BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Admin | | Posted On Jumaat, 25 April 2014 at 3:17 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 24 Apr 2014 09:54 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Surirumah cedera kes samun di Taman Sri Pagi, Senawang

Posted: 24 Apr 2014 01:48 AM PDT


24 April 2014 – Enam sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia 6 tahun hadapi detik cemas apabila rumah mereka di Taman Sri Pagi, di sini, disamun dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi kelmarin.

Ketika kejadian, kesemua mereka sedang tidur sebelum dikejutkan dengan kehadiran dua penjenayah bertopeng.

Salah seorang ahli keluarga, Mohd Firdaus Jakhir Hussin, 18, berkata, ketika itu, dia sedang tidur sendirian di ruang tamu, sementara yang lain tidur di bilik masing-masing.

Bapanya, Jakhir Hussin Mohamad Kassim, 46, berkata, keadaan ketika itu begitu mencemaskan apabila ada bunyi dentuman kuat pada pintu bilik.

Menurutnya, lebih mencemaskan apabila secara tiba-tiba salah seorang penjenayah mencederakan dagu dan muka isterinya dengan hujung pisau.


N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 24 Apr 2014 07:41 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura Bergegas Ke Lokasi Kebakaran Di Awal Pagi

Posted: 24 Apr 2014 04:16 AM PDT

DUNGUN, 24 April 2014 - ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik bergegas ke tempat kejadian di mana lapan orang dari dua keluarga terselamat daripada kebakaran yang melibatkan kedai 4 pintu, di sini awal pagi tadi.
 
Dalam kejadian di Jalan Nibong yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu, sebahagian besar bangunan kedai tidak sempat diselamatkan memandangkan api yang cepat marak.
 
Pasukan Bomba dan Penyelamat yang tiba di lokasi kejadian sepuluh minit kemudian hanya dapat menyelamatkan bahagian belakang kedai milik Chee Boon Jeng, 50, yang menjalankan perniagaan bateri dan jualan telefon bimbit.
 
Sementara itu, Encik Kadir, awal 70-an, yang berniaga kedai makan di premis sewaannya itu, mengalami kerugian kasar lebih RM60 ribu setelah keseluruhannya kedai makannya ranap dalam kejadian tersebut.

ADUN Sura sempat menenangkan mangsa yang terlibat dengan kejadian tersebut.
 
Di waktu petang, ADUN Sura diringi beberapa orang AJK MTD Sura menyampaikan sumbangan segera berupa kewangan dan pakaian terpakai untuk kegunaan keluarga terbabit.

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan