Barisan Nasional

Dicatat oleh Admin | | Posted On Khamis, 5 Jun 2014 at 1:36 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


tun faisal dot com

Posted: 05 Jun 2014 01:09 PM PDT

tun faisal dot com


DNA babi: Pelik, NGO nak jadi hero tapi macam tak kena gaya #Cadbury

Posted: 04 Jun 2014 11:00 PM PDT



Saya tidak ada masalah jika ada NGO yang nak jadi juara sesuatu isu, cuma motifnya perlu jelas dan tepat. 

Agak pelik apabila ada NGO yang hendak menjadi juara isu Cadbury dalam keadaan mereka sendiri mungkin tak begitu jelas apa yang berlaku.

Mungkin andaian mereka dalam coklat Cadbury sekarang ada DNA babi dan JAKIM serta Cadbury hendak menyembunyikan sesuatu. 

Dalam artikel

"DNA Babi: Timbalan Menteri mengaku KKM salah?!!! Naya je #Cadbury dan JAKIM"

saya ada gambarkan beberapa kemungkinan kenapa kegemparan ini berlaku. Pertama, soal sumber sampel, iaitu dari mana datangnya sampel yang diuji oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Kedua, soal autoriti dalam penentuan status halal produk, iaitu jawatankuasa di peringkat JAKIM yang dibantu pelbagai agensi, termasuk KKM, dan jawatankuasa halal dalaman di dalam syarikat itu sendiri yang terdiri dalam kalangan umat Islam sendiri. 

Boleh semak akta-akta yang terlibat di sini -

3 Akta Yang Terpakai Dalam Pensijilan Halal ... - Mampu


Badan-badan pensijilan Halal Malaysia sejak 1974


Akta-akta yang diguna pakai


Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia



Autoriti Halal di Malaysia yang sewajarnya menjadi rujukan Kementerian Kesiahatan Malaysia (KKM)



Jawatankuasa Halal Dalaman di dalam Syarikat yang seharusnya dirujuk juga oleh KKM 

Ketiga, sampel mana yang harus dirujuk bila terdapat aduan dan dakwaan?



1. Tanya KKM sampel yang diuji itu diambil dari mana? 

2. Semak nombor batch sampel tersebut dan cari batch yang sama dalam simpanan kilang. Biasanya ada sejumlah produk dari batch yang sama disimpan di kilang bagi tujuan Kawalan Kualiti dan Ujian Ketahanan/Tarikh Luput

3. Uji sampel batch yang sama yang diambil dari simpanan kilang


4. Jika benar ada kandungan DNA babi, maka kena buat `product recall', sijil halal dibatalkan dan sebagainya

5. Jika tiada, maka KKM kena cari balik peruncit yang menjual sampel asal yang dianalisis oleh KKM. Tanya peruncit dari mana mereka membeli sampel tersebut. Siapa pengedarnya. Ada kemungkinan produk tersebut diambil dari sumber luar negara atau produk tiruan yang dibungkus semula menggunakan logo Halal JAKIM.

Di bawah, ada satu lagi status oleh orang yang mempunyai kefahaman yang sama dengan saya dalam isu ini. Dia mungkin dari industri makanan dan saya pula berdasarkan pemerhatian dalam industri farmaseutikal.





Saya kurang faham tentang motif NGO ini berkelakuan pelik. Saya cuba memahami apa yang hendak dicapai melalui kenyataan-kenyataan di bawah. Mungkin mereka boleh jelaskan apa sebenarnya keresahan mereka dan apa sebenarnya yang mereka ingin capai dengan laporan polis yang dibuat.


PPIM - 1. sistem pensijilan halal yang ada sekarang menjadi sabotaj ekonomi?
2. minta tambah makmal yang diakreditasi?


7 NGO - 1. elak kejadian tidak diingini? 
2. Gesa penjelasan lebih baik?
3. Gesa kerjasama lebih baik KKM dan JAKIM dalam memberi penjelasan sebelum mengeluarkan fatwa?
4. minta pengguna bersabar?

Penjelasan yang bagaimana lagi yang NGO ini mahukan selepas penjelasan dibuat oleh Timbalan Menteri KKM dan Menteri yang bertanggung jawab seperti di dalam artikel di bawah?

"DNA Babi: Timbalan Menteri mengaku KKM salah?!!! Naya je #Cadbury dan JAKIM"


Atau apakah dakwaan facebooker ini lebih tepat dan NGO ini sebenarnya begitu naif serta tidak faham apa yang sedang berlaku?



#CronyCapitalism: YTL nafi kenyataan dan putar belit @MalayMail sebab tekanan Puad, Armand?

Posted: 04 Jun 2014 08:00 PM PDT



Francis Yeoh NAFIKAN kenyataan yang dipetik oleh Malay Mail



Punca kegemparan - Malay Mail salah petik kenyataan Francis Yeoh
Baca sendiri apa yang Francis Yeoh kata dalam Malay Mail. Ada video lagi di sini.



Reaksi Puad Zarkashi, mantan Timbalan Menteri Pelajaran 

Kenyataan Tan Sri Francis Yeoh Managing Director YTL sempena forum Global Malaysia Series anjuran PEMANDU di Securities Commission di Bkt Kiara 3 Jun 2014, adalah kenyataan orang yang tidak sedar diri dan cakap besar.

1. Desakan beliau bahawa kerajaan mesti menghapuskan 'crony capitalism' begitu angkuh seolah olah tiada kesungguhan di pihak kerajaan untuk memerangi amalan rasuah dan kronisme. Masalahnya,  ada syarikat gergasi yang menjadi duri dalam daging kerana penghalang besar kepada usaha murni kerajaan untuk meningkatkan transperansi dan integriti.

2. Memang ada syarikat gergasi atau konglomerat tidak perlu menemui PM untuk melobi sesuatu projek seperti yang TS Yeoh dakwa.  Tetapi apa yang berlaku ialah, ada syarikat gergasi ini merasuah pegawai pegawai yang bertanggungjawab membuat keputusan tender.  Mereka membina empire di kementerian tertentu dan mewujudkan mafia di dalamnya.  Sebab itu YTL tidak perlu bercakap besar. 

3. Mungkin benar mereka tidak 'kowtow' pada PM tetapi mereka kowtow pada sesetengah pegawai yang boleh dibeli. Dengan kata lain yang menggagalkan usaha murni kerajaan ialah ahli ahli perniagaan dan syarikat syarikat gergasi ini. Saya difahamkan ada sesetengah syarikat sanggup menyediakan peruntukan khas 'entertainment' bagi membelai pegawai tinggi yang berpengaruh dalam membuat sesuatu keputusan tender.

4. Kalau betul YTL dapat projek mega melalui merit saya berharap YTL mesti bersedia untuk mendedahkan semula bagaimana mereka boleh mendapat tender IPP sehingga mengaut keuntungan besar. YTL mesti telus untuk membenarkan kerajaan menyemak semula perjanjian IPP yang dikatakan berat sebelah dan merugikan TNB.

5. Saya juga mendesak YTL supaya amal cakap serupa bikin terutamanya dalam isu kaum yang juga dibangkitkan oleh TS Francis Yeoh.  Saya mempersoalkan sejauh mana YTL bersikap adil memberikan pekerjaan kepada graduan Melayu di syarikat mereka termasuk memberi kerja kerja kontrak kepada kontraktor kontraktor Melayu.

6. Dalam isu merit saya juga mempersoalkan pelaksanaan projek 1Bestarinet oleh YTL ke semua sekolah sekolah di Malaysia melibatkan kos hampir RM 1 Billion. Banyak rungutan daripada pihak sekolah kerana ia tidak efisien. Setahu saya YTL bukan pemain utama bidang telekomunikasi berbanding dengan Telekom Malaysia. 

Dr.  Mohd Puad Zarkashi. 
Ahli MT UMNO.




Reaksi Armand Azha, Exco Pergerakan Pemuda UMNO

Was that statement truly from YTL TS Francis Yeoh himself? If true, then we suggest GOVT sends him a note - 

Dear Tan Sri Yeoh, 
It has been brought to our attention from media reports that you have made disparaging remarks about our Nation, our Govt and our Prime Minister, not to mention insinuations of corruption and allegations of crony capitalism. 

As you and your YTL Group have been the recipient of major Govt contracts, IPP concessions, and awarded lucrative deals in major projects, the Govt takes a serious view of such unwarranted damaging statements which undermine the credibility of our Govt. The Cabinet therefore has directed our Attorney-General to take immediate action against you for uttering such disparaging remarks against our Govt and Nation. 

All contracts awarded to you thus far, shall be subject to review to ensure no such allegations of crony capitalism as you had alleged to have said, indeed took place when in awarding them. 

Our SPRM Special Team has been directed to investigate. This is relevant to clear the good name of our Cabinet, our Govt and our Nation. 

Thank you                   
 Armand Azha Hj Abu Hanifah Exco Pemuda UMNO Malaysia




Reaksi blogger SatD di twitter beliau






#MYTV wujudkan 200 saluran TV, RTM bakal ada 7 saluran @ShaberyC #TransformasiPenyiaran

Posted: 04 Jun 2014 05:04 PM PDT







7 perkara menarik di dalam ucapan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek:-

1. MYTV adalah saluran TV percuma dan sebahagian daripada agenda transformasi kerajaan bagi keperluan sistem penyiaran pendigitalan.

2. Pelaksanaan MYTV menjadikan Malaysia antara negara ASEAN yang paling terkedepan dalam aspek penyiaran digital Televisyen Digital Terestrial (DTT)

3. Dalam dunia analog, kos yang amat tinggi diperlukan untuk mewujud dan menambah saluran, penyiaran digital MYTV menjadikan kos mewujudkan saluran jauh lebih murah

4. MYTV bakal wujudkan 100 - 200 saluran televisyen

5. RTM boleh mempunyai sehingga 7 saluran, termasuk 2 yang sedia ada

6. Selepas era TV satelit, TV kabel, DTT menawarkan liputan yang lebih meluas dan kualiti siaran yang akan merangsang pembangunan industri konten ke tahap yang lebih tinggi

7. MYTV bermula dari kawasan luar bandar kerana ia merupakan projek untuk rakyat luar bandar dan pelaksanaannya lebih mudah dari aspek teknikal berbanding di bandar



Malaysia Bakal Jadi Perintis Perkhidmatan Penyiaran DTT

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Malaysia bakal mempunyai perkhidmatan penyiaran Televisyen Digital Terestrial (DTT) menjelang 2016 sekali gus menjadi negara Asean yang menerajui bidang itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata saluran TV percuma dikenali sebagai MYTV merupakan sebahagian daripada agenda transformasi kerajaan bagi keperluan sistem penyiaran pendigitalan.

"Kalau apa yang kita rancangkan ini menjadi kenyataan, Malaysia adalah antara negara ASEAN yang ke depan sekali dalam bidang ini. DTT yang berasas kepada teknologi baharu bukan sahaja merangkumi liputan menyeluruh tetapi juga dapat meningkatkan kualiti industri kandungan dengan lebih maju," katanya pada majlis pelancaran MYTV di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara Rabu malam.

Hadir sama Pengarah Puncak Semangat Sdn Bhd, Datuk Hilmi Mohd Noor iaitu syarikat yang dipertanggunjawab melaksanakan projek DTT, Pengarah Projek Nik Abdul Aziz Nik Yaacob dan Ketua Pegawai Pembangunan Industri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.

DTT bakal dilaksana melalui empat fasa bermula dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang pada Januari 2015, fasa 2 merangkumi Sabah dan Sarawak; fasa 3 bermula di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor manakala fasa terakhir meliputi Selangor, Lembah Klang, Putrajaya serta semua kawasan bandar.

Sektor DTT yang dinamik juga dilihat mampu memperkukuh kemampuan Malaysia dalam mempertingkat daya inovasi, reka bentuk, hasil cipta dan pasaran produk baharu untuk menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara.

Ahmad Shabery berkata projek DTT akan dimulakan di kawasan pedalaman kerana selain semangat menyediakan kemudahan terkini kepada rakyat bawahan, modul itu juga lebih mudah memandangkan cabaran teknikal untuk bertukar daripada sistem analog kepada digital adalah besar.

"Kami berharap untuk memiliki 100 hingga 200 saluran dalam pasaran dan boleh membangunkan lebih banyak saluran pada masa akan datang," katanya.

Merujuk United Kingdom yang mengambil masa 12 tahun untuk memiliki saluran penyiaran digital sendiri, beliau optimis projek DTT negara dapat disiapkan dalam tempoh dua tahun seperti dirancang dengan memperlihatkan pengalaman Malaysia yang pernah melalui proses itu.

Sementara itu, Hilmi berkata projek DTT adalah permulaan kepada era industri penyiaran tanah air yang akan memberi tumpuan kepada tiga aspek kumpulan utama iaitu stesen penyiaran, penerbit rancangan dan penonton.

"Gerak kerja kami merangkumi semua peringkat akar umbi untuk memastikan setiap rumah di negara ini dapat menikmati DTT serta faedahnya menjelang pertengahan tahun 2016," katanya.

--BERNAMA

Baca juga

Cucu Tok Selampit

Posted: 05 Jun 2014 01:08 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Kerajaan DAP Pulau Pinang Caj RM3 Untuk Pengunjung Hotel - Kerajaan @cmlimguaneng Tak Tahu Cari Hasil Negeri Ka?

Posted: 04 Jun 2014 05:22 PM PDT

Bagi CTS RM3 tidaklah sebesar mana kalau niat CTS ingin bersedekah. Tapi kalau Kerajaan DAP cauvinist seperti Pulau Pinang memaksa CTS untuk membayar RM3 kononnya untuk bayaran pembangunan sektor perlancongan di Pulau Pinang, CTS menjadi 'piss-off'.

Berkuatkuasa 01 Jun 2014, Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mewajibkan setiap pengunjung hotel di Pulau Pinang untuk membayar 'ufti' sebanyak RM3 untuk satu bilik, satu malam sekiranya pengunjung berhasrat untuk menginap di hotel.

Inilah bentuk penindasan yang dilakukan ke atas pengunjung yang ingin datang ke Pulau Pinang. Mereka bukan sahaja tidak dialu-alukan malah dikenakan lebihan bayaran untuk bermalam di republik ini. Inikah Kerajaan mesra Rakyat yang prihatin seperti yang dilaung-laungkan?

THE FLYING KICK

Posted: 05 Jun 2014 01:05 PM PDT

Duke of UMNO

Posted: 05 Jun 2014 01:01 PM PDT

Duke of UMNO


APA STATUS SEBENAR AGAMA ZARENA? ISLAM ATAU HINDU?

Posted: 05 Jun 2014 03:32 AM PDT

Nama Zarena Abdul Majid tiba-tiba menarik perhatian ramai apabila dia dilaporkan telah diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika majlis perkahwinannya dengan seorang lelaki beragama Hindu baru-baru ini.
Zarena mengaku sakit hati apabila dimalukan oleh tindakan JAIS itu apabila ramai tetamu tidak menjamah hidangan di majlis perkahwinannya itu setelah sanggup menghabiskan sekitar RM30,000 untuk mengadakan majlis berkenaan.
Wanita itu juga mendakwa dia berkali-kali cuba menukar status agamanya dari Islam kepada agama Hindu dan sanggup menghabiskan wang yang banyak semata-mata untuk membuang perkataan "Islam" pada kad pengenalannya, tetapi gagal.
 
Dalam hal ini, jelas menunjukkan Zarena benar-benar tidak mahu beragama Islam dan memilih Hindu sebagai agamanya, bukan?
Fakta yang diberikan oleh Zarena yang berusia 32 tahun itu kepada media mengatakan bahawa ibubapanya, S Vasandamma dan S Mahendran beragama Hindu ketika berkahwin pada tahun 1980, kira-kira 34 tahun sebelum ini.
Jadi, disimpulkan bahawa Zarena lahir pada tahun 1982, dua tahun selepas ibubapanya berkahwin.

Zarena kemudian mendakwa bapanya telah memeluk Islam dan meninggalkan ibunya yang masih beragama Hindu pada tahun 1990. 

Sambung baca di sini...

TERKINI DARI DYANA SOFYA TERSAYANG..!!! HEH..!

Posted: 04 Jun 2014 07:16 PM PDT


Hebat betul la Dyana Sofya ni ke doktrin oleh "Dinasti Lim". Dah teruk sangat. Macam dah kena "mandrem" dengan "holy water" pulak saya tengok. Bukan la saya kata dia minum holy water tu... "macam" sahaja... 

Bukan apa... dia betul-betul serius menjadikan DAP sebagai hala tuju perjuangan dia. Walau apa pun yang berlaku, seolah-olah hidup matinya bersama DAP... "hebattttt"...!

Ni cuba baca apa latest statement dari Dyana kat bawah ni... tu diaaaa.. dahsyat...



Sekarang ni saya nak ulas sikit pasal statement Dyana tu. Saya ni bukan apa.. rasa sedih dan terkilan jugak bila budak junior saya kat UiTM tu boleh "sesat" teruk macam ni... Kalau saya sama batch dengan dia, dah tentu saya ketuk sikit kepala dia bagi betul balik cara berfikir tu...heheheee...

DAP ni walau macamana pun akan tetap tolak hukum Allah secara total. Walaupun PAS perjuangkan hudud, DAP buat bodo saja... depa tetap tak mau hudud. Memang PAS gagal tarbiyah DAP. Sekarang ni, DAP tengah bergaduh sakan pasal hudud...semua orang tahu...

Persoalannya, Dyana sebagai seorang Islam masih sanggup sokong prinsip parti yang menolak hukum Allah? Begitu? Kalau dia bagi alasan "ikut prinsip politik parti", adakah prinsip politik tu lebih "aula" (lebih tinggi) diletakkan berbanding kedudukan prinsip dan hukum hakam Islam? Jawab tengok!

DAP kononnya hormat pada ketetapan perlembagaan Malaysia. Tapi secara jelas, tindakan parti tu menunjukkan depa tak hormat pun pada perlembagaan tu, khususnya artikel 153. 

Sebab tu la depa kurang ajar dengan Institusi DiRaja, cabar hak dan keistimewaan agama Islam, depa nak nafikan hak dan keistimewaan orang Melayu di Tanah Melayu secara automatik melalui kesamarataan hak! Kurang ajar, kan? 

Masuk rumah orang, lepas tu tunjuk samseng. Lepas tu depa hasut pulak kaum Cina dan India yang sebelum ni hormat pada ketetapan perlembagaan tu. Depa cucuk guna sentimen perkauman dan agama, dua perkara yang cukup sensitif bagi negara berbilang kaum dan agama macam Malaysia ni.. tu strategi jahat depa!

Dyana tak boleh fikir ke perkara macam tu? Sia-sia amik LLB. Orang yang IQ tinggi ja yang boleh ambik jurusan tu...

Saya nak tanya seperkara lagi. Dyana ni "lambang" orang muda zaman sekarang ke? 

Kalau betul la dia lambang orang muda zaman sekarang, maka sah la budak-budak zaman sekarang atau Gen Y ni memang tolak hukum Allah, meletakkan kepentingan politik melebih Islam dan malas berfikir...Betul ke korang jadikan Dyana ni idola korang? Ramai yang geleng kepala tuu...heh!

PEJUANG BANGSA

Posted: 05 Jun 2014 11:42 AM PDT

PEJUANG BANGSA


AWAS JANGAN TERTIPU BILBOARD INI DI NEGERI KERAJAAN DAP P.PINANG !!

Posted: 05 Jun 2014 10:29 AM PDT


Agak pelik mengapa kerajaan DAP masih lagi membenarkan syarikat MLM penipu ini memasang bilboard GIANT punya berdekatan Jambatan P.Pinang . 

Anda boleh rujuk bagaimana modus operandi penipuan mereka mengutip duit orang yang ingin cepat kaya 




Modus Operandi SCAM YSLM Malaysia (CDTUP) Tipu!!

Individu di Billboard (Zhang Jian) tersebut adalah seorang warganegara China dan bukannya rakyat tempatan.

Di sudut atas dan bawah papan itu pula tertulis dua laman web iaitu WWW.YLSM.HK dawww.cdtup.com

Tiada sebarang produk atau nama syarikat yg diperkenalkan di situ.
Bagaimana mungkin "member fees" yang perlu dimasukkan ke dalam satu akaun bank persendirian seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah?

Syarikat CDTUP International Sdn Bhd yang dikatakan betapa besar dan kukuh ini tidak ada Akaun Syarikat?

YSLM2U ini pun website pun dilihat seperti "hidup segan mati tidak mahu"
Tiada produk yang diiklankan selain meminta orang ramai supaya menjana pendapatan dengan cara termudah tanpa perlu bekerja dan hanya 'bergoyang kaki' selepas mencari dua atau tiga rakan tajaan

Untuk menyertai bisnes YSLM Malaysia ini, setiap peserta diberi pilihan untuk membeli pakej seperti VIP (RM300), VVIP (RM900), Emas (RM2,100) dan Intan RM4,500. Ia dijual secara lot.

Setiap peserta YSLM kemudian perlu mencari tajaan (downline) untuk membeli pakej itu sebagai usaha meningkatkan pendapatan kepada penaja (upline).

dari mana datang pulangan modal?

1. Duit MLM/pramid ini sebenarnya datang daripada downline juga
2. Downline join/invest, itulah dia keuntungan yang upline dapat.
3. Penipu akan sentiasa sasarkan kakitangan kerajaan disebabkan kemudahan untuk membuat pinjaman




Lihat gambar di bawah ini ... ada persamaan sekali walaupun character mereka berbeza ..

persamaanya ialah  2 orang ini KAKI PENIPU !!

ISU SERBUAN KAHWIN :JAIS LEBIH ARIF & BERTANGGUNGJAWAB DI BAWAH KUASA MEREKA - JAMIL KHIR

Posted: 05 Jun 2014 09:55 AM PDT




Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) lebih arif dalam menjalankan tanggungjawabnya ketika menyerbu majlis perkahwinan seorang wanita Islam mengikut upacara agama Hindu, Ahad lalu, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu menyifatkan tindakan diambil kerana Jais bertanggungjawab memainkan peranan sewajarnya mengutamakan kepentingan agama Islam di Selangor.

"Tentunya di atas urusan dan tanggungjawab yang diserahkan itu untuk menjaga kepentingan Islam di Selangor dan prosedur, Jais lebih arif berdasarkan kuasa yang diberikan di mana dalam peruntukan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan Senarai 2, agama Islam adalah di bawah kuasa majlis agama Islam negeri.

"Kita mengharapkan semua menyerahkan tanggungjawab ini kepada pihak yang diberi kuasa oleh majlis agama Islam negeri (Jais) untuk memainkan peranan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu yang menyalahkan Jais kerana tidak mematuhi operasi standard (SOP) apabila menyerbu majlis perkahwinan Zarina Abdullah Majid yang dijalankan di sebuah kuil di Petaling Jaya.

Menurut Jamil Khir, majlis agama Islam harus memainkan peranan untuk mempertahankan tanggungjawab agama di bawah kuasa yang diberikan mengikut undang-undang.

"Sebarang kegagalan dalam hal seperti ini, mungkin majlis agama akan dilihat sebagai faktor yang gagal dalam melaksanakan tugas mereka," katanya.

Pada Rabu, Abdul Khalid menyifatkan serbuan Jais sebagai perkara yang 'memalukan' bagi jabatan berkenaan.

"Menurut Jais ia bukan serbuan. Menurut polis ia satu serbuan, bagi pihak kita ia satu serbuan dan ini memalukan. Majlis perkahwinan sepatutnya menjadi detik paling indah dan mereka tidak wajar merosakkanya, " katanya.

Malah katanya, kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap pegawai yang didapati tidak mengikut SOP ditetapkan.

bumiyang

Posted: 05 Jun 2014 03:36 AM PDT

bumiyang


Ucapan Tun M Tolak Hudud Akibatnya UIA Teruk Dilanda Banjir???

Posted: 04 Jun 2014 06:02 PM PDT

Ohpolitik!™

Posted: 05 Jun 2014 03:15 AM PDT

Ohpolitik!™


CADBURY - MELAYU ISLAM MASUK PERANGKAP

Posted: 04 Jun 2014 06:36 PM PDT


Kemelut coklat cadbury bermula apabila tersebar foto 2 dokumen makmal kementerian kesihatan yang mengesahkan 2 produk coklat cadbury iaitu coklat kacang hazel batch pengeluaran 200813MO1HI2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat kacang almond batch pengeluaran 221013N01RI1 bertarikh luput 15 Jan 2015 di katakan mengandungi lemak porcine iaitu lemak babi.
Ianya kemudian disahkan oleh ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau turut mengesahkan 3 sampel telah di uji KKM dan sampel ke 3 coklat cadbury tanpa kacang bebas dari porcine.
Persoalan yang timbul ialah :
- Kalau betul cadbury menggunakan lemak porcine dalam sebatian coklatnya sebagai pengawet kenapa sampel ke 3 iaitu coklat tanpa kacang di kesan tiada mengandungi porcine?. Adakah porcine tersebut datang dari kacang hazel dan almond? Sudah tentu tidak, kerana porcine adalah salah satu sebatian dalam coklat.
Disinilah dapat di lihat agenda tersirat di sebalik kemelut cadbury ini.
Mungkinkah ada pihak2 tertentu mensabotaj coklat tersebut dengan mencemari sampel tersebut sebelum menghantarnya ke makmal KKM. Atau mencemarinya di peringkat proses pengeluaran semasa batch pengeluaran coklat tersebut di hasilkan.
Untuk makluman Cadbury Malaysia adalah syarikat milik Melayu di mana pemegang2 saham terbesarnya adalah Bousted Holding iaitu syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Felda. Ianya juga di uruskan oleh ramai pekerja2 melayu dari peringkat pentadbiran hinggalah ke pengeluaran.
 
Isu ini berjaya menjadikan orang Melayu Islam menyerang produk keluaran bangsa mereka sendiri. 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM dan Jaringan Melayu Malaysia telah terperangkap dalam permainan ini. Kedua dua NGO ini yang sebelum in begitu lantang mengajak kita memboikot produk kaum Cina kini menyerang syarikat milik Bumiputra. Setelah berjaya melaga2kan Melayu di pentas politik kita fasa seterusnya ialah melaga2kan kita di pentas ekonomi pula.
Dan nampaknya seperti sebelum ini misi merek a berjaya. Kita terus bertelagah sesama kita saling tunding menunding. Retak yang tiada siapa peduli kini menanti masa bila2 sahaja akan terbelah.
Benarlah pesanan nenek moyang kita dahulu : 

" Menang sorak kampung tergadai"

tunku

Posted: 05 Jun 2014 03:14 AM PDT

tunku


Fuel subsidy plan draws more flak

Posted: 05 Jun 2014 12:11 AM PDT


People are concerned over the proposed system of restricting fuel subsidies based on salaries and vehicle engine capacity.

Online, only a few voiced their support for the proposal while an overwhelming number of netizens urged the Government to rethink the system, which will reportedly allow vehicle owners earning less than RM5,000 a month to enjoy subsidised fuel.

Those who earn between RM5,000 and RM10,000 will be limited to 300 litres of subsidised RON95 petrol and diesel a month.

On Facebook, Marina Jaal said the system would be subject to abuse while Michelle Khoo pegged it as an easy way out in the fight against diesel smuggling.

Others called for stricter border checks and heavier penalties for smugglers.

KL Ng suggested charging foreigners a fuel surcharge of RM150 to RM300 per day, depending on car engine size/type, each time they enter the country.

Anthony Chew suggested removing the subsidies altogether to let the price float and reflect actual costs "which will automatically stop all forms of fuel smuggling".

Insurance agent Liz Ng from Section 17 in Petaling Jaya was sceptical about the proposal. "What's keeping me from filling up with my Proton Saga and siphoning the fuel into my Toyota Harrier," said the 45-year-old.
The Petroleum Dealers Association of Malaysia said the proposed system would be difficult to enforce and would lead to widespread discontentment.

"There will be unhappy consumers, retailers and wholesalers," said association deputy president Datuk Zulkifli Mokti.

A BHP petrol station owner in Kuala Lumpur said the proposal was too problematic to implement, especially during peak hours.

"Our attendants have no time to differentiate if a car has a two-litre engine or find out if our customers earn more or less than RM5,000 a month," said the 63-year-old who did not want to be identified.
Fomca said the Government should be more transparent about its plans for introducing a new mechanism for fuel subsidies.

Its secretary-general Datuk Paul Selva Raj said Fomca supported moves to have targeted subsidies, which could effectively aid people in low-income groups.

"Subsidies should not be for all. However, the Government should lay everything on the table so that we know what is being discussed," he added.

Datuk Seri Alias Ahmad, secretary-general of the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry, described reports on the proposed system as "speculation".

http://www.mykmu.net/?p=43911-mekanisma baru subsidi petrol cadangan hilang akal.


http://www.sarawakiana.net/2014/06/adakah-kaedah-ini-untuk-merakyatkan.html

AL-Kesah AloQStaQ

Posted: 05 Jun 2014 03:03 AM PDT

AL-Kesah AloQStaQ


PERINGATAN : Kerajaan Dato Najib Jangan Abaikan Golongan Pertengahan !

Posted: 04 Jun 2014 04:50 AM PDT

Satu persatu tindakan kerajaan seolah-olah cuba menampakkan kebodohan yang ketara apabila kerajaan Dato Najib seakan-akan melupakan golongan berpendapatan sederhana a.k.a Golongan Pertengahan.

Pendekata, jika nak diberikan contoh yang paling mudah adalah pekerja-pekerja di dalam kelompok "KUMPULAN B" DALAM SEKTOR AWAM. (Golongan yang nak disebut sebagai Bos Pun Bukan, Orang Bawah Pun Bukan!). Inilah contoh yang amat tepat untuk menggambarkan siapa Golongan Pertengahan.

Kumpulan / Golongan Pertengahan yang Admin AloQStaQBlog sebutkan ini adalah meliputi semua sektor di Malaysia, sama ada di sektor Awam, Swasta mahupun golongan yang bekerja sendiri. Kerajaan tentu sedia maklum definisi Golongan Pertengahan yang Admin maksudkan ni .... kan?

Golongan pertengahan inilah yang TIDAK LAYAK MENERIMA BRIM. Golongan ini terkebil-kebil bijik mata melihat "Golongan Bawahan" (Yang Layak terima BRIM) berpusu2 memenuhi dewan orang ramai untuk sain baucher BRIM saban tahun.

Golongan pertengahan inilah yang TIDAK MAMPU MEMBELI RUMAH MEWAH RATUSAN RIBU & TAK LAYAK UNTUK MEMBELI RUMAH KOS RENDAH. Dan tidak keterlaluan jika disebut sebagai Golongan Pertengahan inilah yang banyak menyewa rumah kerana tidak layak memiliki rumah yang berharga murah (yang boleh dinikmati oleh "Golongan Bawahan") ...

Sungguh sedih mendengar rintihan beberapa orang rakan yang tersepit berada di dalam kelompok Golongan Pertengahan ini ... Mereka ini tak dapat BRIM, tapi gaji mereka tidaklah sebesar mana berbanding gaji Kumpulan Pengurusan / Profesional ... Dah tu pulak, mereka inilah golongan yang terpaksa membayar cukai pendapatan setiap tahun , berbanding Golongan Bawahan yang dapat macam2 nikmat itu dan ini termasuk pemberian BRIM padahal Golongan Bawahan itu otak tak perlu pening nak kena pikiaq bayar cukai pun!

Suatu masa sebelum ini, pernah terbaca rintihan berbentuk Surat Terbuka Kepada PM oleh seorang wanita yang meminta Dato Najib memandang berat kepada Golongan Pertengahan ini. Sehingga kini, nampaknya seolah2 tiada respon dari Dato Najib ....

Admin AloQStaQBlog sebut ini bukan apa, sebab nak beri kesedaran kepada pihak Kerajaan bahawa Golongan Pertengahan ini perlu juga diberi sedikit sebanyak keistimewaan ... Kalau golongan bawah diberikan nikmat BRIM saban tahun, pikir-pikirkanlah juga untuk Golongan Pertengahan.

Di zaman ekonomi Malaysia yang semakin meningkatkan harga macam2 barangan ni, Dato Najib patut sedar bahawa ada satu golongan lagi yang kurang diberi muka dan kurang keistimewaan tersepit di tengah2. Bantulah mereka , yakni Golongan Pertengahan.

Jangan hanya membantu Golongan Bawahan semata-mata , jangan hanya memberi muka kepada panda sahaja, tetapi lihatlah sama Golongan Pertengahan. Mereka kini memerlukan sedikit sebanyak ehsan dari Kerajaan.

Dalam bab Subsidi Minyak yang akan dirombak dalam masa terdekat, jangan buat keputusan bodoh yang boleh menambahsempit lagi kesempitan yang sedia ada yang sedang ditanggung oleh Golongan Pertengahan.

Harap Dato Sri Najib dapat mendengar keluhan mereka yang tersepit ini ...........


P.S : Ada kawan disektor awam (Golongan Pertengahan = Kumpulan B) memaklumkan kepada Admin, Kumpulan B nak sambung study Degree (Ijazah Pertama) dan Master (Sarjana) TAK DAPAT KEISTIMEWAAN : CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH, Sedangkan Golongan Pengurusan / Profesional ada keistimewaan tersebut ! ... Padahal , apa bezanya ? Kedua-dua Golongan ini bekerja demi Kerajaan Malaysia juga ! kenapa ada pilih kasih antara Kumpulan A dengan Kumpulan B ? .... INILAH ANTARA YANG DATO NAJIB KENA PANDANG ELOK2 ...


Dato Najib sekali lagi diingatkan untuk kesekian kalinya,
JANGAN LUPA PADA GOLONGAN PERTENGAHAN ....



Khas Untuk Dato Sri Najib,

AloQStaQ
4 Jun 2014
Rabu
7.50Mlm

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 05 Jun 2014 12:11 AM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Video Panas Tun Mahathir Dedah Anwar Kalah Saman RM100juta Di Mahkamah.

Posted: 04 Jun 2014 08:17 PM PDT

Pendedahan yang takkan keluar di Suara Keadilan dan Harakah.

Selalu macai dok sebar yang pihak mereka menang di mahkamah. Hakikatnya Anwar kalah saman Tun Mahathir setelah 5 tahun di mahkamah.



Jom layan pendedahan sempoi dari Tun Mahathir.



*Tak sabar nak tunggu saman PM terhadap Malaysiakini di mahkamah.


GOBIND SINGH TUDUH PAS, PAS TUDUH GOBIND SINGH, DUA-DUA BODOH

Posted: 04 Jun 2014 05:00 PM PDT

Teluk Intan: DAP jangan salahkan pihak lain

KOTA BHARU: Kelantan menolak andaian pemimpin DAP kononnya isu hudud menjadi faktor parti itu gagal mempertahankan Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya kecil (PRK) Sabtu lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, DAP tidak sepatutnya menyandarkan kekalahan di Teluk Intan kepada orang lain tanpa melihat dalaman parti itu sendiri.

"Kalau hendak dakwa Teluk Intan kalah kerana isu hudud mengapa pula di Bukit Gelugor parti terbabit boleh menang sedangkan isu hudud juga hangat diperkatakan ketika itu.

"Berdasar kepada pengamatan banyak pihak, isu calon menjadi antara faktor yang perlu diambil kira. Oleh itu sikap menyalahkan orang lain tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perdagangan Kelantan di Kelantan Trade Centre di sini, hari ini.

Semalam seorang pemimpin DAP, Gobind Singh Deo menyifatkan kontroversi pelaksanaan hudud oleh PAS menjadi penyumbang besar kepada kekalahan parti itu di Teluk Intan.

Sedangkan sebelum ini kajian Dr Ngreng Miang Hong dari UCSI Poll Research Center mendapati hanya 12 peratus responden pengundi Cina yang peka terhadap isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Pada PRK Parlimen Teluk Intan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud gagal mempertahankan kerusi tersebut apabila tewas sebanyak 238 undi kepada Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan.

Sebelum itu di PRK Bukit Gelugor, Ram Karpal juga dari DAP berjaya mengekalkan kerusi dengan majoriti 37,659 undi.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, faktor pengundi luar tidak balik mengundi menyumbang kepada penurunan sekitar 7,000 undi DAP.

"Isu ini wajar dilihat secara holistik dan tidak hanya menyalahkan PAS semata-mata. Jika logik demikian mahu dipakai, adakah wajar PAS pula menyalahkan DAP jika gagal menarik undi kaum Melayu.

"Sikap menyalahkan PAS dan hudud hanya suatu analisa tergesa-gesa. Keluarlah analisa yang lebih adil,"
katanya. - HARAKAHDAILY 4/6/2014


Ulangan : http://mymassa.blogspot.com/2014/06/kalau-ibrahim-libya-masih-hidup-habis.html

RASANYA SIAPA KEPEDASAN YER?

Posted: 04 Jun 2014 12:29 AM PDT


Akhbar Utusan Malaysia hari ini 4 Jun 2014 mendedahkan perilaku buruk segelintir penyanggak-penyanggak ekonomi yang menyebabkan kerajaan Malaysia rugi berbilion-bilion Ringgit hasil kegiatan mereka menyamun subsidi rakyat.

Penyanggak-penyanggak ini bergenerasi lamanya hidup membuncit hasil merompak hak rakyat negara ini dan dijual hak tersebut ke negara asing. 

Anehnya juga perompak-perompak subsidi rakyat ini jugalah yang mendakwa golongan mereka tertindas di negara yang mereka tumpang sejak sekian lama.

Hak pribumi mahu mereka rampas atas alasan itu hak asasi mereka. Tapi hak mereka tak boleh diusik sama sekali. Jika tidak mereka seperti anjing gila yang menyalak siang malam.

Kejayaan penguatkuasa membenteras penyeludupan diesel bersubsidi. Rasanya siapa yang jadi tokey buncit? 

Pesan kami jangan dipedulikan salakan golongan pencuri dan perampok seperti ini. Kerajaan perlu bertegas untuk membenteras penyeludupan diesel dan petrol RON 95 habis-habisan.  

Dah takut akibat operasi besar-besaran membenteras penyelewengan diesel subsidi, kartel-kartel mereka mula menyorok gula, tepung, minyak masak dan beras semata-mata untuk membuatkan rakyat marah pada kerajaan.

Tak lama lagi mereka akan menaikkan harga ayam, telur, ikan dan sayur-sayuran menjelang Ramadhan supaya umat Islam dan rakyat susah dapat bekalan makanan. Kalau nak, kena beli dengan harga mahal. Licik sungguh permainan tokey-tokey ni kan?

Inilah masa kita melancarkan jihad ekonomi membenteras manipulasi orang tengah dan tokey-tokey zalim yang sengaja mahu memiskinkan rakyat.




Belantan

Posted: 05 Jun 2014 12:01 AM PDT

Belantan


Guan Eng juara 'salah-menyalah'?

Posted: 04 Jun 2014 07:23 AM PDT


Sikap Lim Guan Eng yang meletakkan permainan politik UMNO sebagai antara punca kekalahan DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada Sabtu lalu jelas melayakkan Setiausaha Agung DAP yang jawatannya belum disahkan itu dinobatkan sebagai juara dalam 'pertandingan salah-menyalah'.

Sindiran tersebut disuarakan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim susulan sikap Guan Eng yang tanpa usul periksa membuat dakwaan tidak berasas itu, khususnya kepada UMNO.

"Pernahkah kita dengar, Guan Eng tidak menuduh orang UMNO atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kalau DAP kalah? Kalau buka mulut, memang tiada lain. Permainan 'salah-menyalah' memang nombor satu beliau.

"Saya tak peduli apa dia nak kata tetapi kalau kita masuk pertandingan, tak kira pertandingan apa, kalah atau menang itu perkara biasa. Kalau sudah kalah, tak usahlah tuduh orang lain," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Guan Eng semalam mendakwa kekalahan DAP berpunca daripada tiga faktor iaitu kemerosotan peratusan keluar mengundi, permainan politik UMNO ketika berkempen dan calon mereka, Dyana Sofya Mohd. Daud yang merupakan muka baharu di kawasan itu.


Malah beliau mendakwa, kebanyakan pemilih yang tidak hadir untuk mengundi ialah mereka yang propembangkang dan berada di luar kawasan.

Walau bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan sikap ego pemimpin pembangkang yang gagal mendengar kemahuan rakyat dikatakan menjadi punca kekalahan DAP.

PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong menang dengan majoriti 238 undi selepas memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya, 19,919 undi.

Tunku Abdul Aziz berkata, kekalahan DAP sebenarnya terletak kepada pemimpinnya yang berterusan mengetengahkan `permainan' politik kebencian dan ini membuatkan pengundi muak dengan strategi tersebut.

"Politik sebegini sudah tiada tempat lagi. DAP sekarang pun sudah berpecah-belah, orang dalam parti sendiri pun sudah rasa benci kerana DAP kini milik Dinasti Lim dan Dinasti Karpal," ujarnya.

Mengulas isu sama, bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat memberitahu, DAP seharusnya menilai kelemahan sendiri berhubung kekalahan di Parlimen Teluk Intan dan bukannya bertindak menyalahkan pihak lain.

"Dalam DAP, pastinya ada ramai orang yang berkaliber. Tetapi, mereka letak orang yang tak faham perjuangan DAP. Seperkara lain, akar umbi sudah muak dan bosan dengan sikap pemerintahan diktator dalam DAP. Kit Siang dan Guan Eng perlu bertanggungjawab dengan kekalahan ini.

"DAP kalah, sebab bapa dan anak terlampau ego. Mereka langsung tak ingat bahawa DAP ini dibina oleh akar umbi. Sekarang akar umbi sudah tunjuk, tak balik mengundi," tambahnya.

Suara Politik
Belantan

UMNO hantar surat tunjuk sebab kepada ibu Dyana Sofya?

Posted: 04 Jun 2014 02:46 AM PDT



UMNO menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat hari ini kerana didakwa berkempen untuk anak perempuannya, Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan baru-baru ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Yammy perlu menjawab surat tunjuk sebab itu dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam perlembagaan UMNO.

"Jika tiada jawapan, terpulang kepada parti sebab tugas saya telah selesai dan saya hanya menjalankan tugas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Guru anjuran Yayasan Pendidikan Cheras di sini hari ini.


Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, mengulas desakan sesetengah pihak yang mahu tindakan diambil terhadap Yammy yang didakwa telah berkempen untuk Dyana Sofya.

Yammy sebelum ini dilaporkan berkata beliau berharap kekal bersama UMNO dan terpulang kepada parti itu untuk menentukan kedudukannya.

Pada PRK Teluk Intan Sabtu lalu, Dyana Sofya, 27, tewas dengan majoriti 238 undi kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, 53.

Suara Politik
Belantan

Kembara Politik

Posted: 04 Jun 2014 11:59 PM PDT

Kembara Politik


CERITA SELEPAS PRK TELUK INTAN - BN MENANG

Posted: 04 Jun 2014 02:47 AM PDT



PRK Teluk Intan sudah selesai, Tahniah penulis ucapkan kepada Dato Mah siew Keong (calon BN). Beliau juga merupakan presiden parti gerakan, sudah pastinya kemenangan ini amat manis kerana parti gerakan kalah teruk pada PRU13 yang lepas. Kemenangan ini menjadi suntikan semangat kepada Gerakan untuk berjuang menentang DAP. Penulis ingin berkongsi cerita-cerita yang menjadi buah mulut orang teluk intan selepas PRK.




ADUN CHANGKAT JONG TIDAK MEMBERI KERJASAMA DALAM BERKEMPEN

Kemenangan BN dalam PRK ini tidaklah merupakan hasil kerjasama secara total dalam parti BN. Sudah tentunya ada duri dalam daging ketika kempen berjalan. ADUN changkat Jong yang merupakan ketua bahagian Teluk Intan tidak bersungguh-sungguh menjalankan kempen. Ada yang bercerita, Menteri turun padang pun beliau tidak turut serta. MB Perak juga mencari dimana kelibat ADUN Changkat Jong ini, yang begitu jarang turun padang. Ada juga beliau turun padang tetapi sekadar melepaskan patok ditangga. Ketika hari pengundian, DUN changkat Jong menunjukkan peratus keluar undi teramat rendah (dengarnya berbelas peratus sahaja) dan ADUN changkat Jong ini hanya membiarkan sahaja perkara itu tanpa ada tindakan susulan. Bagaimanapun Perkara itu diketahui oleh Dato Mah, beliau telah mengambil tindakan drastik dengan menggantikan pengerusi bilik gerakan serta merta. Selepas itu barulah jentera BN bergerak untuk menjemput orang ramai pergi mengundi. 

UNDI GOLONGAN MUDA

Secara umumnya undi golongan muda memihak kepada BN. Pada peringkat awal ramai mengatakan undi golongan muda akan memihak kepada DAP. Tetapi jangkaan itu meleset sekali, undi golongan muda di kampong CIna, Melayu dan India memihak kepada BN. 

PENGUNDI LUAR DAN PENYOKONG BOIKOT

Hakikatnya memang pengundi luar ramai yang tidak balik mengundi. Dan ramai yang mengatakan semua yang tidak balik mengundi itu adalah penyokong DAP. Bagaimanapun kita harus melihat perkara ini secara terperinci. Di teluk intan terdapat dua golongan pembangkang yang tidak keluar mengundi atau mengundi BN, satu penyokong DAP yang tidak berpuas hati dengan calon DAP; kedua penyokong PAS yang tidak berpuas hati kerana DAP tolak hudud. Kedua-dua golongan itu adalah penduduk tempatan yang menetap di Teluk Intan, dan mereka tidak keluar mengundi dan ada yang menyokong BN. Pada pendapat penulis, tidak semua pengundi luar itu menyokong DAP. 

MCA DAN GERAKAN

Memang tidak dinafikan kerja kempen PRK ini menyaksikan kerjasama yang agak baik antara MCA dan Gerakan. Peningkatan sokongan kepada kepimpinan baru kedua-dua parti juga dapat dilihat dalam PRK ini. Kaum cina terkesan dan menyokong dengan kesungguhan kepimpinan baru ini. Sebelum ini jentera MCA seolah-olah memboikot Gerakan dalam Pilihanraya. Tetapi sekarang mereka bersatu untuk menetang DAP. Penulis harap ini dapat berterusan dan meningkat sokongan orang cina kepada BN.

KEANGKUHAN DAP

DAP pusat dengan angkuhnya telah membelakangkan permintaan penyokong DAP Teluk Intan dengan meletakkan calon paying terjun yang berbangsa melayu. Akibatnya mereka telah diboikot oleh DAP Teluk Intan. Selepas PRK DAP pusat masih lagi angkuh, menyalahkan semua pihak kecuali DAP pusat. Mereka menyalahkan bangsa melayu, hudud, pengundi luar malahan hari mengundi pun mereka salahkan (kononnya jika mengundi hari ahad DAP akan menang). Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.

Apapun cerita selepas PRK ini… TAHNIAH kepada BN.. teruskan usaha untuk memenangi hati rakyat Malaysia. Alangkah bagusnya jika apa yang BN lakukan ketika PRK ini, dilakukan setiap masa iaitu memenangi hati rakyat.. mendengar keluhan rakyat… menyelesaikan masalah rakyat… Rakyat akan menyayangi BN walaupun beribu fitnah yang melanda… 

(artikel ini adalah menurut pandangan peribadi penulis)

The Unspinners

Posted: 04 Jun 2014 11:47 PM PDT

The Unspinners


BIAR BETUL TMJ!!! Kontrak keselamatan Iskandar diberi Cina SIngapore????

Posted: 04 Jun 2014 09:08 PM PDT


Unspinners ingat hanya cuit-cuit saja apabbila seorang ADUN timbulkan isu seorang hartawan cina Singapura diberi kontrak untuk uruskan keselamatan di Iskandar Johor di DUN pada Ahad Lepas.

Membaca ABITW di SINI, difahamkan syarikat tersebut akan urus 600 pengawal sekuriti. Itu dah hampir seramai 1 batallion askar.

Tambah lagi, Cina SIngapork ini boleh secara diam-diam jalankan intipan dan pengumpulan maklumat yang lebih intensif dan meluas mengenai Johor. Jika syarikat iini dapat kontrak di tempat-tempat lain, lahhi luas rangkaiannya.

Mula-mula ingat ini hanya spekulasi oleh ADUN Kempas, YB DatukTengku Putra Haron Aminurrashid [Baca SINI].

Oleh sebab blog tersebut ada ramalkan ianya seorang bernama Peter Lim, maka kami google dan terkejut beruk mendapati SINI ia melibatkan Tengku Mahkota Johor.





Ini tak boleh dibiarkan.

Dalam bab keselamatan dan kedaulatan negeri Johor dan negara Malaysia, walaupun anak raja, Unspinners terpaksa tegur. Sembah derhaka patik pohon.

Ini sangat bahaya.

Sudahlah begitu banyak pelaburan dari hartawan cina Malaysia dan Singapore hanya menaikkan harga hartanah dan mengetepikan anak tempatan, Melayu dan Cina juga. Iskandar hanya jadi tempat untuk diduduki dan dikuasai oleh Singapore akhirnya.

Bukan saja itu saja akan berlaku, dengan dibenarkan 1 batallion pegawal yang mana mungkin terdiri dari askar Sigapura yang menyamar sebagai sekuriti, Johor akan mudah sekali jatuh ke pada SIngapura.

Tak mahu pula patik lihat Kesultanan Johor akhirnya tidak bernegeri. Tak mahu juga patik lihat  rakyat hilang kepercayaan pada sistem raja hingga mahu bangun derhaka.

Dyana "living together" dengan 2 boifren! Yammy restu!!!

Posted: 04 Jun 2014 06:30 PM PDT


Bila PRK dah habis, sudah-sudahlah. Usahlah nak berdendam untuk tuduh-tuduh, dan cabar-cabar. Buat polis report lagi tu ... Bila yang dicabar Yammy itu blogger, lagi tak habis cerita.

Tambah lagi, mereka dah kumpul dan sedia dengan senajata dan peluru untuk dibedil semasa PRK, tapi fikir-fikir punya fikir tak mahulah lepaskan. Bila test gambar bikini, cepat RBA nak cuba pusing. Dah Yammy cabar, apa lagi satu-satu lah.

Dah keadaan macam gini tiada siapa boleh halang lagi. Baru sedikit kami cuit-cuit rupanya ada puak lain dah kasi telanjangkan Dyana sampai tinggal seurat benang. Sayang ... disebalik rupanya yang muda rupanya tersimpan rahsia yang sungguh memalukan.

Fairuz Azhan amiruddin

Petikan dari Bulletin 247 berikut:

Pada 16 Mei lalu, blog THE SELANGOR CHRONICLE telah mendedahkan tentang calon DAP untuk PRK Teluk Intan, Dyana Sofya yang tinggal serumah tanpa nikah dengan teman lelakinya di Taman Melawati.

Rumah yang disewa oleh abangnya yang juga merupakan salah seorang penjawat awam di MIDA yang sekarang ini ditugaskan di United Kingdom, telah dijadikan sebagai sarang kedua-duanya untuk tinggal berdua-duaan.

Dikhabarkan, hubungan antara Dyana Sofya dengan Fairuz Azhan Amiruddin direstui oleh ibu Dyana, Yammy Samat. Malah ibu serta bapa Dyana Sofya juga tidak menghalang serta melarang tingkah laku kedua-duanya yang tinggal serumah.

Kejadian tersebut berlaku antara tahun 2011 sehingga 2012 ketika Dyana masih lagi belajar di UiTM.

Hubungan antara Dyana Sofya dan Fairuz Azhan Amiruddin putus sekitar 2013 walaupun kedua-duanya pernah dipublisitikan dan diberikan promosi apabila mengisytiharkan menyertai DAP di tangan Lim Kit Siang.

Dyana bersama Ooi Chio Seong diluar kamar
Ketika PRU-13 dan Lim Kit Siang menjadi calon Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya telah dilantik sebagai pegawai khas Lim Kit Siang. Pada masa yang sama, Dyana Sofya menjalinkan hubungan dengan seorang pemuda Cina bernama OOI CHIO SEONG ...

Baca seterusnya di blog Bulletin 247 SINI .

Harap rakan blogger kasi link pada blog ini dan suruh dia link ke blog anda. Banyak cerita panas yang berguna boleh dipetik dari blog ini.

Mah, Zambery dah turun Telok Intan, Gelang Patah masih tak jumpa ahli Parlimen,

Posted: 04 Jun 2014 05:15 PM PDT

Satu hari selepas, Dato Seri dr Zambery kadir berserta Dato Mah dah turun ke Telok Intan berjumpa rakyat.




Kesiannya Gelang Patah masih tak jumpa lagi ahli Parlimen mereka ...


Kalau dah lama tak nampak, elok polis buat deklarasi mati. Mudah untuk SPR adakan PRK. Susah juga pengundi Gelang Patah tak punya wakil di Dewan Rakyat


Tanpa butiran, kita hanya waspadalah bila lihat gambar di Facebook

Posted: 04 Jun 2014 07:59 AM PDT




Memang berderau darah melihat gambar di atas tapi bila dibaca berikut pasti tertanyawahida ini betul ke wujud hingga tak tahu tak wujudnya ugama bernama jewish christian.


Isyyy ... apa teruk sangat English?


Memang kita patut risau dan berhati-hati terutama bila di Malaysia ada apolegis Kristian seperti Khalid Samad dan Mujahid Yusof rawa.

First thing first, gambar ini di mana?


DARUL EHSAN TODAY

Posted: 04 Jun 2014 11:40 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


JIHAD EKONOMI, Artikel Dr Ridhuan Tee Yang Umat Islam Patut Baca...

Posted: 04 Jun 2014 06:00 AM PDT

Ingatan saya kepada umat Islam; Pertama, jangan terlalu teruja dengan makanan yang dikeluarkan oleh ultra kiasu. Carilah makanan umat Islam dahulu dan terjamin halalnya. Sedap ini adalah persoalan masuk ke anak tekak sahaja. Bila masuk ke perut, hilanglah rasa sedap itu.

Saya amat hairan kepada orang Islam, begitu ghairah pergi ke kedai ultra kiasu walaupun tidak ada sijil halal dari Jakim, seperti kedai yong tau foo, kopitiam, kedai kek campur arak dan banyak lagi. Adakah kita tidak ada pilihan?

Kedua, berhati-hatilah dengan ultra kiasu. Mereka tahu kita ada undang-undang halal. Mereka tahu prosedur halal dan mendapat  sijil halal, tetapi kenapa mereka masih lakukan?

Ketiga, berasaskan pengalaman saya yang pernah menternak dan memakan babi sebelum Islam, minyak babi adalah antara bahan 'terbaik' pengilat, penahan dan penyedap, berbanding dengan minyak atau lemak lain. Jika ada makanan yang berkilat seperti mi, kek dan lain-lain, tidak mustahil telah dicampur dengan makanan haram. 

Baca selanjutnya di sini

Panglima Perang Cyber

Posted: 04 Jun 2014 11:20 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Bahaya WeChat kepada Isteri dan Anak Gadis Kita

Posted: 04 Jun 2014 06:40 PM PDT


Aplikasi WeChat telah mendatangkan ancaman kepada masyarakat kita pada hari ini. Dengan kemakmuran ekonomi maka telefon pintar telah dapat dimiliki dengan sambungan internet yang begitu murah membolehkan hubungan tanpa perkahwinan terjalin walaupun secara maya melalui aplikasi WeChat ini.

Apa yang tidak orang ramai ketahui ialah WeChat membolehkan kita mencari kenalan dengan mudah terutama dalam kawasan berhampiran 'nearby'

Panglima sendiri mendengar kisah benar diceritakan seorang Hamba Allah berkenaan isterinya yang telah berkenalan dengan seorang lelaki melalui WeChat dan telah menemuinya tanpa pengetahuan beliau. Selepas mengesyaki sesuatu baru diekori pergerakan isterinya dan selepas itu beliau telah mengejutkan isterinya yang sedang bertemu dengan lelaki tersebut dan bertikam lidah dengan lelaki yang ditemui yang memberi alasan tidak mengetahui status isterinya.

Dalam kes yang lain juga seoran gadis berusia 15 tahun turut menjadi mangsa. http://www.ohdunia.my/2014/05/remaja-dirogol-kawan-wechat-selepas-tak.html

Ia sekelumit kisah yang kita ketahui dan terbaru gadis 14 tahun telah dirogol seorang lelaki telah beristeri di rumah sewa beliau.

Bayangkan betapa mentah lagi gadis tingkatan dua sudah berani mencuba hubungan seks dengan lelaki yang baru dikenalinya melalui WeChat.

Teknologi sepatutnya digunakan untuk perkara kebaikan namun ada juga yang tersilap langkah dihasut syaitan telah menggunakan ke jalan sebaliknya.

Maka kita perlu mengawasi anak gadis dan isteri dari menggunakan aplikasi ini dan membuat pemeriksaan terhadap perbualan yang dilakukan. 

Lebih berbahaya apabila hubungan songsang sesama jantina telah merebak apabila remaja bertindak merakam gambar bogel mereka dan bertukar dengan rakan yang dikenali di WeChat.

Laporan Harian Metro telah membuktikan bahaya aplikasi ini 


Trend Remaja Tukar Gambar Bogel Dalam WeChat – Heboh diperkatakan apabila remaja sering berkongsi gambar bogel mereka di dalam apps sosial Wechat. Perbualan mereka langsung tidak ditapis malah mengandungi perkara-perkara lucah.


Sepatutnya mereka menghabiskan masa menelaah pelajaran, tapi segelintir remaja perempuan bawah umur di negara ini lebih kemaruk bertukar-tukar gambar bogel sesama jantina menerusi telefon bimbit sebelum hubungan songsang mereka berakhir di ranjang.



Lebih membimbangkan, gejala tidak sihat itu membabitkan pelajar sekolah seawal usia 13 tahun dengan aplikasi telefon pintar seperti WeChat dan Line sebagai medan mencari pasangan songsang.



Mendedahkan perkara itu, seorang wanita mahu dikenali sebagai Mia, 25, berkata, dia dipelawa hampir 30 wanita,termasuk gadis bawah umur, yang berminat menjadikannya pasangan songsang selepas berhubung melalui WeChat.



"Saya pasti semua mereka lesbian. Walaupun baru dua hari berkenalan, mereka tanpa segan silu menghantar gambar bogel mereka kepada saya dan meminta saya menghantar gambar sama kepada mereka.



"Selepas itu ada yang ajak saya ke hotel untuk melakukan hubungan seks songsang," katanya ketika ditemui Metro Ahad disini - myMetro Online

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 04 Jun 2014 10:25 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Malaysiakini Baru Sekali Kena Saman, Sebelum Ini Dah 15 Kali Pakatan Rakyat Saman Media Lain

Posted: 04 Jun 2014 06:35 PM PDT



Nasrudin Hassan Serang Balik DAP Pasal Hudud

Posted: 04 Jun 2014 02:29 AM PDT



PAS Terengganu Kecam Kerajaan Selangor Naik Cukai Pintu

Posted: 03 Jun 2014 11:50 PM PDT



Inilah aksi penyokong PAS Terengganu yang tidak berpuas hati dengan kadar cukai pintu di Terengganu. Kononnya naik, tetapi kadar kenaikannya tidaklah setinggi kadar cukai pintu yang naik di Selangor. Apakah kerajaan negeri Selangor juga berada di pintu neraka? Sila baca dengan teliti berapa kenaikan cukai pintu di Selangor terlebih dahulu sebelum buat sebarang demo (baca sini).

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 04 Jun 2014 09:50 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


MANTAP ARTIKEL NI..BERSEMANGAT !

Posted: 04 Jun 2014 01:27 AM PDT

BUY MALAY FIRST : PASARAYA INI DISAHKAN GAP MILIK 100% MELAYU ! ORANG SG BULOH DAN KOTA DAMANSARA JOM SOKONG !

Posted: 03 Jun 2014 11:25 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 04 Jun 2014 03:32 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Berzina dengan teman lelaki kerana kecewa dengan ibu bapa

Posted: 04 Jun 2014 04:02 PM PDT

PORT DICKSON - "Kehidupan saya lalui sangat tidak keruan dan masalah peribadi cukup membuatkan saya tertekan. Saya mempunyai seorang teman lelaki dan kami pernah terlanjur. Saya kesal apa yang berlaku." Itu adalah pengakuan seorang remaja yang ingin dikenali sebagai Liza, 14, berasal dari Johor.

Dia ditemui wartawan Sinar Harian semasa mengikuti program Jalinan Kasih sebuah rumah perlindungan dari Cheras yang diadakan di Institut Latihan Fama (ILF), dekat sini.

Menurut Liza, dia tahu apa yang berlaku adalah salah dirinya sendiri.

"Tapi jangan salahkan diri saya sepenuhnya. Kasih sayang diberikan teman lelaki lebih melimpah berbanding kasih sayang ibu dan ayah berikan sehingga saya rela melakukan hubungan seks dengannya walaupun baru kenal tiga bulan.

"Kejadian itu berlarutan beberapa bulan sebelum akhirnya saya terdorong untuk bertaubat apabila melihat ibu dan ayah bergaduh besar di rumah.

"Sejak itu, saya jarang keluar rumah. Sebaik pulang dari sekolah, saya terus memerap di dalam bilik," katanya.

Namun, katanya, keadaan itu hanya kekal beberapa minggu .

"Satu hari seorang rakan perempuan mengajak saya menemaninya ke kenduri kahwin saudaranya, bagaimanapun ia berakhir tragedi apabila saya dibawa ke rumah kosong dan dirogol tiga lelaki yang turut sama ke kenduri itu.

"Akhirnya perbuatan saya selama ini terbongkar apabila ibu meyedari kesan di leher ketika mengejutkan saya. Saya dihukum ibu sebelum membuat laporan polis dan saya dihantar ke rumah perlindungan ini," katanya.
Liza (belakang, tiga dari kanan) bersama rakan-rakannya dari rumah perlindungan.
Menurut Liza, dua bulan lagi dia akan keluar dari rumah perlindungan itu, selepas hampir satu tahun menimba ilmu menginsafi diri.

"Saya juga gembira kerana hubungan ibu dan ayah kembali bertaut," katanya.

Sementara itu, Ketua Fasilitator Program Jalinan Kasih, Zulkefli Mohd Yunus berkata, hampir kesemua peserta dari rumah perlindungan itu datang dari keluarga yang mempunyai masalah perceraian.

"Kita ngeri melihat remaja belasan tahun mengandung tanpa ayah yang sah dan diharap melalui program ini sedikit sebanyak dapat memberi input kepada remaja-remaja ini kembali ke jalan yang benar," katanya.

Janda guna kemaluan untuk kekasih

Posted: 04 Jun 2014 07:01 AM PDT

Sekadar gambar hiasan
Bandung: Demi cinta seorang janda beranak dua sanggup menggadai masa depannya dengan menyeludup syabu yang disembunyi dalam kemaluannya ke penjara Banceuy, lapor media semalam.

Dadah itu, kata polis, dibawa masuk untuk diserahkan kepada seorang daripada banduan di penjara berkenaan yang menjadi kekasih suspek.

Bagaimanapun, kata sumber, cubaan itu digagalkan selepas pihak penjara menjalankan pemeriksaan teliti terhadap janda terbabit.

"Dadah itu seberat 25.3 gram disimpan dalam plastik jernih sebelum dimasukkan ke kemaluan," katanya.

Sementara itu, janda terbabit berkata, dia tidak tahu bahan berkenaan adalah dadah.

"Saya cuma menurut arahan kekasih saya.

"Dia memberitahu bahan yang saya bawa cuma ubat tidur," katanya. Polis berkata, suspek adalah penduduk Sumedang dan datang ke penjara itu untuk bertemu banduan terbabit yang baru dikenalinya setahun lalu.

Menurut sumber, wanita itu mendapat arahan daripada dua lelaki lain di Jalan Sukarno - Hatta di Bandung.

"Suspek mendakwa dia melakukan penyeludupan itu secara sukarela, tanpa sebarang upah," katanya. - Agensi

(Foto) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 'tenggelam' dek banjir

Posted: 04 Jun 2014 06:02 AM PDT

GOMBAK: Sebahagian besar jalan di perkarangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dilanda banjir kilat serta menenggelamkan beberapa kenderaan jam 2.45 petang tadi.

Kejadian berpunca dari limpahan air dari beberapa anak sungai berdekatan yang memasuki kawasan UIA sehingga mencecah paras pinggang.

Namun pada jam 3.15 keadaan kembali pulih selepas air mula surut.

Kejadian itu bagaimanapun tidak menjejaskan operasi harian UIA dimana penuntutnya yang sedang menduduki peperiksaan semester.








Dr M: Jais tak patut serbu majlis kahwin

Posted: 04 Jun 2014 05:43 AM PDT

Dr Mahathir Mohamad menyampaikan Syarahan Perdana Presiden UIAM bertajuk "Contemporary Islamic Lifestyle:Fitting in or Taking the Lead" di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
GOMBAK - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, sebagai pihak berkuasa agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memang berhak menyiasat agama seseorang, tetapi tidak patut menyerbu majlis perkahwinannya.

Sejajar dengan itu, beliau menyarankan Jais merujuk kepada al-Quran kerana di dalam kitab suci itu terdapat banyak larangan berhubung tindakan terhadap seseorang yang tidak mengaku beragama Islam.

"Kamu (Jais) boleh menyiasat, tapi tidak boleh menghalang orang berkahwin. Apabila kamu menghormati agama orang lain, orang agama lain juga akan menghormati kamu.

"Saya ingin mencadangkan supaya mereka (Jais) kembali kepada al-Quran dan tidak membuat tafsiran sendiri (mengenai ayat al-Quran)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk 'Contemporary Islamic Lifestyle: Fitting In or Taking the Lead' dalam Siri Syarahan Perdana Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian bagi mengulas laporan mengenai tindakan Jais menyerbu satu majlis perkahwinan di sebuah kuil Hindu di Petaling Jaya, Selangor Ahad lepas.

Jais mendakwa pengantin perempuan dalam upacara itu beragama Islam, tetapi wanita berkenaan menafikannya dan berkata bapanya menukar agamanya kepada Islam tanpa pengetahuan keluarganya. - Bernama

'Saya dan Erra sudah keluar beberapa kali' - Shahir AF

Posted: 04 Jun 2014 03:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Juara program realiti Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) Shahir tidak gentar dengan sebarang kontroversi yang mungkin tercetus selepas dia mengaku beberapa kali keluar dengan aktres Erra Fazira pada bulan lalu.

Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 25, berkata, pertemuan yang dilakukan itu semata-mata untuk membincangkan mengenai tawaran lakonan sebuah teater berjudul Tun Teja di mana Erra merupakan salah seorang penerbitnya.

"Jika saya ingin sorok tentang hubungan kami pasti saya akan pilih tempat tertutup sebaliknya kami bertemu di tempat terbuka dan ia disaksikan oleh ramai orang.

"Pernah ada beberapa kali kami keluar berdua sahaja dan yang lain turut ditemani oleh rakan-rakan pada bulan lalu. Ia semata-mata mengenai urusan kerja dan pertemuan itu dibuat ditempat terbuka dan bukannya secara rahsia.

"Ramai mata yang melihat kami jadi tiada apa yang perlu disorokkan. Saya tidak takut dengan kontroversi ini kerana saya sudah menjangkakan ia akan diperbesarkan apabila kami keluar bersama," katanya kepada mStar Online.

Shahir mengakui pernah keluar bersama Erra untuk membincangkan mengenai soal tawaran berlakon.

Bagaimanapun kata Shahir, selepas beberapa kali perbincangan dilakukan dia tidak dapat menerima tawaran berkenaan kerana perlu memberikan tumpuan terhadap karier nyanyian yang baharu sahaja bermula selepas hampir dua tahun menyepi.

Dalam pada itu, Shahir menyanggah kenyataannya yang disiarkan menerusi program H Live! terbitan Astro yang didakwa sengaja dimanipulasikan sehingga menyebabkan timbulnya salah faham.

Shahir berkata, dia tidak pernah mengakui berkawan rapat atau mempunyai hubungan istimewa dengan Erra menerusi temubual tersebut sebaliknya sekadar membuat kenyataan mengenali wanita berkenaan sebagai rakan artis sahaja.

"Dalam temubual tersebut saya tidak pernah mengakui kami sedang berkawan rapat atau mempunyai hubungan intim cuma memberitahu kami kenal sebagai rakan artis sahaja dan sudah tentu saya terkejut kenyataan saya dimanipulasi sebegitu kerana ia memberi presepsi tidak baik kepada kami berdua..

"Jika tidak percaya boleh rujuk semula video temubual dan saya rasa adalah perlu bagi saya memperbetulkan salah faham laporan berkenaan," jelasnya.

Menerusi temubual berkenaan Shahir dikatakan mengakui dia dan Erra sedang dalam proses mengenali antara satu sama lain selepas gosip mengatakan mereka berdua sering keluar bersama hebat diperkatakan.

Sementara itu, Shahir berkata, dia tidak menyangka akan digosipkan dengan Erra kerana menghormati wanita berkenaan yang lebih senior dalam bidang hiburan tambahan pula isu itu timbul selepas dia kembali aktif dalam bidang nyanyian.

"Terkejut juga terkena gosip berkenaan kerana sudah lama saya tidak aktif dan tiba-tiba kena kontroversi begini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shahir berkata, dia kini sedang sibuk mempromosikan single terbaharunya berjudul Cerita Kita selain bakal merakamkan album keduanya.

(Video) Pelajar perempuan bergaduh terselak seluar dalam

Posted: 04 Jun 2014 12:14 AM PDT


Belum reda lagi kejadian buli di sekolah Kota Samarahan yang menjadi viral baru-baru ini, tersebar pula sebuah video yang membabitkan 2 orang pelajar perempuan yang tersebar di laman sosial.

12 jam yang lalu, tersebarnya sebuah video yang melibatkan dua orang pelajar perempuan sekolah menengah bergaduh di luar perkarangan sekolah.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Terengganu berdasarkan bahasa yang digunakan oleh dua pelajar perempuan terbabit.



Punca pergaduhan tidak dapat dikenalpasti. Namun, yang pasti ialah kedua-duanya bakal menjadi glamour tidak lama lagi.

Kejadian seperti ini semakin kerap berlaku di kalangan pelajar sekolah. Persoalannya, salah siapa & mana usaha mengatasi permasalahan ini?? - My Media Hub

(Foto) 'Bertelanjang' pun dapat Anugerah Paling Bergaya...

Posted: 03 Jun 2014 11:01 PM PDT

Penyanyi seksi, Rihanna kembali menjadi bualan hangat di kalangan media Hollywood apabila berani menggayakan pakaian menjolok mata di majlis anugerah fesyen yang diadakan di Lincoln Center, New York, baru-baru ini.

Rihanna mengenakan persalinan gaun berkilat yang mendedahkan payudara dan hanya menutup kemaluannya dengan memakai seluar dalam berwarna kulit atau nude selain membawa bulu putih untuk melengkapkan gayanya pada hari itu.
Walaupun pakaiannya dilihat terlalu mendedahkan, Rihanna tetap menerima anugerah tertinggi yang dianjurkan oleh Council of Fashion Designers of America (CFDA) apabila diiktiraf sebagai ikon paling bergaya.
Hai, macam berlumba-lumba artis di sana nak menelanjangkan diri, harap-harap takdelah artis di Malaysia yang mengikut trend sebegini di mana-mana majlis anugerah kelak. Oppss.. – MYNEWSHUB.MY

China guna panda ramal keputusan Piala Dunia

Posted: 03 Jun 2014 10:44 PM PDT

Beijing: Sekumpulan anak panda akan digunakan untuk meramalkan keputusan kejohanan bola sepak Piala Dunia.

Agensi berita Xinhua melaporkan, beruang berkenaan akan meramalkan pemenang sesuatu perlawanan dengan memilih makanan dari bakul yang disediakan dan memanjat pokok di pangkalan pemeliharaan panda di Sichuan.

China berharap haiwan berkenaan akan dapat menandingi kemampuan dan populariti Paul, sotong Jerman yang meramalkan dengan betul keputusan beberapa perlawanan Piala Dunia 2010 dengan menggunakan sesungutnya.

Pada perlawanan peringkat kumpulan, panda berusia antara satu dua tahun akan memilih makanan dari tiga bakul buluh, mewakili sama ada menang, kalah atau seri.

Untuk pusingan kalah mati, haiwan itu akan memilih pemenang dengan memanjat pokok yang ditanda dengan bendera kebangsaan negara yang bertanding.

Mereka bagaimanapun mempunyai perjalanan yang jauh untuk menandingi Paul yang berjaya meramalkan keputusan perlawanan dengan memilih tiram daripada dua kotak yang bertanda bendera negara peserta.

Sotong berkenaan mati pada 2010. - AFP

(Foto) Insiden kemalangan pesawat MAS berulang lagi

Posted: 03 Jun 2014 10:31 PM PDT

Bahagian bawah badan kapal terbang yang robek dilanggar kenderaan bagasi di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), semalam. - Foto dipetik The Sun
SHAH ALAM – Satu lagi insiden membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dilanggar sebuah kenderaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Menurut laporan The Sun, pelanggaran itu menyebabkan pesawat B737-800 mengalami kerosakan serius di bahagian bawah badan kapal terbang.

Dalam pada itu, pihak MAS yang turut mengesahkan kejadian tersebut.

MAS turut berkata, insiden turut mengakibatkan kerosakan pada fiuslaj pesawat.

Menurut MAS lagi, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden berkenaan.

"Buat masa ini, pemandu kenderaan bagasi tersebut digantung kerja sementara siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

"Kesemua penumpang yang dijadualkan menaiki pesawat tersebut telah dipindahkan ke pesawat lain untuk meneruskan penerbangan mereka," katanya dalam sebuah kenyataan.

Kaitkan hudud dengan kekalahan, PAS selar DAP

Posted: 03 Jun 2014 10:21 PM PDT

KOTA BHARU 4 Jun - Kerajaan Pas Kelantan menyelar DAP apabila mengaitkan isu pelaksanaan hudud sebagai penyebab kepada kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, punca sebenar DAP tewas adalah kerana pengundi Cina memprotes pemilihan calon Melayu iaitu Dyana Sofya Mohd. Daud bagi mewakili parti itu. - UTUSAN ONLINE

'Shahnaz cuba cakar saya'

Posted: 03 Jun 2014 10:01 PM PDT

Anak bekas ketua menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengasari bekas isterinya, Shahnaz A Majid dalam pergaduhan pada tahun 1997 yang berlarutan sehingga mereka tinggal berasingan selama 13 tahun dan bercerai pada 2011.

Tindakan kekasaran dan serangan itu sebaliknya dilakukan oleh Shahnaz, katanya ketika memberi keterangan dalam kes tuntutan mutaah RM100 juta oleh bekas isterinya itu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pagi ini.

"Tahun 1997 dia ada cuba nak cakar saya, nak serang saya," katanya sewaktu memberi keterangan pagi tadi.

Bagaimanapun, beliau mengaku pernah menolak Shahnaz sehingga jatuh ke atas permaidani untuk mempertahankan diri, dalam pertengkaran pada tahun tersebut.

"Saya tidak pernah memukulnya cuma saya ingat saya pernah menolaknya bila dia cuba nak mencakar muka saya," katanya.

Mahkamah sebelum itu diberitahu bahawa Mahmud (gambar) dan Shahnaz berkahwin pada 9 Januari 1992 dan perkahwinan itu hanya bertahan selama 19 tahun sembilan bulan.

Mereka bercerai secara baik di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 11 Mei 2011, kata Mahmud.

Menurutnya, perkahwinan mereka pada awalnya bahagia sehinggalah mereka dikurniakan seorang anak pada tahun 1993.

"Lebih kurang pada tahun lebih kurang akhir 1994, plaintif mula bersikap kasar pada saya dan menyoal setiap perbuatan saya – sama ada soal peribadi atau soal pekerjaan dan dia mula bersikap kasar di hadapan kawan-kawan saya dan kawan sekerja saya.

"Di pejabat misalnya di depan pekerja-pekerja saya, pernah juga selalu soalan dia, bila saya keluar, dia tanya saya keluar dengan siapa, lelaki atau perempuan, selalu dia menyemak telefon saya dan bertanyakan siapa telefon saya, saya telefon siapa," katanya.

Menurutnya, keadaan bertambah buruk apabila beliau turut dimarahi bekas isterinya itu di depan kenalan mereka disebabkan "soal remeh temeh".

"Misal kata dia tak suka dengan cara saya berpakaian - dan pada masa yang lebih serius dia bertanyakan kepada kawan-kawan saya dan isteri mereka, untuk menyemak pergerakan saya," katanya.

Kemuncak kepada pergaduhan itu adalah satu insiden di lobi Hotel Hilton Kuching sewaktu beliau dan ibu bapanya menghadiri satu majlis di situ.

Menurutnya, Shahnaz memarahi beliau di depan ibu bapanya serta bertanya tentang kehadiran dua orang wanita yang tidak dikenalinya, di lobi hotel yang sama.

"Saya tak kenal dan saya tak tahu dan saya jawab begitu.

"Dia memarahi saya dan kata saya menipu dan kemudian dia memarahi dua wanita tersebut dan saya berasa malu," kata Mahmud.

Shahnaz mencelah keterangan

Di peringkat ini, Shahnaz yang duduk kurang daripada setengah meter dari Mahmud mencelah keterangan beliau.

Bagaimana pun, butiran percakapan Shahnaz tidak kedengaran dengan jelas dari galeri orang awam.

Peguam Mahmud, Datuk Seri Zainul Rijal Abu Bakar mencadangkan kepada hakim agar Shahnaz diperintah keluar dari mahkamah jika beliau terus mencelah keterangan Mahmud.

Menurutnya, peguam Shahnaz boleh menyoal balas Mahmud jika mereka tidak berpuas hati dengan kenyataan beliau.

Hakim Mohamad Akmal Abdul Wahab bagaimana pun memutuskan Shahnaz kekal di dalam mahkamah.

Menyambung keterangannya, Mahmud menjelaskan mereka hanya tinggal bersama selama enam tahun di Kuching sebelum beliau berpindah ke kediaman bapanya di Kuala Lumpur pada tahun 1998.

Tambahnya lagi, beliau juga sudah tidur di bilik berasingan di kediaman mereka di Kuching sejak 1997.

"Keadaan bertambah teruk dan dia masih bersikap cemburu dan saya telah berpindah ke bilik lain. Saya tidak tahan dengan sikap cemburu dia, soalan dan tuduhan dia.

"Harapan saya jika saya berpindah bilik kita tak bergaduh sangat dia akan tenang dan sedar dan akan berbaik semula. Tapi sikapnya tak berubah langsung (dan kemudian) daripada tahun 1998 saya berpindah keluar.

"Apa yang saya fikir saya nak hidup tenang dan aman sahaja, panggilan (telefon Shahnaz) pun saya tak jawab. Saya tak mahu berhubung dengan dia buat sementara waktu.

"Tapi saya sentiasa menelefon rumah orang gaji untuk tahu keadaan dia dan anak saya," katanya.

Shahnaz seterusnya berpindah ke rumah ibu mertuanya di Kuala Lumpur pada tahun 1999.

Menurut Mahmud, beliau kemudian membelikan Shahnaz dan anaknya sebuah rumah berharga RM2 juta di Damansara dan rumah itu didaftarkan di atas nama Shahnaz.

Anugerah Paling Seksi: 'Saya dah nasihatkan dia' - Amy Search

Posted: 03 Jun 2014 09:10 PM PDT

Baru baru ini ketika berlangsungnya majlis Anugerah Stail Eh! 2014, Nabila Huda telah dinobatkan sebagai Selebriti Wanita Paling Seksi dan pastinya gelaran itu bukan sesuatu yang baru buat anak kepada lagenda rock neraga, Amy Search itu.

Walaupun pada hemat kami gelaran itu sebenarnya satu penghargaan terhadap gaya dan juga fesyen Nabila Huda, Amy Search sebagai bapa pastinya ada kurang senang apabila anaknya itu diangkat sebagai yang paling seksi dalam lautan selebriti di Malaysia ketika ini.

"Sebagai seorang bapa, sudah tentu saya ada menegur dia. Tetapi segala tindakan dia adalah tanggungjawab dia sendiri. Saya hanya boleh menasihati," jawab Amy Search ringkas kepada GUA dan turut berkata hubungan mereka baik baik sahaja.
Dalam kenyataan sama, Amy Search turut memaklumkan yang beliau bakal muncul dengan sebuah album solo tidak lama lagi selepas 13 tahun tidak tampil dengan produk baru buat para peminat. Kami menunggu, heh.

Rotikaya

Konstabel berzina dengan kenalan WeChat di Johor

Posted: 03 Jun 2014 08:01 PM PDT

Johor Bahru: Seorang anggota polis yang tidak hadir bertugas sejak April lalu kini diburu polis selepas seorang remaja perempuan membuat laporan mendakwa dirogol lelaki berkenaan di rumah sewanya, Ahad lalu.

Difahamkan, pada hari kejadian, anggota berjawatan konstabel berusia 28 tahun itu dikatakan menjemput mangsa dari sebuah sebuah rumah di Skudai, kira-kira jam 3 pagi sebelum membawanya pulang ke bilik sewanya di Jalan Wong Ah Fook di sini.

Mereka dikatakan berkenalan menerusi aplikasi sembang digital WeChat, kira-kira dua minggu lalu sebelum bertemu kali pertama pada hari kejadian.

Sumber berkata, ketika berada di bilik sewa berkenaan, mereka dikatakan hanya bersembang sebelum lelaki terbabit memujuk mangsa mengadakan hubungan seks.

Menurutnya, remaja berusia 14 tahun itu tidak menolak ajakan suspek sebelum mereka dikatakan tertidur selepas mengadakan hubungan seks.

Katanya, mangsa sekali lagi mengadakan hubungan seks dengan lelaki yang sudah beristeri itu kira-kira jam 2 petang di tempat dan hari yang sama.

"Mereka kemudian terus melepak di bilik sewa berkenaan hingga jam 10 malam apabila rakan mangsa menghubungi memaklumkan yang bapanya sedang mencari.

"Remaja berkenaan yang panik terus keluar dari bilik sewa berkenaan sebelum bertemu bapanya tidak jauh dari tempat kejadian," katanya.

Selepas menceritakan kejadian yang berlaku, remaja berkenaan dibawa bapanya membuat laporan di Balai Polis Sentral pada jam 11.21 malam hari sama.

Difahamkan, anggota terbabit tinggal seorang diri di bilik sewa berkenaan kerana isterinya berada di Sarawak.

Lelaki berkenaan dikatakan sudah tidak hadir bertugas sejak 19 April lalu menyebabkan penyelianya sudah membuat lima laporan polis berikutan kegagalannya bertugas.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati mangsa menghubungi suspek sebelum dibawa membonceng sebuah motosikal ke bilik sewa berkenaan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan beberapa rakan lelaki lain sebelum itu.

"Remaja berkenaan masih disoal siasat dan sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk pemeriksaan lanjut manakala suspek masih dikesan selepas menghilangkan dirisebaik mengetahui mangsa membuat laporan polis," katanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Video pergaduhan ganas di Pekan Keningau tersebar

Posted: 03 Jun 2014 07:31 PM PDT

KOTA KINABALU: Video pergaduhan yang didakwa melibatkan penduduk tempatan dan warga asing di pekan Keningau tersebar dan heboh diperkatakan.

Video berdurasi 23 saat itu yang dipercayai dirakamkan dekat pasar ikan pekan itu pada Ahad, menunjukkan sekumpulan lelaki dikejar oleh seorang lelaki bersenjatakan skimmer ikan.

Video tersebut turut memaparkan seorang lagi lelaki yang mukanya tertiarap ke tanah dan disepak oleh seorang lagi individu di bahagian muka.

Lelaki yang cedera itu kemudiannya dilihat mengangkat kepalanya seketika sebelum rebah di atas jalan.
Jurukamera yang merakam video tersebut tidak terlibat dalam pergaduhan itu dan mungkin menyembunyikan diri dari kekecohan tersebut.

Polis pada Selasa mengesahkan seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun telah ditahan kerana terlibat dengan insiden yang menyebabkan tiga lelaki mengalami kecederaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Keningau, Asisten Supritendan, Awang Amit berkata pergaduhan itu tercetus apabila suspek didakwa berang dengan empat lagi rakannya yang minum di luar pusat karaoke dekat pasar ikan di sini.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 3 petang Ahad.

Awang berkata, polis sedang mencari individu lain yang terlibat dalam insiden itu dan percaya kesemua mereka bekerja di pasar ikan itu.

Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Manayon Palanok, 39, yang disepak di bahagian muka, menerima rawatan di hospital daerah Keningau manakala tiga lagi dirawat sebagai pesawat luar.

Sumber: mStar

DNA Babi: Tanggung dosa kalau sembunyi maklumat - Jamil

Posted: 03 Jun 2014 07:15 PM PDT

Putrajaya: "Kami tidak berhasrat melindungi apa-apa sebab yang haram tetap haram dan kita bertanggungjawab sampai akhirat, malah menanggung dosa terlalu besar kalau menyembunyikan maklumat sebenar," tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Malah, beliau berkata, JAKIM juga tidak melindungi mana-mana pihak (yang terbabit dalam isu ini) kerana ia tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada jabatan itu dan kerajaan.

"Kita bertanggungjawab melindungi dan menjaga kemaslahatan umat Islam, satu perkara yang saya ingin pesan, apabila sebut mengenai soal halal...bukan sewenang-wenangnya mana-mana pihak boleh memberikan kenyataan dan sebagainya.

"Oleh kerana bahagian halal dijaga JAKIM, jadi JAKIM pihak pemutusnya yang menentukan halal atau tidak sesuatu produk selepas mendapatkan pengesahan daripada makmal Jabatan Kimia yang diberi akreditasi untuk membuat kajian serta analisis," katanya pada sidang media di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, dekat sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha dan Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Roslan Mahayudin.

Kementerian Kesihatan sebelum ini dilaporkan mengesan dua coklat Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam mengandungi DNA babi (porcine).

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang hazel bernombor kelompok 200813 M01HI2, tarikh luput 13 November 2014 dan coklat susu dengan buah badam bernombor kelompok 221013 N01RI1, tarikh luput 15 Januari 2015.

Jamil Khir turut menegaskan JAKIM tidak akan sesekali menyembunyikan maklumat jika sudah menarik balik sijil halal sesuatu produk.

"Konsep mengeluarkan sijil (halal) bukan merangkumi kehalalan produk itu saja, tetapi termasuk kebersihan dari ladang hingga ke meja makan.

"Namun, jika ada unsur bahan campuran lain contohnya pengawet dimasukkan ke dalam sesuatu produk itu melebihi tahap dibenarkan Kementerian Kesihatan, sijil halal produk berkenaan juga akan ditarik balik," katanya.

Rombakan Kabinet Bakal Berlaku

Posted: 03 Jun 2014 07:01 PM PDT

Najib bakal mengumumkan rombakan Kabinet tidak lama lagi.
PETALING JAYA: Rombakan Kabinet yang dinanti-nantikan, akan dilakukan sebelum bermulanya bulan puasa, dijangka akan melihat dua menteri baharu dan memberi kesan kepada sehingga tiga menteri yang sedang berkhidmat ketika ini.

Sumber Putrajaya berkata, Perdana Menteri yang kembali semula selepas kejayaan lawatan beliau ke China, sedang meneliti butiran lebih terperinci mengenai perubahan itu yang pastinya akan melibatkan Presiden MCA dan Gerakan.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang akan diberikan kerusi dalam Kabinet.

Dengan sambutan yang begitu baik diterima beliau sewaktu di China, dan potensi yang luas bagi perdagangan antara Malaysia dan China juga ada keperluan untuk mewujudkan perwakilan Cina dalam Kabinet.

Najib juga dijangka akan mengisikan tiga jawatan timbalan menteri 'yang masih kosong' sejak pilihan raya umum lalu.

Jawatan berkenaan adalah Kementerian Kewangan, Kementerian Pelancongan dan Jabatan Perdana Menteri.

Menurut sumber Putrajaya yang sama mencadangkan bahawa seramai tiga menteri yang sedang berkhidmat ketika ini, dua daripada mereka adalah senior, mungkin terjejas di dalam rombakan itu.

Menteri-menteri tersebut dari Umno tetapi sebarang rombakan yang melibatkan mereka tidak akan menjejaskan kuota Umno dalam Kabinet.

"Ia amat sukar untuk meramalkan PM. Beliau begitu membisu tetapi beliau mungkin ada untuk bertindak balas terhadap rasa tidak puas hati di kalangan ahli Umno mengenai beberapa menteri ini," kata sumber itu.

Najib tidak mungkin akan mengembangkan lagi jumlah kerusi Kabinet untuk menampung permintaan bagi jawatan-jawatan itu. Kabinet sekarang ini sudah mencukupi dengan 32 menteri dan 26 timbalan menteri.

Sementara itu, media akan memantau rapi apabila Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan Baginda sebelum beliau meneruskan dengan rombakan Kabinet.

Sumber Putrajaya percaya bahawa rombakan itu akan dibuat pada bulan ini untuk memberi masa kepada menteri-menteri baharu masa untuk mempelajari dan memahami tugasnya, yang biasanya selama enam bulan sebagai tempoh dijadikan penanda aras.

"Pada masa mereka memahami perkara dan perjalanan kementerian, ia sudah akan menjelang akhir tahun ini.

"Adalah lebih baik pelantikan dibuat tidak lama lagi supaya Kabinet boleh diwakili kaum Cina dan semua orang boleh bergerak ke hadapan," kata seorang pemerhati.

Beberapa menteri berkata, di sebalik spekulasi satu rombakan akan berlaku, Perdana Menteri tidak bercakap mengenainya semasa mesyuarat mingguan diadakan.

"Kami juga ingin tahu sama ada kita akan berada di dalam kementerian kami atau sekiranya kami akan diberikan portfolio baharu atau digugurkan," kata seorang menteri yang tidak mahu dikenali.

Gara-gara mahu besarkan zakar

Posted: 03 Jun 2014 06:45 PM PDT

Michael Chong (kiri) dan peguam, Alex Kok menunjukkan mesej yang dikirimkan oleh seorang lelaki yang membeli alat pembesar zakar tetapi ditipu apabila hanya menerima kanta pembesar.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang membeli alat pembesar zakar dengan membuat bayaran sebanyak RM450 secara dalam talian tertipu apabila dia hanya menerima satu kanta pembesar dengan arahan "Jangan gunakannya pada waktu siang".

Pelanggan yang berasa terhina itu hanya mahu dikenali sebagai Ong, dari Seri Kembangan, merupakan antara pembeli yang terpedaya dengan penipuan secara dalam talian, sehingga kerugian ribuan ringgit.

Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, Ong merupakan antara tiga individu yang tampil berjumpa dengan beliau bagi mengadu mengenai mereka telah ditipu oleh penipuan dalam talian pada tahun ini.

Satu lagi aduan yang meminta bantuan untuk diselesaikan apabila ditipu membayar RM78,000 untuk membeli sebuah skuter air Yamaha tetapi ia tidak dihantar kepada pembeli.

"Dia (pembeli) tidak dapat mengesan penjual berkenaan," kata Chong kepada sidang media di sini, Selasa bagi memberi amaran kepada para pembeli supaya berhati-hati ketika membuat tempahan secara dalam talian untuk mana-mana produk.

Beliau berkata, seorang lagi pengadu menempah sebuah telefon pintar dengan jenama terkenal, tetapi apabila menerima produk tersebut didapati komponennya bukan dari jenama yang asli.

Seramai 12 mangsa penipuan dalam talian membuat pengaduan kepada Chong sejak 2012.

"Kedua-dua lelaki dan wanita sama sahaja mudah terpengaruh dengan penipuan sebegini.

"Penipu menarik perhatian mangsa dengan menawarkan produk pada harga rendah.

"Selalunya, barang-barang ini tidak pernah diterima oleh para pelanggan, Dalam beberapa kes, pelanggan mendapat produk yang salah," kata Chong, sambil menambah bahawa salah satu bahayanya membeli produk dalam talian adalah tidak ada cara untuk mengetahui sekiranya barang-barang yang dibeli itu tidak selamat untuk digunakan atau sekiranya ia telah disahkan oleh Sirim.

"Salah seorang daripada pengadu saya sebelum ini membeli periuk memasak secara dalam talian, dan ia meletup selepas beberapa hari digunakan. Dia nyaris maut dalam kejadian itu," katanya.

'Ustazah' menggigil dicekup khalwat

Posted: 03 Jun 2014 06:00 PM PDT

Tindakan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun menemani saudaranya memadu kasih dengan teman lelaki di sebuah bilik hotel murah di Jalan Jedok, di sini membawa padah apabila dia turut ditahan sepasukan anggota Skuad Amru, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) Tanah Merah.

Dalam serbuan jam 4.15 pagi itu, pelajar ditahan lengkap berpakaian jubah dan bertudung itu melutut dan merayu kepada anggota penguat kuasa supaya tidak melaporkan kejadian berkenaan kepada keluarganya.

Difahamkan, pelajar yang tinggal di Tumpat itu mengikuti saudaranya dan teman lelakinya, masing-masing berusia 22 tahun dari Pasir Mas ke Tanah Merah, sebelum menyewa bilik di sebuah hotel murah.

Sumber berkata, serbuan dilakukan tiga anggota Skuad Amru selepas mendapat maklumat daripada orang ramai jam 4 pagi.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya terpaksa mengetuk pintu bilik hampir 10 minit sebelum seorang lelaki berusia 22 tahun membuka pintu.

"Lelaki terbabit yang ketika itu memakai baju-T dan berseluar pendek kelihatan menggigil ketakutan.

"Pemeriksaan di dalam bilik yang disewa RM40 semalam itu mendapati ada dua wanita bersama lelaki terbabit. Seorang berusia 13 tahun ditemui lengkap berpakaian jubah dan bertudung rnanakala seorang lagi berusia 22 tahun, memakai baju-T dan berseluar pendek," katanya.

Siasatan awal mendapati pelajar 13 tahun itu belajar di sebuah sekolah menengah di Tumpat manakala wanita berusia 22 tahun mendakwa sudah berumah tangga, tetapi dalam proses perceraian dan bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

"Siasatan mendapati pelajar berusia 13 tahun itu dibawa saudaranya bagi mengaburi pihak berkuasa jika bilik hotel mereka diserbu. Semua yang ditahan dibawa ke pejabat Jaheaik Tanah Merah untuk disiasat. Pelajar terbabit dibebaskan selepas diambil keterangan," katanya.

Sementara itu, pegawai Jaheaik Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan penangkapan itu.

"Pasangan berusia 22 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 9 (3) (4) Kanun Ienayah Syariah Kelantan dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM1 ,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya," katanya.

Abang durjana kejam

Posted: 03 Jun 2014 05:45 PM PDT

Gambar hiasan
Balik Pulau: Hanya kerana RM50, seorang abang sanggup bertindak kejam apabila mencurahkan air panas ke badan adik kandungnya selepas wanita terbabit enggan memberikan wang berkenaan dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang guru bukan saja melecur di tangan akibat dicurah air panas, malah turut cedera di beberapa anggota badan selepas dibelasah abangnya itu menggunakan cota dan tangan.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa berusia 33 tahun berada di rumahnya sebelum didatangi abangnya yang meminta wang sebanyak RM50.

"Bagaimanapun, mangsa enggan menyerahkan wang terbabit membuatkan abangnya berang dan membelasahnya menggunakan cota serta tangan.

"Abangnya kemudian merampas telefon bimbit mangsa dan turut mencurah air panas ke arah mangsa membuatkan lengan kanan wanita terbabit melecur teruk," katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudian melarikan diri dan mangsa yang dalam keadaan kesakitan terpaksa meminta bantuan pengawal keselamatan untuk membawanya ke balai polis.

"Mangsa membuat laporan polis dan susulan daripada itu, suspek ditahan di rumahnya di kawasan Sungai Tiram, Bayan Lepas, di sini, beberapa jam selepas kejadian terbabit.

"Hasil ujian awal air kencing mendapati suspek yang berusia 35 tahun itu positif syabu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Hasil semakan awal mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah," katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro menemu bual mangsa gagal apabila guru berkenaan memberi alasan masih trauma dengan kejadian berkenaan.

Dalam kiriman mesej yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp, mangsa mendakwa kejadian itu adalah kali pertama berlaku terhadapnya dan hingga kini dia masih lagi trauma.

Mangsa mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Georgetown akibat kecederaan dialaminya.

Samsung lancar telefon baharu Tizen

Posted: 03 Jun 2014 05:31 PM PDT

SAN FRANCISCO: Samsung hari ini melancarkan telefon pintar terbaharunya menggunakan platform Tizen yang bermatlamat untuk memisahkannya dari Google Android dan menyifatkan peranti itu sebagai "Internet of Things."

Pengeluar produk elektronik Korea Selatan itu mempamerkan Samsung Z, telefon pintar pertama yang dijana platform Tizen bagi membezakannya daripada majoriti peranti yang menggunakan sistem operasi Android.

Samsung berkata, Tizen adalah platform yang bukan hanya untuk telefon tetapi boleh disambung dengan peranti lain seperti peralatan rumah, mengunci pintu dan jam yang boleh berkomunikasi dengan orang lain pada masa depan.

Pengumuman produk terbaharu itu dibuat sehari selepas Apple melancarkan versi terbaharu sistem operasi telefon bimbit iOS.

Samsung Z yang direka untuk kegunaan platform Tizen akan mula dijual di Russia pada suku tahun ketiga tahun ini sebelum sampai di pasaran lain.

Kebanyakan peranti keluaran Samsung termasuk telefon pintar Galaxy S menggunakan sistem operasi Android. - AFP

Rumah kebajikan lubuk maksiat

Posted: 03 Jun 2014 05:15 PM PDT

Gambar hiasan
JASIN - Siapa sangka sebuah premis persatuan kebajikan di Selandar, dekat sini yang sepatutnya dijadikan tempat warga emas melakukan aktiviti berfaedah, sebenarnya tersimpan satu rahsia.

Sebuah bilik di premis berkenaan merupakan lubuk duit haram yang menjadi tumpuan kaki judi.

Kegiatan di premis yang turut mempunyai papan tanda sebuah persatuan kebajikan itu bagaimanapun berjaya dihidu polis, petang kelmarin.

Beberapa lelaki dilihat cuba melarikan diri ketika serbuan dilakukan, selain pelbagai alasan diberikan pengunjung premis berkenaan bagi mengelak ditahan.

Provokasi dilakukan beberapa lelaki ketika soal siasat awal bagaimanapun berjaya diatasi polis sebelum mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin untuk siasatan lanjut.
Anggota polis memeriksa tempat bermain mahjong dalam serbuan dalam premis terbabit, petang kelmarin
Sekumpulan 12 lelaki disyaki kaki judi turut ditahan bersama wang tunai RM13,000 ketika serbuan dalam Ops Dadu selama kira-kira dua jam yang berakhir 7.30 malam di premis di Kampung Baru On Lok, di sini.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) negeri, Asisten Superintendan Azhar Abdul Rahim berkata, kesemua lelaki berusia 32 hingga 55 tahun itu ditahan dalam operasi yang disertai seorang pegawai dan sembilan anggota D7 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).

"Mereka ditahan dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(2) Akta Rumah Judi 1935 sebelum lapan daripadanya dilepaskan dengan dokumentasi mengikut Seksyen 3(1) Akta Mencegah Jenayah (AMJ).

"Hasil serbuan, kita turut merampas 114 batu mahjong, dua dadu, 10 keping kertas mahjong, 61 cip pelbagai warna, sebuah meja kayu dan empat kerusi," katanya.

91 kes rogol di Kelantan dalam 5 bulan pertama - Polis

Posted: 03 Jun 2014 05:03 PM PDT

KOTA BHARU: Sebanyak 91 kes jenayah rogol dilaporkan di Kelantan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini dengan 88 daripadanya berjaya diselesaikan, menurut polis negeri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, dalam satu kenyataan hari ini, berkata ia menjurus kepada penahanan 90 individu.

Katanya, 92 kes rogol dilaporkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Insiden terbaharu yang mendapat perhatian ramai adalah kes dua remaja berusia 15 tahun dan 17 tahun yang dilaporkan dirogol sekumpulan lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian di Ketereh, 20 Mei lalu.

Jalaluddin juga berkata, pihaknya menyelesaikan 214 daripada 225 kes rogol sepanjang 2013 yang menyaksikan 161 individu ditahan.

- BERNAMA

THE FLYING KICK

Posted: 04 Jun 2014 02:30 PM PDT

Apa Yang Tersirat

Posted: 04 Jun 2014 02:14 PM PDT

Apa Yang Tersirat


PRK Teluk Intan: BN Perlu Berterima Kasih Pada Dyana

Posted: 03 Jun 2014 09:16 PM PDT

Perlu diakui, bahawa segala sesuatu yang berlaku pada kehidupan manusia; merupakan ketentuan oleh Maha Pencipta. 

Pada PRK Teluk Intan, tiada siapa yang terfikir, bahawa DAP akan memilih Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon mewakili parti itu untuk bertanding, bagi kawasan yang dianggap sangat selamat bagi parti itu, apabila melihat penguasaaan parti itu pada PRU 12 dan PRU 13.

Ketentuan Maha Pencipta, telah menggerakkan hati Lim Kit Siang untuk meletakkan Dyana setiausaha politik beliau sebagai calon bagi kawasan selamat itu; walaupun Dyana hanya setahun jagung menyertai parti berideologi sosialis itu.

Kerana ketentuan Maha Pencipta, sebaik sahaja Dyana dipilih sebagai calon, beliau membuat pendirian, bahawa jika beliau menang sebagai wakil rakyat, maka beliau akan menentang undang-undang Hudud di negara ini, sesuai dengan pendirian parti yang diwakilinya. Juga, beliau akan berjuang untuk terus menghapuskan keistimewaan UiTM yang hanya menerima pelajar bumiputera/melayu sesuai dengan kewujudannya berdekad lalu.

Walaupun pendirian tegas itu, namun tidak berjaya menggamit sokongan pengundi; malah penyebab kepada merosotnya jumlah undi daripada kaum cina, penyokong kuat DAP pada dua PRU lalu.

Berasas kepada jumlah undi yang diperolehi Dyana; nampaknya latar belakang dan pendiriannya merupakan pemangkin kepada penolakan kepada beliau; yang menyebabkan kemenangan kepada calon BN.

Juga, pencalonan Dyana, pengundi Teluk Intan terutama kaum cina dan india, belum bersedia bahawa kawasan itu diwakili kaum melayu; fakta ini terlihat bahawa undi yang diperolehi calon BN Datuk Mah Siew Keong daripada kaum cina dan india masing-masing meningkat 15% dan 10% berbanding sokongan kaum itu pada beliau pada PRU-13 lalu.

Walaupun, pencalonan Dyana mampu menarik tambahan 3% undi melayu kepada DAP berbanding undi daripada kaum itu pada PRU-13 lalu, namun ianya tidak mencukupi untuk beliau menang. Tambahan undi melayu itu, hanya semata-mata kerana tindakan PAS yang berkempen secara aggresif di kawasan itu.

Juga, kemenangan Mah, telah menyingkap niat DAP yang berpura-pura dan cuba menggambarkan bahawa DAP sebagai parti berbilang kaum di mana sejak penubuhannya lebih dilihat sebagai parti perkauman yang sangat tebal, walaupun penubuhannya berasaskan pelembagaannya parti itu adalah parti berbilang kaum.

Kekalahan Dyana, merupakan isyarat pengundi cina, kepada DAP agar jangan cuba melencongkan parti itu kepada parti berbilang kaum. 

Uji kaji Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng mempergunakan Dyana Sofya Daud tenyata memberi peluang kepada Mah Siew Keong sekurang-kurangnya dalam tempoh 4 tahun mewakili kawasan itu. Kemenangan itu, tidak boleh dijadikan pengukur, bahawa kaum cina telah kembali kepada BN, kerana senarionya sungguh berbeza, jika DAP mencalonkan daripada kaum cina atau india.

Kekalahan Dyana, disebabkan berbagai faktor-antaranya protes daripada penyokong cina dan penyokong DAP yang mengenepikan calon-calon yang dianggap kanan dan setia, berbanding Dyana yang relatif baru dan belum teruji kesetiaannya. 

Walaupun Dyana cuba menonjolkan bahawa beliau benar-benar mengenepikan latarbelakang fahaman keluarganya terutama ibunya sendiri, namun, ramai pengundi cina dan india meraguinya; setidak-tidaknya anggapan itulah yang mendorong mereka mengundi Mah, yang dilihat lebih ikhlas dalam perjuangannya. Sebaliknya, jika calon kaum cina daripada DAP yang terbukti perjuangannya dalam parti itu, keputusannya akan berlainan. Pada PRU-14, trend pengundian Teluk Intan, tidak semestinya berterusan. 

Masa 4 tahun, perlu dipergunakan oleh BN amnya, dan Datuk Mah Siew Keong khasnya untuk mengekalkan kawasan itu agar terus diwakili BN. Penetarsi kepada pengundi luar yang tidak membuang undi semasa PRK itu perlu dicari pendekatannya, sekurang-kurangnya BN mampu mendapat separuh daripadanya.

Hakekatnya, suka atau tidak, di terima atau tidak, kemenangan BN sebenarnya disebabkan oleh pencalonan Dyana.

Duke of UMNO

Posted: 04 Jun 2014 02:11 PM PDT

Duke of UMNO


MARAH BETUL KITA PASAL ISU CADBURY NI KAN..? TAPI...

Posted: 04 Jun 2014 07:11 AM PDT

Uik! Ramai betul la umat Islam yang marah pasal isu Cadbury ni. Dalam seminggu dua ni, sejak tercetus isu Cadbury ada DNA babi hasil penyebaran maklumat awal dari seorang pegawai KKM tu, memang kecoh satu Malaysia.

Antara yang kena teruk dah tentu la Cadbury, kan? Selain tu, antara yang teruk "dibelasah" siang malam oleh NGO-NGO Islam ialah JAKIM dan KKM sendiri. Standard la tu..kan?

Tapi apa hikmah di sebalik apa yang berlaku ni? Ye laaa.. tiba-tiba ja isu produk halal dan haram ni meletop, kan? Bila dah start satu produk tu dicop ada DNA babi, maka produk-produk lain pun mula terbabit. Biasa la... orang Malaysia memang suka macam tu...kan?


Saya ada banyak terima sms la... wassup la... wechat la.. pm inbox kat FB la... sampai kat twitter pun dapat jugak pesanan-pesanan berantai dari kawan-kawan tentang produk-produk yang dikatakan "pun ada DNA babi"... korang ada dapat tak?

Sorry la bro... kalau info-info yang datang dari sumber yang rapuh, saya memang tak sebarkan. Info tu "mati" setakat tu saja dalam handphone saya. Lain la kalau betul dari sumber sahih dan rasmi..kan? 

Ye laaa.. ada ke patut ada info tu kata air zam-zam tu pun diawet dari unsur yang ada DNA babi? Tak ke haru kalau saya forward merata-rata? Dah la tak sahih... boleh terjejas kreadibiliti kita kalau disebarkan tak tentu hala kat orang...kan?

Bercakap mengenai hikmah di sebalik apa yang berlaku, saya sangat bersetuju dengan ulasan kat sini. Fair dan neutral. Apa pun, kita perlu lebih berhati-hati dan cuba sedaya upaya agar tubuh badan kita serta anak isteri kita tidak terbina dari sumber yang haram.

Bukan setakat Cadbury atau sumber yang ada DNA babi saja. Bahkan kita perlu ingat rezeki yang kita dapat tu sama ada ia dari sumber halal atau haram. Kalau rezeki yang kita peroleh tu dari sumber yang haram, sama la macam kita makan Cadbury dan babi...kan?

P/s: Kalau sebut babi, semua takmau makan.. semua nak marah. Tapi kalau sebut pasal duit dari sumber yang haram dan tak berhak, ramai jugak la yang "sebat" semacam je kan? kan? kan? Jawab la dalam kubur masing-masing....

MAHFUZ OMAR MARAH ANAK YATIM..???!!! SAMPAI HATI...

Posted: 04 Jun 2014 05:32 AM PDT

Tu diaaa... marah betoi Mahfuz Omar... relax la bro... Takkan nak marah sahabat sebantal kot? Agak-agak laaa.. kesian la kat Gobind.. bapak dia baru meninggal... dah jadi anak yatim tu... jangan la marah kat anak-anak yatim...

Tau la kita nak buat hudud pun... nak tanya sikit laaa.. ada ke PAS ajar DAP pasal Islam ni sebenarnya? Atau DAP memang pandang rendah pada Islam disebabkan depa pandang rendah pada PAS?

Memang la kami tau DAP pandang PAS ni di "kasta" rendah... memang dari dulu masa PAS join DAP pun, depa dah pandang rendah kat PAS... dah lama dah.. orang PAS sendiri yang bagitau.. depa kata depa dah bagitau pasal tu kat pemimpin PAS.. tapi pemimpin PAS tak mau layan... tahaluf siyasi katanya...heh!

 

Ni cuba baca kat sini dan di sini... sampai macam tu pun PAS masih lagi nak tidur sebantal dengan DAP? Heh! Agak-agak laaa... 

Sebelum ni, kalau DAP berkurang ajar pada Islam.. PAS buat-buat tak nampak. Balun DAP dalam meeting pun tak jalan sebab Anwar dok backing DAP. PAS terpaksa mengalah bila Anwar Berahim "urut tengkok"... cepat "lembik tengkok" rupanya PAS ni...

So? Anwar akan jadi orang tengah meredakan kemarahan PAS pada DAP? Heh! Tahaluf siyasi lagi? Heh! Agak-agak la... bertahaluf siyasi sampai depa hina hukum Allah macam tu sekali? Tahaluf Siyasi jenis apa tu? Tu bukan tahaluf siyasi... tu namanya taqiyyah..! Alaaa.. macam Syiah tuuu...heh!

Takpalah. PAS bukan parti saya lagi. Dulu masa saya "buta" mungkin "ya". Tapi lepas "celik", rasanya saya tak rela dipermain oleh pemimpin PAS yang "cunning" dan licik mempergunakan Islam untuk kepentingan politik... 

Kalau saya dok dalam PAS pun, mungkin saya akan memberontak dan akhirnya dipecat dari parti. PAS dan UMNO sama saja... dua-dua parti politik dan kedua-duanya BUKAN AGAMA... dah tentu la berlainan antara agama dan parti politik, kan?

Saya hanya berjuang demi kepentingan Islam, Melayu dan Tanah Melayu menerusi saluran blog. Kalau saya tersilap langkah, saya kira ramai yang sudi menegur secara membina. Cuma kadang-kadang tu letih jugak la bila Islam, Melayu dan Tanah Melayu dirosakkan sewenang-wenangnya oleh segelintir pihak yang declare "akulah hero".. heh!

Sabar je la bro... DAP tetap DAP. PAS gagal ubah persepsi DAP pada Islam. Hakikatnya, kedudukan PAS bersama DAP lebih banyak keburukan dari kebaikan. DAP tak berubah, sebaliknya PAS yang dah berubah 360 darjah. Lebih sekular dari DAP pulak tu.. heh! Adios!

AMARAN KERAS DARI "PRESIDEN AMARAN"...!!! HEH..!

Posted: 04 Jun 2014 01:34 AM PDT

Wow! Lepas ni jangan sesapa pun cuba kacau pemilihan PKR tauuu..!! Sapa kacau I cubit-cubit dia nanti... ingattt... cubitan I ni berbisa tauuuuu... 

Takut betul saya dengar amaran "keras" Kak Wan. Memang takut giler... heh!

Apa yang kita tahu, selama ni tak pernah la proses pemilihan PKR ni berjalan dengan aman, damai atau  tenang... tak pernah pun... tapi kalau dirujuk pada "amaran" Kak Wan kat bawah ni... betul-betul saya rasa "takut"...

 

"Takut" nak termuntah la brooo...!

Bukan apa.. dah banyak kali dah Presiden PKR ni beri amaran. Tiap kali ada pemilihan.. amaran yang serupa dia keluarkan... Amaran..amaran..amaran... dah jadi "Presiden Amaran" pulak dah Kak Wan sekarang ni...heh!

Ni cuba baca cerita kat sini... heh! 

Agak-agak korang, ada ke ahli PKR dengar cakap ke cakap Kak Wan? Heh! Kalau cakap Anwar Berahim un depa bolayan... apatah lagi bini dia...kan? kan? kan? Heh!

ISHHHH..!!! SIKAP PEREMPUAN YANG SANGAT KITA TAK FAHAM...

Posted: 03 Jun 2014 11:21 PM PDT

Ni lagi satu yang saya tak faham. Kenapa la golongan hawa ni punya gila shopping sampai sanggup tidur kat luar kedai butik! Punya la melampau tindakan macam tu... suami atau mak bapak diorang tak marah ke? 

Saya ni bukan la marah sangat atau nak salahkan sesiapa. Tapi kalau sampai dah sanggup tidur depan butik tu, beratur panjang-panjang semata-mata nak beli tudung latest fashion, tu dah melampau la tu... siap ada yang bawak anak kecik lak tuuu... hmmm...

Taktau la apa punya gila shopping... tahu la memang sifat perempuan tu suka shopping...tapi wasatiah la sikit... Ni cuba tengok cerita kat bawah ni... tak melampau ke macam tu? 

 


Saya takde la nak salahkan pemilik perniagaan tu... memang bukan salah depa pun... biasa la strategi business... tapi yang pelanggan tu apa cer? kan? Agak-agak laaaa....

Lagi satu.. tolong la pilih tudung yang betul-betul tutup aurat... menutup bahagian dada... lebih labuh... belajar la tutup aurat tu... nak tunjuk "benda" tu kat sapa? Tutup kan lebih baik....kan? Islam pun suruh...

Comments:

There are 2 ulasan for Barisan Nasional

Catat Ulasan