Khamis, 26 Jun 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 26 Jun 2014 01:19 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


SURAU BERGERAK, BAZAR RAMADHAN & MAINPP

Posted: 25 Jun 2014 11:43 PM PDT

Sambil memandu ke Mesyuarat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) pada pagi Khamis 19 Jun yg lalu, terbayang dlm fikiran saya alangkah bagusnya jika semua Bazar Ramadhan di Pulau Pinang kali ini, para peniaga & pengunjungnya dapat bersama-sama solat fardhu Maghrib berjemaah dengan selesa di tapak bazar Ramadhan, berbumbungkan khemah yg lengkap kipas angin berteknologi […]

Pas Pulau Pinang Kunjungi TYT

Posted: 25 Jun 2014 11:18 PM PDT

Usai kunjungan hormat wakil  Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang bertemu Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Pulau Pinang Tun Dr Hj Abd Rahman Hj Abbas di kediaman rasmi beliau Seri Mutiara P.Pinang. Pertemuan yang turut disertai oleh YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa selaku Timbalan Pesuruhjaya, Us Mohd Yusni Mat Piah Ketua Pemuda PAS P.Pinang, […]

PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 25 Jun 2014 11:33 PM PDT

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Rakanku Bakar Chik mendahuluiku

Posted: 25 Jun 2014 09:04 AM PDT

Oleh SUBKY LATIF |

KURANG dari 24 jam saya berada di Birmingham, England saya menerima SMS, Ustaz Abu Bakar Chik maut dalam kemalangan jalan raya. Inna lilla waina ilaihi rajiun.
   
Dia adalah guru kepada Datuk Sabarey Cheek. Itulah murid yang paling disayangi dan diharapkannya untuk menyambung perjuangan dalam gerakan Islam bermula daripada ABIM dan seterusnya dengan PAS. Biasalah murid tidak bersama guru.
   
Almarhumlah orang PAS yang pertama mencari saya di Terengganu apabila saya ke negeri itu pertama kali sebagai ahli PAS. Ustaz Hadi Awang memaklumkan kepada saya, Ustaz Bakar Chik akan menemui saya di tempat persinggahan saya di Kuala Terengganu.
   
Dia pun datang. Rumahnya dan sekolah yang dipimpinnya tidak jauh dari tempat saya bermalam di Jalan Sultan Omar. Itulah perkenalan pertama saya dengannya. Dia bawa saya bertemu dengan orang-orang PAS yang menyusun program saya beberapa hari di negeri itu.
   
Ceramah pertama saya di Jeram bersama Ustaz Hadi dan Harun Taib. Beberapa tahun kemdian, dalam PRU 1982, Ustaz Bakar jadi calon PAS DUN Jeram dan menang.
   
Kali pertama kami bertemu, dia belum menjadi orang penting PAS Terengganu. Dia baru mengambil alih jawatan ketua ABIM negeri daripada Ustaz Hadi. Masa itu dia mengepalai sekolah swasta Islam, Berakan, institut pendidikan yang serangkai dengan Yayasan Anda milik ABIM di Kuala Lumpur.
   
Sekolah Berakan adalah sinonim dengannya. Sekolah Berakan adalah Bakar Chik dan Bakar Chik adalah Berakan. Sekolah Berakan adalah dunia pertamanya. Lepas itu barulah dia PAS. Setelah dia lahir sebagai seorang dari lima orang kuat PAS Terengganu selepas Ustaz Hadi, Mustafa Ali, Harun Taib dan peguam Wan Abdul Mutalib, maka PAS pula jadi dunia  utamanya sambil Berakan tetap dikendongnya.
   
Ujian besarnya ialah menghidup dan mempertahankan Institut  Berakan. Dia bersilat menangkis usaha kerajaan negeri mengambil tapak asal Berakan di Jalan Sultan Omar. Tiada terdaya kerajaan mengusirnya siang hari. Yang kerajaan dapat buat ialah mengirim jentolak merobohkan bangunan tua sekolah itu hingga musnah segala peralatan dan bertaburan puluhan naskah al-Quran di sekitar kawasan.
   
Atas roboh sekolah itulah dia bangunkan komplek pengajian Islam yang lebih sempurna di Tok Jiring, jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu. Ia adalah antara pusat pengajian yang penting di negara ini sekarang.
   
Dua kali dia ditahan ISA. Kali ketiga dia sempat lari ke Amerika semasa Operasi Lalang. Justeru tinggal lama di Amerka dengan visa pelancong untuk menyambung pelajaran, usahanya gagal, apabila pulang dilarang masuk semula ke Amerika.
   
Saya sempat bersamanya dalam Dewan Pemuda PAS pusat. Kami jadi orang PAS pertama melawat Republik Islam Iran. Dia agak kritikal dengan fahaman Syiah. Bahkan semasa jadi tetamu kerajaan di Iran, dia mentakwil bebarapa ajaran Syiah kepada tuan rumah.
   
Seorang pemimpin PAS yang otaknya 24 jam berfikir dan bercakap tentang PAS. PAS patut buat itu dan ini. Apabila berdepan dengan sesuatu dia terus bercakap apa PAS patut buat?
    
Banyak projek dan rancangannya untuk PAS. Semasa jadi Ketua Dewan Pemuda, dia mencetuskan Unit Amal yang jadi petugas penting PAS dan dia mengambil pentadbiran PASTI sebagai tanggungjawab Dewan Pemuda.
    
Tanggungjawab besarnya sebelum menemui kemalanngan jalan raya ialah pemimpin Lajnah Pendidikan. Dia dalam rangka memperkasakan PAS sebagai institusi pendidikan yang penting. Malang, dia terpaksa pergi dengan meninggalkan banyak kerja besar yang belum selesai. Dia adalah pemimpin, pekerja dan pemikir. Payah diganti. -

Pelihara imej Islam di mata non-Muslim

Posted: 25 Jun 2014 09:01 AM PDT

Oleh Abd Shukur Harun


TIDAK mudah rupanya untuk memenuhi tuntutan supaya menjadikan 'Islam rahmat seluruh alam', walaupun Allah SWT menyatakan hal ini dengan sangat tegas di dalam al-Quran dan dicerminkan dalam Sunnah Nabi s.a.w., iaitu seluruh kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.

Perlakuan sesetengah umat Islam sendiri di mana-mana, termasuk di negara ini, didapati tidak memenuhi tuntutan supaya 'Islam rahmat seluruh alam'.

Elemen pergeseran antara agama yang tajam sebenarnya tidak perlu telah pun berlaku.
Beberapa kes yang sangat mencabar keharmonian antara kaum dan agama telah berlaku di tanah air kita yang mencederakan nama agama Islam sebagai 'Rahmatan Lil- Alamin.'

Antaranya tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di majlis perkahwinan wanita yang namanya Islam, tetapi dibesarkan dalam suasana Hindu, yang telah berkahwin mengikut cara Hindu. Juga beberapa kes lain yang terdahulu seperti rampasan Bible dalam bahasa Melayu, seminar yang mengkritik tajam agama Kristian dan beberapa kes lain sebelumnya di pelbagai tempat.

Perlakuan pihak tertentu ini sama sekali tidak mencerminkan 'Islam sebagai rahmat seluruh alam'. Pelbagai tindakan yang tidak didahului dengan penyiasatan menyeluruh akan sesuatu kes itu
menampakkan sikap tidak bijaksana, gopoh dan sebagainya. Maka semua ini sangat mencemarkan nama baik agama Islam sendiri.

Sesetengah pihak selalu mengira bahawa mereka bertindak atas nama pihak yang berautoriti (berkuasa) dan bertanggungjawab untuk mempertahankan Islam serta untuk menyelamatkan akidah umat.

Tetapi dalam masa yang sama, tanpa mereka sedar, tindakan itu merosakkan nama baik Islam sebagai agama rahmat untuk seluruh alam.

Di sini saya kira tidak ada umat Islam yang tidak cintakan agamanya dan sanggup mempertahankan agamanya walau dengan harga paling mahal. Jika tidak masakan ada konsep jihad di dalam Islam.
Ratusan ribu umat Islam telah syahid dalam pelbagai peristiwa dalam sejarah Islam, terutama sejak tercetus perang Badr Al- Qubra dulu.

Tetapi keadaan ini dalam situasi perang, di mana toleransi berakhir dan peperangan bermula. Tidak ada pilihan lain bagi umat Islam ketika itu demi untuk mempertahankan akidah umat.

Demikian juga dalam situasi beberapa peperangan yang disertai dan tidak disertai oleh Nabi s.a.w.
Namun begitu, ketika tidak dalam suasana perang, bagaimana sikap Nabi s.a.w. dan para sahabat dalam bertoleransi, yang sewajarnya menjadi renungan dan teladan kita.

Ada riwayat daripada Jabir bin Abdullah ra.a. yang berkata, "Suatu jenazah melewati kami, lalu Nabi berdiri kerananya, dan kami pun berdiri. Kami bertanya, 'wahai Rasulullah, jenazah itu adalah jenazah orang Yahudi.' Beliau bersabda, 'Jika kamu melihat jenazah, maka berdirilah!'" (HR Bukhari)

Contoh ini saja sudah mencerminkan Nabi s.a.w. sangat menghormati siapa pun kerana beliau menyedari pada dasarnya semua manusia adalah ciptaan Allah SWT. Dalam hal ini, beliau tidak membeza-bezakan agama orang tersebut.

Sudah terbukti bahwa di Madinah yang bermasyarakat majmuk, Nabi s.a.w. sangat menekankan supaya umat Islam saling menghormati dan menghargai umat Yahudi atau Nasrani. Belum pernah ditemukan dalam sejarah seorang Muslim pun yang menghina, merosak, atau mengganggu tempat peribadatan non Muslim.

Ini menjadi hal yang wajar dicontoh, justeru ada firman Allah SWT yang menegaskan: "Dan janganlah kamu mencaci sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah kerana mereka nanti akan mencaci Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan." (QS Al-An'am: 108)

Sudah semakin jelas bahawa Rasulullah s.a.w. telah menggariskan bahawa kita wajib bertoleransi kepada keyakinan orang lain selama mereka tidak melakukan penyerangan terhadap keyakinan kita. Bahkan dalam kehidupan berbangsa dan bernegara, Piagam Madinah (Shahifah al-Madinah) merakamkan mengenai Yahudi sebanyak 24 pasal daripada kesemuan 47 pasal.

Antara isi piagam ini ada yang menyusun kesepakatan bahwa apabila ada musuh yang menyerang Madinah, maka semua wajib saling membantu mempertahankan kota itu, tanpa melihat apa pun agamanya.

Sesungguhnya masih banyak isi dalam piagam ini yang mencerminkan kehidupan harmonis antara Muslim dan non Muslim. Ini menjadi bukti bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sangat berusaha menjaga hubungan baik dengan kalangan di luar Islam.

Ada banyak lagi contoh toleransi yang diperlihatkan dalam sejarah Islam sejak generasi pertama, zaman Nabi s.a.w. dan seterusnya para sahabat, terutamannya Sayidina Umar Al-Khatab.

Kini, 1400 tahun lebih telah berlalu; apakah generasi umat masa kini melupai semua toleransi yang dipancarkan di dalam al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w. dan para sahabat?

Pelbagai kejadian seperti yang saya sebutkan di atas tadi menunjukkan umat sama sekali tidak mengambil contoh apa yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat, sungguh pun kita menyambut Maulidur Rasul saban tahun dengan penuh gegak gempita – mengadakan perarakan, berselawat, membawa sepanduk, bunga manggar dan mengadakan pelbagai ceramah serta jamuan.
Diikuti seruan supaya umat mencontohi Nabi s.a.w. Tetapi pada masa yang sama, toleransi antara agama kini semakin terhakis dan sangat membimbangkan. Hampirhampir tidak ada satu hari pun yang berlalu tanpa ada kejadian yang boleh merosakkan toleransi beragama.

Hendak dikatakan umat ini masih dalam kejahilan, tidak mungkin, kerana setiap hari ada pelbagai ceramah dan kuliah agama pelbagai bentuk, baik di masjid, surau, dan pelbagai saluran TV, siang dan malam.

Belum lagi kitab-kitab agama yang begitu banyak di pasaran. Ribuan pula para agamawan – baik lepasan universiti dalam negara mahupun luar negara kolej, madrasah dan pelbagai lagi.

Pendeknya sumber ilmu begitu banyak sekali. Pelbagai forum – perdana dan tidak perdana – dihadiri oleh ribuat umat. Memang suasana perkembangan agama Islam sangat menggalakkan. Tetapi dalam suasana begini, mengapa kes-kes yang tidak mencerminkan toleransi beragama di negara ini masih terus berlaku?

Inilah persoalan yang saya kira, sangat wajar diberikan perhatian oleh semua pihak, kerana ia bukan saja memusnahkan keharmonian antara umat beragama, tetapi yang lebih parah merosakkan nama baik Islam itu sendiri sebagai agama rahmat seluruh alam.

Memperjuangkan Islam adalah dituntut, tetapi menjaga nama baik Islam juga sangat dituntut.
Oleh itu kebijaksanaan sangat diperlukan.


Siri Galaxy Tab4 diperkenal

Posted: 25 Jun 2014 08:55 AM PDT

SAMSUNG Malaysia Electronics (SME) memperkenalkan siri terbaharu bagi rangkaian Galaxy Tab4
yang menawarkan pengalaman multimedia luar biasa dalam reka bentuk premium mudah alih sekaligus mendorong kebebasan bergerak bagi pengguna yang teruja dengan teknologi dalam aktiviti harian.

Boleh didapati pada pilihan ukuran skrin 10.1 dan 7 inci, paparan WXGA dengan nisbah 16:10 pada skrin memberikan pengguna pengalaman menonton memuaskan tidak kira sama ada mereka sedang bermain permainan video mahupun membaca kandungan digital.

Dengan pengenalan kepada fungsi Multi Window, Galaxy Tab4 memudahkan pengguna menukar aplikasi dan antara muka secara mudah dan cepat.

Menurut Presiden SME, Lee Dong Yong, siri Galaxy Tab4 dilihat mampu memberi kepuasan serta pengalaman multimedia unggul kepada pengguna dengan reka bentuk lebih nipis dan ringan sekaligus memudahkan mereka membawa ke mana sahaja.

"Di samping itu dengan tiga aplikasi yang dipertingkat seperti Group Play yang membolehkkan pengguna berkongsi muzik, dokumen serta permainan dengan rakan-rakan dalam masa nyata.

"Samsung Link pula membenarkan pengguna berkongsi kandungan pada bila-bila masa manakala Watchon berfungsi ketika mereka mahukan suasana santai sambil menonton siaran televisyen atau wayang menerusi mana-mana peralatan dalam rumah secara aktif.

"Kedua-dua model ini menggunakan resolusi WXGA 1280 X 800 piksel, dikuasakan oleh pemproses 1.2 GHz Quad-Core dengan RAM 1.5 gigabait (GB) manakala storan dalam ialah 8 GB untuk Tab 7.0 dan 16GB untuk Tab 10.1," tambahnya.

Selain itu, kedua-dua peranti tersebut turut didatangi dengan sambungan Wi-fi dan data mudah-alih yang membolehkan pengguna membuat panggilan di samping menggunakan data mudah alih yang boleh menyokong 4G LTE berkelajuan sehingga 150Mbps.

Sistem operasinya pula disokong oleh Android KitKat dan TouchWiz UI yang turut digunakan pada antara muka Samsung Galaxy S5.

Bagi siri Galaxy Tab4 didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih dan boleh didapati di Samsung Experience Store serta pengedah sah dengan harga pengenalan kepada Tab4 7 inci ialah RM999 manakala 10.1 inci RM1,499.

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.samsung.com/my atau lama sosial Facebook di www.facebook.com/samsungmobilemalaysia.

Ramadan : Arab Saudi lulus rancangan kecemasan

Posted: 25 Jun 2014 08:51 AM PDT

JEDDAH - Menteri Dalam Negeri, Putera Mohammed bin Naif meluluskan rancangan untuk
menangani situasi kecemasan di Mekah dan Madinah sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut laman web arabnews.com, Ketua Pengarah Pertahanan Awam, Suleiman bin Abdullah Al-Amro berkata, semua urusan dan persediaan itu dibuat bagi menghadapi sebarang situasi kecemasan semasa bulan Ramadan nanti.

Rancangan itu akan mengambil kira masa dan kedudukan geografi ketika bilangan jemaah umrah bertambah di kedua-dua bandar itu, terutamanya dalam tempoh 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Suleiman turut memuji sokongan yang diberikan oleh Gabenor Mekah dan Gabenor Madinah, Putera Mishaal bin Abdullah dan Putera Faisal bin Salman dalam pelaksanaan rancangan itu.

Beliau berkata, jumlah anggota keselamatan di kedua-dua bandar itu bergantung kepada jangkaan peningkatan jemaah umrah pada tahun ini, sambil menambah kata, pasukan polis akan memberi sokongan dengan menyediakan kenderaan canggih dan peralatan lain.

Satu kempen kesedaran akan dilancarkan bagi menyampaikan pesanan-pesanan tentang keselamatan awam melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), televisyen dan papan-papan tanda.

Kementerian Kesihatan telah meningkatkan aktiviti kesedaran awam dalam kalangan penduduk Arab Saudi yang mahu menunaikan ibadat umrah dan haji selari dengan komitmen bagi memastikan kesejahteraan jemaah.

Semalam, Kementerian Kesihatan mengulangi jaminan akan meneruskan langkah-langkah pencegahan dan prosedur sebagai sebahagian program kesedaran kesihatan.

Pusat kawalan Kementerian Kesihatan menjelaskan bahawa semua jemaah umrah dan haji perlu mematuhi langkah-langkah pencegahan dan keperluan kesihatan bagi mengehadkan penyebaran virus sindrom pernafasan korona Asia Barat (MERS-CoV).

Lima teknologi baharu dalam Piala Dunia

Posted: 25 Jun 2014 08:44 AM PDT

RIO DE JANEIRO - Brazil 2014 menjadi edisi pertama Piala Dunia menggunakan teknologi garisan
gol, tetapi penggunaan teknologi canggih lain juga akan mewarnai kejohanan kali ini.
Berikut ialah lima teknologi yang akan membantu para pemain, pegawai dan penyokong sepanjang kejohanan kali ini.

Semburan buih

Dalam usaha untuk menghalang mana-mana pasukan daripada mencuri kelebihan secara tidak sah menerusi sepakan bebas, pengadil dalam kejohanan ini akan dibekalkan tin kecil mengandungi buih yang selepas disembur akan hilang selepas beberapa ketika.

Bahan mesra alam itu akan di­sembur di atas padang untuk menandakan di mana sepakan bebas sepatutnya dilakukan dan jarak 10 ela di mana pasukan lawan harus membuat benteng. Dikenali sebagai Aero Comex Futline, bahan yang disembur itu akan lenyap dalam masa seminit.

Pengadil pertama yang menggunakan teknologi ini ialah Yuichi Nishimura dalam perlawanan pembukaan antara Brazil dengan Croatia pada Jumaat lalu.

"Pemain-pemain menghormatinya. Ia satu ciptaan yang bagus dan saya tidak sabar untuk menggunakannya," kata pengadil dari Australia, Ben Williams.

'Twitterwall'

Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB) telah memasang 'Twitterwall' yang direka khas di hotel penginapan pasukan Jerman berdekatan Porto Seguro di Bahia, negeri di timur Brazil. Menggunakan hashtag #aneurerseite (#onyourside), penyokong boleh menghantar mesej bergambar untuk menyemangati pasukan itu, yang akan dipaparkan pada dinding berkenaan untuk dilihat oleh pemain-pemain. Idea yang sama turut digunakan di lapangan terbang Frankfurt sebelum skuad itu berlepas ke Brazil.

WhatsApp

Pemain-pemain Uruguay telah berhubung sesama sendiri menjelang kejohanan kali ini dengan menggunakan khidmat pesanan segera WhatsApp pada telefon pintar mereka. Pen­yerang, Edinson Cavani mendedahkan, dia dan rakan-rakan sepasukannya menggunakan aplikasi itu untuk berkongsi pandangan mereka mengenai undian Piala Dunia, yang menyaksikan juara Amerika Selatan itu digandingkan dengan England, Itali dan Costa Rica.

"Reaksi kami ialah...Oh Itali! Oh, England! (apabila mengetahui keputusan undian). Mesej berkumpulan itu bagus untuk memastikan kami saling berhubung kerana kami bermain di seluruh dunia dan kami boleh saling memberikan sokongan," kata Cavani kepada majalah Bri­tain,
FourFourTwo.

Televisyen Definisi Ultra Tinggi

Piala Dunia 2014 menjadi kejohanan pertama yang dirakamkan sebahagiannya menggunakan teknologi Definisi Ultra Tinggi (UHD), yang mempunyai resolusi kira-kira empat kali ganda lebih tinggi berbanding televisyen konvensional Definisi Tinggi (HD) dan memerlukan rangkaian satelit yang mampu menyalurkan data sehingga 100 megabit sesaat. Kejohanan ini dilihat sebagai medan menguji teknologi itu, yang masih belum boleh didapati secara meluas.

iPad

Setiap pemain England telah dilengkapi iPad yang mengandungi maklumat khusus mengenai lawan mereka di peringkat kumpulan. Persatuan Bola Sepak England telah mereka aplikasi yang akan membolehkan Steven Gerrard, Wayne Rooney dan rakan sepasukan mereka mengakses data peribadi dan petikan video lawan tertentu yang akan dihadapi dalam kejohanan ini.

England juga telah menggunakan 'bilik haba' dan menyarung sehelai pakaian tambahan ketika sesi latihan dalam percubaan mereka untuk membiasakan diri dengan cuaca panas lembab di bandar raya Manaus yang terletak di tengah hutan Amazon, di mana mereka akan menentang Itali (pada Ahad ini, 6 pagi waktu Malaysia).

"Kami telah membuat kemajuan. Tiada perkara yang kami tertinggal, dan persediaan kami telah berjalan dengan baik," kata pemain tengah, James Milner.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 25 Jun 2014 09:05 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


7 lelaki didakwa serang, rosakkan surau di Negeri Sembilan

Posted: 25 Jun 2014 05:22 PM PDT




24 Jun 2014 Seremban: Tujuh lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret berasingan di sini, semalam, atas empat pertuduhan iaitu mencederakan seorang lelaki, khianat, berhimpun dan merosakkan sebuah surau di Mantin, dekat sini, minggu lalu.

Bagaimanapun, semua tertuduh S Steven Kumar, 24, S Alex Manoah, 23, A Kumar, 20, N Daniel, 20, S Dinesh Kumar, 20, E Murugan, 25, dan C Seran Raj, 20, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa merosak dan mencemarkan sebuah surau di Sri Palma Villa, Mantin dengan niat menghina agama Islam iaitu merosakkan tingkap, pagar dan dinding surau itu pada jam 9.30 pagi, 14 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 149 kanun sama, memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, mereka didakwa mengadakan perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan merosakkan tingkap, pagar dan dinding surau di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 149 kanun sama jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, Steven Kumar turut berdepan pertuduhan menyebabkan kecederaan tangan dan kaki kiri Jaime Buotan, 50, menggunakan botol minuman keras di lokasi, masa dan tarikh sama.

Dia berdepan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua seksaan itu, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Majistret Siti Khairiah Abdul Razak kemudian membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi setiap pertuduhan dan tambahan RM4,000 terhadap Steven Kumar bagi pertuduhan ketiga serta menetapkan 4 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, Daniel turut berdepan tuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melanggar pintu pagar surau berkenaan dengan van hingga mengakibatkan kerugian berjumlah RM2,600 jika sabit kesalahan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dan menetapkan sebutan semula kes 4 Ogos depan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Salleh manakala semua tertuduh diwakili peguam A Partheeban.

Jualan Amal Nasi Ayam

Posted: 25 Jun 2014 02:28 AM PDT




PAS Cawangan Senawang akan mengadakan Jualan Amal Nasi Ayam sempena Ramadhan 1435 H ini. Nasi Ayam yang dibeli menggunakan kupon ini akan diedarkan pada hari Sabtu 19 Julai 2014 bermula jam 5 petang di PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang.

PAS Cawangan Senawang juga menyediakan perkhidmatan menghantar Nasi Ayam yang ditempah ini kepada golongan keluarga berpendapatan rendah dan memerlukan yang tinggal di sekitar Senawang.

Kepada mereka yang ingin menempah atau menghulurkan sumbangan sila hubungi Tn Hj Fisol 019-3440826 atau Sdr Nazri 019-9103431

Rembau Hari Ini

Posted: 25 Jun 2014 07:27 PM PDT

Rembau Hari Ini


Jualan Amal Nasi Ayam

Posted: 25 Jun 2014 02:29 AM PDT




PAS Cawangan Senawang akan mengadakan Jualan Amal Nasi Ayam sempena Ramadhan 1435 H ini. Nasi Ayam yang dibeli menggunakan kupon ini akan diedarkan pada hari Sabtu 19 Julai 2014 bermula jam 5 petang di PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang.

PAS Cawangan Senawang juga menyediakan perkhidmatan menghantar Nasi Ayam yang ditempah ini kepada golongan keluarga berpendapatan rendah dan memerlukan yang tinggal di sekitar Senawang.

Kepada mereka yang ingin menempah atau menghulurkan sumbangan sila hubungi Tn Hj Fisol 019-3440826 atau Sdr Nazri 019-9103431

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 25 Jun 2014 01:32 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


TVDPPBK : Video temuramah masalah air tidak berkualiti berterusan di Merlimau

Posted: 25 Jun 2014 02:00 AM PDT


Sidang media dan serahan memorandum kepada Syarikat Air Melaka Berhad pada pagi Rabu 25 Jun 2014 di perkarangan bangunan SAMB mewakili penduduk Merlimau, Serkam dan Jasin berkaitan masalah bekalan air yang tercemar. Perhatian pihak berwajib amat diharapkan.

Kempen Derma Darah di Hospital Melaka

Posted: 24 Jun 2014 06:25 PM PDT

Mari beramai - ramai orang Melaka khususnya penduduk yang tinggal di Bukit Katil dan kawasan berdekatan untuk menderma darah ! 

Risalah DUN Bukit Baru

Posted: 24 Jun 2014 05:56 PM PDT









Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 25 Jun 2014 09:05 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Jualan Amal Nasi Ayam

Posted: 25 Jun 2014 02:28 AM PDT




PAS Cawangan Senawang akan mengadakan Jualan Amal Nasi Ayam sempena Ramadhan 1435 H ini. Nasi Ayam yang dibeli menggunakan kupon ini akan diedarkan pada hari Sabtu 19 Julai 2014 bermula jam 5 petang di PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang.

PAS Cawangan Senawang juga menyediakan perkhidmatan menghantar Nasi Ayam yang ditempah ini kepada golongan keluarga berpendapatan rendah dan memerlukan yang tinggal di sekitar Senawang.

Kepada mereka yang ingin menempah atau menghulurkan sumbangan sila hubungi Tn Hj Fisol 019-3440826 atau Sdr Nazri 019-9103431

Landskap Siasah

Posted: 25 Jun 2014 07:04 AM PDT

Landskap Siasah


BANTUAN RAMADHAN UMNO- TIDAK SEMUDAH ITU DAPAT KEMAAFAN PENDUDUK MEMALI

Posted: 25 Jun 2014 06:38 AM PDT


KENYATAAN MEDIA 23 JUN 2014
Dewan Pemuda PAS Kedah
BANTUAN RAMADHAN UMNO- TIDAK SEMUDAH ITU DAPAT KEMAAFAN PENDUDUK MEMALI

Ungkapan Tahniah Dewan Pemuda PAS Kedah ucapkan kepada Menteri Besar Kedah kerana julung-julung kali Menteri Besar Kedah daripada kerajaan BN, turun memberi bantuan ke kampung Memali. Kampung yang dahulunya pernah berlaku peristiwa hitam sehingga kerajaan BN melabelkan pengikut Allayarham Ustaz Ibrahim Libya sebagai 'bughah' atau penderhaka.


Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah bersama ahli parlimen Baling, Dato Seri Azeez Rahim, juga Exco kerajaan negeri Kedah Dato Tajudin, Dato Rawi, YB Aminuddin dan Adun Bayu Dato Azmitelah hadir pada 22 Jun lalu untuk memberi bantuan kepada golongan kurang upaya dan ibu tunggal. Beberapa balu syuhada' Memali jugag diberikan Bantuan.

Dewan Pemuda PAS Kedah melihat situasi ini sebagai suatu usaha normalisasi UMNO melalui tindakan Datuk Seri Mukhriz mengunjungi kampung yang suau ketika dahulu dihina dan dimalukan dalam parlimen beberapa kali.

Normalisasi bukan suatu usaha yang mudah tambah pula jika ia dilakukan tanpa keikhlasan dan konsisten. Lihat sahaja konsep normalisasi Jepun terhadap China dan Korea yang sehingga kini masih belum berjaya 100% kerana bisa dan luka lama penyiksaan, jenayah perang kerajaan Jepun belum boleh dimaafkan oleh rakyat dua negara berkenaan.

Normaliasi boleh kelihatan berpura-pura atau wayang jika hubungan mesra hanya mealui media cetak dan media elektronik. Misalnya lagu jepun dikatakan popular di Korea menandakan rakyat Korea memaafkan kerajaan Jepun. Pastilah konsep ini salah dan tidak tepat dengan kondisi sebenar.


Sehingga kini tiada ungkapan rasmi kerajaan BN memohon maaf kepada penduduk kampung Memali dan PAS khususnya yang dipalit dengan tuduhan penderhaka, komunis, pengganas dan penganut ajaran sesat.

Jika dalam hal pemecatan Tun Salleh Abbas oleh Tun Mahathir kerajaan boleh memohon maaf, mengapa dalam hal kes memali kerajaan mendiam diri. Adakah dengan mengumpan bantuan UMNO-BN harapkan kemaafan daripada penduduk kampung berkenaan?

Hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, Tun Musa Hitam pula mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum inidan ia jelas UMNO dan BN adalah kerajaan pembohong.

Pembohongan ini dilakukan kerana UMNO bukan ingin menghapuskan ajaran sesat sepertimana mereka perangi Tuhan Harun, Nabi Abd Kahar dan lain-lain, sebaliknya mereka sasarkan PAS yang menjadi tunjang Madrasah Memali dan fahaman politik utama penduduk Memali.

Sebelum ini Tan Sri Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu.

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.


Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.
Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)dan dihebahkan juga sebagai pengikut ajaran Komunis (rujuk luahan memoir isteri Ustaz Ibrahim Libya)

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.

Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'. Waaupun ribuan pamplet Bughah disebar seluruh Kedah menuduh pengikut Allayarham sebagai penderhaka, Ke Bawah Duli Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim tetap menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. Adakah itu petanda seorang penderhaka Sultan?

KDN melarangkan media massa membuat liputan mengenai kejadian itu. Semua penerbitan menerima surat larangan dan amaran.

Dewan Pemuda PAS Kedah menyokong penuh saranan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang menggesa kerajaan membuka semula penyiasatan kes pembunuhan beramai-ramai di kampung Memali, Baling, Kedah pada 1985 yang meragut 18 nyawa termasuk empat anggota polis sebelum ia dijadikan isu perkauman.

Kata Mat Zain sebelum ini jika kes pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali atau "Batang Kali Massacre" pada 1948 yang melibatkan kaum Cina dan kerajaan British boleh dibuka semula, bukti baru didedahkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam minggu lalu mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Malaysia semasa kejadian dan bukan di China seperti dipercayai sebelum ini, cukup kuat untuk dijadikan asas memulakan semula siasatan.

Us Ahmad Tarmizi Sulaiman
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kedah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan