PAS Negeri Sembilan Posted: 07 Mar 2014 09:43 PM PST Kemarau paling buruk dalam sejarah di N.Sembilan Posted: 07 Mar 2014 01:48 AM PST
Marilah kita banyakkan beristighfar dan bertaubat
Kemarau paling buruk dalam sejarah di N.Sembilan
7 Mac 2014 – "Kemarau kali ini merupakan paling buruk sejak 1960-an. Demikian menurut salah seorang penduduk, Mohd Nor Pie, 63, ketika mengulas mengenai musim kemarau yang berlaku sejak dua bulan lalu.
Menurut Mohd Nor, kemarau juga menyebabkan paras air sungai susut, sekali gus paling buruk dalam sejarah kampung terbabit.
"Ini merupakan insiden paras air sungai susut paling buruk dalam sejarah di kampung ini di mana kali terakhir seingat saya ialah pada 1960-an dan ketika itu saya masih kecil lagi," katanya ketika ditemui di Taman Rekreasi Menuang Bertembuk Pasir Besar, dekat sini, semalam.
Mohd Nor berkata, kejadian itu (paras air surut) disedari apabila dia tidak perlu lagi menggunakan jambatan untuk mengambil buah berangan di kampung seberang, sebaliknya hanya berjalan kaki merentasi sungai berkenaan.
| Kes pecah rumah ke-16 di Taman Bandar Senawang Posted: 07 Mar 2014 01:48 AM PST
7 Mac 2014 - "Selama ini saya dengar rumah jiran-jiran lain yang kena pecah, kini rumah saya pula yang menjadi mangsa," kata Kartini Mohd Rais, 32, selepas rumahnya di D'Latania Taman Bandar Senawang di sini, dipecah masuk dalam kejadian pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, Juruneologi Makmal Perubatan Klinik Kesihatan (KK) Jempol itu mengalami kerugian dianggarkan RM9,000 selepas televisyen LCD, dua Tab jenama Samsung termasuk tabung anaknya dicuri penjenayah.
Sementara itu, ketua ahli jawatankuasa keselamatan taman perumahan itu, Mohd Farid Md Nor, 40, berkata, kejadian terbabit merupakan kes pecah rumah ke-16 yang berlaku dalam tempoh tidak sampai satu tahun.
"Walaupun ada pengawal keselamatan disediakan di sini, tapi malangnya kejadian kes pecah rumah sering kali berlaku.
| |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 07 Mar 2014 09:40 AM PST Ihsan terpenting di saat ujian getir Posted: 07 Mar 2014 06:18 AM PST Bukan mudah menanggung derita lebih-lebih yang melibatkan keluarga terdekat. Walau berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Orang lain yang sama ciri dengan kita tidak akan mungkin mampu menyelami perasaan kita. Justeru, sangat patutlah apabila kita diuji oleh Allah swt kita mendekati diri kepada Allah. Kita akan tenang sekiranya kita sedar dan yakin bahawa Allah sentiasa melihat kita, mendengar segala apa yang kita sebut, bahkan mengetahui apa yang tercetus dalam hati kita tapi tidak keluar dengan suara. Allah Maha Memahami situasi kita. Samada yang adil atau tidak. Kita kena rajin mendampinginya. Bersangka baik dengan peraturanNya. Sudah tentulah ada hikmah disebalik segala peristiwa. Walaupun hati kita memberontak. Istighfar dan mengadulah kepadaNya. Hanya Dia yang berkuasa atas segala galanya. Yakinlah........ini hanya dunia.......sementara. Kelak di sana yang kekal abadi. | |
Jasindaily Online Posted: 07 Mar 2014 09:13 AM PST Salah UMNO : Malaysia Hilang Kelayakan Semak Perjanjian Air Dengan Singapura Posted: 07 Mar 2014 05:10 AM PST SINGAPURA: Menteri Luar Singapura K. Shanmugam berkata berdasarkan Perjanjian Air, selepas Malaysia memutuskan untuk tidak mengkaji semula harga air pada 1987, maka ia tidak lagi berhak untuk berbuat demikian selepas itu. "Pendirian Singapura ialah Malaysia sudah kehilangan haknya untuk menyemak harga air. Perjanjian Air memperuntuk kajian semula selepas 25 tahun. Secara khusus, terdapat hak untuk melakukan semakan harga air bersama pada 1987. "Bagaimanapun, Malaysia secara sedar memilih untuk tidak melakukan semakan semula harga air dan mempunyai alasan yang baik tidak berbuat demikian," katanya ketika menjawab satu soalan di Parlimen di sini.
Ellen Lee dari Kawasan Perwakilan Berkumpulan (GRC) Sembawang menyoal menteri berkenaan sama ada Malaysia berhak mengkaji semula harga air mentah yang dijual kepada Singapura berdasarkan perjanjian air dua hala pada bila-bila masa sebelum tarikh luputnya pada 2061. Shanmugam berkata Singapura sudah menyatakan pendiriannya berhubung isu ini dan turut memaklumkannya secara rasmi kepada kerajaan Malaysia beberapa kali. Beliau berkata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman pada 17 Feb 2014 berkata: "perjanjian adalah perjanjian dan kita akan menghormatinya. "Jika ada keperluan untuk semakan, kami akan memaklumkannya dan jika maklum balas mereka adalah positif, kita akan memulakan rundingan."
Shanmugam berkata jika Malaysia menggunakan haknya untuk menyemak harga air pada 1987, Singapura mungkin akan membuat keputusan pelaburan yang berbeza bagi membangunkan Sungai Johor, contohnya projek Empangan Linggiu pada 1990. Sebaliknya, beliau berkata Malaysia memilih untuk tidak menyemak harga air pada 1987, dan atas dasar itu, Singapura mengambil beberapa tindakan yang turut memanfaatkan Malaysia. Ini termasuk pembinaan Empangan Linggiu pada kos lebih S$300 juta, yang mempertingkat kuantiti air di Sungai Johor serta membolehkan Johor dan Singapura mendapat bekalan air ketika musim kemarau. - Bernama | Perlu Didapati Bersalah ?? Posted: 07 Mar 2014 05:07 AM PST PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu didapati bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kerana bukti yang dikemukakan di mahkamah amat kukuh, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini. Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata oleh itu, mahkamah seharusnya membenarkan rayuan pihaknya berhubung pembebasan Anwar. Beliau berkata ketika diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi, Anwar memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah daripada kandang tertuduh, yang menyaksikan dia tidak boleh disoal balas. Muhammad Shafee berkata Anwar tidak berani memberi keterangan dari kandang saksi sebaliknya memilih untuk 'bersembunyi' di dalam kandang tertuduh dan menyerang kerajaan, hakim serta timbalan pendakwa raya. "Keterangan beliau dari kandang tertuduh hanya penafian semata-mata selepas memberi notis alibi," katanya sambil menambah hakim yang mendengar perbicaraan kes itu tidak mengambil kira keterangan Anwar dari kandang tertuduh. - Bernama | LAUNGAN REFORMASI DAN FREE ANWAR BERGEMA KEMBALI Posted: 07 Mar 2014 05:05 AM PST PUTRAJAYA - Lebih 100 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan kekecohan selepas Ketua Pembangkang itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, kira-kira enam tahun lalu. Mereka melaungkan "reformasi" dan "bebaskan Anwar" dan cuba mencetuskan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat ditujukan kepada Hakim dan Pendakwa Raya.
Jumlah penyokong semakin bertambah sehingga pukul 7 malam dan Anwar masih berada dalam mahkamah. Pasukan polis yang ditugaskan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk rempuhan yang mungkin dilakukan oleh penyokong. Pada masa yang sama seorang daripada anak dan menantu Anwar muncul dengan menaiki sebuah kenderaaan dan terus masuk ke dalam mahkamah untuk bertemu Anwar. Panel Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi hari ini sebulat suara mendapati Anwar bersalah atas pertuduhan meliwat Mohd Saiful selepas membenarkan rayuan pihak pendakwa.
Pihak pendakwa merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012, yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - Bernama | Tok Guru Puji Sikap Adun BN Kelantan Posted: 07 Mar 2014 04:59 AM PST SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik tindakan Adun Kok Lanas, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad yang sanggup keluar BN jika Perdana Menteri enggan menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan. Bahkan menurut Nik Aziz, pendirian yang ditunjukkan oleh Adun BN tersebut adalah sikap yang perlu diambil oleh pemimpin dan penganut Islam. "Saya ada di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam ketika seorang Adun Umno dari Kok Lanas, menyatakan sokongan terhadap hukum hudud dan sanggup keluar dari Umno jika pemimpin Umno menentang hukum ini. "Saya sangat menghargai sokongan seperti ini dan inilah sikap sepatutnya yang wajib diambil oleh seorang Muslim.
"Tahniah saya rakamkan kepada beliau, harapan saya agar inilah juga pendirian pimpinan Umno Pusat," katanya yang dipetik dalam laman Facebooknya, hari ini. Semalam, Mohd Alwi menyatakan pendiriannya untuk sedia berhenti menyokong parti pemerintah jika Najib enggan membenarkan Kelantan melaksanakan hudud. Mohd Alwi membuat persetujuan berkenaan setelah diajukan soalan oleh Exco, Datuk Dr Mohammad Fadzli Hassan ketika memberi penjelasan mengenai usaha pelaksanaan hudud di negeri itu. "Adakah sekiranya perdana menteri menolak sokongan mendapatkan kebenaran pelaksanaan hudud di Kelantan, pembangkang di sini hendak keluar BN?
"Setuju. Kalau benar halangan pelaksanaan hudud di Kelantan berpunca daripada pemimpin Umno, saya pun tidak akan berada lagi dalam politik Umno," katanya. Dalam pada itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas itu turut mengharapkan pelaksanaan hudud di negeri itu akan berjalan dengan lancar tanpa ada halangan. "Semoga halangan-halangan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan akan hilang satu demi satu, Insya-ALLAH," katanya. | MENTERI BESAR YANG BERANI Posted: 07 Mar 2014 04:58 AM PST KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menegaskan beliau sanggup mempertaruhkan jawatan Menteri Besar, sekiranya perlaksanaan hukuman hudud di negeri itu memerlukan beliau berbuat demikian. Menurutnya, Kerajaan Kelantan sememangnya komited dan buktinya beliau telah membangkitkan perkara itu semasa pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, November lalu.
"Saya gembira ada sepakat (pembangkang dan kerajaan) untuk menyokong ia dilaksanakan, ketika saya jumpa Perdana Menteri, saya sebut sedikit, di mana dipersetujui supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) bincang dengan Jakim bagi meneliti halangan-halangan yang ada. "Saya sanggup jumpa Perdana Menteri (sekali lagi) untuk membincangkan isu ini, walaupun saya rugi (dari segi politik) asalkan ia dapat dilaksanakan, saya tidak takut, kita benar-benar mahu laksana," katanya semasa sesi penggulungan Sidang Dun, semalam.
Terdahulu, Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) ketika mencelah sesi soal jawab berkata, kerajaan negeri tidak mengambil sebarang usaha untuk bertemu pucuk pimpinan kerajaan persekutuan bagi membincangkan perkara itu. Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan kerajaan negeri bertemu Perdana Menteri bagi berbincang mengenai pelaksanaan hukum hudud di negeri itu dan bukan sekadar memberi alasan politik kononnya kerajaan persekutuan tidak membenarkan hukum berkenaan dilaksanakan. "Kalau tuntutan royalti yang kecil itu sahaja boleh dibawa ke peringkat pusat kenapa tidak dibincangkan pula mengenai hukum berkenaan agar boleh dilaksanakan di Kelantan dan bukannya mencari alasan untuk menyalahkan orang lain bila tidak melaksanakannya," katanya.
Sementara itu, Exco Pembangunan Insan Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, halangan politik merupakan antara punca kerajaan Kelantan tidak berjaya melaksanakan hukuman hudud di negeri ini. Menurutnya, surat daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas hudud diluluskan pada 1993 yang jelas menghalang perlaksanaan hukuman itu masih sah kerana ia dikeluarkan atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu.
"Sekiranya dilaksanakan hukuman itu, pusat ambil tindakan, itu dikira halangan politik, malah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kepimpinan kerajaan pusat ketika ini juga tidak membantu. "Selain itu, undang-undang di negara ini juga tidak membantu Kelantan, sekiranya berlaku percanggahan undang-undang antara pusat dan negeri, maka undang-undang pusat akan diguna pakai, kita tidak diajar untuk melanggar undang-undang," katanya. Mohamed Fadzli kemudiannya mencadangkan agar anggota pembangkang menyertai kerajaan negeri mengadakan perbincangan itu di peringkat pusat dan perkara itu disambut baik oleh Alwi./Sinar | Solidariti Buat Datuk Seri Anwar. Posted: 07 Mar 2014 04:56 AM PST Perjuangan Tidakkan Malap Hari ini, di seluruh negara dilanda "mendung" dan saya percaya seluruh dunia yang mengikuti rapat perjuangan menegakkan keadilan di Malaysia akan berkabung dengan penuh kesedihan dan berasa amat dukacita dengan perkembangan terbaru yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya sendiri tentu sahaja tidak gembira malah turut sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku dan dilakukan ke atas beliau. Saya mendoakan semoga beliau dan keluarga tabah menghadapi ujian getir ini. Mudah - mudahan segalanya di dalam lindungan dan pemeliharaan Allah swt. Jua buat Datin Seri Wan Azizah dan anak - anak pastinya orang paling sedih dan kecewa terhadap episod hitam ini. Namun saya yakin perjuangan akan terus marak terutama dokongan anak muda yang tidak akan patah semangat untuk bangkit menentang kezaliman, meluruskan kepincangan dan menolak kebathilan dalam politik , ekonomi, sosial dan perundangan negara. Allahu Musta'an
Nasrudin bin Hassan Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat | “HUKUMAN TERHADAP DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM : SATU LAGI EPISOD HITAM DALAM NEGARA KITA” Posted: 07 Mar 2014 04:50 AM PST "HUKUMAN TERHADAP DATO' SERI ANWAR IBRAHIM : SATU LAGI EPISOD HITAM DALAM NEGARA KITA"
Parti Islam SeMalaysia (PAS) sungguh terkejut dan ingin merakamkan kekesalan yang tidak terhingga terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam proses penghakiman yang begitu tergesa-gesa menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan pendakwa terhadap Kes Sodomi II pada hari ini. PAS dan kalangan rakyat awam sudah tentu bertegas bahawa prinsip keadilan mestilah bukan sahaja ditegakkan dengan penuh telus dan bermaruah, tetapi ianya mestilah dapat dilihat ditegakkan dengan prosesnya yang begitu teliti, cermat dan berlaku adil mengikut prinsip undang-undang yang bebas.
Apatah lagi sekiranya kita merujuk kepada sistem keadilan perundangan Islam yang menekankan bahawa sedikit sahaja keraguan dalam proses perbicaraan itu sudah cukup untuk membebaskan seseorang yang didakwa. Prinsip keadilan sebegini tidak dapat dilihat dalam kes yang menimpa Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ini dengan sendirinya akan berterusan menghakis keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan dalam negara kita ini.
PAS berkongsi kekecewaan ini dengan anggota keluarga Dato' Seri Anwar Ibrahim, terutamanya isteri beliau Datin Seri Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini. PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan.
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS 5 Jamadil Awal 1435 H bersamaan 7 Mac 2014 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan