Apa Yang Tersirat Posted: 22 Jun 2014 01:23 PM PDT Esok: Apakah Kerajaan PR Selangor Jatuh? Posted: 22 Jun 2014 01:17 AM PDT Untuk menjadi seorang Menteri Besar yang tidak akan berdepan dengan undi tidak percaya, calon itu perlu mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau sekurang-kurangnya 29 wakil rakyat daripada 56 keseluruhannya.
Semua sedia maklum Pas berang dengan Anwar kerana tidak berbincang dengan mereka sebelum 'pelan strategik' Kajang Move yang Anwar dilakukan. Malah dari dulu lagi kita mendengar ada pemimpin Pas yang mengatakan calon mereka lebih layak menjadi menteri besar atas alasan mereka mempunyai kerusi yang lebih banyak daripada PKR.
Kalau Pas mahu menawarkan ahlinya untuk menjadi calon menteri besar, ADUN terpaksa mengadakan pengundian untuk menentukan sokongan kepada calon menteri besar daripada Pas. Kalau ini terjadi maka satu senario yang menarik akan berlaku.
Bayangkan jika semua 12 wakil rakyat BN tidak mengundi calon menteri besar dan ditambah dengan 15 ADUN Pas, maka jumlah ahli yang menentang pencalonan yang pro Anwar ialah 27 ahli.
Hanya kurang dua kerusi untuk menidakkan Menteri Besar pilihan Anwar. Dalam keadaan ini Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mengundi menyokong penggantinya yang ditentukan Anwar, maka kedudukan akan menjadi seri 28-28. Kalau ada lagi seorang ADUN daripada pakatan pembangkang yang tidak sebulu dengan Anwar dan tidak mahu pilihan Anwar menjadi menteri besar dan tidak menyokong, maka impian Anwar untuk mengganti Menteri Besar Selangor dengan pilihannya akan berkecai.
Persoalannya apakah akan ada ADUN daripada PKR dan DAP yang berani membuat perubahan? Ingat, politik Selangor tidak pernah sunyi daripada kontroversi! | |
PEJUANG BANGSA Posted: 22 Jun 2014 12:02 PM PDT SUAMI ISTERI GAGAL ZIARAH JENAZAH BAPA GARA-GARA DIHALAU PILOT AIR ASIA Posted: 22 Jun 2014 05:30 AM PDT
Tidak lama dahulu, AIR ASIA yang merupakan syarikat penerbangan tambang murah terhebat di dunia yang gagal menjelaskan cukai lapangan terbang bertindak zalim dengan menghalau penumpang, iaitu seorang wanita yang hamil. Wanita berkenaan bagaimanapun, diselamatkan oleh MAS, syarikat penerbangan negara yang cuba diambilalih oleh Air Asia dan sentiasa diburuk-burukkan oleh Air Asia.
Dalam kejadian di Denpasar, Bali, Indonesia pada tahun 2011, Air Asia diarahkan membayar faedah lima peratus setahun mulai 27 Disember 2011 apabila seorang suri rumah yang hamil diarahkan turun dari sebuah pesawat Air Asia di Denpasar, Bali, Indonesia. Alasan penghalauan tersebut adalah, surirumah tersebut tidak mempunyai sijil perubatan yang menyatakan dia layak dari segi kesihatan untuk melakukan perjalanan.
Air Asia diarahkan membayar gantirugi sebanyak RM43,999 kepadanya apabila syarikat penerbangan Tony Fernandes itu didapati bersalah, kejam dan tidak berperi kemanusiaan oleh mahkamah. Pada Mei 2013, seorang ibu dan seorang anaknya, dihalau keluar dari kapalterbang oleh kakitangan Air Asia di Ho Chin Minh City, Vietnam dengan alasan, anaknya menghidap demam campak, walaupun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ho Chin Minh City sebelum itu, penerbangan yang digunakan oleh ibu-anak itu adalah Air Asia.
Semalam, Air Asia sekali lagi menghalau penumpang. Sepasang suami isteri yang melakukan perjalanan dari Seoul ke Kuala Lumpur selama 5 jam dengan menggunakan MAS, tidak berhadapan dengan sebarang masalah. Tetapi apabila mereka cuba menaiki pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu yang perjalanannya hanya mengambil masa kurang dari 40 minit, si isteri yang sedang hamil 7 bulan, dihalau keluar dari pesawat oleh juruterbang.
Apakah alasan 'TIADA SURAT PENGESAHAN DOKTOR' menjadi alasan buat juruterbang bernama AHARON YARIR BIN AHMAD untuk menghalau pasangan tersebut?
Mengapa hanya Air Asia yang bermasalah sedangkan MAS yang membawa pasangan tersebut dari Seoul ke Kuala Lumpur untuk perjalanan selama 5 jam, tidak pula berhadapan dengan sebarang masalah?
Pasangan suami isteri tersebut yang dihalau dari pesawat itu, perlu mengambil contoh PATRICIA KAREN CHIEW MEI YIK dan suaminya, MICHAEL JANUARIUS yang menyaman AIR ASIA dan menang kerana penganiayaan yang dilakukan oleh syarikat penerbangan Tony Fernandez itu. (BACA DI SINI)
SUMBER :http://selangorchronicle.blogspot.com/2014/06/air-asia-perlu-diajar-dan-perlu-diboikot.html
*** GPB simpati nasib sepasang suami isteri ini tidak sempat menatap wajah bapa mereka yang meninggal dunia gara-gara sikap tidak prihatin Air Asia . Itu lah beza MAS dengan Air Asia ..semua orang nak benda yang murah tapi adakah anda berpuas hati service mereka ??
| BIRO KEBAJIKAN MAHU AHLI & PEMIMPIN BAHAGIAN SALUR MAKLUMAT RAKYAT MISKIN @AzeezPutera @NajibRazak Posted: 22 Jun 2014 03:54 AM PDT
Pemimpin bawahan serta ahli UMNO di peringkat akar umbi diminta menjadi mata dan telinga kepada parti bagi mengesan dan menyalurkan maklumat awal mengenai golongan miskin yang memerlukan bantuan di seluruh negara.
Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya sedang melaksanakan program jelajah ke seluruh pelosok negara termasuk kawasan kubu kuat pembangkang bagi menghulurkan bantuan kepada rakyat.
Program itu, katanya, bersifat serampang dua mata kerana pada masa yang sama, pihak biro juga giat mengumpulkan maklumat mengenai keperluan dan kemahuan rakyat di sesuatu kawasan tanpa mengira latar belakang serta fahaman politik.
"Input-input yang kita dapat ini saya akan bawa balik untuk dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) tentang kawasan ini, Parlimen ini keadaannya macam ini dan bagaimana kita patut bantu masyarakat.
"Bagi menjayakan program ini, kita amat memerlukan penglibatan semua pihak di peringkat akar umbi untuk menjadi mata dan telinga. Kalau ada maklumat tentang orang susah atau masalah di tempat masing-masing, cepat-cepat beritahu ketua bahagian," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Pemimpin Bersama Rakyat peringkat Parlimen Pengkalan Chepa di Kampung Tikat dekat sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Zaluzi Sulaiman. Di samping beramah mesra bersama penduduk Kampung Tikat, Abdul Azeez yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum itu meluangkan masa menziarahi 11 keluarga yang hidup daif di sekitar kawasan Parlimen tersebut. Beliau dalam pada itu berkata, selain dibentangkan kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO, maklumat yang dikumpul tersebut juga akan disalurkan kepada kementerian-kementerian berkaitan untuk tindakan susulan.
| PEMILIHAN PKR KECOH LAGI SEBAB BERLAKU RASUAH & SALAHGUNA KUASA !! Posted: 22 Jun 2014 01:08 AM PDT
Pemilihan semula Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor kecoh apabila calon ketua cabang itu bertikam lidah dengan seorang individu dipercayai penyokong kem Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Ketika proses pemilihan berlangsung kira-kira pukul 1.35 petang ini, calon ketua cabang berkenaan, S.Manikavasagam difahamkan menegur tindakan individu berkenaan yang didakwa cuba berkempen di pintu masuk pusat pendaftaran undi di perkarangan Stadium Tertutup Kuala Selangor. Bagaimanapun, teguran Manivasagam itu dibalas oleh individu terbabit sehingga tercetus perang mulut sehingga terpaksa dileraikan oleh para penyokong serta anggota jawatankuasa pemilihan parti. Manikavasagam ketika ditanya mengenai kejadian tersebut menyifatkan ia cuma salah faham yang dikatakan berpunca daripada orang luar yang cuba berkempen.
"Tidak ada (gaduh), cuma salah salah faham sikit-sikit sahaja. Ada orang tukar-tukar chai (risalah nombor calon)...orang luar. Saya akan buat aduan kepada PKR Pusat," katanya ketika ditemui pemberita selepas proses mengundi kira-kira pukul 3.20 petang ini. Sebelum itu, Manikavasagam enggan memberikan ulasan mengenai kejadian tersebut atas alasan tidak mahu dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin PKR memandangkan beliau pada 15 Mei lalu pernah digantung keahlian sebelum ditarik balik oleh jawatankuasa berkenaan pada 11 Jun lalu. Tindakan ke atas Manikavasagam dibuat susulan kenyataan bekas Ahli Parlimen Kapar itu menerusi media yang mendakwa pencabarnya, Abdul Khalid terbabit dalam politik wang dalam pemilihan pertama PKR Cabang Kuala Selangor pada 11 Mei lalu. Manikavasagam menerusi laporan sebuah portal berita, antarapos.com hari ini bagaimanapun mendakwa masih wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa. Memetik laporan portal itu, Manikavasagam berkata, beliau difahamkan terdapat satu acara keraiaian diadakan di Kolej Inpens bagi menjamu ahli-ahli parti sebelum mereka dibawa ke tempat mengundi di Stadium Tertutup Kuala Selangor hari ini. "Dari awal saya dah cakap saya bantah rasuah, tapi hari ini saya kecewa kerana masih ada lagi berlaku rasuah tetapi apa pun saya akan laporkan kepada biro politik dan kita akan serah kepada JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) atau jawatankuasa disiplin parti," kata Manikavasagam. Sementara itu, pemilihan PKR Cabang Kuala Langat di Dewan Orang Ramai Taman Sri Putra, Banting menyaksikan pergaduhan dua kumpulan dipercayai penyokong calon ketua cabang dengan penyokong penyandang jawatan itu yang menarik diri daripada pencalonan sebelum ini. Pergaduhan itu berlaku ketika hampir proses pemilihan cabang berkenaan ditutup pada pukul 7 malam tadi. Difahamkan pergaduhan tercetus setelah salah satu pihak tidak berpuas hati dengan proses pemilihan yang didakwa tidak telus. Pemilihan semula PKR Cabang Sabak Bernam di Dewan Sungai Air Tawar, Sabak Bernam pula turut kecoh apabila terdapat ahli parti itu didakwa cuba melakukan provokasi untuk meraih undi sehingga berlaku pertengkaran kecil. Seorang ahli PKR cabang berkenaan yang enggan dikenali mendakwa, pengedaran terlalu banyak risalah nama calon telah menimbulkan kerumitan kepada pengundi. "Ada juga beberapa individu yang sudah dilucutkan keahlian daripada PKR, dilihat membantu memancing undi dan menimbulkan kekecohan dengan mengoyakkan gambar calon bertanding. "Apabila ada penyokong calon berkenaan ternampak kertas itu dikoyakkan, mulalah kecoh kerana mereka tidak puas hati," dakwanya - UM | |
bumiyang Posted: 22 Jun 2014 03:46 AM PDT |
tunku Posted: 22 Jun 2014 03:46 AM PDT Tengku Adnan Calls For Umno, BN Members Not To Cause Divisions Posted: 21 Jun 2014 07:49 AM PDT Barisan Nasional (BN) and Umno members have been asked not to make any speculations, or get easily influenced by rumours, about the alleged resignation of party leaders, which can only cause divisions in the party.
Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor said BN and Umno members must stay united in showing their support to the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his deputy, Tan Sri Muhyiddin Yassin, in leading the country towards becoming a fully-developed nation.
"Let's not become the factors for the divisions, our country is moving forward. We want to become a fully-developed nation, there are many agenda that need to be solved."
He told reporters after opening Mosquito-Free Federal Territories Programme organised by Yayasan Kesejahteraan Bandar and Seri Semarak PPR Residents Association here Saturday.
On the allegation made by an Umno member, who is also Federal Territories BN division secretary, that Muhyiddin would take a long leave and that Umno vice-president Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein would be acting in the position temporarily, Tengku Adnan said:
"This kind of person, he did not like it if Umno is calm, if BN is calm. The BN government is discharging its duties in a responsible and trustworthy manner. I don't know what will happen to our country because there are too many of them. Maybe they want to see our country destroyed," he said.
Yesterday, the prime minister said the report that went viral in the social media about his deputy's possible resignation was just a political provocation by certain quarters.
Najib said that as the Umno deputy president and BN deputy chairman, Muhyiddin had worked well with him in all aspects to strengthen and enhance the struggles of Umno and the BN and that this was an ongoing effort which demanded much more to be done by him and Muhyiddin. | |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 21 Jun 2014 11:38 PM PDT AHLI PKR BERLUMURAN DARAH, KERUSI MEJA BERTERBANGAN BAGAI HALILINTAR, DI MANAKAH ANWAR BERSEMBUNYI? Posted: 21 Jun 2014 08:24 AM PDT | DARAH BERLUMURAN DI KEPALA AHLI PKR KUALA LANGAT |
| KERUSI BERTERBANGAN BAGAIKAN HALILINTAR |
| MEJA, MAKANAN, KERUSI HANCUR BAGAIKAN TSUNAMI |
| GANSTERISME |
| ANWAR LARI SEMBUNYIKAN DIRI |
Gambar-gambar pergaduhan, kerusi meja berterbangan, darah berlumuran dan demokrasi ala-Anwar ini berulang lagi tanpa kawalan di Kuala Langat sebentar tadi. England kalah pun penyokongnya masih rasional, ahli PKR kalah dalam parti sendiri bagaikan iblis nan syaitan dirasuk jerangkong yang hilang akal. Semuanya tidak siuman. Persoalannya, mana Anwar?
| |
Panglima Perang Cyber Posted: 21 Jun 2014 11:38 PM PDT Masyarakat Pagoh Lega Dengan Penjelasan @NajibRazak Hubungannya Dengan @MuhyiddinYassin Posted: 21 Jun 2014 10:37 PM PDT
MUAR, 22 Jun – Penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa tidak ada sebarang pengguguran membabitkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin melegakan masyarakat Pagoh khususnya anggota UMNO Bahagian berkenaan. Timbalan Ketua UMNO bahagian Pagoh Ismail Mohamed berkata penjelasan itu sekali gus membuktikan laporan disebarkan laman blog dan media sosial berhubung pengguguran jawatan berkenaan sebagai satu cubaan untuk meretakkan hubungan baik kedua-kedua pemimpin negara. "Datuk Seri Najib sendiri menjelaskan tidak ada langsung timbul mengapa Timbalan Perdana Menteri perlu digugurkan. Ini jelas menunjukkan ia adalah usaha pembangkang yang mahu memecahkan gandingan baik antara kedua-dua pemimpin negara," katanya semasa berucap pada majlis penerangan mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), di sini, hari ini. Ismail yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor bersyukur kerana masyarakat di kawasan Parlimen Pagoh tidak melatah apabila menerima khabar-khabar angin yang menyentuh pemimpin mereka sejak beberapa minggu lepas. Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan masyarakat kawasan berkenaan supaya tidak mudah mempercayai laporan yang belum tentu mempunyai kebenarannya. Sebelum ini, laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan UMNO. Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan Perdana Menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan. Bagaimanapun, Muhyiddin berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri selagi khidmatnya diperlukan dan memberitahu setakat ini tidak ada apa-apa perkara dibangkitkan berhubung kedudukannya itu.-MediaUMNO | Siapa Berani Tiru #Selfie Berani Mati Macam Perempuan Ini ? Posted: 21 Jun 2014 04:58 PM PDT
Tak perlu rasanya mencari nahas dengan melakukan perkara di atas. Harap jangan ditiru perbuatan ini. | Pemilihan PKR Berakhir Dengan Adegan Drama Tamil Kepala Pecah ? Posted: 21 Jun 2014 04:46 PM PDT
Sumber: Pencinta KeamananBerikut adalah laporan mstar onlinePemilihan Semula PKR Kuala Selangor Kecoh
KUALA SELANGOR: Proses pemilihan semula jawatan dalam PKR Kuala Selangor kecoh seketika apabila calon ketua cabang itu bertikam lidah dengan seorang penyokong calon lain. Difahamkan, calon ketua cabang berkenaan, S. Manikavasagam menegur tindakan lelaki berkenaan kerana didakwa cuba berkempen di hadapan pintu masuk pusat pendaftaran undi di perkarangan Stadium Tertutup Kuala Selangor.Bagaimanapun teguran Manikavasagam itu dikatakan dibalas individu berkenaan sehingga tercetus perang mulut namun kemudiannya dileraikan penyokong lain termasuk anggota jawatankuasa pemilihan parti (JPP) yang sedang bertugas.Ketika diminta mengulas mengenai insiden tersebut, Manikavasagam berkata ia hanya sedikit salah faham. "Ada orang tukar-tukar 'chai' (kertas nombor calon)... orang luar. Saya akan buat aduan kepada PKR pusat," katanya ketika ditanya pemberita selepas selesai mengundi. Pada 15 Mei lepas Manikavasagam dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin PKR selepas digantung keanggotaan daripada parti itu namun arahan berkenaan ditarik balik jawatankuasa tersebut pada 11 Jun lepas. Tindakan disiplin ke atas Manikavasagam itu berikutan kenyataan bekas anggota Parlimen Kapar tersebut menerusi media yang mendakwa pencabarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar terlibat dalam politik wang semasa pemilihan pertama PKR Cabang Kuala Selangor pada 11 Mei lepas. Sementara itu di SABAK BERNAM, walaupun pemilihan semula cabang itu yang diadakan di Dewan Sungai Air Tawar, Kampung Datuk Hormat, Sungai Air Tawar, di sini, kelihatan tenang pada mulanya namun ada beberapa penyokong calon cabang berkenaan dilihat menimbulkan suasana 'panas'.Seorang anggota yang enggan dikenali berkata pengedaran terlalu banyak senarai nama calon atau kertas 'chai' menimbulkan kerumitan sehingga mencetus beberapa pertengkaran kecil. "Ada juga beberapa anggota yang sudah dilucutkan keahlian daripada PKR, dilihat membantu memancing undi dan menimbulkan kekecohan dengan mengoyakkan gambar calon bertanding."Apabila ada penyokong calon berkenaan ternampak kertas itu dikoyakkan, mulalah kecoh kerana mereka tidak berpuas hati," katanya.Dalam pada itu, di KUALA LANGAT, JPP cabang berkenaan dilihat mengadakan kawalan ketat di pusat pemilihan semula hari ini bagi mengelakkan berlaku lagi sebarang kekecohan seperti pada pemilihan pertama sebelum ini.Tinjauan mendapati wujud sedikit rasa tidak puas hati dalam kalangan anggota PKR berikutan sistem pengundian parti itu dikatakan tidak menyediakan maklumat terperinci mengenai calon yang bertanding menyebabkan mereka tidak tahu siapa calon yang mahu diundi. Disebabkan perkara itu, pengundi dikatakan terpaksa mengundi tanpa mengetahui nombor calon yang mereka pilih.Proses pemilihan PKR di Selangor dilakukan semula selepas berlaku kekecohan ketika proses pemilihan pertama pada 11 Mei lalu, yang menyaksikan 11 daripada 22 cabang di negeri itu terpaksa menjalani pemilihan semula.Selain Sabak Bernam, Kuala Langat dan Kuala Selangor, turut diarahkan mengadakan pemilihan semula adalah cabang Hulu Selangor, Hulu Langat, Selayang dan Kota Raja.
sumber http://celahgelegar.blogspot.com/2014/06/gambar-pecah-kepala-tersebar-benarkah.html | ADUN DAP Bukit Assek Sarawak meninggal dunia Posted: 21 Jun 2014 04:28 PM PDT Oleh FARHANA JONI KUCHING 22 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Sibu dekat sini, Wong Ho Leng dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam tadi kerana penyakit barah otak. Mendiang, yang berusia 54 tahun merupakan bekas Pengerusi DAP negeri, sebelum ini menerima rawatan di Pusat Perubatan Rejang, Sibu dengan bergantung sepenuhnya kepada sistem sokongan hayat. Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jien ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini mengesahkan mengenai kematian tersebut. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dan meminta supaya pihak media mendapatkan pengesahan daripada ahli keluarga mendiang. "Ya, beliau telah meninggal dunia pukul 11 malam tadi. Awak (media) perlu mendapatkan pengesahan daripada ahli keluarganya untuk maklumat lanjut," katanya di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140622/dn_01/ADUN-Bukit-Assek-meninggal-dunia#ixzz35JrSWjVN © Utusan Melayu (M) Bhd | @youtube : Hantu jual surat khabar di kuala Lumpur ??? Posted: 21 Jun 2014 03:06 AM PDT | BLOG SHEIKHKU: SUNAT BERDIRI KETIKA SELAWAT ATAS RASULILLAH S.A.W Posted: 21 Jun 2014 02:35 AM PDT
Ramai menolak hujah berdiri ketika selawat. Termasuk Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat yang mengakuinya dalam satu video bersama Ustaz Azhar Idrus http://youtu.be/y-BLSs8SrD0
Kebanyakan wahabi memang menolak berdiri dengan alasan seperti disebut Nik Azizi dalam video tersebut.
Bagi memberi kefahaman sebenar disalin semula keterangan blog Sheikhku di bawah untuk panduan semua pihak.
Harap jangan biarkan fahaman baru seperti wahabi merosakkan akidah dan fahaman kita walaupun ia adalah tanda kiamat di mana umat hari ini akan mengutuk ulama sebelumnya.
Selamat membaca dan mohon sebarkannya.
Disunatkan berdiri ketika dibaca kisah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. kerana perbuatan berdiri menunjukkan di atas membesarkan baginda, termasuk di dalam nas Al-Quran yang kami sebutkan dahulu. Telah berdiri Imam Subki bersama-sama orang ramai di Majlis Maulidur Rasul ketika kisah kelahiran baginda dibacakan. Ulama' Ahli Sunnah mengatakan sunat dan elok perbuatan ini. Cara membesar dan memuliakan Nabi Muhammad s.a.w. semasa hayat baginda atau wafatnya, samada dengan hati atau lisan seperti berselawat, puji-pujian atau dengan perbuatan iaitu berdiri.
Telah disepakati pada adat orang ramai bahawa berdiri itu bertujuan membesarkan seseorang. Adapun Fatwa al-Allamah Imam Abu Saud yang mengkafirkan mereka yang tidak berdiri ketika orang ramai berdiri pada Majlis Maulidur Rasul , sekiranya mereka meninggalkan berdiri kerana menghinakan Nabi Muhammad s.a.w. atau mengingkari hukum membesarkan baginda. Berkata Imam Nawawi, "Disunatkan berdiri kepada orang yang hadir iaitu daripada ahli kelebihan dan kemuliaan, sesungguhnya datang hadis-hadis sebagai hujah padanya……."
Diriwayatkan daripada Said al-Khudri, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, " Berdirilah kamu kepada penghulu kamu" ( iaitu Saad Ibnu Muaz yang hadir kepada sahabat ), lalu ia datang dan duduk kepada Rasulullah s.a.w. ( Riwayat Abu Daud ). Perbuatan berdiri dalam hadis ini adalah kerana memuliakan Saad, bukan kerana hendak menurunkan Saad yang sakit daripada tunggangannya. Jika berdiri kepada Saad disebabkan keuzurannya , nescaya nabi berkata dengan lafaz, "Berdirilah kepada orang yang sakit daripada kamu", dan tidaklah perlu nabi menyuruh sekalian sahabat bahkan memadai seorang dua shaja bagi memapahnya.
Dikeluarkan Abu Daud daripada Abu Hurairah, "Adalah nabi bercakap dengan kami, apabila baginda berdiri, lalu kami pun berdiri kepadanya hingga kami melihat ia memasuki rumahnya." Adapun berdiri yang dilarang dalam beberapa hadis, adalah berdiri yang lahir daripada sifat takabbur atau larangan itu kerana tawaduk nabi. Disunatkan berdiri tersebut semata-mata kerana perbuatan berdiri termasuk daripada membesarkan nabi, samada hadir Roh Nabi di dalam Majlis Maulidur Rasul ataupun tidak. Ketahuilah ! Roh Nabi dan orang mukmin boleh pergi ke mana sahaja yang dikehendakinya dan harus dapat berjumpa dan melihatnya.
Sabit pada hadis sahih bahawa berhimpun nabi Muhammad s.a.w dengan para nabi di Baitul Maqdis dan di langit pada kisah Isra' dan Mikraj.
Daripada Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w melihat Nabi Musa dan Nabi Yunus menunaikan haji sambil mengucapkan 'talbiah'.
Didalam Sahih Bukhari, bahawa sesetengah sahabat dilihat bersembahyang di dalam masjid selepas meninggal dunia.
Daripada abu Hurairah, Nabi Bersabda, "Sesiapa melihatku didalam mimpinya, nescaya ia akan melihat aku ketika jaga ( tidak bermimpi ) dan syaitan tidak boleh berupa dengan rupaku." ( Bukhari dan Muslim ) Berkata Imam Sayuti, "Bahawa nabi s.a.w itu hidup dengan jasad dan roh, serta rohnya berjalan ke mana sahaja yang dikehendakinya kepada segala tempat dimuka bumi dan alam malakut…." Meriwayat Imam Ahmad, Turmizi dan Ibnu Abi Dunia daripada Salman Al-Farisi, "Bahawa roh orang mukmin berada di barzah di dalam dunia, boleh pergi ke mana-mana yang dikehendakinya."
Sent from my iPhone
| 20140621 : 500 rumah PPR utk Kg Chubadak - @TengkuAdnanReal Posted: 21 Jun 2014 02:15 AM PDT | |
The Unspinners Posted: 21 Jun 2014 11:35 PM PDT |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 21 Jun 2014 09:28 PM PDT |
Cucu Tok Selampit Posted: 21 Jun 2014 02:06 PM PDT Pemilihan PKR Kuala Langat Hari Ini - Bergaduh Ala Filem Tamil Lagi Posted: 21 Jun 2014 05:23 AM PDT Asal ada pemilihan PKR, adalah pergaduhan. Ada baling kerusi dan adalah kepala yang berdarah. Jangan terkejut, inilah yang terjadi di Pemilihan PKR Kuala Langat hari ini. Kejadian berlaku di Warung Makan Retro.
Insiden berlaku jam 7.10 malam apabila salah seorang daripada JPP yang dikenali sebagai Zainal, Petugas JPP/ PKR Shah Alam, telah dipukul oleh sekumpulan 25 orang penyokong Abdullah Sani. Mangsa telah mengalami kecederaan dan telah di bawa ke hospital.
| |
THE FLYING KICK Posted: 21 Jun 2014 02:02 PM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan