Isnin, 7 April 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 07 Apr 2014 11:16 AM PDT

PEJUANG BANGSA


GUAN ENG NAIK TARIF AIR SEBAB TAK MAMPU TAMPUNG PENDAPATAN PBA ?? @reezalmerican

Posted: 07 Apr 2014 02:46 AM PDT



Tindakan kerajaan DAP negeri mahu menaikkan tarif air dengan memberi alasan demi menyelamatkan generasi masa depan dilihat sebagai satu bentuk hipokrasi paling tinggi dalam menutup kelemahan yang ada.




Naib Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tidak sepatutnya kerajaan negeri menggunakan alasan tidak munasabah dalam merencanakan kenaikan tarif terbabit.

"Kalau betul itu alasan kerajaan negeri, adalah lebih berbaloi sekiranya subsidi petrol juga dikurangkan bagi menyelamatkan fosil demi generasi akan datang.

"Jadi jangan gunakan itu sebagai alasan kalau sebenarnya sekadar mahu mengurangkan beban yang ditanggung kerajaan negeri kerana tidak mampu mendapatkan pendapatan melalui kaedah lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar dan persidangan cawangan-cawangan UMNO Bahagian Bayan Baru di sini.


Rabu lalu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam sidang akhbar mengumumkan kadar tarif air negeri ini akan dinaikkan pada masa depan selepas mengambil kira permintaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk berbuat demikian.

Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas menambah, rancangan menaikkan tarif air itu juga amat tidak munasabah untuk dilaksanakan dalam waktu terdekat.

"Sebelum ini kalau harga barang naik, kerajaan pusat sering dipersendakan sedangkan punca kenaikan adalah disebabkan fenomena global yang tidak dapat dielakkan.

"Namun apabila menyentuh tarif air ini kenaikannya boleh dibendung tetapi apa yang dilakukan kerajaan negeri yang kononnya berjiwa rakyat?," soalnya.

Selain itu, beliau juga menyifatkan tindakan kerajaan negeri mahu menaikkan tarif air berkenaan adalah amat tidak wajar dan jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan negeri yang gagal meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

"Tindakan kerajaan negeri ini sebenarnya lebih teruk daripada Kerajaan Pusat. Ini kerana dalam usaha untuk menstrukturkan semula subsidi kerajaan, kerajaan Pusat menyalurkan pelbagai bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta Bantuan Buku dan Persekolahan demi mengurangkan beban rakyat.

"Tetapi apa yang dilakukan kerajaan negeri dalam mengimbangi kenaikan ini? Malah, masih ada lagi kelompok rakyat seperti golongan petani yang masih tidak terbela," katanya.


TERKINI !! ANWAR DICABAR TUNJUK BUKTI KERAJAAN MALAYSIA BOHONG & SEMBUNYI FAKTA #MH370 !! @NajibRazak

Posted: 06 Apr 2014 11:50 PM PDT



Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah hari ini mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar memberikan bukti sekiranya Malaysia berbohong serta menyembunyikan fakta mengenai kehilangan MH370.

Menurut Shamsul, Anwar perlu tampil memberi bukti yang jelas, bukan bertindak dengan 'berteriak' di media asing dengan membuat pelbagai tuduhan kepada kerajaan tanpa bukti yang kukuh.

"Menyentuh mengenai isu ini, kalau kita tengok cerita P.Ramlee, ada watak Saleh Kamil yang menjadi tali barut Jepun, adakah watak ini ada dalam negara kita sekarang?

"Itu yang membimbangkan kita kerana keadaan ini akan menyusahkan kita kerana bila krisis berlaku ada pihak yang bukan hendak membantu menyelesaikan masalah tetapi memburukan lagi keadaan.

"Berbalik kepada soal Anwar tadi, kita cabar Anwar, buktikan bahawa Malaysia berbohong dan menyembunyikan fakta kerana kita kena ingat dalam situasi ini sudah tentu ada perkara yang tidak boleh didedahkan kepada umum untuk tujuan keselamatan dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian Online.

Dalam perkembangan yang sama, Shamsul turut berharap agar seluruh rakyat Malaysia bersatu dalam menghadapi situasi seumpama ini.

"Saya berharap dalam menghadapi situasi krisis seumpama ini rakyat Malaysia bersatu kerana ia berkaitan dengan maruah negara," katanya.

Semalam, Akhbar Daily Telegraph yang beribu pejabat di United Kingdom menyiarkan kenyataan Anwar yang menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat berhubung kehilangan MH370 dan mempersoalkan kegagalan sistem radar canggih Malaysia, Marconi.

TERKINI ! CM PENANG LIDAH BERCABANG TAK BERANI JAWAB TWEET @dzainalabidin @NajibRazak

Posted: 06 Apr 2014 09:14 PM PDT




CM lidah bercabang Guan Eng hanya pandai melemparkan tuduhan tapi bila dibalas jawapan  terus diam & lari . Ternyata dialah  sebenarnya yang kuat wayang & hipokrit .

 UMNO PP ternyata teguh  berpegang dengan prinsip iaitu   membantah projek TUDM Butterworth atas kepentingan rakyat tetapi Guan Eng bila ditekan tanya ,   tak ada teloq pulak untuk janji tak lulus projek berkenaan .



 Adakah beliau  mahu  tunggu & lihat samada  pemaju datang  bermesra dengannya dulu seperti mana kroni2 pemaju lain di negeri ini yang mendapat faedah hasil jualan  tanah kerajaan negeri   untuk bina kondo mewah ??








bumiyang

Posted: 07 Apr 2014 03:15 AM PDT

bumiyang


Tian Chua Bidas Orang Islam Membazir Air Pada Hari Jumaat???

Posted: 07 Apr 2014 02:33 AM PDT

Ohpolitik!™

Posted: 07 Apr 2014 03:04 AM PDT

Ohpolitik!™


Kapal Tentera Laut Australia Kesan Isyarat Baharu Kotak Hitam 'Konsisten' #MH370

Posted: 06 Apr 2014 11:57 PM PDT


Sebuah kapal tentera laut Australia mengesan isyarat baharu kotak hitam pesawat 'konsisten' pesawat kotak hitam, kata seorang pegawai kanan pada Isnin ketika operasi mencari penerbangan MH370 yang hilang diteruskan.

"Alat pengesan 'Towed Pinger Locator' (TPL) yang dikerahkan dari kapal pertahanan Australia Ocean Shield telah mengesan isyarat konsisten yang dipancarkan dari kotak hitam pesawat," kata bekas ketua pasukan pertahanan Australia Angus Houston, yang mengetuai badan penyelarasan carian.

Beliau bagaimanapun menekankan bahawa perkara itu memerlukan pengesahan lanjut.

DEMI MEMBELA NASIB RAKYAT, BINI ANWAR ANGKAT SUMPAH ADUN #Selangor

Posted: 06 Apr 2014 11:27 PM PDT




Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang di hadapan Speaker, Hannah Yeoh pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-13 di sini hari ini.

Majlis mengangkat sumpah yang berlangsung tepat pukul 10 pagi di Bangunan DNS itu disaksikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, ahli Exco negeri dan wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) serta Barisan Nasional (BN).

Pada 23 Mac lalu, Wan Azizah yang juga Presiden PKR memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi.

Wan Azizah berjaya meraih sebanyak 16,741 undi, manakala Mei Fun memperoleh 11,362 undi.

PRK Kajang diadakan selepas Adun Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lepas bagi memberi peluang kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Bagaimanapun, Wan Azizah diangkat sebagai Adun Kajang yang baru setelah menggantikan Anwar apabila ketua pembangkang itu diisytihar tidak layak bertanding ekoran didapati bersalah atas tuduhan ke smembabitkan bekas pembantu peribadinya di Mahkamah Rayuan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Lee menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

tunku

Posted: 07 Apr 2014 03:04 AM PDT

tunku


MAHB: KLIA2 has everything AirAsia asked for, except for spa and museum

Posted: 06 Apr 2014 04:24 PM PDT

A file picture of KLIA2 in January this year.Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) has complied with almost everything requested by AirAsia Bhd for it to operate from KLIA2 - except for a spa and a museum.

In an interview with Bernama, MAHB senior general manager (operations services) Datuk Azmi Murad, said the few things that could not be granted from AirAsia's wishlist was a spa and a museum.

He said that the low-cost carrier, which has expressed reservations about moving to KLIA2 citing concerns including security, is set to be the biggest gainer by operating from the new airport.

With flight operations at KLIA2 beginning on May 2, and the current low-cost carrier terminal (LCCT) to close on May 9, there were no two ways about it but for AirAsia to move and operate from the new airport, he said.


Azmi said that all parties, including the Department of Immigration, the Royal Malaysian Customs, the police and the health authorities had agreed to move to KLIA2.
AirAsia, Asia's biggest low-cost carrier, is expected contribute about 80% of the new low-cost airport's traffic.

Rosmah advises individual who uploaded superimposed image of her to repent

Posted: 06 Apr 2014 11:20 AM PDT


Datin Seri Rosmah Mansor has advised an individual who allegedly uploaded a picture on social media with her face superimposed on the "mangled body" of a purported passenger of a plane crash to repent.


"I was informed of the existence of the photo when I was overseas ... I replied not to bother with this child, don't go down to his level.


"As a mother, I advise him to repent ... let us pray that he repents," said the prime minister's wife when commenting on the photograph.


She said this at a press conference here Sunday, held to announce the International Autism Seminar which will be held in Putrajaya on April 22 and 23.

The picture was shared by user Syed Saifullah. It carried a caption stating that the plane in which Rosmah boarded had crashed.

Taipingmali (tm)

Posted: 07 Apr 2014 01:46 AM PDT

Taipingmali (tm)


Bidaah dalam kitab al-Ma'thurat Hasan al-Bana

Posted: 07 Apr 2014 01:34 AM PDT

Salafy Garut

Ilmu-Amal-Dakwah-Sabar

Bid'ah dalam Kitab al-Ma'tsurat Karya Hasan al-Banna

Oleh: Ustadz Abu Ahmad
Kitab al-Ma'tsurat oleh Hasan al-Banna adalah kitab yang sangat populer di kalangan kaum Muslimin di seluruh dunia, tidak terkecuali di Indonesia. Bahkan wirid-wirid yang terkandung di dalamnya dijadikan sebagai amalan harian wajib bagi para pengikut kelompok Ikhwanul-Muslimin dan kebanyakan para aktivis pergerakan Islam di Indonesia.
Beberapa bulan yang lalu telah masuk kepada kami pertanyaan dari sebagian pembaca tentang kitab al-Ma'tsurat ini, apakah kitab ini layak untuk diamalkan kandungannya, karena banyak dari kaum Muslimin di daerahnya yang mengamalkan wirid-wirid dalam kitab ini.
Maka dengan memohon pertolongan kepada Allah dalam pembahasan kali ini akan kami paparkan studi kelayakan kitab al-Ma'tsurat ini untuk dipakai dan diamalkan kandungannya.

Penulis Kitab "al-Ma'tsurat"

Penulisnya adalah Syaikh Hasan bin Ahmad bin Abdurrahman al-Banna, pendiri jama'ah Ikhwanul-Muslimin. Ia dilahirkan pada tahun 1906 M di Mahmudiyyah Buhairah, Mesir, dan meninggal di Kairo, Mesir tanggal 12 Februari 1949 M.
Hasan al-Banna adalah pengikut tarikat shufiyyah Hashshofiyyah sejak usia muda. Dia mengenal tarikat Hashshofiyyah semenjak duduk di MadrasahMu'allimin UIa di Damanhur. Dia kemudian berbai'at di hadapan mursyid Tarikat Hashshofiyyah, Syaikh Abdul-Wahhab al-Hashshofi, dan kemudian aktif dalam kepengurusan Jam'iyyah Hashshofiyyah al-Khoiriyyah.
Semasa hidupnya, Hasan al-Banna selalu mengamalkan ritual-ritual tarikat Hashshofiyyah tersebut seperti Wadhifah (wirid) Rozuqiyyah tiap pagi dan petang. Nampaknya Wadhifah Rozuqiyyah ini adalah asal dari Wadhifah Kubra (nama lain dari al-Ma'tsurat sebagaimana tertera dalam judul cetakannya).
Hasan al-Banna tidak hanya mengamalkan Wadhifah Rozuqiyyah saja, bahkan dia juga mengikuti ritual Hashshofiyyah di kuburan-kuburan dengan cara menghadap kepada sebuah kuburan yang terbuka dengan tujuan untuk mengingat kematian, kemudian ritual Hadhrah setelah sholat Jum'at, dan ritual Maulid Nabi.
Abul-Hasan an-Nadwi berkata: "Hasan al-Banna selalu mengamalkan wirid-wirid dan ritual-ritual ini hingga akhir hayatnya." (Tafsir Siyasi lil-Islam halaman 83).
Adapun dalam segi aqidahnya, Hasan al-Banna adalah Asy'ari Mufawwidhahsebagaimana nampak dalam kitabnya, Aqa'id (lihat Mudzakkirat Da'wah wa Da'iyyahNazharat fi Manhaj Ikhwanul-Muslimin dan Thoriqoh Hasan al-Hanna wa Ashumul-Waritsin)

Wirid-Wirid "al-Ma'tsurat" yang Lemah atau Tidak Ada Asalnya

Tidak diragukan lagi bahwa dzikir dan do'a termasuk diantara ibadah-ibadah yang paling utama. Sedangkan ibadah wajib dilandaskan atas dalil yang tsabit(kuat) dan tidak boleh menetapkan suatu ibadah tanpa dalil atau dengan dalil yang dha'if (lemah). Maka tidak boleh seorang Muslim mengamalkan suatu dzikir tertentu kecuali setelah meyakini bahwa dzikir tersebut dinukil dengan dalil yangtsabit dari al-Qur'an dan as-Sunnah (lihat bahasan "Hadits Dha'if dalam Fadho'il-A'mal" dalam Majalah al-Furqon Edisi Spesial Ramadhan-Syawwal Tahun 6).
Setelah kami meneliti do'a-do'a dan dzikir-dzikir dalam kitab al-Ma'tsurat ini ternyata ada beberapa dzikir yang lemah dalilnya atau bahkan tidak ada asalnya sama sekali, di antara do'a-doa dan dzikir-dzikir tersebut ialah:
  1. Wirid Pertama"Ashbahnaa wa asbaha al-mulku lillahi laa syariikalahu wa alhamdu kulluhu lillahi laa syarikalahu laa ilaha illa allahu wa ilaihi an-nusyuur."Artinya: "Sesungguhnya kami terjaga di pagi hari dengan (kesadaran bahwa)/kerajaan (bumi dan segala isinya) ini seluruhnya adalah milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagi-Nya, tiada Rabb selain Dia dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan."Wirid ini datang dalam hadits Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhuyang diriwayatkan oleh Bukhari dalam Adabul-Mufrod 1/211 nomor 604 dan, Ibnu Sunni dalam Amal Yaum wa Lailah halaman 74 dari jalan Abu Awanah dari Umar bin Abi Salamah dari bapaknya dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu.Riwayat ini dikatakan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah: "Dha'if dengan lafazh ini, di dalam sanadnya terdapat Umar bin Abi Salamah az-Zuhri al-Qodhi, fihi dha'fun (padanya terdapat kelemahan)." (Dho'if Adabul-Mufrad halaman 60).
  2. Wirid Kedua"Allahumma ma ashbaha bii minni'mati faminka wahdaka laa syariika laka falaka alhamdu walaka asy-syukru."Artinya: "Ya Allah nikmat apapun yang kuperoleh dan diperoleh seseorang di antara makhluk-Mu adalah dari-Mu, yang Tunggal dan tak bersekutu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur."Wirid ini terdapat dalam hadits Abdullah bin Ghonam al-Bayadhi yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam Sunan-nya 4/318, Ibnu Hibban dalam Shahih-nya 3/143, Nasa'i dalam Sunan Kubro 6/5, Abu Bakar asy-Syaibani dalam Ahad wal-Matsani 4/183, dan Baihaqi dalam Syu'abul-Iman4/89 dari jalan Rabi'ah bin Abi Abdirrahman dari Abdullah bin Anbasah dari Abdullah bin Ghonam al-Bayadhi.Abdullah bin Anbasah dikatakan oleh adz-Dzahabi rahimahullah: "Hampir-hampir tidak dikenal."
    Riwayat ini dilemahkan oleh Syaikh al-Albani dalam Takhrij Kalimu Thoyyibhalaman 73 dan Dho'if Jami' Shaghir : 5730.
  3. Wirid Ketiga"Yaa rabbi laka alhamdu kamaa yanbagii lijalaali wajhika wali'adhiimi sulthaanika."Wirid ini terdapat dalam hadits Abdullah bin Umar Radhiyallahu 'anhuma yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam Sunan-nya 2/1249, Thabrani dalam Mu'jam Ausath 9/101 dan Mu'jam Kabir 12/343, dan Baihaqi dalam Syu'abul-Iman 4/94 dari jalan Shadaqah bin Basyir dari Qudamah bin Ibrahim al-Jumahi dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu 'anhuma.al-Bushirirahimahullah berkata: "Sanad ini, terdapat kritikan padanya." (Mishbahu Zujajah4/130).Shadaqah bin Basyir dikatakan oleh Ibnu Hajar rahimahullahdalam Taqrib: "Maqbul (yaitu diterima haditsnya jika ada penguatnya, kalau tidak ada penguatnya maka haditsnya lemah)."
    Qudamah bin Ibrahim dikatakan oleh Ibnu Hajar rahimahullah dalam Taqrib: "Maqbul."
    Riwayat ini dilemahkan oleh Syaikh al-Albani dalam Dha'if Sunan Ibnu Majah halaman 308 dan Dha'if Jami' Shoghir : 1877.
  4. Wirid Keempat"Allahumma sholli 'alaa Muhammadin 'abdika wanabiyyika warosuulika an-nabiyyi al-ummii wa 'alaa aalihi washohbihi wasallim tatsliimaa 'adada ma ahaatho bihi 'ilmuka wakhoththo bihi qolamuka wa ahshoohu kitaabuka…"Artinya: "Ya Allah limpahkanlah shalawat atas junjungan kami Muhammad hamba-Mu, nabi-Mu, dan rasul-Mu, nabi yang ummi, dan atas keluarganya; dan limpahkanlah salam sebanyak yang diliput oleh ilmu-Mu dan dituliskan oleh pena-Mu, dan dirangkum oleh kitab-Mu."Shalawat ini adalah shalawat yang bid'ah yang tidak ada asalnya, tidak ada di dalam kitab-kitab hadits yang mu'tabarsepanjang penelitian kami.Wirid-wirid diatas (1 s/d 4) adalah yang lemah atau tidak ada asalnya. Di samping itu, di dalam kitab al-Ma'tsurat ini banyak wirid-wirid lain yang shahih lafazhnya tetapi bid'ah dari segi kaifiyyat (tatacara)nya karena memberikan bilangan bacaan-bacaannya yang tidak pernah ada tuntunannya dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.

Do'a "Rabithah" yang Bid'ah

Pada akhir kitab al-Ma'tsurat ini tercantum Do'a Rabithah yang berbunyi:
"Allahumma innaka ta'lamu anna hadihi al-quluuba qodijtama'at 'alaa mahabbatika waltaqot 'alaa thoo 'atika watawahhadat 'alaa da'watika wa ta'aahadat 'alaa nushroti syarii'atika fawassiq allahumma roobithhaa wa adim wuddahaa."
Artinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah (kecintaan) hanya kepada-Mu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru di (jalan)-Mu, dan berjanji setia untuk membela syari'at-Mu, maka kuatkanlah ikatan pertaliannya ya Allah, abadikan kasih sayangnya…"
Syaikh Ihsan bin Ayisy al-Utaibi rahimahullah berkata: "Di akhir al-Ma'tsurat terdapat wirid rabithah, ini adalah bid'ah shufiyyah yang diambil oleh Hasan al-Banna dari tarikatnya, Hashshofiyyah." (Kitab TarbiyatuI-Aulad fil-Islam Ii Abdullah Ulwan fi Mizani Naqd Ilmi halaman 126).

Hukum Wirid-Wirid Bid'ah

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata:
"Tidak diragukan lagi bahwa dzikir dan do'a termasuk di antara ibadah-ibadah yang paling afdhal (utama), dan ibadah dilandaskan atas tauqif dan ittiba', bukan atas hawa nafsu dan ibtida', Maka do'a-do'a dan dzikir-dzikir Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam adalah yang paling utama untuk diamalkan oleh seorang yang hendak berdzikir dan berdo'a. Orang yang mengamalkan do'a-do'a dan dzikir-dzikir Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam adalah orang yang berada di jalan yang aman dan selamat. Faedah dari hasil yang didapatkan dari mengamalkan do'a-do'a dan dzikir-dzikir Nabi Shallallahu 'Alaihi wa sallam begitu banyak sehingga tidak bisa diungkapkan dengan kata-kata, Adapun dzikir-dzikir dari selain Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, kadang-kadang diharamkan, kadang-kadang makruh, dan kadang-kadang didalamnya terdapat kesyirikan yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Tidak diperkenankan bagi seorang pun membuat bagi manusia dzikir-dzikir dan do'a-do'a yang tidak disunnahkan, serta menjadikan dzikir-dzikir tersebut sebagai ibadah rutin seperti shalat lima waktu, bahkan ini termasuk agama bid'ah yang tidak diizinkan oleh Allah Azza wa Jalla. Adapun menjadikan wirid yang tidak syar'i maka ini adalah hal yang terlarang, bersamaan dengan ini dzikir-dzikir dan wirid-wirid yang syar'i sudah memenuhi puncak dan akhir dari tujuan yang mulia, tidak ada seorang pun yang berpaling dari dzikir-dzikir dan wirid-wirid yang syar'i menuju kepada dzikir-dzikir dan wirid-wirid yang bid'ah melainkan (dialah) seorang yang jahil atau sembrono atau melampaui batas." (Majmu' Fatawa 22/510-511).
Beliau rahimahullah juga berkata:
"Seseorang yang berpaling dari do'a yang syar'i kepada yang lainnya -walaupun itu adalah hizb-hizb- (wirid-wirid) sebagian masyayikh (para syaikh)- maka yang paling bagus baginya adalah hendaknya tidak meluputkan bagi dirinya do'a yang lebih afdhal dan yang lebih sempurna, yaitu do'a-do'a Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, karena dia yang lebih afdhal dan lebih sempurna dari do'a-do'a yang lainnya dengan kesepakatan kaum Muslimin, meskipun do'a-do'a yang lain tersebut diucapkan oleh sebagian masyayikh, apalagi jika do'a-do'a tersebut di dalamnya terdapat kesalahan atau dosa atau yang lainnya? Diantara orang-orang yang paling tercela adalah orang yang menjadikan hizb (wirid) yang tidak ma'tsur (dinukil) dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam -walaupun itu adalah hizb-hizb sebagian masyayikh- dan meninggalkan hizb-hizb Nabawiyyah yang diucapkan oleh Penghulu Bani Adam, Imam para makhluk, dan hujjah Allah atas para hamba-Nya." (Majmu' Fatawa 22/525).

Badal (Pengganti) Kitab Ini

Setelah melihat banyaknya hal-hal yang bid'ah dalam kitab al-Ma'tsurat ini, kami memandang bahwa kitab ini tidak layak dijadikan pegangan di dalam wirid-wirid keseharian seorang Muslim.
Kami menganjurkan agar saudara-saudaraku kaum Muslimin memilih kitab-kitab dzikir lainnya yang mengacu kepada do'a dan dzikir yang shahih dari NabiShallallahu 'alaihi wa sallam, diantara kitab-kitab yang kami anjurkan untuk dipakai adalah:
  1. aI-Adzkar oleh aI-Imam an-Nawawi bersama penjelasan derajat haditsnya dalam kitab Shahih wa Dha'if aI-Adzkar oleh Syaikh Salim bin 'Id al-Hilali.
  2. al-Kalimu Thayyib oleh Syaikhul-Islam Ibnu Taimiyyah dengan takhrij Syaikh al-Albani.
  3. Tuhfatul-Akhyar oleh Syaikh Abdul-Aziz bin Baz.
  4. Shahih Kalimu Thayyib oleh Syaikh al-Albani.
  5. Hishnul-Muslim oleh Syaikh Sa'id bin Ali bin Wahf al-Qahthani (telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia).
Sumber: Artikel ini disalin dari Majalah al-Furqon, edisi 06 tahun VI Rabi'ul Awwal 1428H (Februari 2007) (ahlussunnah.info)

1 Komentar »

  1. denhan pandangan di atas berarti di indonesia banyak ahli bid'ah
    dimana para pedagang rambutan berdoa yg tidak pernah nabi ajarkan͵ mereka berdoa atas dasar hawa nafsu agar terkabulnya hajatnya begini lah dia berdoa "ya allah.. semoga hari ini barang daganganku habis. dan berkahilah rambutan ku ini…"
    admin kepada akh ahmad
    orang yang melakukan bid'ah tidak harus dikatakan ahlul bid'ah
    dan contoh doa antum ini tidaklah dikatakan bid'ah karena Allah menyuruh kita untuk berdoa..silahkan antum berdoa bisa dengan bahasa Arab (yang bagus), bahasa Indonesia, Amerika, Sunda, Jawa dll bahasa masing2 daerah yang penting dia tahu artinya dan tidak menyalahi adab berdoa, seperti doa minta masuk neraka dll silahkan baca bahasan dalam adab berdoa. Nah yang kita permasalahkan jangan sampai kita mengatakan hal-hal yang sebenarnya bukan ucapan Nabi tapi kita katakan bahwa ini ucapan Nabi, karena ini bisa termasuk dalam ancaman Nabi tentang orang yang berdusta atas nama Nabi, diancam agar menyiapkan tempat duduknya di neraka (riwayat Muslim) Allohu A'lam. Barokallahfiyk
    Komentar oleh ahmad zaeni muttaqin | Maret 10, 2014 | Balas

Tinggalkan Balasan

JUDI 4D masalah satu Malaya

Posted: 06 Apr 2014 04:04 AM PDT

Kisah di Melaka, negeri-negeri lain juga tidak terkecuali, pun begitu judi 4D boleh dianggap sebagai penyalahgunaan dadah jenis candu atau opiat. Yang paling kejam ialah judi kuda yang beroperasi dipremis tanpa tanda. Ia ada di setiap taman perumahan.  Ramai yang jadi papa kedana.berikut ialah gambar dari Melaka.




Tian Chua Cilakak

Posted: 06 Apr 2014 03:45 AM PDT

Watch "TianChua Berpura pura Untuk Mendekati Kaum Melayu Demi Politik" on YouTube -

http://www.youtube.com/watch?v=xMP7NzIgs74&feature=youtube_gdata_player

Watch "TianChua Penyokong Kuat Anuwar Dalam Kesamarataan Agama" on YouTube -

http://www.youtube.com/watch?v=KFdxA5xcmvY&feature=youtube_gdata_player

Watch "TianChua Penyambung Ideologi Komunis Chin Peng" on YouTube -

http://www.youtube.com/watch?v=Ua1oipBThr0&feature=youtube_gdata_player

Aspirasi Bangsa

Posted: 07 Apr 2014 01:23 AM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 06 Apr 2014 11:54 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


OPERASI SYED SAIFULLAH DI RUMAH IBUBAPANYA & ASET-ASET RBA YANG DIRAMPAS ?

Posted: 06 Apr 2014 08:24 PM PDT



Emak Saifullah terkejut apabila didatangi pihak polis dan memberitahu anaknya, Syed Saifullah pergi makan dengan ayahnya di luar. Emaknya menelefon anak dan suaminya suruh balik. 20 minit kemudian Syed Saifullah datang dengan wajah ketakutan. 

1. Kamera komputer tanpa jenama warna ungu/jernih
2. Set speker jenama vinnfier warna hitam
3. Empat kabel komputer warna hitan
4. Penyambung soket warna putih
5. Multicard reader janama sbhc support warna kuning/putih
6. Thumb drive jenama kongston warna hitam
7. Mesin cetak jenama canon warna hitam
8. Kabel internet warna putih
9. Satu Handphone jenama Sony X Peria
10. Moniter komputer jenama Acer warna hitam
11. CPU jenama power logic warna hitam
12. Key board jenama power logic warna hitam
13. Tetikus jenama power logic warna hitam
14. Broadband jenama p1 warna putih/hijau
15. Thumb drive tp-link warna putih/hitam
16. Broadband jenama celcom

ANWAR KE LONDON BERI PENJELASAN KEPADA PENAJA-PENAJANYA

Posted: 06 Apr 2014 06:35 PM PDT

AIDCNews – 5/4/14 – Sejak semalam, Ketua Pembangkang masih lagi berada di kota London memenuhi satu misi yang beliau sahaja ketahuinya.
Salah satunya berkunjung ke media Daily Telegraph, United Kingdom membuat kenyataan tentang MH370 yang disifatkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai satu bentuk serangan yang tidak berasas dari luar negara terhadap negaranya sendiri, Malaysia.
Kunjungan Anwar ke kota London itu dipercayai bukan semata-mata mahu berjumpa kumpulan media, rasanya ada ramai pihak lagi yang mahu dijumpainya.
Rundingan baharu dengan pihak-pihak tertentu yang berbentuk peribadi itu tidak akan dihebah kepada media antarabangsa atau blog, twitter dan laman sosial peribadi milik Anwar.
Anwar sudah pasti akan mengulangi sejarah silamnya. Rangkaiannya adalah sama, kalau ada penambahan satu atau dua tokoh rangkaian baru, ianya hasil cadangan daripada rangkaian penaja utamanya.
Dua penaja utama Anwar yang berpusat di Kota London itu adalah Al Gore dan George Soros.
Belajar dari sejarah selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada 2 September 2004, beliau menjadikan Kota London sebagai base pertama sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat.


Belantan

Posted: 06 Apr 2014 11:52 PM PDT

Belantan


Tak payah berdolak-dalik, naikkan saja...?

Posted: 06 Apr 2014 08:50 PM PDT


Kisahnya masih berkisar pada isu air. Di Lembah Klang, catuan air berjalan seperti dirancang. Walaupun masih banyak rungutan, bisingnya tak seriuh waktu mula-mula dulu. Suhu kemarahan penduduk terlibat mungkin masih panas tetapi tidaklah sampai ke tahap didih lagi.

Satu yang pasti, warga kota sudah dapat menerima bahawa catuan air adalah satu hakikat. Marah atau tidak, perkara ini sudah dan sedang berlaku. Nampaknya ramai yang mula dapat menyesuaikan diri dengan situasi ini. Dua hari ada air, dua hari lagi tiada..

Walaupun kebelakangan ini hujan turun hampir setiap hari, kadangkala lebih lebat daripada musim hujan, paras air di ­em­­­pa­ngan masih tidak berubah. Sesete­ngahnya menyusut dan terus menyusut. Kerja-kerja pembenihan awan menjadi tetapi tidak mengena di kawasan tadahan hujan.

Di Selangor catuan air hanya akan dihentikan jika kapasiti air empangan mencecah 55 peratus. Setakat ini tidak nampak jalan. Paras air di beberapa empangan utama masih di bawah 40 peratus. Empangan Su­ngai Selangor di Kuala Kubu Baru mencatat 36.67 peratus dengan paras kritikal ialah 30 peratus.

Mengikut ramalan pakar, musim hujan yang sudah bermula awal bulan ini khabar­nya tidak bertahan lama, setakat Mei sahaja. Musim panas yang panjang dijangka datang balik mulai Jun hingga Oktober.


Kalau betul ramalan ini, warga kota nampaknya kena bersedia untuk berhadapan dengan musim kemarau pusingan ke­dua. Pengalaman berhadapan dengan catuan air akan banyak membantu warga Lembah Klang kali ini. Apa yang pasti mereka akan sentiasa menghargai peranan baldi, besen, timba, tong drum, tong sampah dan segala periuk belanga sebagai tempat penyimpanan air.

Ini cerita di Selangor. Di Perak pun ada cerita pasal air. Taiping kawasan paling basah di Malaysia sudah senasib dengan Lembah Klang. Kawasan yang hampir 320 hari setahun menerima hujan lebat itu mula dilanda kemarau. Catuan air di daerah itu bermula semalam. Harapnya tidaklah berlarutan sepertimana yang dialami Selangor.

Di Pulau Pinang pun ada cerita air tetapi berbeza dengan Selangor. Walaupun turut terkena musim kemarau yang panjang, Pulau Pinang tidak akan mencontohi Selangor. Tidak ada catuan air di Pulau Pinang. Dulu pun negeri yang diperintah DAP ini tidak mencontohi langkah Selangor memberikan air percuma kepada penduduknya.

Negeri yang seringkali 'dipertontonkan' sebagai negeri hebat itu ada cara tersendiri untuk menangani krisis air.

Sebagai 'negeri hebat' Pulau Pinang me­rancang menaikkan kadar tarif air. Kononnya sebagai satu langkah bagi mengelakkan krisis air pada masa hadapan. Juga kononnya antara cara terakhir untuk mendidik rakyat negeri itu supaya berjimat-cermat dalam menggunakan air.

Bagi mewajarkan cadangan ini, rakyat Pulau Pinang dipersalahkan kerana tidak bijak mengurus sumber air. Lantaran tidak bijaknya rakyat Pulau Pinang menguruskan air, banyak berlaku pembaziran air. Penggunaan air juga tertinggi dibandingkan dengan negeri lain.


Menaikkan tarif air sebagai cadangan penyelesaian kepada krisis air adalah satu hukuman kepada rakyat. Mengenakan hukuman yang boleh membebankan hidup rakyat juga bukan satu contoh didikan yang baik. Lebih-lebih lagi ketika rakyat sedang berhadapan dengan peningkatan beban kos sara hidup.

Bagi golongan kaya dan berada, kenaikan ini bukan satu perkara besar. Tetapi tidak bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Kesannya bukan sedikit.

Jika kenaikan ini berlaku, janji-janji muluk DAP dalam manifesto pilihan raya yang lalu sudah tidak memberi sebarang makna. Tidak ada kenaikan tarif air, kadar sewa dan lesen perniagaan untuk dua tahun ini mengikut manifesto parti itu.

Kalaulah ini berlaku di sebuah negeri yang diperintah Barisan Nasional, nescaya bertubi-tubilah ketumbukan tentera siber kacang merah menyerang. Tengoklah sedikit masa dahulu bukan main hebat mereka menggempur ketika kerajaan ­me­ngumumkan langkah merasionalisasikan subsidi.

Hampir setiap hari menjelang detik 12 tengah malam, akan berlegarlah berita-­berita palsu di ruang siber bahawa harga petrol akan naik, naik dan naik lagi. Setiap hari rakyat dimomokkan dengan cerita-­cerita menakutkan berhubung kenaikan harga barang di sana-sini. Walaupun sebenarnya perkara itu tidak berlaku.

Berbeza dengan mereka, apa yang dilakukan, semuanya diberi gambaran yang baik dan elok-elok sahaja. Sekarang ini pun tentera siber yang khabarnya berjumlah 800 orang dengan gaji bulanan RM3,000 itu sudah mula bertungkus lumus mempertahankan 'tindakan berhemah' tersebut.

Kalaulah benar tarif air mahu dinaikkan, naikkan saja. Jangan berdolak-dalik lagi. Jangan memberi alasan yang bukan-bukan. Menyalahkan sikap buruk rakyat Pulau Pinang yang suka membazir air juga sangat tidak patut. Mereka adalah penyokong dan pengundi setia. Kerana merekalah terbentuknya sebuah kerajaan negeri yang 'hebat' ini.

Sekurang-kurangnya kenanglah 'so­kongan padu, tidak berbelah-bahagi dan penuh kasih sayang' yang mereka berikan dalam dua pilihan raya umum lalu.

Didiklah mereka agar jangan membazir. Tetapi ingat, mendidik adalah satu proses yang panjang dan lama. Bukan memakan masa sehari atau sebulan dua. Proses ini sangat sukar dan cabarannya berliku.-UMO

Suara Politik
Belantan

Siasat segera dalang sebenar?

Posted: 06 Apr 2014 05:24 AM PDT




Harap tidak sesiapa yang mainkan isu ini lagi. Ini adalah akaun FB palsu. Mereka yang didalam gambar ini semuanya adalah pemuda UMNO Bakri. Mereka telah buat laporan polis. Disebabkan akaun palsu ni mereka telah menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh sehingga takut untuk keluar dan pergi bekerja. Dajal betul puak-puak Pakatan haram ini. Mereka minta tolong kita untuk sebarkan informasi ini.

Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu segera menyiasat pihak sebenar di sebalik akaun Facebook yang mahu membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi berselindung menggunakan nama orang lain.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, siasatan perlu dilakukan segera kerana individu yang namanya digunakan tersebut kini menerima pelbagai ancaman bunuh, pukul, tembak dan dipijak.

"Mereka kini hidup dalam ketakutan kerana identiti masing-masing yang tinggal di daerah ini didedahkan. Ada di antara mereka sudah seminggu tidak bekerja kerana diugut dan menjarakkan diri daripada keluarga disebabkan bimbang keluarga menerima kesannya.

"Saya dimaklumkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, kes itu dirujuk ke IPD Sentul kerana laporan pertama dibuat di situ. Saya juga menghubungi SKMM bagi memastikan siasatan lancar," katanya ketika ditemui sebelum tayangan wayang pacak filem Tanda Putera sempena program Semarak Perpaduan di Bukit Mor malam tadi.

Beliau mengulas nasib lima sahabat yang menjadi mangsa Facebook apabila ada pihak tertentu memuat naik gambar mereka sebagai profil di akaun terbabit dengan nama Hanimura Yabuza.

Ekoran itu, mereka menerima banyak komen berunsur provokasi dan paling menimbulkan kemarahan orang ramai apabila dimuat naik kata-kata iaitu 'aku ingat mau tembak jek Najib Razak... aku tarak goyang sama sape2'.

Berikutan itu mereka membuat beberapa laporan di IPD Muar pada 28 Mac lalu dan pada hari sama akaun berkenaan ditutup secara tiba-tiba oleh pihak atau individu yang mengendalikannya.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, nama mereka perlu dibersihkan segera dengan mengheret penjenayah sebenar ke muka pengadilan.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 06 Apr 2014 11:51 PM PDT

The Unspinners


Tak usahlah drop-out sastera cakap pasal radar ... jam Omega pun tak jumpa

Posted: 06 Apr 2014 10:30 PM PDT


Sebaik China persoal kerajaan Malaysia, Dato Seri Anwar pun turut sama nak kritik Malaysia Malah dia tmulkan pasal radar.


One of the most sophisticated tu tahun bila? Sekarang dah 2014!

Sudahlah Anwar, taak usah nak cakap pasal radar. Kamu u hanya belajar sastera Melayu di Universiti dan entah siap atau tidak basic degree pengajian Melayunya itu.

Dia tidak mungkin faham peranan dan operasi radar . Kalau dia tahu dia akan menunjuk-nunjuk ilmunya yang sikit tu.

Tambah lagi, dia tidak mungkin ada kebolehan ilmu dlam ssains dan teknoohi untuk memaham teknologi.

Yang pasti biasanya berlaku Anwar ada menuduh orang lain untuk salahlakunya sendiri di masa lepas.

DIpercayai Anwar timbulkan isu radar untuk menutup salahlakunya sendiri.

Bawah MOF ada bahagian teknikal yang sering mengubah spec pembelian dari spec yang dikehendaki oleh  Kementeriaan Pertahanan kepada spec yang langsung tidak munasabah. Ketik Anwar Menteri Kewangan, ada kemungkinan pegawai terlibat bersekongkol bersama menyamun untuk Anwar.

Dalam kritkan Anwar bahawa kerajaan tidak menyatakan sebenarnya seperti tuduhan CHina, baca jawapan berikut:
 

Bak kata Dato Akbar Ali, Anwar elok cari dulu mana jam Omeganya yang dikatakan hilang tapi berada di balai polis tapi dibohong Nurul Izzah sebagai ada di rumah.

Bodohnya belacan... asyik di tipu komunis DAP

Posted: 06 Apr 2014 07:30 PM PDT




Cina tak pernah lupa, tapi Melayu dah lupakah kata-kata ini?

Posted: 06 Apr 2014 05:30 PM PDT


Demo Baling tak ikhlas niat, bohong pulak lagi

Posted: 06 Apr 2014 06:00 AM PDT


Sebelum diceritakan mengenai kisah Demo Baling, tengok program ceramah berikut:



Khabarnya ceramah pembangang yang memaparkan Tian CHua dan teresa Kok sebagai penceramah utama di Sungai Ara hanya di hadiri 12 orang saja malam tadi. Bila nawaitu jahat, ada saja kekangan tuhan.

Terlupa gerakkan ahli parti seluruh negeri untuk penuhkan ceramah ke? Kah kah kah .... baca Pisau di SINI.


Di Baling, Allah macam tak izinkan mereka berkumpul untuk Demo Derita Rakyat Baling semalam.Dijaja nama besar tapi akhirnya muka-muka ciput saja yang muncul. Betul-betul membohongi rakyat.

Tujuan puak PAS boleh nampak. Mereka nak gunakan isu harga getah rendah untuk petani kecil berbanding dengan harga pasaran.

Hal ini sudah diusahakan dan masaalahnya pun sikap orang kampong juga yang menggagalkan program. Ianay sudah dirancang untuk diusahakan tapi memakan masa.

Kalau PAS benar nak bela, usahakanlah. Caranya senang sangat. Orang PAS yang tak berapa cerdik pun tak perlu kecuh dan boleh lakukan tapi mereka saja nak demo.


Pasal niat mereka jahat dan tidak ikhlas, brlaku hujan ketika acara mereka. Ada ke budak2 dibawa atas lori bersama sayur kangkong?


Harakah bantu tipu jumlah kehadhiran.



Pandai mereka buat photoshop. Hadhirin 3 ribu jadi 10 ribu dan laporkan 50 ribu.

Sebenarnya tujuan mereka hanya nak rampas balik Baling. Lalu diguna peristiwa demo Baling tahun 1974 yang buat anwar terkenal sebagai aktvis mahasiswa.



 Sebenarnya peristiwa Baling yang dikatakn ada orang mati kebulor adalah satu politik matang mahasiswa zaman itu. Kisah sebenarnya empat orang mahasiswa naik kereta volkswagen dan berjalan-jalan ke Baling.

Sesampai di sebbuah warong di Baling, ada orang kampong bersembang cerita ada orang mati kebulor. Tanpa guna otak masing-masing, kawan-kawan mahasiswa anwar terus pulang ke KL dan beritahu hal ini untuk buat demo..

Tak diselidik dan difikir logikkah kata-kata orang di warong itu?

Tak terfikir mereka kebuluran tak mungkin berlaku di kampong kerana makanan bboleh ditanam sendiri dan kekuatan tolong menolong bantu membantu dalam budaya masyarakat kampong tak akan biarkan sesiapa sampai mati kebuluran.

Salah seorang empat itu berada dalam kerajaan dan berpangkat Dato. Waji dia jelaskan pada orang Balling pembohongan sepanjang hayatnya. Malas dedahkan siapa Dato ini.

Sementara itu, pada malam itu ada majlis Muhabitul Rasul di Baling. Alhamdulillah kehadhiran mencecah sampai 3,000.







Dari dibuai pembohongan kisah lama Baling, baik kita buat kebajikan. Muga-muga dapat syafaat Nabi Muhammad. 

Baca laporan sepenuh di PISAU SINI dan Empayar Pemuda SINI

Syed Saifullah kecewa bila Rosmah bersabar

Posted: 06 Apr 2014 12:00 AM PDT

Seorang bernama Syed Saifullah membuat fitnah terhadapnya. Bukan saja buat khabar angin tapi dibuat gambar yang begitu hina.


Orangnya pun kita dah tahu...



Kalau Anwar sudah ... U Ulang I saman. Kalau Nik Aziz sudah doa pecah perut. Kalau Lim Kit Siang, sudah di hantar Red Bean army maki hamun.

Tapi Rosmah hanya mendoakan...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya difahamkan ada poster di facebook yang disebarkan oleh adik Syed Saifullah berkaitan diri saya. Tiada apa yang dapat saya katakan selain mendoakan agar adik Syed Saifullah mendapat keberkatan dalam hidup, dipanjangkan usia, menjadi anak yang soleh dan menjadi insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Salam - Rosmah Mansor

............

Ameen

Agaknya Syed Saifullah mahukan Rosmah marah dan ambil tindakan terhadapnya. Tapi rupanya Rosmah mendoakannya. Mungkin dia kecewa.

Muga terkabul doa orang yang teraniaya dan Syed Saifullah dapat melihat kebenaran






oyabun

Posted: 06 Apr 2014 11:46 PM PDT

oyabun


Lelaki fitnah Rosmah Mansor berjaya ditangkap?

Posted: 06 Apr 2014 08:03 AM PDT


Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Syed Saifullah berjaya ditahan polis rumahnya di Seri Iskandar, Perak pada pukul 12.10 malam tadi.

Syed Ahmad Saifullah Hashim, 24, ditahan selepas dia bertindak biadab memuat naik gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah disunting menggambarkan kononnya beliau telah terkorban dalam nahas pesawat baru-baru ini.

Status yang berbunyi "Dari Ia kita datang, dan dari Ia juga kita dikembalikan" itu turut disertakan dengan gambar palsu cebisan daging dan tulang yang disunting dan diletakkan wajah isteri Perdana Menteri itu,

Menurut jurucakap polis, suspek ditangkap di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia (Jenayah Siber) dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan fitnah dan khianat awam.

Selanjutnya sila baca di sini!

Wasabi Oyabun..

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 06 Apr 2014 11:27 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Demo Baling: Bila Harga Getah Turun, Salah Kerajaan, Harga Getah Naik Melantun-Lantun Kerja Siapa...???

Posted: 06 Apr 2014 10:00 PM PDT


Bergitu mudah mereka bodohkan orang kampung di baling, mereka jaja cerita, sebab kerajaanlah harga getah turun sehingga jadi RM2.30 sekilo, dah harga getah ikut pasaran global nak buat macam mane?

Pada kiraan aku cukup mudah, punca harga getah turun pasal waktu sekarang ini dunia aman damai, tak ada berlaku perang kat mana-mana negara, so permintaan untuk getah jadi lembab...

Kalau nak harga getah naik, suruh la anwar cucuk us serang korea utara, bila berlaku perang, maka penoreh di baling boleh dapat durian runtuh pasal masa tu harga getah akan melantun-lantun naik...

Ok itu cerita harga getah turun, masa harga getah naik sekitar lewat tahun 2010-2011, pernah harga getah mencecah RM 15 sekilo, pernah ke penoreh getah di baling, berarak ramai-ramai ke putrajaya ucap terima kasih kepada kerajaan...???

Siapa Cucuk Wan Azizah Dan Apa Deal Antara Anwar Dan Azmin Ali...

Posted: 06 Apr 2014 07:00 PM PDT


Apa yang berlaku pada pemilihan pkr yang akan datang, akan menghancurkan parti itu dari dalam, semua orang tahu, tak logik bila bakal banduan nak bertanding jawatan presiden parti, sebagai manusia yang serba tahu, anwar pastinya sedar, sebagai seorang bakal banduan, dia tak boleh pegang sebarang jawatan dalam parti, kalau dia menang maka mengikut undang-undang ROS, parti pkr boleh terbubar dengan sendirinya.

Ok apa yang berlaku pada hari tu? (hari serah borang pencalonan) syed husin ali datang ke pejabat pkr untuk menyerahkan borang pencalonan anwar, secara logiknya buat apa anwar wakilkan orang lain, datang sendiri takan tak boleh kot...

Menurut sumber, deal antara anwar dan azmin, dealnya macam nie, anwar serah borang bertanding jawatan presiden pada sebelah pagi, kemudian di sebelah petang pulak, ketika masa hampir tamat, azmin akan serah borang untuk bertanding jawatan presiden juga, apabila tempoh penyerahan borang ditutup, anwar akan mengumumkan dia menarik diri dari bertanding jawatan presiden kerana takut risiko parti boleh terbubar, maka azmin ali menang tampa bertanding jawatan presiden pkr.


Tetapi deal itu tak menjadi...

Sebelum azmin serah borang pencalonan, tiba-tiba dalam jam 3 petang, sila rujuk keadilan daily, wan azizah muncul untuk serah borang bertanding jawatan presiden, plan anwar dan azmin dah dikantoikan oleh wan azizah.

Siapa yang berperanan menyuruh wan azizah bertanding? menurut sumber, khalid ibrahim la yang mainkan peranan tu, semua orang tahu, hubungan wan azizah dan azmin ibarat israel dan palestin, mereka memang tidak sebulu, kerana cerita lama.

Khalid sudah cucuk wan azizah suruh bertanding untuk menjaga kedudukannya sebagai menteri besar selangor, khalid tahu kalau wan azizah bertanding jawatan presiden, azmin tak berani nak lawan wan azizah dan strategi khalid berjaya, semua sudah maklum, hubungan khalid dan azmin pun ibarat israel dan palestin, dengan bertandingnya wan azizah yang confirm akan menang, kedudukan khalid sebagai menteri besar terjamin, pasal bila anwar masuk ke dalam penjara, kuasa mutlak berada di tangan wan azizah.

Menurut sumber, azmin sudah angin satu badan dengan khalid, peluang dia untuk jadi presiden pkr dan menteri besar selangor telah di palam oleh khalid dengan meletakan musuh nombor satunya iaitu wan azizah bertanding jawatan presiden, Jadi berbalik kepada posting aku bertajuk "Akan Berlaku Satu Lagi Pilihanraya Kecil Di Selangor" azmin yang tak berpeluang bertanding apa-apa jawatan, sudah arahkan jenteranya untuk memantau pergerakan jentera kempen khalid ibrahim, ohh lupe khalid ibrahim juga bertanding jawatan timbalan presiden pkr.

Azmin sudah berjanji walau macam mana pun dia pasti kantoikan khalid ibrahim dengan menggunakan alasan khalid mengamalkan politik wang, bila azmin berjaya kantoikan khalid, maka secara automatik, khalid kena letak jawatan sebagai menteri besar, siapa lagi calon yang sesuai untuk gantikan khalid? azmin ali la...

Panglima Perang Cyber

Posted: 06 Apr 2014 11:22 PM PDT

Panglima Perang Cyber


#MH370: Pesawat dipercayai terbang menyusuri pinggir ruang udara Indonesia bagi elak dikesan @AstroAwani

Posted: 06 Apr 2014 10:01 AM PDT


KUALA LUMPUR: Pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dipercayai terbang di utara Indonesia dan menyusuri pinggir ruang udara negara itu dalam berjalanannya ke selatan Lautan Hindi, kata seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia yang dipetik dari laporan agensi berita CNN.

Kesimpulan itu dicapai oleh kumpulan penyiasat setelah mengkaji data radar dari negara jiran itu.

Laporan yang sama turut menyebut bahawa kapal terbang itu tidak terbang merentasi Indonesia atau ruang udara Indonesia selepas membuat satu pusingan ke arah barat di Laut China Selatan dan terbang di utara Semenanjung Malaysia, sumber itu berkata.

Tambahnya, pesawat itu mungkin sengaja terbang di sepanjang laluan yang telah dirancang untuk mengelak pengesanan radar.

Pada 19 Mac, Menteri Pertahanan Indonesia Purnomo Yusgiantoro berkata radar tentera republik itu di Sabang, Aceh, tidak mengesan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang berkemungkinan telah terbang di ruang udara wilayah itu.

"Saya telah menerima laporan itu, sistem radar pertahanan udara di Sabang adalah sangat kuat, tetapi ia tidak kesan pesawat itu ," katanya kepada pemberita yang dipetik oleh agensi berita Antara.

Kapal peronda China, Haixun mengesan dua isyarat akustik sepanjang 36 jam lalu, kata ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston.

"Kapal tersebut mengesan dua isyarat dan memberikan sedikit harapan," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi yang dikesan kapal peronda China semalam masih belum dapat disahkan setakat ini.

Houston berkata isyarat berkenaan 'konsisten' dengan kotak hitam dari pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.

Katanya lagi, selain kapal Haixun, kapal perang Australia Ocean Shield turut mengesan isyarat kira-kira 300 batu dari kapal China.



http://www.astroawani.com/news/show/mh370-pesawat-dipercayai-terbang-menyusuri-pinggir-ruang-udara-indonesia-bagi-elak-dikesan-33331

----

Kongsi melalui applikasi iPhone Astro Awani

http://www.astroawani.com/apps 
 
Sent from my iPhone

Johor Nafi Cuti Hujung Minggu Kembali Ke Sabtu Dan Ahad

Posted: 06 Apr 2014 09:49 AM PDT



BATU PAHAT, 4 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor menafikan desas-desus kononnya cuti hujung minggu di negeri itu akan kembali semula ke hari Sabtu dan Ahad.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perubahan cuti minggu itu tidak timbul sama sekali walaupun ia heboh diperkatakan oleh rakyat negeri ini serta di laman sosial.

"Tidak ada isu seperti itu...jangan percaya kepada khabar angin yang disebarkan menerusi media sosial," katanya selepas melancarkan program 'Road to MAHA 2014', peringkat negeri Johor, di Dataran Penggaram, di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan mengenai desas-desus yang hangat diperkatakan dalam laman media sosial sejak dua minggu lepas kononnya cuti hujung minggu di negeri itu akan diubah.

Cuti hujung minggu di Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai 1 Jan lepas atas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri sedang melihat potensi daerah Segamat untuk dibangunkan sebagai hab dalam bidang pertanian dan industri asas tani.

"Untuk merealisasikan rancangan ini, kita akan minta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menyediakan pelan induk mengenainya," katanya.

Beliau juga berkata kerajaan negeri sudah memberikan bantuan bernilai RM11.2 juta kepada 2,558 usahawan menerusi Program Galakan Usahawan sejak tahun 2002 hingga 2011.

Katanya, seramai 40 usahawan telah mencapai tahap pendapatan melebihi RM250,000 setahun dan selaras pencapaian itu, kerajaan negeri bersetuju untuk menambah sebanyak RM1 juta tahun ini bagi program galakan berkenaan.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v7/newsindex.php?id=1027902

PenangWasabi

Posted: 06 Apr 2014 09:23 PM PDT

PenangWasabi


#MH370 Hari ke-30: Kapal Ocean Shield kesan isyarat?

Posted: 06 Apr 2014 08:42 AM PDT


PERTH - Kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan satu isyarat ketika menyertai operasi mencari penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi pada Ahad.

Perkembangan terbaharu ini menyusuli dua denyut pendek yang juga dikenali sebagai isyarat akustik yang dikesan 36 jam lalu dan pada petang Sabtu oleh kapal China, Haixun 01.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata setakat ini belum dapat diputuskan sama ada untuk mengesahkan atau menolak petunjuk itu memandangkan siasatan masih berjalan.

"Kapal HMS Echo dalam perjalanan ke lokasi Haixun 01 manakala Ocean Shield sedang menyiasat isyarat itu menggunakan peralatan bawah permukaan air," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya jarak antara Haixun 01 dan Ocean Shield ialah kira-kira 300 batu nautika.


Penang Wasabi..

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 06 Apr 2014 09:16 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Hudud : Amaran Keras Haron Din Terhadap DAP

Posted: 06 Apr 2014 06:30 PM PDT


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 06 Apr 2014 09:06 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


KALAU ADA SEDARA DAN KAWAN KORANG SOKONG PEMBANGKANG... BAGI ARTIKEL CUCI OTAK NI KAT DORANG.

Posted: 06 Apr 2014 05:43 AM PDT

ARTIKEL BLOG D TENGGARA PERLU DISEBARKAN..SOKONGAN 100% GAP.

Posted: 06 Apr 2014 12:16 AM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 06 Apr 2014 03:14 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Dah mengandung luar nikah, bapanya pula tak tahu siapa...

Posted: 06 Apr 2014 09:30 AM PDT

PENYANYI kontroversi Miley Cyrus didakwa sudah hamil. Namun keadaan menjadi lebih teruk apabila penyanyi lagu Wrecking Ball itu tidak tahu siapakah bapa kepada bayi yang dikandungnya itu.

Menurut laporan majalah Life Style edisi April 2014, salah satu sumber yang rapat dengan Miley berkata penyanyi itu hamil tanpa dirancang akibat kehidupannya yang semakin liar.

Sumber itu menambah, hampir setiap malam Miley bersama dengan lelaki yang berlainan dan tanpa disedari dia pula hamil.

Tidak lama selepas berita itu dikeluarkan, jurucakap Miley menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan ia hanyalah berita yang direka-reka.

"Tidak ada yang benar dalam laporan (Life Style) itu," katanya ringkas.


Gambar Ikan Udang Naik Ke Darat Di Pantai Miri Sarawak

Posted: 06 Apr 2014 06:27 AM PDT


Gambar fenomena ikan dan udang naik ke darat di Pantai Lutong Miri Sarawak. Insiden ini dipercayai berlaku pada 4 April 2014 dan dikongsikan oleh penduduk tempatan menerusi laman sosial. Menerusi kiriman foto, dapat dilihat orang ramai sedang mengutip ikan dan udang yang terdampar di pantai berkenaan. Bagaimanapun, punca fenomena itu mungkin boleh dikaitkan dengan pencemaran laut yang menyebabkan hidupan laut itu mati terdampar.

https://lh4.googleusercontent.com/-Z9r0izXwlvw/U0EY_d893MI/AAAAAAAADdI/jWEF-hs0Mpw/s512/pantai.jpg




Sumber: Gambar Ikan Udang Naik Ke Darat Di Pantai Miri Sarawak | melvister.com 



Hudud: Pramugari Royal Brunei Airlines mula tutup aurat

Posted: 06 Apr 2014 03:08 AM PDT

Alhamdulillah, proses transformasi secara berfasa Royal Brunei Airlines untuk mencapai 100% pramugari mereka menutup aurat berjaya baru-baru ni selepas penguatkuasaan penuh hukuman hudud Brunei pada 1 April 2014 yang lepas.j om Saksikannya

Kaki fitnah dicekup, ini nasihat DS Rosmah sebagai ibu...

Posted: 06 Apr 2014 01:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Sebagai ibu, saya nasihatkan budak ini agar kembali ke pangkal jalan. Kita sama-sama doa dia kembali ke pangkal jalan."

Demikian kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor kepada pemberita hari ini ketika diminta mengulas penyebaran gambar mayat hancur bersama wajahnya menerusi media sosial sejak beberapa hari lepas.

Rosmah yang bercakap dalam sidang media di sini, berkata beliau diberitahu mengenai penyebaran gambar itu semasa berada di luar negara.

"Saya kata jangan layan budak ini...don't go down to their level (jangan ikut sikap buruk mereka)," katanya.

Penyebaran gambar itu berserta kenyataan individu yang menggunakan nama Syed Saifullah, mendakwa pesawat yang dinaiki Rosmah terhempas.

Suspek yang berumur 25 tahun ditahan oleh sepasukan polis di kediaman suspek di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak sekitar jam 12.10 pagi tadi.

10 Remaja Sesat Di Bukit Broga Ditemui Selamat

Posted: 06 Apr 2014 12:30 AM PDT

Semenyih – Sepuluh remaja lelaki termasuk enam pelajar sekolah menengah yang sesat ketika mendaki Gunung Tok Wan, Bukit Broga, di sini, semalam berjaya ditemui, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Semua mangsa berusia 16 hingga 21 tahun itu dikatakan berjalan kaki menuju ke sebuah perkampungan Orang Asli di Kampung Kachau Dalam sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Mereka yang terdiri daripada dua kumpulan berasingan dikatakan mendaki ke kawasan itu untuk melihat matahari terbit, kira-kira jam 4 pagi.

Namun, mereka dikatakan mahu berpatah balik untuk turun selepas kehilangan petunjuk menuju ke gunung terbabit.

Selepas lebih 24 jam sesat, semua remaja termasuk seorang yang cedera di kaki itu menemui sebuah perkampungan Orang Asli dan diselamatkan pihak berkuasa.

Beberapa daripada mereka dikatakan sempat menghubungi talian kecemasan dan keluarga menerusi telefon bimbit memaklumkan kejadian itu. – Harian Metro

Pemilik akaun FB hina DS Rosmah mati berkecai ditahan polis

Posted: 06 Apr 2014 12:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemilik akaun media sosial Facebook yang didakwa menghina isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan memaparkan gambar cebisan daging mayat manusia yang berkecai dan terdapat wajah Datin Seri Rosmah Mansor telah ditahan polis untuk membantu siasatan.

Sumber polis memberitahu, suspek yang berumur 25 tahun ditahan oleh sepasukan polis di kediaman suspek di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak sekitar jam 12.10 pagi tadi.

Penahanan dibuat berdasarkan satu laporan polis yang dilakukan di Balai Polis Sentul berkenaan dengan penyebaran satu gambar cebisan daging mayat manusia yang dikatakan Datin Seri Rosmah Mansor.

Polis turut merampas beberapa barang milik suspek seperti telefon bimbit, komputer peribadi dan beberapa alatan yang lain yang disyaki digunakan dalam penyebaran gambar tersebut.

Suspek kini ditahan di Lokap Berpusat Jinjang dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 233 (1) CMA (Jenayah Siber) dan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan.

Pada Jumaat lalu, laman media sosial seperti Facebook dan Twitter telah dibanjiri dengan sebuah berita yang dimuatnaik dari sebuah akaun Facebook dari seorang lelaki 'Syed Saifullah' yang menyatakan bahawa "pesawat yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas di Lautan Sumatera Selatan"

Bersama-sama kenyataan tersebut turut disertakan sekali gambar ngeri berupa cebisan daging mayat yang hancur berkecai dan dikatakan ianya milik Datin Seri Rosmah Mansor.

'Romen' dalam khemah

Posted: 05 Apr 2014 09:01 PM PDT

Puchong – Khemah asmara. Itu daya penarik terbaru disediakan sebuah rumah urut di Bandar Puteri Puchong, di sini, kepada lelaki hidung belang untuk mendapatkan khidmat urutan batin dan seks.

Dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) petang Rabu lalu, pintu besi rumah urut terbabit terpaksa dipecahkan berikutan ia dibuka kepada pelanggan bermula jam 4 petang.

Difahamkan, setiap bilik dibekalkan khemah rekreasi dilengkapi tilam kepada pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan tambahan seperti urutan badan ke badan (B2B) dan seks dengan bayaran RM100 hingga RM150.
Pengarah Jabatan Penguat Kuasa MPSJ Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, serbuan bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 4 petang itu diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ Shamsul Syahrizal bersama 19 anggota.

"Ketika serbuan, rumah urut ini masih belum dibuka menyebabkan tiada tangkapan dilakukan. Malah, premis ini turut menggunakan pintu besi sehingga menyukarkan pihak kami masuk. – myMetro Online

‘Tergamak mereka aibkan saya’

Posted: 05 Apr 2014 08:01 PM PDT

Bukan hanya kena maki hamun, malah pelakon senior yang pernah di angkat sebagai Ratu HVD dan kini bergelar produser, Tasha Aziz teruk dikecam dan dihentam menerusi laman Facebook (FB).

Semuanya disebabkan isu bayaran tertunggak terhadap sebilangan pelakon yang membintangi drama bersiri terbitannya, Apam Lemak Manis.

Menerusi syarikat produksinya, Temenggong Pictures Sdn Bhd, Tasha gagal menjelaskan baki bayaran sebanyak 40 peratus.

Dakwa Tasha bukan mahu menipu, sebaliknya kelewatan itu disebabkan proses penyuntingan dan beberapa masalah teknikal yang timbul menyebabkan drama arahan Hamdan Yasin itu ditolak stesen TV dan banyak kali terpaksa diubah semula. Ia juga menyebabkan kelewatan kelulusan bayaran daripada stesen TV.

Dua minggu lalu, B*POP mendedahkan beberapa pelakon naik berang dan menuduh Tasha liat membayar duit kerja mereka.

Mereka juga mendakwa Tasha melarikan diri dengan tidak menjawab panggilan telefon dan SMS, sedangkan, Tasha sebelum ini sudah menjelaskan kepada beberapa pelakon senior masalah yang dihadapi, namun ada segelintir yang tidak dapat menerima.

Sebaliknya, mereka terus mengecamnya dalam laman FB.

Apam Lemak Manis dibintangi oleh Najua P Ramlee, Zila Bakarin, Aleza Shadan, Khaty Azean, Shahriza Mahmud, Sharonizam, Ayda Jebat dan ramai lagi. B*POP mendapatkan penjelasan Tasha...

Ikan jadi pondan akibat pencemaran

Posted: 05 Apr 2014 07:01 PM PDT

Ikan jantan di Basque Country menjadi 'betina' akibat pencemaran kimia dalam air di Basque Country, Barcelona.
Barcelona: Ketika seluruh Britain melaporkan keadaan berdebu yang teruk, ikan di Sepanyol membuktikan kesan pencemaran terhadap alam sekitar itu sendiri.

Ahli kumpulan Sel Biologi dalam Toksikologi Alam Sekitar menemui bukti bahawa ikan jantan di Basque Country menjadi 'betina' akibat pencemaran kimia di dalam air.

Pengarah kumpulan penyelidikan terbabit, Miren P Cajaraville dalam satu kenyataan berkata keputusan menunjukkan bahawa gangguan endokrin ini adalah fenomena yang menjadi punca masalah itu.
"Jika ia dikesan di negara lain bermakna kita sedang berdepan dengan masalah pencemaran. Kami juga mengesahkan hubung kait antara pencemaran dan fenomena ikan jantan menjadi 'betina'," katanya.

Jurnal alam sekitar, Marine Enviromental Research melaporkan bahan kimia pengganggu sistem endokrin (EDCs) bertindak seperti estrogen iaitu hormon seks betina utama yang meresap ke dalam air dan menyebabkan gangguan perkembangan dan reproduktif.

Bahan kimia terbabit ditemui dalam produk harian seperti racun serangga, pil perancang dan bahan pencuci.

Ia dikatakan memasuki muara selepas melalui sistem pembersihan di dalam loji rawatan air atau hasil daripada aktiviti industri dan perladangan.

Penyelidik melakukan kajian terhadap lima populasi ikan belanak dari pantai Basque dan apa yang dipanggil 'penyakit interseks' dikesan terhadap tiga daripada sampel ini. AGENSI

Mimpi bersetubuh dengan isteri

Posted: 05 Apr 2014 06:01 PM PDT

Jika seseorang bermimpi bersetubuh dengan isteri, adakah perlu mandi wajib?

Zam
Kuala Lumpur
Antara sebab yang mewajibkan mandi wajib ialah bersetubuh, keluar mani sama ada sengaja atau tidak, sama ada dalam keadaan jaga atau tidak serta mati selain mati syahid.

Ini perlu difahami mengenai sebab perlu mandi wajib.

Sekiranya saudara hanya sekadar bermimpi bersetubuh dengan isteri tetapi tidak keluar mani, maka tidak perlu mandi wajib.

Bagaimanapun, sekiranya didapati terkeluar mani selepas terjaga daripada mimpi itu, maka wajib mandi bagi membersihkan diri untuk menunaikan ibadah.

Fikrah Dr Salam | Harian Metro


3Sixty minta maaf artikel sindir #MH370

Posted: 05 Apr 2014 05:01 PM PDT

INILAH artikel 3Sixty yang mencetuskan kontroversi.
KUALA LUMPUR - Syarikat AirAsia memohon maaf berhubung tindakan majalah dalam penerbangan miliknya iaitu 3Sixty kerana menyiarkan sebuah artikel yang dilihat menyindir tragedi kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Pengerusi Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pihaknya menyedari kesilapan yang berlaku dalam edisi terbitan April itu dan berusaha untuk memperbaikinya.

"Dengan rasa kesal yang mendalam dan penyesalan, saya ingin memohon maaf di atas sebarang kesalahan artikel daripada perspektif juruterbang dalam terbitan terbaharu majalah pelancongan 3Sixty," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sepuluh orang dikhuatiri hilang di Bukit Broga ketika riadah

Posted: 05 Apr 2014 04:31 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 10 orang dikhuatiri hilang semasa menjalankan aktiviti riadah di Gunung Tok Wan, Bukit Broga, Selangor, pagi Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata kesemua mereka dilaporkan hilang kira-kira 11.54 pagi.

"Selepas mendapat panggilan, pihak bomba bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira setengah jam kemudian.

"Sehingga kini, kesemua mereka gagal dikesan dan usaha mencari masih dijalankan," katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Mohd Sani berkata usaha mencari dan menyelamat turut dibantu kira-kira 30 anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam.

THE FLYING KICK

Posted: 06 Apr 2014 01:30 PM PDT

Apa Yang Tersirat

Posted: 06 Apr 2014 01:28 PM PDT

Apa Yang Tersirat


MH370: Persoalan Yang Besar!! Mengapa Pesawat Itu Terbang Ke Selatan??

Posted: 06 Apr 2014 09:54 AM PDT

Pasukan pencari berlumba dengan masa menemui Black Box; atas sebab bateri alat itu akan lupus dalam masa 24 jam mendatang.

Satu-satunya indikator untuk merungkai kehilangan pesawat MH370 adalah melalui Black BOX. Namun, black box mempunyai kelemahan i.e. hanya merekod data dua jam terakhir. Pesawat itu dikatakan meneruskan perjalanan sehingga 8.11 pagi 8 Mac selepas bertolak daripada KLIA jam 12.41 pagi hari yang sama. Mengambilkira masa bertolak dan pings terakhir pesawat itu adalah melebihi 7 jam.

Melihat kehilangan pesawat itu, data penting yang perlu diketahui adalah antara 12.41 pagi hingga 2.40 pagi; sebabnya selepas pesawat itu hilang pada radar 1.30 pagi, pesawat itu melakukan gerakan-gerakan yang pelik, sehinggalah hilang terus daripada radar.

Apabila pesawat mengarah ke selatan, sudah tentu, tiada lagi percakapan di cockpit, selain meneruskan penerbangan sehingga kehabisan minyak, lalu terhempas 1,100 batu barat laut Perth; suatu lokasi menurut teori, yang boleh dicapai pesawat itu berasaskan bekalan minyak yang ada.

Atas sebab, pesawat itu dengan sengaja dipandu oleh seseorang yang pakar mengendali pesawat, sudah tentu juga mengetahui sebarang percakapan dalam cockpit bakal dirakam kotak hitam. Atas sebab itu, jika mengetahui percakapan di cockpit melalui alat itu, kemungkinan tiada suara seumpama itu. Data dalam kotak hitam mungkin berkaitan ketinggian, kelajuan dan punca pesawat itu terhempas. jika ini lah yang berlaku, maka merungkai kehilangan pesawat itu, bakal tetap misteri.

Persoalan yang perlu dirungkai adalah, mengapa pesawat itu mengarah ke selatan, berlawanan arah dengan laluan asal. Inilah yang perlu dirungkai, dan mahu diketahui penyebabnya.

Isu kerosakan, isu kebakaran sudah diketepikan, sebabnya kalau itu berlaku, maka pesawat itu tidak mungkin meneruskan penerbangan sesuai dengan bekalan minyak yang ada i.e. mampu terbang sehingga 7.5 jam.

Pesawat itu diterbangkan ke selatan dengan sengaja, untuk suatu misi misteri.

Bagi mereka yang mengetahui geography, susdah tentu juruterbang juga mengetahui bahawa Lautan Hindi/ Laut Selatan, adalah kawasan laut yang sangat terpencil; kurang radar, dan hanya satellite yang dikontrol oleh Amerika dan Australia.

Apabila pesawat terhempas di kawasan itu, terlalu sukar mencarinya, atas sebab terpencil, bukan laluan pesawat atau kapal, selain mempunyai kedalaman lautan sehingga 5km. Selain itu, dasar laut adalah kawasan volcano underwater; sehingga kalau pesawat sengaja dihempaskan di kawasan itu, menjadinya sukar untuk dijumpai.

Melihat kehilangan pesawat itu, jika benarlah berakhir di selatan, maka ianya satu misi kematian tanpa nisan.

MH370: Apa Kah Kotak Hitam Dapat Merungkai?

Posted: 06 Apr 2014 07:15 AM PDT

Laluan Imejinasi MH370
Melihat cara pesawat MH370 hilang, namapkanya Kotak Hitam pesawat itu hanya memberi maklumat bahawa pesawat terhempas atas sebab kehabisan minyak.

Bila diperhatikan apabila pesawat itu hilang pada radar jam 1.19 pagi 8 Mac selepas berlepas pada 12.41 pagi daripada KLIA laluan Beijing bersama 239 penumpang termasuk kru berpatah balik, lalu terbang melepasi limit-45,000 kaki atas permukaan laut, kemudian turun ke paras 23,000 sambil mengarah ke utara Pulau Pinang, kemudian terbang rendah selepas itu berpusing ke arah selatan di hujung Pulau Sumatera, memang bertujuan untuk mengelak radar.

Pilihan terbang ke selatan, atas sebab kawasan itu adalah kawasan laut, dan tiada radar darat. Kalau lah benar, pulse yang dikesan pasukan China dan Australia, di lokasi 1,100 km Barat Laut Perth, maka pesawat itu memang secara sengaja di terbangkan ke lokasi itu. Apa kah tujuannya? Ini yang menyebabkan kehilangan pesawat MH370 merupakan misteri penerbangan abad ini.

MH370: Pulse Yang Dikesan konsisten Dengan Signal Black Box

Posted: 06 Apr 2014 05:22 AM PDT

Harapan menemukan Kotak Hitam pesawat malang MH370 semakin cerah, apabila tiga pulse yang dikesan pasukan pencari[ dua dikesan pasukan China dan satu oleh pasukan Australia konsisten pancaran Kotak Hitam.

Pulse dikesan pertama pada jumaat, kedua pada Sabtu dan ketiga pada Ahad. Pulse yang terakhir dikesan 2km daripada pulse pertama dan kedua.

Walau bagimanapun belum disahkan apakah pulse yang dikesan itu berasal daripada Kotak hitam MH370. Namun para pakar Kotak Hitam berpendapat, pulse 37.5khz/saat adalah pulse standard yang dipancarkan kotak hitam pesawat.

Pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu bersama 239 penumpang termasuk kru, hingga kini belum dijumpai.

Pasukan pencari, selain belum menjumpai sebarang clue selama sebulan berhubung pesawat itu, juga masih tidak menemui jawapan, mengapa pesawat itu boleh berakhir di Lautan Hindi, sedangkan laluannya adalah Beijing, China.

Teori yang mendekati, mengapa pesawat itu berakhir di Selatan, adalah perbuatan manusia, yang sengaja memandu pesawat itu ke arah lokasi yang berlawanan arah dengan laluan penerbangannya.

MH370: Harapan Semakin Cerah

Posted: 06 Apr 2014 12:27 AM PDT

Sejak jumaat sehingga hari ini telah tiga signal seperti signal yang biasa daripada Kotak Hitam berjaya dikesan. Pada jumaat dan sabtu pasukan China berjaya mengesan pulse seperti signal Kotak hitam, dan pada hari ini Ocean Shield yang dilengkapi alat pengesan underwater locator finger juga mengesan signal yang menyerupai signal daripada Kotak Hitam.

Dengan tanda-tanda yang ada, besar kemungkinan misteri kehilangan MH370 akan tersingkap. Pasukan pencari dikerahkan dikwasan di mana signal itu dikesan. Harap-harap, dalam masa sesingkatnya, akan diketahui apa kah signal itu merupakan signal daripada Kotak Hitam MH370.

Australian search chief Retired Air Chief Marshal Angus Houston said: "We need HMS Echo and the Australian defence vessel Ocean Shield to come to the location because they have special equipment that can help us make the judgement whether there is anything down there."

MH370: Misteri Kehilangannya Semakin Tersingkap

Posted: 05 Apr 2014 10:35 PM PDT

Hari ini dikesan transmit yang menyerupai signal daripada Kotak Hitam 2km daripada lokasi semalam. Pesawat dan kapal laut yang dilengkapi berbagai teknologi mengesan Kotak Hitam dikerahkan di kawasan berkenaan.

Semalam Kapal China Haixun01 mengesan pulse berkekuatan 37.5khz/saat. Pulse semumpama ini adalah signal Kota Hitam. Namun belum disahkan apakah pulse itu daripada Kotak Hitam MH370.

Anak Bangsat- Kelar Emak Hingga Mati

Posted: 05 Apr 2014 08:22 PM PDT

Anak Mangsa berumur 18 Tahun
MIRI 5 April - Gara-gara tidak menunaikan permintaannya untuk membeli sebuah telefon pintar, seorang anak sanggup menikam dan mengelar leher ibunya sendiri hingga mati.

Mayat ibu malang itu, Mariefe Wong, 42, yang merupakan warganegara Filipina ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam keretanya oleh beberapa pelajar di hadapan Kompleks Tenis, Jalan Sukan di sini, kira-kira 2.30 petang ini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, mangsa dipercayai dikelar dan ditikam selepas bertengkar dengan suspek di dalam kereta tersebut.

Beliau berkata, pisau yang dipercayai digunakan suspek turut ditemui di dalam kereta jenis Atos itu.

"Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan. Namun kita tidak menolak kemungkinan suspek berang selepas ibunya enggan memenuhi permintaan untuk memiliki telefon pintar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Mariefe Wong ditemui mati dalam keretanya dengan berlumuran darah.

Tian Kee menambah, kes itu berjaya diselesaikan dalam tempoh sejam apabila tertangkapnya anak mangsa (18 tahun) yang turut berada di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, Ericson Maheah, 17, memberitahu, dia melihat kereta mangsa yang diletakkan di hadapan tempat latihannya sejak pukul 8 pagi.

Ujarnya, ketika itu dia tidak mempedulikan mangsa yang dilihat sedang tidur kerana pada hujung minggu Kompleks Tenis sering dikunjungi orang ramai.

"Selepas tamat latihan tenis, saya dapati mangsa masih di dalam kereta dalam keadaan sama. Kerana curiga saya terus menghampirinya dan terkejut melihat mangsa berlumuran darah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ericson berkata, dia terus memberitahu rakan yang lain sebelum menghubungi polis.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140406/je_01/Anak-tikam-kelar-leher-ibu#ixzz2y4Z7Gqrw
© Utusan Melayu (M) Bhd

MH370: Pulse Yang Dikesan Haixun01 Kapal China Belum Disahkan

Posted: 05 Apr 2014 07:50 PM PDT


Pulse electronic yang berjaya dikesan kapal China Haixun01 yang mempunyai frekuensi 37.5khz/saat yang serupa signal daripada Kotak Hitam dikesan tengah hari Sabtu di kawasan 25oC latitude dan 101oC Longtitude..Walau bagaimanapun penemuan itu belum disahkan apakah berpunca daripada pesawat malang itu.

Pencarian dikwasan itu diteruskan pagi ini.

Cucu Tok Selampit

Posted: 06 Apr 2014 01:21 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Pemilik Akaun Facebook Menghina Rosmah Akhirnya Ditangkap - Tahniah @PDRMsia

Posted: 05 Apr 2014 09:12 PM PDT


Tahniah pihak PDRM yang bertindak cepat membuat tangkapan kepada pemilik akaun Facebook yang menghina isteri Perdana Menteri beberapa hari lalu. Berikut adalah laporan PDRM berkenaan perkara di atas:

Tangkapan terhadap pemilik akaun facebook yang menunjukkan gambar cebisan daging dan terdapat wajah Datin Seri Rosmah Mansor - Seri Iskandar report 591/2014@ 0554.

Pada 6 April 2014 lebih kurang jam 0010 sepasukan pegawai dan anggota yang diketuai oleh Insp Mohd Hanis bin Abd Wahab - Pegawai JSJ IPD Sentul, Kuala Lumpur bersama sepasukan D9 IPK Perak dan IPD Perak Tengah, Perak telah membuat serbuan dan tangkapan di alamat no. 29, Jalan U18, Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak berkaitan Sentul report no 5181/2014.

Ringkasan kejadian

Bertindak atas maklumat Sentul Report 5181/2014 pada 6 April 2014 pengadu bersama sepasukan pegawai dan anggota dari JSJ IPD Sentul, sepasukan D9 IPK Perak dan sepasukan JSJ IPD Perak Tengah telah pergi di alamat no. 29, Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak. Apabila sampai di alamat tersebut pengadu telah mengetuk pintu dan dibuka oleh 1 (P) Melayu. Seterusnya pengadu memperkenalkan diri pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis dan minta butir pengenalan diri diberi ialah Laila bt Arden KPT no 620512-10-5664 alamat no. 29 Jalan Bandar U18, Seri Iskandar, Perak. Pengadu bersama saksi polis telah menyatakan tujuan kedatangan adalah untuk mencari 1 (L) melayu yang dikenali dengan nama 'Syed Saifullah'. Kemudian (P) melayu tersebut telah memberitahu (L) melayu yang dicari adalah anaknya dan saspek telah keluar makan bersama suaminya dalam beberapa minit yang lalu. Pengadu kemudiannya telah menyuruh (P) melayu tersebut menelefon anaknya. 

Dalam 20 minit kemudian telah datang (3) lelaki melayu ke rumah tersebut dan pengadu telah kenalkan diri sekali lagi sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis lalu bertanyakan siapakah 'Syed Saifullah' dan (1) L melayu telah mengaku dirinya adalah lelaki tersebut. Seterusnya pengadu bersama saksi polis telah membuat pemeriksaan badan ke atas saspek dan telah menjumpai sebuah h/phone jenama Sony Xperia warna hitam/putih no tel 013-4928564 dari poket sebelah kanan. Pengadu telah membuat pemeriksaan di bilik tidur utama dan dua yang terletak di tingkat satu. Tangkapan dan rampasan adalah seperti berikut:

Saspek:
Nama: Syed Ahmad Saifullah bin Hashim
No. KPT : 890620-10-5311
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Tarikh lahir : 20 Jun 1989
Keturunan : Melayu
Taraf perkahwinan : Bujang
Alamat : No. 29 Jalan Bandar U 18, Seri Iskandar, Perak.

Butir-butir rampasan:
1.sebuah h/phone jenama sony x peria
2.moniter komputer jenama acer warna hitam
3.cpu jenama power logic warna hitam
4.key board jenama power logic warna hitam
5.tetikus jenama power logic warna hitam
6. Broadband jenama p1 warna putih/hijau
7.thumb drive tp-link warna putih/hitam
8.broadnand jenama celcom 
9.kamera komputer tanpa jenama warna ungu/jernih
10.set speker jenama vinnfier warna hitam
11.4 kabel komputer warna hitan
12.penyambung soket warna putih
13.multicard reader janama sbhc support warna kuning/putih
14.thumb drive jenama kongston warna hitam
15.mesin cetak jenama canon warna hitam
16. Kabel internet warna putih,

Ulasan

Saspek ditangkap bersangkut sentul report 5181/14 diklasifikasi di bawah Seksyen 233 (1) CMA (Jenayah Siber) dan 505 (b) KK. Kes disiasat oleh ASP Hamka bin Mohammad. Setakat ini OKT  berada di Lokap Berpusat Jinjang dan hari ini akan diambil reman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan