BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Admin | | Posted On Rabu, 5 Februari 2014 at 3:04 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 04 Feb 2014 09:12 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Ibu bapa kena pastikan anak-anak solat subuh, kemudian bersarapan sebelum ke sekolah

Posted: 01 Jan 2014 08:23 PM PST




3 murid pitam semasa perhimpunan
2 Jan 2014

SEREMBAN: Perhimpunan hari pertama persekolahan 2014 yang diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Wawasan, Seremban 2, di sini, pagi tadi menggemparkan kakitangan sekolah berkenaan apabila tiga murid tahun dua, tiga dan empat tiba-tiba pitam dipercayai kerana tidak bersarapan.

Guru besar sekolah itu Zakaria Abd Hamid dalam kejadian jam 8 pagi itu tiga murid terbabit pitam berikutan tidak bersarapan pagi tambahan pula berhimpit bersama 1,000 murid lain di dewan berkenaan ketika perhimpunan diadakan.

Katanya, bagaimanapun keadaan tiga murid terbabit kembali stabil selepas ditenangkan guru dan mereka dibawa ke kantin sekolah untuk bersarapan.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 04 Feb 2014 09:36 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


PRK Kajang : Pemuda PAS Gesa Henti Polemik Kerusi MB

Posted: 04 Feb 2014 03:03 AM PST

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan turun membantu PKR dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 Kajang atas semangat kebersamaan dalam Pakatan Rakyat.

Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata demikian pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Tegasnya dalam hal ini, Pemuda PAS tidak akan memberi kemenangan percuma kepada BN dalam PRK itu nanti.

"Kita menghormati muafakat Pakatan Rkayat yang memberi hak mengurs Dun kepada parti yang menang dalam pilihan raya lepas. Justeru kami meminta agar mana-mana komponen Pakatan Rakyat tidak mengulangi kesilapan serupa pada masa akan datang," katanya.

Bagaimanapun, Pemuda PAS Malaysia mendesak agar isu Menteri Besar Selangor dihentikan segera kerana rakyat Malaysia sudah muak dengan polemik politik yang tidak berkesudahan.

"Polemik Kajang ini tidak perlu mengheret Pakatan Rakyat membincangkan isu Menteri Besar Selangor yang baru, kerana ia akan menjejaskan isu kebajikan rakyat," tegas Suhaizan.

KHIDMAT MERU

Posted: 04 Feb 2014 09:14 AM PST

KHIDMAT MERU


Yb Dr Rani menziarahi orang kampung tanpa mengira pegangan party politik.

Posted: 03 Feb 2014 08:43 PM PST




Yb Dr Rani menziarahi orang kampung tanpa mengira pegangan party politik bagi pemeriksaan kesihatan, sumbangan kerusi roda dan ubatan percuma. Antara yg diziarahi ialah Puan Rasminah yg mendapat kanser payudara, En Mohd Maskan yg diserang angin ahmar dan Encik Othman yg dipotong sebelah kakinya kerana menghidap penyakit gangrene. Dr Rani berharap mereka semua bersabar kerana kesemua ujian ini datang dari Allah dan kematian adalah perkara yg setiap dari kita akan mengalaminya. Kadang2 yg sihat dan jauh lebih muda menemui ajal lebih awal. Yg penting kata Dr Rani ialah persiapan kita selepas kematian itu nanti bila bertemu dgn Pencipta kita....adakah kita hidup dibumi ini menurut tarbiyah Islami atau sebaliknya.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 04 Feb 2014 07:35 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PERJUMPAAN ANAK RANTAU SIRI 1 : DPPK BAGAN DATOH AMBIL LANGKAH AWAL...

Posted: 03 Feb 2014 06:57 PM PST

PRK KAJANG : PAS AKAN BANTU

Posted: 03 Feb 2014 06:23 PM PST

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan