Barisan Nasional

Dicatat oleh Admin | | Posted On Sabtu, 8 Februari 2014 at 1:02 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


Duke of UMNO

Posted: 08 Feb 2014 01:02 PM PST

Duke of UMNO


APAKAH MAQAM RASULULLAH SAW BAKAL DIROBOHKAN..?

Posted: 08 Feb 2014 08:09 AM PST

KERJA pembinaan di masjid kedua paling suci itu di Madinah, tempat Rasulullah (SAW) dimakamkan sudah bermula.

Akhbar The Independent melaporkan, berdasarkan pelan cadangan, kawasan itu akan dibangunkan semula, termasuk pembinaan masjid yang boleh memuatkan 1.6 juta jemaah.

Pembinaan semula itu dijadual dilakukan di bahagian barat masjid sedia ada. Selain makam Nabi (SAW), kawasan itu juga menempatkan makam Saidina Abu Bakar dan Umar.

Di luar tembok bahagian barat perkarangan yang ada sekarang ialah masjid yang diabadikan kepada Abu Bakar, Omar dan Masjid Ghamama yang dibina bagi menandakan tempat Rasulullah (SAW) dipercayai menunaikan solat pertama hari raya.


Pihak berkuasa Arab Saudi tidak mengumumkan sebarang rancangan untuk mengekalkan ketiga-tiga masjid itu yang wujud sejak abad ketujuh, lapor The Independent.

Negara itu membelanjakan berbilion dolar untuk membangunkan Makkah dalam usaha untuk membolehkan lebih ramai jemaah menunaikan ibadah haji dan umrah.

Lebih 10 juta orang mengunjungi bandar suci itu sepanjang tahun untuk melaksanakan ibadah berkenaan. Pada musim haji baru-baru ini, kira-kira empat juta orang menunaikan rukun Islam kelima itu.

Ini bukan kali pertama pihak berkuasa Arab Saudi meruntuhkan kawasan bersejarah di Makkah dan Madinah bagi projek pembangunan semula.

Negara itu meruntuhkan Kubu Ajyad yang dibina pada era Uthamniyah untuk projek komp- leks Jabal Omar. Ia juga melaksanakan projek pembangunan baru di tempat kelahiran Rasulullah (SAW) serta rumah isteri pertama baginda, Saidatina Khadijah.

Institut Teluk yang berpusat di Washington menganggarkan, 95 peratus daripada 1,000 bangunan lama di kedua-dua bandar suci berkenaan dimusnahkan sejak 20 tahun lalu.

SEMENTARA itu banyak pihak mendakwa perkara tersebut tidak mungkin berlaku seperti mana yang dilaporkan.

Mengikut sejarah, selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, perluasan masjid ini telah berlaku sebanyak 15 kali bermula dari zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab pd tahun 17 Hijrah, dan projek perluasan ini masih terus berjalan hinggalah ia seperti yang kita lihat pada hari ini.

Ia bagi bagi menampung jumlah jemaah yang semakin ramai sekaligus memberi keselesaan untuk para jemaah.

Sebenarnya projek perluasan baru ini tidak menyentuh kawasan Makam Rasulullah SAW.

makam nabi
Pelan Projek Pembesaran Sebenar

Berikut merupakan salah satu komen berkenaan isu itu;

" Perlu difahami bahawa makam Rasulullah s.a.w., Abu Bakar as-siddiq r.a. dan Umar al-Khattab r.a. berada dlm rumah Aishah r.h.a.

" Ketika pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz (bani Umayyah) beliau telah membina di sekeliling rumah Aishah r.h.a. tembok berbentuk segi lima di mana di arah utaranya dijadikan berbentuk segi tiga supaya tdk ada org yg solat menghadap rumah Aishah r.h.a. yg ada di dalamnya terdapat makam.

" Kemudian Kerajaan Mamluk (Khalifah Malik az-Zahir) bina Kubah atas rumah Aishah r.h.a dan tembok segi lima yg dibina oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan mereka bina satu lagi tembok di keliling tembok segi lima ini juga Pagar Maqsurah yg dpt dilihat sekarang yg di atasnya berdiri Kubah Hijau.

" Jika dilihat melalui pagar ini hanyalah tembok batu dan suasana gelap dan tidak kelihatan makam Rasulullah s.a.w dan sahabat… Maka, jika Kerajaan Saudi nak robohkan Kubah Hijau ini pun bukan masalah kerana tak akan menjejaskan makam Rasulullah s.a.w dan sahabat sedikit pun kerana yg dirobohkan hanyalah Kubah Hijau dan makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat tidak terusik sikit pun malah makam baginda di rumah Aishah r.h.a yg sebenarnya tidak ada apa2 binaan pun di atasnya.

"spt mana sunnah Rasulullah s.a.w agar tidak dibuat binaan di atas kuburan… Yang ada hanyalah tanah dan ditabur atasnya batu2 kecil… ,"
Wallahualam…. - Mynewshub.my

GEGARRR..!!! CINA DAP MAKI TERESA KOK MALUKAN KAUM SENDIRI..!!!

Posted: 08 Feb 2014 06:35 AM PST

Bukan mamat ni... penyokong DAP lain.. ni contoh jer...
Memang ramai orang Cina di Malaysia yang malu dengan video Teresa Kok tu, terutama di Kedah. Kalau tanya Cina yang menyokong DAP kat sini sekalipun, ramai yang kata Tahun Baru Cina kali ni telah dirosakkan oleh Teresa Kok...

Depa kata, Teresa Kok tak matang. Tahun Baru Cina pun anak dara tua (tak tau la dara ke tidak...) nak politikkan. Kata depa, video macam tu memang tak sesuai dibuat dalam kemeriahan sambutan Chinese New Year... Depa betul-betul malu...

Betul ke depa malu? Mungkin ya mungkin tidak. Tapi yang saya yakin tak malu ialah Teresa Kok sendiri. Nyonya ni ada rasa malu ke? Saya rasa tidak. Kalau dia ada rasa malu, dia takkan buat perangai tak matang macam ni...


Saya tak mahu ambil kira kenyataan pemimpin MCA yang mendakwa Teresa Kok memalukan orang Cina dengan video tu. Saya tak ambil kira sebab takut ada yang kata depa tu ada kepentingan politik. Ye laaa.. nanti orang kata MCA nak dapatkan mileage politik pulakkk..kan?

Tapi bila saya discuss dengan seorang Cina yang terang-terang ada tulis DAP besar-besar kat belakang T-Shirt Polo yang dia pakai semalam, maka saya simpulkan memang Teresa Kok menjatuhkan maruah orang Cina, khususnya Cina DAP...

"Bodo punya orang! Dia pikir dia buat itu macam orang Cina suka ka? Orang Cina tengah syiok mahu raya, sekali itu Telesa (Teresa la tuuu..) sudah bikin malu sama kita... Terus hilang mood mau laya (raya) wooo..."

"DAP politik manyak matang punya, tapi ini Telesa bikin DAP macam pelangai (perangai) budak kecik punya...dia buat video manyak bodo punya... talak guna punya nyonya.. hati manyak busuk! Talak itu semangat Cina punyaaa..."

Lebih kurang gitu la luahan penyokong Cina DAP tu. Mamat ni memang kuat sokong DAP. Tradisi family dia semua sokong DAP dari dulu. Dia kata, family dia semua marah kat Teresa Kok pasal video tu...

Masa sembang dengan mamat tu, saya memang bersikap neutral. Tak masuk belah mana-mana. Tapi mungkin dia tengok saya pakai jubah dan kopiah putih, maka dia anggap saya orang PAS la kot.. Tu yang mamat Cina tu keluar abih marah kat Teresa Kok tu...heh!

BILA KEDAH MAKIN DICEMARI FITNAH...

Posted: 08 Feb 2014 04:34 AM PST

Saya rasa dah berbuih dah mulut kita beritahu tentang hukum dan dosa buat fitnah ni. Rasanya semua tahu dosa fitnah ni lebih berat dari dosa membunuh. Bukan saya yang tetapkan hukum tu, tapi Allah SWT ada berfirman dalam Al-Quran...

Bila dakwaan dibuat, kononnya depa ada bukti dan asas yang kuat atas dakwaan tersebut. Depa sengaja cetus kontroversi dan cuba cipta persepsi buruk pada pihak yang didakwa. Kalau rakyat percaya pada dakwaan depa, maka depa akan tersengih puas macam kerang busuk...

Apa jadi kalau dakwaan yang kononnya "berasas" tu sebenarnya langsung "tidak berasas"? Kalau tak benar, macamana pulak? Tipu atau fitnah? Tapi itulah yang berlaku kat Kedah ni... Kononnya depa pakai kopiah putih tu orang agama dan apa yang keluar dari mulut depa semuanya benar-benar belaka, betul ke?

Nak tahu apa cerita? Cuba baca kat bawah ni...


PEGAWAI Kewangan Negeri, Datuk Khazali Din mengesahkan penganjur program Maharaja Lawak Mega suku akhir yang diadakan di Dewan Wawasan Jitra, 24 Januari lalu, membuat permohonan tajaan sebanyak RM1.2 juta.

Beliau berkata, permohonan itu dibuat menerusi exco penerangan, namun tidak mendapat kelulusan kerana jumlahnya yang tinggi.

"Permohonan itu tidak diluluskan, ada cadangan supaya mereka mohon penaja lain antaranya syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya.

Menurutnya, beliau tidak pasti sama ada penganjur ada membuat rayuan terhadap permohonan itu menerusi exco berkaitan.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah menafikan kerajaan negeri membelanjakan RM1.2 juta seperti yang digembar-gemburkan sebaliknya hanya menggunakan RM200,000, seperti yang diluluskan.

"Memang benar kos keseluruhan mencecah RM1.2 juta tetapi yang diluluskan hanya RM200,000. Bagi menampung kos lain seperti penginapan dan pengangkutan, kita dapatkan tajaan dan tidak keluarkan belanja," katanya.

Menurutnya, peruntukan RM200,000 itu digunakan untuk menganjurkan program sampingan sempena acara Maharaja Lawak Mega iaitu Fiesta Penerangan Kedah Makmur dan Karnival di luar Dewan Wawasan, dimeriahkan dengan gerai jualan dan pameran agensi kerajaan.

Mengulas permohonan bajet awal yang dikatakan terlalu tinggi (RM1.2 juta), Mohd Tajuddin berkata, kos itu dicadangkan penganjur program dan selaku Exco berkaitan, beliau memanjangkan permohonan itu kepada kerajaan negeri sebagai kos tajaan.

"Mereka cadangkan kita taja RM1.2 juta dan apabila dibentangkan, hanya RM200,000 diluluskan. Dakwaan kita belanja RM1.2 juta itu tidak benar, itu hanya permohonan," katanya.

Menurutnya, pihaknya menggunakan kebijaksanaan untuk menggunakan peruntukan yang diluluskan tanpa memohon peruntukan tambahan selepas program berakhir.

"Saya anggap dakwaan kononnya kita belanja RM1.2 juta itu adalah fitnah untuk menjejaskan nama baik saya.

"Saya hanya guna peruntukan diluluskan. Saya juga tidak membuat tuntutan bayaran melebihi peruntukan yang dibenarkan. Hanya guna RM200,000," katanya.

Menurutnya, penganjuran program itu diletak bawah tanggungjawab jawatankuasa penerangan kerana ia turut diisi dengan program penerangan.

"Kita jalin kerjasama untuk program itu bukan semata-mata untuk berhibur tetapi ada agenda serampang dua mata iaitu mempromosi Kedah secara langsung.

"Saya guna kesempatan populariti Raja Lawak untuk promosi Kedah kerana artis diminta mempromosi tempat pelancongan seperti Ladang Anggur Tasik Beris dan Ulu Legong ketika siaran itu sedang ke udara secara langsung," katanya.

Mohd Tajuddin menganggap langkah itu adalah suatu penjimatan dalam mempromosi negeri kerana untuk mendapatkan siaran televisyen adalah terlalu tinggi perbelanjaannya.

"Rakyat Kedah patut bersyukur kerana banyak negeri melobi untuk dapatkan program itu mewakili wilayah utara. Saya andaikan ia win-win situation kerana penganjur diberi garis panduan tertentu dan mereka patuhi termasuk pakaian dan etika persembahan," katanya.

Menurutnya, pendekatan ini lebih khusus kepada memenuhi kehendak orang muda, di mana pihaknya membuat kajian sebelum berhasrat menjalin kerjasama itu.

"Maklum balas daripada generasi Y sangat positif. Kita buat tinjauan melalui twitter untuk bawa Raja Lawak ke Kedah dan semua sokong. Saya harap pihak luar jangan cuba eksploitasi isu ini atau berfikiran negatif," katanya.

Mohd Tajuddin turut menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya pada peringkat pada awal pihaknya berhasrat menjual tiket persembahan bagi menyaksikan program suku akhir itu.

"Awalnya ada cadangan untuk jual tiket, namun saya tegaskan supaya tidak teruskan kerana mahu rakyat Kedah berhibur secara percuma," katanya.

Beliau berkata, kesinambungan jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dan artis Raja Lawak akan diteruskan pada masa akan datang.

"Kita sedang rancang adakan program amal bersama artis Raja Lawak untuk membantu golongan kurang upaya menerusi program kebajikan yang dilakukan.
"Namun ia masih dalam perbincangan awal," katanya. – Sinar Harian Online

TERESA KOK "PHOBIA" NAK SATIRA LAGI LEPAS NI..???!!!

Posted: 08 Feb 2014 01:35 AM PST

Lawak jugak la tengok komen orang ramai pasai isu tawaran RM1,200 untuk tampar Teresa Kok. Sampai kena report polis nyonya tu dibuatnya.. siap bawak Fuziah Salleh lagi teman dia buat report...Takut kena lempang la tuuu...

Ada yang tak setuju dengan tawaran tu. Tak wajar kata depa. Ada yang kata tak payah tawaran, lempang saja terus macam kes Karpal kena tampar dengan arwah Kiai Arshad dulu. Ada pulak yang setuju dan suruh tampar ramai-ramai...

Ada yang suruh sumbat cili api kat mulut Teresa Kok, termasuk "mulut kat bawah"nya. Tu cadangan merapu pada saya... dan ada banyak lagi la yang merapu-rapu sampai saya tersengih-sengih membaca... tapi saya simpulkan semua reaksi tu melambangkan kemarahan terhadap Teresa Kok...


Pada saya, tawaran RM1,200 tu hanyalah sekadar "SATIRA". Nothing serius about that and it's just another "satire" in the another chapter... kan?

Tapi awat yang Teresa Kok kalut sangat sampai buat report polis? Heh! Tau takuuuuttt..??? Ooooo.. masa buat video bodoh yang kononnya "satira" tu tak tau takut pulak yer? Sekarang orang buat "satira" tepi jalan pun dah takut sampai suruh orang Kuantan teman? Heh!

2 ekor ayam kena sembelih dan dilumurkan pada banner yang ada gambar Teresa Kok? Yup! Itu pun boleh dikategorikan sebagai "satira" jugak. Cuba cari apa makna dan takrifan "satira". Dah tentu anda setuju dengan pandangan saya...! Heh!


TRENDING TERKINI..!!! IKAN KEMBUNG GANTI KANGKUNG..!

Posted: 07 Feb 2014 11:13 PM PST

Alamak aiii... lepas kangkung, nampaknya giliran ikan kembung pulak! Glamour la ikan kembung lepas ni. Tapi kalau ada lagi harga barang yang turun lebih rendah dari harga ikan kembung lepas ni, maka dah tentu ikan kembung dah tak glamour dahhh...

55 sen sekilo? Perghhh..! Murah betul tu.. itu harga yang ditawarkan Sunshine Supermarket and Deparmental Store di Kepala Batas, Pulau Pinang, bagi sekilo ikan kembung. Saya rasa itu harga termurah bagi seluruh Malaysia...

Saya tak tahu la kenapa harganya 55 sen sekilo. Mungkin atas faktor nak tarik perhatian ramai atau stock yang banyak. Saya tak rasa permintaan bagi ikan kembung pernah merosot. Saya sendiri suka makan ikan kembung... mujur perut tak kembung! Heh!


Sunshine Supermarket and Deparmental Store di Kepala Batas, Pulau Pinang mungkin akan menjadi tumpuan penggemar makanan laut apabila pasar raya itu menawarkan harga 55 sen sekilogram bagi ikan kembung hitam/hijau saiz sederhana.

Bagaimanapun, harga itu jauh berbeza di negeri lain apabila ikan sama dijual pada harga RM2.30 sekilogram di Bilion Baling, Kedah; RM6.50 di Pasar Awam Taiping, Perak dan RM8.99 di Giant Pusat Bandar Damansara.

Harga barangan pengguna itu dipapar menerusi portal www.1pengguna.com Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini.

Ikan cencaru bersaiz sederhana pula dijual serendah RM4 sekilogram di Pasar Besar Dungun, Terengganu; RM4.90 di Pacific Alor Star Mall, Kedah dan Pasaraya Pantai Pantai Timur cawangan Kuala Krai, Kelantan.

Di ibu negara, ikan cencaru dijual pada harga RM5.99 di Pasaraya Ong Tai Kim, Sentul; RM6 di Pasar Pudu dan RM7 di Pasar Harian Selayang, Pasar Harian Seksyen 2, Wangsa Maju dan Pasar Chow Kit.

Sementara itu, ayam bersih standard dijual serendah RM5.98 sekilogram di pasar raya dan hypermarket berbanding RM6.80 sekilogram di pasar basah seluruh negara.

Pasaraya Tesco di kebanyakan negeri menawarkan harga berkenaan antaranya Tesco Extra Cheras, Tesco Jalan Tanjung Pinang, Pulau Pinang dan Tesco Kota Star, Kedah.

Pasar basah Fama di Tanah Merah, Kelantan pula menjual ayam standard pada harga RM6.80 sekilogram; RM7.20 di Pasar Awam Kluang, Johor dan RM7.50 di Pasar Basah Bandar Temerloh, Pahang dan Pasar Basah Kuala Perlis, Perlis.

Telur ayam Gred A pula dijual pada harga RM3.20 sepuluh biji di pasar raya dan RM3.60 di pasar basah kebanyakan negeri.

Bagi sayur-sayuran, cili merah dijual pada harga serendah RM6 di pasar basah Majlis Perbandaran Pulau Pinang diikuti RM6.49 di Pasaraya Besar Bilal, Kota Baharu, Kelantan; RM6.99 di pasaraya Maslee Wholesale, Pontian, Johor; RM7 di pasar Chow Kit dan RM7.88 di TLC Hypermarket, Taman Shamelin Perkasa.

Kacang panjang pula dijual pada harga serendah RM2 di pasar basah Ipoh, Perak; RM2.79 di Family Store, Jasin, Melaka dan RM3.90 di Pasaraya Aneka, Kangar, Perlis.- BERNAMA

PENGUMUMAN: TANGAN PUTUS KERANA PULAS TELINGA HANYA CERITA PALSU..!!!

Posted: 07 Feb 2014 09:18 PM PST

Tangan Putus Bukan Sebab Pulas Telinga Murid 
Semalam, gambar ngeri tangan seorang pemuda terputus ditetak parang  tersebar di laman siber. Dikatakan, kejadian berlaku di Sabah apabila seorang bapa mengamuk terhadap guru yang memulas telinga anaknya.


Bagaimanapun, fakta kejadian adalah tidak betul malah ia bukan berlaku di Sabah sebaliknya Sarawak.

Berikut adalah kejadian sebenar yang berlaku mengikut laporan polis:


Pada 05/02/14 jam lebih kurang 5.30 petang semasa Zainal (mangsa) pulang dari kerja bersama seorang rakannya yg dikenali sebagai Iman, mangsa dan Iman ada minum minuman keras sebanyak 5 tin. Kemudian Iman telah mengajak mangsa ke rumah Mayling di Kg Pelandok Laut Sadong Jaya, bertujuan untuk meminta hutang ayah Iman sebanyak RM300 drp Mayling.Semasa tiba di hadapan rumah Mayling, Iman telah meminta hutang tersebut kepada Mayling. Mayling bersetuju dan terus masuk ke dalam rumah manakala mangsa bersama rakannya menunggu di luar rumah. Tidak lama kemudian Mayling telah keluar dengan membawa sebilah parang panjang dan terus mengejar mangsa dan Iman. Mangsa dan Iman telah melarikan diri namun mangsa telah ditetak di pergelangan tangan kiri. Kemudian mangsa dibawa oleh penduduk kampung ke Klinik Kesihatan Sadong Jaya dan seterusnya dibawa ke Hospital Umum Kuching kerana mengalami kecederaan parah dan ditempatkan di wad kecemasan.Hasil pemeriksaan doktor menyatakan semasa menerima mangsa, mangsa dalam keadaan putus pergelangan tangan kiri, namun keadaan mangsa stabil. Menurut doktor, kecederaan mangsa berkemungkinan disebabkan oleh sesuatu alat/senjata tajam yg berukuran panjang lebih kurang 2 kaki.

Jadi dapatlah dirumuskan, mangsa dalam kejadian ini yang dikenali sebagai Zainal sebenarnya ditetak ketika menemani rakannya memungut hutang daripada seseorang di Kg Pelandok Laut Sadong Jaya, Asajaya, Sarawak.

Tak tahulah siapa yang pandai-pandai buat skrip sendiri kemudian menyebarkannya pula kepada orang ramai.

tangan 2

Apa pun, kejadian ini memang mengerikan dan wajar dijadikan pedoman. -Mynewshub.my

AHMAD YAHAYA NI SUNNI ATAU SYIAH..?!

Posted: 07 Feb 2014 07:18 PM PST

Hilup..hilup..hilup Amad Yaya... Mahfud..mahfud.. mahfud mahfud..!
Astaghfirullahil'azeem... Bila orang buat pahala, anjurkan sesuatu yang jelas tidak bertentangan syarak, majlis ilmu, majlis mengimarahkan Islam di bumi Kedah, macam-macam yang Ustaz PAS ni kata...

Dia tuduh "berlakon" la...nak raih sokongan politik la...alat solek la...khianati Islam la...takdak roh salawat la...lari dari tujuan asal la... macam-macam Ustaz tu tuduh... macam tu ke "Ustaz"? Kalau tak buruk sangka tak boleh ke?

Sedang Kerajaan BN Kedah anjurkan Mahabbatur Rasul, Kedah Berselawat malam ni, Ustaz PAS ni dok sakan mengutuk dan mengumpat program yang memupuk kecintaan pada Rasulullah SAW. Apa Ahmad Yahaya ni Syiah ke apa? Bencikan Rasulullah ke? 

Buat program semai cintakan Rasulullah SAW pun nak kutuk kaaaa..???


Tapi kalau program "himpun katak hijau lompat ke Putrajaya" yang PAS buat masa jajah Kedah dulu "elok" pulak di pandangan mata Ahmad Yahaya? Doa pecah perut dan solat hajat burukkan umat Islam pun "baik" pulak di mata Ustaz PAS ni? Ustaz ni agama apa ni? Yahudi ke Majusi?

Saya nak tanya Ahmad Yahaya, dia tahu ke niat sebenar dalam hati Mukhriz? Dia boleh tahu ke? Kalau dia boleh tahu, maka dia ni sehebat Allah SWT? Mana dia belajar ilmu tu? Dalam kitab Syiah ke apa?

Entah la... pelik saya tengok. Anjur program apa pun salah di pandangan mata puak PAS ni. Kerajaan BN Kedah tak boleh anjur program ke? Anjur program hiburan salah, anjur program yang Islamik macam tu pun dikutuk??? Astaghfirullahil'azeemmm.. 

Tolong la matang la sikit Ahmad Yahaya weiii..!!! Sapa ajar hang ni Mad Yahaya? Mahfuz ka? Cuba tanya Mahfuz dia tahu eja "makan tengahari" dalam bahasa Inggeris tak? Heh! Orang macam tu yang PAS Kedah nak ikut? Padam la PAS Kedah lepas ni....hancussss..!!!
MUKHRIZ POLITIKKAN TUJUAN ASAL KEDAH BERSELAWAT

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Negeri Kedah menyifatkan penganjuran Kedah Berselawat sebagai pendekatan pragmatik Kerajaan BN Negeri Kedah yang semata-mata bertujuan politik.

Setiausahanya, Ustaz Ahmad Yahaya berkata, segala pendekatan ala sesumpah ini bersifat sementara sahaja yang bertujuan meraih sokongan politik semasa dan bukan bertujuan menjadikan Islam sebagai pegangan hidup dunia dan akhirat.

"Islam tidak lebih hanya menjadi alat solek untuk menghias wajah pragmatik yang menjadi pendekatan Dato' Seri Mukhriz Mahathir. Hakikatnya pentadbiran beliau tidak akan mampu terpisah dari dasar sekular yang menjadi anutan Umno-BN.

"Sejak awal lantikannya memimpin Kedah lagi, beliau menunjukkan kemesraan menerusi penampil berjubah dan mendekati agamawan. Tetapi pendekatan itu lebih kepada individu sahaja, sebaliknya kepada kepentingan Islam beliau khianati.

"Kontradiknya dapat dilihat apabila beliau menghentikan pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD), menganggap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai bebanan selain menyerahkan Maktab Mahmud kepada Kerajaan Persekutuan," terang beliau. 

Ujarnya, jelas terbukti Mukhriz tidak mampu menyelindungi kepura-puraannya apabila mengabaikan semua aset dan kepentingan berkaitan Islam tersebut. 

Malah secara menyindir, Ustaz Ahmad berkata, Mukhriz pasti tidak selesa untuk menggandingkan penampilan beliau seperti itu di khalayak sekiranya isteri beliau turut berada di sisi.

"Terbaru, apabila dilihatnya majlis mahabbaturrasul menjadi fenomena massa, beliau menganjurkan pula Kedah Berselawat. Tetapi di mana roh selawat dalam pentadbiran Mukhriz?

"Islam yang dibawa Rasulullah bukan diagungkan sekadar qauli yakni dengan sebutan dan puji-pujian atau ingatan. Ia bersama juga tuntutan qalbi dan fi'li dengan menyemai kefahaman dan ketundukan patuh pada seluruh perintah dan meninggalkan larangan Allah serta beramal dalam segenap aspek kehidupan serta sistem.

"Malangnya, Islam hanya digunakan Mukhriz untuk kepentingannya dan beliau dilihat keseorangan kerana Umno-BN tidak mungkin seiring bersama beliau dalam hal itu. Selain itu terbukti program tersebut dijadikan agenda politik pragmatiknya kerana diubah dari tujuan asal iaitu Majlis Selawat Sempena Sambutan Keputeraan Sultan Kedah," katanya.

Menurutnya lagi, Dewan Ulama PAS Negeri Kedah juga kesal kerana wujud arahan kepada pelajar-pelajar institusi pendidikan di dalam negeri ini untuk meramaikan majlis berkenaan termasuk memperalatkan nama institusi tertentu antaranya Darul Hadis bagi tujuan tersebut.

Ujar beliau, sewajarnya, jika Mukhriz merasakan rakyat benar-benar telah disemai penghayatan kepada Rasulullah, beliau tidak perlu menyusun tindakan bersifat kerahan dan manipulasi seperti itu itu.

"KHALIFAH" BLOCK "TOK GURU" PAS..!!!

Posted: 07 Feb 2014 05:35 PM PST

Hahahahaaaa..!!! Tak pasal-pasal kena block dengan Guan Eng!

Tu laaaa.. masa buat keputusan dulu berkiblatkan politik lagi... kan dah kenaaa...

Tak dapat U-turn ke Nik Aziz?

Alahaiiii... napa tak mintak tolong Anwar?

Tak boleh guna kabel? Heh!

Tahu pun...Anwar sendiri pun tak kasi Nik Aziz buat U-turn pasal isu ni...

Ingat Nik Aziz... langgar perintah "Khalifah" dan "pemimpin anugerah Tuhan" tak cium bau syurga woooo...

Errr.. laku lagi ke "tiket ke syurga" yang Nik Aziz cop untuk orang PAS tu? Heh!

PEJUANG BANGSA

Posted: 08 Feb 2014 11:17 AM PST

PEJUANG BANGSA


PELANGGAN RESTORAN ANAK CHEF WAN PULAK COMPLAINT KUALITI CHAR KOEY TEOW !!

Posted: 08 Feb 2014 09:43 AM PST



Benda ini bukan isu besar pun. Setakat seorang dua 'complaint' (merungut), tak jadi kudis pun sebab (pelanggan) yang lain ok saja," tegas pelakon dan usahawan, Serina Datuk Redzuawan menjawab dakwaan beberapa pembaca Harian Metro yang kecewa dengan kualiti operasi perniagaan restorannya, Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai di Kota Damansara dekat sini.
Beberapa pembaca yang berkunjung ke restoran itu baru-baru ini mendakwa terpedaya dan terkilan dengan kualiti makanan, servis dan reka hiasnya yang disifatkan indah khabar daripada rupa
Serina, 31, yang dihubungi semalam berkata, dakwaan yang ditimbulkan sebahagian kecil pelanggan mengenai operasi restoran terbabit bukan perkara besar yang perlu dijadikan isu. 

"Itu pandangan masing-masing. Secara peribadi, saya tak kisah pun. Orang boleh reka dan cerita macam-macam. "Cuma saya tak mahu sebab benda remeh-temeh begini ditekankan, papa (Che Wan) akan marah pula nanti sebab ia mengganggu reputasi saya dan bisnes. "Biasalah dalam berniaga, ada saja orang nak jatuhkan kita, jadi biar Tuhan saja balas," katanya.



**Dulu  bapaknya Chef Wan mencipta kontroversi complaint nasi lemak dalam kapal terbang MAS , sekarang ini pulang  ia kembali  bisnes anaknya yang berniaga Char Koey Teow .

Bila kita buat  naya  kat orang sekarang sekarang kena kepada anak sendiri .

Nak sedap Char Koey Teow mai makan di Penang je ...di Kg Pelet , Prmtg Pauh , Sg Dua memang marvellous . Makan di KL tak sama dengan original dari Penang , hanya indah khabar dari rupa ...




ASAL KONSERT PAS HENTAM MUHKRIZ , PROGRAM KEAGAMAAN INI KENAPA TAK PUJI ??

Posted: 08 Feb 2014 07:24 AM PST






PAS hari ini begitu lantang  menghentam kerajaan BN & MB Kedah ekoran satu konsert diadakan lokasi persendirian iaitu  di The Carnival oleh syarikat pemaju hartanah . Malah mereka juga telah mengutip 5000 tandatangan bantahan penduduk sekitar.

Tuduhan PAS ini seolah-olah MB Kedah hanya  mementingkan hiburan dan meminggirkan program keagamaan dan tidak benar sama sekali. Hari ini dibuktikan bila kerajaan negeri menganjurkan Malam Cinta Rasul Kedah berselawat kepada Nabi Muhammad SAW di Stadium DarulAman dihadiri 40,000 orang .


Tahniah MB Kedah ...teruskan aktiviti keagamaan seperti ini..

Yang kerajaan BN Kedah   buat program keagamaan mereka tak nampak ....











Kerajaan negeri digesa menarik balik permit penganjuran "Konsert Festival Muzik Planet Eupe" di Taman Air Carnival Eupe, Sungai Petani pada 1 Mac ini anjuran sebuah syarikat pemaju hartanah.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor berkata, sumber hiburan yang ada di negeri ini sudah lebih dari mencukupi untuk memenuhi kehendak masyarakat pelbagai bangsa.
     
Oleh itu, tidak perlu lagi membawa masuk hiburan dari luar seperti K-pop kerana boleh memberi kesan buruk kepada rakyat setempat.

Menurutnya, hiburan keterlaluan boleh menjejaskan keharmonian masyarakat kerana budaya hidup rakyat di negeri ini lebih mengutamakan kesederhanaan berbanding di bandar besar.


"Sepatutnya penganjur tidak buat festival muzik secara besar-besaran seperti itu di negeri ini kerana perlu menghormati sensitiviti agama, masyarakat dan budaya kita. Namun masih belum terlambat jika permit yang dikeluarkan ditarik semula," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

TERKINI !! ZAHID TAK BENARKAN ANAK PEREMPUANNYA TANDING PRK KAJANG

Posted: 08 Feb 2014 06:14 AM PST



Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah meminta anak perempuannya, Nurul Hidayah untuk tidak untuk terlibat dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang, selepas anaknya yang berusia 35 tahun itu menyatakan minat untuk bertanding.
"Dia benar-benar mengada - ngada lah! Dia tidak sepatutnya terlibat dalam politik," seloroh beliau.
Beliau berkata Nurul Hidayah merupakan ahli Umno di kawasannya di Bagan Datoh tetapi menetap di Kajang.
"Kalau macam itu saya rasa dia kena menukar alamat," kata Zahid ketawa.
Ahmad Zahid menambah jika Barisan Nasional memutuskan untuk bertanding, kerusi DUN Kajang ditetapkan untuk MCA dan perlu dihormati.
"Jika kita membuat keputusan untuk meletakkan calon di sana, kita tidak akan memberi kemenangan mudah kepada Anwar. Kita tahu, secara logiknya, dengan majoriti 6,800 undi akan sukar untuk menang tetapi ia tidak mustahil jika orang Kajang memutuskan mereka mahu perubahan dalam wakil mereka," kata beliau.
Zahid berkata pilihan raya kecil itu akan menjadi peluang kepada parti pemerintah untuk menghantar mesej kepada kerajaan Selangor yang diterajui pembangkang dan mencadangkan bahawa calon itu akan memberi perhatian terhadap "pembangunan dan masalah sosial" di Kajang. "

SITKOM 88 KOPITIAM KENA "GAM " SEMENTARA RTM SEBAB PELAKON KLIP VIDEO TERESA KOK

Posted: 08 Feb 2014 04:38 AM PST


Tindakan RTM wajar dipuji kerana GAM sementara rancangan sitkom 88 Kopitiam  disebabkan dakwaan  pelakonnya terbabit dalam klip video Teresa Kok yang  menghina & mencemar imej negara. 

Sitkom 88 Kopitiam yang bersiaran di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dihentikan sementara bagi menyiasat kesahihan dakwaan pembabitan pelakonnya dalam klip video yang dikatakan mencemar imej negara.
Ketua Pengarah Penyiaran Norhyati Ismail berkata RTM akan memanggil penerbit rancangan berkenaan dalam masa terdekat untuk mengesahkan pembabitan pelakon tersebut.
"Ini untuk memastikan tiada sebarang pihak teraniaya atau dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas dakwaan yang mengaitkan pelakon sitkom berkenaan dengan video yang mencemar imej negara.
Video yang disiarkan melalui media sosial sempena Tahun Baharu Cina itu membabitkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok.
Sitkom 88 Kopitiam disiarkan menerusi TV2 pada setiap Isnin, pukul 7 malam dan mengetengahkan isi-isu semasa dalam kalangan masyarakat Cina berlatarkan kopitiam dengan konsep komedi bersahaja.
Norhyati berkata RTM akan mengkaji mana-mana rancangan yang mengaitkan pelakonnya dengan aktiviti yang memburuk-burukkan nama dan imej negara.
RTM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelakon yang terlibat dengan penerbitan program sedemikian, katanya.
– Bernama

Taib Mahmud umum lepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak , PRN dibuat lebih awal ??

Posted: 08 Feb 2014 04:07 AM PST


 TS Taib Mahmud akhirnya sah umum meletakkan jawatan sebabgai Ketua Menteri Sarawak seperti yang dijanjikan  selepas  PRN Sarawak pada 2011.

GPB masih lagi ingat semasa  PRN ,  dia ramal akan menang 35 kerusi dan keputusan tepat 35 menang .

Apakah perletakkan jawatan oleh Taib akan menyebabkan PRK Sarawak dibuat awal ??

- Tan Sri Abdul Taib Mahmud sah akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak dan calon pengganti beliau akan diumum dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Mohammad Asfie Awang Nassar berkata, dalam mesyuarat khas diadakan hari ini, Abdul Taib telah menyuarakan hasrat untuk melakukan peralihan kuasa dan Majlis Tertinggi parti dan kaukus sebulat suara menyerahkan kuasa kepada beliau untuk memilih dan menamakan calon pengganti pilihannya sendiri.

"Beliau diberi masa untuk memilih sendiri calon pengganti dan semua Ahli Majlis Tertinggi parti dan kaukus akan menyokong penuh bakal Ketua Menteri baharu itu.

"Peralihan kuasa akan berlaku sebaik sahaja beliau selesai membuat keputusan mengenai calon pilihan tetapi tarikh sebenar belum diputuskan," katanya dalam sidang akhbar selepas selesai mesyuarat di Ibu Pejabat PBB di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

tunku

Posted: 08 Feb 2014 03:25 AM PST

tunku


PBB gives Taib mandate to name next CM

Posted: 08 Feb 2014 01:51 AM PST

Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud has been given the mandate by PBB to nominate his successor, paving the way for his retirement.

Taib said he would make an announcement "in two days" after a five-hour supreme council meeting here Saturday.

Permanent chairman Datuk Amar Asfia Awang Nassar said the party had passed a resolution during the meeting to give the mandate to Taib to nominate a successor of his choice to be the next chief minister.

"Whoever is nominated by (Taib) will receive unanimous support from the party.

"The new man will be the one leading the state Barisan Nasional in the next state election," he said.
Asked whether this meant Taib would step down before the end of the current term in 2016, Asfia said he did not rule out that possibility.

bumiyang

Posted: 08 Feb 2014 03:14 AM PST

bumiyang


Ustaz Azhar Idrus Kata Jika Orang Kafir Guna Kalimah ALLAH Mereka Boleh Diperangi???

Posted: 08 Feb 2014 01:13 AM PST

Sahabat-Gunung

Posted: 08 Feb 2014 01:40 AM PST

Sahabat-Gunung


Tahniah Pasukan PAHANG - TMJ

Posted: 07 Feb 2014 07:00 PM PST




"Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Pahang. Kepada pasukan Johor, berusaha lebih gigih lagi pada masa yang akan datang. Apa yang lebih penting, adalah para penyokong hendaklah memberi sokongan kepada pasukan masing-masing dan elakkan daripada bergaduh sesama sendiri, sesama umat Islam.

Segala persengketaan, provokasi, dan hina menghina ini tiada manfaatnya dan sekiranya diikutkan perasaan hasad dengki, tiada kesudahannya. Jangan terlalu mudah bangsa Melayu berpecah-belah, sehingga diperlekehkan oleh bangsa lain.

Kepada para penyokong Johor dan negeri-negeri lain yang menjaga disiplin dan tingkah laku, syabas saya ucapkan kepada anda semua. Tetapi kepada penyokong Johor dan negeri-negeri lain yang membuat kekacauan, saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tersebut dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terlibat."


-DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim

Tunku Mahkota Johor.

Usahawan Muda Johor Perlu Berdaya Maju- @khalednordin

Posted: 07 Feb 2014 06:08 PM PST

Gambar Hiasan
Usahawan muda Johor perlu memiliki sifat berdaya maju dalam pelbagai aspek, terutama di bidang ekonomi, selaras hasrat kerajaan negeri yang mahukan mereka sentiasa berdaya saing antara satu sama lain.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata mereka perlu pantas mengambil peluang terutama dalam keadaan ekonomi yang berkembang pesat ketika ini.

"Sememangnya kerajaan sentiasa menggalakkan penyertaan usahawan muda untuk menceburi pelbagai bidang perniagaan kerana mereka mempunyai potensi cerah ditambah pula dengan idea yang baharu dan masih segar untuk digunakan," katanya ketika pelancaran Koperasi Usahawan Muda Johor Darul Takzim (KUMJDT) malam ini.

Beliau berkata koperasi yang diwujudkan merupakan sektor ketiga penting di
Malaysia selain kerajaan dan swasta kerana ia turut menyumbang kepada ekonomi negara.

"Kita percaya dengan inovasi dan daya kreativiti serta nilai usahawan yang ada, ia akan membantu mereka untuk lebih ke hadapan seiring dengan matlamat kerajaan negeri yang mahukan lebih ramai usahawan muda menerajui bidang perniagaan," katanya.


Mohamed Khaled berkata sebagai contoh, pelbagai aktiviti dirancang seperti mewujudkan tapak ekspo dan pasar tani rakyat khusus untuk usahawan muda.

Tunggu RESPON FAM Plak ......

Posted: 07 Feb 2014 09:14 AM PST



Terima kasih buat penyokong-penyokong JDT yang tetap pergi ke Stadium Darul Makmur malam nie untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi buat team JDT yang bertemu Pahang malam tadi...

Korang memang terbaik.... walaupun hanya diberikan 100 keping tiket untuk JDT malam nie, namun semangat kental korang memang terbaik.....

Korang datang nak tengok bola, bukannya datang ke Stadium Darul Makmur untuk bergaduh...

korang terbaik sebab dengar ARAHAN TMJ - arahan TMJ bole baca di sini ....

Kita akui kemenangan pasukan Tok Gajah mengalahkan team kita malam nie, tapi tindakan segelintir penyokong Pahang selepas tamat perlawanan malam tadi ..... akan merosakkan masa depan bolasepak negara kita.....

Apapun, terima kasih PAHANG di atas layanan terbaik nie.

Aku nak tunggu respon FAM sahaja di atas apa yang berlaku di Stadium Darul Makmur malam nie ......




RAPERA ..

Posted: 08 Feb 2014 01:24 AM PST

RAPERA ..


YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim ???

Posted: 07 Feb 2014 11:04 PM PST

Arab Emirates Child Slavery

Posted: 07 Feb 2014 07:09 AM PST

Taipingmali (tm)

Posted: 08 Feb 2014 01:14 AM PST

Taipingmali (tm)


3 Abdul yang bodoh, Dap juga yang cerdik

Posted: 07 Feb 2014 03:23 PM PST

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan saman tiga parti pembangkang dan lima individu bagi memecat tujuh anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
   
Hakim Datuk Rosnaini Saub membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan SPR bagi membatalkan saman sivil berkenaan serta memerintahkan Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Dzulkefly Ahmad, Saifuddin Nasution Ismail, M.Manogaran, Arifin Abd Rahman dan R.Abbo membayar kos sebanyak RM10,000.
   
Dzulkefly, Manogaran dan Saifuddin Nasution merupakan calon dalam PRU13 manakala Arifin Abbo adalah pengundi.

Mereka menamakan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Datuk Mohamad Ramji Ali, Datuk Dr P. Manogran, Datuk Christopher Wan Soo Kee, Datuk Md Yusop Mansor dan Abdul Aziz Khalidin sebagai defendan.

Dalam penghakiman bertulis, Rosnaini berkata anggota SPR memiliki keistimewaan sama seperti seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.
   
"Ini bermakna mereka hanya boleh dipecat daripada jawatan oleh tribunal yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
   
"Tindakan memfailkan saman dan memohon satu perintah untuk memecat defendan sebagai anggota SPR boleh dianggap sebagai satu percubaan bagi melangkau atau memintas peruntukan Perkara 114(3) Perlembagaan Persekutuan dan merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah," katanya.

Rosnaini berkata berdasarkan Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, satu-satunya kaedah untuk mencabar keputusan pilihan raya ialah dengan memfailkan petisyen pilihan raya.
   
"Hanya hakim mahkamah pilihan raya yang boleh mengisytiharkan mana-mana pilihan raya sebagai batal dan tidak sah. Mahkamah ini bukan mahkamah pilihan raya, oleh itu, saya tidak boleh memberikan relif yang dipohon plaintif," katanya.

Plaintif mendakwa anggota SPR terbabit gagal melaksanakan tanggungjawab dalam mengendali pilihan raya umum ke-13 dan sehubungan itu, mereka meminta mahkamah mengisytiharkan keputusan pilihan raya lepas bagi kesemua 222 kerusi Parlimen adalah batal dan tidak sah.

Defendan memfailkan permohonan bagi membatalkan saman itu pada Ogos lepas. - Bernama

SELALU ADA YANG BARU

Posted: 07 Feb 2014 11:24 PM PST

SELALU ADA YANG BARU


YB ADUN KOK LANAS JAWAB FIYNAH TRESSA KOK

Posted: 07 Feb 2014 03:30 AM PST

Isu Tressa Kok terus dibidas pelbagai pihak perbuatan yg berkaitan dgn video tahun baru Cina "One-derful Malaysia" yg jelas menyindir pemimpin Negara dan ternyata tidak terhenti setakat itu sahaja.
Kaum Cina sendiri juga malu dgn sikap dan perbuatan MP Seputih ini, namun beliau tetap mempertahankan klip video tersebut dgn menyifatkan sebagai satira politik yg sekadar lawak jenaka.
Apabila Tressa sanggup melakukan perbuatan tersebut bkn sahaja tdk bertanggongjawab dgn api kemaharahan kaum melayu sebaliknya beliau pula "menuduh dan spin" pertanyaan yg diaju berkaitan dgn isu tersebut melalui tel dan whatsaap beliau.
Di IPD Kota Bharu petang kelmarin
ADUN Kok Lanas Yb Datuk Hj Alwi telah membuat lapuran polis tentang dakwaan beliau memfitnah Ttessa Kok tersebut.Laporan polis itu bagi mempertahankan dirinya berhubong laporan polis oleh Tressa yg mendakwa beliau telah diugut dan diacam melalui khidmat pesanan ringkas dan aplikasi whatsaap.
ADUN Kok Lanas Kelantan berkata " Saya memberitahu masyarakat bahawa Yb Tressa Kok telah memutarbelit cerita dgn menyatakan saya mengugut dan mengancam beliau..."
"Katanya lagi... macamana saya nak ugut beliau sdgkan bkn beliau yg menjawab panggilan tetsebut dan saya hubungi beliau bagi mendpt penjelasan mengenai video yg dibuat dan telah menimbulkan kemarahan orang melayu dan islam..."
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Azham Othman berkata beliau mengesahkan menerima laporan dri Yb Datuk Alwi tersebut.


The Unspinners

Posted: 07 Feb 2014 11:22 PM PST

The Unspinners


Anwar jumpa dan kencing pekerja PKNS ... Apa cerita Abdullah Sani?

Posted: 07 Feb 2014 08:01 PM PST


Difahamkan Anwar jumpa beberapa pegawai dan pengurus yang buang kerja secara "unfair dismissal" di rumah bapanya di Kajang semalam petang lepas sembahyang Jumaat.

Konon dia janji akan lakukan sedaya upaya untuk bantu mereka  dan mereka pun kata ia sesuatu yang meyakinkan sikit lega. Baca Malaysiakini SINI

Nampaknya mereka dah kena kencing maha hebat... Malaysiakini melaporkan


Anwar: Isu pekerja PKNS tak ganggu PRK Kajang

Radzi Razak | 8:17PM Feb 7 2014

Isu penamatan perkhidmatan pekerja kontrak anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak akan mengganggu kempen pilihan raya kecil (PRK) Kajang kerana ia bukan isu politik, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, setelah mendapat penjelasan dari pihak terlibat termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan wakil kakitangan kontrak itu Dr Alif Aiman Abdullah, beliau menganggap isu itu tiada kena mengena dengan perseteruan Khalid dengan pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.

"Saya periksa semua media terrmasuk TV3 dan mendapati Tan Sri (Khalid) tidak pernah menyebut atau merujuk kepada Azmin. Ini soal pentadbiran korporat," kata Anwar kepada media di Kajang hari ini.

Menurut beliau, isu antara Khalid dan Azmin dimainkan oleh media Umno semata.

Anwar berkata, beliau akan berbincang dengan semua yang terlibat bagi mencari penyelesaian yang baik.

"Kerana kena waspada mainan media Umno. Yang kata Tan Sri Khalid serang (Azmin) tidak ada. Jangan beri reaksi kepada media fitnah."

"Saya lebih nak tumpu soal kakitangan (yang terlibat) dan tangani dgn baik," katanya.

Selasa lalu, anak syarikat PKNS, PKNS Holdings Sdn Bhd  (PHSB) dilaporkan menamatkan serta-merta 19 kakitangan kontraknya.

Kontroversi pemecatan itu berlaku ketika kemelut politik dalaman PKR Selangor masih bergolak antara kem Abdul Khalid dengan Azmin.

Surat penamatan khidmat mereka ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Khalid semalam mendakwa kakitangan yang dipecat tersebut bergaji tinggi dan mempunyai kerja yang bertindih dengan kakitangan tetap PKNS.

Mereka juga didakwa diambil bekerja tanpa temuduga dan dengan persetujuan lembaga pengarah PKNS yang turut dianggotai oleh Khalid dan Azmin sendiri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Azmin dilaporkan berkata bahawa Abdul Khalid sepatutnya menarik balik surat penamatan kontrak dan meminta maaf kepada kakitangan terlibat.

------------------


Sekarang nak dengar apa reaksi Timbalan Presiden NTUC yang juga adalah orang kuat Anwar Ibrahim serta AP Ulu Langat Abdullah Sani berkata. Hari itu egitu bbersungguh-sungguh dia berjanji nak tolong.


Cakap bagus ... tapi dia nak belasah Khalid dan upkan Azmin saja. Bolehkah orang yang halau bini sehelai sepinggang bertanggungjawab kepada rakyat yang terbanyak?

Cilaka Tony Pua ... main strategi songsang

Posted: 07 Feb 2014 06:30 AM PST



Dalam lain kata, Tony Pua guna reverse psychology.

SUBANG JAYA - Pengerusi DAP Selangor Tony Pua hari ini menyifatkan  bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK)  Dun Kajang adalah penyambung hayat kepada PR menjelang PRU14.

Menurut Tony, medan PRK Dun Kajang adalah lonjatan untuk PR 'merampas' Putrajaya, namun jika Datuk Seri Anwar kalah di Dun tersebut, PR 'terpaksa' melupakan hasrat mereka untuk menakluk Putrajaya.

"PRK Dun Kajang adalah batu lonjatan untuk PR.

"Risikonya sangat tinggi, oleh itu kita perlu berwaspada.

"...kerana kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim kalah, kita 'terpaksa' lupakan PRU14, Ubah dan sebagainya," katanya ketika Forum Serampang Kajang di Empire Hotel Subang Jaya hari ini.

Kerusi Dun Kajang dikosongkan oleh bekas penyandangnya, Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan jawatan 27 Januari lalu.

Chin Cheh memenangi kerusi itu pada PRU Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Susulan daripada itu, PKR menerusi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini  mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon baru di Dun tersebut. - SInar Harian

Menurut Gelagat Anwar, ini semua game saja ...

Ini semua game. Kita jangan tertipu kononnya mereka akan kalah dan tutup kedai. Nak tahu apa senario yang dibincangkan dalam Majlis Pimpinan. Ada 3 senario yang mereka simpulkan:-
i) BN Tarik Diri dan Anwar akan lawan calon bebas. Menang bergaya dan besar.
ii) BN letak calon MCA. Anwar menang bergaya dan besar (Liow Tiong Lai akan nampak sangat bodoh dan lemah).
iii) BN letak calon UMNO. Maksimum BN akan dapat 2000 undi sahaja. Maksimum. Anwar tetap menang bergaya. Hanya Melayu totok UMNO sahaja yang undi BN. 
Mana ada kata senario mereka akan KALAH???
Tony Pua boleh main reverse-psychology di tempat lain. Bila Tony Pua kata mereka nak kalah, ini ayat nak undi simpati. Cilaka punya Tony.

Kenapa hanya Khalid? Kerajaan Sngor dan Penasihat sama salah

Posted: 07 Feb 2014 02:36 AM PST


Bersambung balik kisah pemecatan pengurus kanan dan eksekutif PKNS yang dipecat.

Ada pihak nak salahkan mereka kerana menerima gaji besar. Kalau tak dengan PKNS, mereka boleh dapat gaji setanding atau lebih banyak lagi di organisasi korporat yang lain.


Mereka hanya profesyenal yang menawarkan "kepakaran" dan "kebolehan" pada mana-mana pihak yang sedia membayar. Jika mahu dipersalahkan adalah pengurusan yang lebih tinggi iaitu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

MB yang menentukan apa yang boleh dan patut dilakukan di PKNS. Maka dengan demikian, kerajaan PR yang menentukan hala tuju dan polisi serta strategi perniagaan atau pembangunan PKNS.

Pengurusan dan eksekutif yang di bawah kontrak hanya menjalankan apa yang ditetapkan oleh pihak pengrusan tertinggi.


Kerajaan PR diwakili di beberapa peringkat jawatankuasa dan Lembaga Pengarah. Azmin sendiri mengetuai salah satu JK tersebut. Dari kelulusan di JK yang diketuai Azmin, sebarang usul dan rancangan PKNS baru boleh dibawa ke atas diperingkat Lembaga Pengarah yang mana Khalid sendiiri Pengerusikan.

Penasihat Ekonomi bersalah tapi tak dibalun

Selain itu, Khalid sendiri melantik seorang Penasihat EKonomi yang kononnya pernah menjadi Menteri Kewangan di dalam kerajaan Persekutuan.

Penasihat tersebut adalah boss Khalid di dalam parti PKR dan Ketua Umum Pakaan Rakyat. Lebih tnggi dari Khalid dan lebih berpengaruh dna boleh pengaruh tindak tanduk Khalid. Pasti sebarang tindak tanduk Khalid dipantau dan di "nasihati" jika tak selari dengan hala parti atau ada idea lebih baik yang boleh dijalankan.


Hari ini, semua pihak mengentam Khalid Ibrahim padahal pihak yang ada terlibat dalam PKNS adalah wakil dari PAS, DAP, PKR, Azmin, dan orang-orang Penasihat EKonomi.

Kalau Khalid dihentam sebagai melakukan kerja pelik dan anih serta alasan yang tak munasabah untuk melakukan sesuatu yang salah, ia juga bermakna semua yang terlibat turut terpalit sama tak betul.

Selain MB, mereka ni semua bertanggungjawab dan patut dibalun!!!

Ini hanya menunjukkan kerajaan PR di Selangor tak tahu memrintah dan Penasihat Ekonomi pun hanya syok ada title Penasihat tapi sebenarnya adalah Punahsihat!!! 

Azan dah diarah perlahan, khutbah Jumaat pula dipersoal

Posted: 06 Feb 2014 11:30 PM PST


Bukan setakat si komunis tua ni, tapi anak-anak buah dia pun dah tunjuk peel sama...


Malahan pederi bboleh nak arahkan pihak berkuasa ugama Islam???


Hina betul ugama Islam dan Melayu tapi PAS boleh berdiam begitu saja????



PKR janganlah cakap ... demi politik, bini sanggup kasi boss main.

Sama dengan Melayu liberal yang lebih perjuangkan si kafir dari Islam dan berlagak macam dia lebih hayati dan amal cara hidup Islam???





Ini pula masa depan kita


Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 07 Feb 2014 11:18 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


# PRK KAJANG: POSTER BANGLA UNTUK CHHOTO BHAI ANWAR

Posted: 07 Feb 2014 09:00 PM PST


আনোয়ার ইব্রাহিম জন্য বাংলাদেশী পদক্ষেপ. আমরা আমাদের প্রেম ভাই আনোয়ার জন্য মালয়েশিয়া আসা. এই জন্য নির্বাচন করে আমরা 40,000 বাংলাদেশী সঙ্গে আসা. আনোয়ার আরো জন্য অনুরোধ করতে পারেন.

আমরা আনোয়ার আমাদের খাদ্য জন্য 1.2 মিলিয়ন সম্পূর্ণ পরিতৃপ্ত প্রস্তুত আশা করি.


PERGADUHAN ADIK AZMIN-FAEKAH MENJIJIKKAN, KENAPA SEBUT SELAPUT DARA DIA???

Posted: 07 Feb 2014 07:25 PM PST

Suruhanjaya Hak Asasi Manusi (SUHAKAM) & Ambiga : Mereka Bercakap Selaput Dara Dia?

Kenapa Semua Orang Perasan?

Mulut Longkang? Betina Najis?

Minah Tak Laku?

Hina-Menghina, Selaput Dara, Mulut Longkang, Betina Najis, Andartu Gersang, Aduh berapa ramai Wanita Terhina dengan kata-kata sadis itu?...Tak tahu apa nak kata, Kamulah yang berkata-kata wahai pembaca...




SENGKETA AZMIN-KHALID YANG DISEMBUNYIKAN SEMAKIN PARAH, TUNGGU MASA MELETOP

Posted: 07 Feb 2014 05:09 AM PST

SEMAKIN FENIN
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mengecam tindakan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) yang disifatkannya sebagai tindakan tidak bertanggungjawab berhubung pemecatan 23 kakitangannya.

Sambil mendesak PHSB membatalkan surat pemecatan itu, Azmin mendakwa, tindakan yang diarahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang pekerjaan tetapi tidak berperikemanusiaan.

"Ia benar-benar bercanggah dengan prinsip yang didukung kerajaan Selangor pimpinan pakatan rakyat bahawa semua pekerja perlu dilayan dengan penuh maruah dan belas kasihan.

"Walaupun pemecatan secara tiba-tiba itu keras dan akan menyebabkan kerugian kewangan yang besar kepada pekerja, gaji pemberhentian dua bulan hanya menambah penghinaan kepada apa yang terjadi," katanya dalam satu kenyataan.

Azmin juga menuntut Abdul Khalid supaya berhenti daripada menggunakan PKNS sebagai senjata peribadi terhadap saingan politiknya.

Sebelum itu, pada 5 Februari, 23 kakitangan PHSB diberhentikan tanpa amaran berkuat kuasa serta merta dan diberikan pampasan dua bulan gaji.

Berikutan itu, Pengurus Besar PHSB, Noor Hisham Mohd Ghouth dilaporkan meletak jawatan sebagai tanda bantahan.

Walaupun, pada mulanya Abdul Khalid mendakwa beliau tidak bertanggungjawab atas keputusan itu, beliau kemudian mengesahkan pemberhentian itu merupakan langkah korporat bagi menstrukur semula pengurusan PKNS dan mengurangkan kos operasi yang didakwanya boleh dijimatkan sehingga RM7 juta setahun.

Sebelum ini, PKNS menjadi perhatian ketika pentadbiran memutuskan tidak meneruskan perkhidmatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah.

Ini mencetuskan lagi khabar angin bahawa persaingan yang berterusan antara Azmin dan Abdul Khalid tidak akan tamat dalam masa terdekat.

Ia juga menyatakan bahawa disebabkan isu ini, bekas Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif, Norita Abdul Sidek dipindahkan ke jabatan lain dengan serta merta sebagai satu bentuk tindakan disiplin.

PRK KAJANG : KATA ANWAR DI NEW YORK SEGALANYA ADA, BEBAS

Posted: 07 Feb 2014 03:56 AM PST


Timbalan Speaker DUN Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad diwawancara Malaysiakini mengibaratkan keperluan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang untuk memperkukuhkan 'New York' di Malaysia.
Namun, tamsilan yang dikias oleh Nik Nazmi itu dibidas oleh Ikatan Musliman Malaysia (ISMA).
Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman membidas tamsilan Nik Nazmi berkenaan projek New York malaysia sebagai ketandusan idea.
"PKR ketandusan idea dan kepimpinan. Jika PKR ada kemampuan, mereka tidak perlu membawa masuk Anwar ke Kajang, ini seolah-olah Anwar seorang sahaja yang boleh membawa agenda dalam PR.
"Kenapa perlu sehingga membawa masuk Anwar ke situ? Adakah dengan peletakkan Anwar dalam DUN baru boleh meneruskan projek tersebut?," katanya dilaporkan ismaweb.
Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Hazizi Abd Rahman berkata, kenyataan Nik Nazmi yang mengaitkan teori 'New York' membayangkan ia hanya mengulangi watak Anwar berdasarkan teori 16 September dahulu yang mana watak-watak pemimpin yang tandus idea.
"Kenyataan Nik Nazmi membuktikan betapa kredibiliti PKR sudah hancur, setelah segala justifikasi oleh Anwar dan Rafizi sebelum ini tidak laku.
"Bahkan PKR juga ketandusan pemimpin apabila terpaksa menurunkan pemimpin nombor satu mereka untuk menyelesaikan masalah peringkat negeri sahaja," ujarnya
Di New York pada 1 Disember 2005, Anwar pernah ditanya persoalan pengamalan syariat di dunia Muslim sepertimana larangan bertudung untuk memasuki Dewan Rakyat di Turki.
"Saya mencadangkan orang ramai perlu bebas..Anda mahu pakai hijab, anda ingin pakai gaya Saladin atau gaya Raja Richard.
"Anda lihat di New York, saya seronok kerana anda dapat lihat segala-galanya di sini.
"Tetapi sudah tentu, masyarakat sudah tentu boleh memberi cadangan, amaran atau apa sahaja, (tetapi) akhirnya keluarga yang merupakan pengadil terakhir dan bukannya kerajaan, "kata Anwar dalam majlis yang dipengerusikan Presiden NED (National Endowment for Democracy), Carl Gershman.

Belantan

Posted: 07 Feb 2014 11:12 PM PST

Belantan


PKR ketepi prinsip demi penuhi ‘impian’ seorang individu yang tak sedar diri?

Posted: 07 Feb 2014 02:33 AM PST


Langkah PKR mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi membolehkan Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim bertanding di situ mempamerkan wajah sebenar parti itu yang sanggup mengetepikan semua prinsip kononnya asas perjuangan parti, semata-mata kerana kepentingan seorang individu.

Walau apapun diperjelaskan oleh pemimpin PKR mengenai kewajaran tindakan itu, sebahagian besar rakyat terutama yang mengikuti sejarah politik Anwar sejak 30 tahun lalu percaya ia adalah sandiwara terbaru pemimpin pembangkang berkenaan untuk mengalih perhatian daripada masalah peribadinya, sekali gus menjadikannya terus relevan dalam politik negara.

Terlalu banyak kenyataannya yang sentiasa bercanggah sepanjang menjadi ahli politik, sama ada ketika dalam kerajaan dulu atau mengetuai barisan pembangkang sekarang.

Malah, ketika berita bahawa beliau akan bertanding di Kajang sebaik Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai wakil rakyat Isnin lalu, Anwar dan beberapa pemimpin PKR menafikan beliau akan bertanding sebelum mengesahkan keesokannya.

Anwar berdalih

Anwar juga masih mengelak untuk mengesahkan beliau akan menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim jika menang Pilihan Raya Kecil Kajang nanti. Namun, tentulah tiada yang percaya beliau hanya mahu menjadi ADUN biasa selepas 'memaksa' Chin Cheh berundur tanpa sebab munasabah.

Barangkali teori bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mengenai sebab sebenar Anwar bertanding di DUN Kajang mempunyai kebenarannya. Menurut Zulkifli, pengosongan DUN Kajang bertujuan membolehkan Anwar menjadi Menteri Besar Selangor tercapai, sekali gus menyelamatkan beliau daripada hukuman terhadap tuduhan liwat buat kali kedua.


Anwar kini berdepan rayuan pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang dijadual didengar di Mahkamah Rayuan pada 11, 12 dan 13 Februari ini, dengan pihak pendakwaan diwakili oleh peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

"Risiko dipenjarakan dan impian menjadi Perdana Menteri ketujuh hancur lebur. Pada usia 67 tahun, Anwar tidak mungkin boleh menerima hukuman penjara yang panjang. Ini mesti dipintas dalam cara apa sekalipun," katanya dalam kenyataan, semalam.

Zulkifli yang pernah menjadi peguam Anwar berkata, jika ketua pembangkang itu menjadi Menteri Besar Selangor, sebarang keputusan mahkamah yang tidak menyebelahinya akan dijadikan isu untuk menagih simpati penyokong.

Strategi 'tawan' Putrajaya

Seorang lagi bekas teman rapat Anwar, Dr Chandra Muzaffar pula berpendapat, 'sandiwara' Kajang itu adalah strategi PKR untuk mengaburi pengundi sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi menawan Putrajaya.

"Dengan menjadi Menteri Besar, dia akan berlagak menonjolkan imej baik bagi mempengaruhi pengundi dan rakyat. Apa yang paling penting, dia mahu menonjolkan diri supaya cara pentadbirannya akan dibandingkan dengan Perdana Menteri. Ini semua strategi mengaburi pengundi sebagai persediaan PRU-14," katanya.


Apa pun matlamat sebenar Anwar dan PKR, yang jelas parti itu bukan saja mempermainkan sistem demokrasi tetapi mengambil mudah sokongan pengundi terutama berketurunan Cina di Kajang yang memberi kemenangan kepada Chin Cheh pada Pilihan Raya Umum lalu.

PKR juga mengambil mudah perasaan dua lagi sekutunya PAS dan DAP yang mempunyai lebih banyak kerusi di DUN Selangor apabila pengosongan kerusi Kajang mengejutkan pemimpin kedua-dua parti itu.

Dalam kata lain, keyakinan PKR dan Anwar yang terlalu tinggi bahawa ahli PAS dan DAP pasti memberi sokongan dalam apa jua tindakan mereka, menyebabkan perasaan dan persetujuan dua sekutunya itu bukanlah satu keutamaan.

Benarkah penyokong PAS dan DAP, khususnya di Kajang sanggup diperlakukan sedemikian rupa semata-mata bagi memenuhi agenda satu parti dan seorang pemimpin? Persoalan ini hanya akan terjawab pada Pilihan Raya Kecil nanti.

Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

Posted: 07 Feb 2014 11:12 PM PST

Panglima Perang Cyber


Video Pahang vs JDT 3-2 Semalam #LigaSuper2014

Posted: 07 Feb 2014 10:02 PM PST


tok gajah

Posted: 07 Feb 2014 09:35 PM PST

tok gajah


PAS mengharaf dan berharaf simpati dari parti yang korupt dan tidak jujur

Posted: 07 Feb 2014 09:40 AM PST

Malang sungguh bagi penyokong2 PAS, Tuan Guru mereka lebih sayangkan DAP yang terang dan nyata anti-Islam. Tn Guru juga tahu bahawa DAP tidak pernah sokong Islam, bahkan presiden DAP sendiri telah menyatakan, 'langkah mayatnya dahulu kalau PAS mahu tubuhkan negara Islam'.

DAP menyokong PAS kerana ada agenda nya sendiri yang tersembunyi. Begitu juga dengan PKR, parti serpihan dari UMNO. PKR tidak pernah menyatakan sokongan nya terhadap perjuangan PAS untuk menegak kan negara Islam.

Sebenarnya DAP dan PKR telah mempergunakan PAS untuk kepentingan perjuangan pati mereka sahaja.

Hari ini kaum melayu sudah sedar tentang apa yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat. PAS, PKR dan DAP tidak mempunyai matlamat atau tujuan yang sama, masing2 berniat berlainan. Menaruh harapan kepada PR untuk membela nasib kaum melayu langsung tidak pernah di sebut - melainkan bagi semua kaum.

Orang melayu harus sedar, jika PR berkuasa melayu akan hilang kuasa.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 07 Feb 2014 09:23 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


COCK TAKUT KENA LEMPANG ??? KAH KAH KAH

Posted: 07 Feb 2014 03:59 AM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 07 Feb 2014 09:13 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Harakahdaily Lapor Ada 13,000 Orang Datang Dalam Ceramah Anwar Di Kajang, Lihat Gambar Ini #PRKkajang

Posted: 07 Feb 2014 06:25 PM PST



Sepahtu Sindir Siapa Tentang Satay Kajang Dalam #MaharajaLawakMega #PRKkajang

Posted: 07 Feb 2014 09:03 AM PST



50,000 Ribu Orang Hadir Ceramah Anwar Di Kajang #PRKkajang

Posted: 07 Feb 2014 06:56 AM PST

Cuba lihat betul betul siapa yang turut hadir dalam ceramahnya itu di Surau At Taqwa, Taman Kota Cheras Fasa 2, pada 7 Februari 2014. Mungkin ini satu sebab mengapa Pemuda PAS tidak berapa gemar Anwar bertanding di Kajang.

Satu Lagi Kegagalan Projek Guan Eng Di Penang #PRKkajang

Posted: 06 Feb 2014 11:32 PM PST



JURI RAKYAT

Posted: 07 Feb 2014 07:17 PM PST

JURI RAKYAT


10 Pesawat Terburuk yang Pernah Dibuat

Posted: 07 Feb 2014 07:04 AM PST

1. TUPOLEV TU-144 

Pesawat yang mirip dengan Concorde ini adalah pesawat supersonic pertama yang dibuat Rusia yang mencapai kecepatan March 2 (2 kali kecepatan suara), pesawat yg dijuluki "Concordski" ini begitu cepat namun tertimpa kesialan yg bertubi-tubi, 3 pesawat jatuh salah satunya jatuh ketika beraksi di Paris Air Show 1973 yg disaksikan beribu pasang mata.
Suatu kecelakaan yg dramatis sehingga pesawat ini akhirnya hanya dijadikan sebagai pesawat pengantar surat oleh pemerintah Rusia, pada tahun 1985 pesawat ini berhenti mengudara.
<>
2. B.O.A.C. de Havilland Comet

COMET merupakan pesawat jet komersial Inggris pertama sekaligus merupakan kebanggan inggris ketika mengudara pertama kalinya pada tahun 1949, tapi sekarang hanya dikenang sebagai pesawat yang sangat tidak aman untuk terbang, dari 114 yang diproduksi 13 diantaranya jatuh karena cacat produksi karena salah satu material logam dari pesawat itu mudah rusak.
<>
3. H-4 Hercules

The "Spruce Goose" begitu pesawat ini dijuluki adalah pesawat paling pintar sekaligus paling besar namun juga merupakan pesawat paling mubadzir yang pernah dimiliki pemerintah Amerika.
Dengan rentangan sayap yang panjangnya 319 Feet atau sekitar 97 meter pesawat ini rencananya akan dipakai untuk perang dunia II, namun setelah perang dunia II berakhir pesawat ini belum selesai dibuat, setelah selesai diproduksi pesawat ini hanya pernah terbang 1 kali saja.
<>
4. LWS-4 Zubr

Zubr merupakan pesawat yang buruk sekaligus tak bermanfaat, selain tidak nyaman ketika terbang juga bisa hancur tanpa peringatan ketika menerima tekanan udara yang tinggi, tak hanya itu pesawat ini tidak mampu terbang ketika dimuati hanya beberapa dus rokok saja.
Pesawat ini pernah terbang beberapa kali ketika perang dunia II namun tidak pernah terlibat dalam pertempuran.
<>
5. Christmas Bullet

Nama yang bagus, pesawat yang buruk, Dr. William Christmas melupakan 1 hal ketika mendesain pesawat ini, dia tidak tahu kalau sayap pesawat model ini butuh penopang alhasil ketika terbang perdana pada tahun 1918 sayap pesawat ini hancur berantakan dan jatuh.
Beginilah seharusnya model pesawat yang butuh penopang dan yang tidak :

<>
6. Beechcraft Starship

Dengan konstruksi carbon-composite, desain yang unik dan mesin turbo dibelakang, Starship merupakan suatu terobosan baru namun pesawat ini terlalu lamban, sukar untuk diterbangkan dan sulit untuk di pelihara.
Pesawat ini mengudara pada tahun 1989 tetapi hanya laku beberapa unit saja dari 53 buah yang dibuat.
<>
7. Hiller VZ-1

Hiller VZ-1 tampak bagus diatas kertas namun tampak jelek diudara. Idenya sederhana saja, sebuah kipas berputar dan putaran itu menghasilkan dorongan keatas, sementara sang pilot mengendalikan pesawat sambil berdiri.
Departemen pertahanan Amerika jatuh cinta dengan model pesawat ini tetapi ketika diterbangkan diatas kecepatan 16 Mil/jam pesawat ini sulit dikendalikan bergerak kesana-kemari akhirnya project ini dihentikan pada tahun 1950an.
<>
8. A-12 Avenger II

Pesawat project-nya Departemen pertahanan Amerika ini memakan biaya yang begitu besar dan boros, juga merupakan project paling memalukan di era 1980an karena sistem radar yang menggunakan bahan composite ini sering tidak berfungsi.
Riset untuk memperbaiki kekurangan ini hanya menjadikan biaya pembuatan pesawat ini melambung tinggi menjadi $165 Juta/unit (sekitar RP. 1,5 Triliun) akhirnya project ini dihentikan oleh Menteri pertahanan Amerika pada tahun 1991.
<>
9. Royal Aircraft B.E.2

Dengan mesin yang seperti kurang darah, miskin kemampuan manuver dan posisi senapan yang menghalangi pilot. Pasukan Jerman dengan mudah menembak jatuh pesawat-pesawat ini dalam pertempuran perang dunia I.
<>
10. Boeing XB 15

XB 15 merupakan pesawat terbesar yang pernah dibuat Amerika selain H-4 Hercules, pembom ukuran raksasa ini bahkan ada kamar tidur untuk kru di bagian sayapnya. Ketika diuji coba pada tahun 1937 pesawat ini tidak mampu terbang lama dan hanya mampu melaju dalam kecepatan 200 mil/jam, angkatan udara Amerika menghentikan project ini, selanjutnya pesawat ini dimodifikasi dan hanya dijadikan pesawat kargo dengan nama Boeing XB.

Keanehan Uang Rp.1000 Indonesia

Posted: 07 Feb 2014 06:54 AM PST

Anda tahu uang seribu rupiah ? Saya yakin semua sudah pernah pegang dan punya pecahan rupiah ini.
Tapi apakah anda pernah memperhatikan dengan seksama ada yang unik pada duit ribuan itu.
Nggak percaya? Ok semua sekarang keluarkan dompetnya dan ambil uang seribuan ayo..ayo..cepet.


Adapun keunikan secara fisik :

Pertama yaitu kapitan pattimura berpose tersenyum dan ramah, tapii… bawa parang terhunus, siapa yang bikin yah desain gambar pahlawan ini? Kalau nggak salah denger ini pernah di kritik sama beberapa orang termasuk mantan cawapres Siswono Yudho Husodo.




Perhatikan gambar Kapitan Pattimura lagi dan arahkan pandangan anda di kancing baju yang bawah dekat dengan golok/parang, kalau susah pakailah kaca pembesar atau mikroskop. Yup anda betul bukankah itu si Mr. Smiley



Mungkin sebenarnya si desainer uang ini tidak bermaksud demikian, tapi yang terjadi adalah bentuk Smiley ini tercetak di semua lembaran uang seribu rupiah yang beredar

Denger-denger gambar laut dan pulau di bagian belakang uang seribu di lukis dari sebuah kafe bernama Florida, tapi ternyata setelah ada yang mencoba memfoto dari kafe yang di maksud hasilnya ternyata berbeda. Kemungkinan diambil dari sisi yang lain

Kunyah Permen Karet Mahasiswa Tewas

Posted: 07 Feb 2014 06:41 AM PST

KIEV - Seorang mahasiswa di Ukraina tewas setelah menguyah permen karet. Diyakini permen karet itu meledak karena dicampurkan bahan kimia.

Mahasiswa 25 tahun jurusan kimia itu sedang berada di rumahnya di Konotop saat para tetangga mendengar ledakan.


Mendengar suara ledakan, para tetangga langsung melihat ke lokasi, dan memukan pria yang disembunyikan identitasnya itu telah tewas. Sebagian wajah tampak rusak akibat ledakan.

Kantor berita Rusia RIA Novosti, Rabu (9/12/2009), melaporkan berdasarkan hasil tes forensik ditemukan bahan kimia yang diduga merupakan jenis bahan peledak, menyelimuti permen karet yang dikunyah pria tersebut.

Berdasarkan analisa awal, mahasiswa itu tampaknya menyelupkan permen karet ke dalam asam sitrat. Selain itu polisi juga menemukan bahan kimia dekat mayat.

Penyelidik meyakini mahasiswa itu mencampurkan dua bahan kimia yang belum teridentifikasi secara pasti itu sehingga menyebabkan ledakan.

Sejarah Sepatu Yang Unik Di Dunia

Posted: 07 Feb 2014 06:34 AM PST

Pada Tahun 1800
Sepatu bersol karet pertama dibuat dan dinamakan 'Plimsolls.'

1892
Goodyear dan perusahaan sepatu karet divisi dari US Rubber Company, memulai memproduksi sepatu karet dan kanvas dalam nama yang berbeda dan pada akhirnya ditentukan bahwa Keds adalah nama yang terbaik.

1908
Marquis M. Converse mendirikan Converse shoe company, yang merevolusi permainan bola basket lebih dari seabad dan menjadi ikon Amerika.

1917
Sepatu keds adalah sepatu atletik pertama yang diproduksi secara massal. Kemudian sepatu ini nantinya akan disebut sneakers oleh Henry Nelson McKinney, seorang agen periklanan untuk N.W. Ayer & Son, karena solnya lebih halus dan tidak menimbulkan suara decitan pada kondisi tertentu.

1917
Converse mengeluarkan sepatu basket pertama, the Converse All Star.

1920
Adi Dassler, pendiri Adidas, mulai memproduksi sepatu olahraga buatan tangan di kamar mandi ibunya, tanpa bantuan alat-alat listrik.

1923
The All Star memberikan kesempatan pada Chuck Taylor All Star, untuk membuat sepatu bermerek Chucks, Cons, Connies. Sepatu ini terjual lebih dari 744 juta di 144 negara.

1924
Adi dan Rudolph Dassler, dengan bantuan 50 anggota keluarganya, mendaftarkan bisnisnya dengan nama Gebr der Dassler Schuhfabrik di Herzogenaurach, Jerman. Ini menjadi awal berdirinya Adidas seperti sekarang.

1931
Adidas memproduksi sepatu tenis pertamanya.

1935
Converse merilis the Jack Purcell dengan logo 'Smile' di bagian depan. Sepatu itu menjadi sangat terkenal di Hollywood dan di kalangan anak-anak nakal, namun pada tahun 1930, ketika badminton dan tenis menjadi terkenal, Jack Purcell hanya tinggal sejarah.

1948
Puma Schuhfabrik Rudolf Dassler didirikan dan dunia dikenalkan pada PUMA Atom, sepatu sepak bola pertama PUMA digunakan oleh tim sepakbola Jerman Barat.

1950's
• Sneakers menjadi sepatu pilihan di mana-mana dan menjadi simbol dari pemberontakan. Murah dan mudah diperoleh oleh seluruh anak muda di seluruh dunia. Di U.S., cheerleaders menggunakan sweaters, rok mini dan kaos kaki pendek dengan sepatu dan atasan canvas (atau keds). The fashion secara resmi diperkenalkan ketika James Dean difoto menggunakan celana jinsnya dan sneakers putih.
• Sepatu bertumit tinggi alias 'stiletto' menjadi tren di awal 1950-an.

1962
Phil Knight dan Bill Bowerman melucurkan sepatu atletik berteknologi tinggi (di tahunnya) dengan Blue Ribbon Sports (BRS) dan pada tahun 1968 seiring dengan design dan teknologinya yang baru, mengganti nama mereka menjadi Nike.

1970
• Platform shoes dengan tumit setinggi 2-5 inci menjadi incaran pria dan wanita.
• Era 70-an juga merupakan awal bagi sepatu model bakiak menjadi populer.

1972
Logo Adidas mengalami perubahan dengan memakai konsep 'Trefoil Logo' yakni logo visual tiga daun kerangkai.

1979
Nike menciptakan seri Nike Air yang pertama. Lalu pada tahun 1982 dirilis Air Force One, dan meluncurkan si legendaris Nike Air Jordan (1985)--yang merupakan sebuah achievement bagi the rookie of Chicago Bulls', Michael Jordan hingga Nike Air Max pada tahun 1987.

reebok-classic-nylon.jpg

1990
Awal era ini diramaikan dengan jenis sepatu bersol rata, berwarna dan persegi. Namun, lagi-lagi platform shoes kembali berjaya.

1995
Museum sepatu Bata di Toronto, Kanada resmi dibuka pada bulan Mei.

1996
Adidas melakukan modernisasi dengan konsep 'We knew then-we know now' yang menggambarkan kesuksesan masa lalu dan kejayaan masa kini.

1998-2001
Sepatu lars menjadi salah satu simbol paling populer dari Orde Baru yang militeristik.

2006-2008
Model wedges shoes (bertumit sebiji) yang cocok dengan banyak jenis outfit, warp dan strappy shoes menjadi incaran wanita.

Anjing Cihuahua, Anjing terkecil di dunia

Posted: 07 Feb 2014 06:26 AM PST


Buset dah..jaman udah makin maju, begitu pula teknologinya..sampe'2 bukan orang aja yg di kloning, hewan pun ikut menjadi 'kelinci percobaan' para ahli genetika di negeri sakura(jepang).

pada x ini mereka mencoba melakukan penelitian pada anjing jenis chihuahua. pada umumnya anjing chihuahua berwarna cokelat, putih atau hitam; namun sekarang telah berhasil diciptakan chihuahua berwarna biru yang ukurannya jauh lebih mungil nan lucu, dinamakan dengan chihuahua blue, harga nya pun ruarrrr biasa, tidak seperti chihuahua pd umunya yaitu RP. 100.000.000 (seratus juta rupiah).
tapi ada 1 kekurangan dari hasil temuan para ahli genetika di jepang, yaitu beberapa anjing chihuahua blue ada yg sifat/otaknya miring (tidak semuanya lho ), shg sulit untuk dikendalikan atau kita didik layaknya anjing biasa.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 07 Feb 2014 03:19 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Luna Maya tak pakai bra di Maharaja Lawak Mega Final 2013

Posted: 07 Feb 2014 08:01 AM PST

Maharaja Lawak Mega Akhir sedang berlangsung sekarang ini di Astro.

Kepada yang tiada siaran astro, anda boleh menontonnya di pautan Maharaja Lawak Mega 2013,

Apa yang menarik ketika juri-juri diperkenalkan, Luna Maya tampil dengan gaun malam yang amat cantik berwarna hitam.

Sebenarnya pakaian tersebut mencetuskan sedikit kontroversi  di alam maya apabila bahagian dada Luna Maya agak jarang hingga menampakkan belahan payudaranya.
Foto tersebut ketika dimuat naik oleh Gua Tv.com menerima beberapa teguran dari peminat malah ada yang mempertikai tindakan Astro yang terlalu bebas tanpa sekatan.

Azmin desak Khalid batal surat pemecatan kakitangan PHSB

Posted: 07 Feb 2014 05:10 AM PST

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mengecam tindakan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) yang disifatkannya sebagai tindakan tidak bertanggungjawab berhubung pemecatan 23 kakitangannya.

Sambil mendesak PHSB membatalkan surat pemecatan itu, Azmin mendakwa, tindakan yang diarahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang pekerjaan tetapi tidak berperikemanusiaan.

"Ia benar-benar bercanggah dengan prinsip yang didukung kerajaan Selangor pimpinan pakatan rakyat bahawa semua pekerja perlu dilayan dengan penuh maruah dan belas kasihan.

"Walaupun pemecatan secara tiba-tiba itu keras dan akan menyebabkan kerugian kewangan yang besar kepada pekerja, gaji pemberhentian dua bulan hanya menambah penghinaan kepada apa yang terjadi," katanya dalam satu kenyataan.

Azmin juga menuntut Abdul Khalid supaya berhenti daripada menggunakan PKNS sebagai senjata peribadi terhadap saingan politiknya.

Sebelum itu, pada 5 Februari, 23 kakitangan PHSB diberhentikan tanpa amaran berkuat kuasa serta merta dan diberikan pampasan dua bulan gaji.

Berikutan itu, Pengurus Besar PHSB, Noor Hisham Mohd Ghouth dilaporkan meletak jawatan sebagai tanda bantahan.

Walaupun, pada mulanya Abdul Khalid mendakwa beliau tidak bertanggungjawab atas keputusan itu, beliau kemudian mengesahkan pemberhentian itu merupakan langkah korporat bagi menstrukur semula pengurusan PKNS dan mengurangkan kos operasi yang didakwanya boleh dijimatkan sehingga RM7 juta setahun.

Sebelum ini, PKNS menjadi perhatian ketika pentadbiran memutuskan tidak meneruskan perkhidmatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah.

Ini mencetuskan lagi khabar angin bahawa persaingan yang berterusan antara Azmin dan Abdul Khalid tidak akan tamat dalam masa terdekat.

Ia juga menyatakan bahawa disebabkan isu ini, bekas Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif, Norita Abdul Sidek dipindahkan ke jabatan lain dengan serta merta sebagai satu bentuk tindakan disiplin. - BERNAMA

Video Teresa malukan malukan kaum Cina

Posted: 07 Feb 2014 04:17 AM PST

JOHOR BAHRU - Klip video yang dihasilkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menyentuh isu dan menyindir pemimpin negara baru-baru ini adalah sesuatu yang memalukan masyarakat Cina, kata Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Jason Teoh.

Beliau berkata, tindak tanduk yang tidak sihat dan negatif seperti ini tidak seharusnya dilakukan terutama semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

"Ya, saya akui sebagai orang Cina saya malu dengan tindakan Teresa Kok itu, langsung tidak menghormati perasaan rakyat negara ini," katanya pada sidang akhbar di Kelab Akhbar Cina Johor Selatan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebagai Ahli Parlimen Teresa seharusnya berbuat sesuatu yang positif yang boleh diteladani masyarakat.

Video bertajuk 'Onederful Malaysia' sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu dimuat naik ke dalam Youtube yang menunjukkan Teresa menemu ramah tiga tetamu yang menyindir pelbagai perkara termasuk isu keselamatan di Sabah dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 di negeri itu.

Jason berkata, kenyataan mereka dalam video itu jelas bertujuan menggagalkan promosi TMM 2014.

Katanya kebijaksanaan Teresa sepatutnya digunakan untuk menghasilkan sesuatu yang mampu mengeratkan hubungan sesama kaum di negara ini seperti yang dilakukan oleh SP Setia Berhad Group menerusi video clip Tahun Baharu Cina syarikat itu.

Sebelum itu, beliau berkata empat individu dan dua badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat Cina di Johor telah membuat laporan polis mengenai klip video Teresa itu.

Seorang daripada mereka ialah pengusaha industri pelancongan dari Kota Tinggi, Liew Kim Fook, 48.

Kim Fook yang membawa pelawat dari Jepun, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan dan Singapura untuk menyaksikan kunang-kunang di daerah itu menyifatkan klip video berkenaan sebagai khianat terhadap rakyat kerana memperlekeh tahap keselamatan negara dan boleh menjejaskan pendapatan pengusaha industri pelancongan negara ini.

Mereka mahu Teresa membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat negara ini berhubung tindakannya itu. - Bernama

Tipu RM196,400, bekas penyanyi tukar pengakuan

Posted: 07 Feb 2014 03:33 AM PST

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Bekas penyanyi Kumpulan Tiga Jumaat menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang terhadap tujuh pertuduhan menipu berjumlah RM196,400 membabitkan tujuh individu tahun lepas.

Mohd. Qhairol Iqhssan Yusof, 28, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan tiga majistret iaitu Noor Farah Hazwani Osman, Zulyana Zollkapli dan Ayuni Izzaty Sulaiman.

Pada 29 Januari lepas, Mohd Qhairol dari Sandakan, Sabah mengaku bersalah terhadap tujuh daripada sembilan pertuduhan menipu berjumlah RM235,400 membabitkan sembilan individu di hadapan Majistret Ayuni Izzaty dan mahkamah menetapkan hari ini untuk sebutan bagi mendengar fakta kes dan jatuh hukum.

Mengikut pertuduhan, Mohd Qhairol, yang ketika kejadian merupakan pegawai bank, didakwa terhadap lima dakwaan menipu Maya Haryanto, 21, yang juga anggota Kumpulan Tiga, Afiq Adham Mustamin, 28, Nur Hidayah Mohd Yusof, 30, Mohammad Faizal Ahmad, 33, dan Mohd Afendy Izani Arizal, 35, sehingga mendorong mereka menyerahkan wang RM166,200 sebagai bayaran pendahuluan pinjaman perumahan.

Tertuduh turut didakwa terhadap dua tuduhan menipu Nazim Mustapah, 28, dan Rosli Ahmad, 41, dengan memperdayakan mereka untuk mempercayai bahawa dia adalah wakil Ambank yang mengurus dan meluluskan permohonan pinjaman perumahan mereka sehingga mendorong mangsa menyerahkan RM47,950 kepada tertuduh.

Mohd Qhairul yang pernah menyanyikan single pertama berjudul 'Pengakuan' juga berdepan tuduhan menipu Mohd Firdaus Satir@Satar, 29, dan Hairul Faizal Mohd Siraj, 32, sehingga mendorong kedua-dua mangsa menyerahkan masing-masing RM8,750 dan RM12,500 kepadanya.

Wang itu diserahkan kepada tertuduh sebagai bayaran yuran guaman dan untuk bayaran penyelesaian penuh pinjaman peribadi.

Kesemua pertuduhan dilakukan di Ambank Bhd Cawangan Bandar Baru Ampang, No.5G & 7G, Jalan Wawasan Ampang 2/10, Bandar Baru Ampang antara 31 Mei hingga 30 Sept, tahun lepas dan dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya S Purnima memaklumkan kepada mahkamah peguam S Parvin telah menarik diri daripada mewakili Mohd Qhairol dan perkara itu diakui peguam terbabit yang turut hadir pada prosiding hari ini.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 31 Mac untuk sebutan bagi penyerahan dokumen dan lantikan peguam baharu selain mengekalkan wang jaminan RM171,000 yang dikenakan terhadap tertuduh sebelum ini. -BERNAMA

Lelaki tunjuk kemaluan kepada pelajar perempuan mengganas

Posted: 07 Feb 2014 02:12 AM PST

BANDAR SUNGAI EMAS - Tindakan seorang lelaki menunjukkan kemaluannya di hadapan sekumpulan remaja berhampiran Perhentian Bas Bandar Sungai Emas, semalam membimbangkan sebahagian pelajar kolej di kawasan tersebut.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 petang itu, sekumpulan remaja yang sedang menunggu bas terkejut apabila melihat seorang lelaki memberhentikan motosikalnya lalu menunjukkan kemaluan kepada mereka.

Pelajar, Nur Hamiza Ithnin, 19, berkata, dia sendiri tidak pasti adakah pemuda terbabit sengaja atau sedang membetulkan seluarnya, namun kejadian seumpama ini sudah beberapa kali didengarinya berlaku di beberapa kawasan perhentian bas sekitar Banting.

Menurutnya, tindakan tidak bermoral itu membimbangkan mereka yang setiap hari menunggu bas di kawasan tersebut dan jika tiada pemantauan dilakukan sudah tentu kejadian yang sama berulang lagi.

"Saya tidak pasti adakah ini kejadian yang pertama atau pernah berlaku di sini kerana rakan-rakan pernah mendengarnya sebelum ini namun tidak pernah berhadapan situasi itu," katanya.

Sementara Nasha Ahmad, 20, berkata, dia tidak pernah terserempak dengan tindakan lelaki yang menunjukkan kemaluannya di tempat awam namun risau sekiranya kejadian sama berlaku kerana dia sering menggunakan pengangkutan awam di situ.

"Jika benar berlaku kes seperti ini, saya harap pihak polis dapat memantau dan melakukan tindakan susulan demi keselamatan pelajar di sini," katanya.

Sebelum ini, kes yang sama pernah berlaku pada Disember 2012 di Kuala Langat melibatkan seorang remaja perempuan yang bekerja di sebuah kedai telefon di Pekan Banting.

Difahamkan remaja itu trauma apabila didatangi seorang lelaki menunjukkan kemaluannya di sebuah perhentian bas di Telok Datok.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi itu ketika remaja berkenaan menunggu bas untuk ke tempat kerja.

Soalan berbaur seks untuk murid sekolah rendah

Posted: 07 Feb 2014 12:01 AM PST

Gambar hiasan
Seremban: Sebuah sekolah kebangsaan di Nilai menerima kecaman daripada ibu bapa apabila pihak pentadbiran mengeluarkan borang kaji selidik berkaitan kesihatan seksual yang melampau.

Sumber berkata, sekolah berkenaan kini dikecam hebat ibu bapa apabila guru bertanggungjawab mengedarkan borang kaji selidik yang berunsurkan seks kepada murid tahun empat.

Katanya, kebanyakan ibu bapa mengadu kurang senang tindakan itu kerana bimbang soalan sedemikian merosakkan pemikiran anak mereka.

"Pemerhatian mendapati borang diedarkan guru sekolah itu mempunyai lima muka surat tetapi soalan berbaur seks pada muka surat ketiga.
KAJI selidik mengenai kesihatan seksual yang perlu dijawab murid tahun empat.

"Soalan yang dianggap melampau adalah masturbasi, hubungan seks luar tabii, kemaluan, bertukar pasangan, tukar jantina, kehamilan dan lain-lain," katanya.

Menurutnya, tidak patut pihak pengurusan mengedarkan borang kaji selidik itu kepada murid sekolah rendah.

"Difahamkan, selepas menjawab borang kaji selidik itu, murid yang pulang ke rumah bertanyakan semula soalan terbabit kepada ibu bapa hingga menimbulkan rasa kurang senang," katanya.

Pengulas sukan terkenal diperintah bayar RM20,500

Posted: 06 Feb 2014 11:31 PM PST

SHAH ALAM - Mahkamah rendah syariah semalam memerintahkan pengulas sukan terkenal, Zainal Abidin Abd Rawop, 47, membayar RM20,500 kepada bekas isteri, Kristina Zuhana Kamarolzaman, 43, bagi nafkah edah dan anak-anaknya.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Azmi Aziz selepas kedua- dua pihak mengambil keputusan untuk menyelesaikan perkara itu secara baik.

"Pihak defendan setuju membayar nafkah edah RM8,000 kepada plaintif dengan dua kali pembayaran bermula 28 Februari ini," katanya.

Sementara bagi nafkah ketiga-tiga anak mereka, Zainal Abidin diperintahkan membayar RM4,700 setiap bulan bermula Mac depan.

Sebagai persiapan Aidilfitri, defendan perlu membayar RM2,500 manakala Aidiladha sebanyak RM500, masing-masing perlu dijelaskan pada 15 Ramadan dan 1 Zulhijah setiap tahun.

Untuk percutian, Zainal Abidin bersetuju membayar RM3,000 bermula 20 Oktober depan manakala RM1,800 sebagai persiapan kelengkapan persekolahan dibayar pada 1 Disember 2014.

Mahkamah juga memerintah Zainal Abidin membayar yuran pengajian anak sulungnya terus kepada pihak universiti dalam tempoh tujuh hari setelah dikemukakan invois oleh plaintif.

"Semua pembayaran hendaklah dimasukkan ke dalam akaun plaintif kecuali yuran universiti anak," katanya.

Kristina Zuhana, yang diwakili Peguam Syarie Datuk Amli Embong memfailkan tuntutan nafkah edah dan anak pada 23 April tahun lalu selepas mereka bercerai pada 14 Jun 2012.

Zainal Abidin diwakili peguam syarie Norhasliza Dzulkepeli.

Kedua-dua mereka hadir ke mahkamah.

Live Streaming: Maharajalawak Mega 2013 Minggu 13 (Final)

Posted: 06 Feb 2014 10:20 PM PST

Final MLM 2013 bakal menyaksikan setiap kumpulan berentap dengan tema 'Bebas dan Muzikal Komedi'

Tugasan: Bebas dan Muzikal Komedi

Klik pautan dibawah untuk menonton Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 13 (Final) secara online dan percuma!


Kenalan suami rakam video bogel wanita dalam bilik air di Sentul

Posted: 06 Feb 2014 07:01 PM PST

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merakam video dua wanita yang sedang mandi di bilik air menggunakan telefon bimbit.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor memutuskan Zulkarnaen Toharudin, 27, dihukum penjara dua bulan bagi setiap pertuduhan dan dia perlu menjalani hukuman itu secara berasingan bermula hari ini.

Bagi pertuduhan pertama, Zulkarnaen yang bekerja sendiri didakwa merakam video wanita berusia 37 tahun yang sedang mandi di bilik air menggunakan telefon bimbit dengan maksud hendak mengaibkan kehormatannya di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sentul pada 6.15 pagi, 28 Dis 2013.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan sama terhadap seorang lagi wanita berusia 46 tahun di PPR sama pada 6.30 pagi, 28 Jan lepas.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, seorang lelaki yang juga merupakan kenalan kepada suami wanita berusia 37 tahun itu telah melihat rakaman tersebut daripada tertuduh lalu memaklumkan perkara itu kepada suami mangsa.

Suami mangsa kemudian merampas kad memori telefon bimbit itu sebelum memastikan terdapat rakaman video isterinya yang sedang mandi. Dalam kad memori itu juga terdapat rakaman video mangsa berusia 46 tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya S.Nithia memohon hukuman berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh kerana ia kesalahan serius dan perbuatan itu sangat mengaibkan serta memberi tekanan kepada kedua-dua mangsa.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana ia kesalahan pertama dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Ketika ditanya Majistret mengapa dia melakukan perbuatan itu, tertuduh hanya menjawab "saya mengaku bersalah".

Astro Awani

Warga emas rogol, cabul gadis buta di Terengganu

Posted: 06 Feb 2014 06:01 PM PST

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 36 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, semalam, setelah didapati bersalah atas empat pertuduhan merogol dan mencabul kehormatan seorang gadis cacat penglihatan berusia 17 tahun.

Mohd Zubir Muda, 63, yang juga tukang urut refleksologi, menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan kerana merogol dan dua pertuduhan di bawah Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan kerana melakukan seks menggunakan jari terhadap mangsa.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa (berusia 13 tahun sewaktu kejadian) pada 6 Jun 2010, kira-kira jam 10.30 pagi, di sebuah rumah di Tok Jembal dan didapati telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh melakukan kesalahan yang sama terhadap mangsa pada Mac 2011, kira-kira jam 3 petang di sebuah rumah di Seberang Takir.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan perhubungan seks menggunakan jari terhadap mangsa pada 4 September 2011, kira-kira jam 12.30 tengah hari di sebuah rumah di Seberang Takir dan didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan.

Manakala bagi pertuduhan keempat, pada 6 Jun 2010 kira-kira jam 10.30 pagi, di sebuah rumah di Tok Jembal, tertuduh didapati telah melakukan perbuatan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Zainal Abidin kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman bagi pertuduhan pertama dan keempat berjalan serentak.

Sementara itu di mahkamah sesyen berlainan, seorang pesara yang mencabul seorang gadis sewaktu ingin merawatnya tiga tahun lalu, dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun.

Tertuduh, Shafie Awang, 62, dituduh melakukan perbuatan tersebut pada 25 Jun 2011, kira-kira jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari di sebuah rumah di Bukit Besi, Dungun.

Dengan itu, dia telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nazlyza Mohamed Nazri di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.

Pelajar mangsa aksi berahi guru wanita terima gigitan cinta

Posted: 06 Feb 2014 05:01 PM PST

Di Singapura seorang guru wanita sekolah rendah berusia 42 tahun didapati bersalah melakukan aksi berahi membabitkan muridnya yang baru berusia 13 tahun.

Guru terbabit didakwa beberapa kali mencium bibir murid terbabit selain meninggalkan 'gigitan cinta' pada tengkuk dan bahu mangsa.

Akhbar New Strait Times melaporkan, guru yang dirahsiakan identitinya kerana dibimbangi boleh terkait dengan identiti mangsa telah beberapa kali keluar janji temu dengan murid tersebut sejak awal 2012, ketika mangsa berusia 12 tahun lagi.

Dia mula mengenali mangsa kerana anak lelakinya turut bermain bola sepak dalam pasukan sama, selain mengajar tarian Melayu kepada dua kakak mangsa.

Pada penghujung 2012, mangsa dikatakan sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk sarapan pagi bersama guru tersebut di McDonald Nanyang Technological University.

Setelah itu, mereka sama-sama menaiki bas ke taman berhampiran. Di sinilah mangsa dicium
dan diberikan gigitan cinta sebelum dibawa pergi menonton wayang di Clementi Mall.

Pada Oktober 2013, guru terbabit didakwa mengulangi perbuatannya di Botanical Garden diikuti keesokan harinya di Sentosa, begitu juga pada tarikh 13 November 2013.

Perbuatan keji itu hanya terbongkar selepas ibu mangsa yang tujuh tahun lebih muda daripada guru terbabit terlihat gigitan cinta di leher anaknya pada 14 November. Setelah didesak anaknya menceritakan apa telah berlaku.

Sebaik mengetahuinya, ibu mangsa membuat laporan di sekolah dan balai polis.

Ketika perbicaraan suami guru tersebut dan ahli keluarganya yang lain turut hadir dan menenangkannya yang kelihatan bersedih.

Keputusan akan diumumkan 19 Februari ini. Sabit kesalahan, guru terbabit boleh didenda SD10,000 dan lima tahun penjara.

'Saya sedia diaibkan di #Kajang' - Anwar

Posted: 06 Feb 2014 04:30 PM PST

PETALING JAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia diserang dengan isu peribadi oleh calon yang menentangnya di PRK Dun Kajang kelak.

Malah, tegasnya, beliau tidak akan sesekali berundur walaupun sedar akan perkara tersebut.

"Sudah lima belas tahun kisah yang sama diulang tayang dan saya tidak pernah peduli pun. Malah, isu serang peribadi ini sudah pernah dimainkan ketika saya bertanding di PRK Permatang Pauh.

"Tapi adakah kerana takut diaibkan saya akan berundur? Tak boleh. Sebaliknya saya perlu atasi ketakutan itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas lanjut, kata Anwar, menyerang peribadi lawan adalah cara politik picisan dan hanya menunjukkan kerendahan moral seseorang.

"Ramai yang lupa saya pernah menjadi pemangku perdana menteri dan masih mendapat maklumat. Jika saya mahu aibkan pihak lawan, saya boleh tapi seolah-olah saya tiada moral.

"Kalau ada yang kata saya tak berani, sudah banyak yang saya saman. Tapi kebanyakannya menarik semula kenyataan dan ada yang kalah," katanya.

Menurutnya, PKR juga tidak akan sesekali terjebak dengan kempen serangan peribadi dalam PRK Dun Kajang.

"Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengarah PRK Dun Kajang.

"Kita setuju agar jentera kempen kita menumpukan isu rakyat dan isu nasional," katanya.

Pelajar 14 Tahun Tertelan Jarum Peniti

Posted: 06 Feb 2014 04:15 PM PST

BESUT: Seorang pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong, Hulu Besut tertelan jarum peniti ketika sedang mencungkil makanan di celah-celah gigi di kantin sekolahnya, pada Rabu.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Alif Aiman Zulkifli tertelan jarum itu selepas makan di kantin sekolahnya kira-kira 1 tengah hari.

Ketika ditemui di Hospital Besut pada Khamis, ibunya Zawahir Mustafa, 40, berkata dalam kejadian itu anaknya menggunakan jarum peniti yang dijumpai di sekolah untuk mencungkil sisa makanan selepas makan di kantin.

Katanya, ketika dia sedang leka mencungkil giginya tiba-tiba datang seorang rakannya berbual-bual dengannya apabila dengan tiba-tiba jarum peniti yang dipegangnya itu terlepas dan masuk ke dalam tekaknya.

"Anak saya berasa sakit dan suaranya mula hilang hingga menyebabkan rakannya memberitahu kepada gurunya yang kemudiannya membawanya ke hospital," katanya.

Menurut Zawahir selepas dirawat selama sejam keadaan anaknya mula stabil dan boleh bercakap tetapi jarum peniti itu masih belum dapat dikeluarkan.

Menurut doktor sekiranya jarum peniti itu masih tidak dapat dikeluarkan sehingga Sabtu ini, anaknya akan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Dua minggu lepas, pelajar Tingkatan Satu SMK Bukit Payong tertelan jarum peniti tetapi pulih apabila jarum itu dapat dikeluarkan selepas dua hari beliau menerima rawatan di Hospital Besut. - BERNAMA

Tujuh Dikesan Positif Virus H1N1 Di Sabah

Posted: 06 Feb 2014 04:01 PM PST

KOTA KINABALU: Seramai tujuh orang dikesan positif virus Influenza A (H1N1) di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas di Sabah.

Pengarah hospital, Dr Tan Bee Hwai berkata, lima kanak-kanak dan dua penjaga dewasa didapati positif H1N1 selepas menjalani ujian bagi virus itu.

Berikutan keputusan itu, seluruh wad di hospital tersebut yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Kota Kinabalu terpaksa dikuarantin.

"Ini termasuk pesakit-pesakit, pembawa wabak itu dan kakitangan di wad," katanya ketika dihubungi The Star pada Khamis.

"Keutamaan kami sekarang ialah menghentikan penularan itu termasuk mengkuarantin wad dan memastikan semua menjaga kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan selain penggunaan topeng muka," tambah Dr Tan.

Beliau berkata, pegawai perubatan turut berusaha untuk mengenal pasti sumber yang membawa wabak H1N1.

Dr Tan berkata, doktor dan kakitangan juga perlu bersedia untuk mengendalikan situasi itu berikutan wabak H1N1 pernah berlaku di hospital itu pada 2009.

"Kita mempunyai tindakan yang perlu dan tempat rawatan perubatan bagi menghadapi wabak ini," katanya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Christina Rundi tidak dapat dihubungi bagi mengulas perkara itu.

Difahamkan ujian saringan terhadap pesakit, ibu bapa pesakit atau penjaga dan kakitangan di hospital itu sejak dua hari lalu.

Walaupun tiada pegawai kesihatan mengumumkan mengenai wabak itu, kakitangan yang telah bekerja sejak 8 Januari lalu diminta untuk menjalani ujian saringan.

THE FLYING KICK

Posted: 07 Feb 2014 01:29 PM PST

THE FLYING KICK


HERALD ONLINE GUNAKAN ISU POLITIK PANCING UMAT ISLAM MASUK KRISTIAN!!!

Posted: 07 Feb 2014 05:45 AM PST

TAKUT? INI TERESA KOK TAK TAKUTLAH... SORRY LER!!!

Posted: 07 Feb 2014 03:01 AM PST

AZMIN ALI BERANG DAN SECARA TERBUKA KATA, KHALID IBRAHIM SENGAJA MENEMPAH CELAKA!!!

Posted: 07 Feb 2014 12:43 AM PST

GOBIND SINGH DEO KATA, ISLAM TAK AJAR SERANG TERESA KOK!!!

Posted: 06 Feb 2014 08:00 PM PST

NURUL IZZAH CUBA MAIN JIWA ELAK DISAMAN, TAPI NONG CHIK TETAP NAK SAMAN NURUL IZZAH YANG SEDANG KRISIS RUMAHTANGGA ITU!!!

Posted: 06 Feb 2014 06:30 PM PST

PKR DESAK PIHAK BERKUASA HENTIKAN SIASATAN KE ATAS TERESA KOK KERANA BAZIR DUIT RAKYAT!!!

Posted: 06 Feb 2014 05:00 PM PST

RAFIZI TERPAKSA JUAL AIR MATA UNTUK PKR MENANG DUN KAJANG!!!

Posted: 06 Feb 2014 03:00 PM PST

Comments:

There are 0 ulasan for Barisan Nasional

Catat Ulasan