Isnin, 2 Jun 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Duke of UMNO

Posted: 02 Jun 2014 01:02 PM PDT

Duke of UMNO


TENGOK SENDIRI MUKA BUDAK-BUDAK PEREMPUAN KURANG AJAR NIH...

Posted: 02 Jun 2014 06:16 AM PDT

Tengok sendiri muka budak-budak kurang ajar ni... Polis dah buru dahhh...! Anak siapa ni agaknya? Anak kita?
Apa la budak-budak sekolah sekarang ni nak jadi. Dulu, saya ingatkan Gen Y ni bagus-bagus dan akan mencontohi sikap Gen X yang terdahulu. Rupanya jangkaan saya meleset... depa lebih teruk rupa-rupanya...

Saya tak nafikan Gen X dulu pun ada yang "buas" dan agak "pailang". Tapi takde la seteruk macam ni kat sekolah dulu... At least, dulu Gen X ni hormat pada guru dan sekolah... nak buat jahat mana sekali pun, selalunya kat luar pagar sekolah...kan?

Tapi budak-budak sekarang ni "lain macam" pulak jadinya... Mungkin depa ni celik-celik mata tengok Malaysia dah membangun dan macam-macam terhidang depan mata dan depa mudah dapat apa saja depa nak... nak motor dapat motor...nak smart phone dapat Note 3! kan?

Kes terbaru kat bawah ni misalnya...

 


Saya percaya, kes kat atas ni adalah di antara ribuan kes yang berlaku di sekolah-sekolah. Guru-guru kat sekolah kalau tengok video tu dah tentu akan kata "Alaaa.. kat sekolah aku pun berlambak budak buat perangai macam tu.. lagi ganas pun adaaaa..".

Sebab tu saya tak hairan kalau ada di kalangan guru kita yang kata "aku pun dah naik takut dengan budak-budak sekolah sekarang ni... tegur sikit depa tumbuk terajang kita... kita cubit sikit.. mak bapak pulak bawak parang nak serang kita...". 

So macamana? Patut ke kita beri semula kuasa merotan pelajar pada semua guru-guru kat sekolah? Atau kita wujudkan lebih banyak sekolah-sekolah pemulihan akhlak macam sekolah Henry Gurney tu? Atau nak bina penjara khas untuk budak-budak bawah kes juvenil ni? 

Atau kita nak mak bapak depa "ajar" anak-anak depa supaya tak buat perangai kat sekolah? Boleh "pakai" ke idea tu? Heh! 

Tengok perangai budak-budak macam ni, rasa risau pulak nak hantar anak saya ke sekolah nanti. Bukan risau guru-guru tak ajar anak-anak saya, tapi saya risau anak-anak saya akan bercampur dengan budak-budak macam tu dan hasilnya ada 2 kebarangkalian... "Buli" atau "dibuli", kan?

Saya tak mahu anak saya membuli sesiapa dan tak mahu anak saya dibuli sesiapa. Nak harapkan cikgu 100% pun tak boleh jugak sebab dia ada banyak lagi tanggungjawab lain. Takkan nak suruh cikgu ikut anak saya ke hulur ke hilir pulak, kan? Budak-budak lain macamana? Macam la cikgu tu takde kerja lain, kan?

Tapi kalau tak hantar anak saya ke sekolah, siapa nak ajar dia pulak? Saya kerja, isteri saya pun kerja? So macamana? Ada ke sekolah yang ada budak-budak baik saja kat sekolah tu...? Sekolah mana ek?

ABC APA HARGA SAMPAI RM80,000 KAT KEDAH NIHH..???

Posted: 02 Jun 2014 04:14 AM PDT


Ouchhh..!!! Saya ingatkan, Kedah ni antara negeri termurah kos sara hidup... Ada kuih yang masih berharga sekupang (10 sen) sebiji...

Tapi tak sangka pulak baru ni kecoh pasal semangkuk ABC berharga RM80,000 kat Alor Setar...

Adehhh... kampung saya tu... Awat mahal sangat?

 

Nak tahu cerita, klik kat sini...

LUAHAN HATI ISTERI ANGGOTA POLIS TRAFIK DIGELAR "ANJING SAPU JALAN"... @PDRMsia

Posted: 02 Jun 2014 02:33 AM PDT

Tabik la brooo...! Thumb ups!
Saya betul-betul tak faham. Kenapa ada pihak yang ramai sangat marah kat polis trafik. Asal jumpa depa kat tepi jalan, macam-macam depa kutuk. Macam-macam depa kata... Depa seranah tak cukup tanah.. tak tau la apa dosa polis trafik tu...

Herannya, polis trafik tu tak buat apa pun kat depa... siap tolong jaga trafik bagi depa perjalanan lancar...Tapi depa selamba maki hamun... apa punya jenis mentaliti begitu? Islam suruh buat lagu tu ka?

Terbaru, ni ada kes pasal seorang anggota trafik ni...


Nak tau cerita polis trafik tu, sila klik kat sini...baca sendiri luahan hati seorang isteri anggota polis trafik tu... kesian bebbbb...

Saya ni bukan apa... saya heran dengan rakyat Malaysia suka dok kutuk polis trafik. Bukan setakat polis trafik, polis lain pun selalu kena. Tapi kalau jadi apa-apa... polis yang depa kutuk tu la yang depa dok cari... betoi tak? Heh!

Memang la ada segelintir polis dan polis trafik yang tak boleh pakai. Tapi tak semua... sekarang ni golongan tu makin kecik sebab kalau depa kantoi, maka memang makan tak abih la lepas tuuu... 

Tapi kita ni sampai bila nak ada persepsi buruk kat polis atau polis trafik? Kalau tak maki depa tak boleh ka? 

Bayangkan kalau polis trafik tu ayah kita kaaa... mak kita ka... anak kita ka.. adik atau abang kita.. apa kita rasa agaknya? Kalau kita sendiri yang jadi polis trafik tu apa perasaan kita? Kita buat kerja betul pun kena maki hamun jugakkk..??? Hmmm... tak tau laa... jawab la dalam kubur masing-masing nanti...

ABBY KUTUK FARHAN LEPAS DICERAIKAN.. DULU CAMANA?

Posted: 01 Jun 2014 11:25 PM PDT

Bekas-bekas suami Abby... boleh buat union ni... heh! Ada sapa nak join ka?
Adoiii... bila dah nak bercerai tu.. macam-macam la yang keluar. Itu tak kena.. ini tak kena... umur muda sangat la... tak matang laaa.. semua ada... macam-macam la yang tak puas hati keluar...

Dulu masa nak menikah...gelojoh! Baru kenal seminggu dua terus gatal nak kahwin... masa tu kalau orang kata laki dia muda sangat pun, dia kata tak paaaa... kalau orang kata laki dia tak matang pun, dia balas balik kata orang jeles kat diaaaa....

Tu la dia Abby... dulu orang kata dah... dah nasihat dah... tapi degil... skang ni dah kena cerai sampai dua kali baru nak kalut? Heh! Lepas tu guna anak tarik simpati orang ramai? 


Nak tahu cerita? Sila klik kat sini... Apa raaaaa Abby ni....

PEJUANG BANGSA

Posted: 02 Jun 2014 12:16 PM PDT

PEJUANG BANGSA


DYANA SOFYA BAKAL TINGGALKAN DAP SEPERTI TUNKU AZIZ ??

Posted: 02 Jun 2014 08:26 AM PDT



Seorang bekas naib presiden DAP hari ini berkata beliau percaya Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP yang kalah dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan Sabtu lepas, akan meninggalkan parti pembangkang itu.

Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata beliau membuat ramalan itu berdasarkan pengalaman sendiri ketika bersama DAP.

Beliau menyertai parti itu pada Ogos 2008 dan meletak jawatan pada Mei 2012.

Tunku Abdul Aziz berkata, beliau percaya Dyana Sofya, 27, menganggotai DAP kerana yakin ia sebuah parti pelbagai kaum.

"Jika kelak beliau mendapati ia bukan parti pelbagai kaum, terserahlah kepadanya (untuk meninggalkan parti itu). Beliau menyertai DAP kerana mempunyai kepercayaan penuh terhadap parti itu," kata Tunku Abdul Aziz kepada Bernama.

Dyana Sofya tewas dengan 238 undi kepada presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, 53, daripada Barisan Nasional (BN) dalam pertandingaan satu lawan satu bagi merebut kerusi Parlimen Teluk Intan.

Pada pilihan raya umum lepas, DAP memenangi kerusi itu dengan lebih 7,000 undi.

Ditanya sama ada perjalanan Dyana Sofya dalam DAP sama seperti laluan yang telah ditempuhinya, Tunku Abdul Aziz berkata beliau dijemput menyertai parti itu bukan untuk diberi kedudukan atau platform tetapi untuk memerangi rasuah.

"Saya tertarik dengan idea memerangi rasuah, bukan untuk menentang kerajaan seperti yang mereka lakukan. Saya menyertainya untuk kebaikan negara dan masyarakat," katanya.

Setelah menyertai parti itu, Tunku Abdul Aziz dilantik sebagai naib presiden dan pada 31 Mei 2009, beliau lantik sebagai senator untuk mewakili Pulau Pinang.

Pada Mei 2012, beliau mengumumkan meletak jawatan daripada parti itu dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian DAP mengenai perhimpunan Bersih 3.0, yang antara lain, menuntut pilihan raya diadakan secara bebas dan adil. - Bernama

JAKIM PULAK DAKWA CADBURY BEBAS UNSUR DNA BABI !! @dsjamilkhir

Posted: 02 Jun 2014 02:11 AM PDT



Dua produk Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi disahkan bebas daripada unsur haram itu berdasarkan analisis yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kedua-dua sampel produk coklat dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam diambil dari kilang pengeluar produk tersebut di Shah Alam.

"Bukan hanya dua sampel dihantar untuk dianalisa Jabatan Kimia tapi 11 sampel. Keputusan analisa keluar pagi tadi.

"Keputusan analisis makmal terhadap Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok 200813 M01H12, DNA babi tidak dikesan.

"Bagi Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok 221013 N01RI1, DNA babi tidak dikesan," katanya dalam sidang media tergempar, sebentar tadi.

Menurutnya, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk syarikat Cadbury.

"Bagaimanapun, memandangkan perkara ini melibatkan tanggungjawab dan integriti syarikat, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula merangkumi bahan mentah aliran pemprosesan, penyimpanan, peralatan dan lain-lain bagi memastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

"Laporan pemeriksaan menyeluruh tersebut akan dibentangkan semula dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum Sijil Pengesahan Halal Malaysia dua produk tersebut dikembalikan," katanya.

Jamil Khir menegaskan, kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pihak dalam soal halal haram di negara ini.

"Kerajaan tidak melindung mana-mana pihak sebab bukan ringan nak tanggung soal halal haram ini.

"Kita akan panggil semua pihak untuk menyelaraskan semua perkara. Saya nak tegaskan, hanya Jakim yang boleh mengumumkan tentang halal bukan pihak lain," katanya.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan penemuan DNA babi dalam produk makanan Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no 200813M01H I2) yang bertarikh luput 13 November 2014 dan Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

MENGAPA KPJ BUAT BODOH DOKTOR DAP KEMPEN POLITIK SEMASA #PRKTelukIntan

Posted: 01 Jun 2014 08:20 PM PDT




Pilihanraya Kecil Teluk Intan sudahpun melabuhkan tirainya. Namun beberapa insiden semasa tempoh berkempen masih menjadi bualan. Salah satunya adalah tindakan seorang pakar di Pusat Perubatan KPJ yang meletakkan poster calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya, di dalam kliniknya. Sejak bilakah DAP telah mengambil alih majoriti saha.m Pusat Perubatan KPJ?

Amat malang apabila seorang pakar perubatan tidak dapat membezakan di antara karier politik beliau dan amalan perubatan terhadap pesakitnya.

Mungkin sudah sampai masanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tidakan yang sewajarnya. Bayangkan kalau kita memberitahu doktor berkenaan bahawa kita adalah ahli UMNO dan BN, bayang apakah ubat yang akan diberikan oleh doktor berkenaan. Tindakan mencampur aduk politik dan perubatan adalah satu yang menyalahi etika dan amalan yang keterlaluan -sumber 



bumiyang

Posted: 02 Jun 2014 03:53 AM PDT

bumiyang


Zuraida PKR, Mah Jangan Jadi Boneka Umno!!!

Posted: 01 Jun 2014 08:29 PM PDT

tunku

Posted: 02 Jun 2014 03:17 AM PDT

tunku


Teluk Intan by-election: Victory a turning point for Gerakan, say analysts

Posted: 01 Jun 2014 11:30 AM PDT

Datuk Mah Siew Keong's victory in the recent Teluk Intan by-election marks a turning point for Gerakan and an opportunity for the party to prove themselves to the people, said analysts.

Political analyst Khoo Kay Peng said choosing the Gerakan president in the by-election was the best decision voters there had made.

"Mah has much more experience, stature and local knowledge - that is the factor which aided him to win back the votes Barisan previously lost," he said.

Commenting on DAP candidate, Dyana Sofya Mohd Daud, Khoo said she was capable, but her ideas were too abstract.

"People need something they can relate to in tangible terms. Ultimately, what voters want is someone reliable and who will work towards solving their issues.

Khoo added that the Mah should use this opportunity effectively to help catalyse change.
Another analyst, Dr James Chin, said Mah victory would benefit the constituency greatly.

"Considering his experience in Government and his involvement in the Cabinet, Mah will know how to channel the necessary funds to his constituency and manage it accordingly to sustain its well-being.

Dr Chin added that the people voted for Mah instead of Dyana because they were looking at national issues.

"The last time around, DAP was highly dependent on votes from their outstation constituents, but they failed to return and vote during the by-election.

"Considering the influence Umno has on the constituency, Mah's win was inevitable," he added.

On Saturday, Mah won the Teluk Intan parliamentary by-election with a 238-vote majority over DAP's Dyana Sofya.

He polled 20,157 votes while Dyana Sofya had 19,919 votes. There were 543 spoilt votes.

Aspirasi Bangsa

Posted: 02 Jun 2014 02:19 AM PDT

Aspirasi Bangsa


BILA MAK DAH BERANGAN ANAK JD MP..

Posted: 02 Jun 2014 01:52 AM PDT

Panglima Perang Cyber

Posted: 01 Jun 2014 11:51 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Dua coklat Cadbury sah tiada DNA babi

Posted: 01 Jun 2014 11:50 PM PDT



KUALA LUMPUR 2 Jun - Dua sampel produk coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang syarikat itu, disahkan tidak mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine).

Produk berkenaan adalah coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini selepas keputusan ujian yang dijalankan Jabatan Kimia terhadap dua sampel coklat berkenaan diterima pagi ini.

"Dua produk itu dikesan tiada DNA babi selepas ujian terhadap sampel dari kumpulan yang sama yang diambil terus dari kilang syarikat itu, dijalankan.

"Keputusan yang dimaklukan Kementerian Kesihatan baru-baru ini mungkin tercemar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penulisan Kelas KAFA (UPKK) dan Penyerahan Surat Tawaran Geran Tahunan 1Malaysia Development Bhd .(1MDB) - Jakim 2014 di Institut Latihan Islam Malaysia di Bangi hari ini. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140602/dn_25/Dua-coklat-Cadbury-sah-tiada-DNA-babi#ixzz33SiEfhKn
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jawapan Kepada @cmLimGuanEng Kenyataan Punca Kekalahan DAP #PRKTelukIntan Yang Cuba Dikait @Zahid_Hamidi

Posted: 01 Jun 2014 10:45 PM PDT



Saya baru membaca artikel panjang lebar ditulis oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Berhubung tiga punca kekalahan DAP yang disiar di Harakahdaily.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/28309-3-sebab-awal-kekalahan-dap-di-teluk-intan




Dalam tulisan tersebut beliau membuat tekanan kepada Mah Siew Keong agar menekan Menteri DS Ahmad Zahid Hamidi minta maaf berhubung kenyataan beliau bahawa Cina sokong DAP adalah Cina yang tidak bersyukur  - sebelum menerima jawatan sebagai Menteri.

Walhal kenyataan tersebut adalah benar kerana kekayaan Cina di Malaysia adalah jasa BN memerintah negara dan mustahil akan berhasil jika kepimpinan negara begitu lemah dan gagal merangka strategi mapan untuk menjana kekayaan dan kemakmuran. 

Melayu atau India juga dikira tidak berbudi jika mereka tidak menyokong BN atas alasan yang sama. Namun Cina yang menguasai kekayaan negara lah yang diberi tumpuan kerana mereka paling ramai menikmati kek kekayaan Malaysia berbanding bangsa lain.

DAP seperti biasa melaungkan propaganda bahawa Umno perkauman dan DAP sahaja anti perkauman. Seolah terlupa bahawa parti DAP bukan sahaja perkauman dengan mahu menghapuskan peruntukan Undang-Undang keistimewaan kepada Melayu dan Bumiputera, bahkan rasis dalam bab keagamaan bila menyokong tindakan Kristian mahu kalimah Allah kepada agama mereka yang juga berlawanan dengan undang-undang!

Dengan meletakkan syarat agar Zahid Hamidi meminta maaf adalah perkara yang begitu mudah walaupun DAP sendiri bukan pernah memohon maaf atas tindakannya menghina Sultan selain sering melemparkan kecaman kepada institusi bebas dinaungi Sultan(YDP Agong)  seperti SPR atau SPRM kononnya cenderung kepada Umno.

DAP perlu cermin diri dan meminta maaf terlebih dahulu sebelum mendesak Zahid Hamidi meminta maaf. 

Kemenangan ini juga tidak salah kalau diberikan kredit kepada usaha gigih beliau turun hampir setiap hari bersama pemimpin yang lain termasuk bersama Calon Mah Siew Keong di kawasan majoriti Melayu seperti di Pekan Baru, Bukit Tungku, Sg Samak Sg Kerawai dll. 

Kelebihan bahasa jawa juga memudahkan beliau berkempen kepada pengundi agar menerima calon Cina BN sekaligus untuk dilantik sebagai Menteri !





Ceramah DS Ahmad Zahid Hamidi di Pekan Baru, Teluk Intan baru-baru ini.


Bersama rakyat di Masjdi Sg Kerawai Teluk Intan.

Sekali lagi DAP perlu cermin diri betulkan kenyataan mereka bahawa umno mengamalkan perkauman atau hakikat DAP sebenarnya yang begitu perkauman sehingga mahu keistimewaan Melayu Bumiputera dihapuskan !!!

Baca komen saya di Harakahdaily sebentar tadi sebelum pergi dari sini.





Ahad 7.41 pm



Artikel ini diulang siaran kerana masalah gambar dalam posting semalam.


Sent from my iPhone

45 Blogger Umno Desak #UMNO Pecat Ibu @Dyanasmd Calon DAP #1Malaysia @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @TengkuAdnanReal

Posted: 01 Jun 2014 10:37 PM PDT






Alhamdulillah kemenangan di PRK Teluk Intan, Perak semalam membuktikan kerjasama berpasukan yang baik di dalam Barisan Nasional (BN) membuahkan hasil positif dan terbaik untuk semua.

Jutaan terima kasih dan tahniah daripada kami cybertroopers @ bloggers Pro UMNO / BN kepada keseluruhan jentera di semua peringkat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Tidak dinafikan perjalanan PRK Teluk Intan ini dirasakan sedikit sukar dengan pembabitan calon Melayu mewakili DAP. Lebih menyulitkan keadaan lagi apabila Yammy Samat, ibu kepada calon DAP merupakan ahli UMNO yang layak digelar pengkhianat turut menyokong tindakan anaknya.

Sebagai ahli & penyokong setia UMNO, kami menggesa agar Lembaga Disiplin UMNO Malaysia mengambil tindakan MEMECAT keahlian beliau daripada parti keramat yang tak pernah gagal memperjuangkan nasib bangsa Melayu semenjak 68 tahun ini. Jika ditanya ahli-ahli UMNO di semua peringkat, pastinya mereka juga menolak pengkhianat parti seperti ibu kepada calon DAP yang dilihat turut sama berkempen bagi pihak Pembangkang.

Sejajar dengan itu, kami mendesak sekali lagi UMNO memecat Pn Yammy Samat .

Bloggers & Cybertroopers yang menyokong kenyataan ini.

1. Rezqeen Hill
2. Bersih 3 Suku
3. The Kuala Lumpur Chronicle
4. Cucu Tok Selampit
5. MedanTempurKedah
6. From The Eye Of Segambut Princess
7. Mallaccra
8. Brader Jai
9. Parit Buntar Rebels
10. AntiDotCom
11. Generasi Pejuang Bangsa
12. Kedah Ke KL
13. Pemuda Putrajaya
14. Kelab Chedet
15. Pisau Kedah
16. Penggempur Mutiara
17. Team Media Kedah
18. Tenteramaya
19. Anak Seberang
20. Hablulyuzi
21. Media Haria
22. Wan Radzuan
23. Keris7lok
24. Harapan Esok
25. Tun Faisal
26. Dr. MiM
27. Warta Rakyat
28. Shah Alam Rebels
29. Empayar Pemuda
30. Panglima Perang Cyber
31. Mat Kilau Penang
32. Sir Azri
33. Afiq KL Town
34. Daeng Selili
35. Mega Bidaman
36. Badut Rakyat
37. 1Peluru
38. Sir Zapa
39. MyMassa
40. Malay Rights
41. Ramadhan Ramli
42. Celapak Mantah
43. Aboudiabydoo
44. Pecah Palak Mikir
45. Kome Sokmo

Esok pasti jumlah sokongan ini akan bertambah bukan saja dari kalangan bloggers malahan ahli-ahli UMNO di luar sana juga.

Sama-sama kita desak agar kepimpinan parti membuat keputusan mengutamakan ahli dan perjuangan parti tanpa pengkhianat.



Sumber : http://riziqin.blogspot.com/2014/06/lebih-30-blogger-desak-umno-pecat-ibu.html?m=1




Panglima juga sokong tindakan dikenakan terhadap ibu beliau yang menyokong anaknya.

DAP adalah musuh ketat perjuangan Umno sepanjang masa dan tidak boleh dikompromi.



Sent from my iPhone

@CmLimGuanEng akui masalah dalaman parti punca kalah di PRK Teluk Intan ???

Posted: 01 Jun 2014 08:45 PM PDT

Paling menarik disalahkan Umno kononnya sebagai punca kekalahan selain peratusan rendah pengundi yang sebenarnya adalah manifestasi kepada sabotaj dalaman parti.

Ia juga mungkin menjadi punca pengundi luar DAP malas pulang selepas kecewa calon bukan anak tempatan menjadi pilihan DAP !

Dengan pengalaman calon BN berbanding Dyana Sofya maka ia membuka ruang BN dipilih kali ini.

Apatah lagi tawaran jawatan menteri diumumkan Perdana Menteri jika Mah Siew Keong menang.

Jawapan Kenapa Jumlah Undi PRK Teluk Intan Tidak Sama - 49 Kertas Tidak Dimasukkan Dalam Peti !!!

Posted: 01 Jun 2014 07:56 AM PDT

Jawapan Kepada Artikel @CmLimGuanEng '3 sebab awal kekalahan DAP di Teluk Intan' Yang Dikait Dengan Naib Presiden Umno @Zahid_Hamidi

Posted: 01 Jun 2014 04:53 AM PDT


Saya baru membaca artikel panjang lebar ditulis oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Berhubung tiga punca kekalahan DAP yang disiar di Harakahdaily.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/28309-3-sebab-awal-kekalahan-dap-di-teluk-intan

image.png


Dalam tulisan tersebut beliau membuat tekanan kepada Mah Siew Keong agar menekan Menteri DS Ahmad Zahid Hamidi minta maaf berhubung kenyataan beliau bahawa Cina sokong DAP adalah Cina yang tidak bersyukur  - sebelum menerima jawatan sebagai Menteri.

Walhal kenyataan tersebut adalah benar kerana kekayaan Cina di Malaysia adalah jasa BN memerintah negara dan mustahil akan berhasil jika kepimpinan negara begitu lemah dan gagal merangka strategi mapan untuk menjana kekayaan dan kemakmuran. 

Melayu atau India juga dikira tidak berbudi jika mereka tidak menyokong BN atas alasan yang sama. Namun Cina yang menguasai kekayaan negara lah yang diberi tumpuan kerana mereka paling ramai menikmati kek kekayaan Malaysia berbanding bangsa lain.

DAP seperti biasa melaungkan propaganda bahawa Umno perkauman dan DAP sahaja anti perkauman. Seolah terlupa bahawa parti DAP bukan sahaja perkauman dengan mahu menghapuskan peruntukan Undang-Undang keistimewaan kepada Melayu dan Bumiputera, bahkan rasis dalam bab keagamaan bila menyokong tindakan Kristian mahu kalimah Allah kepada agama mereka yang juga berlawanan dengan undang-undang!

Dengan meletakkan syarat agar Zahid Hamidi meminta maaf adalah perkara yang begitu mudah walaupun DAP sendiri bukan pernah memohon maaf atas tindakannya menghina Sultan selain sering melemparkan kecaman kepada institusi bebas dinaungi Sultan(YDP Agong)  seperti SPR atau SPRM kononnya cenderung kepada Umno.

DAP perlu cermin diri dan meminta maaf terlebih dahulu sebelum mendesak Zahid Hamidi meminta maaf. 

Kemenangan ini juga tidak salah kalau diberikan kredit kepada usaha gigih beliau turun hampir setiap hari bersama pemimpin yang lain termasuk bersama Calon Mah Siew Keong di kawasan majoriti Melayu seperti di Pekan Baru, Bukit Tungku, Sg Samak Sg Kerawai dll. 

Kelebihan bahasa jawa juga memudahkan beliau berkempen kepada pengundi agar menerima calon Cina BN sekaligus untuk dilantik sebagai Menteri !


image.jpeg

image.jpeg
Ceramah DS Ahmad Zahid Hamidi di Pekan Baru, Teluk Intan baru-baru ini.

image.jpeg
Bersama rakyat di Masjdi Sg Kerawai Teluk Intan.

Sekali lagi DAP perlu cermin diri betulkan kenyataan mereka bahawa umno mengamalkan perkauman atau hakikat DAP sebenarnya yang begitu perkauman sehingga mahu keistimewaan Melayu Bumiputera dihapuskan !!!

Baca komen saya di Harakahdaily sebentar tadi sebelum pergi dari sini.

image.png



Ahad 7.41 pm

Sent from my iPhone

The Unspinners

Posted: 01 Jun 2014 11:22 PM PDT

The Unspinners


Dah masa DAP bersarakan Kit Siang

Posted: 01 Jun 2014 07:13 PM PDT


DIa bawa slogan Ubah kepada DAP tapi dia sendiri tak mahu berubah.


Politik rasis dan cauvanis Lim Kit Siang sudah patut diakhiri






Akhirnya dia mahu bonekakan Melayu


#BN4TlkIntan: Orang Telok Intan tak suka politik provokasi DAP

Posted: 01 Jun 2014 08:30 AM PDT



Sesuatu yang orang Pakatan tidak sedar adalah kawasan Telok Intan adalah kawasan luar bandar dan ia bukan tempat yang tinggi kesedaran dan pemahaman politik kebangsaan.

Kawasan luar bandar ini masih merupakan kawasan pertanian dan banyak estet-estet mengelilingi bandar ini.

Rata-rata program ceramah bukan ramai sangat yang datang.

Bagi Pakatan cuba membuat provokasi seperti berikut...



Dah tua-tua perangai macam gini ... ingat orang Telok Intan suka.

Lepas tu Chegu Bard mesti nak tunjuk samsengnya bila PRK








Ingat orang Telok Intan suka?

DAP gitu nyaring dengan propaganda bila dua kali Dyana tidak dibenarkan dan masuk kawasan Melayu untuk kempen.

Sampai buat banner katakan tolak politik samseng. Yang Chegu Bard tu kenapa tak tolak?

Kalau nak faham, orang Melayu hanya memberi reaksi bila diprovokasikan.


Kata-kata Dyana yang skripnya datang dari DAP amat memprovokasikan. Tak boleh salahkan orang marah. Tak ada otak ke Dyana untuk provokasikan orang ketika kempen pilihanraya????

Kenapa Mkini dan portal pembangkang tak bising bila India kawasan estet tahan Dyana dari masuk? Kenapa tak bising bila kumpulan cina tak mahu Dyana tanding untuk DAP???

B^t*n lah DAP!!!

Elok sebenarnya mereka buat pernaga buat BN kerana mereka hanya akan menyampah Pakatan lalu antara undi BN atau tak datang mengundi.

#BN4TlkIntan: Ketua Bahagian dan ahli UMNO yang patut disiasat atau dipecat kerana sabotaj BN

Posted: 01 Jun 2014 04:50 AM PDT


Harap pihak pengurusan UMNO siasat Ketua Bahagian Telok Intan, Dato Azahar kerana di suspek cuba sabotaj parti dan BN.

Desas desus mengatakan Dato Azahar ada menyebut lebih baik Dato Mah kalah kerana peruntukan yang diagihkan oleh ahagian akan diuruskan oleh Dato Mah dan bukan dirinya.

Selain itu, ada insiden di mana seorang bapa angkat telah memanggil seorang Ketua PDM tapi dia tidak dibenarkan berjumpa tapi orang Dato Azahar dari kawasan lain yang pergi berjumpa. PDM tersebut agak rendah pengangkutan dalam mendapatkan pengundi Melayu dan India untuk keluar.

Walaupun dikatakan seperti sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak, tapi bukan dia yang buat inisiatif.

Malah kelakuannya pada hari pembuangan undi agak anih. Di ahanya datang salam-salam dan senyum-senyum tapi bukan untuk sama meraih undi. Malah mulut dia berat untuk minta pengundi mengundi.


Yang jelas tanpa syak dan waham adalah perlunya memecat Yammy Samat.

Walaupun ahl parti dan bekas pemegang jawatan, dia bukan mempertahankan anaknya untuk bertanding bawah DAP tapi juga sedia memberi sokongan.


Dalam satu majlis, dia bersama bangun dan mengangkat manifesto DAP.


Pada malam finale perhimpunan DAP, dia hadhir sebagai tetamu hormat.


Akhir sekali adalah seorang bernama Mat Noor dari PDM Kg Changkat Jong.

Kalau tak dipecat dari Umno sekarang dia akan menjadi duri dalam daging yang akan membuatkan daging jadi busuk.

Hanya kerana hal peruntukan untuk PDM, dia sanggup mendirikan bendera DAP sebesar-besarnya dan dia pacak setinggi 25 kaki hanya kerana DAP sedia bayarkan duit.

Bendera itu dikawalnya siang dan malam bersama supaya akan terus kekal dan begitu menyerlah.

#BN4TlkIntan: Menjawab psywar DAP cuba menyangkal keputusan

Posted: 31 May 2014 11:44 PM PDT




Jawapannya senang pada mangkuk kasi spin ini semua:

Jumlah pemilih 60,349;
Kertas undi yang dikeluarkan dalam pengundian 40,668;

BN 20,157;
DAP 19,919;

Jumlah Undian olih Pemilih 40,076;
Jumlah Kertas Undi Rosak 543;
Bilangan kertas undi yang dikeluarkan tapi tak dimasukkan dlm Peti Undi (Undi Biasa,Undi Awal;Undi Pos n Undi Tidak Hdhir/luar negara); 49

Peratus Pengudian 67.4% dan Majority 238.

Mana yang tak balance wahai mangkuk-mangkuk cadbury DAP?

Sebelum Returning Officer umum keputusan, kedua calun atau wakil dipanggl tapi tiada respons dari DAP.

Sesiapa yang tak setuju, sila buat petisyen pilihanraya kalau ada banyak masa untuk dibuang.

Puak-puak ini memang macam gitu. BIla menang SPR ok. BBila kalah, SPR ada saja isu.

Dari etang semalam mereka dah cuba buat propaganda seolah DAP menang.

Malaysiakini laporkan mula-mula DAP menang 1,700 undi. Waktu tengahhari mereka sebarkan SMS DAP dah menang.

Sepanjang masa Twitter mereka masih mainkan seolah-olah mereka menang




Alah tak payah selindung. Kit Siang dah akui kalah....


Mkini tahu kempen DAP koyak


Bila keputusan rasmi keluar, calun atau wakil tak protes sebelum umum pun.


Dari bising-bising pasal SPR, bisigkan Anwar Ibrahim

Ustaz Moden's Weblog

Posted: 01 Jun 2014 11:01 PM PDT

Ustaz Moden's Weblog


Masjid al haram imaams schedule Ramadan 1435 Hijrah

Posted: 01 Jun 2014 08:17 AM PDT


ANGIN PERUBAHAN

Posted: 01 Jun 2014 10:20 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Bukti Jentera PAS Sabotaj DAP Di #PRKTelukIntan

Posted: 01 Jun 2014 09:54 AM PDT



Restoren 238 Ini Bawa Tuah Pada Mah? #PRKTelukIntan

Posted: 01 Jun 2014 02:57 AM PDT

Restoren 238 ini terletak di Lorong Pala 1, Taman Jaya, Teluk Intan. Nama restoren itu sama dengan jumlah majoriti yang Mah Siew Kong dapat bila menewaskan calon DAP, Dyana Sofya di Teluk Intan semalam.

Restoren ini memang menjadi tumpuan masyarakat Cina Teluk Intan untuk bersarapan pagi. Apakah ini kebetulan ? Apa pun yang terjadi, keputusan rakyat sudah bersuara. Teruskanlah berkhidmat untuk rakyat Teluk Intan. Tahniah Mah dan BN.





Siapa Kata BN Tidak Beri Orang Muda Jadi Calon Pilihanraya? #PRKTelukIntan

Posted: 01 Jun 2014 01:30 AM PDT

Hanya Dyana seorang sahaja dijadikan umpan dan cerita kononnya BN tidak pernah beri tempat pada orang muda. Baca fakta berikut dahulu:

1) 42% daripada 13.2 juta pengundi pada pilihan raya umum ke-13 ini adalah pengundi muda.

2) BN sudah tampilkan 33% calon parlimen muka baru, 49% calon DUN pun muka baru serta 31% daripada kesemua 727 calon adalah muka baru.

3) Jika kita lihat pada senarai calon parlimen BN pada PRU13, 18 orang daripada 222 orang calon parlimen BN adalah berusia bawah 40 tahun.

4) 74 orang calon parlimen BN dalam PRU13 adalah calon baru. 23 orang daripadanya adalah calon muda yang berusia bawah 43 tahun.

5) Daripada sejumlah 43 orang itu 2 orang daripada pemimpin belia & NGO, ahli perniagaan 4 orang, 3 orang doktor, 3 orang peguam, 1 orang jurutera dan 2 orang pensyarah.

6) 91% daripada sejumlah 727 calon BN dalam pilihan raya umum yang lepas adalah memiliki kelulusan sekurang-kurangnya diploma.

7) Akan ada sejumlah 6.7 juta pengundi baru pada PRU14 nanti, semuanya orang muda. BN sudah pasti akan menyusun strategi yang bersesuaian tawan hati dan minda orang muda.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 01 Jun 2014 09:44 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


TUGAS MELAYU. HAPUSKAN DAP,LIBERAL DAN SEKULAR.

Posted: 01 Jun 2014 02:15 PM PDT

KPJ TERNAK DOKTOR KEMPEN UNTUK DAP ?

Posted: 01 Jun 2014 05:08 AM PDT

K CHINNAMAH ANTARA HERO YANG TAK DIDENDANG.

Posted: 01 Jun 2014 01:59 AM PDT

tok gajah

Posted: 01 Jun 2014 09:18 PM PDT

tok gajah


DAP tolak calon melayu pilihan Lim Kit Siang......?

Posted: 01 Jun 2014 09:45 AM PDT


Di sini Tok Gajah46 tumpang bergembire di atas kejayaan calon BN Datuk Mah yang telah menewaskan calon DAP Cik Dayana. Kejayaan Datuk Mah ni telah membuktikan bahawe kaum cine masih menyokong kerajaan Barisan Nasional.

Bagi Tok, bilangan majoriti yang agak kecil tu tak penting, yang penting kite dah pun menang.  Kemenangan BN di P76 Teluk Intan ni sangat memberi makna yang sungguh besar terhadap kepimpinan PAS. Tok peratikan elame ni pemimpin2 PAS mendabik dade di kawasan2 pengundi cine yang melebihi 40%

Pemimpin2 PAS terlalu yakin Pakatan Rakyat pasti akan menang di kawasan2 ini berdasarkan kunun nye kaum cine telah menyokong PR secare total. Nah! Sekarang ape telah terjadi di P76 Teluk Intan? Kan ke PR dah tumbang tergolek!

Pade pandangan Tok ade beberape fakte yang telah menyebabkan DAP tumbang tergolek di P76 Teluk Intan. Walaupun ade suare yang mengatekan kaum cine telah menolak calon DAP yang berbangse melayu dan beragame Islam. Yang ini Tok tersangat lah bersetuju.

Tok tak pelek bile mendengar kaum cine DAP telah menolak calon melayu muslim nye, kite semue dah pun maklum tahu bahawe cine DAP tersangat resis, anti melayu dan anti Islam. Mereke ber baik2 dengan melayu/Islam kerane tujuan 'tertentu' sahaje - "ade udang disebalik batu" kate pepatan melayu dulu2.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 01 Jun 2014 03:20 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Lelaki bernafsu binatang

Posted: 01 Jun 2014 04:01 PM PDT

Cornwall, England: Seorang lelaki yang gagal mengawal "nafsu" pelik terhadap lembu dihukum penjara selepas dia mengancam untuk membunuh sebuah keluarga yang cuba menghalang berahinya.

David Truscott, 43, dilaporkan berulang kali berguling di kandang lembu dalam keadaan bogel untuk memuaskan nafsunya di sebuah ladang di Redruth, Cornwall.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Exeter Crown semalam, Truscott dikatakan melakukan aksi tidak senonoh itu selama lapan tahun.

Mahkamah juga diberitahu, Truscott bertindak membalas dendam ke atas pemilik ladang itu -Clive dan Jackie Roth - apabila mereka menghalang tindakannya itu.

Dia yang dipenjarakan pada 2005, 2009 dan 2011 atas tindakan yang dilakukan, berulang kali membakar bangsal, traktor, kandang dan rumput kering di ladang itu.

Tahun lalu, dia mengaku mengancam untuk membunuh keluarga Roth dan memusnahkan harta benda mereka.

Kini tempoh hukumannya dilanjutkan kepada 10 tahun berikutan laporan pemeriksaan yang dilakukan pakar psikologi ke atasnya.

Hakim Philip Wassall memberitahu, akibat gangguan Truscott bahawa keluarga Roth sentiasa hidup dalam ketakutan.

"Apabila keluarga itu mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghalang kamu menceroboh ladang mereka, kamu mula melakukan jenayah ini.

"Kamu juga menyatakan tidak kisah dimasukkan ke penjara asalkan dendam kamu terbalas.

"Itu memberi impak buruk kepada keluarga ini dan menyebabkan mereka hidup dalam ketakutan," katanya.

Wassall juga memberitahu Truscott, dia akan menghabiskan masa lima tahun pertama di penjara dengan menjalani rawatan di hospital.

Truscott kemudian perlu menyambung tempoh lima tahun lagi di dalam penjara.

Mahkamah juga mengeluarkan perintah yang melarangnya mendekati ladang itu.

Peguam pendakwa, Elanor Purkis berkata defendan mempunyai nafsu pelik terhadap binatang.

Pada September 2009, Truscott dihukum penjara 16 minggu selepas berbogel di kandang lembu bagi memuaskan nafsunya.

Selepas dibebaskan, dia kembali ke ladang itu dan melakukan perkara yang sama, menyebabkan dia dipenjara 20 minggu lagi.

Truscott dipenjara selama dua tahun pada September 2011 selepas polis menahannya dalam keadaan bogel di ladang itu dan mengganggu keluarga Roth.

Kali terakhir dia melakukan perkara itu adalah pada Jun tahun lalu.- Agensi

Mangsa rogol dendam lelaki

Posted: 01 Jun 2014 04:01 AM PDT

Add caption
KHAMIS lalu, akhbar melaporkan kes rogol yang melibatkan remaja bawah umur di Kelantan semakin membimbangkan dengan sejumlah 21 kes dilaporkan Januari lalu.

Meskipun jumlahnya belum mencatatkan peningkatan berbanding tahun lepas, nisbah laporan sebanyak empat kes sebulan merupakan suatu perkara yang perlu dipandang serius.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, Azham Othman berkata, majoriti kes rogol yang dilaporkan melibatkan remaja bawah umur.

Katanya, masalah itu perlu ditangani segera bagi mengekang gejala sosial seperti itu daripada terus berlarutan.

Malah, pelbagai program bagi mendidik rakyat berhubung perkara itu juga perlu digiatkan.

Terbaru, pada 20 Mei lalu, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mendakwa dirogol oleh 38 lelaki secara bergilir-gilir.

Remaja yang merupakan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Kuala Krai itu dirogol di sebuah rumah kosong yang terletak di Ketereh.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa bersama seorang rakan lelaki pergi ke Ketereh untuk bertemu dengan seorang rakan wanita di sebuah rumah kayu kosong yang dikelilingi semak.

Mangsa dan rakan lelakinya bertemu dengan seorang lagi lelaki yang membawa mereka ke rumah kosong tersebut.

Belum sempat mereka beredar dari rumah tersebut, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an bersama hampir 40 lelaki yang lain menghampiri mangsa dan rakannya.

Mereka dibawa ke dalam sebuah bilik, ditampar dan dirogol secara bergilir-gilir sehingga pengsan sambil disaksikan rakan lelaki mereka.

Katanya, apabila mangsa tersedar, rakan lelakinya memberitahu bahawa dia telah dipaksa untuk menyaksikan mangsa dan seorang lagi rakannya dirogol oleh 38 lelaki.

Tinjauan mendapati, untuk memasuki kampung tersebut dan sampai ke lokasi kejadian perlu melalui kebun getah dan sawah.

Susulan kejadian itu, seramai 12 individu berusia antara 17 hingga 40 tahun dari Kampung Hutan Pasir termasuk remaja perempuan 17 tahun yang mendakwa menjadi mangsa jenayah itu, ditahan polis bagi membantu siasatan.
Benci

Sementara itu, Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Dr. Zainal Madon berkata, kejadian rogol dapat memberi kesan psikologi kepada mangsa dari segi mental, emosi, perlakuan dan sosial.

"Kesan psikologi menjadi lebih serius sekiranya kejadian rogol ini berlaku secara kejam.

"Daripada segi mental, ia menyebabkan kecelaruan mental akibat trauma kesan dirogol. Malah, mangsa rogol juga akan kerap membayangi peristiwa tersebut dan seringkali menunjukkan simptom seperti terkejut atau ketakutan," ujarnya.

Tambahnya, kesan psikologi akan mengakibatkan emosi seseorang menjadi tidak stabil, tertekan, sedih, tidak puas hati, benci dan takut.

"Perkara ini akan membawa kepada kemurungan atau emosi yang tidak terkawal seperti menjerit, histeria atau bertindak agresif. Jika keadaan ini berlarutan, ia boleh mengganggu kehidupan sosial seseorang.

"Mangsa akan berasa malu, hilang keyakinan diri dan fobia untuk berinteraksi dan berhubung dengan orang lain. Malah, ia menyebabkan mangsa tidak mahu hadir ke sekolah, serta malu berjumpa rakan-rakan dan masyarakat.

"Selain itu, mangsa juga akan menyimpan perasaan dendam terhadap kaum lelaki," jelasnya.

Katanya, keluarga perlu memainkan peranan dalam memberi sokongan moral dan emosi bagi membantu mangsa rogol.

"Selain itu, sesi kaunseling juga perlu diadakan bagi membantu mangsa memulihkan kembali keyakinan, meluahkan emosi yang terpendam dan membina semula personaliti dan jati dirinya.

"Usaha menjejaki si perogol juga mesti dilakukan secara berterusan dan mengenakan hukuman terhadap si pelaku dapat meredakan perasaan tidak puas hati mangsa," beritahu beliau.

JAIS serbu majlis perkahwinan hindu

Posted: 01 Jun 2014 03:15 AM PDT

Petaling Jaya: Majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu tergendala apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa membabitkan seorang pengantin wanita yang beragama Islam, di sini, pagi tadi.

Tinjauan wartawan Harian Metro ke lokasi majlis di Jalan SS 1/25 pada jam 10.30 pagi tadi mendapati kira-kira 50 tetamu sudah tiba di majlis berkenaan sebelum empat pegawai penguatkuasa JAIS tiba untuk melakukan siasatan. Bagaimanapun, keadaan di lokasi terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan tetamu yang hadir memberikan kerjasama kepada pegawai JAIS di samping kawalan ketat kira-kira 10 pegawai dan anggota polis di luar kawasan majlis tersebut.

Menurut sumber, perkahwinan antara lelaki beragama Hindu dan pasangannya yang dipercayai beragama Islam dijangka dilangsungkan pada 10.30 pagi dan ia terpaksa dibatalkan selepas pihak berkuasa mendapat aduan bahawa perkahwinan tersebut melanggar undang-undang.

"Pihak berkuasa menerima maklumat daripada orang awam bahawa ia (perkahwinan) akan dilangsungkan pada hari ini dan hasil siasatan mendapati maklumat itu tepat dan serbuan telah dijalankan," kata sumber.

Kesal bogel depan anak

Posted: 01 Jun 2014 03:01 AM PDT

Bintang X-Men, Hugh Jackman, 45, mengakui bekerja keras membentuk tubuh­nya supaya lebih sasa sebagai persediaan melakonkan babak bogel dalam sekuel X-Men: Days Of Future Past.

Bagaimanapun, Jackman me­ngaku perasaan terujanya bertukar menjadi kurang selesa apabila terlupa menyuruh anaknya Ava, 8, dan Oscar, 14, menutup mata ketika babak itu.

"Melihat kembali hasil lakonan saya adalah sesuatu yang mengujakan, tetapi semua itu le­nyap apabila saya sedar anak turut menyaksikan babak yang tidak sepatutnya mereka lihat. Saya terlupa meminta Ava menutup mata supaya tidak melihat adegan itu.

"Sebaik melihat babak itu, Ava bertanya kenapa saya tidak memakai sebarang pakaian. Saya mengalami kesukaran mencari alasan kukuh buatnya," katanya.

Memegang watak Wolverine dalam X-Men, Jackman yang berkahwin dengan Deborra-Lee Furness mengaku diet ketat ­dilakukan pada hari penggambaran bermula bukan idea yang baik. Katanya,­ dia pitam kerana ­terlalu dahaga.

"Sesiapa yang menonton ­pasti tidak tahu penyebab kejadian itu berlaku. Penggambaran filem ini dijalankan setahun lalu. Pada 21 Mei, saya melakukan senaman tekan tubi selama sejam sebelum memulakan penggambaran.

"Sebelum ke lokasi penggambaran, saya langsung tidak minum­ selama 24 jam, mengakibatkan saya sangat mengantuk pada jam 2 petang. Saya trauma dengan kejadian itu. Selepas ini saya akan meng­gubah cara diet saya," katanya.

Guan Eng dedah tiga sebab Dyana tewas di Teluk Intan

Posted: 01 Jun 2014 01:01 AM PDT

GEORGETOWN - DAP mendakwa terdapat tiga faktor yang membawa kekalahan parti itu dalam PRK Parlimen Teluk Intan semalam.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, berdasarkan analisis awal, peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu 66.5 peratus adalah antara punca utama DAP kalah.

"Peratusan keluar mengundi menurun kepada kira-kira 66 peratus, iaitu kurang 7,000 hingga 8,000 pemilih berbanding kira-kira 80 peratus pada PRU lepas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang acara Penang Run di sini, hari ini.

Beliau mendakwa, kebanyakan pemilih yang tidak hadir untuk mengundi adalah mereka yang propembangkang dan berada di luar kawasan.

Katanya dua faktor lagi yang menyebabkan kekalahan calon parti itu ialah permainan politik Umno ketika berkempen serta hakikat bahawa Dyana Sofya adalah muka baharu di kawasan itu dan tidak mempunyai cukup masa untuk membiasakan diri dengan penduduk setempat.

Dalam PRK itu, BN menang kerusi Parlimen Teluk Intan apabila calonnya, Datuk Mah Siew Keong, yang juga Presiden Gerakan, memperoleh majoriti 238 undi setelah mendapat 20,157 undi, manakala calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud meraih 19,919 undi.

Menurut Guan Eng, DAP akan membuat kajian terperinci tentang kekalahannya di Teluk Intan.

"Kami tidak menyesal meletakkan calon muda Melayu (Dyana Sofya) di Teluk Intan kerana dia telah mempamerkan prestasi yang boleh dipuji," katanya sambil menegaskan bahawa walaupun kalah, Dyana akan terus berjuang dan berkhidmat kepada penduduk kawasan itu. - Bernama

'Sapu' air mani guna jari atas permukaan faraj pasangan

Posted: 31 May 2014 11:01 PM PDT

Adakah akan terjadi kehamilan sekiranya saya menggosok permukaan faraj pasangan menggunakan jari yang berkemung­kinan terdapat air mani?

Zuhaili
Muar, Johor


Air yang keluar dari faraj atau air mani yang keluar dari zakar lelaki akan bercampur aduk dan membolehkan sperma berkeliaran masuk ke faraj apabila ia bertemu. Ini kerana, selagi ada punca air, selagi itu sperma itu mampu bergerak.

Jadi, tidak hairan jika wanita yang masih dara boleh hamil jika air mani pasangan lelaki hanya dipancut di luar permukaan faraj kerana sperma ini mampu berenang selagi wujud bendalir biarpun sedikit.

Sama juga situasi apabila air mani yang dirembeskan ke dalam mulut seseorang. Jika air mani bercampur air liur itu diletakkan di permukaan faraj, maka ia boleh menyebabkan kehamilan walaupun seseorang itu masih dara.

Berdasarkan senario ini, jika jari anda terdapat air mani, adalah tidak mustahil pasangan anda untuk hamil.

Pakar Sakit Tuan @ Harian Metro

Suspek rogol punyai kaitan keluarga

Posted: 31 May 2014 09:01 PM PDT

KOTA BHARU 30 Mei - Sebahagian suspek yang ditahan polis berhubung kes rogol dua pelajar oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh di sini pada 20 Mei lalu mempunyai hubungan kekeluargaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng memberitahu, suspek tersebut termasuk tiga beranak yang ditahan di Ketereh semalam.

Beliau berkata, kesemua suspek juga kebanyakannya tinggal di kampung yang sama.

"Setakat ini seramai 14 suspek telah ditahan dan kebanyakan mereka terdiri daripada anak beranak, sepupu dan pertalian lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, polis berjaya menahan empat lagi suspek termasuk seorang bapa bersama dua anak lelakinya yang berumur 15 dan 17 tahun.

Bapa yang berusia 38 tahun bersama dua anaknya itu ditahan di sekitar Ketereh pada pagi semalam manakala seorang lagi berusia 20-an, turut diberkas di kawasan berdekatan.

Penahanan itu menjadikan jumlah mereka yang diberkas bagi membantu siasatan kes tersebut kepada 14 orang dan kesemua suspek tersebut kini ditahan reman.

Yong Heng berkata, polis kini terus giat memburu suspek lain dan percaya mereka akan diberkas dalam tempoh terdekat.

"Kita akan memburu saki-baki suspek terlibat untuk siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan," katanya.

Utusan

Jangan fikir 'nikmat' seks sahaja

Posted: 31 May 2014 07:01 PM PDT

SHAH ALAM- "Jangan fikirkan kenikmatan sahaja. Seeloknya, fikir keburukan terlebih dahulu sebelum kamu melakukan perkara tersebut," kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman kepada seorang penghantar surat sebuah syarikat insurans yang melakukan kesalahan rogol terhadap gadis bawah umur, tiga tahun lalu.

Menurut hakim, usia yang muda bukan menjadi faktor untuk lelaki itu melakukan perbuatan perbuatan itu. "Pada waktu kejadian, kamu berusia 19 tahun dan mampu berfikir lebih jauh terhadap kesan perbuatan yang dilakukan itu," katanya.

Bagaimanapun, mahkamah mengurangkan hukuman penjara daripada 10 tahun kepada sembilan tahun atas kesalahan merogol gadis bawah umur. Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan rayuan Umar Abdullah Shani, 23, terhadap sabitan dan hukuman yang dikenakan ke atasnya.

Mahkamah juga turut mengurangkan jumlah sebatan daripada tiga kepada satu sebatan. Umar dalam kandang pesalah kelihatan tunduk sewaktu Abdul Halim memberi nasihat kepadanya.

Dia didakwa merogol seorang pelajar tingkatan empat yang pada ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Taman Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Perbuatan itu didakwa dilakukan jam 11 pagi pada 20 September 2011.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh diwakili peguam, Muhammad Hidhir Mustapa. Sebelum ini, pada 8 April 2013, mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan tiga sebatan selepas tertuduh didapati bersalah terhadap pertuduhan tersebut.-SH.

Aksi ghairah Sharifah Sakinah bakal temui peminat - Micheal Ang

Posted: 31 May 2014 06:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pengarah drama Michael Ang pasti penonton tidak akan memberi persepsi negatif terhadap karya terbaharunya iaitu Racun Menantu yang mempunyai sedikit adegan kemban lakonan Sharifah Sakinah.

Michael berkata, pengarahan dalam karya berkenaan yang menuntut Sharifah Sakinah beraksi ghairah ketika berkemban itu sekadar mahu menyampaikan cerita mengenai watak Sara yang cuba menggoda lelaki-lelaki yang dibencinya.

"Memang ada unsur ghairah tetapi tidaklah keterlaluan. Ia nampak ghairah kerana Sakinah berkemban dan selebihnya dia lakonkan adegan yang mahu menggoda beberapa lelaki tanpa menunjukkan apa-apa aksi keterlaluan pun.

"Saya percaya penonton zaman sekarang mampu berfikir secara bijak apabila menonton sesebuah karya itu," katanya.

Michael ditemui pada majlis pelancaran tiga supertelefilem siaran Astro Box Office Movies iaitu Lai Krathong, Racun Menantu dan Penunggu Bayang di Hard Rock Cafe di sini pada Jumaat.

Ketiga-tiga supertelefilem itu merupakan terbitan Dark Wave Productions Sdn Bhd.

Racun Menantu memaparkan penderitaan seorang kanak-kanak iaitu Sara yang diculik dan kemudiannya dipaksa menjadi pelacur.

Apabila dewasa, Sara membalas dendam terhadap lelaki yang mersokkannya.

Karya yang menampilkan pelakon Zaidi Omar, Izreen Azminda, Helmi Moin dan Sakinah itu akan ditayangkan pada 6 Ogos depan.

Dalam pada itu Penunggu Bayang yang juga karya Michael lakonan Hairul Azreen akan ditayangkan pada 23 Julai.

Sementara itu dalam perkembangan yang sama karya pengarah Zul Huzaimi pula dapat disaksikan menerusi Lai Krathong yang mengisahkan mengenai cinta mendalam Che Yem (Zul) dan Su Fei (Dora Arina).

Perasaan cinta Che Yem tidak dapat dilupakan selepas kematian Su Fei sehingga dia sanggup melakukan perbuatan syirik menghidupkan semula kekasihnya itu.

"Saya tidak pernah melihat hantu di depan mata tetapi saya percaya adanya jin yang menganggu fikiran manusia.

"Jadi saya menghasilkan cerita ini berdasarkan pengamatan saya bahawa manusia suka taksub dengan sesuatu perkara sehingga sanggup melakukan perkara-perkara syirik.

"Jadi saya yakin kisah ini mampu memberi pengajaran kepada penonton," ujar Zul Huzaimi.

Lai Krathong akan ditayangkan pada 18 Jun ini.

Antara pelakon lain yang turut terlibat termasuklah Ruminah Sidek, Roy Azman, Shahrizal Jaszle, Elfira Loy dan Guntur Triyoga.

Ketiga-tiga supertelefilem tersebut ditayangkan di Astro Box Office Movies menerusi saluran 130 bermula pukul 10 malam.

Piala Thomas: 'Saya bukan pengkhianat' - Izuan Ibrahim

Posted: 31 May 2014 04:36 PM PDT

NAMA Mohammad Izuan Ibrahim tiba-tiba popular. Kalau bukan kerana Jepun memenangi kejuaraan Piala Thomas buat kali pertama dalam sejarah pertandingan, barangkali anak Malaysia ini tidak dikenali ramai.

Kejayaan negara matahari terbit itu menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan akhir di Stadium Siri Fort, New Delhi, India menyebabkan negara kempunan menamatkan kejuaraan Piala Thomas selama 22 tahun.

Izuan, anak kelahiran Kelantan merupakan jurulatih mendidik pemain perseorangan kedua Jepun, Kento Momonta yang menumpaskan Chong Wei Feng 21-15 dan 21-17 sekali gus mengutip mata pendahuluan 2-1 dalam perlawanan akhir tersebut.

Namun di sebalik kejayaan tersebut, Izuan dicop sebagai pengkhianat kerana membantu Jepun menumbangkan Malaysia. Apa pun, bekas pendidik ini tetap tenang berdepan situasi itu dan tidak melatah dilabelkan sedemikian.

Wartawan Sinar Harian Kelantan, Mazram Idzam Ridzal Mahmud dan Siti Fatihah Awang berkesempatan menemui Izuan untuk wawancara eksklusif ini.

Orang tak kenal siapa Izuan Ibrahim tetapi tiba-tiba nama saudara hangat diperkatakan. Sebelum ini, saudara seorang pendidik, kemudian letak jawatan, tak pernah jadi pemain badminton kebangsaan tapi tiba-tiba jadi jurulatih badminton. Itu merupakan satu perkara menarik dan tidak diketahui ramai.

Izuan : Saya mula mengenali badminton sejak berumur tujuh tahun. Pada usia 13 tahun, saya berlatih bersama bapa Mohd Hafiz Hashim di Kelab Suara Muda. Setahun kemudian, saya dipanggil menjalani latihan bersama skuad Projek Kelantan.

Karier sebagai pemain badminton mula serius pada 2002 apabila saya berkelana dengan menyertai Kelab Profesional Nusa Mahsuri di Kuala Lumpur. Di situlah saya serahkan jiwa dan raga pada dunia badminton dan mula pasang impian menjadi jaguh dunia.

Namun saya terpaksa lupakan impian kerana ibu bapa mahu saya menyambung pelajaran. Sikap saya, apabila berkecimpung sesuatu bidang, saya cuba memahami persekitaran untuk disesuaikan dengan kehidupan peribadi. Jadi, saya melihat pekerjaan guru mampu memberi impak kepada sukan kerana saya mengambil jurusan bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur dari 2003 hingga 2005.

Justeru, saya hidupkan semula impian jadi jaguh dunia dengan menurunkan ilmu kepada anak didik.

Izuan memilih haluan berbeza, berkelana ke Jepun. Apa dilakukan saudara setelah bermastautin di negara tersebut sejak tiga tahun lalu?

Izuan: Tanggungjawab pertama saya di sini adalah bekerja dengan Persatuan Badminton Ehime di Kepulauan Shikoku. Untuk makluman, Ehime akan menjadi tuan rumah sukan Jepun pada 2017.

Melalui wakil, mereka berhubung dengan Kelab Nusa Mahsuri yang sekian lama menjalin kerjasama dengan pemain-pemain dari Jepun. Hakikatnya saya tidak yakin memikul tanggungjawab ini kerana saya sedar, rakan-rakan di Nusa Mahsuri jauh lebih berkaliber dan berkualiti. Namun saya beranikan diri (berhijrah) dengan niat menambah ilmu setelah jurulatih di Nusa Mahsuri beri sokongan.

Saya tiba di Jepun pada Februari 2011. Namun agak mengejutkan, saya dipinjamkan ke Persatuan Badminton Jepun untuk melatih pasukan remaja bawah 13, 16 dan 19 tahun. Dari situ saya banyak gunakan masa secara sendirian dengan mendapatkan input daripada Datuk Misbun Sidek dan rakan-rakan di Nusa Mahsuri. Jadi saya gunakan sebaik mungkin pengalaman diberikan oleh Persatuan Badminton Japan selama setahun (2011 hingga 2012).

Kejayaan Jepun menjulang kejuaraan Piala Thomas buat pertama kali dilihat satu sejarah bagi negara matahari terbit itu. Tetapi di sebalik kejayaan tersebut, timbul dakwaan mengatakan Izuan sebagai pengkhianat negara (Malaysia). Sejauh mana Izuan berusaha menepis persepsi buruk tersebut ?

Izuan: Sebelum perlawanan akhir, saya telah mengemas kini status di laman Facebook tentang perkara ini. Cuma saya tertanya-tanya daripada aspek mana saya digelar pengkhianat. Majikan saya adalah Jepun dan amanah yang saya pikul ini adalah untuk Jepun.

Pasukan Jepun memenangi perlawanan hasil kerja keras mereka selama tiga hingga empat tahun terdahulu. Bukan hasil daripada saya menjual taktikal pasukan negara (Malaysia) dan sebagainya. Saya bukan pengkhianat negara, tetapi saya menerima segala pandangan buruk yang dilemparkan asalkan saya tidak hina di mata ALLAH SWT. Saya rasa tenang mencari rezeki untuk anak dan isteri di sini.

Kejayaan Izuan membantu Jepun mengejutkan banyak pihak. Adakah saudara bersedia pulang ke Malaysia dan berkhidmat bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sekiranya mendapat tawaran ?

Izuan: Umur saya baru mencecah 30 tahun dan masih mentah dalam bidang ini. Kejayaan Jepun terutama Kento Momota yang pernah saya bimbing selama setahun, tidak boleh dijadikan penyebab untuk saya menerima mana-mana tawaran. Saya amat terharu sekiranya BAM mempercayai kebolehan saya dalam memimpin pemain kebangsaan atau pelapis.

Namun seperti saya beritahu, saya masih cetek pengalaman, adalah lebih baik buat saya untuk menimba ilmu sebanyak mungkin sebagai persiapan kerana saya sedar, bukan mudah menjadi jurulatih berkaliber yang mampu melahirkan jaguh dunia secara berterusan.

Sukma Perlis: Bumbung Dewan Badminton Pula Bocor

Posted: 31 May 2014 04:31 PM PDT

SELEPAS dihantui dengan kelewatan pembinaan Pusat Akuatik, tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17, Perlis terus dirundung malang apabila bumbung Dewan Badminton yang baru sahaja siap dibina di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra pula bocor petang semalam.

Kebocoran kecil itu dikesan di tiga tempat di sudut dewan tersebut berhampiran tempat duduk teres penonton namun ia tidak menjejaskan pertandingan yang sedang berjalan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Azizan Ab Rahman dalam kenyataan hari ini berkata kejadian bumbung bocor itu dikesan pukul 4 petang semalam.

"JKR mengambil tindakan serta merta dengan mengarahkan kontraktor untuk membaiki kebocoran tersebut dengan segera. Kebocoran ini selesai dibaiki pukul 6 petang pada hari sama," katanya.

Menurut Azizan kebocoran itu dikategorikan sebagai kecacatan kecil berpunca dari air hujan yang memasuki ruang tepi bumbung yang terbuka akibat pemasangan kurang kemas oleh kontraktor.

JKR membuat pemeriksaan selepas kebocoran dibaiki dan berpuas hati sambil berharap kejadian itu tidak berulang.

Azizan berkata menurut kontrak, kontraktor bertanggungjawab membaiki sebarang kecacatan dan kerosakan bangunan dalam tempoh dua tahun setelah bangunan disiapkan.

Sebelum ini, kontraktor bukan sahaja gagal menyiapkan Pusat Akuatik, yang terletak di kompleks sama, mengikut jadual tetapi bumbung kanvas terkoyak di kolam renang pada hari pertandingan. – BERNAMA

Piala FA: FELDA jumpa Pahang di perlawanan akhir

Posted: 31 May 2014 04:26 PM PDT

FELDA United mara ke final Piala FA 2014 dengan kelebihan gol di tempat lawan apabila mencatatkan agregat 5-5 ke atas juara bertahan Kelantan selepas separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Pada separuh akhir kedua, kedua-dua pasukan itu terikat 2-2, manakala separuh akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, pada 6 Mei lalu turut menyaksikan keputusan seri 3-3.

FELDA United
* Putra Mahayiddin (m-20)
* Forkey Doe (m-34)

Kelantan
* Khairul Izuan Rosli (m-28)
* Edward Junior Wilson (m-45)


FELDA UTD: Mohd Farizal Harun, Yaroslav Krushelnitskiy, Mohd Khairul Ismail (Mohd Nasriq Baharom), Mohd Shukor Adan (kapten), Mohd Raimi Mohd Noor (Ahmad Syamim Yahya), Mohd Aizul Ridwan Razali, Mohd Syahid Zaidon, Edward Junior Wilson, Indra Putra Mahayuddin, Makeche Ndumba (K. Thanaraj), Hasni Zaidi
Jamian.

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Farisham Ismail, Mohd Nazri Ahmad (Nik
Mohd Shahrul Azim Abd Halim), Hussein Alaa Magsoosi, Tengku Hasbullah Raja
Hassan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), Zairul
Fitree Ishak (Faizul Nazlin Sayuti), Brendan Gan, Francis Forkey Doe, Mohd Izuan
Rosli.

Hoki Piala Dunia: Malaysia dibelasah 4-0

Posted: 31 May 2014 04:16 PM PDT

KUALA LUMPUR 31 Mei - Pasukan negara cuba memberi tentangan sengit di awal permainan, namun kehebatan Australia selaku pilihan utama dan juara bertahan sukar digugat apabila membenam Malaysia 4-0 dalam perlawanan pembukaan kejohanan hoki Piala Dunia di The Hague, Belanda, sebentar tadi.

Dua jaringan Glenn Turner pada minit ke-25 dan 54, selain gol menerusi Eddle Ockenden serta Jamle Dwyer, masing-masing di minit ke-50 dan 52 menghadiahkan kekalahan kepada anak-anak buah Muhammad Dharma Raj Abdullah dalam aksi pertama Kumpulan A.

Selain Australia, pasukan negara yang menetapkan sasaran 10 terbaik pada kejohanan kali ini turut diletak bersama England, Belgium, India dan Sepanyol. - UTUSAN ONLINE

300 ahli PKR ugut keluar parti jika Rafizi menang

Posted: 31 May 2014 04:11 PM PDT

KEMAMAN 31 Mei - Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kemaman menerima tamparan apabila kira-kira 300 ahlinya mengugut untuk keluar parti beramai-ramai jika keputusan pemilihan jawatan ketua cabang itu berpihak kepada Rafizi Ramli.

Bekas Ketua Ranting PKR Jalan Jakar, Teow Chew Huat, 58, mendakwa, tindakan itu akan diambil sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak tertentu menggugurkan bekas naib ketua, Lee Sang Liem daripada bertanding jawatan timbalan pada saat-saat akhir.

Menurutnya, kira-kira 200 ahli PKR sekitar Air Jernih dan 100 ahli di Jalan Jakar yang majoritinya berketurunan Cina akan mengambil tindakan itu apatah lagi, beliau percaya majoriti ahli sebenarnya lebih menyenangi pencabar Rafizi iaitu Mohd. Ramlee Hamzah.

Katanya, tindakan menghalang Sang Liem daripada bertanding amat dikesali memandangkan bekas Naib Ketua Cabang itu merupakan seorang komited dan sangat setia kepada parti.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas selesai proses Pemilihan Cabang PKR Kemaman di sini hari ini.

Chew Huat berkata, beliau dan rakan-rakan lain nekad keluar PKR sekiranya calon pilihan mereka iaitu Mohd. Ramlee tewas kepada Rafizi dan kemungkinan menyertai DAP.

"Kalau nak main kotor macam ini, lebih baik tak buat pemilihan, kekalkan saja kepimpinan yang ada sekarang, kalau nak buat juga biarlah telus," tegasnya. - UTUSAN ONLINE

(Video) Tangisan penyokong DAP selepas Dyana tumbang

Posted: 31 May 2014 04:05 PM PDT

Penyokong DAP nyata begitu kecewa dengan kekalahan Dyana Sofya Mohd Daud dengan hanya 238 undi dan menangis secara terbuka.

Kerusi Teluk Intan berjaya dirampas oleh Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong yang mendapat 20,157 undi berbanding peguam muda itu yang mendapat 19,919 undi.

Dyana Sofya belum cukup mantap - Dr Asri

Posted: 31 May 2014 04:01 PM PDT

PETALING JAYA: Calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud sememangnya harus memperbaiki lagi kemahirannya dalam memberi ucapan.

Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberitahu FMT bahawa Dyana belum cukup mantap di atas pentas, lebih-lebih lagi di khalayak ramai.

Asri malam tadi telah menghadiri kedua-dua ceramah DAP serta Barisan Nasional (BN) di Teluk Intan.

"Dyana memang ada pakej, ada rupa. Saya menjangkakan bahawa dia seorang pemidato yang baik, dan saya tahu dia masih baru, tetapi hakikatnya dia belum sampai tahap itu lagi.

"Cara dia mengulas sesuatu isu juga kurang menarik. Jadi dia harus menambah baik kemahiran berucapnya."

Asri yang turut menghadiri ceramah BN terlebih dahulu malam tadi berkata bahawa ceramah BN tampak lengang.

"Anggaran saya paling ramai pun 100 orang. Untuk DAP pula, saya dapati lautan manusia, anggaran saya dalam 10,000 orang."

Melalui pengamatannya yang melihat begitu ramai kaum Cina yang hadir di ceramah DAP, ia seperti suatu isyarat bahawa undi kaum Cina untuk Dyana.

"Kaum Cina pada kebiasaanya tidak berminat mendengar ceramah politik. Tetapi melalui kehadiran mereka malam tadi, saya menjangkakan bahawa 70% sokongan kaum Cina adalah untuk Dyana."

Beliau turut memuji kemahiran pihak pembangkang dalam berkempen, yang menurutnya, jauh lebih elok daripada BN.

`Ceramah DAP meriah'


"Mereka menggunakan pendekatan kempen presiden seperti di Amerika Syarikat. Ceramah DAP nampak meriah, seperti sebuah konsert.

"DAP nampak lebih bersedia dengan menggunakan skrin besar dan sebagainya. Gerak tubuh (body language) calon DAP juga lebih baik," katanya.

Beliau turut merasakan bahawa penggunaan Bahasa Malaysia pemimpin DAP, terutamanya yang muda, jauh lebih baik berbanding pemimpin BN.

"Walaupun Bahasa Malaysia [pemimpin veteran DAP] Lim Kit Siang tidak begitu baik, tetapi pemimpin muda DAP rata-ratanya berbahasa Melayu dengan baik.

"Bahasa Malaysia pemimpin BN yang berucap malam tadi memang teruk, sehingga apa yang diperkatakan tidak difahami.

"Jika mahu jadi pemimpin yang benar-benar berjiwa Malaysia, seharusnya mereka fasih berbahasa Melayu," katanya.

Tambah Asri, tidak banyak sebenarnya isu yang dibangkitkan kedua-dua pihak malam tadi, malah mereka hanya saling menuduh sesama sendiri tentang isu perkauman.

"Walaubagaiamanpun, kita harus berterima kasih kepada semua pihak, DAP serta BN, yang telah memeriahkan demokrasi," katanya.

PRK Teluk Intan yang menyaksikan perlawanan satu lawan satu di antara Dyana serta calon BN Datuk Mah Siew Keong akan tamat petang ini dengan keputusan diumumkan seawal jam 9 malam ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan