan dengan seseorang itu, tidak bermakna kita ada lesen untuk merendah-rendahkan orang lain macam dunia hiburan ini dia yang punya.
Terkejut sekejap SS mendengar perkhabaran daripada seorang rakan yang membawa khabar mengenai perangai kurang enak bintang pujaan terkenal itu kerana dia bukan saja suka mengamalkan pilih kasih, malah bermulut lancang.
Kasihan betul SS apabila terkenang perasaan bakat baru yang menjadi bintang pujaan itu yang khabarnya langsung tidak sangka perangai sebenarnya sehinggakan sekarang hilang terus rasa hormatnya terhadap beliau.
Mana tidaknya, tujuan asal pendatang baru itu mahu menimba ilmu dengan personaliti itu, namun selepas berdepan dengannya, baru-baru ini, dia rupa-rupanya bercakap lepas tanpa fikirkan orang lain di sekeliling.
Sedih sungguh rasa bakat baru ini tatkala penampilannya dihina malah langsung tidak ada unsur motivasi dalam kata-kata yang diluahkan bintang pujaan itu terhadap orang baru sepertinya yang cuba membina tapak.
Mentang-mentang bintang pujaan itu sudah ada orang yang lebih disukainya, dia tanpa berfikir panjang menghina bakat baru itu yang hanya mahu meminta khidmat nasihatnya.
Tersentak artis baru itu kerana selama ini dia sendiri begitu menyanjung artis 'senior', tetapi selepas bertentang mata, rupanya indah khabar daripada rupa.
Kuala Lumpur: Disangkakan kubur mengeluarkan asap namun kegemparan yang berlaku hanya seketika apabila ia sebenarnya cuma dahan pokok yang terbakar dan jatuh menimpa beberapa kubur di tanah perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini, semalam.
Sorang saksi Othman Abu, 48, berkata dia dan keluarganya datang ke tanah perkuburan itu kira-kira jam 9.20 pagi kerana ingin menziarahi pusara ibu mentuanya namun terkejut kerana mendapati tiga kubur yang jaraknya dianggarkan 20 meter dari kubur mentuanya itu mengeluarkan asap.
"Saya pergi lihat dan saya dapati pokok tersebut sudah hangus dijilat api serta dahan-dahan pokok tersebut turut tumbang dan menghempap dua kubur," katanya.
Othman memberitahu dia bersama dua lagi orang awam cuba memadamkan api di pokok itu sebelum merebak ke kawasan lain dan beberapa minit kemudian tiba bagi mengawal api di kawasan kubur berkenaan serta membersihkan dahan yang menghempap kubur itu.
Menurutnya, tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kubur lain.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada sampah yang dibakar secara terbuka yang dipercayai dilakukan sejak kelmarin.
"Apabila api kecil tidak dipadamkan maka ia boleh merebak sehingga menyebabkan sebatang pokok hangus dijilat api serta dahan pada pokok itu tumbang," katanya ketika dihubungi.
Glasgow: Skuad hoki lelaki negara memalukan Malaysia apabila tewas kepada pasukan tidak ternama Trinidad & Tobago 2-4 pada perlawanan Kumpulan B Sukan Komanwel di Pusat Hoki Nasional Glasgow, semalam.
Barisan yang dibimbing Tai Beng Hai itu ketinggalan 1-4 pada separuh masa pertama dengan Kwandwane Browne mencipta hatrik buat negaranya apabila menjaringkan gol pada minit ke-11, 15 dan 35. Mickell Pierre membuka tirai jaringan Trinidad & Tobago seawal minit kelapan.
Norhizzat Suantri menjaringkan gol pertama Malaysia pada minit ke-24 sebelum Ramadhan Rosli menambah gol kedua seminit sebelum tamat.
Aksi lembap Malaysia ditertawakan penonton tempatan yang turut terkejut dengan persembahan skuad negara yang berada dalam ranking ke-10 dunia. Malaysia sebelum ini dibelasah England 1-8.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Nota: Amaran Loke kepada Pas " Ingatlah bahawa DAP tidak memerlukan PAS sebaliknya PAS yang memerlukan DAP untuk mendapat undi kaum bukan Melayu."
Kenyatan media Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook pada 29 Julai 2014 di Kuala Lumpur. DAP menyeru pimpinan PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat khasnya DAP di seluruh negara terhadap PAS. DAP amat terkilan dengan pendedahan mesej Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam "Whatsapp AJK PAS Pusat" yang berbunyi; "Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi ADUN PKR+12 UMNO, dah bentuk simple majoriti. UMNO dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB..Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini..." Yang pertamanya, Dr Zuhdi tidak menafikan menulis mesej tersebut tetapi cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh beliau adalah "analisis senario" kepada cadangan oleh seorang pemimpin kanan PAS supaya PAS keluar dari PR. "Analisis" sebegini lebih-lebih lagi dari seorang pemimpin PAS pusat adalah sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat. Walaupun cadangan untuk kekal atau keluar dari PR adalah hak pimpinan PAS, namun cadangan untuk bergabung dengan UMNO dan membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP, tetapi juga kepada rakyat Selangor khasnya kaum Cina yang telah memberikan mandat yang jelas kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13. Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk dan dihina dengan sekeras-kerasnya. Saya ingin mengingatkan Dr Zuhdi dan mana-mana pimpinan PAS supaya memahami analisa politik bahawa kemenangan kerusi-kerusi yang dimenangi PAS di Selangor adalah melalui sokongan kuat kaum Cina yg menyokong DAP. Pimpinan PAS tak perlu berlagak sombong atau bongkak kerana DAP memainkan peranan besar dalam PRU13 yang lepas. Kalau mengharapkan sokongan kaum Melayu semata amat mustahil untuk PAS menang 15 kerusi DUN di Selangor! Yang keduanya dan lebih mendukacitakan ialah seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS yang sepatutnya diamanahkan sebagai "think tank" kepada PAS boleh "mengimaginasi" untuk "menjentik DAP, gereja dan non Muslim" apabila ada pandangan yang berbeza. Ke mana perginya sifat keterbukaan dan toleransi slogan "PAS for ALL"? Saya juga tidak pernah ada imaginasi bahawa seorang pemimpin PAS boleh "mengimaginasi" seperti UMNO untuk mengembalikan kuasa politik Melayu Islam melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya. Bukankah cadangan seperti ini seolah-olah bersekongkol dengan SPR dan tiada beza dengan agenda dari PERKASA? Cadangan dan pemikiran Dr Zuhdi ini amat mencemarkan imej positif PAS yang selama ini dilihat sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan keadilan dan kuat berpegang kepada prinsip. Saya yakin majoriti pemimpin PAS Pusat bersama DAP dan amat tidak bersetuju dengan cadangan dan pandangan Dr Zuhdi. DAP menyeru pimpinan PAS pusat supaya mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri daripada cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara terhadap PAS. PAS juga perlu memecat Dr. Zuhdi bagi menghormati dasar kerjasama dengan DAP. Ingatlah bahawa DAP tidak memerlukan PAS sebaliknya PAS yang memerlukan DAP untuk mendapat undi kaum bukan Melayu. Setiausaha Agung Organisasi DAP Kebangsaan LOKE SIEW FOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan