Jumaat, 28 Mac 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 27 Mar 2014 07:24 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Ziarah MOSWA di Cawangan Bukit Chatak 2

Posted: 27 Mar 2014 08:52 AM PDT

DUNGUN, 27 Mac 2014 - Sepertimana kelaziman, apabila menerima berita musibah yang menimpa rakyat di kawasanbya, ADUN Sura, Y.B. Haji Wan Hapandi Wan Nik akan memperuntukkan masa untuk meninjau sendiri permasalahan yang membelenggu kehidupan rakyat. 

Petang semalam, 26 Mac 2014, Rabu di cawangan Bukit Chatak 2 dengan diiringi oleh Setiausaha PAS Cawangan, Encik Mohammad Said, Ketua Pemuda, Encik Mohd Nafizal Nafis dan Ketua Muslimat, Puan Rohaizah Ithnin, seramai lima orang penduduk di kawasan tersebut menerima kunjungan ziarah ADUN Sura.

Mereka ialah Ali Mamat, 61, pesara Pejabat Perkhidmatan Veterinar, yang diserang angin ahmar, Abu Hassan Omar, 76, hilang tenaga, belum mengenalpasti penyakit yang dialami, Zauyah Deraman, 54, guru Tadika Perpaduan Bukit Chatak, yang mengalami patah kaki, Norlini Awang, 41 dari kalangan ibu tunggal yang miskin dan Kelesom Mohd Dom, 74, yang keuzuran kerana faktor umur.
"Terima kasih Y.B. dan rombongan yang datang jenguk kami, ada juga yang sudi bertanya khabar hal kami" ujar Norlini Awang yang melahirkan rasa terharu di atas kunjungan tersebut.
Hadir sama mengiringi ADUN Sura ialah isteri beliau, Puan Hajjah Roslina Harun, Naib Ketua Pemuda Cawangan, Jamaluddin Rosli, Naib Ketua Muslimat, Puan Sara Muda dan Setiausaha Muslimat, Tengku Azizah Engku Abdul Aziz.

Jasindaily Online

Posted: 27 Mar 2014 09:38 AM PDT

Jasindaily Online


Munajat solidariti 529 penyokong Ikhwan malam ini

Posted: 27 Mar 2014 08:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat mengarahkan Dewan Ulamak PAS negeri-negeri dan Urusan Ulamak PAS kawasan-kawasan mengadakan solat hajat dan munajat malam ini (27 Mac).

Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob menerusi facebook semalam menyatakan solat hajat dan munajat itu solidariti kepada 529 mangsa kezaliman rejim as-Sisi.

Katanya, majlis itu diadakan selepas solat Isyak di seluruh masjid, surau dan markaz tarbiyah PAS.

Pada 24 Mac lalu, mahkamah di selatan Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong Presiden negara itu yang sah, Dr Mohamed Morsi termasuk Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Dr Mohamad Badie.

Menurut Al-Jazeera, hukuman mati yang dijatuhkan itu telah mencetuskan kritikan banyak pihak kerana ramai mempertikaikan prosiding perbicaraan terbabit yang didakwa tidak mengikut prosedur ditetapkan.

Pakar undang-undang memaklumkan keputusan mengejut itu mungkin boleh ditarik balik dengan mengemukakan rayuan.

Sementara itu, Amnesty International turut mengecam keputusan tersebut yang disifatkan sebagai keterlaluan.

Bagaimanapun hukuman kepada 683 lagi penyokong Ikhwan pada perbicaraan kedua hari berikutnya ditangguhkan kepada 28 April ini.

Menteri sahkan tentera AS buat latihan di Kelantan

Posted: 27 Mar 2014 08:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam dimaklumkan bahawa sememangnya tentera Amerika Syarikat hadir ke Kelantan pada awal bulan ini. Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, kehadiran mereka dari 18 hingga 21 Mac sebagai membuat latihan tahunan. "Sememangnya kehadiran tentera Amerika Syarikat di Kelantan dua minggu pada tahun ini. "Aktiviti latihan tahunan 3 strikes bermula 18 hingga 21 Mac dan akan diadakan lagi pada 17 hingga 29 September 2014," kata beliau. 

 Menurutnya lagi, kehadiran tentera USA RPAC itu juga menjalankan latihan bencana alam seperti banjir dan junggle wellfare. Turut terlibat dalam latihan itu termasuk pasukan Markas 8 Briged serta Markas Tentera Darat. Isu kehadiran tentera Amerika Syarikat sebelum ini dibangkitkan Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachok) yang mendakwa ianya mendatangkan kecurigaan yang besar di kalangan rakyat Kelantan. Berucap membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, beliau telah meminta penjelasan daripada pihak kerajaan berhubung isu itu./Hrkh

Speaker Angkuh Tolak Usul Hukuman Mati 529 Penyokong Ikhwan Muslimin

Posted: 27 Mar 2014 08:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Usul bagi membincangkan isu hukuman mati terhadap 529 pemimpin dan ahli Ikhwan Muslimin Mesir ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat. Usul tersebut dikemukakan Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) di bawah peraturan mesyuarat 18 (1), pada 25 Mac lalu dan dibaca hari ini. Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagaimanapun menolak usul itu dalam kamar. Kamarudin berkata, beliau menghormati keputusan itu namun kecewa dengan sikap Wisma Putra yang berdiam diri dalam isu ini.
Sedangkan kata beliau, Amerika Syarikat serta bahagian Hak Asasi PBB pun menyatakan kecaman terhadap keputusan mahkamah tentera itu. Ketika menjelaskan penolakan itu, Pandikar bagaimanapun berkata ia dibuat sebagai menghormati perundangan negara tersebut dan berpendapat usul itu tidak perlu disegerakan. Mencelah kemudian, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bangun dan meminta Pandikar menimbang semula agar isu itu dibahaskan di Dewan Rakyat. "Yang Dipertua, bagaimana tidak perlu disegerakan, ini hukuman gantung, kezaliman mahkamah tentera, tak kan ini pun nak hormat juga," kata beliau. Sementara itu, Kamarudin dalam sidang media selepas itu turut mengulangi desakan agar kerajaan Malaysia tidak berdiam diri dalam isu berkenaan. Menurut beliau, Malaysia perlu menggerakkan negara-negara OIC dan PBB untuk segera mengambil tindakan terhadap kerajaan kudeta Mesir.

TURKI KECAM TINDAKAN KEJAM KUDETA .. ARAB DIAM MEMBISU

Posted: 27 Mar 2014 08:01 AM PDT


Isu hukuman mati Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Prof Dr Mohamed Badie bersama 529 orang penyokong Ikhwan Muslimin (IM) di Mesir beberapa hari lalu seperti tidak mendapat tempat di hati pemimpin-pemimpin dunia Islam. 

Ia seakan berita basi dan tidak sensasi, apatah lagi mengetuk pintu hati pemerintah negara Islam untuk sama-sama bangkit melenting dengan keputusan mahkamah rimba Mesir. 

Hanya rakyat di negara masing-masing yang bangun berdemonstrasi, berarak memberi bantahan tanda kemarahan umat yang tidak terungkapkan.

Hanya seorang pemimpin yang bangun mengkritik Mesir dan dunia, dan beliau adalah Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki. 

Lihatlah betapa beraninya beliau berucap di hadapan rakyatnya tanpa mengendahkan risiko dan pandangan Barat, khususnya Amerika Syarikat dan Israel yang sentiasa mengintai musuh-musuh mereka untuk diratah selepas ini. 

Sebelum ini beliau juga yang lantang bersuara membela umat Islam yang dibunuh di Syria dan Semenanjung Gaza. 

Ketika pemimpin Islam dunia sibuk dibuai kesenangan dan lena dengan dunia masing-masing, Erdogan bagun membela mangsa yang dizalimi. 

Seharusnya pemimpin Islam dunia merasa malu dengan keberanian Erdogan menyuarakan pembelaannya. 

Sebelum ini, apabila pemimpin Jamiat El-Islamiy Bangladesh dihukum mati, tidak ada seorang pun pemimpin negara Islam menentang hukuman ini. 

Sekarang berlaku pada pemimpin IM, dan selepas ini berlaku pula terhadap mana-mana pemimpin Islam di mana-mana negara, mungkin juga nada sepi dan kaku yang sama dimainkan tanpa sebarang tindakan. 

Dan hanya Erdogan sebagai pemimpin tunggal negara Islam yang mewakili pemimpin dunia Islam bersuara membela mangsa dizalimi, seolah-olah hanya Erdogan seorang pemimpin negara Islam di dunia ketika ini.  

Saya juga merasa sedih kerana pemimpin Malaysia tidak merasa terpanggil untuk turut prihatin menangisi kematian demokrasi di Mesir. 

Wisma Putra dan Kementerian Luar Negara memandang sepi isu ini, seakan-akan ia tiada kena mengena dengan umat Islam, dan apa yang berlaku di Mesir adalah urusan dalaman mereka justeru Malaysia tidak akan mencampurinya. 

Saya melihat, jika inisiatif dilakukan oleh Malaysia, dengan Perdana Menteri berusaha mendapatkan sokongan negara Islam lainnya, serta tegas dengan prinsip sebagaimana Erdogan, selain menggunakan Pertubuhan Negara-Negara Persidangan Islam (OIC) dan lain-lainnya, pasti ia akan menjadi isu global yang hangat. 

Rejim Abdul Fattah As Sisi pasti tidak akan merasa selamat dan berfikir dua kali untuk terus mengganas dibuminya. 

Negara umat Islam adalah kuat dan utuh jika mereka bersatu yang tidak mungkin dapat dicabar oleh musuh utama, iaitu Israel dan Amerika Syarikat. 

Semenanjung Gaza dan Palestin, Mesir dan Syria tidak mampu diusik jika semua pemimpin memainkan peranan utama menghalang kezaliman terus berlaku. 
 
Namun umat Islam menyedari betapa lemahnya pemimpin negara ini serta negara-negara Islam dalam menangani isu seperti ini. 

Beruntungnya Turki kerana melahirkan insan sehebat Recep Tayyip Erdogan yang mengharum namanya menjadi benteng mempertahankan umat di zaman ini.

WAJAH CERIA SEBELUM SYAHID

Posted: 26 Mar 2014 06:42 PM PDT


Takziah untuk Keluarga Pelawak Ali Mamak

Posted: 26 Mar 2014 06:39 PM PDT


SHAH ALAM - Pelawak terkenal era 80an, Datuk Ali Mamak atau nama sebenarnya Osman Jantan meninggal dunia jam 4.20 pagi tadi.Memetik laporan sebuah portal hiburan, Alllahyarham yang dikenali melalui sitkom 'Santan Berlada' meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana kanser tahap kedua.Perkara ini juga disahkan oleh anak lelakinya, Shahrul Nizam melalui akaun Facebook (FB) peribadinya.

Alllahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk dikebumikan sebelum Zohor.Al-Fatihah.

DUTA MESIR SOMBONG , TOLAK KUNJUNGAN PAS

Posted: 26 Mar 2014 06:35 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan pihak Kedutaan Mesir sebagai angkuh apabila enggan menerima kunjungan secara baik beberapa ahli parlimen mereka ke bangunan kedutaan itu hari ini. Kunjungan jam 11.30 pagi tadi itu disertai Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus), Nasrudin Hassan (Temerloh) dan Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (Pasir Mas).
Ianya bagi menyatakan rasa kecewa PAS terhadap keputusan mahkamah Minya yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 ahli Ikhwan Muslimin termasuk Mursyidul Amnya Dr Mohamad Badie. Kedatangan mereka bagaimanapun tidak dilayan malah pihak kedutaan hanya menghantar pengawal keselamatan untuk menerima memorandum yang diserah di pagar. "Apa yang berlaku hari ini menunjukkan bentuk sikap regim di Mesir. "Ini indikator yang kita dapat lihat," kata Idris pada sidang media di Parlimen hari ini.

Mengulas hukuman mati yang disifatkan bermotif politik itu, beliau berkata, perkara itu seharusnya tidak berlaku di zaman moden ini lebih-lebih lagi dengan jumlah besar sedemikian. Sementara itu, Nasrudin pula menjelaskan, hukuman yang dikenakan kepada pepimpin dan penyokong Ikhwan Muslimin tersebut sebagai episod malang dalam sejarah Mesir. "Ini lebih kejam dari regim Hosni Mubarak. "Kalau kita bersedih dengan MH370 melibatkan 239 hilang, (529) ini jumlah yang lebih besar. "Ini perlu dilihat isu bersama, isu kemanusiaan dan keadilan," kata beliau. Sehubungan itu, beliau turut menyeru semua masyarakat prihatin untuk menyertai himpunan aman di hadapan Kedutaan Mesir, Jumaat ini.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 27 Mar 2014 07:40 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


KECAM DAN BANTAH KEKEJAMAN REGIM KUDETA MESIR : PEMUDA PAS

Posted: 27 Mar 2014 07:38 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan