BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Admin | | Posted On Selasa, 25 Mac 2014 at 3:15 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


Jasindaily Online

Posted: 24 Mar 2014 09:13 AM PDT

Jasindaily Online


KECAMAN TERHADAP TINDAKAN BANGSAT KUDETA MESIR

Posted: 24 Mar 2014 08:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam sekeras-kerasnya hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Mesir hari ini ke atas 529 orang penyokong Presiden Mesir yang dipilih secara sah menerusi demokrasi, Dr Mohamad Morsi.

 "Sesungguhnya hukuman ini merupakan langkah ke belakang yang menjanjikan masa depan yang serba gelap terhadap amalan demokrasi serta rakyat Mesir keseluruhannya," tegas Presidennya, Amidi Abd Manan dalam satu kenyataan. Katanya, hukuman itu jelas merupakan rentetan daripada langkah kuku besi yang didalangi oleh regim pemerintah Mesir untuk mengukuhkan cengkaman kuasa mereka.
Cengkaman itu, ujarnya meliputi memberikan kuasa yang lebih besar ke atas Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) yang bertindak menafikan samasekali kebebasan serta hak rakyat Mesir untuk bersuara. Abim, jelasnya menilai hukuman mati yang dikenakan itu merupakan campur tangan regim pemerintah untuk menakut-nakutkan rakyat Mesir menjelang pilihanraya Presiden Mesir tidak lama lagi.

 Esok, Selasa 25 Mac 2013, seramai 700 lagi saki baki daripada kira-kira 1,200 para penyokong Morsi pula yang akan dibicarakan atas dakwaan mencetuskan huru hara serta mengancam ketenteraman awam. Menurutnya, usaha untuk memusnahkan gerakan Ikhwan Muslimin yang bergerak serta berdiri di atas dukungan akar umbi rakyat Mesir semakin berleluasa dengan 'pembunuhan kehakiman' terhadap 529 mangsa terbaru ini. Tambahnya, anggapan bahawa hukuman ini hanya bersifat "domestik" serta tidak mencakupi kepentingan masyarakat awam di peringkat antarabangsa seharusnya dikikis. Beliau berkata, pastinya kezaliman terbaru ini bakal merancakkan lagi gerakan diktator negara-negara Arab yang kini bergerak aktif memburu simpatisan Ikhwan Muslimin khususnya di Bahrainn, UAE dan Arab Saudi.

 "Abim menegaskan bahawa kemelut politik Mesir ini adalah polemik sejagat yang bakal menjejaskan kestabilan politik dunia. "Kebangkitan rakyat Mesir merupakan simbol kebangkitan demokrasi berinspirasikan rakyat yang tertindas. sejak sekian lama. Sikap membisu serta menutup mata masyarakat antarabangsa merupakan pengkhianatan terhadap demokrasi itu sendiri," tegasnya. Oleh itu, kata beliau Abim menggesa rakyat Malaysia serta masyarakat antarabangsa untuk menyuarakan secara lantang tentangan mereka terhadap kezaliman ini. "Demi ke arah memartabatkan demokrasi, kebebasan, serta karamah insaniah rakyat Mesir dan umat secara keseluruhannya. We are all ikhwan (kita semua adalah bersaudara)," tegasnya lagi.

LOKASI TERAKHIR MH370 SELATAN LAUTAN HINDI

Posted: 24 Mar 2014 07:36 AM PDT

MH370: Pesawat Australia kesan dua objek, akan diperoleh dalam masa terdekat
KUALA LUMPUR: Dua objek telah dikesan oleh pesawat Australia hari ini yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Perkara itu diberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menerima panggilan dari Perdana Menteri Australia, Tony Abbott di pejabatnya, pada petang Isnin.

Najib memaklumkannya melalui laman Twitternya hari ini sewaktu sidang media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sedang berlangsung.Hishammuddin dalam kenyataannya berkata, Abbot telah memaklumkan kepada Najib bahawa dua objek tersebut telah dikesan di kawasan pencarian Australia."Beberapa minit tadi Perdana Menteri telah menerima panggilan dari Perdana Menteri Australia, yang memaklumkan beliau bahawa sebuah pesawat Australia telah mengesan dua objek di kawasan pencarian Australia, satu berbentuk bulat dan satu lagi segi empat tepat," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.Menurutnya, HMAS Success sedang berada di kawasan tersebut dan ada kemungkinan bahawa dua objek itu akan diperolehi dalam masa beberapa jam atau selewat-lewatnya pagi Selasa.

Selain itu, Hishammuddin turut memaklumkan tiga kawasan pencarian yang berukuran kira-kira 20,000 batu nautika persegi telah dikenal pasti bagi operasi hari ini.Katanya Pusat Penyelarasan Menyelamat (RCC) Australia telah menjangkakan sekurang-kurangnya 10 pesawat akan dikerah bagi operasi tersebut."Tiga pesawat - dua dari Jepun dan satu dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah berlepas dari Subang hari ini dan sedang dalam perjalanan ke koridor selatan," kata Hishammuddin.Katanya enam kapal Malaysia yang dilengkapi helikopter sedang berada di koridor utara, manakala 10 kapal China sedang berada di koridor selatan bagi menjalankan usaha pencarian dan menyelamat.

Tambah beliau, Turkmenistan yang berada di koridor utara telah mengesahkan tiada mengesan apa-apa objek pada radar mereka berhubung pesawat MH370.Pesawat MAS MH370 model Boeing 777-200, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam sebelumnya.

Pesawat itu dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.Kawasan pencarian telah diperbesar meliputi bahagian luas di sebelah barat Malaysia termasuk Lautan Hindi apabila diketahui bahawa pesawat itu telah terbang selama tujuh jam selepas hilang dari radar.Operasi mencari itu turut memberi tumpuan kepada dua koridor, utara dan selatan menjangkaui dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

UNDI MELAYU BERTAMBAH, UMNO STRESS ??

Posted: 24 Mar 2014 07:07 AM PDT

BANGI - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menegaskan bahawa penambahan undi kaum Melayu kepada calon PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam PRK Dun Kajang, akan membuatkan BN berada dalam keadaan tertekan dan goyah. Menurutnya, untuk rekod kemenangan Wan Azizah malam ini menyaksikan penambahan kerusi kaum Melayu dan muda di kawasan majoriti Melayu. "Kita menang di Sungai Sekamat kita menang di Taman Delima ini merupakan kawasan majoriti Melayu. "Sementara bila tengok saluran 4,5,6 di semua daerah mengundi kita menang berbanding PRU lepas secara umum saluran muda Melayu PR kita kalah, kita hanya menang di kerusi Cina dan India, berbanding PRK kali ini kita menang dengan bergaya.
"Sebab itulah saya kata Umno/BN tidak tidur malam ini, pening dibuatnya," katanya kepada Sinar Harian Online selepas pengumuman kemenangan Wan Azizah di Kompleks Sukan Bangi malam ini. Sementara disoal sama ada, kemenangan Wan Azizah tersebut mengambarkan potensi PR untuk ke Putrajaya, beliau menjelaskan kemenangan Wan Azizah tersebut tidak mencerminkan keputusan PRU akan datang. "Politik
bersifat dinamik, ianya bertukar tiap-tiap bulan ini orang politik kena faham. "Jadi saya tidak boleh cakaplah kerana, ianya akan berubah mengikut isu dan keadaan semasa," katanya. Keputusan SPR malam ini menyaksikan kerusi Dun Kajang terus kekal milik PKR setelah Wan Azizah menang PRK N25 menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi. Keputusan PRK Dun Kajang diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Dun Kajang N25, Datuk Hassan Nawawi di Stadium Majlis Perbandaran Kajang , Bandar Baru Bangi pada jam 9.12 minit malam dengan Wan Azizah meraih undi sebanyak 16,741 manakala Mei Fun sekadar mendapat 11,362 undi. Kemenangan tersebut mengulangi keputusan pada PRU13 lalu apabila PKR menang dengan majoriti 6,824 undi.

Pembenihan awan kawasan empangan bulan depan

Posted: 24 Mar 2014 07:05 AM PDT

MELAKA - Jabatan Meteorologi akan memfokuskan proses pembenihan awan di semua kawasan empangan di pantai barat Semenanjung Malaysia bagi meningkatkan paras air di empangan itu bermula bulan depan. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata antara empangan yang terlibat ialah Empangan Muda dan Empangan Pedu di Kedah; Empangan Klang Gate di Kuala Lumpur; dan Empangan Jus di Jasin dekat sini. Katanya pembenihan awan di kawasan itu juga dilakukan berikutan permintaan daripada pengendali empangan bagi memastikan air di empangan berkenaan tidak berada pada paras kritikal.
"Bagi pembenihan ini kita gunakan pesawat Cessna dan mulakan proses itu dari utara iaitu di Kedah hingga selatan di Johor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2014. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail. Sambutan sehari itu bertemakan 'Cuaca dan Iklim: Penglibatan Belia' dan pada majlis itu juga Abu Bakar turut merasmikan Pejabat Meteorologi Melaka di sini hari ini. Abu Bakar berkata Jabatan Meteorologi sentiasa memantau cuaca di seluruh negara sebelum proses itu dilaksanakan bagi mengelak membaziran kerana ia melibatkan kos yang tinggi iaitu RM80,000 untuk satu operasi dan hanya dilakukan sekiranya potensi kejayaan proses berkenaan mencapai 85 peratus.

 Beliau berkata lapan operasi pembenihan awan dilakukan di beberapa lokasi di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Selangor antara 3 Mac dan Jumaat lepas. Katanya bulan depan Semenanjung Malaysia dijangka menerima taburan hujan 50mm hingga 150mm; Sarawak antara 100mm dan 200mm; dan Sabah 100mm hingga 300mm. Sementara itu, Abu Bakar berkata Pejabat Meterologi Melaka yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka itu siap dinaik taraf pada Februari 2009 dengan kos berjumlah RM2.3 juta. Pejabat itu dilengkapi dengan pelbagai peralatan kaji cuaca yang canggih bernilai RM2.6 juta dan ramalan ketepatan kaji cuaca di Melaka dijangka mencapai lebih 85 peratus. - Bernama

Parlimen: Khalid tanya soalan dengan pantun PKR menang

Posted: 24 Mar 2014 07:03 AM PDT

Abdul KhalidKUALA LUMPUR, 24 MAC: Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menggamatkan suasana persidangan Dewan Rakyat apabila menyampaikan serangkap pantun sebelum mengemukakan soalan. Pantun itu menggambarkan isyarat jelas kejayaan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, semalam yang dilihat menjadi landasan untuk mereka menguasai Putrajaya.

"Pakatan Rakyat semalam gembira, kemenangan di Kajang membawa ke Putrajaya, saudara menteri diminta bersedia, menjawab soalan saya yang kedua," katanya.Abdul Khalid kemudian menggesa Kerajaan{Pusat memberi penekanan terhadap kutipan semula hutang Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang dianggarkan berjumlah lima peratus.
Katanya, walaupun hanya lima peratus, namun jumlah berkenaan dianggarkan berjumlah RM150 juta berdasarkan kajian yang dilakukan beliau."Kutipan lima peratus meragukan, tetapi saya belum dapat maklumat terperinci berkenaannya. Berdasarkan kajian yang saya buat, ia lebih besar daripada itu."Bagaimanapun, saya mengingatkan kerajaan bahawa lima peratus jumlahnya adalah RM150 juta dan itu sangat banyak. Sebab itu usaha perlu dilakukan supaya duit itu tidak hilang dan terbuang," katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.
download
Pada sesi soalan lisan Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman memaklumkan hutang bermasalah pinjaman TEKUN dianggarkan berjumlah RM100 juta atau lima peratus.Sementara itu, hampir RM3 bilion diperuntukkan untuk pinjaman TEKUN dengan setengah daripada jumlah itu diberikan kepada peminjam dari Selangor.

Seramai 280,775 orang diberikan pinjaman dan 61.6 peratus (172,957 orang) daripadanya adalah golongan belia membabitkanh RM2.29 bilion.Tajuddin turut memaklumkan 52,287 daripada 80,647 orang meneruskan pinjaman berulang dengan jumlah RM1.1 bilion./Keadilandaily.com

3,759 GURU TAKMIR PERKASA MASJID ??

Posted: 24 Mar 2014 07:02 AM PDT

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu kerajaan telah melantik sebanyak 3,759 guru takmir yang mengajar secara bulanan dan mingguan untuk mengimarahkan institusi masjid di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan memandang serius pelaksanaan kelas pengajian takmir di masjid dan surau yang penting bagi melahirkan modal insan berkualiti.
"Pada masa sama, pengurusan masjid juga menyediakan penceramah dan tenaga pengajar yang dijemput oleh masjid," katanya menjawab soalan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) yang ingin tahu langkah kerajaan memperkasa institusi masjid seluruh negara. Guru takmir adalah mereka yang diberi kepercayaan dan tugas untuk menguruskan segala urusan serta kegiatan masjid seperti khutbah dan mengendalikan program mengimarahkan masjid. Jamil Khir berkata program pengimarahan masjid sentiasa diadakan dengan kerjasama kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri. Beliau berkata program pengimarahan masjid ini membolehkan guru-guru takmir dan imam-imam masjid dan surau di seluruh negara memberi pendedahan isu-isu semasa berkaitan akidah dan seumpamanya untuk membanteras gejala ajaran sesat. - Bernama

Pesta Maksiat Dibiar Berleluasa, Natijah Tidak Diterapkan Islam

Posted: 23 Mar 2014 08:51 PM PDT

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 ini, pelbagai program telah diatur bagi memenuhi permintaan pengunjung asing termasuk rakyat tempatan. Future Music Festival Asia 2014 yang dianjurkan baru-baru ini adalah salah satu daripadanya. Festival yang sepatutnya berlangsung selama tiga hari ini telah dibatalkan pada hari ketiganya kerana terdapat kes kematian seramai Enam orang gara-gara pengambilan dadah secara berlebihan semasa konsert berlangsung. 


engambilan dadah dan arak bukanlah suatu perkara yang asing dalam sesuatu acara konsert, malah ia boleh dikatakan satu perkara yang wajib untuk diambil oleh pengunjung di mana-mana sahaja konsert liar sebegitu berlangsung! Lebih menyedihkan, ramai para pengunjung yang menghadiri pesta maksiat sebegini terdiri daripada yang beragama Islam. Penganjurnya (yang juga merupakan seorang Muslim) telah mengeluarkan kenyataan bahawa konsert ini telah dibatalkan pada hari ketiga setelah akhirnya terpaksa akur dengan arahan polis. Persoalannya, siapakah yang pada awalnya memberikan kebenaran dan permit untuk penganjuran pesta maksiat ini? Bukankah segala kebenaran untuk sebarang penganjuran konsert mahupun perhimpunan adalah di bawah kendalian pemerintah dan pihak polis? 

Oleh itu, pihak pertama yang perlu bertanggungjawab dan dipersalahkan dalam isu ini adalah pemerintah negara sendiri yang telah memberikan kebenaran terhadap penganjuran konsert maksiat ini. Pembatalan konsert pada hari ketiga bukanlah suatu perkara yang perlu dipuji dan dianggap baik kerana ia sepatutnya tidak perlu diberikan kebenaran sedikitpun sejak dari awal lagi.

 Apakah jika tiada kematian yang berlaku di konsert tersebut, maka pihak berkuasa akan membiarkan konsert ini selesai sehingga ke hari ketiga dan masyarakat terus dirosakkan dengan budaya hedonisme melampau serta pengambilan arak dan dadah ini? Apa yang berlaku ini telah membuka pekung di dada yang selama ini cuba disembunyikan oleh pemerintah yang kononnya selama ini mendabik dada sebagai negara yang Islami. 

Penganjur yang terlibat 
Di hadapan rakyat, mereka boleh berbicara dengan petahnya tentang betapa prihatinnya mereka terhadap nasib umat Islam di negara ini termasuklah gejala sosial yang sedang serius melanda, tetapi pada masa yang sama, merekalah yang menyuntik racun berbisa untuk membunuh rakyat mereka sendiri. Ibarat isi dan kuku, pesta liar sekali-kali tidak akan terpisah dengan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, hubungan sejenis, arak, dadah, zina serta pakaian yang mendedahkan aurat. Wahai para pemimpin umat Islam, sampai bilakah kalian ingin bersekongkol dengan segala macam maksiat hasil daripada akibat tidak diterapkan Islam secara kaffah semasa kalian sedang berkuasa? Tidakkah kalian takut di hari akhirat nanti di mana Allah akan mempersoalkan setiap detik kuasa yang ada di tangan kalian, ke arah manakah ia telah digunakan? 


Adakah ia telah digunakan untuk menerapkan Islam ataupun tidak? Segala jenis kemaksiatan yang berlaku termasuklah pesta liar ini adalah sepenuhnya berpunca daripada tidak diterapkan sistem Islam secara kaffah oleh pemerintah yang ada. Sedarlah wahai umat Muhammad, sampai bilakah kita sanggup untuk melihat pemerintah terus berkhianat membelakangkan Islam semasa mereka berkuasa? Ayuh, marilah kita bersama-sama mengembalikan kehidupan Islam dengan menegakkan hukum Allah. Semoga dengan itu, segala jenis kemaksiatan terang-terangan seperti ini tidak akan kita dengar dan lihat lagi di masa akan datang. Wallahu a'lam.

PANAS !! BERSELAWAT TAPI TOLAK SYARIAT ??

Posted: 23 Mar 2014 08:45 PM PDT

Terpampang gambar dan paparan berita Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut serta bersama ribuan umat Islam dalam majlis Selawat Perdana, Malam Cinta Allah dan Rasul di Dataran Masjid Putra malam ini. 

Isterinya yang suka dikenali dengan the First Lady of Malaysia, juga dilaporkan turut serta dalam majlis tersebut. Mungkin ramai yang terkejut dan gembira dengan kehadiran Najib dan Rosmah di dalam majlis seperti itu.
Tidak kurang yang merasa janggal dan pelik dengan keadaan tersebut. Sudah pasti sebagai seorang Muslim yang sejati, perasaan dan rasa cinta kepada Rasulullah SAW itu adalah sesuatu yang wajib dan wajar. Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi orang yang dikasihinya lebih daripada ibu bapanya, anak-anaknya dan manusia seluruhnya" [HR Bukhari dan Muslim]. Perlu diketahui dan difahami bahawa kecintaan kita kepada Allah dan Rasul itu hendaklah dilakukan dengan cara yang benar dan bukan sekadar ungkapan di mulut sahaja yakni setiap ungkapan, ucapan atau dakwaan cinta tentu memerlukan bukti. Al-Azhari berkata: "Erti cinta seseorang hamba itu kepada Allah dan RasulNya adalah mentaati dan mengikuti perintahNya dan RasulNya" [Min Muqawwimat an-Nafsiyah al-Islamiyyah]. Contoh yang paling baik untuk kita ikuti di dalam mencintai Rasul ialah dengan melihat kepada tindakan para sahabat terhadap orang yang dicintainya itu. 

Para sahabat merealisasikan kecintaan mereka kepada Rasulullah dalam seluruh aspek kehidupan mereka. Ya benar mereka berselawat kepada Rasul, tetapi dengan cara yang diperintahkan oleh Rasulullah, bukannya dengan mengikut cara dan hawa sendiri. Apa yang lebih penting, mereka melaksanakan segala perintah Rasulullah berupa yang wajib dan sunat dan mereka akan menjauhkan perkara yang ditegah oleh Rasulullah sama ada yang haram mahupun makruh. Mereka tidak tinggal diam di dalam sistem kufur Jahiliyyah (semasa di Mekah). Mereka berjuang bersama Rasulullah untuk menumbangkan dan merubah sistem Jahiliyyah kepada sistem Islam sehinggalah nyawa mereka menjadi galang gantinya. Mereka berjuang untuk menegakkan agama Allah sehingga tegaknya Daulah Islam yang pertama di Madinah. Inilah tanda cinta mereka kepada Rasulullah. Manakala semasa di Madinah, mereka bersama Rasulullah menerapkan Islam secara kaffah dan mempertahankan agama Allah. Mereka melaksanakan hududullah dan berjihad bersama Rasulullah membuka (futuhat) negeri-negeri yang baru. 

Sebagai bukti tanda kecintaan mereka kepada Rasul, Qais pernah berkata: "Aku melihat tangan Abu Thalhah menjadi lumpuh, kerana dengan tangannya itulah dia telah menjaga Nabi SAW pada saat perang Uhud" [HR al-Bukhari]. Persoalannya, bagaimana dengan pemerintah pada hari ini yang hadir dalam majlis selawat? Mereka berselawat kepada Rasul, namun dalam masa yang sama mereka menolak penerapan syariat Allah!!! Mereka menolak penerapan hududullah dengan pelbagai alasan. Mereka menolak berjihad di jalan Allah, malah mereka membiarkan ramai Muslim mati dibunuh di seluruh dunia tanpa mereka melakukan apa-apa pembelaan. Begitu juga dengan sebahagian umat Islam yang datang berselawat, apakah mereka berjuang untuk menghapuskan sistem Jahiliyyah moden pada hari ini, sebagaimana Rasulullah dulu berjuang menghapuskan sistem Jahiliyyah?

 Apakah mereka sudah meninggalkan riba sebagai tanda cinta mereka kepada Rasulullah? Kerana Rasulullah bersabda, "Riba itu mempunyai 73 pintu, sedangkan yang paling ringan adalah seperti seseorang menikahi ibunya sendiri" [HR Ibnu Majah dan Al-Hakim] "Mereka itu sama (iaitu yang memakan riba, memberinya, menuliskannya dan yang menyaksikannya)" [HR Bukhari dan Muslim] 

 Baguslah jika mereka tidak mengambil riba, namun adakah mereka berjuang untuk menumbangkan sistem ribawi ini sebagaimana Rasulullah dulu berjuang menumbangkan segala sistem ribawi di zaman Jahiliyyah? Sesungguhnya banyak lagi persoalan yang boleh ditanya....pokoknya, cukupkah dengan hanya mencintai Rasulullah di bibir sahaja tanpa dibuktikan dengan amalan?

 Rasulullah SAW bersabda, "Telah aku tinggalkan untuk kalian, dua perkara yang kalian tidak akan sesat selama kalian berpegang teguh kepada keduanya; (yakni) Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah Nabi-Nya" [HR Imam Malik dalam Al-Muwattha]. Justeru, bagaimana mungkin seseorang sanggup mengaku bahawa ia mencintai Rasulullah, tetapi tidak berjuang menegakkan hukum Al-Quran dan As-Sunnah yang Rasulullah perintahkan? Kita tidak mahu pemimpin yang hanya pandai berlakon dan semoga umat tidak terus tertipu dengan pemimpin seperti ini dan semoga umat yang mulia ini tidak hanya terus membasahi bibir dengan berselawat tetapi kering ruh dan amalannya dengan Sunnah Rasulullah yang banyak ditinggalkan./Mykhilafah.com

Pengajaran MH370: Jangan hidang arak, tutup aurat pramugari, kata Ridhuan Tee

Posted: 23 Mar 2014 08:39 PM PDT

Pensyarah kontroversi Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) menggariskan tujuh langkah yang boleh diambil iktibar selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu. Pendakwah bebas itu berkata antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah tidak menghidangkan makanan dan minuman haram untuk dihidangkan kepada penumpang di dalam pesawat. "Elakkan menjamu makanan dan perkara haram dalam pesawat. 


Mereka yang meminta arak itu, adalah di kalangan mereka yang biasa meminum arak. Cuba alihkan mereka dengan makan tempatan yang lebih berkhasiat seperti cendol dan sebagainya," katanya menerusi kolumnya yang diterbitkan Sinar Harian hari ini. Usaha mencari pesawat MAS MH370 yang hari ini memasuki hari ke-17 dilaporkan hilang selepas gagal dikesan menara kawalan setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Juruterbang pesawat Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid merupakan antara 239 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat sewaktu dalam perjalanan menuju ke Beijing. Selain memastikan arak tidak dihidangkan, Ridhuan mengingatkan agar pramugari pesawat diberi kebenaran untuk menutup aurat dan membiasakan anak kapal mengingati Allah di dalam pesawat. Katanya, jangan terlalu mengamalkan budaya barat di dalam pesawat kerana syarikat penerbangan negara lain terlalu mementingkan tradisi mereka. 

 "Tutuplah aurat pramugari jika mereka berkehendakkan. Lagipun untuk mengelakkan rambut jatuh ke dalam makanan. Tidak salah jika pramugari menutup aurat (Islam) dan pakaian bersopan untuk bukan Islam. Amat menjengkelkan apabila pakaian pramugari singkat dan jarang. "Kita hendaklah jangan terlalu kebaratan ketika dalam pesawat. Amalkan budaya negara. Utamakan bahasa Melayu. Ucapkan salam mengikut cara kita. Belajarlah dengan anak kapal pesawat Thai, Brunei dan sebagainya. Mereka sentiasa mengutamakan jati diri negara," katanya. Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu turut mengingatkan anak kapal agar tidak hanyut dengan keseronokan di dalam pesawat sebaliknya disematkan dengan jiwa kerohanian Islam. 

 Katanya, selain daripada aspek kerohanian, pemeriksaan ketat di lapangan terbang juga perlu ditingkatkan kerana ia merupakan satu standard operasi biasa di sesebuah lapangan terbang antarabangsa. "Sebutlah kalimah Bismillah, Alhamdulillah, salam dan lain-lain. Perkara ini nampak kecil, tapi impaknya besar. Hati berasa lega berada dalam pesawat MAS dapat mendengar kalimah yang dikaitkan dengan Allah walaupun tidak semua melakukannya. "Pemeriksaan ketat juga perlu dilakukan. Tidak mengapa, saya rela menanggalkan dan membuka apa yang diminta seperti jam tangan, tali pinggang dan apa jua peralatan telekomunikasi. Rabalah sepuas-puasnya demi maruah dan keselamatan tanah air tercinta," katanya

Kemenangan bukti langkah Kajang berkesan, undi muda meningkat – Kak Wan

Posted: 23 Mar 2014 08:38 PM PDT

prk_kajang_winner_540_360_100KAJANG 23 MAC: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kejayaannya mengekalkan kerusi DUN N25 Kajang bukti keberkesanan strategi 'Langkah Kajang' dan sokongan pengundi muda.
Menurutnya, kemenangannya hari ini "lebih manis" kerana majoriti disumbangkan oleh pengundi muda daripada saluran 5, 6 dan 7.
"Sudah tentu ia (Langkah Kajang) berkesan kerana kita lihat pengundi muda telah memberikan kita keyakinan yang menjadikan 'Langkah Kajang' berjaya. Saya bersyukur kerana kemenangan ini begitu manis sekali," kata Wan Azizah pada sidang media di pusat pengiraan undi, malam ini.

Wan Azizah juga berkata, jenteranya mendapati sokongan meningkat di kalangan pengundi muda Melayu, yang menurutnya menunjukkan trend positif.
Faktor itu juga menyumbang kepada kemenangan KEADILAN di peti undi Sungai Sekamat dan Taman Delima yang sebelum ini merupakan kubu kuat Umno, katanya.
Mengulas perkara sama, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan itu menyaksikan sokongan Melayu yang menyokong BN pada pilihan raya umum lalu kembali kepada Pakatan Rakyat.
"Kelazatan kemenangan ini juga mempertahankan sokongan kaum lain dan mendapat majoriti Melayu di kawasan ini. Majoriti Melayu sekarang memilih bersama Pakatan Rakyat," kata Anwar, lapor Malaysiakini.com.
Wan Azizah yang mewakili KEADILAN menang pilihan raya kecil Kajang dengan majoriti 5,379 undi. PKR mendapat 16,741 undi manakala BN pula mendapat 11,362 undi. Seramai 28,314 atau 72 peratus keluar mengundi pada PRK ini./Keadilandaily.com

PRK Kajang: Pembangkang Selangor tewas 16,741 undi

Posted: 23 Mar 2014 08:36 PM PDT

BANGI, 23 MAC: Calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun tewas kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam pilihanraya kecil DUN Kajang. Calon parti pembangkang Selangor itu hanya mendapat 11, 362 undi manakala Dr Wan Azizah berjaya meraih 16,741 undi dan menang dengan majoriti 5,379 undi. Chew Mei Fun sebelum ini turut tewas dalam PRU ke-12 ketika menentang Tony Pua di kawasan parlimen Petaling Jaya Utara. Kemenangan Dr Wan Azizah di Kajang bererti Dewan Undangan Negeri Selangor menambah seorang lagi wakil rakyat wanita, menjadikannya berjumlah 15 orang. Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh melalui laman sosial Twitternya berkata, Dr Wan Azizah akan mengangkat sumpah sebagai ADUN Kajang pada 7 April.


 Ketika dihubungi laman web Roketkini.com, Hannah yang juga ADUN DAP Subang Jaya memberitahu beliau sangat yakin bahawa DUN Selangor akan mendapat manfaat daripada pengalaman Wan Azizah yang pernah menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Meski dengan peratusan keluar mengundi sekadar 72%, KEADILAN berjaya mengekalkan kerusi DUN Kajang walaupun diserang bertubi-tubi. Sementara itu, Chew Mei Fun mengucapkan tahniah kepada Dr Wan Azizah atas kemenangan dalam pilihan raya kecil Kajang hari ini, lapor Malaysiakini. Beliau juga berharap presiden KEADILAN itu dapat melaksanakan tugas sebagai ADUN Kajang dengan penuh dedikasi dan menunaikan manifesto yang dikemukakan. Azizah mengambil alih sebagai calon PRK Kajang setelah suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum lima tahun penjara oleh mahkamah berhubung Fitnah Liwat 2 yang menghilangkan kelayakan beliau untuk bertanding./Keadilandaily.com

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan