Duke of UMNO Posted: 13 May 2014 02:01 PM PDT TERKINI: APA RASIONAL KEMELUT POLITIK TERENGGANU? Posted: 13 May 2014 01:32 AM PDT Saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi komen di ruangan blog ini berhubung isu Ahmad Said keluar parti malam tadi. Ada yang sokong tindakan Mat Said tu...jantan katanya. Dan ada juga yang tidak setuju dengan tindakan melulu tidak berfikir panjang Mat Said tu...Biasalah.. saya hormati pandangan-pandangan tersebut...
Terkini, Mat Said & the geng kata walaupun depa ADUN Bebas, depa tetap akan sokong UMNO/BN. Dalam hal ini, kemungkinan PRN mungkin tidak akan berlaku dalam masa terdekat kecuali ada undi tidak percaya pada MB Terengganu sekarang. That's by law...
Dari sudut pandangan saya...
1. Apa perlunya Mat Said & the geng letak jawatan? Sebab anak nak kenduri? Kalau tak jadi MB maka anak tak boleh akad nikah ke? Sejak bila jawatan MB jadi rukun nikah? Abih tu nanti saya perlu jadi MB baru boleh nikahkan anak-anak saya?
2. Bila Mat Said & the geng keluar parti, jadi ADUN Bebas, Kerajaan Negeri jadi tak stabil. Parti pemerintah tak stabil dan tak memiliki majoriti. Dah la sebelum ni pun menang simple majoriti (lemah), dan sekarang ni hampir tidak mempunyai kuasa untuk mengawal kestabilan politik Kerajaan Negeri.
3. Ketidak stabilan Kerajaan Negeri Terengganu bukan disebabkan parti. Ia disebabkan oleh attitude pemimpin itu sendiri. Bila diminta letak jawatan, tak mampu bersikap gentleman macam Idris Jusoh dan beberapa pemimpin lain sebelum ni...
4. Tidak mampu terima keputusan pucuk pimpinan, sebab tu keluar parti? Kalau dilihat dari sudut Mat Said sendiri, memang la "jantan" buat tindakan keluar parti. Tak setuju dan letak jawatan. Tapi, dari sudut rakyat jelata, ia dilihat sebagai tidak menjaga kestabilan pemerintah (kerajaan), kebudak-budakan, taksub kuasa dan cepat melatah... cool la sikit... chill..
5. Terlalu sayangkan jawatan atau rasa dirinya dianiaya? Apa ada pada jawatan dan kuasa? Semua tu milik Allah SWT. Dia pinjamkan pada kita saja. Bila Allah tarik balik nikmat tu maka tak boleh terima qadha qadar. Yang "sedap-sedap" saja kita nak terima, yang "pahit" tak dapat terima? Dapat yang "pahit" kita jadi marah-marah, keluar parti dan sebagainya? Gentleman ke macam tu? Jantan ke macam tu?
6. Ada yang menyalahkan Putrajaya dan Najib dalam hal ni. Kononnya tak boleh ke tunggu 2-3 hari nak tukar MB? Boleh. Nak tangguhkan sampai PRU 14 pun boleh. Tapi boleh ke selesaikan masalah politik Kerajaan Negeri? Kalau tak silap saya, hanya 5-6 orang ADUN saja yang sokong Mat Said kekal MB.
ADUN-ADUN lain lebih rasional dan depa lebih tahu tentang kepentingan Kerajaan Negeri dan rakyat Terengganu. Majoriti ADUN-ADUN BN lebih tahu dan rasional berpandangan MB perlu ditukar bagi menyelesaikan kemelut politik dalaman tu untuk terus memerintah dengan sistem yang lebih baik.
Masa zaman Idris Jusoh dulu pun lebih kurang macam tu jugak. Konflik jugak, tapi takde la sampai keluar parti pun. Menurut seorang "Dr." yang aktif UMNO yang pernah saya temui, dia kata untuk kestabilan politik Terengganu, kena tukar MB. Jangan lantik Idris Jusoh atau Mat Said, lantik orang lain. "Dr." ni orang Idris Jusoh sendiri...
Saya takde la setuju pandangan "Dr." tu 100%. Tapi pandangan dia tu ada kebenaran dan neutral. Dia just nak kemelut politik dalaman UMNO di Terengganu selesai. Rasanya ramai pemerhati politik di Terengganu setuju dengan pandangan ni. Nama Dato' Razif naik tu hanya pilihan terbaik dari calon-calon lain saja...
Jadi, tak wajar la nak salahkan Najib atau Putrajaya dalam hal ni. Kita rasional la sikit... boleh?
7. Pasal lokasi kenduri anak di Kediaman Rasmi MB? Benda kecik je tu. Boleh je teruskan buat kat situ.. mintak izin la dari MB, Dato' Razif.. lagi pun, saya tak rasa Dato' Razif terus nak angkut anak bini dia masuk kediaman MB tu..
8. Ada yang kata ni soal maruah masa kenduri anak Mat Said tu. Malu? Nak malu apa? Sebab dah tak jadi MB maka malu pada sanak saudara dan tetamu? Pada pandangan saya, Mat Said akan dilihat lebih bermaruah jika dia bijak menjawab hal ni.. contohnya, arwah Ust Azizan dulu pernah kata "jawatan MB ni hanya amanah pinjaman saja, kalau Allah takdirkan tukar MB, maka tukarlah.." lebih kurang gitu la arwah sebut. Masa tu PAS Kedah dok tengah kalut nak tukar MB depa... nak jatuhkan Ustaz Azizan...
9. Saya mohon MB dan UMNO Kedah ambil iktibar atas apa yang berlaku di Terengganu. Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Kita kat Kedah ni pun menang "simple majoriti" saja, bukan 2/3 pun. Saya takde kepentingan pun, cuma takmau la Kedah ni dapat balik ke tangan PAS...lingkup rakyat dan negeri ni nanti...
Tapi nampaknya ada sesetengah pemimpin di Kedah yang masih "honeymoon", rasa kuat, confident lebih. Sedangkan ramai yang dah mula "berbunyi" di peringkat bawahan. Nak tegur nanti disalah anggap pulak. Kalau tak tegur, dok rasa kuat pulak..
Macamana nak dapatkan 2/3 pada PRU ke-14 nanti? Fikir sendiri laaaa.. takkan tu pun nak suruh saya pikiaq kotttt...kan? Seteruk-teruk Tok Bashah yang hangpa kata level SPM tu dia la pengemudi UMNO Kedah untuk rampas balik negeri ni dari PAS selama 5 tahun... kena hentam depan belakang pun dulu, dia la jugak yang buat UMNO kembali menerajui Kedah... kan? Jadi, yang rasa level depa lebih dari SPM tu kita harap dapat kembalikan 2/3 majoriti la kan... sekarang 1 tahun dan berlalu... Bak kata gambar kat bawah ni...
| Siri Bercakap Dengan "Jin" PAS Kedah: 20 Perkara – Siri III Posted: 12 May 2014 09:33 PM PDT
Penulis tidak bermaksud untuk menuding jari pada sesiapa dalam soal 20 perkara kegagalan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah yang ditimbulkan bekas Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan PAS Kedah, Zulkifli Yahya.
Setelah menganalisis 10 perkara sebelum ini, penulis berpandangan bahawa penulisan Zulkifli di Harakahdaily itu hanya bersifat persepsi, separuh masak dan kurang neutral selain penuh berbaur politik.
Kata mudahnya, gaya penulisan itu lebih terdorong ke arah niat memburuk-burukkan dan bukan bersifat membina sebagaimana yang sepatutnya dilakukan oleh pembangkang yang sihat di negeri Kedah.
Berikut adalah kesinambungan 20 perkara tersebut.
11. GAGAL membuat keputusan yang wajar dalam isu mahkamah. Mukhriz telah membuat keputusan tidak wajar dalam isu pembalak menyaman anak syarikat kerajaan negeri, apabila bersedia menerima penyelesaian di luar mahkamah sekalipun kes tersebut hampis pasti dimenangi oleh pihak kerajaan negeri. Akibatnya kerajaan negeri kerugian RM2.5 juta. Penulis tidak fikir Zulkifli berlatar belakangkan jurusan undang-undang dan yakin dia juga bukan merupakan seorang bekas Hakim Mahkamah atau mewakili Peguam Negara untuk memberi komen seumpama di atas berkenaan kes saman melibatkan anak syarikat kerajaan negeri dengan sebuah syarikat pembalakan.
Namun penulis yakin bahawa Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Mahathir mempunyai barisan peguam yang handal-handal yang diketuai oleh Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Kedah.
Malah penulis yakin bahawa kes berkenaan dirujuk kepada mereka-mereka yang ahli dalam sudut perundangan oleh Mukhriz, bukan? Takkanlah beliau rujuk pada Mufti Kedah atau Pengurus Bola Sepak Kedah pula, kan?
Jadi, atas nasihat yang diberikan, adalah wajar untuk Mukhriz mendengar nasihat dari Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri berbanding nasihat dari Zulkifli yang dipercayai tidak punya kreadibiliti dalam bidang undang-undang, bukan?
Apakah kerana hanya menang dalam kes saman sebelum ini maka Zulkifli menyifatkan sebagai pakar undang-undang dan mampu meramal keputusan hakim mahkamah? Dalam soal ini pada pandangan penulis, pihak yang tidak wajar sebenarnya ialah Zulkifli sendiri.
12. GAGAL mengurus sembilan buah Maktab Mahmud yang selama ini diurus oleh kerajaan negeri dengan menyerahkan kelolaannya kepada Kementerian Pelajaran dibawah pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Mukhriz mungkin 'bijak' kerana berjaya menyelamatkan duit negeri sebanyak RM26 juta yang selama ini membiayai Maktab Mahmud tersebut. Soalnya, ke mana perginya RM26 juta tersebut dan apakah nasib silibus Azhariah di Maktab Mahmud selepas ini?
Mulanya Zulkifli menuduh Mukhriz sebagai "gagal", kemudian dia tuduh pula Menteri Besar kesayangan rakyat Kedah itu sebagai "bijak". "Gagal" urus Maktab Mahmud dan "bijak" menjimatkan sebanyak RM26 juta wang rakyat Kedah?
Pada pandangan penulis...
| Pasal kenduri kahwin anak pun Mat Said keluar UMNO kaaaa..???!!! Posted: 12 May 2014 06:16 PM PDT Ni la perangai pemimpin UMNO yang saya tak gemar ni... cakap depan penyokong bukan main lagi.. demi Islam la... demi Melayu la... demi Tanah Melayu la... alif ba ta la... bukan main hebat lagi depa syarah atas pentas... tak cukup atas pentas, bawah pentas pun depa sambung lagi...
Kononnya kalau toreh lengan depa dengan pisau pun, akan mengalir darah UMNO... darah anak jati bangsa... darah pejuang Melayu... darah Mat Kilau, darah Hang Tuah, darah Tok Bahaman... Sapa hina Islam, depa kutuk rapat tak cukup tanah depa perambat...
Tapi bila hilang jawatan MB? Terus sign surat keluar parti... jadi ADUN Bebas... lepas tu kroni-kroni pun ikut sekali letak jawatan... tu la nasib politik di Terengganu sejak malam tadi... Pasal kenduri kahwin anak dia pun nak keluar parti kaaaaa...??? Kecoh satu negeri...politik negeri tak stabil...!!!
Saya nak tanya sikit la pemimpin-pemimpin UMNO zaman sekarang ni... ada lagi tak spesis macam Ahmad Said dan Ghazali ni? Ada tak? Kalau ada, saya cadangkan supaya letak je la jawatan tu dengan sukarela secara terhormat... keluar parti dan masuk la parti mana pun asalkan tak merosakkan UMNO dari dalam... Perangai macam ni lebih kurang perangai Anwar Berahim la... kena pecat dari UMNO disebabkan salah sendiri... lepas tu suruh bini tubuh parti baru untuk lawan UMNO... Tu bukan tujuan politik tu... tu niat peribadi nak jadi PM... buruk betul la perangai macam tu...
Pada saya, biarlah UMNO jadi pembangkang, asalkan UMNO tak dirosakkan oleh golongan-golongan pemimpin yang bersifat gilakan jawatan dan kuasa macam tu... Saya rela UMNO jadi pembangkang asalkan parti kita ni punya pemimpin-pemimpin yang berkualiti dan menjiwai semangat jati diri Melayu, Islam dan Tanah Melayu...
Saya cakap ni bukan kerana saya tak sayangkan pemimpin UMNO. Tapi pada saya, UMNO itu bersih dan jika ia kotor sekalipun, ia dikotorkan oleh spesis-spesis seperti Anwar Berahim tu... UMNO tak salah... tapi attitude segelintir individu dan pemimpin UMNO la yang buat UMNO jadi huru-hara...
Kepada para pemimpin Kedah, saya mohon jasa baik Datuk Seri, Datuk-Datuk dan semua YB-YB yang ada supaya mengambil iktibar atas apa yang berlaku di Terengganu malam tadi. Kita pun lebih kurang Terengganu jugak... menang simple majoriti saja... bukan kuat mana pun....
Jadi, sementara Allah SWT berikan kuasa dan kelebiha pada kita, gunakanlah kurniaan Allah itu sebaik-baiknya dan tolonglah mulakan gerakan yang lebih ampuh dan menyengat sebagaimana masa kita dok jadi pembangkang dulu... takkan "honeymoon" tak abih lagi kot...kan?
Tolonglah. Bukan senang kami blogger-blogger ni berjuang nak dapatkan Kedah kembali dulu. Panjat gunung, keluaq abih duit poket, berkorban masa, tenaga, perah otak sampai tak tidur malam dok pikiaq strategi nak rampas balik Kedah ni dulu... bukan setahun kami buat.. dekat 5 tahun!
Walaupun BN dah berjaya rampas balik Kedah dan peranan blogger macam saya ni tak dapat pengiktirafan sewajarnya, saya puas hati sebab dapat bantu BN kuasai Kedah semula.
Tapi terus terang saya cakap, saya memang tak puas hati sebab kita hanya dapat simple majoriti dan pada malam kemenangan tu saya dah set dalam minda saya bahawa saya akan berjuang untuk dapatkan majoriti 2/3 pada PRU 14 untuk BN...
Tapi saya dan kawan-kawan hanya mampu berjuang dalam dunia maya saja la.. dunia blog.. Selagi saya terdaya, insyaAllah, saya akan cuba lakukan yang terbaik, beretika dan berpaksikan ajaran Islam yang sebenar di dalam penulisan blog.. kalau saya tersasar, tolonglah ingatkan saya dan saya sanggup mintak maaf secara terbuka... I'm very fair about these terms and conditions...
Tapi kalau saya dan kawan-kawan saja yang dok berjuang, tapi pemimpin dan pihak tertentu di sana masih "honeymoon" lagi, tulis macamana sekali pun dalam blog, kita takkan dapat 2/3 majority... silap-silap boleh kalah balik... ingatlah... kuasa ni milik Allah SWT...kita hanya diberi amanah saja...
Mungkin saya sudah tidak bersama kawan-kawan TMK mahupun KedahTimes lagi.. tapi depa tetap sahabat seperjuangan saya... kami masih berhubung melalui internet sebenarnya, cuma kami agak busy dengan kerjaya masing-masing...
Tak perlulah pertikai prinsip politik yang saya pegang selama ni... memang jati diri saya bersama UMNO. Offer la apa pun, perjuangan saya tidak mungkin dapat dibeli...Kalau pemimpin UMNO benci saya sekalipun, saya tetap takkan khianat pada perjuangan Islam, Melayu dan Tanah Melayu...
| |
Kata Pakteh...!! Posted: 13 May 2014 01:39 PM PDT Hot ! Memalukan...!! Apapun alasan, rakyat marhain lebih bermaruah Posted: 12 May 2014 07:10 PM PDT Baru sehari Pakteh menulis tentang pahit getir rakyat bawahan meneruskan kehidupan dalam persekitaran harga komoditi yang merudum dan harga barangan meningkat. Semalam UMNO dan negara dikejutkan dengan perletakan jawatan bekas MB Terangganu dalam apa sahaja jawatan dalam UMNO.
Khabarnya....hanya kerana kenduri anak, Ahmad Said berpatah arang dengan UMNO. Pakteh sebenarnya tidak bersetuju dengan peralihan kepimpinan di Terengganu dalam situasi UMNO tidak kuat malah adanya pergolakan dalaman namun tindakan menikam UMNO yang selama ini memberi beliau segala kemewahan pangkat, harta dan darjat....tindakan ini memualkan.
Darjat rakyat bawahan lebih tinggi berbanding beliau....
Rakyat bawahan telah lama mengimpikan membeli ikan kembung tanpa mengeluh kekurangan duit. Keluhan ini sekadar keluhan kepada pemimpin tanpa terdetik untuk keluar dari parti yang selama ini menaungi rakyat.
Itulah hakikatnya jika perjuangan bukan berlandaskan kepada keinginan membantu rakyat. kesilapan membuat keputusan mungkin berlaku diperingkat pusat tetapi kini, keputusan itu adalah tepat kerana selama ini Terengganu sekadar mempunyai MB yang tiada nilai kesetiaanya pada parti. | |
THE FLYING KICK Posted: 13 May 2014 01:32 PM PDT |
otai Posted: 13 May 2014 11:50 AM PDT Order Posted: 13 May 2014 07:25 AM PDT
-- Good day
We are interested in your Goods which you displayed in the site and we want to purchase some of the products on this site for our ref. please send us more information about your company for our ref.
Best Regards
Miss Fatima Rabulam Purchasing Manager Al-areen Trading Company 8430 West Bryn Maw r Avenue Suite 1000 Chicago, Illinois 60631 USA Tel 773.867.19778 Toll Free 800.444.27452 Fax 773.639.30011
| |
PEJUANG BANGSA Posted: 13 May 2014 11:33 AM PDT ADUN BN BUKIT BESI TARIK BALIK SURAT KELUAR UMNO SELEPAS 12 JAM Posted: 13 May 2014 07:38 AM PDT
Mujur semangat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud tidak sekeras besi apabila beliau menarik balik surat pengisytiharan keluar dari UMNO pagi tadi dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN). Perkara itu disahkan oleh Exco Pelancongan, Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Terengganu, Dato Mohd Jidin Shafie, lapor agensi berita Bernama malam Selasa. Perkembangan mutakhir ini sekaligus memberi harapan kemelut politik yang melanda Terengganu ketika ini mampu ditamatkan lebih awal tanpa perlu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dan mengadakan pilihan raya negeri. Roslee Daud, ADUN Bukit Besi kembali rujuk dengan BN selepas 12 jam. Ini juga bermakna kedudukan kerusi di DUN Terengganu kembali setara kepada 15 milik BN, dan 15 Pakatan Rakyat (14 PAS dan 1 PKR) serta 2 ADUN Bebas. Jika mengambil kira kerusi Speaker DUN, setakat jam 9.30 malam Selasa, BN memilik 16 kerusi di DUN Terengganu. Mohd Jidin, yang juga ADUN Permaisuri berkata, Roslee menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada UMNO menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan. "Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. "Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," kata Mohd Jidin ketika dihubungi Bernama. Beliau berharap situasi pergolakan politik yang berlaku di Terengganu dapat ditangani dengan baik dan selesai dalam waktu terdekat. Sementara itu sumber yang rapat dengan Roslee memberitahu ADUN Bukit Besi itu menarik balik keputusan beliau yang diumumkan pada sebelah pagi Selasa kerana memikirkan parti lebih penting. "Keputusan yang dibuat pada sebelah pagi tadi, disebabkan beliau terlalu emosi apabila dimaklumkan mengenai situasi terkini di Terenganu. "Insyallah saya akan tarik balik" katanya kepada sumber berkenaan sejurus sebelum beliau berlepas ke Kuala Lumpur bagi menghadiri perjumpaan tertutup dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri mulanya dikatakan akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan semua ADUN BN Terengganu malam ini, tetapi ditanggguhkan ke esok pagi. Roslee pada pagi Selasa mengisytiharkan keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas, mengikut jejak bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta ADUN Ajil, Ghazali Taib yang berbuat demikian pada Isnin malam. Ahmad Said dan Ghazali bertindak demikian selepas ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada malam Isnin bagi menggantikan Ahmad Said yang meletak jawatan pada sebelah paginya. Roslee yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri mengumumkan perkara itu melalui sepucuk surat bertarikh 13 Mei yang salinannya dihantar kepada agensi berita Bernama pagi Selasa. "Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta merta," kata beliau dalam surat berkenaan.-bnbbc.my | TERKINI ! TIADA PILIHANRAYA NEGERI , BN MASIH LAGI MEMERINTAH TERENGGANU Posted: 13 May 2014 03:39 AM PDT terkini !!! Bekas menteri besar terengganu dan juga YB Kijal Dato Seri Ahmad b Said mengeluarkann kenyataan rasmi pendirian beliau dan rakan2 dari parti bebas yg keluar umno, tetap akan menyokong kerajaan terengganu (umno) sedia ada sekarang, menjadikan majoriti pakatan bn-bebas masih melebihi PR (17-15). Ini bermakna setakat hari ini, tiada pembubaran kepimpinan peringkat negeri akan berlaku. SUMBER | SIAPA DALANG DISEBALIK YANG HANCURKAN KERAJAAN UMNO TERENGGANU ?? Posted: 12 May 2014 09:01 PM PDT Siapakah dalang disebalik pergolakan politik Terengganu ini ??
Di pihak kumpulan pro Mat Said , Najib lah punca segala-galanya yang hancurkan UMNO di Terengganu dan penyebab BN lemah disebabkan terlalu percayakan cakap punaisihatnya PMO
Ini dua orang musibat Setiausaha yang makan gaji buta .. biar gambar berbicara .
kenapa mereka ini senyum suka bila Mat Said letak jawatan ??
Antara punaisihat PM yang didakwa menjatuhkan Mat Said
| MAT SAID DEDAH PASAL KENDURI ANAK , SANGGUP JADI SI KITOL TIKAM BELAKANG UMNO ! Posted: 12 May 2014 06:14 PM PDT Seperti lagu Anak Kecil Main Api , " akibat sengketa di antara kita , bumi ini dipijak milik orang " .. Mat Said mengamuk dan marah PM kerana menolak pemohonannya untuk menangguhkan pertukaran MB Terengganu dengan alasan kenduri kahwin anaknya , kini negeri diperintah BN bakal hilang . Apapun ini tahap kualiti pemimpin UMNO sekarang ...pasal isu peribadi ini pun keluar parti & tak hormati keputusan pemimpin . Ternyata jatidiri & kesetiaaan Mat Said terhadap parti tidak sekuat Idris Jusoh semasa PRU12 di mana mendapat sokongan 22 orang Adun tetapi diperkenankan Sultan. Tapi Idris tak keluar parti seperti Mat Said kerana beliau adalah pejuang sebenar parti . Mat Said pulak tak utamakan kepentingan rakyat dan parti tetapi hanya fikirkan perkiraan peribadinya ... Apapun , orang Melayu tak pernah berlajar daripada sejarah . Dalam politik Melayu dari zaman dulu Kesultanan Melayu Melaka hingga sekarang , ia masih lagi berulang . Masa kita ada kuasa kita minta semua orang termasuk ahli parti sokong kita jadi MB ...tetapi bila kita hilang kuasa kita tikam kawan2 kita dari belakang termasuk Presiden parti ?? Mat Said ternyata hari ini telah melakar sejarah baru negara bila mana alasan isu anak kawin sanggup menggadai negeri kepada lawan . | PENGUNDI MELAYU SUNGAI GELUGOR DEDAH DAP HANYA TURUN BILA MUSIM PILIHANRAYA Posted: 12 May 2014 05:30 PM PDT
GEORGETOWN: Penduduk Sungai Gelugor yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu kecewa terhadap pentadbiran kerajaan negeri kerana didakwa gagal menyediakan rumah mampu milik dengan harga yang lebih rendah.
Seorang penduduk, Mohd Tahir Marikan, 73, berkata, ini kerana kebanyakan rumah yang dibina di kawasan pesisir pantai dekat Sungai Gelugor mampu mencecah harga sehingga jutaan ringgit.
"Bayangkan harga sebuah pangsapuri bermula dari RM600,000. Jadi kebanyakan orang Melayu di sini tidak mampu memiliki rumah sendiri disebabkan harga yang terlampau tinggi," katanya ketika ditemui mStar Online di Kampung Sungai Gelugor di sini, Ahad.
Mohd Tahir yang juga bekas kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata, beliau turut bimbang jika lot tanah yang didiaminya sekarang akan 'hilang' pada masa hadapan kerana dibina perumahan mewah.
"Sekarang kebanyakan orang Melayu di sini sudah mula kehilangan lot tanah masing-masing sama ada dijual kepada individu yang ingin mengaut keuntungan semata-mata.
"Selagi saya masih hidup saya akan tetap mempertahankan tanah yang saya diami sejak era 60-an lagi. Saya percaya seramai 600 penduduk asal di kampung turut bersependapat seperti saya," katanya.
Seorang lagi penduduk, Salleh Ahmad, 62, mendakwa masyarakat Melayu di sini sering dianak-tirikan berbanding kawasan lain di dalam Parlimen Bukit Gelugor.
"Sebelum ini, calon rakyat yang bertanding hanya akan datang bertemu penduduk kampung apabila tiba musim Pilihan Raya Umum (PRU).
"Jika tidakpun dia hanya akan suruh wakilnya datang jumpa kami. Pada waktu itu calon akan berikan bantuan mengikut apa sahaja yang dikehendaki oleh penduduk di sini," katanya.
Ketika ditanya mengenai calon DAP yang dipilih untuk bertanding di kerusi Parlimen itu iaitu Ramkarpal Singh Deo, Salleh berkata, beliau sudah meramalkan budaya politik kekeluargaan tetap akan menjadi amalan Pakatan Rakyat.
"Dahulu bapanya bertanding, kini anaknya pula. Inilah yang dinamakan politik kekeluarga yang sentiasa kita lihat dalam diri setiap pemimpin DAP. Legasi kekeluarga tetap diteruskan," katanya.
Jelas Salleh, walaupun Barisan Nasional (BN) dikatakan tidak menurunkan calonnya pada PRK ini, beliau hanya akan memilih calon yang benar-benar menjaga kepentingan rakyat di negeri.
"Di sini 95% penduduknya terdiri dari kaum Melayu dan penyokong BN. Memang susah DAP nak tawan hati penduduk di Sungai Gelugor," katanya yang juga pesara kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.
PRK Bukit Gelugor bakal menyaksikan pertandingan lima penjuru dengan DAP akan ditentang empat lagi calon lain yang sudah mengesahkan turut bertanding.
Empat calon itu ialah ahli Pas Gombak, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar, 63; Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan; wakil parti yang baharu dibentuk, Penang Front Party (PFP) dan calon bebas, Mohd Yacoob Mohd Noor.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Karpal memenangi kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi selepas mendapat 55,839 undi menewaskan calon BN daripada MCA, Teh Beng Yeam (14,061 undi). | |
Penasihat Undang-Undang UMNO Posted: 13 May 2014 11:23 AM PDT Situasi Terengganu Berbeza Krisis Perak 2009 Posted: 13 May 2014 06:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Mei - Kemelut pemerintahan yang berlaku di Terengganu tidak boleh disamakan dengan situasi peralihan kuasa di Perak pada tahun 2009 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Pakatan Rakyat (PR).
Pengamal undang-undang yang dihubungi Bernama hari ini, berpendapat BN kekal memerintah di Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya dari Umno mengisytiharkan diri mereka sebagai calon Bebas, kerana tidak menyatakan pendirian untuk menyokong pembangkang.
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata keadaan ini berbeza daripada krisis Perak 2009 apabila tiga wakil rakyat PR menjadi ahli Bebas menyatakan sokongan kepada BN, tatkala BN dan PR kekika itu mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28 dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berjumlah 59 kerusi.
Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar setelah mengambil kira pendirian tiga wakil rakyat Bebas itu.
Justeru itu, Mohd Hafarizam berkata selagi tiga wakil rakyat Terengganu itu tidak membuat pendirian sebagai 'cenderung ke pembangkang', Terengganu masih diperintah BN dan "dakwaan bahawa kerajaan BN tumbang di Terengganu adalah salah dan tidak tepat". Beliau menambah jika wujud kerajaan baharu di bawah pemerintahan PAS di Terengganu, sudah pasti seorang Menteri Besar (MB) dari parti itu telah dilantik semalam, namun majlis angkat sumpah jawatan MB baharu melibatkan Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, juga dari BN.
"Sekarang kuasa eksekutif dan MB adalah Ahmad Razif dari BN dan selagi beliau tidak menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin untuk DUN dibubarkan atau (Ahmad Razif) tidak membentangkan usul tergempar untuk mendapatkan undi kepercayaan daripada dewan, beliau masih kekal sebagai MB," kata Mohd Hafarizam.
Semalam, Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said, Adun Ajil Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas, menyebabkan kedudukan BN di DUN yang mempunyai 32 kerusi menjadi 15 BN (termasuk satu kerusi Speaker), PAS (14), PKR (1) dan Bebas (3). Ahmad juga meletakkan jawatan sebagai MB Terengganu.
Ditanya jika beliau melihat kerajaan campuran sebagai jalan penyelesaian krisis itu, Mohd Hafarizam berkata itu merupakan keputusan politik, dan bukannya dari sudut perundangan.
"Perkara ini (kerajaan campuran) pernah berlaku pada 1974 antara PAS dan Umno dan ia merupakan satu pilihan yang ada, namun semuanya bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan parti sama ada mahu atau tidak," katanya.
Tiada sebarang isu timbul di Terengganu kerana wakil rakyat yang memilih untuk 'menjadi' Bebas tidak menyatakan sokongan kepada PAS.
| |
bumiyang Posted: 13 May 2014 03:10 AM PDT |
Ustaz Moden's Weblog Posted: 13 May 2014 12:03 AM PDT |
DARUL EHSAN TODAY Posted: 13 May 2014 12:00 AM PDT Solidariti MCA Menolak Hukum Hudud, Tak Bertanding PRK Bukit Gelugor... Posted: 12 May 2014 06:52 AM PDT
Tak payah nak cakap apa lagi, kini terbukti sudah yang mca sebenarnya tidak ada keberanian untuk bertandig melawan dap dalam prk bukit gelugor...
Mca sanggup memalukan bn, mca tak sanggup berlawan dengan sebuah parti yang mempunyai agenda perjuagan yang sama dengan mereka iaitu menolak hukum hudud...
Mca sudah menunjukan solidariti mereka dalam isu hudud dengan membiarkan dap menang mudah...
Jadi untuk apa lagi mca berada dalam barisan nasional...??? | |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 12 May 2014 11:51 PM PDT MAK CIK MAIMON BIJAK SUDAH JANGKA POLITIK TERENGGANU, ELOK LANTIK MAK CIK MAIMON JADI MB Posted: 12 May 2014 08:45 PM PDT | Calon MB Teengganu Terbaik ! | MENTERI BESAR TERENGGANU YANG BAHARU Falsafah Politik Mak Cik Maimon calon BEBAS ternyata berasas, bijaksana dan looking forward. Tidak seperti ahli politik yang ada parti, ditarik sikit nikmat dunia sudah merajuk, bakar kelambu sendiri, semua rakyat jelata jadi mangsa nafsu peribadi. Tiada siapa boleh mengalahkan Falsafah Politik Mak Cik Maimon dia tidak merajuk, dia tidak mengalah malah dia cekal berbasikal dengan kudrat dan iradatnya. (Nota: ada pihak melihat Mak Cik Maimon turut memasuki istana menaiki basikalnya dengan kayuhan yang laju untuk menyelamatkan rakyat dan negeri Terengganu). Sementara itu, bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengesahkan beliau bersama ADUN Ajil Ghazali Taib mengisytihar keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.
Ahmad berkata beberapa ADUN lagi dijangka akan mengambil langkah yang sama sepertinya. Bagaimanapun, beliau tidak menyebut jumlah dan siapa yang terlibat untuk berbuat demikian. "Insya-Allah ada lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi. Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Marang menghantar surat sedih ini:- Assalamualaikum Sahabat-sahabat kepimpinan UMNO dan warga UMNO Bhg. Marang. Di sini saya nyatakan pendirian saya sebagai seorang ahli UMNO dan Ketua UMNO Bhg Marang tetap akan berdiri teguh sebagai ahli parti UMNO dan tetap berdiri sebagai seorang pemimpin UMNO Marang dan tidak akan sesekali keluar dari Parti Keramat UMNO yang sudah menjadi darah daging dan asas perjuangan saya DULU, KINI DAN SELAMANYA. Saya berharap sahabat-sahabat kepimpinan dan warga UMNO Marang kuatkan semangat dan tempuhilah situasi politik dan kemelut UMNO Terengganu sekarang dengan bijaksana dan secara matang. Sebagai Ketua UMNO Bahagian Marang dan Adun BN Pengkalan Berangan yang menang dan diberi mandat dalam PRU13 baru-baru ini AMAT SEDIH dan KESAL dengan peristiwa yang tak sepatutnya berlaku di Terengganu sekarang ini. Sedih bila tumbangnya sebuah kerajaan BN yang terbentuk selepas PRU-13 (17 BN -15 PAS) bila ada di antara rakan-rakan wakil rakyat BN yang telah keluar parti dan berstatus parti bebas. Walaubagaimanapun saya terpaksa akur dan menghormati keputusan yang mereka telah buat. Sebab mereka dengan pendirian mereka. DAN saya sangat kesal dengan peristiwa pertukaran MB Terengganu yang amat mengejutkan dan terlampau drastik, sedangkan malam sebelumnya kita sama-sama berjemaah dan bersolat hajat dan membaca surah yassin bersama-sama dan bersalaman dengan penuh keinsafan di majlis menyambut ulangtahun ke 68 UMNO di PWTC. SAYA AMAT KESAL kerana saya dan kebanyakan wakil rakyat BN dan Ketua UMNO Bhg. langsung dan tidak pernah diajak berbincang oleh mana-mana pimpinan tertinggi parti dalam hal pertukaran MB Teengganu, sedangkan sudah genap setahun kami bekerja kepada parti dan berkhidmat untuk kerajaan BN Terengganu malah UMNO Bahagan Marang telah membuat retreat dan sama-sama berikrar untuk memperkasakan UMNO Marang dan berjanji untuk menawan kembali 3 kerusi DUN dan 1 kerusi parlimen yang telah tewas dalam PU14 nanti. Kalaulah kami diajak berbincang dulu dan memikirkan buruk dan baiknya, apakah risikonya nanti, MAKA situasi sekarang tidak mungkin berlaku. KENAPA jadi begini? MENGAPA harus berlaku? APAKAH DOSA-DOSA KAMI orang UMNO Terengganu?. Saya berharap YAB DS PM dan YAB TS TPM ambillah peranan segera untuk kembalikan maruah BN/UMNO Terengganu. Kepada KAKANDA YB. DS Ahmad Said dan Datin Seri, maafkan saya. Kepada anak-anakku dan isteriku, sahabat-sahabat seperjuanganku dan rakan-rakan UMNO Marang, kuatkan semangatmu dan berdoalah semoga Allah swt. merahmati perjuangan kita (UMNO) dan kembalikan keperkasaan UMNO untuk AGAMA BANGSA dan NEGARA. Maaf kepada kalian sekiranya luahan hati ku ini tidak disenangi. Airmataku yg berguguran ketika ku coretkan luahan ini adalah airmata perjuanganku! AKU DULU, KINI DAN SELAMANYA TETAP BERSAMA UMNO. Allahuakhbar!!! Daripada, YB A.LATIF AWANG, ADUN PENGKALAN BERANGAN merangkap Ketua UMNO Bahagian Marang. Pembubaran DUN dan Pilihanaya Negeri bagi Terengganu dijangka akan diadakan dalam masa terdekat setelah YAB Dato Ahmad Razif MB Terengganu mendapat perkenan dari Tuanku Sultan Terengganu untuk membubarkan DUN ekoran 6 orang YB dari UMNO telah mengumumkan keluar dari UMNO dan menjadi YB bebas. Kedudukan Terkini DUN negeri Terengganu ialah PAS 14, PKR 1, UMNO 11, MCA 1, BEBAS 5. Razif kini sudah tiada kuasa lagi sebab dia sudah tidak ada majoriti sokongan dalam DUN. Semuanya kini bergantung pada Tuanku Sultan jika perkenan pembubaran atau tidak. Jika DUN bersidang dan PAS membawa usul undi tidak pecaya kepada MB, krisis politik negeri Terengganu akan bertambah rumit. Sementara itu, PERSURUHJAYA PAS Negeri Terengganu, Saiful Bahri Mamat mencadangkan bubar DUN untuk adakan pilihanraya negeri. Katanya itu langkah terbaik. Bagi kita jelas, baik UMNO atau PAS di Teengganu, yang terbaikk kepada rakyat Terengganu ialah Calon Bebas Mak Cik Maimon juga!!! Dia tiada self interest, dia tiada anak untuk berkahwin lagi dan dia tidak akan membakar kelambunya sendiri! Guano mu... | KEPADA IR ENGINEER KLIA2, LAIN KALI NAK BUAT AIRPORT RUJUK TIAN CHUA DULU Posted: 12 May 2014 02:37 AM PDT | |
Panglima Perang Cyber Posted: 12 May 2014 11:45 PM PDT Ucapan Presiden Umno @NajibRazak #SambutanUmno68 Semalam Posted: 12 May 2014 08:45 AM PDT
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada mana-mana parti di dunia ini yang berjaya seperti UMNO dalam mendaulatkan maruah bangsa kerana kebanyakannya pernah tewas tetapi parti terbesar orang Melayu itu tetap berkuasa dan berada di landasan betul untuk terus berjaya pada masa depan. Bagaimanapun tegas beliau, UMNO tidak bermegah dengan nikmat kuasa yang diberikan Allah SWT, sebaliknya sokongan rakyat itu diinsafi dengan penuh rasa tawaduk serta rendah diri agar lebih banyak penambahbaikan dapat dilakukan bagi memastikan parti berkenaan terus revelan. "Kelahiran UMNO merupakan permulaan mendaulatkan Malaysia sehingga kita berjaya seperti hari ini. Sejarah perjuangan UMNO adalah cerminan kepada sejarah perjuangan Malaysia dan telah 68 tahun kita berjuang sehingga muncul parti paling berjaya dalam memasyhurkan bangsa kita. "Ketika banyak parti yang sebaya atau lebih tua daripada kita pernah kalah dan ditolak rakyat, UMNO kekal berkuasa tetapi kita perlu melihat kepada realiti politik semasa," katanya semasa berucap merasmikan sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-68 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam ini. Yang turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketiga-ketiga Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kesemua ketua sayap pergerakan parti serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN). Menyentuh soal penambaikan dalam UMNO, Najib berkata, parti itu perlu memperhebat dan membuka lebih banyak ruang kepada golongan cendekiawan dan ulama untuk terlibat secara langsung atau menjadi pemimpin agar UMNO tidak menjadi sebuah parti yang ketandusan idea baru. Tambahnya, parti itu juga tidak boleh lagi bergantung kepada sokongan masyarakat luar bandar sahaja, sebaliknya UMNO perlu memastikan pengundi bandar dan pinggir bandar juga menjadi sebahagian daripada penyokong kuat menerusi beberapa pendekatan dinamik. "Wujudnya kawasan perumahan dan penempatan tanpa adanya UMNO juga perlu diberi perhatian. Kita mesti dekati masyarakat bandar serta pinggir bandar dan pada masa yang sama perlu mengekalkan penguasaan terhadap pengundi luar bandar jika mahu terus kekal berkuasa. "Pendekatan dengan golongan muda juga perlu dinilai, apakah kita parti pilihan mereka? Malaysia ada 14 juta pengguna Facebook pada 2013 dan 146 peratus pemilikan telefon pintar. Apakah kita memanfaatkan sepenuhnya," katanya sebelum mengakhiri ucapan dengan laungan hidup UMNO, hidup Melayu dan hidup Malaysia.
http://m.utusan.com.my/Politik/20140512/po_01/UMNO-sebuah-parti-berjaya
Sent from my iPhone | |
The Unspinners Posted: 12 May 2014 11:38 PM PDT Beranikah Mat Sabu gantung keahlian PAS calun bebas yang perjuangkan hudud? Posted: 12 May 2014 09:00 PM PDT Calun bebas dari ahli PAS bukan saja memomokkan tuduhan Timbalan Presiden PAS yang mempertikai keahlian PAS beliau tapi turut akan membuat laporan polis terhadap Mat Sabu. Dengan kenyataan dan tindakan engkarnya pada pucuk kepimpinan PAS, adakah Mat Sabu sedia memecat Mohamed Nabi Buz? Dengarnya anu dan prestasi Mat Sabu gagah hingga Normah terkejar untuk tinggalkan suami. Kalau dia tidak menggantung calun bebas yang ahli PAS, Muhammad Nabi Buz, ia hanya bermakna Normah tidak benarkan Mat Sabu lakukan apa-apa terhadap rakan lama suaminya? Hmmm ... Dalam satu kenyataan semalam, calun bebas tersebut telah menunjukkan bukti sijil keahlian PAS beliau untuk membuktikan Mat Sabu dan Mahfuz "Mr Bean" Omar berbohong. Kedua pemimpin aka pelawak PAS itu telah menuduh Mohammed Nabi Bux sebagai ahli UMNO dan menafikan dia benar ahli PAS. Nampaknya kedua-dua mereka ini memfitnah seorang ahli PAS yang sedia menentang calun DAP untuk menegakkan agenda PAS untuk membawa hukum hudud di Pulau Pinang. Bagi membalas tuduhan Mat Sabu itu, dia mendedahkan Mat Sabu pun pernah mengikut arah UMNO. Katanya, dia pernah berhasrat untuk bertanding tapi tidak dibenarkan oleh Mat Sabu atas alasan orang UMNO tidak bagi beliau bertanding. Beliau yang menjangka Mat Sabu dan Mahfuz akan terus memburukkan nama baiknya meminta kedua-dua pemimpin PAS ini untuk tidak buang masa untuk menyiasat beliau dan buat laporan polis. Dia sendiri akan membawa ahli-ahli PAS Cawangan Kg.Banjar untuk membuat satu laporan polis. Dalam kenyataan pada media, Mohd Nabi Bux terus memperli PAS dengan memohon pengundi Bukit Gelugor yang merupakan lubuk DAP untuk mengundi beliau yang memperjuangkan perlaksanaan Hukum Hudud di Pulau Pinang. Beliau hanya berpegang teguh terhadap prinsip PAS dan Islam dalam memperjuangkan perlaksanaan Hukum Hudud untuk bertanding di PRK P.51 Bukit Gelugor.
Turut diperli adalah DAP dan PAS yang mengingatkan Guan Eng pernah memberi sokongan moral kepada pemimpin PAS untuk melaksanakan Negara Islam dan Hukum Hudud di Kelantan.
Maka beliau meluahkan keyakinan LGE juga akan menyambut baik perlaksanaan hukum hudud di Pulau Pinang apabila DAP bersama PAS memerintah negara pada masa akan datang.
| Mungkin sekarang tak nampak kebijaksanaan rancangan Dato Jai Posted: 12 May 2014 04:37 PM PDT Unspinners dah "nasihat" usah lakukan komplot demikian rupa untuk gantikan MB Terengganu Dato Md Said. Pasang wartawan, blogger dan FB, komdian nafi tapi terus main di media perdana. Padahal ianya dah dirancang lama malah setahun. Memang pada yang lihat keperluan penukaran ada asas untuk ganti Md Said tapi caranya hanya memecahbelahkan parti yang lemah dan bukan menyatukan dan menguatkan. Dengan keupayaan untuk menangani masaalah dan persepsi begitu lemah, ia bakal kekal sebbagai duri dalam daging. Usaha nak tukar Mat Said dilakukan dari sebelum PRU lagi untuk menukar senarai calun dengan cara membabi buta demi untuk menjatuhkan Md Said. Lepas itu usaha nak jatuhkan Md Said berterusan. Oleh kerana Md Said ni orang kampong dan muka tak hensem, maka prestasinya tak dilihat betul-betul. Tak diambilkira dia telah berusaha tapi cakaran politik dalaman tidak boleh berhenti untuk ditangani. Ada kata Mat Said pun sama main atur-atur orang. Habis tu yang nak jatuhkan dia pun tak atur orang juga ke? Malah dapat atur orang hingga Terengganu hampir kalah. Dari awal, bukan dia yang nakkan jawatan itu tapi titah Sultan. Pendikan cerita, Mat Said dapat ditumbangkan. Namun realitinya dia pun manusia yang ada perasaan dan ada maruah bila dianiayakan dan difitnah macam-macam, dia pasti akan bertindak seperti mana-mana ahli politik. Memang tidak patut untuk dia bertindak untuk keluar parti tapi dah berlaku. Sebaiknya ia patut dijangka dan difikirkan cara terbaik macam menarik rambut dari tepong. Akibat perbalahan dalaman yang berterusan dan tak "membaca" keadaan dengan baik lalu mengambil risiko, akhirnya Dato Najib terjebak dalam satu lagi masaalah. Yang ada tak habis nak diselesaikan, datang pula masaalah baru. Kali ini, BN boleh hilang kuasa di terengganu dan momentum BN akan terus lembab akibat pelbagai langkah silap. Mat Said pun hanya baru jadi ADUN bebas. Daeng Selili SINI melihat masaalah baru yang Najib bakal berhadapan dan berharap jangan pula yang lain cepat ghaflah untuk menuding jari kepada PM. "Barisan Nasional Terengganu dalam keadaan tidak seimbang. Ianya satu tindakan yang kurang bijak!!!"
Walaupun aku masih mentah dalam politik setidaknya aku mengambil peluang ini menjangkakan apa yang parti putuskan dalam isu pengambil alihan kuasa Menteri Besar Terengganu iaitu Mat Said kepada Ahmad Razif. aku menulis sedikit perspektif yang aku berfikir elok aku kongsikan.
Dalam keadaan ini ramai menunding jari kepada DS Najib selaku Presiden UMNO berkuasa hari ini diberi pelbagai jolokkan termasuk gelojoh, biadap dan kurang bijak. Ditambah pula keadaan kononnya BN tidak stabil di Terengganu kerana perbandingan jumlah kerusi DUN dan berkait dengan isu isu nasional yang sedang berlambak lambak diperkatakan umum.
Dalam keadaan bernafsu ini ramai yang mengambil peluang memaki hamun dan mempelekehkan UMNO dan sesama sendiri sedangkan beban yang dipikul oleh DS Najib tidak terbanding tara dengan si mulut mulut palat yang tahu membebel tapi tak reti berfikir.
Ada yang mengaitkan perkara ini "hadiah" kepada perjuangan Mat Said dihari memperingati 68 tahun UMNO.
Ada yang menyamakan tindakkan ini tidak seperti semasa pemerintahan Tun Mahathir.
Ada yang menyebut dengan kata kata berapi api insiden 13 Mei.
Dimana pula dendangan kisah hudud yang tidak dikupas oleh rata-rata yang mengakui menyokong pelaksanaanya?!
Aku rasa tahu apa yang kerajaan sedang susun tapi aku yakin ada kebaikkannya. Tunggu dan lihat jangan terpekik macam hantu polong tak bertuan.Seperti isu rasionalisasi subsidi dan isu GST kalau kurang membaca tapi terus membongokkan diri memang tak nampak bertapa halusnya kerajaan berkerja untuk rakyat. Kalau ada yang marah..aku minta maaf.. Entahlah ... berapa lama nak salahkan Penasihat saja? Mungkin dalam masa tak sampai 24 jam, kita tak nampak lagi kebijaksanaan perancangan ini. Tambah lagi, Dato Jai juga yang perancang disebalik beberapa tindakan gagal untuk konsensus dengan Anwar dan perlantikan Ustaz kazim ke dalam Majlis Tertinggi yang akhirnya ditolak. Akhir kalam, kita hanya memikirkan parti, pekerja parti seperti Wanita UMNO yang terpaksa membanting tulang dan tungkus lumus tiap kali UMNO berhadapaan dengan masaalah dan orang-orang bawah yang sentiasa jadi serba salah. Atas buat silap dan berdegil yang mangsanya orang bawah. Allah penentunya dan hanya masa yang akan memperlihatkan akibatnya. Sabar ajer lah ... | No candidate for Gelugor doesn't prove Ka Siong no cry baby Posted: 12 May 2014 07:30 AM PDT Former MCA president Ong Tee Keat today questioned the party's decision not to field a candidate for the Bukit Gelugor by-election, slatted for May 25. The former Pandan MP in a statement said the no-contest decision would only leave room for skepticism that the party is now exhausted of winnable candidates. MCA secretary-general Ong Ka Chuan, yesterday, announced the party would not contest the seat under the Barisan Nasional banner but would concentrate on efforts to block hudud laws from being implemented or tabled in the Dewan Rakyat. Ong, however, pointed out that fighting for the federal constitution against PAS' move to implement hudud has never been a seasonal initiative. "It is a continuous party commitment irrespective of general election or by-election. "(Therefore), it does not hamper the party from contesting in the Bukit Gelugor by-election," he said. He further reasoned how MCA's participation will instead provide a good barometric measurement of its present level of acceptance within the Chinese community. Ong added that MCA had successfully exploited the DAP-PAS collaboration in purportedly enhancing the hudud implementation during the 1995 and 1999 general elections. "That had caused enormous electoral setback to DAP. Now that MCA is on the issue again with much gusto and publicity, I see no reason for fear of contesting on the part of MCA," he said. Now he has balls!!!
| Keahlian, pencalunan Ramkarpal dipersoal... SPR perlu telus dan tegas! Posted: 12 May 2014 03:11 AM PDT Pemimpin DAP Bagan Asoghan a/l Govindaraju mempertikai kesahan watikah calun DAP untuk PRK Bukit Gelugor. Dalam satu sidang akhbar di Restoran Nasi Kandar Subaidah, Jalan Chain Ferry, Butterworth, beliau mempersoalkan kesahihan angota CEC yang ada untuk mendatangani surat urusan rasmi parti termasuk watikah calun DAP untuk PRK Bt Gelugor kerana ROS masih belum mengesahkan CEC DAP yang ada. Bagi PRK Bukit Gelugor, Lim Guan Eng telah mendatangani watikah pencalonan dan Asoghan menganggap ianya tidak sah. Katanya, mendian Karpal SIngh sendiri pernah mencadangkan DAP perlu bertanding atas tiket calon bebas pada PRU Ke-13 bukan atas tiket DAP atas pemahamannya bahawa Lim Guan Eng tiada kedudukan sah untuk menandatangani Watikah Calon DAP. Persoalannya sekarang adalah siapa yang membenarkan DAP untuk menggunakan logo DAP dalam PRK ini? Disamping itu, adakah SPR mendapat kebenaran ROS? Dalam hal ini, pihak SPR tidak boleh duduk diam dan hanya menyerahkan hal ini kepada ROS saja. Perkara ini perlu diperjelaskan bagi memastikan tiada penipuan. Sehubungan dengan ini, SPR perlu mematuhi undang-undang untuk menentukan samada calun DAP layak bertanding atas tiket DAP atau perlu mematalkan pencalunan. Sepatutnya, DAP tidak boleh membuat apa-apa keputusan selagi ROS tidak memberi keputusan sepertimana yang termaktub dalam surat ROS bertarikh 6 Disember 2013. Pada PRU ke 13, ROS ada mengeluarkan surat untuk DAP menggunakan logo DAP. Adakah ROS ada mengeluarkan surat kepada DAP utk membenarkan DAP bertanding menggunakan logo DAP? Turut dipertikaikan adalah keahlian Ram Karpal Singh yang hanya baru menjadi ahli DAP pada Januari 2014 ketika DAP tidak berhak membuat apa-apa keputusan parti seperti mana tertulis dalam surat ROS bertarikh 6 Desember 2013. Asoghan menyeru agar SPR bertindak telus dan tegas berhubung perkara ini kerana ianya melibatkan kepercayaan rakyat terhadap sistem pemilihan yg adil dan saksama. | Berapa puluh ribu majoriti Bt Gelugur nak kasi si Along calun DAP? Posted: 12 May 2014 01:34 AM PDT Pasti ada pihak akan berdalih kata Ram Karpal hanya menjalankan tugas dan peranan sebagai peluang untuk memberi keadilan pada semua. Ketepikan rasionaliti dan tanya hati bagaimana dia boleh tergamak mempertahankan pembunuh bernama Cheong Teik Keon. Cheong Teik Keon seorang jurutera dituduh membunuh teman wanita berusia 24 tahun pada Hari Valentine pada tahun lepas telah memilih untuk mengekalkan Ramkarpal Singh sebagai peguamnya.
Cheong telah didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Tan Ching Chin, seorang kerani , di rumah beliau di no. 2703, Taman Hwa Seng, Jalan Rozhan pada 14 Feb tahun lepas. Baca seterusnya di MyMassa SINI.Semain itu, MyMassa turut dedahkan Ramkarpal adalah seorang operator Ah Long yang membantu untuk melegitimasikan perniagaan memeras ugut. Calon DAP di Bukit Geluqor adalah Ah Long yang memeras ugut wang peminjam sedahsyat-dahsyatnya.Ram Karpal Sigh adalah Owner TRS Resource Sdn Bhd syarikat peminjam wang. Bahasa mudah Ah Long lah... Bayangkanlah anda terhimpit terpaksa meminjam wang RM1,000 dan anda terpaksa membayar semula pinjaman tersebut sehingga 20 kali ganda menjadi RM20,000 jika anda lewat membayarnya. Jika tidak membayarnya, anda akan disiksa, dimalukan, dikurung, diugut malah dibunuh macam dalam media dan TV tu lah. Baca SINI
| |
Belantan Posted: 12 May 2014 11:29 PM PDT UMNO depani cabaran politik nilai! Posted: 12 May 2014 08:10 AM PDT Semalam genap 68 tahun usia Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO. Parti keramat yang lahir daripada ketentuan tujuan dan matlamat iaitu atas perjuangan ABATA; agama, bangsa, tanah air dan bukannya kepentingan peribadi atau kelompok tertentu. UMNO juga parti yang mempunyai keabsahan untuk dijenamakan sebagai 'parti rakyat yang tulen' kerana terbina atas aspirasi dan dokongan rakyat, bukannya kehendak individu yang mempergunakan pentas rakyat. Selama hampir tujuh dekad, UMNO konsisten dan masih tetap sama - berorientasikan rakyat dan berpaksikan asas perjuangan yang tidak pernah berubah. Hakikatnya, pegangan dan istiqamah kita kepada keluhuran perjuangan inilah yang telah menjadi asas kekuatan dan pemangkin sokongan majoriti rakyat kepada UMNO. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyempurnakan perasmian Rumah UMNO Taiping pada 8 Mei lalu, sekiranya diterjemahkan usia 68 tahun ini kepada manusia, kekuatannya mungkin tidak segagah ketika muda tetapi berbeza dengan UMNO yang semakin kukuh dan kuat. Sungguhpun kerusi Parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN) berkurangan daripada 140 pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 kepada 133 pada PRU Ke-13 yang lalu, namun kerusi dimenangi UMNO meningkat daripada 79 kepada 88 kerusi. Pada masa sama, Najib juga mengingatkan bahawa UMNO perlu sedar akan cabaran yang dihadapi supaya proses muhasabah diri, menambah baik dan melaksanakan transformasi sepanjang masa bagi menentukan parti itu terus relevan. Inilah tuntutan penting dan keutamaan yang perlu dilaksanakan oleh jentera UMNO di setiap peringkat. Perubahan besar landskap dunia dari pelbagai aspek termasuk iklim politik membawa bersama pelbagai fenomena yang menuntut adaptasi dan transformasi. Sebagai sebuah organisasi yang terlibat dalam proses demokrasi yang kejayaannya bersandar kepada jumlah sokongan undi rakyat, UMNO perlu memastikan parti berupaya untuk bertindak proaktif, inovatif dan kreatif dalam strategi dan pendekatannya mendepani tuntutan semasa rakyat. Bila menyentuh perihal rakyat, sudah pasti ia berkait langsung dengan prestasi Kerajaan BN dan UMNO adalah tunjang kerajaan sekian lama. Realitinya, pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh Kerajaan BN mungkin dapat dilihat dan dirasai, tetapi tidak dijiwai dan kurang menyentuh hati rakyat, kalau tidakpun semua, sebahagian rakyat. Ini hakikat yang perlu diakui dan apa yang dirujuk sebahagian itu sebenarnya satu jumlah yang signifikan mengambil kira undi popular BN hanya 48 peratus dalam PRU-13. Sehubungan itu, cara dan kaedah kerajaan bergerak pada hari ini perlu diteliti dan ditambah baik. Kita gembira apabila kepimpinan kerajaan dilihat mengakui hakikat ini apabila Perdana Menteri sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa masa dan ketika kerajaan merasakan tahu semua perkara telah berlalu. Kenyataan ini memperlihatkan komitmen ketua kerajaan sendiri yang mengiktiraf peranan penting rakyat dalam proses pembangunan negara. Di sinilah pentingnya pendekatan politik nilai dan makna diintegrasikan dalam gerak kerja kerajaan pada masa ini. Pendekatan politik ini akan memastikan elemen nilai dan makna menjadi sebahagian hasil sesuatu dasar, program dan projek kerajaan. Pendekatan ini juga menjadikan keterangkuman (inclusivity) sebagai strategi penting untuk memastikan rakyat menghargai peranan kerajaan yang telah membawa nilai dan makna kepada kehidupan mereka. Kerajaan dan parti perlu menakhodai zaman, tetapi kegagalan kita untuk menyuntik kefahaman rakyat berhubung sesuatu agenda ke hadapan yang kita gagaskan akan mengundang bahaya apabila pertalian di antara kerajaan dan parti dengan rakyat terungkai. Kita sudah tidak boleh menjadikan rakyat sebagai pemegang taruh atau pihak berkepentingan (stakeholders) yang pasif, tetapi jentera kerajaan perlu melibatkan rakyat secara aktif dalam gerak kerja kerajaan. Rakyat tidak boleh dibiarkan sekadar menjadi pendengar dan penonton, tetapi mereka perlu dilibatkan untuk mengetahui, memahami dan menjiwai kepentingan sesuatu dasar, program dan projek kerajaan. Impaknya khidmat kerajaan akan dapat menyentuh hati dan memberi kesan mendalam kepada rakyat. Begitu juga halnya dalam hubungan di antara kerajaan dan parti. Mungkin kerana faktor UMNO dan BN telah sekian lama mengemudi tampuk pemerintahan, kita tidak sedar yang kita meninggalkan parti jauh di belakang sehinggakan rakyat tidak dapat melihat, merasai dan menjiwai peranan parti. Situasi inilah yang telah membentuk sentimen sesetengah rakyat yang melihat semua pembangunan dan kesejahteraan yang dibawa oleh kerajaan adalah tanggungjawab Kerajaan, tanpa mengira siapa tunjangnya. Lebih malang lagi ada yang berpendapat jika parti lain memerintah kelak, perkara yang sama akan dilakukan. Peranan penting UMNO dan BN tidak dianggap faktor utama yang membawa nikmat kemakmuran pada hari ini. Atas sebab itu, peranan parti dalam kerajaan perlu diperkasa. PRU-13 menzahirkan kepada kita formula mengguna pakai kaedah penonjolan individu sebagaimana pemilihan Presiden Amerika Syarikat bukanlah pendekatan yang sesuai di negara kita. Sebahagian besar rakyat akan mengundi berdasarkan parti; sama ada mengundi 'BN/UMNO' atau 'Asal Bukan BN/UMNO'. Sudah tiba masanya peranan parti ditonjolkan dalam kerajaan, namun ini tidak bermakna parti menguasai kerajaan. Apa yang penting rakyat dapat menjiwai nilai dan makna perjuangan UMNO dan BN dalam penggubalan dasar dan program kerajaan yang membawa nikmat kemajuan, keamanan dan kemakmuran, sekali gus memberi mandat berterusan kepada UMNO dan BN. Sebagaimana kerajaan, jentera UMNO di semua peringkat juga perlu mengamalkan pendekatan politik nilai dan makna dengan strategi keterangkuman yang menyeluruh meliputi semua segmen masyarakat. Tidak dinafikan gerak kerja dan program UMNO sedia ada di akar umbi adalah baik dan perlu diteruskan kerana inilah antara faktor yang telah menyebabkan UMNO bertahan sekian lama. Namun ini tidak bermakna tidak ada ruang yang perlu ditambah baik. Sebagai contoh, pendekatan UMNO untuk mendekati dan membawa generasi muda kepada parti perlu digerakkan dengan lebih agresif. Perlu diingat demografi pemilih di negara ini sudah menunjukkan pola perubahan dengan peningkatan amat ketara jumlah pemilih di bawah 40 tahun dan dijangka mencecah hampir 70 peratus menjelang PRU-14. Dalam konteks ini, keterangkuman parti untuk membawa orang muda menyokong UMNO dan BN perlu dilaksanakan dengan pendekatan yang bernilai dan bermakna. Usaha ini pula perlu digerakkan dan didokong oleh kepimpinan parti di semua peringkat kerana kita tidak mahu sikap tidak peduli dan tidak terbuka sesetengah pihak dalam parti akhirnya membawa generasi baru ini lebih jauh dari parti dan mereka beralih memilih alternatif yang lain. Masa depan UMNO tidak akan sentiasa cerah jika kepimpinan dan ahli parti tidak mengambil peduli akan cabaran yang perlu kita hadapi hari ini. Saiz kelas menengah yang besar, lonjakan jumlah golongan berpendidikan, proses urbanisasi, peningkatan taraf hidup, kemajuan prasarana fizikal dan akses kepada lebuh raya maklumat merupakan sebahagian faktor yang monumental kepada rekod prestasi cemerlang UMNO sebagai pemerintah selama ini dan juga suatu cabaran baru dalam konteks gerakan politik kita. Kita tidak mampu untuk bersikap menafikan atau lebih bahaya lagi bermusuh dengan realiti yang ada dan perubahan yang akan terus berlaku. Kita wajib menyediakan parti dengan sebaik mungkin untuk meluaskan jaringan pengaruh di semua kumpulan sasar yang telah terhasil daripada kemajuan yang kita bina. Jika tidak maka kita akan menghadapi hentaman ribut yang terhasil daripada semaian kita sendiri. Dengan pendekatan politik nilai dan makna, cabaran semasa yang kita hadapi dengan landskap politik dan demografik yang baru hari ini adalah hasil kejayaan kita yang boleh dijadikan sumber kekuatan baru.- UMOSuara Politik Belantan | |
oyabun Posted: 12 May 2014 11:28 PM PDT Ahmad Razif diperkenan MB baharu Terengganu? Posted: 12 May 2014 08:20 AM PDT Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata pelantikan Ahmad Razif bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said itu telah diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abdidin. "Adalah dimaklumkan bahawa Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa 12 Mei 2014. "Baginda telah memperkenankan pelantikan Adun Seberang Takir Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa mulai tarikh Yang Berhormat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah rahsia di hadapan baginda," katanya. Najib berkata pelantikan itu adalah selaras dengan Syarat (1) Perkara 10 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama-sama perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14. Ahmad pertama kali dilantik sebagai menteri besar pada 23 Mac 2008 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 9 Mei tahun lepas. Wasabi Oyabun.. | |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 12 May 2014 09:17 PM PDT |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 12 May 2014 09:04 PM PDT |
JURI RAKYAT Posted: 12 May 2014 07:07 PM PDT 8 Perang Legendaris Di Dunia Posted: 11 May 2014 09:43 PM PDT Pedang adalah sejenis senjata tajam yang memiliki bilah panjang. Pedang dapat memiliki dua sisi tajam atau hanya satu sisi tajam saja. Di beberapa kebudayaan jika dibandingkan senjata lainnya pedang biasanya memiliki prestise lebih atau paling tinggi. Bilah pedang biasanya dibuat dari logam keras seperti besi atau baja. Meski begitu terdapat pedang dari emas yang digunakan sebagai hiasan saja. Untuk latihan biasanya pedang kayu yang digunakan, meski pedang dari kayu keras masih berbahaya. Senjata serupa pedang dan tombak yang menggunakan bilah obsidian digunakan oleh suku-suku asli amerika tengah dan selatan yang pada saat kolonisasi Eropa belum mengenal logam.
1. Pedang Zulqifar Zulfiqar adalah pedang terkenal dalam sejarah Islam yg dimiliki oleh Imam Ali. Ali menggunakan pedang dlm Pertempuran sengit di kota Mekah.yg menjadi lawannya adalah Amir bin Abdawud, yg kekuatannya sering dibandingkan dengan 1000 orang.Pedang ini adalah salah satu simbol tertua dan paling terkenal dari Islam. juga pernah digunakan dlm Pertempuran Karbala oleh Imam Husain,Dan sekarang diyakini oleh Syiah untuk berada dalam kepemilikan Imam Mahdi. 2. Flaming Sword Pedang Flaming telah ada dlm legenda dan mitos selama ribuan tahun. Menurut Alkitab, seorang kerub dgn pedang berapi ditempatkan oleh Allah di gerbang surga setelah Adam dan Hawa dibuang dari itu (Kejadian 03:24).Ortodoks Timur tradisi Kristen mengatakan bahwa dari waktu Yesus lahir, pedang berapi tidak lagi di Taman Eden, sehingga memungkinkan bagi manusia untuk kembali masuk surga. 3. Pedang Excalibur Excalibur adalah pedang legendaris yg dikaitkan dgn kekuatan magis yang hanya bisa dipegang Arthur. Ada dua pedang yang muncul dalam legenda-legenda , Dalam beberapa versi hanya ada satu pedang. ketika Pedang di Batu rusak, kemudian Arthur menerima Excalibur dari Lady of Lake.
4. Kusangi-no-Tsurugi Pedang legendaris bagi sejarah Jepang, yaitu Britania, merupakan salah satu dari tiga Imperial tanda kerajaan Jepang. Pada awalnya disebut Ama-no-Murakumo-no-Tsurugi ("Pedang dari Gathering Awan Surga ") tapi namanya kemudian diubah menjadi lebih populer Kusanagi-no-Tsurugi (" Grass Cutting Pedang "). pedang ini ditemukan di tubuh ular raksasa. Pada masa pemerintahan Kaisar XII. 5. Shamshir-e-Zomorrodnegar Shamshir-e Zomorrodnegar "Pedang bertabur zamrud" adalah pedang dalam legenda Persia Amir Arsalan.Pedang ini awalnya milik Raja Salomo, dijaga oleh Fulad-zereh, luka dr pedang ini hanya bisa diobati dengan ramuan khusus. 6. Glory of Ten Powers Glory of Ten Powers adalah pedang legendaris Cina, dikatakan dibuat di Tibet oleh suami dan istri penyihir Bon tradisi kuno. pedang ini diberi kekuatan untuk melindungi pemakai dgn kekuatan sihir si pembuat. 7. Pedang William Wallace Walau ada sisi yg berbeda untuk setiap cerita, ada satu kebenaran yang mendasari tentang cerita-cerita pahlawan Skotlandia William Wallace. 8. Keris Mpu Gandring Keris Mpu Gandring adalah senjata pusaka yang terkenal dalam riwayat berdirinya Kerajaan Singosari, Malang, Jawa Timur.Keris ini terkenal karena kutukannya yg memakan korban dr kalangan Singasari termasuk pendiri dan pemakainya, ken Arok.Keris ini dibuat oleh seorang pandai besi yang dikenal sangat sakti yang bernama Mpu Gandring, atas pesanan Ken Arok,Ken Arok memesan keris ini kepada Mpu Gandring dgn waktu satu malam saja, yang merupakan pekerjaan hampir mustahil dilakukan oleh para "mpu" (gelar bagi seorang pandai logam yang sangat sakti) pada masa itu. Namun Mpu Gandring menyanggupinya dengan kekuatan gaib yang dimilikinya. Bahkan kekuatan tadi "ditransfer" kedalam keris buatannya itu untuk menambah kemampuan dan kesaktian keris tersebut. | 10 Gedung Dengan Struktur Paling Unik Di Dunia Posted: 11 May 2014 09:34 PM PDT Sepertinya kali ini kita perlu berbangga sebagai orang Indonesia karena salah satu gedung dengan desain paling unik ada di negeri kita ini. Berikut ini ruanghati.com sajikan dalam postingan kali ini yaitu 10 gedung dengan desain struktur bangunan terunik di dunia yang diambil dari laporan tahunan Essential Architecure.
1. Aqua Tower USA Berada disebelah timur Lakeshore Chicago Amerika Serikat, memiliki tinggi 250 meter dari tanah. Gedung ini memiliki desain yang sangat unik strukturnya. 2. Chicago Spire, USA Bangunan ini akan menjadi gedung tertinggi di Amerika Serikat di akhir tahun 2010 ini. Gedung yang memiliki 150 lantai ini berbentuk sangat unik mirip dengan pencil, dibangun oleh Garrett Kelleher, sampai saat ini sudah 800 orang menginden untuk bisa tinggal di apartemen mewah ini. 3. Kantor Pusat CCTV (TV Nasional Cina) Bertempat di pusat bisnis utama di Beijing sangat tepat dan strategis bagi orang yang akan mengunjunginya. Memiliki 54 lantai dan tinggi 234 meter (Dji Sam Soe) yang bila dijumlahkan menjadi bilangan 9 (angka yang dipercaya memiliki keberuntungan bagi banyak orang di Tiongkok. Lihatlah di gambar bagaimana desain gedung ini benar benar unik dan langka. 4. Regatta Hotel Jakarta, Indonesia Bangunan hotel yang memiliki nuansa kelautan ini sangat unik terdiri dari beberapa buak gedung dan satu gedung utama yang didesain mirip mercusuar, begitu mengesankan bentuknya. Boleh bangga tuh ternyata salah satunya ada di negara kita.
5. Songjiang Hotel, Shanghai Atkins telah berhasil memenangkan kompetisi internasional untuk mendesain resort hotel bintang lima, berlokasi di dekat kota Shanghai yaitu Songjian dengannuansa danau bekas tempat pertambangan yang sudah tidak digunakan lagi. Benar-benar sangat indah dan mengesankan untuk menikmati menginap di hotel ini.
6. Russia Tower, Moskow diperkirakan selesai tahun 2012, dilengkapi parkir bawah tanah yang mampu menampung sejumlah 3. 680 mobil roda empat.
7. Penang Global City Centre, Malaysia, Berada di pulau Penang Malaysia lebih dikenal dengan sebutan PGCC Complex
8. Gazprom Headquarters, Russia Berada di St Petersburg dengan bentuk mirip dengan jagung sehingga penduduk setempat menamai Corn on The Cob.
9. Burj Khalifa Dubai, UAE yang baru saja diresmikan beberapa saat lalu dan merupakan bangunan dengan struktur tertinggi yang ada di dunia hingga saat ini.
10. Rumah Kediaman Antilia, India sangat cocok untuk tempat tinggal di daerah yang padat penduduk dan daerah yang harga jual tanah di daerah mahal.
| |
bERANIKAN hATI Posted: 12 May 2014 03:14 PM PDT PERLETAKAN JAWATAN MB TERENGGANU TEORI KONSPIRASI ? Posted: 12 May 2014 11:45 AM PDT
1. Isu hudud memperlihatkan penyatuan sokongan kaum Cina dalam menentangnya yang juga menggambarkan penentangan Islam sebagai agama resmi dan tentangan kepada orang Melayu khususnya.
2. Keengganan tiba-tiba MCA bertanding di Bukit Gelugur sungguh meragukan. Alasan yang tersirat mungkin untuk tidak menganggu penguasaan DAP di Pulau Pinang.
3. Perletakkan jawatan MB Terengganu mungkin satu konspirasi terancang kearah penyatuan Melayu. MB dan beberapa Adun meninggalkan UMNO dan membolehkan Pas memerintah, itu harga yang perlu dibayar untuk penyatuan bangsa dan penguasaan politik negara.
4. Kononnya ada beberapa lagi pemimpin tertinggi parti dan kerajaan akan berundur memberikan laluan kepada pemimpin Pas bagi memberi imbuhan kepada usaha penyatuan itu.
5. Jika benar UMNO dan Pas bersatu, Melayu mampu memerintah sendiri dengan bilangan kerusi yang ada dan ini akan menenggelamkan segala keraguan yang ada bahkan mampu mengelakkan tekanan kaum chauvinish dalam politik dan ekonomi.
6. UMNO tidak patut kesal jika kehilangan satu negeri dengan ganjaran memerintah negara dengan pembentukan pemerintahan Melayu secara mutlak.
7. Matlamat politik menghalalkan cara dan konspirasi berlaku dimana-mana. Jangan percaya apa yang kita hanya nampak kerana dibelakang kita, kita tidak melihat apa yang sebenarnya berlaku.
8. Kita harus percaya bahawa masih ada yang melihat kepentingan survival bangsa mengatasi segalanya dan mereka sang4gup berkorban untuk itu, jika itulah tuntutannya.
9. Saya tidak pandai politik, tetapi saya cuba berfikir diluar kotak .. hanya untuk melihat bangsa Melayu bersatu dan terus berkuasa di Tanah Melayu ini.
10. Kepada pejuang, kata Sun Tzu (1:25): "These military devices, leading to victory, must not be divulged beforehand".
| |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 12 May 2014 03:01 PM PDT Rahsia Guru-Guru Pondok Mendatangkan Rezeki! Posted: 19 May 2014 12:01 AM PDT Pada hari ini, sekiranya anda merasakan rezeki terlalu sempit, selalu kehabisan wang, sangat terdesak..peluang selalu terlepas, dipandang rendah, bisnes merundum atau hati tidak tenteram dengan keadaan hidup - maka kami akan bersedia berkongsikan satu rahsia yang menjadi amalan para ulama dahulukala untuk anda keluar dari segala macam masalah. 1) Amalan Zikir Pembuka Qalbu 2) Amalan Hembusan Sakti 3) Amalan Syahadah Tauhid Wa Rasul 4) Amalan Hujan Rezeki 5) Amalan Pancaran Cahaya Tubuh 6) Amalan Sapu Angin Sapu Bumi 7) Amalan Tafakur Sufi
Ketujuh-tujuh amalan ini bakal mengubah kehidupan anda. Ramai telah membuktikannya. Prof.Dr.Hj Sharin bersedia membantu anda dalam Program Bengkel Menguasai Keajaiban Frekuensi Asma Ilahi (Kerohanian II)
InsyaAllah, selepas mengikut bengkel ini; - Rezeki anda akan mengalir lancar - Masalah hutang beransur hilang - Ketenangan di dalam hati - Kerjaya anda akan meningkat - Untung bisnes berlipat ganda - Rezeki yang tidak putus-putus - Terpancar energi yang baik pada diri anda - Disenangi semua orang - Musuh kaku dan gerun kepada anda - Dan pelbagai kelebihan lain
Sekiranya anda bersedia, daftarlah untuk ke program ini
Tarikh: 18 MEI 2014 (Ahad) Masa: 8.00pg - 1.00t/hari Yuran: RM180 Lokasi: Setapak, Kuala Lumpur
PENAFIAN: Kesemua amalan yang digunakan adalah amalan orang-orang soleh dan alim ulama'. Tidak bersangkut paut dengan bantuan khadam, jin, syirik, tahyul dan sebagainya. Rahsia Murah Rezeki Amalan Guru PondokBelajar Rawatan Islam Dalam 4 JamTeknik Ampuh Menjemput RezekiIlmu Kerohanian Tersohor NusantaraLINK IKLAN PERCUMA! | Perlakuan tak senonoh remaja semakin kronik! Posted: 12 May 2014 07:31 AM PDT Apa lagi nak di kata dengan remaja zaman sekarang ini? Takkan teruk sangat perlakuan nafsu pelik sebegini? Kot iye pun sangap sangat, cari la benda-benda lain yang lebih berfaedah...ini patung pun nak dijadikan mangsa. Nak buat lawak? Banyak lagi kaedah-kaedah lain yang lebih relevan...hish! | Adun Seberang Takir, Ahmad Razif MB Terengganu baru Posted: 12 May 2014 05:12 AM PDT KUALA TERENGGANU: Khabar angin bertiup kencang bahawa Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said bakal meletakan jawatan pada sebelah malam ini dan diganti dengan ADUN Seberang Takir, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman. "Sehubungan ini, selaras dengan Syarat (1) Perkara 10 Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14, Baginda Tuanku telah memperkenankan pelantikan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, ADUN Seberang Takir sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu berkuatkuasa dari tarikh beliau mengangkat sumpah," petik draf kenyatan media yang dipercayai daripada Pejabat Perdana Menteri. Istiadat perisyiharan perlantikan dan lafaz sumpah jawatan Menteri Besar Terengganu dikatakan bakal berlangsung pada jam 8.00 malam ini di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu. Sebelum ini, Ahmad Said dikatakan telah berunding dan menandatangani surat perjanjian dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selepas PRU-13 untuk menyandang jawatan Menteri Besar untuk satu tahun sahaja. Najib dikatakan kecewa dengan prestasi Ahmad Said yang sekadar memenangkan BN dengan 17 kerusi berbanding PAS dengan 15 kerusi. Seorang lagi Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad sebelum ini turut disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar. | Ahmad Said sah letak jawatan MB Terengganu Posted: 12 May 2014 05:01 AM PDT KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan pertukaran Menteri Besar Terengganu selepas satu perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin Umno negeri di sini hari ini. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan siapa bakal menteri besar baharu Terengganu untuk menggantikan Datuk Seri Ahmad Said, 57. "Saya datang jumpa Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri)...seperti dimaklumkan ada pertukaran (Menteri Beasr), saya maklum balas dan mereka terima dan tiada masalah, memang betul ada pertukaran. "Kita tunggu (watikah pelantikan menteri besar baharu) daripada Tuanku Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) dengan pengesahan daripada pihak Istana," katanya kepada kepada pemberita selepas selesai perjumpaan itu. Katanya pertukaran itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada Umno di Terengganu kerana pemimpin negeri akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti. - Bernama | 'Payudara orang pun kita sibuk' - Fazura Posted: 12 May 2014 02:02 AM PDT Pelakon dan model terkenal, Nur Fazura membuat teguran sinis kepada peminat berhubung kontroversi perubahan mendadak saiz payudara Tasha Shilla yang dapat dilihat pada sekeping gambar yang dikongsikannya di laman sosial. Menurut aktres berusia 31 tahun itu, peminat sepatutnya tidak menyibuk dengan hal peribadi orang kerana hanya akan dianggap busybody dan bodoh. Kenyataan teguran itu dinyatakan Fazura menerusi akaun twitter miliknya dengan #hastag MentalityTakTahuMalu. | 'Saya Cina, Saya Sokong Isma' Posted: 12 May 2014 01:08 AM PDT Di tengah-tengah kritikan ekoran yang mengaitkan masyarakat Cina sebagai "penceroboh", seorang wanita Cina beragama Islam tampil menyatakan sokongan terhadap NGO kontroversi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Sehari selepas Cina Muslim Muhammad Ooi menuntut presiden ISMA menyatakan motifnya, Alifah Ting Abdullah, anggota PEMBINA, sayap belia NGO itu, tampil menyatakan sokongannya. Seperti disiarkan di laman web ISMA, Alifah berkata, beliau "darah Cina yang sedar asal usul" itu percaya Malaysia akan sentiasa menjadi milik orang Melayu. "Sebabnya dari dulu, kini dan selamanya Malaysia akan menjadi hak milik orang Melayu (Islam). "Jadi corak kepimpinan mesti mengikut orang Melayu (Islam)," beliau dipetik sebagai berkata. Alifah malah bersikap sinis dengan masyarakat Cina yang tidak mampu bertolak ansur dan mempunyai rasa hormat seperti generasi kaum itu sebelum ini yang menandatangani kontrak sosial dengan Melayu sebagai "tuan punya tanah". Golongan itu, tambahnya, "elok juga untuk memohon kewarganegaraan (negara) China" Beliau juga berkata, sepanjang mengenali organisasi itu, ISMA lantang mengeluarkan pendapat berdasarkan fakta dan bukti dengan mengambil kira al-Quran sebagai rujukan. NGO itu juga, tambahnya, sangat konsisten dalam mentarbiah ahlinya iaitu termasuk beliau sendiri. "Bukan lepas baling batu sorok tangan, tidak... itu bukan ISMA!" katanya. Alifah juga berkata, beliau terbuka hati menjadi orang Islam setelah mengenali pejuang-pejuang ISMA dan melalui tarbiah mereka. Khususnya buat Presiden ISMA, umumnya buat kaum Cina. Artikel asal dari laman web Isma: Saya adalah anak kepada bangsa pendatang ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu sebelum merdeka. Saya juga adalah anak kepada serpihan kaum Cina yang memilih bernaung di Tanah Melayu suatu ketika dahulu di bawah pimpinan orang Melayu beragama Islam. Saya juga anak cucu kepada penandatangan kontrak sosial di antara UMNO, MCA & MIC.
Saya juga serpihan kaum Cina yang mempunyai kad kewarganegaraan Malaysia (Tanah Melayu) yang sah bukan warganegara China. Dan sebagaimana datuk nenek saya iaitu kaum Cina dulu datang ke Tanah Melayu untuk bernaung di Tanah Melayu, berada di bawah kepimpinan kaum Melayu (Islam), begitulah saya sekarang dan selamanya akan terus bernaung di bawah kepimpinan kaum Melayu (Islam).
Untuk kaum Cina, "di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung". Jika rasa tidak mampu untuk bertolak ansur dan punya rasa hormat seperti mana datuk nenek moyang kita dahulu yang dengan rela hati menandatangi kontrak sosial dan berada di bawah pimpiman tuan punya tanah sekarang (Malaysia) iaitu kaum Melayu (Islam), rasanya elok juga untuk memohon kewarganegaraan China iaitu bukan warganegara Malaysia. Sebabnya dari dulu, kini dan selamanya Malaysia akan menjadi hak milik orang Melayu (Islam). Jadi corak kepimpinan mesti mengikut orang Melayu (Islam).
Jangan lupa kaum saya iaitu kaum Cina, jangan pernah lupa dengan namanya "K.O.N.T.R.A.K S.OS.I.A.L".
Ingat sampai mati, hayati apa itu kontrak sosial. Selama saya mengenali Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), ISMA adalah jemaah yang lantang mengeluarkan pendapat berdasarkan fakta dan bukti yang nyata dengan mengambil kira Al-Quran sebagai sumber rujukan. ISMA sangat konsisten dalam mentarbiyah ahlinya iaitu termasuk saya (Alifah TING binti abdullah)
Bukan lepas baling batu sorok tangan, no.. that is not ISMA! Saya Cina dan yang paling saya bangga adalah saya mula mengenali Islam dan terbuka hati untuk menjadi muslim setelah mengenali pejuang-pejuang ISMA dan melalui tarbiyyah mereka, Melayu Sepakat Islam Berdaulat & Membangun Umat Beragenda dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) – Meneraju Arus Mahasiswa.
Kontrak sosial kita pertahankan, ISLAM kita tegakkan. Kami (kaum Cina yang tahu asal usul kami dan bagaimana kami boleh berada di Malaysia-kontrak sosial) menyokong ISMA dengan sebulat suara dan tekad. Saya bangga dengan tarbiyyah ISMA dan insyaallah selamanya akan bersama dengan perjuangan mereka.
# Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) # Melayu Sepakat Islam Berdaulat (MSIB) # Membangun Umat Beragenda # Saya Cina Dan Saya Sokong ISMA # Isma Bukan Ngo Rasis # Saya Cina Dan Saya ISMA.
Yang benar, Darah Cina yang sedar asal usul,
Alifah Ting Abdullah Aktivis ISMA dan PEMBINA | (Foto) Gila! Selfie selepas berjimak semakin popular.. Posted: 12 May 2014 12:15 AM PDT Jika sebelum ini, trend bergambar selfie menjadi kegilaan di kalangan pengikut laman Instagram, terbaharu trend terbaharu pula dikesan apabila gambar dengan hashtag After Sex Selfie pula semakin mendapat sambutan di kalangan penggemar media sosial. Menurut sumber, terdapat sebuah laman Facebook yang mempromosikan After Sex Selfie di mana mengumpulkan pelbagai gambar serta aksi menarik pasangan dari serata duina yang mengabadikan memori bersama selepas mengadakan hubungan seks. Adakah budaya serta trend ini akan menular di kalangan masyarakat kita? Sebelum ini pun, gambar mesra pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil dan Rozita Che Wan serta suami, Zain Saidin teruk dikritik peminat gara-gara 'aksi' terlampau mesra yang dikongsikan di laman Instagram, baru-baru ini. Mungkin perkara sebegini tidak menjadi isu kerana mereka merupakan pasangan suami isteri yang sah namun seperti mana yang diketahui adalah tidak manis untuk berbuat demikian. Namun terpulang pada penilaian masing-masing, ada yang terbuka, ada juga yang tidak berapa sukakan pasangan yang terlalu menunjukkan 'public displays of affection' (PDA). – MYNEWSHUB.MY | Kisah: Sengsara isteri gemar berzina di belakang suami Posted: 11 May 2014 10:01 PM PDT | Gambar hiasan |
Apabila timbulnya cerita pelik, sudah pasti kita agak sukar untuk mempercayainya. Namun di dunia ini, tiada perkara yang mustahil untuk berlaku kerana Allah SWT telah menetapkan bahagian seseorang itu. Tetapi ingat, kita perlu sentiasa mengikut segala perintah Allah SWT dan meninggalkan perkara yang dilarangNya. Kisah ini sebenarnya adalah artikel yang diambil dari sebuah majalah Mastika. Jom ikuti kisah tentang mayat seorang isteri yang suka melakukan zina. Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin! Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas. Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya. "Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung. Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand.Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja." Jelas En.Idris. Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari. Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya. Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah. Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu. Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya. Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak. Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja. Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri. Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu. Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya. Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, "Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur" Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi. Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali. Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu. Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak. Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar. Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak. Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah….. | Krisis MAS: Hampir 300 Kru Kabin Letak Jawatan Posted: 11 May 2014 08:31 PM PDT PETALING JAYA: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menanggung beban akibat tragedi MH370 kini berdepan masalah dalaman serius apabila hampir 300 kru kabinnya meletak jawatan menyebabkan syarikat kerugian dari segi kos latihan mencecah RM30 juta dalam tempoh dua tahun. Faktor tekanan kerja, selain 'dipancing' syarikat penerbangan lain antara yang mendorong kira-kira 120 juruteknik pesawat, jurutera (40), pramugari dan pramugara (80) dan 30 juruterbang menamatkan perkhidmatan mereka di syarikat berkenaan. Kebiasaannya, tindakan meletak jawatan itu berlaku apabila kru kabin selesai menjalani latihan yang dibiayai sepenuhnya syarikat yang dikatakan semakin kurang memberi tumpuan terhadap kebajikan kakitangan sejak tiga tahun lalu. Sumber memberitahu mStar Online, sudah beberapa tahun syarikat gagal memberi bonus, keistimewaan kakitangan mendapat tiket penerbangan untuk bercuti bersama keluarga juga terhapus, selain beban tugas yang meningkat kerana kekurangan kakitangan. "Pelbagai faktor ini menyebabkan kakitangan semakin tidak bersemangat untuk terus berkhidmat dengan syarikat hingga sejumlah besarnya berhenti tanpa mengambil kira sumbangan syarikat yang membiayai sepenuhnya latihan bagi mendapat tauliah Jabatan Penerbangan Awam (DCA). "Setiap kali kakitangan terbabit akan menamatkan latihan, sudah ada tawaran kerja daripada syarikat penerbangan lain dengan kadar gaji lebih tinggi, ia seolah-olah ada sindiket yang memerhati setiap kakitangan MAS dan menunggu masa sesuai untuk 'memancing' mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online. Maklumat yang diperoleh menunjukkan MAS memperuntukan sejumlah dana yang besar untuk program latihan kakitangannya iaitu RM200,000 untuk setiap juruterbang MAS yang wajib menjalani latihan selama dua tahun dan RM190,000 pula kos bagi melatih jurutera penerbangan untuk tempoh latihan lima tahun. Selain itu, kos latihan selama dua tahun untuk setiap juruteknik pula sebanyak RM75,000, manakala bagi pramugari dan pramugara pula tempoh latihan sepanjang empat bulan membabitkan perbelanjaan RM50,000 seorang. Sumber itu berkata, sebagai syarikat penerbangan nasional, setiap tenaga pakar MAS 'ada harga' di pasaran industri penerbangan, sama ada di dalam atau luar negara. "Siapa nak kerja dengan MAS kalau ada syarikat yang tawarkan gaji lebih RM30,000 sebulan bagi jurutera berpengalaman antara tujuh hingga 10 tahun dan ada juga juruteknik yang ditawarkan RM8,000 sebulan berbanding hanya RM3,000 di MAS," katanya. Ditanya sama ada tragedi MH370 memberi kesan terhadap kakitangan syarikat itu, sumber itu berkata, ia menambah kesengsaraan mereka kerana tentunya syarikat yang menanggung rugi RM1.7 bilion sebelum ini akan berada dalam situasi lebih parah. "Kalau bukan kerana MH370 pun semangat kerja kakitangan MAS sudah luntur sejak tiga tahun ini," katanya. Menurut sumber itu lagi, jadual kerja kru kabin yang membebankan memaksa mereka bekerja untuk tempoh lama termasuk melalui penerbangan antarabangsa dan disambung dengan tugasan domestik sebelum dibenarkan bercuti. "Situasi ini menyebabkan kru kabin tertekan daripada segi mental terutama apabila terpaksa berpisah lama dengan keluarga," katanya. Bagaimanapun, pengurusan MAS tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen. | Pertandingan empat penjuru di PRK Bukit Gelugor Posted: 11 May 2014 08:01 PM PDT GEORGE TOWN: Seorang calon Bebas, Abu Bakar Sidek Mohd Zan membuat kejutan apabila hadir ke pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor hari ini.
Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang bermula pada jam 9 pagi tadi di Dewan Sri Pinang ditutup pukul 10 pagi tadi.
DAP meletakkan Ramkarpal Singh, 38 tahun, anak ketiga mendiang Karpal Singh, sebagai calon untuk mengekalkan kerusi parlimen itu.
Beliau dicabar, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan dan ahli PAS Gombak, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar.
Pencalonan seorang lagi calon Bebas, Lim Chee Khoon ditolak.
MCA yang sepatutnya mewakili Barisan Nasional (BN), memutuskan untuk tidak akan meletakkan calon.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Mei sebagai tarikh pengundian PRK Bukit Gelugor manakala 21 Mei untuk pengundian awal.
Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya, Karpal dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Karpal mengalahkan calon BN, Teh Beng Yeam dengan majoriti 42,706 undi. | Isu rambut Zain perang, Che Ta bengang dengan peminat Posted: 11 May 2014 07:48 PM PDT Pasangan suami isteri yang sering kali dipertikaikan oleh segelintir peminat menerusi laman sosial Instagram baru-baru ini, Rozita Che Wan dan Zain Saidin sekali lagi mencetuskan kontroversi. Terbaru, Rozita Che Wan telah berkongsi beberapa keping gambar foto menampakkan dengan jelas warna rambut Zain yang perang hingga mengundang kritikan peminat semalam. Menerusi komen yang ditulis, ramai yang mengatakan warna tersebut tidak sesuai dengan Zain dan sebagai isteri, Che Ta bertindak mempertahankan suami kesayangannya itu. Che Ta juga menjelaskan Zain menukar warna rambutnya kerana perlu mengikut karakter Mr. Henry Middleton di dalam drama Oh My English! yang dilakonkannya. Lain kali jgn sedap mulut nk komen ja… bkn utk awak sorang je tp ramai lagi yg mulut tk tau nak diam! Pelakon kna ikut character! Laki I shuting Oh My English sampai awal thn dpn… so rambut dia akan blonde sampai thn dpn!!!!! Tk payah nk bising lg kt insta ni pasai rambut zain! #tkpayahnksibuklarambutorgcolourapejgrambutsendiritu Sumber | 'Sumpah saya masih ahli Pas' Posted: 11 May 2014 06:31 PM PDT | Sijil keahlian Pas yang dibawa Mohamed Nabi Bux ketika ke pejabat SPR Pulau Pinang untuk mendaftar sebagai calon PRK Bukit Gelugor. |
GEORGETOWN - Bekas Setiausaha Pas Cawangan Kampung Banjar, Batu Caves, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, terkilan dengan sikap sesetengah pimpinan Pas yang berdolak-dalik mengenai isu keahliannya. Beliau tidak berkecil hati jika Pas tidak membenarkannya bertanding atas tiket parti itu tetapi tidak wajar menuduhnya sebagai ahli Umno. "Jika tak mahu saya bertanding atas tiket Pas, beritahu saya secara terus terang. Saya tidak akan berkecil hati. Tapi janganlah menuduh saya bukan ahli Pas sebaliknya tuduh pula saya ahli Umno. "Saya ada bukti, malah semasa saya ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri tempoh hari, saya ada bawa bersama sijil keahlian Pas. Jadi, bagaimana boleh timbul saya ahli Umno," katanya kepada Sinar Harian, semalam. | Peluang Kenaikan Pangkat Lebih Baik Untuk Penjawat Awam Posted: 11 May 2014 06:00 PM PDT Lebih 200,000 penjawat awam dalam skim perkhidmatan tertutup bakal menikmati kenaikan pangkat lebih baik dan pelbagai peluang lain. Ia melalui pengenalan sistem kenaikan pangkat secara khas. Yang akan diperkenalkan selepas selesai semakan semula 230 skim perkhidmatan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika mengumumkannya mengakui wujud kekangan kenaikan pangkat bagi penjawat awam dalam skim perkhidmatan tertutup. Ini kerana ia terhad kepada jawatan sedia ada. Sedangkan ramai kakitangan awam yang berkaliber. Justeru itu, skim khas perlu diwujudkan supaya kakitangan terbabit menikmati gred lebih tinggi tanpa perlu dinaikkan pangkat masing-masing. Tan Sri Dr Ali sebelum itu menyampaikan anugerah khidmat cemerlang kepada 233 kakitangan Universiti Tun Hussein Onn, UTHM Di Batu Pahat, Johor. | |
THE FLYING KICK Posted: 12 May 2014 01:46 PM PDT |
Cucu Tok Selampit Posted: 12 May 2014 01:36 PM PDT Gambar-Gambar Perlantikan MB Terengganu Yang Baru - Tahniah Datuk Ahmad Razif Posted: 12 May 2014 07:23 AM PDT Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said setelah diperkenan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin. Datuk Ahmad Razif telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu ke 14 di Istana Syarqiyyah, malam ini.
CTS mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya mengharung politik Terangganu kepada Menteri Besar yang baru. Semoga perlantikan ini tidak menambahkan bibit-bibit pepecahan di dalam politik Terengganu. Juga tidak lupa juga berterima kasih kepada Menteri Besar yang lama, Datuk Seri Ahmad Said, yang bagi CTS tidak ada cacat celanya dan senang dengan sikapnya yang 'down to earth'.
| Chauvinist Cina DAP Demo Halang Guru Melayu Mengajar Di SJK Pulau Sebang - Ini Bukan Rasis Ka TS @MuhyiddinYassin ? Posted: 11 May 2014 09:38 PM PDT Lembaga Pengelola Sekolah SMJK Pulau Sebang, Melaka, pagi tadi telah mengadakan satu demonstrasi menentang Kementerian Pelajaran dan Guru-Guru Melayu. Demonstrasi tersebut telah dibuat dari jam 6:00 pagi tadi sehingga jam 7:00 pagi di hadapan SMJK Pulau Sebang berhubung isu Guru Penolong Kanan (GPK) 1 yang bukan dari aliran Cina ditugaskan di sekolah berkenaan. Bantahan dianjurkan oleh Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) SMJK yang diketuai oleh Lee Khee Yoon, Pengerusi LPS SMJK Pulau Sebang, yang juga pemimpin DAP tempatan.
Bantahan tersebut telah dihadiri seramai lebih kurang 30 orang Cina. Pengerusi Dong Zhong Negeri Melaka, Yan Yin Chong dalam ucapannya berkata, apa yang mereka lakukan adalah mempertahankan hak sekolah tersebut dan hanya menuntut agar guru yang beraliran Cina sahaja dibenarkan bertugas di sekolah berkenaan. Dia juga mendakwa, SMJK Pulau Sebang merupakan sekolah Cina tetapi telah dijajah oleh Melayu memandangkan 60% daripada guru-guru di sekolah tersebut adalah guru-guru Melayu.
Kalau Menteri Pelajaran tidak menganggap kejadian ini sebagai rasis dan perkauman yang melampau, CTS tidak tahu nak kata apa. Sepatutnya sekolah aliran Cina atau sekolah vernacular sebegini telah lama ditutup kalau benar DAP memperjuangkan konsep kesamarataan. Pemimpin-pemimpin Melayu banyak bagi muka dengan puak chauvinist ini. Baca laporan penuh demo berkenaan, di sini. | Gambar-Gambar Penamaan Calon PRK Bukit Gelugor - Inilah Sebab DAP Sayang Sangat Macai-Macai PAS Posted: 11 May 2014 08:50 PM PDT Kalau bukan Melayu yang hendak mengusung gambar dan poster mendiang Karpal Singh siapa lagi? Kalau bukan Melayu hendak bangun pagi-pagi berarak membawa bendera DAP siapa lagi yang hendak diharapkan? Kesian orang-orang Melayu Pulau Pinang, jiwa masih diperhambakan di bumi sendiri. Macam mana maruah mereka tidak dipijak-pijak dan dihalau di bumi sendiri? Mereka sendiri tidak memerdekakan diri dari menjadi hamba kepada parti 'chauvinist' DAP. Malu CTS dengan Melayu sebegini. Pemenang macai Melayu DAP Pulau Pinang hari ini jatuh kepada Makcik dalam video klip di bawah: | Video-Video Pergaduhan Pemilihan Cabang Di Selangor Semalam - Hebat Beb! Kalah Filem Tamil Posted: 11 May 2014 06:31 PM PDT
Hebat tak hebat pemilihan di Cabang PKR Selangor semalam, disebabkan oleh bunga ros sahaja, proses pemilihan Cabang Shah Alam telah dibatalkan. Pergaduhan bukan disebabkan oleh macai-macai bawahan. Sebaliknya ianya melibatkan dua ADUN di Parlimen Shah Alam iaitu ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail dan ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari. Sebab bunga ros dua ADUN boleh bergaduh beb! Hebatnya gila kuasa di dalam PKR.
Ini baru sedikit, banyak lagi gambar dan video yang diambil oleh golongan amatur mengenai insiden pergaduhan ini. Lihat video-video amatur pergaduhan di bawah. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ketika mengulas kejadian ini berkata, ini semua telah diatur. Tindakan tegas akan diambil untuk membersihkan parti. Nasib baik Anwar Ibrahim tak cakap ini semua salah UMNO!!!
| Mulai 1 Mei, Teksi berusia 10 tahun kena tukar kepada TEKS1M Posted: 01 May 2014 07:30 PM PDT
Semua 2,604 teksi bajet dan eksekutif di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang yang mencapai had usia 10 tahun pada tahun ini, diwajibkan menukar kenderaan mereka kepada Teksi 1 Malaysia (TEKS1M). Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar pada sidang akhbar semalam berkata, pada ketika ini terdapat 39,531 teksi bajet dan 3,111 teksi eksekutif yang beroperasi di ketiga-tiga ibu negeri itu.
Katanya, dalam masa lima tahun akan datang, hampir 50 peratus daripada keseluruhan teksi bajet dan eksekutif itu akan mencapai had umur 10 tahun dan perlu ditukar. Peralihan teksi bandar sedia ada kepada TEKS1M mulai 1 Mei bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik, serta setaraf dengan teksi yang terdapat di London, New York, Tokyo dan Dubai. Melalui TEKS1M yang menggunakan Proton Exora, Malaysia dapat melaksanakan operasi teksi bandar dengan lebih seragam dan efisien.
Syed Hamid berkata, pemilik teksi yang permitnya tamat antara 1 Mei hingga 31 Oktober tahun ini boleh memohon untuk mendapatkan TEKS1M dan mereka akan diberikan tempoh sehingga 1 November untuk mendapatkan Proton Exora. Sementara menunggu kelulusan, pemandu teksi berkenaan boleh menggunakan kenderaan sedia ada masing-masing.
| SPAD Tambah Laluan Baru Bas Go-KL Mulai 1 Mei Posted: 30 Apr 2014 07:30 PM PDT
Mulai 1 Mei, warga Kuala Lumpur terutama yang bercadang keluar bersiar-siar di sekitar Chow Kit dan Bukit Bintang boleh menggunakan perkhidmatan bas Go-KL. Pada tarikh berkenaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) akan membuka dua laluan baru untuk perkhidmatan bas Go-KL di sekitar kawasan berkenaan.
Bagi perjalanan Laluan Biru, perkhidmatan bas Go-KL yang percuma, berhawa dingin dan dilengkapi wi-fi itu akan bermula dari Medan Mara ke Bukit Bintang sejauh 9.2 kilometer manakala Laluan Merah yang jaraknya 10.8 kilometer bermula dari KL Sentral ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid berkata, pada ketika ini hampir 20 ribu warga Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan Go-KL dalam sehari dan beliau yakin dengan pelancaran dua laluan baharu itu, ia akan meningkat sekali ganda kepada 40 ribu. SPAD telah menetapkan frekuensi perkhidmatan kedua-dua laluan itu setiap lima minit pada waktu puncak dan 10 minit pada waktu bukan puncak.
Syed Hamid berkata kepada pemberita yang mengikutinya menaiki bas Go-KL Laluan Merah, pada Isnin yang lepas. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nur Kamal dan Ketua Pegawai Pembangunan, Azmi Abd Aziz dan pegawai-pegawai pengurusan kanan SPAD.
Syed Hamid berkata, SPAD yakin peningkatan perkhidmatan bas Go-KL dapat mempertingkatkan mobiliti orang awam yang memasuki kawasan Pusat Perniagaan (CBD) Kuala Lumpur melalui pengangkutan awam yang mudah diakses.
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan