N.27 - PAS DUN Sura Posted: 28 Jun 2014 07:14 PM PDT Menjelang Ramadhan al-Mubarak 1435...ADUN Sura Ringankan Beban Faqir Miskin Posted: 28 Jun 2014 12:59 AM PDT DUNGUN, 28 Jun 2014 - Menjelang ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak yang bakal disambut oleh umat Islam seluruh Malaysia, esok hari, ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik mengambil inisiatif menyantuni faqir miskin sekitar DUN Sura, di sini, pagi tadi.Seramai 130 orang faqir miskin dari seluruh cawangan dalam DUN Sura telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur dan kewangan bagi meringankan beban kehidupan golongan yang memerlukan tersebut. Majlis tahunan yang dimulakan sejak ADUN Sura terdahulu itu, memperolehi sumber kewangan daripada para dermawan dari cawangan-cawangan dalam DUN Sura dan individu yang prihatin terhadap nasib golongan paling terasa dengan kos sara hidup yang makin meningkat sekarang ini. "Dengan sumbangan yang diterima ini, diharap kita terus bersyukur dengan pemberian yang diberikan dan mudah-mudahan sepanjang Ramadhan yang bakal menjelang ini kita dapat meningkatkan amalan masing-masing, " "Walaupun tanpa peruntukan daripada pihak kerajaan, dengan kerjasama semua pihak yang mengambil cakna, bantuan kepada golongan yang memerlukan akan terus diberi perhatian, insyaAllah, " "Saya menyeru kepada para dermawan agar terus bersama-sama kerja amal ini dan sebelum Aidilfitri akan datang, kita sudah merancang untuk mengagihkan sumbangan kepada anak-anak yatim pula, " ujar ADUN Sura sebelum penyampaian sumbangan berkenaan. Majlis yang diadakan di Bangunan DUN Sura itu, turut dihadiri oleh wakil PAS Cawangan yang turut sama membantu menyampaikan sumbangan kepada faqir miskin yang dipilih dari cawangan masing-masing. | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 28 Jun 2014 01:06 PM PDT Takwim Program Ihya Ramadan 1435H PAS Kawasan Bukit Katil Posted: 28 Jun 2014 12:11 AM PDT Klik untuk besarkan dan muat turun untuk saiz sebenar Gambar - gambar sekitar Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan PAS Kawasan Bukit Katil di Surau Hj Ibrahim, Bukit Katil pada jam 9:00 malam 25 Jun 2014 : | Sekolah di Duyong tidak siap-siap : BN Mungkir Janji Posted: 27 Jun 2014 09:17 PM PDT
MELAKA - Pas menganggap penjelasan Timbalan Pengerusi Maim, Datuk Yaakub Md Amin mengenai isu pembinaan Sekolah Rendah Agama Jaim, di Kampung Permatang Duyong baru-baru ini menggambarkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.
Timbalan Pesuruhjaya Pas 1, Kamaruddin Sidek berkata, adalah menjadi sesuatu yang pelik apabila upacara majlis pecah tanahnya sudah disempurnakan Timbalan Perdana Menteri tetapi tapak berkenaan masih lagi belum dapat diputuskan.
"Saya melihat, kalau inilah isunya seolah-olah pihak terbabit khususnya kerajaan negeri dan Jaim telah memalukan Timbalan Perdana Menteri kerana melakukan majlis pecah tanah yang tiada keputusan lagi.
"Barisan Nasional (BN) sekadar berpolitik dan menjanjikan sesuatu perkara yang tidak pasti kepada rakyat khususnya penduduk Islam dalam Dun Duyong," katanya ketika memberikan ulasan mengenai isu tersebut semalam.
Menurutnya, BN khususnya Umno cuba mempolitikkan isu berkenaan kerana sekolah berkenaan telah dijanjikan siap sepenuhnya pada 30 Jun ini.
"Pembinaan sekolah ini sepatutnya sudah berjalan kerana mengikut papan tanda yang sedang didirikan tetapi apabila BN kalah dalam pilihan raya, mereka mengambil sikap lepas tangan dan pembinaan ini ditangguhkan dan kemungkinan juga ia dibekukan.
"Kalau mengambil jawapan yang diberikan oleh Timbalan Pengerusi Maim, Datuk Yaakub Md Amin baru-baru ini, soal tapak tanah masih belum dapat diputuskan oleh pihak Jawatankuasa kampung dengan lembaga sekolah berkenaan amat mustahil ia tidak dibincangkan dan diputuskan dengan segera.
"Sepatutnya ia perlu dibuat lebih awal kalau tidak, mana mungkin Timbalan Perdana Menteri sendiri yang merasmikan tapak pecah tanah. Kalau tapak ini tidak sesuai dan tidak mendapat persetujuan pihak terbabit perkara ini tidak sepatutnya berlaku," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu berkenaan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menjelaskan projek pembinaan sekolah berkenaan tetap akan diteruskan.
"Projek pembinaan sekolah ini tetap akan dibina dan segala perancangan sudah lama dibuat termasuk bajet oleh kerajaan persekutuan serta kerajaan negeri. Semua sudah siap tersedia dan bakal terlaksana.
"Cuma saya khuatir dakyah dibawa pihak pembangkang yang tidak berasas serta tidak mempunyai angka apabila dengan sengaja membakar semangat dan fikiran kumpulan masyarakat. "Perkara ini berkaitan soal masa depan anak-anak kita dan soal agama. Mana boleh dibuat main-main. Kita bukan parti cap ayam. Bila kita kata kita bina, kita akan bina," katanya. Sinar Harian | |
Landskap Siasah Posted: 28 Jun 2014 07:36 AM PDT Kenyataan Media - PERUNTUKAN RM 2 JUTA UNTUK MAAHAD TAHFIZ SAINS KULIM HANYA INGIN MEMATIKAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI KEDAH Posted: 28 Jun 2014 07:24 AM PDT Kenyataan Media 28 Jun 2014 PERUNTUKAN RM 2 JUTA UNTUK MAAHAD TAHFIZ SAINS KULIM HANYA INGIN MEMATIKAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI KEDAH
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) merujuk kenyataan media Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan, YB. Dato' Mohd Rawi Abdul Hamid bahawa Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi menambah baik Maahad Tahfiz Sains Darul Aman di Kulim.
1. DPPNK menggesa kerajaan Negeri Kedah yang diterajui BN hari ini agar serius dan tidak menjadikan agenda menaiktaraf Maahad Tahfiz Sains sebagai agenda politik BN semata-mata.
2. Pengumuman itu kelihatan sangat tidak serius apabila dinyatakan Kerajaan Negeri masih memerlukan proses rundingan terlebih dahulu bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi meluluskan peruntukan itu.
3. Menurut Exco BN berkenaan juga peruntukan RM 2 juta berkenaan adalah juga untuk penambahbaikan untuk membina blok asrama serta keperluan pembelajaran yang lain termasuk makmal sains di sekolah terbabit. DPPNK berpendapat ianya adalah satu janji retorik memandangkan Maahad Tahfiz tersebut telah dijanjikan perkara yang sama untuk pembelajaran bagi sesi 2014. Namun pelajar masih lagi terpaksa menggunakan makmal sekolah lain bagi tujuan pembelajaran sains.
4. DPPNK berpendapat, Kerajaan BN berlepas tangan dari tanggungjawab terhadap Maahad Tahfiz berkenaan yang kini masih di Jalan Pegawai Kulim, keadaannya padat dengan pelajar serta keadaan surau sementara yang tidak terurus dan tidak kondusif.
5. Selepas sahaja pertukaran kerajaan berlaku, projek pembinaan kampus tetap Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba telah tergendala dan tergantung. Jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri adalah Maahad Tahfiz Sains Darul Aman yang dirancang akan dibina di Pulau Tuba, Langkawi ditangguhkan kerana ingin memberi laluan terhadap proses menambah bangunan asrama kampus sementaranya di Jalan Pegawai, Kulim.
6. Kerajaan negeri yang diterajui BN juga kelihatan tidak berminat meneruskan pengembangan kampus ini termasuk di KUlim kerana hanya memperuntukkan RM 2 juta untuk membaiki kampus di Kulim bukannya meneruskan projek di Langkawi dengan anggaran RM 9 juta sebelum ini.
7. DPPNK percaya, pihak Maahad Tahfiz akan berdepan masalah besar bagi pengambilan sesi hadapan memandangkan kapasiti bangunan yang ada tidak mampu menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. DPPNK percaya tindakan ini akan memusnah dan mematikan perkembangan pendidikan Islamkhususnya di Kedah.
Dewan Pemuda PAS Kedah juga melihat retorik Makmal Transformasi yang konon ditubuhkan oleh BN untuk meningkatkan prestasi pembangunan di Kedah hanya omongan kosong dan kemungkinan juga mampu merencat perkembangan Islam jika tindakan sebegini yang diambil.
Mohd Nasir Zakaria Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan