Khamis, 6 Februari 2014

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 05 Feb 2014 11:46 PM PST

Suara Sri Andalas


Rafizi: PRK Lambat Bagus Untuk Pakatan

Posted: 05 Feb 2014 07:00 PM PST

Pengarah Strategi PKR dan perancang utama 'Serampang Kajang', Rafizi Ramli melihat tempoh yang panjang menjelang pilihan raya kecil (PRK) DUN  Kajang dapat memulih semula imej mereka di Kajang.

Beliau bagaimanapun mengaku pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam yang memerlukan 44 hari untuk membuat persediaan, boleh memberi pelbagai kesan tetapi mengambilnya secara positif.

"Saya fikir, (jika PRK lambat) itu lebih bagus untuk kita (PR) rakyat sudah tidak marah sangat,ada lebih banyak masa untuk dekati rakyat.

"Saya mengambil positif perkara ini," katanya selepas forum 'Serampang Kajang' di Subang semalam.

Rafizi berkata SPR mungkin mengambil keputusan tersebut kerana Umno dan BN memerlukan masa yang lebih untuk bersedia menghadapi PRK itu.

Beliau berkata langkah 'Serampang Kajang' yang dilakukan PKR memberi impak yang amat besar kepada rancangan Umno bagi mengukuhkan rancangan merampas Selangor dalam pilihan raya akan datang.

"Sampai sekarang mereka (BN) masih belum buat keputusan untuk bertanding atau tidak (di PRK Kajang)," katanya.

Sementara itu, bekas pengerusi bersama BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan turut berasa hairan mengapa SPR mengambil masa terlalu lama untuk bersedia bagi PRK Kajang.

Bagaimanapun beliau tetap menyeru pengundi Kajang untuk menggunakan hak mereka bagi memastikan perjalanan demokrasi dan menunjukkan suara rakyat kepada parti politik.

'Ini tunjukkan SPR masih seperti dulu'

"Saya tahu ada antara anda (pengundi) mahu boikot kerana mereka marah digunakan. Keluar mengundi atau tidak hak anda, tapi saya gesa untuk berfikir semula kerana anda boleh bersuara dengan mengundi dan guna ia untuk PRK ini," kata beliau.

Semalam, SPR berkata PRK Kajang diadakan pada 23 Mac depan dan menetapkan 11 Mac sebagai tarikh penamaan calon dengan 12 hari tempoh berkempen.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata pihaknya tidak menjangka langsung akan adanya pilihan raya kecil tersebut dan menurutnya untuk mengadakan pilihan raya kecil bukanlah satu perkara yang mudah.

Dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, calon PKR, Lee Chin Cheh memenangi kerusi itu dengan menewaskan lima calon lain termasuk calon BN, Lee Ban Seng, dengan majoriti lebih 6,000 undi.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang mempunyai 39,278 pengundi merangkumi 48 peratus pengundi Melayu, 40 peratus Cina, 10 peratus India dan 1 peratus lain-lain.

Sumber: MalaysiaKini

Anwar Diperlu Perkukuh "New York" Malaysia

Posted: 05 Feb 2014 01:45 AM PST

Sekalipun menganggap 'Langkah Kajang' sebagai "strategik walau sukar diterima", Timbalan Speaker DUN Selangor Nik Nazmi Ahmad menegaskan PKR dan Pakatan Rakyat tekad mempertahankan negeri yang "amat penting" menjadi idaman pihak lawan.

Mengumpamakan Selangor seperti New York atau Carlifornia, Nik Nazmi berkata kejayaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim itu, perlu diperkukuhkan lagi demi kepentingan rakyat termasuk mengatasi isu air dan sentimen ketegangan agama yang memuncak sejak akhir-akhir ini.

Oleh sebab itu, katanya, isu itu menjadi dorongan 'Langkah Kajang' diambil dengan meletakkan "aset paling kuat" Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengekang cabaran pentadbiran kerajaan pusat pada beberapa bulan mendatang dengan memberikan "jawatan lebih formal" seperti ADUN kepada tokoh PKR itu.

"Kita fikir Datuk Seri Anwar (dapat) membantu berdepan cabaran di Selangor dan kita merasakan juga, ini masa yang penting kita menunjukkan perpaduan dalam PKR dan Pakatan Rakyat," katanya dalam wawancaranya dengan Malaysiakini.

"Apa yang berlaku di Selangor mempunyai implikasi nasional. Selangor seperti New York Carlifornia bagi Malaysia. Di sinilah di mana segala-galanya berlaku. Kita berjaya di Selangor, Tan Sri Khalid sudah buktikan pada 2008.

"Jadi cerita kejayaan kita di Selangor mempunyai implikasi (repercussion) nasional. Jadi kami perlu membinanya mengenai hal itu. Kami rasa itu yang kami lakukan. Beberapa minggu dan bulan mendatang adalah satu perkara yang penting," kata Nik Nazmi.

Mengakui mengosongkan kerusi Kajang itu mengejut dan mencetuskan kebimbangan banyak pihak, Nik Nazmi menjelaskan parti itu "tidak mempunyai opsyen lain malah seboleh-bolehnya mahu mengelak berlakunya pilihan raya kecil".

"(Tetapi) kita melihat kepentingan yang lebih besar, (menyebabkan) kita buat begini... Kita tahu sedikit sebanyak (ia) menjejaskan sokongan kita.

"Kawan kita pun maklum. Kawan saya pun bertanya, tapi kita percaya, kita ada tujuan dan matlamat yang lebih besar," katanya sambil menambah isu tersebut melangkaui parti dan individu, sebaliknya melibatkan kepentingan negeri dan negara.

Kenapa sekarang?

Ditanya mengapa PKR tidak memikir keputusan sejak awal lagi, Nik Nazmi mengulangi ia ekoran banyak isu semasa termasuk isu air dan isu ketegangan agama muncul di negeri itu sejak akhir-akhir ini dan besedia dengan sebarang "kebarangkalian".

"Kita harus menghadapi kebangkalian yang timbul, kita tidak dapat lari. Kita boleh jadi seperti PM yang tak buat apa. Tapi itu bukan pilihan lagi, rakyat tidak mahu," katanya.

Mengulas sama ada langkah itu diambil susulan 'pergeseran' Khalid dan Timbalan Presiden Azmin Ali, Nik Nazmi berkata beliau "tidak melihat perkara itu serius" dan menganggap hanya perbezaan pendapat dan ia disensasikan oleh pihak tertentu.

Sebaliknya, Nik Nazmi berkata apa yang paling penting ialah Pakatan Rakyat perlu menunjukkan sikap mahu melakukan perubahan dan sekarang bukan masanya untuk berpecah demi kepentingan peribadi.

Bekas exco AMK itu juga berkata "tidak adil" menyalahkan Khalid dalam isu air dan rampas Bible di negeri itu mendorong kekosongan DUN itu berlaku memandangkan isu itu rumit dan besar.

"Apa yang dinyatakan oleh Pakatan, bahawa Tan Sri Khalid masih lagi menjadi menteri besar, kami mahu teruskan, itu yang menjadi fikiran kami.

"Saya ulang (seperti) Datuk Seri Anwar sebut, Tan Sri Khalid menjadi MB dan beliau adalah calon Kajang. Kami menggunakan (mereka) berdasarkan trek rekod, pengalaman untuk mengembleng fokus untuk ke Putrajaya.

"(Jadi) kita ada kekuatan di Selangor. Kita akui (kita) ada segala kekuatan untuk membantu kita di Selangor berdepan Umno/BN," katanya yang juga bekas setiausaha politik Khalid.

Nik Nazmi yakin, sekiranya "strategi luar biasa" PKR itu dapat diterang dengan baik, segala kekhuatiran rakyat akan dipadam sekaligus kemenangan bakal memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil itu.

Sumber: MalaysiaKini

PRK Kajang Peluang Pengundi Hukum Umno BN

Posted: 05 Feb 2014 01:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang adalah peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghukum Umno BN yang gagal menunaikan janji-janji Pilihan raya Umum ke-13 lalu.

Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang sedang marah dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat kegagalan pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Tapi, Umno BN jangan fikir bahawa rakyat telah lupa," kata beliau dipetik KeadilanDaily.

Katanya, dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat, sudah tentu BN akan mengadapi ujian yang besar.

"Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu besar," kata beliau kepada Keadilandaily.

Bekas Menteri Besar Selangor itu menegaskan PRK Kajang adalah waktu kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat.

"PRK Kajang bukannya isu peribadi. Sebab itu saya pesan kepada BN, jangan cuba menjadikan PRK Kajang ini sebagai tempat (menyerang) isu peribadi.

"Isu peribadi ini dah tak laku. Tak payahlah nak bawa isu remeh temeh. Apa yang penting sekarang ini ialah masa depan rakyat dan masa depan negara.

"Isu hutang negara, isu subsidi yang ditarik balik. Ini yang lebih penting. Ada isu lebih besar yang perlu disentuh dan dibahaskan," katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan penamaan calon PRK Kajang pada 11 Mac manakala hari mengundi undi 23 Mac.

Insuran Kenderaan Naik Siri Terbaru BN Bebankan Rakyat

Posted: 05 Feb 2014 01:15 AM PST

KUALA LUMPUR 5 FEB: Bekas Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin berkata, pelarasan premium insuran kenderaan yang dikenakan keatas syarikat takaful merupakan satu lagi tambahan yang membebankan rakyat.

"Walaupun alasan kenaikan secara beransur-ansur untuk menjamin risiko yang tidak dijangka, kenaikan insuran sebanyak 15 peratus merupakan satu kenaikan yang tinggi."Mungkin kita pandang kenaikan 15 peratus ini rendah dan dibayar setahun sekali. Tetapi kenaikan ini berlaku serentak dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

"Ini sudah menjadi kenaikan yang berganda," kata Azrul kepada Keadilandaily.

Pada 29 Januari lalu, Bank Negara Malaysia telah meluluskan kenaikan premium insuran takaful sebanyak 15 peratus.

Kenaikan tersebut membabitkan kenderaan motosikal, kereta dan juga bas ekspress, bermula 15 Februari 2014.

Justeru kata Azrul, kelompok yang paling terkesan dengan kenaikan premium insuran 15 peratus adalah masyarakat luar bandar.

Tambahnya, penduduk di luar bandar memerlukan kenderaan sekurang-kurangnya motosikal yang mewajibkan perlindungan insuran.

"Di bandar ada pengangkutan awam, jika nak berjimat. Tapi penduduk luar bandar susah dapatkan pengangkutan awam. Mereka terpaksa guna kenderaan persendirian untuk bergerak.

"Orang kampung yang guna motosikal tetap perlu membayar insuran. Jika tak bayar, pengguna tak dapat cukai jalan.

"Penduduk kampung terpaksa menanggung kenaikan. Beban ini lebih-lebih lagi dirasai penduduk di bandar.

"Kita tidak dapat menjangkakan apa lagi yang naik selepas ini. Siapa tahu pula, selepas ni cukai jalan pula akan dinaikkan? kata Azrul.

Sumber: KeadilanDaily

Rafizi Dedah Penyelewengan Skim 1Azam

Posted: 05 Feb 2014 01:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendedahkan penyelewengan Skim 1Azam yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Rafizi berkata, Laporan Tahunan Pemandu 2011 menyatakan kerajaan membelanjakan RM690 juta antara 2010 dan 2011 bagi program membasmi kemiskinan.

Katanya, aduan penipuan diterima beliau sejak 2012 dan berlaku melalui dua cara dan sebagai contoh tuntutan beberapa perkakas berjumlah RM5,000 tetapi harga sebenar RM2,500.

"Beza RM2,500 daripada tuntutan dibahagikan antara beberapa orang yang terbabit.

"Harga peralatan bantuan jauh lebih rendah daripada tuntutan dibuat kepada kerajaan kerana pembekal perlu membayar kembali perbezaan antara harga sebenar dan tuntutan kepada pegawai tertentu di kementerian," katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Rafizi berkata, cara kedua penipuan dibuat apabila peralatan bantuan tidak sampai kepada isi rumah miskin, sebaliknya dihantar kepada pimpinan Wanita Umno setempat.

"Namun saya rasa lega apabila SPRM menahan beberapa individu dikaitkan dengan Yayasan Sayang Malaysia yang ditubuhkan khusus untuk pelaksanaan skim 1Azam," katanya.

Beliau berkata, Yayasan Sayang Malaysia adalah sebuah syarikat yang dijamin (limited by guarantee) dan tidak banyak maklumat diperolehi beliau.

"Kecuali pengarahnya adalah Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil. Wujud campur tangan politik yang menghalang beberapa orang disiasat kerana disyaki menyeleweng dana rakyat di bawah Skim 1Azam daripada didakwa.

"SPRM sudah kumpul data, tetapi sembunyi daripada orang awam. Nampaknya, kerajaan tidak telus dengan projek yang dibuat dan menggunakan nama orang miskin untuk mengkayakan beberapa orang," katanya.

Sumber: SelangorKini

Anwar Ibrahim

Posted: 05 Feb 2014 07:16 PM PST

Anwar Ibrahim


[PROGRAM] Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kajang

Posted: 04 Feb 2014 08:45 PM PST

Program Turun Padang Dato' Seri Anwar Ibrahim di DUN Kajang
5 – 9 Februari 2014 (Rabu – Sabtu)

5 Feb – Rabu
1. 5.00 – 7.00 ptg – Hi-Tea – Pusat Khidmat Komuniti
DUN Kajang, Taman Sg Sekamat
2. 7.30 – 8.30 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib –
Surau Taman Muhibah, Kajang
3. 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana –
Depan Surau At-Taqwa, Taman Kajang Baru,
Sungai Jelok

6 Feb – Khamis
1. 5.00 – 7.00 ptg – Hi-Tea – Pusat Komuniti
Kg. Sungai Kantan
2. 7.30 – 8.30 mlm – Solat, Solat Hajat & Tazkirah –
Surau Jenaris, Tmn Desa Jenaris
3. 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana –
Taman Koperasi Cuepac

7 Feb – Jumaat
1. 12.30 – 2.00 ptg – Solat Jumaat & Jamuan Rakyat –
Masjid Jamek Kajang
2. 5.00 – 7.00 mlm – Hi-Tea – Pusat JKKK Batu 13,
Tmn Delima, Bt 13 Jln Cheras
3. 7.30 – 8.30 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib –
Surau At Taqwa, Tmn Kota Cheras Fasa 2
4. 7.30 – 11.00 mlm – Chinese Dinner –
Shuang Xi Lou Chinese Restaurant, Metro Kajang
5. 8.30 – 12.00 mlm – Pelancaran Jentera Pilihanraya
PRK Kajang – Dataran Prima Saujana, Kajang

8 Feb – Sabtu
1. 9.00 – 12.00 mlm – Kuliah Dato' Ustaz Siddiq Fadzil
Kolej Universiti Dar Al Hikmah,
Sungai Ramal Dalam

9 Feb – Ahad
1. 11.30 – 12.30 tghari – Sambutan Tahun Baru Cina –
Dong Zhou Zong
New Era College, Kajang

PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 05 Feb 2014 01:00 PM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Muhammad Taib: PRK Kajang peluang pengundi hukum BN

Posted: 05 Feb 2014 12:40 AM PST

PAS 4
(Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 5 FEB: Pilihan raya kecil (PRK) N25 Kajang adalah peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghukum Umno-BN yang gagal menunaikan janji-janji pada pilihan raya umum ke-13.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang sedang marah dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat kegagalan pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Tapi, Umno-BN jangan fikir bahawa rakyat telah lupa. Dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat, sudah tentu BN akan mengadapi ujian yang besar.
"Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu besar," kata Muhammad kepada  Keadilandaily.
Tegas Muhammad, PRK Kajang adalah waktu kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat.
"PRK Kajang bukannya isu peribadi. Sebab itu saya pesan kepada BN, jangan cuba menjadikan PRK Kajang ini sebagai tempat (menyerang) isu peribadi.
"Isu peribadi ini dah tak laku. Tak payahlah nak bawa isu remeh temeh. Apa yang penting sekarang ini ialah masa depan rakyat dan masa depan negara.
"Isu hutang negara, isu subsidi yang ditarik balik. Ini yang lebih penting. Ada isu lebih besar yang perlu disentuh dan dibahaskan," katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58985

Pilihan raya kecil Kajang 23 Mac

Posted: 04 Feb 2014 11:47 PM PST

dipetik daripada Malaysiakini


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang, manakala penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac.

Ia diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya selepas mempengerusikan mesyuarat khas membincangkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor yang dikosongkan berikutan peletakan jawatan ADUNnya, Lee Chin Cheh pada 27 Januari
lepas.

Ini bermakna tempoh kempen akan berjalan selama 12 hari bagi PRK yang pertama bagi tahun ini, yang bakal menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding untuk menganggotai DUN Selangor.
 
Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Kerusi itu dikosongkan oleh Lee sebagai satu langkah oleh parti itu untuk membawa Anwar memainkan peranan yang lebih aktif dalam kerajaan negeri Selangor.

Langkah itu dilihat bakal memberi laluan kepada Anwar untuk mengambil alih jawatan menteri besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim - dalam usaha Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya serta menamatkan persengketaan antara Khalid dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di Selangor.

BN masih belum membuat keputusan mengenai calonnya bagi kerusi tersebut dan terdapat desas-desus sama ada Umno atau MCA perlu bertanding kerusi yang secara tradisinya diperuntukkan kepada MCA.

Ia adalah pilihan raya kecil pertama selepas PRU13 ekoran peletakan jawatan secara sukarela dan bukan disebabkan oleh kematian wakil rakyatnya.

Ia juga merupakan PRK ketiga dalam tempoh lapan bulan sejak pilihan raya umum ke-13 selepas PRK DUN Kuala Besut, Terengganu dan DUN Sungai Limau di Kedah.

Dalam PRK tersebut, BN mengekalkan DUN Kuala Besut, manakala PAS pula berjaya mengekalkan DUN Sungai Limau.

BULETIN RAKYAT

Posted: 05 Feb 2014 12:28 PM PST

BULETIN RAKYAT


BANTUAN PROGRAM SEKOLAH NEGERI SELANGOR

Posted: 04 Feb 2014 08:09 PM PST

MAKLUMAN PROGRAM BANTUAN SEKOLAH NEGERI SELANGOR 
Berikut dikemukakan maklumat terperinci berkenaan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor : Nama Program : Program Bantuan Pendidikan Sekolah – Sekolah Kerajaan Negeri Selangor Tarikh buka : 29 Januari 2014 Tarikh tutup : 4 Mac 2014 Sasaran : Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Hubungi : Puan Siti Syazwani, PSU (Pendidikan) 03-55447550 Cik Hidayatulaiza, PT (Pendidikan) 03-55212279/2278 Borang boleh didapati di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Laman web : www.selangor.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan