Cucu Tok Selampit Posted: 17 Apr 2014 01:30 PM PDT Kontroversi Panas Dicetuskan Oleh Zulkifli Noordin, Mantan Mufti Perlis & MP Langkawi Berikutan Kematian Karpal Singh Posted: 16 Apr 2014 11:06 PM PDT
Kontroversi dan kontroversi terus mewarnai media sosial hari ini sejak mendiang Karpal Singh terbunuh di dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung jam 1.10 pagi tadi. Pertamanya datang dari Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri yang tidak semena-mena mengucapkan 'tahniah' di atas kematian mendiang Karpal Singh. Walaupun perkara itu merupakan kesilapan menaip dan beliau telahpun membetulkan kesilapan tersebut, namun tiada permohonan maaf dilakukan kepada keluarga mendiang.
Sementara itu, Naib Presiden PERKASA Zulkifli Noordin pula seolah-olah 'lega' dengan kematian pemimpin DAP itu. Zulkifli Noordin malah percaya, laluan ke arah pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal. Memetik tulisan di dalam laman sosial beliau, "Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah telah matikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!". Ahli Parlimen Rembau yang juga Menteri Belia & Sukan, YB Khairy Jamaluddin membidas Zulkiflee Noordin dengan menulis, "Shut up. Really, shut up."
Kontroversi terakhir pagi tadi diakhiri dengan tulisan MP Langkawi Datuk Nawawi Ahmad, di media sosial Facebook yang menyiar gambar mayat mendiang Karpal Singh. Gambar wajah Karpal Singh yang ngeri dalam kemalangan tersebut tidak CTS siarkan di atas bagi menghormati mendiang. Turut disiarkan adalah gambar keratan akhbar memuatkan laporan berhubung kenyataan Karpal, 24 tahun lalu yang menegaskan pendirian MP DAP tersebut ke atas pembentukan negara Islam. Datuk Nawawi menulis mungkin dengan nada bergurau, "Siapa nak sahut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama hehe." | |
waadat Posted: 17 Apr 2014 01:10 PM PDT Karpal mati Posted: 16 Apr 2014 05:34 PM PDT Akhirnya karier Karpal Sigh berakhir di bontot sebuah lori. Demang sangka kematian pengerusi DAP yang menjadi sekutu pakatan pembangkang akan menggusarkan orang Islam yang menyokong mereka. Ternyata tidak! Bahkan hampir semua orang Islam samada yang menyokong kerajaan mahupun yang menyebelahi pembangkang senada menyuarakan rasa syukur. Mereka menyifatkan Karpal Sigh sebagai penentang hudud! Pastinya kematian Karpal Sigh bakal memberi impak yang bukan sedikit pada senario politik semasa. Lanskap politik akan berubah. Paling tidakpun ia akan membawa perspektif baru pada kelompok pemimpin dan rakyat. Apapun, Demang masih melihat satu perkataan keramat yang paling menonjol dalam peristiwa ini: HUDUD! Namun kenapa ketika Karpal Sigh terang-terang menolak perlaksanaan hudud, orang Islam di pihak pembangkang menyepi? Maka Demang katakan bahawa isu hudud hanya isu dan bukan persoalan pokok. (Sebenarnya ada satu artikal yang belum sempat Demang siarkan berkenaan ini). | |
Apa Yang Tersirat Posted: 17 Apr 2014 01:10 PM PDT Kematian Karpal Singh: Apa Kata Tan Sri Pandikar Posted: 17 Apr 2014 08:36 AM PDT
KEHILANGAN SEORANG SAHABAT. Pada hari ini saya rasa sedih mendengar berita bahawa sahabat saya " kawan dalam lawan" yang terbaik telah menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya yg ngeri. Amat susah menemui insan yang sentiasa hidup "menentang arus" dan tidak "lemas"
"NGAUMAN SINGA JELUTUNG BERAKHIR"
The nation have lost a brave and well respected very senior politician. He was a very effective " check and balance" parliamentarian and for that matter the executive had lost a worthy adversary. Personally i have lost a personal friend who in the eyes of many thought that he was my enemy. But unknown to many, we were good friends, always communicated through memos and notes in parliament. We had deep respect towards each other.
I will inform the EC on Monday out of respect. Lets the funeral be over first. YB Gobind told me through the phone that the funeral would be held on Sunday in the late YB Karpal's residence in Penang.
Tokoh politik DAP, Karpal Singh yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya awal hari ini merupakan seorang yang disegani oleh kawan dan lawan.
Dikenali sebagai seorang yang tegas dan lantang menyuarakan pendirian, kehidupan mendiang sebagai ahli politik mahupun peguam, dipenuhi warna-warni termasuk kontroversi.
Karpal Singh, 74, yang merupakan Pengerusi Kebangsaan DAP bukan berketurunan Cina pertama, tidak segan menegur pemimpin parti itu jika beliau anggap mereka mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya kepada umum.
Antara yang pernah ditegurnya ialah Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi kerana menghina penjawat awam sebagai 'kucing kurap' dan mahu Anggota Parlimen Jelutong itu meminta maaf secara terbuka selain berjanji tidak mengulanginya ketika konvensyen DAP tahun lepas.
Beliau juga pernah dilapor oleh media pada Februari 2009 sebagai meminta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertaubat kerana banyak menimbulkan masalah dalam pakatan pembangkang yang dianggotai DAP, PKR serta PAS.
Dilahirkan di Kedah pada 28 Jun 1940 sebagai Karpal Singh Ram Singh, beliau menyertai DAP pada 1970 dan pantas mencipta nama dalam parti itu apabila menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Alor Setar dalam pilihan raya umum 1974.
Beliau bagaimanapun tewas di kerusi Parlimen Alor Setar kepada calon Barisan Nasional (BN) Oo Gin Sun dalam pilihan raya berkenaan. Pada 1978 Karpal Singh dilantik sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang, jawatan yang dipegangnya sehingga 1995, manakala pada 1982 diangkat sebagai Timbalan Pengerusi Kebangsaan sebelum dilantik menjadi Pengerusi Kebangsaan pada 2004.
Jawatan itu dipegang beliau sehingga 29 Mac lepas. Karpal Singh melepaskan jawatan berkenaan setelah dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapatinya bersalah menurut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu sedang menunggu keputusan rayuan kes tersebut yang memungkinkannya hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menetapkan seorang wakil rakyat akan lucut kelayakan sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000.
Mendiang pernah digelar sebagai 'Tiger of Jelutong' kerana berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Jelutong selama lima penggal berturut-turut sejak 1978, sebelum ditundukkan oleh Lee Kah Choon dengan majoriti 775 undi.
Pilihan raya umum (PRU) 1999 itu jelas tidak memihak kepada Karpal Singh yang turut kecundang di kerusi DUN Datuk Keramat. Jika diamati, beliau tidak begitu bernasib baik di peringkat DUN kerana kerap kali tewas antaranya Sungai Pinang (PRU 1990), Prai (pilihan raya kecil 1991) dan Padang Kota (PRU 1995).
Beliau bangkit kembali dalam PRU 2004 apabila menang kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dipertahankannya pada 2008 dan 2013.
Sepanjang menjadi wakil rakyat baik, di peringkat DUN mahupun Parlimen, Karpal Singh tidak pernah sunyi daripada kontroversi kerana mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menyebabkan beliau sering dihalau keluar sidang DUN dan Dewan Rakyat selain turut digantung daripada menghadiri persidangan.
Tindakan beliau itu mungkin dapat diperjelas menerusi kenyataannya dalam satu temu bual dengan Bernama pada 1995 yang berbunyi: "Peranan saya ialah mahu 'check and balance' supaya kerajaan yang memerintah tidak bebas menyalah guna kuasa".
Karpal Singh juga pernah mencetuskan polemik apabila tegas menyatakan supaya PAS melangkah mayatnya dahulu sebelum mewujudkan negara Islam di Malaysia menerusi pelaksanaan undang-undang hudud.
Selain itu, mendiang juga pernah ditahan menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri menerusi Ops Lalang.
Dari segi kerjaya sebagai peguam, Karpal Singh yang mendapat pendidikan menengah di St. Xavier Institution, Pulau Pinang dan ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada University of Singapore pada 1968 banyak terbabit dalam kes berprofil tinggi.
Antaranya ialah membela Anwar dalam kes liwat kedua Ketua Umum PKR itu yang bermula 2008 dan masih berterusan sehingga sekarang. Kes itu mencipta sejarah tersendiri kerana berlaku penangguhan sehingga puluhan kali.
Karpal Singh pernah terbabit dalam nahas jalan raya pada 2005 di Pulau Pinang yang menyebabkan beliau lumpuh dan terpaksa berkerusi roda.
Hari ini beliau dan pembantu peribadinya terbunuh dalam nahas pukul 1 pagi di Km 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gua Tempurung selepas kenderaan pelbagai guna yang dinaikinya melanggar belakang sebuah lori.
Mendiang meninggalkan isteri, Gurmit Kaur dan lima anak. Dua anak lelakinya iaitu Jagdeep Sigh Deo dan Gobind Singh Deo mengikuti jejaknya menjadi peguam dan ahli politik.
Jagdeep, merupakan Adun Datuk Keramat serta menjadi anggota Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang manakala Gobind pula Anggota Parlimen Puchong. | Karpal Telah Tiada- Siapa Bakal Peguam Utama Anwar Posted: 17 Apr 2014 03:01 AM PDT Karpal Singh, 74 maut apabila terlibat dengan kemalangan di Leburaya Utara berdekatan Kapar, Perak jam 1.10 pagi tadi. Kereta mewah beliau yang bernombor KS9898 melanggar belakang sebuah lori bermuatan semen, pasir dan besi, akibatnya kereta yang membawa MP Gelugor itu remuk mengakibatkan beliau maut ditempat kejadian. Turut maut adalah pembantu pribadinya, sementara yang tercedera, Ram Singh anak mendiang, Selvam pemandu kereta itu serta pembantu Karpal Singh seorang wanita rakyat Indonesia.
Kapal adalah Pengerusi DAP, sebelum melepaskan jawatan itu awal Mac, sementara menunggu rayuan Hukuman di Mahkamah Rayuan berhubung penghinaan kepada Sultan Perak semasa krisis Perlembagaan Perak tahun 2009.
Juga, Karpal adalah peguam Utama Anwar dalam kes Sodomi II, di mana kes itu kini berada di Mahkamah Persekutuan, kerana Anwar dijatuhi hukuman penjara 5 tahun pada 7 Mac oleh Mahkamah rayuan.
Selepas ketiadaan Karpal, siapa bakal peguam Utama Anwar? dalam kes Sodomi II? | Hukum Hudud: Parti PAS Tikam Belakang DAP dan PKR: Aziz Bari Posted: 17 Apr 2014 02:47 AM PDT Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari mendakwa PAS "keliru dan tidak jelas" berkaitan bidang kuasa dan cara pelaksanaan hudud di negeri itu ekoran hasrat mereka mahu mengemukakan rang undang-undang persendirian berkaitannya di Dewan Rakyat.
Katanya lagi, kenyataan pemimpinnya, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan exco Kelantan Dr Fadzli Hassan juga tidak membantu menjelaskan perkara itu.
"Kalau PAS Kelantan kata ini kuasa pusat - sebagaimana yang didakwa oleh Dr Fadzli - kenapa mereka luluskan enakmen itu pada 1993? Kalau dah sedar itu bukan kuasa negeri mengapa buat undang-undang itu?
"Saya tahu mereka akan jawab ini soal akidah dan tanggungjawab. Soalan saya kenapa hal itu tidak pernah dijelaskan? Ini yang saya kata Kelantan gagal merangka rangka dasar dan hala tuju untuk pelaksanaan hukum hudud ini.
"Pelik. Seperti yang saya katakan tadi kalau dah tahu awak tak ada kuasa apa yang awak buat benda itu?" soal ahli akademik itu dalam e-mel balasan kepada Malaysiakini.
Beliau ditanya berhubung tindakan Kelantan mahu membawa rang undang-undang persendirian bagi membuka laluan kepada pelaksanaan hudud di Dewan Rakyat.
Abdul Aziz yang juga pensyarah Universiti Selangor (Unisel) berkata beliau sebelum ini pernah membangkitkan perkara itu dan menawarkan diri untuk membantu tetapi dipandang sepi.
'OK bila sampai Putrajaya'
Beliau sebaliknya berpandangan pelaksanaan hudud boleh dilaksanakan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dan PAS perlu bersabar serta menjelas implikasi undang-undang dan politik daripada isu ini.
"Tapi mungkin kerajaan Kelantan ketandusan isu dan parti tertekan kerana gagal menjelaskan isu ini kepada ahli-ahli. Ini pun pelik juga. Kalau ahli sendiri pun tak boleh kawal, nak menang macam mana?" sindir Abdul Aziz.
Sementara itu, beliau juga turut mempersoal mengapa Umno sebagai parti kerajaan tidak membentang rang undang-undang persendirian itu atau parti itu dianggap masih belum mengubah sikap tidak mahu melaksanakan hudud seperti dimaklumi.
"Dengan kata lain Umno hanya buat gimik dan mahu PAS bergaduh dengan DAP dan PKR atau isu ini.
"Dan nasib tak baik PAS akan hilang banyak kerusi di luar Kelantan kerana insiden ini menampakkan yang PAS sanggup tikam dari belakang," katanya. | MH370: Pencariannya Masih Teka Teki Posted: 16 Apr 2014 04:46 PM PDT Seorang pakar kelautan Erik van Sebille, daripada University of New South Wales, Australia menyifatkan pencarian bangkai pesawat MH370 di dasar laut, ibarat misi naik ke bulan, mengetahui bagaimana melakukannya, akan tetapi sukar untuk dilakukan.
Kedalaman lautan Hindi merupakan cabaran utama. Robot berteknologi tinggi Bluefin 21, gagal 2 kali dalam misinya, atas sebab kedalaman laut dan masalah teknikal.
Sehingga kini, pasukan pencari masih berteka teki berhubung kehilangan pesawat itu; bukan sahaja berteka teki berkaitan dengan kehilangannya, malah berteka teki berhubungan lokasi di mana pesawat itu terhempas. Pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk kru berlepas daripada KLIA menuju Beijing pada pagi 8 Mac, namun sehingga kini hilang misteri. | Karpal Singh Maut Kemalangan Posted: 16 Apr 2014 03:49 PM PDT TAPAH 17 April - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini. Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez. Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah. Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. - | |
Keris Pusaka Melayu Posted: 17 Apr 2014 11:39 AM PDT Gambar Mayat Karpal Singh Kemalangan Ngeri di Gua Tempurung Semalam Posted: 16 Apr 2014 04:46 PM PDT Berakhirlah riwayat seorang anti Islam bernama Karpal Singh. Kematian beliau di saat hudud sedang menuju proses perlaksanaan dengan restu pemerintah persekutuan mungkin petanda hudud boleh berjaya kali ini dan tanda ia direstu Allah Taala. Suasana kali ini berbeza berbanding dulu di mana semangat demi agama sudah kuat di kalangan rakyat sehingga Pas sendiri merosot sokongan umat islam apabila menggugurkan hudud dalam kamus perjuangan mereka selepas gabungan pakatan rakyat diwujudkan. Kita tadah tangan minta Allah kabulkan. | |
PEJUANG BANGSA Posted: 17 Apr 2014 11:39 AM PDT HADIS PALSU : WARDINA NAFI AIBKAN USTAZ DON , MOHON MAAF KERANA TEGURAN TERBUKA Posted: 17 Apr 2014 02:06 AM PDT
Pengacara dan pelakon Wardina Safiyyah tidak pernah berniat untuk mengaibkan Ustaz Don dengan berkongsi video ceramah agama yang dikatakan mengandungi hadis-hadis palsu disampaikan penceramah selebriti itu.
Wardina berkata, dia hanya mewakili pihak yang musykil bagi mencari kebenaran terhadap beberapa perkara yang disampaikan oleh ustaz itu dalam ceramah umum tersebut.
"Saya bukan ingin menasihati dan tiada niat langsung untuk membuka aib Ustaz Don dengan berkongsi video tersebut tetapi saya ingin mencari kebenaran sahaja.
"Memang ada kata-kata ustaz dalam video tersebut yang membuat ramai orang musykil termasuk saya. Saya rasa ustaz perlu membantu kami orang awam yang tidak faham daripada mana sumber tersebut didapati," katanya kepada mStar Online, menerusi mesej aplikasi WhatsApp di sini, pada Rabu.
Wardina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataannya yang menimbulkan kontroversi apabila dia mempersoalkan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal sehingga mendapat banyak reaksi termasuk ada pihak menganggapnya cuba mengaibkan personaliti tersebut secara umum.
Terdahulu pihak TV AlHijrah dalam mStar Online pada Rabu turut mengambil pendekatan untuk meneliti kandungan video ceramah personaliti berkenaan yang tersebar sebelum sebarang tindakan diambil.
Ustaz Don merupakan hos rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don siaran TV AlHijrah yang disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9.30 malam.
Tambah Wardina, tindakannya menegur secara umum bukan bertujuan melakukan serangan peribadi, sebaliknya sekadar mahukan mendapatkan kepastian dan jawapan.
"Saya minta maaf jika ada yang tidak suka cara saya membuat teguran ini secara terbuka. Saya berbuat demikian kerana ceramah itu juga dilakukan secara umum, saya jujur dengan niat ingin bertanya.
"Kata-kata saya di Facebook itu tidak sedikit pun mengecam, mengutuk atau memperkecilkan Ustaz Don kerana ilmu dia lebih tinggi daripada saya," katanya. | USTAZ DON DANIYAL JAWAB TUDUHAN MELAMPAU WARDINA ISU HADIS PALSU Posted: 16 Apr 2014 11:35 PM PDT
Semalam Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, menggunakaN media sosial menghentam Ustaz Don Daniyal dengan memuatnaik video yang telah diedit kononnya dikatakan tidak membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat ceramah. Hari ini Ustaz Don Daniyal tampil untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Wardina Fadlullah Wilmot terhadap dirinya.
Ustaz Don mengatakan adalah tidak adil dengan memuatnaik video yang telah diedit daripada ceramah-ceramahnya kemudian menggunaka video tersebut untuk menghentam dirinya. Menurut Ustaz Don, Wardina pernah membuat kenyataan supaya pemilik media sosial supaya tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang melalui media sosial tetapi beliau sendiri yang melakukannya.
"Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedit sekerat-sekerat itu kemudian menghentam saya, adakah bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda", kata Ustaz Don Wardina disarankan supaya berjumpa ustaz atau alim ulama bukannya menggunaka ustaz goggle, facebook atau twiteer. Apakah video itu menjadi satu dalil kepada Wardina untuk menghentam orang lain.
Ustaz Don saran supaya Wardina hadir dalam ceramahnya bukannya hanya mengambil daripada video sekerat-sekerat supaya wardina tahu sepenuhnya apa yang beliau inginkan sampaikan itupun jika beliau ikhlas.
Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda, jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut.
Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa dan semua manusia tidak sempurna tetapi ada orang yang memilih-milih dalam menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya atau sekutunya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk. Saya Redha dan saya buat dengan penuh ikhlas.
Ustaz Don hairan kenapa wardina memilih individu untuk dihentamnya, apabila kafir menghina Agama Islam kenapa Wardina diam.
Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.
Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah.
Pendapat dan teori memang ada dikalangan ulama mengikut hadis-hadis.
Saya teringat satu kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata, 'Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah.'
Sebab utama Wardina mengecam Ustaz Don adalah kerana ada staf dalam TV Alhijrah yang tidak senang apabila ustaz Don mendapat surat jemputan ke United Kingdom dan staf tersebut mungkin ada sedikit sakit hati, kemudian staf tersebut dikatakan mengedit video itu dan meminta Wardina menghentam Ustaz Don Daniyal melalui video tersebut...Wallahualam...
Ustaz Don Daniyal menasihati, kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ceramah saya sila berjumpa dengan saya, saya sentiasa menerima sesiapa sahaja dan pintu pejabat saya sentiasa terbuka dan bukannya dengan melihat hanya pada video yang diedit sekerat-sekerat kerana itu merupakan propaganda untuk menjatuhkan seseorang.
Selepas ini jika ada lagi orang mempertikai ceramahnya Ustaz Don tidak akan menjawab lagi kerana ini akan mengundang pelbagai persepsi negatif. sumber | MATINYA SEORANG PENENTANG UTAMA HUDUD PAS - ZUL NORDIN Posted: 16 Apr 2014 11:25 PM PDT
SUSULAN kemalangan yang mengorbankan nyawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor Mendiang Karpal Singh, peguam Datuk Zulkifli Noordin berkemungkinan dilihat membuat kenyataan melalui twitter yang tidak sesuai pada masanya.
Dalam akaun twitternya Zulkifli (gambar atas) yang juga bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru berkata ketika saat kerajaan pusat UMNO menyokong perlaksanaan hukum Hudud oleh PAS, Karpal Singh yang dilihat sebagai penghalang utama terkorban.
"Dalam kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah telah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama perlaksanaanya," kata beliau dalam tweet berkenaan pada pukul 7.12 pagi. Tweet dari Zulkifli kemudiannya mendapat kecaman hebat di twitter kerana disifatkan sebagai tidak kena pada masanya saat ramai pihak khususnya ahli keluarga mendiang Karpal yang kini sedang bersedih tentang berita kematiannya.
Selain para pengguna twitter, Zulkifli turut dibidas oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Dalam tweetnya Khairy meminta agar Zulkifli mendiamkan diri dalam nada serius.
Karpal dan pembantu peribadinya Michael Cornelius meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan serbaguna (MPV) yang dinaikinya.
Kejadian berlaku di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung.-mynewshub. | MANUSIA ANGKUH & PENENTANG ISLAM AKHIRNYA MATI DI BUMI BERDAULAT PERAK Posted: 16 Apr 2014 09:48 PM PDT Kemalangan maut di KM301.6 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung, Gopeng lebih kurang jam 1 pagi tadi (17 April 2014). Peguam yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, YB Karpal Singh adalah salah seorang mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan ini kerana kecederaan parah.
"Langkah mayat sebelum nak tegakkan Negara Islam "
Itu lah ayat angkuh dan sombong manusia kafir bernama Karpal Singh yang hidupnya dari dulu lagi menjadi pemimpin DAP menentang keras sekali hudud dan negara Islam .
Malah beliau juga terkenal sebagai penderhaka kepada DYMM Sultan Perak kerana berani menentang kuasa Raja
Apakah secara kebetulan TULAH menderhaka terhadap Duli Tuanku Sultan Perak maka takdir Ilahi menentukan Karpal mati secara ngeri di tanah jajahan bumi Perak Darul Ridzuan?
Doa Cina DAP ini akhirnya termakbul kepada pemimpin mereka sendiri | |
IPOHMALAY Posted: 17 Apr 2014 09:22 AM PDT 'Laluan berhantu' ragut nyawa Karpal Singh Posted: 16 Apr 2014 04:32 PM PDT Karpal Singh maut dalam kemalangan awal pagi ini. Berita yang menggemparkan negara ini sudah tentu memberi kesan besar kepada semua rakyat Malaysia. Turut terbunuh, pembantu peribadinya. Kejadian berlaku jam 1.30 pagi di KM301.6 arah utara di Lebuhraya Utara Selatan selepas Gopeng.
Ia juga berlaku dalam 'jajaran maut' KM 293 - 303 yang meragut nyawa ramai orang saban tahun. Laluan ini dikenali sebagai laluan berhantu oleh pemandu bas ekspres dan lori dan mereka yang kerap melaluinya dan memerlukan tumpuan penuh ke atas pemanduan semasa melaluinya.
Walaupun berbeza aliran politik dengan percanggahan seperti langit dan bumi, namun setiap musibah yang setiap menimpa anak Adam itu tentulah menyentuh jiwa kecil ini.
Hakikatnya, kemalangan maut sering terjadi di kawasan dari Tapah hingga Simpang Pulai dalam pemanduan ke Utara dan di jajaran Tanjung Malim hingga Rawang dalam pemanduan ke arah Selatan kerana kelesuan pemandu terutamanya yang memilih untuk tidak berhenti merehatkan badan.
Kini pekerja perubatan sudah mungkin berkali-kali melangkah mayatnya. Petanda hudud semakin hampir untuk ditegakkan.
Apapun takziah diucapkan. Mungkin petanda telah ditunjukkan dengan dia bersungguh nmenyampaikan pesan supaya DAP menentang Hudud ditegakkan di Kelantan.
Veteran opposition MP and lawyer Karpal Singh was killed in an accident near Gopeng in Perak this morning.
His long-time personal assistant Michael Cornelius Selvam Vellu, 39, was also killed.
Karpal's son Ram Karpal and the driver were also injured in the accident which occurred at 1.30am near 301.6 northbound marker along the the North-South Highway.
Malaysiakini learnt that Karpal and his son, who is also a lawyer, were heading north for a court case later today.
Photos taken at the scene of the accident show the white Toyota Alphard badly damaged.
Contacted later, an Ipoh police spokesperson told Malaysiakini that it is believed the MPV collided with a lorry which switched lanes without indication.
Karpal's other son and Puchong MP Gobind Singh Deo (left) told The Star that his father had died on the spot.
"My brother Ram is slightly injured but we are trying to get through to him," he added when the daily contacted him at 3.30am.
Karpal, 74, became paralysed and wheelchair-bound after a car accident in 2005.
The vocal politician graduated from University of Singapore and started his law practice before running for Parliament in 1978.
His long tenure as Jelutong MP and fiery speeches in the Dewan Rakyat earned him the moniker "Tiger of Jelutong".
Karpal had recently relinquished his post as DAP chairperson pending the disposal of his appeal against a sedition charge.
Last month, the High Court found him guilty of uttering seditious words against the Sultan of Perak at the height of the constitutional crisis in 2009.
Meanwhile, Prime Minister Najib Abdul Razak conveyed his condolences via Twitter.
"I have just landed at Ankara when I heard the news that YB Karpal Singh died in a road accident. My condolences to the family," read the premier's tweet.
Other netizens also expressed condolences and shock over Karpal's passing.
"Shocked and sad news! DAP chairman Karpal Singh passed away in accident tonight. Malaysia has lost a truly patriotic son," wrote Taiping MP Nga Kor Ming.
"Our dear Mr Karpal is no longer with us... I just can't accept it...," said Kulai MP Teo Nie Ching. - MALAYSIAKINI | |
Tugu Bangsa Tembok Negara Posted: 17 Apr 2014 07:59 AM PDT KARPAL SINGH MAUT KEMALANGAN Posted: 16 Apr 2014 09:28 PM PDT
IPOH - Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian. Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu. "Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit. Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya. - Bernama Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | |
bumiyang Posted: 17 Apr 2014 03:46 AM PDT |
Ohpolitik!™ Posted: 17 Apr 2014 03:44 AM PDT Nik Aziz Terkilan Karpal Tidak Sempat Diberikan Pemahaman HUDUD #RIPKarpal #RIPKarpalSingh #MalaysiaNews Posted: 16 Apr 2014 10:57 PM PDT Tengok gambar Alphard Karpal di telefon, Nik Aziz terpaksa bukak cermin mata, mungkin menyeka air mata yang meleleh kerana sedih. Rupanya terkilan juga Nik Aziz dengan kematian Karpal. Walaupun beliau dah sampai ke rumah Karpal, tapi beliau tak sempat untuk memahamkan Karpal tentang betapa indah dan murninya undang-undang hudud. Mungkin semasa di rumah Karpal dulu, terlalu teruja dengan majlis harijadi, beliau terlupa nak berdakwah kepada Karpal. | Kenyataan Media Panglima Pandikar Amin Haji Mulia YDP #DewanRakyat #ParlimenMalaysia #RIPKarpal #RIPKarpalSingh Posted: 16 Apr 2014 10:23 PM PDT
Kenyataan Media oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Takziah diucapkan kepada keluarga, kenalan dan rakan taulan Mendiang YB Tuan Karpal Singh a/l Ram Singh, Ahli Parlimen Kawasan Bukit Gelugor. | FAKTA #RIPKarpal #RIPKarpalSingh | Pemandu Warga India dengan 29 Rekod Kesalahan Lalulintas Termasuk Pandu Laju Posted: 16 Apr 2014 06:57 PM PDT LAPORAN KEMALANGAN MAUT JALANRAYA
1. No Rpt:Trafik Kampar Rpt: 960/14 2. Tkh: 17/04/2014 3. Masa: 0110hrs 4. Lokasi: KM 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah (Utara) 5. Sek APJ: Sek 41 (1) APJ 1987 6. Kend Terlibat: K1: M/Mpv No.KS 9898 (Toyota Alphard) K2: M/Lori No. WTL 9909 (Mitsubishi Canter - 5 tan)
7. Mangsa: M1: Nama: Karpal Singh A/L Ram Singh (penumpang MPV/maut) Kpt: 400628-07-5079 Umur:74thn Alamat: No.144 A, Jalan Utama 10450, Georgetown, Pulau Pinang M2: Nama: dikenali sebagai Michael - pembantu peribadi (penumpang MPV/maut) M3: Nama: (1) (P) Indonesia - pembantu rumah (penumpang/cedera parah) dirawat d Hospital Permaisuri Bainun Ipoh Kpt: belum diperolehi Umur: - Alamat:- M4: Nama: Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh (penumpang MPV/tidak cedera) Kpt: 760409-07-5211 Umur: 38thn Alamat: 14-1-4 City Gardens Persiaran Raja Chulan, 50200, W. P. M5: Nama: C.Selvam. (pemandu MPV /tidak cedera) Kpt: Warganegara India Umur: 27thn Alamat: - M6: Nama: Abu Mansor bin Mohd (pemandu M/Lori/cedera) Kpt: 690830-05-5 053 Umur: 45thn Alamat: No 528 Blok B, Flat Petaling Utama 13, 46000 Petaling Jaya, Selangor M7: Nama: Nur Azlina Ahmad (penumpang M/Lori/tidak cedera) Kpt: 910829-08-6356 Umur: 23thn Alamat: No 17-12 Blok C PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya,Selangor M8: Nama: Nurieman Diana Qhaleesha binti Abdullah (penumpang M/Lori/tidak cedera) Kpt: 101230-10-2508 Umur: 4thn Alamat: No 17-12 Blok C PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor
8. Ringkasan/Siasatan Awal:
Pada 17/04/2014 jam lebih kurang 0110hrs satu kemalangan maut telah berlaku di KM306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (Hala Utara/Gua Tempurung) melibatkn sebuah M/MPV jenis Toyota Alphard dgn sebuah M/Lori jenis Mitsubishi Canter (5 tan/muatan simen,besi,mozek). Berpandukan siasatan awal mendapati M/MPV yang dipandu bersama 4 orang penumpang yang datang dari arah K/Lumpur menghala ke Ipoh apabila sampai ditempat kejadian telah hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan M/Lori di lorong kiri jalan yang menghala ke arah yang sama. Akibat kemalangan penumpang hadapan M/MPV (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan Pembantu Peribadi beliau penumpang belakang belakang sebelah kiri telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang perempuan Indonesia dipercayai pembantu rumah mengalami kecederaan parah dan dirawat di Zon Merah HRPB, Ipoh.
Siasatan: 1) Keadaan jalan lurus / mendaki bukit 2) Cuaca baik / gelap tanpa lampu 3) Kerosakan M/MPV teruk dibahagian hadapan sebelah kiri manakala M/Lori rosak dibahagian belakang sebelah kanan. 4) Semakan keatas M/MPV mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas - pandu laju di bawah Seksyen 079 (2) APJ 1987 (15 saman belum jelas)
Peg Penyiasat: ASP Abd Aziz Abd Rahman KBKA/KTD IPD Kamparmengimbau ingatan... ' Mau laksanana Hudud...Langkah Mayat Saya Dulu ' | Pejuang Anti Hudud Sudah Tiada ##RIPKarpal #RIPKarpalSingh Posted: 16 Apr 2014 04:28 PM PDT
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini. Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez. Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah. Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. - UTUSAN ONLINE
| |
The Antics of Husin Lempoyang Posted: 17 Apr 2014 03:07 AM PDT Suami langkah mayat isteri Posted: 16 Apr 2014 08:09 PM PDT Dalam satu acara kematian, ketika mayat isteri terkujur dan sanak saudara sibuk membaca yaasin dan doa, tiba-tiba si suami bangun dan melangkah mayat isterinya. Pengunjung semua hairan. Apa hal si suami ni? Adakah dia mengamalkan ajaran sesat? Dah mabuk isin ke? Seorang kawan akrab mendekati si suami dan bertanya kenapa tadi dia melangkah mayat isterinya? Jawab si suami, "Isterinya selalu mengingati dia, kalau nak kawin lagi, langkah mayat dia dulu." Jika dianggap PAS sebagai suami, tak mahukah PAS untuk langkah mayat Karpal Singh untuk dapatkan isteri baru yang sedia sokong hudud? Wow! Menunggu bila PKR, DAP dan Anwarinas PAS akan dikafirkan | |
Aspirasi Bangsa Posted: 17 Apr 2014 01:31 AM PDT |
Taipingmali (tm) Posted: 17 Apr 2014 01:27 AM PDT Cerita HOT dari FELDA Posted: 16 Apr 2014 10:00 PM PDT Fakta:
1. Dana kebajikan Felda untuk peneroka dan penerokawati adalah 10K bagi setiap orang yang mengalamai penakit kritikal. 2. Gugusan Felda Segamat ada 4 parilimen . A)Pemanis B) segamat, C)Tenang D) sekijang. 3. 70 peratus pengundi dari Felda gugusan Segamat 4. Anak-anak Felda kebanyakan berhijrah ke KL dan JB yang bnyka bawak balik ideologi PR. 5. sebarang perbuatan menganiaya Peneroka bakal membawa padah kepada BN pada PRU14. 6. Felda Medoi. - Peneroka telah mendapat geran sendiri sebab dah abis bayar.
- Ayah aku bedah jantung di IJN , kos 70 K dah sattel dengan GL Tentera dari adik aku, lepas operate dia kna tahan ICU selama seminggu dan kelaur lepas 2 minggu , tapi di amsukan balik ke ICU IJN sbb jangkitan kuman,
Kami pergi ke pejabat Felda Medoi segamat mohon bantuan ni , tapi Pegawai Felda tu kata , " Kalau x antar hasil ke Felda x payah mintak..!!,
hasil maklumat aku dapat keluarga aku bukan 1 yang kena semua yang mintak kena mcm ni..!!!!
Pengurus dan Pengurusan Felda memang PR ke apa..? atau memng arahan Penagarah Felda atau menteri Felda mmcm ni..?
persolanya . adakah ini masa yang sesuai di tanya solan macam tu ? dan kalau kami warga Felda yang berhak dapat DANA itu di nafikan hak.. maka jelas BN tak mampu jaga kepentingan peneroka lagi , ini memberi isyarakt kepada semua anak-anak peneroka ., benarlah BN menindas rakyat sebagaimana yang di dogma oleh PR selama ini..!!
Hati gua panas...!! Cina nak apa dapat , Melayu BN/ UMNO layan mcm ANJING KURAP..!!!!! | R.I.P KARPAL SINGH Posted: 16 Apr 2014 04:33 PM PDT Mampuih dah , liat juga nyawa dia, sebelum ni dah banyak kali masuk hospital tetapi kali ini baru betul-betul mati. Ada dua tiga ekor lagi yang sedang tunggu giliran, termasuk yang jatuh dalam bilik air Isnin lepas. Harap Hadi Awang dan Nik Aziz segera membuat kunjungan hormat dan menunaikan janji lama Karpal supaya langkah mayatnya dahulu sebelum melaksanakan hudud. Sesungguhnya janji Allah itu tepat. | Mampu kah Pas mendapat undi untuk meluluskan Hudud di Kelantan? Posted: 16 Apr 2014 04:55 AM PDT Melayu (38)
PKR 2013
1. Johari Abdul Ghani (Sungai Petani)
2. Azman Ismail (Kuala Kedah)
3. Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak)
4. Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat)
5. Fauzi Abdul Rahman (Indera Mahkota)
6. Fuziah Salleh (Kuantan)
7. Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang)
8. Azmin Ali (Gombak)
9. Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai)
10. Anwar Ibrahim (Permatang Pauh)
11. Zuraida Kamaruddin (Ampang)
12. Mansor Othman (Nibong Tebal)
13. Rafizi Ramli (Pandan)
14. Shamsul Iskandar Akin (Bukit Katil)
15. Mohd Idris Jusi (Batu Pahat)
16. Mohamad Imran Abd Hamid (Lumut)
PAS 2013
1. Abdul Hadi Awang (Marang)
2. Izani Husin (Pengkalan Chepa)
3. Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat)
4. Kamarudin Jaffar (Tumpat)
5. Khalid Samad (Shah Alam)
6. Mahfuz Omar (Pokok Sena)
7. Dr Hatta Ramli (Kuala Krai)
8. Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh)
9. Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar)
10. Ahmad Marzuk Shaary (Bachok)
11. Idris Ahmad (Bukit Gantang)
12. Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian)
13. Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja)
14. Siti Zailah Yusoff (Rantau Panjang)
15. Takiyuddin Hassan (Kota Bharu)
16. Mohamed Hanipa Maidin (Sepang)
17. Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz (Pasir Mas)
18.Mohd Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus)
19. Raja Kamarul Bahrin Shah (Kuala Terengganu)
20. Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun)
21. Nasrudin Hassan (Temerloh)
DAP 2013
1. Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (Raub)
2. Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) | Jawapan mengenai gambar kotor Posted: 16 Apr 2014 01:51 AM PDT Gambar tersebut dirakam selepas beberapa jam kejadian berlaku. Kisahnya ialah berpunca daripada sikap pekerja sebuah syarikat pemungut sampah. Setiap kali bila tiba giliran mengutip sampah, seawal jam 6.00 hingga 7.00 pagi, seorang pekerja akan mengusung troli ke setiap rumah untuk memungut bahan buangan. Maka disitulah segala jenis sampah akan dihimpunkan. Dalam jam 9.00 atau 10.00 pagi tibalah lori pemampat ke kawasan tersebut dan bermulalah proses memilih dan mengasingkan sampah. Bahan seperti kotak, plastik, kaca, logam dan lain-lain bahan yang boleh dikitar semula akan diasingkan dan diisikan ke dalam karung guni, karung guni yang sarat dengan bahan kitar semua akan disangkut disekeliling lori pemampat. Selepas proses selesai, mereka akan bergerak ke lokasi lain dan akan mengulangi kerja atau tugasan yang sama. Tidak hairanlah tempat sedemikian rupa menjadi kotor dan busuk serta terdapat air lecit yang ditinggalkan selepas kerja memampatkan sampah selesai. Budaya kerja sebegini sudah lama diamalkan oleh pekerja syarikat kontrak ataupun kakitangan Pbt sendiri. Lori kebanyakannya baru tetapi berbau busuk dan hanyir. Ini kerana lori tersebut tidak pernah dibasuh oleh mereka. Selepas selesai tugas menghantar sampah ke tempat pelupusan, ,mereka terpaksa mencari pembeli barangan lusuh. Selesai menjual mereka akan balik ke stesen logistik dan terus balik rumah. Esok ulang lagi....kata nak basuh lori, maaf sajalah.. Lokasi dirahsiakan tetapi ia di bawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Taiping Perak. | |
Sahabat-Gunung Posted: 17 Apr 2014 01:07 AM PDT Rakyat Semakin Tertekan – Rakyat Desak Tarik Balik Catuan Air Posted: 16 Apr 2014 11:24 PM PDT
UMNO Selangor melihat bebanan kepada rakyat Selangor semakin teruk akibat catuan air yang dibuat oleh kerajaan negeri.
Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, perkara ini memberikan beban yang berat kepada rakyat Selangor dalam menjalani kehidupan seharian kerana krisis bekalan air ini akan menjadi satu sejarah.
"Saya merujuk kepada fenomena terkini di Selangor di mana keluhan rakyat terhadap catuan air semakin hari semakin membimbangkan. Krisis air paling buruk adalah pada tahun 1998 apabila 4.2 juta rakyat terpaksa berkongsi 2,553 juta liter air sehari kurang 105 juta liter sehari.
Bagaimana pun hasil daripada kelemahan kerajaan PR menangani masalah air, hari ini keperluan untuk 7.1 juta pengguna sebanyak 4,900 juta liter sehari terpaksa dikurangkan kepada 4,367 juta liter sehari berkurangan sebanyak 533 juta liter sehari," ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang.
Tambahnya, Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah mengingatkan kerajaan negeri bahawa Selangor akan menghadapi masalah bekalan air pada 2014 sekiranya projek Loji Rawatan Air Langat 2 tidak disegerakan malangnya kenyataan balas Menteri Besar mengatakan krisis air hanya akan berlaku pada 2019.
Projek Langat 2 yang sepatutnya bermula pada 2010 dan akan siap dalam tempuh 39 bulan seharusnya telah siap pada tahun ini tetapi atas nama kepentingan politik PR keperluan asas rakyat digadaikan.
"Rakyat perlu tahu tanggungjawap menyediakan bekalan air mentah adalah dibawah tanggungjawap kerajaan negeri dan Syabas hanya dipertanggungjawapkan untuk membekalkan air kepada pengguna.
Kenyataan Menteri Besar bahawa catuan air dibuat bukan untuk menyusahkan para pengguna sebaliknya demi menjamin perkhidmatan secara berterusan kepada rakyat adalah satu kenyataan kurang cerdik dan tidak memikirkan implikasi lain kepada negeri Selangor.
Atas desakan dan aduan yang berterusan daripada rakyat, UMNO Selangor membuat pendirian supaya catuan air ini di hentikan serta merta dalam menjamin keperluan rakyat tidak terjejas. Sekiranya masalah catuan air ini masih tidak diselesaikan, satu perhimpunan menuntuk hak rakyat akan diadakan pada 4 Mei 2014. Perhimpunan menuntuk hak rakyat ini adalah satu simbolik terhadap Kempen Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat yang dilancarkan oleh Menteri Besar pada 2010," tambahnya.
Dalam masa yang sama, UMNO Selangor akan menyediakan khidmat guaman percuma kepada mana-mana individu dan syarikat yang mahu menyaman kerajaan negeri selepas mengalami kerugian disebabkan masalah catuan air ini.
"Saya menyeru rakyat Selangor supaya mengambil langkah berjimat cermat dalam penggunaan air kerana berdasarkan kenyataan Lembaga Urus Air Selangor LUAS catuan dijangka akan berterusan hingga ke Julai 2014," ujarnya lagi. | Karpal Singh Dalam Kenangan ..... Posted: 16 Apr 2014 03:57 PM PDT
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung -- kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.
Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.
Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunua di tempat kejadian akibat cedera parah.
Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.
Perkara itu turut diumumkan anaknya Gobind Singh Deo yang juga Ahli Parlimen Puchong menerusi laman twitternya. | Kaji Semula Pemberian Air Percuma Sekadar Lengkapkan ‘Manifesto Bukan Janji’ Khalid Ibrahim Posted: 16 Apr 2014 04:54 AM PDT
Cadangan ADUN DAP Damansara Utama, Yeo Bee Yin yang meminta supaya kerajaan negeri Selangor mengkaji semula pemberian air percuma kepada rakyat dan menyifatkan tindakan pemberian percuma tersebut hanyalah merupakan satu dasar populis dan bukan keputusan yang bijak selain daripada tidak efisien dalam pengurusan air di Selangor hanyalah sekadar melengkapkan kenyataan 'manifesto bukan janji' yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pandan, Muhammad Faizal Sufar berkata, ini memang merupakan cara pakatan pembangkang untuk memperdayakan rakyat dan mereka hanya akan berjalan-jalan, bercakap-cakap, bawa fitnah tetapi tidak akan menunaikan apa yang mereka katakan atau mereka janjikan.
"Dalam masa yang sama, ia dilihat sebagai kesinambungan perjuangan DAP di Pulau Pinang yang turut mencadangkan kenaikan tarif air di negeri tersebut.
Rakyat perlu membuka mata pada pilihan raya umum akan datang kerana setiap janji manis yang dizahirkan melalui manifesto pakatan tidak lebih daripada sekadar 'gula-gula' untuk menarik sokongan rakyat semata-mata, termasuk berjaya menumbangkan kerajaan BN pada Pilihan Raya Ke-12 (tahun 2008).
Jelas, nampaknya mereka sudah masuk perangkap yang diciptanya sendiri dan kata-katanya itu membuktikan bahawa kerajaan pakatan yang diterajui PKR hanya bijak menabur janji termasuk memberikan bulan dan bintang tidak boleh dipercayai lagi," ujarnya mengulas ADUN DAP Damansara Utama, Yeo Bee Yin yang meminta supaya kerajaan negeri Selangor mengkaji semula pemberian air percuma kepada rakyat Selangor.
Tambahnya, manifesto adalah penyataan umum atau deklarasi yang digunakan oleh seseorang atau parti politikyang bertanding pada pilihan raya umum sebagai dasar perjuangan bagi menarik sokongan pengundi.
Melalui manifesto, calon atau parti politik yang bertanding akan dinilai oleh pengundi sama ada orang yang mereka pilih itu nanti akan dapat membawa perubahan atau kemajuan kepada mereka dan merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
"Daripada kenyataan yang diberikan oleh Abdul Khalid sebelum ini dan kini kenyataan Yeo Bee Yin secara terbuka itu, jelas manifesto pakatan yang kononnya memperjuangkan 'Negeri Berkebajikan' itu hanya retorik semata-mata dan mereka tidak rasa bersalah sedikit pun kerana membohongi rakyat.
Bukan sahaja isu air percuma, bahkan banyak lagi janji-janji yang terdapat dalam manifesto pakatan pembangkang masih tidak tertunai dan mereka tidak pernah peduli dengan janji-janji itu, apa lagi untuk melaksanakannya kerana kemaruk kuasa.
Rakyat yang waras perlu menilai semula kepimpinan pakatan pembangkang di negeri ini dan kita perlu menolak mereka pada pilihan raya umum yang lalu kerana mereka bukan kerajaan yang amanah dalam melaksanakan janji-janji pilihan raya," tambahnya lagi. | |
sekupangdua Posted: 16 Apr 2014 11:50 PM PDT KARPAL MAUT DALAM KEMALANGAN...HANYA SENDIWARA? Posted: 16 Apr 2014 05:08 PM PDT Semalam jam 1.30 pagi dilebuhraya PLUS selatan ke utara berdekatan gua tempurung karpal singh terlibat dalam satu kemalangan yang ngeri dan disahkan beliau maut. Difahamkan pembantu beliau juga maut dalam kemalangan tersebut. Menurut maklumat. Beliau dalam perjalanan ke pulau pinang untuk menghadiri kes beliau di Pulau Pinang. Berita atau kemungkinan kenderaan beliau bertembubg dengan sebuah lori yg. Menukar haluan tanpa sebarang isyarat... Jadi macamana balac yg suka spin dan putar alam macam tian cua dan bang non... tak nak ker kata ini hanya satu sandiwara ataupun lakunan. Ataupun seperti alasan yh selalu digunakan... INI SEMUA SALAH UMNO... | |
Panglima Perang Cyber Posted: 16 Apr 2014 11:37 PM PDT Pemuda PAS Buat Upacara Langkah Mayat Karpal Tengah Hari Ini ??? Posted: 16 Apr 2014 09:46 PM PDT
Mohon sesiapa dapat sahkan info yang disebarkan di bawah ini : Satu upacara melangkah mayat Karpal Singh akan diadakan di rumah mayat Hospital Ipoh jam 1 tengahari ini. Upacara akan diketuai oleh saya sendiri. Kpd mana2 Pemuda Pas dan juga ahli2 Pas yang berkelapangan dijemput hadir. Pihak media juga dijemput hadir untuk membuat liputan. Terima Kasih Suhaizan Kayat Ketua DPPP | Presiden PVTM ALI TINJU mahu DAP berkuasa sepenggal ??? Posted: 16 Apr 2014 04:34 PM PDT Artikel ini diulang siar kerana masalah imej dan tulisan yang tidak berjaya dimuat naik sepenuhnya semalam...
Saya menerima imej ini dan mohon pandangan adakah benar atau tidak status FB beliau ini atau diedit pihak tertentu.
Saya tidak berminat mencampuri kisah beliau marah sesiapa namun saya ingin tahu adakah benar komen beliau agar DAP diberi peluang perintah untuk satu penggal ???
Saya mencari info dan menemui kenyataan beliau hentam Azmin Ali. Adakah beliau orang Umno atau DAP masih menjadi kekeliruan kepada saya. Berdasarkan imej mahu DAP diberi peluang berkuasa sepenggal di atas.
Komen blog pembangkang tentang Ali Tinju
Jika beliau seorang penyokong tegar kerajaan saya sangat lega mendengarnya. Namun jika beliau ada hati nak beri DAP berkuasa dalam masa yang sama, maka celakalah yang mampu saya kata.
Kita tak kisah beliau mahu jadi Presiden PVTM yang tidak ramai berbanding PBTM atau tidak diaudit (jika benar kata kawan saya) atau hentam Menteri atau mahu cium tangan Datin Seri Rosmah, namun soal mahu sokong DAP jangan dijadikan isu remeh yang boleh dipermainkan kerana ia kenyataan Presiden bekas askar yang patutnya tidak menyokong Pembangkang walau sebesar zarah sekalipun.
Sent from my iPhone | Karpal Singh maut dalam nahas dekat Tapah Posted: 16 Apr 2014 02:35 PM PDT Karpal Singh maut kemalangan TAPAH 17 April - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini. Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.
Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Sent from my iPhone
| |
The Unspinners Posted: 16 Apr 2014 11:19 PM PDT Shukor Idrus sujud pada MB PKR, tapi Menteri komponen BN diugut? Posted: 16 Apr 2014 09:30 PM PDT Di Internet dan sosial media kini, tersebar gambar ADUN Kuang Dato Shukor Idrus membongkok memberi hormat kepada MB Selangor, Tan Stentu. ri Khalid Ibrahim. Kami tak kata jangan beri hormat kepada ketua negeri yang dipilih Sultan tapi jagalah maruah tu. Tak mahu pula ada beranggapan, hormat yang berlebih-lebihan dan melampau hingga mendewa--dewa Khalid menjatuhkan maruah BN. Ada ke DAP buat sedemikian pada PM? Tak mahu pula ada salah tanggapan Shukor ada mmeminta sesuatu dari Khalid dan wujud hubungan suka sama suka dalam hal tertentu. Sebabnya nama Shukor jadi bualan pegawai-pegawai kerajaan yang mengatakan telah mengugut seorang Menteri untuuk diberikan projek kepadanya. Samada betul atau tidak, hal ini tentu tak elok. Bertambah lagi di zaman IT dan Internet, hal sedemikian boleh tersebar begitu deras dan tiada sesiapa booleh tahan jika ianya berlaku. Ugutan itu pula dibuat terhadap Menteri dari parti yang bukan UMNO tapi dari parti komponen BN. Jika benarlah, harap Shukor sedar bahawa UMNO tak boleh nak ugut-ugut macam dia masih kuat dan disokong seperti dulu. Tambahan pula, apa UMNO Selangor lakukan untuk menang balik Selangor? Tolong jangan kata perlu ada wang untuk menang balik. Apa gerak kerjanya? Kalau tak ad awang, apa langsung penggiat tak mahu kerja? Semua perlu diupah baru nak kerja ke untuk parti? Apa erti jadi ahli parti? Shukor tak perlu nak tunjuk garang dengan rakan BN lain hingga keluar kata-kata ugutan "Nak ajar Menteri macamana nak buat kerja." Sementang Menteri bukan dari UMNO, jangan pula nak kerohkan hubungan UMNO dan parti koponen lain kerana perangai begini yang hanya membuat rakyat dan rakan benci pada UMNO. Tugas utama Menteri adalah jaga rakyat. Harap Shukor paham bbahawa bukan tugas Menteri nak jaga dia. Tolong buang sikap old school. | Karpal sudah mati, PAS tinggal langkah mayat untuk jalankan hudud Posted: 16 Apr 2014 05:19 PM PDT Beranikah? Karpal Singh sudah meninggal dunia malam tadi dalam satu kemalangan jalanraya: Kini tiada lagi Karpal SIngh untuk menahan kehendak PAS Kelantan untuk menjalankan hudud. Apa lagi nak takut? UMNO pun sudah bersedia ... PAS perlu yakinkan DAP dan PKR. Yakinkah mereka? Yang menentang PAS juga ... | Kit Siang persalahkan ESSCOM lepas disogok pengusaha resort Posted: 16 Apr 2014 08:30 AM PDT Dalam kejadian yang berlaku pada 4 April lalu membabitkan seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort dari Filipina. Motif penculikan itu adalah wang. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa telah menahan beberapa orang pekerja asing di resort berkenaan untuk membantu siasatan. Kebanyakan resort di Sabah terutama membabitkan pulau-pulau terpencil adalah milik orang Cina. Kebanyakan peraturan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa, dilanggar dan tidak dipedulikan oleh pengusaha-pengusaha resort tersebut. Antara lain termasuklah menyediakan pengawal keselamatan bersenjata yang mengawal resort. Bagaimanapun, kegagalan mereka untuk menanggung kos keselamatan, dipindahkan kepada pihak keselamatan apabila mendesak agar PDRM, ESSCOM dan ATM menjadi pengawal keselamatan mereka secara percuma dan boleh diherdik sesuka hati. Begitu juga dengan larangan pengambil tenaga kerja asing tak berpermit, turut mendapat bantahan daripada penguasaha-pengusaha resort berkenaan. Mereka tidak sahaja menyalahkan kerajaan kerana enggan berkompromi dalam hal tersebut, sebaliknya mendakwa tindakan tersebut akan menyebabkan mereka kerugian besar. Apabila berlaku penculikan dan pencerobohan lanun, mereka segera menyalahkan pihak berkuasa kerana tidak bertindak mengawal resort mereka. Dan untuk menambahkan tekanan, mereka menggunakan khidmat DAP dan PKR seperti yang dilakkan oleh Chun Cai, pengusaha Sipadan-Mabul Lodge yang menyediakan kemudahan bot dan penginapan untuk Lim Kit Siang sepanjang dia melawat Esszone. Itu jugalah yang dikatakan oleh Lim Kit Siang apabila dia menyalahkan sepenuhnya ESSCOM dan mencerca peraturan-peraturan yang diberikan dalam menguatkuasakan keselamatan untuk pengunjung-pengunjung resort-resort berkenaan. Baca sepenuh di Selangor Chronicle SINI | Adakah yang nak bantah GST faham atau saja nak mogok? Posted: 16 Apr 2014 05:25 AM PDT Baca penjelasan GST berikut: Kalau muka begini dan NGO budak-budak masih menuntut di Universiti dan makan duit mak bapak ... bukannya faham pun. Macam mana nak ngajar kerajaan macam mana nak mentadbir. Sampai masa PR memerintah, pasti mereka pun akan jalankan GST seperti mana Selangor naikkan harga air. Yang nak bantah ni hanya ... Pejenis tak ada otak seperti diketakan Nik Nazmi | Cina hargai azan ... Posted: 16 Apr 2014 04:00 AM PDT | Bilal PAS sapu BR1M 2 kali dan Husam patut dipotong tangan bawah hukum hudud Posted: 16 Apr 2014 01:00 AM PDT Dulu PAS perlekehkan BR1M, konon jaga peduli tapi ingatkan akhrat. Rupanya bbukan saja mereka tak malu terima BBR1M tapi amil sampai dua kali BR1M. Patut sekali hukum hudud pertama dikenakan pada penghulu PAS ini. Ikut serta dengan Husam Musa .. Pengarah SPRM Kelantan mengadakan satu pertemuan dengan MB Kelantan pagi ini. Pertemuan itu diadakan dalam usaha SPRM melengkapkan siasatan berhubung penyelewengan pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai yang diketuai Husam Musa. Difahamkan berlaku penyelewengan kawasan balak diatas tapak jajaran pembinaan lebuhraya berkenaan dan penyelewengan wang kutipan derma dari orang ramai dan beberapa syarikat tertentu. Sumber: wartawan harakah | |
AZLI SHUKRI Posted: 16 Apr 2014 11:11 PM PDT Misteri MH370 : Ayunan Timur Barat (Episod ke-8) Posted: 16 Apr 2014 02:50 AM PDT Dalam tempoh yang amat singkat - sekitar 22 tahun, hubungan antara China dengan Israel telah sampai ke skala yang sangat besar dan luas. Hubungan kedua-duan buah negara ini memuncak dalam lawatan bersejarah Presiden China Jiang Zeming ke Israel pada tahun 2000. Empat presiden Israel dan tiga perdana menteri, termasuk yang paling baru-baru ini, Perdana Menteri Bejamin Netanyahu dalam Mei 2013, telah membuat lawatan diplomatik dan perdagangan ke Beijing. Asas bagi berkembang hubungan Israel-Cina terletak pada ekonomi mudah: Israel adalah pemimpin dunia dalam teknologi yang boleh mencapai skala tinggi, manakala China sebagai kuasa ekonomi global dengan jumlah penduduk melebihi satu bilion.
Jumlah dagangan dua hala antara Israel dengan China meningkat hampir 200 kali ganda sejak hubungan secara rasmi ditubuhkan, daripada hanya $50 juta dalam tahun 1992 kepada $9.91 bilion pada tahun 2012. Kerjasama telah berkembang daripada pertanian kepada hampir semua bidang seperti sains dan teknologi, pendidikan, penyelidikan, budaya, seni, pelancongan dan akademik.
Pada bulan November 1991, Menteri Pertahanan Israel, Moshe Arens dilaporkan telah melawat ke China secara rahsia dan dipercayai melakukan rundingan dan pengembangan kerjasama ketenteraan. Pada 23 Januari 1992, Menteri Luar Israel, David Levy telah melakukan lawatan empat hari ke Beijing. Beberapa bulan sebelum penubuhan rasmi hubungan China-Israel. Kedua-dua negara telah mengekalkan beberapa pautan perdagangan, yang berjumlah USD30 juta pada tahun 1992. Sejak itu, pertumbuhan tahunan dalam perdagangan telah purata 40%. Perdagangan dua hala meningkat kepada USD 3 bilion pada tahun 2005 dan kepada USD 5 bilion pada tahun 2008 dan USD 10 bilion pada tahun 2013. China adalah rakan perdagangan Asia terbesar Israel dan telah mendapatkan kepakaran Israel dalam tenaga solar, robotik pembuatan, pengairan, pembinaan, pertanian, pengurusan air dan penyahgaraman teknologi untuk menghadapi kemarau dan kekurangan bekalan air. Sebaliknya, Israel telah mengimport produk berteknologi tinggi dan barangan perkilangan dari China. Terdapat lebih daripada 1,000 firma Israel yang beroperasi di China pada 2013.
Pada tahun 2007, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert melakukan lawatan berprofil tinggi ke China untuk meningkatkan kerjasama perdagangan dan tentera dan mendapatkan sokongan China sejak tercetusnya konflik senjata nuklear Iran. Walaupun hubungan yang semakin rapat antara kedua-dua negara, China juga terus mengekalkan hubungan yang semakin kukuh dengan Palestin, Dunia Arab dan Dunia Islam. Israel dan China memulakan kerjasama ketenteraan secara holistik seawal 1980-an, walaupun tiada hubungan diplomatik rasmi wujud. Dianggarkan bahawa Israel telah menjual senjata bernilai USD$ 4 bilion kepada China dalam tempoh tersebut. China sangat menginginkan teknologi termaju Israel yang mana ia tidak mampu diperoleh daripada Amerika Syarikat mahpun Rusia.
Kini, Israel telah menjadi pembekal senjata terbesar kepada China selepas Rusia. China telah membeli pelbagai peralatan dan teknologi ketenteraan, termasuk satelit komunikasi. China telah menjadi pasaran penting bagi industri persenjataan Israel, hal ini menyebabkan AS tidak berapa senang. Agensi Perisikan Pertahanan AS melaporkan bahawa Israel telah memindahkan peluru berpandu, laser dan teknologi pesawat ke China pada tahun 1990-an. Israel juga dikatakan telah bersedia untuk menjual Phalcon kepada China, satu sistem radar amaran awal di udara, sehingga ia dipaksa oleh Amerika Syarikat agar segera membatalkan perjanjian tersebut. Pada 19 Oktober 1999, Menteri Pertahanan China, Chi Haotian, terbang ke Israel dan bertemu dengan Ehud Barak, Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Israel. Kedua-dua orang membincangkan hubungan ketenteraan dan membuat beberapa perkiraan peringkat tinggi, termasuk jualan pesawat perang mencecah USD$ 1 bilion ke China.
Pada September 2011, Menteri Israel Pengangkutan,Israel Katz, menyatakan bahawa China dan Israel telah memasuki rundingan mengenai pembinaan sebuah keretapi api berkelajuan tinggi menghubung Laut Mediterranean dengan Laut Merah. Projek bersama akan membenarkan pengangkutan barangan berjisim dari China ke Israel dan Eropah Timur. Ia melibatkan kedua-dua pemaju kereta api dari Israel dan Cina. Pada bulan berikutnya, kerajaan China dan Israel menandatangani memorandum persefahaman mengenai pembinaan bersama 180 km kereta api yang menghubungkan bandar Israel di Eilat dengan Negev Desert's Zin Valley, Beersheba dan Tel Aviv. Pada bulan Ogos 2012, dengan perdagangan China-Israel semakin meningkat, Universiti Perniagaan Antarabangsa dan Ekonomi di Beijing telah menubuhkan satu jabatan khusus untuk mempelajari ekonomi Israel dan Yahudi, manakala beberapa universiti China mula menawarkan kursus bahasa Ibrani. Sejak 2013, pelabur China telah mula menunjukkan minat yang semakin meningkat dalam firma Israel.
Soalnya - dengan semua fakta yang membuktikan bertapa eratnya hubungan antara China dengan Israel, maka apakah munasabahnya untuk Israel atau AS melakukan konspirasi menculik 22 jurutera saintis China yang berada di dalam pesawat MH370? Sedangkan mereka adalah sahabat akrab di belakang kita? Bahkan dengan pelbagai hubungan yang sangat mencurigakan ini - apakah tidak mustahil bahawa MH370 sengaja dihilangkan oleh komplot sulit pensenjataan tercanggih hasil kerjasama China-Israel selama ini?
Semua kemungkinan ini tidak boleh ditolak - kerana asasnya sangat mudah, bahawa China dengan Israel adalah sahabat yang sedang meningkatkan keupayaan pensenjataan mereka ke tahap yang sangat luar biasa serta sangat serius membangunkan teknologi pertahanan masa hadapan. Dan tidak mustahil MH370 adalah "bahan ujikaji" terhadap pertemuan baharu dalam teknologi eroangkasa antara China dengan Israel. Masalahnya sekarang ialah - teknologi apakah yang sedang dibangunkan oleh China dan Israel sehingga (jika benar) mereka berupaya "melarikan" dan "menghilangkan" MH370 sehingga ke Lautan Hindi?
Dan sekiranya kita melihat kebelakang - untuk seketika, yakni beberapa bulan sebelum MH370 di laporkan hilang di samudera, kita akan dapati bertapa "intim"nya China-Israel melalui beberapa kerjasama yang telah ditermeterai. Enam bulan sebelum MH370 disahkan hilang - Presiden Universiti Tel Aviv, Profesor Joseph Klafter, dan Profesor Zhang Zhi, Presiden Universiti Jiao-Tong di Shanghai, telah menandatangani perjanjian untuk mewujudkan Pusat Penyelidikan Khas Pengajian Israel di kolej-kolej di China. Pusat penyelidikan tersebut akan menangani isu-isu semasa di Timur Tengah dan Israel. Ini merupakan pusat penyelidikan yang pertama dan seumpamanya di China. Perjanjian tersebut ditandatangani di hadapan Duta Israel ke China, Matan Vilnai, pegawai konsular Israel dan wakil-wakil dari komuniti perniagaan, dan golongan Yahudi.
Sebulan kemudian, pada Oktober 2013, hartawan Cina Li Ka-Shing, seorang ahli perniagaan Asia yang paling kaya, menderma sebanyak USD$130 juta untuk Technion Institute of Technology milik Israel, sebagai sebahagian daripada usaha sama dengan Universiti Shantou yang akan menubuhkan Technion Guangdong Institute of Technology (TGIT). Wow! sangat ajaib - Hadiah, satu hadiah yang sangat besar untuk sebuah universiti Israel, sekali gus menunjukkan hubungan yang sangat mendalam antara China dengan Israel. Ini juga secara tidak langsung menjadi perintis pertama bagaimana Israel mendapat layan yang sangat baik daripada sebuah kuasa besar ekonomi dunia bernama China. Israel juga dijemput untuk menubuhkan institusinya ke negara itu yang mana negara-negara lain tidak pernah mendapat keistimewaan seperti itu. Dan pada Disember 2013, Menteri Luar China Wang Yi melawat Israel dalam perjalanan dagangnya bagi "mengejar kerjasama lebih kukuh antara kedua-dua negara," katanya kepada Netanyahu. Tambah beliau lagi, "Ekonomi China dan Israel " saling melengkapi dan kerjasama yang saling menguntungkan agar kami menikmati masa depan yang cerah."
Ini semua ini - tidak berlaku secara tiba-tiba, Mengapa China tidak meminta kecanggihan teknologi Israel bagi mencari pesawat MH370? Apakah yang menyebabkan China berat untuk meminta pertolongan itu? Bukankah antara China dengan Israel seperti "isi dengan kuku"? Atau sebenarnya China dan Israel mengetahui apakah yang menyelubungi misteri kehilangan MH370 ini sejak awal-awal lagi, atau "mereka" sedang menguji teknologi kawalan pesawat dari jarak jauh dan teknologi pesawat anti-rada?
Ikuti sambungan yang lebih mencemaskan dalam keluaran akan datang berjudul Misteri MH370 : Permainan Mungkar!
| |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 16 Apr 2014 11:06 PM PDT KETUA PEMUDA PAS BERSEDIA LANGKAH MAYAT KARPAL ? Posted: 16 Apr 2014 09:15 PM PDT Satu upacara melangkah mayat Karpal Singh akan diadakan di rumah mayat Hospital Ipoh jam 1 tengahari ini. Upacara akan diketuai oleh saya sendiri. Kpd mana2 Pemuda Pas dan juga ahli2 Pas yang berkelapangan dijemput hadir. Pihak media juga dijemput hadir untuk membuat liputan. Terima Kasih Suhaizan Kayat Ketua DPPP | HARAM UMAT ISLAM DOAKAN ORANG KAFIR LAGI KUFUR Posted: 16 Apr 2014 06:41 PM PDT
HARAM untuk mendoakan 'keamanan' kepada orang kafir yang meninggal dunia dalam keadaan KAFIR dengan ucapan seperti 'Rest In Peace (RIP) sedangkan terang-terang tempatnya di dalam neraka yg tiada ketenangan bagi orang yg kufur !
Walau bagaimanapun ucapan simpati dan takziah kepada keluarga si mati adalah diharuskan. Firman Allah SWT: مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَن يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَىٰ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka. (QS. At-Taubah: 113) | KARPAL SINGH MAUT DALAM KEMALANGAN NGERI Posted: 16 Apr 2014 04:55 PM PDT Tarikh/Masa : 17.04.2014 Jam 0053. Lokasi : KM 306, Lebuhraya PLUS arah Utara, Gopeng, Perak. Mangsa : 5 orang mangsa ( 2 meninggal dunia, 1 cedera parah dan 2 selamat ). Catatan : Kemalangan melibatkan sebuah kereta Toyota Alphard ( KS 9898 ) dengan sebuah lori 3 tan. Antara mangsa yang terlibat ialah:- 1) Ahli Parlimen Bukit Gelugor YB Karpal Singh - meninggal dunia 2) Pembantu peribadi - meninggal dunia 3) Pembantu rumah - cedera parah 4) Anak lelaki YB Karpal Singh - selamat 5) Pemandu - selamat Mangsa meninggal dunia disahkan oleh pihak Hospital Tapah.
| ANWAR SEMAKIN ZALIM TIDAK ADA HATI PERUT Posted: 15 Apr 2014 11:56 PM PDT
5 April lalu, majalah Southern Weekly memaparkan dakwaan kononnya, jika menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mampu menyelesaikan isu kehilangan pesawat MAS MH370 dalam tempoh satu saat.
Sebaik terbaca kenyataan dipetik oleh media utama dan alternatif, sesaat kemudian tercetus soalan di benak fikiran.
Satu lagi kelentong Anwar?
Begini huraiannya.
38 penumpang MH370, rakyat Malaysia. Andai benar Anwar mampu menyelesaikan misteri kehilangan MH370 dalam masa sesaat, bukankah kini waktu terbaik untuk dia membantu penumpang dan keluarga mereka? Jika tidak berhati perut sekalipun terhadap penumpang lain, tidakkah Anwar ingin meredakan kedukaan ditempuh oleh keluarga pak cik menantunya, Kapten Zaharie Ahmad Shah?
Anwar tatkala ditemu bual oleh CNN mengakui mengenali Zaharie dan mengesahkan kapten MH370 itu antara penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat.
Zalim Anwar membiarkan anak Zaharie, Aishah, 27 tahun, menanti huraian misteri berhubung pesawat dipandu oleh ayahnya, setakat ini enggan didedahkan oleh Ketua Pembangkang itu.
Tatkala diwawancara oleh majalah terbitan China itu, Anwar mengeluarkan kenyataan bersyarat. Dia kononnya akan mendedahkan misteri kehilangan MH370 SEKIRANYA bergelar Perdana Menteri.
Anwar tahu, impian itu hanya satu mimpi. Malang, kelukaan Aishah tidak akan terubat.
Bak bermimpi di siang hari, Anwar secara berterusan dijangka akan bercakap secara semberono biarpun dibidas oleh pelbagai pihak, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Hemat saya, selain Aishah, semua ahli keluarga penumpang MH370 wajar menuntut Anwar mendedahkan misteri kehilangan pesawat itu.
| |
DARUL EHSAN TODAY Posted: 16 Apr 2014 11:04 PM PDT |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 16 Apr 2014 09:37 PM PDT |
tok gajah Posted: 16 Apr 2014 09:23 PM PDT |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 16 Apr 2014 09:19 PM PDT Video Kemalangan Kereta Alphard Karpal Singh Posted: 16 Apr 2014 08:05 PM PDT | Gambar Kereta Alphard Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Posted: 16 Apr 2014 06:26 PM PDT Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan maut yang mengorbankan veteran DAP, Karpal Singh mendakwa beliau pada awalnya tidak tahu mangsa dalam kenderaan jenis Toyota Alphard berkenaan adalah pemimpin politik terkenal, lapor akhbar Sinar Harian.
Abu Mansor Mohd, 45, berkata beliau segera meninjau keadaan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu sebaik sahaja selepas berlaku perlanggaran dan mendapati ada mangsa tercedera.
"Saya tidak tahu itu Karpal sehingga ada beberapa kenderaan lain berhenti di laluan itu dan memaklumkan mangsa adalah pemimpin tertinggi DAP," katanya dipetik berkata kepada Sinar Harian.
Ringkasan/Siasatan Awal:
Pada 17/04/2014 jam lebih kurang 0110hrs satu kemalangan maut telah berlaku di KM306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (Hala Utara/Gua Tempurung) melibatkn sebuah M/MPV jenis Toyota Alphard dgn sebuah M/Lori jenis Mitsubishi Canter (5 tan/muatan simen,besi,mozek). Berpandukan siasatan awal mendapati M/MPV yang dipandu bersama 4 orang penumpang yang datang dari arah K/Lumpur menghala ke Ipoh apabila sampai ditempat kejadian telah hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan M/Lori di lorong kiri jalan yang menghala ke arah yang sama. Akibat kemalangan penumpang hadapan M/MPV (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan Pembantu Peribadi beliau penumpang belakang belakang sebelah kiri telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang perempuan Indonesia dipercayai pembantu rumah mengalami kecederaan parah dan dirawat di Zon Merah HRPB, Ipoh.
Siasatan: 1) Keadaan jalan lurus / mendaki bukit 2) Cuaca baik / gelap tanpa lampu 3) Kerosakan M/MPV teruk dibahagian hadapan sebelah kiri manakala M/Lori rosak dibahagian belakang sebelah kanan. 4) Semakan keatas M/MPV mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas - pandu laju di bawah Seksyen 079 (2) APJ 1987 (15 saman belum jelas) | |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 16 Apr 2014 03:21 PM PDT 'Saya bukan nak aibkan, tapi nak tegur Ustaz Don' - Wardina Posted: 16 Apr 2014 04:00 PM PDT Kuala Lumpur: Teguran pelakon dan penceramah bebas Wardina Safiyyahdi terhadap dakwah penceramah popular, Don Daniyal menerusi akaun Facebook miliknya, bukan berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak. Sebaliknya, Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, berkata dalam kemas kini status Facebook miliknya hari ini, teguran itu disuarakan atas kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat. "Kita bersangka baik. Saya tidak ada niat mengaibkan... tiada langsung... video itu bukan video aib. Video itu adalah ceramah dari ustaz," katanya seperti dipetik daripada status Facebook miliknya, hari ini. Hari ini, timbul kekecohan di Internet dan media sosial apabila Wardina dilaporkan mengecam kesahihan dakwah Ustaz Don yang didakwa menggunakan hadis palsu dan pendustaan dalam berdakwah. Kritikan itu mendapat perhatian lebih 2,000 pengguna Facebook yang menyatakan sokongan dan tidak kurang juga yang menentang tindakan Wardina. | Penghulu, penyokong Pas kantoi ambil dua kali BR1M 3.0 Posted: 16 Apr 2014 07:02 AM PDT TUMPAT - Seorang penghulu dan seorang penyokong Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Bharu di sini telah mengambil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 sebanyak dua kali, tetapi memulangkannya setelah digertak dengan laporan polis. Pentadbir Mukim Dun Wakaf Bharu, Rosli Abdul Ghani, berkata berdasarkan maklumat sebuah bank penghulu berusia 52 tahun yang juga bilal sebuah masjid dan penyokong Pas berusia 41 tahun itu telah menunaikan baucar bernilai RM650 masing-masing yang diperoleh daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 1 April lepas. "Bagaimanapun mereka hadir sekali lagi pada majlis penyerahan BR1M 3.0 yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Pengkalan Kubor pada 14 April lalu, apabila wang BR1M sebanyak RM650 diberikan secara tunai kepada setiap penerima," kata Rosli kepada Bernama di sini hari ini. Beliau berkata pihaknya melalui pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan telah memaklumkan kepada semua penerima yang layak, bahawa mereka yang telah menerima BR1M 3.0 tidak harus mengambilnya untuk kali kedua. "Sebelum kami beri surat untuk penerima menghadiri majlis berkenaan, kami telah beritahu sekiranya sudah terima wang BR1M 3.0 jangan pergi ambil kali kedua. "(Bagaimanapun) pada 15 April, pihak bank telah menghubungi saya memaklumkan terdapat dua penerima yang mengambil wang pada majlis 14 April telah pun menerima wang di sebuah bank lain sebelum ini," kata Rosli. Beliau mendesak kedua-dua mereka agar mengembalikan wang itu dan sekiranya mereka enggan, beliau akan membuat laporan polis. "Pada pagi ini penghulu dan penyokong PAS itu telah memulangkan semula wang BR1M berkenaan kepada pihak bank," katanya. Rosli menasihati semua penerima bantuan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan itu agar mengambilnya secara jujur kerana BR1M diperuntukkan kerajaan bagi meringankan beban hidup golongan berpendapatan rendah. Dalam pembentangan Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober tahun lalu, isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah layak menerima bantuan BR1M sebanyak RM650 sementara individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM300. - Bernama | (Video) Wanita ini capai orgasme seks 50 kali sehari Posted: 16 Apr 2014 02:01 AM PDT Kebanyakan wanita sukar mencapai kepuasan seksual (orgasma) ketika berasmara. Namun, berlainan dengan pula dengan wanita ini apabila beliau disahkan mengidap penyakit Persistent Genital Arousal Disorder. Amanda Gryce, 24 mengalami orgasme 50 kali sehari kerana penyakit ini. Ianya muncul bukan kerana aktiviti seksual beliau. Jika anda fikirkan ianya satu keseronokan, anda silap! Bagi Amanda, keadaan tersebut amat menyiksakan dan beliau tidak dapat menikmati kehidupan seks yang normal. Beliau mendakwa menghidap penyakit tersebut semenjak berusia 8 tahun dan terus mencari penawarnya hingga sekarang. Antara rawatan yang beliau ikuti sekarang termasuklah larangan melakukan seks secara normal, yoga serta makan ubat penahan tekanan orgasme. | (Video) Bintang filem lucah tergamam lihat aksinya semula Posted: 15 Apr 2014 11:30 PM PDT Bagaiamana reaksi bintang filem lucah apabila menonton adegannya sendiri dalam filem? Pasti menarik bukan? Bintang filem lucah seperti yang sedia maklum melakonkan adegan-adegan yang tidak sesuai langsung ditonton oleh penoton di bawah umur . Tapi percayakah anda bahawa ada pelakon-pelakonnya yang langsung tidak pernah menonton aksi mereka di kaca television? Itulah yang berlaku kepada seorang pelakon filem porno yang telah melakonkan hampir 103 filem sejak tahun 2008. Coco Velvett, 34 mengaku langsung tidak pernah menonton semula aksinya di kaca television. Beliau kemudian diundang untuk menonton semula aksi lakonannya dan video di bawah adalah aksi beliau oleh Lee Roy Myers dalam rancangan Look At Me Now. Coco kelihatan tergamam dengan aksinya, malah ada ketikanya beliau mendakwa seperti mahu termuntah melihatnya. | Kemaruk cinta, eksekutif diugut dengan foto berahi Posted: 15 Apr 2014 10:01 PM PDT Chukai: Kemaruk dilamun cinta dengan kekasih Internet yang dikenali tidak sampai tiga jam melalui laman sosial, seorang eksekutif muda terjebak dalam perangkap seorang gadis yang kemudian bertindak memeras ugutnya tidak sampai 10 minit selepas selesai meluah perasaan. Menurut sumber, mangsa mula mengenali suspek pada jam 12 tengah malam Khamis lalu sedang melayari laman sesawang di rumah sewanya di Kawasan Perumahan Rantau PETRONAS di kawasan Kerteh, dekat sini. Dipercayai, mangsa berusia 36 tahun dari Kuantan itu 'cair' dengan pujuk rayu suspek yang mendakwa dirinya seorang gadis berdarah kacukan Cina dan Eropah sehingga sanggup merakam dan mengirimkan gambar 'berahinya'. Sumber berkata, kerana terpedaya, mangsa kemudiannya turut memberikan nombor telefon bimbit kepada gadis yang memperkenalkan diri sebagai Alexa itu. "Suspek memujuk untuk melihat fizikal mangsa tanpa berpakaian dan mangsa tanpa banyak soal turut menghantar gambar-gambarnya dalam keadaan memberahikan itu kepada gadis berkenaan. | Rantai emas YB Teresa Kok diragut Posted: 15 Apr 2014 08:55 PM PDT Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, 50, berdepan dengan detik cemas apabila bergelut dengan dua peragut yang cuba merentap rantai emas dipakainya, Ahad lalu. Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa dikatakan diragut penjenayah yang menaiki sebuah motosikal berhampiran Taman Rainbow, Jalan Ipoh, Sentul, di sini. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mangsa ketika itu sedang membawa dua anak saudaranya berusia lima dan 11 tahun bersiar-siar di kawasan taman berkenaan. Menurutnya, dua lelaki tiba-tiba menghampiri mangsa dan cuba menarik rantai leher dipakai Teresa ketika itu. "Mangsa yang terkejut dengan tindakan itu cuba melawan sebelum terjatuh. Peragut kemudian cuba melarikan diri. "Teresa ada menjerit meminta bantuan orang ramai, tetapi dua suspek terbabit terus melarikan diri akibat panik," katanya. Zakaria berkata, Teresa dan dua anak saudaranya itu tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Sentul semalam untuk tindakan lanjut. | Perkosa, liwat gadis OKU Posted: 15 Apr 2014 08:01 PM PDT | MUHAMMAD HUNAIN (kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen George Town, Pulau Pinang semalam untuk didakwa atas tuduhan merogol seorang remaja OKU bawah umur. |
GEORGE TOWN – Seorang lelaki mungkin berhadapan dengan hukuman penjara 60 tahun dan sebatan selepas dia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) bawah umur. Tertuduh, Muhammad Hunain Shah Sufi, 24, yang hadir ke mahkamah bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan minta dibicarakan. Mengikut kertas pertuduhan, bagi pertuduhan pertama, dia didakwa telah merogol mangsa yang berusia 14 tahun 10 bulan di sebuah rumah beralamat di Paya Terubong di sini kira- kira pukul 3 petang pada 24 Mac lalu. Bagi pertuduhan kedua pula, dia yang mengenali mangsa didakwa mengulangi perbuatan terkutuk itu di lokasi yang sama kira-kira pukul 2 petang pada 26 Mac lalu. Muhammad Hunain turut dituduh melakukan persetubuhan di luar tabii dengan mangsa di lokasi yang sama pada pukul 3 petang pada 27 Mac lepas. Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0415&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2ywEWAB60 Hakcipta terpelihara | Tangan diikat dengan coli Posted: 15 Apr 2014 07:01 PM PDT JENJARUM - "Diam! Ini memang kerja kami," Itu kata-kata yang diteriakkan kepada pengusaha makanan tradisional dan keluarganya sewaktu berdepan detik cemas dengan sekumpulan perompak yang bersenjatakan tukul besi, pisau rambo dan pisau pemotong daging dalam satu kejadian di sebuah rumah di Jalan Idris, Kampung Jenjarum, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu, tangan Dahlia Tahiri, 51, diikat dengan wayar pengecas komputer riba sementara suaminya, Mohd Masudi Mohd Kasian, 51, diikat dengan baju dalam. Menceritakan detik cemas itu, Dahlia berkata, empat orang perompak telah bertindak membuka pintu biliknya sebelum mengarahkannya untuk diam. Difahamkan salah seorang perompak terbabit masuk ke dalam rumah mangsa melalui tingkap sebelum membuka pintu untuk tiga lagi rakannya masuk. Menurutnya, ketika itu dia bersama suaminya tidur di dalam bilik manakala dua anaknya masing-masing tidur di dalam bilik berasingan. "Suami mak cik baru 10 minit lelapkan mata terkejut dan menjerit lepas dengar bunyi pintu bilik dibuka tiba-tiba. | Dahlia bersama suaminya menunjukkan besi tingkap bahagian dapurnya yang berjaya diumpil. |
"Dengar saja suami jerit, perompak terus ambil wayar cas komputer riba dan ikat tangan saya. Suami pula diikat dengan baju dalam," katanya. Katanya, selepas itu tiga lagi suspek menarik seorang anak lelakinya yang sudah diikat tangannya masuk ke dalam bilik sebelum menghayun tali pinggang ke belakang anak lelaki berumur 16 tahun yang menghidap penyakit jantung. "Nasib baik anak perempuan sulung yang berumur 25 tahun tak diikat, tapi mereka berjaya tarik rantai emasnya dan meminta tanggalkan cincin emas di jari selepas mak cik beritahu tak simpan barang kemas di rumah," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Dalam pada itu juga katanya, kesemua perompak memaksa keluarganya menunjuk lokasi barang berharga diletakkan sebelum mereka menemui enam telefon bimbit pelbagai jenama, tiga buah komputer riba dan wang tunai sebanyak RM1,000. Difahamkan, perompak berkenaan mengambil masa kira-kira 20 minit menggeledah keseluruhan rumah termasuk bilik tidur anak-anak sebelum beredar selepas terdengar bunyi pili air dibuka oleh jiran. "Mak cik yakin mereka warga tempatan lepas dengar mereka cakap dalam loghat orang sini. "Mujur kami tak diapa-apakan tapi kesian tengok lebam di belakang badan anak lelaki. Kini kami anak beranak masih trauma," katanya. Berikutan kejadian itu, laporan dibuat di Balai Polis Jenjarum kira-kira 6 pagi semalam dan anggaran kerugian kira-kira RM12,000. | Twitter Ahmad Maslan burukkan blogger Pro-BN dibongkar Posted: 15 Apr 2014 06:01 PM PDT Tindakan Red Bean Army (RBA) pihak yang cuba menyerang Datuk Ahmad Maslan terkantoi seketika apabila fitnah yang cuba direka oleh mereka tidak menjadi. Semua sedia maklum dengan penubuhan Blue Wave Army yang dikatakan akan menepis segala tohmahan dan fitnah dari RBA. Melalui BWA juga mereka cuba menyerang Ahmad Maslan menyuntin akaun Twitter beliau. Persatuan Mukabuku Pulau Pinang membongkarkan kelemahan bodoh yang amat ketara: Itu ditujukan pada Spesis PALATAN yang mengedit kononnya ini la statement di twitter Dato Ahmad Maslan.
Hoi! Jangan kencing la wei….. Twitter HANYA BOLEH MUATKAN 140 HURUF SAHAJA lah…..!
Terang2 lah kalo hat jenih main telan ja info KENCINGAN macam ni akan pecaya BULAT2…
Pssttt : len kali try la bagi cukup 140 huruf der…baru la real….. Edit pun tak RARE langsung ni…buang karan ja….kehkehkeh… ;P
~BenangMerah | Isu suara azan: Pengerusi masjid pula buat kenyataan Posted: 15 Apr 2014 05:01 PM PDT | Masjid Perjiranan Pasir Gudang |
PASIR GUDANG: Masjid Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang mendakwa alunan azan serta tahrim yang dilaungkan tidak terlalu kuat sehingga mengganggu jiran berdekatan. Malah bukan speaker yang digunakan tetapi hanya kira-kira 11 corong pembesar suara yang diletakkan iaitu 4 di menara dan 7 di pencawang. Pengerusi masjid, Mohd Arif Ayub berkata masjid ini sangat berdekatan dengan taman perumahan yang kebanyakkan adalah orang Islam. Malah terdapat 29 rumah yang berada rapat dengan masjid, tetapi hanya Mohd Said sahaja yang membuat laporan polis, sedangkan jiran lain merasa tidak terganggu. "Semua ahli jawatankuasa masjid dan penduduk telah berbincang dan mengatakan ia tidak terlalu kuat. Hanya seorang sahaja yang berkata ia mengggangu. Kenapa benda ni berlaku dan dibawa ke laporan polis? Sepatutnya ia dibawa dulu ke pengerusi masjid, penghulu ataupun jabatan agama. Itu yang terbaik sekali kerana jabatan agama akan menasihati kita. Kami pernah mendapat komen dari penduduk dan jabatan agama beritahu kami dan kami terus ambil tindakan," kata Mohd Arif. Bagi jiran selang empat buah rumah dengan pengadu, Nor Aishah Sulaiman berkata dia tidak pernah rasa terganggu dan tertekan dengan alunan azan atau kegiatan lain yang pihak masjid jalankan. Katanya, pernah satu ketika pihak masjid menurunkan volume pembesar suara dan penduduk yang berjauhan dengan masjid tertanya-tanya tentang waktu azan kerana tidak kedengaran. "Selaku jiran sebelah masjid dan penduduk, kami rasa terganggu dengan speaker azan, tahrim kuliah dan sebagainy seperti yang disiarkan di Facebook dan internet. Kami tak tertekan sebab dia bukan 24 jam berbunyi, hanya pada waktu azan, kuliah serta fardhu ain sahaja," kata Noraishah.
Sementara itu Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang, A.Rahim Latif berkata pihaknya akan menaikkan ketinggian corong pembesar suara dari 30 kaki kepada 60 kaki agar tidak kuat kepada penduduk berdekatan dan masih boleh didengari bagi mereka yang jauh. Namun katanya, ia memerlukan masa kerana kekurangan dana untuk berbuat demikian. Setakat ini pihak masjid telah memperlahankan sedikit pembesar suara dari 100 peratus kepada 50 peratus. "Kita telah berjumpa dengan pihak pengadu dan pihak masjid. Pihak masjid telah mempertimbangkan aduan pihak pengadu. Pada peringkat awal memang kita sedar kedudukan tiang speaker ini dekat dengan rumah beliau iaitu dengan ketinggian 30 kaki. Kita akan usaha untuk dapatkan dana untuk meninggikan menara dari kedudukan asal," kata beliau. Pembesar suara yang digunakan Sementara itu, seorang jemaah masjid berkenaan turut tampil untuk memberikan keterangan tentang apa yang sebenarnya berlaku. Kata beliau, pihak pengada merupakan seorang yang selalu berjemaah di masjid berkenaan dan bukanlah anti-azan. "Beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri-siri ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speaker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat. "Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar lima minit sahaja, tetapi jika tahrim dan siri-siri ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11 malam," kata beliau dalam satu kenyataan. Sebelum ini, media sosial dikejutkan dengan laporan polis oleh lelaki Melayu dan beragama Islam berusia 56 yang mengatakan alunan azan subuh mengganggu tidurnya. Salinan laporan polis yang tersebar sejak beberapa hari lalu antaranya mendakwa pada jam 5.45 pagi pada 8 april lalu, ketika sedang tidur di rumahnya di Jalan Perjiranan, Pasir Gudang, lelaki itu terjaga akibat bacaan tahrim dan laungan azan yang kuat. Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/penduduk-tidak-merasakan-azan-terlalu-kuat-33983?cp | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan