Rabu, 16 April 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


waadat

Posted: 16 Apr 2014 01:36 PM PDT

waadat


Makin cerdik atau makin bodohkah kita?

Posted: 16 Apr 2014 03:04 AM PDT

Jika kepandaian itu berdasarkan perbezaan ilmu yang kita miliki dulu dengan ilmu yang kita ada sekarang ditambah pengalaman sememangnya kita layak dikatakan semakin pandai. Namun bagaimana ilmu yang kita ada berbanding keperluan sekarang? Berapa besarkah ruang lingkup yang perlu kita kuasai hari ini?

Suatu ketika dulu jika seseorang membaca senaskah akhbar setiap pagi sudah dianggap terkehadapan namun di zaman sekarang info bertali arus menujah masuk peranti yang kita miliki pada setiap detik dan maklumat sentiasa bertukar status pada setiap ketika.

Justeru kemahiran asas yang wajib dikuasai sudah menganjak ke hadapan. Jika dulu sumber maklumat dikawal rapi dan hanya tiba pada kita setelah disahkan namun sekarang kita disuap berita mentah selari dengan tempat kejadian.

Itu berkenaan kita yang sudah dewasa. Bagaiamana dengan anak-anak kita? Tegalkah mereka dengan cabaran semasa atau bertukar menjadi tegar dan akhirnya menjadi tidak peduli dengan sebarang peringatan mahupun ancaman?

THE FLYING KICK

Posted: 16 Apr 2014 01:26 PM PDT

Apa Yang Tersirat

Posted: 16 Apr 2014 01:24 PM PDT

Apa Yang Tersirat


MH370: Mengapa Susah Dicari?

Posted: 16 Apr 2014 06:05 AM PDT

Memasuki hari ke-40; tiada sebarang tanda di mana pesawat yang membawa 239 penumpang bersama kru yang hilang kurang satu jam selepas berlepas daripada KLIA pada 8 Mac menuju Beijing, China.

Hanya satu perancangan rapi sahaja, menyebabkan pesawat itu sukar dicari. Kalau ianya kemalangan biasa, sudah tentunya tidak akan terjunam di lokasi yang terlalu jauh melencong daripada lokasi asal.

Melihat cara pesawat itu hilang, memang satu perbuatan manusia. Alat komunikasi pesawat dipadam selang 14 minit, bermula pada 1.07 pagi kemudian 1.21 pagi. Pesawat hilang daripada radar awam 1.30 pagi; meskipun dikesan radar tentara pada 2.15 pagi 320km utara Pulau Pinang. Data ini yang digunakan bahawa pesawat itu berpatah balik, dan kemudian meneruskan penerbangan di lokasi terpencil, lautan yang terdalam.

Hanya perbuatan manusia sahaja yang membolehkan pesawat mengubah-ubah ketinggian dan mengubah-ubah laluan serta mengubah-ubah kelajuan. Kalau autopilot, tidak akan berlaku demikian.

Data menunjukkan bahawa pesawat sebaik sahaja mula memasuki ruang udara Vietnam, maka berpatah balik, lalu terbang tinggi ke paras 45,000 kaki atas permukaan laut, 10,000 kaki limit biasa. Pesawat itu terbang selama 23 minit pada ketinggian itu; kemudian, turun ke paras 23,000 kaki dan turun lagi sehingga 5,000 kaki atas permukaan laut, namun dengan kelajuan maksimum. Tujuan terbang rendah dengan kelajuan supersonic adalah bertujuan menghindar dikesan radar bumi; terbang tinggi, adalah untuk mempingsankan penumpang dan kru. Dua kemungkinan berlaku pertama pesawat itu diterbang oleh seseorang yang berada di cockpit pesawat, yang kedua, pesawat dikawal menggunakan drone oleh pesawat lain; kemungkinan pesawat tempur. Selepas 9/11, memang pesawat komersil, boleh dikendalikan secara drone (kawalan komputer) oleh pasukan jet fighter. Di Dunia, hanya Amerika dan Isreal sahaja mempunyai kepakaran itu.

Hukum Hudud Kelantan: Pakatan Rakyat Bakal Berpecah

Posted: 15 Apr 2014 04:45 PM PDT

JIKA benarlah PAS serius untuk membentangkan usul di Dewan Rakyat Jun ini secara bersendirian berhubung pelaksanaan Hukum Hudud Di Kelantan; kemungkinan besar tindakan itu akan menghancurkan pakatan longar Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat adalah terdiri daripada Parti DAP, PKR dan PAS.Pakatan tiga parti itu sebenarnya wujud selepas PRU-12 dan sehingga kini tidak didaftarkan sebagai parti.

Hukum Hudud secara konsisten ditolak oleh DAP dan turut diikuti PKR.

Ada desas desus, bahawa 88 ahli BN yang beragama islam akan menyokong usul Pas itu, jika ini berlaku, maka iannya akan menjadi undang-undang dalam negara.

Jika menurut laporan yang memetik Presiden PAS Dato Abdul Hadi Awang; Pas dikatakan tidak akan berganjak dengan keputusan parti itu untuk membentangkan usul Hukum Hudud di Dewan Rakyat; meskipun mendapat halangan dan tentangan daripada sekutunya DAP dan PKR. 

Akan tetapi, satu kemuskilan masih berlaku, sejak wujudnya Pakatan Rakyat, apa sahaja tindakan PAS, bakal akan cair, apabila diadakan mesyuarat permufakatan Pakatan Rakyat. Atas sebab itu, pendirian PAS bagi pelaksanaan  HUKUM HUDUD di Kelantan; sebenar masih kabur; malah ada yang menyiafatkannya sebagai sandiwara lama parti itu.

Cucu Tok Selampit

Posted: 16 Apr 2014 01:04 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Baru Sidang DUN Selangor Yang Pertama Baginya, @drwanazizah Sudah Seakan Nyanyuk

Posted: 16 Apr 2014 05:41 AM PDT

Video sidang DUN Selangor yang pertama bagi ADUN PKR Kajang yang baru memenangi kerusi beliau baru-baru ini yang seakan melatah dan nyanyuk, menjadi 'viral' di media sosial. Datin Seri Dr Wan Azizah kelihatan tidak tahu peraturan dewan, tidak fokus dan tidak mempunyai topik perbincangan yang jelas. 

Malah tindakan beliau meminta ADUN Sungai Panjang, YB Budiman Mohd Zuhdi, bertanya soalan kepada beliau menimbulkan kekeliruan dan gelak ketawa di dalam dewan berkenaan hari ini. Timbalan Speaker, YB Nik Nazmi juga kelihatan tersenyum dan terpinga-pinga. Lebih memalukan apabila Wan Azizah disindir oleh YB Budiman dengan kata-kata sinis, "ini peraturan mana, tidak minta untuk bertanya, tapi diarahkan untuk bertanya." Tonton sendiri video di bawah:

'Flash Mob' Handphone Tian Chua - Yang Jadi Keldai Pakcik Makcik Kaum Melayu

Posted: 15 Apr 2014 10:50 PM PDT


Gambar di atas diambil di hadapan IPD Sentul. Kononnya, Makcik dan Pakcik yng berbangsa Melayu Islam ini tengah buat 'flash mob' dan tunjuk perasaan aman meminta agar pihak polis memulangkan kembali telefon bimbit Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, yang disita untuk membantu polis menyiasat kes di bawah Akta Hasutan 1948. 

Selagi ada barua-barua Melayu, selagi itulah mertabat Melayu akan dipijak oleh kaum-kaum lain. Eloklah Pakcik dan Makcik layan sahaja cucu di rumah daripada buat kerja yang tidak berfaedah ini. Apa ke hal nak 'flash mob' isu telefon bimbit, suruh Tin Chua beli baru sudahlah.

Betulkah Penghulu PAS Dikesan Mengambil BR1M 3.0 2 Kali?

Posted: 15 Apr 2014 05:58 PM PDT


Seorang Penghulu Mukim Wakaf Bharu telah dikesan mengambil BR1M 3.0 sebanyak dua (2) kali. Menurut laporan, pada 01.04.14 beliau telah mengambil surat BR1M di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kota Bharu dan telah menukar tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) Pengkalan Kubor dengan nilai sebanyak RM650. Penghulu berkenaan yang dikenali sebagai Mohd Sanusi Mohammad (KP No. 620805-03-5575) yang beralamat di Lot 224, 1A, Jalan Baru Wakaf Bharu adalah seorang Penghulu Mukim Wakaf Bharu merangkap Bilal di Masjid Wakaf Bharu.

Pada 14.04.14 beliau telah hadir ke Majlis Penyampaian BRIM 3.0 yang diadakan oleh UMNO Bahagian Tumpat di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pengkalan Kubor untuk menerima baucer dan menukar wang tunai bernilai RM650. Kakitangan Maybank telah dapat mengesan hal ini dan membuat semakan di BSN Pengkalan Kubor dan didapati beliau telah mengambil wang BR1M tersebut. 

Setelah didesak beliau membuat pengakuan dan pada mulanya beliau tidak mahu mengaku tetapi setelah diugut utk membuat laporan polis beliau mengaku mengambil 2 kali dan akan menyerahkan kembali wang tersebut. Kita fikir baiklah perkara ini. Mungkin Penghulu berkenaan berfikir bahawa BR1M yang disediakan untuk Penghulu adalah 'double' kot?

PEJUANG BANGSA

Posted: 16 Apr 2014 11:57 AM PDT

PEJUANG BANGSA


REBUT PRESIDEN PKR ADALAH SANDIWARA ANWAR IBRAHIM - TUN M

Posted: 16 Apr 2014 07:35 AM PDT




Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pertandingan suami isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merebut jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu, hanya sandiwara Anwar.
   
"...Anwar selalu mengadakan sandiwara, sepanjang masa dia hidup dalam sandiwara, dia nak jadi PM (perdana menteri) atas pentas bolehlah. Macam-macam yang dia buat, semuanya sandiwara," katanya.
   
Bekas perdana menteri itu berkata pertarungan suami isteri berkenaan adalah gimik politik yang mempunyai tujuan tertentu atau 'ada udang sebalik batu'.
   
Pada pemilihan parti itu bulan depan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan bertanding jawatan timbalan presiden mencabar penyandangnya Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan muka baharu Datuk L Ramachandran.
   
Bagi empat tempat naib presiden, dua penyandangnya iaitu Nurul Izzah Anwar anak sulung Anwar, dan Tian Chua akan berhadapan pertandingan 15 penjuru, selain terdapat 76 calon akan berebut untuk mendapat tempat dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Menyentuh cadangan Pas untuk membawa usul rang undang-undang persendirian mengenai Hukum Hudud di Dewan Rakyat, Dr Mahathir berkata itu adalah hak mereka dan terpulang kepada anggota Dewan Rakyat untuk membuat keputusan.
   
"Jika majoriti (daripada mereka) menyokong, (jawapannya) ya, tapi saya tidak tahun sama ada usul ini memerlukan majoriti dua pertiga atau tidak. I akan meletakkan DAP dan Umno dalan kedudukan memalukan," katanya kepada pemberita selepas memberikan satu ceramah umum di Universiti Teknologi Malaysia di sini.
   
Sebelum ini kerajaan Pas Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan. - Bernama

KECOH !! GAMBAR PENYOKONG PERAK MENGAMUK & BERTEMPUR DENGAN FRU STADIUM IPOH !!

Posted: 16 Apr 2014 12:04 AM PDT


Pasal kalah bola sepak  je nak merusuh dan mengamuk .. sampai mencederakan orang lain itu sudah  teruk .

Kalau nak marah kepada pengurusan PAFA , jangan la membuat onar dan boleh membahayakan orang lain.


Empat penyokong Perak ditahan polis kerana merusuh dengan membaling batu, suar, mercun dan pelbagai objek ke dalam padang serta penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas menyaksikan pasukan mereka tewas 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, di sini malam tadi.

Kekecohan itu turut mengakibatkan jurgambar NSTP Supian Ahmad dan beberapa penyokong JDT turut cedera akibat dibaling objek keras termasuk batu.






Kekecohan dikatakan mula tercetus di bahagian tempat duduk penyokong pelawat apabila sebahagian besar penyokong tuan rumah menyerbu dan membaling pelbagai objek.

Situasi semakin tegang menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengarahkan penyokong JDT masuk dan berkumpul di padang bagi mengelak daripada dibaling dan bertembung dengan penyokong Perak yang semakin tidak terkawal.

Menjelang tengah malam ini, FRU mula menggunakan gas pemedih mata dan jentera menyembur air ke arah kumpulan penyokong Perak yang enggan bersurai manakala empat penyokong turut ditahan.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berada di stadium untuk memantau keadaan mengesahkan tangkapan penyokong Perak terbabit.


Keadaan mula reda apabila penyokong JDT diiring polis keluar dari stadium hingga menaiki bas mereka sebelum kenderaan polis turut mengiring mereka ke plaza tol Lebuhraya Utara Selatan.






Keris Pusaka Melayu

Posted: 16 Apr 2014 11:30 AM PDT

Keris Pusaka Melayu


Kenyataan Presiden PAS Muka Hadapan Utusan Malaysia @UMOnline Pertahan Hudud – Takbirrrr !!!

Posted: 15 Apr 2014 06:22 PM PDT

Tahniah… Harap ini detik permulaan perpaduan Islam Umno dan Pas…


IPOHMALAY

Posted: 16 Apr 2014 09:55 AM PDT

IPOHMALAY


Menakutkan, tanah-tanah masjid, surau, tanah-tanah perkuburan di negara ini dalam bahaya

Posted: 16 Apr 2014 01:00 AM PDT

APABILA BILANGAN MELAYU ISLAM TAK SEDAR DIRI TERUS MENINGKAT, MAKA KEDUDUKAN MASJID-MASJID, SURAU-SURAU, PERKUBURAN-PERKUBURAN ISLAM DI NEGARA INI YANG TIDAK BERGERAN AKAN TERANCAM.

INI KERANA MELAYU JENIS INI CENDERUNG MENAIKKAN GOLONGAN BUKAN ISLAM YANG CENDERUNG MEMPERTIKAI SEGALA-GALANYA TENTANG ISLAM UNTUK MENJADI PELINDUNG MEREKA YANG JELAS SEKALI AKAN MEMBAWA MUSIBAH KE ATAS UMAT ISLAM DI NEGARA INI.



BENARKAH tanah-tanah masjid, surau, tanah-tanah perkuburan dan institusi keIslaman lain di negara ini tidak memiliki status hakmilik atau geran?

Adakah kerajaan BN yang menaungi beberapa negeri terlalu yakin bahawa negeri mereka akan kekal dinaungi selama-lamanya.

Jika ia berada di bawah BN, atau di bawah Pas seperti di Kelantan mungkin tiada masalah, tetapi bagaimana sekiranya terlepas kepada tangan DAP seperti di Pulau Pinang atau kuasa politik Melayu yang dipegang oleh DAP seperti di Selangor atau Perak?

Saya difahamkan di Selangor hampir kesemua tanah masjid dan institusi agama Islam tidak mempunyai geran hakmilik, yang membuka ruang untuk diambil alih sewenang-wenangnya pada bila-bila masa.

Ingatan ini, saya difahamkan telah dititahkan berkali-kali oleh DYMM al-Sultan Selangor, tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan BN yang terdahulu.

Sekarang sudah terlambat. Difahamkan ada antara di negeri pembangkang itu mahu meminta tanah untuk mendirikan masjid pun amat sukar. Macam-macam syarat diletakkan.

Antaranya, jika tanah masjid diberikan, kena agih juga sama rata untuk tanah kuil, tokong dan gereja. Mereka mempunyai kepercayaan semuanya harus sama-rata, termasukkan jika diluluskan lima hektar tanah masjid dalam masa yang sama kena lulus juga lima hektar tanah bagi rumah ibadat agama-agama lain.

Tahniahlah diucapkan kepada orang Melayu Islam yang telah bersetuju dengan langkah tersebut.

Bak kata pepatah Melayu kuno "nasi sudah menjadi bubur." Saya tidak kata kita tidak boleh makan bubur, namun saya masih belum berjumpalah orang memakan bubur sebagai makanan ruji setiap hari.

Jika beras sudah menjadi bubur, ia tidak boleh menjadi nasi semula, walau dilakukan apa sekalipun.

Oleh itu, jadikanlah apa yang berlaku di negeri-negeri pembangkang itu sebagai iktibar kepada kita semua.



Artikel Penuh: UTUSAN 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

bumiyang

Posted: 16 Apr 2014 03:33 AM PDT

bumiyang


Abai Kepentingan Rakyaat Minoriti dan Rakyaat Majoriti -Nasib Siapa Yang Kerajaan Selangor Bela???

Posted: 16 Apr 2014 01:08 AM PDT

Isu Kesihatan Anwar Strategi Elak Dedah Kedudukan MH370 dan Raih Simpati Liwat 2???

Posted: 15 Apr 2014 07:48 PM PDT

Ohpolitik!™

Posted: 16 Apr 2014 03:28 AM PDT

Ohpolitik!™


SEBARKAN : Apa Beza Antara PANDA DAN BABI? #MalaysiaNews

Posted: 16 Apr 2014 02:10 AM PDT

Antara Realiti dan Fakta PANAS berhubung Isu Babi dan Panda 

Peruntukkan RM500 hingga RM800 Seorang Demi Menjayakan HIMPUNAN 1 MEI BANTAH GST! #MalaysiaNews

Posted: 16 Apr 2014 01:20 AM PDT


Demi perjuangan ke Syurga, Puak kahak hijau dikerah untuk turun berhimpun pada 1 Mei 2014 ini. Ironinya bukan kerah sahaja, pelincir turut turun bagi menjayakan perhimpunan ini.

Semua Unit Amal ada peruntukan untuk datang ke KL dan telah diserahkan kepada ketua-ketua kawasan. terpulang kepada kejauhan kawasan tapi dikhabarkan sebanyak RM500 ke RM800 seorang.

Mereka yang terlibat sudah dikenalpasti adalah:
(a) Che Gu Bard 
(b) Mohamad Faizal Ab Rahman - Ketua Sekretariat GST SAMM Kebangsaan
(c) Mohamad Bukhari Sofian - Naib Presiden 2 GAMIS / Pengerusi SMM
(d) Safwan Anang
(e) Abd Malik Ab Razak - Presiden GAMIS / Pengerusi BANTAH
(f) Edy SAMM
(g) Muhammad Najib - MPN GAMIS
(h) Arulchelvam - PSM
(i) Rafizi Ramli - Pengarah Strategi PKR
(j) Dr Hatta Ramli
(k) Kamarulzaman Mohamad
(L) Ust Zaharudin Mohamad - Ketua Lajnah Penerangan DPPM / Pengerusi Gerakan Bantah GST
(M) Ahmad Syukri Ab Razab - SUARAM
(N) AZAN SAFAR - Pengerusi TURUN
(O) Abd Muqit
(P) Yazid Kamarul Zaman - Pengerusi KECAM

Turut serta adalah kumpulan ad-hoc seperti kumpulan pelajar yang tak pernah kerja dan tak faham apa pasal GST iaitu Gerakan Anak Muda BANTAH GST (BANTAH), Gerakan Bantah GST dan Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.




BERITA TRAGIS : Melayu Cacai Demo Demi Ipad dan HP si Tian Chua!

Posted: 16 Apr 2014 01:01 AM PDT



SUNGGUH TRAGIS BEBERAPA KERAT MELAYU. KURANG DARI 10 ORANG BEBERAPA ORANG PAK CIK DAN MAK CIK MELAYU BUAT DEMONSTRASI DI IPD SENTUL SEMATA-MATA NAK TUNTUT KEMBALIKAN HANDPHONE TIAN CHUA YANG SEDANG DISIASAT KERANA INGIN MENJATUHKAN KERAJAAN DALAM MASA 5 TAHUN.

ISU RAMPAS Bible : AnwarIbrahim Cari Alasan Serang Khalid? #MalaysiaNews

Posted: 16 Apr 2014 12:56 AM PDT

Pada Januari lalu, Jabatan Agama Islam Selangor merampas 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban dari premis Pertubuhan Bible Malaysia di Petaling Jaya dan ia masih belum dipulangkan hingga kini. Gambar fail The Malaysian Insider.

Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas cara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam menangani isu rampasan Bible berbahasa Melayu yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) dan mendesak ia dipulangkan semula.

Ketua pembangkang itu berkata, kerajaan negeri sepatutnya mengambil tindakan tegas dalam isu tersebut dan tidak melepaskan diri daripada tanggungjawab.

"Kerajaan negeri tidak boleh lepas tangan dan perlu mengambil inisiatif.

"Mereka boleh pulangkan kembali kitab Injil yang dirampas. Kerajaan negeri perlu ambil tindakan tegas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Pada Januari lalu, Jais merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban dari pejabat PPBM.

Akibat Pemimpin Lalai Dengan Kenyataan 'Blue Wave Army' @ahmadmaslan

Posted: 15 Apr 2014 05:43 PM PDT



Berapa pantasnya Red bean Army mengambil kesempatan dikala BN baru ura-ura untuk menubuhkan tentera siber yang diberi nama 'Blue Wave' bagi melawan fitnah yang dilontarkan oleh mereka.

Perkara pertama yang dibuat oleh mereka adalah dengan membuat twiteer palsu yang kononnya Datuk Ahmad Maslan yang menulisnya.

Dalam twiteer tersebut Ahmad Maslan telah menghina blogger, facebookers yang pro-Umno dengan mengatakan mereka sebagai sebagai sampah.

Ini mengundang kemarahan yang amat sangat kepada beberapa blogger dan facebookers seperti dibawah:




Apa yang pastinya RBA pandai mencari peluang dan ruang akibat kelalaian pemimpin kita membuat kenyataan.

Sebelum itu Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan mencadangkan penubuhan tentera siber parti untuk menjawab fitnah pasukan siber pembangkang Red Bean Army (RBA). 


Beliau yang tertarik dengan penggunaan nama 'Blue Wave Army' menambah, kewujudan tentera siber parti juga dapat memberikan penjelasan yang sahih kepada masyarakat dalam isu yang sering diputarbelitkan pembangkang seperti isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP). 

"Paling utama, kita tidak akan ikut cara mereka (RBA). Kita tidak akan memfitnah dan hanya akan cerita kebenaran serta perkara yang perlu diberikan penjelasan kepada rakyat. 

"Tetapi kalau mereka serang kita, kita kena jawab. Kita jangan biarkan mereka serang kita begitu saja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Umno Bahagian Cheras bertemakan 'Menyantuni Masalah Rakyat' di sini, hari ini. 

pengundisetiasungairapat

Sahabat-Gunung

Posted: 16 Apr 2014 01:46 AM PDT

Sahabat-Gunung


"WANTED" .....

Posted: 15 Apr 2014 10:00 PM PDT

"WANTED"



Dia ni mungkin terlibat kes pecah bas semalam..

Mungkin dapat membantu..

Kesian dekat pengusaha bas tanggung kerosakan.

Harap pihak polis dapat mengesan budak ini.



Share dari FB: Setia Johor

Program Bebas Muflis Di JOHOR ..... JB

Posted: 15 Apr 2014 08:45 PM PDT


Program Bebas Muflis meneruskan sessi taklimat & pendaftaran Bebas Muflis, kali ini di Johor Bahru .... buat sahabat-sahabat yang mengalami masalah nie khususnya yang menjadi mangsa atau orang ketiga sehingga muflis, jangan malu dan jangan segan untuk datang ke program ini...

Paling penting sebelum datang, sila daftarkan dulu di www.bebasmuflis.com


Jumpa di sana...

Pusat Bagi RM1.14B, Selangor Baru Guna RM640 ... Mana Yang Lebih?

Posted: 15 Apr 2014 07:07 PM PDT


Pusat Bagi RM1.14B, Selangor Baru Guna RM640 ...

Mana Yang Lebih?



Alamak, terlupa..... Selangor Ada Penasihat Ekonomi RM1

Janji Dicapati .....

Posted: 15 Apr 2014 05:15 PM PDT


WAH WAH WAH, lepas pilihanraya terus mereka nak membatalkan air percuma di Selangor. Kepada penduduk Selangor admin nak ucapkan tahniah kepada anda semua. Satu lagi JANJI DICAPATI oleh Pakatan Rakyat.

Kepada mereka yang akan kata " ADUN DAP tak akan cakap benda macai ini " sila klik link ini



Kerajaan yang selama ini diagung-agungkan dengan slogan negeri bekerbajikan dan pemimpin yang menjiwai rakyat tetapi sebenarnya ada udang disebalik batu. Untuk apa semua ini?? Apa kata macai-macai PR? Mereka dulu kata air percuma bawah PR dan sekarang nak tarik balik dah ?


Kepada macai yang akan kata ini fitnah, sila klik link ini

Padang Ke Depan, Usah Salahkan Malaysia - H2O

Posted: 15 Apr 2014 10:00 AM PDT


Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menggesa semua pihak digesa memandang ke hadapan berhubung operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, bukan berpatah balik dan cuba menyalahkan sesiapa

Menuduh Malaysia bersalah berhubung kehilangan pesawat itu adalah tidak berasas dan oleh kerana kejadian itu belum pernah berlaku, maka tiada duluan untuk dijadikan tanda aras dalam usaha mencarinya.

Beliau menyatakan demikian apabila ditanya tentang urutan masa Malaysia berkongsi maklumat ketenteraannya yang sensitif dengan pihak berkuasa penerbangan berkaitan kehilangan pesawat itu pada 8 Mac.

"Anda melihat terlalu jauh ke belakang, sedangkan ketika ini kami berusaha untuk mengecilkan fasa operasi mencarinya. Malangnya, kita masih membuat
spekulasi tentang perkara yang tidak bersifat memandang ke hadapan.

"Apa yang ingin saya lakukan mengenai penubuhan jawatankuasa peringkat kementerian dan panel penyiasat antarabangsa yang akan dibentang kepada Kabinet beberapa hari lagi adalah untuk menangani semua isu itu.

"Tapi, apa yang penting sekarang adalah memandang ke hadapan dan kami bergerak ke fasa seterusnya dalam usaha mencari. Adalah tidak wajar bagi anda hendak menyalahkan Malaysia. Apakah yang akan anda lakukan apabila menghadapi sesuatu yang dunia tidak pernah menghadapinya sebelum ini. Apakah tanda aras yang hendak anda jadikan ukuran?" katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
           

Hishammuddin berkata maklumat akan diberi apabila pesawat berkenaan atau kotak hitam dijumpai.

Aplikasi E-RumahJohor Untuk Pohon Rumah Mampu Milik Di Johor

Posted: 15 Apr 2014 08:47 AM PDT


Bermula esok, permohonan untuk mendapatkan rumah mampu milik di Johor boleh dibuat menerusi aplikasi Sistem Permohonan Rumah Johor atau e-rumahjohor, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata sistem itu yang dibangunkan menerusi kerjasama kerajaan negeri dan Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor (USTICT) bertujuan memudahkan rakyat di negeri itu membuat permohonan.

"Sistem ini beroperasi bagi memudahkan orang awam untuk mendaftar dan memohon rumah mampu milik dan kos rendah yang telah disediakan oleh kerajaan negeri secara dalam talian," katanya dalam sidang media selepas  merasmikan Minggu Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor (MISTI Johor 2014) hari ini.

Beliau berkata sistem itu juga boleh dilayari menerusi portal rasmi kerajaan negeri atau terus ke erumah.johor.gov.my.

Menurut Mohamed Khaled, kewujudan aplikasi erumahjohor juga akan meningkatkan kecekapan kerajaan negeri dari segi mengutamakan daerah atau kawasan yang lebih memerlukan pembangunan projek perumahan mampu milik.

Aplikasi ini juga akan membantu kerajaan negeri merancang dengan lebih teliti, selain memastikan bekalan rumah yang tidak melebihi permintaan serta tidak membebankan pemaju perumahan yang terlibat, katanya.

Sehingga ini katanya, kerajaan telah menerima 40,000 permohonan secara manual daripada rakyat Johor untuk mendapatkan rumah mampu milik.

Kerajaan negeri kata Mohamed Khaled telah mengumumkan pembinaan 28,000 unit Rumah Kos Rendah dan Rumah Mampu Milik Johor dalam tempoh lima tahun akan datang bermula 2013.

Sementara itu beliau turut berkata kerajaan negeri sedang mengkaji untuk meningkatkan kemudahan capaian Internet menerusi perluasan perkhidmatan Wi-fi di tempat-tempat tumpuan utama masyarakat.


Untuk peringkat awal katanya, kerajaan negeri akan menyediakan kemudahan Hotspot Wi-fi di 100 lokasi termasuk di Iskandar Malaysia.

#MH370 Remains In Our Heart .....

Posted: 15 Apr 2014 08:24 AM PDT

#MH370
Remains In Our Heart .....

May Family Members Stay Strong

Naik Tarif Air Buktikan Pakatan Gagal Tunai Janji PRU13

Posted: 15 Apr 2014 05:09 AM PDT


Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang menyelar tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menaikkan tariff air di negeri tersebut.

Ketuanya, Rafizal Abd Rahim berkata, cadangan menaikkan tariff air ini berlaku tidak sampai setahun surjac air dinaikkan 100% dari RM0.24 sen ke RM 0.48 sen.

"Ini adalah bebanan tambahan kepada rakyat Pulau Pinang. Cadangan ini juga berlawanan dengan janji-janji pakatan dalam manifesto mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, di mana mereka berjanji untuk tidak akan menaikkan tarif air di negeri ini.

Hakikatnya, rakyat Pulau Pinang sekali lagi akan ditipu jikalau kenaikan tarif ini benar-benar berlaku," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bendera.

Tambahnya, rakyat Pulau Pinang tidak harus dibebani untuk menanggung kos operasi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang semakin menaik ekoran ketidak-cekapan pentadbiran mereka.

"Sebelum ini rakyat sudah berasa terbeban dengan caj perkhidmatan air selepas Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menaikkan surcaj pemulihan air sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2010 dan 2013.

Sekarang mereka hendak naikkan pula kadar tarif air sebanyak seratus peratus yang dijangka akan dilaksanakan hujung tahun ini dan keputusan berkenaan tidak wajar," katanya.


Justeru, beliau meminta agar kerajaan negeri termasuk PBAPP membatalkan cadangan berkenaan demi kepentingan rakyat.

Aspirasi Bangsa

Posted: 16 Apr 2014 01:44 AM PDT

Aspirasi Bangsa


Pengguna Facebook, waspada pepijat Heartbleed

Posted: 15 Apr 2014 05:56 PM PDT

Taipingmali (tm)

Posted: 16 Apr 2014 01:31 AM PDT

Taipingmali (tm)


Motif utama ialah membela peliwat, buksn GST

Posted: 16 Apr 2014 01:29 AM PDT




Analisis Awal 1 Mei : Bantah GST Sampai Tumbang

Sumber analisis berdasarkan kepada kempen melalui Facebook dan Blog.

Tarikh : 1Mei 2014
Masa : 1400hrs
Lokasi : KLCC

Pendahuluan:
Kumpulan demonstrasi ini dijangka akan mula berkumpul sebaik selepas menunaikan solat zohor di masjid as syakirin KLCC. Difahamkan kumpulan akan berkumpul di hadapan bangunan KLCC sebelum memulakan perarakan menuju ke Dataran Merdeka. Kumpulan ini akan diketuai oleh Mohamad Sabu - Timbalan PAS Pusat.

Penyertaan :
Setakat 15 APR 2014, seramai lebih kurang 1,000 orang telah memberi pengesahan penyertaan mereka didalam demonstrasi tersebut. Pengesahan ini dilakukan melalui Facebook 1Mei Bantah GST Sampai Tumbang.

Penyertaan NGO :
(a) Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
(b) Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
(c) GAMIS
(d) DEMA
(e) PMIUM
(F) Kumpulan Rejemen Anarki

Penyertaan Politik :
(a) PAS
(b) PSM
(c) PKR
(d) DAP

Penubuhan NGO Ad-Hoc :
(a) Gerakan Anak Muda BANTAH GST (BANTAH) - Student
(b) Gerakan Bantah GST -
 Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia

Individu Dijangka Hadir :
(a) Che Gu Bard
(b) Mohamad Faizal Ab Rahman - Ketua Sekretariat GST SAMM Kebangsaan
(c) Mohamad Bukhari Sofian - Naib Presiden 2 GAMIS / Pengerusi SMM
(d) Safwan Anang
(e) Abd Malik Ab Razak - Presiden GAMIS / Pengerusi BANTAH
(f) Edy SAMM
(g) Muhammad Najib - MPN GAMIS
(h) Arulchelvam - PSM
(i) Rafizi Ramli - Pengarah Strategi PKR
(j) Dr Hatta Ramli
(k) Kamarulzaman Mohamad
(L) Ust Zaharudin Mohamad - Ketua Lajnah Penerangan DPPM / Pengerusi Gerakan Bantah GST
(M) Ahmad Syukri Ab Razab - SUARAM
(N) AZAN SAFAR - Pengerusi TURUN
(O) Abd Muqit
(P) Yazid Kamarul Zaman - Pengerusi KECAM

Pengangkutan :
Dijangka sebahagian peserta demonstrasi akan menggunakan pengangkutan awam seperti BAS dan LRT Putra utk menuju ke KLCC.

Pakaian :
Hitam - Turun/antifa/anarki
Hijau - Lynas/green peace
Kuning - Bersih
Merah - sosialis/kesatuan sekerja

Just utk makluman kita....
jawatan kuasa penaja hari 1 mei telah bermesyuaratdi ibu pejabat pas jalan raja laut mesyurat

MH 370 belum jawab kata Anwar...Jam Omega dari 2008 pun belum jawab!

Posted: 16 Apr 2014 12:30 AM PDT


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan masih belum menjawab beberapa persoalan utama mengenai kehilangan MH370 yang sudah masuk hari ke-39.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya memberikan maklumat dan jawapan mengenai radar yang tidak dapat mengesan pertukaran laluan pesawat MH370 dan juga isi kargo yang dibawa oleh pesawat tersebut.

"Perdana Menteri Malaysia harus tampil ke hadapan untuk menjawab persoalan-persoalan ini, jangan sembunyikan apa-apa maklumat mengenai MH370.

"Kita ingin tahu sama ada radar yang mengawasi ruang udara negara ini tidak berfungsi atau kerajaan sebenarnya sedang menyorokkan maklumat mengenai kehilangan MH370," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya, kesahihan maklumat yang diterima dari pihak kerajaan berkenaan isi kargo yang dibawa oleh MH370 pada 8 Mac lalu agak meragukan.

"Berdasarkan maklumat yang diberikan, pesawat MH370 telah membawa 4 tan buah manggis sebagai muatan kargo, namun setelah disiasat kami tidak tahu dari mana datangnya buah manggis itu kerana ianya di luar musim bagi tumbuhan tersebut untuk berbuah," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya lebih telus dalam menyalurkan maklumat dengan tepat dan betul kepada semua pihak termasuk keluarga penumpang MH370.

Visit website

Kenapa kotor?

Posted: 15 Apr 2014 07:26 PM PDT

Di sebuah taman permahan, ceritanya.....

Laksana Hudud… Jangan Lagi Ada Mainan Drama Politik

Posted: 15 Apr 2014 04:23 PM PDT

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah menganggap dolak-dalik antara kepimpinan dalam pakatan pembangkang berkaitan isu hudud adalah satu lagi mainan drama dalam politik mereka memandangkan sebelum ini pun sudah banyak sandiwara yang berlangsung antara Pas, PKR dan DAP sendiri.

Katanya, walaupun dalam Pas itu sendiri memang wujud mereka yang benar-benar serius untuk melaksanakan hukum hudud dalam pentadbiran namun ada juga sebahagian di kalangan pemimpin tertinggi parti itu sendiri yang bermain tarik tali.



"Politik Pas mempunyai dua kelompok iaitu antara mereka yang benar-benar berpegang kepada pelaksanaan sebuah negara Islam dengan kelompok kedua yang lebih bertuankan parti sekutu mereka iaitu PKR dan DAP sendiri," katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian dalam mengulas berkaitan perancangan Kerajaan Pas Kelantan yang akan tetap membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu biarpun menerima tentangan DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang.

Baru-baru ini DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu akan ditentang.

"Soal ketidaksepakatan ini bukan perkara baru dalam pembangkang kerana sememangnya antara Pas, DAP dan PKR pun mempunyai idealogi yang berbeza, masing-masing mempunyai matlamat yang berlainan namun demi kuasa politik mereka membentuk satu kesatuan."

Tegas beliau, biarpun kepimpinan Pas di Kelantan berpendirian untuk melaksanakan hudud namun perlu difahami bahawa Pas adalah parti politik dan bukannya membawa pengertian menyokong Pas adalah menyokong Islam apatah lagi apabila Pas memutuskan untuk bersekongkol dengan DAP  yang terang-terangan menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

"Persoalannya mampukah Pas terus teguh pada pendirian mereka untuk melaksanakan hudud sedangkan dalam buku jingga, manifesto pakatan pembangkang malah dalam muktamar parti terbabit pun mereka langsung tidak menyebut berkaitan hudud terbabit?

"Jika atas kertas yang menjadi pegangan pakatan pembangkang pun Pas gagal untuk letakkan hudud sebagai keutamaan dalam perbincangan apa lagi untuk dilaksanakan. Buku jingga yang dianggap pelan tindakan pentadbiran mereka pun amat ketara bahawa hudud ditenggelamkan secara langsung."

Ujarnya, dalam pakatan pembangkang sendiri dapat dilihat bahawa Pas bukanlah parti dominan yang berani untuk menyatakan pendiriannya malah dalam banyak insiden Pas terpaksa bersikap alah dengan sekutu Dap dan PKR sendiri.

"Apa-apa sahaja perancangan yang dibuat pun, pada akhirnya Pas terpaksa mendengar telunjuk DAP dan Ketua Umum PKR iaitu Anwar Ibrahim."

Dalam hal ini beliau menyorot insiden bagaimana Dewan Pemuda Pas mendesak Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk memohon maaf ekoran kenyataannya meminta pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum dan agama termasuk Pas, dibatalkan dan sekiranya gagal tindakan susulan akan dibuat namun sehingga ke hari ini hal tersebut didiamkan begitu sahaja.

Dalam perkembangan yang lain pula, bekas calon PKR DUN Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin telah menang saman fitnah bernilai RM2 juta yang difailkan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Jika benar mereka satu pakatan bagaimana mungkin semua perkara tersebut boleh berlaku?" soalnya.

Bidas beliau lagi, begitu juga dalam soal hudud yang ternyata bahawa Pas menjadikannya sebagai bahan populariti untuk mainkan sentimen rakyat dalam berpolitik dan dalam masa yang sama, Pas sendiri dipermainkan oleh sekutunya.

"Kalau dilihat, soal hudud ini biasanya timbul ikut keadaan misalnya apabila menjelang pilihan raya yang mana Pas akan jadikan modal dalam kempen dan meraih sokongan pengundi Melayu, lantas hari ini apabila Pas semakin tenggelam lantaran populariti PKR dan DAP yang lebih menonjol maka ia kembali diperkatakan."

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat keseluruhan terutamanya orang Melayu agar tidak terlalu taksub dan mudah terpedaya dengan tindakan segelintir pihak yang menjadikan agama sebagai satu permainan politik sebaliknya meminta semua bersatu padu dalam berdepan dengan apa-apa sahaja halangan demi agama Islam yang menjadi agama kebangsaan.

AZLI SHUKRI

Posted: 15 Apr 2014 11:41 PM PDT

AZLI SHUKRI


Misteri MH370 : Siang Tanpa Bayang di Moscov (Episod ke-7)

Posted: 15 Apr 2014 02:22 AM PDT


Israel secara telah menjalinkan kerjasama dengan China secara rasmi sejak 22 tahun lalu, ketika Yitzhak Rabin memimpin negara tersebut. Sejak daripada itu hubungan Israel-China semakin erat bemula era Shimon Peres menjadi Perdana Menteri Israel pada tahun 1995. Dasar hubungan ini diteruskan sehingga sekarang, dan pada 8 Mei 2013 - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke China. Dalam siri lawatannya ke Shanghai dan Beijing itu, beliau sempat menyatakan bahawa, Israel memandang China sebagai "kekuatan ekonomi dunia" manakala Israel pula dianggap sebagai pusat pengembangan teknologi dan inovasi.

Pada masa yang sama, Shimon Peres yang juga merupakan Presiden Israel dalam wawancaranya dengan akhbar Xinhua berkata China dan Israel perlu memperkukuhkan pertukaran individu dan memperluas kerjasama dalam bidang pertanian, ilmu pengetahuan, dan teknologi. Menurutnya lagi, "Saya sangat senang, karena diberi tahu oleh para pemimpin dari beberapa perusahaan China, bahwa mereka akan menghadiri persidangan forum tahunan presiden di Jarussalem bagi membincangkan isu-isu politik dan keamanan ekonomi,". Beliau menambah, "Israel adalah sebuah makmal yang besar, karena kita kecil dalam wilayah, kita harus maju dalam ilmu pengetahuan," kata Peres. Untuk maklumat tambahan, Israel dan China mencatatkan hubungan bilateral rasmi pada 1992. Sehingga kini, nilai perdagangan keduanya meningkat daripada 50 juta AS ke 9.91 bilion AS pada tahun 2012. 

Selain itu daripada itu, pelancong China ke Israel juga meningkat sebanyak 30% pada tahun 2013 dan perbelanjaan harian purata mereka ialah $286 dolar melebihi pelancong dari negara-negara lain. "Pembangunan pesat perdagangan, teknologi, pertukaran dua hala pertanian, membantu merealisasikan 30,000 perjalanan dari China ke Israel tahun lepas, kata Amir Halevi, Ketua Pengarah Kementerian Pelancongan Israel." Manakala, Menteri Pelancongan Israel pula berkata, "Mengambil kira lebih 100 juta perjalanan luar negara yang dibuat oleh orang-orang Cina setiap tahun, kita melihat lebih banyak potensi dalam pertukaran pelancongan dua hala, kita sedang membuat persiapan untuk menerima lebih ramai pelawat Cina, menyediakan perkhidmatan pelancongan yang khusus dan merekrut lebih panduan untuk orang Cina." Matlamat Israel adalah untuk menarik 40,000 pelancong dari China pada tahun 2017 dan 100,000 pada tahun 2020. Semua ini menunjukkan hubungan China-Israel sememangnya kukuh.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Israel dan China sudah sekian lama meningkatkan hubungan dua hala - khusus dalam teknologi, sudah lama Israel mencari rakan baharu yang lebih kukuh, kerana AS semakin lemah. Di sisi lain - kumpulan pemikir yang diketuai oleh Henry Kissinger terus mendedahkan kepincangan AS dan keperluan Israel untuk mencari "teman" baharu yang lebih lunak mengikut telunjuk mereka. Seperti yang telah saya paparkan dalam helaian sebelum ini  Henry Kissinger dan enam belas badan pemikirnya bersetuju bahawa dalam waktu dekat "Israel" akan tidak wujud lagi. The New York Post mengutip perkataan Kissinger yang berbunyi, "dalam 10 tahun, tidak akan ada lagi Israel". Kenyataan Kissinger tersebut sangat mendatar dan tidak memiliki apa-apa petunjuk. Ia tidak mengatakan bahawa "Israel" dalam bahaya, tetapi menurutnya ia boleh diselamatkan jika trilion dolar ditambah dalam peruntukan ketenteraan AS bagi menghancurkan musuh-musuh Israel. Kissinger juga tidak mengatakan bahawa jika mengebom Iran, "Israel" mungkin dapat bertahan hidup. Beliau tidak menawarkan jalan keluar. Kissinger hanya menyatakan fakta : pada tahun 2022 "Israel" akan tidak wujud lagi. 

Ada dua sebab utama mengapa Israel terpaksa meninggalkan AS, pertama kesedaran rakyat AS yang semakin meluat terhadap peranan dan campurtangan Israel dalam pentadbiran dan dasar-dasar AS. Pemberontakan secara konsisten ini berlaku secara terus-menerus dalam kalangan pemuda AS dan ia sangat membimbangkan dan sukar untuk dibendung. Kedua, ekonomi AS yang semakin lemah dan musuhnya yang semakin ramai, menyebabkan AS tidak lagi upaya membekal pelbagai keperluan untuk Israel. AS dikhabarkan lebih berminat dengan kaedah "keamanan" daripada cara Isreal yang lebih gemar kepada konfrontasi. Soalnya, apakah AS mampu terus hidup tanpa Israel? Israel dan AS saling melengkapi. Israel memerlukan AS atas dasar fasiliti yang cukup. Manakala AS memerlukan Israel atas dasar kesinambungan dananya.

Sekiranya China sudah bersedia dan mampu menyediakan ruang dan kelengkapan yang setandingan dengan AS dalam "melayan" Israel - maka mengapa tidak Israel bekerjasama dengan China bagi menguasai rantau Asia Pasifik, khususnya Asia Tenggara yang selama ini telah gagal dilaksanakan oleh AS. Israel tidak lagi sanggup menunggu lebih lama - tanggungjawab yang diberikannya kepada AS bagi menguasai Asia Tenggara semakin kelihatan gagal. Menurut AS, untuk menguasai rantau Asia mestilah menggunakan cara Asia. Orang Asia tidak dapat menerima cara Eropah, oleh yang demikian bagi menguasai rantau ini - pendekatan lemah lembut adalah dituntut. Israel telah memberi masa kepada AS untuk melaksanakan misi tersebut - kerana mereka percaya pendekatan kekerasan terhadap orang Asia akan mendatangkan lebih mudarat daripada kebaikan.

Lebih sedekad lamanya AS menggunakan kaedah halus menguasai Asia Tenggara - tetapi nampaknya masih terus gagal - pasaran Eropah dan pergantungan AS terhadap minyak dari Asia Barat tidak mampu lagi bertahan, tambahan pula senario kebangkitan Islam dan kebencian bangsa Arab terhadap Yahudi sangat kuat sehingga Israel tidak mungkin akan selamat untuk selama-lamanya. Para pemilik modal ini - sudah acapkali menggunakan kaedah "lembut" bagi memujuk dan menundukkan negara-negara membangun di rantau Asia Tenggara ini agar mengikut telunjuk mereka, jika di Asia Barat - peperangan adalah modal untuk menambahkan keuntungan, strategi yang sama tidak boleh digunakan di Asia Tenggara - untuk menguasai rantau ini mereka mesti menggunakan "orang dalam" bagi mencapai maksud dan tujuan mereka.

Pada pertengahan tahun 1997 - Krisis Kewangan Asia sengaja dicipta dengan tujuan yang jelas, iaitu mereka mahu menukar rejim pentadbiran di negara-negara terpilih, termasuk Malaysia - namun demikian kita bersyukur, Malaysia masih selamat. Pertukaran rejim pemerintah sememangnya sebahagian daripada konspirasi terbesar AS dan Israel pada setiap masa, tujuannya adalah untuk memastikan negara tersebut mengikut 100% telunjuk mereka. Hampir semua negara di Asia Tenggara sudah menuruti cara dan kehendak AS dan Israel - kecuali Malaysia, dasarnya masih terikat dengan nilai-nilai faundamental Islam. Malaysia masih membenci Israel, masih kuat berprasangka buruk terhadap AS, masih ada jatidiri dan tidak mahu campurtangan asing, ekonominya masih dikawal oleh kerajaan pusat, Islam di Malaysia masih kuat dimartabat, bahkan Malaysia sangat komitmen membantu negara-negara Islam yang susah, demokrasi negara ini masih dipimpin dengan baik, dan kebebasan masyarakatnya tidak seperti yang diingini oleh Barat.

Hanya ada tiga sahaja negara Islam dalam Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia. Mereka sudah menjadikan Indonesia tidak lagi mampu untuk bersuara atas nama Islam. Tatkala Brunei meluluskan hukum Hudud untuk dilaksanakan di negaranya baru-baru ini - PBB melenting! Pejabat Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (OHCHR)  mendakwa bahawa undang-undang Islam itu mencabuli undang-undang antarabangsa. Jurucakap OHCHR, Rupert Colvile berkata, "Pelaksanaan hukuman mati bagi pelbagai kesalahan ini melanggar undang-undang antarabangsa,". Sambungnya lagi, "melalui undang-undang antarabangsa, hukuman rejam hingga mati diklasifikasikan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan bermaksud ia diharamkan di bawah perjanjian hak asasi manusia."

Kebencian Barat terhadap Islam bukannya baharu - sudah lama. Mereka ada cara tersendiri bagi menguasai negara Islam di Asia Tenggara. Dahulu mereka cuba menguasai rantau ini dengan menjual istilah "dunia tanpa sempadan", kemudian mereka memperkenalkan pula globalisasi. Tidak cukup dengan semua senjata itu, mereka "serang" ekonomi Asia Tenggara melalui penyangak mata wang terkenal George Soros, namun kita masih boleh berdiri. Mereka kembali menyerang - menggunakan demokrasi dan proksi, menyalurkan dana agar rusuhan, kebencian dan kebangkitan rakyat dapat digunakan bagi mengangkat "wakil pemimpin" mereka di bumi bertuah ini. Ia masih tetap gagal - Allah tetap menyelamatkan negara ini.

Syaitan tidak pernah rasa penat untuk menghancurkan kebenaran - sekali lagi mereka datang kali ini dengan wajah baharu - mereka memperkenalkan GATT (Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan) tetapi gagal. Kemudian, mereka tubuh WTO (Pertubuhan Perdagangan Dunia) dan APEC (Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik)dalam kerangka menguasai pasaran ekonomi negara-negara kecil, namun kita masih bertahan. Mereka masih belum berpuas hati - maka lahirlah pula Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan yang terkini mereka menggelarkannya sebagai - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Semua mempunyai matlamat yang sama.   

Walaupun semua kaedah "lembut" ini sudah dan sedang dilakukan oleh AS terhadap negara-negara di Asia Tenggara, namun ia masih belum memuaskan nafsu para pemilik modal antarabangsa ini. Menurut "mereka" cara ini terlalu lambat bagi mencapai tujuannya menguasai rantau ini, khususnya Malaysia. Politik Malaysia masih tetap stabil, rejim pentadbirannya pula masih tidak bertukar, manakala "orang harapan" mereka pula bakal dipenjarakan. Semua ini menggusarkan mereka, masa semakin suntuk, jika negara ini masih tidak tunduk sepenuhnya mengikut kehendak dan nafsu serakah mereka - maka tidaklah mustahil negara kecil yang degil ini pada satu masa dahulu - akan bangkit dengan bantuan China - membawa satu harapan kepada dunia Islam - nun jauh di sana, di Asia Tenggara ada sebuah negara kecil yang penduduknya komited terhadap Islam dan agama Muhammad itu berkembang dengan cukup subur bersama amalan serta ilmu - Dan "mereka" memilik hujah bahawa ada tanda-tanda Islam bangkit dari sana - dengan itu, sesuatu patut segera "dihilangkan".

Ikuti sambungan dalam siri akan datang berjudul, Misteri MH370 : Ayunan Timur Barat (Episod ke-8)



The Unspinners

Posted: 15 Apr 2014 11:23 PM PDT

The Unspinners


Unit Amal perlu tuntut peruntukan sebelum dikebas macam Tabung Memali

Posted: 15 Apr 2014 10:00 PM PDT


Maklumat tentang demo Mei 1hb sudah mula tersebar di FB dan blog. Perancangan mereka berhubung tempat, waktu, jadual, dan diketuai oleh Mat Sabu.


Kenapa tak pakai BERSIH lagi?

Setakat APril 15hb, hanya seramai lebih kurang 1,000 orang telah memberi pengesahan penyertaan mereka didalam demonstrasi tersebut. Pengesahan ini dilakukan melalui Facebook 1Mei Bantah GST Sampai Tumbang.

Penyertaan NGO melibatkan SAMM, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) GAMIS, DEMA, PMIUM ddan kumpulan Rejimen Anarki dan parti politik PAS, PSM, PKR dan selalunya penakut tapi datang bat syarat adalah cina DAP>

Turut serta adalah kumpulan ad-hoc seperti kumpulan pelajar yang tak pernah kerja dan tak faham apa pasal GST iaitu Gerakan Anak Muda BANTAH GST (BANTAH), Gerakan Bantah GST dan
Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia

Mereka yang terlibat sudah dikenalpasti adalah:
(a) Che Gu Bard
(b) Mohamad Faizal Ab Rahman - Ketua Sekretariat GST SAMM Kebangsaan
(c) Mohamad Bukhari Sofian - Naib Presiden 2 GAMIS / Pengerusi SMM
(d) Safwan Anang
(e) Abd Malik Ab Razak - Presiden GAMIS / Pengerusi BANTAH
(f) Edy SAMM
(g) Muhammad Najib - MPN GAMIS
(h) Arulchelvam - PSM
(i) Rafizi Ramli - Pengarah Strategi PKR
(j) Dr Hatta Ramli
(k) Kamarulzaman Mohamad
(L) Ust Zaharudin Mohamad - Ketua Lajnah Penerangan DPPM / Pengerusi Gerakan Bantah GST
(M) Ahmad Syukri Ab Razab - SUARAM
(N) AZAN SAFAR - Pengerusi TURUN
(O) Abd Muqit
(P) Yazid Kamarul Zaman - Pengerusi KECAM

Taktik mengangkut demonstran menggunakan pengangkutan awam pun diketahui dan mana tempat kumpul 5 tempat biasa.

Seperti biasa Unit Amal akan dipergunakan.

Jabatan Amal PAS Malaysia telah bermesyuarat pada 15 Apr di Pejabat Agung Pas Pusat, Jln Raja Laut, KL Mereka dikehendaki sediakan 1,000 orang di 5 lokasi biasa mereka. 
 
Peliknya Unit Amal Kedah di minta hantar 150 anggota tapi anggota aktif hanya 60 orang. Setiap Kawasan kena hantar Pemuda tidak termasuk Unit Amal paling kurang 100 orang.

Semua Unit Amal ada peruntukan untuk datang ke KL dan telah diserahkan kepada ketua-ketua kawasan. terpulang kepada kejauhan kawasan tapi dikahabakan sebbanyak RM500 ke RM800 seorang.
 
Pastikan mereka sebut. Kalau tak sebut atau kurang, sah dah ada yang kebas.

Hangpa berdemo, peruntukan SUARAM kebas

Posted: 15 Apr 2014 08:04 PM PDT


Bukti bukti yang dilampirkan semenjak tahun 2012 langsung tidak disiasat malahan tiada sebarang tangkapan atau tindakan yang dibuat keatas individu yang menerima dana asing ini semenjak 1998 yang diakui sendiri oleh pihak SUARAM.

SUARAM adalah sebuah syarikat. Ianya ditubuhkan untuk menyalurkan dana dana kepada parti yang dikehendakinya iaitu PKR, Jadi PKR tidak pernah mengalami masalah kewangan kerana dana yang disalurkan semakin hari semakin banyak?! 

 Pernahkah anda lihat PKR menjaja tabung disetiap ceramahnya? Berbeza dengan PAS yang terpaksa mengais kocek sendiri untuk survival pemimpin parti. Kata blog Daeng Selili

Duit itu juga digunakan untuk membocorkan maklumat negara kepada pihak pembangkang.


Maknanya SUARAM mengunakan wang tersebut untuk merasuah pegawai kerajaan, untuk membocorkan maklumat sulit.

Tapi, jumlah rm100juta tu banyak, pihak Reformis 98 pun dah mula bersuara, dimana wang tersebut hilang? Guna sendiri ka? Atau songlap terus?

Sehingga hari ini dua individu yang disyaki masih berdiam diri walaupun ada yang mendakwa wang RM100juta untuk parti dari SUARAM disonglap oleh dua inidividu yang cukup lantang mempertahankan SUARAM?

Mereka tahu tapi sengaja buat senyap?!

Puak PKR taknak buat demo ka, tanya kemana hilang duit tersebut?


KeKL

Hina Sultan Johor untuk tarik sokongan rakyat?

Posted: 15 Apr 2014 06:02 PM PDT


Hari itu, kami tulis satu posting pendek di SINI tentang Sultan Johor dimaki. Rupanya ia lahir dari FB Rejimen Anarki.



Nampaknya dia sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan untuk demonstrasi Mei 1hb dengan cara naikkan kemarahan rakyat terhadap Sultan Johor.




Ada seorang FB membantu ulang penghinaan sama.


Akhirnya Rejimen Anarki warning polis. Padahal tak perlu babbitkan polis yang hanya menjaga tugas. Takut ke?

Mungkin dia risau identitinya sudah diketahui.

Yang dia cuba maki hamun SUltan Johor untuk dapatkan sokongan, adakah dia rasa macam Sultan Johor sudah begitu jahat hingga menyebut namanya rakyat Johor boleh marah dan datang bberdemo ke KL?


Mei 1hb bukan sebab GST ... Budak gini bukan paham

Posted: 15 Apr 2014 05:33 AM PDT






Mana dia ni nak faham pasal GST. Belajar tak habis lagi.


Kalay kewngan negara terbarai, satu hapa tak guna. Tengok keadaan Selangor... pasal PRK tak tahu tadbir sebabnya.


Sampai bekalan air pun takde. Bekalan air pun nak dipolitikkan.

Nik Abduh anggap taubat ayahnya tak sah sebab dah nyanyuk?

Posted: 15 Apr 2014 05:30 AM PDT


Selepas tersebar kisah Nik Aziz bertaubat di atas dosanya, Nik Abduh ditanya. Katanya cakap ayahnya tidak boleh dipakai lagi. Pendik kata atau kesimppulannya, dah nyanyuk.


Kalau dah nyanyuk, kita hanya boleh terima apa yang dia kata ketika akalnya cukup waras. Inilah kata-kata Nik Aziz dulu...


Lebih sanggup berketuakan kafir zimmi yang ....

....anti azan, roboh gerai orang Melayu, naikkan hartanah supaya Melayu tak berumah, guna kalimah Allah orang Islam untuk sesatkan orang Islam, nafi hak keistimewaan Bumiputera, tolak kedudukan bahasa Melayu, batalkan hukuman dan mahkamah syariah, ...

.... dari orang Islam sendiri jadi ketua.

Ketika itu, Nik Aziz sangat ...


Muga Allah jadikan contoh pada orang lain semua untuk sedar supaya ajangan terlambat baru nak sedar. Maksud Nik Aziz taubat ayahnya dibuat ketika dalam keadaan tak sedar. terserah pada Allah untuk terima taubat orang yang sudah nyanyuk.


Kesian ...

Jangan pula diakhir hayatnya Nik Aziz tak sempat waras untuk bertaubat dan diheret syaitan untuk ikut bersama.

Tentang azan: Ahli PAS dah sama dengan DAP kafir zimmi

Posted: 15 Apr 2014 02:37 AM PDT


Inilah cara jiran kerjakan mamat yang benci azan dibunyikan. Rupanya ahli PAS seperti disiarkan Flying Kick SINI.

Hmmmm...

Mamat ni kalau tak mental, dah kena isim pasal banyak sangat belajar agama dengan penceramah politik dan TIN2 MILO.


 Dah serupa ahli PAS dengan kafir zimmi si AP DAP dari Kota Kinabalu.



Cina DAP cakap azan bising dan tak bagi bina masjid Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Jimmy Wong @ Wong Sze Phin yang telah menang dikawasannya pada PRU13, sebelum ini telah bertindak dengan tidak memberi kebenaran serta melarang pembinaan masjid dibuat di kawasan Bandar Sri Indah Batu10, Sabah kerana dikatakan Azan selama 2 minit adalah punca tidak dapat tidur dan menyebabkan tidak ada ruang langsung untuk parking kenderaan.

Jimmy Wong MP DAP secara jelas berkata: "Lain orang pun mau tidur mau aman juga. Agama Islam ada gangguan, kerana pagi pagi mau tidur pun susah, kerana parking pun susah. Walaupun ini negara Islam, tapi kita ugama lain sama ugama lain mau sama hormat (jika cina tak suka Azan, orang Islam wajib akur). Kalau paksa juga arr , lain ugama nanti jadi susah (kalau buat juga azan, orang cina jadi susah)" -kata Jimmy Wong MP DAP.

Lihatlah bagaimana MP DAP membuatkan orang Islam terpaksa merayu untuk membina masjid.Adakah cina DAP rasa ini tidak mengganggu:    
     
1.Bunyi gonggongan anjing belaan          
2.Bau colok tokong         
3.Tokong diletakkan merata-rata secara suka hati         
4.Pesta ketuk 'Dung Dung Cheng'          
5.Mercun di mainkan selama 5 jam berturut-turut tanpa henti.          

Kami orang  Islam tidak pernah sekali mengkritik atau menghalang sebarang pembinaan tokong atau pengamalan agama mereka yang hendak diamalkan. 

Tetapi kenapa hak kami sebagai orang Islam boleh membina masjid dan  mempraktikkan agama kami adalah dilarang? 

Kenapa DAP ini langsung tidak mempunyai senstiviti terhadap agama Islam?

Saya percaya jika anda orang  Islam yang mahu menegakkan agama Islam, anda pasti tidak takut untuk buat sebaran, biar seluruh orang Melayu-Islam tahu akan hal ini!


Jimmy WOng tu dah tentu kafir zimmi.

Hairan  orang PAS yang konon perjuangkan ISlam juga yang sama-sama tentang bunyi azan. Mesti terlebih makan pil kuda ... kah kah kah.


Panglima Perang Cyber

Posted: 15 Apr 2014 11:12 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Presiden PVTM ALI TINJU Ajak Sokong DAP ???

Posted: 15 Apr 2014 11:12 PM PDT

Saya menerima imej ini dan mohon pandangan adakah benar atau tidak status FB beliau ini atau diedit pihak tertentu.

Ancaman Sister in Islam diasas Zainah Anwar di Malaysia Dan Amina Wadud

Posted: 15 Apr 2014 06:03 PM PDT

Mungkin dalam seminggu dua ini ramai yang menerima pautan melalui FB atau video melalui Whatsapp berhubung rakaman video solat yang diimamkan oleh seorang wanita sambil membuat terjemahan selari dalam bacaan solatnya.

Pada asalnya saya tidaklah mahu popularkan video tersebut dibimbangi nanti ada kot yang terpengaruh atau tidak semena-mena memberi lonjakan kepada capaian video tersebut. Namun, beberapa sahabat memberi pandangan bahawa perlu ada penjelasan berhubung kesesatan yang dilakukan dalam video tersebut supaya dapat kita fahami dan ambil iktibar darinya.

solat Raya MPV-LA-2012-captionRakaman video tersebut adalah solat Aidil Fitri tahun 1433 (August, 2012) di Los Angeles. Solat yang diimamkan oleh Jamila Ezzani adalah dari kumpulan Muslim for Progressive Values (MPV) yang dipengerusikan oleh Ani Zonneveld (berbaju batik merah jambu (pink) tanpa tudung kepala - kanan sekali). Ani ini mungkin ramai yang kenali melalui lagunya "Insya Allah" dalam bahasa Inggeris – tetapi tidak ramai yang tahu bahawa beliau adalah seorang liberalis totok dan pengamal kahwin campur dengan bukan Muslim.

Kesesatan jemaah ini terlalu jelas dalam solat mereka. Ini adalah kerana pemikiran liberal melampau yang mahukan kebebasan dari sebarang asas-asas hukum yang telah disepakati.

solat Raya Pamela Taylor-2010Kumpulan MPV ini diasaskan bersama oleh Ani dan Pamela Taylor. Pamela Taylor merupakan seorang lagi yang galak dalam kesesatan mahu mengimamkan solat untuk golongan lelaki. Beliau dilaporkan pertama kali menjadi imam kepada lelaki sekitar bulan May 2005. Rakaman gambar beliau menjadi imamah solat Aidil Adha tahun 2010 (sebelah) jelas diikuti sama oleh golongan lelaki yang keliru dan wanita yang tidak bertudung.

Kedua-dua mereka ini terlibat dengan satu pertubuhan liberal lain sebelum ini, Progressive Muslim Union of North America (PMU), bersama Amina Wadud. Namun akibat perbalahan dalaman kumpulan tersebut berpecah sebelum tertubuhnya MPV. Amina Wadud merupakan wanita yang pertama di zaman moden ini yang berani menunjukkan keangkuhan menentang hukum syarak untuk menjadi imam kepada golongan lelaki dalam solat Jumaat dengan penuh publisiti di Virginia Commonwealth University, New York, pada 18 March 2005. Beliau kemudian mengulanginya lagi di Oxford, England, pada tahun 2008.

AminaWadud-SISAminah Wadud adalah orang yang terlibat sama dalam penubuhan SIS Forum Sdn Bhd (Perhatian: SIS – bukan bermaksud Sisters in Islam (SII) tapi Sisters In Sins), bersama Zainah Anwar.

Zainah Anwar pula adalah merupakan ahli Jawatankuasa Penasihat kumpulan MPV. Dan bersama dalam kumpulan MPV ini adalah seorang yang mengaku imam, Daayiee Abdullah. Beliau bukan sahaja mengaku pengamal homosek tetapi turut mengamal pluralisme agama dengan "pasangan" gaynya adalah seorang beragama Kristian.

Rangkaian puak-puak liberal sesat ini menjangkau jauh dan meliputi jaringan antarabangsa. Selain SIS, kesesatan sebegini turut didokong oleh Islamic Renaissance Front, IRF, di Malaysia. Ianya juga dituruti sama pelbagai NGO lagi termasuk IKD, MEGC dan beberapa individu populis lain. Semua kononnya mengguna jenama Islam untuk menyelewengkan aqidah umat.

Sama-sama kita doa agar Allah Azzawalla memberi hidayah kepada mereka untuk kembali ke jalan benar. Semoga anak-cucu kita dihindari dari gejala kesesatan ini. Amin Ya Rabb.

http://akarimomar.wordpress.com/2014/03/03/liberal-yang-sesat-terjemahkan-bacaan-selari-dalam-solat/


Sent from my iPhone

Kenyataan Bomba & Penyelamat Malaysia : Kebakaran Kilang Synergy Health Rawang Tiada Kebocoran Kimia

Posted: 15 Apr 2014 03:46 AM PDT

@Ustazharidrus Ulas Ust Rasul Dahri Pro Wahabi- Didakwa Sesat Oleh Ulama

Posted: 15 Apr 2014 03:12 AM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/QVYapT2zo0Q


Sent from my iPhone

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 15 Apr 2014 11:12 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Exco Kerajaan Negeri Selangor Benarkan Kristian Guna Kalimah ALLAH...

Posted: 15 Apr 2014 10:00 PM PDT


Non-Muslims in Selangor can use the word "Allah" as long as they do not use it to propagate their religion to Muslims, Selangor executive councillor for Islamic affairs Sallehin Mukhyi said today.

"Non-Muslims can use the word 'Allah' if it is not misused, such as for propaganda to spread other religions. If 'Allah' is used by a Christian to spread their religion to Muslims, then it is not allowed," he said. the sun daily

Exco kerajaan negeri, salehin mukyi membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah untuk sebarang upacara keagamaan mereka, pengumuman itu di buat di dalam sedang dewan undangan negeri selangor, bermakna itu adalah pengumuman rasmi kerajaan negeri...

Apa yang lawaknya tu, dia mengatakan, orang bukan islam boleh menggunakan kalimah itu asalkan ianya tidak di salah gunakan, kahhh...kahhh...kahhh... kalau mangkok tu salah gunakan pun mana dia tahu,
sepatutnya salehin belajar dari pepatah jawa yang berbunyi "prevention is better than cure" aku harap dia faham apa maksud pepatah jawa tu...

Pengumuman yang di buat oleh dia itu, sekali gus menolak keputusan yang dibuat oleh majlis syura dewan ulama pas pada 13/1/2013 dan menolak ayat quran dalam surah al-maidah yang berbunyi,

"Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata: Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam, padahal Al Masih (sendiri) berkata: Hai Bani Israel, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu.

"Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang zalim itu seorang penolong pun. Sesungguhnya kafirlah orang yang mengatakan: Bahawasanya Allah salah seorang dari yang tiga, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa seksaan pedih. ayat 72-73

TAKBIR!!! Pertubuhan Injil Malaysia Sudah Berambus Dari Bumi Selangor...

Posted: 15 Apr 2014 07:00 PM PDT


The Bible Society of Malaysia (BSM) announced today its decision to relocate its headquarters from Selangor to Kuala Lumpur, citing its disappointment with the state government's decision not to interfere in the seizure of its bibles.

Terutama sekali kita sebagai umat Islam harus mengucapkan syukur kepada Allah kerana pertubuhan yang mengancam akidah umat Islam telah keluar dari bumi selangor...

Alasan mereka keluar dari selangor ialah, kononnya tidak puas hati dengan tindakan JAIS merampas kitab injil berbahasa melayu yang kononnya untuk di gunakan di sabah dan sarawak, kalau kitab injil tu untuk di
gunakan di sabah dan sarawak buat apa simpan di negeri selangor ye tak...?

Dengan berambusnya mereka dari bumi selangor tak bermakna tugas kita sebagai umat Islam untuk memantau pergerakan mereka sudah berakhir, kita sebagai umat Islam harus pula mambantu jabatan agama Islam Wilayah JAWI, maklumlah pergerakan mereka ini cukup licik di tambah pulak mereka nie mendapat sokongan dari mubaligh-mubaligh luar dan parti politik terutama dap, pkr dan pas...

Sumber klik sini

Electronic Monitoring Device [EMD] Mungkin Digunakan Keatas Penjenayah...

Posted: 15 Apr 2014 01:00 AM PDT


Pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959  (POCA = Prevention of Organised Crimes Act) yang dibentang di persidangan Dewan Rakyat pada September 2013 membenarkan penahanan tanpa perbicaraan bagi tujuan ketenteraman awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah terancang. Kuasa untuk membuat penilaian diberikan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah

Zahid Hamidi hari mengesahkan bahawa lima Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah tersebut telah pun dilantik dan telah memulakan tugasan mereka mulai bulan April ini. Seperkara yang menarik ialah kemungkinan Electronic Monitoring Device (EMD) digunakan keatas penjenayah yang terbabit.

Belantan

Posted: 15 Apr 2014 11:05 PM PDT

Belantan


Tiada kata sepakat untuk hudud : Azmin Ali menegaskan PR kekal tolak hudud?

Posted: 15 Apr 2014 05:40 PM PDT


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengulangi pendirian Pakatan Rakyat (PR) untuk tidak melaksanakan hukum hudud dalam negara.

Menurut Azmin, perkara ini dipersetujui dalam Majlis Pimpinan PR pada tahun 2011 yang dihadiri semua pemimpin tertinggi PAS, DAP dan PKR.

"Perkara ini bagi saya tidak berbangkit kerana kita telah berbincang dengan terperinci dalam Majlis Pimpinan PR yang dihadiri semua pemimpin tertinggi. Perbincangan (ketika) itu berkisar kepada kertas kerja yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kita telah menjelaskan pendapat kita dan berdasarkan konsensus itu, kita memutuskan banyak kali. Bagi saya kita tetap akan berpegang kepada pendirian PR dalam sesi tersebut," kata Azmin dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR disini hari ini.

Azmin bagaimanapun berkata beliau yakin pimpinan kerajaan negeri Kelantan akan merujuk kepada pimpinan PR mengenai isu ini.

"Saya pasti yang orang ramai akan dapat penjelasan lanjut mengenai isu itu. Jika ada sebarang tindakan diambil oleh kerajaan negeri Kelantan, saya pasti pemimpin negeri akan berbincang dengan pimpinan PR supaya kita boleh beri pendapat kita," katanya lagi.

Belum dirujuk

Azmin bagaimanapun memberitahu majlis pimpinan PR belum lagi dirujuk oleh kerajaan negeri Kelantan mengenai isu ini.


"Saya tak nak membuat spekulasi…usul ini belum lagi dibincangkan (di Parlimen) dan saya pasti perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan PR yang seterusnya.

"Apa yang saya rujuk sebelum ini ialah bil (Enakmen Jenayah Syariah Kelantan II) di Kelantan dibuat lebih awal sebelum penubuhan PR dan kita telah bincangkan perkara ini dalam mesyuarat sebelumnya.

"Apa pun jika ada perkembangan terbaru saya yakin PAS akan merujuk kembali kepada majlis pimpinan untuk membincangkannya," tegas Azmin.

Kerajaan negeri Kelantan yang dikuasai PAS baru-baru ini bercadang untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan II.

Cadangan ini kemudiannya ditentang oleh Ahli Parlimen Gelugor Karpal Singh dengan alasan bahawa perlaksanaan hukum hudud bertentangan dengan perlembaagaan kerajaan persekutuan walaupun ianya telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.

Suara Politik
Belantan

Hudud : PAS Diminta Tidak Tunduk Kepada Bantahan DAP/PKR?

Posted: 15 Apr 2014 09:01 AM PDT


PAS diminta oleh bekas pemimpinnya supaya tidak tunduk kepada bantahan DAP dan PKR dalam membentangkan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat.

Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata inilah masa terbaik bagi PAS membentangkan rang undang-undang itu untuk membolehkan kerajaan negeri Kelantan mendapat kebenaran melaksanakan hudud memandangkan kerajaan persekutuan dan Umno sudah menyatakan sokongan.

"Hudud merupakan antara teras perjuangan PAS, yang telah lama kita perjuangkan kerana ia tuntutan syariah. Saya harap matlamat pelaksanaan syariah lebih diutamakan daripada sebarang percaturan lain yang bersifat politik.

"PAS perlu pastikan ia jadi realiti kerana inilah yang ditunggu oleh orang Islam," katanya ketika ditemui pada seminar antarabangsa 'Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah' di sini Khamis.

Ketua Publisiti DAP Tony Pua dan Naib Presiden PKR N Surendran memberi peringatan keras kepada PAS bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen akan ditentang.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) akan dibentangkan di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993.

Ditanya mengenai tindakan PAS di negeri-negeri tertentu yang gagal tampil menyatakan sokongan terbuka kepada hasrat Kerajaan PAS Kelantan itu, Nasharudin berkata keputusan mengenai hudud dan langkah membentangkan di Parlimen adalah usaha kolektif.

"Apabila keputusan secara kolektif telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, ia harus dihormati walaupun mungkin individu ada pandangan sendiri," katanya.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 15 Apr 2014 11:02 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LAPORAN KHAS PENGHULU PARTI PAS @ BILAL AMBIL BRIM DUA KALI

Posted: 15 Apr 2014 07:20 PM PDT



LAPORAN KHAS

PENGHULU PAS MUKIM WAKAF BHARU DIKESAN MENGAMBIL BRIM 3.0
2 KALI

BUTIRAN TERTUDUH.

NAMA : MOHD SANUSI MOHAMMAD
NO. KP : 620805035575
ALAMAT : LOT 224 1A JALAN BARU WAKAF BHARU.
NO. TEL : 0129517566
PEKERJAAN: PENGHULU MUKIM WAKAF BHARU/BILAL MASJID WAKAF BHARU.

KETERANGAN

1. Seorang Penghulu Mukim Wakaf Bharu yg juga seorang Bilal Masjid Wakaf Bharu telah dikesan mengambil BR1M 3.0 sebanyak dua (2) kali.

2. Pada 01.04.14 beliau telah mengambil surat BR1M di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kota Bharu dan telah menukar tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) Pengkalan Kubor dengan nilai sebanyak RM650.

3. Pada 14.04.14 beliau telah hadir ke Majlis Penyampaian BRIM 3.0 yang diadakan oleh UMNO Bahagian Tumpat di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pengkalan Kubor utk menerima baucar dan menukar wang tunai bernilai RM650.

4. Kakitangan Maybank telah dapat mengesan hal ini dan membuat semakan di BSN Pengkalan Kubor dan didapati beliau telah mengambil wang BR1M tersebut.

5. Pentadbir Mukim DUN Wakaf Bharu, Rosli Ghani telah mendesak beliau membuat pengakuan dan pada mulanya beliau tidak mahu mengaku tetapi setelah diugut utk membuat laporan polis beliau mengaku mengambil 2 kali dan akan menyerahkan kembali wang tersebut.

6. Sehingga laporan ini dibuat belum ada apa- apa tindakan undang-undang lagi dibuat terhadap beliau.

PAS OK TAK PEDULI TEKANAN DAP / PKR

Posted: 15 Apr 2014 06:38 PM PDT


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh DAP dan PKR, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Sambil menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Kelantan mahu melaksanakan undang-undang itu, Abdul Hadi berkata hudud sudah wujud dalam PAS sebelum penubuhan pakatan.

"Ini benda yang (wujud) terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan (laksana hudud)," katanya yang ditemui di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini Selasa.

"Kita (PAS) tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR mengatakan kita tidak boleh laksana hudud," katanya lagi.

Isu undang-undang hudud menjadi 'duri dalam daging' dalam pakatan pembangkang apabila PAS tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum itu sementara DAP dan PKR berkeras menolak.

Isu itu kembali panas susulan keputusan kerajaan Kelantan yang diteraju oleh PAS bercadang membawa usul hudud ke Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Susulan itu, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor beberapa kali membuat penegasan bahawa hudud tidak ada tempat dalam dasar pakatan pembangkang.

Sementara itu di KOTA BAHARU, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS Kelantan akan bertemu dengan sekutu mereka bagi membincangkan isu berkenaan.

"Kita nak berjumpa dan kita nak dengar apa alasan dia (DAP dan PKR) untuk tidak bersetuju dan mereka juga perlu dengar penjelasan kita. Soal dia nak setuju atau tidak, itu hak dia, kita tak paksa.

"(Cadangan) undang-undang itu sendiri sudah diterima di Kelantan dan sudah lama sebelum adanya pakatan, sebab itu sudah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

"Jadi (isu itu) tidak berbangkit kerana Pakatan Rakyat datang kemudian dan tidak berhasrat untuk laksana di peringkat negara cuma minta di Kelantan sahaja," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Selasa.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berharap anggota parlimen daripada DAP dan PKR, terutama yang beragama Islam dapat menyokong anggota parlimen PAS Kelantan apabila usul khas berhubung hudud itu dikemuka di Dewan Rakyat kelak.

Beliau juga berharap Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bekerjasama memberi penerangan mengenai hukum itu kepada bukan Islam.

"DHPP dari awal lagi dia sokong PAS dan dia tahu PAS ini nak menegakkan undang-undang Islam dan bila dia sokong PAS, makna dia bersedia menerima perjuangan PAS… jadi dia kena mainkan peranan menjelaskan kepada orang bukan Islam (mengenai hukum, hudud)," katanya

Video : 

Hudud: Pakatan akui enakmen syariah Kelantan, Terengganu


PERANG TERBUKA

Posted: 15 Apr 2014 05:00 AM PDT

Walaupun pada mulanya, ramai menjangkakan 'pertempuran' di antara kem Azmin Ali dengan Tan Sri Khalid Ibrahim, namu perkembangan mutakhir ini kem kem Menteri Besar Selangor gagal memberi saingan kepada kem Timbalan Presiden PKR itu.
Salah satu faktornya, penarikan diri, Exco Selangor, Elizabeth Wong bertanding calon Naib Presiden mewakili kem Khalid.
Kem Datuk Saifudin Nasution Ismail yang pada mula bertanding sebagai 'kuasa ketiga' bangkit sebagai kuasa utama melawan kem Azmin.
Pertama faktor pembentukan pasukan 'Masa Depan Bersama', trio tiga pemimpin tertinggi parti di antara, Saifuddin (Setiausaha Agung), Nurul Izzah Anwar (penyandang Naib Presiden) dan Rafizi Ramli (Pengarah Stratagik PKR) di Hotel Media, Petaling Jaya, 8 April lalu.
Kedua, faktor sokongan penyandang Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menarik diri daripada bertanding Timbalan Presiden dan memberi sokongan kepada Saifuddin pada 10 April lalu.
Sokongan Tian Chua, turut disertai oleh Fauziah Salleh yang kedua-duanya mahu mengekalkan jawatan Naib Presiden PKR.
Ketiga faktor sokongan exco Selangor, Rodziah Ismail yang selama ini diuar-uarkan dari kem Khalid turut bertanding Ketua Wanita untuk kem Saifuddin.
Dengan kata lain, Rodziah mendapat sokongan daripada kedua-dua kem; Khalid dan Saifuddin untuk merebut jawatan Ketua Wanita PKR itu.
Rodziah pula membariskan pasukan wanitanya mencabar kem penyandang Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin dari kem Azmin.
Barisan wanita yang menyertai kem Rodziah terdiri daripada; Rusnah Aluai (jawatan Timbalan Ketua), Johair Matlani, Gan Pei Nei dan Sivamalar Genapathy ( untuk jawatanNaib Ketua Wanita).
Slogan 'Movers Tolak Politik Kotor' dari kem Rodziah memberi maksud tersirat bahawa kem lawannya mengamalkan politik kotor yang bertentangan dengan nilai masyarakat.
Azmin dikatakan sudah goyang dengan 'move' Saifuddin itu apabila mengkritik tindakan lawannya membentuk satu pasukan yang didakwanya boleh memberi kesan negatif kepada parti.
Menurut Azmin, pemilihan PKR ini bukan masa untuk bertembung dengan mana-mana individu tetapi menawarkan khidmat untuk masa depan parti.
"Saya bimbang sekiranya kelompok-kelompok ini diwujudkan, ia tidak sihat untuk parti. Saya telah menegaskan saya mengambil prinsip keterbukaan, inklusif.
"Saya tidak mahu parti ini berkempen secara tidak sihat. Saya yakin dengan kematangan anggota-anggota parti untuk melihat kemampuan seseorang itu bukan atas dasar kelompok ataupun kabilah tetapi melihat kemampuan seseorang itu menyumbang kepada parti khususnya dalam persiapan menghadapi PRU ke-14," katanya.
Saifudin mempertahankan tindakannya menonjolkan Nurul Izzah dan Rafizi sebagai satu pasukan, kerana melihat kedua-dua pemimpin itu terbukti berjaya menjadi wakil pemimpin bagi rakyat.
"Itu cuma perbezaan pandangan yang biasa dan lumrah dalam mana-mana parti politik.
"Saya berpendapat menyebut mengenai PKR ada dua pemimpin muda yang paling kuat menangkap imaginasi rakyat dan juga anggota parti. Penampilan dua anak muda ini membawa satu tarikan yang kuat kepada parti dan juga harapan rakyat.
"Oleh yang demikian saya memberikan satu gambaran jika masa depan parti ini dijaga dan diuruskan oleh kedua mereka ini dengan dokongan pemimpin yang lain sudah tentulah parti ini akan mempunyai masa depan yang baik," katanya.
Ketua Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard menyindir Azmin terhadap tentangan pertandingan secara berpasukan itu.
"Tanding puak-puak tak boleh haha, kamu tak bertanding ikut kapal kah. Cakap jangan macam tepuk air dalam dulang… " kata Chegu Bard yang dipercayai ditujukan kepada Azmin
Dalam twitter, Chegu Bard yang berpihak kepada Saifuddin pertandingan berkumpulan kem Azmin ketika berkempen di Pulau Pinang.
Turut diberi contoh, Datuk Kamarul Baharin Abbas dari kem Azmin menggunakan TV3 untuk menghentam Khalid.
Ekoran wawancara dengan akhbar NST, Saifuddin mungkin hilang kelayakan bertanding, lapor FMT.
Saifuddinmenjawab beliau tidak mengetahui sama ada beliau telah melanggar etika berkempen dan berdepan kehilangan kelayakan untuk bertanding.
"Saya tak ada maklumat tentang perkara ini (kehilangan kelayakan bertanding). Soalan ini perlu ditanya kepada Datuk Johari Abdul (Pengerusi JPP)," jawabnya.
Semalam, Saifuddin dilaporkan berkemungkinan hilang kelayakan dari bertanding ekoran kenyataannya dalam wawancara bersama NST, 11 April lalu.
Dalam wawancara itu, Saifuddin dilihat mengkritik dua calon lain yang turut merebut jawatan kedua tertinggi PKR itu, Khalid dan Azmin Ali.
Saifuddin dilaporkan melabel Khalid sebagai individu yang tahu segalanya (know it all) terutamanya dalam isu air. Azmin pula dikatakannya tidak suka bertukar pandangan, idea ataupun berdebat.

DAP MULA PUJUK WAKIL WAKYAT BN TOLAK HUDUD

Posted: 15 Apr 2014 01:00 AM PDT

DAP memulakan gerakan bagi menentang usul rang undang-undang persendirian hudud kerajaan negeri Kelantan yang akan dibawa ke Parlimen hujung tahun ini.
Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng mendakwa partinya turut mendapat sokongan komponen BN termasuk dari MCA, Gerakan dan MIC.
Beliau mendakwa, setakat ini 50 ahli Parlimen menyatakan tentangan terhadap hudud termasuk 38 ahli Parlimen DAP, MCA (7), Gerakan (1) dan MIC (4).
"Seramai 38 ahli Parlimen DAP secara terbuka menyatakan tidak akan mengundi usul persendirian yang dikemukakan PAS.
"Kami memerlukan sokongan 25 ahli Parlimen lagi melalui cara melobi ahli Parlimen BN yang bukan beragama Islam bagi menyokong kami membantah rang undang-undang ini," katanya.
Menurut beliau, usul persendirian hudud yang akan dikemukakan oleh ahli Parlimen PAS akan dapat ditentang DAP sekiranya mereka mendapat sokongan melebihi dua pertiga ahli Parlimen iaitu seramai 75 orang.
Bercakap dalam sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Segambut, Isnin yang turut dihadiri Ahli Parlimen Ipoh Timur Thomas Su dan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, Lim berkata usaha melobi ahli parlimen bukan Islam BN bukan sahaja digerakkan DAP malah oleh parti komponen BN sendiri.
"Usaha ini tidak dilakukan sendirian. Kami akan menggesa ahli parlimen MCA dan MIC untuk sama-sama memujuk ahli parlimen BN yang lain," katanya.
Thomas berkata usaha melobi itu akan dilaksanakan pada masa terdekat dan mereka kini dalam proses mengumpulkan maklumbalas dan membuat persediaan.
Ketika ditanya adakah MCA pernah menyatakan sokongan secara peribadi untuk menentang hudud, Lim berkata: "MCA menyatakan dalam media beberapa kali tujuh ahli parlimennya tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian hudud.
"Saya juga difahamkan Gerakan dan MIC turut tidak menyokong usul itu," katanya.

tok gajah

Posted: 15 Apr 2014 09:25 PM PDT

tok gajah


Anwar Ibrahim patut di penjare lebih lame..........?

Posted: 15 Apr 2014 05:30 PM PDT

15/04/14
Penjarakan Anwar lebih lama ?


KEADILAN mendesak kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menggugurkan rayuan balas untuk menambahkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, tindakan peguam negara mahu memanjangkan hukuman penjara terhadap ketua umum KEADILAN itu adalah pendakwaan terpilih dan bermotifkan politik.

Beliau merujuk tindakan Abdul Gani Patail memfailkan rayuan balas bagi menambah hukuman penjara, selepas Anwar dijatuhi penjara lima tahun oleh mahkamah rayuan.


Memandangkan kesalahan yang telah diadil oleh mahkamah, pade pandangan Tok si Anwar ni sangat patut di penjarekan lebih lame, se kurang2 nye 10 tahun atau lebih. Kesalahan tu memang nye sangat berat. 

Selame ni Tok tak pernah pun buat ape2 ulasan atau komen tentang kes si Anwar Ibrahim ni sehingge lah ianye telah di putuskan oleh mahkamah.

Naib Presiden Keadilan, N Surendran boleh buat rayuan supaye menggugurkan tindakan Abdul Ghani Patail yang mahukan hukuman di tambah lame lagi. Tok yakin peguam negara kite yang bijak dan adil memang ade hujah2 nye yang tersendiri untuk melaku kan tindakan nye itu.

Tok pun hairan juge mengape puak2 penyokong PR ni susah sangat nak terime kenyataan yang mahkamah dah putuskan itu. Ianye nye telah di bicarekan dengan care terbuka, cukup dengan saksi2 dan pehak pendakwaan dan pembelaan nye. Tok anggap perkare ni dah cukup adil.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 15 Apr 2014 09:12 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Selangor Sedia Bajet Tambahan, Mana Penasihat Ekonomi Selangor?

Posted: 14 Apr 2014 11:35 PM PDT



GERAKAN ANTI PKR

Posted: 15 Apr 2014 09:06 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


GST DAN CUKAI : PENERANGAN MUDAH MB N9. PENERANGAN SIMPLE TAPI BRILLIANT !

Posted: 15 Apr 2014 08:37 AM PDT

ALLAHUAKBAR ! MEREKA DAH KELUAR DARI BUMI SELANGOR.

Posted: 15 Apr 2014 03:25 AM PDT

KALID GEREJA SUDAH ADA PENGGANTI... SALLEHIN MUKHYI..

Posted: 15 Apr 2014 01:17 AM PDT

JURI RAKYAT

Posted: 15 Apr 2014 07:48 PM PDT

JURI RAKYAT


Wow, Inilah Galaksi Spiral Terbesar di Jagad Raya

Posted: 15 Apr 2014 08:16 AM PDT

Galaksi Bimasakti tempat bumi berada masih kalah besar dengan galaksi yang satu ini, galaksi spiral atau NGC 6872. Besarnya 5 kali lipat Bimasakti.

Galaksi ini terletak pada jarak 212 juta tahun cahaya dari Bumi di konetlasi Pavo. Jarak antar dua lengan pada galaksi ini mencapai 522.000 tahun cahaya, sementara pada Bimasakti hanya 100.000 tahun cahaya.
NGC 6872 sebelumnya telah dikategorikan sebagai salah satu galaksi spiral tersebut. Namun, bukti bahwa galaksi itu merupakan yang terbesar baru diperoleh setelah astronom melakukan observasi dengan Galaxy Evolution Explorer spacecraft (GALEX).

"Tanpa kemampuan GALEX mendeteksi cahaya ultraviolet dari bintang muda dan panas, kita tak bisa mengetahui keseluruhan sistem yang menarik ini," kata Rafael Eufrasio dari Goddard Space Flight Center, Badan Penerbangan dan Antariksa Nasional Amerika Serikat (NASA).

Simulasi komputer menunjukkan, NGC 6872 memiliki ukuran dan bentuk luar biasa karena interaksinya dengan galaksi tetangga, IC 4970. Galaksi itu hanya punya 20 persen massa NGC 6872. Sekitar 130 juta tahun lalu, dua galaksi berada pada posisi terdekat, mempengaruhi aktifitas NGC 6872.

Hasil riset seperti diberitakan Space, juga mengungkap bahwa bar di spiral NGC 6782 memiliki radius yang besar, mencapai 26.000 tahun cahaya. Sejauh ini, tak ada aktifitas pembentukan bintang di wilayah itu. Artinya, struktur itu terbentuk miliaran tahun lalu.

Eufrasio mengumumkan hasil risetnya pada ajang American Astronomy Society ke 221 di Amerika Serikat.

Lubang Hitam Bima Sakti Pancarkan Sinar-X dengan Lumonitas Tinggi

Posted: 15 Apr 2014 08:04 AM PDT

Belum diketahui secara pasti apa penyebabnya, Lubang hitam (black hole) di pusat galaksi Bima Sakti (milky way) mengeluarkan sinar-X dengan lumonitas tinggi, sekali dalam sehari.

Memang biasanya ledakan yang menyebabkan munculnya sinar-X sering terjadi di lubang hitam Bima Sakti yang disebut dengan Sagitarius A tersebut. Namun akhir-akhir ini seperti yang pernah diamati oleh teleskop Chandra-X Ray Observatory pada Bulan Februari 2012 lalu, ledakan sinar-X semakin kuat yaitu 150 kali lebih terang dari lumonitas normal lubang hitam.



Proses lubang hitam yang "memakan" asteroid dan merubahnya menjadi pancaran sinar-X.
Image credit: NASA/CXC/M.Weiss

Apa penyebabnya? Para ilmuwan sendiri tidak begitu yakin dengan pendapatnya. Nampaknya ledakan tersebut tidak akan mengalami perlambatan meskipun secara keseluruhan usia lubang hitam yang semakin lanjut akan diikuti dengan penurunan aktivitas.

Di awal tahun 2012 lalu ada peneliti yang mengatakan bahwa ledakan sinar-X di lubang hitam Bima Sakti mungkin berasal dari asteroid atau bahkan planet yang berkeliaran dan berjarak terlalu dekat dengan lubang hitam, sehingga mereka "dimakan".

Sebab pada dasarnya jika lubang hitam selesai "memakan" asteroid atau planet maka ia akan mengeluarkan gas sinar-X.

Foto false color dari daerah di pusat galaksi Bima Sakti.
Pada area tengah, terrdapat titik kecil yang memancarkan sinar-X dan itu adalah lubang hitam.
Image credit: NASA/MIT/F. Baganoff dkk

Nampaknya para astronom juga setuju dengan pendapat itu. "Karena alasan apapun, Sagitarius A makan lebih banyak," kata Michael Nowak, ilmuwan dan peneliti dari IT dan penulis di jurnal astrofisika.

"Satu teori yang makin dipercaya adalah jika asteroid begitu dekat dengan lubang hitam, lubang hitam akan meregang dan menghancurkan asteroid tersebut hingga berkeping-keping dan memakannya sampai akhirnya akan memancarkan radiasi sehingga akan timbul dedakan yang besar," tambahnya.

Para astronom mendeteksi lubang hitam melalui energi cahaya yang dilepaskan saat lubang hitam menelan materi yang ada didekatnya. Pusat galaksi dan quasar yang baru lahir merupakan tempat dimana terdapat lubang hitam yang sangat aktif. Dengan bertambahnya usia lubang hitam, mereka akan cenderung melambat dan mengkonsumsi materi lebih sedikit.

"Setiap orang bisa menggambarkan lubang hitam seperti vakum cleaner di mana ia bisa mnyedot debu yang dilaluinya," kata Frederick K. Beganoff dari MIT.

Hayabusa, Pesawat Luar Angkasa Pertama yang Berhasil Take-Off dari Asteroid

Posted: 15 Apr 2014 07:57 AM PDT

Pesawat penjelajah ruang angkasa Hayabusa telah resmi disertifikasi oleh Guinness World Records sebagai wahana pertama di dunia yang kembali ke bumi dengan membawa material yang dikumpulkan dari asteroid.



Pesawat tak berawak ini diluncurkan oleh Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) menuju asteroid Itokawa pada tahun 2003, menghabiskan tiga bulan di Asteroid berbentuk seperti kentang yang mempunyai diameter sampai 500 meter.

Tiruan Hayabusa dengan Sekala 1:2



Pesawat ruang angkasa utama, bersama dengan sampel penyimpanan kapsulnya, kembali ke Bumi pada tahun 2010 setelah menyelesaikan perjalanan tujuh tahun sejauh 6 miliar km.

Pesawat ini seharusnya tiba kembali di Bumi pada 2007, namun terjadi masalah teknis yang membuatnya kembali mengambang di angkasa selama tiga tahun lagi.

Guinness World Records mengakui Hayabusa sebagai "Pesawat luar angkasa pertama yang berhasil take-off dari sebuah asteroid."



Foto Meluncurnya Hayabusa beserta pelepasan kapsulnya menuju bumi


Hayabusa Kapsul dan Parasutnya Setelah Jatuh Di Bumi


Kapsul dan Parasut Dari Hayabusa Sewaktu Tiba di bumi


Para Ahli membuka dan mengumpulkan materi yang dibawa Kapsul Hayabusa

5 Benda Aneh Yang Pernah Hanyut di Tepi Pantai

Posted: 15 Apr 2014 02:15 AM PDT

Melihat benda hanyut di tepi pantai memang sudah tak heran. Karena pada dasarnya pantai menjadi salah satu tempat yang memiliki arus dan ombak yang membuat benda – benda hanyut ke tepi pantai.  Namun, benda yang satu ini bukan seperti ikan , sampah atau sebagainya. Melainkan benda – benda dengan bentuk yang aneh dan penuh dengan misteri. Bahkan, kamu juga akan heran bila melihatnya. Lalu apa saja benda – benda aneh tersebut ? ,  inilah dia 5 benda aneh yang pernah hanyut di tepi pantai.

1. Batu Nisan   
 
Salah satu benda aneh dan penuh misteri yang pernah hanyut di tepi pantai yakni batu nisan. Dua buah batu nisan berumur ratusan tahun berbahan granit dipercaya digunakan seseorang untuk mencegah erosi laut terjadi di San Fransisco pada 1940-an. Dilihat dari bentuknya terukir nama perempuan bernama Emma Bosworth meninggal pada 1876 dan lainnya Delia Presby Oliver meninggal pada 1890.

2. Bom Aktif   
 
Benda aneh yang kedua yakni bom hidup berdiamter enam sentimeter dan panjang 12 sentimeter ini ditemukan masih aktif di Pantai Miami, Negara Bagian Florida, Amerika Serikat pada 2011. Pengunjung setempat pun merasa terkejut lantaran tidak tahu dari mana bom ini berasal dan siapa perakitnya.


3.SepatuLengkapDenganKakiDidalamnya  
Ditemukan 11 sepatu lengkap dengan kaki di dalamnya. Dan sampai saat ini belum diketahui jelas apa penyebab kaki tersebut terputus dari tubuhnya. Penemuan ini berlangsung pada tahun 2007 di Pelabuhan British Columbia, Kanada.

4. Ribuan Pisang Hanyut
 
Ribuan pisang hanyut ini ditemukan pada bulan November 2007 di Pulau Terschelling, Belanda. Penduduk setempat pun merasa terkejut dan setelah diteliti ternyata ribuan pisang yang hanyut di tepi pantai tersebut akibat terbawa oleh gelombang besar  dari sebuah kapal kargo karam.

5. Surat Cinta dari Perang Dunia II 
 
Surat cinta dari perang dunia ke II ini belum diketahui jelas kenapa bisa terdampai di tepi pantai.  Nah , itulah kelima benda aneh yang pernah hanyut di tepi pantai.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 15 Apr 2014 03:08 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Terkejut terima foto lucah

Posted: 15 Apr 2014 04:02 PM PDT

ORIENTASI seks bagi seseorang artis lelaki mahupun wanita yang masih solo tatkala usia yang semakin meningkat acap kali menjadi persoalan oleh sesetengah golongan bermulut murai yang sengaja mereka-reka cerita, sekali gus cuba mencetuskan kontroversi tertentu.

Amalan serkap jarang segelintir manusia yang secara semberono menganggap golongan artis lanjut usia yang masih belum mendirikan rumah tangga sebagai golongan songsang amat mendukacitakan individu yang terkena tempiasnya.

Mendekati bekas peragawan yang kini antara aktor terkenal tempatan, Fahrin Ahmad, 35, dia tidak menafikan bahawa pernah mengalami situasi tersebut yang disifatkannya amat keterlaluan dan mengarut.

"Saya pernah menerima beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada lelaki tidak dikenali yang mahu berkenalan lebih rapat dengan saya. Pada awalnya saya tidak mengesyaki apa-apa dan menyambut perkenalan mereka tanpa was-was.

"Tidak berapa lama, teks perbualan yang dikirimkan mula berbaur seks dan lebih teruk, ia adalah mengenai hubungan luar tabii sesama lelaki. Malah, ada juga di antara mereka dengan berani mengirimkan gambar separuh bogel dengan kata-kata lucah yang melampau.

"Ramai daripada mereka menganggap saya gay, padahal itu adalah sesuatu yang mengarut. Hanya disebabkan saya belum berkahwin, tidak semestinya saya bukan lelaki sejati," tegasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran peraduan Anda Boleh Jadi Jutawan 4 yang dianjurkan Power Root, di ibu kota baru-baru ini.

Ditanya adakah Fahrin membuat laporan polis jika diganggu golongan terbabit, dia menjawab, selagi masalah itu mampu ditanganinya, tidak perlulah ia diperbesarkan.

Katanya, segala kiriman SMS atau panggilan daripada golongan itu akan dihadapinya dengan cara berhemah supaya tidak berlaku sebarang kekecohan yang akhirnya akan mencetuskan suasana tegang antara satu sama lain.

"Bukan susah pun nak tangani masalah seperti ini. Gertak sikit, insya-Allah boleh selesai. Jika ada yang di luar kawalan saya, baharulah tindakan lanjut akan dilakukan. Tetapi setakat ini semuanya mampu dikawal sebaiknya," ujarnya menutup topik tersebut.

Kahwin ganggu privasi



Ditebak soalan yang mungkin sudah jemu singgah di telinganya, Fahrin menjelaskan bahawa isu perkahwinan masih lagi menjadi misi utamanya memandangkan sedar akan usianya yang semakin bertambah.

Pun begitu, usai menjangkaui umur 30-an, mula timbul rasa resah dalam dirinya untuk menerima kehadiran insan bergelar isteri bagi berkongsi ruang privasinya yang selama ini selesa dinikmati sendirian.

Menurut anak jati Johor kelahiran Skudai itu, mana-mana individu pun akan berasa tidak selesa apabila ruang peribadinya cuba dimasuki oleh orang lain walaupun isteri sendiri.

"Apatah lagi saya yang sudah sekian lama duduk bersendirian. Tiba-tiba, apabila kahwin nanti, saya terpaksa berkongsi ruang tersebut bersama seseorang yang baharu dikenali.

"Inilah dilema yang terpaksa ditempuhi oleh beberapa rakan lelaki saya yang baharu berkahwin terutamanya mereka yang telah berusia lebih daripada 30 tahun. Mereka perlukan masa untuk cuba sesuaikan diri dengan status diri yang sudah bergelar suami. Jadual terpaksa diubah sepenuhnya. Saya risau tidak dapat melakukan aktiviti yang saya gemari jika berkahwin kelak," katanya yang mengakui begitu sibuk dengan pelbagai aktiviti seharian.

Walau bagaimanapun, jelas Fahrin, hal tersebut bukanlah kekangan utama yang menyebabkannya tidak bertemu jodoh sehingga kini, namun menyalahkan masa sebagai salah satu faktornya.

Mempunyai jadual kerja yang padat membuatkan masa Fahrin terbatas untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita, kecuali mereka yang sama-sama berada dalam linkungan kerja yang serupa.

"Sekalipun sebelum ini saya merasakan serik untuk bercinta sesama artis, tetapi saya dapat rasakan jodoh yang bakal dipertemukan kelak adalah wanita-wanita yang berada rapat dengan saya.

"Selain sibuk dengan karier seni saya, sejak dua tahun kebelakangan ini saya mula aktif terlibat dalam beberapa bengkel atau kem motivasi sebagai salah seorang speaker atau penceramah bagi berkongsi kisah kehidupan seorang selebriti. Saya cuba memberi tanggapan positif kepada anak muda yang terpengaruh dengan kata-kata negatif mengenai bidang seni.

"Sebab itulah saya rasakan tidak mempunyai masa untuk berkenalan dengan wanita di luar bidang yang saya ceburi, tetapi kuat mengatakan si dia adalah di kalangan selebriti," akuinya.

Wardina kritik, ragui dakwah Ustaz Don di Facebook

Posted: 15 Apr 2014 06:15 AM PDT

Wardina Safiyyah telah menyeru para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula kandungan ceramah oleh Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan. Sebelum itu Wardina ada berkongsi mengenai kompilasi video KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL dari seorang wanita yang bernama Nur Puteri Dayana dengan menulis ayat ayat berikut:

"Saya bukanlah orang alim. Namum saya menyeru kepada para ulama'..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah… It is an amazing mukjizat on its own. We don't need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran"

"Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan peyampaian yang tidak sahih darinya. Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama mistik. Ianya berpadukan dalil Quran dan Sunnah. Wallahualam"

Perkongsian Wardina ini telah menimbulkan pelbagai reaksi, ada yang menyokong dan ada yang menghentam tindakan beliau yang menegur Ustaz Don secara terbuka, dan Wardina telah memberi respon berikutnya:

"We have a right to ask…. We SHOULD ask. Yes even to our ustaz and ustazah. Dari mana sumber ini? Siapa yang berkata ini? Apa lanjutan cerita ini? Saya musykil dengan jawapan ustaz..bolehkah ustaz terangkan lagi… ?"

"Ya, kerana para sahabat juga bertanya kepada Nabi saw. Dan Nabi membenarkan…. Saya sering merujuk ayat ini dalam Surah Al Baqarah ayat 260.. dimana Nabi Allah Ibrahim as sendiri bertanya.. bertanya kepada Allah….Nabi bertanya kepada Allah? Tidakkah Nabi percaya??? untuk apa? Kerana dengan bertanya kita mencari jawapan..supaya? Supaya hati menjadi lebih tenang… Surah Al Baqarah:260″

"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-mahkluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanKu)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yaqin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang sangat-sangat ingin menyaksikannya)"

"Bertanyalah. Dan para ustaz jawablah persoalan kami ini. Bukalah minda kami. Jangan suruh kami ikut kamu, namun suruh lah kami mengikut Quran dan Sunnah Nabi SAW"

Hudud wujud lebih awal dari Pakatan Pembangkang - Hadi

Posted: 15 Apr 2014 06:01 AM PDT

KUALA TERENGGANU 15 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh DAP dan PKR, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Sambil menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Kelantan mahu melaksanakan undang-undang itu, Abdul Hadi berkata, hudud sudah wujud dalam Pas sebelum penubuhan pakatan.

"Ini benda yang wujud terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan laksana hudud," katanya yang ditemui di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini hari ini.

"Kita tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR, mengatakan kita tidak boleh laksana hudud," katanya.

Isu undang-undang hudud menjadi 'duri dalam daging' dalam pakatan pembangkang apabila Pas tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum itu sementara DAP dan PKR berkeras menolak.

Isu itu kembali panas susulan keputusan kerajaan Kelantan yang diteraju oleh Pas bercadang membawa usul hudud ke Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Susulan itu, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor beberapa kali membuat penegasan bahawa hudud tidak ada tempat dalam dasar pakatan pembangkang. - BERNAMA

Hudud: Sultan Brunei tangkis kritikan antarabangsa

Posted: 15 Apr 2014 05:45 AM PDT

BRUNEI DARUSSALAM 14 April - Ketua negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah menangkis kritikan antarabangsa berhubung pelaksanaan hukum hudud di negaranya dan menafikan bahawa tindakan itu satu langkah ke belakang.

Laman web, Mail Online melaporkan Mac lalu, Sultan Hassanal bertitah, semua bangsa perlu bersatu di bawah undang-undang syariah dan baginda menyifatkan kod panel baharu itu merupakan kejayaan besar Brunei.

Hukum hudud yang memperuntukkan hukuman sebat dan rejam sehingga mati bagi kesalahan tertentu, mula dilaksanakan bulan ini.

Sultan Hassanal turut bertitah, pihak luar perlu menghormati sebarang keputusan Brunei sama seperti negara ini menghormati keputusan pihak lain.

Kelmarin, jurucakap Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rupert Colville mengkritik pelaksanaan hukum hudud oleh Brunei yang dianggap menyalahi undang-undang antarabangsa.

Jelas Colville, pihaknya memandang serius pelaksanaan undang-undang Islam tersebut yang turut memperuntukkan hukuman mati bagi kesalahan seperti merogol, berzina dan meliwat.

Colville berkata, negara Islam itu sepatutnya tidak melaksanakan langkah tersebut kerana undang-undang antarabangsa menyatakan hukuman rejam sehingga mati misalnya dikategorikan sebagai kejam dan penyeksaan serta tidak berperikemanusiaan, sekali gus diharamkan di bawah perjanjian-perjanjian hak asasi manusia.

Brunei tidak melaksanakan hukuman mati sejak 1957 dan turut mengharamkan penjualan serta pengambilan minuman keras dalam kalangan penduduk Islam negara ini.

(Video) Inilah video gadis bogel tipu ibu beli buku teks di Taiping

Posted: 15 Apr 2014 02:01 AM PDT

Mesej kami…jauhi zina….jangan menipu terutama kepada ibu bapa dan jangan la nak rakam perbuatan-perbuatan yang bukan-bukan.

Bila terlepas kepada pihak lain…sudah pasti ia akan disalah gunakan.

Berhati-hatilah…lain kalai kalau beli buku teks.. beli buku teks ajelah… bukan berbogel kat hotel…

Akhir kata…kat Taiping la sangat beli buku teks… (MYNEWSHUB)

Perbuatan jijik, memalukan!

Posted: 15 Apr 2014 12:01 AM PDT

Singapura: Seorang peguam yang sering mengendalikan kes berkaitan nahas udara melahirkan rasa jijik terhadap dakwaan wujudnya sindiket penipuan yang menjadikan anggota keluarga MH370 sebagai sasaran mereka dengan menawarkan tuntutan ganti rugi palsu.

Floyd Wisner, dari Chicago, Amerika Syarikat berkata, anggota keluarga penumpang MH370 melalui hari yang menyedihkan sejak lima minggu lalu.

"Ia perbuatan sangat memalukan kerana ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadap mereka yang berada dalam keadaan emosi tidak menentu dan saya berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap perakara ini.

"Anggota keluarga MH370 melalui lima minggu yang membuatkan mereka merana daripada percanggahan maklumat dan kekeliruan, peguam yang membuat tuntutan tidak munasabah dan sekarang penipu cuba melarikan wang mereka," katanya dalam kenyataan semalam.

Kenyataan itu merujuk kepada laporan mengenai penyebaran e-mel palsu yang didakwa dari Penerbangan Malaysia (MAS) kepada anggota keluarga penumpang meminta mereka menghubungi bank untuk menguruskan tuntutan ganti rugi.

Bagaimanapun, e-mel itu dilaporkan meminta caj pentadbiran sebelum tuntutan ganti rugi itu diluluskan.

Wisner berkata, anggota keluarga penumpang MH370 diminta perlu berhati-hati kerana tidak ada sebarang caj dikenakan untuk tuntutan yang sah dan mereka perlu mendapatkan nasihat daripada peguam yang profesional dan berpengalaman supaya hak mereka terjamin.

Beliau turut mendedahkan sudah bercakap dengan beberapa anggota keluarga penumpang MH370 yang membentuk persatuan untuk mewakili mereka dan berbincang tuntutan secara kumpulan.

Pesawat MH370 membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac lalu.

- BERNAMA

Wanita malang dicerai talak tiga

Posted: 14 Apr 2014 11:21 PM PDT

Kuala Lumpur: "Saya sendiri terkedu diceraikan talak tiga sekali gus hanya kerana dia (bekas suami) sakit mata," kata seorang ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Nora ketika menceritakan rumah tangganya musnah berpunca daripada sebab yang tidak masuk akal.

Nora, 27, berkata, dalam kejadian pada 2006 itu, bekas suaminya mengalami sakit mata lalu meminta pertolongannya menyapu ubat diambil di sebuah klinik.

"Dia menyuruh saya menggunakan putik kapas untuk menyapu ubat mata. Pada mulanya saya teragak-agak, tetapi tetap patuh.

"Tiba-tiba dia menjerit sakit dan kami bertengkar sebelum dia melafazkan cerai talak tiga sekali gus," katanya yang ditemui semalam.
Sebaik cerai dilafazkan, kata Nora, dia yang tinggal di rumah lelaki itu di Kedah segera membawa dua anaknya yang masih kecil ketika itu ke rumah ibu bapa di Perak.

Hamil setelah telanjur dengan dua teman lelaki

Posted: 14 Apr 2014 07:30 PM PDT

Shah Alam: "Ibu mana yang tak sayang anak, walaupun dia dilahirkan tanpa diminta, pengalaman mengandung dan melahirkannya selepas 'bersama' selama sembilan bulan nyata membuatkan kasih saya kepadanya tidak berbelah bagi.

"Walaupun dia dilahirkan sebagai anak luar nikah dan keluarga terutama ayah tidak dapat menerima kehadirannya saya terpaksa relakan dia diserahkan kepada keluarga angkat apabila semua proses dokumentasinya selesai," kata remaja terlanjur yang ingin dikenali sebagai Izzati, 22, ketika ditemui di sebuah rumah perlindungan di sini, baru-baru ini.

Remaja yang berasal dari Puchong ini berkata, sebaik saja ibu bapanya dimaklumkan doktor yang dia mengandung tujuh bulan, dia dihantar ke rumah perlindungan bagi mengelakkan berita mengenai kandungan itu diketahui adik beradik mahupun ahli keluarga lain terutama jiran. Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, jika dia mampu mengubah masa silamnya, semua teguran dan nasihat ibunya pasti dituruti dan kerana kebodohan dirinya yang memberontak gara-gara dikongkong akhirnya memakan diri sendiri.

Katanya, segalanya bermula apabila dia melanjutkan pelajaran ke kolej untuknya melarikan diri jauh daripada keluarga terutama ibu yang sering menjadikan dirinya tempat melepaskan marah setiap kali adik-adiknya membuat kesalahan. "Dengan memberikan alasan kerja kursus banyak, saya bebas untuk tidak pulang ke rumah pada hujung minggu walaupun jarak antara rumah dan kolej tidak jauh.

Masa yang ada saya keluar bersama teman lelaki. "Walaupun baru berkenalan dua bulan, saya tidak sangka yang dia (teman lelaki) memaksa saya melakukan perbuatan asmara dan akhirnya dia pergi tanpa alasan munasabah," katanya yang baru melahirkan anak lelaki awal Mac lalu.

Izzati berkata, kecewa dengan tindakan bekas teman lelakinya itu, dia berkawan dengan seorang lagi lelaki lain, namun nasibnya tetap sama apabila lelaki berkenaan juga mengambil kesempatan serta memberi jaminan yang dia tidak akan mengandung sebelum meninggalkannya.

Dia mendakwa, gara-gara takut membeli alat ujian kehamilan dia tidak sedar yang kandungannya sudah mencecah tujuh bulan sehinggalah kedua orang tuanya membawanya ke klinik kerana hairan melihat perubahan pada dirinya. Menurutnya, selepas dimaklumkan doktor yang dia mengandung, dunia dirasakan kelam dan apa yang lebih sedih apabila melihat wajah emak yang kecewa malah ayah ketika itu seakan orang hilang pertimbangan meraung tidak dapat terima hakikat yang anaknya mencipta aib buat keluarga.

"Sehingga kini hanya emak dan ayah yang tahu kisah sebenar dan di mana saya berada, jika adik-beradik bertanyakan kenapa 'kakak' tidak balik, emak memberi alasan 'kakak' sibuk dengan kelas dan kerja kursus," katanya.

AMK kecam MB Khalid guna media rasmi negeri untuk kempen parti

Posted: 14 Apr 2014 06:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor hari ini membantah tindakan Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyalahgunakan media rasmi kerajaan negeri Selangor bagi tujuan berkempen untuk dirinya sempena pemilihan parti itu, Mei nanti.

Mereka mengecam tindakan Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor itu, yang dilaporkan telah menggunakan Media Selangorku untuk mempromosi dirinya menerusi sebuah artikel yang dimuatnaik di laman portal Selangor Kini bertarikh 12 April, 2014.

Artikel yang dimaksudkan tersebut bertajuk 'Pemilihan PKR 2014: Kenapa Tan Sri Khalid wajar diangkat sebagai Timbalan Presiden'.

"Semakan susulan juga menunjukkan bahawa akaun laman sosial Media Selangorku menerusi Facebook dan Twitter turut disalahguna bagi tujuan sama iaitu berkempen untuk Menteri Besar Selangor.

"Tindakan sebegini sememangnya memalukan memandangkan ia bertentangan dengan pendirian dan prinsip PKR khususnya serta Pakatan Rakyat amnya yang konsisten membantah tindakan Barisan Nasional yang menyalahgunakan media rasmi Kerajaan seperti RTM bagi kepentingan politik mereka," kata Setiausaha AMK Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad dalam sebuah kenyataan pada Isnin.

Selain itu, AMK turut menyatakan rasa kesal dan kecewa mereka atas sikap Abdul Khalid yang bertentangan dengan imej yang sering ditonjolkannya iaitu sebagai pemimpin yang bersih dan berintegriti.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/amk-selangor-bantah-tindakan-khalid-guna-media-rasmi-negeri-untuk-berkempen-33863?cp

Pesawat Airbus A320 berlanggar dengan Airbus A319

Posted: 14 Apr 2014 05:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan ekoran perlanggaran antara pesawat Airbus A320, XY-AGT milik Golden Myanmar Airlines dengan pesawat Airbus A319, XY-AGR milik Myanmar Airways International hari ini.

Kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon ini dikatakan terjadi pada awal pagi, menurut komen yang ditulis oleh pengguna laman Twitter yang berada di tempat kejadian.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web Aviation Safety Network, pesawat A320 telah melanggar bahagian kanan belakang pesawat A319.




Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pesawat-airbus-a320-berlanggar-dengan-airbus-a319-33882?cp





Cucu Tok Selampit

Posted: 15 Apr 2014 01:28 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Majlis Perbandaran Pulau Pinang Bersubahat Dengan Himpunan Haram Reformasi 2.0 Anwar Ibrahim

Posted: 15 Apr 2014 05:30 AM PDT


Himpunan Haram Reformasi 2.0 Anwar Ibrahim diteruskan pula di Pulau Pinang dua hari lagi. Umum tahu, DAP menguasai Kerajaan Pulau Pinang. Apa yang umum tidak tahu adalah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) adalah kuda tunggangan DAP. Buktinya, program haram Ketua Pembangkang mendapat restu daripada MPPP. MPPP memberi kelulusan ke atas sepanduk atau kain pemidang iklan program haram berkenaan.

Adakah MPPP sebagai satu majlis di bawah Kerajaan Negeri bertindak seperti dicucuk hidung meluluskan satu program mengajak Rakyat menentang Kerajaan Pusat dan mempertahankan seorang yang didapati bersalah atas tuduhan meliwat? Tindakan MPPP ini harus dipersoalkan kerana program ini masih belum mendapat permit daripada pihak polis. Tindakan meluluskan sepanduk ini bermakna MPPP bersubahat mengajurkan perhimpunan haram di Pulau Pinang.



Derma RM500, MP DAP Buat Sidang Media Bagai - Melayu Juga Yang Bangsat!

Posted: 14 Apr 2014 10:18 PM PDT


Inilah maruah Melayu sekarang. Cukup sekadar RM500 diusung, diarak sekeluarga dalam sidang akhbar hanya untuk menunjukkan kebaikan dan kemuliaan hati Cina DAP. Kalau setakat RM500, dua tiga orang CTS boleh carikan tanpa perlu penderma menampilkan diri dalam sidang media seperti ini. Kalau tak adapun Datuk-Datuk yang CTS kenal yang boleh menghulur RM500 sebagai bantuan, CTS akan ikhtiarkan kalau hanya setakat RM500 yang Cina DAP bagi tu.

Cukupkah dengan derma sebanyak RM500 untuk melakukan pembedahan anak kecil itu? Bukankah ada Baitulmal untuk menguruskan permasalahan ini? Kenapa sanggup mengadaikan maruah hanya untuk RM500? Sakit hati melihatkan YB DAP yang tak habis-habis mempromosikan kebaikan beri RM500 kepada orang Melayu di media sosial macam Melayu ni merempat sangat.

Apa Yang Tersirat

Posted: 15 Apr 2014 01:14 PM PDT

Apa Yang Tersirat


MH370 : wreck hunters Yakin Pesawat itu Bakal Dijumpai

Posted: 15 Apr 2014 07:40 AM PDT

David Maerns, Wreck Hunters yakin bahawa MH370 bakal dijumpai. David yang berjaya menjumpai HMS Sydney 2008, selepas tenggalamnya kapal itu tahun 1952. Beliau juga membantu dalam pencarian AF447 tahun 2009. Faktor yang mendorong, mengapa pencari harta karun yakin menjumpai pesawat itu adalah, 4 pancaran kotak hitam yang dikesan HMS Ocean Shield sebelum ini. Pancaran itu, bukan mudah dikesan pada lautan seluas itu. Atas sebab pancaran itu, memang berasal daripada Kotak Hitam pesawat MH370, maka atas sebab itu dikesan. Pasukan pencari yang dikoordinasi Australia masih berhati-hati mengumumkan temuan itu, atas sebab belum terjumpanya sebarang serpihan pesawat malang itu, walaupun telah dicari memasuki hari ke-38. Angus Housten Ketua JACC hanya berani berkata bahawa pesawat itu dijumpai, jika menjumpai serpihan. Pada lewat Isnin, robot yang digunakan memeta dasar laut Bluefin 21, terpaksa menamatkan operasi lebih awal  apabila kedalaman laut melebihi kemampuan alat itu. Alat itu diprogramkan pada kedalaman 4,300-4,400 meter, namun apabila menjumpai kedalaman yang lebih dalam, secara automatik, alat itu akan mengapung semula. Robot itu seharusnya beroperasi selama 16 jam, namun hanya 6 jam menghentikan operasinya.

MH370: Operasi Bluefin selama 6 jam- Tidak Mengesan Apa-Apa

Posted: 15 Apr 2014 04:29 AM PDT

Bluefin 21 beroperasi pada kedalaman 4,300-4,400 meter, jika mendapat kedalaman lebih daripada itu, secara automatik, akan menghentikan operasi dan terus timbul. Pada kedalaman 4,300-4,400 meter, robot iru boleh beroeprasi selama 16 jam, akan tetapi pada operasi pertamanya, hanya 6 jam robot itu berhenti dan kembali mengapung. Walau bagaimana, data selama 6 jam selepas dimuatturun, tidak menemukan sebarang clue bangkai pesawat.  Cabaran kepada pasukan pecari, adalah kedalaman laut selain keluasan kawasan liputan. Namun sebagai panduan, pasukan pencari akan mempergunakan jangkaun pancaran daripada kotak Hitam pesawat itu, bagi menentukan keluasan kawasan pencarian. Berasaskan limit pada robot bluefin 21, maka operasi pemetaan dasar laut akan memerlukan 6-8 minggu untuk meliputi semua kawasan.

MH370: Bluefin 21 Sepatutnya Beroperasi 16 Jam, Tapi 6 Jam Timbul Kembali

Posted: 15 Apr 2014 03:40 AM PDT

Pada kedalaman 4,500 meter, Bluefin 21 dapat beropetasi selama 16 jam, namun jika kedalaman melebihi itu, jangka hayat operasinya akan menjadi singkat. Ini yang berlaku pagi tadi, apabila robot itu timbul semula hanya 6 jam beroperasi, ertinya kedalaman tempat operasi melebihi limit robot itu. Atas sebab kedalaman lautan, maka operasi pemetaan dengan menggunakan bluefin 21 akan memakan masa berbulan-bulan. Ertinya, sehingga masa itu dicapai, maka kehilangan MH370 tetap akan misteri.

MH370: Cara Kerja Robot Bluefin 21

Posted: 15 Apr 2014 03:18 AM PDT


MH370: Apa Kah Betul Pesawat Itu Terhempas Disini?

Posted: 14 Apr 2014 04:32 PM PDT

Apa kah memang pesawat itu terhempas di lokasi ini? Mengapa hanya di hari ke-25 baru ada pancaran daripada Kotak Hitam? Mengapa hanya selepas 24 hari baru mencari menggunakan underwater locator bermula? Mengapa selepas 4 pancaran yang dikesan daripada Kotak Hitam, yang bermula daripada 5,6, 8 Mac kemudian pancaran itu gagal dikesan lagi?  Masuk hari ke-38 iaitu hari ini, digunakan robotic vehicle Bluefin 21 untuk menjalankan pemetaan dasar laut. Apa kah pencraian di lokasi ini merupakan satu sandiwara? sama seperti memburu Osama bin Laden di Afghanistan selama 13 tahun, sebenarnya Boss Al-Qeada itu berada di Abbottabad Pakistan. Osama berjaya dibunuh US Navy Seal pada 3 May 2011 dalam satu operasi rahsia. Sedar kah kita, bahawa Amerika memerlukan masa lebih sebulan untuk menafikan bahawa pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk kru yang hilang pada pagi 8 Mac tidak mendarat di Diego Garcia; sedangkan pada 13 Mac, semasa operasi mencari sedang ditumpukan di Lautan Hindi, Pentagon percaya pesawat itu terhempas di Lautan Hindi. Malaysia memerlukan 11 hari untuk mengakui kenyataan itu.  Kehilangan pesawat di pagi 8 Mac diselubungi misteri. Kehilangan pesawat itu, tidak seperti biasa kemalangan pesawat sebelum ini. Melihat kepada cara kehilangan pesawat itu, adalah tidak mustahil, bahawa pesawat itu tidak terhempas di lokasi pencarian, akan tetapi besar kemungkinan pesawat itu berada di suatu lokasi rahsia. Mustahil, pesawat sebesar itu dengan muatan serta berbagai jenis barangannya yang boleh terapung, tiada satupun berjaya dikesan?  Apa kah benar kenyataan seorang penulis terkenal Amerika Dr Kevin Barett, bahawa CIA mengetahui lokasi pesawat itu? Cara kehilangan pesawat MH370, hanya CIA sahaja mempunyai kemampuan itu, sama seperti peristiwa 9/11. Dalam dunia moden ini, hanya Musaraff sahaja berjaya memperdaya CIA, berkaitan dengan Osma bin Laden. Kini, CIA menebus maruahnya dengan melakukan sandiwara, sehingga satu dunia panik dan terpingah-pingah. Malaysia, tersepit dengan permainan berstatus high level ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan