BANDAR SERI BEGAWAN - Rombongan pemimpin PAS Terengganu mengadakan dua program rasmi dalam lawatan tinjauan persiapan kerajaan Brunei melaksanakan undang-undang Syariah.
Timbalan Pesuruhjaya I, Dr Alias Razak berkata, pertemuan dengan pihak pentadbir Universiti Islam Sultan Sharif Ali (Unissa) pada Selasa 25 Februari, diharap akan dapat mewakili pendapat golongan akademik dan cerdik pandai.
Manakala katanya, perjumpaan dengan Mufti Kerajaan Brunei pada 26 Februari akan memberikan input dari sisi pentadbiran dan pengurusan terhadap perlaksanaan undang-undang Allah itu. "kita sudah membuat lawatan dan tinjauan sejarah di Muzium Teknologi Melayu, ke pasar Gadong dan pasar Tamu di Kianggeh untuk meninjau pandangan umum,
"ke Kampung Ayer, Mentiri dan Kampung Matan untuk pendapat orang kampung dan hari ini jam 2.30 petang ke Unissa serta esok jam 9.00 pagi ke pejabat Mufti,"ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, semalam 25 Februari ketika ditemui.
Rata-rata, kata beliau, rakyat Brunei memberikan jawapan yang sangat positif terhadap perlaksanaan 'Hudud dan Qisas.
"termasuk rakyat Brunei yang bukan Islam………..antara yang diucapkan mereka adalah, mereka merasa lebih selamat dan aman,
"dengan perlaksanaan undang-undang tersebut,"jelasnya selepas membuat lawatan dan berkunjung ke sebuah rumah penduduk di Kampung Ayer.
Seorang pegawai kerajaan yang bekerja di Jabatan Laut Brunei , Mohd Ludi Awang berkata, jenayah sudah kurang di negara itu akang terus menurun sekiranya undang-undang syariah itu dikuatkuasakan. Beliau yang ditemui di pejabat kecil jabatan itu di pinggir sungai berhampiran jeti ke Kampung Ayer berkata, suasana semakin 'nyaman' sejak Sultan Brunei Sultan Hasanol Bolkiah mdngisytiharkannya pada hujung tahun lalu.
Seorang pesara di Kampung Mentiri, Haji Asri Abdullah bahkan bertanya, bila lagi negara Malaysia akan menuruti jejak langkah Brunei.
"adalah sedikit yang tidak setuju tapi sikit sangat, dan orang bukan Islam (yang tidak setuju sudah selesai (setuju), "kamu di Malaysia bila lagi?,"soal Haji Asri yang ditemui di sebuah kedai gunting rambut di kampung tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan