Khamis, 3 Julai 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Apa Yang Tersirat

Posted: 03 Jul 2014 01:06 PM PDT

Apa Yang Tersirat


ADUN Pakatan Mahu Kemuka Undi Tidak Percaya Pada Musa: Hanya Publisiti Murahan

Posted: 03 Jul 2014 06:48 AM PDT

Siapa Chan Foong Hin? Dia hanya seorang ADUN daripada DAP bagi Sri Tanjung; sedangkan dirinyapun tidak hafal kawasan Sri Tanjung. 

Menurut sumber dalaman DAP, sebahagian besar masa ADUN itu hanya di Kota Kinabalu bukannya di kawasan yang diwakilinya. Malah ADUN Dap itu menurut sumber itu, tidak mempunyai sokongan akar umbi DAP; malah semasa pertandingan CC DAP peringkat negeri Sabah, Chan hanya mendapat 65 undi kedua tercorot dalam pemilihan itu. Pemimpin DAP yang tidak mahu disebutkan namanya itu mempersoalkan, publisiti murahan ADUN DAP itu; apa meritnya mengatas nama Pakatan Rakyat dengan membuat kenyataan bahawa Pakatan Rakyat akan membuat usul tidak percaya kepada Musa.

Memang benar Datuk Seri Musa Haji Aman sebagai Pengerusi ESSCOM, atas kapasitinya sebagai Ketua Menteri Sabah. Tetapi, ADUN DAP itu, tidak tahu bahawa tugas-tugas keselamatan adalah tugas pasukan keselamatan; bukannya tugas Musa. 

Kegiatan penculikan di Pantai Timur Sabah, bukan perkara baru; kerana dalang penculikan sebenarnya berpunca daripada dalam, atas sebab kegiatan penculikan merupakan satu bisnes yang mendatangkan kewangan yang besar.

Yakinlah penculikan tidak akan berlaku, jika tiada pihak yang membayar wang tebusan dan juga jika tiada petualang dari pihak dalaman sendiri.

Pihak pembangkang hanya tahu bercakap dan membuat kenyataan murahan tanpa mengerti tugas-tugas dan kompleksnya isu keselamatan di Pantai Timur Sabah.

PEJUANG BANGSA

Posted: 03 Jul 2014 11:07 AM PDT

PEJUANG BANGSA


JKM bidas Wardina banding bantuan OKU dengan Australia

Posted: 03 Jul 2014 08:29 AM PDT



- Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Norani Mohd. Hashim memberitahu bantuan yang diterima orang kurang upaya (OKU) di negara ini tidak sepatutnya dibandingkan dengan negara lain.

Menurutnya, bantuan yang diberikan kepada OKU mengikut kemampuan dan budaya negara ini.

"Saya rasa kita tak boleh nak bandingkan Australia dengan Malaysia.

"Kita ikutlah kemampuan dan budaya kita. Australia itu Australia lah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan personaliti TV terkenal, Wardina Saffiyah yang mempertikai bantuan yang diterima OKU di negara ini dan mengambil Austalia sebagai contoh.

Dalam sidang media sama, Norani memberitahu, kerajaan terus menghulurkan bantuan kepada golongan OKU termasuk badan bukan kerjaan (NGO) yang menyediakan perkhidmatan kepada golongan tersebut.

"Selain daripada kita beri bantuan kepada OKU, kita juga beri kepada NGO yang menyediakan perkhidmatan kepada OKU kerana kerajaan beri geran tahunan kepada NGO ini untuk membantu.

"Kita cuba beri yang terbaik. Mungkin orang luar ada yang tidak tahu," katanya.

Setakat akhir Disember tahun lalu, sebanyak 131,000 OKU telah menerima bantuan.

SIAPA PENGKHIANAT DALAM KERAJAAN BIARKAN PEMBANGKANG & LIBERAL KUASAI MPKN @NajibRazak

Posted: 03 Jul 2014 03:00 AM PDT

JIKA ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti betul, adalah keputusan saya untuk menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) atau dalam bahasa Inggerisnya, National Unity Consultative Council (NUCC).

Saya menolak tawaran itu kerana khuatir akan menjadi alat bagi memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak tertentu yang sentiasa mencari peluang menguatkan kedudukan mereka dengan menghakis hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak serta kedudukan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka.

Saya takut sekiranya saya akan menjadi pengkhianat kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN. Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli MKPN, saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul.



Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak yang mendukung program parti pembangkang terutama DAP dan PKR (manakala Pas, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahli-ahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang liberal itu.

Ahli-ahli yang terdiri daripada anak negeri Sabah dan Sarawak terutama beragama Kristian, yang kurang senang dengan isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari hak-hak mereka juga akan terhakis.

Siapakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar MKPN? Pengerusinya ialah Ahli Parlimen Pas Parit Buntar, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Timbalan Pengerusinya ialah bekas Presiden Majlis Peguam, Lee Chee Wee.

Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang: Racial and Religious Hate Crime Billl; National Harmony and Reconciliation Bill; dan National Harmony and Reconciliation Commission Bill.

Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanah air. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta menyokong kenyataan ini. Bagaimanapun saya akan ceritakan satu peristiwa yang berlaku semasa menjadi Ketua Hakim Negara.



Selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan. Untuk menjaga hubungan baik di antara badan kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tidak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti pembangkang. 

Antara lain, Datuk S. Ambiga berkata; "Akhirnya para pengundi telah matang". (Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan PKR?)

Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang pula menulis puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihan raya atas tiket DAP dan PKR. Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan sebagai, 'our heroes'.

Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebagai dif kehormat! Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu, terlalu sensitif terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitif terhadap perasaan mereka.)

Saya difahamkan Chee Wee dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis Comango) terlibat menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Naskhah awal yang saya terima melalui e-mail tertera kata-kata 'Prepared by Bar Council'. Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan serupa, seksyen demi seksyen.

Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang setelah BN berhempas-pulas untuk memenangi PRU-13, ia mengetepikan para pengundinya untuk mengambil hati pembangkang.
Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO bekerja keras memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu bekerja keras untuk menang, sebab jika kalah sekalipun tetap dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga.

Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya iaitu DAP dan PKR.

Hal seperti ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa itu), Datuk Zaid Ibrahim. Oleh kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan.

Ringkasnya, mengikut draf itu suruhanjaya akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara.

Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli suruhanjaya itu adalah peguam. Ertinya peguam-peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: 

"Jika Rang Undang-undang ini diluluskan, hakim-hakim akan melutut kepada peguam-peguam."


Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan. Tidakkah kita belajar daripada kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai atau kerana tidak dapat berfikir?

Saya difahamkan bahawa Chee Wee, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka. Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang undang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya mengapa pembangkang termasuk Majlis Peguam dan Comango diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri?


Mengikut amalan biasa, apabila kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, kerajaan (kementerian atau jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan dasar. Selepas itu kementerian/jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di kementerian atau jabatan itu). Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu kementerian atau jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti?


Dalam hal ini, amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, bahkan menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak diberi tugas seperti itu.

Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kepada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar dan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang tersebut.

Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga Pas akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daripada tanggungjawab itu.

PENULIS ialah bekas Ketua Hakim Negara.

VIRUS JE : EXCO KERAJAAN DAP HANYA PANDAI SALAHKAN KKM TAPI LADANG BABI DIBIARKAN ?? @RRafizal @dzainalabidin

Posted: 02 Jul 2014 11:06 PM PDT


Ini lah style KM & Exco kerajaan DAP lepas tangan  bila virus JE menimpa rakyatnya .. tuding jari salahkan pihak lain terutama  agensi kerajaan Pusat. 

Mereka mendakwa lewat dapat makluman kes jangkitan  JE  menyebabkan JPV lambat melakukan langkah pencegahan .   

Nak mencegah apa lagi Dr Afif ??  Anda boleh jamin ke langkah pencegahan ini boleh menghindari virus ini terus merebak  kepada rakyat yang tinggal berdekatan ?  


Seperti kata Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican semalam (klik di sini),   pusat penternakan babi di Kg Selamat itu perlu dikaji semula   demi kepentingan nyawa manusia  daripada  masalah virus JE ini 




Kementerian Kesihatan didakwa lewat memaklumkan kes jangkitan JE yang berlaku di negara ini kepada umum.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata, kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam bahawa 16 kes jangkitan virus berkenaan berlaku dalam 2014 dengan empat kematian agak mengejutkan.

"Kenapa Kementerian Kesihatan gagal memaklumkan kes ini lebih awal. Sepatutnya ia memberi amaran awal kepada masyarakat dan melaksanakan langkah pencegahan terutama melibatkan agensi kerajaan lain seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

"Contoh kes yang berlaku baru-baru ini, JPV Pulau Pinang hanya mengetahuinya melalui laporan media. Tiada makluman rasmi Kementerian Kesihatan kepada jabatan itu sama ada peringkat pusat dan negeri," katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta Subramaniam menyiasat kegagalan ini dan mengatasinya segera selain menambah baik sistem perkongsian maklumat antara kementerian atau jabatan.

Virus JE tergolong dari kumpulan penyakit zoonotik dan jangkitan wabak ini boleh menyebabkan kesan yang teruk kepada manusia dengan kadar kematian sehingga 60 peratus untuk pesakit yang menunjukkan gejala, manakala lebih kurang 30 peratus pesakit akan mengalami kerosakan pada sistem saraf pusat.

ADUN DAP SUNGKAI JANGAN CARI PUBLISITI MURAHAN & TUNJUK HERO - KETUA WANITA MIC

Posted: 02 Jul 2014 10:24 PM PDT




segelintir pemimpin DAP yang gemar mencari 'publisiti murahan' melalui media dan laman sosial selain sering mengeluarkan kenyataan retorik, digesa berhenti berbuat demikian dan lebih fokus dalam menjaga kebajikan rakyat.       

Ketua Wanita MIC, M. Mohana berkata, segelintir pemimpin dalam parti itu lebih suka mengeluarkan kenyataan sesuka hati selain daripada mengkritik dan mempolitikkan semua perkara walaupun membabitkan kepentingan rakyat.
    
Menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A Sivanesan dari DAP cuba mengelirukan masyarakat umum selain mencari publisiti murahan dalam isu hak penjagaan anak antara ibu bapa beragama Islam dan bukan Islam.         


"Sivanesan cuba mengelirukan umum khususnya masyarakat India kononnya DAP sahaja yang sedang sedaya upaya dalam menyelesaikan kemelut ini. 

Mengapa tidak berganding tangan bersama-sama menyelesaikan masalah ini sekiranya benar-benar kisah dan pentingkan kebajikan rakyat? Kenapa suka memberi kenyataan dalam akhbar dan laman sosial sahaja.

"Jangan fikir rakyat boleh terus diperbodohkan seperti yang sering dilakukan sebelum ini. Kalau hendak bantu, buat cara ikhlas. Jangan hanya pandai tunjuk 'hero' dalam mengeluarkan kenyataan semata-mata. Anda buat kerja anda, saya buat kerja saya. 

Berhenti mengkritik sesuka hati," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.


Mohana mengulas tindakan Sivanesan yang bertindak mengecamnya dalam media berhubung kenyataan Jabatan Peguam Negara yang memohon untuk mencelah dalam prosiding kes hak penjagaan anak Izwan dan S. Deepa, antara ibu bapa beragama Islam dan bukan Islam di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Syariah Seremban.


Tambah Mohana, tindakan Sivanesan yang lebih gemar mencari kesalahan pemimpin Barisan Nasional (BN) daripada cuba mencari penyelesaian sangat dikesali memandangkan kenyataan seumpama itu juga boleh memberi kesan langsung kepada keharmonian hidup bermasyarakat dan bernegara.

"Sebagai pengamal undang-undang, saya mohon kepada Sivanesan untuk fokus dalam membantu apa yang perlu daripada hanya mengeluarkan kritikan tidak membina. 

Pergilah ke mahkamah dan bantu bela kes ini dengan percuma. Saya sebagai ketua wanita hanya lakukan tanggungjawab saya. Saya mungkin bukan peguam tapi saya juga tahu tentang fakta dan undang-undang.

"Saya mengalu-alukan Jabatan Peguam Negara untuk mencelah bagi menyelesaikan kemelut ini yang menghantui kita sekian lama. Sekurang-kurangnya tindakan sedang diambil. Banyak pihak yang peka. Sekiranya didiamkan, pembangkang membuat bising. 

Sekiranya kami membuat kerja, salah juga dicari. Hentilah perbuatan sia-sia ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Mohana menggesa kerajaan supaya menggubal undang-undang yang lebih tegas dan komprehensif berkaitan hak jagaan anak beragama Islam yang melibatkan ibu atau bapa bukan Islam.

"Perlunya satu penyelesaian menyeluruh jangka panjang bagi menangani isu ini agar mampu membawa kebaikan serta keadilan kepada semua pihak terbabit," katanya.


VIRUS JE TERUS MENYERANG , LAGI KANAK-KANAK P.PINANG JADI MANGSA

Posted: 02 Jul 2014 06:22 PM PDT



Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun lima bulan disahkan dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE), dipercayai selepas melawat datuknya di Bagan Jermal.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Lailanor Ibrahim dalam satu kenyataan berkata,  pemeriksaan darah terhadap kanak-kanak itu pada 24 Jun lepas mendapati ia  positif JE.

"Kanak-kanak itu pada mulanya mengalami demam dan kejang-kejang dan dimasukkan ke  Hospital Seberang Jaya pada 13 Jun. Keadaannya semakin serius dan perlu mendapat rawatan lanjut di Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Di HPP pesakit telah dimasukkan ke wad Pediatrik Unit Rawatan Rapi (ICU) dan setelah menerima rawatan intensif, pesakit telah menunjukan respons yang baik," katanya.

Tambah Dr Lailanor, kanak-kanak itu telah dikeluarkan dari ICU dan dipindahkan ke wad biasa pada 18 Jun.

"Doktor pakar dari HPP memberitahu, kanak-kanak itu telah beransur pulih setelah menerima rawatan intensif selain kini boleh makan dan minum," ujarnya.

Bagaimanapun, Dr Lailanor memberitahu, pesakit itu masih dirawat di HPP dan sedang menjalani fisioterapi.

Jelasnya, pihaknya akan membuat siasatan lanjut terhadap keluarga pesakit untuk pengesanan kes secara aktif selain langkah-langkah kawalan akan diambil.

"Pemeriksaan darah (Serum Serologi untuk JE) pada 24 Jun lepas adalah  positif dan hari ini pihak HPP sekali lagi mengambil sampel darah pesakit untuk kepastiaan, ia dijangka diketahui dalam masa terdekat," katanya.

Sebelum ini, seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat disyaki dijangkiti virus JE dan masih dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru.

Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, pada awalnya dikatakan mengalami demam panas sejak 18 Mei lalu dan dimasukkan ke Hospital Kepala Batas selepas  demamnya itu berlarutan sebelum dipindahkan ke hospital swasta itu pada 21 Mei.

tunku

Posted: 03 Jul 2014 03:20 AM PDT

tunku


Islam Allows 'Selfie' Based On One's Good Intention

Posted: 02 Jul 2014 10:00 PM PDT

Selfie refers to the act of snapping one's own photos using a smart phone, web camera or other handheld gadgets and uploading the photos at the social websites like Instagram, Facebook and Twitter.

The selfie craze is phenomenal that even Dewan Bahasa dan Pustaka, the guardian of the Malay language, found it fit that the term 'selfie' be accepted into the Malay lexicography (Kamus Dewan).

And there is no letting up to the 'selfie' craze - selfies at parties, planes, bathrooms, holy abodes, funerals and the list goes on. While the real purpose of the selfies is being debated, more than often selfies are presumed to present a flattering image of oneself.

Some of the images highlight one's ego and self-centeredness, intentionally or unintentionally, something to be shunned especially during the holy month of Ramadan where Muslims are required to achieve moderation in their desires and behaviour.

While Muslim scholars are in agreement that selfie does not go against Islam, University Malaya's Islamic Studies Academy Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim reminded that it all depends on the intentions of the person who does the selfie.

If the intention is just to snap pictures and share with friends, then it is allowed.

However, he stressed that selfies from the fairer sex have to take note of their modesty, including covering their body parts like required in Islam and wear loose clothing.

They should avoid exaggerating or boasting of what they have, be it their physical appearance of wealth.

"When 'selfie' becomes a habit, where one wants to selfie anywhere and anytime, then this is an act that does not benefit one in anyway and thus strongly opposed in Islam," he said to Bernama.

Dr Muhammad Lukman also referred to the blatant attitude of some who share pictures flaunting their luxurious lifestyle and boast of their ways and this is something that selfies have to stay away from.

In the context of Ramadan, he said pictures of sumptuous meals at five star hotels at best should not be shared at the social websites.

The pictures create temptation for the poor who cannot afford a luxury meal and make them envious of their rich brethren.

The bottom line is that things that depict luxury and boasted by the society should not be shared freely.

Sharing similar views with Dr Muhammad Lukman is Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, a senior lecturer at Universiti Kebangsaan Malaysia's (UKM) Islamic Studies Faculty, who opined that the 'selfie' culture regardless should be viewed positively.

"If their selfies are just to boast or flaunt, then that is between him/her and Allah S.W.T., as far as I'm concerned it does not go against the ethos of Islam.

And the selfie's purpose is considered really good if it is to glorify Ramadan.

"Maybe a selfie of one at the mosque may help motivate others to attend prayers or programmes at the mosque. Selfies like this also highlight one's appreciation for the Ramadan," he said.

When asked on some who fancy sharing pictures of breaking fast through social websites, he said: "There is nothing wrong, as long as the selfie is shared among 'friends' or 'followers' who are of the same status with the selfie.

However, if their friends and followers are from difficult or poor background it is best avoid uploading the selfie.

Dr Mohd Izhar advised the community to utilise selfie in calling the people to get closer with Allah S.W.T and avoid intentions that deviate from devotion to Allah.

Meanwhile one of the youth leaders at the Batu Gajah Mosque in Perak, Mohd Shaiful Rizal Mohd Saed, 29, believed that the 'selfie' medium is unnecessary as the act of devotion is only between and Allah S.W.T.

"It is undeniable that there are selfies that do good but there are fears that the photos shared may create slander. Thus one may accrue sins for slandering the photos though the selfie may have uploaded it with sincere intentions.

In a nutshell, it all depends on the intention of the individuals, whether they are doing it to achieve something good or otherwise.
"Before we do anything, we selfie first" is a common phrase among the youngsters these days, reflecting the selfie craze of today's society, particularly the Gen Y and Gen Z.

NGO urges Khalid’s detractors to ‘keep their mouth shut’

Posted: 02 Jul 2014 05:00 PM PDT

A non-governmental organisation has urged five PKR elected representatives to 'keep their mouths shut' and stop asking Tan Sri Khalid Ibrahim to step down as Selangor Mentri Besar.

The Pakatan Anak-anak Selangor Menyokong Mentri Besar (Pasmeb) also labelled the five leaders as the "budak nakal" or minions of Khalid's rival, current PKR deputy president Azmin Ali.

The pact, which is aligned with Khalid's camp, named the five PKR leaders as Pandan MP Rafizi Ramli, Kuala Langat MP Abdullah Sani Abdul Hamid, Sri Muda assemblyman Suhaimi Shafie, Bukit Katil MP Shamsul Iskandar Mohd Akin and Batu Caves assemblyman Amirudin Shari.

Pasmeb president Mazli Saring said the five should not attack Khalid anymore and cause chaos in the state's politics.

"It seems that in every two days, one of them will come up with a media statement to run down Khalid.

"They do not even originate from Selangor," he told reporters when met at the KLIA2 here Wednesday.

Mazli, who is former Selangor PKR Youth information chief, said despite being elected representatives in the state, Rafizi was from Terengganu, Abdullah Sani and Suhaimi were from Perak while Amirudin was from Johor.

He said Shamsul, from Malacca, was not even a representative in the state but wanted to interfere in the matters here.

"The people of Selangor voted for the leaders and so, they should serve them instead of harping on Khalid to step down as Mentri Besar, " Mazli said.

He urged for the PKR leadership to take disciplinary action against the five as party adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim had already warned members not to attack their leaders.
Mazli said there was a need to defend Khalid as the latter tends to refrain from speaking out against his detractors.

Mazli, who had just returned from Sabah, also said Khalid enjoyed the support from members in four party branches in the state during the recent PKR polls there.

"Khalid gained a total of 2,069 votes against Azmin's 326 for the deputy presidency post in polls held at the Pensiangan, Keningau, Tenom and Papar branches," he said.

Khalid is facing off with Azmin and PKR secretary general Datuk Saifuddin Nasution Ismail in the race for the deputy president post in the party polls.

New Sabah police chief: 'We will strike fear into hearts of enemies'

Posted: 02 Jul 2014 09:59 AM PDT

Newly-appointed Sabah Police Commissioner Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, said he will use his experience as a former marine police officer in Sabah from 1978 to 1990 to strike fear into the hearts of enemies who threaten the security of the people of Sabah.

"We will strike fear into enemies who try to enter the territorial waters of Sabah and threaten the safety and security, especially of residents living along the coastal areas of Sabah and the islands," he told reporters after paying a courtesy call on Sabah Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Juhar Mahiruddin, at the State Palace, here Wednesday.

He said the focus during 'Ops Tayang' was on Sabah waters and he would discuss it again with enforcement bodies at sea, to consolidate security in the coastal areas of Sabah, in addition to generating harmonious cooperation to achieve it.

About security ties with the Philippines authorities, Jalaluddin said he would re-establish a 'bilateral meeting' to discuss border security.

Jalaluddin, who was the former Kelantan police chief, took over from Datuk Hamza Taib after the latter was transferred to Bukit Aman as Commercial Crime Investigation deputy director.

bumiyang

Posted: 03 Jul 2014 03:17 AM PDT

bumiyang


Perilaku Seks Sesetengah Pemimpin Malaysia Kini Menular Sehingga ke Kedutaan Luar Negara???

Posted: 02 Jul 2014 10:25 PM PDT

Negara Bakal Memiliki Kasino kedua???

Posted: 02 Jul 2014 08:00 AM PDT

Ohpolitik!™

Posted: 03 Jul 2014 03:16 AM PDT

Ohpolitik!™


PITA PELEKAT JADI BAHAN GELAK KETAWA DAN GURAU SENDA #Malaysia

Posted: 02 Jul 2014 06:47 PM PDT

 

Salah 1 sebab anggota letakkan PITA PELEKAT adalah untuk melihat perggerakan tanah & BUKAN UNTUK JADI BAHAN GELAK KETAWA ATAU GURAU SENDA!!!

Tanda-tanda bahaya seperti pokok tumbang, pecahan di tanah dan resapan air dari tanah yang menjunam masih amat berbahaya dan sebarang pergerakan jentera berat boleh menyebabkan tanah runtuh. Dan cara yang sebaik-baiknya ialah untuk mengawasi pergerakan tanah yang sedang berlaku dilokasi tersebut.

Walaubagaimanapun, langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk menjamin keselamatan awam dan sebarang pergerakan tanah atau mendapan oleh pegawai yang menjalankan pemantauan,

Semua teknik pengukuran adalah tertakluk kepada peralatan yang digunakan. Kewujudan jenis-jenis, punca-punca dan bagaimana ianya memberi kesan kepada hasil pengukuran harus DISEDARI DAN DIKETAHUI sebelum member komen yang berunsurkan GURAUAN.

*** Jika tak tahu bertanya, dan jangan buat buat TAHU***
sumber fb Jabatan Bomba dan Penyelamat
 

Dyana Sofya Tarikkan Seberapa Ramai Anak Muda Melayu Menyertai DAP

Posted: 02 Jul 2014 06:29 PM PDT

Dyana Sofya Mohd Daud mengakui tugasnya kini lebih mencabar selepas dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP.

Dyana Sofya, 27, akan melaporkan diri kepada Lim Kit Siang yang juga majikannya sebelum ini.

‪Beliau sebelum ini bertugas dengan Kit Siang sebagai Setiausaha Politik pemimpin pembangkang itu sebagai Ahli Parlimen Gelang Patah dan meletakkan jawatan itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada Mei lalu.

‪Tugas Dyana sekarang lebih mencabar kerana ia melibatkan kesemua Parlimen di seluruh negara berbanding dahulu hanya menumpukan kawasan Parlimen Gelang Patah sahaja. Beliau ditugaskan untuk menarik sokongan golongan muda Melayu untuk menyertai parti DAP

‪‪Dalam program  'Eye to Eye with Dyana Sofya' (Bertentang Mata Dengan Dyana Sofya) yang diujudkan oleh DAP melibatkan Dyana iaitu menjelajah ke seluruh negara mencari seberapa ramai anak muda Melayu yang sudah dikenalpasti sebagai persiapan menghadapi PRU14 nanti.

‪DAP sudah pun memulakan langkah mereka umno/BN sewajarnya mengujudkan program yang melibatkan golongan muda kerana dianggarkan golongan muda antara pengundi paling ramai pada PRU14 nanti.
 
http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com

Yammy Samat Tidak Akan Jawab Surat Tunjuk Sebab kepada Umno

Posted: 02 Jul 2014 06:26 PM PDT




Yammy Samat mengambil keputusan untuk tidak menjawab surat tunjuk sebab berhubung dakwaan beliau berkempen untuk anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada Mei lalu.

Beliau berkata, ia adalah keputusan muktamad yang dibuat, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak, termasuk Dyana.

Menjelaskan lagi, katanya, cara Umno yang hanya menyerahkan salinan surat berkenaan untuk mendapatkan penjelasannya turut mempengaruhi keputusan itu.

"Saya sudah ambil keputusan untuk tidak jawab surat itu selepas berfikir panjang. Keputusan saya ini adalah muktamad.

"Terserah kepada Umno untuk membuat keputusan selepas ini sama ada mahu memecat saya daripada parti atau apa sahaja tindakan mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Yammy Samat pada 23 Jun lalu akhirnya menerima surat tunjuk sebab daripada Umno selepas 20 hari daripada tarikh surat pertama yang dihantar pada 3 Jun tetapi tidak diterimanya.

Ia adalah surat ketiga yang dihantar oleh Umno selepas surat pertama dipulangkan semula oleh Pos Malaysia kerana terdapat kesalahan alamat, manakala surat kedua yang dikatakan telah dihantar pada 16 Jun lalu turut gagal sampai ke tangannya.

Yammy mengulangi pendiriannya bahawa beliau akan mengambil keputusan untuk berehat daripada pembabitannya dalam politik sekiranya dipecat daripada Umno.

"Saya juga tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti politik lain. Biarlah saya berehat, saya sudah lama menyertai politik bersama Umno sejak 1974.

"Apapun, sebagai ibu... saya terus akan menemani Dyana sehinggalah dia berkahwin nanti. Bagi saya, keluarga perlu diutamakan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan kepada semua ahli Umno supaya membuat pertimbangan sewajarnya sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga dari parti politik berbeza.

"Jika anda mempunyai ahli keluarga dari parti berlainan, diharap berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sebelum terlibat bersama mereka.

"Jangan jadi macam saya, yang hanya menemani Dyana sebagai anak tanpa memberi sokongan kepada parti lain atau memburuk-burukkan parti saya tetapi diberi surat tunjuk sebab," katanya.

Mengenai Dyana, Yammy berkata: "Nasihat saya supaya Dyana meneruskan perjuangan."

@liowtionglai TIDAK TAHU SPAD BUKAN DIBAWAH KUASANYA?

Posted: 02 Jul 2014 06:19 PM PDT






Menteri baru dilantik dari MCA, DS Liow Tiong Lai, yang mengetuai Kementerian Pengangkutan, semalam telah mengeluarkan taringnya di laman sosial Twitter menghentam SPAD di atas kejadian tanah mendap di persimpangan Jalan Pudu / Jalan Imbi / Jalan Hang Tuah semalam. Sayangnya, taring beliau bukanlah taring singa garang, sebaliknya taring anak kucing yang baru sudah menyusu.

Sebagai seorang Menteri baru, Liow Tiong Lai seharusnya membuat kerja rumah sebelum beliau mengeluarkan kenyataan bodoh. Tidakkah beliau tahu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bukan terletak di bawah kementerian beliau? Tidakkah Liow Tiong Lai tahu bahawa SPAD terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) di bawah selian Menteri YB Hajah Nancy Shukri? Kesian SPAD, umpama orang makan nangka, orang lain yang kenyang, orang lain yang dapat getahnya.
Liow Tiong Lai seharusnya mentelaah dan menghafal 'handbook' kementeriannya sendiri, ambil tahu tugas-tugas sebagai Menteri Pengangkutan. Janganlah hendak berlagak, mentang-mentanglah Menteri baru, tidak perlulah sehingga hendak membelasah hal ehwal kementerian lain yang tidak ada kena mengena dengan kementeriannya. Betulkanlah kemennterian sendiri dulu. Jangan sibuk menjaga tepi kain orang.

Keduanya, tidakkah Liow Tiong Lai membaca kenyataan media daripada Menteri Wilayah Persekutuan, DS Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa projek bawah tanah yang menyebabkan tanah mendap adalah di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bukankah DBKL sudah mengakui akan mengambil langkah berjaga-jaga dan membaikpulih kawasan berkenaan? Apa lagi Liow Tiong Lai mahu?

DS Tengku Adnan berjiwa besar dengan mengakui kesilapan pihaknya, sedangkan Liow Tiong Lai seperti telur mengata timun tidak pandai duduk, maksudnya mengata orang lain salah sedangkan diri sendiripun bodoh! Sebagai seorang Menteri, Liow Tiong Lai sendiri tidak faham / tidak tahu / tidak mahu ambil tahu bahawa SPAD di bawah JPM, bawah Hajah Nancy Shukri yang mana Hajah Nancy Shukri tidak pernah sekalipun membelasah SPAD secara terbuka.


DS Hishammuddin Tun Hussein, pemangku Menteri Pengangkutan yang terdahulu, mengendalikan isu pesawat yang hilang, MH370 dengan begitu baik. Kita harapkan pengganti beliau, Menteri Penuh tidak membuat kesilapan dengan perkara-perkara kecil yang boleh memalukan kementerian.

http://khairulryezal.blogspot.com/2014/07/

KURANG AJAR : Cina DAP 'Pukimak'kan SAMAN POLIS

Posted: 02 Jul 2014 06:09 PM PDT

Lihatlah bagaimana kurang ajarnya Cina DAP bernama Lim Pey Jie ini apabila menandatangani surat saman yang dikeluarkan oleh anggota Polis Trafik PDRM dengan perkataan 'Pukimak'. Inilah contoh bagaimana penjawat awam dilayan dengan buruk oleh pengikut-pengikut cauvinist ini. Kesalahan yang dilakukan bukan kecil iaitu melanggar lampu merah yang boleh mengakibatkan kemalangan dan kehilangan nyawa. 

Namun, tindakbalas dengan menandatangani surat saman dengan maki hamun, amat tidak beradap sama sekali. Bayangkan apa akan berlaku sekiranya DAP dan sekutu mereka memegang tampuk pemerintahan Negara. Undang-undang berada di dalam tangan mereka. Diharap pihak PDRM akan bertindak tegas terhadap pelaku kesalahan jalanraya dan orang yang kurang ajar sebegini

 
http://khairulryezal.blogspot.com

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 02 Jul 2014 11:42 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BILA PARTI AMBIL SEDEKAH LARANG MENTERI GEMPUR PEMINTA SEDEKAH.

Posted: 02 Jul 2014 10:19 PM PDT


Apa nak jadi tetiba jer puak-puak PAS meroyan bila Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan menguatkuasakan tindakan undang-undang mendenda para pemberi dan peminta sedekah. 

Cadangan tersebut mendapat kritikan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff yang tidak bersetuju dengan usaha yang cuba dilakukan oleh menteri tersebut.

Nurul Islam
Pandai pula puak-puak PAS ini berhujah Islam sebenarnya menganjurkan penganutnya agar bersedekah kepada golongan yang susah kerana aktiviti ini adalah satu perkara yang mulia disamping dapat mengurangkan beban si peminta sedekah itu.

Lebih terlajak pandai lagi apabila Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS ini turut medakwa bahawa peratusan pengemis yang semakin meningkat di ibu kota adalah disebabkan kegagalan menteri tersebut menangani dan membantu golongan miskin yang tersepit akibat tuntutan kos hidup yang tinggi di celah-celah kehidupan kota.

Nurul Islam turut menasihati agar pihak yang terlibat dalam permasalahan ini dapat memikirkan jalan penyelesaian yang lebih baik dari menghukum pemberi dan peminta sedekah seperti menubuhkan pusat gelandangan dan pihak majlis agama dan DBKL dapat menjejak golongan gelandangan untuk diberi bantuan.

Tetapi hakikatnya apa yang dimaksudkan oleh Tengku Adnan adalah usaha kerajaan untuk mengekang aktiviti meminta-meminta sedekah di kalangan warga asing yang mencemar imej ibu negara. 

Sebenarnya, apa yang disaran oleh Menteri berkenaan perlu dilaksanakan segera oleh DBKL. 

Islam sendiri melarang penganutnya meminta sedekah dijalanan hingga boleh menjatuhkan air muka umat Islam yang lain bahawa betapa lekeh dan miskinnya kita.

Kita perlu lebih marah jika ramai peminta sedekah warga asing ntah dari ceruk mana datang menagih di bazar-bazar Ramadhan. 

Mungkin PAS terasa hati sebab perbuatan meminta sedekah dengan menadah tin-tin milo atau plastik menjadi budaya sinonim dengan mereka sekian lama.


Bukankah lebih baik PAS menyantuni golongan-golongan gelandang ini sendiri dari asyik menyalahkan kononnya Menteri, DBKL, Pusat Zakat, Baitulmal bahkan UMNO gagal membendung masalah kemiskinan bandar. 

Perbuatan menyalahkan pihak lain tak akan menyelesaikan masalah. Tapi sebenarnya ia menyerlahkan lagi sikap lemah seseorang yang mentalnya bermasalah.

Kerajaan BN sendiri dah buat pusat membantu orang gelandangan di Kuala Lumpur ini. Cuma PAS saja yang tak tahu atau tak nak ambil tahu. 

Yang pasti tak ada satu berita pun dalam Harakah yang menyebut mengenai usaha-usaha kerajaan membantu gelandangan warga tempatan. Apa yang banyak adalah berita fitnah dan ubat kuat yang penuh ghairah.

Anjung Singgah di kelola oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Mungkin Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berpendapat membantu warga gelandangan tak penting kerana tidak mendatangkan undi berbanding terus menyalahkan kerajaan kerana ia boleh mempengaruhi undi untuk menolak UMNO/BN.

Jenuhlah kita nanti kalau puak PAS dan gerombolan pembela pengemis ini diberi kuasa kelak. 

Akan penuh di setiap pelusuk bandar dan kota bertebaran melata segenap golongan pengemis dan sindiket meminta-minta wang dari orang ramai untuk kelangsungan hidup tanpa perlu bekerja. Semuanya nak free.

Semuanya akan dibantu kerajaan dengan duit-duit Petronas dan rezab-rezab negara. 

Mungkinkah itu yang dinamakan negeri berkebajikan idaman PAS?


Warga asing bukan Islam ini telah menyamar kononnya jadi peminta sedekah muslim. Bukankah ini memalukan umat Islam. Hasil tarbiyah sapa ni?
foto dari :http://www.mazidulakmal.com/

PESANAN ANWAR DAN CERITA PETRONAS

Posted: 02 Jul 2014 02:58 PM PDT

Pesanan DS Anwar Ibrahim Kepada Orang Melayu
Saya bukanlah ahli ekonomi ataupun ahli bisnesman yang bekerja untuk membuat keuntungan seberapa banyak. Jika saya CEO Petronas, nescaya saya akan beri penekanan kepada aspek kenegaraan di mana terbinanya Petronas dahulu bukanlah atas misi keuntungan semata-mata, tetapi dengan suatu matlamat yang sangat murni. Orang yang buta sejarah tidak akan faham apa makna murni dalam konteks nation building!

Saya tidak akan menulis tentang jumlah keuntungan, angkubah keuntungan, jumlah aset, jumlah kos dan apa jua angka-angka yang ada, kerana keuntungan bagi saya bukan terletak sebanyak mana jumlah keuntungan diperolehi Petronas. Keuntungan bagi saya ialah sebanyak mana Petronas berjaya menghasilkan orang-orang Melayu dan Muslim yang berpendidikan-wibawa, yang mana mereka ini tidak akan lupa diri sehingga sanggup memperlecehkan bangsanya sendiri.

Saya yakin jika manusia seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menjadi CEO Petronas, tidak akan ada masjid yang lusuh dalam Malaysia ini. Saya juga yakin golongan yang berpendapatan rendah dengan majoritinya Bumiputera pasti akan mendapat pembiayaan pendidikan percuma di peringkat Diploma, Ijazah sehinggalah ke peringkat PhD. Bukannya memilih-milih yang terbaik sahaja dalam keputusan akademik SPM untuk dihantar ke luar negara, tetapi memilih sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang berpotensi yang memerlukan biasiswa kerana mereka adalah aset negara pada masa hadapan. Seperti kata Perdana Menteri kita, "every single person" sangat penting kepada negara!

Kehidupan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang sukar semasa kecil sehingga mengorbankan pendidikannya sendiri kepada adik-adiknya telah memahat jiwanya untuk menjadi Muslim yang prihatin, Melayu yang tidak lupa daratan dan bangsa Malaysia yang bertanggungjawab kepada negara.

Malah, saya sangat yakin, jika Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menjadi CEO Petronas, tidak akan ada syarikat Bumiputera yang diketepikan untuk diganti dengan syarikat lain yang kononnya lebih kompeten dan memenuhi merit. Bagi saya, perniagaan bukan setakat untung rugi sahaja, sebaliknya apakah bisnes nasional itu akan membentuk negarabangsa yang Islamik, patriotik dan nasionalistik. Apakah Petronas boleh mengaum di dunia antarabangsa jika pengasasnya tidak mempunyai kesedaran kenegaraan yang tinggi?

Apakah makna keuntungan di mata orang bisnes dan di mata para marhaen? Keuntungan di mata orang bisnes barangkali akan membolehkan mereka menerima imbuhan dan bonus tahunan 5 bulan atau paling kurang 6 bulan setiap tahun. Kepada golongan Marhaen, makna keuntungan yang digembar-gemburkan oleh Petronas itu sebenarnya empty kerana mereka masih membeli minyak kereta yang mahal di pasaran walaupun setiap tahun Petronas mengagungkan keuntungan yang berlipat-ganda.
Petronas Juga Boleh Dibeli Oleh Exxon, China Petroleum dan Israel Petroleum Company (IPC)?
Janganlah beri alasan itu kerja kerajaan untuk menurunkan harga minyak, bagi kita jika seseorang itu hebat mencipta keuntungan, mengapakah keuntungan itu tidak disalurkan kepada subsidi bahan bakar supaya kerajaan boleh memberikan subsidi contohnya kepada RM1.50 per liter bukannya RM0.70 per liter? Mengapa tidak berjaya meyakinkan kerajaan bahawa Petronas mampu membantu kerajaan dengan menampung subsidi yang lebih tinggi?

Bagi kita rakyat biasa, bonus sebanyak 6 bulan gaji atau 12 bulan gaji adalah bonus gila yang tidak masuk akal! Perdana Menteri sendiri sejak tahun 1957 tidak pernah menerima bonus melebihi dua bulan gaji! Jika Petronas itu dikatakan hak semua rakyat Malaysia, pulangkan bonus yang tak masuk akal itu, ikutlah cara kerajaan memberi bonus berpada-pada sebulan atau dua bulan gaji sahaja. Bayangkan, jika gaji seseorang di Petronas mencecah RM25,000 atau RM50,000 sebulan, kalaulah bonusnya 12 bulan gaji setiap tahun, anda kira sendirilah? Kesannya adakah rakyat akan melempiaskan kemarahan dan kebencian mereka kepada Petronas atau kepada Kerajaan? 

Petronas kena ingat, semua warga kampung, guru-guru, peladang, pemandu teksi, jaga, tentera, polis malah kereta-kereta kerajaan mengisi minyak kenderaan di stesen-stesen Petronas. Mereka turut memberi keuntungan kepada Petronas! Adakah anda pernah membuat pengamatan, mengapakah rakyat kurang mengisi minyak di stesen BP, Esso dan Shell? Jawapannya mudah, kerana rakyat mempunyai nilai Kenegaraan, Nation Building, Patriotik, Nasionalistik dengan memilih stesen Petronas kerana bagi mereka Petronas adalah Malaysia dan Malaysia itu terasnya Melayu. Malang sekali jika Petronas tidak memahami gambaran ini!

Begitu juga isu Royalti kepada negeri Sabah dan Sarawak, juga Kelantan dan Terenggganu. Saya tidak pernah dengar idea-idea daripada Petronas untuk membantu kerajaan untuk menyelesaikan isu tersebut? Pernahkah anda mendengarnya? DS Najib tidak pernah berkata tidak kepada tuntutan Royalti minyak oleh negeri-negeri tersebut, dan saya tidak hairan jika DS Najib memecah sejarah sebagai Perdana Menteri yang menyelesaikan isu ini. Soalnya, di mana peranan Petronas dalam konteks nation building untuk menyelesaikan isu iniJika kerajaan lewat menyelesaikan isu ini, sekali lagi rakyat akan menyalahkan Petronas atau menyalahkan kerajaan?

Di Sabah dan di Sarawak, kenderaan persendirian, bas dan teksi masih menggunakan minyak petrol yang sudah tentu mahal. Walhal di Semenanjung Malaysia, teksi dan kenderaan persendirian sudah lama mengggunakan NGV yang lebih murah, jimat dan menguntungkan mereka. Janganlah beri jawapan masalah logistik dan sebagainya, kerana zaman sekarang semua perkara boleh dilakukan, melainkan otak jumud tiada idea. Isunya di mata rakyat Sabah dan Sarawak ialah Petronas menganak-tirikan hak mereka untuk menikmati kemerdekaan negara. Jika saya CEO Petronas, saya akan mengarahkan supaya stesen-stesen minyak di Sabah/Sarawak juga menyediakan NGV untuk kenderaan mereka. Janganlah hendak menipu rakyat di Sabah/Sarawak, saya pun tahu kapal-kapal ada membawa minyak Petronas ke Sabah/Sarawak. Apakah kapal-kapal itu tidak ada teknologi untuk membawa NGV?

Semasa saya bertemu Tun Dr. Mahathir di Bangunan Berkembar Petronas (ketika itu Tun Dr. Mahathir sebagai Penasihat Petronas) pada tahun 2012, saya berdiri di tingkat 88 itu dengan satu perasaan yang hebat kepada Petronas. Sebagai seorang Melayu, Muslim dan rakyat Malaysia, saya sangat berbangga kejayaan Petronas adalah kerana perjuangan dan airmata darah orang-orang yang terdahulu. Sebaliknya, hari ini ada orang sudah lupa, bahawa kerana atas nama Melayulah anda dilantik menjadi CEO Petronas, bukannya semata-mata kerana diri kamu. Adakah anda yakin anda akan dilantik menjadi CEO syarikat lain dengan hanya berbekalkan sijil-sijil anda?

Oleh itu, jika pun hendak menjadi liberalis dan liberalistik, janganlah bersombong dengan kejayaan yang sebenarnya telah dibina asasnya oleh orang-orang yang terdahulu! Jika esok CEO Petronas seorang yang cacat penglihatannya pun, Petronas tidak akan bankrap kerana asas-asasnya sudah dibina sejak sekian lama. Jadi, tiada guna untuk bermegah-megah.

Tan Sri Halim Saad, dahulunya taikun lebuhraya dan pelbagai bisnes, beliau pernah jatuh dalam tempoh yang agak lama dan kini membangunkan sendiri syarikat minyaknya, beliau semakin berjaya dan saya yakin beliau akan kembali ke persada CEO terbaik Bumiputera tidak lama lagi. Kalau sesiapa mengakui dirinya terhebat tanpa bantuan kerajaan, silalah buktikan, binalah syarikat sendiri dan bangunkan sehingga berjaya sebagaimana dibuktikan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary, Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Azman Hashim dan sebagainya.

Akhir kata, marilah kita menghayati pesanan bersejarah DS Anwar Ibrahim di bawah, khususnya kepada mereka yang mudah lupa.

Sama ada kerajaan akan menggantikan CEO Petronas kepada mereka yang lebih sesuai, itu terserah kepada kerajaan. Kita rakyat biasa hanya memberi pandangan sahaja.


Pesanan Berharga DS Anwar Ibrahim Kepada Orang Melayu


BONUS RAYA: BERSYUKUR KERANA KITA MASIH DIPIMPIN MELAYU-ISLAM.

Posted: 02 Jul 2014 04:21 AM PDT


Syukur ada juga duit untuk perbelanjaan Aidil Fitri ini...Itulah ucapan kebanyakkan para Penjawat Awam dan Pesara Awam Persekutuan yang bakal menerima imbuhan sempena Aidil Fitri nanti.

Mungkin ada segelintir penjawat awam akan memperleceh dan mencebik Lima Ratus jer. Mana cukup?

Cukup atau tidak itulah kemampuan kerajaan Persekutuan mampu beri kepada lebih 1,000,000 orang penjawat awam dan 684,000 orang pesara awam Persekutuan untuk Aidil Fitri tahun ini.

Mungkin ada segelintir mahu membandingkan dengan imbuhan sebulan gaji yang diterima oleh Penjawat Awam Negeri di Selangor.

Hakikatnya di antara penjawat awam Persekutuan dan Negeri adalah berbeza.

Penjawat Awam Persekutuan dilantik oleh Kerajaan Persekutuan/Pusat dan begitu sebaliknya. Skim, gred dan perjawatan mereka adalah berbeza.  

Penjawat dan Pesara Awam Persekutuan berjumlah 1.9 juta orang. Manakala penjawat awam di Selangor melebihi 21,700 orang tidak termasuk hampir 10,000 orang pesara. 

Namun diberitakan hanya 17,000 kakitangan awam negeri Selangor yang berjawatan tetap dan sambilan sahaja yang menerima imbuhan sebulan gaji ini melibatkan peruntukkan sebanyak RM32.7 juta.

Baki hampir 10,000 lagi penjawat awam Persekutuan di Selangor hanya dapat RM500 seperti mana yang diumumkan. 

Memberi imbuhan atau gaji kepada lebih 1.9 juta orang dengan 17,000 orang tidak sama dari segi kos kewangannya.

Kerajaan Persekutuan belanja RM890 juta, Negeri Selangor pula belanja RM32.7 juta.

Gaji penjawat awam Persekutuan dibayar bersumberkan pendapatan dan bajet negara. Manakala gaji penjawat awam negeri dibayar guna duit bajet dan pendapatan tahunan kerajaan negeri. Tak sama. 

Yang penting walau berapa pun kita dapat yang penting kita harus bersyukur.

Bersyukur dalam erti kata masih ada lagi kerajaan-kerajaan yang majoritinya dipimpin oleh Melayu-Islam yang menjaga kebajikan kita. 

Nikmat ini tidak mungkin kita perolehi andainya negara ini diperintah oleh puak-puak chauvinist yang sentiasa mahu mengikis apa jua nama dan kepentingan Melayu-Islam.

Nikmat ini tidak mungkin dapat dirasai andainya negara kita huru-hara akibat rebutan dan ketamakan politik.

Mungkin masa ini puak-puak kiasu rasis ini berdiam diri lagi kerana tidak memerintah negara kita. Namun bunga-bunga kebencian kepada penjawat awam pernah ditunjukkan oleh mereka sebelum PRU 13 dulu.

Belum lagi ada kuasa pemerintahan dah ada niat nak buang penjawat-penjawat awam yang kononnya membebankan kewangan negara.  

Penjawat awam dihina saban hari kononnya kurang efisien, membazir dan rasuah. Tapi siapa yang kuat beri rasuah?

Pesan kami di bulan Ramadhan ini banyak-banyaklah muhasabah diri dan insaf bahawa rezeki dan nikmat yang diperolehi mungkin akan hilang jika kita kufur secara sengaja atau tidak sengaja memperleceh setiap rezeki yang diperolehi.

Jangan dilupa wang gaji tersebut digunakan untuk membantu ekonomi ummah. Belilah produk di kedai Melayu maka yang untungnya adalah saudara seagama kita juga. 

Berjimat cermat dan berhemah ketika berbelanja. Jangan lupa hak kita untuk berzakat dan membayar fitrah bila dapat imbuhan ini.

Bersyukurlah pada Tuhan. 





Malaysian Insider Fitnah Datuk Zaini Penolong Ketua Pengarang Utusan @UMonline

Posted: 02 Jul 2014 02:42 AM PDT

Apa motif Malaysian Insider cuba memburukkan Datuk Zaini Hassan, Penolong Ketua Pengarang Utusan?

Berita dari Malaysian Insider....

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyalahkan model perniagaan kaum Cina selepas pengarangnya gagal mempertahankan kedai telekomunikasi yang dijalankan sejak 10 tahun lalu.

Penolong Ketua Pengarangnya Datuk Zaini Hassan turut menyalahkan Celcom selaku syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana gagal mempertahankan perniagaan orang Melayu.

"Cara mento-menti peniaga Cina itu lebih berkesan daripada yang dilakukan sistem kerajaan. Malangnya peniaga Melayu pula jatuh muflis apatah lagi dikelilingi peniaga bukan Melayu.

"Masyarakat Cina sanggup bantu peniaga bangsa mereka maju dan pejam sebelah mata jika perkhidmatan kurang memuaskan atau harga dijual di kedai itu lebih mahal berbanding kedai Melayu," katanya menerusi artikel bertajuk "Lagi Nasib Si Peniaga Melayu".

Zaini berkata, isterinya mengusahakan kedai telekomunikasi Celcom di Alamanda, Putrajaya bermula pada 2004 dan pernah dikunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri kabinet.

Katanya, sewa kedai di Alamanda pada mulanya RM2,500 namun selepas 10 tahun dibuka sewanya mencecah RM30,000 sebulan.

Beliau berkata, daripada 2,000 kedai Celcom di seluruh Lembah Klang, hanya segelintir dimiliki orang Melayu.

"Bayangkanlah apabila Celcom anjurkan majlis berbuka puasa untuk peniaga Melayunya, jumlah kerusi lebih banyak daripada orang yang hadir.

"Jika Celcom buat majlis sambutan Tahun Baru Cina, dewan ballroom hotel terkemuka pun boleh penuh sesak hampir hendak runtuh dibuatnya.

Baca seterusnya di sini : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gagal-pertahan-kedai-telekomunikasi-utusan-salahkan-model-perniagaan-cina

Sebenarnya Datuk Zaini melaporkan kejadian yang menimpa isteri kepada bekas wartawan, bukannya mengenai isteri beliau.
CABARAN dan tekanan yang dihadapi oleh peniaga Melayu di Kuala Lumpur bukan calang-calang. Ia adalah realiti.

Saya tidak mengharapkan usahawan Melayu akan terus bertongkat sepanjang masa. Namun, kita harus sedar kita bukan seperti peniaga Cina, yang dibantu oleh masyarakat dan mentor-menti mereka sendiri.

Cara mentor-menti peniaga Cina itu lebih berkesan daripada yang dilakukan oleh sistem kerajaan. Oleh kakitangan kerajaan yang memakan gaji.

Ikuti keluhan seorang peniaga Melayu, bekas wartawan dan kemudian berjinak-jinak dengan bisnes, yang bukan besar pun. Dia cuba bertahan berniaga di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya - tapi akhirnya gagal lalu mati.
Baca seterusnya di sini : http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140702/re_06/Hidup-mati-peniaga-Melayu-Legoland-dan-SilTerra

Apa yang cuba disampaikan di sini adalah portal berita pro pembangkang sentiasa 'spin' berita-berita dari Utusan dan cuba mewujudkan persepsi negatif kepada akhbar Melayu tersebut. Artikel Datuk Zaini adalah untuk mengingatkan GLC supaya mengikut model yang digunakan oleh peniaga Cina untuk memajukan perniagaan kaum mereka bukannya menyalahkan peniaga Cina atas kegagalan orang Melayu.

Kepada pembaca, berhati-hatilah membaca berita dari portal berita pro pembangkang kerana setiap artikel mereka, wujud agenda tersendiri.

*Read between the lines....


DARUL EHSAN TODAY

Posted: 02 Jul 2014 11:33 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Wabak JE: Adilkah Orang Melayu Yang Tanggung Akibatnya...???

Posted: 02 Jul 2014 10:00 PM PDT


Adilkah kita orang melayu yang beragama Islam kena penyakit bawaan babi?

Orang cina yang makan dan ternak babi, tapi penyakitnya kena pada orang melayu...

Sekiranya keputusan ujian sampel darah babi yang akan di ketahui 2-3 hari lagi menunjukan memang benar, kandang babi di kampung selamat, tasik gelugor pulau pinang itu penyebab seorang anak melayu terkena penyakit JE, aku harap kerajaan ambil tindakan tegas dengan menutup kandang itu dan hapuskan segala binatang babi yang ada dalam kandang itu...

Kalau kerajaan ada sedikit keberanian, buat satu akta atau undang-undang yang melarang cina-cina nie ternak babi di kawasan terbuka, atau kalau kerajaan berani tutup terus semua kandang-kandang babi yang ada di negara ini, aku yakin orang cina tak akan mati kebulur kalau tak makan babi selama setahun, kalau depa ketagih nak makan juga, suruh depa pi singapore atau thailand.

Tolonglah, aku rasa cukup tak adil dalam hal ini, cina yang makan dan ternak babi, tapi orang melayu yang jadi mangsa...

Bubarkan Sahaja MKPN, Mereka Boleh Merosakan Agama Islam Dan Bangsa Melayu...

Posted: 02 Jul 2014 07:00 PM PDT


Sebenarnya dari awal lagi aku tak berapa berkenan sangat dengan MKPN (Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional) ini, kewujudan nya hanya menjadi platform pembangkang dan ahli-ahli dalam MKPN boleh aku anggap sebagai Cap Ayam, bayangkan wardiana pun boleh di lantik menjadi salah seorang ahlinya, apa kelayakan minah tu?

Bila bekas ketua hakim negara sudah bersuara yang mengatakan MKPN ini cukup merbahaya kepada Islam, Melayu dan Bumiputera, maka sebaiknyalah, DS Najib mengambil langkah untuk membubarkan MKPN...

Kepada sesiapa yang belum baca kenyataan bekas ketua hakim negara mengenai BAHAYANYA MKPN ini korang boleh klik sini

Belantan

Posted: 02 Jul 2014 11:24 PM PDT

Belantan


Adakah bekalan kuasa MH370 diganggu?

Posted: 02 Jul 2014 10:35 PM PDT

Gambar bertarikh 12 April lalu yang dikeluarkan Jabatan Pertahanan Australia menunjukkan kapal HMAS Perth berada di Lautan Hindi dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370.

Biro Keselamatan Pengangkutan Austalia melakukan siasatan terhadap kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 mungkin menemui bukti baharu yang menunjukkan berlakunya gangguan peralatan elektrik di kokpit pesawat pada awal penerbangan, sekali gus meningkatkan kemungkinan sistem pesawat itu sengaja diubah bagi mengelak dikesan radar.

Biro tersebut dalam laporannya pada Khamis lalu menyebut, unit data satelit pesawat Boeing 777 itu membuat permintaan 'log-on' secara tidak dijangka kepada satelit kira-kira 90 minit setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Jelas laporan tersebut, permintaan log-on itu, yang juga dikenali sebagai 'handshake', kemungkinan berpunca akibat berlakunya gangguan kuasa elektrik di dalam pesawat.

"Permintaan log-on semasa penerbangan bukan perkara biasa. Analisis yang dilakukan mendapati situasi dan masa permintaan log-on sepadan dengan waktu gangguan kuasa berlaku," jelas laporan itu.

Bukti terbaharu itu sekali lagi meningkatkan kemungkinan wujudnya unsur jenayah dalam misteri kehilangan MH370 dan menunjukkan laluan pesawat terbabit sengaja diubah.

Dalam pada itu, pakar keselamatan penerbangan daripada Universiti Loughborough, David Gleave, berkata, gangguan kuasa elektrik itu menunjukkan ada individu di dalam kokpit cuba mengurangkan penggunaan sistem pesawat.

Malah katanya, tindakan tersebut juga konsisten dengan cubaan untuk menutup sistem komunikasi dan sistem lain sebagai cubaan mengelak daripada dikesan radar.

"Mungkin ada pihak melakukan sesuatu di dalam kokpit sehingga menyebabkan berlakunya gangguan elektrik dengan tujuan mahu memadamkan kedua-dua enjin dalam tempoh tertentu.

"Dengan berlakunya gangguan di dalam kokpit, kuasa elektrik boleh dipadamkan buat sementara dan memasangnya semula apabila memerlukan sistem lain untuk menerbangkan pesawat," katanya ketika dihubungi akhbar The Telegraph.

Teori baharu berkenaan dikukuhkan lagi apabila syarikat rasmi yang ditugaskan menganalisis data penerbangan MH370, Inmarsat mengesahkan dakwaan berlakunya gangguan bekalan kuasa sebanyak dua kali tetapi gagal mengenal pasti punca sebenar.

"Inmarsat masih tidak dapat menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di dalam kokpit dan punca sebenar bekalan kuasa pesawat MH370 terganggu," kata Timbalan Presiden Inmarsat, Chris McLaughlin.

Laporan Biro Keselamatan Pengangkutan Austalia mendedahkan bahawa pesawat yang membawa 239 penumpang dan krew itu, cuba log on ke satelit Inmarsat pada 2.25 pagi, tiga minit selepas ia dikesan oleh radar tentera Malaysia.

Haluan pesawat terbabit kemudiannya berubah ke arah utara pulau Sumatera walaupun destinasi asalnya ke Beijing dan menuju ke selatan Lautan Hindi.

Selepas hampir enam jam, pesawat itu kemudiannya membuat satu lagi permintaan log-on yang ketujuh dan handshake terakhir, yang dipercayai dihantar untuk menunjukkan pesawat berkenaan kehabisan minyak dan kuasa elektrik sebelum hilang di selatan Lautan Hindi.-UMO

Suara Politik
Belantan

Awas Jerat Hotel kembali : Bufet Ramadan!

Posted: 02 Jul 2014 03:36 AM PDT


Seperti biasa setiap kali datang bulan Ramadan, Pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Ini adalah kerana bufet Ramadan merupakan perbahasaan halal dan mereka yang menyalahgunakan terma ini boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sebenarnya umat Islam juga digalakkan supaya hanya berbuka puasa atau menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel yang disahkan halal oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri. Sehingga kini masih belum lagi diketahui sebanyak mana hotel dan dapur hotel di sekitar Wilayah Persekutuan yang telah diberikan pensijilan halal oleh Jakim kerana belum ada statistik yang tepat.

Untuk senarai terkini, sila lawati laman Portal Halal Malaysia. Klik di sini.

Kepada yang suka berbuka diluar tu diharap dapat menyemak dahulu samada restoran hotel yang anda pergi itu ada mendapat sijil HALAL dari pihak JAKIM. Jakim juga diminta meningkatkan pemantauan bagi memastikan istilah itu ( bufet Ramadan ) tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak hotel.

Sebagai umat Islam, kita harus memastikan makanan yang dimakan itu halal lagi bersih kerana ia akan menjadi darah daging dan seterusnya penentu kepada kehidupan seseorang itu. Alangkah ruginya, setelah menahan lapar dan dahaga sepanjang hari dan apabila tiba waktu berbuka mengambil makanan yang tidak diketahui status halal.

Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 02 Jul 2014 11:19 PM PDT

The Unspinners


Baik hati Dato Zaini... kalau cara Husam, Hasbullah Awang dan MI dah disaman

Posted: 02 Jul 2014 08:36 PM PDT


Dato Zaini, Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia menulis mengenai kesusahan peniaga Melayu dalam satu artikel semalam. Boleh baca SINI.


Macam satu kesalahan nampaknya bagi pihak media pro pembangkang untuk membela dan menyuarakan masaalah Melayu dalam suratkhabar Melayu lalu Malaysian Insider lihat perlunya seorang penulis Melayu menangkis sesuatu yang memang betul berlaku.

Oleh kerana apa yang dtulis Zaini ada kebenaran dan membawa simpati, maka satu saja cara yang dilihat oleh penulis haramjadah Melayu anak haram Malaysian Insider bernama Hasbullah Awang Chik adalah dengan merosakkan kredibiliti akhbar dan penulis.

Tidak menolak MI mahu menutup dan memastikan sebarang isu berkenaan Melayu dibisukan dan hilang terus dari perbincangan awam.


Dalam lain kata, Hasbullah bukan nak berhujah dalam satu discourse yang bersopan tapi hanya mahu serang kredibiliti Utusan dan juga lakukan satu 'character assasination' terhadap Zaini. 

Takpalah ... otak dunia ketiga Malaysia memang begitu tapi janganlah sampai mereka-reka cerita seperti berikut:


Ini satu pembohongan dan putarbelit yang sudah condong kepada fitnah. Apa yang ditulis Dato Zaini adalah hanya berikut:


Dato Zaini masih lagi wartawan dan belum bekas lagi. Isterinya adalah pegawai kerajaan yang mana melanggar tatatertib jika dia berniaga. Dan dia memang tidak berniaga...


Hasbbullah mengunakan tajuk mengatakan Utusan persalahkan model pernigaaan cina dan Zaini yang dikatakan gagal berniaga dipertanggungjawab mempersalahkan model perniagaan cina.

Anak luar nikah yang lahir dari baka yang haram saja sering lakukan pembohngan dan pengkhianatan demikian rupa. Padahal apa yang Zaini tulis adalah jelas memperakui keberkesanan model perniagaan cina dan tidak langsung menyalahkan model perniagaan cina. 


Malah pandangan Zaini lebih positif dan progresif dalam tidak mengharapkan tongkat berterusan..

Menurut MyMassa SINI

Apa yang cuba disampaikan di sini adalah portal berita pro pembangkang sentiasa 'spin' berita-berita dari Utusan dan cuba mewujudkan persepsi negatif kepada akhbar Melayu tersebut. Artikel Datuk Zaini adalah untuk mengingatkan GLC supaya mengikut model yang digunakan oleh peniaga Cina untuk memajukan perniagaan kaum mereka bukannya menyalahkan peniaga Cina atas kegagalan orang Melayu.

Kepada pembaca, berhati-hatilah membaca berita dari portal berita pro pembangkang kerana setiap artikel mereka, wujud agenda tersendiri.

*Read between the lines....



Oleh yang demikian, Unspinners tak faham kenapa Zaini perlu berlaku baik dan menuntut maaf seperti amalan wartawan biasa lagi serta atas kesetiakwanan kewartawanan.

Dengan niat begitu jahat dan amalan fitnah yang berleluasa dilakukan ooleh portal berita berkecenderungan pembangkang ini, Zaini dan Utusan patut SAMAN SAJA!!!

Kalau Dato Husam Musa lakukan ke atas penulis blog pro-BN, dia tak ada tuntut maaf atau minta tulisan diturunkan tapu terus saja saman. Kisahnya dia mahu seorang blogger itu bantu dia jadi saksi dalam satu kes saman tapi dia juga saman blogger tersebut.

Tak ke bodoh Husam. Mintak tolong dari orang tapi dia nak kerjakan orang. Betul perangai macam anjing. Tak kiralah kao sedang berdiam dan menyorok sekarang. Husam memang anjing!

Oleh itu, Zaini dan Utsuan jangan segan dan silu untuk saman anjing-anjing ini!!!

P/S PM yang nice guy pun ada tahap kesabaran hingga akhirnya saman Malaysiakini.

SAIfUDDIN UMNO? Kata sekali, Wardina anak taat pada ibubapa dan ibu mithali?

Posted: 02 Jul 2014 05:27 PM PDT


MPKN dakwa bekas ketua hakim prejudis - Mkini
Jawatankuasa undang-undang dan polisi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) membantah keras dakwaan bekas hakim negara bahawa mereka dikuasai pembangkang dan menyisihkan hak Istimewa Melayu dan Islam.

Pengerusi jawatankuasa itu Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata sikap Tun Abdul Hamid Mohammed yang mempertikaikan rang undang-undang (RUU) yang bakal menggantikan Akta Hasutan tanpa sebarang cadangan konstruktif amat mengecewakan.

"Kami menasihati Tun Abdul Hamid Mohammed (kiri) mengambil masa membaca draf ini terlebih dahulu dan menyarankan agar kritikan dan cadangannya dibuat secara konstruktif dan substantif untuk menambah baik draf RUU ini.

"...kami agak kecewa kerana komentarnya tidak substantif kepada kandungan RUU sebaliknya komentarnya lebih terdorong kepada sikap emotif dan prejudis kepada kewujudan MKPN itu sendiri, kata beliau dalam kenyataan bersama Lim Chee Wee dan Datuk Saifuddin Abdullah hari ini.

Semalam, Abdul Hamid berkata beliau menolak tawaran menjadi pengerusi MKPN kerana khuatir diperalat pihak tertentu yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawak.

[Soalan balik kepada Mujahid: Kalau sikap MPKN konstruktif, kenapa tak ambi pandangan ramai atau bbuat referedum ke? 

Kalau cadangan datang dari Bar Council dan kita hanya diminta beri cadangan tambah baik, itu pandangan yang mahu perbodohkan orang. Bolehkah kami draf dan pihak Bar Council yang beri cadangan konstruktif?
Selama-lama dari dulu kini dan sekarang, bila pula Bar Cuncil konstruktif dan independent bila Ambiga minta calun pembangkang naik pentas Bar Coouncil dan panggil mereka our heroes?]
Beliau berkata keputusan itu dibuat sebelum mengetahui komposisi dan nama-nama ahli MKPN.

"Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Hamid berkata beliau yakin keputusannya adalah tepat apabila melihat komposisi MKPN sekarang, yang didakwa akan menjadi saluran kepada pihak yang mendokong program parti pembangkang.

'Saya dari PAS, dia dari Umno'

Mujahid membalas bahawa MKPN bekerja untuk negara bukannya parti politik masing-masing dan ahlinya terdiri dari pelbagai latar belakang.

"Saya dari parti PAS, Datuk Saifuddin Abdullah dari Umno, manakala yang lain adalah daripada masyarakat sivil dan aktivis dalam bidang masing-masing termasuk dari Majlis Peguam.

"Kami bekerja dalam satu pasukan dengan matlamat kerja yang jelas dan kami tidak berminat untuk bertanya orientasi sokongan politik seseorang dan berdebat kerananya dalam mesyuarat-mesyuarat kami," kata beliau.

Mujahid berkata RUU yang diperkenalkan itu langsung tidak menyisihkan hak Melayu, hak raja-raja dan hak Islam.

Menurut beliau dengan RUU ini kesemua asas negara ini akan lebih terjamin apabila kebencian agama dan kaum dijadikan sebagai satu jenayah.

Beliau yang juga MP Parit Buntar turut berkata MKPN melakukan konsultasi awam sebaik mungkin secara telus dan ia tetap akan dinilai oleh pihak peguam negara sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.

"Apakah kita mahu terus dijajah oleh Akta Hasutan 1948? Apakah kita mahu terus melihat kebencian agama dan kaum menentukan masa depan negara?

[Bolehkah kebencian kaum dan ugama dibendung tanpa undang-undang? Adakah Akta Hasutan yang menyebabkan kebencian ugama dan kaum atau pihak pembangkang yang kuat menggunakan politic of hate berdasarkan kaum dan ugama untuk menyebarkan pengaruh?]
"Kami juga akur bahawa akhirnya Pejabat Peguam Negara akan menasihati kabinet (berhubung) draf ini sebelum ia dibawa ke Parlimen untuk proses bacaan dan perbahasan," kata beliau.

--------------------------

Bekas Ketua Hakim Negara bukan bodoh untuk tahu MPKN di dominasi oleh pembangkang dan NGO serta pemikir golongan kiri.

Tambah lagi, mereka yang konon dari UMNO dan pro kerajaan, semua puak liberal dan lembab!!!


Sifat taukeh MCA yang berlagak macam DAP dibidas

Posted: 02 Jul 2014 08:07 AM PDT


PETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Zainuddin Maidin berkata MCA terus mengambil kesempatan untuk memperlihatkan sikap anti-kaum Melayu dan Umno apabila mendapat kesempatan terbuka.

Tegas beliau, MCA tidak mengubah sikapnya yang ingin mencari populariti di kalangan masyarakat bukan Melayu dengan menumpang landasan DAP.

"Jika MCA tidak kreatif dan inovatif dalam mencari formula dan strategi baru dan masih mahu memakai topi DAP, maka lebih baik bagi Umno membuat keputusan "pergi mampuslah sama MCA" dan mengambil DAP sebagai rakan.

"Lebih baik berkawan dengan musuh yang kita kenal daripada musuh dalam selimut," katanya.

Beliau yang juga bekas menteri kabinet merujuk kepada kritikan MCA terhadap sikap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam isu insiden kepala lembu terhadap seorang wakil DAP, RSN Rayer.


"Walaupun telah dikembalikan ke dalam kabinet atas belas kasihan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi mereka masih tidak insaf dan sebaliknya terus bermain dengan strategi lapok dan retrogresif.

"Bagi menunjukkan kejantanannya kepada masyarakat Cina, sebaik sahaja dilantik ke dalam kabinet, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan akan terus mengkritik kerajaan dan kemudiannya terus mengecam Zahid kerana mengatakan perbuatan meletakkan kepala lembu di hadapan rumah Rayer setimpal dengan mulut celuparnya yang mengatakan Umno celaka," jelasnya.

Tambahnya lagi, ini diikuti oleh Ketua Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Ti Lian Ker yang menyifatkan Zahid dengan kenyataannya itu seperti bersikap 'arrogant dan apathetic' dan mahu menggalakkan Malaysia menjadi negara tanpa undang-undang.

"MCA tidak ada idea baru untuk kembali menguasai pemikiran orang Cina. Kebijaksanaannya hanya memakai topi DAP dan menumpang tiket DAP.

"Perbuatan ini menggunting Umno dalam lipatan, munafik, hipokrit dan lidah bercabang atau talam dua muka," ujarnya di dalam entri terbarunya di zamkata.blogspot.com

Katanya lagi, MCA seharusnya sedar bahawa parti itu sememangnya tidak akan dapat menyaingi DAP dalam memainkan sentimen perkauman kerana MCA terikat dengan dasar komponen dan juga beberapa persetujuan bersama sejak sebelum merdeka untuk bersama dengan Umno.

"Malah dengan bermain atas landasan DAP, MCA telah meruntuhkan imejnya di kalangan masyarakat Cina.

"Bukankah lebih baik bagi MCA berkecuali dan berdiam diri dari menunjukkan sikap tidak sekatanya dalam perkara yang diketahui menimbulkan kemarahan orang Umno. Biarlah DAP yang memainkan peranan ini kerana itulah identiti mereka," jelasnya.

Lepas ini, elok Husam cuba tuntut royalti Minyak Gamat Langkawi

Posted: 02 Jul 2014 03:46 AM PDT



MAHKAMAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA: PROSIDING KES PERMOHONAN TUNTUTAN ROYALTI MINYAK DIANTARA KERAJAAN KELANTAN LAWAN PETRONAS.

 Setelah kalah dalam tuntutan royalti minyak Kelantan, Husam masih lagi membawa agenda pembohong royalti minyak. Untuk kekalkan pembohongan, dia kata dia akan rayu ke mahkkmaah persekutuan. 

Nampaknya mahkamah persekutuan menolak terus usaha nak rayu. Maknanya nak merayu pun tak boleh. Tak ada asas langung untuk rayu.

Oleh itu, eloklah Husam Musa cuba juling-julingkan mata ke Pulau Langkawi untuk cuba tuntut royati minyak gamat pulak.
 
Prosiding prosiding kes permohonan tuntutan royalti minyak diantara kerajaan kelantan lawan petronas telah berlangsung padi tadi Bilik Bicara 2, Mahkamah Persekutuan, Aras 2, POJ, Presint 3, Putrajaya. 

Perbicaraan telah diadakan dihadapan 5 panel hakim Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Dato' ABDUL HAMID EMBONG, Dato' SURIYADI bin HALIM OMAR, Dato' AHMAD bin Hj MAAROP, Dato' HASAN bin LAH, Dato' ZAINUN binti ALI.

Prosiding kes ini adalah bertujuan untuk mendengar permohonan pihak kerajaan kelantan untuk menyemak semua keputusan mahkamah rayuan yang menolak permintaan kerajaan kelantan untuk mendapatkan royalti dari pihak petronas.

Setelah mendengar hujah kedua belah pihak mahkamah Persekutuan sebulat suara telah menolak permohonan kerajaan kelantan untuk memohon royalti minyak dari petronas dan pihak kerajaan kelantan perlu membayar kos mahkamah kepada petronas sebanyak RM 150k.

Kah kah kah ... dahlah kalah, kena bayar mahkamah pulak. Eloklah kerajaan Kelantan jual korma-korma yang tumbuh di bandar Kota Baru pada bulan ramadhan ini, 
 
Dapatlah cover sikit kos mahkamah yang perlu dtanggung akibat wayang kulit si juling bingai Husam Musa.

Panglima Perang Cyber

Posted: 02 Jul 2014 11:10 PM PDT

Panglima Perang Cyber


UMNO Online - Draf Undang-Undang Keharmonian Nasional Belum Dimuktamadkan Lagi – Nancy

Posted: 02 Jul 2014 10:18 PM PDT


Draf Undang-Undang Keharmonian Nasional Belum Dimuktamadkan Lagi – Nancy

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Draf Rang Undang-Undang (RUU) Keharmonian Nasional belum lagi dimuktamadkan kerana ia masih melalui proses konsultasi dengan pelbagai pihak berkepentingan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, berkata justeru, anggapan orang ramai bahawa draf RUU berkenaan telah siap dan akan dibentangkan oleh kerajaan di Parlimen adalah tidak benar sama sekali.

"Kerajaan tidak akan melakukan sesuatu secara tergesa-gesa mahupun menggubal sesuatu undang-undang yang boleh mengganggu-gugat keharmonian negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nancy, yang kini sedang mengerjakan umrah di tanah suci Makkah, berkata sesuatu draf RUU perlu melalui proses penggubalan yang ketat dan isi kandungannya hendaklah tidak bercanggah dengan undang-undang tertinggi di Negara ini, iaitu Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata sehingga hari ini, Akta Hasutan 1948 masih lagi berkuat kuasa sehingga tarikh pemansuhannya diumumkan kelak, iaitu setelah RUU Keharmonian Nasional atau apa jua nama bersesuaian yang akan digunakan untuk akta itu kelak, diluluskan di Parlimen.

Nancy berkata Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang diurus-setia oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah menjalankan konsultasi dengan pihak berkepentingan termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapatkan input mereka.

"Melalui beberapa siri rundingan bersama pihak berkepentingan, Jawatankuasa Perundangan dan Dasar-Dasar Mempromosi Keharmonian Nasional di bawah MKPN seterusnya menghasilkan tiga draf RUU berkaitan keharmonian nasional untuk dipertimbangkan," katanya.

Beliau berkata hanya apabila selesai semua proses rundingan dan penglibatan, draf akhir RUU yang dicadangkan oleh MKPN akan dimajukan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti dan diperhalusi dengan lebih lanjut.

"Kemudian, barulah ia boleh dibawa untuk mendapatkan kelulusan Jemaah Menteri sebelum dibentangkan di Parlimen," katanya.

Nancy berkata beliau juga telah menerima tiga draf RUU untuk diteliti dan dikaji serta setiap cadangan yang dipertimbangkan akan mengambil kira segala aspek yang melibatkan kepelbagaian agama dan bangsa di negara ini termasuk Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan kedudukan Raja-Raja sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.


http://www.umno-online.my/?p=109064&utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+umnoonline+%28UMNO+Online%29


Sent from my iPhone

Bekas Hakim Negara Dedah MKPN Cuba Hakis Hak Orang Melayu dan Bumiputra. | .::Pisau.Net::. Cc @NajibRazak @MuhyiddinYassin

Posted: 02 Jul 2014 10:14 PM PDT


Disalin semula :


Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat oleh pihak yang berkepentingan dalam MPKN yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawak.

 
Ikuti luahan Tun Abdul Hamid Mohamad dalam laman blognya seperti dibawah:

 
Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti bahawa ia adalah betul, ianya adalah keputusan saya untuk menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai National Unity Consultative Council (NUCC). 

 
Saya menolak tawaran itu kerana saya khuatir saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. Saya takut kiranya saya akan menjadi "pengkhianat" kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN.

Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul. Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak-pihak yang mendokong program parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP dan PKR (manakala PAS, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahli-ahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang "liberal" itu. 

 
Ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang denagn orang Melayu/Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis. 


Siapakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN? 

 
Pengerusinya ialah YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato' Dr. Mujahid adalah seorang pemimpin PAS dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam. Saya katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang:

1. Racial and Religious Hate Crime Billl;

2. National Harmony and Reconciliation Bill; and

3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.

Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanahair. 

 
Terus terang saya katakan bahawa Majlis Peguam menyebelahi dan menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Keadilan. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta untuk menyokong kenyataan ini. 
 
Walau bagaimana pun saya akan cerita satu peristiwa yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara.
 

Selepas PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang.

 
Antara lain, Dato Ambiga, Presiden Majlis Peguam berkata, "Akhirnya pengundi-pengundi telah matang…." (Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan. 
 
Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai "Our heroes". Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebaga dif kehormat! Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitive terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitive terhadap perasaan mereka.)

Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata "Prepared by Bar Council". Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi seksyen.

Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang, bahawa setelah BN berhempas pulas untuk memenangi PRU 13, ia mengketepikan pengundi-pengundinya untuk mengambil hati pembangkang. Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu berkerja keras untuk menang, sebab jika ia kalah sekalipun ia akan dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga.

Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya ia itu DAP dan Keadilan.

Hal seperi ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan. Ringkasnya, mengikut draf itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguam-peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: "Jika Rang Undang-Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam." Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan.

 

Tidakkah kita belajar dari kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai, atau kerana tidak atau tidak dapat berfikir?

Saya difahamkan bahawa LCW, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam ) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka.

Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang udang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya ialah mengapa pembangkang, termasuk Majlis Peguam dan COMANGO diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri?

Mengikut amalan biasa, apabila Kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, Kerajaan (Kementerian atau Jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar. Selapas itu Kementerian/Jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di Kementerian atau Jabatan itu.) Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu Kementerian atau Jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti?

Dalam hal ini, adalah amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, tetapi juga untuk menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak tidak diberi tugas seperti itu.

Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kpada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar akan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang terebut.

Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daipada tanggungjawab itu.
Bahagian Kedua akan membincang peruntukan-peruntukan rang-rang undang-undang itu)

Pisau kata " kenapa PM diamkan diri dalam hal ni.. dia perlu bertindak bubarkan MPKN ni! .. tak guna jadi kerajaan jika  dasar pun diserahkan kepada pembangkang kenapa..?"



Sumber asal : 

http://www.pisau.net/najib-ambil-perhatian-bekas-hakim-negara-dedah-mpkn-cuba-hakis-hak-orang-melayu-dan-bumiputra/


Sent from my iPhone

PM @NajibRazak Umum RM890 Juta Bantuan Khas Kepada Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Sempena Aidilfitri

Posted: 02 Jul 2014 04:25 AM PDT

Isu 'Celaka' Rayer Dibidas @Zahid_Hamidi Disentuh MyKMU Dengan Tajuk “Islamkah” Presiden ABIM?

Posted: 01 Jul 2014 11:46 PM PDT

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. – AL-HUJURAAT: 6

Malaysiakini.com melaporkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merasa amat kesal dengan respons yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan insiden kepala lembu yang ditinggalkan di luar rumah seorang ahli politik beragama Hindu di Pulau Pinang.

Menurut Presiden ABIM, Amidi Abd Manan, perbuatan meletakkan kepala lembu di pintu pagar ADUN Seri Delima, RSN Rayer "jelas adalah satu penghinaan terhadap penganut agama Hindu".

Oleh itu, katanya, respons yang diberikan oleh Zahid terhadap insiden itu "tidak mencerminkan ajaran Islam".

"Islam mengajar umatnya agar menghormati agama lain dan menegah sebarang perilaku yang bermotifkan penghinaan," kata Amidi dalam satu kenyataan.

"Tegahan ini jelas disebut dalam Surah al-An'am ayat 108 yang menegaskan bahawa penghinaan terhadap sembahan agama lain akan menyebabkan penganut agama lain menghina agama Islam.

"Respons yang sedemikian memberikan imej yang negatif selaku pemimpin 'negara Islam' yang tidak mempraktikkan ajaran al-Quran," tambanya.

Sepatutnya, tegas Amid lagi, kenyataan berkaitan status Malaysia sebagai negara Islam mestilah disertai dengan perkataan, sikap dan tindakan yang benar-benar menepati ajaran Islam terutamanya perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara pelbagai agama.

Sebelum ini, Zahid dilaporkan berkata perbuatan meletak kepala lembu di rumah ADUN Seri Delima itu sebagai "harga yang perlu dibayarnya kerana keceluparan mulutnya'.

Soalnya, adakah Presiden ABIM ini membuat komen yang selari dengan ajaran Islam terlebih dahulu iaitu menyiasat, mengkaji dan barulah membuat kenyataan?

Wajarkah tanpa mendengar kenyataan sebenar Zahid atau mendapat penjelasan Zahid, ABIM terus membuat kenyataan bahawa kenyataan Zahid tidak mencerminkan nilai Islam?

Sebenarnya Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataannya menyatakan bahawa beliau bersimpati dengan kejadian yang menimpa RSN Rayer, namun Rayer perlu sedar bahawa kenyataannya itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Zahid dilaporkan berkata bahawa sebagai seorang ahli politik, beliau bersimpati dengan Rayer.

"Tapi itulah harga yang patut dibayar jika bermulut celupar," Zahid – The Rakyat Post

Zahid juga menyatakan ia menyerahkan kepada pihak Polis agar menyiasat isu ini.

Jadi apa yang salah dan tidak islamiknya kenyataan Zahid ini?

Zahid atau ABIM yang tidak Islamik sebenarnya?




Sumber : http://www.mykmu.net/?p=44676



Sent from my iPhone

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 02 Jul 2014 09:26 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


LAGI ARTIKEL PUKULAN MAUT KEPADA MELAYU...

Posted: 02 Jul 2014 09:15 AM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 02 Jul 2014 09:08 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Bomba Kesal Tugas Mereka Dipermainkan Di Media Sosial

Posted: 02 Jul 2014 06:27 PM PDT



Kerajaan PAS Kelantan Halang Azhar Idrus Berceramah?

Posted: 02 Jul 2014 08:35 AM PDT

Azwan Ali Wajib Minta Maaf Pada Peniga Bazar Ramadhan

Posted: 02 Jul 2014 06:09 AM PDT

Kakitangan Kerajaan Dapat Duit Raya RM500

Posted: 02 Jul 2014 02:53 AM PDT



Draf Akta Keharmonian Nasional Dicadang Oleh Ahli MPKN Yang Pro Pembangkang?

Posted: 02 Jul 2014 02:30 AM PDT





Isu Akta Keharmonian Nasional hangat diperdebatkan kebelakangan ini. Ianya bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 yang kononnya sudah ketinggalan zaman. Pakatan pembangkang merupakan pihak yang bertungkus lumus mahu menghapuskan Akta Hasutan 1948. Mereka dengan jelas mahukan kebebasan yang lebih untuk mendapatkan  ruang melaksanakan agenda merampas negara dari Barisan Nasional.
 
Jawatankuasa undang-undang dan polisi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) pula merupakan antara pihak yang bertanggungjawab menyediakan draf untuk Akta Keharmonian Nasional. Dan MKPN ini pula jelas dianggotai oleh majoriti dari pihak pakatan pembangkang. Ini mencetuskan kebimbangan terhadap orang Melayu kerana mereka sedar bahawa pembangkang sedang berusaha untuk menghapuskan ketuanan Melayu dan Islam sebagai agama rasmi.

Baru-baru ini bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad telah menyuarakan kebimbangan beliau akan kewujudan MKPN ini. Menurut beliau tindakannya menolak tawaran menjadi pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara MKPN adalah keputusan tepat. Tun Hamid bimbang MKPN akan menjadi alat pihak tertentu yang mahu mengganggu gugat hak melayu dan kedudukan Islam serta hak anak negeri Sabah dan Sarawak (baca selanjutnya)

Akta Keharmonian Nasional, Apakah Sebenarnya Yang Berlaku?

Posted: 02 Jul 2014 12:30 AM PDT




Antara Tiga Darjat Dalam PKR, Nasib Mereka Berdua Sama Kecuali Khalid Ibrahim

Posted: 01 Jul 2014 11:08 PM PDT


Khalid Ibrahim Akan Masuk PAS Untuk Kekal Jadi MB Selangor?

Posted: 01 Jul 2014 09:34 PM PDT



PenangWasabi

Posted: 02 Jul 2014 09:06 PM PDT

PenangWasabi


Neelofa : Tiada Siapa Paksa Saya Untuk Berhijab!

Posted: 02 Jul 2014 03:22 AM PDT


Pengacara dan pelakon, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 25, akui tiada siapa mempengaruhinya dalam membuat keputusan untuk berhijab dan berhijrah, sebaliknya, Neelofa berkata ianya satu penghijrahan yang ikhlas dari hatinya.

"Alhamdulillah akhirnya apa yang saya inginkan selama ini dapat juga direalisasikan dengan sempurna. Walaupun pernah ragu-ragu tetapi inilah yang saya inginkan dan bersyukur ruang itu diberikan dengan baik untuk saya berhijrah dan bertudung.

"Tiada sesiapa pun yang paksa atau mencadangkan saya supaya bertudung tapi memang saya sendiri dah lama fikirkan tentang perkara ini.

"Penghijrahan ini ikhlas dan saya lakukan dengan rela hati. Mengapa saya mengambil keputusan ini biarlah saya sahaja yang tahu," katanya ketika diminta mengulas mengenai imej terbarunya kepada Astro Gempak.

Menurut pengacara program MeleTop itu lagi, dia mula berhijab pada hari kedua Ramadan dan nekad bertudung selepas sekian lama mencari jawapan untuk perubahan diri yang lebih baik.

"Insya-Allah ini adalah diri saya sekarang dan Neelofa yang baru. Saya berharap dan yakin peminat akan menerima saya seadanya, malah mereka adalah pembakar semangat saya.

"Saya juga berharap agar masyarakat di luar sana terus mendoakan dan menyokong saya. Kepada yang sentiasa memberikan sokongan, terima kasih dan saya menghargainya," ujarnya.

Jurucakap beberapa produk dan pengurus rangkaian perniagaan sendiri ini juga turut mengakui ada menghadiri kelas agama dan majlis ilmu untuk memperbaiki diri.

Penang Wasabi...

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 02 Jul 2014 03:24 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Foto) Wanita rakam aksi miang diraba dalam MRT

Posted: 02 Jul 2014 04:00 PM PDT

Seorang penumpang wanita MRT di Singapura telah menerima nasib agak malang apabila seorang lelaki cuba merabanya di dalam koc semalam.

"Badan lelaki itu agak besar, bila tangannya terkena paha saya, saya ingat dia mungkin nak ambil telefon bimbit dan tersentuh saya dengan tidak sengaja.

"Tetapi makin lama dia melebarkan kangkangnya hingga peha saya mula bertemu dengan pehanya. Tak cukup dengan itu, lelaki itu mula menggerakkan jari jemarinya di peha saya, hisk!," katanya.
Tambah wanita itu lagi, pada masa yang sama lelaki itu memejamkan matanya seolah-olah sedang tidur.

Dek kerana geram dengan perbuatan tersebut, wanita berkenaan bertindak merakamkan aksi lelaki itu dan mula menyebarkannya di laman sosial.

Bantuan khas Aidilfitri RM500 untuk penjawat awam

Posted: 02 Jul 2014 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54 akan menerima Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Seramai 684,000 pesara kerajaan juga akan menerima bantuan khas sama bernilai RM250 sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.

Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada 15 Julai ini.

Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menerusi satu kenyataan petang ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara itu membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta.

"Kerajaan berharap dengan bauaran Bantuan Khas Kewangan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran," katanya.

(Foto) Gadis-gadis Costa Rica yang hot di Piala Dunia

Posted: 02 Jul 2014 02:01 AM PDT

Costa Rica telah menampilkan kejutan dalam kejohanan bola sepak Piala Dunia edisi kali ini. Mereka menjuarai kumpulan D dengan mengalahkan bekas juara - Uruguay dan Italy dan seri dengan England.

Kehebatan mereka tidak mematahkan semangat penonton-penonton wanita mereka yang jelita!

Yeah...




Serangan seksual: Kementerian Luar NZ minta maaf pada PM, mangsa

Posted: 02 Jul 2014 01:06 AM PDT

CANBERRA: Menteri Luar Australia, Murray McCully memohon maaf kepada Perdana Menteri, John Key kerana tidak memberi maklumat sepenuhnya kepada beliau berhubung dengan kes diplomat Malaysia sebelum beliau bercakap mengenainya.

McCully mendedahkan malam tadi bahawa Malaysia mungkin menerima mesej tidak jelas daripada Kementerian Hal Ehwal Luar dan Perdagangan (MFAT), sama ada New Zealand ingin Malaysia menarik balik imuniti diplomatik Muhammad Rizalman Ismail, yang kini berhadapan dengan tuduhan serangan seksual.

Laporan New Zealand Herald menyatakan Menteri Luar berkenaan memberitahu satu sidang akhbar pagi ini bahawa MFAT tidak melaksanakan tugas seperti diharapkan.

Dalam perbincangan antara pegawai New Zealand dengan Malaysia, MFAT dengan jelasnya menyatakan ia ingin Malaysia menarik balik imuniti diplomatik Rizalman supaya dia boleh menghadapi dakwaan di New Zealand.

Pihak kerajaan mengeluarkan surat rasmi mengenainya semalam untuk mengesahkan ini. Bagaimanapun MFAT juga mengadakan beberapa perbincangan tidak rasmi, yang mengakibatkan keadaan menjadi bertambah samar bagi pegawai Malaysia.

Bertindak daripada perbincangan itu, Malaysia menganggap bahawa New Zealand bersetuju diplomat terbabit boleh kembali ke tanah airnya dan menghadapi mahkamah tentera dan tidak perlu dihadapkan di New Zealand - yang bercanggah dengan kenyataan Key.

McCully berkata: "Saya maklumkan kepada Perdana Menteri bahawa beliau tidak diberikan semua maklumat yang diperlukan. Saya memikul tanggungjawab ini dan memohon maaf.

"Nota daripada pihak ketiga adalah jelas, dan oleh kerana kes itu kompleks, beberapa perbincangan yang diadakan itu memberi ruang kepada pegawai Malaysia membuat andaian seperti yang dilakukan."

Perkembangan ini menjurus kepada spekulasi pembangkang bahawa New Zealand mencapai persetujuan dengan Malaysia di sebalik tabir.

Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman berkata dalam perbincangan dengan pegawai New Zealand pada 12 Mei, "pihak New Zealand menawarkan satu alternatif untuk tertuduh dibawa balik ke Malaysia."

McCully meminta ketua eksekutif MFAT, John Allen supaya mengkaji tindakan MFAT itu dan melihat sama ada ia betul.

Allen diminta menyiasat kenapa McCully dan Key tidak diberikan maklumat 'lebih tepat' berhubung perbincangan tidak rasmi yang diadakan.

Tambahnya: "Situasi yang anda lihat semalam di mana berlaku percanggahan antara Menteri Luar Malaysia dan saya adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Pandangan saya ia tidak menepati standard yang diharapkan."

McCully berkata mangsa dan keluarganya berhak mendapat 'tindakan lebih baik'. Wanita berusia 21 tahun itu tidak dirujuk oleh pegawai sebelum diplomat terbabit meninggalkan New Zealand. - Agensi

Selangor umum bonus sebulan gaji

Posted: 02 Jul 2014 12:15 AM PDT

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian bonus tahunan dan sempena sambutan Aidilfitri ini kepada semua kakitangannya, hari ini.

Menurut Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri Selangor bersetuju memberi bonus ekoran prestasi laporan kewangan negeri menunjukkan peningkatan.

"Exco negeri bersetuju beri bonus sebulan gaji ikut tempoh perkhidmatan bertarikh 31 Jun ini, sejumlah RM32.7 juta diperuntukkan bagi tujuan pemberian bonus ini.

"Keputusan ini dibuat kerana laporan kewangan negeri menunjukkan pertumbuhan kutipan hasil meningkat dari tahun 2013 sehingga 30 Jun 2014," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco, di sini, hari ini.

Penghibur veteran miang, lakukan serangan seksual

Posted: 01 Jul 2014 11:31 PM PDT

Gambar hiasan
 LONDON: Penghibur veteran, Rolf Harris, nama yang idak asing lagi di Britain sejak 1960-an, mungkin menghadapi hukuman penjara selepas didapati bersalah atas 12 tuduhan melakukan serangan tidak sopan terhadap wanita.

Dilahirkan di Australia, Rolf, 84, penyampai televisyen, artis dan penyanyi yang banyak membuat persembahan menarik seperti 'Tie Me Kangaroo Down, Sport', didapati bersalah atas semua tuduhan terhadapnya berikutan perbicaraan selama enam minggu.

Dia dituduh melakukan serangan tidak sopan terhadap empat budak perempuan dan wanita muda berumur antara tujuh hingga 19 tahun antara 1968 dan 1986, termasuk kawan baik anak perempuannya, menurut mahkamah di sini.

Rolf pernah melukis potret Ratu Elizabeth II pada hari jadi ke-80 ratu berkenaan, menjadi hos dalam program popular BBC, 'Animal Hospital' dan membuat persembahan di pesta muzik Glastonbury.

- AFP

Militan: Pensyarah UM antara lima diburu

Posted: 01 Jul 2014 11:01 PM PDT

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Polis memburu lima individu termasuk seorang pensyarah Universiti Malaya (UM) kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, hasil siasatan ke atas 19 anggota militan yang ditangkap oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas sejak 28 April lalu, pihaknya mengenal pasti lima rakyat tempatan yang dipercayai terlibat dalam latihan ketenteraan dan terbabit di dalam aktiviti militan.

"Mereka kini dipercayai berada di dalam persembunyian di selatan Filipina,tiga daripada mereka turut dipercayai terlibat dalam merekrut dan mengatur perjalanan anggota militan dari Malaysia untuk menyertai Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) di Syria.

"Manakala dua lagi adalah anggota Darul Islam Sabah yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf (ASG) di selatan Filipina," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebentar tadi.

Polis turut mengedarkan gambar lima individu terlibat bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung individu yang dicari itu boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Hazil Azhar di talian 03-22667010 dan 01121046850.

Van jenazah angkut 'penjenayah' Ramadan, mitos atau benar?

Posted: 01 Jul 2014 10:31 PM PDT

SHAH ALAM - Tiada siapa tahu, sejak bila dan bagaimana kisah penguatkuasa agama menahan individu tidak berpuasa dalam van jenazah tersebar.

Saban tahun kisah ini muncul, kononnya pesalah ponteng puasa diarak dengan menaiki van jenazah bagi menyedarkan individu terbabit.

Namun timbul persoalan, benarkah penguatkuasa agama pernah berbuat demikian seperti mana yang digambarkan.

"Untuk makluman umum, pihak penguatkuasa jabatan agama tidak pernah menahan seseorang individu yang tidak berpuasa menggunakan van jenazah.

"Jabatan dibekalkan dengan kenderaan penguatkuasa bagi tujuan penahanan.

"Tiada ketetapan buat masa ini kecuali kuatkuasakan peruntukan yang ada mengikut undang-undang," kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd Saad kepada Selangor Kini.

Sebelum ini, Selangor Kini difahamkan cerita van jenazah mula timbul berikutan penggunaan van jenazah dalam satu operasi besar-besaran pada bulan puasa sekitar 90an oleh sebuah agensi kerajaan.

Bagaimanapun, ketika itu van jenazah digunakan disebabkan kekurangan kenderaan untuk membawa pesalah yag ditahan.

Walaupun selepas itu penggunaan van jenazah tidak pernak dipraktikkan oleh mana-mana agensi, cerita mengenainya terus segar menjadi bahan cerita menjelang Ramadan.

- Selangor Kini

(Foto) Terowong runtuh, tanah mendap lubang besar di Jalan Imbi

Posted: 01 Jul 2014 10:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sebuah terowong bawah tanah yang sedang dalam pembinaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Imbi berhampiran Jalan Pudu di sini, runtuh jam 10.38 pagi tadi, menyebabkan laluan di situ jerlus sepanjang hampir 19 meter.

Dua jentera bomba bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang laporan mengenai mangsa terperangkap atau kemalangan jiwa.






Serangan seksual: Wajah diplomat Malaysia pula didedah

Posted: 01 Jul 2014 09:25 PM PDT

Muhammad Rizalman Ismail.
PUTRAJAYA: Kementerian Luar akan mengetepikan kekebalan diplomatik untuk Muhammad Rizalman Ismail sekiranya New Zealand tidak menawarkan alternatif dalam menguruskan kesnya.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, semasa perbincangan berhubung kes berkenaan pada 12 Mei, New Zealand telah menawarkan alternatif kepada tertuduh untuk dibawa pulang ke Malaysia.

"Kita tidak pernah berniat untuk mengambil ringan terhadap perkara ini. Kementerian Luar telah mengetepikan kekebalan diplomatik tertuduh bagi membolehkan pendakwaan diadakan di New Zealand.

"Mereka yang terlibat dalam perbincangan itu adalah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington, timbalan ketua protokol Kementerian Hal Ehwal Luar dan Perdagangan (New Zealand) dan pegawai-pegawai dari polis New Zealand.

"Dengan persetujuan di pihak New Zealand, tertuduh dan keluarganya kembali ke Malaysia pada 22 Mei, ditemani oleh pegawai Mindef (Kementerian Pertahanan) berpangkat tinggi," katanya pada sidang media di Wisma Putra di sini, Selasa.

Anifah berkata, Kementerian Luar tidak berhasrat untuk menggunakan kekebalan diplomatik bagi menyelamatkan tertuduh.

"Kita membawanya pulang kerana kita merasakan dia tidak akan mendapat keadilan dalam perbicaraannya atau nyawanya dalam bahaya. Tetapi kita tidak berasa sangsi terhadap negara-negara seperti New Zealand kerana negara kita mempunyai sistem keadilan yang hampir sama dengannya.

"Tetapi kita ditawarkan satu alternatif, maka kita fikir adalah terbaik untuk mengambil tawaran itu dengan membawanya pulang tetapi satu siasatan akan dijalankan dengan kerjasama penuh daripada pihak berkuasa New Zealand," tambahnya.

Muhammad Rizalman, 38, merupakan pegawai berpangkat Waran ll di Kementerian Pertahanan, telah dihantar untuk bertugas dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sejak tahun lalu.

Dia ditahan pada 9 Mei lalu dan dibawa ke mahkamah pada hari berikutnya untuk didakwa kerana cuba melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita.

Dia dikatakan mengikut wanita berkenaan yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Brooklyn pada malam 9 Mei lalu.

Muhammad Rizalman sepatutnya dijadualkan untuk hadir ke mahkamah pada 30 Mei lalu bagi memberi keterangan untuk menjawab dakwaannya.

Anifah berkata, Mindef telah menyediakan satu Lembaga Siasatan (BOI) untuk menyiasat kes tersebut secara menyeluruh.

Beliau berkata, Wisma Putra tanpa ragu-ragu untuk menghantar semula tertuduh ke New Zealand sekiranya terdapat keperluan dan sekiranya terdapat permintaan daripada negara itu bagi ekstradisi terhadap tertuduh.

"Tetapi kita yakin dengan Mindef dan lembaga akan berhubung dengan pihak berkuasa New Zealand untuk mendapatkan bukti.

"Apa yang penting adalah dia mesti disiasat secara menyeluruh dan diberikan pendengaran yang adil. Jika dia didapati bersalah, hukuman perlu dikenakan dengan setimpalnya," katanya.

Anifah berkata, Kerajaan mengakui bahawa insiden itu merupakan satu perkara yang serius dan tidak mempunyai sebarang niat untuk menyembunyikan masalah itu.

Beliau berkata, tertuduh telah dirujuk kepada seorang pakar psikiatri untuk pemerhatian di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan bagi memeriksa keadaan emosi dan mentalnya.

Anifah turut berkata, hubungan dua hala antara Malaysia dan New Zealand tidak akan terjejas ekoran insiden yang berlaku.

Dr. Rosti letak jawatan NC Unisel dengan notis 24 jam

Posted: 01 Jul 2014 09:00 PM PDT

SHAH ALAM 2 Ogos — Datuk Dr. Rosti Saruwono mengambil keputusan meletakkan jawatan selaku Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuat kuasa esok.

Beliau mengesahkan peletakan jawatannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Ada keputusan yang saya tak sanggup laksanakan iaitu untuk melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa proses sewajarnya," katanya ketika menjelaskan antara punca beliau meletakkan jawatan.

Berasal dari Klang, Selangor Rosti pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac, 2009.

Beliau menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.- Bernama

Piala Dunia: Wartawan jelita Chile selak baju tanda sokongan

Posted: 01 Jul 2014 07:01 PM PDT

Ini adalah wartawan dari Chile, Jhendelyn Nunez, yang juga peminat nombor satu paling hot negaranya di kejohanan Piala Dunia 2014.

Ketika Alexis Sanchez menjaringkan gol untuk menyamakan kedudukan ketika perlawanan dengan Brazil, Nunez dengan rasa patriotiknya telah menyelak baju sambil menunjukkan bra bercorak bendera negara Chile.

Hehehe..bagi menghormati bulan Ramadan yang mulia ini, kami tidak lampirkan videonya, namun anda boleh carinya sendiri di Youtube...untuk kali ini, hanya yang telah di tapis...sekian!


MH370: Tiada kuasa misteri, hanya spekulasi

Posted: 01 Jul 2014 06:40 PM PDT

KUALA LUMPUR - Dakwaan penyiasat nahas udara Australia yang mengaitkan kehilangan penerbangan MH370 dengan kuasa misteri baru-baru ini hanyalah spekulasi, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kerajaan Malaysia hanya menerima pakai laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang ditubuhkan khusus berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu.

"Apa juga isu kita ada panel pakar untuk mengesahkannya. Laporan itu bukan daripada JACC.

"Bagaimanapun saya tetap anggap sebarang maklumat terkini... sama seperti yang saya lakukan pada masa lalu... biar JACC sahkan. Selama ini kita tidak pernah berhenti daripada mencari kotak hitam dan mengesan maklumat baharu berhubung pesawat itu," katanya kepada pemberita selepas taklimat Jawatankuasa Khas Kabinet berhubung insiden MH370 di Parlimen, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Aset MH370 dan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Waris mengenai MH370.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) semalam, unit data satelit pesawat itu cuba 'log masuk' ke satelit dalam tempoh tidak sampai 90 minit setelah berlepas.

Permintaan itu yang dikenali sebagai 'hand shake' mungkin disebabkan gangguan kuasa elektrik pesawat Boeing 777 tersebut.

Sementara itu, Liow berkata maklumat terperinci berhubung penghantaran aset dan pakar dalam mengesan pesawat MH370 ke lokasi pencarian di Lautan Hindi akan dimaklumkan kemudian.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang serta anak kapal ke Beijing hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.

Gerakan mencari membabitkan pelbagai negara bermula di Laut China Selatan sebelum diperluas ke Selat Melaka dan akhirnya di Lautan Hindi selepas data satelit menunjukkan pesawat itu melencong jauh daripada laluan asal dengan isyarat terakhir dikesan di selatan Lautan Hindi. - Bernama

Jasad bayi dalam parit di bulan Ramadan

Posted: 01 Jul 2014 06:31 PM PDT

Bagan Serai : Penduduk kampung berhampiran Parit J, Jalan Matang Buluh, di sini, gempar berikutan penemuan jasad bayi yang cukup sifat ditemui terapung di dalam parit berhampiran sebuah sekolah, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 petang, mayat bayi itu dijumpai orang ramai yang lalu lalang di jambatan berdekatan kawasan ia dijumpai ketika mengambil anak mereka daripada sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi perempuan itu.

MAYAT bayi dibawa keluar dari parit di Jalan Matang Buluh, Bagan Serai.
Katanya, mayat sudah dibawa ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk proses pengesahan sama ada bayi itu mati sewaktu dilahirkan atau dibunuh dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Serangan Seksual: Wellington Puas Hati Komitmen Malaysia

Posted: 01 Jul 2014 06:10 PM PDT

KUALA LUMPUR: Wellington berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia berhubung siasatan terhadap seorang pegawainya yang didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita pada Mei lepas.

Menteri Luarnya Murray McCully yang dipetik oleh laman sesawang rasmi kerajaan New Zealand www.beehive.govt.nz, mendedahkan beliau sudah berhubung dengan rakan sejawatannya, Datuk Seri Anifah Aman bagi memperjelas sebarang salah faham berkenaan diplomat terbabit.

"Menteri Luar Malaysia komited sepenuhnya untuk memastikan individu yang didakwa melakukan kesalahan itu menghadapi proses perundangan yang sewajarnya.

"Individu terbabit merupakan pegawai tentera dan Panglima Tentera Malaysia (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) sudah menubuhkan Lembaga Penyiasat. Anifah juga memberi jaminan kepada saya sebarang bahan yang diserahkan oleh polis New Zealand akan dikemuka kepada Lembaga Penyiasat," katanya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa diplomat yang berpangkat Pegawai Waran II dari Kementerian Pertahanan (Mindef) itu ditugaskan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington untuk tempoh setahun.

Lelaki terbabit ditahan oleh polis New Zealand pada 9 Mei dan dihadapkan ke mahkamah pada hari berikutnya atas tuduhan pecah rumah dan melakukan serangan dengan niat merogol.

Bagaimanapun, Anifah dalam satu kenyataan di sini hari ini, mendedahkan tertuduh diberi kebenaran oleh Wellington untuk kembali ke tanah air dengan keluarganya pada 22 Mei.

Sementara itu, McCully berkata beliau menerima penjelasan Anifah bahawa keputusan Malaysia menolak permintaan New Zealand agar kekebalan diplomatik lelaki itu ditarik balik adalah disebabkan Panglima Tentera Malaysia mahu menanganinya mengikut proses perundangan di Malaysia.

"Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) telah menyerahkan butiran komunikasi antara pegawai New Zealand dan Malaysia berhubung perkara ini.

"Walaupun permohonan rasmi itu jelas dalam memohon kekebalan diplomatik ditarik balik, akan tetapi saya dapati pegawai yang terbabit dalam komunikasi tidak rasmi berhubung isu yang sebenarnya satu kes yang kompleks, dibuat dalam cara yang menimbulkan kesamaran kepada kerajaan Malaysia," katanya.

McCully berkata apa yang boleh beliau katakan sekarang ialah tindakan Malaysia itu dibuat atas niat baik.

"Saya tekankan kepada rakan sejawatan saya dari Malaysia mengenai komitmen kerajaan New Zealand bagi mendapatkan keadilan untuk mangsa dalam kes ini dan rakan sejawatan saya memberi jaminan kerajaan Malaysia juga berkongsi pandangan sama," katanya.

Kenyataan Kassim Ahmad Kufur, Murtad Serta Merta

Posted: 01 Jul 2014 06:01 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu sebulat suara memutuskan bahawa kenyataan bekas aktivis politik dan sosial Kassim Ahmad pada satu seminar Februari lalu sebagai pemikiran yang kufur dan murtad.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas kali pertama jawatankuasa itu yang bersidang pada 9 Mac lalu.

'Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian' itu berlangsung di Putrajaya.

Mohd Rozali berkata, "Fahaman atau golongan tersebut adalah sesat, menyeleweng dan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam serta merosakkan akidah mereka.

"Berdasarkan kepada ucapan yang telah disampaikan oleh Kassim Ahmad, terdapat unsur penyelewengan antaranya mempertikaikan syahadah yang kedua, mengingkari dan mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum, mempertikaikan hukum rambut perempuan sebagai aurat, hukum selawat dan membenarkan jenayah murtad berlaku dalam masyarakat," katanya dalam sidang media pada Selasa.

Sehubungan itu, jawatankuasa fatwa turut memutuskan apa jua fahaman yang berunsurkan penolakan hadis ini perlu disekat dari berkembang.

Mohd Rozali berkata sebarang penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan apa sahaja berhubung fahaman ini adalah diharamkan dan orang Islam dilarang memiliki, menyimpan mencetak, menjual atau mengedarkan semua bahan terbabit.

"Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengikuti fahaman anti hadis ini dengan berselindung di sebalik aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur persefahaman anti hadis ini adalah dianggap mengamalkan fahaman yang bercanggah dengan syariat.

"Oleh yang demikian, orang ramai di negeri ini hendaklah menghindarkan diri daripada terlibat dengan fahaman golongan tersebut," katanya.

Mesyuarat jawatankuasa itu juga bersetuju supaya keputusan berhubung fahaman anti hadis ini diwartakan untuk dijadikan fatwa yang mengikat bagi membolehkan tindakan diambil terhadap kesalahan yang terbabit, katanya.

Berang anak digelar 'bayi hitam'

Posted: 01 Jul 2014 05:24 PM PDT

SELEBRITI popular Kim Kardashian berang apabila seorang wanita yang turut berada dalam pesawat yang dinaikinya tiba-tiba menjerit sambil menunding jari kearah anak perempuannya iaitu North West.

Wanita itu telah melemparkan kata-kata kesat yang berbaur perkauman kepada kanak-kanak itu.

"Dia (Kim) sedang bersama lelaki hitam dan bayi hitam itu adalah hasil hubungan mereka, kamu semua harus melihat bayi hitam itu," teriak wanita itu seperti dilapor contact music.

Kim memberitahu, kejadian itu berlaku ketika dia sedang tidur dalam pesawat tersebut.

Jelasnya, dia berasa seperti ditampar dengan kata-kata wanita tersebut, namun terpaksa bersabar berikutan kejadian itu berlaku di tempat awam.

Piala Dunia: Belgium layak suku akhir selepas atasi AS

Posted: 01 Jul 2014 05:15 PM PDT

BELGIUM 2
(Kevin De Bruyne, m-92,
Romelu Lukaku, m-105)
AMERIKA SYARIKAT 1
(Julian Green, m-108)
(Kedudukan sepenuh masa 0-0: Belgium
layak selepas masa tambahan)

SALVADOR: Belgium terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menumbangkan Amerika Syarikat (AS), 2-1 pada aksi terakhir perlawanan pusingan kedua Piala Dunia yang cukup mendebarkan di Arena Fonte Nova, sebentar tadi selepas ia ditentukan menerusi permainan masa tambahan.

Sekalipun lebih menguasai permainan, Belgium yang menjuarai Kumpulan H untuk mara ke pusingan kedua dan dikuatkan dengan barisan ternama begitupun bagai berdepan sumpahan apabila semua peluang terbaik untuk menjaringkan gol yang diperoleh gagal disempurnakan.

Namun, segala-galanya berubah ketika masa tambahan apabila Belgium pantas mengubah rentak permainan dan kehadiran penyerang, Romelu Lukaku bagi menggantikan Divock Origi jelas memberi nafas baru.

Bermula daripada gerakannya, Belgium meledak jaringan pertama menerusi Kevin De Bruyne yang akhirnya berjaya menewaskan penjaga gol AS, Tim Howard yang sehingga saat itu beraksi cukup cemerlang sepanjang permainan dengan lebih sedozen kali tampil menyelamatkan gawang pasukan.

Lukaku turut meletakkan namanya dalam senarai penjaring selepas memanfaatkan hantaran De Bruyne untuk menewaskan Howard buat kali kedua pada minit ke-105.

Begitupun, ketika perlawanan hampir berakhir buat AS, pemain gantian, Julian Green yang baru berusia 18 tahun kembali mencetus semangat untuk meledak jaringan cantik pada minit ke-107 menewaskan Thibaut Courtois.

Malah, Courtois yang juga penjaga gol Atletico Madrid terpaksa menggunakan segala kehebatannya untuk menafikan kebangkitan AS ketika masa tambahan berbaki 10 minit dengan keputusan kekal sehingga wisel ditiup.

Sebelum perlawanan memasuki masa tambahan, AS boleh menamatkan perlawanan lebih awal namun Chris Wondolowski gagal menampan bola dengan sempurna yang berakhir tinggi melepasi gawang Belgium.

Di suku akhir, Belgium akan bertemu satu lagi pasukan pilihan, Argentina. - Agensi

Piala Dunia: Angel Di Maria pastikan kemenangan Argentina

Posted: 01 Jul 2014 05:01 PM PDT

SAO PAULO: "Saya bukan wira pasukan," kata penyerang Argentina, Angel Di Maria. "Wira adalah 23 pemain dan pegawai pasukan. Kami semua bermain mati-matian untuk layak ke suku akhir."

Bintang Real Madrid itu meledakkan gol kemenangan pasukan ketika permainan masa tambahan berbaki dua minit untuk ditamatkan sebelum menewaskan Switzerland 1-0 dalam perlawanan pusingan kedua Piala Dunia di Arena Corinthians, di sini, awal pagi tadi.

Di Maria yang mendapat umpanan tepat daripada kapten pasukan, Lionel Messi sebelum menyempurnakan jaringan penting itu turut menghadiahkan kemenangan Argentina itu kepada isteri dan anak perempuannya.

"Kami berhak ke atas kemenangan ini. Kami harus menyambung lagi rentak kemenangan ini," tambahnya.

Argentina boleh anggap kejayaan mereka turut dibantu elemen tuah kerana satu ketika Switzerland turut menguasai permainan dan nyaris menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir permainan masa tambahan untuk mengheret ke penentuan sepakan penalti.

Pemain Switzerland, Blerim Dzemaili satu ketika tampak seperti akan menyelamatkan pasukan dengan tandukan padu ke bawah tapi bola terkena tiang kanan dengan penjaga gol, Sergio Romero. Tambah perit, bola lantunan itu terkena lututnya dan sedikit tersasar.

Argentina bernasib baik pada detik itu untuk mengesahkan kemenangan penting manakala pemain Switzerland rebah ke lantai tanda kecewa dengan ada yang menangis, begitu juga sebahagian penyokong mereka.

Sementara itu, pengurus pasukan Switzerland, Ottmar Hitzfeld yang berwajah pilu selepas mendengar perkhabaran kematian abangnya, akur Messi boleh menjadi pemusnah dalam sekelip mata dan igauan itu jelas berlaku hari ini.

"Kami tahu Messi boleh menentukan keputusan perlawanan dalam satu saat dan dia memiliki segala kualiti untuk mencipta sesuatu," katanya.

"Tapi umpanan kepadanya Di Maria dan tindakan penyudah baik oleh Di Maria cukup menakjubkan."

Kata Pakteh...!!

Posted: 02 Jul 2014 01:19 PM PDT

Kata Pakteh...!!


Kuasa membuat dasar Najib telah serahkan kepada PEMBANGKANG?

Posted: 01 Jul 2014 05:48 PM PDT

Pakteh dan rakan-rakan memang meremang bulu roma bila mengetahui ada draf 3 Rang Undang-Undang yang akhirnya akan menggantikan Undang-undang sedia ada disediakan oleh pihak yang terserlah arah dokongan politiknya. Pakteh cuba bertanyakan kepada salah seorang yang terlibat dalam MKPN, Datuk Saifuddin Abdullah ( Saya menghormati keterbukaan beliau dan prinsipnya jelas apabila meletekkan jawatan berkaitan isu di UM baru2 ini). Pakteh sertakan jawapan beliau dan Pakteh juga Copy&Paste dari blog Mymassa Luahan hati Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad. Sama-sama kita nilaikan pendapat kedua-dua tokoh ini tentang Bar Council.





Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat oleh pihak yang berkepentingan dalam MPKN yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawàk.



Ikuti luahan beliau  tentang  Majlis Konsultansi Perpaduan Negara.

"Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti bahawa ia adalah betul, ianya adalah keputusan saya untuk menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai National Unity Consultative Council (NUCC)."

"Saya menolak tawaran itu kerana saya khuatir saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam."

"Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN. Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul. Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak-pihak yang mendokong program parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP dan PKR (manakala PAS, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahli-ahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang 'liberal' itu".

"Ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang denagn orang Melayu/Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis".

"Siapakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN?"

"Pengerusinya ialah YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato' Dr. Mujahid adalah seorang pemimpin PAS dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam".

"Saya katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang".

1. Racial and Religious Hate Crime Billl;

2. National Harmony and Reconciliation Bill; and

3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.

"Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanahair."

"Terus terang saya katakan bahawa Majlis Peguam menyebelahi dan menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Keadilan. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta untuk menyokong kenyataan ini".

"Walau bagaimana pun saya akan cerita satu peristiwa yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara".

"Selepas PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang".

"Antara lain, Dato Ambiga, Presiden Majlis Peguam berkata:-

"Akhirnya pengundi-pengundi telah matang".
 (Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan.

"Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai "Our heroes". Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebagai dif kehormat!"

"Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitif terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitif terhadap perasaan mereka.)"

"Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata "Prepared by Bar Council". Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi seksyen."

"Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang, bahawa setelah BN berhempas pulas untuk memenangi PRU 13, ia mengenepikan pengundi-pengundinya untuk mengambil hati pembangkang. Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu berkerja keras untuk menang, sebab jika ia kalah sekalipun ia akan dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga."

"Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya ia itu DAP dan Keadilan. Hal seperi ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan."

"Ringkasnya, mengikut draf itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguam-peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: "Jika Rang Undang-Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam." Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan."

"Tidakkah kita belajar dari kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai, atau kerana tidak atau tidak dapat berfikir?
Saya difahamkan bahawa LCW, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam ) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka."

"Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang undang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya ialah mengapa pembangkang, termasuk Majlis Peguam dan COMANGO diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri? Mengikut amalan biasa, apabila Kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, Kerajaan (Kementerian atau Jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar."

"Selepas itu Kementerian/Jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di Kementerian atau Jabatan itu.) Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu Kementerian atau Jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti? Dalam hal ini, adalah amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, tetapi juga untuk menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak tidak diberi tugas seperti itu."

"Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kepada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar akan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang tersebut.

Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam."

"Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daipada tanggungjawab itu".


p/s: Sejarah kejatuhan kota Melaka khabarnya berpunca dari Orang Melayu Melaka sendiri yang membuka Kota Melaka untuk Portugis Masuk.....Betoika?

tun faisal dot com

Posted: 02 Jul 2014 01:17 PM PDT

tun faisal dot com


@SepuraOthman alat terbaru DAP yang tak boleh cari makan dengan SAMM?

Posted: 01 Jul 2014 11:30 PM PDT




Alat politik? Political Toys? GRO Politik? Sepertimana Melayu dipergunakan oleh Parti Komunis Malaya suatu masa dulu, Melayu juga akan dipergunakan oleh DAP untuk menarik sokongan orang Melayu dan Islam. Dalam upgraded version ini, Dap memperalat wanita muda yang cantik (atau yang dimekap supaya nampak menarik) dan bertudung. Jelas elemen memperalatkan gender dengan menggunakan tarikan seksual merupakan modus operandi yang serupa dengan kempen dan poster calon Dap semasa PRK Teluk Intan, Dyana Sofia. Dalam poster-poster Dyana, jelas tarikan seksual merupakan branding utama kempen dan bukan khidmat, kelayakan, pengalaman atau ilmu pengetahuan calon.

Walaupun sudah ada Melayu Dap yang menyesal kerana menyertai Dap, pengalaman dan penyesalan Melayu-melayu mantan Dap ini tidak dipelajari dan difahami oleh political toys terbaru Dap ini.

Salah didikan? Salah keluarga? Salah sekolah? Apakah yang mengakibatkan seorang Melayu yang di atas kad pengenalannya tercatat status beragama Islam ini menganuti fahaman sosialisme dan gagal memahami matlamat politik sebenar yang ingin dicapai oleh Dap? Adakah disebabkan habuan material seperti pangkat, gaji, imbuhan-imbuhan lain yang menyebabkan mereka menganut faham sosialisme Dap?

#PemilihanPKR: 5 DIPECAT, 1 digantung hasil pengadilan berpilih Lembaga Dispilin PKR?

Posted: 01 Jul 2014 10:55 PM PDT



Pemilihan PKR penuh keganasan, penipuan dan rasuah - tindakan hanya diambil ke atas ikan bilis?


KENYATAAN MEDIA



Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota. Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Biropolitik bertarikh 1hb Julai 2014 yang dipengerusikan DS Dr Wan Azizah, Presiden KEADILAN, dan dihadiri anggota-anggota Biropolitik yang lain.




Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui Biropolitik:




1) Sdr NASHARUDDIN MD ISA (Cabang Ampang)

Beliau telah memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27hb Jun 2014. Tindakan beliau melanggar Perlembagaan Parti Fasal 44.1, "Larangan Membawa Parti ke Mahkamah; Tiada seorang anggota yang boleh membawa apa-apa perkara Parti ke mana-mana mahkamah. Sekiranya berbuat demikian, maka keanggotaannya tergugur secara otomatik."



Sdr NASHARUDDIN MD ISA dengan ini tergugur keanggotaannya dari Parti Keadilan Rakyat.




2) Sdr NALLASAMY A/L KUMARASAMY (Cabang Kota Raja)

Beliau telah terlibat dalam satu tindakan merampas dan menendang peti undi semasa proses pemilihan di Cabang Kota Raja pada 11hb Mei 2014. Anak beliau, Nitish A/L Nallasamy (bukan anggota parti) turut terlibat dalam tindakan tersebut.



Sdr NALLASAMY A/L KUMARASAMY dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.




3) Sdr SATHIASEELAN A/L NAGAMUTHU (Cabang Kota Raja)

Beliau telah melakukan kekasaran terhadap seorang anggota parti di dewan pengundian sewaktu proses pemilihan berlangsung di Cabang Kota Raja pada 11hb Mei 2014.



Sdr SATHIASEELAN A/L NAGAMUTHU dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.




4) Sdr VIJAY KUMAR SAMY (Cabang Kota Raja)

Beliau telah terlibat dalam satu tindakan merampas dan memecahkan peti undi semasa proses pemilihan di Cabang Kota Raja pada 22hb Jun 2014.



Sdr VIJAY KUMAR SAMY dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.




5) Sdr MOHANATHAS A/L ALAGAN (Cabang Kota Raja)

Beliau telah terlibat dalam satu tindakan merampas dan memecahkan peti undi semasa proses pemilihan di Cabang Kota Raja pada 22hb Jun 2014.



Sdr MOHANATHAS A/L ALAGAN dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.




6) Sdr MUSTAPHA MOHD TALIB (Cabang Kuala Selangor)

Beliau telah didakwa membuat ugutan terhadap seorang calon untuk tidak meneruskan niat bertanding jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.



Sdr MUSTAPHA MOHD TALIB dengan ini digantung keanggotaannya selama setahun, bermula serta-merta.




Dato' Dr Tan Kee Kwong

Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN



2hb Julai 2014

MKPN wajar dirombak, kali ini Tun Hamid, bekas Ketua Hakim bersuara @NajibRazak

Posted: 01 Jul 2014 10:00 PM PDT


Penasihat dan pagawai yang bertanggung jawab ke atas penubuhan MKPN wajar melihat kritikan terbaru ini sebagai isyarat umat Islam agar keanggotaan MKPN dirombak segera.  Sejak awal penubuhan MKPN, sejumlah NGO Islam dan Melayu telah menyatakan pendirian, kritikan dan penolakan terhadap keanggotaan MKPN yang tidak menggambarkan perwakilan sebenar suara dan kehendak rakyat negara ini. Selain Menteri yang terlibat dengan MKPN, Menteri yang berkaitan Majlis Peguam dan Jabatan Peguam Negara juga perlu melakukan sesuatu untuk menyelesaikan kekalutan ini. 


Tun Hamid Tolak Lantikan Pengerusi MKPN kerana tidak mahu jadi ALAT!

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat oleh pihak yang berkepentingan dalam MPKN yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawàk. 


Ikuti luahan beliau  tentang  Majlis Konsultansi Perpaduan Negara. 



"Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti bahawa ia adalah betul, ianya adalah keputusan saya untuk menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai National Unity Consultative Council (NUCC)."



"Saya menolak tawaran itu kerana saya khuatir saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam." 



"Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN. Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul. Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak-pihak yang mendokong program parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP dan PKR (manakala PAS, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahli-ahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang 'liberal' itu". 



"Ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang denagn orang Melayu/Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis". 



"Siapakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN?"



"Pengerusinya ialah YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato' Dr. Mujahid adalah seorang pemimpin PAS dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam".



"Saya katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang".



1. Racial and Religious Hate Crime Billl;



2. National Harmony and Reconciliation Bill; and




3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.



"Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanahair."



"Terus terang saya katakan bahawa Majlis Peguam menyebelahi dan menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Keadilan. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta untuk menyokong kenyataan ini". 



"Walau bagaimana pun saya akan cerita satu peristiwa yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara".



"Selepas PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang".



"Antara lain, Dato Ambiga, Presiden Majlis Peguam berkata:- "Akhirnya pengundi-pengundi telah matang".


(Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan. 


"Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai "Our heroes". Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebagai dif kehormat!" 


"Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitif terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitif terhadap perasaan mereka.)"


"Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata "Prepared by Bar Council". Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi seksyen."



"Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang, bahawa setelah BN berhempas pulas untuk memenangi PRU 13, ia mengenepikan pengundi-pengundinya untuk mengambil hati pembangkang. Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu berkerja keras untuk menang, sebab jika ia kalah sekalipun ia akan dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga."



"Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya ia itu DAP dan Keadilan. Hal seperi ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan."



"Ringkasnya, mengikut draf itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguam-peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: "Jika Rang Undang-Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam." Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan."



"Tidakkah kita belajar dari kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai, atau kerana tidak atau tidak dapat berfikir?


Saya difahamkan bahawa LCW, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam ) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka."


"Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang udang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya ialah mengapa pembangkang, termasuk Majlis Peguam dan COMANGO diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri? Mengikut amalan biasa, apabila Kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, Kerajaan (Kementerian atau Jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar."



"Selepas itu Kementerian/Jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di Kementerian atau Jabatan itu.) Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu Kementerian atau Jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti? Dalam hal ini, adalah amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, tetapi juga untuk menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak tidak diberi tugas seperti itu."



"Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kepada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar akan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang tersebut.


Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam."


"Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daipada tanggungjawab itu".

#PemilihanPKR - Bos kalah, Faekah persoal Anwar, Wan Azizah @Khalid_Ibrahim @Faekah_qkn5

Posted: 01 Jul 2014 09:02 PM PDT



Pemilihan penuh keganasan, penipuan dan rasuah. Khalid mangsa penipuan `blue eye boy' Anwar?

Faekah : Kalah Pemilihan, Khalid Didesak Letak Jawatan, Bagaimana Anwar & Wan Azizah ?

AIDCNews – 2/7/14 – Jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak letak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dengan alasan kalah sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor, bagimana pula dengan kedudukan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di cabang.
Presoalan itu dibangkitkan oleh Faekah Husin, Pegawai Penyelaras Khalid untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang.
Beliau berkata demikian ketika menjawab desakan YB Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK PKR yang juga Ahli Biro Politik KEADILAN yang mendesak Khalid letak jawatan MB selepas kalah di Cabang Kuala Selangor.
"Jika hujah YB Shamsul Iskandar bahawa YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid harus mengambil tanggungjawab moral untuk melepaskan jawatan Menteri Besar, bagaimana pula halnya dengan YB Dr. Daroyah Alwi? Bukankah beliau juga kalah dalam pertandingan Ketua Cabang Kapar? Adakah YB Dr. Daroyah juga perlu melepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor hanya semata-mata kalah dalam pertandingan Ketua Cabang?
"Bagaimana pula halnya dengan Ketua Umum dan Presiden KEADILAN sendiri yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat cabang? Wajarkah kredibiliti mereka untuk memimpin parti dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang dipertikaikan hanya semata-mata tidak berjawatan di cabang?," soal Faekah.
Kenyataan penuh Faekah dipetik dari laman pro pembangkang, amenoworld.net seperti berikut :
Desakan Ahli Parlimen Bukit Katil, YB Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Ahli Biro Politik KEADILAN untuk YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Dato' Menteri Besar Selangor adalah satu tindakan yang melangkaui arahan Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim agar pemimpin parti berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jawatan Menteri Besar Selangor.
Samada beliau sedar atau pun tidak, arahan yang diberikan oleh Ketua Umum tersebut dikeluarkan sebaik sahaja beliau secara membuta-tuli membuat dakwaan bohong tentang wujudnya kesepakatan dalam Pakatan Rakyat untuk menggantikan YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Dato' Menteri Besar Selangor.
Selain singgungan terus yang dibuat oleh Ketua Umum sebaik dakwaan bohong itu keluar, Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Iskandar Samad pula telah membuat kenyataan balas kepada Ahli Parlimen Bukit Katil tersebut dengan kiasan bahawa PAS tidak pernah menyerahkan kepada pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat bagi membuat keputusan bagi pihak parti itu.
Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Shamsul Iskandar ini secara dasarnya telah mencarik kesepakatan dalam Pakatan Rakyat dan merosakkan imej KEADILAN di mata rakyat.
Sewajarnya beliau tahu batas dan kaedah yang harus digunakan sebagai anggota Biro Politik parti. Apatah lagi kenyataan secara terangan bertujuan menyerang dan memburukkan imej rakan kepimpinan beliau dalam Biro Politik sendiri, iaitu YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid.
Jika hujah YB Shamsul Iskandar bahawa YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid harus mengambil tanggungjawab moral untuk melepaskan jawatan Menteri Besar, bagaimana pula halnya dengan YB Dr. Daroyah Alwi? Bukankah beliau juga kalah dalam pertandingan Ketua Cabang Kapar? Adakah YB Dr. Daroyah juga perlu melepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor hanya semata-mata kalah dalam pertandingan Ketua Cabang?
Bagaimana pula halnya dengan Ketua Umum dan Presiden KEADILAN sendiri yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat cabang? Wajarkah kredibiliti mereka untuk memimpin parti dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang dipertikaikan hanya semata-mata tidak berjawatan di cabang?
Dalam hal ini saya kira YB Shamsul Iskandar perlu objektif. Sebagai peguam, beliau sepatutnya telah sedia maklum tentang legitimasi yang diperlukan untuk menjawat jawatan Menteri Besar. Janganlah kerana keinginan yang teramat sangat untuk mengampu langsung mencampakkan dirinya ke ruang kebodohan undang-undang.
Wajarnya YB Shamsul Iskandar bermuhasabah diri tentang prestasi beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Felda di Selangor sebelum ini. Dengan laporan kerja yang tidak pernah diterima oleh pentadbir negeri, wajarkah beliau mempersoal kredibiliti seorang Menteri Besar yang telah terbukti keupayaannya di mata rakyat? Beliau harus jawab!
FAEKAH HUSIN
PEGAWAI PENYELARAS DUN PELABUHAN KLANG




Duke of UMNO

Posted: 02 Jul 2014 01:17 PM PDT

Duke of UMNO


SUBHANALLAH..! DEMI ALLAH ANAK KECIL 5 TAHUN INI LEBIH MULIA DARI SAYA...

Posted: 02 Jul 2014 01:05 AM PDT


Tengah-tengah kita semua dok fikir nak berbuka apa hari ni, sambil-sambil dok tunggu azan nak berbuka nanti, saya nak share dan lontarkan satu persoalan untuk direnung dalam diri kita... 

Di bawah ni ada satu link url yang menceritakan tentang seorang anak kecil yang berusia 5 tahun yang saya akui jauh lebih mulia dari saya.. beliau lebih mulia.. Ya Allah.. Subhanallah! Benar saya takjub dengan anak kecil ini...

Mengalir airmata saya melihat kehebatan anak kecil ini. Lalu saya renung diri saya... bagaimana pula dengan saya? Di mana saya? Cukupkah dengan sekadar apa yang ada di dada saya? Benar saya menangis di depan PC tadi...

 

Nah... sila klik di sini untuk melihat sendiri kemuliaan seorang anak yang masih kecil, namun beliau dimuliakan berganda-ganda oleh Allah SWT melebihi kita semua... cuba renung diri anda...

Cucu Tok Selampit

Posted: 02 Jul 2014 01:16 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Kreativiti Pengguna Media Sosial Terserlah Dalam Kejadian Tanah Mendap Di Jalan Imbi

Posted: 02 Jul 2014 03:37 AM PDT



Kreativiti penggua-pengguna media sosial jelas terserlah dengan bakat dan imaginasi masing-masing. Dalam kejadian kawasan terowong bawah tanah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang runtuh di simpang empat Jalan Imbi, jam 9.30 pagi tadi, sebahagian struktur terowong sepanjang 35 meter itu yang dalam pembinaan bagi mewujudkan empat laluan kenderaan untuk mengurangkan kesesakan di simpang empat Jalan Imbi runtuh sedalam lima meter berikutan mendapan tanah. Berikutan dari itu, pengguna-pengguna media sosial mengambarkan sebab musabab kenapa kejadian berkenaan berlaku. Hebat bakat Rakyat Malaysia.






Adengan YB DAP Bersahur, Berbuka Puasa Dan ... Berjogging

Posted: 01 Jul 2014 05:18 PM PDT

Menjelangnya Ramadhan, kita akan disajikan dengan adengan-adengan Islamik daripada pemimpin-pemimpin DAP. Ada yang telah mula memakai jubah dan ketayap, ada yang telah mula mengedarkan buah kurma, ada yang mula memijak kaki ke Masjid untuk berbuka. Tidak kurang ada di antara YB-YB DAP yang 'berpuasa' dan 'bersahur'. Dua diantaranya adalah ADUN Mengkibol, YB Tan Hong Pin dan Ahli Parlimen Serdang, YB Ong Ka Ming. 

Kelihatan mereka mengemaskinikan status laman sosial Twitter mereka dengan adengan-adengan bersahur dan berbuka puasa. Kadang-kadang peminpin-pemimpin DAP ini lebih Melayu dari orang Melayu sendiri. CTS pun kekadang kekok untuk sebut iftar, malah lebih selesa menyebut berbuka puasa. Baguslah kalau YB-YB berkenaan berpuasa untuk mengenali keindahan Islam. Celakalah mereka kalau niat mereka sekadar untuk memancing undi dan mempermainkan sensitiviti Masyarakat Islam.




Apapun CTS tabik dekat YB Ong Ka Ming. Kalau CTS sebelah petang sudah tidak berupaya lagi untuk membuat kerja-kerja berat di bulan Ramadhan, YB Serdang seorang ini boleh siap berjogging lagi sebelum berbuka! Mungkin boleh dapatkan rahsia dan petua daripadanya kot?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan