Cucu Tok Selampit Posted: 25 May 2014 02:53 PM PDT 'Polis Persendirian' DAP Bermaharajalela Di #PKRBukitGelugor Posted: 24 May 2014 09:32 PM PDT Ini negara republik. Republik Pulau Pinang. Suka hati kami untuk melantik sesiapa sahaja untuk menjadi Polis persendirian di negeri republik kami. Suka hati kami sekiranya polis persendirian ini digunakan di merata-rata tempat pembuangan undi untuk merayu undi dan memberi tekanan kepada pengundi-pengundi agar mengundi calon DAP. Malah kami Kerajaan DAP Pulau Pinang menghantar EXCO Pulau Pinang, Phee Boon Pooh untuk berkempen saat-saat akhir di dalam pakaian seragam polis persendirian. Apa SPR boleh buat? | |
Apa Yang Tersirat Posted: 25 May 2014 02:48 PM PDT PRK Teluk Intan: Siapa Undi Dyana-Bodoh- Dyana Tu Bukan Cantik Sangat Posted: 25 May 2014 07:20 AM PDT Dua kenyataan di atas adalah kenyataan dua pemimpin Umno. Siapa yang mengundi Dyana-adalah bodoh, datangnya daripada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato Rahman Dahlan; sementara kenyataan kedua datangnya daripada Menteri Dalam Negeri- Dato Zahid Zamidi.
Mungkin strategi BN berdepan dengan PRK Teluk Intan adalah menjadikan unsur pribadi calon DAP menjadi sasaran.
Sejak Dyana diumumkan sebagai calon, isu utama pihak BN termasuk siber trooper Bn bertali arus menyerang calon DAP itu; manakala DAP sebagai parti kurang diberi penumpuhan. Mungkin strategis BN melihat, bahawa menyerang calon yang kebetulan seorang melayu, merupakan advantage kepada Bn untuk merampas kerusi itu daripada tangan DAP.
Mungkin betul mungkin tidak, pendekatan BN itu; kerana tiada siapa dapat mengetahui pola pengundian 60 ribu pengundi Teluk Intan. Melihat kepada pecahan pengundi- 42 peratus adalah cina, 38 peratus melayu dan 19 peratus india. Apakah memberi tumpuhan kepada Dyana membuatkan kaum cina menolaknya? ataukah kaum melayu menolaknya? demikian juga kaum india menolaknya?
Memang suasana kempen berlainan dengan keadaan biasa. Namun, kena juga berfikir rasionalnya. Mungkin Bn mengambil pendekatan menjadikan Dyana sebagai punching bag, disebabkan isu pembangunan, isu membela rakyat, biasanya tidak lut pada pengundi bagi kawasan yang ditawan pembangkang; sebagai misalannya PRK Kajang dan PRK Sungai Limau.
Seperti AYT utarakan di pertengahan posting ini, mungkin strategi itu boleh berjaya mungkin juga tidak. Ada 6 hari lagi, menyusun kempen, mungkin ada pendekatan baru? Yang penting pendekatan itu boleh memenangkan calon Bn. | PRK Teluk Intan: Pemimpin Sabah Turut Berkempen Posted: 25 May 2014 12:42 AM PDT | Pemimpin Sabah- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman bersama Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said dan pemimpin lain turut berkempen di PRK Teluk Intan, untuk membantu calon BN Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong yang mencabar calon DAP Dyana Sofya Daud.
Musa dan Salleh memberi penerangan kepada pengundi di Seri Setia, Teluk Intan, bahawa betapa bertuahnya pengundi jika menyokong calon Bn, atas sebab calon Bn itu mampu membela rakyat yang diwakilinya, manakala, calon DAP hanya mampu mempopular dan menaikkan imej pribadinya, mempergunakan nama rakyat. |
| Hanya Kerana Dyana Tak Sokong Hudud-Pas Tangguh Bentang Pelaksanaan Hudud Di Kelantan Posted: 25 May 2014 12:17 AM PDT | Kerana Dyana- Hadi Terpkasa Tangguh Pembentangan Undang2 Hudud Di Dewan Rakyat |
Hebat sungguh Dyana Sofya Mohd Daud. Atas sebab calon DAP itu bertegas tidak akan menyokong Undang-undang Hudud yang bakal dibentangkan PAS di Dewan Rakyat pada Jun, maka PAS terpaksa menangguhkan pembentangan itu.
Dyana calon DAP memang melayu, tetapi melayu moden. Kalaulah Dyana daripada parti Umno, sudah tentu beratus ayat al-qur'an serta hadis sudah bertaburan daripada mulut lebai-lebai Pas, atau pencacai mereka; berkhutbah sana sini; mengutuk, mencercah dengan berbagai dalil seolah-olah mereka itu sudah menjadi Tuhan, mampu menghukum manusia ciptaan Tuhan.
Disebabkan Dyana adalah calon parti teman karib PAS, maka undang-undang hudud yang mereka war-warkan akan dibentangkan di dewan rakyat, bagaikan debu, ditiup terbang begitu sahaja. Di sini, umat islam perlu mengambil iktibar, bahawa PAS bercakap soal Hudud, bukannya kerana agama, akan tetapi politik.
Adalah pelik, bagaimana Hadi Awang terpukau dengan kehadiran Dyana? Kalaulah Hadi itu adalah berjuang atas nama agama, sudah tentu, tidak akan terpukau? Apakah kerana kecantikan Dyana, Hadi dan ulamak Pas, tidak mampu berfikir lagi, sebaliknya air liur senantiasa mengalir!!! | |
THE FLYING KICK Posted: 25 May 2014 02:32 PM PDT |
Duke of UMNO Posted: 25 May 2014 02:16 PM PDT Final Piala Thomas: Lepas kena "hentak" baru ASTRO nak bagi? Ikhlas ke ni? Posted: 25 May 2014 01:34 AM PDT Alhamdulillah. Setelah didesak bertubi-tubi. Digesa bertali arus. akhirnya Astro mengalah jugak! RTM akhirnya dapat hak penyiaran pertandingan akhir Piala Thomas pada jam 5.30 petang.
Hmmm.. nak appreciate ke tidak? Saya bagi sikit je credit pada Astro... Sebab? Lepas kena "hentak" baru nak bagi hak penyiaran tu? Nampak sangat tak ikhlas... kalau ikhlas, tak payah mintak pun, Astro akan sedar sendiri dan beri hak penyiaran tu pada RTM... kan?
Nak kena hentam dulu baru nak bagi ni namanya tak ikhlassss... tak boleh pakai jugak la sebab tak ikhlas... sebab tu la saya bagi sikit je credit kat Astro...
Apapun, petang ni kita sama-sama saksikan Chong Wei dengan rakan-rakannya berjuang untuk bawa pulang Piala Thomas tu ke negara kita... hiyyaaahhh...!!! | TERKINI: SIKAP PELIK UMAT ISLAM PADA DYANA SOFYA... Posted: 25 May 2014 12:16 AM PDT Kadang-kadang saya pelik dengan orang Islam kat Malaysia ni. Kalau ada mana-mana pihak yang cabar, tolak atau sentuh sensitiviti Islam kat negara kita, kita la "paling champion" balun pihak tersebut. "Tak cukup tanah" kita ajar depa...
Pantang ada sesiapa yang buat provokasi kat Islam, kita la dulu dok di barisan paling depan. Kononnya kita la "hero" pembela agama...kan? Sanggup baring atas jalan pun adaa... maklum laaa... pendokong Islam la katakannnn...
Dah terang-terang Dyana Sofya tu tolak hukum Allah. Dah jelas sangat Dyana Sofya tu sanggup pertahankan kehendak parti DAP kesayangannya untuk tolak hukum hudud. Tapi orang Islam kita ni masih "teruja".. seronok sangat nak ber"selfie" dengan minah DAP ni...
Saya faham la Dyana Sofya tu muda cantik menawan memang "deboom" ke apa ke... Tapi adakah hanya dengan bermodalkan cantik menawan lagu tu maka kita boleh tolak prinsip Islam kita?
Pada saya, lawa macamana pun sekali, tapi takde asas Islam, tak ikut prinsip agama dan kehendak Allah, maka saya akan reject habis. No kompromi dalam hal berkaitan agama. Apatah lagi Dyana dan DAP tolak hukum Allah tu secara total..! Tak boleh terimaaaa... sorry!
Saya tak tahu la kalau ada di kalangan kita yang masih boleh terima Dyana Sofya. Terserah la. Masing-masing ada pandangan masing-masing. Yang membezakan kita ialah sudut kefahaman dan prinsip Islam yang kita masing-masing pegang... kan? Jadi, apa prinsip anda? | Astro ni baru betul-betul "CELAKA"... Posted: 24 May 2014 09:53 PM PDT Saya ni sebenarnya secara peribadi sangat jarang bersetuju dengan Ketua Pemuda UMNO, KJ. Tapi sejak kebelakangan ni, saya setuju dengan beberapa perkara dasar yang diutarakan KJ....
Terbaru, dia ada cakap pasal hak penyiaran Piala Thomas di RTM...
Kita tau, pasukan Malaysia berjaya melangkah ke final Piala Thomas setelah menunggu hampir 12 tahun. Last kita masuk final pada 1992. Kali ni kita bakal menentang team Jepun di New Delhi...
Tapi nampaknya Astro ni bersikap macam "penjajah" pulak. Terlalu profit oriented, kira nak untung saja. Astro mintak RM4 juta untuk berikan hak penyiaran hanya untuk siaran final Piala Thomas pada RTM???!!! Ishhhh... awat teruk sangat Astro ni..?
Mana sifat bangga Astro sebagai warganegara Malaysia? Dah hilang jatidiri nasionalisme? Apa punya perangai macam ni...???
RM4 juta untuk FINAL? Bukan dari mula Piala Thomas pun nak mintak sampai RM4 juta? Mana CSR Astro untuk rakyat Malaysia? Mana komitmen Astro beroperasi di Malaysia? Nak kira untung saja? Pernah ke Astro rugi sebelum ni???
Tak semua rakyat Malaysia ni ada akaun Astro sebab tak semua mampu bayar. Kalau ada pun, tak semua mampu subscribe channel sukan. Kebanyakkannya ambil package basic saja... tu pun terpaksa sebab coverage tanpa Astro selalu teruk sangat kat certain-certain area...
Jadi, tak boleh ke Astro ni buat kerja amal sikit hari ni? Bagi la hak penyiaran final Piala Thomas tu kat RTM? Alaaa... bukan lama sangat pun... paling lama pun dalam 3-4 jam saja. Rugi kat mana? Final saja pun... dah la terlepas aksi semi-final.. Malaysia dah masuk final pun Astro masih nak kedekut ka?
Kalau la saya tak kenangkan tv kat rumah tak boleh tengok kalau takde piring Astro, dah lama dah saya potong akaun Astro saya tu. Bukan apa... perangai Astro ni macam "$%#%$*&%^".. semuanya berorientasikan $$$$$$$$ semata-mata...
Tak boleh ke Astro buat kerja amal sikit untuk rakyat? Takde ke rasa nasionalisme? Ni bukan isu politik. Ni demi semangat kebangsaan dalam diri rakyat... ni bukan pasal duit! Setuju?
P/s: Ada tak stesen berbayar lain yang setanding dengan Astro? Rasa macam nak potong je akaun.... | |
tun faisal dot com Posted: 25 May 2014 02:10 PM PDT #PRKTelukIntan: Penglibatan dalam PERKASA pembohongan ke3 #DyanaSofya? #JOMpilihMah #Dyana Posted: 24 May 2014 11:42 PM PDT
Dyana mungkin tidak sedar ada rakaman tentang penglibatan ibunya dalam PERKASA sebelum ini. Atas sebab itu, Dyana mungkin rasa dia akan terlepas jika berbohong mengenainya. Malangnya blogger foto Minaq Jinggo mempunyai rakaman gambar-gambar penglibatan ibu Dyana sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja PERKASA. Ikuti apa ceritanya di laman web Minaq Jinggo
Apa kata Dyana di Teluk Intan?
Apa kisah sebenar daripada Minaq Jinggo di bawah?
Saya telah menghubungi Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan dan beliau telah mengesahkan bahawa ibu calon DAP adalah Ketua Wanita Perkasa yang pertama dan telah merujuk saya kepada liputan yang telah saya buat di SINI
Beliau telah mengirimkan e-mail yang isi kandungan nya seperti berikut :
Majlis pelancaran laman web Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail Tempat : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur Masa : 4.00 petang Tarikh : 21 Oktober 2008
PERKASA adalah sebuah pertu buhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar.Matlamat utamanya adalah memperkasa dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, terutama nya Fasal 152 dan Fasal 153. Secara khususnya, tujuan dan perjuangan PERKASA ada lah bermatlamat; Memperkasakan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan. Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu. Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera. Memperkasakan kaum Pribumi. Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia. Mempertahankan kedaulatan negara.
AHLI JAWATANKUASA PENAJA PERKASA
Presiden : Dato' Ibrahim Ali Timbalan Presiden : Dato' Fuad Hassan Naib Presiden : Dato' Yahya Lampong Naib Presiden : Datuk Hj. Shuaib Hj. Lazim Naib Presiden : Dato' Mokhtar Samad Setiausaha Agung : Syed Hassan Syed Ali Pen. Setiausaha Agung : Muhammad Afiq bin Aziz Bendahari : Datuk Abd. Rahman A. Bakar Ketua Penerangan : Datuk Ruhainie Ahmad
AhliJawatankuasa Dato' Zakaria Salleh Salahuddin Hisahm Mohd. Rozal Abd. Rahman Mohd. Radzi Mustafa Hjh Foziah Dato Nawawi Raizul Azmi Zulkeply HajahYam@Yammy Abdul Samat Yusof Merah Ahmad Jaddawi Ghazali Selamat Saimon Daud Ibrahim Raizul Azni Zolkepli Wan Ahmad Talib Kpt. Don Abdullah HanishaIzaireen Megat Zulkarnain Omar Din Jismi Azahar iJohari
Ikuti kisah Penipuan 1 dan Penipuan 2 Dyana di sini#PRKTelukIntan : #DyanaSofya PENIPU!!! Baru jadi calon Dap dah pandai menipu?!!http://tunfaisal.blogspot.com/2014/05/prktelukintan-dyanasofya-penipu-baru.html | #PRKTelukIntan : #DyanaSofya PENIPU!!! Baru jadi calon Dap dah pandai menipu?!! Posted: 24 May 2014 06:00 PM PDT
Penipuan 1 - Dyana bukan seorang peguam
Penipuan 2 - Tunku Aziz keluar ketika Dyana sudah menjadi ahli Dap
Penipuan ke-3? Hmmm.... biar betul calon DAP ni
| |
Ohpolitik!™ Posted: 25 May 2014 04:11 AM PDT #PRKBukitGelugor Penentu Adakah PAS Betul Ikhlas Melaksana Hudud Posted: 25 May 2014 12:21 AM PDT Ramai pemerhati politik melihat PRK Bukit Gelugor ini sebenarnya menjadi tanda aras penting yang akan menguji kewarasan fikiran penyokong PAS kerana salah seorang calon BEBAS yang menyertai PRK membawa tema hudud. Sedari awal lagi umum mengetahui PAS telah mengasingkan diri dari dikaitkan dengan Mohamed Nabi Bux Mohd Abdul Sathar meskipun ternyata benar calon BEBAS tersebut memiliki sijil sah keahlian parti itu. Soal PAS masih berkeras menafikan Mohamed Nabi adalah ahlinya, itu pertikaian dalaman antara mereka, yang ramai ingin lihat semasa keputusan PRK Bukit Gelugor diumumkan nanti ialah berapa banyak jumlah undi yang diperolehi calon BEBAS itu. Jumlah undi yang dimiliki Mohamed Nabi kelak akan mencerminkan sejauh mana penerimaan penyokong PAS terhadap isu hudud yang dibawanya dan ia boleh dijadikan sandaran untuk menguji kewarasan fikiran penyokong PAS dalam mendepani isu ini. Dalam PRU-13 yang lepas secara kasarnya dianggarkan paling tidak pun lebih kurang 3,000 undi yang diperolehi mendiang Karal Singh datangnya dari kalangan penyokong PAS sekalipun mereka mengetahui Karpal adalah penentang utama perlaksanaan hudud PAS. Kali ini anak Karpal, Ramkarpal Singh pula yang menjadi calon dan pendiriannya juga selari dengan mendiang ayahnya untuk menolak hudud termasuk bersedia untuk mengundi menentang usul hudud sekiranya PAS masih berkeras membawa usul itu ke Parlimen. Kemenangan RamKarpal kelak sekiranya adalah hasil dari sokongan ahli dan penyokong PAS bermakna suara penentangan hudud oleh DAP di Parlimen akan kian kuat dan bakal menjurus kepada kegagalan perlaksanaan hudud di Kelantan. Bagaimana pun misal kata keputusan malam nanti menunjukkan calon BEBAS Mohamed Nabi beroleh melebihi 3,000 undi, dari sudut lain sepintas lalu kita boleh andaikan ahli dan penyokong PAS di Bukit Gelugor masih waras kerana benar-benar menganggap soal perlaksanaan hudud adalah satu isu yang serius dan wajib diperjuangkan. Dari situ kita boleh membuat tanggapan pendirian ahli dan penyokong PAS di tempat lain termasuk di Teluk Intan juga sedemikian.Namun jika sebaliknya di mana Mohamed Nabi cuma beroleh beberapa ratus undi sahaja, maka jelaslah bagi pemimpin dan penyokong PAS isu perlaksanaan hudud hanya soal titik bengik yang boleh digadai dan dijual beli sekaligus membuktikan kesanggupan mereka tunduk pada DAP demi kepentingan politik kepartian. Khalayak akan melihat keputusan itu kelak sebagai satu bentuk kecelaruan fikiran dikalangan pemimpin, ahli dan penyokong PAS kerana sanggup bersekongkol dengan DAP yang menentang perlaksanaan hudud dengan membelakangkan perjuangannya sendiri. PRK Bukit Gelugor mungkin dianggap enteng oleh sesetengah pemimpin PAS, akan tetapi di sinilah titik tolak penting di mana akan terserlah sikap sebenar PAS samada ikhlas atau sekadar mempolitikkan isu perlaksanaan hudud. | |
bumiyang Posted: 25 May 2014 04:05 AM PDT |
The Antics of Husin Lempoyang Posted: 25 May 2014 03:28 AM PDT Dyana ahli Perkasa? Posted: 25 May 2014 03:04 AM PDT Gambar kelihatan Dyana sedang membantu ibunya di meja kempen keahlian Peraksa pada tahun 2008. Dia kata ibunya bukan ahli Perkasa dan hanya ikut-ikut saja tetepi jelas ibunya menguruskan meja keahlian. Maka semestinya ibunya sudah menjadi ahli. Minaq Jinggo mendedahkan di SINI bahawa ibunya juga adalah ahli Jawatankuasa Perkasa ketika itu. Wow! Unta belum ada, Dyana belum boleh jual orang | |
tunku Posted: 25 May 2014 03:21 AM PDT Thomas Cup: Malaysians wish team "All The Best" LIVE RTM1 5.30PM Posted: 25 May 2014 02:42 AM PDT Messages of support for the Thomas Cup team flooded the internet Sunday with people posting pictures along with the messages via Twitter and Fecebook. Malaysia last won the prestigious tournament 22 years ago. The team will play Japan in the final in New Delhi starting at 5.30pm. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who was in Kazakhstan, tweeted his wishes and said that the 12-year wait to qualify for the final has ended. (Malaysia last entered the final in 2002 in Guangzhou, China) "Congratulations from me and Malaysian delegation in Kazakhstan. Let's create a new history for this Thomas Cup," tweeted Najib. Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin, who went to New Delhi today, posted a picture of him with the team on Twitter. Kedah Mentri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir posted a picture on his Twitter page with a message saying "Kedah heroes also share in their hopes for the nation, Because of MH370, the Thomas Cup will come back to Malaysia." Amira Chan @AmiraRamizan tweeted that fans should spread positive and energetic vibes to Lee Chong Wei and Malaysian team. "All the best to Malaysia for ThomasCup2014 final. Its been 22-years and we need the cup," said MJ Logaa S @mjlogaas. Mohd Rinzal Yusof @RinzalYusof wished the Malaysian team all the best and he tweeted, "Once again, sport unites us. In u we trust, our support for u is infinite," Many fans are hoping that Malaysia's victory would lead to a public holiday but we gonna win but Raja Rajan @Raja_Rajan had different thoughts when he tweeted, "We will win but leave tomorrow as working day," "Dear Team, please do not fall in the final hurdle like Arsenal did for the past five years in the Barclays Premier League," joked Azrul Abu Hassan @Jeghui.
Will the 22-year wait end today? | Teluk Intan by-election: Stop blaming BN for your troubles, Muhyiddin tells Pakatan Posted: 25 May 2014 12:38 AM PDT Pakatan Rakyat should stop blaming Barisan Nasional for everything negative that has happened during its campaign for the Teluk Intan parliamentary seat by-election. Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said Sunday that Pakatan needed proof before making allegations against Barisan. "Do they have proof? Can they establish any link that it has anything to do with us," he said during the ground breaking ceremony of the RM5bil West Coast Expessway project here. Muhyiddin added that even if the opposition coalition had made police reports, they must have facts and data to back their allegations. The Deputy Prime Minister was asked to comment on allegations by DAP that Barisan supporters had disseminated the alleged "bikini" pictures of its candidate Dyana Sofya Mohd Daud. DAP lodged a report with regard the matter on Saturday. The picture in question was actually of Filipina actress Pauleen Luna. | Teluk Intan By-Election: Imported Or Local Candidate? Posted: 24 May 2014 02:00 PM PDT If the results in the four previous general elections for the Teluk Intan parliamentary constituency were to be an indicator, the voting trend would lean towards a homegrown representative. DAP seems to be ignoring Teluk Intan residents' preference for a local to represent them by fielding a candidate who is not only an outsider but a young Malay woman. Is the DAP so confident that their supporters would not mind changing their preference even for the party? Many residents when met by Bernama, were unsure about saying yes because to them, voters in Teluk Intan had always been insistent about having a local representative. Self-employed Eric Tan said voters would be happier with a local representative, whom they could easily meet and communicate, compared to an 'imported' representative. "We did have that problem in the past and the representative was always not around," he said. In the 1999 general election, voters chose local Datuk Mah Siew Keong from the Gerakan, who served for two terms until 2008 and local Seah Leong Peng from the DAP, who also served for two terms, from 2008 until his death on May 1 this year. Tan said the DAP's choice of Dyana Sofya Mohd Daud, 27, as their candidate was outside the norm and likened it to the DAP's decision in the 80s to field Fadzlan Yahya in the 1986 general election. In the three-corner contest among Fadzlan, BN (Gerakan) candidate Ong Tim Kim and PAS candidate Nadzri Baharuddin, Ong won by a majority of 1,443 votes. However Fadzlan won the Pasir Bedamar state seat, a DAP stronghold with 10,845 votes, defeating BN candidate Gan Loot Heng who obtained 7,667 votes. The DAP former vice president held the seat for three terms. Meanwhile, Teluk Intan MIC Youth Chief Sri Murugan said an imported representative would have difficulty looking after the interest and welfare of the constituents and would not understand the needs and expectations of the residents. He said, should the DAP candidate win, she would not only fail to fulfil the pledges made during the campaign but would not be able to resolve problems faced by the residents. "The situation is different with BN's candidate Datuk Mah Siew Keong as he is a local. Even when he lost in the election, he would still assist us, regardless of whether we were Malay, Chinese or Indian. If we had a problem, we could always meet him," he said. Universiti Sains Malaysia (Social Science Studies) political analyst, Associate prof Dr Sivamurugan Pandian opined that DAP's hardcore supporters might undertake a protest vote or refrain from voting to demonstrate against the party's decision to field an outsider and non-Chinese. "Many factors can contribute to the protest. It can be the factions from within the party in Teluk Intan, the hudud issue and factions at state level," he said. Sivamurugan said if the protest votes were substantial it might move the parties within the opposition to review their alliance. Universiti Teknologi MARA (UiTM) independent political analyst Datin Paduka Prof Dr Ramlah Adam said DAP appeared to belittle Teluk Intan voters by fielding an outsider and political freshie. "Can residents trust her as their representative? Can she talk about the hudud...even though she is a lawyer but not syariah," she said, adding that a protest vote campaign against DAP could possibly happen. Universiti Putra Malaysia, Economy and Management senior lecturer M. Neelamehan advised Teluk Intan voters to vote wisely and choose a representative who could bring change and benefit to them. The Teluk Intan by-election will see a straight fight between Mah and Dyana. The seat fell vacant when Seah, 48, succumbed to cancer at Universiti Malaya Medical Centre recently. | |
Taipingmali (tm) Posted: 25 May 2014 02:10 AM PDT #PRKTelukIntan : P.076 - Sah calon DAP berbohong mengenai ibu Posted: 25 May 2014 12:15 AM PDT
Lokasi : Bilek gerakan DAP, Pekan Baru Teluk Intan, Perak
Acara : Sidang media harian
Tarikh : 21/5/2014
Ikuti penafian oleh calon DAP mengenai pembabitan ibu beliau dalam Pribumi Perkasa yang menjadi seteru DAP dari segi ideologi dan dasar perjuangan. Mengapa harus beliau menipu ? Bukan kah lebih baik beliau akui sahaja pembabitan dalam Perkasa bersama ibu beliau yang berlaku enam tahun yang lalu dengan alasan ketika itu beliau masih menuntut dan belum membuat pilihan wadah perjuangan politik .. Mengapa beliau memilih untuk berbohong ?
Lupakah beliau bahawa beliau bertanding untuk menjadi wakil rakyat bukan nya bertanding untuk menjadi juara lagu atau artis popular. Saya yang telah mengikuti kempen calon Melayu DAP ini dari hari penamaan calon, berasa amat malu dan tertipu dengan penipuan bersahaja yang beliau lakukan.. Telah ditakdirkan saya juga yang telah merakam gambar di majlis Perkasa pada 21/10/2008 itu.
Saya telah menghubungi Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan dan beliau telah mengesahkan bahawa ibu calon DAP adalah Ketua Wanita Perkasa yang pertama dan telah merujuk saya kepada liputan yang telah saya buat di SINI
Beliau telah mengirimkan e-mail yang isi kandungan nya seperti berikut :
Majlis pelancaran laman web Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail Tempat : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur Masa : 4.00 petang Tarikh : 21 Oktober 2008
PERKASA adalah sebuah pertu buhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar.Matlamat utamanya adalah memperkasa dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, terutama nya Fasal 152 dan Fasal 153. Secara khususnya, tujuan dan perjuangan PERKASA ada lah bermatlamat; Memperkasakan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan. Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu. Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera. Memperkasakan kaum Pribumi. Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia. Mempertahankan kedaulatan negara.
AHLI JAWATANKUASA PENAJA PERKASA
Presiden : Dato' Ibrahim Ali Timbalan Presiden : Dato' Fuad Hassan Naib Presiden : Dato' Yahya Lampong Naib Presiden : Datuk Hj. Shuaib Hj. Lazim Naib Presiden : Dato' Mokhtar Samad Setiausaha Agung : Syed Hassan Syed Ali Pen. Setiausaha Agung : Muhammad Afiq bin Aziz Bendahari : Datuk Abd. Rahman A. Bakar Ketua Penerangan : Datuk Ruhainie Ahmad
AhliJawatankuasa Dato' Zakaria Salleh Salahuddin Hisahm Mohd. Rozal Abd. Rahman Mohd. Radzi Mustafa Hjh Foziah Dato Nawawi Raizul Azmi Zulkeply HajahYam@Yammy Abdul Samat Yusof Merah Ahmad Jaddawi Ghazali Selamat Saimon Daud Ibrahim Raizul Azni Zolkepli Wan Ahmad Talib Kpt. Don Abdullah HanishaIzaireen Megat Zulkarnain Omar Din Jismi Azahar iJohari
Check-mate.PuanYammi bersama anaknya Dyana melayani hadirin yang ingin menjadi ahli Perkasa sebelum majlis Pelancaran Laman Web Rasmi Perkasa pada 21hb.Okt 2008 kira-kira sebulan Perkasa disahkan penubuhannya oleh ROS iaitu 12hb. Sept 2008. Yammy adalah antara pimpinan terawal penubuhan Perkasa. Beliau dalam Barisan Pimpinan Penaja Perkasa sehingga sebelum AGM Pertama Mac 2010, beliau meletakan jawatan sebagai Ketua Wiranita Perkasa Pertama. Tiada rekod beliau menarik diri dari menjadi ahli Perkasa.
Minaq jinggo | #DSIS: KERAJAAN BN MEMBELA NASIB PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN Posted: 24 May 2014 10:35 PM PDT | #PRKTelukIntan: Pengundi luar perlu fikir masa depan penduduk setempat Posted: 24 May 2014 03:26 PM PDT Pengundi dari luar Teluk Intan perlu memikirkan kesan dan kepentingan masa depan penduduk setempat apabila mereka memutuskan wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan, 31 Me ini. Penasihat Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata kira-kira 5,000 daripada 60,349 pengundi Teluk Intan yang tinggal di luar perlu 'lebih belas kasihan' dalam mengambil kira masalah yang dihadapi oleh penduduk tetap di sini. "Ada daripada pengundi luar jarang balik ke kampung dan tidak memahami isu yang dihadapi oleh penduduk Teluk Intan," katanya pada sidang media di sini hari ini. Beliau berkata malah mereka tidak boleh berpegang kepada konsep 'ubah' yang dipromosikan oleh parti pembangkang kerana ini bukan pilihan raya umum yang boleh memberi kesan kepada tampuk pentadbiran negara. Ini hanya pilihan raya kecil yang tidak akan mengubah kerajaan tetapi mampu mengubah masa depan penduduk Teluk Intan, katanya. Chang berkata pengundi Teluk perlu mengambil iktibar daripada wakil rakyat DAP dari luar kawasan iaitu M. Kulasegaran yang menang pilihan raya kecil kerusi itu pada 1997 dan M.Manogaran dari Kuala Lumpur, pada pilihan raya umum 2008, yang jarang kelihatan di Teluk Intan selepas memenangi kerusi itu. "Jangan berikan pengalaman sedemikian berulang kembali," katanya. Beliau berkata calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong iaitu Presiden Gerakan tidak akan mengabaikan kawasan itu kerana keluarga, rakan dan rumahnya adalah di sini. Ditanya sama ada insiden sekumpulan kecil ahli Pemuda UMNO menyerbu masuk sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Rabu lepas, akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya kecil Teluk Intan, beliau berkata: "Kami mengambil berat tetapi pengundi Teluk Intan adalah berbeza kerana mereka lebih mementingkan tokoh yang bertanding dan masa depan Teluk Intan dan bukan isu-isu seperti itu." Insiden di DUN Pulau Pinang tercetus selpas ADUN Seri Delima dari DAP, R.S.N Rayer didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin UMNO ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, Selasa lepas. Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Teluk Intan akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mah dan calon DAP Dyna Sofya Mohd Daud. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, daripada DAP, pada 1 Mei lepas. | #PRKTelukintan : PENDEDAHAN MELAYU DAP BEKAS SETIAUSAHA LIM GUAN ENG Posted: 24 May 2014 03:18 PM PDT | #PRKTelukIntan: Kerana Bn bertanding, Pkr yang tumbang Posted: 24 May 2014 06:45 AM PDT Anwar Ibrahim marah sakan lah kepada Pkr Perak kerana gagal mempertahankan cabang mereka di Changkat Jong. Petang tadi satu cabang Pkr mengistyharkan pembubaran parti itu dan menyertai BN. Tahniah. | |
Aspirasi Bangsa Posted: 25 May 2014 01:18 AM PDT |
The Unspinners Posted: 25 May 2014 12:42 AM PDT Exco negeri Pulau Pinang langgar larangan tidak boleh kempen SPR Posted: 24 May 2014 10:21 PM PDT "So what?", katanya bila ditegur melanggar pelbagai peraturan. Exco kerajaan Negeri kempen depan depan sekolah. Pakai lagi uniform gangster berbayar rasmi DAP yang dipanggil Pasukan Peronda Sukarela . Exco Kerajaan Negeri Pulau telah salah guna kuasa dan melanggar peraturan peraturan SPR. Demikianlah sikap mereka dalam risalah yang tersebar semalam. | #BN4TlkIntan: Dyana rela di "remote control" Posted: 24 May 2014 07:31 PM PDT Ianya terbukti bila Dyana sanggup menipu untuk melayan gambaran palsu DAP bahawa dirinya seorang wanita Melayu yang liberal, terbuka dan kasihan pada Cina. Memang sah dia di "remote control" bila dia tiada kebebasan untuk berkata apa tapi semuanya dipintas dan tentukan oleh Kit Siang. Bukan setakat Kit Siang, Tony Pua pun turut atur Dyana apa nak dicakap: Jinggo SINI menendedahkan bekas Naib Pengerusi DAP Kedah, Syed Araniri yang telah meninggalkan DAP sejak setahun yang lalu mengenai agenda DAP. Dyana hanya di "remote control" untuk agenda DAP dan bukan agenda yang ia mimpikan. Sudah tertipu ... | #BN4TlkIntan: DAP dikesan dibantu penyokong Bangla? Posted: 24 May 2014 06:33 PM PDT Demikianlah ikut gamar di atas. Apa yang berlaku malam tadi di bandar Telok Intan adalah satu kereta yang dalamnya dua India yang agak rupanya macam gangster telah mencantas bendera BN. Bila ada sedar mereka sedang diperhati mencantas di Taman Cicely, terus mencecet mereka lari. Suspek mereka adalah gangster yang dibayar DAP untuk buat kerja jahat. | Azwandin buat kajian? Rayu SPRM heret budak kedai buku ini sebagai SAKSI UTAMA Posted: 24 May 2014 08:19 AM PDT Alahai .... sementang Utusan Malaysia tengah sibuk pasal penyeludupan diesel, Azmandin ngaku dia ada buat kajian. Macam mana TV3 boleh layan Azwandin yang ada Masters GPA 4.0 dari Canada melalui pengajian jarak jauh sambil bekerja di kedai jual buku tapi ngaku kedai tu kepala bapak dia punya? Ini mesti kerja Dato Jailani Ngah mengenakan tekanan ke atas Editor TV3. Utusan dah buat buat kajian lama dan ada agensi tertentu yang dah fokus terhadap ketirisan cukai seperti ini. Oleh itu, tak payah guna kerja oorang untuk ngaku sebagai kajian JMM. Berapa keahlian JMM untuk berkebolehan buat kajian? Masuk TV untuk jual Azwandin jadi Senator ke? Sekarang Azwandin kudakan Ruslan Kassim pula. Gini sajalah ....harap SPRM keret budak dengan kajian palsunya sebagai SAKSI. Kalau tak ada apa-apa buat laporan dakwa mangkuk ini kerana buat kenyataan palsu!!! Baca Selangor Chronicle SINI | #BN4TlkIntan: Taktik basi RBA nak dapatkan undi simpati Posted: 24 May 2014 06:17 AM PDT Malaysian Insider melaporkan gambar bikini palsu Dyana Sofya disebarkan di kampong dan masjid di Telok Intan. Itu kerja bodoh dan tiada penyokong BN akan sebodoh itu untuk main black op sedemikian. Pertama, gambar ini sudah disiarkan blogger-blogger sebagai gambar palsu. Kedua, ianya telah didedahkan dan disebarkan dikalangan blogger dan tukang kempen bahawa ini mungkin permainan RBA untuk persalahkan UMNO. Bila hal ini tak menjadi, maka puak-puak parti bekas terroris cauvanis komunis dari hutan ini cuba guna taktik sama seperti mengeluarkan kata provokasi dan pura-pura tercedera bila mereka yang diprovok sentuh mereka. Dengan menyebarkan gambar model Filipina Paulette Luna, mereka berharap mahu dapatkan simpati pengundi Melayu dengan cara "pura-pura tercedera". Mungkin juga, Malaysian Insider menyiarkan berita ini untuk menyelamatakan keadaan di mana imej Dyana mula tercelar apabila terdedah Dyana menipu mengatakan dirinya seorang peguam. Harap RBA tolong sebarkan poster di atas pada orang kampung. | #BN4TlkIntan: Ibu opportunis? Anak pun opportunis! Posted: 24 May 2014 02:26 AM PDT | |
oyabun Posted: 25 May 2014 12:37 AM PDT |
DARUL EHSAN TODAY Posted: 25 May 2014 12:33 AM PDT Duit Tak Ada, Tapi Ada Hati Nak Ambil Alih PLUS... Posted: 24 May 2014 07:00 PM PDT
Menurut maklumat terbaru, Tan Sri Halim Saad dan Idaman Saga Sdn Bhd sedang kuat melobi untuk pengambil alihan PLUS biarpun beberapa pihak mula mempertikai motif syarikat terbabit. Rasa sangsi dan syak wasangka tidak dapat dielakkan apabila dokumen cadangan pengambil alihan yang dibocorkan kepada media lebih merupakan janji-janji manis mengurangkan kadar tol, mengurangkan bebanan kerajaan dan juga menetapkan kadar tol yang tetap.
Tindakan ini tampak seolah-olah ada agenda untuk memandu persepsi awam mendesak kerajaan menerima cadangan Idaman Saga ini biarpun mereka tidak memberi sebarang indikasi mengenai harga pengambil alihan dan proses mengumpul dana bagi tujuan pembelian.
Jika dilihat trend syarikat ini sejak 5 tahun kebelakangan ini ternyata mereka lebih kepada menjadi syarikat korporat yang mengejar publisiti berbanding menjalankan perniagaan.
Sebelum menggunakan Idaman Saga, Tan Sri Halim menggunakan Jelas Ulung Sdn Bhd pada tahun 2009 mencadangkan pengambil alihan PLUS dengan janji-janji yang hampir serupa. Namun Jelas Ulung gagal menyediakan deposit awal RM50 juta dan bukti memiliki dana bagi tujuan pembelian.
Setelah senyap seketika Tan Sri Halim muncul dengan Idaman Saga Sdn Bhd. Idaman Saga mengumumkan kerjasama dengan KUB Berhad untuk membeli Francais Kentucky Fried Chicken (KFC) Malaysia. Bagaiamanpun cadangan pembelian KFC dan QSR beberapa tahun lalu ditolak.
Kulim Bhd. (Kulim) pemegang saham majoriti di dalam QSR Brands (QSR) dijangka menolak tawaran tokoh koporat tempatan Tan Sri Halim Saad melalui Idaman Saga Sdn. Bhd. (Idaman Saga) untuk mengambil alih perniagaan miliknya. RHB dalam nota penyelidikannya berkata, penolakan itu disebabkan penilaian yang rendah terhadap harga tawaran bagi pengambilan alih itu sebanyak RM5.60 sesaham atau RM1.6 bilion.
Firma itu berkata, berdasarkan tawaran harga RM5.60 sen itu, penilaian saham KFC Holdings dibuat pada harga RM3.23 iaitu mewakili nisbah harga pendapatan (PER) sebanyak 14.4 kali pada pendapatan sesaham (EPS) pada tahun kewangan 2011.
Ia mengikut andaian bahawa nilai QSR termasuk anggaran sebanyak RM306 juta untuk perniagaan Pizza Hut.
Tawaran dan rendah dan tindakan Idaman Saga mengadakan kerjasama dengan KUB, bukannya mengemukakan cadangan pengambil alihan secara bersendirian memberi persepsi bahawa ia tidak mempunyai aliran kewangan yang kukuh untuk membiayai pembelian KFC secara bersendirian.
Jika ia tidak berupaya mengambil alih KFC secara bersendirian, apakah ia mempunyai kemampuan kewangan mengambil alih PLUS yang jauh lebih mahal asetnya?
Justeru sebelum kerajaan mempertimbangkan cadangan Idaman Saga, atau sebelum kita mahu mengangkat cadangan tersebut sebagai sangat menarik, kedudukan kewangan dan kestabilan Idaman Saga harus dinilai secara serius terlebih dahulu.
Kita khuatir pengambil alihan ini akan menyebabkan aset-aset hartanah PLUS akan dicagarkan bagi membiayai pengambil alihan tersebut dan akhirnya boleh menyebabkan PLUS tergadai jika syarikat ini gagal kemudiannya.
Akhirnya, ia akan kembali bebanan kewangan dan politik kepada kerajaan jika terpaksa "bailout" pada masa akan datang.
Nota Kaki: Ada "burung kecil" memberitahu penulis bahawa beberapa bulan lalu Idaman Saga Sdn Bhd gagal menyediakan deposit sekitar RM 90 juta bagi pembelian sebuah IPP milik YTL Corporation biarpun syarat-syarat jual beli telah dipersetujui dan dimuktamadkan. SUMBER | |
Panglima Perang Cyber Posted: 25 May 2014 12:22 AM PDT Real Madrid vs Atletico Madrid 4-1 All Goals and Highlights HD UEFA Champions League Final 2014 Posted: 24 May 2014 08:20 PM PDT | Kenyataan Jenaka @Zahid_Hamidi Disahkan @Malaysiakini Sebagai Jenaka Disalaherti @Teresakok - BM tak kredit ke ??? Posted: 24 May 2014 10:28 AM PDT
Petang tadi Menteri dalam Negeri mengadakan pertemuan dengan anggota RELA di Kg Selabak Teluk Intan. | Kenyataan Media Naib Presiden Umno DS @Zahid_Hamidi Berhubung Kenyataan 'Umno Celaka' Rayer Adun DAP Posted: 24 May 2014 04:03 AM PDT
1.Kenyataan yang dikeluarkan oleh Rayer adalah kenyataan berbaur kebencian.
2.Dalam negara demokrasi, kita boleh berbeda pendapat dan pegangan tapi jika kita mengizinkan mana-mana pemimpin parti menggunakan perkataan yang jijik maka anggapan kepada orang yang menggunakan perkataan itu adalah tidak matang, tidak bertamadun, dan tidak menghormati orag lain.
3.Bagaimana orang lain hendak menghormatinya jika orang itu juga tidak menghormati orang lain.
4.Bagaimana mereka yang mewakili parti itu mengharapkan hendak dihormati, sedangkan orang itu tidak belajar menghormati orang lain.
5.Hal yang dilakukan Pemuda UMNO merupakan manifestasi api kemarahan yg diperlihatkan oleh pemimpin muda dalam UMNO dan tentunya rasa terhiris ini merupakan sesuatu yg tidak dapat dielakan.
6.Saya ingin mengingatkan pemimpin parti yang berbeda, hormatilah parti lain dan jangan gunakan sebarang perkataan yg boleh menghiris perasaan mana-mana parti dan saya khuatir harga yang mahal terpaksa dibayar jika tersalah menggunakan perkataan seperti yang digunakan YB Rayer.
www.zahidhamidi.com | |
Belantan Posted: 24 May 2014 11:49 PM PDT Paria Rayer anggap `celaka perkataan biasa? Posted: 24 May 2014 09:08 PM PDT Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer terus mempertahan tindakannya mencela UMNO dengan perkataan celaka dengan menyifatkan perkataan itu adalah `biasa' bagi rakyat negeri ini. Malah, beliau menjelaskan langsung tidak terjejas dengan ancaman yang diterima susulan kebiadapannya itu dan meneruskan aktiviti seperti biasa. "Perkataan itu biasa bagi orang Pulau Pinang, malah kadang- kadang saya menelefon rakan-rakan juga menggunakan perkataan sedemikian," katanya ketika ditemui di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Mohammad Noor Ahmad di sini hari ini. Rayer berkata, beliau turut dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa perkara itu tidak akan menjadi isu sekiranya Pas yang memaki UMNO. "Hal ini jadi isu sebab DAP yang maki UMNO," katanya. Ujarnya, perkara berkenaan sengaja dipanaskan kerana faktor Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor dan Teluk Intan. Suara Politik Belantan | Mat Sabu, Mahfuz ‘Talam 2 Muka’ – Nabi Bux? Posted: 24 May 2014 09:44 AM PDT Calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar menyifatkan dua pemimpin tertinggi PAS umpama 'talam dua muka' berikutan tindakan mereka yang memutar-belitkan isu hudud. Menurut calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor itu, dua individu tersebut iaitu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar yang sanggup berbuat demikian demi kepentingan politik. "Mereka menunjukkan sifat munafik kerana mempolitikkan dan mempermainkan hukum hudud. "Apabila di depan pengundi Melayu cakap hudud adalah perjuangan PAS tapi di depan kaum Cina malu-malu bila cakap pasal hudud," katanya pada sidang media di sebuah restoran di Taman Desa Mawar, Air Itam di sini hari ini. Beliau berkata, pemimpin sedemikian harus ditolak daripada kepimpinan tertinggi PAS kerana jelas membelakangkan perjuangan sebenar parti itu. "Pemimpin PAS harus sedar mengenai agenda sebenar parti untuk memperjuangkan undang-undang Islam dan tidak bercakap atas dasar politik semata-mata," katanya. Mohamed Nabi turut mempersoalkan sokongan PAS terhadap calon DAP di Teluk Intan, Dyana sofya Mohd Daud walaupun calon itu secara terang-terangan menolak hudud. "Mereka (PAS) harus menjelaskan kepada rakyat atas dasar apa sokongan itu diberikan walaupun ia bertentangan dengan perjuangan sebenar parti tersebut," katanya. Sementara itu, Mohamed Nabi juga membidas kenyataan Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy yang mengancam akan menamatkan hubungan dengan PAS dalam Pakatan Rakyat jika hudud dilaksanakan. "Saya lihat ia sebagai satu ugutan. Saya minta pemimpin-pemimpin PAS supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan," katanya. Suara Politik Belantan | PARIA Rayer bertindak biadab lagi? Posted: 24 May 2014 04:26 AM PDT Setelah menegaskan tidak akan menarik balik dan memohon maaf atas keceluparan menggelarkan UMNO sebagai 'celaka', Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer sekali lagi bertindak biadab dengan mengulangi celaan itu dalam ceramah terbuka DAP di sini malam tadi. Dengan nada angkuh, wakil rakyat DAP itu menegaskan, UMNO adalah parti yang sudah tidak relevan dan tidak pernah membantu kaum-kaum lain di negara ini. "Biar saya ulang lagi di sini, 'celaka' UMNO dan yang saya maksudkan ini hanya kepada parti, bukan orang Melayu. "Saya tidak akan memohon maaf dan sesekali menarik balik perkataan ini," katanya ketika berucap di Island Glades di sini. Yang turut hadir dalam ceramah berkenaan ialah Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat; Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; veteran politik, Tan Sri Muhammad Muhd Taib serta calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh Deo. Selasa lalu, Rayer yang juga Ketua Penyokong Kerajaan DAP Pulau Pinang mencetuskan kekecohan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas melabel UMNO sebagai 'celaka'. Ekoran kebiadaban Rayer yang dilihat menyalahgunakan imuniti DUN dengan mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya itu, sekumpulan hampir 100 lelaki kelmarin bertindak menyerang dan merempuh pintu DUN Pulau Pinang bagi mendapatkan penjelasan wakil rakyat berkenaan berhubung keceluparannya itu. Meskipun menyedari kebiadabannya itu membangkitkan kemarahan pelbagai pihak terutama ahli UMNO, Rayer tetap enggan menarik balik atau memohon maaf atas penggunaan perkataan 'celaka' berkenaan. Suara Politik Belantan | |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 24 May 2014 11:23 PM PDT DNA BABI, KKM & JAKIM DIDESAK PERIKSA SEMUA PRODUK CADBURY ! CADBURY PULA HENDAKLAH GANTUNG SEMUA PRODUK! Posted: 24 May 2014 07:07 AM PDT RESPON KKMKetua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata pihak pengeluar produk berkenaan, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk itu dari pasaran dengan serta-merta. Katanya, siasatan dilakukan ke atas tiga sampel coklat Cadbury berkenaan bagi tujuan pemantauan selepas timbul dakwaan dalam media sosial adanya DNA babi dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas dalam rangkaian media sosoal, semalam.
"Di dalam media sosial itu telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (babi)(porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.
"Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya," kata kenyataan itu.
Dua sampel yang disahkan mengandungi DNA Khinzir itu babi ialah Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan satu lagi Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015. "Tindakan berkenaan diambil mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang antara lain bertujuan melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya," katanya dalam kenyataan itu.
Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.
"Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, boleh mengemukakan kepada kementerian melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq RESPON JAKIMJabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung serta merta sijil pengesahan halal dua produk coklat Cadbury yang dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine). DNA khinzir itu dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond). Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, tindakan itu diambil berikutan analisis yang dijalankan KKM dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca pencemaran. Tambahnya, selepas sijil halal dikeluarkan, pemegang sijil adalah tertakluk kepada pemeriksaan berkala Jakim terhadap syarikat pengeluar produk. Mengulas lanjut, beliau berkata, Jakim telah menjalankan pemeriksaan berkala terhadap syarikat pengeluar coklat terbabit pada 20 Februari lepas dan mendapati syarikat tersebut ketika itu mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia. - Bernama RESPON UMAT ISLAM Bagaimana dengan keluaran Cadbury yang lain? Mungkinkah keluaran yang lain turut tercemar dengan DNA Babi? Cadbury patut menggantung semua keluaran makanannya sehingga selesai siasatan dilakukan? Perkara ini adalah lumrah dalam industri makanan.
| |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 24 May 2014 10:15 PM PDT |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 24 May 2014 09:14 PM PDT |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 24 May 2014 03:02 PM PDT Rakaman CCTV Mahasiswi M'sia yang diperkosa di Bandung Posted: 24 May 2014 09:05 AM PDT Kisah berkenaan seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Bandung yang diculik dan dirogol oleh 3 lelaki di dalam kereta, merupakan sesuatu yang mengejutkan dan di luar dugaan. Pelajar itu kemudiannya telah ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat beliau diculik, Sabtu lalu. Walau bagaimanapun, pelajar itu pertama kali telah diselamatkan oleh sepasang suami isteri yang menemuinya dalam keadaan terhujung-hayang sebelum menghantarnya ke hospital berdekatan. Ikut seterusnya cerita suami isteri tersebut, seperti yang dilaporkan , Mahasiswi Unpad Korban Pemerkosaan itu Menangis dan Mengaku Diculik Bandung – Di pagi buta itu Tata Sumitra (45) dan Tuminah (43), suami isteri peniaga kopi di Lembang tak menyangka boleh menemui kejadian yang di luar dugaan. Seorang perempuan terhuyung meminta pertolongan. Perempuan itu mengaku diperkosa dan diminta dibawa ke doktor. Pada Sabtu (17/5) pukul 03.30 WIB, Tuminah sang isteri selama beberapa minit sempat bercakap berdua dengan mahasiswi Unpad korban rogol itu, kala sang suami mencari angkot untuk korban. | Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Posted: 24 May 2014 08:58 AM PDT BERIKUT ialah keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2013) 1. Artis Baru Lelaki Popular - Achey 2. Artis Duo/Berkumpulan Popular – Stacy & Akim 3. Artis Komedi Wanita Popular – Jihan 4. Chef Selebriti Paling Popular – Chef Wan 5. Gandingan Serasi Di Layar – Zara Zya & Azlee Khairi 6. Pelakon TV Lelaki Popular – Shah Iskandar 7. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana 8. Artis Berpengaruh di Laman Sosial – Datuk Siti Nurhaliza 9. Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan 10. Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa. 11. Watak Jahat Dalam Drama/Filem Popular – Sofi Jikan 12. Artis Komedi Lelaki Popular – Jepp 13. Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha 14. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato' Rahim Razali 15. Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha 16. Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz 17. Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz 18. Penyanyi Wanita Popular - Stacy 19. Artis Lelaki Stailo – Awal Ashaari 20. Aksi YouTube Paling Popular – Mat Luthfi 21. Anugerah Bintang Paling Popular – Aaron Aziz | Piala Thomas: Live Streaming Malaysia vs Japan 2014 Final Posted: 24 May 2014 08:53 AM PDT Malaysia akhirnya mencatat sejarah setelah berjaya melangkah ke pusingan akhir kejohanan Piala Thomas 2014 yang diadakan di India. Pasukan negara akan diuji bertemu dengan pasukan Jepun. Walaupun Jepun tampil kali pertama di pusingan akhir, perjuangan mereka amat cemerlang apabila menundukkan juara bertahan China di pusingan separuh akhir. Bagaimana pula dengan kemampuan Malaysia setelah pelbagai kontroversi melanda dalam skuad kali ini? Jangan lupa saksikan perlawanan akhir Piala Thomas 2014 di pautan di bawah Thomas Cup 2014 Japan vs Malaysia 5:30 PM| 25 Mei 2014
| (Foto) Aksi Terlampau Pelakon Awan Dania – Qila Wan Hisham Posted: 24 May 2014 08:01 AM PDT Namanya mungkin agak asing pada pengikut setia perkembangan seni hiburan tanah air. Namun, jika anda tidak pernah terlepas menonton siri televisyen popular Awan Dania yang disiarkan di Astro Ria suatu ketika dahulu, pastinya anda mengenali salah seorang pelakon tambahan dalam siri tersebut yang dikenali sebagai Qila Wan Hisham. Qila berlakon sebagai pramugari bersama teraju siri tersebut, Scha Al-Yahya. Namun, apa yang memeranjatkan ialah apabila kehidupan peribadi Qila sudah mula digeledah serta disebarkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan ini, dapat dilihat kehidupan 'silam' aktres ini yang dilihat agak liar dan sosial. Daripada aksi berbikini, bercium dengan kekasih malah sehingga ke gambar yang menyerupai gambar bogel! Tak tahulah macam mana Qila nak menjawab kalau lepas ni bertubi-tubi pihak media nak interviewnya pasal gambar-gambar 'hot' ni. – MYNEWSHUB.MY | Wanita bersuami miang di pejabat Posted: 24 May 2014 05:01 AM PDT DI kala nilai kasih sayang dipinggirkan dan sifat benci serta dendam lebih mekar, maka dengan sendirinya akan terhakis nilai-nilai murni yang selama ini menjadi kekuatan seorang manusia. Pengalaman membuktikan bagaimana akan hancur sebuah hubungan lantaran sikap manusia yang membelakangkan nilai kasih sayang sesama manusia. Hakikat yang sukar untuk dinafikan iaitu budaya dendam dan membenci yang kian membarah dalam diri, sekali gus menghakis tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Keghairahan merebut kuasa sering kali menjadikan masyarakat semakin hilang pertimbangan rasional dan nilai kasih sayang sehingga ada yang tergamak memasukkan pasir ke dalam periuk nasi orang lain. Ini cerita yang saya pilih untuk dikongsi dengan pembaca minggu ini. Kisah kiriman Zabidi (bukan nama sebenar) yang telah hampir 10 tahun berlalu tetapi masih segar dalam ingatan. Kata Zabidi, ia sekadar pengalaman hidup yang ingin dikongsi dengan pembaca di luar sana. Jika anda pernah teraniaya, jangan gundah atau kesal, sebaliknya berusahalah untuk memajukan diri dan bertawakal kepada Ilahi kerana segala yang tersurat akan ada hikmahnya. Begini kisah Zabidi. "Ketika menuntut di universiti, saya berkenalan dengan seorang gadis bernama Suri (bukan nama sebenar). Kami kerap bertemu di perpustakaan untuk mencari maklumat dan juga menghabiskan masa membaca dan mengulang kaji pelajaran. "Di luar bilik kuliah, kami keluar secara berkumpulan dan begitulah hari-hari yang saya lalui sehingga terbit bibit-bibit kasih, namun kami masing-masing memendam perasaan. "Mujur seorang sahabat sanggup menjadi orang tengah dan kami disatukan sebagai pasangan kekasih. Syukur kerana cinta kami mendapat restu daripada keluarga. Akhirnya setelah hampir setahun bertunang, kami disatukan sebagai suami isteri. "Kami dikurniakan dua orang anak, yang sulung berusia 11 tahun dan yang kedua lapan tahun. Melihat mereka membesar, satu kepuasan dan keluarga adalah segalanya dalam hidup kami. "Anak-anak umpama permata yang menyinari dan membahagiakan sesebuah keluarga. Oleh itu, setiap ibu bapa wajib menyempurnakan amanah tersebut. Jika betul didikan maka terhasil sebuah kehidupan yang harmoni. Itulah yang kami lakukan untuk mendapatkan anak soleh dan solehah serta keluarga bahagia mengikut syariat. "Isteri saya mohon untuk bersara awal kerana mahu menumpukan perhatian kepada keluarga dan saya amat gembira dengan keputusan Suri. "Hari bertukar tahun akhirnya saya dinaikkan pangkat. Ini rezeki untuk keluarga dan saya bersyukur kerana mendapat perhatian daripada pihak atasan serta berjanji untuk meningkatkan lagi prestasi tugasan yang telah diamanahkan. "Suasana di pejabat tidak sama seperti di rumah yang mana setiap kerja boleh ditangguhkan. Di pejabat, segalanya memerlukan kepantasan untuk menyiapkan tugasan jika diminta berbuat demikian. "Rakan sekerja saya, Siti (bukan nama sebenar) menjadi teman setia saya dalam melakukan kerja-kerja di pejabat, sebab kami berada di unit yang sama. "Dalam diam, Siti menyimpan perasaan terhadap saya walaupun dia berstatus isteri orang. Saya pura-pura tidak memahami perasaannya, sebaliknya terus menumpukan pada perkara yang melibatkan tugasan rasmi kami seperti yang diarahkan. "Saya selalu berpegang kepada pesanan ibu saya, kita perlu rasional dalam tindakan jika terbabas sukar untuk berpatah balik atau membuat pusingan U. "Setiap kali bila kelapangan saya akan menghubungi isteri di rumah, bertanyakan khabar dan menu apa yang disediakan untuk kami sekeluarga. "Walaupun disindir oleh rakan-rakan tetapi bagi saya itu satu cara untuk mengelak daripada terjebak dengan hubungan terlarang yang amat dahsyat kesannya. "Siti sesekali menyindir saya kerana menolak pelawaannya untuk makan bersama. "Hai takutkan orang rumah ke?" tetapi saya tidak memberi apa-apa respons kerana sudah 'masak' dengan kerenahnya yang suka mengambil kesempatan. "Kerana terlalu marah dengan saya yang tidak melayannya, Siti telah menyebarkan cerita yang kononnya rumah tangga kami sedang dilanda badai. Berita yang kurang menyenangkan ini sampai ke pengetahuan isteri saya. "Suri amat memahami situasi di pejabat kerana dia juga pernah bekerja, jadi dia abaikan sahaja hal tersebut bila saya menceritakan hal yang sebenar. Untuk apa mengundang dosa jika kebahagiaan telah berada dalam genggaman. "Pelbagai idea Siti lakukan untuk menjerat saya tetapi saya tidak sebodoh yang dia fikirkan. Setelah berbincang dengan isteri di rumah, saya akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan yang tinggi dan lumayan gajinya demi menyelamatkan rumah tangga saya. "Tindakan saya telah mencetuskan pelbagai tanggapan dalam kalangan rakan-rakan tetapi saya diamkan sahaja kerana tidak mahu mendedahkan aib seorang wanita yang bergelar isteri orang. "Jika dilayan akan menjadi-jadi perangainya, mengalahkan orang bujang. Malah dia langsung tidak rasa bersalah dan malu dengan perangainya itu. "Kini, saya merasa tenteram dan aman dengan tugasan baru yang saya pikul. Sekurang-kurangnya saya tidak diganggu oleh isteri orang yang menggoda saya di pejabat. "Kehidupan saya kini lebih membahagiakan dan kerja baru saya juga memberi rezeki yang lebih lumayan untuk kami sekeluarga. Saya amat bersyukur kerana diberi kesedaran lebih awal oleh Allah untuk menyelamatkan rumah tangga saya. Alhamdulillah, terima kasih kepada Suri yang sangat memahami masalah saya dan tidak melatah dengan apa yang saya hadapi. "Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan isteri terutama apabila membabitkan orang ketiga tetapi saya dikurniakan seorang isteri yang baik dan penyabar orangnya. "Sebagai lelaki, saya amat pelik dengan sikap wanita sekarang yang terlebih berani. Mereka tidak ada perasaan malu dan segan hingga sanggup menggoda lelaki lain sedangkan mereka juga ada suami. "Apa hendak jadi dengan dunia sekarang, saya pun tidak tahu. Saya berdoa supaya Siti sedar akan perangainya yang salah itu dan mudah-mudahan dia akan insaf dan bertaubat. Hidup ini hanya sementara, jadi sebelum terlambat elok kembali ke pangkal jalan. "Sepatutnya dia malu dengan sikap buruknya itu setelah saya tidak melayannya tetapi ini tidak, dia semakin menjadi-jadi hingga saya terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja. "Selepas ini, saya tidak tahu siapa pula yang akan menjadi mangsanya. Harapan saya, semoga dia menghentikan perangai buruknya itu dan kembali mentaati suami yang sangat mencintainya. "Saya kesal kerana suaminya tidak tahu isterinya berperangai begitu dan mudah-mudahan Allah akan membuka pintu hatinya untuk kembali menjadi isteri yang solehah. Kepada para suami di luar sana yang mungkin menghadapi situasi sama seperti saya, jangan melatah dan mengikut arus. Kalau boleh elak, elok mengelak. "Fikirkan masa depan anak-anak, fikirkan pengorbanan isteri. Tumpukan perhatian terhadap keluarga kerana mereka adalah amanah Allah. Masalah boleh selesai jika kena caranya. Semoga Allah merahmati keluarga saya di dunia dan akhirat. Amin,'' Zabidi menamatkan ceritanya. Terkedu saya dengan cerita Zabidi. Memang Zabidi terbukti seorang suami yang baik, prihatin dan sayangkan isteri dan anak-anaknya. Sebagai ketua keluarga, Zabidi telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Pengorbanannya meletak jawatan kerana menjaga maruahnya amat dipandang tinggi. Alangkah bahagianya rumah tangga jika ada ramai lagi lelaki seperti Zabidi dalam masyarakat kita. Doa saya agar Allah makbulkan doa Zabidi untuk kebahagiaan keluarganya di dunia dan akhirat. Menamatkan catatan, pesanan saya, wanita insan yang dikurniakan dengan keajaiban, dia boleh menjadikan sesebuah rumah itu seperti syurga dan bisa menukarnya menjadi sebuah neraka. Salam Keluarga@Utusan | DNA Babi: Jangan bimbang kesahihan logo halal - JAKIM Posted: 24 May 2014 03:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Kenyataan media Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berkenaan kenyataan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai pengesanan DNA babi (porcine) dalam coklat susu dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengambil maklum akan Kenyataan Media YBhg Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah; Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 24 Mei 2014 berkaitan dengan pengesanan DNA Porcine dalam dua sampel coklat Cadbury; Coklat susu dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1. Berikutan kenyataan tersebut, Jakim telah menggantung sijil pengesahan halal bagi kedua-dua produk berkenaan berkuatkuasa SERTA MERTA. Dalam masa yang sama, siasatan lanjut akan dibuat untuk mengenalpasti punca pencemaran tersebut. Jakim ingin menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Selepas sijil pengesahan halal Malaysia dikeluarkan, pemegang sijil adalah tertakluk kepada pemeriksaan berkala Jakim. Dalam hal ini, pemeriksaan secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan telah dibuat dan pemeriksaan terakhir adalah pada 20 Februari 2014 dan didapati mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia. Kepada para pengguna yang selama ini menggunakan mana-mana produk yang mempunyai logo halal Malaysia tidak perlu bimbang kerana pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat pensijilan, pihak Jakim akan menggantung atau menarik balik sijil pengesahan halal dengan serta merta. DATO' HAJI OTHMAN MUSTAPHAKETUA PENGARAHJABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA 24 MEI 2014 | Coklat Cadbury sah ada DNA babi (porcine) Posted: 24 May 2014 12:21 AM PDT SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan penemuan DNA babi (porcine) dalam produk makanan Coklat Susu dengan Kacang Hazelnut dan Coklat Susu dengan Kacang Badam jenama Cadburry Dairy Milk.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan analisis yang diambil dari tiga sampel, dua daripadanya didapati mengandungi porcine manakala satu lagi produk iaitu Coklat Susu Cadburry Dairy Milk Chocolate dikesan tidak mengandungi DNA tersebut.
"Ini bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, pihak pengeluar produk, Cadburry Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan untuk menarik balik produk terbabit dari pasaran dengan serta-merta.
"Kami ingin menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya," jelasnya.
Orang ramai dan pengguna boleh merujuk laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq untuk sebarang soalan dan pertanyaan. | 'Datuk gatal miang keladi' Posted: 23 May 2014 11:01 PM PDT | Gambar hiasan |
Kuala Lumpur: Datuk gatal. Itu gelaran yang layak untuk seorang lelaki berumur 59 tahun yang mengajak seorang remaja berumur 15 tahun berkahwin dalam kejadian di Wangsa Maju. Difahamkan, mangsa berusia 15 tahun dan masih bersekolah itu berkenalan dengan lelaki yang layak dipanggil datuk itu secara tidak sengaja di kawasan perumahannya. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dalam pertemuan yang tidak disengajakan itu, lelaki berkenaan disapanya secara sopan kerana menganggap dia sebagai datuk manakala lelaki itu juga menggunakan gelaran 'anak' untuk bercakap dengannya. Katanya, lelaki itu sering menghubunginya untuk bertanya khabar dan hubungan mereka berterusan sebagai datuk dan cucu, malah ibu bapanya tahu mengenai lelaki berkenaan yang sering melawatnya pada hujung minggu. "Bagaimanapun, bulan lalu, lelaki itu menyatakan mempunyai perasaan cinta dan berniat untuk berkahwin dengan saya. Saya yang terkejut dengan pengakuan itu mula menjauhkan diri daripadanya. "Namun, lelaki terbabit tetap menghubungi saya setiap hari dan memaksa saya berkahwin dengannya, malah mengugut membunuh diri jika enggan berjumpa dengannya," katanya kepada Harian Metro. | Pelakon drama wanita dicekup jadi GRO sedang layan jantan Posted: 23 May 2014 09:25 PM PDT | Gambar hiasan |
Melaka: Seorang 'pelakon' yang leka melayan pelanggan di sebuah pusat hiburan gagal melarikan diri selepas premis tempatnya bekerja di Bandar Hilir, di sini, diserbu imigresen, semalam. Dalam serbuan pada jam 1 pagi itu, wanita itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati dia memasuki ke Malaysia menggunakan pas pekerja sebagai pelakon sebuah drama bersiri disyaki menjadi pelayan pelanggan (GRO) di premis terbabit. Dalam operasi khas itu, turut ditahan 15 wanita warga asing disyaki GRO dan dua lelaki tempatan berusia 32 dan 46 tahun dipercayai majikan serta penjaga di pusat hiburan berkenaan. Difahamkan, pusat hiburan yang beroperasi di bahagian tempat letak kereta bawah tanah bangunan kedai itu dikategorikan sebagai 'lokasi kebal' selepas beberapa serbuan imigresen sebelum ini gagal kerana dijaga tonto dengan rapi. Pemangku Pengarah Imigresen negeri Abu Bakar Sidek Hasan berkata, serbuan 12 pegawainya diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Mohd Yusof Hashim dilakukan hasil risikan selama dua minggu selepas menerima aduan daripada orang ramai. Katanya, dalam serbuan itu juga, sebahagian daripada 60 pelanggan di premis itu cuba membuat provokasi bagi menggagalkan operasi berkenaan dengan menimbulkan kekecohan. "Mereka membuat kecoh apabila pegawai kami meminta operasi pusat hiburan itu dihentikan bagi tujuan pemeriksaan, malah ada di antara mereka cuba menarik GRO yang ditahan sebelum keadaan dikawal. "Berdasarkan aduan, ada pihak tidak puas hati kerana premis didakwa menyediakan khidmat GRO asing ini sering dikunjungi ahli keluarga mereka sehingga ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk berhibur di pusat hiburan terbabit," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Ayer Keroh, di sini, semalam. Turut hadir, Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen negeri Mohd Sabri Ismail. Abu Bakar berkata, bagaimanapun usaha sebahagian pelanggan itu gagal apabila pegawainya menahan 16 GRO membabitkan 13 warga China dan tiga warga Vietnam bersama dua lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 46 tahun. Katanya, hasil risikan dua minggu di pusat hiburan itu, premis berkenaan juga dipercayai menawarkan khidmat 'gadis pengiring' kepada pelanggan untuk dibawa keluar. "Hasil pemeriksaan, lima daripada mereka disiasat mengikut Perkara 39b, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana disyaki melanggar syarat pas dan tiga masuk ke negara ini sebagai pelajar dan seorang 'pelakon'," katanya. | Staf kantoi lakukan seks dalam mahkamah Posted: 23 May 2014 08:01 PM PDT | Gambar hiasan |
Seorang hakim dalam satu persidangan di Itali terpaksa menghentikan satu kes perbicaraan melibatkan pembunuhan apabila menyedari terdapat dua staf persidangan sedang melakukan hubungan seks ketika persidangan dijalankan. Kedua staf itu sedang melakukan hubungan seks di atas ruang sidang. Menurut sumber menceritakan, kedua staf yang mengambil kesempatan dan melakukan hubungan seks itu beranggapan perbuatan mereka tidak terlihat dari luar. Namun Hakim Anna Ivaldi masih dapat melihat keduanya dari ruang pengadilan Palazzo di Giustizia. Kemudian Hakim Ivaldi dengan segera menghentikan perbicaraan dimana ketika itu seorang pengacara, Sabrina Monteverde sedang memberikan hujah dalam persidangan tersebut. Hakim segera memerintahkan pemeriksaan atas insiden yang memalukan itu. 'Ketika persidangan perdana dimulakan, hakim secara tiba-tiba telah mendengar 'suara pelik'. Kemudian dia memanadang ke atas ruang sidang dan ternampak dua tubuh sedang bertelanjang',.. kata seorang dari sumber persidangan... Selepas pemeriksaan dijalankan, ternyata kedua staf yang melakukan hubungan seks itu adalah kakitangan dari pejabat pengadilan yang sememangnya dikenali.... Bagaimanapun nama dari kedua staf tersebut tidak diumumkan oleh pihak pengadilan demi memelihara Institusi penghakiman dari mata umum. Namun masaalah ini dianggap pelik, kerana salah seorang dari kaitangan pengadilan tersebut sudah pun berumahtangga... | Pelakon wanita cium pengarah cemar kesucian Islam Posted: 23 May 2014 05:02 PM PDT TEHRAN: Pelakon wanita Iran, Leila Hatami menimbulkan kemarahan pihak berkuasa negaranya minggu lalu, selepas kemunculan gambar beliau sedang mencium pipi pengarah Pesta Filem Cannes, GIles Jacob. Tindakan beliau dianggap mencemarkan "kesucian" Islam. "Mereka yang menghadiri acara antarabangsa dikehendaki mematuhi kredibiliti dan kesucian warga Iran supaya imej buruk wanita negara ini tidak ditampilkan kepada dunia," kata Timbalan Menteri Kebudayaan, Hossien Noushabadi yang dipetik penyiar kerajaan IRIB. "Wanita Iran adalah simbol kesucian dan luhur. Kehadiran beliau pada pesta itu kurang sesuai dan bertentangan dengan kepercayaan kami," katanya. Dilahirkan dalam keluarga dengan latar belakang lakon layar, Hatami meraih populariti antarabangsa berikutan peranannya dalam filem Asghar Farhadi "Satu Perpisahan" yang memenangi Anugerah Akademi 2012 bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik. Tahun ini beliau bertindak sebagai juri di pesta filem tahunan Cannes di selatan Perancis tetapi menetap di Iran. Menurut tafsiran undang-undang Iran yang digunakan sejak revolusi 1979, seorang perempuan tidak dibenarkan mempunyai hubungan fizikal dengan lelaki di luar lingkungan keluarganya. - AGENSI | |
Apa Yang Tersirat Posted: 24 May 2014 02:15 PM PDT PRK Teluk Intan: Benarkah Melayu Sokong Dyana? Posted: 24 May 2014 01:26 AM PDT Melihat gelagat pemimpin PAS, parti PAS, pemimpin melayu PKR; nampaknya 1/3 melayu sokong Dyana. Dyana adalah calon DAP bagi PRK Teluk Intan. Sebelum menjadi calon, dia adalah setiausaha politik kepada LIM KIT SIANG, pemimpin utama DAP, dan kini wakil rakyat Gelang Patah, Johor selepas PRU-13.
Nama Dyana melangit pada Kit Siang, atas sebab tindakan pertamanya selepas diterima dalam DAP Desember 2011, dia membuat kenyataan, bahawa Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) perlu mengubah sistem yang ada pada universiti itu, daripada melayu/bumiputera sentrik, kepada universiti berbilang kaum.
Alasan Dyana, semua rakyat negara ini berhak mendapat pendidikan, termasuklah memasuki UiTM. Tindakan Dyana itu, menarik krtitikan berbagai pihak daripada melayu penyokong Bn dan Umno, namun mendapat tepukan gemuruh daripada parti lawan.
Kini, dalam PRK Teluk Intan, Dyana dengan jelas dan lantang menentang HUDUD perjuangan PAS, namun PAS menelan suara itu, atas sebab DAP kawan baik PAS, setidak-tidaknya itulah jawapan yang diberikan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu ( Mohammad Sabu).
Parlimen Teluk Intan sebenarnya kawasan campuran, atas sebab pengundi cina 42%, melayu 38% dan india 19%. Melihat kepada data ini, jika peratusan antara kaum berimbang dalam trend pengundian, keadaan akan berada pada 50-50. Namun, bagi kes kawasan ini, sejak PRK 2008, pengundi cina 90 peratus berpihak kepada DAP, manakala melayu 80 peratus kepada BN, manakala india 60 kepada DAP dan 40 kepada BN, atas sebab itu, kawasan itu dimenangi DAP.
Jika pada PRK ini, yang berlabuh pada 31 mei, berlaku perubahan trend pengundian terutama pada pengundi cina, ada kemungkinan berlaku bahawa kawasan ini akan kembali kepada BN. Namun melihat cara berkempen di PRK Teluk Intan, perhatian jurukempen, terutama BN tertumpu sangat kepada pengundi melayu, sedangkan mereka tahu, bahawa pengundi melayu sahaja tidak akan mampu memenangkan BN.
Kempener BN termasuk pemimpin BN mengambil isu Dyana, untuk berkempen, sedangkan mereka tahu, bahawa kemenangan Dyana nanti bukan disumbangkan oleh pengundi melayu melainkan pengundi cina.
Kalau calon BN tidak mampu mendapat undi cina sebanyak 8,000 lupakan hasrat memenangi PRK ini, walaupun melayu 90 peratus mengundi calon BN Dato Mah Siew Keong-Presiden Gerakan. Berasaskan kepada perkiraan ini, jika Dyana menang pada PRK itu, bukan atas sebab sokongan melayu, akan tetapi sokongan cina. Atas sebab itu, dia tidak boleh menganggap bahawa kemenangannya merupakan petanda bahawa melayu menyokongnya, dan sekaligus membuat kesimpulan bahawa melayu menyokong keinginannya menghapuskan status UiTM apatah lagi pendiriannya terhadap Hudud.
Bagi BN, untuk menang pada PRK Teluk Intan, perlu attack kaum cina, jika gagal, maka kempen BN tidak akan berbaloi.
Bagi AYT, pada PRK Teluk Intan, hanya proses mengsahkan, bahawa cina terus menolak Bn; atas sebab itu, kaum melayu perlu mengambil iktibar, bahawa kawasan parlimen majoriti melayu perlu menunjukkan pada bila-bila masa, perlu dimenangi calon Umno, bukan calon PAS atau PKR, kerana hanya cara itu sahaja boleh menyelamatkan status melayu, termasuk status UiTM. | Najib Terpkasa Beri Nasihat: Jaga Nama Baik Parti Kita Posted: 24 May 2014 12:13 AM PDT Saya petik daripada wall FB Perdana Menteri yang dipos hari ini. Saya kurang mahir print screen, hanya tahu copy n paste. I strictly condemn the derogatory remarks made by a DAP member, totally unbecoming on its part. We may differ in our political opinion but being abusive is uncalled for. This type of action incites disharmony as after all, we are all Malaysians.
At the same time, I call upon all UMNO members not to overreact, by doing things against the law or deemed to be irresponsible. Any reactions should be within the bounds of law and we must strive to continue the good image of our party. Jaga nama baik parti kita.
Kenyataan ADUN Seri Delima daripada DAP RSN Rayer yang mengatakan Umno Celaka, mendapat komen daripada PM sepertimana tulisan diFB beliau.
Sebagai kita tahu, ekoran kenyataan ADUN DAP itu semasa sidang DUN Pulau Pinang minggu lalu, menyebabkan sekumpulan pemuda Umno menyerbu masuk persidangan itu; meminta ADUN DAP itu menarik balik kenyataan itu dan seterusnya meminta maaf. Namun, ADUN DAP itu enggan, sebaliknya mengulanginya kenyataannya di luar dewan, bahawa dia tidak akan menarik balik apatah lagi meminta maaf.
Berikutan keengganan Rayer, maka pemuda umno bertindak berdemo di depan pejabat Umno di Kuala Lumpur dan Kuantan, dan sempat merosakan papan tanda pejabat DAP itu. Ekoran tidakan itu, Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin, berkata, bahawa pemuda Umno akan membayar balik kerosakan itu.
Melihat kepada kenyataan Perdana Menteri itu, kini, nampaknya ada sebahagian pemuda Umno kehilangan kesabaran, sehingga bertindak tidak sesuai dengan cara Umno. Umno boleh jadi mendesak, tapi tidak sampai kepada pengorosakan atau tindakan yang boleh membawa kemudaratan atau kebinasaan. Cara itu sebenarnya budaya PAS, namun mengapa Umno boleh bertindak demikian? sehingga PM terpaksa memberi nasihat "JAGA NAMA BAIK PARTI KITA". | Mengapa UMNO Tiba-Tiba Ketakutan!!! Posted: 23 May 2014 10:39 PM PDT Mengapa UMNO tiba-tiba ketakutan!!!! sehingga ada yang mengambil jalan keganasan. Tindakan seperti ini, sebenarnya adalah budaya PAS, sebab parti yang mengaku parti islam itu senantiasa tidak mampu bersaing melalui peti undi, atas sebab itu untuk megatasi kekurangan itu dan mengubati rasa frustrasi mereka memilih secara kekerasaan. Sebelum tahun 2008, kita biasa berdepan dengan pasukan gengster PAS baik dalam pilihanraya umum atau pilihanraya kecil; namun selepas itu, budaya ini diambil pula oleh umno, walaupun tidak meluas, namun tindakan mereka itu telah mencerminkan, bahawa Umno merasa telah kehilangan sentuhan, merasakan tiada lagi "penghormatan" merasakan bahawa parti itu tidak lagi digeruni, atas sebab mereka yang berani berdepan dengan Umno sebenarnya merasakan dibentengi oleh rakyat.
Kini DAP sudah berani berkata bahawa tindakan "hooligans" dan "gangsters" segelintir pemuda Umno atas sebab umno telah kehilangan sokongan rakyat; Umno bukan lagi sebuah parti yang mendapat penghormatan dan tempat bergantung rakyat. Atas faktor ini jugalah, DAP secara terbuka berani menentang Umno; sebab parti berideologi sosialis itu merasakan bahawa rakyat sudah dibelakang parti serpihan PAP Singapura itu. | |
waadat Posted: 24 May 2014 01:56 PM PDT Memilih ulu kayu buat menebang si pohon besar Posted: 23 May 2014 06:33 PM PDT Apa yang Demang gusarkan dalam satira http://waadat.blogspot.com/2014/05/sila-baca-kesah-ini-baik-baik.html sudah mula menjelma. Cepat sungguh tuhan tontonkan pada kita, itupun jika masih mahu dan mampu berfikir. (Lihat poster di bawah). Namun kalau hati sudah terpalam dan mata hering hanya menginginkan bangkai, maka dipilihlah untuk bersama pada jalan orang-orang yang sesat dan tidak beramal soleh. Sebenarnya agenda DAP bukanlah kemas sangat. Bocor di merata-rata tempat. Namun dek dendam kesumat beberapa pemimpin tertentu ditambah imbuhan yang agak lumayan oleh parti yang dibiayai pemegang sebenar ekonomi Malaysia, maka diwajarkanlah beberapa perkara yang ssbenarnya tidak wajar. Apalah nak diharapkan pada budak perempuan baru berumur 20an untuk menjadi wakil rakyat dan lebih penting lagi mewakili suara Melayu dalam DAP? Berupayakah dia melakukan apa-apa? Ia hanya lah ulu kayu yang cuma boleh nenumbangkan pokok apabila ada baji besi. Jika dicabut baji pada ulu kayu itu, maka akhirnya menjadi kayu reput yang tak berguna lagi. Sebelum ini kehidupannya dibiayai DAP dan selepas ini jika menang pun (nauzubillah) batang lehernya akan terus dipegang DAP. Seorang pemimpin yang nak kita lantik mestilah seseorang yang berani menegakkan kebenaran. Kebenaran apa yang boleh ditegakkan oleh bekas pelajar UiTM itu yang jati diri sendiripun masih samar-samar? Jika PAS selama ini merindukan politik Islam, politik Islam yang bagaimanakah yang mahu dijelmakan jika sanggup memberi undi pada calon DAP di Teluk Intan itu? | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan