Khamis, 20 Mac 2014

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Miri

Posted: 19 Mar 2014 07:29 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Keselamatan Dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Perlu Disemak Semula

Posted: 18 Mar 2014 10:18 PM PDT

Perlukah menanggalkan tali pinggang semasa pemeriksaan di Lapangan Terbang?

Akibat dari kejadian kehilangan sebuah pesawat MAS MH370, setiap lapangan terbang antarabangsa perlu melakukan pemeriksaan keselamatan dengan lebih ketat lagi semasa hendak berlepas untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berulang di masa hadapan. Setiap penumpang dan pesawat perlu diperiksa dengan lebih teliti sebelum berlepas demi keselamatan penumpang yang menggunakan pesawat tersebut. Semoga pesawat MH370 yang hilang itu dapat dijumpai semula dengan selamat.

Seperti yang dilaporkan dalam media, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah pun menempatkan empat mesin pengimbas yang menggunakan sistem gelombang dan suhu badan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam usaha mencegah aktiviti penyeludupan dadah ke negara ini. Ini adalah salah satu cara yang terbaik untuk mencegah penyeludupan dadah dan sebagainya ke negara ini.

Walaubagaimana pun ramai yang masih tertanya-tanya dan kurang faham mengapa semasa pemeriksaan, penumpang diarah supaya membuka atau menanggal tali pinggang? Apa rasionalnya menanggalkan tali pinggang semasa pemeriksaan sebelum berlepas? Ini hanya menyusahkan penumpang yang terpaksa menanggalkan dan memakaikan semula tali pinggang mereka semasa pemeriksaan. Adakah mesin pengimbas atau pengawal keselamatan tidak dapat mengesan sebarang benda yang boleh disorok dalam tali pinggang tersebut semasa pemeriksaan badan dijalankan?

Kebanyakan penumpang merungut sebab apabila menanggalkan tali pinggang yang terlalu ketat menyebabkan penumpang lain terpaksa beratur panjang lebih-lebih yang membawa anak kecil dan ketika itu waktu hendak berlepas. Ini hanya menyebabkan penumpang yang terlewat terpaksa bergegas masuk ke balai berlepas. Kalau disebabkan tali pinggang boleh mengancam keselamatan atau salah satu cara untuk menyorok barangan seludup rasanya ianya agak tidak relevan. Kalau tali pinggang antara punca barangan penyeludupan boleh dibawa masuk, mengapa tidak mengharamkan penumpang menggunakan tali pinggang sebelum dan selepas pemeriksaan supaya mereka tidak perlu menggunakannya ketika berada dalam pesawat.

Perkara ini mungkin dianggap remeh oleh sesetengah orang, mengapa perlunya menanggalkan tali pinggang semasa pemeriksaan, jadi pihak keselamatan di lapangan terbang perlu memberi penjelasan tentang keselamatan sebelum masuk ke dalam pesawat agar penumpang tidak terganggu semasa pemeriksaan keselamatan di balai berlepas.

Kita harap ada mesin pengimbas yang lebih canggih yang boleh mengesan keseluruh anggota badan penumpang dan juga boleh mengesan segala jenis peralatan atau barangan yang mencurigakan dari dibawa masuk oleh penumpang tanpa perlu menanggalkan alat aksesori penumpang seperti jam tangan, kasut, tali pinggang dan sebagainya. Ini akan memudahkan segala urusan pemeriksaan keatas setiap penumpang yang melalui mesin pengimbas tersebut.

Kita mencadangkan pihak kastam dan pihak keselamatan di lapangan terbang boleh membeli Mesin Pengimbas Sistem Gelombang yang lebih canggih lagi untuk membuat pemeriksaan yang ketat tanpa menyusahkan penumpang yang ingin berlepas dengan selesa.

Memang kita amat bersetuju dengan pemeriksaan yang ketat keatas setiap penumpang yang menaiki pesawat antarabangsa tetapi pihak keselamatan perlu juga memberi keselesaan kepada penumpang agar perjalanan mereka tidak terganggu dengan keadah yang agak melampau semasa pemeriksaan sehingga menyusahkan pergerakan mereka semasa hendak berlepas. Bagi penerbangan dalam negeri pula, seharusnya hanya perlu di periksa seperti sediakala tanpa perlu menanggalkan tali pinggang yang hanya menyusahkan penumpang tersebut.  Carilah keadah yang terbaik untuk keselamatan dan keselesaan penumpang pesawat.

Harap pihak yang berkenaan dapat memberi kerjasama serta penjelasan lanjut tentang keselamatan sebelum dan semasa berada dalam pesawat. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Do it necessary to remove the belt during an inspection at the airport?

As a result of the incident the loss of a MAS aircraft MH370, every international airport to do a security checks with more stringent during about to take off to avoid any untoward incidents recurring in the future.
Every passenger and aircraft to be examined more carefully before departing for the safety of passengers using the aircraft. Hopefully the missing aircraft MH370 can safely rediscovered.

As reported in the media, the Royal Malaysian Customs (RMC) has placed four scanner that uses a system of wave and body temperature at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) in order to prevent the smuggling of drugs into the country. This is one of a best ways to prevent the smuggling of drugs and so forth to this country.

However, many are still wondering and do not understand why during the inspection, the passengers were told to open or to take belt off?   What is the rationale to take belts off during inspection prior to departure?

This is only troublesome the passengers who had to take off and put back their belts during the inspection. Does a scanner or security guard could not detect any objects that could be hidden in the belt during conducted body searches?

Many passengers complained because when removing the belt that is too tight causing the other passengers had to queue up even more that brings a small child and when it's time to take off. This is just causing the late passengers had to rush into the departure hall. If due to the belts may threaten the safety or one way to hide smuggled goods it feels like it is quite irrelevant. If the belt is the among the source of smuggling, why not ban passengers use belts before and after the inspection so they do not need to use it while in the aircraft. 

This matter is probably taken for granted by some people, the important thing is the security at the airport will have to explain about the security before entering the aircraft so that the passengers are not disturbed during a security check at the departure hall.

We hope there is a more sophisticated scanning machines that can detect throughout the whole body of the passengers and can detect all types of equipment or suspicious items from brought in by the passengers without having to remove the passengers accessories like watches, shoes, belts and so on. This will facilitate all matters pertaining to inspection on every passengers through the scanning machines.

We suggest that the customs and the security at the airports can buy Wave System Scanner machine that is even more sophisticated to make rigorous examination without troublesome the passenger who want to travel in comfort.

Indeed, we strongly agree with the strict inspection on every passenger that using the international aircraft but the security must also provide comfort to passengers so that their journey is not disturbed by the method that is quite extreme during the inspection until inconvenience their movement during to take off. For domestic flights should only be inspected as usual without having to remove the belt that only troublesome the passenger. Look for the best method for the safety and the comfort of the air passengers.

Hope the authorities concerned will cooperate and further clarification on the security before and during their stay in the aircraft. Cooperation with the relevant parties is highly appreciated.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 19 Mar 2014 10:13 AM PDT

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


PASTI Jengka 14 dalam Pembinaan

Posted: 18 Mar 2014 08:55 PM PDT

Pembinaan Pasti  Jengka 14, di bawah kawasan Kuala Krau  insyaAllah awal tahun depan sesi kelas akan bermula..doakan..

Sebarang sumbangan untuk pembangunan PASTI boleh diberikan melalui akaun Tabung Kebajikan Pemuda Prihatin PAS Kawasan Kuala Krau


Posted via Blogaway

Jasindaily Online

Posted: 19 Mar 2014 09:13 AM PDT

Jasindaily Online


KURSUS MARSHALL ANJURAN ARC JASIN BERJAYA TEPATI SASARAN

Posted: 19 Mar 2014 12:11 AM PDT

Pada 16 Mac 2013, ARC Jasin dengan kerjasama ARC Melaka telah berjaya menganjurkan Kursus Marshall dan Pemanduan berhemah bertempat di Taman Merlimau Utara berhadapan Politeknik Merlimau. Kursus yang julung kali diadakan ini telah berjaya mengumpulakn peserta seramai 53 orang yang terdiri daripada kalangan anak-anak muda yang mempunyai minat dalam bidang permotoran. Program telah bermula seawal jam 10 pagi dan program telah selamat dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Saudara Jauhar bin Md Dawi.


Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah dan syabas diatas penganjuran program yang merupakan program yang julung kali dianjurkan oleh ARC Jasin dan ARC Melaka selain aktiviti konvoi dan kemasyarakatan. Aktiviti dan program ini juga diharapkan dapat memberikan gambaran yang sebenar berkaitan bidang tugas marshall dan cara pemanduan yang selamat. Turut hadir dalam program ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Jasin, Saudara Yuzi Azhar Yosof dan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan. 


Kursus bermula dengan kelas teori dan safety riding yang telah disampaikan oleh Ustaz Sazli Ansari dari ARC Selangor. Selepas solat fardhu zohor berjamaah, para peserta telah dihidangkan dengan pengisian rohani yang telah disampaikan oleh Ustaz Sazli Ansari dan pada petangnya telah diadakan praktikal di jalan raya bermula dari Dataran Masjid Asy-Syujaah, Merlimau Utara dan berakhir di Dataran Hamas, Jasin. 

Program telah diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta. Daripada respon yang diterima daripada para peserta yang menyertai kursus ini, kebanyakannya berpuas hati dan mengharapkan kursus ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan