Ahad, 9 Februari 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 09 Feb 2014 11:29 AM PST

PEJUANG BANGSA


GUAN ENG JANGAN LARI & TUDING JADI PIHAK LAIN ISU NAJIS DI PANTAI P.PINANG

Posted: 09 Feb 2014 03:59 AM PST




oleh : Dr MIM 

Di awal pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendabik dada untuk menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai negeri the most environmentally sound and liveable city in Malaysia melalui pendidikan, penguatkuasaan dan penghargaan.

Lim Guan Eng menggunakan slogan 'cleaner and greener Penang'.

Dan setelah 2 penggal mentadbir negeri, Pulau Pinang bukan 'lebih bersih dan lebih hijau' tetapi 'bertambah kotor dan semakin gondol' !




Memalukan! Bukit gondol di Pulau Pinang
Bukit Gambier yang mendapat jolokan 'Bukit Gondol' adalah satu permandangan yang sangat menyakitkan mata rakyat Pulau Pinang dan sudah pasti menjadi bahan jenaka kepada pelancong-pelancong dalam negeri dan luar negeri.

Malah, 'Bukit Gondol' adalah permandangan 'pengenalan' yang boleh dilihat di jambatan Pulau Pinang dan ianya sangat memalukan. Dan isu pengondolan bukit secara haram ini telah berlarutan sejak tahun dulu tanpa melihatkan sebarang usaha untuk menghijaukan kembali bukit tersebut.

Presiden CAP dan SAM, SM Mohamed Idris telah menempelak kerajaan Lim Guan Eng :
Kita lihat kepimpinan kerajaan sekarang lebih mementingkan kepada bangunan tinggi, projek mewah, projek mega. Mereka tidak menilai pembangunan dari sudut kualiti alam sekitar dan kesejahteraan rakyat. Itu yang mereka tidak lihat sehingga menyebabkan mereka lupa dengan slogan rekaan sendiri iaitu 'Bersih, Hijau Pulau Pinang'...

.....Dalam hal ini, pihak berkuasa tempatan sendiri yang melanggar dasar pembangunan di Pulau Pinang. Sepatutnya sebarang projek pembangunan mengambil pandangan masyarakat tempatan terlebih dahulu. Tapi suara rakyat seolah-olah diketepikan. Sehubungan itu, kami sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili suara rakyat untuk memberitahu kepada kerajaan negeri apa masalah yang sedang berlaku.
 
Malah, rakyat turut mempersoalkan denda RM30,000 yang dikenakan ke atas satu syarikat pemaju perumahan kerana kesalahan menjalankan kerja tanah di puncak Bukit Relau tanpa kebenaran MPPP dianggap terlalu ringan berbanding kemusnahan alam sekitar yang telah dilakukannya.

Ada yang mencadangkan supaya pengarah urusan syarikat tersebut dihukum penjara sebagai pengajaran kepada pemaju lain supaya tidak melanggar undang-undang. 


Fiasco terbaru yang amat memalukan Lim Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang ialah pencemaran air laut di Batu Ferringhi.


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya mencadangkan supaya Kerajaan Pulau Pinang menutup pantai Batu Ferringhi yang dicemari air laut berwarna kehitaman. 
"Ini perlu dilakukan kerana pelepasan air ke laut itu disyaki mengandung bakteria E.Coli. 
"Ia bukan masa untuk hanya menyalahkan sesiapa kerana ini akan menjejaskan imej Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan," katanya. 
Seperti yang MiM jangka, Lim Guan Eng DAP begitu cepat menunding jari pada kerajaan BN Persekutuan dengan menyalahkan syarikat pembentungan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK). 

A typical DAP leader yang cuci tangan tidak mahu disalahkan padahal beliau memegang kerajaan negeri yang turut mempunyai set-set SOP sendiri di dalam hal ehwal alam sekitar di negeri ini.

Bersalah atau tidak, isu air hitam dan IWK ini telah membuka mata rakyat Pulau Pinang kepada isu non-politikus yang dilihat gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan DAP Pulau Pinang!
CAP has received complaints from 20 fishermen who use the river that nearby hotels, residential homes and a food court also dumped grease, food and household waste into the river which is now polluted, black and emits a foul odour.
"CAP and Sahabat Alam Malaysia (SAM) are disappointed that such polluting activities still occur because it conflicts with the Penang government's slogan of 'Cleaner and Greener Penang'.
Bukankah 'cleaner and greener Penang' melalui penguatkuasaan seperti yang dikatakan oleh Guan Eng DAP sendiri?

Bernama melaporkan bahawa ujian sampel air di Sungai Batu Ferringhi oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Isnin lepas mendapati ia mempunyai elemen bakteria E-Coli berikutan laporan mengenai sebahagian air laut di pantai di situ bertukar hitam.

NST melaporkan :
This follows confirmation that the contentious black substance polluting Sungai Batu Ferringhi and a beachfront at the popular Batu Ferringhi tourist belt was untreated human waste.
Untuk pengetahuan semua, E-Coli atau pun Escherichia coli adalah sejenis bakteria gram negatif berbentuk rod di dalam mikroskop. Ianya banyak ditemui di usus manusia dan juga binatang berdarah panas (endotermic).

Najis adalah sumber kontaminasi ke alam sekitar. E.Coli adalah salah satu daripada banyak lagi kontaminasi yang berlaku di sungai-sungai dan laut di Pulau Pinang tetapi jarang dihighlightkan oleh media politik sebelum ini. 

Dan apakah sebenarnya tugas Lim Guan Eng DAP untuk memastikan kesihatan, alam sekitar, kebersihan dan kehijauan di negeri ini selain daripada bersikap obsesif menyerang menyalahkan parti UMNO?

Bagaimana pula dengan sungai-sungai lain di seluruh Pulau Pinang?
 

MiM difahamkan bahawa Pengarah Kementerian Kesihatan Pulau Pinang telah menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang akitiviti di kawasan yang tercemar. 

Sama ada pantai ditutup, ianya bergantung kepada penguatkuasa tempatan tetapi Kementerian Kesihatan akan masuk campur jika keputusan sampel air adalah sah bakteria E-Coli.

Jika positif, kerajaan DAP Pulau Pinang bakal berdepan dengan kebangkitan rakyat tempatan yang marah dengan perkembangan ini. Bukan sahaja bukit digondolkan tetapi laut tepi pantai Pulau Pinang juga bakal dijadikan zon bahaya!

anakbukitgantang says

Posted: 09 Feb 2014 03:41 AM PST

anakbukitgantang says


Kedah berselawat- Umat Islam Kedah bersatu demi akidah!

Posted: 09 Feb 2014 03:31 AM PST

Tetamu yang dimuliakan Habib As Segaf
Seramai 45,000 orang hadir dalam majlis Kedah Berselawat. Umat Islam bersatu demi akidah. Allah Hu Akbar!
Yang duduk bertimpuh itu ialah Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir. Simple dan humble.

bumiyang

Posted: 09 Feb 2014 03:17 AM PST

bumiyang


Cadangan Projek di Pelantong Johor, Umpama Projek DAP di Bayan Mutiara Penang???

Posted: 08 Feb 2014 08:06 PM PST

RAPERA ..

Posted: 09 Feb 2014 01:38 AM PST

RAPERA ..


Bakal Ketua Menteri Selangor YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim ???

Posted: 08 Feb 2014 04:43 AM PST

Taipingmali (tm)

Posted: 09 Feb 2014 01:33 AM PST

Taipingmali (tm)


Selepas balai polis dilontar bahan letupan, kini keretapi terbalik di Bukit Mertajam- Ada kaitan?

Posted: 08 Feb 2014 08:34 PM PST


Sahabat-Gunung

Posted: 09 Feb 2014 01:10 AM PST

Sahabat-Gunung


Suara Hati Johor Bakal Keluar Seawal April - Khaled

Posted: 08 Feb 2014 06:41 AM PST


Suara Hati Johor, hasil kajian kerajaan negeri berhubung keperluan rakyat negeri ini, akan dikeluarkan seawal bulan April, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Suara hati Johor sedang disusun Indeks Petunjuk Prestasi (KPI). Bulan empat
atau lima kita akan lancar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Badan Perhubungan MCA Johor di sini hari ini.

Turut hadir dalam majlis sambutan itu ialah Timbalan Presiden MCA merangkap Pengerusi Perhubungan MCA Negeri Johor Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalannya yang juga Exco Johor Datuk Tee Siew Kiong.

Suara Hati Johor, satu inisiatif untuk merakyatkan kerajaan, adalah berdasarkan lima perkara iaitu perumahan, keselamatan, agama, infrastruktur dan ekonomi.

Kajian itu dijalankan dari 17 Jun hingga 24 Julai tahun lepas membabitkan sembilan penyelidik, tiga pegawai penyelidik dan 70 mahasiswa yang diuruskan oleh Universiti Teknologi Malaysia membabitkan peruntukan berjumlah RM200,000.

Terdahulu, dalam ucapannya, Khaled berkata Barisan Nasional (BN) Johor bersedia membantu MCA Johor untuk merangka strategi dalam mengembalikan kegemilangannya di negeri itu sekali gus merampas kembali kerusi yang tewas pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata BN Johor boleh membantu MCA dalam mengembalikan keyakinan masyarakat Cina kepada parti itu.


Menyentuh tentang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor, Khaled yang juga Pengerusi BN Johor, berkata BN Johor sedang bersiap sedia untuk menghantar jenteranya bagi membantu calon BN pada pilihan raya kecil itu.

Belantan

Posted: 08 Feb 2014 11:42 PM PST

Belantan


Api cuba dipadam namun baranya masih lagi kuat?

Posted: 08 Feb 2014 07:06 AM PST


Hasrat Anwar Ibrahim untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menarik untuk dianalisis. Anwar cuba memadam api krisis tetapi baranya masih kuat. Ia berbangkit kerana kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ada krisis dalaman yang sekian lama tidak terlerai.

Simptom daripada api itu adalah bertanding di DUN Kajang tetapi akar-sebabnya (root-causes) masih tidak terungkai. Ada senario yang lebih besar sedang terjadi.

Semua orang tahu bahawa Anwar gagal menyelesaikan kemelut Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim-Dr. Wan Azizah Wan Ismail -Nurul Izzah Anwar dengan Azmin Ali. Isu itu telah membara sekian lama. Puncanya bukan politik tetapi ia dikatakan bersifat peribadi dan melibatkan Anwar.

Tiba-tiba Abdul Khalid menjadi mangsa dan Azmin mula menonjol dan Wan Azizah tidak berani menyatakan apa-apa.

Bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Faekah Husin jauh lebih berani daripada Wan Azizah sendiri. Atau suara Faekah adalah suara Wan Azizah.

Anwar cuba melakukan lonjakan untuk membina imejnya. Kajang amat dekat dengan Putrajaya. Orang PKR berpendapat memang di Kajang ada harapan untuk menawan Putrajaya. Ini suatu sandiwara paling hebat abad ini.

Memang impian Anwar untuk menawan Putrajaya tidak pernah padam seperti terus menyalanya api krisis Abdul Khalid-Azmin. Sebelum ke Putrajaya, Anwar harus ada kemampuan menyelesaikan masalah Wan Azizah dengan Azmin.


Wan Azizah ialah Presiden dan isteri manakala Azmin ialah anak didik Anwar dalam politik. Kalau mereka berjiwa besar, api dalam sekam sudah lama terpadam.

Anwar cuba memadam api dengan melakukan strategi baharu. Dulu selepas PRU-13 kecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan pelbagai tuduhan. Demonstrasi jalanan berlaku tetapi strategi tidak menjadi. Pengikutnya berbaring di pintu masuk bangunan Parlimen tetapi Anwar tetap mengangkat sumpah. PKR tidak bertambah kukuh. Ramai pemimpinnya di Sabah meninggalkan PKR. Ia suatu kegagalan nyata kepimpinan Anwar.

Anwar bakal menghadapi isu Mahkamah Rayuan tidak lama lagi. Ini suatu tekanan untuk beliau. Ditakdirkan Anwar didapati bersalah, karier politiknya akan tergugat. Sekiranya Anwar menang, pihak yang kalah akan merayu ke Mahkamah Persekutuan pula.

Dikatakan Anwar kalau menang di Kajang bakal menjadi Menteri Besar. Apakah semudah itu prosesnya. Perkenan Sultan adalah syarat penting. Kalangan orang muda Pas merasa tidak senang dengan apa yang berlaku. Apakah ia ibarat asap dan bakal hilang ditiup angin kerana kepatuhan kepada tahaluf siasi.

Bila PKR membuat keputusan penting strategi menawan Putrajaya melalui Kajang, DAP dan Pas tidak dirundingi. Bila keputusan sudah dibuat, DAP dan Pas terpaksa bersetuju. Cara begini tidak selari dengan kaedah tahaluf siasi.

Pas masih tidak bising kerana baginya Anwar adalah aset dan DAP terpaksa jadi pak turut kerana kepentingan tertentu disebabkan Anwar adalah aset juga.


Anwar bernasib baik kerana mempunyai pengikut yang taksub. Tetapi pengundi Kajang belum tentu begitu. Ditakdirkan Anwar kalah strategi ke Putrajaya akan gerhana. Kalau menang pun belum tentu menjadi menteri besar. Mana tahu Pas tiba-tiba teringin menjadi menteri besar kerana jumlah kerusi Pas mengatasi kerusi PKR di Selangor.

Meski Anwar melonjak naik, api dalam sekam masih belum mampu dipadam. Ia akan tetap menyala akhirnya dan silap perhitungan boleh membakar diri.

Azmin semakin gagah dengan strategi baru Anwar ini dan Khalid hilang wibawa sebagai orang politik. Apa dosa besar Khalid hingga menyebabkan dia perlu berundur.

Sandiwara ini akan terus berjalan. Episod demi episod akan terus terjadi. Episod terbaru bertanding di Kajang ini menjadi suatu cara mengalihkan perhatian daripada episod-episod lalu yang ternyata gagal.

Pengundi dan rakyat sedang dibuai dengan mimpi baru ke Putrajaya. Dulu dengan slogan "Ubah! Ini kalilah" ternyata tidak menjadi. Sekarang strateginya menawan Kajang, jadi Menteri Besar Selangor dan menawan Putrajaya untuk jadi Perdana Menteri. Penulis yakin ia juga akan gagal. Ini adalah politik Mat Jenin.

Perjuangan politik menuntut arah yang jelas dan tidak berliku-liku. Perancangan boleh dibuat tapi akhirnya orang yang percaya kepada takdir yakin Allah Maha Penentu. Tidak selamanya pengundi tidak berfikir.

Politik taksub dan penuh emosi tidak selari dengan proses demokrasi dan jauh sekali seiring dengan syariah. Politik cara Islam mendukung kebenaran dan ketelusan.

Strategi Machievelli the end justify the means - matlamat menghalalkan cara tidak akan selamanya berlaku. Ada ketika ia kecundang. Penulis yakin Anwar bakal kecundang lagi. Fikir dan renongkanlah! Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Hanya di Selangor : Dikatakan sengketa antara Azmin dan Khalid semakin meruncing...!!! Betoi ka?

Posted: 07 Feb 2014 11:32 PM PST


Azmin dikatakan mendakwa MB Selangor guna PKNS sebagai senjata politik!

Persengketaan dua pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor semakin meruncing apabila Mohamed Azmin Ali mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melanggar undang-undang dalam isu penamatan kontrak 22 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB).

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR mendakwa Menteri Besar Selangor itu cuba menggunakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai 'senjata' terhadap musuh politiknya.

"Dalam semangat keadilan dan tadbir urus yang baik, Abdul Khalid tidak boleh terus menjadikan PKNS sebagai senjata peribadinya untuk digunakan terhadap pihak-pihak yang dianggapnya sebagai musuh-musuh politik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Pada 4 Februari lalu, akhbar melaporkan hampir 30 kakitangan kontrak PKNS Holdings Sdn. Bhd. (PHSB) iaitu anak syarikat PKNS dipecat serta-merta tanpa sebarang alasan daripada pihak pengurusan.

Surat arahan pemecatan bertarikh 3 Februari 2014 itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Norazlina Zakaria.


Semalam, Abdul Khalid tampil mempertahankan tindakan PKNS itu kononnya dibuat berdasarkan Ikrar Integriti.

Azmin digugurkan daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS berkuat kuasa 10 Januari lalu.

Beliau turut mendakwa, pemecatan kakitangan PHSB terbabit secara serta-merta di bawah arahan Abdul Khalid bukan sahaja melanggar undang-undang pekerjaan tetapi amat tidak berperikemanusiaan.

"Ini benar-benar bercanggah dengan prinsip yang didukung oleh kerajaan PKR Selangor bahawa semua pekerja perlu dilayan dengan bermaruah.

"Pemecatan itu akan menyebabkan kakitangan terbabit mengalami masalah kewangan manakala pampasan dua bulan gaji hanya menambah penghinaan kepada mereka," ujarnya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Faekah Husin sebagai reaksi kepada kenyataan Azmin di laman Twitternya hari ini menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa tersebut sebagai 'ahli politik yang teruk'.

Beliau yang kini Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) turut mempertikaikan kenyataan Azmin itu dari segi kesahihannya.

"Bagaimana boleh dikatakan benar, beliau seorang ahli politik yang teruk," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

Posted: 08 Feb 2014 11:37 PM PST

Panglima Perang Cyber


Program Ulama Keturunan Nabi di Masjid Tuanku Zainal Abidin 8 Mac 2014

Posted: 08 Feb 2014 04:29 PM PST

Sebarkan...

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 08 Feb 2014 11:35 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KAJANG DILANGGAR TODAK

Posted: 08 Feb 2014 08:06 PM PST


Selamat Menonton dan Selamat Berfikir.
Sumber : http://www.youtube.com/watch?v=29PHIe2Xgns



SELEPAS AZMIN GADUH FAEKAH, KINI RAFIZI PULA GADUH DENGAN NAT

Posted: 08 Feb 2014 02:55 PM PST

A very recent exchange on the popular social media Twitter between Parti Keadilan Rakyat's activist Nathaniel Tan and the party's strategy director Rafizi Ramli had led to the latter challenging the former to reveal how much he had benefitted financially  during his stint at the Selangor Mentri Besar office.
The tweets that were exchanged between the two young PKR men were quite heated that it caught the attention of those on cyberspace. Some of the exchanges even seemed to accuse each other of indulging in unethical practices.
The following were among the tweets between Tan and Rafizi
Rafizi's tweet read :
So long you don't dare to disclose how u benefitted financially from MB Office, u remain an interested party with an axe to grind.
Tan's response :
if i did have an axe to grind, wldn't i be grinding it against the people who fired me? instead of supporting them?
Then Rafizi responded:
You can't be going around on high horse when u r an interested party who benefitted financially from the MB Office
Then Tan's tweet read :
in the meantime boss, you continue to attack everyone's credibility, yet do not address the core issues satsifactorily :_(
Rafizi's tweet read :
"I don't attack everyone's credibility, I am questioning yours. You can't preach honesty & transparency when u r dishonest
Tan's tweet read :
"to test my honesty, divulge the information mentioned earlier. if i then divulge mine, i am honest. if i dont, i am dishonest
Rafizi replied :
For transparency, disclose total pay package, ur job scope, ur contribution to Selangor gov. Let's all be transparent ;-)
Tan said oO? divulge sgorku grant to NOW, renumeration & job scope for: OSEA CEO, muaz, eekmal, hilman, & i promise i will divulge mine
Although no body was involved directly with the tweets but many from both political divides are monitoring it.
A week ago, Tan wrote a scathing piece on PKR following the decision to make Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim the contender in the Kajang by- election.
Tan wrote: To me, the real problem pivots on how Anwar and his associates are running PKR in a manner that is completely bereft of transparency, accountability and democratic principles.
Lets carry out a simple thought exercise : How did the decision to carry out the Kajang plan come about? i dont know, do you? Many have speculated ( myself included), many claim it happened one way or another, but the truth is : nobody outside the nebulous "inner circle" has any idea.
PKR has a large supreme council that is mostly democratically elected, and a smaller political bureau. Can we say with confidence that members of both were given an opportunity to voice their opinions, much less be made fully aware of what was going on? Are there official minutes perhaps, that we might refer to? (MOLE)

HINA ANDARTU GERSANG: FAEKAH DICADANG IKUT LANGKAH DR. HASSAN & USTAZ NASHA

Posted: 08 Feb 2014 05:33 AM PST

Beberapa buah blog dan portal telah memetik cadangan penulis jentayuabaka. Di antaranya blog AIDC dan portal Merdeka Online. Kami turut ingin berkongsi pandangan yang menarik ini kepada anda.


Jika kita melihat polemik politik yang berlaku di Selangor sekarang, nampaknya api yang kecil semakin membara.

Semalam sahaja, adik kepada YB Azmin Ali (Azwan Ali) telah melempiaskan kemarahannya kepada Faekah Husin, bekas Setiausaha Politik TS Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan kini CEO Menteri Besar Incoroperate (MBI). Pembaca boleh membaca sendiri apa yang ditulis oleh Azwan Ali di atas.

Sebagai seorang selebriti yang berpengalaman adalah sangat tidak manis malah kurang etika seorang yang pernah menjadi figure anak muda melepaskan gejolak marahnya dengan kata-kata yang sedemikian di atas itu, apatah lagi kepada kaum perempuan yang dijadikan oleh Allah SWT dengan lemah lembut.

Bercakap tentang jodoh, dalam Al-Quran ada menyebut, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal itu amat buruk bagimu.(Mengapa?) Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui" (Surah Al-Baqarah, ayat 216).

Juga disebut, "Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).(Surah An Nur : Ayat 26)

Maka, siapakah kita untuk menghukum lagi menghina seseorang sebagaimana tweeter di atas?. Berapa ramai kaum hawa di luar sana tersindir, terhina dan marah dengan penghinaan itu?

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w., sabdanya bermaksud: "Orang yang berusaha membantu wanita yang tidak bersuami dan orang miskin, adalah seperti orang yang berjuang di jalan Allah." (Al-Bukhari)

Seseorang yang berjuang di jalan Allah SWT adalah pejuang Allah SWT. Orang yang membantu wanita yang tidak bersuami adalah seperti orang yang berjuang di jalan Allah SWT. 

Perumpamaan yang diriwayatkan daripada Imam Malik pula meletakkan orang yang membantu wanita tidak bersuami ini seperti orang yang mendirikan solat malam tanpa rasa lemah dan yang berpuasa tanpa berbuka.

Inilah berita gembira kepada wanita yang tidak bersuami yang telah dikhabarkan oleh kekasih Allah SWT, junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Inilah pesanan yang telah ditinggalkan baginda kepada umat Islam supaya sentiasa menjaga kebajikan wanita yang tidak bersuami. 

Pesanan ini juga jelas menunjukkan wanita tidak bersuami adalah golongan yang mendapat keprihatinan khusus daripada manusia paling utama kedudukannya di sisi Allah SWT.

Lantaran itu, saya berpandangan eloklah Faekah mufaraqah daripada PR yang telah menghinanya lagi menjatuhkan kehormatan dirinya dan keluarganya itu, apatah lagi penghinaan itu dibuat oleh seseorang yang mempunyai kaitan keluarga dengan kepimpinan tertinggi PR. 

Saya tidaklah bermaksud Faekah harus menyertai PAS atau UMNO, tetapi perjuangan masih boleh dilakukan melalui NGO yang sesuai. Apakah gunanya berada di dalam pakatan sesudah Faekah dihina keterlaluan sedemikian rupa? 
Dahulu, saya mengajak Datuk Dr. Hassan Ali supaya mufaraqah daripada PR kerana perjuangannya mendaulatkan agama Islam sukar dilaksanakan di dalam PR. Lebih 10 artikel saya tulis mengajak Datuk Dr. Hassan Ali supaya berfikir semula kedudukannya di dalam PR dan alhamdulillah Allah SWT membuka hati beliau. Di antaranya, di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2011/12/surat-dato-dr-hassan-ali.html . Bukanlah bermaksud kerana surat itulah beliau mufaraqah.

Saya juga menulis lebih 10 artikel mengenai Datuk Nasharudin Mat Isa supaya meninggalkan sementara PAS kerana di dalam PR, beliau berdepan kesukaran untuk mempertahankan kemuliaan-kemuliaan agama Islam kerana tekanan-tekanan yang diberi oleh ahli politik bukan Islam di dalam PR. Kini beliau memperjuangkan kemuliaan Islam itu di persada dunia dan nasional melalui Yayasan Nassar. Antaranya di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/02/semua-mata-menunggu-masa-yb-nasha-petik.html

Faekah pun boleh meneruskan perjuangan yang sedia ada, khususnya di dalam bab ekonomi melalui mana-mana NGO yang sesuai. Anda tidak sepatutnya membiarkan diri anda dihina sedemikian rupa!. 

Selamat Berhari Minggu.
KLIA.

SANTAI PETANG HARI: MISTERI ANWAR SUKA YANG BULAT-BULAT

Posted: 08 Feb 2014 01:58 AM PST


The Unspinners

Posted: 08 Feb 2014 11:18 PM PST

The Unspinners


Bila dah terasa gian, Teresa cibaikan cina juga

Posted: 08 Feb 2014 09:30 PM PST


Teresa Kok ini wakil rakyat DAP yang tidak disukai sangat dalam DAP tapi dapat naik hingga jadi Pengerusi DAP Selangor dan CEC DAP.

Dia pernah bekerja di pejabat Lim Kit Siang dan caranya adalah cara Lim Kit Siang. Sebelum Mummy Foo naik jadi penyedap utama LKS, difahamkan Teresa adalah penyedap Lim Kit SIang.

Sebagai seorang yang datang dari gereja sebagai aktivis gereja, dia malu nak kahwin kerana tupai komunis dah tebuk. Terasa menjadi sexually dysfunctional kerana dia sudah merasa tapi rasa bersalah.

OLeh sebab mulutnya selalu jilat ice cream komunis tua, maka mulut dia ikut perangai macam gua  yang sering diterjah adik komunis tua. Komunis tua sudah ada Mummy Foo untuk lepaskan perasaan geram tapi Teresa yang teringin terasa nak lepaskan geram di mana?

Itu sebab dia kuat mencibai guna isu perkauman dan ugama. Bukan Melayu, Islam, dan India saja dia cibaikan tapi orang Cina pun dicibaikannya.

Ikuti kisah video berikut:


Kalau BN berslogan mahu cuba untuk Janji di Tepati

.... tapi Terasa Kok janjikan lepas tu cibaikan.

Elok Bang Non bantu lepaskan masaalah emosinya dengan melancaukan dia...

Teresa layak digelar Ahli Parlimen dickhead

Posted: 08 Feb 2014 05:28 PM PST


Ini bukan saja nak lepaskan geram tapi memang ada sebabnya.

Interview dari bekas Pembantu Peribadi Teresa Kok yang jelas menunjukkan sikap sebenar Teresa Kok sebagai wakil rakyat. Malas untuk turun padang tetapi mahu publisiti, inilah wajah sebenar pemimpin kanan DAP!!

Video teresa talk cock ... fitnah dan bohong

Posted: 08 Feb 2014 06:30 AM PST



PKNS: Rasuah dibiar Khalid, Teresa samun Datum Jelatek

Posted: 08 Feb 2014 01:49 AM PST


Ini bukan blog Papagomo tulis atau siaran TV3 atau suratkhabar Utusan Malaysia tapi Malaysiakini yang siarkan SINI

Bekas pekerja PKNS dakwa MB tak hirau aduan rasuah

5:45PM Feb 7 2014

Beberapa pekerja kontrak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang ditamatkan perkhidmatan mereka, mahu menteri besar menjelaskan mengapa tiada tindakan diambil terhadap kes rasuah dan kes tatatertib yang telah dirujukkan kepadanya.

Bekas Ketua Bahagian Pemasaran PKNS Holdings, Alif Aiman ​​(kanan) dalam satu kenyataan bagi pihak kumpulan berkenaan berkata, bekas Pengurus Besar PKNS Othman Omar telah memaklumkan sendiri kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada tahun 2011 dan 2012, mengenai kes-kes tersebut.

Alif merujuk kepada kenyataan Khalid semalam bahawa sebahagian daripada sebab di sebalik penamatan kontrak lebih 20 kakitangan anak PKNS itu berdasarkan kepada aduan dari "pemberi maklumat" PKNS.

Alif mempersoalkan sama ada PKNS menyedari hakikat bahawa 'pemberi maklumat' itu, yang didakwanya sebagai dua pegawai PKNS, dikatakan sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, tuduhan daripada pemberi maklumat yang tidak berwibawa itu terus diambil tindakan segera tanpa menjalankan penyiasatan yang adil dan saksama.

Pada masa yang sama, dakwa Alif, banyak isu disiplin dan kes rasuah yang membabitkan pemberi maklumat itu telah ditutup tanpa tindakan lanjut.

"Bercakap tentang kerajaan yang telus dan bertanggungjawab," kata kenyataan itu.

Selain dakwaan rasuah, kumpulan itu juga mahu menteri besar:

- Menjelaskan peranan setiausaha akhbarnya sendiri, Arfa Aziz dan bekas setiausaha politik dan kini CEO MB Incorporated, Faekah Husin dalam tindakan menamatkan perkhidmatan pekerja kontrak, bersama-sama dengan GM baru PKNS, Azlan Alifiah, timbalan GM Noraidah Yusof, Pengerusinya Norazlina Zakaria;
   
- Menjelaskan sebab-sebab sebenar di sebalik penamatan perkhidmatan pekerja kontrak secara tiba-tiba;
   
- Menjelaskan mengapa penamatan perkhidmatan pekerja kontrak itu tidak dilakukan mengikut prosedur dan proses sepatutnya;
   
- Menjelaskan bila terdapat perakuan politik dari mana-mana ahli lembaga pengarah PKNS atau ahli politik mengenai pelantikan kakitangan kontrak;
   
- Mendedahkan kandungan penuh laporan penyusunan semula korporat yang mengesyorkan supaya perkhidmatan kakitangan kontrak ditamatkan;
   
- Mendedahkan kos terperinci bagi pengambilan kakitangan terbabit dan tuntutan perjalanan mereka, dan bandingkan dengan pecahan kos yang sama bagi PKNS;

---------------------


Khabarnya projek Datum Jelatek dijual satu tower kepada kompeni dari China kerana kompeni tersebbut adalah kontraktor yang dibawa oleh Teresa Kok.

Kebanyakkan kompeni China yang datang ke Malaysia mahukan kontrak untuk tujuan siphon duit dari China untuk dilarikan ke Australia Singapore dan lain-lain negara. 

Dengan ada kontrak mereeka katakan ini pelaburan dan kerajaan China leppaskan wang itu keluar. Tapi projek tak dibuat habis pun.

Itu pasal Datum jelatek tergendala.

Difahamkan ada tender semua dan gilanya orang yang sama juga dapat tapi guna muka depan yang lain.

Berapa round teresa Kok masyukkk????

Selain itu, hal samun menyamun anyak berlaku dalam PKNS. Hampir separuh staff lama yang ada terlibat dengan rasuah.

Itu antara sebab mereka cemburu dengan grup pofesyenal yang masuk dengan gaji bbesar.

Isu gaji besar ni ide Khalid Ibrahim tapi kini dia juga salahkan orang lain.

oyabun

Posted: 08 Feb 2014 11:05 PM PST

oyabun


Senator HINDRAF lepaskan semua jawatan kerajaan?

Posted: 08 Feb 2014 07:26 AM PST


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy pada petang Sabtu mengesahkan peletakan jawatan berkuatkuasa Isnin, 10 Februari ini.

Selain jawatan timbalan menteri, Pengerusi Hindu Rights Action Force (HINDRAF) itu turut meletak jawatan selaku Ahli Dewan Negara (Senator).

Pengunduran Waytha Moorthy daripada semua jawatan dalam kerajaan itu awalnya diumumkan Setiausaha HINDRAF, P. Ramesh dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, peletakan jawatan Waytha Moorthy itu diputuskan sebulat suara oleh Jawatankuasa Pusat HINDRAF.

Alasan keputusan berkenaan ialah kerana HINDRAF mendakwa gagal melaksanakan janji untuk menyelesaikan masalah sosio-ekonomi serta kemiskinan masyarakat India walaupun sudah lapan bulan Waytha Moorthy berada dalam kerajaan.

HINDRAF menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan pada 18 April tahun lalu dalam usaha menyelesaikan masalah sosio-ekonomi masyarakat India di Malaysia.

Satu daripada inisiatif ialah dengan meletakkan pengerusinya sebagai wakil dalam kerajaan.

"Satu-satunya kekesalan HINDRAF ialah kami tidak dapat menunaikan janji untuk melakukan perubahan terhadap masyarakat India yang miskin menerusi inisiatif ini.

"Kami memohon maaf kerana memberikan pengharapan ini kepada mereka," kata Ramesh.

Sementara itu Waytha Moorthy ketika dihubungi wartawan mengesahkan pekara itu. Menurut beliau, surat peletakan jawatan berkenaan telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini namun pihaknya belum menerima sebarang maklum balas.

Beliau turut mengakui keputusan itu diambil kerana sudah berputus-asa dan menganggap jawatan kerajaan yang disandangnya tidak membantu dalam usaha meningkatkan taraf hidup kaum India.

"Peletakan jawatan itu juga adalah sebahagian daripada keputusan bersama yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat Hindraf," katanya.

Bagi penulis keputusan samada P. Waytha Moorthy mahu meletakkan jawatan atau tidak kerana kegagalan beliau membela nasib kaum India, terpulanglah kepada beliau sendiri! Yang penting segala rahsia kerajaan semasa beliau menjadi Timbalan Menteri hendaklah disimpan dengan baik selaras dengan akujanji yang beliau telah lafazkan! Bak kata pepatah biar pecah perut tetapi jangan pecah mulut?

Selanjutnya sila baca di sini.

Wasabi oyabun..

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 08 Feb 2014 09:32 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Pemuda PAS Tetap Tidak Mahu Anwar Sebagai MB Selangor #PRKkajang

Posted: 08 Feb 2014 02:35 AM PST



Balai Polis Bukit Mertajam Diserang?

Posted: 07 Feb 2014 09:28 PM PST

BAHAGIAN hadapan Balai Polis Bukit Tengah di Bukit Mertajam rosak dibaling bahan letupan pada pukul 4.50 pagi tadi.

Pihak yang bertanggungjawab melakukan kerja jahat dan subversif begini WAJIB dikenakan tindakan demi menjaga keamanan dan keharmonian negara.



GERAKAN ANTI PKR

Posted: 08 Feb 2014 09:18 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


PEHIN SERI TAIB MAHMUD : JANGAN DIUBAH BIJAKSANANYA MENGAWAL SARAWAK !

Posted: 08 Feb 2014 11:59 AM PST

PenangWasabi

Posted: 08 Feb 2014 09:11 PM PST

PenangWasabi


SITKOM 88 KOPITIAM KENA "GAM " SEMENTARA RTM SEBAB PELAKON KLIP VIDEO TERESA KOK?

Posted: 08 Feb 2014 07:42 AM PST


Tindakan RTM wajar dipuji kerana GAM sementara rancangan sitkom 88 Kopitiam disebabkan dakwaan pelakonnya terbabit dalam klip video Teresa Kok yang menghina & mencemar imej negara.

Sitkom 88 Kopitiam yang bersiaran di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dihentikan sementara bagi menyiasat kesahihan dakwaan pembabitan pelakonnya dalam klip video yang dikatakan mencemar imej negara.

Ketua Pengarah Penyiaran Norhyati Ismail berkata RTM akan memanggil penerbit rancangan berkenaan dalam masa terdekat untuk mengesahkan pembabitan pelakon tersebut.

"Ini untuk memastikan tiada sebarang pihak teraniaya atau dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas dakwaan yang mengaitkan pelakon sitkom berkenaan dengan video yang mencemar imej negara.

Video yang disiarkan melalui media sosial sempena Tahun Baharu Cina itu membabitkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok.



Sitkom 88 Kopitiam disiarkan menerusi TV2 pada setiap Isnin, pukul 7 malam dan mengetengahkan isi-isu semasa dalam kalangan masyarakat Cina berlatarkan kopitiam dengan konsep komedi bersahaja.

Norhyati berkata RTM akan mengkaji mana-mana rancangan yang mengaitkan pelakonnya dengan aktiviti yang memburuk-burukkan nama dan imej negara.

RTM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelakon yang terlibat dengan penerbitan program sedemikian, katanya.

Penang Wasabi..

JURI RAKYAT

Posted: 08 Feb 2014 07:18 PM PST

JURI RAKYAT


9 Bagian Tubuh yang Paling Sering di Tato

Posted: 08 Feb 2014 05:31 AM PST


Seni merajah tubuh telah ada sejak berabad-abad lamanya. Namun, Anda perlu menganalisis dan memvisualisasikan terlebih dulu bagaimana tato akan terlihat pada tubuh Anda. Ada 2 aspek yang perlu diperhatikan saat menato.
Yang pertama adalah desain dan yang kedua adalah bagian tubuh mana yang akan ditato. Berikut adalah 9 bagian tubuh yang sering ditato.

1. Belakang leher
Anda dapat memamerkan tato tersebut dengan mengikat rambut dan memakai pakaian dengan potongan leher yang rendah.

2. Belakang bahu
Tato di belakang bahu membuat wanita terlihat seksi dan menggoda. Apalagi jika dipamerkan dengan gaun backless yang menawan.

3. Punggung bawah
Anda dapat memamerkan tato ini dengan mengenakan jeans berpinggang rendah atau celana pendek.

4. Lengan atas
Angelina Jolie menato tanggal lahir anak-anaknya tepat di lengan atasnya.Untuk membuatnya terlihat lebih mengagumkan, Anda bisa memamerkan tato tersebut dengan riasan dan pakaian tanpa lengan bergaya Gothic.

5. Lengan bawah
Johnny Debb atau lebih dikenal sebagai pemeran Captain Jack Sparrow, tersebut ternyata sangat gemar menato tubuhnya. Salah satu tato yang terkenal di tubuhnya adalah yang bertuliskan Jack (nama anaknya). Di atas tersebut, terlihat seekor burung gereja yang menggambarkan karakter Kapten Jack Sparrow. Sayangnya, tato seksi itu hanya bisa kita lihat ketika Johnny melipat lengan bajunya.

6. Bisep
Bisep adalah bagian yang paling sering ditato oleh pria. Jika Anda memiliki bisep yang pantas pamerkan, tak ada salahnya untuk merajah bagian tersebut dengan gambar unik.

7. Pergelangan kaki
Pergelangan kaki merupakan bagian yang sering ditato karena menampilkan kesan seksi. Penelope Cruz adalah salah satu selebritis yang gemar menato pergelangan kaki. Anda dapat memamerkan tato ini dengan memakai gaun pendek dan high heels yang manis.

8. Pusar
Tato di sekitar pusar bisa menampilkan kesan seksi. Terlebih, jika Anda memamerkannya dengan pakaian seksi seperti bikini.

9. Dada
Sylvester Stallone adalah salah satu aktor yang senang memamerkan tato di dadanya. Di sana, ia menato wajah istrinya yang dikelilingi tiga mawar. Keren!
Inilah sembilan bagian tubuh yang paling sering di tato. Meski demikian, tak menutup kemungkinan bagian tubuh ektrem lainnya juga bisa ditato, seperti daerah genital.

3 Artis Cantik yang Bercerita Tentang Pengalaman Bercinta

Posted: 08 Feb 2014 05:29 AM PST

Angelina Jolie Beautifull Wallpaper HD 2
Melakukan hubungan intim tanpa pernikahan, bukan lagi menjadi hal tabu bagi mereka yang hidup di dunia hiburan Hollywood. Tak sedikit dari mereka yang berani tampil di depan publik menceritakan pengalaman pertamanya melakukan hubungan intim dengan lawan jenis.
Bukan hanya seleb pria, sejumlah seleb wanita ternama, tanpa malu-malu menceritakan soal kisah hilangnya keperawanan saat usia masih muda. Siapa sajakah mereka yang berani blak-blakan soal masalah yang sifatnya paling pribadi itu? Simak ceritanya berikut ini .

1. Katy Perry
Penyanyi seksi Katy Perry blak-blakan menceritakan kehidupan pribadinya saat diwawancarai oleh sebuah majalah. Tak tanggung-tanggung, kekasih penyanyi John Mayer ini pun membeberkan cerita, pengalaman pertama, saat melepas keperawanan.Dilansir dari Nydaily, ia mengaku, telah melakukan hubungan intim dengan pria saat usianya masih sangat belia, 16 tahun. Ini merupakan pengalaman pertamanya, merasakan hubungan intim bersama sang kekasih di dalam mobil.
2. Miley Cyrus
Saat usianya menginjak 15 tahun, Miley Cyrus sempat dikabarkan hamil.Namun, dengan tegas dia mengungkapkan bahwa itu adalah hal yang mustahil. Ia mengaku, sejak masih kecil, lingkungan keluarganya sering mengingatkan, bawah menjaga keperawanan adalah hal paling penting. Dia pun sempat berjanji akan menjaga kesuciannya.Namun, baru-baru ini, Miley sempat blak-blakan mengungkapkan pendapatnya soal seks. Dia menyebut seks sebagai sesuatu yang magis dancool. Dari pernyataannya ini, banyak yang tak yakin, jika ia benar-benar menjaga keperawanannya.
3. Angelina Jolie
Pasangan Brad Pitt ini mengaku kalau ia telah tidur dengan pria saat usia 14 tahun. Di antara seleb lain, Jolie juga mengungkap pengakuan mengejutkan, memiliki cara bercinta yang cukup ekstrem.
Ia menyatakan pernah bercinta di kuburan, bahkan pernah menggunakan pisau untuk melampiaskan nafsunya. Lebih lanjut, ia menjelaskan, jika ingin merasakan kekasihnya lebih dekat, ia akan melukai kekasihnya dengan pisau.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 08 Feb 2014 03:35 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Yang ketat, singkat dan seksi di Anugerah #MeleTOP

Posted: 08 Feb 2014 03:01 PM PST

Anugerah MeleTOP baru sahaja melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Zizan dianugerah sebagai selebriti lelaki paling top manakala Zya Zara pula menang dalam kategori wanita.

Karpet merah masih lagi menjadi tumpuan dengan fesyen-fesyen menarik dari artis-artis terutamanya wanita.

Apa yang dapat diperhatikan, kebanyakan artis-artis lama banyak yang mengenakan pakaian yang agak sopan, labuh dan longgar, mungkin sudah ada kesedaran untuk tampil sedemikian agaknya.

Berbeza dengan artis yang baru nak naik, suam-suam kuku, kehadiran mereka menjadi sasaran lensa, gaya yang ditampil memang agak daring...







(Gambar) Siti Saleha 'paling gebu' di Anugerah #MeleTOP

Posted: 08 Feb 2014 07:04 AM PST

Siti Saleha digandingkan dengan dua penyampai Radio Era, Haniff dan Ray pada malam ini bagi menyampaikan anugerah.

Di karpet merah, Siti Saleha dilihat mengenakan dressing paling ringkas tetapi paling menyerlah berbanding pengacara malam ini, Neelofa yang mengenakan 'jumpsuit' pink!





Seks bersama isteri dengan katak

Posted: 08 Feb 2014 05:01 AM PST

Seorang lelaki di Marsden, dekat Brisbane, Australia dihadapkan ke mahkamah selepas didapati memberikan dadah seterusnya menggunakan katak bagi mencabul isterinya secara seksual.

Lelaki yang tidak didedahkan namanya atas alasan undang-undang itu dicaj dengan tuduhan rogol dan kekejaman terhadap haiwan.

Dia turut didakwa melakukan banyak lagi kesalahan jenayah antara 2005 hingga 2012 termasuk serangan seksual, memabukkan mangsa serta mengambil gambar dan rakaman yang dilarang sebelum mengedarkannya di emel dan laman web.

Antara rakaman yang diambil dan diedarkan suspek adalah adegan seks dilakukannya terhadap si isteri yang tertidur di samping seekor katak berwarna hijau.

Video itu kemudiannya dikongsikan di laman porno. - Mynewshub

Sumber: Dailymail UK

Pelakon subahat dengan Teresa, RTM henti siaran sitkom

Posted: 08 Feb 2014 04:20 AM PST

KUALA LUMPUR – Sitkom 88 Kopitiam yang bersiaran di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dihentikan sementara bagi menyiasat kesahihan dakwaan pembabitan pelakonnya dalam klip video yang dikatakan mencemar imej negara.

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata RTM akan memanggil penerbit rancangan berkenaan dalam masa terdekat untuk mengesahkan pembabitan pelakon tersebut.

"Ini untuk memastikan tiada sebarang pihak teraniaya atau dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas dakwaan yang mengaitkan pelakon sitkom berkenaan dengan video yang mencemar imej negara.

Video yang disiarkan melalui media sosial sempena Tahun Baharu Cina itu membabitkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Sitkom 88 Kopitiam disiarkan menerusi TV2 pada setiap Isnin, pukul 7 malam dan mengetengahkan isi-isu semasa dalam kalangan masyarakat Cina berlatarkan kopitiam dengan konsep komedi bersahaja.

Norhyati berkata RTM akan mengkaji mana-mana rancangan yang mengaitkan pelakonnya dengan aktiviti yang memburuk-burukkan nama dan imej negara.

RTM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelakon yang terlibat dengan penerbitan program sedemikian, katanya. - BERNAMA

Waytha akan letak jawatan timbalan menteri, senator

Posted: 08 Feb 2014 03:24 AM PST

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy akan meletak jawatan daripada semua jawatan dalam kerajaan dan Dewan Negara Isnin depan.

Penasihat Persatuan Hindraf Malaysia (PHM), N Ganesan berkata ia ekoran keputusan sebulat suara jawatankuasa pusat hari ini.

"Ya, benar, (Waythamoorthy akan berhenti)," katanya dalam satu mesej teks.

Menurut Hindraf Pulau Pinangf, Waythamoorthy dijangka meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dan senator pada hari Isnin.

"Ia ekoran BN telah gagal memenuhi janji-janji dalam memorandum persefahaman (MOU) di antara BN dan Hindraf."

PHM telah menandatangani MOU dengan BN sebelum pilihan raya umum 5 Mei 2013.

'Saya 'dirogol' enam kali' - Pelakon wanita M'sia

Posted: 08 Feb 2014 02:02 AM PST

Empat bulan lepas, beliau menangis dari pagi hinggalah ke malam.

Beliau ditampar, ditendang, dipukul dan dirogol dengan kejam - off courselah dalam filem ya...

"Saya 'dirogol' enam kali. Jadi watak itu saya perlu bawa secara serius dengan tangisan tersesak dan saya juga risau jika penonton membenci watak tersebut kerana asyik menangis sepanjang masa."

Namun begitu, usahanya tidak sia-sia. Selepas lima tahun menceburi bidang lakonan, pelakon Malaysia dibawah seliaan MediaCorp, Chris Tong telah menerima pencalonan pertamanya dalam Star Awards.
Chris Tong
Tong, 30, telah dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik melalui lakonanannya sebagai pelakon utama dalam sebuah drama di Channel 8, The Journey: A Voyage.

Sumber: The New Paper

Anak perempuan Zahid berhasrat tentang Anwar di #Kajang

Posted: 08 Feb 2014 12:01 AM PST

Anak perempuan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah berhasrat bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, lapor akhbar Sinar Harian hari ini.

"Saya tidak boleh komen lebih-lebih, masih dalam perbincangan. Hasrat itu ada, saya percaya mereka yang rasa dirinya layak juga berhasrat perkara sama. Apa-apa pun terserah pada pucuk pimpinan parti," katanya dalam laporan tersebut.

Kerusi tersebut, pada tradisinya, ditandingi oleh calon BN dari MCA, dan parti itu dikatakan kini sedang menyenarai pendek calonnya untuk PRK Kajang.

Bagaimanapun, Nurul dilaporkan berkata, beliau berharap tidak ada pihak cuba mengeruhkan keadaan dengan membesarkan lagi cerita ini.

"Saya hanya buka mulut pada rakan-rakan, saya minta pandangan mereka. Tidak tahu pula sampai kepada pengetahuan (media).

"Saya tidak mahu ada pihak terguris hati, jadi saya tidak berminat untuk komen lebih lanjut. Lainlah jika memang sudah diumum sayalah calon itu," katanya.

Menurut Nurul, jika perkara itu dibesarkan pihaknya bimbangkan akan memberi implikasi kepada BN dan juga bapanya.

"Seperti mana orang tahu bapa saya berada dalam kepimpinan parti, jadi saya tidak mahu keruhkan hubungan dengan beliau, saya sangat hormati kedudukan beliau," katanya.

Nurul yang merupakan anak jati Selangor itu memberitahu beliau sudah lama menetap di Kajang. Zahid yang juga naib presiden Umno tinggal di Country Heights, Kajang.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding untuk mempertahankan kerusi DUN Kajang, manakala beberapa calon bebas telah menyatakan hasrat untuk turut bertanding.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 23 Mac depan sebagai hari pengundian, manakala penamaan calon pada 11 Mac.

Macam mana nak ugut, Teresa tak angkat telefon, kata Alwi

Posted: 07 Feb 2014 11:45 PM PST

KOTA BHARU: Anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad menafikan beliau mengugut ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok.

"Macam mana saya nak ugut beliau sedangkan bukan beliau yang menjawab panggilan tersebut dan saya hubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan mengenai video yang dibuat dan telah menimbulkan kemarahan orang Melayu dan Islam," katanya.

Beliau nak beritahu masyarakat bahawa Teresa Kok ini telah memutar-belitkan cerita dengan menyatakan beliau mengugut dan mengancam beliau.

Beliau berkata kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, di sini berhubung dakwaan beliau memfitnah Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Md Alwi berkata laporan polis itu untuk mempertahankan dirinya berhubung laporan polis oleh Anggota Parlimen Seputeh itu yang mendakwa beliau (Kok) telah diugut dan diancam melalui Khidmat Pesanan Ringkas dan Aplikasi Whatsapp.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Azham Othman mengesahkan menerima laporan daripada Md Alwi.

Free Malaysia Today

PKR sepatutnya menguasai ahli PBT Selangor

Posted: 07 Feb 2014 11:31 PM PST

KUALA TERENGGANU: Pergerakan Pemuda Umno Terengganu kesal kerana DAP menguasai ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor sedangkan negeri itu diketuai oleh Menteri Besar dari PKR.

Menurut Ketuanya, Johari Abu Bakar, Selangor masih lagi negeri yang dikuasai orang Melayu tetapi DAP menunjukkan belang dengan melantik majoriti ahlinya sebagai ahli PBT.

"Sepatutnya PKR yang menguasai PBT dan bukannya DAP," kata beliau kepada FMT mengulas berita DAP menguasai majoriti daripada 288 kerusi lantikan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor bagi penggal 2014-2015.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor Datuk Teng Chang Khim semalam berkata, 83 daripadanya adalah ahli DAP, manakala PKR (78) dan PAS (65) bagi mengisi jawatan di 12 PBT seluruh negeri.

Sementara sembilan telah diisi oleh orang besar daerah dan baki kekosongan jawatan masih lagi dalam proses pemilihan.

Pelantikan itu diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bermesyuarat pada 29 Januari dan 5 Februari lalu.

Menurut Johari lagi, kalau DAP menguasai majoriti ahli PBT di Pulau Pinang, memanglah lojik kerana majoriti rakyatnya orang Cina.

"Tetapi apabila DAP menguasai PBT di Selangor yang majoriti rakyatnya orang Melayu, ini merupakan perkara yang pelik," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Hulu Terengganu mencabar AMK Selangor bersuara dalam isu perlantikan ahli PBT ini,

"Saya berharap peristiwa ini dapat meransang semangat ahli-ahli Umno di Selangor untuk merampas kembali negeri itu pada PRU ke 14 nanti," katanya lagi.

Free Malaysia Today

(Gambar) Balai polis di Bukit Mertajam rosak teruk diserang

Posted: 07 Feb 2014 11:01 PM PST

BUKIT MERTAJAM: Sebahagian kawasan pintu masuk dan pos pengawal di Balai Polis Bukit Tengah, di sini rosak selepas beberapa suspek yang tidak dikenali melontar sejumlah bahan letupan dipercayai mercun, awal hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Nasir Salleh, berkata dalam kejadian 4.50 pagi itu empat anggota polis yang sedang bertugas tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Dua anggota berada dalam balai polis manakala dua lagi sedang buat rondaan di kawasan balai. Mereka hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian pintu masuk balai.

"Mereka bergegas melihat kawasan kejadian dan mendapati beberapa cermin tingkap dan siling di pintu masuk balai polis itu pecah manakala pos pengawal berhampiran pagar juga rosak akibat letupan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, kerugian akibat kejadian itu dianggarkan antara RM10,000 hingga RM15,000.

"Berdasarkan siasatan awal, beberapa suspek yang dipercayai menaiki motosikal membaling mercun bola yang diikat dalam jumlah yang banyak ke arah pintu hadapan balai berkenaan dan melarikan diri sebaik berbuat demikian.

Kejadian itu berlaku dengan pantas, kata Nasir.
Setakat ini polis belum mengetahui motif sebenar kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di balai berkenaan tetapi kita akan mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan berhampiran bagi mengenal pasti suspek terbabit," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat menurut Seksyen 5 Akta Bahan-bahan Hakisan dan letupan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian berkenaan diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Deputi Superintendan Aziz Ahmad di talian 04-5382222 atau mana-mana balai polis berdekatan. - BERNAMA

Aksi 'panas' remaja di Taman Jubli Perak

Posted: 07 Feb 2014 10:26 PM PST

Gambar hiasan
ALOR SETAR - Tak tahu malu! Bermula dengan aksi ringan-ringan sehinggalah babak panas, beberapa pasangan kekasih dilihat tidak segan silu berpelukan di tempat awam.


Begitulah aksi yang dapat dilihat di Taman Jubli Perak yang juga dikenali sebagai Taman Rimba, dekat sini.

Pengunjung dikenali sebagai Musa, 58, berkata, dia sendiri malu apabila pernah menyaksikan sendiri beberapa anak muda melakukan aksi tidak senonoh ketika berjoging setiap petang.

"Sepatutnya, kawasan taman dijadikan lokasi beriadah seisi keluarga, namun pasangan kekasih ini dilihat tidak kisah menjadikan gazebo dan pohon sebagai lokasi cinta mereka.

"Sedihnya, ada mengambil kesempatan menggunakan kesunyian kawasan, manakala pokok besar sebagai perlindungan kepada aktiviti maksiat mereka," katanya.

Tempat berteduh di Taman Rimba yang menjadi sasaran pasangan kekasih melakukan perkara sumbang.
Rakannya Mohd Shukor Abd Thalib, 60, berkata, pengunjung terpaksa tutup mata sekiranya enggan melihat gelagat pasangan terbabit.

Menurutnya, waktu siang dan petang sekalipun sudah ada pasangan tidak segan silu buat aksi, apatah lagi malam.

"Rasanya, Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) sentiasa menjalankan pemantauan dan operasi, namun pasangan kekasih yang tidak mempedulikan tindakan tegas bakal dikenakan pada mereka," katanya.

Berzina depan rakan

Posted: 07 Feb 2014 07:01 PM PST

Gambar hiasan
Alor Gajah: Tidak tahan dengan rakan serumah yang dipercayai berasmara dengan buah hatinya, seorang lelaki nekad menghubungi penduduk sebelum pasangan itu dicekup di sebuah rumah sewa di sekitar taman perumahan di daerah ini, pagi semalam.

Lebih mengejutkan, serbuan jam 2 pagi mendapati lelaki berusia 27 tahun itu hanya memakai seluar pendek tanpa baju manakala teman wanitanya tidur dalam keadaan bogel.

Menurut sumber, lelaki terbabit bukan saja berani membawa pasangannya yang menetap di sekitar daerah ini bermalam di rumah sewanya malah tanpa segan silu memuaskan nafsu biarpun rakannya berada di rumah.

"Selepas menerima maklumat dari lelaki yang mendakwa rakan serumah pasangan terbabit, beberapa penduduk taman melakukan intipan, namun mendapati rumah gelap.

"Bagaimanapun beberapa jiran memaklumkan pasangan itu dipercayai berkurung di dalam rumah," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, penduduk yang curiga terus menghubungi polis yang datang tidak lama kemudian dan mengepung rumah itu sebelum mengetuk pintu.

Katanya, selepas 15 minit menunggu, muncul seorang lelaki membetulkan seluar dipakai di muka pintu hadapan sambil menggosok matanya sebelum beberapa penduduk taman dan anggota polis memperkenalkan diri.

"Ketika pemeriksaan dilakukan, lelaki terbabit mendakwa hanya tinggal bersama rakan lelaki, namun ia terbongkar apabila penduduk kampung menjengah melalui tingkap bilik yang sedikit terbuka dan melihat wanita baring di atas tilam dalam keadaan bogel," katanya.

"Selepas soal siasat dilakukan, lelaki terbabit akhirnya akur dan mendakwa tertidur bersama teman wanita baru dikenalinya akibat keletihan selepas penat bekerja semalaman sebelum mengejutkan teman wanitanya yang bangun menyarungkan pakaiannya serta-merta," katanya.

Menurutnya, pasangan terbabit mengaku bukan pasangan suami isteri dan sering bermalam di rumah itu tanpa menghiraukan perasaan rakan serumah dan jiran tetangga.

Soalan berunsur seks kepada pelajar, BPKK beri penjelasan

Posted: 07 Feb 2014 06:31 PM PST

Dr Zailan
SEREMBAN – Soalan kaji selidik yang diedarkan di sekolah rendah merupakan sebahagian daripada program Saringan Kesihatan Remaja, yang dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (PKK) Kementerian Kesihatan Malaysia, dan bukanlah satu kajian semata-mata.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zailan Adnan berkata, soalan yang dibuat itu disediakan sendiri oleh pakar dalam bidang masing-masing, bagi mencegah masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja di negara ini.

Katanya, hasil daripada soal selidik itu, pihaknya akan mengambil tindakan bagi membantu pelajar bermasalah, mengikut keperluan masing-masing, sama ada berjumpa dengan Pakar Kaunseling, mahupun dirujuk kepada Pakar O&G atau Pakar Sakit Puan.

"Soalan saringan kesihatan yang dikemukakan itu bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana ia dilaksanakan dan diguna pakai di seluruh negara sejak tiga tahun lalu, oleh Kementerian Kesihatan, bukan di Negeri Sembilan sahaja.

"Namun ingin saya tegaskan, soalan ini hanya dijawab oleh remaja berusia 10 hingga 19 tahun, dan dalam konteks ini, murid darjah 4, 5 dan 6 adalah tergolong dalam kumpulan remaja.

"Mereka juga layak menjawab soalan tersebut, dengan syarat ia perlulah dipimpin oleh seorang anggota kesihatan yang bertugas. Mengikut prosedur menjawab soalan saringan kesihatan ini, ia perlu dipimpin oleh seorang anggota mahu pun pegawai kesihatan sendiri secara terpimpin, bukannya jawab di rumah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, dalam proses pelaksanaan ini, pihaknya akui terdapat kelemahan yang dilakukan oleh anggota kesihatan itu sendiri, yang mana membenarkan soalan itu dibawa pulang.

Jelasnya, sepatutnya soalan itu hanya boleh dijawab di sekolah sahaja, dan perlu diserahkan kepada anggota kesihatan yang bertugas serta-merta.

"Walau bagaimana pun, saya sudah menegur pegawai yang terlibat, dan siasatan lanjut mengenainya sedang dilakukan, selain membawa perkara ini kepada pihak atasan bagi meminta soalan-soalan yang dikemukakan di borang tersebut dikaji semula," katanya.

Menurutnya, soalan ini juga dijawab oleh pelajar sekolah menengah negeri ini, bagi memastikan sasaran untuk mencapai lima peratus remaja yang menjawab kajian saringan kesihatan ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

"Ada kebaikan soalan-soalan sebegini dibuat, kerana kita dapat mengenal pasti remaja yang bermasalah sekali gus membantu mereka sejak dari awal lagi.

"Kita yakin, walau pun tidak dapat mengawal kelakuan mereka, namun sekurang-kurangnya kita dapat membantu mereka yang terbelenggu dengan masalah sebegini," katanya.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan murid di beberapa buah sekolah rendah di Nilai perlu mengisi dan menjawab borang soal selidik berunsur seks, yang didakwa tidak sesuai dengan umur mereka, sekali gus membangkitkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa.

Agama bukan untuk populariti

Posted: 07 Feb 2014 06:15 PM PST

Kuala Lumpur: "Persepsi itu timbul sebab saya sudah terbiasa dan sebati dengan unsur keagamaan apabila menjawab sesuatu isu," kata pelakon kontroversi, Johan Arrif As'ari berhubung kecenderungannya menggunakan elemen agama Islam dalam menghadapi sesuatu kontroversi membabitkan dirinya.

Johan, 28, didakwa segelintir pihak sebagai individu hipokrit dan berpura-pura menggunakan elemen terbabit untuk mengurangkan impak negatif kontroversi yang dikaitkan dengannya.

Ketika dihubungi, Johan berkata, setiap tuduhan atau persepsi yang dilemparkan kepadanya adalah bukti keprihatinan dan kepekaan peminat kepada dirinya.

"Saya tak pernah menggunakan elemen agama untuk kepentingan diri. Saya buat silap, saya akuinya dan memohon maaf.

"Saya percaya apa juga persepsi yang timbul adalah lumrah biasa dan bukti mereka (peminat) mengambil berat terhadap saya," katanya.

Rungutan dan persepsi negatif terhadap bekas kekasih aktres Lana Nodin ini masih lagi menjadi buah mulut ekoran sikap dan pendiriannya yang sukar diramalkan dalam aspek percintaan.

Kenyataan Johan yang kerap menyelitkan elemen-elemen Islamik dalam menjawab pelbagai kontroversi mengundang perasaan kurang senang segelintir peminat sehingga menganggap dirinya seorang hipokrit.

‘Anwar selalu berperangai pelik’

Posted: 07 Feb 2014 06:01 PM PST

Petaling Jaya: "Dia boleh kata apa dia nak, dia boleh buat apa dia nak buat. Dia kata mengenai pembaziran, tapi dia sendiri mahu ada pilihan raya. This guy (lelaki ini) is weird (memang pelik).

"Saya tidak faham kenapa masih ada orang menyokongnya, malah masih ada yang melihat dia sebagai pemimpin yang berkaliber dan hebat, di peringkat dunia pun dia (pemimpin) hebat, saya betul-betul tidak faham," kata Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau mengulas laporan media mengenai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin yang membayangkan kemungkinan beliau bakal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac nanti.

Idris yang juga Menteri Pendidikan II berkata, pemimpin pembangkang itu lebih gemar memberi kenyataan yang berubah-ubah seolah-olah tidak tetap pendirian termasuk isu memegang jawatan Menteri Besar.

"Dia (Anwar) memang selalu berperangai pelik, hari ini cakap macam ini, esok dia cakap lain.

Semasa dalam kerajaan dulu, dia cakap PAS dan DAP tak berguna tapi sekarang ini dia cakap DAP lah yang paling bagus.

"Dulu dia nak jadi Perdana Menteri, sekarang dia kata nak jadi Menteri Besar pula.

Saya tidak memahami dia..dia pelik," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, lebih menghairankan apabila dengan sikap seumpama itu Anwar boleh mengadakan ceramah di masjid dan orang masih boleh menerimanya lagi.

Dalam laporan media kelmarin, calon bagi PRK DUN Kajang itu memberitahu bah

Kata Pakteh...!!

Posted: 08 Feb 2014 01:35 PM PST

Kata Pakteh...!!


Kedah bersalawat: Mengapa hanya "Islam itu Pas dan Pas itu Islam"?

Posted: 07 Feb 2014 04:27 PM PST

Malam ini In shaa Allah kita akan beramai-ramai berada di Stadium Darul Aman untuk program yang murni dan mulia. Mahabbatul Rasul "kedah Bersalawat" mengajak orang ramai untuk sama-sama mengingati Junjungan Besar Baginda Rasullullah S.W.A.

Dikotak fikiran Pakteh ketika program ini mula kedengaran akan dianjurkan, pastilah segenap pelusuk rakyat tanpa mengira ras pangkat dan darjat, warna kulit maupun perbezaan politik akan turut serta. Program ini langsung tidak menjolok sebarang agenda politik dan ianya semata-mata untuk menyemai rasa cita Rasul dibumi hijau kuning yang aman dan makmur ini.

Rupanya, hati dan keseronokan Pakteh tidak bertahan lama apabila ada segelintir pimpinan Pas merasakan program sebegini akan merampas Islam dari Pas. Apakah benar dakwaan selama ini bahawa ahli Pas beranggapan Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Jika berdasarkan pengalaman peribadi Pakteh pada tahun 1999, Pakteh akan berkata benar kerana disuatu petang diKampung Mempelam Mergong, rakan Pakteh bermati-matian mempertahankan Islam itu Pas dan Pas itu Islam dan jika tak masuk Pas seperti tak Masuk Islam.....Masyaa Allah....masih terngiang-ngiang ditelinga Pakteh dakwaan tersebut.

Kini....hari ini....program Kedah Bersalawat akan berlangsung. 2 hari lepas......fitnah dan tuduhan yang sepertinya mengiyakan bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas kembali kedengaran. Mengapa hati Setiausaha Dewan Ulama Pas Kedah Ustaz Ahmad Yahya begitu busuk dan hitam?. Mengapa tidak ada cahaya ikhlas untuk bersyak wasangka baik sebagaimana yang dituntut?. Bagaimana seorang yang dipanggil Ustaz tidak merasa malu dan hina untuk menuduh Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan pelbagai tuduhan yang tidak sepatutnya.

Mungkin ada benarnya....apa seseorang itu saban hari bergelumang dengan tahi yang busuk, hidungnya sudah mangli atau bermutasi dengan bau busuk tersebut. Demikian juga apabila saban hari hidupnya hanya tahu fitnah, caci maki, adu domba, khianat maka akhirnya program yang baik dan murni juga tanpa malu difitnah dengan pelbagai perkara tidak benar.

Pakteh tidak berhasrat memetik keseluruhan kenyataan media oleh Ustaz Ahmad Yahya tetapi biarlah dua perenggan ini memberikan kita kefahaman hati busuk beliau

Malah secara menyindir, Ustaz Ahmad berkata, Mukhriz pasti tidak selesa untuk menggandingkan penampilan beliau seperti itu di khalayak sekiranya isteri beliau turut berada di sisi.

"Kontradiknya dapat dilihat apabila beliau menghentikan pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD), menganggap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai bebanan selain menyerahkan Maktab Mahmud kepada Kerajaan Persekutuan," 

Perenggan yang Pakteh Quote ini pertamanya menampakkan nilai murni dan suci langsung tidak ada dalam diri Ahmad yahya apabila menghina isteri DS Mukhriz dan quote yang kedua itu menunjukkan fitnah yang amat besar kepada pentadbiran BN hari ini walaupun beliau sebenarnya tahu apa yang diperkatakan itu adalah hasil kebodohan Pas dalam mentadbir negeri.

Bagi Pakteh, cukuplah dengan maki hamun dan fitnah yang selama ini menjadi makanan harian puak Pas. cubalah menjadi pemimpin yang baik dan ikhlas. Tidak salah menjadi jujur dan ikhlas dan Pakteh pasti menyokong dan suka dengan pemimpin Pas yang jujur.

p/s: Kepalanya mungkin berkopiah putih tetapi hatinya sudah hitam. Bagaimana nak dapatkan redha Allah jika begini pimpinan yang diangkat oleh Pas Kedah?....fikir-fikirkan.

tun faisal dot com

Posted: 08 Feb 2014 01:31 PM PST

tun faisal dot com


Analisis #PRKKajang vs #Kajang - Bukti Pemimpin BN #SyokSendiri ... @NajibRazak

Posted: 07 Feb 2014 04:00 PM PST




Analisis hashtag #PRKKajang pada 6 Februari 2014 - TIADA pemimpin UMNO/BN. Tiada juga pemimpin PR kerana ramai yang memberi tumpuan kepada #Kajang.




Analisis hashtag #PRKKajang pada 7 Februari 2014 - Masih TIADA pemimpin UMNO/BN. Tetapi ada pemimpin PR.





Analisis hashtag #Kajang pada 6 Februari 2014 - Ramai pemimpin PR. TIADA pemimpin UMNO/BN. 



Analisis hashtag #Kajang pada 7 Februari 2014 - TETAP TIADA pemimpin UMNO/BN. 



NOTA: Semalam saya menulis tentang analisis dua hashtag utama Pilihan Raya Kecil Kajang, iaitu #PRKKajang dan #Kajang. #PRKKajang banyak digunakan oleh ramai pengguna dan penggiat twitter pro-BN. Manakala #Kajang digunakan oleh secara relatifnya lebih ramai pengguna dan penggiat twitter pro-PR.

Tujuannya bukan nak tunjuk bagus, tetapi sengaja melontarkan sesuatu untuk difikirkan dan dianalisis oleh para penggiat media siber pro-UMNO/BN. Namun mungkin kerana ramai penggiat siber pro-UMNO/BN melihat analisis tersebut sekali lalu, maka hampir kesemua mereka tidak benar-benar membuat analisis yang lebih mendalam terhadap statistik yang diberikan oleh aplikasi Hashtracking dan Tweetbinder tersebut. 

Ramai yang tidak perasan bahawa, dalam perbualan menggunakan kedua-dua hashtag, pemimpin UMNO dan BN sebenarnya TIDAK KELIHATAN, TIADA KEHADIRAN DAN DISENGAGED dari kedua-dua hashtag tersebut. Sedangkan Pemimpin PR, ada presence, visible, memberi kesan/input dan ENGAGE dalam perbualan menggunakan kedua-dua hashtag tersebut.

Entah apalah sebabnya pemimpin UMNO/BN disengaged dan memisahkan diri dari kedua-dua perbualan tersebut, saya pun tidak pasti. Mungkin :-

1. tidak berminat

2. pandang remeh

3. terlalu sibuk dengan perkara lain

4. pegawai media sosial malas dan tidak beri nasihat, atau

5. SYOK SENDIRI



Pemimpin BN syok sendiri sebab Barisan Nasional kalah perang siber - Khairy




Ada nampak Kadir jasin dalam analisis hashtag tersebut? Ya, ya, ya - Blogger UMNO sebenarnya TIDAK MEMBANTU KEPIMPINAN UMNO - tu sebab dalam analisis tu banyak blogger dan cybertrooper PEMBANGKANG DAN BUKAN PRO-UMNO.. Cakap tak guna fakta!


PEMIMPIN UMNO/BN terlalu SIBUK? Di bawah adalah analisis penyumbang kepada perbualan #KAJANG menggunakan tweetbinder....



ANDA SIBUK. Malangnya PEMIMPIN PR TIDAK TERLALU SIBUK UNTUK TERLIBAT DALAM PERBUALAN #KAJANG dan #PRKKAJANG!

Tidak guna mempunyai jumlah follower yang ramai atau klout score yang tinggi jika anda tidak memanfaatkannya. Pegawai Media Sosial anda lupa cakap pasal ni?

Mereka dibayar oleh Kerajaan Malaysia untuk menasihati anda di pejabat menteri dan kementerian masing-masing! Walaupun mungkin tidak sebanyak yang dibayar oleh di anak syarikat negeri tertentu sehingga ada yang dipecat baru-baru ini, tetapi masih dibayar. Jadi manfaatkanlah sepenuhnya nasihat mereka...

Apa Yang Tersirat

Posted: 08 Feb 2014 01:28 PM PST

Apa Yang Tersirat


Media Berkumpul di Pejabat PBB- Menunggu Pengumuman Penting

Posted: 07 Feb 2014 11:32 PM PST

Kuching: Wakil media berkumpul di hadapan ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) susulan spekulasi bahawa Presiden PBB yang juga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan mengumumkan persaraannya di mesyuarat majlis tertinggi parti itu.

Wartawan mula tiba di ibu pejabat parti seawal pukul 9 pagi dan mesyuarat hanya bermula pada pukul 10 pagi.

Taib tiba sekitar pukul 10.06 pagi dan disambut oleh lebih 200 penyokongnya yang turut membawa sepanduk yang menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri itu.

Mengenakan baju batik rasmi parti tersebut, Taib turut diiringi oleh dua timbalan presiden parti, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg serta beberapa pemimpin kanan parti tersebut.

Beliau dibawa terus ke bilik mesyuarat di tingkat atas bangunan tersebut dan tidak berhenti bertemu wartawan.

Spekulasi persaraannya mula diperkatakan umum pada Selasa selepas laporan akhbar Berita Hari melaporkan yang beliau akan mengumumkan persaraannya pada minggu ini.

Anwar Sudah Tunjuk Bongkak

Posted: 07 Feb 2014 10:25 PM PST

Anwar dengan bongkaknya mendakwa, bahawa jika beliau jadi MB Selangor, sekaligus ketua PR bagi negeri itu, maka Umno akan lumat.

Hakekat yang terlupa oleh Anwar, bahawa kekuatan PR bukan daripada kaum melayu, melainkan daripada kaum cina. Berapa kah MP atau ADUN PKR daripada kaum melayu? 

PRU-13, majoriti kawasan melayu dimenangi Umno, sehingga parti tunjang Bn itu merupakan parti yang mempunyai kerusi terbanyak di dewan rakyat (88 kerusi). Bagaimana kah Anwar mendakwa bahawa apabila dia mengetuai Selangor, maka Umno akan lumat? mungkin di Selangor, keadaan itu akan berlaku, namun bukan di negeri-negeri lain.

Anwar, berbangga kerana kaum cina sudah menolak Bn, atas sebab itu, pada PRK Kajang, beliau merasa yakin akan menang besar, kerana mendapat sokongan padu daripada kaum cina. Memang, Dun Kajang merupakan kawasan campuran, namun pengundi melayu terbagi tiga, antara Umno, Pas dan PKR, sementara pengundi cina bulat pada PR,atas sebab itu, untuk masa ini, sukar bagi calon Bn menang.
 
Keputusan PRK Kajang tidak mengubah status quo bagi kerajaan Selangor, kerana kedudukan kerusi PR 44 berbanding Bn 12.
 
Dalam politik senantiasa ada kejutan. Tidak semestinya trend PRU-12 dan PRU-13 senantiasa belaku bagi pengundi cina. Suatu ketika dahulu, misalnya pada PRU-2004, pemimpin utama DAP antara lain Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas di kawasan masing-masing, keadaan yang sama mungkin sahaja berlaku pada PRK Kajang.
 
Yang Anwar terlupa, bahawa kawasan Kajang penyandangnya silih berganti, sejak PRU 1986, ertinya pengundi Kajang sukar diramal, siapa yang bakal mereka pilih untuk mewakili mereka.
 
Bagi Anwar yang mahu sangat kerusi MB Selangor, sebagai batu loncatan menjadi Perdana Menteri, jangan dulu pepeskan lada untuk burung yang sedang terbang, nanti kempunan untuk kesekian kalinya.
 
Anwar kini, sedang rancak berkempen di Kajang, meskipun penamaan calon hanya akan berlaku pada 11 Mac depan. Sebabnya Ketua Umum PKR itu, takut kempennya tidak berjalan dengan baik, ekoran kes sodomi IInya akan didengar bermula 12 Februari ini.

THE FLYING KICK

Posted: 08 Feb 2014 01:25 PM PST

THE FLYING KICK


CINA SENDIRI SANGGAH KLIP VIDEO DENGAN FAKTA YANG LEBIH BAIK BERBANDING CAKAP KOSONG TERESA KOK!!!

Posted: 08 Feb 2014 11:41 AM PST

RIANG GEMBIRA MENYAMBUT PERLETAKAN JAWATAN WAYTHAMOORTY!!!

Posted: 08 Feb 2014 06:19 AM PST

NASHARUDDIN MAT ISA NAK KENA 'SENGAAAATTT' NIH BILA DIA BIKIN PANAS PKR DAN ANWAR IBRAHIM!!!

Posted: 08 Feb 2014 12:30 AM PST

PIHAK BERKUASA PERLU BERTINDAK TEGAS TERHADAP PKR EKORAN SURAT KELUAR PARTI 'MAIN-MAIN' ADUN HUTAN MELINTANG!!!

Posted: 07 Feb 2014 11:00 PM PST

BUKIT KEPONG BERULANG, 2014, BALAI POLIS BUKIT TENGAH BUKIT MERTAJAM DIBALING BOM!!!

Posted: 07 Feb 2014 09:13 PM PST

BILA KIT SIANG PERTIKAIKAN AYAT QURAN DALAM KHUTBAH JUMAAT, PAS DIAM... TAPI BILA TERESA KOK NAK DITAMPAR, MEREKA PALING KE DEPAN!!!

Posted: 07 Feb 2014 08:00 PM PST

AMBIGA TIDAK PUAS HATI KERANA KUASA DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG MENGATASI PEGUAM!!!

Posted: 07 Feb 2014 05:57 PM PST

LAWAK PENJARA, TONGGENG DAN SATAY KAJANG SEPAHTU MEMBUATKAN PARA PECACAI PAKATAN MEROYAN SAKAN!!!

Posted: 07 Feb 2014 03:46 PM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan