BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Admin | | Posted On Selasa, 4 Mac 2014 at 3:43 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 03 Mar 2014 09:09 PM PST

PAS Negeri Sembilan


KULIAH AGAMA

Posted: 03 Mar 2014 02:54 PM PST


KULIAH AGAMA
Oleh Tuan Guru Ustaz Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali
Tarikh : 7 Mac 2014, Jumaat
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Pasti al-Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942

Hadiah untuk pengundi di DUN Paroi?

Posted: 02 Mar 2014 11:31 PM PST




Mesin parkir bermeter 'telan' duit
Februari 27, 2014

Beberapa pengguna kenderaan di sekitar Dataran Senawang mengadu banyak mesin parkir bermeter di pusat komersial berkenaan tidak berfungsi dengan baik dan mendakwa mesin parkir bermeter tersebut 'telan' duit.

Omar Ismail, 72, yang sering meletakkan kenderaan setiap minggu di Dataran Senawang untuk mendapatkan rawatan terapi di salah sebuah pusat kesihatan di situ; mendakwa mesin parkir bermeter sering bermasalah dan gagal berfungsi dengan sempurna.

Omar berkata ada di antara sahabat-sahabat beliau yang turut meletakkan kenderaan ketika datang untuk mendapatkan rawatan terapi di Dataran Senawang, dikompaun oleh pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Seremban.

Siaw Min Sim, 24, seorang jurutera perisian pula berkata ada beberapa mesin parkir bermeter mengundang masalah kepada beliau.

Won Hon Ping, 23, seorang jurujual pula berkata apabila beliau memasukkan syiling, skrin meter berparkir itu tidak menunjukkan apa-apa bacaan minit.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek berkata ada pegawai bank yang beliau temui mengadu bahawa sistem pas bulanan yang diperkenalkan oleh syarikat yang mengendalikan operasi parkir bermeter ini hanya menawarkan pas bulanan untuk tempoh minima selama enam bulan.

"Saya difahamkan tidak ada pas bulanan untuk satu bulan tetapi paling minima pas yang ditawarkan adalah untuk enam bulan.

"Ini membebankan lagi pengguna kenderaan kerana pengguna perlu membayar RM360.00 sekali harung untuk dapatkan pas untuk enam bulan," kata Mohd Taufek lagi.

Rembau Hari Ini

Posted: 03 Mar 2014 07:43 PM PST

Rembau Hari Ini


KULIAH AGAMA

Posted: 03 Mar 2014 02:55 PM PST


KULIAH AGAMA
Oleh Tuan Guru Ustaz Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali
Tarikh : 7 Mac 2014, Jumaat
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Pasti al-Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 03 Mar 2014 09:27 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


KERJASAMA KERAJAAN SELANGOR-KERAJAAN KELANTAN KUKUHKAN PAKATAN

Posted: 03 Mar 2014 07:00 AM PST


Jalinan erat antara dua negeri PAKATAN RAKYAT ini akan mencetuskan gerak kerja yang lebih strategik yang menguntungkan kedua belah pihak di mana kekuatan ilmu, kemahiran dan pengalaman masing-masing akan digunakan sebagai paksi kolaborasi bersinergi insya Allah.
Kekuatan ekonomi Selangor di samping lokasi yang strategik dan infrastruktur dan pengangkutan yang lebih baik akan dijadikan modal perkongsian dengan pengalaman yang kaya oleh Kelantan di bidang ar Rahn, pendidikan holistik dan hasil yang halal serta tenaga kerja belia yang ramai boleh dimanfaatkan supaya kebergantungan syarikat di Selangor kepada warga asing mudah mudahan boleh dikurangkan. Budaya cinta ilmu di Kelantan juga diharapkan membantu merancakkan lagi budaya ilmu di Selangor insya Allah. Mudah mudahan diberkati Allah usahasama ini.Amin

Landskap Siasah

Posted: 03 Mar 2014 07:29 AM PST

Landskap Siasah


ADUN Sungai Rapat jengah mangsa tanah jerlus

Posted: 03 Mar 2014 05:44 AM PST




3 Mac 2014 - Sungai Rapat 

Kejadian tanah jerlus yang berlaku di Kg Pengkalan Gate Tambahan jam 4 pagi 1 Mac lalu.

Tiga rumah terlibat dalam kejadian itu yang mana salah satu rumah dalam keadaan  sangat bahaya apabila lubang sedalam lebih 15 kaki dan selebar lebih 20 kaki wujud akibat tanah jerlus atau tanah termendap ke bawah.   

YB Radzi, ADUN Sg. Rapat sempat melawat tempat kejadian petang semalam di samping bertanya khabar mangsa-mangsa kejadian yang kini ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kg. Pengkalan Gate tidak jauh dari rumah mereka.      

Pihak-pihak berwajib seperti bomba, polis dan JKM telah datang meninjau untuk memantau keadaan dan menghulurkan bantuan di samping orang-orang kampung dan jiran taman-taman sekeliling.     

Turut menziarahi mangsa ialah Ahli Parlimen Gopeng, YB. Dr Lee Boon Chye.







Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan