Khamis, 27 Februari 2014

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 26 Feb 2014 11:39 PM PST

Suara Sri Andalas


PKR Desak Najib Tunjuk Kesungguhan Rekonsiliasi Nasional, Tangani Kumpulan Ekstrem

Posted: 26 Feb 2014 01:15 AM PST

PKR hari ini mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan kesungguhan ke arah Rekonsiliasi Nasional dengan menangani kumpulan-kumpulan ekstrem terlebih dahulu.

Setiausaha agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu-isu kontroversi yang berkaitan kaum dan agama perlu segera ditangani Putrajaya, tidak boleh tunggu sehingga tiga bulan ia dilancarkan.

"Yang segera untuk tunjuk kesungguhannya adalah bagaimana nak redakan keresahan rakyat terhadap isu ketegangan kaum dan agama yang sekarang menjadi-jadi," kata Saifudin pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

"Maksudnya kita tidak boleh tunggu tiga bulan lagi dilancarkan pelan Rekonsiliasi Nasional barulah isu-isu berkaitan kehidupan rakyat yang terbeban dan ketegangan kaum ditangani."

Saifuddin berkata gesaan itu adalah ujian litmus kepada Najib sekiranya bersungguh-sungguh untuk melihat Rekonsiliasi Nasional antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dapat menjadi kenyataan.

"Yang segeranya, iaitu isu soal kaum dan agama, soal kos sara hidup.

"Yang ini harus disegerakan sebagai satu ujian litmus kepada kesungguhan perdana menteri," katanya lagi.

Beberapa insiden provokasi agama dan kaum menggemparkan negara kebelakangan ini, bagaimanapun pentadbiran Najib masih dilihat bermain tarik-tali dan tidak menunjukkan ketegasan terhadap kumpulan tertentu.

Januari lalu, sebuah gereja, Church of the Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang diserang bom buatan sendiri dikhuatiri mempunyai kaitan dengan kain rentang kontroversi kalimah Allah.

Insiden provokasi juga berlaku di Pulau Pinang bulan lalu apabila sekumpulan 600 peserta termasuk ahli Umno Pulau Pinang berkumpul dengan membawa ugutan insiden berdarah rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Himpunan tersebut dianjurkan bagi membalas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon menyuap kangkung ke dalam mulut replika Najib.

Kumpulan tersebut membawa bersama sepanduk provokasi tertulis: "Kerana mulut pemimpin DAP berlakunya 13 Mei 1969... adakah anda mahu lagi?"

Mesej lain yang disampaikan seperti "Hina PM seperti hina Melayu", "Melayu Pulau Pinang bertahan kerana makan kangkung" dan "ABCD - Asal bukan Cina DAP" dan "DAP musuh Islam".

Malah, awal bulan ini, sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam juga menganjurkan satu perhimpunan berbau provokasi dengan menyembelih dua ekor ayam serta menawarkan RM1,200 kepada individu yang berjaya menampar pemimpin DAP, Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh.

Saifuddin bagaimanapun mengalu-alukan dan menghargai usaha yang ditunjukkan oleh Najib apabila bersetuju dengan cadangan rekonsiliasi tersebut.

"Kami mengalu-alukan kenyataan dan menghargai langkah perdana menteri ini," katanya lagi.

Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang dalam sidang media sama menggesa supaya Putrajaya bersama Pakatan Rakyat (PR) duduk semeja membincangkan rangka kerja ke arah Rekonsiliasi Nasional dan tidak hanya menerusi pengumuman dalam media sahaja.

"Kami mahu semua parti duduk bersama dan bincang rangka kerja untuk tangani isu antara agama dan kaum ini.

"Rangka kerja yang besar penting, kita boleh cakap apa sahaja, tetapi ia tidak ke mana walaupun secara prinsipnya kita berdiri atas pendirian sama," kata Chua.

Pada 30 Januari lalu, Putrajaya akhirnya menyambut pelawaan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengadakan rekonsiliasi nasional dengan gabungan pembangkang tersebut.

Sumber: TheMalaysianInsider

Senarai Kawasan di Selangor Terbabit Catuan Air

Posted: 26 Feb 2014 01:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Berikut senarai kawasan terbabit pelan catuan bekalan air di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang bermula 27 Feb hingga 31 Mac ini, seperti diumumkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) semalam.

WILAYAH HULU LANGAT

Zon 1

    *Taman Juara Jaya
    *Taman Bukit Belimbing
    *Taman Sungai Besi Indah 1,2 & 3
    *Taman Harmoni Indah
    *Taman Puncak Utama, Seri Kembangan
    *Taman Putra Budiman
    *Taman Balakong Jaya
    *Taman Seri Timah
    *Taman Tanming Jaya
    *Kawasan perindustrian Balakong
    *Taman Industri Selesa Jaya, Seri Kembangan
    *Taman Industri Balakong
    *Taman Tanming Permai
    *Taman Industri Lifong
    *Taman Tanming Ria
    *Taman Sungai Besi Indah Zon 1
    *Juta Mines Kondominium, Seri Kembangan

Zon 2

   *Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
   *Taman Impian Ehsan Seri Kembangan
   *Taman Desa Karunmas Seri Kembangan
   *Kampung Baru Balakong
   *Taman Kasturi Cheras
   *Taman Sri Indah Cheras
   *Taman Bukit Emas
   *Taman Cheras Jaya
   *Taman Impian Indah
   *Taman Taming Indah
   *Taman Sejati
   *Taman Seri Sungai Long
   *Taman Bukit Sungai Long
   *Rumah Kenangan Cheras
   *Taman Dutamas
   *Taman Setia Kasturi Cheras
   *AEON Cheras Selatan
   *Taman Industri Balakong Jaya
   *Taman Setia Balakong
   *Taman Sinaran
   *Kawasan Perniagaan Desaria, Seri Kembangan
   *Dataran C180 Balakong

WILAYAH KUALA LANGAT DAN SEPANG

Zon 1

   *Kampung Olak Lempit
   *Kampung Bukit Changgang
   *Kampung Labohan Dagang
   *Selangor Dredging
   *Taman Changgang Jaya
   *Kompleks Perabut Olak Lempit
   *RTB Bukit Changgang
   *Bandar Sri Ehsan
   *Bandar Mahkota
   *Bandar Sungai Emas
   *Taman Arked
   *Taman Ambar
   *Taman Sri Dagang
   *Taman Langat Murni
   *Taman Langat Utama
   *Taman Murnimas
   *Taman Seri Telok Datok
   *Taman Sri Cheding
   *Sekolah Tamil Sungai Sedu

Zon 2

   *Kota Warisan
   *Warisan Bestari
   *Taman Bunga Raya
   *Taman KLIA Indah
   *Tiara Heights
   *Taman Ixora
   *Taman Dahlia
   *Taman Seroja
   *Taman Mawar ( Mawar 1, Mawar 2, Mawar Perdana, Emas Villa )
   *Taman Kenanga
   *Taman Desa Vista
   *Taman Desa Bestari
   *Salak Permai

Anwar Ibrahim

Posted: 26 Feb 2014 07:04 PM PST

Anwar Ibrahim


Saifuddin jawab Daim: Ya, Anwar ‘lemah’

Posted: 25 Feb 2014 11:53 PM PST

Malaysiakini

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail secara sinis hari ini bersetuju dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menyifatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang “lemah”.

“Dalam konteks yang disebut itu, saya setuju Anwar lemah kerana Anwar tak dapat angkat anak dia jadi sepuluh (orang) yang terkaya di Malaysia.

“Beliau juga lemah kerana gagal mengumpul kekayaan seperti Daim.

“Ia amat sukar bagi saya untuk memaafkan Anwar di atas kelemahannya ini,” kata Saifuddin pada sidang media pagi ini.

Tambahnya lagi, Anwar juga “lemah” kerana melunaskan hutang-hutang negara lebih awal daripada yang sepatutnya dan tidak mengumpul hutang untuk negara.

“Anwar juga lemah kerana semasa jadi menteri kewangan dia bayar hutang negara lebih awal daripada jadual.

“Menteri kewangan yang baik harus menimbun hutang.

“Dalam konteks itu saya setuju sepenuhnya dengan kenyataan Tun Daim,” katanya lagi.

Dalam wawancara yang disiarkan KiniBiz semalam, Daim yang juga merupakan tokoh korporat berjaya menyifatkan Anwar sebagai “lemah” kerana tidak mempunyai sebarang pencapaian sewaktu berada di dalam kerajaan.

Beliau juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menunjukkan kepimpinan di peringkat nasional.

Bila sang profesor lebih sudu daripada senduk

Posted: 25 Feb 2014 10:08 PM PST

TMI

Seolah-olah yang berlawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil (PRK) di Kajang sekarang bukan Umno dan bukan MCA, bahkan sekalian sang-sang profesor.

Segala yang berlaku di Kajang itu, daripada perletakan jawatam Adun PKR Lee Chin Cheh dan hingga pencalonan Anwar Ibrahim adalah persoalan politik. Sepatutnya orang-orang politiklah yang ke depan menanganinya.

Apa yang dibuat oleh Anwar dan partinya adalah ditujukan khusus kepada Umno dan komponen Barisan Nasional (BN), maka Umno dan BN yang patut dahulu dan ke depan untuk menghadapi sepak terjangnya.

Sejak mula yang ke depan menghadapi Anwar ialah sekalian sang profesor. Umno dan BN termasuk MCA seolah-olah jadi pihak kedua atau ketiga, seperti pembantu kepada Umno dan BN.

Jika lazimnya NGO-NGO menjadi pembantu penting kepada Umno, di Kajang nampaknya Umno mendapat bantuan sang-sang profesor.

Baik profesor penuh dan yang belum jadi profesor penuh, baik yang berada di Lembah Klang seperti di Universiti Putra dan yang di sempadan Siam di kampus UUM berdahulu-dahuluan  hendak menghukum Adun yang meletak jawatan dengan denda yang berpuluh dan ratusan ribu.

Boleh bangkrap mantan Adun itu dan habis harta benda jika sabda si profesor itu dijadikan undang-undang. Denda jenayah merompak dan peras ugut pun beberapa ribu saja, apa yang dikatakan kesalahan politik yang dibenarkan oleh amalan demokrasi seolah lebih teruk daripada jenayah kelas tinggi.

Si profesor-profesor itu mengira tidak layak Anwar sebagai perdana menteri menunggu hendak mencemar wibawanya bertanding DUN dan di Kajang pula, bukan negeri kelahirannya.

Sekalian guru di universiti itulah yang mengatakan Anwar akan sukar berurusan dengan istana dan bukanlah senang Raja hendak menerimanya. Mereka kata Anwar hendak membuang Menteri Besar Khalid Ibrahim sedang hamba Allah itu adalah menteri besar  yang terbaik.

Pada hal sebelumnya pada mereka ketua pentadbir Selangor itu bukan elok sangat jika dibanding dengan menteri besar lain yang terdahulu. Cuma mereka tidak kata dia hampas saja. Tiba-tiba seolah-olah sayangnya mereka pada menteri besar itu Tuhan saja yang tahu.

Bila kita baca komen mereka  setiap hari di akhbar, seolah-olah Anwar macam budak tidak pernah sekolah dan tidak ada nilai politik langsung.

Baik profesor Melayu dan profesor India sama sahaja. Cuma profesor Cina tidak berapa buka mulut.

Pada hal Anwar bertanding di tempat yang sebelum tahun 2000 adalah diwakili oleh MCA. Patutnya profesor Cina yang cauvenis apabila kawassan MCA hendak ditandingi Melayu? Sebaliknya guru Melayu universiti pula yang sibuk kata Anwar tidak patut bertanding tempat Cina.

Bukanlah sang profesor tidak boleh bagi pandangan. Anwar itu bukanlah maksum. Ada juga kekurangannya. Bolehlah dia dikomen. Tetapi biarlah Umno yang ke depan. Profesor boleh tampil memberi pencerahan tentang gambaran politik.

Apa eloknya ada PRK dan apa tidak eloknya, dan apa yang Anwar boleh buat dan apa yang tidak dapat buat. Apa untung dan apa ruginya orang Kajang kalau "berAdunkan" Anwar atau bertukar Adun kepada BN semula atau Adun bebas pula.

Jangan orang kata sang profesor sekalian lebih sudu daripada senduk. Mereka bukan guru Kemas tetapi mereka adalah mahaguru. Yang bertanding di Kajang bukan mereka tetapi orang politik.

Mereka boleh beri pencerahan politik di Kajang itu kepada penuntut mereka, bukan hendak mengajar orang tentang Anwar dan partinya bagi pihak Umno.

In deriding Anwar, Daim shows Umno fear of losing Putrajaya sooner than later

Posted: 25 Feb 2014 10:06 PM PST

TMI

So why is Tun Daim Zainuddin quaking?

Make no mistake, the former finance minister is worried. Worried enough that he keeps talking incessantly about Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Publicly, he dismisses the PKR de facto leader as a publicity hound, a man who craves the limelight and loves the next headline.

Publicly, he runs the opposition leader down as someone who has never been able to solve any problem.

Publicly, he says that Anwar’s move to contest a by-election in Kajang is a complete waste of public funds.

Apparently Daim’s fixation with Anwar continues in private discussions but behind closed doors, the tone is less dismissive, less condescending.

Those in his circle say he speaks with some concern over the consequences of an Anwar victory in Kajang; chiefly the real possibility of Anwar being the chief executive of the richest state in Malaysia with several billion ringgit at his disposal and the immediate impact on the morale of Umno members in Selangor and then around the country.

Left unsaid is the fear that with a strong economic base and a platform to showcase stronger leadership qualities than the incumbent in Putrajaya, a rejuvenated and focused Anwar could lead Pakatan Rakyat (PR) to defeat Datuk Seri Najib Razak and Barisan Nasional (BN) in the next general elections – an end result could prove particularly uncomfortable for Daim, Tun Dr Mahathir Mohamad and other Umno leaders from the glory days of privatisation and excess.

After all, Selangor is the country’s richest and most-industrialised state and next to it is Kuala Lumpur, which make them rich pickings for infrastructure projects, property deals and business for cronies and others connected to Putrajaya.

It would be in the interest of the few who have benefited in the past to ensure Selangor returns to the Barisan Nasional fold.

Anwar leading the state would make that a remote possibility for the near future and turn Selangor into another political fortress like Kelantan is for PAS.

To put it simply, there is a need to protect the golden goose.

And Umno-linked tycoons will go all out to prevent Anwar from taking over as menteri besar.

So do not be surprised if Daim takes more than a cursory interest in how Umno/BN are preparing for battle against Anwar.

It would be in the interest of the old guard of the Tun Dr Mahathir Mohamad era if the current Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim does not vacate his position or at least drags out the whole process.

And let’s be clear, their disdain about the "Kajang move" has little to do with the use of public funds for a by-election.

Because if they were truly concerned about how taxpayers money is spent, they would not have allowed the one-sided toll concessions or sweet deals for the independent power producers or keep water resources in the hands of a few connected businessmen.

The battle for Kajang then, is really the battle over who gets to control Putrajaya in the nearest future.

An Anwar win in Kajang could lead to Umno losing the federal government sooner than later.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 26 Feb 2014 11:32 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Meet Anwar Negeri Sembilan di Seremban, Ahad ini

Posted: 26 Feb 2014 06:50 AM PST


Anwar Ibrahim Club (AIC) akan mengadakan program 'Meet Anwar Negeri Sembilan' pada hari Ahad, 2 Mac ini bertempat di Seremban.

Program yang akan diadakan di Plum Hall, The Royale Bintang Hotel, Seremban terhad kepada 200 peserta dan bermula pada jam 3 petang.

Mereka yang berminat boleh berdaftar di www.anwaribrahimclub.com atau emel ke aic.msia@gmail.com.

Sebarang maklumat lanjut berhubung program digalakkan menghubungi sekretariat program di talian 012-2294064

Tiada ulasan:

Catat Ulasan